20
Kesedaran Pengguna Islam Terhadap Isu Halal Dalam Farmaseutikal Dan Kosmetik (Dr.Siti Norlina Binti Muhamad) Kumpulan 7: Abd Khalid Bin Lipot SX111762MMS01 Siti nurbiha Binti A.Aziz SX095678MMD01 Ahmad Syahir Bin Abd Samad SX090953HDJ01 Mohd Amin Bin M.Koyakutty SX081052MMJ01 Mohamad Rizuwan Bin Juni SX075190MMD01 Rafee Anak Lubong SX085947MMD01

Presentation ult 2132

Embed Size (px)

DESCRIPTION

islam dan isu semasa

Citation preview

Page 1: Presentation ult 2132

Kesedaran Pengguna Islam Terhadap Isu Halal DalamFarmaseutikal Dan Kosmetik

(Dr.Siti Norlina Binti Muhamad)

Kumpulan 7:

Abd Khalid Bin Lipot SX111762MMS01

Siti nurbiha Binti A.Aziz SX095678MMD01

Ahmad Syahir Bin Abd Samad SX090953HDJ01

Mohd Amin Bin M.Koyakutty SX081052MMJ01

Mohamad Rizuwan Bin Juni SX075190MMD01

Rafee Anak Lubong SX085947MMD01

Page 2: Presentation ult 2132

Pendahuluan Muktahir ini banyak kedengaran isu-isu halal

terutamanya dari aspek makanan, namun dari aspekproduk farmaseutikal dan kosmetik jelas penggunaislam kurang mengambil berat.

Tidak dinafikan, ramai pengguna mementingkanstatus halal dalam makanan, bagaimana pula dalammemilih produk kesihatan serta kosmetik untuksolekan wajah?

Adakah logo halal di cari atau memadai membelinyaberdasarkan testimoni yang sudah berjaya dan terusterpikat serta menggunakannya ‘tanpa rasa was-was’?

Page 3: Presentation ult 2132

PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA Pengguna islam adalah merupakan golongan

pengguna terbesar di Malaysia dan seperti jugapengguna yang lain , hak mereka tidak perludipertikaikan lagi.

Walau bagaimanapun tidak semua pengguna Muslim mempunyai kesedaran kepenggunaan. Ada yang tidaktahu tetapi ramai juga yang tidak mengambil beratatau tidak mengambil peduli langsung tenang hal ini.

Baginya yang penting barangan yang diperlukandapat dibeli dan dinikmati tanpa banyak soal.

Page 4: Presentation ult 2132

Kesedaran pengguna islam terhadap isu

halal dalam farmaseutikal dan kosmetik.

1. Produk Kosmetik Bagi umat muslim sendiri, mempercantik diri bukan

merupakan sesuatu yang dilarang dan tentu saja harus sesuai dengan koridor syariah, sesuai dengan yang ditetapkan Allah dengan diajarkan oleh Rasulullah SAW. Mengutip suatu hadis nabi:

Dari Abdullah Ibnu Masud RA berkata, Rasulullah SAW berkata “Tidak ada orang yang dapat memasuki syurga jika memilki kesombongan sekecil zarrah dalam hatinya”. Seseorang bertanya, “Bagaimana jika seseorang menyukai baju yang bagus dan sepatu yang bagus?” Dia menjawab, “Allah adalah baik dan menyukai kebaikan. Kesombongan berarti mengabaikan kebenaran dan melihat kecil orang lain” (HR. Muslim No. 131).

Page 5: Presentation ult 2132

Mengapa Harus Memilih (Kosmetik) yang Halal? “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari

apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikutilangkah syaitan, karena syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”

(QS Al-Baqarah: 168).

Memilih semua yang halal bukanlah pilihan untuk umatmuslim, tapi kewajiban, Ini pula yang harus diketahui parapengguna sekalian. Apalagi, produk kosmetik bukanlahproduk yang mendesak penggunaannya. Bayangkan ketikakita memakai kosmetik haram kita tidak manjadi orangyang tidak dikabulkan doanya.

Page 6: Presentation ult 2132

Bahan apa saja yang mungkin takhalal di kosmetik? Lebih-lebih lagi sekarang produk kosmetik semakin cenderung

menggunakan istilah tersembunyi, seperti ‘protein’, untuk menggantikan ‘plasenta’.

Berikut nama teknik dan nama paten, yang biasa terdapat dalam komposisi kosmetik. Secara umum dikategorikan mashbooh, karena biasanya berasal dari haiwan: allantoin (alantoin), asam amino, cholesterol, kolagen, colours/dye, cystine (sistina), elastine, gelatine (gelatin), glycerine (gliserin), hyaluronic acid (asam hialuronat), hydrolysed animal protein, keratin, lanolin, lypids, oleic acid (asam oleat), stearic acid (asam stearat), stearyl alcohol, tallow (lemak haiwan), vitamin A.

Bahan lain yang sebaiknya dihindari (telah dinyatakan haram oleh ( JAKIM) adalah Sodium Heparin dan Plasenta. Sodium heparin berasal dari babi, sedangkan plasenta biasanya dari manusia, kambing atau sapi.

Page 7: Presentation ult 2132

Bahan apa saja yang mungkin takhalal di kosmetik? (samb)

Beberapa bahan yang perlu diwaspadai di dalam kosmetik diantaranyaialah lemak dan keturunannya (Gliserin, GMS, Cetyl Alc, Stearic Acid, Stearyl Acid, Palmitate Acid) yang banyak digunakan sebagaipembuatan lipstik, sabun, krim, dan lotion. Lemak haiwan paling banyak digunakan di dalam produk dari haiwan, perlu dicermati. Boleh jadi haiwan yang digunakan adalah haiwan haram (babi), ataudari haiwan halal namun prosesnya tidak halal. Kolagen dan elastinKolagen adalah elastin berguna untuk menjaga kelenturan kulit. Zat inisering digunakan dalam produk pelembab.

Selain itu, Hormon estrogen, ekstrak timus, dan melantonin adalahcontoh hormon yang berasal dari haiwan yang dapat digunakan dalamkosmetik. Memang ada beberapa kosmetik yang haram atau najis. Sumbernya adalah lemak yang dipakai, gelatin, plasenta, kolagen, danbahan-bahan dari haiwan lainnya.

Page 8: Presentation ult 2132

2. Produk Farmasuetikal

Ramai umat Islam pada hari ini yang tidak sedar bahawaubat-ubatan yang mereka ambil itu sebenarnyamengandungi bahan daripada babi. Hasil kajian makmalPusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia mendapati 30 Peratus daripada 100 ubat yang diuji positifmengandungi DNA babi.

Manakala, Kajian Kementerian Sains, Teknologi danInovasi terhadap 15 ubat-ubatan yang diambil secararambang dari pasaran Malaysia mendapati tiga daripadaubat itu positif DNA khinzir.

Kesedaran pengguna islam terhadap isu

halal dalam farmaseutikal dan kosmetik.

Page 9: Presentation ult 2132

Ubat ‘Haram’ Masih Berleluasa

Apabila anda sakit badan, demam, pening kepala atau sakit gigi, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran setiap daripada kitapastinya adalah UBAT! Bukan sekadar sakit sahaja, sebaliknyadalam kehidupan kita juga, ubat adalah satu kemestian, terutama dalam penjagaan tubuh badan.

Paling mudah adalah ubat paracetamol yang anda ambil apabilademam, sakit kepala ataupun sakit gigi. Menjadi kelaziman, kitayakin ubat yang diambil mampu menyembuhkan penyakit dandisebabkan itu juga mentaliti masyarakat mengatakan ubatadalah bagus dan baik untuk tubuh.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah pelbagai jenis ubat-ubatanboleh didapati dengan mudah sama ada melalui doktor dihospital, klinik, pusat perubatan, farmasi, kedai runcitsehinggalah di kedai kaki lima asalakan ubat yang diambilmampu menyembuhkan sakit dialami.

Page 10: Presentation ult 2132

Namun tahukah kita, walaupun ubat yang ada dipasarandihasilkan untuk satu tujuan iaitu menyembuhkan penyakit, sebenarnya ada yang menggunakan bahan diharamkan olehsyarak sekaligus haram diambil oleh umat Islam.

Bukan hanya kerana prosesnya tidak menepati hukum syarak, tetapi kebanyakannya menggunakan bahagian daripada bangkaihaiwan yang tidak disembelih, termasuk babi.

Dalam dunia perubatan, ubat didatangkan dalam bentuk kapsul, cecair dan serbuk. Ianya digunakan oleh pesakit sama adadengan cara telan, minum, kunyah, sapu, suntik dan sebagainya. Untuk ubat yang memerlukan suntikan, kerja-kerja menyuntikakan dilakukan oleh jururawat ataupun doktor yang profesionaldalam bidang ini.

Ubat ‘Haram’ Masih Berleluasa (samb)

Page 11: Presentation ult 2132

Adakah Ubat-Ubat Penyakit Kronik sahajamengandungi unsur babi? Jika kita juga beranggapan sedemikian, kita juga

sebenarnya silap. Unsur babi bukan sahaja digunakandalam penghasilan ubat-ubatan untuk penyakit kronikseperti sakit jantung ataupun kencing manis, tetapi ubat-ubatan lain untuk rawatan penyakit biasa seperti ubat ciritbirit, ubat batuk, vitamin dan lain-lain juga ada yang mengandungi unsur haram ini.

Adakah penyakit-penyakit yang biasa dialami oleh ramaiorang seperti cirit-birit dan batuk boleh dikategorikansebagai darurat sehingga mengharuskan penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi bahan haram ini?

Page 12: Presentation ult 2132

Tiadakah Pilihan Ubat Alternatif Yang Lain? Rata-rata ubat yang mengandungi unsur babi ini mempunyai pilihan

alternatifnya yang spesifik. Sebab itulah, istilah darurat tidak boleh digunakandalam kebanyakan kes kerana anda mempunyai pilihan alternatif yang lain. Masalahnya, kebanyakan pengguna Islam..

Umat Islam tak ambil tahu dengan kandungan ubat yang digunakan Umat Islam tak tahu yang ubat digunakan mengandungi bahan babi Umat Islam tak bertanya dengan doktor tentang kandungan ubat yang

digunakan Umat Islam tak dimaklumkan oleh doktor tentang kandungan ubat yang

diberikan Tak faham dengan istilah ubat yang menyatakan ubat mengandungi babi Sering menggunakan situasi darurat kerana terdesak untuk menjadi sihat Terpedaya semasa membeli ubat dan apabila semak mendapati ubat

mengandungi babi

Page 13: Presentation ult 2132

Tiadakah Pilihan Ubat AlternatifYang Lain? (samb) Seorang pengguna Muslim yang sangat menitik beratkan soal halal dan

haram dalam setiap aspek kehidupan mesti; Mengelakkan daripada terambil ubat-ubatan yang mengandungi

unsur babi dengan senarai lebih 90 jenis jenama ubat-ubatan yang disahkan mengandungi unsur babi lengkap dengan info gambarproduk berwarna yang memudahkan kita mengenalinya sudahpun ada.

Mencari pilihan ubat alternatif yang lain sekiranya diberikan ubatyang mengandungi unsur babi dengan menyenaraikan pilihan ubat-ubatan alternatif yang ada.

Mengenalpasti ubat-ubatan yang telah diharamkan denganmenyenaraikan fatwa-fatwa perubatan yang telah dikeluarkan olehMajlis Fatwa Kebangsaaan, Malaysia dan Majelis Ulama Indonesia.

Mengenalpasti bahan-bahan haram haram yang digunakan dalampenghasilan ubat dan kandungan bahan di dalam ubat yang dicurigai.

Page 14: Presentation ult 2132

Membuat keputusan dalam memilih ubat-ubatan yang sesuaidengan menyediakan garis panduan dan soalan-soalan yang perluditanya semasa berjumpa doktor.

Meningkatkan kesedaran halal dalam setiap aspek kehidupandengan membincangkan sebab-sebab pengharaman dan bahaya-bahaya yang berkaitan dengan babi.

Menyedari tentang hak sebagai pengguna Islam yang berhakmengetahui tentang kandungan ubat-ubatan. Seterusnyamenggunakan hak itu untuk membuat keputusan sama ada mahumenerima atau menolak sekiranya diberikan ubat mengandungi bahanharam.

Memahami maksud yang terdapat pada label atau kotak ubatdengan mempelajari istilah-istilah sains yang ramai orang Islam tidaktahu contohnya label bertulis “This product contain substance from porcine’ bermaksud “Produk ini mengandungi bahan daripada babi”.

Tiadakah Pilihan Ubat AlternatifYang Lain? (samb)

Page 15: Presentation ult 2132

Kelonggaran dalam Islam Islam meletakkan kaedah " ش قَّة َ َ التَّْيِسْيرَ ت ْجِلبَ اْلم " (Kesukaran itu

diatasi dengan mengambil sesuatu yang mudah atau senang). Kaedah ini meletakkan bahawa bebanan dengan perkara yang susah, dapat dimudahkan bagi keringanan sesuatu urusan.

Dalam isu penyakit, maka rukhsah (keringanan) adalah lebihdiutamakan kepada pesakit sehingga diharuskan untukbertayamum kerana ditakuti akan menyebabkan penyakitmerebak dan lambat sembuh sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, Ayat 185 yang bermaksud: “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendakikesukaran bagimu”.

Islam menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram bagi mengubati sesuatu penyakit, kecuali dalam keadaan di mana tiada ubat dari sumber yang halal ditemui dan bagi menghindari kemudharatan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga ubat dari sumber yang halal ditemui.

Page 16: Presentation ult 2132

Dalam mempertimbangkan keharusan ini, syarat-syarat untukmemastikan bahawa keperluan tersebut berada di peringkat daruratperlu dipenuhi. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

(i) Darurat itu benar-benar berlaku, bukan suatu yang tidak pasti. Dengan kata lain telah berlaku atau wujud satu keadaan di manakemusnahan atau kemudharatan pada lima perkara asas ataupunkemusnahan akan berlaku secara pasti ataupun berdasarkan kepadasangkaan yang kuat berpandukan pengalaman- pengalaman ataupengetahuan;

(ii) Seseorang yang berada dalam keadaan darurat itu bertentangandengan perintah atau larangan syarak, atau tidak terdapat sesuatu yang diharuskan oleh syarak untuk menghilangkan kemudharatanmelainkan perkara yang ditegah;

(iii) Mestilah dipastikan bahawa kewujudan benda-benda halal yang lain tidak dapat menghindarkan kemudharatan yang menimpa pesakit;

Kelonggaran dalam Islam (samb)

Page 17: Presentation ult 2132

Panduan Ringkas Untuk Pesakit Dan Pengamal Perubatan Hak pengguna ini meliputi:

1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas Penjagaan kesihatan adalah keperluan asas dalam kehidupan. Ia adalah hak individu untuk

mendapatkan penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan dalam menjamin kehidupan yang sihat. Olehitu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan setiap orang mempunyai peluangsama rata untuk mendapat keperluan ubat-ubatan.

2. Hak untuk mendapatkan maklumat Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi dan tepat

mengenai ubat-ubatan yang mereka ambil. Pengguna perlu dimaklumkan jenis ubat yang diambil, kesan sampingan yang mungkin diperolehi, bagaimana untuk mengambil ubat, kekerapanpengambilan ubat serta langkah berjaga-jaga yang perlu diambil. Maklumat ini perlu dimaklumkanoleh pengamal perubatan dan juga dinyatakan pada label produk.

3. Hak untuk membuat pilihan Hak untuk membuat pilihan adalah penting dalam memilih produk berkualiti yang selamat dan

boleh meningkatkan kesihatan berbanding produk yang tidak selamat dan rosak.

4. Hak untuk mendapatkan keselamatan Setiap pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan ubat yang selamat.Semua ubat-ubatan sama

ada ubat preskripsi atau suplemen kesihatan tidak boleh membahayakan pengguna. DiMalaysia, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia berusaha untukmemastikan setiap ubat yang dijual di pasaran adalah selamat untuk digunakan oleh pengguna.

Page 18: Presentation ult 2132

5. Hak untuk mendapatkan gantirugi Hak untuk mendapatkan gantirugi adalah elemen penting dalam memberikan perlindungan

kepada pengguna. Di Malaysia, mekanisma untuk mendapatkan gantirugi adalah melaluiTribunal Pengguna dan mahkamah perundangan yang ada untuk mendapatkan gantirugi danmendapatkan pampasan ke atas kerosakan yang berlaku.

6. Hak untuk bersuara Hak untuk bersuara adalah bermaksud pengguna boleh menyuarakan pendapat dan aduan

melalui saluran yang sesuai seperti pihak berkuasa kesihatan. Jika anda telah ditipu di pasaran dantidak mendapat perkhidmatan yang berkualiti, aduan anda perlu didengar dan diberi perhatianoleh pihak berkuasa

7. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat Keperluan untuk mendapatkan persekitaran yang terpelihara adalah penting untuk melindungi

pengguna daripada kualiti kehidupan yang semakin merosot. Memandangkan sesetengah ubatadalah beracun, pembuangannya perlu dibuat secara berhati-hati dan selamat agar tidakmendatangkan bahaya kepada persekitaran.

8. Hak untuk mendapat pendidikan pengguna Pendidikan pengguna memberi kuasa kepada pengguna untuk mempraktikkan hak mereka. Ia

merupakan satu- satunya cara yang berkesan untuk melindungi pengguna. Pendidikan penggunaboleh diberikan melalui pengalaman pengguna-pengguna lain, penyebaran maklumat daripadaagensi kerajaan dan badan bebas, pengajaran di dalam kelas oleh guru-guru dan juga pelajaran yang tidak formal melalui ibubapa.

Panduan Ringkas Untuk Pesakit Dan Pengamal Perubatan (samb)

Page 19: Presentation ult 2132

Kesimpulan Kesedaran mengenai penggunaan produk kosmetik dan penjagaan

tubuh badan, berstatus halal, belum cukup membanggakan dikalangan pengguna islam. Sungguhpun tiada kajian khususmenyokong pandangan itu, tetapi pada dasarnya ia boleh dipercayai. sekiranya status halal dalam makanan terlihat jelas mengenaisumbernya seperti babi yang memang haram, produk kosmetikmeliputi definisi lebih luas termasuk kebersihan serta keselamatannyakepada pengguna.

Walaupun pada dasarnya kosmetik dan produk penjagaan tubuhbadan memiliki sifat berbeza dengan dengan makanan, iaitu tidakmasuk (secara langsung) ke dalam tubuh, tetapi jawapannya tetap ada. Terutama produk perawatan kulit, misalnya serum atau pelembap, sekitar 60 peratus produk berkenaan berada pada kulit, lantas ‘masuk’ ke aliran darah.

Apabila produk berkenaan mengandung alkohol, bahan daripadahaiwan, atau bahan kimia berbahaya seperti hydroquinone sudah pastiia seharusnya haram kerana memudaratkan pengguna. Malah, ada jugajenis produk bersifat seperti lilin, tidak terserap ke dalam tubuh tetapipengguna masih menggunakannya, seolah-olah ia halal.

Page 20: Presentation ult 2132

Takrifan halal bagi produk makanan, kosmetik serta ubat-ubatan adalahsama. Ia dihasilkan menepati hukum syarak iaitu jika binatang yang diharuskan makan maka ia hendaklah disembelih mengikut undang-undangIslam dan ia turut menekankan prinsip toyyiban iaitu dijamin kesucian, kebersihan dan berkhasiat. Mengenai status halal dalam produk kosmetik danpenjagaan tubuh badan, adalah dinasihatkan kepada pengguna supaya bijakmemilih produk yang diyakini halal kerana ia merangkumi jaminankebersihan, keselamatan dan kesucian sesuatu produk.

Adalah menjadi kerisauan tentang status penggunaan bahan berbahaya, termasuk merkuri, atau hydroquinon di dalam produk kosmetik. Dalam halini, pengguna harus meningkatkan pengetahuan mengenai status halal produkyang digunakan.

Dari sudut pengeluar pula, kini sudah banyak syarikat, memohon pensijilanhalal bagi produk kosmetik dan produk farmaseutikal. Pengguna denganmudah boleh menyemak status halal sesuatu produk melalui direktori halaldi www.halal.gov.my.

Kesimpulan (samb)