View
390
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
notes
Citation preview
REFLEKSI KERJA KURSUS MORAL KESELURUHAN
Syukur Alhamdulillah, berkat doa dan izin-Nya maka dapatlah saya siapkan
kerja kursus untuk Subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Berbantukan Komputer (BMM3105). Di ruang ini juga, tidak saya lupakan pensyarah
yang membimbing, memberi tunjuk ajar dan sentiasa bersabar dengan tingkah laku
anak didik beliau yang penuh dengan kepelbagaian karenah masing-masing.
Sering kita dengar dan lihat murid-murid mengatakan bahawa antara mata
pelajaran yang paling membosankan di kelas ialah Bahasa Melayu. Benarkah
kenyataan ini?. Pandangan saya, kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali.
Melalui pengetahuan dan pengalaman saya semasa menjadi murid di sekolah
dahulu, yang sebenarnya menjadi faktor kepada ketidakminatan murid itu dalam
sesuatu mata pelajaran adalah melalui bagaimana sesuatu perancangan dan
pelaksanaan seseorang guru itu di dalam kelas. Di samping itu, sesuatu mata
pelajaran itu akan menjadi tidak menarik jika bahan dan juga cara gaya tersebut
menyampaikan tidak menarik serta tidak dapat mengawal kelas dengan baik. Selain
itu, sesuai dengan peredaran semasa yang penuh cabaran teknologi kini, murid-
murid sebenarnya lebih suka dan tertarik jika pengajaran seseorang guru itu dapat
diaplikasikan menggunakan teknologi semasa dan lebih mencabar. Oleh itu, kursus
ini banyak memberi manfaat dan kelebihan kepada saya untuk digunakan sebagai
bahan pengajaran dan pembelajaran semasa di sekolah nanti. InsyaAllah.
Sepanjang saya melaksanakan dan membina laman web ini, banyak pengalaman
dan ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh dan timba. Saya sedar
bahawa sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan
dicari sebanyak mungkin sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam
pekerjaan yang sebenar nanti. Oleh itu, melalui kursus ini secara tidak langsung
saya dapat mengumpul dan menyimpan sebanyak bahan yang boleh sebagai
simpanan dan bekalan saya nanti untuk dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran.
Di samping itu, saya sedar bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang pelbagai, menarik
serta menyeronokkan murid. Melalui kursus ini, secara langsung saya dapat belajar
bagaimana untuk membina bahan yang menarik untuk dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, misalnya menghasilkan video yang menarik sesuai
dengan tajuk dan tema yang hendak di ajar oleh guru tersebut. oleh itu, peluang dan
ruang sepanjang kursus ini dilaksanakan akan saya manfaatkan sebanyak yang
mungkin.
Sebagai seorang bakal guru, salah satu kemahiran yang perlu dimahiri dan dipelajari
ialah kemahiran membina dan mengaplikasikan laman web. Saya sedar bahawa
segala maklumat masa kini boleh diakses ataupun dicari menggunakan hujung jari
sahaja, bermaksud maklumat yang ingin kita capai sungguh mudah dan senang
dicapai melalui akses internet. Dengan itu, melalui kursus ini saya dapat belajar
bagaimana membina laman sesawang pengajaran dan pembelajaran untuk murid
khususnya untuk subjek Bahasa Melayu (Major saya) di samping dapat memuat naik
dan turun bahan yang disalurkan. Kesannya, pengajaran dan pembelajaran itu akan
menjadi lebih mudah di samping dapat mempertingkatkan kemahiran murid dalam
menggunakan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Secara tuntasnya, dapatlah saya simpulkan bahawa kursus ini memberi ruang serta
peluang kepada saya untuk menimba sebanyak mungkin kemahiran teknologi
maklumat untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kursus ini juga dapat
meningkatkan kemahiran yang dapat membantu serta mempermudahkan proses
penyampaian pengajaran di dalam kelas kelak. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman yang dimiliki dapat terus dikembangkan dan digunakan
semaksimum yang mungkin serta diaplikasikan di sekolah nanti. InsyaAllah, sekian.
Recommended