View
231
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat
saya menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan.(Kejuruteraan
Jentera)
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penyelia saya iaitu Prof.Madya Dr Mohd.Syed Shafeq bin Syed Mansor yang
banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya
menjalankan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang terlibat
dalam kajian ini iaitu pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia kerana telah memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan
penyelidikan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga kerana
banyak memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan
ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan
rakan-rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT jua dan yang serba
kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.
Noorul Shaleeza Binti Salehuddin.
Februari 2004…
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap kesihatan mental di kalangan
pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi
Malaysia. Kajian ini melibatkan 199 orang mahasiswa. Instrument kajian yang telah
digunakan adalah set soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A
digunakan untuk melihat latar belakang responden. Bahagian B pula untuk melihat
simptom-simptom yang kerap dialami oleh pelajar tersebut dari 10 aspek iaitu
kegelisahan, kelesuan, kurang daya tumpuan, marah, bunuh diri, kerisauan, neurosis,
obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses
menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk
mendapatkan nilai peratus, kekerapan dan min. Dapatan kajian menunjukkan simptom
yang paling kerap dialami oleh pelajar ialah kelesuan manakala tahap kesihatan mental
pelajar mengikut kursus, kumpulan etnik, jantina dan tempat tinggal berada di tahap
memuaskan.. Di akhir kajian, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan yang
boleh diteliti oleh pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan mental
pelajar.
ABSTRACT
The descriptive research was being done using the surveying techniques. The
objective of this study is to view the level of mental health among first year student in
Education Faculty. The research was done at Universities of Technology; Malaysia.
This study involved 199 students of Education Faculty. The research instruments are
being used that were questionnaire that involves 2 sections. Section A was used to
collect data on the respondent’s background. Section B was to know about the level of
respondents” in symptoms of mental health with constructed in 10 categories of
symptoms which are restlessness, fatigue, poor consecrate, angry, suicide, apprehension,
neurosis, obsessive-compulsive, somatic and stress. The findings were analysed using
the Statistical Package of Social Sciences software version 11.0 in sequence to get the
percentage frequencies and min value. The outcomes show that the most symptoms
always facing on student is fatigue however the level of mental health circumstance in
good condition. Though the end of this study, a few recommendations were derived for
conscientious to certain parties consecutively to increase the level of mental health of
student.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI GRAF xvi
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Kepentingan Penyelidikan 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Konsep Istilah 9
1.8.1 Kesihatan Mental 9
1.8.2 Tekanan Mental 9
1.8.3 Penyakit Mental 10
1.8.4 Mahasiswa 11
1.8.5 Simptom 11
1.8.6 Kegelisahan 11
1.8.7 Kurang Daya Tumpuan, Kelesuan dan 12
Somatik
1.8.8 Neurosis 13
1.8.9 Obsesif-kompulsif 13
1.8.10 Kerisauan 14
1.9 Rumusan 15
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Sejarah Kesihatan Mental di Malaysia 16
2.3 Kajian Lepas Dalam Negara 17
2.4 Sejarah Kesihatan Mental Pelajar 20
di Luar Negara
2.5 Kajian Lepas Luar Negara 21
2.6 Model Tekanan 23
2.6.1 Model Tindak Balas 23
2.6.2 Model Rangsangan 25
2.6.3 Model Interaksi Antara 26
Pelbagai Unsur
2.7 Rumusan 28
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Tatacara Kajian 30
3.4 Tempat Kajian 31
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 31
3.6 Instrumen Kajian 33
3.6.1 Bahagian A: Latar Belang Responden 33
3.6.2 Bahagian B: Item-Item 37
3.7 Kajian Rintis 33
3.8 Analisis Data 41
3.9 Rumusan 42
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Latar Belakang Responden 44
4.3 Kekerapan dan Peratusan Simptom Kesihatan Mental 49
Bahagian B
4.4 Rumusan 82
BAHAGIAN KELIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 83
5.2 Ringkasan Kajian 84
5.3 Perbincangan 84
5.4 Kesimpulan Perbincangan 94
5.5 Cadangan 95
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 99
5.7 Rumusan 99
BAHAGIAN ENAM
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN
Senarai Dokumen Rujukan 100-102
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1. Taburan Sampel Ikut Kursus 32
3.2. Taburan Item-item soal selidik Bahagian A 34
3.3. Taburan Item-itm soal selidik Bahagian B 38
3.4. Penentuan Tahap Bagi Sub Skala Simptom Kesihatan
Mental
40
4.1. Taburan Responden Mengikut Kursus 44
4.2. Taburan Responden Mengikut Umur 45
4.3. Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 45
4.4.
Taburan Responden Mengikut Bilangan Kumpulan Etnik
46
4.5.
Taburan Responden Mengikut Agama 46
4.6. Taburan Responden Mengikut Jantina 47
4.7.
Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan
47
4.8.:
Taburan Responden Mengikut Hirarki Keluarga
48
4.10
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Kegelisahan
50
4.11:
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Kelesuan
56
4.12.:
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Kurang
Daya Tumpuan
58
4.13.
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Marah
61
4.14.
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Bunuh Diri
63
4.15:
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Kerisauan
66
4.16. Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Neurosis 68
4.17.
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Obsesif
Dan Kompulsif
71
4.18.
Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Somatik 74
4.19 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Tekanan
Mental
76
5.1. Kekerapan simptom-simptom kesihatan mental
mahasiswa tahun pertam Fakulti Pendidikan.
85
5.2 Perbandingan Nilai Min Purata Simptom-Simptom
Kesihatan Mental Ikut Kursus
89
5.3
Perbandingan Nilai Min Purata Simptom-Simptom
Kesihatan Mental Ikut Tempat Tinggal
90
5.4 Perbandingan Nilai Min Purata Simptom-Simptom
Kesihatan Mental Ikut Tempat Tinggal
92
5.5 Perbandingan Nilai Min Purata Simptom-Simptom
Kesihatan Mental Ikut Jantina
93
SENARAI GRAF
NO.GRRAF TAJUK MUKA SURAT 1.1. Perangkaan Kes Bunuh Diri Di Seluruh Dunia 3
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Model Tindakbalas 25
2.2 Model Rangsangan 26
2.3 Model Interaksi 27
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL
SPSS - Statistical Package For The Social Sciences
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
PTSD - Posstaumatic Stress Disorder
ATS - Amat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
AS - Amat Setuju
% - Peratus
f - Kekerapan
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Borang soal selidik
B Jadual penentuan saiz sample berdasarkan
Populasi Kreijcie Dan Morgan
C Lampiran Berkaitan
BAB I
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Seorang pakar psikiatri tempatan mendedahkan bahawa 20 peratus remaja
Malaysia menghadapi masalah kesihatan mental dengan 10 hingga 13 peratus dari
mereka berada pada peringkat tenat. Akhbar itu memetik Konsultan Psikiatri Pusat
Perubatan Universiti Malaya Prof Madya Dr Aili Hanim Hashim sebagai berkata lima
hingga sembilan peratus dari yang bermasalah menunjukkan tanda-tanda kekacauan
emosi. (Mingguan Malaysia, Disember 2003).
Petikan di atas adalah sebahagian daripada gejala-gejala simptom psikologi yang
melanda di kalangan remaja. Kesan daripada gejala-gejala ini yang semakin
menunjukkan kesan yang membimbangkan, telah menyedarkan masyarakat tentang
kesihatan mental yang baik. Salah satu jenis kesihatan mental yang sering dialami oleh
masyarakat dewasa ini ialah tekanan mental. Tekanan mental adalah sebahagian daripada
kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan individu
terasa diancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak
balas. Kita boleh mengalami tekanan ketika memenuhi tuntutan kerja, menyesuaikan diri
dengan persekitaran baru, atau melalui interaksi sosial. (Kiwamuddin, 1996). Jenis
kesihatan mental ini lebih banyak melanda golongan remaja yang baru mengalami
transasi perubahan dalam hidup mereka contohnya pelajar universiti. Mereka perlu
memenuhi tuntutan tugasan yang banyak, penyesuaian diri di tempat baru atau hubungan
sosial mereka. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-
satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental terlalu tinggi, ia boleh
menimbulkan masalah sosial dan menggangu kesihatan kita.
Setiap individu juga memberikan reaksi dan tindak balas yang berbeza-beza
kepada tekanan yang dialaminya. Ada individu yang mampu menghadapi tekanan
dengan mudah, tetapi tidak kurang pula yang terpaksa memerlukan sokongan dan
bantuan orang lain ketika menghadapi tekanan. Apa yang pasti ialah, tekanan ialah salah
satu punca kepada hampir semua masalah dan kesihatan mental. (Hairunnaja Najmuddin,
2003). Tekanan yang berlebihan dapat mengakibatkan perasaan bimbang, kegelisahan,
rungsing, sedih dan kadang-kadang menimbulkan pelbagai masalah kesihatan mental
seperti kemurungan dan kerisauan.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita bunuh diriseorang pelajar perempuan
yang berbangsa Cina di Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar tersebut dipercayai
membunuh diri dipercayai berpunca dari masalah akademiknya yang tidak memuaskan.
Graf 1.1 di bawah menunjukkan perangkaan data pada Mac 2002 mengenai bilangan
manusia yang membunuh diri di seluruh dunia. Angka.di bawah jelas menunjukkan
nilainya yang agak membimbangkan. Oleh itu jelas menunjukkan tahap kesihatan mental
dewasa kini berada di paras membimbangkan.
Graf 1.1: Perangkaan kes bunuh diri di seluruh dunia, Mac 2002. Dipetik dari akhbar News Straits Time (2 April 2002)
Secara umumnya, masalah kesihatan mental ini tidak mengancamkan
keselamatan orang lain. Tetapi ia akan menjadi satu bebanan yang merugikan semua
pihak terutamanya diri individu dan pihak kerajaan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Proses pendidikan adalah sesuatu yang dinamik. Daya persaingan antara individu
untuk mencapai kejayaan adalah bergantung kepada sejauhmanakah perkembangan
seorang individu itu dari aspek kesihatan, penyesuaian, sosialisasi, kesedaran diri dan
autonomi. Dengan kata lain, kejayaan seseorang mahasiswa bukan sahaja bergantung
kepada prestasi akademik semata tetapi juga keterampilan diri dari segi sosial, psikologi,
emosi dan jasmani.
Masalah utama yang terhasil daripada proses modenisasi terhadap institusi
pendidikan ialah masalah pendidikan atau akademik, masalah vokalsional atau kerjaya
dan masalah dalaman atau psiko-emosi. Masalah psiko-emosi ini adalah salah satu dari
masalah kesihatan mental yang berpunca daripada kekeliruan dalam pemikiran,
kecelaruan emosi dan konflik dalaman. Masalah–masalah tersebut merupakan masalah
psikologi utama yang yang dihadapi oleh golongan remaja atau orang muda di institusi
pendidikan (Abdul Halim Othman, Sharifah Bee Aboo Bakar dalam Abdul Halim
Othman dan Amir Awang, 1993). Punca utama masalah ini ialah kehilangan motivasi
atau minat yang berpunca daripada tekanan mental atau psikologi. Maka pelbagai
konflik telah timbul di dalam diri mereka sehingga berkembang menjadi penyakit mental
tanpa interversi awal.
Menurut Cheung, Lee dan Chan (1983) dalam Abdul Halim Othman dan Amir
Awang (1993), lima masalah fizikal dan mental yang dihadapi pelajar ialah kelemahan
dan kelesuan, tekanan dan kerisauan, kesukaran tidur dan sakit kepala.
Sebenarnya kajian tentang kesihatan mental yang dialami oleh pelajar- pelajar
universiti telah dibuat Tong, 1996. Kajian yang dibuat oleh Tong, 1996 bertajuk
Tinjauan terhadap simptom-simptom psikologi yang dialami oleh pelajar tahun akhir
Fakulti Pendidikan mendapati terdapat 19 orang daripada 143 orang responden
memerlukan bantuan klinikal atau psikoterapi. Walaupun angka ini adalah sedikit
berbanding 143 orang pelajar, tetapi ia sedikit sebanyak akan menjejaskan pengeluaran
bakal guru yang berkualiti dari UTM khususnya.
Punca-punca tekanan yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir selalunya adalah
disebabkan menjalankan projek sarjana muda, jumlah jam kredit yang banyak, terpaksa
sambung semester dan masalah kewangan dalam menjalankan pelbagai projek. (Nor
Ainie, 2002). Tetapi adakah punca-punca tekanan yang dihadapi oleh pelajar ini adalah
sama dengan punca-punca tekanan yang dihadapi oleh pelajar tahun satu?
1.3 Penyataan masalah
Pengkaji berpendapat punca-punca tekanan yang dihadapi antara pelajar tahun
akhir dengan pelajar tahun pertama ini tidak sama dari segi penyesuaian diri di tempat
baru kerana selalunya pelajar tahun satu ini adalah pelajar baru yang akan menghadapi
pelbagai penyesuaian bersama kawan–kawan yang berlainan jantina dan kaum. Oleh itu
pengkaji ingin melihat apakah terdapatnya masalah penyesuaian diri dikalangan pelajar
ini terhadap fenomena baru ini. Menurut Kiwamudin (1996), masalah penyesuaian diri
menyebabkan rasa takut, kurang keyakinan dan malu yang merupakan masalah kesihatan
mental yang membawa kepada masalah kebimbangan dan kecelaruan. Selain itu masalah
kewangan juga mengakibatkan pelbagai masalah seperti sakit kepala yang akan
membawa kepada kesahatan mental iaitu somatik, R. Jenkins (1985). Memandangkan
peranan guru begitu penting sekali dalam pembangunan masyarakat, sepatutnya guru atau
bakal guru tidak mengalami tahap kesihatan mental yang begitu tinggi. Oleh sebab itu
pengkaji berminat untuk mengetahui samada pelajar ini mengetahui atau sedar mengenai
tahap dan punca kesihatan mental yang dialami oleh mereka dalam menjalani kehidupan
sebagai mahasiswa yang baru di UTM. Dengan itu, diharapkan tinjauan terhadap
kesihatan mental yang dijalankan terhadap Pelajar Tahun Satu Universiti Teknologi
Malaysia, Kampus Skudai, Johor Bahru ini dapat memberi gambaran asas tentang
kesihatan mental pelajarnnya.
1.4 Persoalan Kajian Persoalan kajian yang timbul daripada perbincangan dalam bahagian 1.2, Latar
Belakang Masalah adalah seperti berikut:
1. Apakah kesihatan mental yamg paling kerap melanda pelajar Tahun Satu Fakulti
Pendidikan UTM mengikut 10 jenis kesihatan mental iaitu kegelisahan, kelesuan,
kerisauan, neurosis, obsesif–konpulsif
tekanan mental, daya tumpuan, marah dan perasaan ingin bunuh diri?
2. Bagaimanakah kesihatan mental mahasiswa secara umumnya berdasarkan faktor
demografi mengikut 10 jenis kesihatan mental tersebut?
Recommended