View
235
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
Piloting Social Projects for the Future
for tomorrow
Reflection2015 2016
penjagaan masa kini
Merintis Kaedah Penjagaan untuk Masa Depan
01
Menyumbang kepada kesejahteraan, maruah
dan mata pencarian
29,000individu, keluarga dan masyarakat
yang memerlukan di Singapura
Sejak 2009
Menyentuh kehidupan
1.2 juta isi rumah
untuk masa depan
Refleksi2015 2016
02
Menyokong program berasaskan hasil dan
inisiatif yang membawa kepada kesan sosial
positif
95 Program
Sejak 2009
01 Sorotan Utama Tahun Kewangan FY2015/2016
02 Kenyataan Pengerusi
06 Lembaga Pengarah
08 Program untuk Tahun Kewangan FY2015/2016
38 Nota Pengurusan
40 Senarai Program dan Talian Perhubungan
Kan
dun
gan
Membangunkan RakyatMenerusi sokongan bermaruah bagi individu dan keluarga mereka pada masa sukar.
Membangunkan KeupayaanMenerusi pendidikan, latihan dan daya usaha lain bagi meningkatkan peluang untuk mata pencarian.
Membangunkan Masyarakat Menerusi pemupukan keharmonian antara kaum dan agama merentasi budaya dan bahasa.
Menerusi pendidikan, latihan, kegiatan dan kempen untukmeningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan sekiranya berlaku keadaan mencemaskan melibatkan kesihatan, sekitaran dan keadaan kecemasan besar-besaran lain yang menjejas Singapura.
Membina Semula KehidupanMenghulurkan tangan dan memberi satu lagi peluang kepada individu, keluarga atau masyarakat yang kurang bernasib.
Tujuan dan matlamat Temasek Cares adalah untuk menyumbang kepada kesejahteraan, maruah dan mata pencarian individu, keluarga dan masyarakat yang memerlukan di Singapura, melalui teras berikut:
Misi Dan Daya Usaha Strategik
1
2
3
4
6,500 penerima bantuan
SOROTAN UTAMA TAHUN KEWANGAN FY2015/2016
Geran Program:
$9.8 juta
13 program
65,000penerima bantuan
menerusi
Temasek Dana Kesediaan Kecemasan
menerusi Endowmen Balaji Sadasivan,
Ee Peng Liang dan Temasek Cares
4,200 kanak-kanak
1,350 warga tua
650 keluarga
300 belia
01
Sorotan Utama Tahun Kewangan
KENYATAAN PENGERUSI
Beberapa model perintis bagi penjagaan
masyarakat dan penjagaan kesihatan
telah diulang-guna secara meluas
dalam masyarakat. Kami merancang
penjagaan masa kini untuk masa depan.
02Refleksi 2015 2016
Temasek Cares yang membiayai daya usaha dan model penjagaan yang baru benar-benar menyentuh kehidupan orang perseorangan yang dibantu, keluarga dan masyarakat. Pengalaman kami sejak tujuh tahun lalu telah membolehkan kami mengenal pasti kemunculan baru dalam sesebuah masyarakat, baik dari segi keperluan sosial ataupun sivik; membangunkan keupayaan dan kemampuan dalam perancangan penjagaan, mengesahkan projek perintis, mencorak pemikiran dan amalan baru demi memenuhi keperluan mereka. Kesemua keperluan ini disumbangkan tidak hanya untuk warga dan keluarga miskin tetapi juga keluarga yang memerlukan bantuan dalam soal penjagaan pesakit nyanyuk, kesihatan mental dan keperluan lain. Adakalanya, ia memerlukan huraian baru kepada masalah lama. Beberapa model perintis bagi penjagaan masyarakat dan penjagaan kesihatan telah diulang-guna secara meluas dalam masyarakat. Kami merancang penjagaan masa kini untuk masa depan.
Untuk FY 2015/2016, kami mendampingi 29 rakan masyarakat dan membiayai 13 inisiatif berjumlah $9.8 juta. Seramai 6,500 warga Singapura, selain keluarga mereka, memanfaatkan kesemua program ini secara langsung. Tambahan lagi, program ‘Sentiasa Bersedia’
kemahiran asas seperti keselamatan, penyesuaian tempat dan kemampuan bergerak dalam rumah, warga tua dapat menikmati hari tua mereka dengan gembira dan bermakna.
Memajukan Rangkaian Sokongan untuk Golongan Terdedah
Kami juga meningkatkan sokongan masyarakat untuk warga Singapura yang menghadapi masalah mental. Kajian menunjukkan 1 dari setiap 10 warga menghadapi semacam bentuk sakit mental dalam kehidupan mereka. Ramai tidak dapat bantuan profesional kerana kurang faham dan aib yang dikaitkan dengannya. Mereka hidup dalam masyarakat kita; penduduk dalam masyarakat ini boleh kenal pasti dan beri sokongan kepada jiran yang hadapi masalah ini; dan bantu mereka. Kami membiayai usaha membangun kemampuan Temasek Cares – Projek eMHFA(S) (Bantuan Kecemasan Kesihatan Mental
kami dibiayai oleh Temasek Dana Kesediaan Kecemasan yang menjangkau 65,000 orang.
Merintis Model Penjagaan Kesihatan
Tahun lalu, Presiden Tony Tan merasmikan Temasek Cares – Pusat Khidmat Pembangunan Bersepadu Kanak-Kanak (KIDS) 0-3, program yang diasaskan bersama-sama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK dan Khidmat Masyarakat AMKFSC. Temasek Cares – KIDS 0-3 adalah berdasarkan sebuah model neurosaintifik yang menggabungkan kesihatan, kognitif, pembangunan, emosi dan sokongan keluarga untuk kanak-kanak terutamanya dari keluarga terdedah, semasa di peringkat genting pembesaran mereka dari usia 0 hingga 3 tahun. Terdapat juga aspek pergerakan sosial dalam usaha ini.
Warga tua yang mengalami masalah penglihatan separa berasa kehidupan mereka tersekat. Ia suatu masalah yang membesar. Program Temasek Cares – Pemulihan Mata Warga Tua (SEER) menunjangi pengembangan model penjagaan pemulihan agar seseorang yang mengalami penglihatan separa mampu untuk menghadapi, berfungsi dan bergerak dengan selamat dalam rumah dan dalam kalangan masyarakat. Dengan melengkapkan mereka dengan
03Kenyataan Pengerusi
Singapura) menerusi kursus dalam talian oleh Hospital Besar Changi untuk melatih, mentauliah dan mengiktiraf sekitar 900 pemimpin dan kakitangan pertubuhan masyarakat untuk tujuan ini.
Kami sedar akan keletihan yang dialami para pengasuh dalam menjaga orang yang mereka sayangi yang sakit untuk jangka masa panjang. Para pengasuh ini boleh menghadapi kemurungan dan tekanan yang boleh menjejas teruk keadaan orang-orang yang mereka sayangi. Disebabkan itu, kami memulakan dan membiayai program Temasek Cares – Pusat@Sokongan Pengasuh oleh Agensi untuk Penjagaan Bersepadu yang merintis model sokongan pengasuh yang memberi khidmat menurut keperluan, termasuk lawatan ke rumah dan rangkaian sokongan emosi dan amali, demi menyokong para pengasuh dan orang yang dijaga mereka.
Menggerakkan Masyarakat untuk Kekal Bersedia
Gempa bumi Sabah pada Jun tahun lalu mengejutkan negara. Dalam musibah itu, Singapura kehilangan sembilan warganya. Ramai lagi yang terkesan akibat kejadian memilukan itu. Kami berterima kasih kerana ahli terapi dan kaunselor yang dilatih dalam terapi trauma di bawah program Temasek Cares – KITS (Kanak-Kanak Hadapi Keadaan Sukar) telah bertindak dalam menyediakan sokongan psikologikal kepada kanak-kanak dan ahli keluarga mereka yang terjejas. Tetapi kami sedar kami boleh lakukan lebih banyak lagi dalam menyediakan bantuan kecemasan trauma.
Pada awal 2016, Temasek Cares dan KKH memutuskan untuk membangunkan Kekal Bersedia – Rangkaian Trauma untuk Kanak-Kanak sebagai peluasan untuk program Temasek Cares – KITS. Ini akan menyaksikan 680 ahli terapi masyarakat, kaunselor sekolah dan guru yang terlatih dalam bantuan kecemasan trauma, menjadi
sekumpulan orang yang berkelayakan dan terlatih yang dapat memberi sokongan psikologikal apabila berlaku bencana.
Kekal bersedia juga menyentuh soal menyelamatkan nyawa. Pasukan Pertahanan Awam Singapura melaporkan lebih 1,900 orang setiap tahun mengalami serangan jantung di luar hospital, dengan hanya 3 peratus berjaya mengatasinya. Orang yang kita sayangi mungkin merupakan orang yang hadapi serangan jantung di jalanan, dan kami ingin berusaha memastikan mereka ini mempunyai peluang untuk terus hidup. Kami tahu bahawa masa adalah penting tatkala jantung berhenti berdenyut, dan Defibrilator Luaran Automatik (AED) boleh meningkatkan peluang untuk hidup dengan baik sekali. Disebabkan itu, Temasek Cares membiayai projek perintis SMRT – Temasek Cares AED Beroda untuk melengkapi 100 teksi SMRT dengan AED dan melatih pemandu memberikan bantuan kecemasan. Antara November 2015 hingga Mac 2016, sebanyak 19 kali bantuan kecemasan ini diberikan.
Penjagaan masa kini untuk masa depan juga bererti melabur pada anak-anak agar dapat keluar dari lingkaran ganas yang membebankan generasi terdahulu.
04Refleksi 2015 2016
Richard MagnusPengerusi
Yang benar
Merintis Huraian Penjagaan untuk Golongan Terdedah
Penjagaan masa kini untuk masa depan juga bermakna melabur pada kanak-kanak agar mereka dapat keluar dari lingkaran ganas yang membebankan generasi terdahulu. Seperti orang lain yang percaya pada nilai pendidikan, kita ingin melihat kanak-kanak dari keluarga terdedah menikmati permulaan yang sama. Malangnya, pendidikan prasekolah adakalanya bukanlah satu keutamaan untuk keluarga berpendapatan rendah. Bekerjasama dengan Persatuan Pendidik Prasekolah Singapura, Temasek Cares – Projek Berganding Tangan memulakan satu kerjasama imaginatif antara warga tua dan keluarga terdedah dalam mewujudkan satu huraian berteraskan masyarakat bagi membolehkan kanak-kanak prasekolah menjalani persekolahan secara kerap. Hubungan unik ini bukan hanya membantu kanak-kanak dari keluarga terdedah memanfaatkan pendidikan prasekolah, tetapi juga mendampingi warga tua yang aktif untuk terus menyumbang dengan bermakna kepada masyarakat.
Menjolak sebuah Masa Depan yang Merangkumi Semua
Untuk membangunkan sebuah Singapura yang merangkumi seluruh warganya, adalah penting untuk memastikan golongan kurang upaya didampingi secara aktif agar masyarakat dapat mencorakkan masa depan secara bersama. Kerana itu, Temasek Cares membiayai sebuah program pendidikan dan jangkauan untuk kanak-kanak kurang upaya dari sekolah keperluan khas dan Pertubuhan Kebajikan Sukarela untuk turut serta dalam Pameran ‘Masa Depan Kita’, menerusi program Temasek Cares – Sebuah Masa Depan Yang Inklusif untuk Kita. Amat mengharukan apabila menyaksikan para pelajar merakamkan harapan dan impian mereka untuk masa depan Singapura – ada diantaranya menulis akan harapan mereka untuk menikmati sebuah negara yang selamat, sedang yang lain ingin sebuah sekolah yang lebih besar dan lebih baik, dan ada pula menyatakan kepedulian dan cinta mereka terhadap alam sekitar dan kawasan menghijau. Seorang kanak-kanak berkata, beliau harap Singapura boleh menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan kurang upaya.
Masa depan Singapura adalah milik mereka sebagaimana ia juga milik kita, dan kita mesti terus mewujudkan sebuah masa depan untuk kita semua.
Kesimpulan
Melaksanakan pelbagai daya usaha yang menghasilkan pulangan positif adalah satu kepuasan dan kami bersemangat untuk mendampingi lebih ramai orang pada masa mendatang. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Temasek Holdings dan Temasek Trust atas sokongan tanpa belah bagi mereka terhadap kerja yang kami lakukan, dan Lembaga Pengarah saya atas masa, nasihat dan bimbingan bernas mereka. Terima kasih, kepada rakan program kami, kerana mengongsi semangat dan kepercayaan, dan bekerja bersama-sama pasukan pengurusan kami dan kakitangan untuk menjayakan program ini. Kepada mereka yang telah memanfaatkan program kami, terima kasih kerana membenarkan Temasek Cares menjadi sebahagian daripada hidup anda.
05Kenyataan Pengerusi
LEMBAGA PENGARAH
(Dari kiri ke kanan)
Duduk Vemala K Rajamanickam
Richard Magnus (Pengerusi)Pang Cheng Lian
Berdiri Mohd Salleh Marican (Bendahari)
Benedict Cheong Zainul Abidin Rasheed
Koo Tsai Kee
07Lembaga Pengarah
Penerima Bantuan
Pengasuh pesakit di Pusat Penjagaan Warga Tuta
Matlamat
• Membentuk sebuah model penjagaan baharu di Pusat Penjagaan Warga Tua yang mendukung kedua-dua warga tua dan pengasuh mereka
• Membantu pengasuh mengurus dengan lebih baik bebanan asuhan mereka dan terus menjaga orang yang mereka sayangi dalam lingkungan masyarakat
Meningkatkan Penjagaan Untuk Golongan Terdedah
Temasek Cares
PUSAT@SOKONGAN PENGASUH
Program perintis untuk membina model baharu berstruktur bagi sokongan pengasuh di Pusat Penjagaan Warga Tua
Rakan• Agensi Penjagaan
Bersepadu (Pentadbir)• Persatuan Penyakit
Alzheimer • AWWA• Pusat Penjagaan Siang Hari
untuk Warga Tua Hong Kah North SASCO
• The Salvation Army
Jumlah Penerima Bantuan
328 keluarga
(Pengasuh)
082016Refleksi 2015
Latar Belakang
* Berdasarkan jangkaan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Kementerian Kesihatan (MOH)
Pengasuh untuk warga tua menghadapi pelbagai cabaran, terutamanya jika mereka menerima sedikit sokongan, dan/atau jika warga tua benar-benar uzur atau mengidapi penyakit seperti nyanyuk.
Dilaksanakan di Pusat Penjagaan Dementia Siang Hari dan Pusat Penjagaan Warga Tua:
Perkhidmatan utama (untuk kesemua pengasuh)• Pemeriksaan terhadap bebanan
pengasuh dan penilaian terhadap keperluan
• Menyelaras penjagaan dan sokongan terhadap kerja kes
• Satu saluran perhubungan untuk sokongan emosi dan amali
• Pendidikan tentang sumber untuk pengasuh
• Konsultasi tentang Tanda-Tanda Tingkah Laku dan Psikologikal berhubung Dementiaand Psychological Symptoms of Dementia
Khidmat Tambahan (berpangkalan di rumah)(jika perlu)• Penilaian atau campur tangan• Pengurusan tingkah laku
Tahap tekanan yang tinggi
Tidak menyedari atau dilatih tentang
bagaimana nak menghadapi secara
fizikal, mental dan emosi
Ketidakcukupan ilmu tentang
penyakit yang dialami warga tua
Menjelang 2030*
Jumlah warga tua di Singapura
Jumlah warga tua memerlukan penjagaan
900,000
117,000
Bentuk Program
Program
09
Rakan
• Hospital Besar Changi (Pentadbir)
• Pertubuhan Masyarakat
Penerima Bantuan
Pemimpin masyarakat yang tampil membantu mereka yang mengalami
tekanan mental
Jumlah Penerima Bantuan
900 pemimpin masyarakat
dilatih
Matlamat
• Melatih pemimpin masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda masalah kesihatan mental
• Mempertingkat pemahaman masyarakat tentang cabaran kesihatan mental, tentang bagaimana menawarkan rawatan kecemasan dan di mana mendapatkan bantuan profesional
Meningkatkan Penjagaan Untuk Golongan Terdedah
Temasek Cares PROJEK eMHFA(S)
(BANTUAN KECEMASAN KESIHATAN MENTAL SINGAPURA)Program perintis untuk membangunkan daya tahan dalam kesihatan mental
menerusi pembangunan wadah pembelajaran secara elektronik untuk kursus-kursus MHFA(S)
10Refleksi 2015 2016
Latar belakang
Kursus Bantuan Kecemasan Kesihatan Mental (Singapura)
merupakan kursus yang sesuai untuk orang biasa dan telah
diiktiraf kerana memahami soal kesihatan mental.
Peserta mempelajari cara untuk mengenal pasti masalah-masalah
biasa berhubung kesihatan mental dan memberikan bantuan awal.
Peserta diajar untuk membimbing individu yang memerlukan bantuan
mendapat khidmat profesional sewajarnya selepas memberikan
“bantuan kecemasan”.
Kajian menunjukkan bahawa
1 dalam 10 orang di Singapura mengalami semacam sakit mental sepanjang hayat mereka. (Satu tinjauan secara meluas ke atas penduduk
tentang gangguan mental di Singapura, 2012)
Pengesanan awal dan campur tangan amat membantu dalam mempertingkat hasil untuk mereka yang punya atau hadapi risiko tentang masalah mental.
Sebagai orang yang pertama didekati masyarakat, pertubuhan berteraskan masyarakat yang terlatih dalam soal kesihatan mental akan dapat memberi khidmat barisan depan kepada masyarakat, baik dalam pengesanan awal atau campur tangan dalam soal kesihatan mental di kalangan penduduk dan ahli keluarga, terutamanya mereka dalam kumpulan terdedah.
Kursus Pembelajaran-E
900 pemimpin masyarakat akan dilatih
Separuh hari pertama hadiri latihan dalam kelas untuk pensijilan MHFA(S)
Bentuk Program
Program
11
Temasek Cares PROGRAM PEMULIHAN
MATA WARGA TUA(SEER) Program perintis untuk membangunkan model penjagaan baharu dan memperkasa keupayaan masyarakat dalam
pemulihan masalah penglihatan separa di kalangan warga tua
Meningkatkan Penjagaan Untuk Golongan Terdedah
Penerima Bantuan
Program perintis untuk membangunkan model penjagaan baharu dan
memperkasa keupayaan masyarakat dalam pemulihan masalah penglihatan separa di
kalangan warga tua
Jumlah Penerima Bantuan
2,240 warga tua yang
mengalami rabun (anggaran)
30 Terapis Pekerjaan
dilatih untuk pemulihan penglihatan separa
Rakan
• Agensi Penjagaan Bersepadu (Pentadbir)• Hospital Universiti Nasional• Pusat Mata Kebangsaan Singapura • Hospital Tan Tock Seng• Penyedia Khidmat
Matlamat
• Membangunkan satu model berstruktur untuk warga tua yang mengalami penglihatan separa dan mengesahkan konsep yang boleh dilaksanakan
• Membangunkan keupayaan masyarakat dalam pemulihan masalah penglihatan separa di kalangan warga tua
12Refleksi 2015 2016
Latar belakang
Masalah penglihatan separa sering ditakrifkan
sebagai kecacatan penglihatan yang
tidak boleh dibetulkan dengan menggunakan
cermin mata preskriptif atau campur tangan
perubatan, yang menghalang kegiatan
harian.
Pada masa ini, tidak ada keselarasan atau program berstruktur
untuk pemulihan masalah penglihatan separa
yang boleh membantu mereka yang memerlukan
rawatan beralih ke penjagaan masyarakat
bila mereka belajar cara-cara berhadapan dengan
masalah penglihatan separa dan mengekalkan
keupayaan yang perlu apabila
di rumah.
Warga tua yang disahkan mengalami penglihatan separa sering mengekalkan penglihatan yang boleh dimanfaatkan dan boleh belajar cara untuk berfungsi dengan berkesan dan selamat dalam lingkungan rumah mereka dan dalam masyarakat dengan bantuan pasukan berbilang disiplin merangkumi:
Oftalmologi
Ahli Optik
Terapis Pekerjaan
Pekerja Sosial
1
2
3
4
Membangunkan keupayaan masyarakat dalam pemulihan masalah penglihatan separa dengan membangunkan satu kaedah latihan yang bersesuaian dengan konteks Singapura
Laluan Penjagaan Berselaras Temasek Cares – SEER
BARU
Oftalmologi
Ahli Optik
Terapis Pekerjaan Masyarakat temui
warga tua di rumah sehingga empat sesi
pemulihan
Pekerja sosial akan diberi tugasan mengurus warga tua (menyelaras penjagaan dan menangani isu psikologikal)
Penerima rawatan menikmati keupayaan
berdikari lebih baik dalam masyarakat
Terapis Pekerjaan (sesi klinik peringkat
awal untuk lakar pelan penjagaan individu)
Golongan Memerlukan
Rawatan
Bentuk Program
Program
13
Rakan
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK
(Pentadbir)
MEMBANTU KELUARGA KURANG UPAYA AKSES LATIHAN SIGNPOSTS
Membantu ibu bapa yang memerlukan dan mempunyai anak yang bermasalah dalam soal pembesaran menampung kos latihan Signposts
Membangun Keupayaan Sektor Keperluan Khas
Penerima Bantuan
Keluarga kanak-kanak dengan keperluan
pembesaran
Jumlah Penerima Bantuan
Ibu bapa pengasuh
1,950 kanak-kanakdengan keperluan pembesaran
Matlamat
• Melengkapkan ibu bapa miskin dan pengasuh menangani sikap anak-anak mereka (berusia antara 3 hingga 15 tahun) dengan keperluan pembesaran
• Menjadikan latihan Signposts mudah dimanfaatkan orang ramai menerusi bahan yang telah diterjemahkan ke Bahasa ibunda
14Refleksi 2015 2016
Membangun Keupayaan Sektor Keperluan Khas
Jumlah Penerima Bantuan
5,300
kanak-kanak kurang upaya dan pengasuh mereka
Matlamat
• Menyertakan golongan cacat dan memerlukan dalam pembangunan Negara menerusi penyertaan aktif dalam pameran “Masa Depan Kita”
• Mewujudkan kesedaran awam tentang perlunya membangunkan sebuah masyarakat inklusif yang turut merangkumi golongan kurang upaya
Temasek Cares
SEBUAH MASA DEPAN YANG INKLUSIF UNTUK KITA
Temasek Cares mendampingi golongan kurang upaya dalam usahanya membangunkan sebuah masyarakat yang inklusif dalam acara utamanya sempena SG50
Rakan
• Majlis Kebangsaan Khidmat Sosial (NCSS) (Pentadbir)
• Kementerian Pembangunan Negara
• Sekolah Pendidikan Khas
Penerima Bantuan
Kanak-Kanak kurang upaya
Program
15
EQUAL
PROGRAM PEMBELAJARAN BERKAITAN KUDA
UNTUK SEKOLAH MENENGAH SPECTRA Membangunkan sosio-emosi, perhubungan dan kemahiran
diri untuk remaja terdedah menerusi terapi ekuin
Penerima Bantuan
Belia Terdedah
Jumlah Penerima Bantuan
Sekitar
600Pelajar Spectra(200 pelajar dalam setiap kohort selama tiga tahun)
Matlamat
Remaja terdedah meraih keyakinan dan kemahiran hidup dan dapat berhubungan lebih baik dengan rakan dan guru, selain dapat menunjukkan kelakonan lebih baik di sekolah.
Menggambar sebuah Masa Depan untuk Golongan Muda
Rakan
Sekolah Menengah Spectra
16Refleksi 2015 2016
EQUAL(Bantuan Pembelajaran EQUine)
Latar Belakang
EQUAL (Bantuan Pembelajaran EQUine) merupakan satu program
terapi menggunakan kuda yang dijalankan oleh Equal Ark Singapore,
dan bertujuan melengkapi remaja rentan dengan kemahiran hidup dan
kemahiran sosial. Beberapa pelajar Spectra memerlukan lebih banyak
bantuan dalam membangunkan nilai dan keyakinan diri serta keupayaan
untuk bersosial dengan rakan-rakan. EQUAL amat berfaedah dalam
membantu mereka membentuk keyakinan dan kematangan emosi yang
lebih baik.
“Terdapat seorang budak lelaki selepas menunggang kuda yang baran, menyatakan bahawa dia kini lebih memahami perasaan
gurunya apabila beliau tidak menuruti arahan mereka.”
Pengetua
18Refleksi 2015 2016
Kemahiran Menjaga Kuda
Kegiatan Membersihkan kandang dan membersihkan kuda
Matlamat• Belajar tentang
penjagaan
• Membangunkan keyakinan dan kemahiran berkomunikasi
• Meningkatkan kawalan diri
Main Kuda
Kegiatan Kerja berkumpulan dengan dan dikelilingi kuda
Matlamat• Belajar cara
berhubungan menurut gerak gaya
• Memperkukuh kemahiran dalam rundingan dan kerja berpasukan
• Membangunkan kemahiran dalam pengurusan konflik
Menunggang kuda Kegiatan Belajar Menunggang Kuda
Matlamat• Mengatasi kebimbangan
menghadapi kegagalan
• Membangunkan kesabaran
• Membina keyakinan
Lombol Interaktif
Kegiatan Tugas dilaksanakan ke atas atau sekeliling kuda
Matlamat• Memupuk kerja
berpasukan dan keyakinan
• Belajar menghormati kuda
• Menggalak interaksi sosial
Bentuk Program Sukatan pelajaran EQUAL merangkumi empat perkara:
Program
19
Temasek Cares
PUSAT KHIDMAT PEMBANGUNAN
BERSEPADU KANAK-KANAK (KIDS) 0-3Pusat Sehenti kesihatan bersepadu, khidmat sosial dan pendidikan
untuk kanak-kanak terdedah (umur 0 hingga 3 tahun) dan ibu bapa mereka
Menggambar sebuah Masa Depan untuk Golongan Muda
Matlamat
• Mengoptimakan pertumbuhan dan ketumbesaran untuk setiap kanak-kanak
• Membangunkan sebuah model integrase berkekalan bagi kesihatan masyarakat dan penjagaan social untuk ibu dan anak
Rakan
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK
(Pentadbir)
Khidmat Masyarakat AMKFSC
Jumlah Penerima Bantuan
300 ibu dan anak-anak
(melepasi umur 3 tahun)
Penerima Bantuan
Ibu terdedah, bakal ibu dan kanak-kanak
berusia di bawah tiga tahun
20Refleksi 2015 2016
PUSAT TEMASEK
CARES KIDS 0-3
Latar belakang
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai ibu dan bapa kurang
berkemampuan menghadapi risiko lebih besar dalam ketumbesaran anak disebabkan
pembangunan yang sedang berlangsung.
Pada Julai 2014, Program Temasek Cares - KIDS 0-3 telah dilancarkan untuk
menyediakan spektrum penjagaan yang menyeluruh menerusi sistem sokongan
berbagai lapis dan kesihatan bersepadu dan sokongan sosial. Pusat Temasek Cares - KIDS
0-3 telah dibuka pada Oktober 2015 sebagai tempat untuk anggota masyarakat menjalin
rangkaian dan sokongan sosial.
Pusat Temasek Cares - KIDS 0-3 terletak di kolong Blok 643, Ang Mo Kio Avenue 5. Pusat itu menawarkan sekitaran yang kondusif di mana ibu-ibu dan ahli keluarga dalam program ini boleh berhubungan dan mengambil bahagian bersama anak-anak mereka, menyertai kegiatan pembelajaran dan memudahkan sesi bermain bersama anak mereka.
Penjagaan Kesihatan dan Sosial
Pasukan Home Team membuat
lawatan
Pusat Temasek
Cares KIDS 0-3
KIDS Model 0-3
Pasukan Penjagaan Kesihatan
Penjagaan Sosial
Keluarga
22Refleksi 2015 2016
Bentuk Program
(Hamil 6-20 minggu)
(SEBELUM BERSALIN: 21-40 minggu kehamilan)
(POSNATAL: 0-3 tahun)
Kes berpotensi diambil oleh pasukan Temasek Cares - KIDS 0-3
Kaunseling dan pendidikan tentang:
Kaunseling dan pendidikan mengenai:
• Penjagaan Diri sewaktu Hamil
• Rancang Keluarga
• Susu Badan
• Khasiat dan amalan menyihatkan untuk membantu bayi membesar dengan baik semasa dalam kandungan
• Temujanji Doktor dan imunisasi
• Bersiap untuk bersalin dan kelahiran
• Memulakan rutin rumah baru untuk diri sendiri dan bayi
• Khasiat, rehat dan penjagaan emosi selepas melahirkan
• Mengetahui dan menguruskan keperluan bayi, kebersihan diri, makan, nangis, tukar lampin, tidur dan respons
• Pentingnya imunisasi, pemeriksaan kerap pembesaran dan kesihatan bayi
• Interaksi harian dan jalinan dengan bayi
• Memahami ketumbesaran bayi dan keperluan pembelajaran
1
2
3
Kegiatan di Temasek Cares-Pusat KIDS 0-3 4
UNTUK KANAK-KANAK DAN IBU BAPA
• Memantau/mengawasi pertumbuhan fizikal anak
• Penilaian pembangunan kanak-kanak
• Sesi bermain untuk kanak- kanak dengan ibu-bapa
• Menilai keperluan keluarga dan merujukkan sumber - sumber masyarakat yang sesuai.
• Maklumat dan petunjuk senang untuk belanjawan dan sumber untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan
RANGKAIAN MASYARAKAT DAN SOSIAL
• Tampil bersama dengan menjalin persembahan, keluarga, kakitangan dan sukarelawan
• Menganjurkan acara dan panduan pembelajaran untuk mendekati tempat diminati golongan ibu dan anak-anak mereka
50
80
110
“Anak lelaki saya sebelum ini amat pemalu kerana saya tidak
benarkan bercampur, tetapi selepas seminggu berada di
Pusat ini, beliau menjadi lebih gembira, riang, bertenaga dan
peramah. Beliau juga kerap bersama saya.”
Nordiana, 24Rujuk ke Pusat Temasek Cares -
KIDS 0-3. Pusat untuk Pusat Khidmat Keluarga Ang Mo Kio.
Program
23
Temasek Cares PROGRAM DERMASISWA
UNTUK MURID PRASEKOLAHProgram dermasiswa untuk menangani masalah ketidakhadiran
murid prasekolah di kalangan keluarga terdedah
Menggambarkan sebuah Masa Depan untuk Golongan Muda
Jumlah Penerima Bantuan
215Kanak-Kanak prasekolah dari keluarga terdedah
(Lebih tiga tahun)
Rakan
Persatuan Pendidik Pendidikan Awal Singapura (AECES)
Matlamat
• Memanfaatkan lebih ramai kanak-kanak dari keluarga terdedah dengan pendidikan prasekolah
• Menyediakan kanak-kanak dengan dermasiswa untuk sokongan kesejahteraan dan makanan berkhasiat, selain perbelanjaan lain berkaitan sekolah
24Refleksi 2015 2016
Rakan
Persatuan Pendidik Pendidikan Awal Singapura (AECES)
Jumlah Penerima Bantuan
430 Kanak-Kanak
366Pengasuh
Matlamat
• Membolehkan kanak-kanak prasekolah yang punya rekod teruk untuk menghadiri dan meraih faedah dari pendidikan prasekolah
• Mendampingi warga tua aktif dan melengkapkan mereka dengan kemampuan untuk menyokong keluarga terdedah dan bergaji kecil dengan membawa kanak-kanak prasekolah pergi dan pulang ke sekolah setiap hari
Penerima Bantuan
Kanak-Kanak prasekolah dari keluarga terdedah
yang mana ibu bapa mereka tidak mampu menghantar anak ke sekolah kerana jadual
kerja atau masalah lain
Temasek Cares
PROJEK BERGANDING TANGAN
Program perintis untuk membolehkan murid prasekolah dari keluarga terdedah menghadiri sekolah secara kerap
Menggambarkan sebuah Masa Depan untuk Golongan Muda
Lebih tiga tahun
Program
25
Melengkapkan Masyarakat untuk Kekal Bersedia
Penerima Bantuan Golongan yang menghadapi
serangan jantung di luar hospital (OHCA)
Kadar Terselamat menurun antara 7-10% untuk setiap minit tanpa bantuan perubatan
Matlamat
• Meningkatkan kadar respons masyarakat dan masa terhadap kes OHCA
• Menjadikan teksi sebagai responder pertama dalam menyediakan AED dan bantuan terhadap kes-kes OHCA
100 teksi
SMRTDilengkapi dengan AED
SMRT-TEMASEK CARES AED BERODA
Program perintis untuk membangunkan kesediaan masyarakat dengan melengkapi teksi SMRT dengan Defibrilator Luar Automatik (AED)
Rakan
• SMRT Taxis (Pentadbir)• Yayasan Jantung Singapura
Dengan sokongan daripada
• Majlis Kesiapsiagaan Kecemasan Awam dan Kebakaran Kebangsaan
• Persatuan Teksi Nasional• Pasukan Pertahanan Awam Singapura
26Refleksi 2015 2016
Latar Belakang
Setiap tahun terdapat
1,9001
kes serangan jantung di luar hospital, di mana kadar yang dapat diselamatkan adalah
3%1
SMRT – Temasek Cares
AED BERODA
“Ini merupakan penggunaan kali pertama saya lakukan dan saya
mendapat latihan yang baik oleh Yayasan Jantung Singapura, saya
mampu bertenang dan melakukan pemeriksaan (pada nadi dan
hembusan nafas pesakit). Saya amat gembira dapat memainkan peranan aktif dalam masyarakat dengan menyelamatkan nyawa.”
Simon Ngiam, Rakan teksi SMRT Memberi respons terhadap OHCA dalam
masa 4 minit pada 23 Nov 2015
1 Source: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (laman) 2 Source: The Straits Times “SCDF perkenalkan Peralatan Teknologi
untuk Respons Lebih Pantas dalam Menyelamatkan Nyawa” 18 April 2014
28Refleksi 2015 2016
Penyertaan sukarela oleh 100 pemandu teksi SMRT
Pemandu teksi yang turut serta dilatih untuk melakukan CPR dan menggunakan AED
1
2
995
3
4
Pemandu teksi yang turut serta didaftarkan dengan aplikasi bergerak myResponder untuk menerima pemberitahuan
Pemandu yang dapat memberi respons akan mengesahkan bahawa mereka boleh membantu menerusi aplikasi tersebut
5
6
Sehingga dua teksi boleh memberi respons terhadap sesuatu panggilan kecemasan, dengan sakah satu daripada teksi itu bertindak sebagai sokongan
Pemandu teksi yang tiba di tempat kejadian akan menyampaikan AED sebagai menyokong responder pertama yang tampil sebagai menjawab panggilan kecemasan itu
Orang ramai yang melakukan CPR boleh meningkatkan peluang mangsa serangan jantung untuk hidup dengan lebih dua kali ganda, berbanding dengan menggunakan AED yang boleh meningkatkan peluang untuk hidup sebanyak 11 kali2.
11 min1 Masa diambil bagi sebuah ambulan untuk tiba di tempat kejadian bagi kes kecemasan.
Bentuk program
Program
29
Kekal Bersedia
RANGKAIAN TRAUMA UNTUK KANAK-KANAK Program perintis untuk melaksanakan satu model baharu berdasarkan
sokongan psikososial untuk kanak-kanak yang menghadapi trauma
Matlamat
• Membangunkan sebuah model yang disahkan dan bentuk latihan yang dapat memberikan rawatan kecemasan trauma kepada kanak-kanak berteraskan masyarakat dan peka pada perbezaan budaya
• Melengkapkan masyarakat, termasuk sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, dengan keupayaan untuk menyediakan sokongan yang mencukupi dan segera untuk kanak-kanak pasca trauma
• Membentuk rangkaian pembelajaran berkenaan trauma yang melibatkan masyarakat dan pengendali kes trauma di sekolah-sekolah
• Meningkatkan kesedaran tentang trauma yang dihadapi kanak-kanak di kalangan orang awam
Penerima Bantuan
Kanak-Kanak terkesan dengan keadaan traumatik
Rakan
• Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (Pentadbir)
• Pertubuhan Masyarakat
• Madrasahs di bawah Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)
• Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan
• Sekolah Pendidikan Khas
• Pertubuhan Kebajikan Sukarela (VWO)
Melengkapkan Masyarakat untuk Kekal Bersedia
30Refleksi 2015 2016
Jumlah Penerima Bantuan
3,040 kanak-kanak dan pengasuh mereka
(penerima faedah secara langsung)
680
Ahli terapi berteraskan masyarakat dan kaunselor
sekolah dilatih dalam bantuan kecemasan trauma
100 Ahli terapi berteraskan
masyarakat dan kaunselor sekolah dilatih dalam
Berfokuskan Trauma Terapi Kognitif Tingkah Laku
10,000Kanak-kanak dan keluarga
mereka dididik dalam penjagaan trauma
Program
31
Kekal Bersedia
RANGKAIAN TRAUMA UNTUK KANAK-KANAK
Latar Belakang
Pada April 2014, Temasek Cares dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK
melancarkan satu program perintis tiga tahun, Temasek Cares KITS (Kanak-Kanak
Hadapi Keadaan Sukar), untuk membina keupayaan masyarakat dalam menyediakan
terapi trauma untuk kanak-kanak. Kekal Bersedia - Rangkaian Trauma Kanak-Kanak
dibangunkan atas kejayaan program KITS Temasek Cares. Ia bertujuan meningkatkan
sumber-sumber berteraskan masyarakat untuk memberi sokongan psikososial
mencukupi kepada kanak-kanak dan ahli keluarga di sekolah dan dalam masyarakat. Ia melengkapkan pertubuhan berteraskan masyarakat dan sekolah yang berkhidmat
kepada kanak-kanak yang mempunyai kemahiran khusus menangani trauma dan
menghubungkan mereka bersama dalam satu rangkaian pembelajaran berkenaan
trauma.
Bimbang Marah
Malu Sedih
Tanda-Tanda Trauma:
Perasaan Pasca Trauma:
Bantuan kecemasan trauma
Untuk menyediakan sokongan serta-merta dan melengkapkan kanak-kanak dan pengasuh dengan kemahiran menghadapi keadaan trauma
Berfokuskan Trauma Terapi Kognitif Tingkah Laku (TF-CBT)
Untuk kanak-kanak dengan kesukaran pasca trauma yang memerlukan sokongan psikososial lebih intensif
Ingatan menarik perasaan trauma
Mudah terasa
Mengelak
Keadaan diri negatif
Melampau kepekaan deria
32Refleksi 2015 2016
Membangunkan satu Pedagogi untuk Bantuan Kecemasan Trauma dan Penyediaan Latihan
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK akan membangunkan satu pedagogi latihan bagi satu kursus dua bahagian untuk bantuan kecemasan trauma yang sesuai untuk sekolah-sekolah di Singapura dan masyarakat. 680 ahli terapi berteraskan masyarakat dan kaunselor sekolah akan dilatih.
Meningkatkan Keupayaan Berfokuskan Trauma Terapi Kognitif Tingkah Laku di dalam Masyarakat dan Sekolah
100 ahli terapi berasaskan masyarakat dan kaunselor sekolah akan dilatih dalam Berfokuskan Trauma Terapi Kognitif Tingkah Laku.
Membangunkan satu Rangkaian Pembelajaran dan Sokongan untuk Pengendali
Satu rangkaian pembelajaran akan dibangunkan untuk pengendali dalam terapi trauma untuk:
• Kekal berhubungan antara satu sama lain dan mudah dihubungi secara berkumpulan
• Sentiasa dimaklumkan tentang penjagaan akibat trauma
• Mendapat bimbingan dan konsultasi • Hadiri sesi perkongsian atau webinar
tentang perkara berkaitan trauma• Punya wadah untuk mengongsi idea
dan sumber
Meningkatkan Kesedaran Tentang Trauma di kalangan Kanak-Kanak
Usaha mendekati 10,000 kanak-kanak dan ahli keluarga mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang trauma, kesannya, serta bagaimana dan bila untuk mendapatkan sokongan atau rawatan untuk seseorang kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda trauma.
Bentuk Program
Program
33
Penerima Bantuan
Keluarga dan Masyarakat Umum
Melengkapkan Masyarakat untuk Kekal Bersedia
Temasek Cares
‘KEKAL BERSEDIA’ PROGRAM MENDAMPINGI
MASYARAKAT DAN PENDIDIKAN AWAM Acara tiga hari untuk meningkatkan kesedaran
tentang persediaan menghadapi kecemasan
Rakan
• Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK
• Pasukan Pertahanan Awam Singapura
• Yayasan Jantung Singapura
• Teksi SMRT• ST Engineering
Matlamat
Meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya masyarakat berdaya tahan dan bersiap-sedia menghadapi kecemasan
Jumlah Penerima Bantuan
Menjangkaui
12,000Orang awam
34Refleksi 2015 2016
Rakan
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK
Trauma di kalangan kanak-kanak dan belia
• Meningkatkan kesedaran tentang tanda trauma dalam kalangan kanak-kanak, dan apa yang boleh dilakukan pengasuh dalam memberi sokongan kepada kanak-kanak
ST Engineering
Udara + Pelitup Bijak dan lubang angina untuk keluarga (termasuk kanak-kanak)
• Bagaimana menggunakan pelitup dengan betul dan bagaimana lubang udara boleh membantu pengguna bernafas dengan lebih selesa
Pasukan Pertahanan Awam Singapura
• Panduan keselamatan untuk kebakaran di rumah
• Nombor untuk dihubungi apabila berlaku kecemasan
• Bagaimana menggunakan pemadam api
Yayasan Jantung Singapura
Bantuan Pernafasan Menerusi Pengepaman Di Dada dan Mulut ke Mulut serta penggunaan Defibrilator Luar Automatik
• Kemahiran asas bantuan pernafasan untuk menyelamat nyawa
• Bagaimana mengenal seseorang mangsa serangan jantung dan apa boleh kita lakukan
Teksi SMRT
Program AED Bergerak SMRT – Temasek Cares
• Bagaimana teksi dilengkapi dengan Defibrilator Luar Automatik boleh membantu responder pertama apabila berlaku serangan jantung di luar hospital
(perincian lanjut tentang program ini di Muka Surat 20-23)
Program
35
(Dari 2010 hingga Mac 2016)
Membangunkan keupayaan dalam Sektor Khusus
Rakan • Agensi Penjagaan
Bersepadu (Pentadbir)
• Institut Pendidikan Teknikal
• Politeknik Nanyang
• Politeknik Ngee Ann
• Politeknik Republik
Matlamat
Lebih ramai ahli terapi dan jururawat dilatih bagi tempoh sederhana dan tempoh panjang dengan menyediakan anugerah belajar dan geran latihan.
Latar Belakang
Dibangunkan pada 2010, Balaji Sadasivan Projek Membangun
Keupayaan Penjagaan Kesihatan bertujuan membangun
keupayaan sumber tenaga dalam sektor penjagaan bagi
tempoh jangka sederhana dan jangka panjang, agar ia dapat memenuhi keperluan masyarakat Singapura yang
semakin tua. Sejak dimulakan, sejumlah 38 anugerah pengajian
telah diberikan kepada pelajar dalam bidang terapi pekerjaan, fisioterapi, kejururawatan dan
pengurusan khidmat kesihatan. Dalam FY2015/2016, anugerah
pengajian telah diberikan kepada 10 penerima.
Diploma dalam Fisiotherapi 8
Diploma dalam Terapi Pekerjaan
17
Diploma dalam Khidmat Kesihatan
3
Diploma dalam Kejururawatan
8
NITEC dalam Kejururawatan
2
Jumlah 38
Jumlah keseluruhan anugerah pendidikan
menurut bidang pengajian:
Jawatankuasa Pemilihan (2010 hingga 2015)
Agensi Penjagaan Bersepadu
Hospital Besar Changi
ITE College East
Politeknik Nanyang
Politeknik Ngee Ann
Persatuan Singapura untuk Ahli Terapi
Persatuan Fisioterapi Singapura
Temasek Cares
BALAJI SADASIVAN PROJEK MEMBANGUN KEUPAYAAN
PENJAGAAN KESIHATAN Membangun keupayaan jangka sederhana dan
jangka panjang dalam sektor penjagaan di Singapura
36Refleksi 2015 2016
Rakan
• Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS) (Pentadbir)
• Politeknik Nanyang
• Universiti Nasional Singapura
• Politeknik Ngee Ann
• Politeknik Temasek
Matlamat
Lebih banyak guru intervensi dan ahli terapi yang dilatih untuk sektor keperluan khas menerusi anugerah pendidikan dan geran latihan
Latar Belakang
Sektor keperluan khas ini memberi tumpuan dalam
membangunkan keupayaan intelektual, fizikal, deria atau
pelbagai ketidakupayaan. Dengan meningkatnya
permintaan perkhidmatan untuk pencegahan awal, Ee
Peng Liang Projek Membangun Keupayaan Bagi Keperluan Khas
telah dibangunkan pada 2011 untuk melatih sumber tenaga
berkemahiran untuk sektor ini. Sejak 2011, 41 anugerah
pendidikan telah diberikan kepada individu yang punya semangat untuk berkhidmat
dalam sektor ini.
Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak /
Psikologi Kanak-Kanak
29
Diploma dalam Terapi Pekerjaan / Fisioterapi
9
Sarjana dalam Ucapan dan Patologi Bahasa
3
Jumlah 41
Jumlah keseluruhan anugerah pendidikan
menurut bidang pengajian:
(Dari 2011 hingga Mac 2016)
Jawatankuasa Pemilihan (2011 hingga 2015)
Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS)
Politeknik Ngee Ann
Temasek Cares
Politeknik Temasek
Karyawan Industri
Membangunkan keupayaan dalam Sektor Khusus
EE PENG LIANG PROJEK MEMBANGUN
KEUPAYAAN BAGI KEPERLUAN KHAS Membangun keupayaan sektor keperluan khusus di Singapura
Program
37
NOTA PENGURUSANPada FY 2015/2016, Temasek Cares menyumbangkan $9.8 juta menerusi geran untuk 13 program untuk menyokong 6,500 warga Singapura yang memerlukan serta ahli keluarga mereka/pengasuh, selain mempertingkat kesiapsiagaan menghadapi kecemasan untuk 65,000 orang dalam masyarakat Singapura.
Geran yang dijamin untuk program untuk tahun kewangan tahun ini telah merosot hampir 20 peratus berbanding FY2014/2015. Ini disebabkan kos program untuk mengagihkan Kekal Bersedia Kit Permulaan (setiap satu kit mengandungi tiga pelitup N95) kepada 1.2 juta isi rumah di Singapura pada 2014. Tanpa mengira program sekali ini, jumlah keseluruhan geran program meningkat 10 peratus untuk FY2015/2016.
Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Temasek Cares telah menyokong lebih banyak program yang besar, dari segi tampungan dan jangkauan. Sebagai contoh, Program Pusat Khidmat
Pasukan Pengurusan
Woon Saet NyoonPengurus Besar
Kee Kirk ChuenTimbalan Pengurus Besar
Joan PereiraPenolong Pengurus Besar
Pembangunan Bersepadu Kanak-Kanak (KIDS) 0-3 yang menyepadukan sokongan perubatan, psikologikal dan pengembangan untuk kaum ibu terdedah dan bayi mereka, dari peringkat prenatal hingga apabila anak itu berusia tiga tahun, dan merangkumi Pusat Temasek Cares – KIDS 0-3 yang pertama kali dibangunkan di Ang Mo Kio. Program sedemikian memerlukan geran lebih besar dan lebih banyak masa untuk mengesahkan kebolehlaksanaan konsep. Disebabkan itu, jumlah program yang disokong telah berkurangan sejak tiga tahun lalu, tetapi purata saiz geran bagi setiap program telah meningkat. Jumlah penerima bantuan secara langsung dari program-program kami telah meningkat dari 4,900 pada FY 2014/2015 ke 6,500 pada FY2015/2016 (tidak termasuk penerima bantuan di bawah Temasek Dana Kesediaan Kecemasan).
Nisbah perbelanjaan1 kami untuk FY 2015/2016 adalah 12 peratus, sejajar dengan kelakonan kami seperti tahun-tahun sudah.
1 Nisbah Perbelanjaan ditakrifkan sebagai Operasi dan Modal Perbelanjaan menurut Belanjawan Keseluruhan Komited untuk sesebuah Tahun Kewangan (FY). Untuk FY 2015/2016, nisbah perbelanjaan adalah 12 peratus ($1,283,308/$11,083,308).
38Refleksi 2015 2016
Belanjawan Keseluruhan
2013 – 2014
2014 – 2015
2015 – 2016
$7,526,644
$13,288,473
$11,083,308
Jumlah Penerima Bantuan (tidak termasuk penerima bantuan di bawah Temasek Dana Kesediaan Kecemasan)
Derma Khas
2013 – 2014
2014 – 2015
2015 – 2016
4,750
4,900
6,500
Jumlah Program
2013 – 2014
2014 – 2015
2015 – 2016
18
15
13
Jumlah Geran Komited untuk Program
2013 – 2014
2014 – 2015
2015 – 2016
$6,770,000
$12,203,677
$9,800,000
Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan untuk Tahun Kewangan 2015/2016 boleh didapati di www.temasekcares.org.sg.
Penderma: Penerbit Marshall Cavendish dan Jawatankuasa Projek ‘Buku Mengenali Secara Dekat bersama Lee Kuan Yew’
Jumlah: $50,000
Penerima Bantuan: 20 prasekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan Sukarela
Matlamat: Untuk membiayai program dan inisiatif yang mengukuhkan asas bahasa bagi kanak-kanak prasekolah
39Nota Pengurusan
SENARAI PROGRAM DAN TALIAN PERHUBUNGANBalaji Sadasivan – Projek Membangun Keupayaan Penjagaan Kesihatan
Agensi bagi Penjagaan BersepaduTel: 6632 1144
Emel: BalajiSA@aic.sg
Ee Peng Liang – Projek Membangun Keupayaan Bagi Keperluan Khas
Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS)Tel: 6589 5513
Emel: kristine_choi@ncss.gov.sg
EQUAL Program Pembelajaran Berkaitan Kuda untuk Sekolah Menengah Spectra
Sekolah Menengah SpectraTel: 6320 7140
Emel: S_B_Sivaganesh@spectra.edu.sg
Membantu Keluarga Kurang Upaya Akses Latihan Signposts
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KKTel: 6337 7646
Emel: angela.tang.sc@kkh.com.sg
SMRT - Temasek Cares AED Beroda
SMRT Taxis Pte LtdTel: 6866 2745
Email: ZaimeBH@smrt.com.sg
Tel: 6866 2766
Emel: LeeHY@smrt.com.sg
Kekal Bersedia Rangkaian Trauma untuk Kanak-Kanak
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KKTel: 6394 3942
Emel: Mercy.Teo.PL@kkh.com.sg
Temasek Cares – Program Dermasiswa untuk Murid Prasekolah
Persatuan Pendidik bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Singapore)Tel: 6281 4989
Emel: alicia@aeces.org
Temasek Cares – Pusat@Sokongan Pengasuh
Agensi untuk Penjagaan BersepaduTel: 6593 3874
Emel: alexandra.chua@aic.sg
Temasek Cares – Pusat Khidmat Pembangunan Bersepadu Kanak-Kanak (KIDS) 0-3
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KKTel: 6225 5554
Emel: kidscommonid@kkh.com.sg
Temasek Cares – Projek eMHFA(S) (Bantuan Kecemasan Kesihatan Mental Singapura)
Hospital Besar ChangiTel: 6850 4643
Emel: Aradhana_Gulati@cgh.com.sg
Temasek Cares – Projek Berganding Tangan
Persatuan Pendidik untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Singapura)Tel: 6281 4989
Emel: alicia@aeces.org
Temasek Cares – Program Pemulihan Mata Warga Tua (SEER)
Agensi untuk Penjagaan Bersepadu Tel: 1800 650 6060
Emel: seer@aic.sg
40Refleksi 2015 2016
Penjagaan Masa Kini
Untuk Masa Depan
Refleksi 2015 – 2016
வருஙகால நலனுககா இனறே அகறறேபபடுிறேகாம
பிரதிபலிபபு 2015 – 2016
关怀今天着眼未来
回顾 2015 – 2016
Recommended