View
1.082
Download
11
Category
Preview:
Citation preview
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOPENG,PERAK
PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN DI SELAMA, PERAK DIBANDINGKAN DENGAN
NEGARA JEPUN
NAMA : HURIL AIN BINTI MOHD HANAFI
NO.KP : 940404-14-5784
KELAS : 3 FARABI
ANGKA GILIRAN :
SENARAI KANDUNGAN
BIL. KANDUNGAN HALAMAN
1 PENGHARGAAN
2 PENDAHULUAN
3 OBJEKTIF KAJIAN 4 KAWASAN KAJIAN
5 PETA KAJIAN
6 KAEDAH KAJIAN 7 DAPATAN KAJIAN 8 BAHAN GRAFIK
9 RUMUSAN
10 LAMPIRAN
11 RUJUKAN
PENGHARGAAN
2
Saya ingin menyampaikan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya juga saya dapat saya siapkan KERJA KURSUS
GEOGRAFI 2009 ini dengan selengkapnya. Ucapan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mana-mana pihak yang terlibat membantu saya menyiapkan kerja khusus ini
secara langsung atau tidak langsung.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Pihak sekolah serta guru-guru kerana banyak memberikan kerjasama dalam usaha menyiapkan kerja khusus ini dengan
selengkapnya.
Bapa saya iaitu En. Suhaimi Bin Harun kerana membenarkan saya menjalankan kajian untuk menyiapkan kerja khusus ini.Ibu saya iaitu Mahayon Binti Ghazali kerana memberi
sokongan kepada saya agar tidak berputus asa.
Rakan- rakan saya yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam melengkapkan kerja khusus ini.Selain itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan saya
kepada pihak- pihak yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan folio ini.
PENDAHULUAN
3
Kawasan kajian yang saya pilih ialah Zon Selama di mana sepanjang kajian ini, saya
akan membongkar segala potensi, kelemahan, perkembangan dan kegiatan ekonomi yang
ada di Selama. Saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian kerana kawasan ini
merupakan tempat yang selalu saya kunjungi bagi melawat saudara-mara saya. Di
samping dapat memudahkan saya menjalankan kajian, saya juga dapat mengetahui
sedikit sebanyak mengenai kawasan tempat tinggal saya. Tidaklah saya menjadi seperti
katak di bawah tempurung apabila orang lain atau pelancong menanyakan saya yang
berkaitan petempatan di kawasan ini. Negara yang saya pilih untuk dibandingkan dengan
kawasan kajian saya ialah Negara Jepun. Saya memilih Negara Jepun ini kerana Negara
ini merupakan Negara yang optimum. Oleh itu, banyak perbezaan dari pelbagai aspek
akan dapat diperolehi jika dibandingkan dengan kawasan di Zon Selama.
Saya mengambil masa daripada 4 Mac hingga 13 April untuk menjalankan kajian. Ini
memberikan saya masa yang secukupnya untuk menyiapkan kajian di kawasan kajian
serta menyiapkan kerja khusus. Masa selebihnya akan saya tumpukan kepada
mengulangkaji pelajaran terutamanya Geografi untuk
peperiksaan percubaan dan Penilaian Menengah Rendah.
OBJEKTIF KAJIAN
4
Objektif kajian saya ialah saya dapat mengkaji di kawasan kajian iaitu di Zon Selama dibandingkan Negara Jepun berdasarkan beberapa aspek iaitu:
-Bentuk muka bumi dan ciri-cirinya.
-Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia
-Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia.
-Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
-Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
-Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kawasan kajian
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan pelbagai kaedah bagi mengumpulkan maklumat.
5
1. Kaedah pemerhatian Saya telah menyediakan borang pemerhatian bagi memastikan perkara yang hendak diperhatikan. Saya juga telah memerhatikan bentuk muka bumi di Simpang Lima, Parit Buntar.
2. Kaedah Temu bual Saya juga telah menyediakan borang temu bual untuk diisi oleh penduduk bandar. Melalui sesi temu bual dengan beberapa penduduk Selama, Perak saya dapat memperoleh maklumat berkenaan. Saya juga menemu bual pegawai-pegawai kerajaan untuk mengetahui tentang negara Jepun.
3. Kaedah rujukan Saya juga telah membuat rujukan kepada orang sumber iaitu ayah saudara saya yang merupakan anak tempatan kampung ini. Selain itu, rujukan juga telah dibuat kepada jiran-jiran saudara saya yang telah lama tinggal di kawasan ini. Saya juga telah merujuk laman web dan juga buku-buku geografi untuk mengetahui maklumat yang berkaitan dengan kawasan kajian saya.
KAWASAN KAJIAN
Pekan selama terletak di daerah kecil selama. Daerah ini adalah sebuah daerah yang tersendiri yang diwujudkan mengikut Perak Government Gazette No.421/3.7.1900 yang
6
masih berkuatkuasa sehingga sekarang. Daerah Selama merupakan sebahagian daripada daerah larut Matang Selama.
Kawasan kajian saya berkeluasan lebih kurang 8km persegi. Kawasan ini meliputi kawasan pekan Selama dan kawasan sekitarnya. Jarak diantara pekan selama dengan
rumah saudara saya lebih kurang 1 km dan hanya mengambil masa hanya lebih kurang 5 minit untuk sampai ke sana dan jika menaiki teksi hanya berharga RM25 jika dari
Taiping
Pekan terletak kira-kira 38km daripada Bandar Taiping. Bilangan penduduk di kawasan selama telah meningkat kepada 43,954 orang di kawasan mukim selama. Kebanyakkan
beragama islam selain dari agama lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha.
Daerah ini dibahagikan kepada 3 mukim iaitu mukim Selama, Ulu Selama dan Mukim Ijok. Pekan Selama lebih kepada kawasan tanah pamah. Oleh itu selama sesuai untuk
kegiatan pertanian, perlombongan, pelancongan dan petempatan.
7
PETA KAJIAN
PETA DAERAH
8
PETA NEGARA JEPUN
9
PETA KAWASAN KAJIAN
DAPATAN KAJIAN
Jenis dan pola petempatan
Setelah menjalankan kajian di kawasan kajian saya iaitu daerah selama, saya mendapati jenis petempatan di kawasan saya ialah luar bandar. Daripada pemerhatian saya, saya dapati pembangunan yang terdapat dalam kawasan kajian agak pesat. Rumah papan
jarang sekali dijumpai dan banyak perumahan didirikan di sekitar kawasan ini.
10
Selain itu, saya mendapati bahawa pola petempatan di kawasan ini terdapat 3 jenis pola. Jenis pola yang pertama ialah pola berjajar. Pola berjajar bermaksud rumah atau
banggunan dibina secara selari denagn jalan raya, sepanjang pantai, sungai,permatang dan parit dan juga dikenali sebagai petempatan linear. Pola ini banyak terdapat di
kawasan selama. Pola petempatan yang lain ialah pola petempatan terancang. Pola ini jelas dilihat kawasan- kawasan perumahan seperti di kawasan kediaman saya iaitu Taman
Nesa dan juga kawasan perumahan lain seperti Taman Sri Permai, Taman Kaya dan Taman Merdeka. Pola petempatan terakhir yang terdapat di kawasan selama ialah pola
petempatan berselerak. Ini dapat dilihat di kawasan Kampung Guru, Kampung Air Hitam dan Taman Merdeka.
Manakala negara perbandingan saya iaitu Negara Jepun. 55% daripada negara ini menggunakan pola petempatan berpusat seperti di kawasan Okinawa dan kawasan Tokyo selain daripada itu, pola petempatan yang lain turut digunakan di Jepun seperti beselerak
di kawasan-kawasan lama seperti. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat tinggal dalam tempat yang sesuai diduduki.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN
Sejarah Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik
Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22.1.1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram
1290 Hijrah. Abdul Karim berasal dari Sumatera. Sebelum ini Abdul Karim bekerja
sebagai budak pejabat di bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian
beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan
ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus
bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah
kampung di Utara Larut.
Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah
kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 km dari Pekan Selama yang dikenalisebagai Kg. Sg. Bayor. Kampung ini didiami oleh orang - orang Melayu keturunan
Pattani.
Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di
sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kg. Medan). Kemudian merekaberpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kg.
Gudang, kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih
11
timah dijumpai (di belakang Pejabat Daerah Selama sekarang), maka Encik AbdulKarim menjemput orang keturunan Rawa dari
Sumatera dan Orang Cina datang ke
Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah di Selama.
Encik Abdul Karim pernah menubuhkan pasukan pengawal untuk melindungikeselamatan pekerja dan perusahaan bijih timahnya. Bijih diambil secara
mendulang dan cara pam kelikir. Bijih dijadikan jongkong dan dipasarkan keNibong Tebal menggunakan sampan. Setelah hasil bijih timah merosot, maka Encik
Abdul Karim menyerah Kg. Selama kepada pihak Inggeris pada tahun 1888. Di bawahpihak Inggeris dibangunkan dan dimajukan seterusnya.
Encik Abdul Karim juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat KerajaanNegeri (State Council) di bawah pemerintahan Raja Yusuf. Encik Abdul Karim
meninggal dunia pada tahun 1890 dan dikebumikan di perkuburan berhampiran MasjidLama Selama.
Bentuk Muka Bumi
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di sini. Salah satu daripadanya ialah bentuk muka bumi. Kira-kira 65% daripada keseluruhan kawasan di sini adalah
tanah beralun yang sesuai untuk penanaman kelapa sawit dan getah yang menjadi sumber pendapatan 35% penduduk di selama.
Selain itu, kawasan tanah pamah juga terdapat di selama terutamanya bahagian barat dan selatan selama. Kawasan tanah pamah sesuai dijadikan kawasan petempatan dan
pembanggunan. Tidak hairanlah jika kita lihat dari peta lakar kita dapat melihat begitu banyak perumahan yang didirikan. Kira- kira 55% lagi adalah kawasan hutan yang akan
dibangunkan untuk meningkatkan hasil ekonomi di selama.
Manakala di Tokyo, Jepun pula merupakan kawasan tanah pamah. Kawasan tanah pamah ini di majukan supaya menjadi sebuah pusat perindustrian yang bertaraf tinggi. Tanah
pamah di sini juga didirikan sebuah bandar yang paling maju di asia.
Penerapan nilai yang saya dapat ialah saya berasa amat bangga kerana dapat tinggal di sebuah kawasan yang aman damai dan selesa.
Kegiatan ekonomiDi selama, terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan contohnya ialah
kegiatan perniagaan. Perniagaan yang dijalankan di selama adalah seperti menjual barangan keperluan dan perkhidmatan. Terdapat juga penduduk yang menjalankan
12
aktiviti perniagaan barangan di pasaraya seperti Golden Mini Market, Pasaraya Hong Leong, Pasaraya Hong Leong, Pasaraya A~Wang, Kedai Hup Seng dan Kedai Ubat Poh
On.
Selain itu, penduduk di selama juga menjalankan kegiatan pertanian ekonomi contohnya penanaman kelapa sawit dan getah bagi meningkatkan ekonomi di selama dan Negara di samping menambah pendapatan sendiri untuk perbelanjaan ekonomi keluarga. Tanahnya
yang pamah dan subur serta keadaan iklimnya yang baik, maka ia sesuai sebagai
kawasan pertanian. Sehingga kini, hampir keseluruhannya dimajukan adalah untuk menampung keperluan pertanian khususnya getah, kelapa sawit dan sawah padi. Sejumlah 19,698 hektar kelapa sawit, 2,215 hektar padi dan
1,791.6 hektar pertanian campuran. Pelbagai dasar dijalankan untuk memajukan tanah seperti Rancangan Tanah Pinggir/Kelompok,
(1,433.39 hektar), Felda (3,006.95 hektar), Felcra (295.42 hektar). Mini Estet (457.08 hektar) dan Rancangan Belia (1.847.9 hektar). Pada
keseluruhannya 33% tanah telah dimajukan untuk pertanian.
Aktiviti perkilangan juga terdapat di selama. Aktitivi perkilangan di selama merupakan salah satu sumber ekonomi di selama. Antara perkilangan yang terdapat di selama ialah
kilang sarung tangan yang terletak di Taman Nesa, kilang sos dan kilang kicap di Sungai Bayor dan kilang membuat baju di pekan selama. Selain tu, terdapat juga kilang getah
yang berhampiran dengan pekan selama
Selain itu, Tokyo pula berpotensi untuk di jadikan sebagai sebuah pusat perindustrian. Ini kerana kawasan Tokyo mempunyai penduduk yang ramai. Ini menyebabkan banyak kilang di buka untuk memberi pekerjaan kepada penduduk di situ. Antara kagiatan
perindustrian yang di jalankan di Tokyo ialah perkilangan Automotif dan sebagainya. Akhir kata saya berasa bangga kerana Selama mempunyai pelbagai potensi antaranya
adalah dari segi ekonomi.
FUNGSI PETEMPATAN YANG TERDAPAT DI SELAMA
Selama adalah sebuah kawasan luar bandar tetapi selama tidak ketinggalan dalam fungsinya dalam petempatan.Sebagai sebuah daerah
dalam Negeri Perak, Selama tidak terkecuali daripada sistem pentadbiran dan politik kerajaan Negeri dan Malaysia amnya. Sistem pentadbiran tidak
berbeza dengan daerah-daerah lain di mana Pegawai Daerah adalah bertanggungjawab sepenuhnya di dalam aspek pengurusan kemudahan awam,
urusan tanah, cukai dan hal-hal awam yang lain termasuk turut bertanggungjawab kepada Kerajaan negeri dalam merancang dan melaksanakan
projek-projek pembangunan yang akan dan sedang dilaksanakan. Selain daripada Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Daerah juga dibantu oleh
pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan dan Penghulu Mukim dalam segala hal yang melibatkan penduduk-penduduk mukim masing-masing.
13
Bagimenjamin keselamatan awam, Balai Polis juga telah ditempatkan diSelama. Dari segi politik, daerah Selama termasuk dalam kawasan
parlimen Larut dan diperuntukkan 3 kerusi untuk menduduki DewanUndangan Negeri Perak iaitu N3 Selama, N2 Kubu Gajah dan N4 Batu Kurau.
Selain itu, pertanian di sini amat sesuai di lakukan kerana tanih di sini merupakan tanih dan tanah pamah yang subur serta keadaan iklim yang stabil menjadikannya sesuai untuk
kawasan pertanian. Sehingga kini, hampir keseluruhan dimajukan untuk menampung keperluan pertanian.
Jika dibandingkan dengan negara jepun, Jepun menanam padi di kawasan tanah tinggi kerana mereka tidak cukup ruang untuk menanam padi di kawasan tanah pamah.
Tambahan pula, perindustrian di jepun amat berkembang maju sehingga membuka kilang di luar negara.
Saya berasa amat bersyukur kerana Malaysia mempunyai tanah yang cukup untuk tanaman padi dan tidak perlu menereskan bukit untuk menanam padi.
Selain itu, pelancongan di kawasan selama semakin bertambah setiap tahun kerana setiap tahun kerajaan akan menaik tarafkan kawasan selama. Contohnya pada tahun ini, syarikat Nesa telah menebang pokok-pokok di kawasan selama berhampiran dengan perumahan
Taman Nesa untuk penanaman nanas. Di samping itu, di selama juga terdapat satu penternakan yang esotik yang jarang di ternak tetapi bagus untuk kesihatan iaitu
penternakan lintah yang diusahakan oleh En. Mohd Jantan dan syarikatnya bermula daripada tahun lepas.
Oleh itu, makin ramai pelancong yang ingin datang melawat kawasan penternakan tersebut untuk mendekatkan diri dan mengenali dengan lebih lanjut mengenai perniagaan
atau penternakan lintah ini dengan lebih mendalam. Selain daripada tarikan pelancong kerana penternakan lintah di selama, di selama juga terdapat tempat-tempat yang menarik
contohnya Lata Tebing Tinggi dan Lata Puteh (Air terjun yang ke-3 tertinggi di dunia) akan menarik minat ramai pelancong daripada luar kawasan Selama .
MASALAH PETEMPATAN DI SELAMA
Setiap tempat di muka bumi ini mesti mempunyai masalahnya yang tersendiri mahupun masalah kecil atau besar. Di selama, terdapat beberapa masalah yang berpunca daripada
petempatan dan penduduknya sendiri.
Masalah yang pertama yang terdapat di sini ialah pencemaran udara. Pencemaran udara berlaku daripada asap kilang yang berhampiran dengan pekan selama. Asap kilang yang beracun ini menjejaskan kesihatan penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan tersebut.. Jika hendak dibandingkan dengan jepun, jepun mempunyai lebih masalah ini
kerana jepun merupakan negara yang mementingkan perindustrian untuk ekonomi mereka dan mendirikan pelbagai jenis kilang yang mengeluarkan asap yang boleh
membahaya dan menjejaskan kesihatan penduduk.
14
Masalah kedua ialah kekurangan infrastruktur akibat vandalisme yang dilakukan oleh insan yang tidak bertanggungjawab terutamanya remaja yang mempunyai rasa ingin tahu yang melampau. Golongan ini selalu merosakkan harta benda awam di sekeliling mereka untuk mencari keseronokan. Contoh infrastruktur yang dirosakkan ialah pondok telefon
dan tandas awam yang menyebabkan penduduk yang lain tidak boleh menggunakan kemudahan tersebut. Manakala di jepun pula mempunyai lebih banyak infrastruktur yang
rosak kerana metropolis ini mempunyai penduduknya yang lebih padat berbanding Malaysia.
Saya berasa amat bersyukur kerana dapat tinggal di kawasan yang kawasan yang tidak teruk tercemar jika dibandingkan dengan negara jepun.
LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN
Semua masalah di dunia ini semuanya mesti ada jalan penyelesaiannya walau dengan apa cara sekalipun. Masalah yang terdapat di selama yang pertama iaitu masalah udara dan bau itu dapat diselesaikan melalui memberitahu atau memberi amaran kepada pemilik
kilang getah tersebut supaya menapis asap-asap yang beracun sebelum melepaskannya ke udara yang dihidu oleh penduduk yang tinggal berhampiran dengan kilang tersebut yang
boleh menjejaskan kesihatan. Manakala di Jepun, mereka telah mencipta teknologi canggih yang digunakan oleh Negara- negara maju yang dapat menapis asap yang keluar
daripada terombong asap kilang-kilang di Jepun.
Masalah kedua iaitu masalah infrastruktur akibat aktiviti vandalisme. Masalah kritikal ini boleh diselesaikan melalui membuat laporan kepada pihak yang berkuasa seperti Majlis Daerah Selama dan pihak Polis cawangan MPV (Mobile Police Vehicle/ Pasukan Kereta
Peronda) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekarang aktiviti vandalisme semakin kurang dengan adanya pasukan polis membuat rondaan pada setiap waktu terutamanya pada waktu malam. Kerajaan Jepun menyelesaikan masalah ini dengan
meletakkan CCTV atau kamera litar di kawasan yang mempunyai infrastruktur memandangkan metropolis itu kaya dengan teknologi-teknologi canggih dan menguatkuasakan undang-undang mengenai kerosakan infrastruktur di Jepun.
Saya rasa bersyukur kerana dapat tinggal di kawasan yang banyak memberi kerjasama kepada pihak kerajaan untuk membanteras masalah yang berlaku di selama.
RUMUSAN
Daripada kajian yang saya lakukan di Selama,Perak saya dapat mengenalpasti petempatan dan perkembangan di selama.Sebahagian besar ekonomi di Selama,Perak ialah ekonomi di sektor perindustrian dan ia sangat jelas kerana sekitar Selama,Perak
memang banyak dengan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan pendapatan ekonomi setempat dan negara.
Penduduk Selama,Perak seharusnya berasa bangga kerana dapat lihat pembangunan yang kian membangun di Selama,Perak kini. Perkara ini menunjukkan Selama berpotensi
15
untuk menjadi sebuah bandar yang maju dan mungkin setaraf dengan bandar-bandar di sekelilingnya.
Selain itu,kegiatan ekonomi di Selama, Perak dapat memberi manfaat kepada penduduk kerana dapat peluang pekerjaan yang tinggi di sektor perindustrian dan pertanian. Kegiatan ekonomi di Selama juga dapat menyumbang kepada penduduk dalam
meningkatkan taraf hidup mereka agar seimbang dengan pembangunan yang sedang giat dijalankan di kawasan kajian ini.
Namun, pembangunan yang pesat telah dicemari oleh sikap-sikap yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan pekilang,peniaga mahupun penduduk Selama sendiri yang tamak dengan harta dunia bagi mengaut keuntungan dan merosakkan harta benda
awam tanpa memikirkan kepentingan orang lain.
Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan drastik serta tegas dalam melaksanakan undang-undang demi menjamin kehidupan yang sihat lagi cergas pada masa hadapan. Ia juga amat penting supaya pembangunan dapat berkembang dengan
aman dan selesa di Selama.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan,saya mendapati masih lagi wujud semangat perpaduan yang kental antara penduduk Selama yang telah membawa
keharmonian dalam kalangan mereka yang berbilang kaum sehingga ke hari ini. Saya bertungkus lumus dalam menjalankan kajian di Selama dan kami berasa seronok dengan sikap-sikap penduduk Selama yang sering membantu kami. Walaubagaimanapun, saya
berasa sangat berpuas hati dan bersyukur kerana telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
BAHAN GRAFIK
Carta bar diatas menunjukkan peratus kaum di kawasan Selama,Perak
TAHUNPURATA PELANCONG KE SELAMA
2005 16002006 18002007 22002008 250016
Jadual diatas menunjukkan purata pelancong ke Selama Pada setiap tahun
LAMPIRAN
17
18
19
0
10
20
30
40
50
60
70
Melayu Cina India Lain-lain
RUJUKAN
20
INTERNET
http://wikimapia.org/1883014/Selama-Perak
http://www.maplandia.com/malaysia/perak/selama/
http://sepulpunye.blog.friendster.com/2007/02/sejarah-selama-perak/
http://www.mdselama.gov.my/web/guest/home
ORANG SUMBER
Mohd Asri Bin Salleh,47,No.10 Taman Nesa, Sungai Terap, 34100, Selama perak
Asiah Binti Daud,50, No.10 Taman Nesa, Sungai Terap, 34100, Selama perak
Mohd Harun Bin Yusof,56,No. 43 Taman Nesa, Sungai Terap, 34100, Selama perak
BUKU ILMIAH
Buku teks Geografi Tingkatan-Chong Yoon Choi,Chong Hui Lin, Kang Chai Yoeng, 2002. Media Network SDN. BHD.
21
Recommended