View
11
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH
MAJLIS AMANAH RAKYAT, 1966-2006
ZARINA BEGAM BINTI ABDUL KADIR
FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2017
Univers
ity of
Mala
ya
PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH
MAJLIS AMANAH RAKYAT, 1966-2006
ZARINA BEGAM BINTI ABDUL KADIR
TESIS INI DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI
KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH
FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2017
Univers
ity of
Mala
ya
ii
Univers
ity of
Mala
ya
iii
ABSTRAK
Kajian ini membincangkan mengenai peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam
bidang pendidikan di Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1966 sehingga tahun
2006. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, isu pemberian
pendidikan kepada golongan Bumiputera khasnya orang Melayu menjadi antara agenda
utama Kerajaan Persekutuan dalam usaha pembangunan Malaysia. Walaupun sudah
wujud Kementerian Pelajaran sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab secara
langsung kepada aspek pendidikan, MARA turut dipertanggungjawabkan untuk
memberikan pendidikan kepada Bumiputera. Perkara ini didasari oleh keperluan
Kerajaan Persekutuan untuk memberi pendidikan yang bersifat khusus kepada
Bumiputera dalam kerangka tindakan afirmatif. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan
melihat sejauhmanakah penubuhan institusi-institusi pendidikan yang diwujudkan
MARA berupaya memberi pendidikan kepada Bumiputera. Kajian ini juga turut melihat
perkembangan institusi-institusi pendidikan MARA serta keupayaan institusi-institusi
berkenaan memenuhi kehendak semasa negara. Kajian ini menggunakan pendekatan
analisis sejarah serta metod tematik-kronologi untuk menilai peranan institusi-institusi
pendidikan MARA dalam lapangan pendidikan. Kajian ini menggunakan bahan-bahan
daripada Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur merangkumi Minit-minit Mesyuarat, surat
menyurat dan terbitan-terbitan rasminya. Kajian juga turut merujuk Fail-fail Kerajaan
Persekutuan merangkumi fail Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar,
Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri serta
Jabatan Perdana Menteri. Selain itu, bahan-bahan terbitan rasmi kerajaan, suratkhabar
dan kaedah temubual turut digunakan. Berdasarkan dapatan kajian, MARA telah
memperlihatkan kemampuan dalam memberikan pendidikan kepada Bumiputera.
Melalui “sistem dalam sistem”, MARA didapati menggerakkan sistem pendidikannya
Univers
ity of
Mala
ya
iv
yang direncana khusus kepada golongan Bumiputera, dalam kerangka sistem
pendidikan Malaysia. Penawaran peluang pendidikan MARA kepada Bumiputera
merangkumi pelbagai peringkat dan lapangan pendidikan meliputi pendidikan tinggi,
kemahiran dan menengah. Jesteru, melalui institusi-institusi pendidikan MARA, MARA
telah meningkatkan kedudukan golongan Bumiputera dalam bidang pendidikan
sepanjang tempoh 40 tahun penubuhannya.
Univers
ity of
Mala
ya
v
ABSTRACT
This study discusses the role of the Majlis Amanah Rakyat (MARA) in the field of
education in Malaysia since its establishment in 1966 until 2006. After Malaysia
achieved independence in 1957, providing education to the Bumiputera, especially the
Malays, was among the main agendas of the Federal Government for national
development. Although there was a Ministry of Education that directly responsible for
education, MARA was also given responsibility to provide education for Bumiputera.
This was driven by the need of the Federal Government to provide specialised education
to the Bumiputera within the framework of affirmative action. Therefore, this study
aims to examine the extent of the MARA-based education institutions ability to provide
education to the Bumiputera. This study also looks at the development of the MARA
education institutions to answer the current demand of the nation. This study uses the
historical analysis approach and the thematic-chronological method to analyse the role
of MARA education institutions in the education field. This study also uses materials
obtained from the MARA Headquarters, Kuala Lumpur, covering minutes,
correspondence, and official publications. This study also cites Federal Government
files, covering the files of the Ministry of National and Rural Development, the
Treasury, the Economic Planning Unit-Prime Minister’s Department, and the Prime
Minister’s Department. In addition, government official publications and periodicals
were consulted and interviews conducted. Based on findings, MARA showed an ability
to provide education to the Bumiputera. Through the “system-within-a-system”, MARA
was able to set in motion an education system specifically-suited to the Bumiputera
within the framework of Malaysian education. MARA’s offer of education
opportunities to the Bumiputera covers various levels and field of education, including
higher, vocational, and secondary education. Therefore, through the MARA education
Univers
ity of
Mala
ya
vi
institutions, MARA has elevated the position of the Bumiputera in education throughout
the 40 years since its establishment.
Univers
ity of
Mala
ya
vii
PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia saya Dr.
Ahmad Kamal Ariffin bin Muhd Rus serta Professor Dr. Shakila Parween binti Yacob
atas segala tunjuk ajar, bimbingan, dorongan dan nasihat yang diberikan sepanjang
menyiapkan tesis ini. Pengorbanan masa kalian dalam menyelia tesis ini akan sentiasa
diingati dan dihargai selamanya. Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik kalian.
Terima kasih tak terhingga kepada Ketua Pengarah MARA Dato’ Azhar bin
Abdul Manaf, mantan Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad dan seluruh
warga kerja MARA yang terlibat membantu saya dalam penyelidikan ini sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung.
Buat yang teristimewa suamiku tersayang, Hj Ariffin bin Hj Yahya terima kasih
atas sokongan dan kata-kata semangat dari mula kajian ini hingga ke saat akhir. Tanpa
bantuan dan sokongan moral abang tak mungkin kajian ini dapat disiapkan. Buat
bondaku, inilah hadiah dariku buatmu mak. Untuk arwah abah, Hj Abdul Kadir bin
Syed Hussin, pasti abah bangga dengan kejayaanku.
Buat anak-anak permata hati Ummi, Aina, Ilyana, Aimy dan Marissa. Kalianlah
pembakar semangat ummi. Ummi kuat kerana kamu wahai sayangku. Terima kasih juga
buat kekandaku Dr. Mumtaz Begam bt Abdul Kadir yang sentiasa menjadi idolaku.
Univers
ity of
Mala
ya
viii
JADUAL KANDUNGAN
ABSTRAK iii
ABSTRACT v
PENGHARGAAN vii
JADUAL KANDUNGAN viii
SENARAI GAMBAR RAJAH xiii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xx
BAB 1: PENDAHULUAN 1-40
1.1 Pengenalan 1
1.2 Permasalahan Kajian 2
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Skop Kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Kerangka Konsep 8
1.7 Ulasan Literatur 13
1.8 Kaedah Penyelidikan 33
1.9 Pembahagian Bab 38
BAB 2: PENUBUHAN MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) 41-87
2.1 Pengenalan 41
2.2 Keadaan Sosioekonomi Masyarakat Melayu Sebelum Merdeka 42
2.3 Penubuhan RIDA 49
2.4 Penubuhan Dewan Latihan RIDA 61
2.5 Kelahiran Majlis Amanah Rakyat (MARA) 67
Univers
ity of
Mala
ya
ix
2.6 Struktur Organisasi dan Fungsi MARA 79
2.7 Kesimpulan 86
BAB 3: PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN 88-133
TINGGI MARA, 1966-1980
3.1 Pengenalan 88
3.2 Penubuhan dan Perkembangan Maktab MARA 89
3.3 Penubuhan Institut Teknologi MARA 96
3.4 Struktur Pentadbiran ITM 100
3.5 Perkembangan Kursus di ITM 103
3.6 Perkembangan Pelajar 107
3.7 Peralihan Pengurusan ITM ke Kementerian Pelajaran Malaysia 110
3.8 Penubuhan Institut Perdagangan MARA 122
3.9 Perkembangan Kursus di Institut Perdagangan MARA 128
3.10 Pencapaian Pelajar 131
3.11 Kesimpulan 132
BAB 4: PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN 134-174
INSTITUT KEMAHIRAN MARA, 1968-1980
4.1 Pengenalan 134
4.2 Penubuhan Institut Kemahiran MARA (IKM) 135
4.3 Perkembangan Kursus Latihan di Institut Kemahiran MARA 141
4.4 Perkembangan Kursus dan Latihan 155
4.5 Latihan Jurutunjuk/Guru Teknikal 157
4.6 Latihan Sambil Kerja 160
4.7 Kursus yang Ditawarkan 162
4.8 Kesulitan yang Dihadapi 166
4.9 Pencapaian IKM Pada Era 1970-an 169
Univers
ity of
Mala
ya
x
4.10 Kesimpulan 173
BAB 5: PERKEMBANGAN MAKTAB RENDAH 175-213
SAINS MARA, 1972-1980
5.1 Pengenalan 175
5.2 Sebab-sebab Penubuhan Maktab Rendah Sains MARA 175
5.3 Idea Penubuhan MRSM 189
5.4 Perkembangan Penubuhan MRSM Sehingga Tahun 1980 194
5.5 Pengambilan dan Pencapaian Pelajar 197
5.6 Masalah dan Cabaran 208
5.7 Kesimpulan 212
BAB 6: PENGUKUHAN DAN KEPELBAGAIAN 214-272
PENDIDIKAN TINGGI MARA, 1981-2006
6.1 Pengenalan 214
6.2 Rasional Pembangunan Pengajian Tinggi MARA 215
6.3 Penubuhan Kolej MARA 223
6.4 Program International Baccalaureate 230
6.5 Penubuhan Kolej Profesional MARA 235
6.6 Penubuhan Institut Kemahiran Tinggi MARA 240
6.7 Malaysia France Institute (MFI) 242
6.8 British Malaysian Institute (BMI) 245
6.9 Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) 247
6.10 Malaysian Spanish Institute (MSI) 249
6.11 Malaysian Institue of Chemical Engineering Technology (MICET) 250
6.12 Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET) 251
6.13 Institut Infotech MARA (IIM) 252
6.14 Penubuhan UniKL 255
Univers
ity of
Mala
ya
xi
6.15 Struktur Organisasi UniKL 260
6.16 Program Pengajian UniKL 263
6.17 Pengambilan Pelajar 265
6.18 Dana Kewangan UniKL 267
6.19 Permasalahan dan Cabaran UniKL 269
6.20 Kesimpulan 271
BAB 7: PENGUKUHAN DAN PERKEMBANGAN 273-324
PENDIDIKAN KEMAHIRAN MARA, 1981-2006
7.1 Pengenalan 273
7.2 Perkembangan Perindustrian Negara di Mulai Dekad 1980-an 274
7.3 Pembangunan dan Pengukuhan Latihan Institut Kemahiran MARA, 280
1981-2006
7.4 Kurikulum 288
7.4.1.Pengajian Teknikal 290
7.4.2 Pengajian Am 291
7.4.3 Ko-kurikulum 291
7.4.4. Latihan Industri 292
7.5 Sistem Penilaian dan Persijilan 292
7.6 Kursus-kursus di IKM 293
7.7 Penubuhan dan Perkembangan GiatMARA, 1986-2006 303
7.8 Matlamat Penubuhan GiatMARA 304
7.9 Perkembangan GiatMARA 306
7.10 Kesimpulan 324
Univers
ity of
Mala
ya
xii
BAB 8: PENGUKUHAN DAN PERKEMBANGAN 325-366
PENDIDIKAN MENENGAH MARA 1981-2006
8.1 Pengenalan 325
8.2 Pendidikan MRSM Menjelang Tahun 1980-an 326
8.3 Perkembangan Kurikulum MRSM 328
8.4 Kerangka Konsep SPMRSM 333
8.5 Perkembangan Pendidikan Menengah MARA Tahun 1980-an 336
8.6 Perkembangan Pendidikan Menengah dalam tahun 1990-an 340
8.7 Model Pengkayaan Untuk Pintar Cerdas 342
8.8 Pencapaian MRSM 346
8.9 Kesimpulan 365
BAB 9: KESIMPULAN 367-376
RUJUKAN 377-402
SENARAI PENERBITAN DAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 403-404
LAMPIRAN 405-407
Univers
ity of
Mala
ya
xiii
SENARAI GAMBAR RAJAH
Rajah 2.1: Struktur Organisasi MARA Pada Tahun 1966 81
Rajah 3.1: Jumlah Penuntut Maktab MARA 93
Rajah 6.1: Taburan Normal Pencapaian Pelajar Peringkat SPM 216
Rajah 6.2: Perbandingan Purata Antara Kolej MARA dan 232
Purata Mata Dunia
Rajah 6.3: Jumlah Responden Mengikut Sektor Pekerjaan 238
Rajah 6.4: Jumlah Responden Mengikut Bidang Pekerjaan 239
Rajah 6.5: Taburan Peratus Tahap Pekerjaan Responden 239
Rajah 7.1: Laluan Pendidikan Kemahiran MARA 287
Rajah 8.1: Model Pengurusan Pendidikan MRSM 331
Rajah 8.2: Kerangka Konseptual SPMRSM 334
Univers
ity of
Mala
ya
xiv
SENARAI JADUAL
Jadual 2.1: Taburan Pekerjaan Menurut Kumpulan Etnik 1947 46
Jadual 2.2: Kemasukan Pelajar-pelajar di Sekolah Inggeris dalam 48
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1919-1937
Jadual 2.3: Pinjaman yang Diberikan oleh RIDA, 1951-1964 59
Jadual 2.4: Pelatih di Taman Asuhan RIDA Sehingga Tahun 1959 60
Jadual 2.5: Jumlah Pelajar dan Tahun Pengajian 64
Jadual 2.6: Kemasukan Pelajar ke Dewan Latihan RIDA Pada Tahun 1960 65
Jadual 3.1: Jumlah Kursus dan Bilangan Penuntut 92
Jadual 3.2: Kursus-kursus di ITM 104
Jadual 3.3: Jumlah Peningkatan Pelajar, 1965-1974 107
Jadual 3.4: Jumlah Graduan Mengikut Kursus Bagi Tahun 1976 108
Jadual 3.5: Keputusan Peperiksaan Bagi Jun 1976 120
Jadual 3.6: Keputusan Peperiksaan Bulan Disember 1976 121
Jadual 3.7: Perangkaan Tenaga Kerja dalam Industri dan Sektor Swasta, 124
1975-1980 122
Jadual 3.8: Jumlah Bumiputera yang Mengikuti Kursus Perdagangan 125
di Negeri Selangor
Jadual 3.9: Jumlah Pendaftar Bagi Peperiksaan Malaysia 126
Commercial Certificate di Seluruh Negara
Jadual 3.10: Subjek yang Diajar Bagi Kursus London Chamber of Commerce 128
Jadual 3.11: Bilangan Pengambilan dan Pengeluaran Pelatih 129
Institut Perdagangan MARA, 1978 & 1979
Jadual 4.1: Pecahan Kursus dan Bilangan Pelatih di IKM Kampung Pandan 147
Bagi Tahun 1971 145
Jadual 4.2: Kursus yang Ditawarkan di IKM Sungai Petani Bagi Tahun 1972 149
Jadual 4.3: Jenis Kursus dan Jumlah Pelatih di IKM Johor tahun 1972 152
Jadual 4.4: Taburan Latihan Guru Teknikal di Luar Negara Tahun 1977 158
Univers
ity of
Mala
ya
xv
Jadual 4.5: Jumlah Pelatih yang Mengikuti Latihan Sambil Kerja 160
Bagi Tahun 1976
Jadual 4.6: Kursus dan Subjek yang Ditawarkan Tahun 1968 164
Jadual 4.7: Maklumat Lanjut Pelatih Awal Latihan Kemahiran MARA, 166
1968-1970
Jadual 4.8: Jumlah Kelulusan Peruntukan Mengikut Institusi 170
Jadual 4.9: Bilangan Pelatih yang Tamat dan Bekerja Mengikut 170
Tempat dan Jenis Latihan Bagi Tahun 1974
Jadual 4.10: Bilangan Pelatih-pelatih Kemahiran MARA Tamat dan 171
Bekerja Mengikut Jenis Pertukangan Bagi Tahun 1974
Jadual 5.1: Peratusan Pendapatan Isi Rumah Mengikut Kaum di 177
Semenanjung Malaysia Bagi Tahun 1970
Jadual 5.2: Kemasukan Pelajar di Peringkat Sekolah Mengikut 179
Kaum Bagi Sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia
Pada Tahun 1970
Jadual 5.3: Bilangan Pengangguran dan Peringkat Pelajaran 181
Jadual 5.4: Jumlah Pelajar yang Menuntut di Fakulti Sains, 183
Universiti Malaya Mengikut Kaum
Jadual 5.5: Jumlah Pelajar di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya 184
Mengikut Kaum
Jadual 5.6: Jumlah Pelajar yang Menuntut di Fakulti Kejuruteraan, 184
Universiti Malaya Mengikut Kaum
Jadual 5.7: Perkembangan Sekolah di Tanah Melayu, 1960-1965 186
Jadual 5.8: Jumlah Institusi dan Jumlah Pelajar, 1966-1972 187
Jadual 5.9: Jumlah Pelajar di Tingkatan Tiga dan Jumlah Pelajar 188
yang Akan Memasuki Tingkatan Empat Tahun Berikutnya
Jadual 5.10: Senarai Guru di MRSM Kota Bharu 195
Jadual 5.11: Jumlah Pelajar di Ketiga-tiga MRSM Bagi Tahun 1974 198
Jadual 5.12: Jumlah Pelajar di MRSM Bagi Tahun 1975 198
Jadual 5.13: Jumlah Pelajar MRSM Bagi Tahun 1977 199
Jadual 5.14: Pendapatan Keluarga Pelajar Mengikut Negeri 200
Bagi Tahun 1972.
Univers
ity of
Mala
ya
xvi
Jadual 5.15: Analisis Keputusan Peperiksaan LCE MRSM Seremban 202
Bagi Tahun 1974
Jadual 5.16: Peratus Bertambah dan Berkurang Pencapaian Distinction 203
1977 dan 1976
Jadual 5.17: Keputusan Peperiksaan MCE dan SPM Bagi MRSM Seremban 204
Bagi Tahun 1977
Jadual 5.18: Keputusan Peperiksaan MCE dan SPM MRSM KOTA Bharu 205
Bagi Tahun 1977
Jadual 5.19: Pencapaian Peratus Distinction yang Tertinggi dalam Subjek 206
Bagi Peperiksaan SRP 1979
Jadual 5.20: Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 1979 207
Jadual 6.1: Kemasukan Pelajar di Institut Pendidikan Tertiari 217
Mengikut Peringkat Pengajian, 2000-2005
Jadual 6.2: Pencapaian Dasar Ekonomi Baru, 1970-1990 219
Jadual 6.3: Jumlah Pelajar di MRSM, 1976-1982 224
Jadual 6.4: Jumlah Pelajar MRSM yang Sedia Ada Berbanding 226
Pelajar yang Memasuki Prauniversiti
Jadual 6.5: Jenis Program yang Ditawarkan di Kolej Mara Kulim, 227
1984 Hingga 2006
Jadual 6.6: Jenis Program yang Telah Ditawarkan di Kolej MARA Seremban 228
Jadual 6.7: Perbandingan Purata Mata Bagi Kursus IB 231
Jadual 6.8: Jumlah Pelajar Kolej MARA Banting yang Melanjutkan 233
Pelajaran dalam Bidang Perubatan dan Kejuruteraan Bagi
Tahun 2002
Jadual 6.9: Jumlah Pelajar Kolej MARA Banting yang Melanjutkan 234
Pelajaran dalam Bidang Kejuruteraan Bagi Tahun 2002
Jadual 6.10: Kedudukan Pelajar Kolej Profesional MARA Sehingga 237
31 Disember 2006
Jadual 6.11: Keluaran Tenaga Kerja Mahir dan Separuh Mahir Mengikut 254
Kursus, 1995-2005
Jadual 6.12: Analisis Pendapatan dan Perbelanjaan UniKL, 2003- 2005 267
Jadual 7.1: Malaysia: Guna Tenaga Sektor Pembuatan Mengikut 285
Kategori Pekerjaan 1995 dan 2000
Univers
ity of
Mala
ya
xvii
Jadual 7.2: Jenis Kursus dalam Sektor Bidang Utama yang Ditawarkan 295
di IKM
Jadual 7.3: Senarai IKM di seluruh Malaysia Sehingga tahun 2006 296
Jadual 7.4: Jumlah pendapatan yang dimiliki oleh pelatih 300
Institut Kemahiran MARA dari tahun 2000-2006
Jadual 7.5: Jenis Pekerjaan dan Peratus Penglibatan Pelatih Kemahiran 301
Jadual 7.6: Jadual Bidang Pekerjaan yang diceburi oleh Pelatih IKM 301
Jadual 7.7: Jenis Kursus yang ditawarkan oleh GiatMARA 311
Jadual 7.8: Bilangan Keseluruhan Pelatih dan Pelatih Tamat 313
Mengikut Kursus Bagi Tahun 1986 hingga 2004
Jadual 7.9: Bilangan Pelatih Mengikut Bidang Kursus 1986-2004 314
Jadual 7.10: Analisis Pelajar Bagi Tahun 2006 Mengikut Kumpulan Kursus 316
Jadual 7.11: Bilangan Bekas Pelatih Berniaga Mengikut Jenis 317
Perniagaan dan Jantina
Jadual 7.12: Perkaitan antara Jenis Pekerjaan dan Jenis Kursus yang Diikuti 319
Jadual 7.13: Gaji Bulanan Bagi Bekas Pelatih GiatMARA 320
Jadual 8.1: Analisis Keputusan Peperiksaan MCE/SPM Bagi Tahun 1980-1998 347
Jadual 8.2: Jumlah Pelajar Yang Mendapat 9A Bagi SPM Tahun 1980-1998 348
Jadual 8.3: Analisis Keputusan SPM Berdasarkan Pencapaian Mengikut 350
Gred SBP dan MRSM, 1990-1997
Jadual 8.4: Pencapaian Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 351
Berbanding Sekolah Berasrama Penuh dalam SPM 1999
Mengikut Pangkat
Jadual 8.5: Perbandingan Prestasi Pencapaian Gred A1-A2 Mengikut 353
Mata Pelajaran
Jadual 8.6: Analisis Peratusan Pencapaian Bumiputera dalam 356
Subjek Matematik dan Sains
Jadual 8.7: Gred Purata SPM bagi tahun 2005 dan 2006 359
Jadual 8.8: Perbandingan Keputusan Peperiksaan PMR Bagi 362
Tahun 2005 dan 2006
Univers
ity of
Mala
ya
xviii
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
BMI British Malaysian Institute
DEB Dasar Ekonomi Baru
IB International Baccalaureate
IIM Institute Infotech MARA
IKM Institut Kemahiran MARA
ILP Institut Latihan Perindustrian
IPTS Institut Pendidikan Tinggi Swasta
ITM Institut Teknologi MARA
JPA Jabatan Perkhidmatan Awam
KKTM Kolej KemahiranTinggi MARA
KSITM Kesatuan Siswa-Siswi InstitutTeknologi MARA
LAN Lembaga Akreditasi Negara
MARA Majlis Amanah Rakyat
MFI Malaysia France Institute
MIAT Malaysian Institute of Aviation Technology
MICET Malaysian Institute of Engineering Technology
MIMET Malaysian Institute of Marine Engineering Technology
MIT MARA Institute of Technology
MJSC MARA Junior Science College
MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
MRSM Maktab RendahSains MARA
MSI Malaysian Spanish Institute
RIDA Rural Industrial Development Authority
RRJP2 Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
Univers
ity of
Mala
ya
xix
SBP Sekolah Berasrama Penuh
SKM Sijil Kemahiran Malaysia
SPMRSM Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA
UMNO United Malays National Organization
UniKL Universiti Kuala Lumpur
Univers
ity of
Mala
ya
xx
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A: Akta Institut Teknologi MARA 1976 405
Lampiran B: Dokumen Penubuhan MRSM 406
Lampiran C: Dokumen Penubuhan UniTEK-MARA 407
Univers
ity of
Mala
ya
1
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Isu kemunduran orang Melayu dalam lapangan ekonomi merupakan senario yang tidak
asing sejak era kolonial sehingga pasca kemerdekaan. Kekuatan ekonomi dan
kedudukan sosial orang asing yang berhijrah ke Tanah Melayu khususnya orang Cina
menyebabkan orang Melayu selaku penduduk asal berasa terpinggir dan tidak mendapat
pembelaan oleh pihak British. Keadaan ini berlanjutan sehingga negara mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam memperkatakan isu ini, pihak Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu selepas kemerdekaan memandang situasi berkenaan sebagai
suatu ancaman kepada kestabilan dan usaha-usaha pembangunan negara. Oleh itu, usaha
untuk merapatkan jurang sosioekonomi yang begitu ketara antara golongan Bumiputera
khasnya orang Melayu dengan kaum bukan Melayu dilaksanakan mula kerajaan secara
giat, khususnya pasca tragedi perkauman 13 Mei 1969. Menyentuh mengenai isu
pembangunan sosioekonomi Bumiputera, aspek pendidikan dilihat sebagai salah satu
perkara yang kritikal dalam ruang lingkup usaha merapatkan jurang sosioekonomi
antara kaum serta melenyapkan rasa peminggiran orang Melayu di Malaysia. Usaha-
usaha ini telah dipelopori oleh Rural Industrial Development Authority (RIDA) di
tahun-tahun terakhir era kolonial, namun pasca kemerdekaan memperlihatkan badan
berkenaan telah menemui titik noktah kegagalannya.
Lanjutannya, bagi memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera yang telah
tergendala akibat penamatan riwayat RIDA, pihak kerajaan bertindak menubuhkan
Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1966. Badan berkenaan dilihat dan
dipercayai oleh pihak kerajaan sebagai sebuah badan yang mampu menjadi instrumen
Univers
ity of
Mala
ya
2
dan mekanisme dalam merubah pola pendidikan orang Melayu serta Bumiputera1 lain di
negara ini. Berdasarkan tanggungjawab yang disandarkan kerajaan serta rakyat, MARA
telah mengorak langkah dengan memperkenalkan institusi-institusi pendidikan daripada
peringkat menengah iaitu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sehinggalah peringkat
pendidikan tinggi iaitu Institut Teknologi MARA (ITM). Di samping itu, MARA juga
bertindak menubuh dan mengelolakan beberapa institut kemahiran yang berkualiti
tinggi. Melalui peranan yang dirintis dan digerakkan oleh MARA sejak penubuhannya
sehingga tahun 2006, MARA telah memperlihatkan pencapaian dalam menempatkan
kedudukan golongan Bumiputera ke tahap yang lebih baik berbanding dengan era
sebelum pengasasan badan berkenaan.
1.2 Permasalahan Kajian
Persoalan dan isu pemberian peluang pendidikan kepada golongan Bumiputera
khususnya orang Melayu merupakan perkara terpenting dalam kerangka pembangunan
Malaysia. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kedudukan orang
Melayu dalam bidang pendidikan masih terkebelakang jika dibandingkan dengan
pencapaian pendidikan orang bukan Melayu, khususnya orang Cina. Hal ini telah
membantutkan kemajuan orang Melayu dalam lapangan sosioekonomi selepas
kemerdekaan. Jesteru, pemerkasaan penawaran pendidikan berkualiti kepada orang
1 Istilah “Bumiputera” digunapakai kepada kumpulan-kumpulan etnik “indigenous” atau peribumi/pribumi di Malaysia yang
menerima layanan istimewa di bawah Dasar Ekonomi Baru. Penggunaan istilah ini pada mulanya merujuk kepada orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu. Ia digunakan secara di Tanah Melayu di era sebelum Perang Dunia Kedua dan dipolitikkan secara
meluas ketika perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu pada dekad 1950-an khususnya apabila orang Melayu berasa
terancam dengan kedudukan ekonomi dan sosial orang Cina. Terma “Bumiputera” kemudiannya terpakai untuk Orang Asli dan
etnik-etnik minoriti di Sabah dan Sarawak apabila kedua-dua negeri tersebut menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Bumiputera dibahagikan kepada tiga kategori iaitu orang Melayu, Orang Asli dan peribumi (natives) Sabah dan Sarawak. Di Sabah,
antara kumpulan etnik yang tergolong dalam kategori Bumiputera ialah Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Kelabit dan Kedayan.
Manakala di Sarawak, mereka terdiri daripada kaum Iban (Dayak Laut), Bidayuh (Dayak Darat), Melanau, Kenyah, Kayan, Bisayah
dan Penan. Di Sabah, istilah “Pribumi” digunapakai untuk merujuk kepada komuniti “indigenous”. Namun, apabila Parti Bersatu
Sabah berkuasa di Sabah pada tahun 1985, klasifikasi “pribumi” digantikan dengan “Bumiputera”. Lihat Ooi Keat Gin, Historical
Dictionary of Malaysia, Lanham: The Scarecrow Press, Inc., 2009, hlm. 48-49. Lihat juga Armajit Kaur, Historical Dictionary of
Malaysia, (Asian Historical Dictionaries, No. 13), London: The Scarecrow Press, Inc., 1993, hlm. 42-43 & 129. Dalam kajian ini,
istilah “Bumiputera” dan “orang Melayu” digunakan secara silih berganti. Hal berkenaan adalah berasaskan kepada dua perkara
utama iaitu, pertama, konsep “hak istimewa” pasal asalnya digubal untuk merujuk kepada orang Melayu, manakala lain-lain kaum
“native” dimasukkan kemudiannya di bawah istilah “Bumiputera”. Kedua, orang Melayu merupakan kaum majoriti dalam kalangan
Bumiputera dan merupakan mereka yang mendapat faedah terbesar daripada pelaksanaan “hak istimewa” kepada Bumiputera.
Univers
ity of
Mala
ya
3
Melayu mencakupi pelbagai sudut oleh Kerajaan Persekutuan merupakan suatu
keperluan mendesak yang harus disegerakan.
Dalam konteks pembentukan dasar dan pengendalian sistem pendidikan di
Malaysia, sudah wujud Kementerian Pendidikan sebagai suatu badan yang
dipertanggungjawabkan dalam soal pengurusan pelajaran di negara ini. Melalui
kementerian berkenaan, pihak kerajaan telah melaksanakan dasar-dasar pelajaran
dengan memberikan tumpuan untuk memperbaiki taraf dan mutu pendidikan
Bumiputera. Namun isunya, Kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan alternatif
untuk membentuk suatu agensi lain, iaitu MARA yang diamanahkan untuk
bertanggungjawab secara khusus bagi mempertingkatkan kedudukan Bumiputera dalam
lapangan pendidikan.
Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia terlebih dahulu mempunyai
matlamat pemberian sistem pendidikan yang beraspirasikan cita-cita nasional,
kewujudan MARA sebagai sebuah badan yang menawarkan sistem pendidikan yang
tersendiri merupakan suatu perkara yang unik. Hal ini adalah ketara dalam
membicarakan aspek pendidikan sebagai alat mencapai cita-cita kebangsaan dan
pengukuhan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa. Oleh itu, isunya di sini, adakah
dengan kewujudan MARA, ia mampu untuk menyediakan peluang pendidikan kepada
Bumiputera dan dapat mencapai matlamat sebagaimana yang diharapkan kerajaan?
Kewujudan dua entiti yang berbeza dalam menggerakkan sistem pendidikan di Malaysia
iaitu Kementerian Pendidikan dan MARA juga merupakan suatu isu yang kritikal. Ia
dapat dilihat ketika menilai persoalan mengapa perlu pihak kerajaaan
mempertanggungjawabkan pemberian pendidikan terhadap Bumiputera kepada MARA
dan bukannya Kementerian Pendidikan sendiri? Sehubungan itu, kewujudan MARA
Univers
ity of
Mala
ya
4
sebagai suatu mekanisme kerajaan dalam pelaksanaan agenda berkenaan turut
mewujudkan suatu persoalan teras iaitu, sejauhmanakah perkembangan institusi-
institusi pendidikan MARA telah berjaya mencapai matlamat yang diharapkan kerajaan.
Keadaan ini juga merupakan suatu persoalan penting untuk melihat, menilai dan
memahami situasi yang unik dalam sejarah pendidikan di Malaysia. Berdasarkan
persoalan-persoalan tersebut, beberapa perkara perlu dicungkil untuk melihat peranan
MARA dalam melaksanakan tugas tersebut, iaitu apakah jenis institusi-institusi yang
dihidupkan oleh MARA untuk membantu golongan Bumiputera dalam lapangan
pendidikan dan apakah kelebihan yang telah diperolehi dan dimanfaatkan golongan
berkenaan?
1.3 Objektif Kajian
Bagi melihat sejauhmanakah MARA berupaya menggalas amanah yang dipikul
kerajaan dalam menggembeleng tenaga fikir dan kemahiran Bumiputera secara
berkesan, kajian ini terfokus kepada empat objektif:
1. Meneliti latar belakang sejarah penubuhan MARA. Melalui penelitian
terhadap latar sejarah MARA, pemahaman yang mendalam dan serta rasional
yang menjustifikasikan penubuhannya dapat dinilai oleh kajian ini.
2. Menganalisis institusi-institusi pendidikan tinggi yang telah ditubuhkan oleh
MARA kepada Bumiputera. Dengan melakukan analisis terhadap institusi-
institusi pendidikan tinggi yang dikendalikan MARA, peranan badan berkenaan
dalam usaha menghasilkan tenaga kerja Bumiputera berkemahiran tinggi untuk
pelbagai sektor dapat dikupas.
Univers
ity of
Mala
ya
5
3. Menilai institusi-institusi kemahiran yang dikendalikan MARA. Penilaian
kritis terhadap penubuhan dan perkembangan institusi-institusi pendidikan
kemahiran mampu memperjelaskan fokus MARA dan seterusnya menilai sama
ada institusi ini berjaya memperkasakan Bumiputera atau sebaliknya.
4. Meneliti perkembangan insititusi pendidikan menengah MARA. Penelitian
terhadap usaha MARA dalam menyediakan pendidikan menengahnya yang
tersendiri kepada golongan Bumiputera adalah vital untuk memahami sama ada
potensi golongan Bumiputera dapat direalisasikan.
1.4 Skop Kajian
Kajian ini menumpukan perhatian kepada peranan MARA dalam penawaran pendidikan
kepada golongan Bumiputera, khususnya orang Melayu sejak penubuhan badan tersebut
pada tahun 1966 sehingga tahun 2006. Bidang pendidikan dipilih sebagai inti kajian ini
berdasarkan faktor pendidikan sebagai mekanisme terbaik kerajaan untuk
mempertingkatkan penyertaan Bumiputera dalam pelbagai sektor sekaligus mencapai
keseimbangan ekonomi dan sosial di Malaysia. Meskipun, MARA turut memberikan
sumbangan yang tidak kurang pentingnya dalam lapangan-lapangan lain seperti
perdagangan dan perusahaan, bidang pendidikan sebenarnya merupakan suatu
penyelesaian jangka panjang dan berimpak tinggi kepada usaha mengatasi masalah
ketidaksamaan sosioekonomi antara kaum di negara ini. Cakupan kajian ini
merangkumi keseluruhan institusi-institusi pendidikan yang ditubuhkan MARA
meliputi pendidikan tinggi, pendidikan menengah dan kemahiran.
Univers
ity of
Mala
ya
6
Tempoh kajian adalah bermula pada tahun 1966 dan diakhiri pada tahun 2006.
Hal ini adalah bersandarkan bahawa tahun 1966 merupakan titik masa bermulanya
MARA sebagai sebuah badan utama dalam membawa kemajuan kepada Bumiputera.
Manakala tahun 2006 dijadikan tahun penamat skop kajian berdasarkan tempoh 1966-
2006 merupakan jangkamasa yang signifikan untuk menilai pencapaian MARA dalam
tempoh 40 tahun sejak penubuhannya. Hal ini kerana, dalam tempoh yang begitu
panjang, MARA seharusnya memiliki suatu sistem pendidikan yang dapat bergerak
dengan lancar dan berupaya memenuhi kehendak kontemporari negara.
Terdapat dua tempoh masa utama yang dijadikan sandaran dalam kajian ini
untuk melihat perkembangan pendidikan MARA sepanjang 40 tahun penubuhannya
iaitu tempoh 1966-1980 dan 1981-2006. Jangkamasa 1966-1980 merupakan tempoh
penubuhan sistem pendidikan dan perkembangan institusi dan MARA, manakala
tempoh 1981-2006 pula merupakan jangkamasa yang memperlihatkan berlakunya
proses pengukuhan dan dinamika dalam sistem pendidikan MARA dan institusi-institusi
yang bergerak di bawahnya. Kajian ini memberikan penumpuan terhadap institusi-
institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh MARA dalam jangka waktu berkenaan bagi
menjustifikasikan peranan MARA dalam aspek berkenaan. Sehubungan itu, kajian ini
memberi fokus kepada ITM, MRSM dan IKM yang merupakan institusi-institusi yang
menjadi membawa jenama MARA dalam sejarahnya. Kajian ini juga memberikan
perhatian kepada institusi-institusi pendidikan dan kemahiran yang yang digerakkan
MARA iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Institut Perdagangan MARA (IPM)
dan GiatMARA.
Univers
ity of
Mala
ya
7
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini memaparkan pengetahuan baru terhadap fungsi MARA dalam konteks sistem
pendidikan di Malaysia. MARA bukan hanya berfungsi sebagai “partner” Kementerian
Pendidikan dalam menghasilkan tenaga kerja Bumiputera, bahkan merupakan suatu
“sistem dalam sistem” dalam sistem pendidikan negara. Dalam hal ini, MARA telah
diberikan kebebasan oleh kerajaan untuk mengendalikan sistem pendidikannya sendiri.
Namun secara umumnya, ia masih tertakluk kepada dasar dan sistem pendidikan
nasional. Walaupun berada dalam kerangka sistem pendidikan Malaysia, sistem
pendidikan yang dilaksanakan MARA merupakan suatu mekanisme yang cuba
memainkan peranan untuk mencapai sebahagian besar agenda pembasmian kemiskinan
negara melalui agenda pendidikan. Dalam konteks DEB yang dimulakan oleh
pentadbiran Tun Abdul Razak, MARA merupakan salah satu ejen yang
dipertanggungjawabkan untuk berusaha membantu kerajaan mencapai kebanyakan
matlamat dasar berkenaan, khasnya dalam bidang pendidikan.
Bagaimanapun, sehingga kini peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh
MARA dalam pembangunan sosioekonomi Bumiputera melalui pemberian peluang
pendidikan tidak mendapat cakupan yang menyeluruh dalam sorotan perjalanan badan
ini dalam sejarah Malaysia. Walaupun tidak dinafikan, nama dan jenama “MARA”
berkenaan begitu sinonim dalam konteks pembelaan dan pembangunan orang Melayu di
media massa, kajian sejarah yang mengkhusus terhadap sumbangan MARA dalam
arena pendidikan tidak mendapat mendapat tempat yang sewajarnya. Oleh itu, kajian ini
merupakan karya penyelidikan akademik yang berperanan untuk berusaha mengupas
kepentingan, pencapaian mahupun kelemahan-kelemahan MARA dalam sudut
pensejarahan pembinaan negara bangsa Malaysia. Melalui kajian ini, susur galur
Univers
ity of
Mala
ya
8
perjalanan sejarah MARA sejak penubuhannya sehingga tahun 2006 dapat ditampilkan
secara berilmiah dan berobjektif lantas diharapkan berupaya memberikan suatu dimensi
baru kepada pemahaman masyarakat terhadap MARA.
1.6 Kerangka Konsep
Kajian ini melihat peranan MARA dalam bidang pendidikan di dalam ruang lingkup
pelaksanaan tindakan afirmatif di Malaysia. Tindakan afirmatif adalah usaha-usaha
untuk meningkatkan penyertaan kumpulan masyarakat yang ketinggalan secara
ekonomi dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan. Tindakan-tindakan yang
diambil secara umumnya berbentuk layanan istimewa kepada golongan sasaran,
berdasarkan beberapa kriteria seperti kaum tertentu, gender atau agama.2 Walaupun
tindakan afirmatif di Malaysia sinonim dengan pelaksanaan DEB (1971-1990), ia
sebenarnya sudah dimulakan sejak negara mencapai kemerdekaaan pada tahun 1957
apabila kerajaan mengambil pendekatan mengutamakan orang Melayu melalui dasar
dan tindakan pemberian “keistimewaan” dan “keutamaan” dalam beberapa sektor
seperti pendidikan lepasan menengah dan sektor awam.3
Namun, untuk memperbetulkan jurang yang begitu luas dalam konteks
sosioekonomi antara orang Melayu dan golongan bukan Melayu, kaedah pemberian
“keistimewaan” dan “keutamaan” pada peringkat awal ini nyata tidak dapat memenuhi
matlamat berkenaan. Impak daripada pelaksanaan sistem pendidikan kolonial di mana
orang Melayu menerima pendidikan yang rendah mutunya tidak begitu mudah dihakis
dengan langkah sedemikian. Keadaan ini menghasilkan suatu dilema oleh Kerajaan
2 Lee Hock Guan, “Affirmative Action in Malaysia”, hlm. 211, dalam Chin Kin Wah & Daljit Singh (eds.), Southeast Asian Affairs
(2005), Singapore: ISEAS, 2005, hlm. 211-228. 3 Lee Hwok-Aun, Edmund Terece Gomez, dan Shakila Yacob, “Ethnicity, economy, and affirmative action in Malaysia”, hlm. 69 ,
dalam Edmund Terence Gomez and Ralph Premdas (eds.), Affirmative Action, Ethnicity, and Conflict, New York: Routledge, 2013.
Univers
ity of
Mala
ya
9
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka (kemudiannya Malaysia) dalam untuk
mewujudkan kesatuan nasional dan keseimbangan antara kaum. Situasi ini merupakan
suatu perkara yang perlu diperbetulkan agar kestabilan politik, ekonomi dan sosial
negara dalam tempoh jangka panjang dapat diwujud, dikekal dan dipertahankan.
Dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia pasca merdeka yang
memperlihatkan jurang sosioekonomi yang besar antara orang Melayu dan Bumiputera
lain dengan orang bukan Melayu, khasnya orang Cina, kerajaan terpaksa mengambil
langkah drastik untuk merapatkan jurang berkenaan. Langkah ini adalah begitu vital
untuk mewujudkan kesatuan nasional dan menghapuskan ketidakseimbangan etnik
dalam aspek ekonomi dan sosial di negara ini. Berbeza dengan kebanyakan negara yang
melaksanakan tindakan afirmatif terhadap golongan minoriti yang terpinggir, Malaysia
menyaksikan golongan Bumiputera yang membentuk majoriti sebagai golongan yang
terkebelakang daripada pelbagai lapangan. Bagaimanapun, golongan Bumiputera,
khususnya orang Melayu memiliki landasan terbaik untuk merubah keadaan tersebut
kerana mendominasi kuasa politik di Malaysia.
Daripada perspektif undang-undang, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka memperuntukkan Perkara 1534 dalam memberikan keistimewaan dan
“perlindungan” kepada orang Melayu. Ia kemudiannya diperlebarkan kepada semua
golongan Bumiputera pada tahun 1963 agar golongan ini turut sama menikmati
kemudahan-kemudahan yang lebih dalam membantu kemajuan sosioekonomi
Bumiputera pasca kemerdekaan. Bagi mencapai matlamat berkenaan, bidang
pendidikan merupakan jalan penyelesaian dan senjata terpenting Kerajaan Malaysia
dalam agenda pembasmian kemiskinan dan merapatkan jurang sosioekonomi antara
4 Constitution of the Federation of Malaya 1957, Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
(KEKKWA), 2007, hlm. 74-76.
Univers
ity of
Mala
ya
10
orang Melayu dan golongan bukan Melayu. Jurang sosioekonomi yang diwarisi sejak
era kolonial ini juga perlu diperbetulkan melalui kaedah pemberian pendidikan yang
bermutu dan berimpak tinggi kepada orang Melayu.
Lanjutannya, elit Melayu yang mengendalikan kerajaan mula merangka
pendekatan afirmatif untuk merubah senario berkenaan sebaik sahaja negara mencapai
kemerdekaan. Tindakan afirmatif kerajaan dalam menyasarkan pembangunan
sosioekonomi orang Melayu lebih jelas apabila pada pertengahan dekad 1960-an,
Rancangan Malaysia Pertama (1965-1970) menggariskan bajet untuk pembangunan
perniagaan orang Melayu. Selain itu, untuk membantu orang Melayu daripada aspek
kewangan, Bank Bumiputra ditubuhkan pada tahun 1965. Manakala pada tahun
berikutnya, MARA diasaskan melalui Akta MARA 1966. Bagaimanapun, lonjakan
yang lebih besar dalam agenda tindakan afirmatif berlaku ekoran meletusnya Tragedi 13
Mei 1969. Keadaan berkenaan memberikan justifikasi kepada kerajaan untuk
memperhalusi tindakan afirmatif agar golongan Bumiputera mendapat kedudukan yang
lebih baik dalam landskap sosioekonomi negara.
Sehubungan itu, melalui DEB, tempoh 20 tahun (1971-1990) disasarkan
kerajaan sebagai tempoh untuk mencapai perpaduan nasional (national unity) melalui
usaha pembasmian kemiskinan tanpa mengira bangsa, serta penyusunan semula
masyarakat bagi mengurangkan ketidakseimbangan penyertaan antara kaum dalam
bidang ekonomi. Orang Melayu yang merupakan majoriti dalam golongan Bumiputera
merupakan sasaran utama kerajaan melalui peranan MARA dalam pelaksanaan tindakan
afirmatif terhadap sektor pendidikan. Bagaimanapun, orang Bumiputera bukan Melayu
juga mendapat faedah daripada dasar dan kewujudan institusi-institusi pendidikan yang
Univers
ity of
Mala
ya
11
ditubuhkan oleh MARA sejajar dengan takrif Bumiputera sebagaimana yang disebut
dalam Perlembagaan Malaysia.
Pelaksanaan DEB mulai 1971 mempelihatkan penonjolan fungsi MARA yang
signifikan dalam mencapai sasaran kerajaan untuk melonjakkan penyertaan golongan
Bumiputera dalam pelbagai sektor. Dalam pelaksaan tindakan afirmatif, MARA
berfungsi sebagai “intermediary” atau badan pelaksana agenda tindakan afirmatif
kerajaan. Hal ini begitu ketara dalam aspek pendidikan di mana MARA telah
menubuhkan pelbagai institusi pendidikan merangkumi pendidikan menengah iaitu
MRSM sehingga pendidikan peringkat tinggi iaitu ITM dan UniKL. Pendidikan
kemahiran juga tidak dipinggirkan oleh MARA apabila penubuhan IKM dan
GiatMARA rancak dijalankan dalam rangka pelaksanaan DEB. Secara umumnya,
MARA hanya menyasarkan orang Melayu dan Bumiputera lain dalam pemberian
pendidikannya. Bagaimanapun, orang bukan Melayu boleh memasuki MRSM dengan
kuota 10% mulai tahun 2002. Oleh itu, secara dasarnya jelas bahawa dasar MARA yang
mengutamakan golongan Bumiputera dalam bidang pendidikan adalah tetap tidak
berubah sejak penubuhannya pada tahun 1966 sehingga 2006.
Namun, pada masa yang sama berlaku perdebatan sama ada tindakan afirmatif
patut diperkenalkan dalam tempoh masa tertentu sahaja sebagai suatu jalan penyelesaian
kepada permasalahan ini. Tindakan afirmatif sedia ada sewajarnya mengalami
perubahan daripada status quo dalam pelaksanaan sedia ada kepada penyemakan semula
dan pemindaan program-program yang wujud serta menetapkan had masa pelaksanaan
tindakan berkenaan.5 Bagi sebilangan pengkritik tindakan afirmatif di Malaysia yang
melihat isu berkenaan secara krtitikal, pengenalan tindakan afirmatif ini untuk suatu
5 Lee Hwok-Aun, “Affirmative Action in Malaysia: Education and Employment Outcomes since the 1990s”, Journal of
Contemporary Asia, Vol. 42, No. 2, Mei 2012, hlm. 251.
Univers
ity of
Mala
ya
12
tempoh jangka panjang mengundang “mentaliti subsidi” yang akan meninggalkan kesan
negatif ke atas daya saing kaum itu sendiri. Lee Kiong Hock dan Shyamala Nagaraj
pula menghujahkan sesetengah tindakan afirmatif telah menyebabkan peluang-peluang
pendidikan dan pekerjaan yang tidak setara dalam kalangan Bumiputera sendiri.6
Langkah MARA dalam pemberian pendidikan di Malaysia sebagai suatu jalan
keluar kepada Bumiputera untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup golongan
majoriti yang terpinggir mempunyai persamaan dengan situasi yang berlaku di Afrika
Selatan.7 Di negara berkenaan, golongan kulit hitam yang merupakan peribumi serta
membentuk komposisi penduduk yang besar berbanding dengan golongan kulit putih.
Berbeza dengan MARA yang berjaya menghasilkan kelas menengah Melayu yang baru
dan mencapai matlamat pembasmian kemiskinan serta mewujudkan keadilan sosial,
dasar afirmatif di Afrika Selatan gagal mewujudkan keadilan sosial. Keadaan
sebaliknya berlaku apabila dasar berkenaan mewujudkan segelintir elit berkulit hitam
sahaja. Manakala kebanyakan orang kulit hitam gagal mendapat tempat yang baik
dalam sektor pekerjaan di negara tersebut.8
Kajian ini terfokus kepada agenda pemberian pendidikan yang dimulakan
MARA sejak tahun 1966 sehingga 2006. Oleh itu, sebahagian tempoh masa cakupan
kajian ini berada di bawah tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990). Manakala
sebahagian lagi tertumpu kepada era pasca DEB iaitu Dasar Pembangunan Negara yang
dilancarkan pada tahun 1991. Dasar ini menekankan pembangunan yang seimbang dan
pertumbuhan ekonomi, selain turut meliputi dasar serampang dua mata iaitu
6 Lee Kiong Hock dan Shyamala Nagaraj, “The Crisis in Education”, hlm. 223, dalam Hall Hill, Tham Siew Yean dan Ragayah Haji
Mat Zin, Malaysia’s Development Challenges: Graduating from the Middle, Oxon:Routledge, 2012. 7 Ian Emsley, The Malaysian Experience of Affirmative Action: Lessons for South Africa, Cape Town: Human & Rousseau (Pty) Ltd
and Tanfelberg Publishers Ltd, 1996, hlm. 86. 8 Ibid., hlm. 95-98.
Univers
ity of
Mala
ya
13
pembasmian kemiskinan tanpa mengira bangsa dan penyusunan semula masyarakat.9
Kajian ini bertumpu kepada tiga perkara utama iaitu pelaksanaan rancangan pendidikan
MARA, perkembangan serta pencapaian MARA dalam bidang pendidikan merangkumi
40 tahun penubuhan badan berkenaan serta justifikasi kepada pencapaian-
pencapaiannya.
1.7 Ulasan Literatur
Isu dan peranan MARA dalam bidang pendidikan di Malaysia tidak begitu mendapat
tempat dan perhatian dalam kajian sejarah di Malaysia. Kajian-kajian berautoriti yang
menyentuh mengenai MARA sering dihasilkan oleh para pengkaji Dasar Ekonomi Baru
(DEB) (1970-1990) dan tindakan afirmatif di Malaysia. Kekurangan kajian sejarah yang
lengkap mengenai penglibatan MARA dalam pembangunan tenaga insan Bumiputera
melalui wadah pendidikan menyebabkan wujudnya suatu lompong yang ketara. Hal ini
begitu ketara apabila membicarakan aspek penulisan sejarah pendidikan di Malaysia, di
mana sumbangan MARA kurang mendapat tempat yang sewajarnya. Kelompangan
berkenaan perlu diisi jika disandarkan kepada sejarah pencapaian MARA dalam
pembangunan generasi pasca merdeka serta membina kesatuan nasional.
Dalam konteks penghasilan buku-buku yang memaparkan sejarah insitusi-
institusi pendidikan yang digerakkan oleh MARA, karya-karya mengenai UiTM
mendapat tempat utama. Terdapat dalam tempoh 1969 sehingga 2006 beberapa tulisan
yang menonjolkan sejarah dan peranan yang dimainkan oleh UiTM dalam bidang
pendidikan tinggi di Malaysia. Karya terawal yang memberikan fokus kepada institusi
ini ialah The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today and Tomorrow yang
9 Zainal Aznam Yusof, “Affirmative Action in Malaysia: An Overview of Progress and Limitations”, hlm. 132, dalam Graham K.
Brown, Arnim Langer and Frances Stewart, Affirmative Action in Plural Societies: International Experiences, New York: Palgrave
Macmillan, 2012, hlm. 128-150.
Univers
ity of
Mala
ya
14
dihasilkan oleh Marina Samad pada tahun 1969. Buku ini mengisahkan tentang sejarah
penubuhan RIDA dan MARA. Fokus utama buku ini ialah sejarah penubuhan ITM.
Buku ini memperjelaskan proses penubuhan ITM, jumlah pelajar yang mengikuti
pengajian dan kursus-kursus yang ditawarkan, jumlah fakulti yang telah ditubuhkan
serta prasarana wujud ketika itu. Buku ini turut memberikan fakta yang agak signifikan
tentang sejarah ITM pada peringkat awam khasnya merangkumi soal berkaitan kos yang
dibelanjakan untuk penubuhan ITM dan sebagainya.10
Sepanjang pelaksanaan DEB, tulisan mengenai ITM hanya muncul pada tahun
1989 iaitu ITM Warisan Bangsa yang disusun oleh Firdaus Ahmad Azzam dan
diterbitkan pada penghujung pelaksanaan dasar berkenaan. Buku ini memberikan
maklumat tentang organisasi ITM, jumlah kampus sedia ada ketika itu, program-
program pengajian yang ditawarkan, pusat ilmu dan pentadbiran yang wujud serta
beberapa orang tokoh penting dan sumbangan mereka terhadap institusi berkenaan.
Kekuatan utama buku ini ialah ia merupakan satu-satunya buku sedia ada yang
memperincikan struktur pentadbiran UiTM.11
Pada tahun 2000, Fadzilah Amin telah
menghasilkan Shaping A Dream: From Dewan Latihan RIDA to Universiti Teknologi
MARA, 1956-1999. Karya ini mengetengahkan asal-usul kelahiran UiTM yang bermula
sejak kewujudan Dewan Latihan RIDA hingga membawa kepada terbentuknya UiTM
sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang terkemuka di Malaysia. Rentetan
peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah UiTM ditonjolkan secara luas dalam
buku ini. Buku ini juga turut menonjolkan bagaimana matlamat-matlamat yang
disasarkan oleh pihak MARA dalam soal penawaran dan pemberian pendidikan tinggi
telah berjaya dicapai.12
10
Marina Samad, The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today and Tomorrow, Kuala Lumpur: Intitut Teknologi MARA,
1969. 11
Firdaus Ahmad Azzam (ed.), ITM Warisan Bangsa, Shah Alam: Infokom, 1989. 12
Fadzilah Amin, Shaping A Dream: From Dewan Latihan RIDA to Universiti Teknologi MARA, 1956-1999, Shah Alam: UiTM,
2000.
Univers
ity of
Mala
ya
15
Enam tahun kemudian, Documenting A Destiny: History of Universiti Teknologi
MARA, 1956-2006, yang disunting oleh Hawa Rohany telah diterbitkan. Buku ini
merupakan satu bentuk penceritaan sejarah perkembangan UiTM secara kritis. Ia
merangkumi pemaparan maklumat bagaimana institusi berkenaan ditubuhkan dan
berkembang dalam tempoh 50 tahun usianya sejak tahun 1956. Penulisan dan
penerbitan buku ini juga adalah sebagai satu “hadiah” dalam memperingati 50 tahun
penubuhan UiTM. Ringkasnya ia mengisahkan bagaimana proses transformasi berlaku
dari Dewan Latihan RIDA kepada sebuah universiti yang gah hingga ke hari ini.13
Tidak dinafikan UiTM merupakan antara katalis dalam penggerak pemberian
pendidikan tinggi kepada Bumiputera di Malaysia. Namun, kewujudan karya-karya
sedia ada yang begitu menonjolkan UiTM telah menenggelamkan peranan dan
keupayaan institusi-institusi pendidikan yang lain yang digerakkan MARA. Oleh itu,
penulisan sejarah pendidikan MARA yang menyeluruh merupakan suatu keperluan bagi
memberikan dimensi yang lebih luas berhubung perkara ini.
Tulisan ilmiah terawal mengenai MARA dihasilkan oleh Baharil Ihzan Bin
Hashim pada tahun 1969. Berjudul „RIDA to MARA-A Study in Organisational Reform
and Its Administrative Implication‟,14
kajian ilmiah ini mengkaji reformasi organisasi
RIDA dan MARA. Latihan ilmiah yang diselesaikan bagi memenuhi keperluan
pengijazahanan ini melihat badan-badan RIDA dan MARA daripada perspektif struktur
organisasi, dimensi dan matlamat kedua-dua badan berkenaan. Skop penulisannya juga
terhad iaitu bermula tahun RIDA ditubuhkan pada tahun 1950 dan diakhiri pada tahun
1968. Berdasarkan matlamat kajiannya yang memberi perhatian dan tumpuan kepada
kajian terhadap pengorganisasian RIDA dan MARA, peranan MARA dalam lapangan
pendidikan dan latihan diketepikan. Sesuai dengan objektif kajian ini, Baharil Ihzan
13
Hawa Rohany (ed.), Documenting A Destiny: History of Universiti Teknologi MARA, 1956-2006, Shah Alam: University
Publication Centre (UPENA), 2006. 14
Baharil Ihzan Bin Hashim, „RIDA to MARA-A Study in Organisational Reform and Its Administrative Implication‟, Graduation
Exercise, Degree Bachelor of Economics with honours in Public Administration, University of Malaya, 20 September 1969.
Univers
ity of
Mala
ya
16
hanya mengkaji pola perkembangan dan pengorganisasian RIDA dan MARA, meneliti
pengurusan program-program RIDA dan MARA serta masalah-masalah yang dihadapi
oleh kedua-dua badan yang bertalian tersebut. Sungguhpun kajian ini tidak menyentuh
secara kritis dalam soal pendidikan, maklumat yang diberikan dalam penulisan ini
mempunyai signifikan yang tersendiri dari sudut aspek pengurusan organisasi MARA
sekaligus memberikan gambaran yang jelas dalam sudut kerangka pengurusan dan
perjalanan organisasi tersebut.
Kajian mengenai MARA turut dilaksanakan oleh seorang penuntut ijazah
pertama dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya pada tahun 1970 dengan
mengkhusus kepada pencapaian ITM dalam memenuhi tenaga kerja yang diperlukan
oleh Malaysia. Rabieyah Binti Mat telah menghasilkan satu latihan ilmiah berjudul „A
Study of the MARA Institute of Technology in its Attempt in Helping To Meet The
Manpower Requirements‟.15
Dalam kajian ilmiah ini, beliau melakukan penilaian
terhadap ITM sebagai suatu alat kerajaan untuk mengisi keperluan tenaga manusia.
Berdasarkan analisis yang dilakukan, Rabieyah menyatakan bahawa kerajaan
melepaskan tanggungjawab kepada MARA untuk melaksanakan pemberian pendidikan
teknikal dan latihan. Dalam hal ini, beliau mendapati bahawa MARA bersedia untuk
menjalankan tugas yang dibebankan oleh kerajaan ke atasnya bagi memenuhi ruang-
ruang dalam aktiviti perniagaan dan teknikal yang memperlihatkan kekurangan tenaga
Bumiputera ketika itu.
Walau bagaimanapun, di sebalik kesediaan tersebut, Rabieyah menghujahkan
ITM mengalami masalah kewangan yang memberikan impak negatif kepada
pentadbirannya. Ini dapat dilihat apabila ITM mengalami masalah kekurangan tenaga
15
Rabieyah Binti Mat, „A Study of the MARA Institute of Technology in its Attempt in Helping To Meet The Manpower
Requirements‟, Graduation Exercise, Bachelor of Economics, University of Malaya, August 1970.
Univers
ity of
Mala
ya
17
akademik dan fasiliti. Berdasarkan kajian ini juga, pada tahun 1970, rata-rata dalam
kalangan rakyat Malaysia dilihat masih mempertikaikan kewibawaan ITM dalam
mengangkat kedudukan Bumiputera dan menyumbang kepada kehendak negara secara
keseluruhannya. Meskipun demikian, beliau menyebut bahawa ITM telah menyumbang
kepada pembangunan negara walaupun bukan secara sepenuhnya. Dalam konteks ini,
Rabieyah menyimpulkan bahawa ITM telah menghasilkan graduan yang dikehendaki
oleh pihak swasta berbanding bada-badan kerajaan.16
Memandangkan kajian ilmiah ini
hanya tertumpu pada tahun-tahun awal penubuhan ITM yang memperlihatkan institusi
berkenaan berada dalam tempoh penubuhan dan perkembangannya, ia mengandungi
pelbagai keterbatasan serta hanya menonjolkan pelbagai kelemahan ketara dalam
perjalanan awal ITM. Namun demikian, kajian terhadap ITM ini memberikan input dan
pemahaman terhadap masalah dan cabaran yang dihadapi oleh MARA ITM pada
peringkat awal pengasasannya.
Berbanding kajian khusus terhadap bidang pendidikan yang dijana oleh MARA,
peranan MARA dalam soal berkenaan lebih kerap disentuh secara sepintas lalu melalui
kajian terhadap tindakan afirmatif dan DEB di Malaysia. Affirmative Action, Ethnicity
and Integration: The Case of Malaysia17
dihasilkan oleh Mah Hui Lim pada tahun 1985
merupakan antara tulisan yang menyentuh MARA dalam kajian terhadap tindakan
afirmatif. Ia membicarakan tindakan afirmatif dengan menjadikan Malaysia sebagai
kajian kes. Kajian ini menonjolkan keistimewaan orang Melayu sejak era kolonial bagi
memberi gambaran latar sejarah. Dalam konteks pendidikan, orang Melayu dikatakan
mendapat tempat yang baik. Kesannya, perkhidmatan awam di era kolonial iaitu
Malayan Administrative Service (MAS) dikatakan sebagai ekslusif untuk orang
16
Ibid., hlm. 71. 17
Mah Hui Lim, “Affirmative Action, Ethnicity and Integration: The Case of Malaysia”, Ethnic and Racial Studies, Vol. 8, 2 April
1985, Temple University, Philadelphia.
Univers
ity of
Mala
ya
18
Melayu.18
Hak istimewa orang Melayu ini diteruskan pasca kemerdekaan apabila
keutamaan dalam bidang pendidikan diberikan kepada orang Melayu. Dalam
memperkatakan penekanan pendidikan sebagai alat untuk membantu orang Melayu,
Mah Hui Lim menegaskan bahawa:
“Two factors were responsible for the government‟s emphasis on
education under the Malay Special Rights program. First the government
through its finances of schools has control over the educational process.
Second, lacking ownership of property, education was the major vehicle
for Malay upward mobility.”19
Dalam kajiannya, Mah Hui Lim mengakui bahawa pendidikan merupakan
penggerak kepada peningkatan mobiliti sosial orang Melayu. Beliau juga menyatakan
bahawa RIDA Training Centre dan kemudiannya ITM, merupakan instutusi-institusi
utama dalam memberikan pendidikan kepada orang Melayu dalam tempoh 1957-
1970.20
Namun, dalam menyentuh persoalan DEB dan tragedi perkauman 13 Mei 1969,
peranan MARA dalam pendidikan tidak disebut walaupun beliau menyatakan: “... to
create a viable Malay industrial and commercial community, they needed training in
science, technology, and business.”21
Kajian Mah Hui Lim mengkritik tindakan
afirmatif kerajaan kerana mengutamakan orang Melayu dan ia dikatakan tidak
meminimumkan konflik sosial serta menyukarkan tercapainya matlamat perpaduan
sosial.22
Pada tahun 1990, karya tiga orang pengkaji iaitu Just Faaland, J. R. Parkinson,
Rais Saniman telah menghasilkan sebuah karya yang berautoriti mengenai DEB iaitu
Growth and Ethnic Inequality, Malaysia’s New Economic Policy.23
Buku berkenaan
18
Ibid., hlm. 253. 19
Ibid., hlm. 257. 20
Ibid., hlm. 257. 21
Ibid., hlm. 266. 22
Ibid., hlm. 272. 23
Just Faaland, J. R. Parkinson, Rais Saniman, Growth and Ethnic Inequality, Malaysia’s New Economic Policy, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
Univers
ity of
Mala
ya
19
mengisahkan setting sejarah yang membawa kepada pembentukan dan pelaksanaan
dasar berkenaan. DEB sebagai satu subjek telah dibincangkan dengan begitu kritis oleh
ketiga-tiga orang penulis berkenaan merangkumi pengimplementasian, pendekatan-
pendekatan dalam pelaksanaannya dan keterlibatan DEB dalam Rancangan Malaysia
Kedua hingga Rancangan Malaysia Kelima. Analisis terhadap keberhasilan DEB juga
dilakukan dalam kajian berkenaan. Selain itu, karya ini turut menggariskan kritikan-
kritikan terhadap DEB oleh parti-parti pembangkang khasnya oleh parti yang
didominasi bukan Melayu. Memandangkan kajian ini bermatlamat untuk menghurai dan
menganalisis pelaksanaan DEB secara dasar sehingga penamatannya, perhatian atau
cakupan terhadap isu pemberian pendidikan tidak mendapat ruang yang bersifat khusus
dalam kajian berkenaan. Dasar mengenai pendidikan nyata tidak begitu disentuh dalam
penulisan tersebut.
MARA sekadar disebut memiliki objektif khusus bagi membantu orang Melayu
untuk bangkit.24
Juga disebut mengenai pemberian pinjaman kewangan kepada
usahawan Melayu.25
Walaupun peranan MARA tidak diberikan penekanan, namun
tulisan dalam buku memperlihatkan pengiktirafan para sarjana berkenaan bahawa
pendidikan merupakan alat pemodenan masyarakat, alat untuk mencapai peluang-
peluang secara sama rata dan mekanisme dalam mempromosi kesatuan nasional.
Pendidikan juga disebut sebagai elemen penting kepada orang Melayu luar bandar dan
orang Melayu bandar yang berpendapatan rendah. Ia turut dianggap sebagai elemen
perlu untuk membentuk kepimpinan elit Melayu.26
Para penulis Growth and Ethnic
Inequality, Malaysia’s New Economic Policy ini juga mengakui bahawa penekanan
terhadap sains dan teknologi pengurusan harus diberikan kepada orang Melayu.
Sungguhpun demikian, karya ini tidak menggariskan aspek pendidikan secara lebih
24
Ibid., hlm. 21. 25
Ibid., hlm. 139. 26
Ibid., hlm. 58.
Univers
ity of
Mala
ya
20
meluas dalam cakupan kajiannya. Lanjutannya, dalam konteks DEB yang dibicarakan
oleh karya ini, peranan MARA sebagai ejen pembangunan negara dan pelaksana DEB
tidak dititik beratkan.
Ian Emsley melalui karyanya, The Malaysian Experience of Affirmative Action:
Lessons for South Africa27
yang diterbitkan pada tahun 1996 mengutarakan pengalaman
Malaysia dalam melaksanakan tindakan afirmatif untuk dijadikan pengajaran kepada
Afrika Selatan. Tindakan afirmatif yang dilaksanakan di Malaysia melalui DEB diharap
menjadi contoh kepada Afrika Selatan yang turut memiliki beberapa persamaan dengan
Malaysia khususnya sifat negara berkenaan yang berbilang kaum.28
Buku ini menyentuh
mengenai pemberian pendidikan kepada orang Melayu sebagai lonjakan untuk
mendapat tempat yang setaraf dengan kaum bukan Melayu. Peranan MARA dalam
bidang pendidikan disentuh secara sepintas lalu dengan menyatakan fungsinya melatih
orang Melayu melalui penubuhan institut-institut dan kolej-kolej teknikal dalam dekad
1970-an. Kolej-kolej berkenaan disebut sebagai memberikan pendidikan saintifik dan
teknologi kepada orang Melayu.29
Dalam buku ini, Ian Emsley turut mengulas
mengenai pemberian pekerjaan, usaha penyamarataan pemilikan ekuiti, usaha
membentuk usahawan Bumiputera serta penglibatan golongan berkenaan dalam
pelbagai sektor pekerjaan secara ringkas dan padat. Bagaimanapun, tulisan ini tidak
begitu mendalam sifatnya jika disandarkan kepada faktor kurangnya penekanan
terhadap fungsi yang dimainkan oleh MARA.
Selain karya ilmiah yang berpaksikan kepada tindakan afirmatif dan DEB,
MARA turut mendapat tempat dalam kajian terhadap pendidikan di Malaysia. Ibrahim
Bin Abu Shah dalam tesis kedoktorannya iaitu „The Use of Higher Education as an
27
Ian Emsley, The Malaysian Experience of Affirmative Action: Lessons for South Africa. 28
Ibid. 29
Ibid., hlm. 40.
Univers
ity of
Mala
ya
21
Intervention Strategy in the Economic Development of a Plural Society: A Case Study
of MARA Institute of Technology in the Economic Policy of Malaysia‟30
menjadikan
institusi pendidikan MARA iaitu ITM sebagai subjek kajiannya. Tulisan yang
dihasilkan pada tahun 1988 ini bermatlamat menilai penggunaan pendidikan tinggi
sebagai “intervention strategy” dalam pembangunan ekonomi masyarakat majmuk di
Malaysia. Kajian ini menunjukkan bahawa, walaupun tindakan afirmatif kerajaan dalam
pelbagai bidang telah membawa kepada peningkatan marginal (marginal improvement)
dalam pembahagian pendapatan dalam masyarakat pelbagai kaum, Ibrahim Bin Abu
Shah mendapati bidang pendidikan tinggi merupakan bidang yang lebih mudah
mengubah ketidaksamaan (inequality). Oleh itu, pendidikan tinggi dilihat sebagai
medium untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu.
Jesteru, ITM dijadikan sebagai kajian kes memandangkan penulis melihat
institusi berkenaan sebagai alat yang paling efektif dalam pelaksanan polisi mengatasi
ketidaksamarataan etnik di Malaysia. Hal ini selari dengan kenyataan Ibrahim Bin Abu
Shah yang menegaskan bahawa: “Education has often been referred as “The Great
Leveller”, and it is no doubt an effective instrument for promoting social mobility”.31
Kajian beliau melihat ITM sebagai berupaya memenuhi keperluan terhadap tenaga kerja
dalam bidang teknologi, perniagaan, pengurusan dan pentadbiran di Malaysia. Institusi
ini juga memainkan tugas yang sangat penting dalam usaha pihak kerajaan untuk
menyusun semula masyarakat Malaysia dengan pemberian peluang pendidikan yang
lebih baik kepada kumpulan yang tidak benasib baik agar masalah perimbangan
ekonomi antara kaum di Malaysia dapat diperbetulkan.32
Sehubungan itu, keberhasilan
usaha-usaha ini sangat bergantung kepada keberkesanan pendidikan yang ditawarkan
30
Ibrahim Bin Abu Shah, „The Use of Higher Education as an Intervention Strategy in the Economic Development of a Plural
Society: A Case Study of MARA Institute of Technology in the Economic Policy of Malaysia‟, Michigan, University Microfilms
International, 1988. 31
Ibid., hlm. 15-16. 32
Ibid., hlm. 17.
Univers
ity of
Mala
ya
22
ITM. Dalam konteks pendidikan yang ditawarkan oleh MARA yang bersifat lebih luas,
kajian ini hanya memberikan perhatian kepada ITM memandangkan institusi tersebut
merupakan subjek kepada tesis ini. Oleh itu, dalam membahaskan peranan MARA yang
lebih besar dalam pendidikan, tesis ini hanya mengulas mengenai peranan ITM sebagai
pengubah nasib orang Melayu.
Pada tahun 2004 seorang sarjana pendidikan di Malaysia iaitu Sufean Hussin
telah menghasilkan sebuah buku mengenai sistem pendidikan di Malaysia. Tulisan
beliau yang bertajuk Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah (Edisi
Kedua)33
, menghuraikan pelbagai aspek dunia pendidikan merangkumi perkembangan
pendidikan, dasar-dasar, falsafah pendidikan, sistem pendidikan, organisasi dan
peringkat pendidikan formal, pendidikan yang tidak formal serta isu-isu pendidikan
negara. Sesuai dengan tema penulisan yang membincangkan perkembangan pendidikan
negara sejak era sebelum kemerdekaan, Sufean Hussin memberikan penekanan terhadap
isu-isu yang dihadapi oleh dunia pendidikan Malaysia dari kaca mata pakar pendidikan.
Ulasan yang diberikan oleh sarjana berkenaan begitu luas merangkumi pelbagai aspek
dalam arena pendidikan negara.
Sesuai dengan skop penulisan yang besar cakupannya, beliau memperjelaskan
senario pendidikan di Malaysia merangkumi perguruan, pembangunan masyarakat, serta
objektif sistem pendidikan yang bergerak seiring dengan usaha negara untuk melahirkan
generasi yang mampu memikul tanggungjawab dalam sebuah negara yang bergerak
maju. Ironinya, walaupun cakupan penulisan Sufean Hussin berhubung soal pendidikan
di Malaysia adalah begitu luas, peranan MARA dilihat sebagai begitu dikesempingkan.
Dalam hal ini, MARA hanya disebut secara sepintas lalu iaitu pemberian pendidikan
33
Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah, Edisi Kedua, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
2004.
Univers
ity of
Mala
ya
23
bukan formal kepada pembangunan masyarakat melalui kursus usahawan Bumiputera
dan kursus kajian luar kampus.34
Oleh itu, wujud suatu bentuk kekosongan dalam kajian
ilmiah mengenai pendidikan yang diselenggarakan oleh MARA apabila peranan badan
berkenaan tidak mendapat tempat walaupun dalam kajian yang menyasarkan sistem
pendidikan di Malaysia. Jesteru, peranan dan sumbangan MARA dalam sektor
pendidikan merupakan suatu isu yang menarik untuk dipaparkan memandangkan
kedudukan MARA sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan di Malaysia.
Trend peminggiran peranan MARA ini tidak memperlihatkan perubahan yang
signifikan, walaupun pada tahun 2013, Lee Hock Guan, menerusi artikelnya iaitu
“Racial Citizenship and Higher Education in Malaysia”35
menyentuh mengenai institusi
pendidikan yang dikelolakan oleh MARA. Berbeza dengan kebanyakan tulisan ilmiah
yang menyentuh mengenai MARA, Lee Hock Guan memperlihatkan pandangan yang
berbeza dalam pertimbangan ilmiah yang dilakukannya. Beliau menyatakan wujud
segmentasi etnik dalam pendidikan menengah dan tinggi. Selain itu, beliau juga
menyatakan bahawa integrasi antara kaum tidak berlaku dalam sektor pendidikan
kerana wujud institusti yang bersifat ekslusif bersifat perkauman. Orang bukan Melayu
dikatakan berasa bahawa hak kerakyataan mereka dicabul dan mendapat layanan yang
tidak adil.36
Beliau menyasarkan MARA sebagai sebuah badan yang dianggap menjadi
alat kerajaan dalam pelaksanaan dasar pendidikan yang berat sebelah. Dalam artikel
tersebut, Lee Hock Guan menyebut bahawa biasiswa dan pinjaman MARA hanya
ekslusif untuk pelajar Melayu/Bumiputera sahaja. Beliau juga melontarkan kritikan
terhadap MRSM yang dianggap sebagai institusi elit yang menguntungkan kelas
34
Ibid., hlm. 338. 35
Lee Hock Guan, Racial Citizenship and Higher Education in Malaysia dalam Edmund Terence Gomez and Johan Saravanamuttu
(eds.), The New Economic Policy in Malaysia: Affirmative Action, Ethnic Inequalities and Social Justice, Kuala Lumpur: SIRD,
2013, hlm. 235-261. 36
Ibid., hlm. 258.
Univers
ity of
Mala
ya
24
menengah dan atasan Melayu. Orang bukan Melayu didakwa sebagai disisihkan dan
terpaksa mencari alternatif lain dalam sistem persekolahan yang ada.
Dalam menghubungkaitkan dasar afirmatif kerajaan yang digiatkan selepas
tragedi perkauman 13 Mei 1969 dengan dasar pendidikan tinggi kerajaan, Lee Hock
Guan menghujahkan bahawa parti pemerintah, United Malays National Orgnisation
(UMNO) mengambil peluang daripada tragedi berkenaan untuk menguatkuasakan
amalan yang disebut sebagai “racial citizenship”.37
Berdasarkan analisis yang dilakukan
oleh Lee Hock Guan, nyata beliau tidak melihat isu pemberian pendidikan oleh MARA
dan keistimewaan yang dinikmati oleh golongan Bumiputerta daripada perspektif yang
lazim dilaksanakan para pendukung tindakan afirmatif. Namun, kedudukan orang
Melayu dan Bumiputera lain dalam polisi-polisi kerajaan sesungguhnya adalah
berdasarkan pertimbangan legasi sejarah dan konsesus yang dicapai oleh pelbagai pihak
di era menjelang kemerdekaan. Sehubungan itu, sumbangan dan peranan MARA juga
perlu dianalisis daripada perspektif sejarah dengan lebih mendalam dan bersifat
objektif.
Dalam memperkatakan kajian mutakhir yang turut menyentuh mengenai MARA
dalam kerangka tindakan afirmatif, suatu kajian terhadap tindakan afirmatif di Malaysia
juga dihasilkan hasil daripada analisis secara kritikal oleh Lee Hwok-Aun, Edmund
Terence Gomez dan Shakila Yacob dalam artikel berjudul “Ethnicity, economy, and
affirmative action in Malaysia”.38
Menurut tulisan ini, secara umumnya, tindakan
afirmatif dianggap telah berhasil memajukan kedudukan ekonomi dan sosial kaum
Bumiputera di Malaysia sekaligus memperlihatkan bahawa sebahagian besar matlamat-
matlamat DEB telah berjaya dicapai, khasnya dalam mengurangkan kadar kemiskinan.
37
Ibid., hlm. 238. 38
Lee Hwok-Aun, Edmund Terence Gomez, and Shakila Yacob, “Ethnicty, economy, and affirmative action in Malaysia”, dalam
Edmund Terence Gomez and Raplh Premdas (eds.), Affirmative Action, Ethnicity, and Conflict, New York: Routledge, 2013, hlm.
67-94.
Univers
ity of
Mala
ya
25
Melalui dasar pendidikan yang dilaksanakan dalam kerangka DEB, golongan
pelajar Bumiputera dari luar bandar berpeluang mendapat pendidikan yang bermutu dan
sebahagian daripadanya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Perkembangan
yang berlaku ini telah berhasil membantu membentuk golongan menengah Bumiputera
yang baru sebagimana yang disasarkan kerajaan. Bagaimanapun, tulisan ini
menghujahkan bahawa pencapaian kerajaan dalam membentuk kelas menengah
Bumiputera dan membasmi kemiskinan di Malaysia bukanlah bersifat menyeluruh. Hal
ini kerana hanya golongan-golongan tertentu dalam kalangan Bumiputera yang
mendapat faedah daripada DEB.
Dalam bidang pendidikan, tindakan afirmatif kerajaan dalam sektor ini
dihujahkan telah meninggalkan kesan negatif terhadap negara kerana gagal melahirkan
tenaga Bumiputera yang berkualiti. Misalnya di institusi-institusi awam yang dianggotai
ramai Bumiputera, kualiti perkhidmatan yang disediakan dikatakan mengalami
penurunan kualiti. Ia ditambah pula penyertaan golongan Bumiputera dalam bidang
pengurusan, profesional dan teknikal yang statik sejak pertengahan dekad 1990-an.39
Menyentuh mengenai MARA, tulisan ini menyatakan bahawa MARA terlibat sama
mendukung tindakan afirmatif dengan menubuhkan MRSM khususnya untuk pelajar
Bumiputera luar bandar dan tidak berkemampuan. Bagaimanapun dikatakan bahawa
matlamat ini tersasar apabila pelajar Melayu daripada golongan kelas menengah bandar
dikatakan mendominasi tempat di Maktab Rendah Sains MARA pada pertengahan
1970-an.40
Selaras dengan intisari tulisan ini yang menghuraikan kejayaan dan masalah
serta aspek-aspek kegagalan tindakan afirmatif dalam kerangka yang besar, ia tidak
memaparkan secara khusus bagaimana MARA bertindak dalam skop yang lebih luas
berhubung pemberian pendidikan kepada Bumiputera.
39
Ibid., hlm. 88. 40
Ibid., hlm. 78.
Univers
ity of
Mala
ya
26
Seorang sarjana tempatan yang telah melakukan beberapa penyelidikan yang
kritis mengenai tindakan afirmatif iaitu Lee Hwok-Aun, telah menghasilkan beberapa
tulisan mengenai tindakan afirmatif di Malaysia dan juga melakukan perbandingan
dengan Afrika Selatan. Tesis kedoktorannya yang disempurnakan pada tahun 2010 iaitu
„Racial Inequality and Affirmative Action in Malaysia and South Africa‟ merupakan
suatu penelitian terhadap ketidakseimbangan antara kaum dan tindakan afirmatif di
Malaysia dan Afrika Selatan.41
Kedua-dua negara berkenaan mempunyai beberapa ciri
yang sama dalam konteks pemerintahan oleh majoriti dan pelaksanaan tindakan
afirmatif kepada golongan majoriti yang juga ketinggalan. Tesis telah juga telah
menyelidiki, membandingkan program-program tindakan afirmatif di kedua-dua negara
dengan fokus kepada tempoh pertengahan dekad 1990-an dan pertengahan dekad 2000.
Antara pandangan beliau dalam tindakan afirmatif di Malaysia, khususnya
melalui peranan MARA, Lee Hwok-Aun telah menyentuh mengenai peranan MRSM.
Beliau menyebut bahawa matlamat untuk mengisi keperluan tenaga kerja dalam
lapangan sains dan kejuruteraan, telah mendorong MARA menubuhkan MRSM untuk
golongan Bumiputera luar bandar dan Bumiputera yang berpendapatan rendah.42
Namun, secara keseluruhannya, tesis Lee Hwok-Aun menegaskan bahawa tindakan
melebihkan suatu pihak berbanding pihak yang lain akan mengakibatkan impak negatif
di mana golongan sasaran tidak akan berupaya untuk bersaing dan memerlukukan
“sokongan” yang berterusan daripada pihak pemerintah.43
Selain itu, beliau
menghujahkan, tindakan afirmatif dalam bidang pendidikan tinggi di Malaysia telah
menghasilkan tenaga Bumiputera yang tidak dapat bersaing secara bebas dalam pasaran
kerja serta memerlukan sektor kerajaan sebagai sandaran kepada prospek kerjaya
mereka.
41
Lee Hwok-Aun, „Racial Inequality and Affirmative Action in Malaysia and South Africa‟ , (Ph.D. Thesis), University of
Massachusetts Amherst, 2010. 42
Ibid., hlm. 52. 43
Ibid., hlm. 20.
Univers
ity of
Mala
ya
27
Lee Hwok-Aun turut menghasilkan tulisan berkenaan tindakan afirmatif di
Malaysia pada tahun 2014 iaitu “Affirmative Action in Malaysia: Solid Grounds, Long
Arms, Shallow Roots”.44
Dalam karya ini, beliau memperjelaskan setting kepada
bermulanya tindakan afirmatif di Malaysia yang bersandarkan kepada kemunduran
orang Melayu pasca merdeka dan keperluan menyeimbangkan struktur sosioekonomi
antara kaum. Tindakan afirmatif yang digiatkan melalui DEB telah menyaksikan
sasaran utama kerajaan dalam usaha berkenaan bertumpu kepada pemberian pendidikan
tinggi kepada Bumiputera, penyertaan golongan Bumiputera dalam hierarki yang tinggi
dalam sektor awam dan swasta, pemilikan ekuiti dan pengembangan perniagaan, Lee
Hwok-Aun telah menggariskan kesan yang timbul daripada tindakan afirmatif ini di
mana penyertaan Bumiputera dalam pelbagai lapangan telah memperlihatkan
peningkatan.
Dalam lapangan pendidikan, MARA melalui MRSM telah disebut memberikan
peluang pendidikan yang baik kepada golongan Bumiputera sekaligus membuka pintu
kepada pendidikan yang lebih tinggi kepada golongan berkenaan.45
Kesan positif
kepada dasar tersebut dapat dilihat apabila golongan ini berjaya mendapat peluang
pendidikan yang lebih tinggi menjelang tahun 2010. Namun, paradoksnya, golongan
bukan Bumiputera pula yang ketinggalan dalam lapangan tersebut, khasnya kaum
India.46
Bagaimanapun, Lee Hwok-Aun menghujahkan tindakan afirmatif di Malaysia
sudah tersasar daripada matlamat asalnya dan golongan Bumiputera masih gagal
mendapatkan tempat yang baik dalam dunia pekerjaan.47
44
Lee Hwok-Aun, “Affirmative Action in Malaysia: Solid Grounds, Long Arms, Shallow Roots”, hlm. 137-167, dalam Ockert
Dupper and Kamala Sankaran (eds.), Affirmative Action: A View from the Global South, Stellenbosch: SUN Press, 2014. 45
Ibid., hlm. 154. 46
Ibid., hlm. 155. 47
Ibid., hlm. 157.
Univers
ity of
Mala
ya
28
Lee Hwok-Aun juga membangkitkan aspek-aspek tindakan afirmatif di Malaysia
dan Afrika Selatan dalam “Affirmative Action Regime Formation in Malaysia and
South Africa”.48
Sekali lagi beliau menganalisis pembentukan tindakan afirmatif di
Malaysia dan Afrika Selatan yang memberikan keutamaan kepada golongan majoriti.
Beliau membahaskan bahawa tindakan afirmatif yang berjalan di Malaysia selama
empat dekad merupakan penerusan kepada order politik sedia ada dan pemusatan kuasa
eksekutif. Manakala keadaan yang berlaku di Afrika Selatan disifatkan sebagai
demokratik dan berlaku perubahan daripada pemerintahan golongan minoriti (kulit
putih) kepada golongan majoriti (kulit hitam). Juga, sekali lagi Lee Hwok-Aun
menegaskan pelaksanaan tindakan afirmatif di Malaysia sebagai lebih terpusat
berbanding dengan polisi yang diimplementasikan di Afrika Selatan. Dalam sudut
perundangan, beliau menjelaskan bahawa Perlembagaan Malaysia memberi ruang
kepada pelaksanaan tindakan afirmatif. Sebaliknya, Perlembagaan Afrika Selatan 1996
pula menggariskan tindakan afirmatif dalam kerangka yang lebih “liberal” dan tidak
begitu diskriminatif.49
Secara keseluruhannya, Lee Hwok-Aun berpandangan agar
kedua-dua negara berusaha untuk menyeimbangkan tindakan afirmatif dengan
mementingkan latar belakang sosioekonomi masyarakat, meningkatkan mutu
pendidikan dan mengutamakan merit.50
Beliau menyentuh sedikit mengenai MARA
yang telah menubuhkan MRSM sebagai satu laluan alternatif kepada Bumiputera untuk
mendapat pendidikan tinggi.51
Minat dan fokus Lee Hwok-Aun dalam konteks tindakan afirmatif diteruskan
pada tahun 2015 apabila beliau sekali lagi melakukan perbandingan antara dasar
berkenaan yang dilaksanakan di Malaysia dan Afrika. Ia dikupas di bawah judul
48
Lee Hwok-Aun, “Affirmative Action Regime Formation in Malaysia and South Africa”, Journal of Asian and African Studies,
Vol. 51, No. 5, 5 Oktober 2014, hlm. 511-527. 49
Ibid., hlm. 3. 50
Ibid., hlm. 15. 51
Ibid., hlm. 11.
Univers
ity of
Mala
ya
29
“Affirmative Action in Malaysia and South Africa: Constrasting Structures, Continuing
Pursuits”.52
Kajian ini memberi fokus yang khusus kepada Malaysia dan Afrika Selatan
yang memiliki persamaan iaitu pelaksanaan tindakan afirmatif yang menyasarakan
golongan majoriti. Malaysia berjaya melaksanakan tindakan afirmatif dalam skala yang
lebih besar pada tahun 1970-an berbanding Afrika Selatan pada dekad 1990-an.53
Malaysia juga telah melaksanakan tindakan afirmatif dalam kerangka yang lebih
terpusat dengan pemberian peluang pendidikan menengah dan tinggi iaitu MRSM dan
UiTM. Hal ini berbeza dengan Afrika Selatan yang menjalankan tindakan afirmatif pada
peringkat pendidikan tinggi sahaja.54
Kedua-dua negara dikatakan berhasil
meningkatkan penyertaaan golongan Bumiputera (Malaysia) dan golongan kulit hitam
(Afrika Selatan) dalam pendidikan tinggi dan pekerjaan. Namun, Lee Hwok-Aun juga
menegaskan bahawa terdapat bukti yang menunjukkan kesan negatif
pengimplementasian dasar ini dalam jangka panjang. Ia nyata dapat dilihat dalam
pekerjaan di sektor dan kegagalan mendapat tempat yang luas di sektor swasta. Beliau
berpandangan, tindakan afirmatif yang efektif perlu dikekalkan dalam bidang
pendidikan, manakala dasar tersebut perlu disekat dalam aspek peluang pekerjaan dan
pembangunan perusahaan.
Lee Hwok-Aun terus memperincikan persoalan tindakan afirmatif dalam
tulisannya berjudul “Affirmative Action: Hefty Measures, Mixed Outcomes, Muddled
Thinking”55
yang mengulas mengenai definisi tindakan afirmatif serta objektif dan
kaedah pelaksanaannya. Dalam tulisan ini, beliau menghubungkaitkan tindakan
afirmatif dengan DEB dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, implikasi
daripada tindakan afirmatif di Malaysia juga ditonjolkan dalam tulisan ini. Lee Hwok-
52
Lee Hwok-Aun, “Affirmative Action in Malaysia and South Africa: Constrasting Structures, Continuing Pursuits”, Journal of
Asian and African Studies, Vol. 50, No. 5, August 2015, hlm. 615-634. 53
Ibid., hlm. 7. 54
Ibid., hlm. 8. 55
Lee Hwok-Aun, “Affirmative Action: Hefty Measures, Mixed Outcomes, Muddled Thinking”, hlm. 162-176, dalam Meredith L.
Weiss (ed.), Routledge Handbook of Contemporary Malaysia, New York: Routledge, 2015.
Univers
ity of
Mala
ya
30
Aun menjelaskan bahawa MARA melalui MRSM telah memberikan pendidikan yang
bermutu tinggi kepada golongan Bumiputera, khasnya daripada komuniti luar bandar.
Tidak ketinggalan, beliau menyentuh mengenai institusi pendidikan tinggi MARA
(kemudiannya ITM) sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan dalam pelaksanaan
tindakan afirmatif dalam lapangan pendidikan.56
Secara keseluruhannya, ditinjau dari
segi pencapaian pendidikan, Lee Hwok-Aun mengakui tindakan afirmatif yang ekstensif
ini telah melonjakkan mutu akademik golongan Bumiputera di Malaysia.
Bagaimanapun, seperti tulisan-tulisan sebelumnya, beliau telah menegaskan bahawa
tindakan afirmatif kerajaan telah menyebabkan golongan bukan Bumiputera ketinggalan
di belakang.57
Oleh itu, dalam merumuskan keperluan tindakan afirmatif ini diteruskan
pada masa hadapan, Lee Hwok-Aun telah menghujahkan bahawa Malaysia perlu
bergerak meninggalkan dasar afirmatif sesuai dengan kehendak kontemporari.58
Selain tulisan-tulisan ilmiah yang dilihat daripada perspektif tindakan afirmatif,
DEB dan pendidikan, terdapat juga kajian yang berautoriti yang mengaitkan MARA
sebagai sebahagian daripada kerangka besar dalam “class struggle”. Perkara ini dapat
dilihat dalam tulisan Jomo Kwame Sundaram yang diterbitkan pada tahun 1986
menerusi kajiannya A Question of Class: Capital, The State, and Uneven Development
in Malaya.59
Beliau melakukan analisis sejarah terhadap aspek-aspek terpilih dalam
pembangunan yang tidak seimbang (uneven development) dan pembentukan kelas-kelas
sosial di era kolonial dan pasca merdeka di Tanah Melayu. Jomo Kwame Sundaram
menganalisis pembaharuan yang berlaku dalam kalangan kelas petani Melayu di zaman
kolonial, perkembangan modal pihak kapitalis di Tanah Melayu, kemaraan modal Cina
dalam ekonomi kolonial dan industrialisasi di Malaya, khasnya di era kemerdekaan.
56
Ibid., hlm. 166. 57
Ibid., hlm. 169. 58
Ibid., hlm. 174. 59
Jomo Kwame Sundaram, A Question of Class: Capital, The State, and Uneven Development in Malaya , Singapore: Oxford
University Press, 1986.
Univers
ity of
Mala
ya
31
Walaupun fokus utama kajian ini lebih mengkhusus kepada isu kapitalisme dan
pembahagian kelas di Tanah Melayu, RIDA disebut oleh Jomo Kwame Sundaram
sebagai alat pembentukan kapitalis Melayu.60
Ia kemudiannya diikuti oleh penubuhan
MARA pada tahun 1966. Sarjana berkenaan menyebut bahawa:
“Given such a strong identification of ethnicity, or „race‟, with classes
and class frictions, the most convenient ideological banner with which to
mount a polictical and economic challenge was obviously ethnic.”61
Berdasarkan tulisan berkenaan yang berbaur konsep perjuangan kelas, ia tidak
memberatkan penekanan terhadap pelaksanaan DEB serta fungsi MARA secara
menyeluruh khususnya dalam bidang pendidikan.
Satu-satunya kajian yang bersifat menyeluruh dalam membicarakan MARA dan
pendidikan dilakukan oleh Abdul Halim Bin Mahmud melalui disertasinya,
„Perkembangan Pendidikan Di Bawah Pentadbiran Majlis Amanah Rakyat (MARA),
1966-1990.62
Kajian yang diselesaikan pada tahun 2002 ini memberikan penekanan
sejarah MARA sejak ditubuhkan pada tahun 1966 sehingga tahun 1990. Dalam kajian
ini, beliau memberikan tumpuan kepada objektif penubuhan MARA dan struktur
pentadbirannya. Selain itu, Abdul Halim Bin Mahmud juga melakukan penelitian dalam
peranan dan sumbangan dalam arena pendidikan. Kajian tersebut mengkaji masalah-
masalah yang dihadapi oleh MARA dalam berurusan dengan kumpulan sasaran. Beliau
turut mengkaji keberkesanan program pendidikan yang dilaksanakan MARA. Dalam
hal ini, beliau mengaitkan program pendidikan MARA dengan konsep pembasmian
kemiskinan dan penyusunan masyarakat melalui DEB. Berdasarkan kajian yang
dilakukan, Abdul Halim Bin Mahmud menonjolkan sistem pendidikan yang digerakkan
60
Ibid., hlm. 247. 61
Ibid., hlm. 253. 62
Abdul Halim Bin Mahmud, „Perkembangan Pendidikan Di Bawah Pentadbiran Majlis Amanah Rakyat (MARA), 1966-1990‟,
Disertasi Sarjana Sastera, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2002.
Univers
ity of
Mala
ya
32
oleh MARA merangkumi penubuhan serta perjalanan institusi-institusi pendidikan dan
kemahirannya iaitu IKM, MRSM, IPM dan ITM.
Pencapaian-pencapaian MARA dalam bidang pendidikan juga diketengahkan
dalam disertasi ini. Namun, Abdul Halim Bin Mahmud tidak begitu mengutarakan
perkaitan DEB dengan MARA secara lebih analitikal, khasnya dalam aspek pendidikan.
Sebaliknya masalah-masalah yang dihadapi oleh MARA seperti kegagalan peminjam
melunas hutang pelajaran lebih ditonjolkan. Walaupun kajian beliau adalah bersifat
sejarah serta berautoriti, sumber-sumber fail kerajaan yang digunakan adalah kurang
meluas dan terbatas. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh tiadanya akses terhadap
fail-fail kerajaan yang pada ketika itu masih berstatus sulit. Beliau juga mengehadkan
skop kajiannya sehingga tamat DEB pada tahun 1990. Sehubungan itu, penerusan
komitmen MARA dalam dekad-dekad pasca DEB tidak dapat dilihat daripada aspek
kesinambungannya.
Berdasarkan kajian-kajian sedia ada yang mengaitkan MARA dan sistem
pendidikan yang dikelolakan badan berkenaan, tidak wujud suatu kajian ilmiah yang
menyeluruh dan bersifat khusus mengenai pendidikan yang diselenggarakan oleh
MARA sejak penubuhannya sehinggalah ia mencapai empat dekad usianya pada tahun
2006. Dalam konteks pembicaraan sedia ada mengenai sistem pendidikan MARA,
didapati hanya UiTM dan MRSM sahaja yang mendapat tempat dalam karya-karya
yang ditulis oleh para penyokong mahupun pengkritik DEB dan tindakan afirmatif.
Kewujudan institusi-institusi pendidikan yang lain yang dikelolakan MARA khasnya
institut-institut kemahiran tidak mendapat tempat sama sekali dalam penulisan yang
telah dihasilkan sejak penubuhan MARA pada tahun 1966. Ketiadaan kajian-kajian
yang berautoriti yang lebih bersifat menyeluruh telah mewujudkan suatu bentuk jurang
Univers
ity of
Mala
ya
33
yang begitu besar dalam memperkatakan sejarah MARA dan dunia pendidikan secara
keseluruhannya. Keadaan ini sekaligus gagal memperjelaskan kesignfikanan dan impak
sistem pendidikan yang dibawa oleh MARA terhadap pembinaan negara Malaysia
khasnya dalam konteks pelaksanaan tindakan afirmatif oleh kerajaan. Sehubungan itu,
keistimewaan kajian ini ialah penonjolan sisi-sisi penting yang tidak dilihat oleh
kebanyakan pengkaji lantas berupaya mengisi ruang-ruang kosong dalam penulisan
sejarah MARA itu sendiri.
1.8 Kaedah Penyelidikan
Kajian ini menggunakan kaedah tematik-kronologi. Berdasarkan kaedah kronologi
bertema ini, perkembangan di tahap-tahap yang digariskan dapat dilihat dengan jelas.
Kaedah kualitatif dan kritikan dalaman terhadap bahan digunakan secara intensif dalam
kajian ini. Untuk mengulas perkembangan yang diperlihatkan oleh MARA dalam
lapangan pendidikan sejak penubuhannya sehingga tahun 2006, terdapat dua aspek
utama diberikan perhatian iaitu aspek pendidikan dan kemahiran. Dalam konteks
pemberian pendidikan, ianya terbahagi kepada dua jenis pendidikan iaitu pendidikan
menengah dan pendidikan tinggi. Dari segi penetapan tahap, kajian ini melihat
perspektif pendidikan dan kemahiran yang dilaksanakan MARA daripada dua tempoh
masa iaitu tempoh 1966 sehingga 1980 dan tempoh 1981 sehingga 2006. Berdasarkan
metod analisis tematik-kronologi yang diguna pakai dalam kajian ini, perkembangan
aspek pendidikan dan kemahiran yang digunakan untuk melihat dua jangkamasa yang
berbeza dapat dilihat dengan mengkaji serta menganalisis tema-tema khusus dalam
memperjelaskan sumbangan dan realiti sejarah MARA dalam hal berkenaan. Untuk
tempoh pertama, kajian ini meneliti perkembangan pendidikan tinggi MARA dalam
Univers
ity of
Mala
ya
34
tempoh 1966 hingga 1980, perkembangan IKM dalam jangkamasa 1968-1980 dan
perkembangan MRSM sejak penubuhannya pada tahun 1972 hingga tahun 1980.
Tempoh ini mempamerkan usaha-usaha MARA dalam merintis dan
mengembangkan lapangan pendidikan dan kemahiran. Jangkamasa ini juga
menonjolkan rintangan dan cabaran yang terpaksa dilalui oleh MARA khususnya dalam
usaha untuk memberikan suatu bentuk penawaran pendidikan yang bermutu tinggi
sesuai dengan kehendak dan matlamat DEB. Ketika inilah MARA dilihat begitu
bertungkus lumus memastikan kelancaran program-program pendidikan dan
kemahirannya. Tidak keterlaluan jika dinyatakan tempoh tersebut merupakan tempoh
pembuktiaan kemampuan MARA untuk mengendalikan cabaran yang begitu besar
impaknya kepada generasi muda Bumiputera. Tempoh kedua dalam kajian ini iaitu
1981-2006 turut mengkaji dan menganalisis kesinambungan perkembangan pendidikan
dan kemahiran MARA iaitu perkembangan pendidikan tinggi, menengah, serta IKM
dan Pusat GiatMARA. Berakhirnya DEB pada tahun 1990 nyata sama sekali tidak
menamatkan peranan MARA dalam bidang pendidikan, malah MARA dilihat lebih
agresif dan produktif dalam penerusan pemberian pendidikan dan latihan kepada
golongan Bumiputera. Oleh itu, tempoh 1981-2006 merupakan suatu tempoh masa
penyesuaian tuntutan masa dan pembuktian jati diri MARA seiring dengan dasar-dasar
kerajaan untuk mewujudkan negara maju dan mempunyai tenaga berkemahiran tinggi.
Dari segi kaedah perolehan maklumat, pelbagai jenis bahan digunakan. Fail-fail
MARA yang diperolehi daripada Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur merupakan sumber
terpenting dalam kajian ini. Fail-fail berkenaan dirujuk dan digunakan secara intensif
untuk mendapatkan maklumat dan data-data berkenaan dengan cara pengoperasian
MARA terhadap bidang pendidikan. Fail-fail tersebut kebanyakannya didapati daripada
Univers
ity of
Mala
ya
35
Bahagian Latihan dan Bahagian Kemahiran MARA serta Perpustakaan MARA. Bahan-
bahan primer seperti Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MARA, surat
menyurat pegawai kanan MARA dan minit Mesyuarat Majlis MARA merupakan
sumber yang berupaya memberikan pemahaman yang mendalam khususnya pembuatan
dasar MARA. Selain itu, terbitan-terbitan MARA seperti Laporan Tahunan MARA
diakses untuk memantapkan kajian ini.
Fail-fail Kerajaan Persekutuan merupakan tunjuang penting dalam pemerolehan
bahan bersifat primer dalam kajian ini. Fail-fail berkenaan diakses daripada Arkib
Negara Malaysia Kuala Lumpur. Merangkumi fail Kementerian Pembangunan Negara
dan Luar Bandar, Fail Perbendaharaan Malaysia, Fail Bahagian Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri serta Fail Jabatan Perdana Menteri, bahan-bahan berkenaan
merupakan rujukan yang sangat penting dalam usaha melihat dan meneliti proses
pembuatan dasar kerajaan dan reaksi pihak kerajaan dan MARA sebagai perangka polisi
secara bersama. Melalui kajian yang mendalam terhadap fail-fail tersebut, data-data
yang penting khususnya melibatkan jumlah peruntukan kewangan dapat diguna dan
dianalisis secara kritikal. Analisis faktor luaran yang mempengaruhi pelaksanaan DEB
seperti Rancangan Colombo dan bantuan asing seperti Peace Corps dalam membantu
pengoperasian sistem pendidikan MARA juga dapat dilihat menerusi akses terhadap
bahan-bahan tersebut.
Selain fail-fail kerajaan Persekutuan, Parliamentary Debates, Penyata Rasmi
Dewan Rakyat, Penyata Rasmi Dewan Negara, turut diperolehi daripada Arkib Negara
Malaysia Kuala Lumpur. Bahan-bahan terbitan rasmi kerajaan menjadi wadah kepada
pemerolehan data-data tambahan bagi memperluaskan pemahaman berkaitan
pembuatan polisi oleh kerajaan serta sepak terajang politik berkaitan dengan MARA.
Univers
ity of
Mala
ya
36
Terbitan-terbitan rasmi MARA yang dapat dirujuk di Arkib Negara Malaysia Kuala
Lumpur seperti Warta ITM, Alam MARA dan Maraniaga turut memberikan jangkauan
liputan maklumat yang lebih luas berkenaan isu pendidikan dan latihan yang digerakkan
MARA.
Koleksi Surat-surat Persendirian dimanafaatkan untuk menambahkan maklumat
sokongan. Surat-surat Persendirian Tun Dr. Fatimah Binti Hashim, Prof. Datuk Nik
Abdul Rashid Bin Nik Abdul Majid, Prof. Madya Dr. Ishak bin Rejab.Dato‟ Nik
Muhammad Bin Nik Mohd Salleh mengandungi informasi penting berkenaan dengan
ITM dan isu-isu yang berbangkit dalam pertengahan dekad pertama 1970-an yang
menyaksikan ITM dilanda kontroversi. Selain itu, kajian yang mendalam terhadap
kandungan surat-surat persendirian para tokoh berkenaan memberikan dimensi yang
lebih luas dalam pemahaman terhadap perjalanan MARA dalam dunia pendidikan.
Kaedah temubual juga dijalankan untuk mendapatkan informasi daripada
pembuat dasar dan saksi mata kepada pembangunan sistem pendidikan MARA. Dalam
hal ini, Tan Sri Arshad Ayub merupakan antara kunci penting dalam pemerolehan
maklumat-maklumat yang tidak didapati daripada penelitian terhadap fail-fail kerajaan
mahupun MARA sendiri. Selain itu, tembual juga dilakukan terhadap beberapa orang
individu yang merupakan bekas kakitangan kanan MARA serta mereka yang pernah
mendapat bimbingan dan latihan daripada badan berkenaan. Melalui kaedah ini,
sebarang keraguan yang timbul ketika proses kritikan dalaman terhadap sumber primer
dapat diperhalusi sekaligus memantapkan proses pemberian makna sejarah dalam kajian
ini.
Univers
ity of
Mala
ya
37
Pemerolehan sumber daripada media cetak iaitu akhbar-akhbar sezaman
khususnya Straits Times, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Berita Minggu adalah
untuk mendapatkan laporan serta gambaran mengenai peristiwa-peristiwa penting yang
berlaku dalam arena pendidikan MARA. Sehubungan itu, penggunaan sumber-sumber
yang autentik dan berautoriti menjadi landasan dan sandaran utama kepada kajian ini
dalam proses mencapai objektif yang dikemukakan sekaligus menyelesaikan persoalan
yang dikemukakan.
Bagaimanapun, kajian ini mempunyai beberapa keterbatasan yang mengehadkan
akses sepenuhnya terhadap sumber-sumber maklumat. Pertamanya ialah keterbatasan
akses di Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur. Terdapat fail-fail Kerajaan Persekutuan
yang tidak dapat dirujuk memandangkan masih bertaraf sulit. Hal sedemikian
menyukarkan proses pemerolehan maklumat-maklumat penting berkaitan MARA.
Perkara ini berlaku disebabkan oleh polisi Arkib Negara Malaysia yang menetapkan
tempoh dan kriteria tertentu terhadap fail-fail yang dianggap sebagai sensitif sebelum
dibuka untuk akses umum. Kekurangan ini berhasil diatasi dengan penggunaan fail-fail
Kerajaan Persekutuan yang lain yang bertaraf terbuka serta mengandungi data-data yang
relevan untuk mengisi kelompongan yang ada.
Selain keterbatasan akses kepada fail-fail berkenaan, masalah kerjasama
responden-responden yang ditembual, khasnya bekas pegawai tinggi MARA untuk
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan turut timbul. Keterbatasan dalam hal ini
timbul ekoran sikap berhati-hati responden untuk mengemukakan maklumat berikutan
situasi semasa yang tidak mengizinkan. Ini kerana MARA merupakan alat kerajaan
dalam melakukan tindakan afirmatif yang dianggap dan didakwa sesetengah pihak yang
anti-Bumiputera sebagai berat sebelah dalam konteks masyarakat berbilang kaum di
Univers
ity of
Mala
ya
38
Malaysia. Bagaimanapun, masalah ini cuba diatasi dengan melakukan kajian yang lebih
intensif terhadap sumber-sumber primer, khasnya minit-minit mesyuarat MARA serta
melakukan pemeriksaan silang terhadap fail-fail kerajaan. Selain itu dokumen-dokumen
MARA yang sukar diperolehi, namun berhasil diakses berupaya mengatasi keterbatasan
respons daripada responden.
1.9 Pembahagian Bab
Bagi menjelaskan kajian secara jelas, terperinci dan tersusun, penulisan dibahagikan
kepada sembilan bab.
Bab 1: Pendahuluan.
Bab pertama merupakan bab pendahuluan yang merupakan justifikasi kajian mengenai
peranan pendidikan MARA serta perkara-perkara yang ingin dilihat dan dicapai dalam
kajian ini. Oleh itu, bab ini merangkumi latar belakang kajian, permasalahan kajian,
objektif-objektif kajian, kerangka konsep, kepentingan kajian serta kaedah bagaimana
kajian ini dikendalikan.
Bab 2: Penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Bab kedua menelusuri latar belakang sejarah yang membawa kepada lahirnya MARA
pada tahun 1966. Keadaan sosioekonomi orang Melayu yang begitu ketinggalan dan
memerlukan sebuah badan khusus untuk lonjakan kemajuan dinaratifkan dalam bab ini.
Seterusnya, peranan RIDA sebagai perintis kepada penubuhan MARA serta
kegagalannya turut diperjelaskan.
Univers
ity of
Mala
ya
39
Bab 3: Penubuhan dan Perkembangan Pendidikan Tinggi MARA, 1966-1980.
Bab ketiga menyoroti perkembangan ITM sebagai institusi pendidikan tinggi yang
digerakkan oleh MARA sehingga penyerahannya kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia. Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan pemilikan institusi
berkenaan dipaparkan. Kelahiran Institut Perdagangan MARA sebagai penerus usaha
pemberian pendidikan tinggi oleh MARA juga diulas dalam bab ini.
Bab 4: Penubuhan dan Perkembangan Institut Kemahiran MARA, 1968-1980.
Bab keempat memerihalkan perkembangan IKM yang merupakan wadah MARA untuk
menawarkan pendidikan yang berteraskan kemahiran. Isu-isu dan pencapaian yang
dilalui IKM turut diulas dalam bab ini.
Bab 5: Penubuhan dan Perkembangan Maktab Rendah Sains MARA, 1972-1980.
Bab kelima menonjolkan peranan MARA yang mengendalikan MRSM yang merupakan
institusi pendidikan yang menengah yang unggul di Malaysia. Dalam bab ini,
dihuraikan masalah, cabaran dan pencapaian yang dihadapi MRSM dalam tempoh
1972-1980.
Univers
ity of
Mala
ya
40
Bab 6: Pengukuhan dan Kepelbagaian Pendidikan Tinggi MARA, 1981-2006.
Bab keenam memaparkan dan memperjelaskan peranan yang dilaksanakan MARA
dalam penyediaan pendidikan tinggi di Malaysia. Pembangunan pendidikan tinggi dan
penubuhan-penubuhan institusi-institusi yang meneruskan kesinambungan komitmen
MARA dalam bidang ini juga dipersembahkan.
Bab 7: Pengukuhan dan Perkembangan Pendidikan Kemahiran MARA, 1981- 2006.
Bab ketujuh memberi fokus terhadap perkembangan institusi-institusi IKM dan
GiatMARA yang melandasi program latihan kemahiran MARA. Halatuju dan prospek
pelatih-pelatih yang mendapat latihan di kedua-dua institusi berkenaan juga diberikan
perhatian.
Bab 8: Pengukuhan dan Perkembangan Pendidikan Menengah MARA, 1981-2006.
Bab kelapan mempamerkan perkembangan MRSM sebagai institusi pendidikan
menengah MARA dalam konteks peningkatan mutu dan kualiti pendidikan menengah.
Bab ini juga menilai usaha MARA membajai prospek cerah pelajar yang berpotensi
melalui pengenalan program pintar cerdas.
Bab 9: Kesimpulan
Bab ini merupakan penggulungan dan rumusan menyeluruh untuk menyelesaikan
permasalahan dan persoalan-persoalan kajian terhadap peranan yang dilaksanakan
MARA dalam bidang pendidikan negara dalam tempoh kajian.
Univers
ity of
Mala
ya
41
BAB 2: PENUBUHAN MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
2.1 Pengenalan
Bab ini akan memaparkan latar belakang sejarah yang membawa kepada penubuhan
Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1965. Keadaan sosioekonomi orang
Melayu yang begitu ketinggalan berbanding kaum asing lain di Tanah Melayu
menimbulkan kesedaran pihak kerajaan selepas Perang Dunia Kedua untuk merubah
keadaan berkenaan. Justeru, sebuah badan yang khusus untuk berhadapan dengan
masalah sedemikian ditubuhkan sebagai jalan penyelesaian utama terhadap soal
tersebut. Persoalan yang akan dikupas dalam bab ini ialah mengenai perkembangan
sejarah di Tanah Melayu sehingga membawa kepada kelahiran MARA. Bagi
membicarakan latar belakang penubuhan MARA, sorotan sejarah perlu dipaparkan
untuk memahami asas kepada kewujudan badan pembantu terkemuka kaum Bumiputera
berkenaan.
Untuk itu, bab ini akan dimulakan dengan keadaan sosioekonomi masyarakat
Melayu sebelum mencapai kemerdekaan. Penjelasan latar sosioekonomi masyarakat
Melayu di era kolonial adalah sangat penting untuk memberikan setting yang jelas
mengapa perlunya orang Melayu dibantu secara intensif untuk mewujudkan sebuah
masyarakat yang seimbang dalam sebuah negara merdeka. Seterusnya, sejarah
penubuhan Rural Industrial Development Authority (RIDA) akan dijelaskan bagi
memahami peranan badan tersebut dalam memperbaiki nasib orang Melayu di era
kolonial dan pasca merdeka. Di samping itu, penubuhan Dewan Latihan RIDA juga
turut dibincangkan. Bab ini kemudian akan memfokuskan faktor-faktor kegagalan
RIDA yang kemudiannya menjurus kepada kelahiran MARA. Sementara itu, struktur
organisasi dan fungsi MARA pula akan dijelaskan pada pengakhiran bab.
Univers
ity of
Mala
ya
42
2.2 Keadaan Sosioekonomi Masyarakat Melayu Sebelum Merdeka
Sejak kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511, Tanah Melayu telah mula
didatangi oleh kuasa barat seperti Portugis, Belanda dan British. Pertapakan Inggeris di
Tanah Melayu pada akhir abad ke-18 telah membawa perubahan yang besar dari aspek
struktur ekonomi masyarakat peribumi. Dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh British
berbentuk ekonomi moden. Jika sebelum ini, penduduk menjalankan ekonomi
tradisional berbentuk sara diri tetapi kini ekonomi Tanah Melayu telah terdedah kepada
bentuk perdagangan antarabangsa. Kedatangan British telah mengubah segala amalan
ekonomi dan politik masyarakat Melayu sebagai peribumi di tanah air ini.
Pada zaman penjajah, masyarakat peribumi dianggap sebagai golongan yang
tidak mahu bekerja dan malas. Malah, mereka dianggap terlalu kecil peranannya dalam
kegiatan pembangunan ekonomi. Penjajah British hanya melibatkan golongan
bangsawan dalam sistem ekonomi yang diamalkannya. Manakala rakyat biasa telah
diletakkan di kawasan petempatan tradisional. Mereka digalakkan untuk meneruskan
sistem sara diri yang telah diwarisi secara turun-temurun.1 Tambahan pula, British telah
mengalih pandangan mereka dengan memberi fokus yang penuh kepada pembangunan
ekonomi moden. Akibat daripada pembangunan yang berat sebelah ini telah membawa
kepada berlakunya pembangunan yang tidak seimbang dari aspek sosioekonomi di
Tanah Melayu. Kemajuan ekonomi yang tidak seimbang ini mewujudkan sistem
ekonomi duaan.2 Sistem ekonomi di zaman tradisional telah digambarkan sebagai:
1 Firdaus Abdullah, Kepimpinan Melayu: Satu Rakaman Kewartawanan, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1985, hlm. 57.
2 Ekonomi duaan bermaksud kaedah pengeluaran yang disusun supaya berbentuk dua jenis yang bersifat berlainan dan selari.
Kaedah pertama terlibat dengan ekonomi moden dan kaedah kedua terlibat dengan ekonomi tradisi. Sektor moden tersusun dan
didasarkan kepada sistem pengeluaran dan pertubuhan barat dipersepadukan dengan baik ke dalam ekonomi dunia dan sistem
perniagaan moden serta menjadi maju dengan sewajarnya mengikut peredaran masa. Pada masa yang sama, sistem tradisi tidak
tersusun, sungguh terpencil sebagai bidang yang tersendiri dan hanya dihubungkan secara tidak langsung dengan dunia luar. Sektor
moden berkembang dan membangun menjadi sektor bandar, sektor perdagangan dan industri manakala sektor tradisi tidak bergerak
maju malah merosot apabila terdapatnya tekanan daripada sektor moden. Just Faaland, Jack Parkinson dan Rais Saniman, DEB:
Pertumbuhan dan Ketaksamaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 8.
Univers
ity of
Mala
ya
43
“Baik di zaman feudal sebelum penjajahan Barat mahupun di zaman
kolonial, perekonomian rakyat jelata Melayu terus tertinggal, malah
sering pula tertindas, kerana itu tidak salah agaknya keadaan ini
digambarkan dengan kiasan „kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang
binasa.”3
Kesan ekonomi duaan ini telah menyebabkan wujud jurang ekonomi yang amat ketara
di antara golongan kaya dan miskin. Orang Melayu lebih banyak bertumpu di kawasan
luar bandar selari dengan ekonomi tradisional pertanian mereka yang berkisar di
kawasan kampung. Manakala orang Cina pula bertumpu di bandar-bandar yang
mengusahakan ekonomi moden. Begitu juga dengan orang India yang bertumpu di
ladang-ladang bagi mengusahakan perusahaan getah. Lazimnya, penjajah akan memberi
tumpuan kepada kawasan yang mempunyai potensi ekonomi yang tinggi iaitu di
bandar-bandar besar yang mengusahakan perlombongan bijih timah.
Kawasan tumpuan ekonomi adalah merupakan lokasi utama bagi pembinaan
jalan raya,4 jambatan, landasan kereta api
5 dan pangkalan jeti di pelabuhan. Di samping
kemudahan prasarana pengangkutan, kerajaan British juga memperkenalkan kehidupan
yang berunsurkan barat. Hampir di setiap bandar yang wujud dilengkapi dengan
kehidupan moden. Bangunan-bangunan yang dibina secara konkrit dan berbentuk teres
telah diperkenalkan. Bangunan kerajaan, balai polis, penjara, bilik bacaan dan rumah
kediaman pegawai kerajaan telah dibangunkan. Bagi meningkatkan taraf hidup
penduduk, bekalan elektrik dan air bersih telah mula disalurkan kepada para penduduk.
3 Ibid., hlm. 57.
4 Pembinaan jalan raya pada peringkat awal adalah untuk menghubungkan kawasan lombong timah dengan pengkalan-pengkalan di
sungai. Dari situ bijih timah akan dibawa ke pelabuhan terdekat. Pada tahun 1902, pembinaan jalan raya telah dipertingkatkan
berikutan penggunaan kenderaan bermotor yang semakin penting. Pada tahun 1911, jalan raya dari Seberang Perai ke Melaka telah
disiapkan. Pada tahun yang sama juga, jalan raya antara Kuala Lumpur dengan Kuantan telah siap dibina. Ini bermakna, negeri -
negeri di pantai barat dapat dihubungkan dengan negeri di pantai timur. Antara tahun 1911 hingga tahun 1928, jalan raya
menghubungkan Perlis dengan Singapura juga telah siap dibina. Walau bagaimanapun, tujuan jalan raya ini dibina adalah untuk
mempergiatkan ekonomi kapitalis penjajah dan bukan untuk kegunaan penduduk peribumi. 5 Landasan kereta api juga memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan ekonomi Tanah Melayu. Di antara
landasan kereta api yang mula-mula dibina ialah landasan antara Taiping ke Port Weld (1885), Kuala Lumpur ke Port Swettenham
(1889), Seremban ke Port Dickson (1891) serta Ipoh dan Tapah dengan Telok Anson (1896). Pada tahun 1904, semua kawasan
perlombongan bijih timah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan mempunyai perkhidmatan kereta api. Rujuk Amarjit Kaur,
Bridge and Barrier: Transport and Communication in Colonial Malaya 1870-1957, Singapore: Oxford University Press, 1985,
hlm. 99. Rujuk juga Chai Hon Chan, The Development of British Malaya, 1896-1909, Kuala Lumpur: Oxford University Press,
1967, hlm. 56.
Univers
ity of
Mala
ya
44
Sepanjang era penjajahan, kehidupan masyarakat peribumi di Tanah Melayu
secara umumnya bekerja sebagai petani, nelayan dan pengukir. Meskipun pembangunan
yang dilakukan oleh pihak penjajah menggugat sedikit sebanyak mata pencarian
penduduk, namun mereka masih ingin mempertahankan mata pencarian mereka.
Misalnya, pembinaan sistem pengangkutan darat dan kemunculan bandar-bandar baru
telah mengakibatkan kegiatan ekonomi tradisi musnah. Sungai yang merupakan
pengangkutan utama telah hilang fungsinya ekoran digantikan dengan pengangkutan
moden.
Pada abad ke-20, Tanah Melayu telah menunjukkan perkembangan ekonomi
yang pesat. Kepesatan ekonomi ini menjurus kepada bidang perlombongan bijih timah
dan perladangan getah. Kedua-dua ekonomi moden ini telah berkembang pesat di Tanah
Melayu selepas kedatangan penjajah. Namun, peluang untuk melibatkan diri dalam
ekonomi ini tidak direbut oleh orang Melayu yang sememangnya lebih selesa untuk
menjalankan pertanian sara diri dan perikanan yang merupakan punca ekonomi turun-
temurun. Walaupun pada peringkat awal, perlombongan bijih timah ini dimiliki oleh
pembesar Melayu seperti Long Jaafar, namun disebabkan masalah tenaga buruh,
pembesar Melayu telah membenarkan pengusaha Cina untuk mengusahakannya.
Bertitik-tolak dari sini, kemasukan imigran Cina secara beramai-ramai telah berlaku
sehingga menyebabkan sektor ini dimonopoli oleh mereka.6 Begitu juga halnya dengan
sektor perusahaan getah yang dimonopoli oleh kaum India yang didatangkan khas dari
India.
6 Khazim Tamrin dan Nabir Abdullah, “Imperialisme Barat dan Kesedaran Kebangsaan Masyarakat Tempatan”, dalam Wan Abdul
Rahman Latif (ed.), Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: DBP, 1996, hlm. 313.
Univers
ity of
Mala
ya
45
Kemasukan beramai-ramai buruh India dan Cina ini telah membawa perubahan kepada
struktur masyarakat di Tanah Melayu. Ia telah melahirkan apa yang dikenali sebagai
masyarakat majmuk. Menurut J. S. Furnivall, masyarakat majmuk ialah seperti berikut:
“… in Burma, as in Java, probably the first thing that strikes the visitor
in the medley of peoples- European, Chinese, Indian dan native. It is in
the strictest sense a medley, for they mix but not combine. Each group
holds by its own religion, its own culture and language, its own ideas and
ways. As individuals they meet, but only in the market-place, in buying
and selling. There is a plural society, with different sections of the
community living side by side, but separately, within the same political
unit. Even in the economic sphere there is a devision of labour along
racial lines.”7
Petikan di atas menunjukkan bahawa di Tanah Melayu keadaannya adalah hampir sama
dengan Burma dan Jawa. Orang Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan serta
tinggal di kampung-kampung. Orang Cina tinggal di kawasan bandar dan bergiat
dengan aktiviti perlombongan dan perniagaan manakala orang India pula tinggal di
ladang-ladang getah dan bekerja sebagai penoreh getah. Mereka tinggal bersama tetapi
masing-masing hanya berurusan dalam hal tertentu sahaja. Statistik ekonomi Tanah
Melayu sekitar tahun 1940-an jelas menunjukkan kemiskinan ekonomi Melayu dari segi
pekerjaan yang mereka lakukan serta pendapatan tahunan mereka.
7 J. S. Furnivall, Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India, Cambridge: University Press,
1948, hlm. 304.
Univers
ity of
Mala
ya
46
Jadual 2.1: Taburan Pekerjaan Menurut Kumpulan Etnik 1947
Jenis Pekerjaan Melayu
(%)
Cina
(%)
India dan
lain-lain
Jumlah
Pertanian
- penanaman padi
- penanaman getah
57
70
39
30
27
33
13
3
28
889
508
381
Perlombongan 14 71 15 39
Pengeluaran dan
pembinaan
19 70 11 125
Perkhidmatan 27 48 25 407
Kerajaan 54 11 35 105
Jumlah 44 40 16 1565
Sumber: G. D. Ness, Bureaucracy and Rural Development in Malaysia: A Study of
Complex Organisations in Stimulating Economic Development in New States, United
States, University of California Press, 1967.
Jadual di atas menunjukkan bahawa majoriti penduduk Melayu menceburkan
diri dalam bidang pertanian berbanding dengan kaum lain di Malaysia. Dasar
dwiekonomi yang diamalkan oleh British telah memisahkan sistem pertanian tradisional
bagi orang Melayu dan ekonomi perdagangan bagi pelabur yang terdiri daripada
pelbagai bangsa. Malah, orang Melayu juga jauh ketinggalan dalam soal pelajaran.
Kepentingan pelajaran masih belum disedari dan tidak dapat dilihat oleh orang Melayu.
Mereka masih duduk di bawah kepompong dan berfikiran kolot tentang pendidikan.
Apa yang lebih menyedihkan ialah dasar British yang memberi pendidikan yang rendah
kepada anak Melayu cukup sekadar mereka dapat menjadi petani dan nelayan yang
lebih baik dari ibu bapa mereka.8 Ini jelas dibuktikan melalui petikan berikut:
8 Dasar pendidikan British di Tanah Melayu disifatkan sebagai dualistik dan juga sebagai dua lapis kerana mengkhaskan pendidikan
Inggeris kepada golongan elit manakala pendidikan vernakular kepada orang kebanyakan. Pendidikan Inggeris adalah untuk melatih
pekerja kolar putih di peringkat rendah dan pendidikan vernakular pula adalah untuk mengekalkan status quo masyarakat
kebanyakan. Philip Loh Fook Seng, Seed of Separatism: Educational Policy in Malaya, 1874-1940, New York: Oxford University
Press, 1975, hlm. 64.
Univers
ity of
Mala
ya
47
“… tujuan kerajaan bukanlah untuk melahirkan beberapa kerat pemuda
Melayu yang terpelajar atau beberapa orang pelajar lelaki yang kurang
pelajaran tetapi sebenarnya ialah untuk meninggikan taraf hidup
kebanyakan orang iaitu anak seorang nelayan dan petani sebagai nelayan
atau petani yang lebih bijak dari bapanya dari segi pelajaran dan melalui
pelajaran juga membantu untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan
sekitarnya.”9
Pendidikan yang diperuntukkan kepada orang Melayu adalah bertumpu dalam bidang
pertanian dan perikanan. Pelajaran yang diperoleh adalah cukup untuk membolehkan
murid-murid pandai menulis, membaca dan mengira di samping sedikit ilmu tentang
kehidupan. Pendidikan yang bermutu adalah pendidikan Inggeris yang kesemuanya
diasaskan oleh mubaligh Kristian. Penduduk desa ketika itu berasa amat takut untuk
menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris kerana bimbang akan terjejasnya akidah
agama mereka.10
Sikap British yang berat sebelah ini amat jelas apabila kelulusan daripada
sekolah Melayu tidak mendapat tempat dalam kerajaan dan mengakibatkan ramai anak
muda menganggur. Mereka tidak berpeluang untuk menyertai sektor ekonomi dan
pentadbiran yang amat terbatas. Peluang yang ada hanyalah untuk jawatan rendah
seperti polis, pelayan pejabat dan buruh kerajaan. Pendek kata, pendidikan yang
diberikan kepada orang Melayu gagal memberikan apa-apa mobiliti sosial.
Bilangan pelajar Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris adalah amat sedikit
dan bertumpu kepada golongan bangsawan sahaja. Golongan bangsawan menerima
saluran pendidikan khususnya dari Maktab Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan
pada tahun 1905. Maktab ini memainkan peranan utama dalam melahirkan golongan elit
Melayu.11
Maktab ini menyediakan para pelajarnya untuk menduduki peperiksaan yang
9 Ahmad Boestamam (penterjemah), Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2003, hlm. 127.
10 Ibid., hlm. 64.
11 Philip Loh Fook Seng, Seed of Separatism: Educational Policy in Malaya, 1874-1940, hlm. 79.
Univers
ity of
Mala
ya
48
dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan University Cambridge. Lulusan maktab ini
layak untuk menjawat jawatan yang terdapat dalam pentadbiran penjajah. Namun,
penerimaan masyarakat Melayu terhadap pendidikan Inggeris adalah amat dingin. Ini
dapat dibuktikan melalui jadual di bawah:
Jadual 2.2: Kemasukan Pelajar-pelajar di Sekolah Inggeris dalam Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu, 1919-1937
Tahun Melayu Jumlah Kemasukan
Pelajar
Peratus Pelajar
Melayu
1919 758 8456 8.9
1920 934 9208 10.1
1921 1345 10,105 13.3
1922 1612 10,450 15.4
1923 2055 11,594 17.7
1924 2310 12,806 18.0
1925 2556 13,768 18.5
1926 2707 14,509 18.6
1927 2772 16,283 17.0
1928 2794 16,185 17.2
1929 2817 17,113 16.4
1930 2905 17,997 16.4
1932 2605 17,477 15.1
1933 2713 16,417 16.5
1935 2540 16,496 15.4
1937 2558 17,161 14.9
Sumber: Dipetik daripada Philip Loh Fook Seng, Seed of Separatism: Educational
Policy in Malaya 1874-1940, 1975, hlm. 82.
Jadual di atas menunjukkan perangkaan kemasukan pelajar ke sekolah Inggeris dari
tahun 1919 sehingga 1937. Pada tahun 1919, hanya terdapat seramai 8.9% pelajar
Melayu di sekolah Inggeris. Namun, telah berlaku peningkatan sedikit demi sedikit
hingga membawa kepada jumlahnya mencecah kepada 14.9% pada tahun 1937.
Univers
ity of
Mala
ya
49
Sambutan yang dingin terhadap sekolah Inggeris telah menjadikan penduduk Melayu
bertumpu kepada sistem pendidikan vernakular Melayu sahaja yang secara langsung
tidak melayakkan mereka untuk menjawat jawatan yang tinggi.
Secara tidak langsung, keadaan ini mengheret masyarakat Melayu ke kancah
kemunduran ekonomi. Timbul perasaan khuatir pada diri mereka terhadap penguasaan
ekonomi oleh kaum lain di Tanah Melayu. Orang Melayu sebagai penduduk peribumi
mula merasa keadaan mereka amat tergugat. Mereka sedar sekiranya kedudukan mereka
dalam politik dan ekonomi adalah lemah, maka keadaan ini boleh menggugat dan
menjejaskan kedudukan mereka dan seterusnya akan tewas pada kaum lain. Demi
memperbetulkan kepincangan ekonomi yang dihadapi maka Pesuruhjaya Tinggi British
telah mencadangkan agar Rural Industrial and Development Authority (RIDA)
ditubuhkan.
2.3 Penubuhan RIDA
RIDA atau dikenali sebagai Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan ditubuhkan
ketika negara belum mencapai kemerdekaan iaitu pada bulan Ogos 1950.12
Penubuhannya adalah hasil usaha dan idea yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua United
Malay National Organization (UMNO) iaitu Dato‟ Onn bin Jaafar. Selaku Yang
Dipertua UMNO, beliau telah melahirkan idea untuk menubuhkan satu badan yang
bertujuan memajukan sosioekonomi orang Melayu. Dato‟ Onn telah dilantik menjadi
Yang Dipertua UMNO dari tahun 1946 hingga 1951. Beliau merupakan seorang tokoh
12
D. E. Fiennes, Report on Rural Industrial and Development Authority, 1950-1955, Kuala Lumpur: Government Press, 1957, hlm.
2.
Univers
ity of
Mala
ya
50
yang tidak pernah jemu dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dalam pelbagai
aspek.13
Kesempitan ekonomi orang Melayu telah mendesak Dato‟ Onn untuk mencari
ruang bagi membantu orang Melayu meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Jalan
Dato‟ Onn terbuka luas apabila British mahu orang Melayu melonggarkan kerakyatan
kepada orang bukan Melayu seperti yang dicadangkan oleh Communities Liaison
Committee (CLC) pada akhir tahun 1950.14
British menggunakan motto CLC iaitu
“Kesamaan dan Keadilan untuk Penduduk Malaya” (Equality and Justice For the
People of Malaya)15
sebagai satu alasan untuk menambat semula hati orang bukan
Melayu yang tidak berpuas hati terhadap penguasaan politik orang Melayu. Ekoran itu,
ramai dalam kalangan orang Cina telah menyertai Parti Komunis Malaya (PKM).
Darurat yang diisytiharkan pada bulan Julai 1948 menjadi semakin sukar untuk
diatasi kerana sokongan padu yang diberikan oleh kaum Cina terhadap PKM. PKM juga
menjadi kuat kerana sokongan sebilangan kecil golongan kiri Melayu. Bagi
mengurangkan pengaruh PKM, British meminta UMNO dan Dato‟ Onn melonggarkan
syarat kerakyatan negeri-negeri Melayu dengan menerima konsep Jus Soli16
bersyarat
bagi anak-anak bukan Melayu yang lahir di negeri tersebut. Dengan kelonggaran itu,
13
Dato‟ Onn dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Johor. Beliau merupakan anak kepada Dato‟ Jaafar iaitu Menteri Besar
Johor ketika pemerintahan Sultan Abu Bakar manakala ibunya Hanim Rogayah berketurunan Scarcia. Beliau mendapat pendidikan
awal di Sekolah Persediaan Alderburgh Lodge School Suffolk, England. Beliau juga turut mendapat pendidikan di Maktab Melayu
Kuala Kangsar. Selain dari menjadi Yang di Pertua UMNO, beliau juga menjadi Presiden Independence of Malaya Party (IMP)
pada tahun 1951 dan Presiden Parti Negara pada tahun 1954 sehingga beliau bersara daripada arena politik pada awal 1960-an.
Dato‟ Onn meninggal dunia di Johor pada 20 Januari 1962. Rujuk Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm. 1-3. 14
CLC adalah satu badan jawatankuasa antara kaum yang ditubuhkan pada 10 Januari 1949 dan dianggotai oleh wakil-wakil
daripada pelbagai kaum yang tinggal di Tanah Melayu. Pihak British yang menjadi pendorong kepada CLC telah mendesak layanan
sama rata dalam soal kerakyatan diberikan kepada semua kaum. CLC mendesak orang dagang/orang asing dijadikan rakyat Raja
Melayu bagi Negeri-negeri Melayu. Rujuk Ramlah Adam, “Ekonomi Masyarakat Melayu, 1951-1955: RIDA Satu Analisis
Pembentukan Dasar Ekonomi Melayu Sebelum Merdeka”, dalam Seminar Wacana Pemikiran Ekonomi Melayu, 10 Jun 1995, Kuala
Lumpur, hlm. 16-17. 15
Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004, hlm. 142. 16
Prinsip Jus Soli telah diperkenalkan dalam Rancangan Malayan Union pada tahun 1946. Prinsip ini memberi kerakyatan secara
terus kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu. Orang bukan Melayu yang lahir sebagai rakyat Raja-raja Melayu secara automatik
menjadi warganegara Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan menetapkan dua jenis kerakyatan iaitu berdasarkan kuatkuasa
undang-undang dan permohonan. Dengan pemberian kerakyatan ini, berakhirlah Tanah Melayu sebagai milik tunggal orang Melayu
dan bermulalah perkongsian negara bersama dengan bangsa lain. Sila rujuk Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963),
Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2002, hlm. 297.
Univers
ity of
Mala
ya
51
British berharap sokongan orang Cina dan orang Melayu kepada PKM dapat
dikurangkan.17
Dengan kelonggaran syarat kerakyatan, British berharap PKM dapat
dilemahkan dan kestabilan politik dapat dipulihkan semula.
Dato‟ Onn melihat keadaan ini sebagai peluang keemasan untuk mendesak
British memberi bantuan ekonomi dan sosial kepada orang Melayu. Menurutnya,
UMNO tidak akan bersetuju dengan cadangan CLC selagi kerajaan British tidak
memberi jaminan bertulis terhadap bantuan ekonomi dan sosial orang Melayu.18
British
akhirnya bersetuju dan merasakan kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu
adalah amat penting demi menentang pengaruh golongan kiri khususnya PKM.19
CLC
mencapai satu formula dalam membantu memperbaiki kedudukan orang Melayu yang
merangkumi perkara berikut iaitu:
a) Kerajaan harus menyediakan subsidi kepada perniagaan orang Melayu dan
menubuhkan sekolah perdagangan untuk melatih orang Melayu dengan
kemahiran ekonomi.
b) Sektor pengangkutan harus dibuka kepada orang Melayu.
c) Peluang pendidikan dan pekerjaan kepada orang Melayu harus diberi
keutamaan.
d) Peniaga dan majikan bukan Melayu harus meningkatkan penyertaan orang
Melayu dalam semua sektor ekonomi seperti perlombongan timah, industri
getah dan perniagaan runcit. 20
17
Ibid., hlm. 299. 18
D. E. M. Fiennes, Report on Rural Industrial and Development Authority 1950-1955, hlm. 218. 19
Selain pihak British, golongan elit Melayu juga menyokong penubuhan RIDA. Misalnya, Raja Muda Selangor yang merasmikan
mesyuarat Pemuda UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada Julai 1950 menggesa para belia Melayu untuk
menyokong RIDA. The Straits Times, “RIDA Will Benefit All Malays”, 31 Julai 1950, hlm. 4. 20
Ong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya, 1942-1955: The Dynamics of British Policy, Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2000, hlm. 154-155.
Univers
ity of
Mala
ya
52
Oleh yang demikian, hasil permuafakatan CLC telah melahirkan Rural
Industrial Development Authority (RIDA). Dalam mesyuarat CLC di Kuala Lumpur
pada bulan Oktober 1950, Henry Gurney mengisytiharkan penubuhan RIDA. RIDA
akan ditubuhkan pada bulan November 1950 bagi tujuan membantu kemunduran
ekonomi dan kemiskinan orang Melayu luar bandar. RIDA diharapkan oleh British akan
menjadi alat pembangunan orang Melayu.21
Menurut Charles Gamba dan Ungku Aziz:
“RIDA intends to help all ethnic, but its main task will be to raise the
standards of living of the rural population comprising most of Malay
small-holder but aiding them to improve their methods of production.
This will include the introduction of suitable fertilizer and heavy
machinery; a number of tractors have already been put in use.
Cooperative and credits consumers shops will set up in the later the
villager will be able to clear his debt in produce a part of the crop.”22
Manakala D. E. M. Fiennes menyatakan:
“RIDA‟s general objective was to stimulate the development of the rural
areas, and in particular those are occupied by Malay small farmers. It
was hoped that the economic level of these country areas would thereby
be raised, so that their people would lose their mistrust of other races and
be more readily integrated into a united Malayan nation.”23
Oleh yang demikian, RIDA yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1950 bagi tujuan
membantu kemunduran ekonomi dan kemiskinan orang Melayu luar bandar dijadikan
sebagai aspirasi untuk membangunkan orang Melayu.24
Pada masa yang sama, Dato‟
Onn menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi RIDA.25
21
Ramlah Adam, Dato’ Onn Ja’afar: Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 219. 22
Charles Gamba dan Ungku Aziz, RIDA and Malayan Economic Development, United States, University of California, 1951, hlm.
173. 23
D. E. M. Fiennes, Report on Rural Industrial and Development Authority, 1950-1955, hlm. 2. 24
Menurut Hung-Chuan Chan, bantuan teknikal dan kewangan daripada kerajaan dan agensi-agensi lain diberikan untuk
menggalakkan inisiatif, self-help dan mutual help serta membolehkan masyarakat berjalan dengan lebih efektif. Hung-Chuan Chan,
“Mobilization of Human Resources Through Community Development”, Ekonomi (Journal of the Economics Society University of
Malaya), Volume VII, December, 1966, hlm. 40. 25
Ramlah Adam, Dato’Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan, hlm. 219. Rujuk juga Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan
Sosial di Tanah Melayu, hlm. 143.
Univers
ity of
Mala
ya
53
RIDA diawasi oleh satu lembaga yang dikenali sebagai Lembaga RIDA.26
Lembaga ini diketuai oleh seorang Pengerusi iaitu Dato‟ Onn, Timbalan Pengerusi iaitu
Dato‟ Zainal Abidin Abbas, 11 ahli yang mewakili tiap-tiap negeri dan tidak lebih 12
orang ahli yang dilantik daripada mereka yang mempunyai pengetahuan khas dalam
lapangan perusahaan, pertanian, kewangan dan kelayakan lain.27
Lembaga ini berfungsi
membuat keputusan utama RIDA. Di bawah Lembaga pula terdapat 12 Jawatankuasa
Kecil yang bertugas menyaring projek-projek RIDA. Jawatankuasa kecil ditubuhkan
khusus bagi mengendalikan soal-soal pembangunan luar bandar seperti hal ehwal
berkaitan padi, getah, perikanan, kelapa kering, kraftangan, sayuran, kemajuan tanah,
latihan dan pelajaran, kebajikan, perhubungan dan kerja raya dan kelengkapan
teknikal.28
Oleh sebab RIDA ditubuhkan tanpa perancangan yang rapi, Dato‟ Onn sebagai
pengerusi terpaksa mencari panduan dari luar negeri untuk merangka struktur dan
bidang kuasa RIDA. Dua bulan sebelum penubuhan, beliau telah menghadiri South East
Asia Economic Talk di England. Persidangan ini diadakan oleh British bagi
membincangkan soal-soal ekonomi Asia Tenggara. Ia berlangsung selama beberapa hari
dan telah dihadiri oleh beberapa buah negara Asia Tenggara.29
Dengan kehadirannya
itu, Dato‟ Onn bukan sahaja dapat meluaskan pergaulan dan pengetahuannya tetapi
yang lebih penting ialah mendapat panduan berguna untuk menjalankan RIDA terutama
dalam menjalankan projek pembinaan rumah murah untuk menempatkan orang Melayu
dalam rancangan RIDA.30
26
D. E. M. Fiennes, Report on Rural Industrial and Development Authority, 1950-1955, hlm. 3. 27
Penyata Tahunan Lembaga Kampung dan Perusahaan Persekutuan Tanah Melayu, Penyata Tahunan 1959, hlm. 8. 28
Minutes and Council Papers of Legislative Council, 25/4/51, hlm. 14. 29
Rujuk Straits Times, 9 Oktober 1950. 30
B. A. Phg. 4/54. R. I. D. A. Development Plans, 1955-1959. RIDA memberikan bantuan dalam bentuk kemudahan jalan raya,
bekalan air dan perparitan kepada kampung dan petempatan yang terlibat dalam skim rancangan RIDA. Misalnya di Pahang,
rancangan pihak RIDA adalah untuk melibatkan beberapa buah kampung dalam agenda pembangunannya iaitu Paya Luas, Kuala
Sentul, Ulu Gali, Gaung (Pekan), empat kawasan potensi di kawasan Temerloh Loop, satu di Cameron Highlands, Manchis dan
Pelangi di Daerah Bentong dan lima kawasan berpotensi di Ulu Tembeling. Lihat RIDA Development Plans. Improvement of
Kampongs and Developing Model Kampongs.
Univers
ity of
Mala
ya
54
Pada bulan Mei 1951, Dato‟ Onn sekali lagi telah pergi ke Ceylon selama
seminggu untuk meninjau kegiatan ekonomi luar bandar Ceylon. Ceylon yang telah
merdeka pada tahun 1948 telah membuat rancangan pembangunan, industri luar bandar,
syarikat kerjasama, pembangunan kampung dan pemulihan tanah dengan berjaya
sekali.31
Segala contoh pembangunan Ceylon telah dijadikan sebagai landasan untuk
mengadakan projek di bawah RIDA. Pada bulan September 1953, Dato‟ Onn telah
mendesak kerajaan British supaya menaikkan taraf RIDA menjadi sebuah badan
berkanun. Dengan ini, Ordinan Lembaga Kemajuan Kampung dan Luar Bandar telah
dikanunkan pada 1953 dan mula berkuatkuasa pada Januari 1954. Ini bermakna kuasa
yang diberikan kepada RIDA adalah menjurus kepada membangunkan sosioekonomi
masyarakat khususnya di kawasan luar bandar.32
Dengan penguatkuasaan undang-undang ini akan membolehkan RIDA bebas
bergerak aktif serta merancang program pembangunan dan juga menguruskan masalah
kewangan seperti mendapat pinjaman luar dan membuat pelaburan.33
Undang-undang
ini juga membolehkan penubuhan satu Rural Industrial Development Fund yang akan
mendapat sumber kewangan dari kerajaan, iaitu daripada Peruntukan Tahunan
Persekutuan.34
Menurut laporan D. E. M. Fiennes:
“RIDA has both a capital fund, which must be conserved, and an annual
grant ($ 4 million) from the federation government. RIDA may draw
from the Treasury up to $10 million for its capital fund, in addition
apparently to $1,938,135 drawn prior to in corporation. At end 1955
RIDA had drawn $6.6 million of the $10 million authorized, of which $2
million was in banks on fixed deposit, and $1 million was held in
cash.”35
31
Rujuk Straits Times, 14 Mei 1951. 32
D. E. M. Fiennes, Report on Rural and Industrial Development Authority, 1950-1955, hlm. 2-3. 33
Rida Annual Report, 1954, hlm. 2-3. 34
Federation of Malaya, Proceeding of Federal Legislative Council, March 1953 to January 1954. “The Rural and Industrial
Development Authority Bill 1953”, September 1953, hlm. 717. 35
D. E. M. Fiennes, Report on Rural and Industrial Development Authority, 1950-1955, hlm. 9-10.
Univers
ity of
Mala
ya
55
Secara umumnya, aktiviti utama RIDA dapat dibahagikan kepada tiga aktiviti
iaitu perusahaan, pinjaman dan latihan. Antara bidang perusahaan yang dijalankan ialah
memajukan sistem pertanian, perikanan, ternakan binatang, perusahaan kecil,
pembinaan sistem perhubungan,36
kemudahan awam, latihan kepimpinan dan kemahiran
serta biasiswa.37
Misalnya dalam bidang pertanian, RIDA cuba untuk mengubah dasar
pertanian sara diri tradisional orang Melayu kepada dasar ekonomi moden yang lebih
mengutamakan keuntungan. Melalui projek-projeknya, RIDA cuba memoden dan
memajukan pertanian padi yang menjadi tanaman tradisional orang Melayu.
Penggunaan jentera moden seperti traktor bagi membajak sawah-sawah di Kelantan,
Selangor, Pahang dan Perak diharapkan dapat memudahkan kerja penanaman.38
Dengan
menggunakan traktor untuk membajak ini akan mengurangkan kos perbelanjaan
pengurusan pertanian tersebut dan kerja pertanian akan menjadi lebih cepat dan hasil
pengeluaran juga akan menjadi bertambah banyak berbanding dengan penggunaan alat
tradisional dan penggunaan tangan seperti sebelumnya.39
Antara usaha lain yang telah dilakukan oleh RIDA untuk memperbaiki aktiviti
pertanian ini adalah dengan memperelokkan sistem pengairan dalam aktiviti pertanian.
Ia membolehkan para petani mengusahakan kegiatan pertanian dalam tempoh yang
paling minimum. Dengan sumber air yang banyak juga akan membolehkan para petani
menjalankan kegiatan penanaman padi dalam masa dua kali setahun. Sebagai contoh,
sistem pengairan yang telah dibangunkan oleh RIDA di Kelantan seperti di Sungai
Tekka Dua pada tahun 1953.40
36
Pada peringkat awal perkembangan RIDA, penambahbaikan sistem perhubungan luar bandar mendapat perhatian yang sangat
penting oleh Dato‟ Onn. Lihat B. A. Sel: penggunaan singkatan B. A. Sel. 44/1952, Malay Markets and Bridle Paths in the
Kampongs. RIDA 124/50, Surat Onn bin Jaafar kepada Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, 11 Mac 1952. 37
Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan, hlm. 228. 38
RIDA Progress Report, 1st July 1952 to December 1952, No.35 31/12/53, hlm. 1-48 dan RIDA Report Up to December 1952, No.
45, hlm. 1-46. 39
Rural and Industrial Development Authority, Annual Report on Rural and Industrial Development Authority 1957, hlm. 19. 40
Rural and Industrial Development Authority, Annual Report on Rural and Industrial Development Authority 1954, hlm. 8.
Univers
ity of
Mala
ya
56
Selain itu, aktiviti pertanian getah juga adalah satu aktiviti pertanian yang
penting pada masa itu. Di sini, RIDA juga turut menggalakkan kegiatan ekonomi
penanaman getah dalam kalangan masyarakat luar bandar di Tanah Melayu pada masa
itu.41
RIDA berperanan memberi bantuan kepada pengusaha-pengusaha tanaman getah
dengan memberi bantuan benih getah yang lebih baik yang kemudiannya akan
melipatgandakan hasil getah itu. RIDA juga turut memberi pinjaman kepada syarikat-
syarikat kerjasama yang mengusahakan kegiatan ini. Ekoran itu, wujudnya sebuah
kilang getah di Johor iaitu kilang getah Grisek di Muar yang telah dibina pada 17
Februari 1953 di daerah Muar.42
Pembinaan kilang ini juga telah memakan belanja
sebanyak $323,000.43
Penubuhan kilang getah ini dapat membantu pekebun-pekebun kecil getah
dalam memasarkan hasil pertanian mereka tanpa memerlukan khidmat nasihat dari
orang tengah.44
Secara tidak langsung, ia dapat membantu mereka dalam meraih lebih
keuntungan.45
Misalnya, hasil pendapatan keseluruhan yang diterima oleh pekebun kecil
telah mencecah sebanyak $200,000 secara keseluruhannya.46
Dalam bidang perikanan pula, RIDA cuba memperbaiki taraf hidup nelayan
dengan membaiki sistem penangkapan ikan, memberi bantuan modal serta membeli
perahu dan alat menangkap ikan. Pada tahun 1952, negeri Kelantan menerima
peruntukan sebanyak $29,000 manakala Terengganu menerima peruntukan sebanyak
41
Pembangunan luar bandar mendapat keutamaan daripada pihak Kerajaan Persekutuan. Kerajaan mahu mewujudkan kebanggaan
kepada komuniti luar bandar atas kewujudan keadaan yang ekonomik dalam kehidupan petani dan kegiatan pertanian. Ia juga untuk
memastikan setiap pengusaha tanah mendapat imbalan setimpal di atas titik peluh mereka serta menikmati taraf hidup yang setara
dengan penduduk di bandar. MRD (T) O. 189, Ministry of Rural Development, RIDA Organisation. Confidential, Ministry of Rural
Development, Directive No. 1. 42
Rural and Industrial Development Authority, Annual Report on Rural and Industrial Development Authority 1954, hlm. 9. 43
D. E. M. Fiennes, Penyata di Atas Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan, 1950-1955, hlm. 24. 44
Rural and Industrial Development Anthority, Annual Report on Rural Industrial and Development Authority 1955, hlm. 5. 45
Fail Pejabat Tanah Jajahan (C. O.) 1022/253. The Aims and Structure of the Rural Industrial Development Authority in Malaya,
Federal Government Press Statement, hlm. 42. 46
D. E. M. Fiennes, Penyata di Atas Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan, 1950-1955, hlm. 25.
Univers
ity of
Mala
ya
57
$29,240 dan di Selangor sebanyak $20,000.47
RIDA juga membantu dalam membina
stor air batu untuk penyimpanan ikan dan menubuhkan satu pusat pembinaan kapal di
Terengganu. Pinjaman kecil kepada orang perseorangan juga diberikan misalnya di
negeri Melaka di mana pinjaman diberikan bagi tujuan membela ikan air tawar.48
Selain itu, RIDA juga memperkenalkan pelbagai teknik terbaru kepada para
nelayan dalam aktiviti menangkap ikan pada masa itu. Melalui pengenalan teknik-
teknik terbaru, RIDA berharap hasil tangkapan golongan nelayan pada masa itu akan
bertambah. RIDA juga memberi bantuan kewangan kepada syarikat kerjasama yang
terlibat dalam aktiviti perikanan untuk membeli peralatan seperti perahu, enjin dan lain-
lain.49
Penggunaan enjin diesel merupakan salah satu langkah penting untuk
menggalakkan kegiatan ekonomi perikanan pada masa itu. Penggunaan enjin yang
dipasang pada perahu atau motobot para nelayan akan memberi banyak kemudahan
kepada para nelayan untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan di laut.50
Di samping itu, RIDA juga turut memperkenalkan dua teknik penangkapan ikan
di persisiran dua buah negeri di pantai timur iaitu di negeri Kelantan dan Terengganu.
Teknik yang diperkenalkan ialah teknik penangkapan ikan “Che Siti” dan “Anak Bilis”.
Dua kaedah yang diperkenalkan ini merupakan satu kaedah percubaan yang dilakukan
di kedua-dua buah negeri terbabit. Kedua-dua teknik baru yang diperkenalkan ini telah
menemui kejayaan apabila dilihat hasil tangkapan ikan yang diperoleh oleh kedua-dua
buah negeri di pantai timur terbabit telah meningkat berbanding sebelumnya.51
47
RIDA Report from July 1952 to 31 December 1952, Minutes and Council Papers of Federal Legislative Councils (South Session)
March 1953 to January 1954, 6/5/53, hlm. 58-80. 48
RIDA Progress Report to end of 1951, No. 24/52, Minutes and Council Papers of Federal Legislative Council (Fifth Session),
March 1953 to February 1955, 9/3/52, hlm. 38-52. 49
Rural and Industrial Development Authority, Annual Report on Rural Industrial and Development Authority 1954, hlm. 10-11. 50
D. E. M. Fiennes, Penyata di Atas Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan, 1950-1955, hlm. 24. 51
Rural Industrial and Development Authority, Annual Report of Rural Industrial and Development Authority, 1954, hlm. 10-11.
Univers
ity of
Mala
ya
58
Peningkatan ini juga disebabkan oleh peruntukan pinjaman yang dikeluarkan oleh
RIDA pada tahun 1957 iaitu sebanyak $99,702.52
Selain memberi tumpuan dalam bidang perikanan, RIDA juga memberi tumpuan
pada bidang penternakan seperti ternakan ayam, lembu, kambing, itik, kerbau, burung,
ikan dan sebagainya. RIDA menggunakan teknik bantuan yang sama iaitu dengan
membekalkan baka yang baik dan juga pinjaman bagi pengusaha penternakan. Misalnya
dengan memperkenal sistem “pawah”53
yang telah diperkenalkan di negeri pantai barat
oleh jabatan haiwan pada masa itu. RIDA juga memainkan peranan dengan memberi
pinjaman kepada orang-orang Melayu khususnya di kawasan luar bandar. Pinjaman
yang disediakan oleh RIDA adalah pinjaman dengan kadar faedah yang tidak terlalu
tinggi. Namun, kadar ini akan berubah dari semasa ke semasa. Misalnya dalam laporan
tahunan RIDA 1954 dan 1955 dinyatakan bahawa kadar faedah yang ditetapkan ialah
sebanyak 5% dan mereka dikehendaki menjelaskan bayaran tersebut dalam tempoh 12
bulan. 54
Manakala pinjaman yang dibuat atas nama syarikat kerjasama pula dikenakan
kadar faedah yang berbeza iaitu sebanyak 6% daripada jumlah pinjaman. Selain itu,
mana-mana individu yang membuat pinjaman dan gagal menjelaskan bayaran balik
dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan denda dan perlu membayar balik dengan
kadar faedah yang tinggi iaitu sebanyak 7%.55
RIDA akan meluluskan pinjaman
seseorang berdasarkan pembentangan kertas kerja yang dilakukan oleh seseorang
individu. Pegawai yang terlibat dalam urusan pemberian pinjaman akan menilai terlebih
dahulu projek yang ingin dijalankan. Sebagai contoh, sesuatu projek yang lebih kecil
52
Rural Industrial and Development Authority, Annual Report of Rural Industrial and Development Authority ,1957, hlm. 16. 53
Melalui sistem pawah, seorang penternak akan diberikan kerbau, lembu, kambing atau sebagainya oleh pemilik binatang ternakan
tersebut untuk dijaga. Haiwan yang dijaga itu akan dibiarkan membiak dan hasil pembiakan pertama yang dihasilkan daripada
haiwan ternakan terbabit akan diberikan kepada tuan punya haiwan terbabit. Manakala hasil pembiakan yang dihasilkan pada kali
kedua barulah akan diberikan kepada penternak yang bertanggungjawab menjaga haiwan. 54
Rural Industrial Development Authority, Annual Report of the Rural Industrial Development Authority 1954, hlm. 4. 55
Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
59
akan diberikan pinjaman sebanyak $2500 manakala projek yang lebih besar akan diberi
pinjaman lebih $2500.56
Jadual 2.3: Pinjaman yang Diberikan oleh RIDA, 1951-1964
Tahun Bilangan Jumlah
1951 18 $ 354,954.00
1952 87 $ 271,027.00
1953 286 $ 2,376,934.71
1954 749 $ 2,520,657.38
1955 622 $ 1,231,521.12
1956 692 $ 280,197.00
1957 595 $ 1,856,709.00
1958 379 $ 1,412,622.00
1959 412 $ 729,672.00
1960 612 $ 873,617.07
1961 1,054 $ 1,784,219.93
1962 1,204 $ 4,443,632.65
1963 699 $ 3,337,425.97
1964 819 $ 3,010,101.60
Jumlah 8,258 $26,779,390.2857
Sumber: Parlimentary Debate: Oktober 1964 hingga Disember 1964, Volume 1, No.
19, hlm. 26-40.
Berdasarkan Jadual 2.3, dari tahun 1951 hingga Oktober 1964, sejumlah 8,258 pinjaman
telah dikeluarkan yang bernilai sebanyak $26,779,390.28. Perbelanjaan yang
dikeluarkan ini tidak cukup untuk membantu rakyat di luar bandar. Mengenai
pembayaran balik pinjaman, sehingga tahun 1959, RIDA berjaya mengutip semula
wang pinjaman berjumlah $10,965,970. Keupayaan RIDA mengutip semula wang
pinjaman ini telah mendapat pujian daripada International Monetary Fund (IMF) yang
melawat Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1959.58
56
Ibid, hlm. 4. 57
Sehingga akhir bulan Oktober 1964 sahaja. 58
Laporan Tahunan RIDA, 1959, hlm. 17.
Univers
ity of
Mala
ya
60
RIDA juga berfungsi dalam memberi pendidikan dan latihan kepada orang
kampung supaya mereka lebih terdedah dengan ilmu yang bermanfaat.59
Kebanyakan
penduduk Melayu luar bandar ketika itu masih di tahap pendidikan masih rendah.
Keadaan ini menyulitkan mereka untuk menceburkan diri dalam sektor pekerjaan yang
lebih baik. Oleh itu, RIDA telah mewujudkan Bahagian Latihan RIDA yang bertugas
menyusun bentuk-bentuk latihan agar sesuai dengan rancangan kemajuan orang
Melayu. Antara pusat latihan anjuran RIDA ialah Taman Asuhan RIDA, Kuala
Lumpur,60
Medan Anyaman RIDA di Rusila, Terengganu,61
Dewan Latihan RIDA di
Petaling Jaya,62
Bagan Latehan RIDA, Kuala Terengganu,63
Sekolah Jentera Berladang
di Ipoh, Perak64
dan Pusat Latihan Pengurus Ladang Getah.65
Jadual 2.4: Pelatih di Taman Asuhan RIDA Sehingga Tahun 1959
Tahun
Negeri
1956
1957
1958
1959
1960
Johor 41 72 20 9 142
Kedah 34 69 15 20 138
Kelantan 44 80 21 14 159
Melaka 25 49 12 11 97
Negeri Sembilan 42 86 22 14 164
Pahang 43 78 20 7 148
59
Penekanan terhadap aspek latihan merupakan antara agenda terpenting RIDA. Pada tahun 1953, Timbalan Pengerusi RIDA, Dato
Zainal Abidin bin Haji Abbas melawat Australia, Jepun, Filipina dan Thailand di bawah tajaan International Labour Organisation
bagi melihat kaedah latihan yang baik untuk dilaksanakan RIDA. C. O. 1022/254, The Rural Industrial & Development Authority in
Malaya, Rural and Industrial Development Authority Progress Report to 30th June, 1953, hlm. 3.
60 Taman Asuhan RIDA menjalankan kursus kemahiran bagi menjana pendapatan tambahan keluarga. Antara kemahiran yang
dipelajari ialah menjahit, memasak, menyulam, mengemas rumah, menjaga anak kecil, berkebun dan juga pengetahuan agama.
Rujuk Rural and Industrial Development Authority Federation of Malaya, Annual Report 1958, hlm. 17-18. 61
Medan Anyaman RIDA diwujudkan di Rusila, Kuala Terengganu. Pusat ini mengajar cara-cara menganyam daun mengkuang dan
daun pandan kepada wanita bagi meninggikan pendapatan mereka. Parlimentary Debates, Dewan Rakyat,Volume II, No.1,
26/5/1965, Cetakan Kerajaan, 1966, hlm.435. 62
Dewan Latihan RIDA ditubuhkan pada tahun 1956. Dewan ini melatih anak-anak Bumiputera dalam bidang perdagangan dan
perindustrian. Minute Paper No. M. R. D. (D), RIDA Bulletin Monthly, Bil 137, 1/6/63-30/6/63. Rujuk juga Rural and Industrial
Development Authority Federation of Malaya, Annual Report 1958, hlm. 18-19. 63
Bagan Latehan RIDA diwujudkan di Kuala Terengganu. Ia bertujuan untuk memberi latihan pertukangan kayu dan besi kepada
penduduk tempatan. Ia juga mengkhusus kepada industri pembuatan rotan. Rujuk Rural and Industrial Development Authority
Federation of Malaya, Annual Report 1958, hlm. 20. 64
Sekolah Jentera Berladang diwujudkan di Ipoh, Perak. Ia merupakan pusat latihan pertama yang diwujudkan oleh RIDA. Sekolah
ini memberi latihan tentang cara penggunaan traktor bagi petani yang ingin memajukan pertanian mereka. Rujuk Rural and
Industrial Development Authority Federation of Malaya, Annual Report 1958, hlm. 20. 65
Pusat Latihan Pengurus Ladang Getah ini diadakan di Rubber Research Institute di Kuala Lumpur pada tahun 1954 dan juga di
kilang getah Grisek, Johor. Ia memberi latihan praktikal tentang pengurusan ladang getah kepada pelatih yang terlibat. Rujuk Rural
and Industrial Development Authority Federation of Malaya, Annual Report 1958, hlm. 21.
Univers
ity of
Mala
ya
61
Jadual 2.4, sambungan
Tahun
Negeri
1956
1957
1958
1959
1960
Pulau Pinang 21 38 10 16 85
Perak 41 80 20 24 165
Perlis 21 39 8 8 76
Selangor 39 79 21 9 148
Terengganu 40 79 10 11 142
Jumlah 393 749 179 143 1,464
Sumber: Parlimentary Debates, Volume 1, No. 3, 25/11/1959, hlm. 85.
Berdasarkan Jadual 2.4, Taman asuhan RIDA telah memainkan peranan penting untuk
melatih gadis-gadis Melayu dalam soal ekonomi rumah tangga. Dari tahun 1956 hingga
1959, seramai 1,464 pelatih telah diberi latihan oleh Taman Asuhan RIDA. Pada tahun
1963 pula seramai 244 guru kelas dewasa66
telah dilatih di pusat tersebut dan pada tahun
1964, seramai 740 orang pelatih dari kawasan luar bandar telah diberi kursus ekonomi
rumah tangga.67
Lepasan Taman Asuhan ini akan menjadi guru ekonomi rumah tangga
di kelas dewasa yang akan diselenggarakan oleh Kementerian Pembangunan Negara
dan Luar Bandar.
2.4 Penubuhan Dewan Latihan RIDA
Ekoran penubuhan RIDA pada tahun 1956, RIDA telah memikirkan suatu agenda
penting dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat iaitu melalui pendidikan. Bahagian
Latihan telah diwujudkan dan diketuai oleh pengetuanya yang pertama iaitu Tuan Syed
Alwi bin Sheikh Alhadi.68
Di bawah unit ini, lahirnya Taman Asuhan RIDA69
dan
66
Parlimentary Debates, Dewan Rakyat, Volume 1, No. 20, 20/5/64, Cetakan Kerajaan, 1965, hlm. 329. 67
Parlimentary Debates, Dewan Rakyat, Volume 1, No. 11, Cetakan Kerajaan, 1965, hlm. 2330. 68
Tuan Syed Alwi bin Syeikh Alhadi merupakan Pengetua pertama Dewan Latihan RIDA iaitu dari November 1956 hingga Jun
1958. Beliau dikenali sebagai a man of many parts yang bukan sahaja terlibat dalam pendidikan tetapi juga berkhidmat dengan
Univers
ity of
Mala
ya
62
Dewan Latihan RIDA. Dewan Latihan RIDA diwujudkan di Jalan Othman, Petaling
Jaya pada 14 Februari 1956.70
Allahyarham Tun Dr Ismail bin Abdul Rahman selaku
Menteri Perdagangan dan Perindustrian telah merasmikan Dewan Latihan RIDA. Dalam
ucapan perasmian, beliau telah menegaskan bahawa Dewan Latihan RIDA yang baru ini
mempunyai kelebihan dalam menawarkan kursus yang belum lagi ditawarkan oleh
mana-mana institusi di Malaysia. Matlamat utama Dewan ini adalah untuk melatih
Bumiputera bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.71
Dewan Latihan RIDA juga memainkan peranan penting dalam memberi
pengetahuan asas tentang bidang yang berkaitan dengan perdagangan antaranya
typewriting, book-keeping, accounting, costing, economics, commercial law, finance
dan banking:
“The Dewan Latihan RIDA at Petaling Jaya is a residential centre of
training in commercial subjects for young Malays wishing to enter
commerce and industry as a career. The courses at Dewan Latihan RIDA
are primarily designed to train Malays to develop an understanding of the
elements of business and commercial practice and to give them a sound
foundation in the management of the commercial enterprise. The subjects
taught at the Dewan include typewriting, book-keeping, accounting,
elements of commerce, costing, economics, commercial law, finance and
banking. In general, the level of studies is sufficiently high to permit
students, at the end of the course, to sit for L.C.C. examinations at both
the Intermediate and Higher Stages. During the year 1958, the total
number of students enrolled at the Dewan was 33.”72
Tentera British ketika Perang Dunia Pertama. Beliau juga pernah bertugas dalam menerbitkan akhbar Lembaga Malaya dan selain
berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan UMNO dari tahun 1947 hingga 1951. Selepas meninggalkan Dewan Latihan RIDA,
beliau telah berkhidmat sebagai Profesor Madya dan juga Ketua Jabatan Bahasa di Ngee Ann College Singapura dari tahun 1963
hingga 1964. Beliau meninggal dunia pada tahun 1970 ketika usia beliau menjangkau 77 tahun. Rujuk Rokiah Talib, Documenting
A Destiny: History of Universiti Teknologi MARA, 1966-2006, 2006, hlm. 49. 69
Taman Asuhan RIDA terletak di Taman Lornie Kuala Lumpur telah dibuka pada hari yang sama dengan Dewan Latihan RIDA
pada 14 Februari 1957. Ia dibina dengan harga $280,000 dan mampu mengambil kemasukan murid seramai 80 orang. Taman
asuhan ini menawarkan kursus rumah tangga bagi kaum wanita meningkatkan produktiviti mereka di rumah. Antara kursus yang
ditawarkan ialah masakan, menjahit, menjaga anak, berkebun, mengait baju, menjahit manik dan sebagainya. Rujuk Laporan
Tahunan MARA 1957, hlm. 7-12. 70
Warta Institut Teknologi MARA, Amanat-Amanat Penting di Konvokesyen ITM, Oktober 1979,bil 38, hlm.1. Rujuk juga Majlis
Pengkisahan Sejarah UiTM,17 Julai 2001 di dewan Sri Budiman UiTM anjuran bersama dengan Arkib Negara Malaysia, hlm. 9. 71
Pamplet: Catatan Sejarah Institut Teknologi MARA, April 1998, Bahagian Perancang Korporat MARA, hlm. 28. 72
Rural and Industrial Development Authority Federation of Malaya, Annual Report 1958, hlm. 18-19.
Univers
ity of
Mala
ya
63
Moto yang digunakan oleh Dewan Latihan RIDA ialah “Rebut Ilmu dan Amalkan”
yang direka dari akronim RIDA itu sendiri. Selaras dengan moto ini, Dewan Latihan
telah memperkenalkan pelbagai kursus yang mendedahkan pengetahuan baru kepada
orang Melayu. Pada peringkat awal, kursus-kursus yang ditawarkan adalah merangkumi
empat jenis iaitu:
a) Kursus dua tahun untuk persediaan bagi London Chamber of Commerce
Higher Examination.
b) Kursus setahun untuk London Chamber of Commerce Intermediate
Examination.
c) Kursus 18 hari untuk peniaga-peniaga kecil.
d) Kursus dua bulan untuk Coir Making (kursus ini telah ditamatkan pada
bulan Mei 1957).73
Tumpuan yang diberi oleh Dewan Latihan RIDA adalah kepada kursus London
Chamber of Commerce (LCC) yang dijalankan hingga tahun 1960. Objektif utama
kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada Bumiputera yang telah mendapat
pendidikan Inggeris tetapi tidak mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi. Melalui kursus ini, diharapkan hasrat mereka untuk
menceburkan diri dalam bidang perdagangan dan perindustrian akan tercapai.74
Kursus LCC ini menekankan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris bagi kursus-
kursus seperti book-keeping, typewriting, elements of commerce, costing, economics,
commercial law dan juga finance and banking. Sepanjang empat tahun program LCC
ini diadakan, seramai 102 orang pelajar termasuk 10 orang pelajar perempuan telah
73
Taklimat Kepada Y. B. Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia sempena lawatan rasmi pertama ke ITM, 15 Januari 1981,
hlm. 2. 74
Marina Samad, The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today and Tomorrow, Kuala Lumpur: MARA Institute of
Technology, 1969, hlm. 10.
Univers
ity of
Mala
ya
64
terpilih bagi mengikuti latihan tersebut. Jumlah kemasukan pelajar adalah seperti
berikut:
Jadual 2.5: Jumlah Pelajar dan Tahun Pengajian
Tahun Pengajian Jumlah Pelajar
1956/57 25 pelajar
1957/58 24 pelajar
1958/59 13 pelajar
1959/60 45 pelajar
Sumber: Marina Samad, The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today and
Tomorrow, hlm. 12.
Pada tahun 1960, Dewan Latihan RIDA telah maju setapak lagi dengan menaikkan taraf
minimum kemasukan ke kursus-kursusnya kepada Cambridge School Certificate dan
seterusnya telah memperkenalkan tiga lagi kursus-kursus baru iaitu:
a) Stenography.
b) Secretaryship (ACS).
c) Accountancy (Australian Society of Accountants).75
Oleh sebab berlaku perubahan dalam syarat kemasukan, jumlah kemasukan pelajar juga
menunjukkan penambahan di mana pada tahun 1960, jumlah pelajar dilaporkan seperti
jadual 2.6:
75
Taklimat Kepada Y. B. Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia daripada Pengarah Institut Teknologi MARA Shah Alam,
Selangor, 15 Jan 1981, hlm. 5. Rujuk juga Marina Samad, The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today and Tomorrow,
hlm. 11.
Univers
ity of
Mala
ya
65
Jadual 2.6: Kemasukan Pelajar ke Dewan Latihan RIDA Pada Tahun 1960
Kursus Jumlah Pelajar
Accountancy 16
Secretaryship 16
Stenography 13
London Chamber of Commerce
Course(Higher Level)
27
Jumlah 72
Sumber: Penyata Tahunan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan Tanah
Melayu, 1960.76
Meskipun berlaku kekangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti
kekurangan buku teks, tiada kemudahan perpustakaan, jumlah pensyarah yang tidak
mencukupi, namun pelajar-pelajar perintis ini telah membuktikan bahawa mereka
mampu berjaya. Dewan latihan RIDA berjaya membuktikan bahawa mereka mampu
menyediakan jenis latihan yang tidak diberikan oleh agensi dan jabatan kerajaan yang
lain. Di pusat ini, penekanannya ialah dalam bidang latihan perdagangan dan
perindustrian. Matlamat utamanya adalah untuk meninggikan taraf ekonomi penduduk
desa terutamanya orang Melayu.77
Perkembangan yang berkesan telah membawa satu lagi perubahan pada tahun
1960 apabila Dewan Latihan RIDA meninggikan taraf kelayakan kemasukan kepada
peringkat Sijil Seberang Laut78
dan juga memperkenalkan kursus profesional Sains
Kesetiausahaan dan Perakaunan. Tujuannya adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar
menyediakan diri bagi mengambil peperiksaan badan-badan profesional dari United
Kingdom. Oleh sebab perubahan-perubahan ini, Dewan Latihan RIDA telah bertukar
76
The MARA Institute of Technology Yesterday: Today and Tomorrow, hlm. 12. Rujuk juga Parliamentary Debates, Dewan Rakyat,
26.5.1965, Volume II, No. 1, 1965, hlm. 313. 77
Firdaus Ahmad Azzam, ITM Warisan Bangsa, UiTM Shah Alam: Kajian Sebaran Am, 1989, hlm. 3. 78
Sijil Seberang Laut bermaksud Overseas Cambridge School Certificate. Rujuk Fadillah Amin, Shaping A Dream: From Dewan
Latihan RIDA to Universiti Teknologi MARA, 1956-1999, Shah Alam: UPENA, 2000, hlm. 3.
Univers
ity of
Mala
ya
66
corak daripada pusat percubaan yang menyediakan kursus-kursus jangka pendek kepada
maktab yang menyediakan kursus-kursus perniagaan.79
Pada 1961, Mr. D. R. Liggett80
dilantik sebagai Pengetua Dewan Latihan RIDA.
Salah satu perkara penting yang dilakukan oleh Mr Liggett setelah memegang jawatan
ini ialah dengan mengadakan lawatan dan pertemuan dengan pengarah syarikat dari
dalam dan luar negeri bagi mengenalpasti apakah kemahiran yang diperlukan untuk
pasaran kerja. Dengan cara ini, agak mudah untuk dewan menyusun strategi dan
mengorak langkah ke arah menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran tinggi.81
Beliau ingin menentukan kemahiran dan sikap yang benar-benar diperlukan oleh
graduan Dewan Latihan RIDA bagi membuka perniagaan. Justeru, pada Januari 1962,
satu kursus profesional dalam bidang General Business Management diperkenalkan:
“In January 1962, a professional course in General Business
Management was introduced to prepare students for the examinations of
the British Institute of Management (BIM). Mr Liggett felt that the
course leading to the BIM examinations would be most relevant to
people starting up or running their own businesses.”82
Sehingga tahun 1964, terdapat empat kursus yang telah dijalankan iaitu satu kursus semi
profesional (Steno) dan tiga kursus profesional iaitu Perakaunan, Kesetiausahaan dan
Pengurusan Perniagaan.83
Selain penekanan dalam bidang profesional, pelajar juga
dikehendaki untuk mengikuti kuliah dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan
Pendidikan Islam bagi melahirkan pelajar yang serba boleh.84
Majlis graduasi pertama
yang diadakan adalah pada 19 Disember 1964. Seramai 50 orang pelajar telah menerima
sijil daripada Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Seramai lapan orang
79
10 tahun Institut Teknologi MARA dalam Kenangan, hlm. 2. 80
Mr. D. R. Liggett merupakan seorang warganegara Amerika yang telah berkhidmat sebagai Pengetua Dewan Latihan RIDA dari
Jun 1961 hingga penghujung 1965. Beliau telah banyak membantu dalam melatih pensyarah bagi dewan tersebut. Rujuk Fadillah
Amin, Shaping A Dream: From Dewan Latihan RIDA to Universiti Teknologi MARA, 1956-1999, hlm. 38. 81
Ibid., hlm. 5. 82
Ibid., hlm. 5. 83
Marina Samad, The MARA Institute of Technology Yesterday, Today and Tomorrow, hlm. 10. 84
Ibid., hlm. 13.
Univers
ity of
Mala
ya
67
pelajar telah lulus Part III, Peperiksaan ICWA, 19 orang telah lulus kursus
Kesetiausahaan dalam Peperiksaan CSC, dua orang pelajar Pengurusan Perniagaan telah
lulus Part 1 dalam Peperiksaan BIM, 21 pelajar Steno yang telah lulus Trengkas Bahasa
Inggeris dan Menaip.85
Di dalam ucapannya, Tun Abdul Razak selaku Timbalan
Perdana Menteri menegaskan bahawa:
“It is generally recognized that the Malays since colonial days, have
fought shy of going into business and it is generally accepted that this
position should be corrected, and that the government should do all it can
to direct the Malays into business and not only encourage them to join
the Government Services in order to earn a livelihood. It was to
implement this Government policy that RIDA established the Dewan
Latihan. So far only a few Malays have completed their courses at this
college and joined the business world -a drop in the ocean we might say.
Many, many more Malays must be given the chance to qualify in
business courses before any appreciable work can be said to have been
made in encouraging Malays to go into business. It is for this reason that
for many years to come, the Dewan can only accept Malays. Otherwise
the purpose for which it was established, namely to correct the imbalance
of Malays to other races in the field of business, will never be
achieved.”86
Ucapan beliau jelas menggambarkan harapan yang tinggi menggunung terhadap
kemajuan anak bangsa serta peluang yang terbuka luas melalui Dewan Latihan RIDA
untuk mengorak jalan memajukan martabat bangsa melalui penglibatan mereka dalam
bidang perniagaan.
2.5 Kelahiran Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Keupayaan RIDA dalam meningkatkan sosioekonomi Melayu meskipun sudah
menampakkan kejayaan, namun timbul tanda tanya mengenai sejauh mana
keberkesanannya dalam memajukan sosioekonomi masyarakat Melayu. Hal ini
disebabkan RIDA dibentuk secara tergesa-gesa dan tanpa perancangan yang rapi dan
85
Fadillah Amin, Shaping A Dream: From Dewan Latihan RIDA to Universiti Teknologi MARA, 1956-1999, hlm. 6. 86
Marina Samad, The MARA Institute of Technology, Yesterday: Today and Tomorrow, 1969, hlm. 18-19.
Univers
ity of
Mala
ya
68
mengalami masalah kekurangan kakitangan.87
RIDA hanya mempunyai beberapa orang
pegawai yang berkhidmat secara kontrak.88
Pada tahun 1952 misalnya, RIDA hanya
mempunyai 22 orang pegawai dan seramai lima orang penolong pegawai.89
Jumlah
kakitangan yang terhad ini mengakibatkan mereka tidak dapat bergerak dalam
memantau projek RIDA sehingga membawa kepada kegagalan projek tersebut.
Masalah kedua ialah soal bantuan kewangan yang tidak mencukupi daripada
pihak British. Peruntukan $10 juta yang disalurkan kepada RIDA pada tahun 1951 telah
dikurangkan kepada $3 juta pada tahun 1953. Dato‟ Onn tidak dapat menerima
pengurangan tersebut kerana peruntukan bagi kampung-kampung baru (kampung Cina)
lebih banyak jumlahnya berbanding peruntukan yang diberikan kepada RIDA sendiri.
Pada tahun 1953, kampung-kampung baru diberi peruntukan sebanyak $11 juta.90
Bagi
Dato‟ Onn, hal ini dilihat sebagai satu keadaan yang berat sebelah. Menurut beliau:
“More should and must be done for the rural population where the
Malays predominate, in order to balance the heavy and abnormal
expenditure which has been and still is being incurred on the Chinese
population.”91
Keadaan menjadi lebih runcing di zaman darurat kerana peruntukan negara lebih
bertumpu dalam usaha memburu komunis dan mematahkan sumber kekuatan komunis.
Daripada belanjawan yang hampir $700 juta bagi tahun 1952, hanya $2 juta sahaja yang
diperuntukkan kepada RIDA. Daripada peruntukan yang sedikit inilah RIDA
dikehendaki melatih pegawai Melayu, mengadakan pinjaman, memperkembangkan
perusahaan kecil, mengadakan jentera pemasaran hasil pertanian dan mengatasi masalah
87
Sebagai pelopor, RIDA sendiri tidak dapat lari daripada menghadapi masalah sejak penubuhannya. Misalnya, RIDA dalam
sesetengah keadaan berada dalam keadaan tanpa persiapan yang rapi dalam mengumpul data mengenai ekonomi dan kehidupan desa
orang Melayu. C. O. 1022/463. Economic Status of the Malay, hlm. 7. 88
Marina Samad, The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today and Tomorrow, 1969, hlm. 18-19. 89
D. E. M. Fiennes, Report on Rural and Industrial Development Authority, 1950-1955, hlm. 3. 90
Ramlah Adam, Dato’ Onn bin Ja’afar, hlm. 228. 91
C. O. 1022/253. Exco Paper, No. 16/1/1951.
Univers
ity of
Mala
ya
69
lain yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi orang Melayu.92
Dengan peruntukan
yang sedikit ini menyebabkan RIDA kurang berjaya membantu orang Melayu.93
Hal ini dapat dilihat melalui rasa tidak puas hati yang dikemukakan oleh wakil
rakyat di Kuala Terengganu Utara iaitu Wan Abdul Kadir Ismail. Beliau
mengemukakan rasa tidak puas hati terhadap peruntukan kewangan yang diberi oleh
kerajaan kepada RIDA. Wan Abdul Kadir mendakwa:
“RIDA ialah satu jalan yang kita buat untuk menolong dan meninggikan
ekonomi orang Melayu tetapi terlalu sedikit modal yang diberikan
kepada RIDA. Boleh cukupkah dengan $5 juta dalam usaha besar
membina kembali orang Melayu.”94
Dalam perbahasan yang lain pula (perbahasan Belanjawan 1966), Wan Abdul Kadir
dengan penuh emosi menyatakan:
“…diperuntukkan untuk RIDA sebanyak $3,560,000 untuk membaiki
ekonomi orang Melayu yang seramai 3.5 juta atau 4 juta orang. Kalau
kita bahagi-bahagikan satu kepala dengan peruntukan lebih kurang 3.5
juta ini, baru dapat $1.00 seorang satu kepala yang disediakan oleh
RIDA. Kalau sungguh kita hendak memajukan ekonomi orang Melayu
dengan RIDA, RIDA harus diperuntukkan dengan peruntukan yang lebih
banyak.”95
Selain itu, menurut Dr. Mahathir Mohamad kegagalan RIDA juga adalah disebabkan
oleh bantuan RIDA yang bertumpu kepada golongan miskin sahaja tanpa mengambil
kira kemampuan mereka dalam menjalankan perniagaan:
92
Disebabkan faktor kewangan, RIDA tidak berkemampuan untuk menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan.
Misalnya pada Jun 1961, Pengerusi RIDA, Ahmad Daud telah memohon kepada pihak Kementerian Pelajaran untuk mengkhaskan
beberapa biasiswa universiti yang disediakan Kementerian Pelajaran kepada calon-calon RIDA. Tujuan permohonan ini bagi
membolehkan pelajar-pelajar dilatih di peringkat yang lebih tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan profesional dalam RIDA dan
industri-industri yang ditajanya. Namun, permohonan ini ditolak memandangkan peruntukan pihak Kementerian Pelajaran sendiri
yang terhad. Lihat KEMENTERIAN PELAJARAN 2269, Scholarships reserved for RIDA, RIDA 7688/1. Surat Ahmad Daud
kepada Setiausaha Kementerian Pelajaran, 9 Jun 1961. 93
Mahathir Mohamad, The Malay Dilemma, Singapura: Moore For Asia Pasific Press, 1970, hlm. 40. RIDA juga turut terlibat
dalam penyelenggaran Sekolah-sekolah Melayu dan pembinaan Sekolah-sekolah Kampung. EDUCATION PK. 859/56, R. I. D. A.
Grants to Kampong Schools. 94
Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Volume 1, No. 17, Cetakan Kerajaan 1965, Kuala Lumpur, hlm. 2330. 95
Ibid., hlm. 2330.
Univers
ity of
Mala
ya
70
“… RIDA (is) run on the lines of welfare department…(it) denied money
to capable businessmen but gave hand-outs to poor people with vague
notions of going into business”. Often these Malays with their subsidized
RIDA loans ended up competing with established Malay companies.
Worse, RIDA would loan enormous sums to individuals who had no
inkling or guidance of what to do with the money.”96
RIDA telah berjaya memberikan pinjaman wang sebanyak $ 25 juta kepada penduduk
tempatan bagi mengusahakan pelbagai bentuk perniagaan. Walaupun jumlah ini banyak
tetapi setakat mana keberhasilan perniagaan yang mereka usahakan dan sejauhmana
peminjam ini membayar semula pinjaman mereka? Perkara ini telah dibahaskan oleh
Speaker dari Seberang Utara iaitu Tuan Haji Ahmad bin Saaid:
“Saya dapat tahu bahawa RIDA dahulu diadakan atau dianjurkan pada
tahun 1951 dengan wang peruntukan sebanyak $ 10 juta, diberi pinjam
kepada beberapa orang anak Bumiputera untuk memajukan perniagaan,
perusahaan, ternakan dan lain-lain. Tetapi malangnya di antara orang
yang berhutang kepada RIDA itu, saya percaya 90 % tidak menunaikan
janji mereka itu sehingga RIDA kena buat saman tuntut hutang.”97
Kelemahan RIDA juga adalah berpunca daripada sikap peminjam dan orang Melayu itu
sendiri. Kebanyakan mereka dikatakan tidak berpengalaman dalam perniagaan dan ini
membawa kepada kerugian.98
Malah, lebih dahsyat lagi apabila ada peminjam yang
menggunakan wang pinjaman untuk tujuan sampingan seperti membeli perabot, barang
kemas dan motokar.99
Menurut tulisan M. Bakri Musa dalam bukunya The Malay
Dilemma Race Dynamics in Modern Malaysia:
“In my village, a well-connected politician was given a handsome loan,
together with a valuable timber concession. The first thing he did, even
before acquiring a single saw or truck, was to buy a gleaming new
limousine. He would spend most of his time showing off his latest toy
and barely bothered to inspect his mills or visits his customers. Not
surprisingly his enterprise collapsed. A few years later all that was left of
96
M. Bakri Musa, The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia, hlm. 98. 97
Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II, No. 11, 10 November 1965, hlm. 2262 & 2294. 98
M. R. D. 561/5, Jawatankuasa Kechil Perusahaan2. Kongeres Ekonomi Bumiputra. Kertas Kerja Mengenai „Perniagaan dan
Perdagangan‟, hlm. 2. 99
Fiennes, Report on Rural and Industrial Development Authority, 1950-1955, hlm. 15.
Univers
ity of
Mala
ya
71
his company was an impressive and expensive nameplate on some office
door. The luxury car was long gone, as was the money.”100
Secara tidak langsung, peranan RIDA ini bolehlah dilihat sebagai:
“… more as funds disburser rather than assessor of risks and viability of
commercial projects. RIDA was essentially a corporate welfare agency
rather than a source of venture capital”.101
Meskipun Dato‟Onn berusaha keras untuk memodenkan ekonomi penduduk kampung,
namun RIDA tidak dapat lari daripada masalah berkaitan dengan pentadbiran. RIDA
ketika diasaskan hanya sebagai jabatan kerajaan dan bukan sebagai agensi
pembangunan. RIDA tidak mempunyai kuasa untuk membuat rancangan pembangunan
sendiri baik dari segi organisasi mahupun dari segi program pembangunan ekonomi
kampung yang terancang. Oleh itu, corak pentadbirannya lebih bersifat kolonial.
Kebanyakan jawatan atasan adalah diisi oleh pegawai asing. Mereka diberi
tanggungjawab membentuk dasar dan menentukan program pelaksanaan. Sebagai
birokrasi kolonial, mereka nampaknya lebih mengutamakan kepentingan kolonial
berbanding kepentingan rakyat. Jika ada pun simpati terhadap rakyat, perasaan itu lebih
merupakan seorang tuan daripada perasaan seorang pemimpin.102
Penyata kira-kira Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan bagi tahun
1961 telah diperiksa mengikut Undang-Undang Odit 1957 dan didapati kira-kira ini
telah disimpan dan tidak diserahkan untuk unit audit dengan pemeriksaan. Berlaku
kelewatan dalam mengisi lejar dan kelewatan yang melampau dalam menutup akaun
kira-kira.103
Malah, buku kira-kira Lembaga ini tidak menunjukkan jumlah modal
Pinjaman Berjamin yang belum dibayar tetapi bertumpu kepada pinjaman lama yang
100
M. Bakri Musa, The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia, hlm. 98. 101
Ibid., hlm. 99. 102
Mohd Salleh Daud, Memoir Bukan Reformis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm. 127. 103
Report of the Auditor-General on the Accounts of the Rural and Industrial Development Authority, 1961, hlm. 7.
Univers
ity of
Mala
ya
72
masih tertunggak.104
Dua puluh satu pinjaman yang belum dibayar yang berjumlah lebih
kurang $228,000 termasuk di bawah tajuk Pinjaman Berjamin adalah tidak berjamin.
Sebanyak $60,000 iaitu merangkumi tujuh daripada pinjaman-pinjaman tersebut masih
belum dibayar sehingga hujung tahun 1963. Sembilan Pinjaman Berjamin yang dibuat
antara tahun 1951 dan 1954 yang terhutang modal dan faedah sebanyak $74,000 pada
hujung tahun 1961 nampaknya tidak boleh diperoleh semula.105
Selain itu, terdapat
jumlah wang yang berjumlah $9,690.80 dan $14,066.31 yang patut dibayar kepada
Kilang Getah Grisek yang termasuk di bawah “Piutang Ronchet” masih lagi belum
dibayar dari tahun 1955 hingga 1957.106
Kerugian bersih mengenai rancang-usaha yang diurus terus dalam tahun 1961
berjumlah $76,627. Sebanyak tujuh rancang usaha telah dijalankan dalam tahun itu,
hanya dua daripadanya menunjukkan keuntungan. Di antara yang mengalami kerugian
ialah Kilang Getah Grisek iaitu sebanyak $41,457, dengan itu kerugian yang terkumpul
dalam rancang-usaha itu berjumlah $136,521 pada 31 Disember 1961. Jumlah kerugian
yang terkumpul bagi rancang-usaha yang diuruskan daripada tahun 1953 hingga 1961
berjumlah lebih kurang $1.54 juta.107
Misalnya, Kilang Getah Grisek di Muar mula
mengalami kemerosotan pada tahun 1955. Kilang yang dibina dengan belanja $323,000
ini telah mengalami kerugian yang besar pada tahun tersebut iaitu sebanyak $164,000.
Berlakunya kerugian dalam kilang terbabit yang disebabkan oleh merudumnya harga
getah yang telah jatuh sebanyak 3 duit untuk 1 paun getah mengikut perkiraan pada
masa tersebut.108
Di samping itu, kerugian yang berlaku dalam kilang getah terbabit
adalah disebabkan oleh sikap orang Melayu itu sendiri yang lebih mempercayai orang
tengah daripada pihak Kilang Getah Grisek. Hal ini disebabkan orang tengah yang
104
Ibid., hlm. 10. 105
Ibid. 106
Ibid., hlm. 11. 107
Ibid. 108
Ibid., hlm. 25-26.
Univers
ity of
Mala
ya
73
menguruskan soal pembelian getah itu lebih mudah memberi pinjam wang kepada
pekebun-pekebun getah itu.109
Oleh itu, Kilang Getah Grisek menghadapi kesukaran
mendapatkan sumber getah bagi tujuan produktiviti mereka.110
Kegagalan RIDA ini telah dibahaskan dengan hebatnya di Dewan Rakyat ketika
rang undang-undang Majlis Amanah Rakyat dibentangkan. Ramai ahli Dewan Rakyat
yang berasa tidak puas hati akan operasi perjalanan RIDA sehingga membawa kepada
kegagalannya.111
Setelah begitu banyak wang yang disalurkan, hasilnya tidak nampak
dan keadaan iktisad penduduk Melayu masih di tahap yang lama.112
Menurut Tuan Haji
Ahmad bin Abdullah di dalam perbahasannya di Parlimen:
“RIDA telah gagal di dalam rancangannya yang telah menelan wang
berpuluh-puluh juta ringgit. Ke manakah perginya Rubber Processing
Plant yang sepuluh buah yang didirikan oleh RIDA di sekitar Tanah
melayu? Semua kilang-kilang Procesing of plant ini ditutup kerana gagal.
Bukan setakat itu kegagalan RIDA bahkan manakah perginya kilang-
kilang belacan, kilang tali sabut dan lainnya.”113
Walau bagaimanapun, persoalan ini telah ditepis dengan hebatnya oleh Tun Abdul
Razak yang menegaskan bahawa perusahaan getah, tali sabut dan sebagainya
merupakan satu pilot scheme yang diwujudkan sebagai percubaan untuk memberi
pendedahan kepada penduduk luar bandar. Penubuhan kilang getah ini pula adalah
bertujuan untuk menolong pekebun kecil mendapatkan harga getah yang lebih tinggi
tetapi pengurusan kilang itu bukanlah menjadi tugas RIDA untuk menjalankannya.
Dalam hal ini, berlaku kesilapan apabila kepercayaan terus diberi kepada pekebun kecil
109
Berbanding orang tengah, pihak Kilang Grisek tidak mampu untuk memberikan kredit kepada pekebun-pekebun kecil. Lihat
DVS 120/53, RIDA Schemes. Johore State Development Board. Minutes of 17th Meeting held at Johore Bahru on Thursday 11
th
June 1953 at 10.00 a.m., hlm. 3. 110
Report of the Auditor-General on the Accounts of the Rural and Industrial Development Authority, 1961, hlm. 25-26. 111
Pemangku Perdana Menteri, Tun Abdul Razak sendiri pada Julai 1965 menyatakan bahawa kesilapan-kesilapan RIDA tidak
harus diulangi. The Straits Times, “MARA Bill May Go Before Parliament Next Month”, 16 July 1965, hlm. 7. 112
RIDA telah mewujudkan pusat mengetin buah-buahan di kawasan tanaman buah-buahan seperti di Meru (Kelang) dan Parit
(Perak). Namun masalah kekurangan pengalaman dan ketiadaan pakar yang benar-benar arif menyebabkan pusat-pusat mengetin
berkenaan tidak dapat dimajukan. Kementerian Pertanian dan Sharikat Kerjasama muncul sebagai penyelamat dengan mengambil
alih perusahaan berkenaan. Lihat M. R. D. 512/6, Parliamentary Questions & Answers 1964 (Tuan Haji Ahmad Bin Abdullah - M.P.
Kelantan Hilir) 25-11-1964. 5409/69. Surat Abdul Aziz bin Ismail (b. p. Pengerusi RIDA) kepada Setiausaha Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Soalan2 Dalam Parlimen, hlm. 2. 113
Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II, No. 11, 10 November 1965, hlm. 2226.
Univers
ity of
Mala
ya
74
untuk mengusahakannya. Kesannya, projek yang menelan wang yang begitu banyak
tidak langsung mendatangkan apa-apa manfaat.
Tun Abdul Razak juga menegaskan bahawa segala masalah yang berlaku ini
adalah kerana ciri RIDA itu sendiri yang diasaskan semasa zaman penjajah. Sekali lagi
beberapa orang wakil rakyat114
telah melahirkan rasa tidak puas hati dengan alasan
tersebut kerana jika dilihat, negara kita telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Mengapakah perlu ditunggu sehingga tahun 1966 untuk menubuhkan pengganti RIDA?
Mengapakah tidak dibubarkan sahaja RIDA pada tahun 1957. Ini disebabkan dalam
tempoh masa yang lama ini, RIDA telah menelan berjuta-juta ringgit dan hasilnya
keadaan ekonomi penduduk masih di takuk lama.115
Disebabkan RIDA terlalu banyak kelemahan dalam RIDA yang dilihat tidak
begitu efisien dalam mengubah struktur kehidupan orang Melayu, maka cendekiawan
Melayu dan ahli politik mula mendesak supaya RIDA diberi nafas, semangat dan jiwa
baru bagi membangunkan orang Melayu dalam dunia perniagaan, perindustrian dan
pendidikan moden. Justeru, para cendekiawan dan ahli politik telah mengadakan satu
kongres untuk membincangkan kedudukan orang Melayu dalam negeri yang baru
merdeka.116
Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah mengadakan
persidangan dari 5-7 Jun 1965 yang bertempat di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan
Ampang, Kuala Lumpur.117
Sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi menganjurkan
Kongres ini. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada:
114
Di antara wakil rakyat yang melahirkan rasa tidak puas hati ialah Tuan Haji Ahmad bin Abdullah. 115
Di sebalik kelemahan yang berlaku, RIDA dilihat terus berusaha untuk membantu perusahaan kecil untuk mengembangkan
perusahaan berkenaan dengan bantuan kewangan. KP/AM/97. M. A. R. A. (Majlis Amanah Rakyat). Lembaga Kemajuan Kampong
dan Perusahaan, Decisions of the Authority on the Report of the Loan Programme Review Committee (September, 1963), hlm. 2. 116
Pembahagian kekayaan negara antara Bumiputera dan bukan Bumiputera adalah tidak seimbang. Bahkan Tunku Abdul Rahman
pernah didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa Bumiputera Malaysia hanya menikmati 10 peratus sahaja kekayaan negara
manakala bakinya dibolot orang asing. Lihat Pemberitahu2 Pertanyaan, 9hb. Januari, 1969 dalam 11681/47 SJ 30. Kenyataan
Perdana Menteri: Betul-kah Bumiputera Hanya Menikmati 10% Kekayaan Negeri ini? 117
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, M. R. D. 561, Kongres Ekonomi Bumiputera.
Univers
ity of
Mala
ya
75
1) Y. B Encik Mohamed Khir Johari (Pengerusi).
2) Y. B. Encik Abdul Rahman Ya‟akub (Timbalan Pengerusi).
3) Y. M. Tunku Abdullah ibni Tuanku Abdul Rahman (Setiausaha Agong).
4) Y. B. Encik Senu bin Abdul Rahman.
5) Y. B. Tn Hj Mohamed Ghazali bin Hj Jawi.
6) Y. B. Dato‟ V.T. Sambathan.
7) Y. B. Encik Khaw Kai Boh.
8) Y. B. Tuan Haji Abdul Khalid bin Awang Osman.
9) Y. B. Encik Sulaiman bin Bulon.
10) Y. B. Dato‟ Nik Ahmad Kamil.
11) Y. B. Encik Hanafiah bin Hussein.
12) Dato‟ Ismail bin Mohamed Ali.
13) Dato‟ Abdul Rahman bin Musa.
14) Encik Ma‟arof bin Sheikh Ahmad.
15) Y. M. Raja Mohar bin Raja Badiozaman.
16) Y. M. Raja Khalid bin Raja Harun.
17) Encik Wan Abdul Hamid bin Dato‟ Mohd Salleh.118
Sebanyak tujuh buah Jawatankuasa Kecil telah dibentuk yang akan membincangkan
tentang isu-isu yang berlainan. Antara Jawatankuasa Kecil tersebut adalah:
1) Jawatankuasa Kecil Latihan.
2) Jawatankuasa Kecil Pembentukan Modal.
3) Jawatankuasa Kecil Perkhidmatan.
4) Jawatankusa Kecil Perusahaan.
5) Jawatankuasa Kecil Perniagaan.
118
Rujuk Usul Kongres Ekonomi Bumiputera, Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, hlm. 3.
Univers
ity of
Mala
ya
76
6) Jawatankuasa Kecil Tanah.
7) Jawatankuasa Kecil Pemasaran.119
Suatu perkara menarik mengenai kongres ini adalah keanggotaannya yang terdiri
daripada wakil bukan Bumiputera di dalam jawatankuasa yang diketuai oleh Khir Johari
selaku Menteri Pelajaran di samping T. Sambathan selaku Menteri Kerja Raya, Pos dan
Telekom serta Khaw Kai Boh, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.120
Dengan
adanya wakil daripada bukan Bumiputera, ia membuktikan segala usul yang
dikemukakan tidaklah mengambil pandangan daripada pihak Bumiputera sahaja.
Kesanggupan bukan Bumiputera turut sama berganding bahu bersama-sama Bumiputera
menonjolkan sikap penerimaan mereka secara langsung terhadap usul berkenaan. Sudah
tentu pelbagai perbincangan serta rungkaian terhadap usul dilakukan dengan teliti
sebelum dimuktamadkan.
Kongres yang bersidang selama tiga hari ini bertujuan untuk mengumpul
pandangan daripada pelbagai pihak penyertaan Bumiputera dalam perdagangan dan
perusahaan.121
Tajuk-tajuk yang menjadi asas perbincangan dalam kongres tersebut
ialah tentang latihan, pembentukan modal,122
perkhidmatan,123
perdagangan,124
perusahaan, tanah-tanah dan juga pemasaran.125
Antara perkara utama yang
dibincangkan ialah dari aspek latihan dan pendidikan. Kongres bersetuju untuk
memberikan pendedahan yang lebih mendalam dalam aspek pendidikan agar dapat
119
Ibid. 120
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, 561/1, Jawatankuasa Pemandu. 121
Penyertaan orang Melayu dalam perindustrian dilihat sebagai sangat penting dalam konteks negara berbilang bangsa seperti
Malaysia. Hal ini disebabkan penglibatan orang Melayu akan mewujudkan kestabilan dalam negara dan dapat mengelakkan
berlakunya ketegangan kaum akibat daripada perimbangan ekonomi yang tidak seimbang seperti yang berlaku di negara-negara
luar. M. R. D. 561/6, Jawatankuasa Kechil Perniagaan2. Konggeres Ekonomi Bumiputera. Malay Participation in Industry, hlm. 2. 122
Sebuah Syarikat Permodalan Kebangsaan Berhad didesak agar diperluaskan hak miliknya dan menyemak syarat penubuhannya
agar dapat membantu Bumiputera meluaskan hak pemilikan modal. Rujuk Usul Kongres Ekonomi Bumiputera, hlm. 2. 123
Perkhidmatan khas bagi memberi nasihat dan panduan kepada Bumiputera disediakan. Begitu juga kemudahan bagi peniaga
untuk berhubung antara sama lain juga disediakan. Rujuk Usul Kongres Ekonomi Bumiputera, hlm. 3. 124
Kerajaan akan menyediakan satu Jabatan Perangkaan untuk membuat penyiasatan bagi kegunaan peniaga-peniaga Bumiputera.
Dewan Perniagaan Bumiputera juga akan menubuhkan satu Jabatan Penerangan bagi memberi penerangan kepada peniaga
Bumiputera dalam lapangan perniagaan dan perdagangan. Rujuk Usul Kongres Ekonomi Bumiputera, hlm. 3. 125
Kerajaan akan mengadakan kemudahan bagi memperbaiki pemasaran hasil pertanian dan perusahaan Bumiputera. Sebuah
lembaga pemasaran pertanian juga akan ditubuhkan bagi tujuan pemasaran. Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II,
No.1, 1965, hlm. 310.
Univers
ity of
Mala
ya
77
melahirkan Bumiputera yang mampu menjawat jawatan yang tinggi. Oleh itu, peranan
Dewan Latihan RIDA kini akan diperluaskan bagi mencakupi bidang Industrial
Accounting, Ilmu Pentadbiran Syarikat dan Ilmu Pengelolaan Perniagaan. Kursus yang
ditawarkan juga mestilah menepati kehendak guna tenaga pasaran agar tiada masalah
bagi pelajar mendapatkan pekerjaan. Dengan penambahan kursus ini diharapkan agar
lebih ramai anak-anak Bumiputera yang akan dapat mengikuti kursus dalam bidang
perniagaan. Selain itu, Dewan Latihan RIDA juga akan ditambah jumlah
pengambilannya agar lebih ramai lagi pelajar diberi peluang untuk menyertai kursus
yang ditawarkan.126
Pada awal tahun 1966, jumlah penuntut adalah seramai 221 orang
dan jumlah ini telah bertambah kepada 556 orang sebelum akhir tahun 1966.127
Selain itu, peruntukan biasiswa yang tinggi jumlahnya juga perlu disediakan
agar peluang pelajar Bumiputera untuk melanjutkan pengajian dalam dan luar negara
tidak terbantut. Pendek kata, usul berkaitan latihan dan pendidikan ini adalah untuk
melahirkan anak-anak Bumiputera yang bertauliah serta layak menyertai bidang-bidang
profesional. Resolusi yang diputuskan dalam kongres ini telah diserahkan kepada
kerajaan untuk dikuatkuasakan. Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan ialah
dengan menubuhkan Bank Bumiputera, Lembaga Pasaran Pertanian Persekutuan atau
Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA), Syarikat Kebangsaan Bumiputera
dan menubuhkan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dengan penubuhan MARA, bererti
segala tugas dan dasar yang dijalankan oleh RIDA sebelum ini akan ditamatkan sama
sekali.
126
Usul Yang Diterima Pada Mesyuarat Pleno, Kongres Ekonomi Bumiputera, 7 Jun 1965, hlm. 10-11. 127
Laporan Tahunan MARA 1966, hlm. 16.
Univers
ity of
Mala
ya
78
Kongres juga telah mencadangkan kepada kerajaan supaya RIDA ditukar
namanya kepada MARA.128
Usul penuh berkenaan seperti berikut:
“Kongres menyokong cadangan kerajaan Pusat hendak memperbaiki dan
memperkukuhkan RIDA dengan cara menambahkan modal dan
memperkemaskan lagi pentadbirannya. Konggeres mencadangkan
bahawa nama RIDA itu diganti dengan nama MARA iaitu Majlis
Amanah Rakyat Bumiputera.”129
MARA merupakan sebuah badan baru dan mempunyai bentuk pentadbiran yang
baru.130
Ini bermakna dengan lulusnya rang undang-undang penubuhan MARA, segala
perkara berkaitan RIDA tidak akan digunapakai lagi. Oleh sebab tuntutan penubuhan
MARA menggantikan RIDA, maka kerajaan telah mengambil tindakan segera dan pada
bulan Disember 1965, Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta Majlis Amanah Rakyat
atau MARA dan pada 1 Mac 1966, MARA telah ditubuhkan.131
Penubuhan MARA ini
telah dinyatakan seperti berikut:
“Adalah dengan ini ditubuhkan suatu badan berkanun dengan nama
Majlis Amanah Rakyat (dalam Akta disebut sebagai Majlis) yang
berkekalan turun temurun dan mempunyai suatu meteri dan boleh
mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi
maksud-maksud Akta ini, boleh membuat kontrak-kontrak dan boleh
memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menggunakan harta
alih dan yang tidak alih bagi segala jenis dan boleh memindah,
menyerahkan, melepas, menyerah, menggadai, menggadai janji,
memberi sewa, menyerahkan hak semula, memindahmilik atau dengan
jalan lain melepaskan, atau membuat apa-apa berkenaan dengan, apa-apa
harta alih atau tidak alih atau apa-apa kepentingan dengannya yang
menjadi kepunyaan Majlis mengikut syarat-syarat yang difikirkan
patut.”132
128
Konggeres Ekonomi Bumiputra, Usul2 Yang Di-Terima Pada Meshuarat Pleno Pada 7hb. Jun, 1965, hlm. 2. 129
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, MRD 561, Kongres Ekonomi Bumiputera. 130
Abdul Aziz bin Ismail, Pemangku Pengerusi MARA menyatakan bahawa MARA bersedia untuk berhadapan dengan cabaran
tanggungjawab baru yang dinyatakan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera. Kesungguhan MARA untuk melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilihat tahap kesiagaan kakitangannya apabila hanya cuti pendek berkaitan urusan peribadi
atau keluarga sahaja boleh diambil oleh pegawai-pegawai kanannya. The Straits Times, “MARA Ready to Face Challenge of New
Tasks”, 9 June 1965, hlm. 13. 131
Rujuk juga Ucapan Timbalan Perdana Menteri semasa bacaan kali kedua “The Timbalan Yang di Pertuan Agong (Remuneration
Amendment Bill) di Dewan Rakyat pada 3 Jun 1965, Ucapan Tun Hj Abdul Razak bin Hussein 1965, Arkib Negara Malaysia, hlm.
74. 132
Akta MARA, Kuala Lumpur, Dany Press, 1966, hlm. 8-9.
Univers
ity of
Mala
ya
79
Ketika Tun Hj Abdul Razak membentangkan rang undang-undang MARA di Dewan
Rakyat, beliau menjelaskan mengenai penubuhan MARA seperti berikut:
“Tujuan cita-cita untuk menubuhkan satu perbadanan (MARA) ialah
supaya ada sebuah lembaga yang boleh menjalankan dasar kerajaan
untuk membaiki iktisad di luar bandar dan memberi mereka itu peluang
lebih besar dan lebih luas lagi dalam lapangan perniagaan dan
perusahaan. Sehingga hari ini, tugas itu dijalankan oleh RIDA, akan
tetapi RIDA ditubuhkan pada masa penjajahan dulu dan tidak
mempunyai bentuk, nafas dan jiwa yang boleh menjalankan tugas yang
penting ini sesuai dengan kehendak rakyat di negara kita yang merdeka
dan berdaulat ini. Dengan sebab itu difikirkan patutlah RIDA ini
digantikan dengan Lembaga baru yang mempunyai bentuk, nafas dan
jiwa yang baru.”133
Di bawah susunan yang baru ini, MARA seperti juga RIDA diletakkan di bawah
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. MARA terdiri daripada seorang
Pengerusi berserta empat belas orang ahli. Ahli-ahli Majlis ini adalah wakil daripada
Kementerian Kewangan, seorang daripada Kementerian Perdagangan dan Perusahaan,
seorang daripada Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama, dua orang ahli
daripada Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, lima orang ahli yang
berpengalaman dalam bidang perniagaan dan perusahaan dan empat orang ahli lain.
Sebuah Jawatankuasa Kerja diwujudkan bagi memantau serta meluluskan projek
MARA.
2.6 Struktur Organisasi dan Fungsi MARA
Susunan pentadbiran MARA dibahagikan kepada tujuh bahagian dan diketuai oleh
Pengarah Bahagian masing-masing. Setiap Pengarah ini akan bertanggungjawab
sepenuhnya dalam melaksanakan arahan Pengerusi MARA. Mereka yang dipilih adalah
terdiri daripada pegawai yang dikenalpasti mempunyai semangat yang tinggi,
133
Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II, No. 12, Kuala Lumpur, 1966, hlm. 2196.
Univers
ity of
Mala
ya
80
keikhlasan bekerja dan komited dalam tugas yang diberikan. Tujuh bahagian tersebut
adalah terdiri daripada lima bahagian operasi atau Operating Divisions iaitu bahagian
latihan, pinjaman, kenderaan, perusahaan dan perdagangan dan khidmat nasihat.134
Dua
bahagian lain merupakan bahagian perkhidmatan dan kira-kira yang terletak di bawah
kategori perkhidmatan.135
Rajah 2.1 merujuk kepada carta organisasi Majlis Amanah
Rakyat yang diwujudkan pada tahun 1966.
Rajah berkenaan memperlihatkan struktur MARA diawal penubuhannya yang
mencerminkan kewujudan sistem pentadbiran di dua peringkat iaitu peringkat
persekutuan dan peringkat negeri. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
memainkan peranan sebagai kementerian yang memayungi MARA ketika
penubuhannya. Terdapat beberapa bahagian utama dalam MARA yang memiliki fungsi
yang khusus. Ia dibentuk untuk memudahkan proses pembangunan golongan
Bumiputera dalam pelbagai lapangan ekonomi dan sosial di Malaysia. Kewujudan
bahagian-bahagian berkenan telah membolehkan pelbagai rancangan pembangunan dan
bantuan khasnya melalui tindakan afirmatif dapat disalurkan dengan sempurna ke
golongan sasaran. MARA juga memiliki pejabat yang tersendiri di peringkat negeri
untuk melicinkan jentera pentadbiran dan pelaksanaan dasar-dasarnya.
134
Tujuh bahagian berkenaan adalah Kenderaan, Perdagangan dan Perusahaan, Pentadbiran, Latihan, Perkhidmatan, Pinjaman dan
Kira-kira. Lihat Peringatan Meshuarat di-antara Pegawai2 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dengan Pegawai2
MARA di-Bilek Gerakan Negara, Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Jalan Dato‟ Onn, Kuala Lumpur, pada hari
Sabtu 19hb. Jun, 1965 jam 10.30 pagi dalam MRD 561/18, Keputusan2 Meshuarat2 Pegawai2 MARA dengan Kementerian. 135
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 1966, hlm. 14-16.
Univers
ity of
Mala
ya
81
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
Rajah 2.1: Struktur Organisasi MARA Pada Tahun 1966.
Sumber: Laporan Tahunan MARA 1966.
Majlis
Jawatankuasa Kerja
Pengerusi
Bahagian
Penyelidikan
Bahagian
Kenderaan
Bahagian
Kewangan
Bahagian
Pinjaman
Bahagian
Perusahaan
Perdagangan
Pejabat MARA di Setiap Negeri: Sarawak, Sabah, Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan
Bahagian
Latihan
Bahagian
Khidmat
Nasihat
Univers
ity of
Mala
ya
82
Tugas yang dipikul oleh MARA boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.
Pertama, sebagai ejen pemberi latihan kepada ahli perniagaan dan golongan Bumiputera
yang mempunyai keinginan untuk menjalankan perniagaan.136
Mereka akan diberi
latihan, pinjaman wang atau bantuan modal dan diberi bantuan dan nasihat sehingga
seseorang peniaga itu dapat menjalankan perniagaan mereka dengan sebaiknya. Selain
itu, Dewan Latihan MARA juga akan diperluaskan lagi peranannya supaya dapat
memberi latihan khususnya untuk pemuda dan pemudi yang berasal daripada kampung.
Tugas kedua ialah dalam lapangan pengangkutan di mana MARA akan memberi
pertolongan kepada syarikat Bumiputera yang ingin menjalankan perkhidmatan bas dan
teksi di kawasan luar bandar.137
MARA juga menyediakan peluang agar penduduk dapat
membeli saham yang mereka kehendaki. Pelbagai langkah efisien telah diambil agar
perkhidmatan bas yang disediakan tidak akan membawa kerugian kepada penduduk luar
bandar pada masa akan datang. Manakala tugas ketiga ialah dalam lapangan perusahaan
dan perdagangan di mana MARA akan memainkan peranan dalam memberikan bantuan
kepada penduduk luar bandar yang sedang menceburi bidang perusahaan.138
Sebahagian daripada fungsi MARA ini sebenarnya pernah dilakukan semasa
zaman RIDA lagi. Misalnya MARA juga memberikan pinjaman wang seperti yang
dilakukan oleh RIDA tetapi MARA hanya akan memberi pinjaman kepada mereka yang
telah dikenalpasti boleh berjaya dalam perniagaan yang diceburi serta mengikuti segala
tunjuk ajar yang diberikan oleh MARA.139
Tiada konsep lepas tangan seperti yang
136
Lihat “Mengenal MARA, Siri Pertama, Mengapa MARA ditubuhkan”, MARANIAGA, Bil. 1, Tahun Pertama, Kuala Lumpur:
Cawangan Perhubungan Awam MARA, 1978, hlm. 2. 137
Bahagian kenderaan MARA telah menganjurkan Seminar Kenderaan Bumiputra pada awal April 1968 di Kuala Lumpur. Isu -isu
yang diketengahkan dalam seminar berkenaan telah dibangkitkan semula dalam Kongres Ekonomi Bumiputra Kedua yang diadakan
pada September 1968. Lihat Kertas kerja berjudul “Kenderaan” yang dibentangkan oleh Encik Razali Bin Haji Bidin dalam M. R.
D. 680, Vol. II, Kongres Ekonomi Bumiputra Kedua. 138
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA, 1966, hlm. 2200-2202. 139
Objektif Bahagian Pinjaman MARA ialah menarik orang Melayu dan Bumiputera lain dalam lapangan perniagaan dan
perusahaan dengan memberi kemudahan pinjaman kepada peniaga-peniaga orang Melayu dan Bumiputera lain yang mempunyai
harapan untuk berkembang dan menjamin orang Melayu dan Bumiputera lain supaya dapat menggunakan bank dan lain-lain badan
Univers
ity of
Mala
ya
83
diamalkan oleh RIDA.140
Malah, MARA lebih giat dalam memberi bantuan bagi
meningkatkan taraf ekonomi penduduk khususnya di luar bandar demi membaiki iktisad
penduduk tempatan. MARA dibentuk bertitik tolak daripada kegagalan RIDA yang
akan dijadikan teladan yang baik dalam menstrukturkan kejayaan MARA. Perkara ini
telah termaktub dalam Akta MARA yang telah dikuatkuasakan mulai 1 Mac 1966.141
Artikel 6 dalam Akta MARA menyatakan seperti berikut:
“Adalah menjadi kewajipan MARA memajukan, menggalakkan,
memudahkan dan menjalankan pembangunan ekonomi dan
kemasyarakatan dalam Persekutuan dan khususnya dalam kawasan luar
bandar Persekutuan.”142
MARA bukan sahaja memberi latihan kepada ahli-ahli Bumiputera bahkan semua
lapisan rakyat negara ini tanpa mengira sesiapa sahaja yang mendambakan bantuan dan
pertolongan dalam lapangan iktisad dan perniagaan.143
Dengan berkuatkuasanya
Undang-undang MARA, maka Undang-undang RIDA telah dimansuhkan. Namun
begitu, bahagian-bahagian penting undang-undang tersebut telah dimasukkan ke dalam
Undang-undang MARA.144
Ketika penggubalan rang undang-undang MARA, banyak pihak mengutarakan
rasa tidak puas hati kerana bimbang MARA adalah jelmaan RIDA yang dikuburkan
demi untuk membersihkan segala kegagalan RIDA. Misalnya, Tuan Haji Ahmad bin
Abdullah telah menyuarakan kebimbangannya terhadap penubuhan MARA yang
dikhuatiri akan mengulangi kesilapan RIDA. Berikut ialah petikan beliau:
kewangan. Lapuran Seminar Ekonomi Bumiputra, 4hb-6hb April, 1973, Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Percetakan Malaysia Barat,
1973, hlm. 161. 140
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 1966, hlm. 2200-2202. 141
Walaupun Akta MARA dikuatkuasakan pada 1 Mac 1966, namun MARA telah pun berperanan selepas sahaja Kongres Ekonomi
Bumiputera bersidang. Hal ini diterangkan secara panjang lebar oleh Tun Razak semasa membentangkannya di Parlimen.
Parlimentary Debates, Volume II, No. 12, 11/11/1965, hlm. 2198. Walau bagaimanapun, Parlimen Malaysia meluluskan Undang-
Undang Majlis Amanah Rakyat dalam bulan Disember 1965, Bahagian Korporat MARA (BK/MARA) 8, MARA Secara Ringkas,
hlm. 7. 142
Akta MARA, , hlm. 25, Artikel 6/1. 143
Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II, No. 11, 10 Nov 1965, hlm. 2202. 144
Buletin MARA Secara Ringkas, BK/MARA, 1966, hlm. 8-9.
Univers
ity of
Mala
ya
84
“Tuan Yang di Pertua, apabila kerajaan hendak melancarkan Bill ini,
saya pinta daripada kerajaan dengan ikhlas mengkaji penyakit-penyakit
yang telah membawa kepada maut RIDA yang tersebut, penyakit-
penyakit itu akan berulang balik di masa yang akan datang yang akan
menyebabkan MARA pun maut pula sebagaimana RIDA.”145
Meskipun ada pihak menyuarakan rasa tidak senang dengan penubuhan MARA, namun
Jemaah Kabinet di bawah Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana
Menteri sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang penubuhan MARA. MARA
yang dirancang ini tidak akan sama sekali menjalankan tugas yang di luar dari bidang
cakupannya seperti yang dilakukan oleh RIDA. Sebaliknya, MARA lebih memfokuskan
kepada bidang latihan dan pendidikan serta aspek perdagangan dan perusahaan. Tugas
lain seperti membina jalan raya, jambatan dan membina rumah yang pernah dilakukan
oleh RIDA tidak akan dijalankan oleh MARA lagi. Tugas sebegini telah diserahkan
kepada kementerian lain. Di bawah bidang latihan dan pendidikan, MARA diberi kuasa
penuh untuk menubuh, mengendali dan menanggung institusi latihan dan pendidikan
serta melakukan semua perkara yang bermanfaat bagi tujuan pendidikan.146
Oleh sebab bidang latihan merupakan fokus utama MARA, peruntukan
sebanyak $400,000 telah diberikan pada tahun 1966 khusus untuk melatih Bumiputera
dalam pelbagai jurusan pelajaran seperti stock exchange, pentadbiran kewangan,
pengurusan hotel, perdagangan dan iklan, perusahaan getah, perusahaan kayu-kayan dan
kilang papan, memperbaiki radio dan televisyen dan sebagainya.147
Pelaksanaan kursus
yang ditawarkan oleh MARA adalah selaras dengan tugasnya seperti yang termaktub di
dalam Akta MARA di bawah kategori kewajipan dan kuasa majlis iaitu:
145
Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II, No. 11, 10 Nov 1965, hlm. 2226. 146
Akta MARA, hlm. 11. 147
Latar Belakang Majlis Amanah Rakyat, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur, 21 Jun 1966, hlm.3.
Univers
ity of
Mala
ya
85
“… untuk menubuh, mengendali dan menanggung institusi latihan dan
pendidikan dan untuk melakukan semua perkara yang bermanfaat atau
secara munasabah perlu atau berkaitan kepada perlaksanaan fungsi
ini.”148
Setiap Pengarah akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan arahan
Pengerusi MARA. Mereka yang dipilih adalah terdiri daripada pegawai yang
dikenalpasti mempunyai semangat yang tinggi, keikhlasan bekerja dan komited dalam
tugas yang diberikan. Bahagian Latihan dan Pendidikan merupakan antara bahagian
yang penting dan dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan mobiliti sosial
masyarakat.149
Pada 1 Julai 1966, Encik Mansor telah dipinjamkan oleh Syarikat Shell
kepada MARA bagi menjalankan tugas sebagai Pengarah. Oleh yang demikian, Encik
Mansor bin Othman150
telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Latihan. Beliau telah
memperkemaskan Bahagian Latihan MARA sehingga jumlah ahlinya menjadi tiga kali
ganda daripada sebelumnya. Encik Mansor telah menyediakan anggaran dasar
rancangan 5 tahun Bahagian Latihan yang menelan belanja sebanyak $81 juta.151
Beliau
juga telah memikul tanggungjawab dalam mengubah sikap pegawai dan kakitangan
MARA khususnya dan masyarakat luar bandar amnya. Selain itu, beliau merupakan
individu yang bertanggungjawab dalam mencetuskan idea bagi pengenalan sistem
148
Akta MARA, hlm. 11. 149
Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa satu daripada faktor yang melemahkan Bumiputera dalam lapangan perniagaan dan
perusahaan ialah kekurangan ilmu pengetahuan dalam bidang berkenaan. Oleh itu, kerajaan Malaysia dan MARA mengeluarkan
biasiswa dengan banyak saban tahun demi memberi pengetahuan dan latihan kepada belia Bumiputera di Malaysia. Lihat S. P.
33/1/E 579/39, Uchapan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Perdana Menteri Malaysia Di-Pembukaan Rasmi
Konggeres Ekonomi Bumiputra Kedua pada 7hb September, 1968, hlm. 7. 150
Encik Mansor bin Othman telah dilahirkan di Kuala Pilah pada 12 Januari 1924. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu
Kuala Pilah dan di Sekolah Tuanku Mohammad Kuala Pilah. Pada tahun 1941, beliau telah melanjutkan pelajarannya di Raffles
College Singapura. Walau bagaimanapun, pelajaran beliau terganggu akibat daripada Perang Dunia Kedua. Beliau meneruskan
semula pengajian dari tahun 1946 hingga tahun 1948. Beliau menjawat jawatan sebagai seorang guru di Negeri Sembilan dan telah
memegang jawatan sebagai Pegawai Pelajaran apabila beliau memperoleh Ijazah Kepujian dalam Ilmu Hisab daripada Universiti
Malaya, Singapura. Pada tahun 1954, beliau telah berhenti kerja sebagai guru dan berkhidmat di Syarikat Shell Malaysia Berhad.
Jawatan beliau yang terakhir sebelum beliau dipinjamkan oleh Shell kepada MARA ialah sebagai Pegawai Perhubungan Raya.
Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Latihan MARA sehingga 4 April 1969. Rujuk Fail Peribadi En Mansor bin Othman,
Bahagian Sumber Manusia MARA. 151
Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein dalam upacara penutup Kongres Ekonmi Bumiputera di Kuala
Lumpur pada 7 Jun 1965 menyatakan harapan beliau untuk memberikan latihan kepada beribu-ribu ahli perniagaan Bumiputera
melalui Bahagian Latihan MARA. “Memperbaiki Ekonomi Bumiputra”, Petikan dari uchapan Y. A. B. Timbalan Perdana Menteri,
Tun Abdul Razak bin Hussein, dalam upachara penutup Konggeres Ekonomi Bumiputra di-Kuala Lumpur pada 7hb. Jun, 1965,
hlm. 6. Latihan bagi melibatkan Bumiputera dalam perusahaan-perusahaan bertaraf perintis adalah agak selaras dengan gabungan
rancangan latihan MARA yang dimasukkan dalam Rancangan Lima Tahun Pertama. Lihat Nordin Salleh, “Kedudokan dan
Penyertaan Bumiputera di-dalam Sektor Perusahaan2 Perintis”, dalam Dewan Masharakat, November 1969, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1969, hlm. 11, dalam S. P. 65 15.25/3. Dato‟ Nik Muhammad bin Nik Mohd Salleh.
Univers
ity of
Mala
ya
86
pendidikan menengah dan vokasional. Encik Mansor muncul sebagai pemimpin yang
berwibawa dan berwawasan dalam mencorakkan asas pendidikan MARA.
Bahagian Latihan MARA mempunyai matlamat utama iaitu memaju, menggalak
dan membangunkan ekonomi masyarakat dengan memberi latihan dan kemahiran
khususnya dalam bidang perdagangan dan perusahaan.152
Secara umumnya, tugas
bahagian latihan ini merangkumi beberapa aspek iaitu:
1) Menjalankan kursus dan projek yang bersesuaian dengan matlamat MARA.
2) Menyediakan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran.
3) Melatih kakitangan MARA dengan kemahiran yang bersesuaian agar
mencapai tahap kompetensi yang diperlukan.
4) Menjalin hubungan persefahaman dengan institusi di luar negara dengan
mengadakan lawatan sambil belajar.
5) Memohon aset tertentu bagi tujuan menjalankan sesuatu projek
pendidikan.153
2.7 Kesimpulan
Berdasarkan perkembangan sejarah yang berlaku di era kolonial, ternyata masyarakat
Melayu tidak mengalami perkembangan yang memberangsangkan khasnya dalam
lapangan ekonomi dan sosial. Oleh itu, selepas Perang Dunia Kedua, untuk pertama
kalinya sebuah badan khusus bagi membantu orang Melayu iaitu RIDA telah
152
Abdul Ghafar bin Baba selaku Menteri Pembangunan Ekonomi Desa menyatakan bahawa tidak benar sama sekali jika dikatakan
MARA menumpukan perhatian terhadap bidang latihan sahaja. Beliau menjelaskan adalah menjadi objektif MARA untuk
mendorong, membimbing, melatih dan menolong orang Melayu dan Bumiputera yang lain untuk melibatkan diri dengan aktif dan
untuk mencapai kemajuan dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan sebagai satu langkah pembangunan ekonomi dan sosial
dengan menitikberatkan penduduk desa mengikut dasar ekonomi kerajaan. Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Parlimen Ketiga, Penggal
Parlimen Ketiga, Jilid III, Bil. 36, Isnin, 10hb Disember 1973, Jawapan-jawapan Mulut Bagi Pertanyaan-pertanyaan, Peranan
MARA, hlm. 4190. 153
Minit Mesyuarat Pengarah-pengarah MARA yang Ke-13, Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur, 15. 6. 1966, jam
10.00 pagi.
Univers
ity of
Mala
ya
87
ditubuhkan untuk memperbaiki nasib orang Melayu. Bersandarkan rekod kegiatannya,
RIDA dilihat begitu bersungguh-sungguh dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi dan
sosial masyarakat Melayu. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (kemudiannya
Malaysia) selepas merdeka melihat betapa kedudukan sosioekonomi orang Melayu
sebagai kaum Bumiputera di Tanah Melayu perlu diperteguhkan bagi menghakis kesan
buruk penjajahan, sekaligus mewujudkan perimbangan antara kaum Bumiputera dengan
bukan Bumiputera.
Namun, akibat pelbagai masalah yang melanda RIDA sepanjang kewujudannya,
kerajaan terpaksa menguburkan badan berkenaan dan menggantikannya dengan MARA.
Kelahiran MARA dilihat lebih dinamik serta disuntik pula oleh semangat Kongres
Ekonomi Bumiputera Pertama lantas memperlihatkan aspirasi kerajaan bagi
memperbaiki taraf sosioekonomi orang Melayu dan Bumiputera lainnya. Oleh itu,
berdasarkan latar sejarah yang membawa kepada kewujudan MARA, nyatalah
penubuhannya bukanlah sesuatu yang bersifat spontan. Malah ia berpaksikan kesedaran
dan keutuhan niat kerajaan untuk menjana suatu perubahan yang bersifat progresif
terhadap orang Melayu dan Bumiputera lain yang masih menduduki darjah
sosioekonomi yang rendah pasca kemerdekaan.
Univers
ity of
Mala
ya
88
BAB 3: PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TINGGI MARA,
1966-1980
3.1 Pengenalan
Bab ini akan menelusuri sejarah perkembangan pendidikan tinggi yang diterajui Majlis
Amanah Rakyat (MARA) iaitu Institut Teknologi MARA (ITM) sehingga ia diserahkan
kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Persoalan yang akan dikupas dalam bab ini
ialah sejauhmanakah MARA telah mengemudi sistem pendidikan tinggi yang
diperkenalkannya dalam matlamat murni untuk membantu golongan Bumiputera di
Malaysia. Perbincangan akan dimulakan dengan perkembangan Maktab MARA
bermula pada tahun 1966 sebagai perintis kepada penubuhan ITM. Seterusnya,
perkembangan ITM akan dihuraikan merangkumi struktur pentadbiran ITM,
perkembangan kursus-kursus yang disediakan dan perkembangan pelajar yang
mengikuti pengajian di ITM. Setelah MARA kehilangan ITM, badan berkenaan telah
menubuhkan Institut Perdagangan MARA dan hal ini akan dihuraikan pada pengakhiran
bab.
Didapati MARA pada mulanya telah menubuh dan menguruskan ITM yang
merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi yang menawarkan kursus
profesional kepada kaum Bumiputera. Bagaimanapun, reputasi MARA tercalar apabila
berlaku kemelut antara pihak pentadbiran ITM dengan golongan pelajar. Pengakhiran
kepada konflik ini telah membawa kepada peralihan pengurusan ITM kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1976. Sebagai ganti kepada ITM yang
terlepas daripada pemilikan MARA, daya usaha untuk membela kepentingan
Univers
ity of
Mala
ya
89
pendidikan tinggi Bumiputera didapati tidak tersekat, sebaliknya ia diteruskan dengan
penubuhan Institut Perdagangan MARA.
3.2 Penubuhan dan Perkembangan Maktab MARA
Pada Februari hingga Mei 1965, kerajaan Malaysia bersama dengan United Nations
telah mengadakan Kajian Sumber Manusia yang pertama. Hasil kajian tersebut
mendapati berlaku lebihan graduan bagi bidang kemanusiaan dan undang-undang
manakala berlaku kekurangan graduan di bidang sains dan kejuruteraan. Graduan yang
mengisi kursus-kursus kemanusiaan ini majoritinya Bumiputera.1 Hasil kajian tersebut
mendorong kerajaan mengadakan Kongres Ekonomi Bumiputera selama tiga hari bagi
membincangkan peluang yang perlu diwujudkan untuk membantu golongan
Bumiputera. Bidang yang difokuskan merangkumi bidang perdagangan dan
perindustrian seperti yang dinyatakan oleh Kajian Sumber Manusia iaitu:
“It is unfortunate, however that the Bumiputera do not have sufficient
representation in the higher professional fields, particularly in business
technological and scientific occupations, and in certain of the listed
professions the bumiputera can hardly be said to be represented at all.”2
Ekoran aspirasi untuk membangunkan bangsa, Kongres Ekonomi Bumiputera
bermatlamat untuk mencari jalan bagi mengatasi jurang ekonomi penduduk luar bandar
dan meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Hasilnya, sebanyak 69 usul telah
disarankan di mana sebanyak 22 daripadanya melibatkan fungsi dan peranan RIDA.
Antara usul penting ialah memberi nafas baru serta wajah baru kepada RIDA apabila
namanya ditukarkan kepada Majlis Amanah Rakyat pada 1 Mac 1966 seiring dengan
Akta MARA yang telah diluluskan di Parlimen pada Disember 1965. Sehubungan itu,
1 Marina Samad, The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today and Tomorrow, Kuala Lumpur: ITM, 1969, hlm. 40.
2 Kertas Kerja Kongres Ekonomi Bumiputera, Usul Dalam Mesyuarat Pleno, 7 Jun 1965.
Univers
ity of
Mala
ya
90
Dewan Latihan RIDA telah ditukarkan namanya kepada Maktab MARA atau MARA
College of Business and Professional Studies.3
Mesyuarat Kongres Ekonomi Bumiputera telah mencadangkan agar Maktab
MARA dapat diperbesarkan lagi supaya ia boleh mengeluarkan pemuda-pemudi yang
berkelulusan seramai 200 orang dalam tahun pertama dan juga dalam tahun kedua
supaya angka tersebut dapat dilipat gandakan sepuluh kali lagi tiap-tiap tahun dari tahun
ketiga dan seterusnya.4 Kongres juga mencadangkan agar kursus yang diadakan di
bawah Maktab MARA diteruskan bagi melahirkan lebih ramai Bumiputera yang
bertauliah dalam bidang perniagaan dan perusahaan.5
Pada 1 Disember 1965, Encik Arshad Ayub telah dilantik sebagai Pengetua
Maktab MARA hingga tahun 1967.6 Beliau telah membuka peluang keemasan bagi
anak Bumiputera untuk meningkatkan diri mereka. Ada di antara pelajar yang kurang
layak turut diberikan peluang untuk belajar di maktab ini. Prinsip yang dipegang oleh
beliau ialah: “lead them to the water and ensure that they drink it.”7 Sepanjang
perkhidmatan beliau sebagai Pengetua Maktab MARA, beliau disenangi oleh pelajar
kerana sikapnya yang ingin membantu anak bangsa. Beliau banyak mendekati pelajar
dan memberikan semangat kepada mereka untuk berjaya. Malah, beliau telah berjaya
membuka peluang yang lebih untuk pelajar menuntut di sini.8
3 Kongres Ekonomi Bumiputera, 7 Jun 1965, hlm. 2. Rujuk juga Rokiah Talib, A Second Chance: Life and Mission of Arshad Ayub,
Kuala Lumpur: MPH, 2008, hlm. 49. Rekod dan Arkib Persendirian Prof. Datuk Nik Abdul Rashid B. Nik Abd. Majid, Peristiwa-
peristiwa Penting Institut Teknologi MARA, 1956-1980. Kewujudan Maktab MARA ini juga menerima respons daripada orang
bukan Melayu. Misalnya dalam Dewan Rakyat, Dr. Tan Chee Khoon telah mengemukakan soalan bertulis mengenai polisi
kemasukan orang bukan Melayu yang miskin ke maktab berkenaan. Dalam jawapan Menteri Pembangunan Negara dan Luar
Bandar, hanya Bumiputera sahaja layak memasuki maktab berkenaan. Malaysia House of Representatives, Notice of Questions,
Kuala Lumpur, 18hb Oktober, 1966 dalam M.R.D. 618/32. Parliamentary Questions and Answers, 1966. Dr. Tan Chee Khoon
(Bertulis). 4 Langkah ini amat bersesuaian dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera yang lebih luas dalam lapangan
perdagangan dan industri. Oleh itu, Maktab MARA bermatlamat untuk melatih lebih banyak Bumiputera dalam pelbagai bidang
perniagaan. Lihat Written Question No. 3, Dr. Tan Chee Khoon, hlm. 2, dalam M.R.D. 618/32, Parliamentary Questions and
Answers, 1966 Dr. Tan Chee Khoon (Bertulis). 5 Kongres Ekonomi Bumiputera, 7 Jun 1965, hlm. 10.
6 Majlis Amanah Rakyat (MARA), Penyata Tahunan MARA, 1967; Rekod dan Arkib Persendirian Prof. Datuk Nik Abdul Rashid B.
Nik Abd. Majid, Peristiwa-peristiwa Penting Institut Teknologi MARA, 1956-1980. 7 Rokiah Talib, The Second Chance: Life and Mission of Arsyad Ayub, hlm. 40-60.
8 Temubual Tan Sri Arshad Ayub di pejabat beliau di Kampung Taman Penchala pada 20 April 2013, jam 3.45 petang.
Univers
ity of
Mala
ya
91
Maktab MARA meneruskan kursus Dewan Latihan RIDA sehinggalah pada
1965 apabila British Institute of Management (BIM) tidak lagi menjadi badan pemeriksa
disebabkan soalan peperiksaan yang dihasilkan oleh BIM tidak sesuai dengan senario
tempatan. Sehubungan itu, Maktab MARA telah berusaha untuk menubuhkan kursus
dalam Pengurusan Perniagaan. Ealing Technical Collegeyang terletak di London telah
memberi kerjasama kepada Maktab MARA bagi membolehkan kursus Business
Management diberi pengiktirafan yang sewajarnya.9 Ealing College bersetuju untuk
menjadi pemeriksa luar bagi menjamin kualiti diploma di Maktab MARA.
“Objektif Maktab Mara adalah difokuskan kepada melatih bumiputera
dalam bidang perakaunan, pentadbiran perniagaan dan pengurusan bagi
membolehkan mereka mengambil bahagian dalam bidang perdagangan
dan perindustrian.Oleh kerana itu, maktab mengharapkan agar
graduannya nanti akan menepati objektif maktab ini. Moto pelajar
maktab ini juga adalah ‟berdisiplin tinggi‟agar dapat merealisasikan
kejayaan sebagai seorang pelajar.”10
Pada awal tahun 1966, Maktab MARA telah melancarkan kempen memperkenalkan
Maktab MARA bagi menarik perhatian lebih ramai pelajar mengikuti kursus yang
ditawarkan. Penyediaan risalah, iklan di akhbar dan pameran bergerak telah diadakan
secara besar-besaran di merata tempat. Kempen ini menunjukkan kejayaan apabila
bilangan penuntut di Maktab MARA meningkat dari 221 orang pada awal tahun 1966
kepada 554 orang sebelum akhir tahun 1966. Kursus- kursus yang ditawarkan adalah
seperti dalam Jadual 3.1:
9 Dr. O. G. Pickard, Pengetua Ealing Technical College (U.K.) telah dijemput untuk melawat Malaysia dari bulan November ke
Disember 1965 untuk melihat akan kemungkinan mengadakan kursus yang bertujuan mendapatkan Diploma yang akan
dianugerahkan Diploma Bersekutu. Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Institut Teknologi MARA, Report on Visit By Dr. O.G.
Pickard to MARA College, November-Disember 1965. Rujuk juga 10 tahun Institut Teknologi MARA dalam Kenangan, Shah Alam:
Institut Teknologi MARA, 1977, hlm. 2 dan Kertas Kerja Konsep Cadangan Projek Pengkisahan Sejarah Penubuhan dan
Perkembangan UiTM, 15 Mac 2001, hlm. 1 10
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Prospektus Maktab MARA, 1966, hlm. 13.
Univers
ity of
Mala
ya
92
Jadual 3.1: Jumlah Kursus dan Bilangan Penuntut
Kursus Bilangan Penuntut
(orang)
Trengkas 188
Association of Certified and Corporate
Secretaries(ACCS)
111
Diploma in Business Studies(DBS) 19
Institute of Cost and Works
Accountants(ICWA)
41
Association of Certified
Accountants(ACCA)
61
Institute of Statisticians(IS) 17
Jumlah 554
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Penyata Tahunan MARA 1966, hlm. 17.
Jadual di atas menunjukkan bahawa bilangan penuntut telah meningkat sebanyak 150%
dan telah mengikuti tujuh jurusan pengajian. Di antara penuntut-penuntut yang baru
masuk, 50% daripadanya mengikuti kursus trengkas dan ini menepati tujuan untuk
mengisi keperluan Juru Trengkas yang terlatih oleh syarikat-syarikat, jabatan-jabatan
kerajaan dan sebagainya. Bagi kursus perniagaan, jumlahnya masih sedikit kerana ia
merupakan kursus yang baru. Buat kali pertama, mulai 1966, seramai empat orang
penuntut dari Sabah dan 15 orang lagi dari Sarawak telah dipilih memasuki maktab
ini.11
11
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Penyata Tahunan MARA 1966.
Univers
ity of
Mala
ya
93
Rajah 3.1: Jumlah Penuntut Maktab MARA, 1957-1966.
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Penyata Tahunan MARA 1966,
hlm. 18.
Rajah di atas menunjukkan penambahan jumlah penuntut Maktab MARA dari 1957
1966. Pada awal penubuhannya, jumlah penuntut tidak begitu ramai berbanding 1966
iaitu berlaku pertambahan yang begitu mendadak sehingga mencecah 554 orang
penuntut. Penambahan ini ada kaitannya dengan perubahan matlamat RIDA kepada
MARA dan juga matlamat utama kerajaan untuk menjadikan pendidikan di maktab ini
sebagai salah satu langkah affirmative kerajaan dalam mewujudkan keseimbangan kaum
dari aspek pembangunan pendidikan.12
Untuk mencapai matlamat tersebut, MARA
khususnya telah bertanggungjawab dalam memastikan jumlah serta kualiti pelajar
Melayu yang diambil sentiasa memenuhi kehendak semasa. Malah, kerjasama dari
kerajaan yang tidak berbelah bahagi terutama dalam menyalurkan dana yang mencukupi
untuk tujuan perkembangan maktab ini.
12
Peluang-peluang pekerjaan dan biasiswa melalui tindakan affirmative adalah bertujuan untuk meningkatkan skil dan daya saing
tenaga Bumiputera dalam pasaran kerja dan untuk meningkatkan nilai prospek tenaga kerja Bumiputera. Oo Yu Hock, “Affirmative
Action in Malaysia: Implications for National Unity”, NEGARA, Vol. VII, No. 1 February 1983, hlm. 9.
0
100
200
300
400
500
600
57 58 59 60 61 62 63 64 65 66
25 24 13
45 45 4574 79 72
554B
I
L
A
N
G
A
N
P
E
N
U
N
T
U
T
TAHUN
Univers
ity of
Mala
ya
94
Jika ditinjau dari segi jumlah kursus yang disediakan juga telah bertambah
daripada lima pada asalnya kepada tujuh pada 1966 dan pada 10 Ogos 1967, ia
dibahagikan kepada empat jenis:
a) Kursus–kursus yang menyediakan pelajar-pelajar untuk mengambil beberapa
peperiksaan luar yang dikendalikan oleh badan-badan profesional. Misalnya
British Institute of Marketing, British Institute of Transport danInstitute of
Cost and Works Accountants.
b) Kursus-kursus yang menyediakan pelajar-pelajar untuk mengambil beberapa
peperiksaan internal. Misalnya: Diploma in Business Studies dan Diploma in
Art and Designs.
c) Kursus-kursus persediaan pengajian prauniversiti.
d) Kursus-kursus Sains Kesetiausahaan - Stenography, Typewriting.
Penambahan ini adalah selari dengan pertambahan bangunan tambahan yang telah siap
dibina. Hal ini sekaligus telah membawa kepada jumlah pelajar yang berlipat ganda
iaitu pada bulan Ogos 1967, seramai 644 orang pelajar telah diterima masuk berbanding
dengan 2,065 orang pemohon.13
Meskipun jumlah yang diterima agak ramai, MARA
tetap menjaga kualiti kemasukan para penuntutnya. Kelayakan masuk ke Maktab
MARA masih ditahap yang memuaskan. Seseorang calon mestilah mendapat sekurang-
kurangnya Gred 2 dalam peperiksaan MCE dengan sekurang-kurangnya kredit bagi
lima subjek termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik. Syarat kemasukan yang agak
ketat ini bertujuan memastikan kualiti pelajar bagi setiap kursus.14
Apa yang penting
bukanlah jumlah pelajar tetapi juga kualiti graduan yang akan dihasilkan.15
1310 tahun Institut Teknologi MARA dalam Kenangan, hlm. 6. 14
Tempoh masa Tan Sri Arshad menjadi Pengetua Maktab MARA merupakan tempoh produktif dengan pengenalan pelbagai
kursus yang mencabar. Meskipun kemudahan kelengkapan ketika itu agak kurang, namun beliau berjaya membuktikan bahawa ia
Univers
ity of
Mala
ya
95
Semasa merasmikan bangunan tambahan Maktab MARA pada 7 April 1967,
Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussin menjelaskan:
“… kerajaan sekarang ini akan cuba mengubahkan dasar pelajaran yang
lama, yang hanya memberi peluang kepada Bumiputera menjadi
kakitangan awam yang berkhidmat dengan kerajaan sahaja. Kerajaan
berharap, hasratnya akan berjaya untuk mengisi gudang-gudang dan
perdagangan dengan penuntut-penuntut bumiputera yang berkelayakan
bagi menggantikan tempat-tempat yang sekarang diisi oleh orang
dagang.”16
Selain itu, Dr. Pickard selaku Pengetua Ealing Technical College, London dalam
lawatannya ke Maktab MARA menyatakan:
“The Malays predominate in agriculture, fishing and government service.
The internal trade of the country…tends to be in the hands of the Chinese
with Indians having some share. Manufacturing industry is more
diversified but much small scale enterprise is Chinese and the larger
scale industry is usually run by foreign firms-British, American,
Australian, Canadian. A great deal of international trade is also handled
by foreign or by Indian or Chinese firms.”17
Fungsi dan matlamat Maktab MARA ini kelak akan melahirkan aset negara yang bakal
menjadi penyumbang kepada bangsa dan negara. Hal inilah menjadi tunjang dan
penggerak kepada MARA untuk menggiatkan lagi perkembangan ITM.
bukannya satu halangan untuk terus berjaya. Hasil temubual Tan Sri Arshad Ayub di pejabat beliau di Kampung Taman Penchala
pada 20 April 2013, jam 3:45 petang. 15
Marina Samad, The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today and Tomorrow, hlm. 186-187. 16
Ucapan Tun Abdul Razak Hussin semasa upacara merasmikan bangunan tambahan Maktab MARA pada 7 April 1967 dalam
Berita MARA, Bil. 1, 1 April 1967, hlm. 32. 17
Dipetik dari Hawa Rohany (ed.), Documenting A Destiny: History of Universiti Teknologi MARA, 1956-2006, Shah Alam:
University Publication Centre (UPENA), 2006, hlm. 57.
Univers
ity of
Mala
ya
96
3.3 Penubuhan Institut Teknologi MARA
Peningkatan permintaan pelajar-pelajar untuk memasuki Maktab MARA telah
menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk memperbesarkan maktab tersebut.
Suatu projek baru telah dirancang untuk diadakan di Batu Tiga, Jalan Klang Lama.18
Pada 14 Oktober 1967, batu asas untuk kompleks setinggi 15 tingkat di Shah Alam
telah diletakkan oleh Tun Abdul Razak yang seterusnya mengumumkan penukaran
nama Maktab MARA kepada Institut Teknologi MARA atau MARA Institute of
Technology (M.I.T.).19
Pertukaran nama kepada nama institut merupakan satu langkah
menaiktaraf Maktab MARA agar dipandang peranannya serta dipandang lebih tinggi
oleh masyarakat secara amnya. Lokasi baru maktab ini pada asalnya hanyalah
merangkumi 100 ekar sahaja tetapi jumlah keluasannya telah ditambah sehingga 300
ekar.20
Pembinaan ini dijalankan di Batu Tiga, Shah Alam dengan menelan kos
sebanyak $6.75 juta dan dilengkapi oleh segala bentuk kemudahan pengajian.
Pembinaannya bermula pada tahun 1968 dan dijangka siap pada tahun 1972.21
Konsep
penubuhan ITM telah diasaskan berdasarkan empat prinsip keyakinan yang
bersandarkan kepada falsafah pendidikan:
1) Kami yakin setiap manusia itu mempunyai keupayaan semulajadi untuk belajar,
kerana naluri pembelajaran itu sebenarnya lahir bersama jasad seseorang itu.
Walau bagaimanapun, adalah penting sekali untuk menyediakan satu suasana
18 The Straits Times, 13 Februari 1966, hlm. 14. 1910 tahun Institut Teknologi MARA dalam Kenangan, hlm. 7. Pada awal penubuhan ITM, ia amat terkenal dengan panggilan
akronim MIT. Menurut Tan Sri Arshad Ayub, panggilan MIT itu amat sinonim dengan Massachusetts Institute of Technology dan
Manchester Institute of Technology yang merupakan dua buah institusi terkenal di dunia dan beliau sendiri amat meminati institusi
tersebut. Ucapan Tan Sri Arshad Ayub sempena Majlis Pengkisahan Sejarah Penubuhan dan Perkembangan UiTM, 15 Mac 2001,
hlm. 3. 20
Kompleks baru ITM mengandungi satu Dewan Besar, Kompleks Sukan dalam dan luar, Pusat Komputer untuk kajian Sains
Komputer, Actuaries dan Perangkaan, Dewan Pertunjukan untuk Kajian Pengurusan Hotel dan Penyediaan Makanan, Perpustakaan
Pusat dengan kemudahan 1,200 tempat duduk dan ruang untuk 500,000 naskhah buku-buku, sebuah Dewan Syarahan (Circular
Lecture Theatre) untuk 500 orang.Kemudahan tempat tinggal untuk 4,500 pelajar-pelajar dan sebuah pusat pelajar (Student Centre).
Lihat S. P. 113/12/001, Prof Datuk Nik Abdul Rashid Bin Nik Abdul Majid, ITM Secara Rengkas, hlm. 1-2. 21
Hawa Rohany (ed.), Documenting A Destiny: History of Universiti Teknologi MARA, 1956-2006, hlm. 74. Rujuk juga Prospektus
Institut Teknologi MARA, 1968/69, hlm. 5; Firdaus Ahmad Azzam (ed.), ITM Warisan Bangsa, Shah Alam: Infokom, hlm. 4, dan
Berita Harian, 4 Mac 1966.
Univers
ity of
Mala
ya
97
dan keadaan sekeliling yang sempurna demi untuk menggalak, membentuk dan
memberangsangkan seseorang itu agar bebas dari segala tekanan-tekanan fizikal
dan mental.
2) Kami merasakan bahawa pendidikan mempunyai hubungan yang rapat dengan
kehendak-kehendak dan keperluan masyarakat. Selain para cendekiawan dan
pemimpin negara, masyarakat juga memerlukan para profesional, pengurus dan
pentadbir yang berkaliber.
3) Pendidikan boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan mobiliti
sosial dan mengubah status sosioekonomi sesebuah masyarakat. Adalah
dipercayai bahawa keadaan ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum di
negara ini adalah berpunca dari kemiskinan, status sosio-ekonomi yang rendah
dan terpencilnya mereka dari menikmati kemajuan dan peluang pendidikan yang
sewajarnya. Di sinilah kami merasakan betapa pentingnya peranan yang harus
dimainkan oleh ITM untuk menyediakan peluang pembelajaran yang sempurna
kepada mereka yang kurang bernasib baik sebagai menyahut seruan kerajaan
dalam usaha menyusun semula masyarakat.
4) Kami yakin bahawa kejayaan hanya dapat dicapai ke tahap yang maksimanya
seandainya seseorang itu telah dididik dan disedarkan untuk mencari, mencipta
dan seterusnya menggunakan segala kesempatan atau peluang yang ada bagi
memperoleh pencapaian yang paling berkesan.
Matlamat ITM seperti yang termaktub ialah untuk mengadakan program pendidikan
yang disesuaikan dengan keperluan tenaga manusia terutama dalam bidang teknologi,
perniagaan, pengurusan dan pentadbiran.22
Ia juga bertujuan untuk menyediakan
22
Menurut terbitan kepada ketua-ketua UMNO peringkat iaitu Majalah Pelopor, “Anak-anak Melayu yang berjaya menyambung
pelajaran ke Institut Teknoloji Kebangsaan telah membuktikan bahawa mereka boleh mendapat kejayaan cemerlang dibidang Sains
dan Teknoloji. Hanya mereka yang berjaya memasuki universiti-universiti ditanah air kita tidak dapat menunjukkan kejayaan yang
memuaskan.” Oleh itu, majalah berkenaan menggesa supaya kerajaan bertindak segera dalam memastikan tragedi kegagalan dan
Univers
ity of
Mala
ya
98
peluang pendidikan kepada belia-belia Bumiputera terutama bagi mereka yang datang
daripada kawasan luar bandar supaya mereka dapat mengambil bahagian yang penting
serta memainkan peranan yang berkesan dalam sektor perdagangan dan perindustrian.23
Selain itu, ia bertujuan untuk memastikan agar lulusan ITM mendapat pekerjaan
dan memegang jawatan dalam pelbagai bidang ekonomi negara serta diberi
pengiktirafan yang sewajarnya. ITM juga berhasrat untuk memupuk sikap yang lebih
positif dalam diri belia-belia Bumiputera agar mereka lebih bersedia dalam menghadapi
persaingan dunia yang kian mencabar. Bagi merealisasikan impian ini, program-
program pendidikan ITM akan dikaji dan dinilai supaya kaedah pembelajaran di ITM
dan kurikulumnya tetap utuh dan sesuai mengikut kehendak semasa.24
Dengan ini, ITM
dapat menyediakan sumber tenaga manusia dan material bagi memenuhi keperluan
sektor-sektor awam, swasta dan masyarakat secara keseluruhannya.25
Objektif utama ITM ialah melahirkan seberapa ramai tenaga kerja Bumiputera
dalam pelbagai bidang yang bertaraf profesional dan semi profesional dalam tempoh
Rancangan Malaysia Ketiga semakin diperhebatkan.26
Selain itu, ITM juga bertujuan
untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu pengajaran supaya dapat
dan kekurangan anak-anak Melayu dalam jurusan Sains, Kedoktoran dan Kejuruteraan dalam kalangan pelajar sekolah aliran
Melayu tidak berulang. Lihat Pelopor, April, 1973, No. 4, hlm. 5-6, dalam Arkib Sukan 48/7/14. Tun Tan Sri Haji Sardon bin Jubir. 23
Dalam taklimat kepada Majlis Tindakan Negeri Perlis oleh Y.B. Datuk Haji Lokman Musa berkenaan dengan ITM cawangan
Perlis pada 20hb. April 1976, dinyatakan bahawa antara tujuan asas ITM cawangan Perlis sebagai satu agensi yang dapat
mempercepatkan lagi pembangunan pelajaran, ekonomi dan sosial dalam usaha untuk mencapai matlamat dasar ekonomi baru.
Institut Teknoloji MARA Cawangan Perlis, Taklimat kapada Majlis Tindakan Negeri Perlis oleh Y.B. Datuk Haji Lokman Musa,
pgdk, asdk, kmn, pjk. pada 20hb. April 1976, hlm. 2. 24
Permintaan guna tenaga dianggarkan meningkat sebanyak 36,430 bagi ijazah manakala permintaan untuk pemegang diploma
dianggarkan sebanyak 47,040 untuk tempoh 1970-80, hlm. 11-12 dalam Third Malaysia Plan, Report of the Inter-Agency Planning
Group on Education and Training. Higher Education. Dalam Perbendaharaan 0.9391 PT. 3, Majlis Penasehat Pelajaran Tinggi
(Higher Education Advisory Council). 25
Taklimat kepada Y.B. Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia daripada Pengarah Institut Teknologi MARA Shah Alam,
Selangor,15 Januari 1981, hlm. 21. 26
Misalnya ITM Cawangan Perlis yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1974 antara lain bertujuan menambah peluang-peluang
pelajaran tinggi kepada kaum Bumiputera terutamanya mereka dari kawasan luar bandar. Ia juga menjadi satu agensi yang dapat
mempercepatkan lagi pembangunan pelajaran, ekonomi dan sosial dalam usaha untuk mencapai matlamat dasar ekonomi baru. Lihat
Institut Teknoloji MARA Cawangan Perlis, Taklimat kapada Majlis Tindakan Negeri Perlis oleh Y.B. Datuk Haji Lokman Musa,
pgdk, asdk, kmn, pjk, pada 20hb. April 1976, hlm. 2. Rancangan Malaysia Ketiga juga cuba memenuhi permintaan terhadap
kewujudan fasiliti pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia. Lihat Notes on the First Third Malaysia Plan Cut, hlm. 3, dalam
Perbendaharaan 0.9800 PT. H. Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara. Rancangan Malaysia Ketiga.
Univers
ity of
Mala
ya
99
mengeluarkan graduan yang benar-benar bermutu tinggi dan setanding dengan graduan
dari institusi pengajian tinggi yang lain.27
Objektif dan matlamat ITM ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu
mengatasi kekurangan Bumiputera dalam bidang perdagangan, industri dan
profesional.28
Bumiputera seharusnya menerima perubahan untuk membentuk
masyarakat yang dinamik dan mampu berdaya saing.29
Melalui MARA, diharapkan agar
jurang pemisah ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dapat dikurangkan.
Seandainya masyarakat yang adil dan sama rata ini dapat dibentuk, ini akan menjadi
kejayaan terbesar MARA.30
Sebanyak $70 juta telah diperuntukkan kepada MARA dalam Rancangan
Malaysia Pertama. Peruntukan ini digunakan oleh MARA bagi tujuan perkembangan
pelajaran dan latihan.31
Dalam merealisasikan mandat kerajaan ini, perubahan perlu
dilakukan untuk memperbetulkan kepincangan yang sering berlaku dalam organisasi
ITM. Oleh sebab ITM merupakan satu institusi yang besar seperti institusi pengajian
tinggi yang lain, maka didapati susunan pentadbiran ITM tidak sesuai lagi dengan
peranan barunya sebagai institusi pengajian tinggi. Pentadbiran ITM di bawah kawalan
Ibu Pejabat MARA meliputi pengawalan dari semua aspek terutama dari segi kewangan
dan urusan kakitangan. Di antaranya ialah peraturan tentang perbelanjaan daripada
peruntukan belanjawan ITM adalah secara recoupment, akuan impress dan melalui
kebenaran Pengarah Bahagian Latihan sebelum tiap-tiap perbelanjaan dapat dijalankan.
27 Kajian Semula Rancangan Malaysia Ketiga, 1976-1980, Institut Teknologi MARA, hlm. 1. 28
Pada 1970-an, penyertaan Bumiputera dalam mencapai Dasar Ekonomi Baru Malaysia sangat merunsingkan kerajaan. Walaupun
kemudahan dan pertolongan diberikan dalam usaha melahir dan membina usahawan Bumiputera, namun kemajuan dan
perkembangannya masih jauh daripada yang diharapkan. NPC 5/272, Strateji Menggalakkan dan Meramaikan Penyertaan
Bumiputra Di-Dlm. Perniagaan Di-Bandar-bandar Pusat. Pusat Daya Pengeluaran Negara dengan Rancangan Malaysia Kedua dan
Ketiga, hlm. 5. 29
Semasa merasmikan Seminar Ekonomi Bumiputra yang diadakan pada 4 April 1973, Tun Abdul Razak menyatakan bahawa satu
golongan eksekutif Bumiputera begitu perlu diwujudkan dalam memenuhi keperluan bidang perusahaan dan perindustrian di
Malaysia. Pelopor, April, 1973, No. 4, hlm. 7, dalam Arkib Sukan(sumber tak jelas)48/7/14. Tun Tan Sri Haji Sardon bin Jubir. 30
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Prospektus Institut Teknologi MARA 1968/69, hlm. 3. 31
Rujuk Berita Harian, 10 Disember 1965.
Univers
ity of
Mala
ya
100
Peraturan ini sesuai pada masa lepas iaitu ketika ITM itu masih lagi sebuah maktab
yang kecil.32
Apabila ia berkembang pesat dan mempunyai bilangan pelajar dan
kakitangan yang ramai, ia merumitkan dan menyukarkan pihak ITM dalam
menyelesaikan tugas mereka.
Selain itu, kuasa yang diturunkan kepada Pengarah ITM adalah amat sedikit
iaitu mengawasi kakitangan dari segi inisiatif dan tatatertib sahaja. Ini berikutan
sekatan-sekatan yang diletakkan terhadap kekuasaannya di bawah peraturan sekarang.
Sungguhpun ITM bertanggungjawab terhadap kelicinan kerja dan kecekapan
kakitangannya, ia tidak mempunyai kuasa apa-apa atau kuasa yang berkesan untuk
mengambil tindakan segera di dalam mengendalikan tugas kakitangannya.Keperluan
mengendalikan tugas-tugas ITM yang semakin berkembang serta menjamin kelicinan
perbelanjaan kerajaan yang amat besar, maka perlulah diberi kebebasan autonomi
kepada ITM untuk bertindak supaya institut ini benar-benar bertanggungjawab dalam
segala urusannya.33
3.4 Struktur Pentadbiran ITM
Bahagian Kemajuan Pentadbiran Jabatan Perdana Menteri juga mencadangkan supaya
sebuah Majlis Pentadbir (Governing Council) atau Lembaga Pentadbir ditubuhkan
untuk mentadbir institut ini. Majlis ini hendaklah bertanggungjawab terus kepada
Pengerusi MARA.Bagi melancarkan pentadbiran, maka MARA dicadangkan agar:
32
Surat Encik Arshad Ayub kepada Encik Abdul Rahman Hamid selaku Pengarah Bahagian Latihan MARA, 19 Julai 1969 dalam
Memorandum MIT Governing Council. 33
Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
101
a) Menubuhkan suatu Lembaga Pengelola ITM (MIT Governing Council) di
mana majlis akan menyerahkan segala kuasa (delegation) berkenaan dengan
tanggungjawab ITM termasuk pentadbiran, kewangan, syarat-syarat bekerja
dan sebagainya kepada majlis tersebut.
b) Meluluskan cadangan perubahan pentadbiran dan struktur organisasi ITM.
c) Menubuhkan empat atau lebih buah Panel Penasihat (Advisory Panel) bagi
Lembaga ITM berkenaan dengan penubuhan kursus-kursus baru untuk
mengeratkan hubungan di antara badan-badan profesional dan memberi
peluang bekerja kepada siswa-siswi ITM.34
Justeru, sebuah Majlis Pentadbir ditubuhkan untuk melicinkan lagi proses
perkembangan ITM. Majlis ini ditubuhkan pada 15 Januari 1970.35
Encik Ghaffar Baba
selaku Pengerusi MARA telah mengumumkan penubuhan Majlis Pentadbir ITM bagi
membantunya mentadbir institusi tersebut.36
Menurut beliau, majlis ini akan memberi
nasihat mengenai pentadbiran, kewangan dan juga jenis kursus yang patut dikendalikan
di institut ini. Majlis ini akan bertindak sebagai badan eksekutif institut dalam
menjalankan segala aktiviti, mengelola, mengawal dan mentadbir institut ini.37
Majlis
Pentadbir ini bukanlah satu badan berautonomi kerana ia masih terletak di bawah
pengawalan Pengerusi MARA.38
Anggota Majlis ini terdiri daripada 18 orang iaitu
dalam kalangan pegawai kanan kerajaan dan wakil daripada badan profesional dan
pihak-pihak lain.39
Mereka terdiri daripada:
34
Ibid. 35
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Penyata Tahunan MARA 1970. 36
Rujuk Utusan Malaysia, 15 Januari 1970. 37
Firdaus Ahmad Azzam (ed.), ITM Warisan Bangsa, hlm. 21. 38
Pada 4 Mac 1970, ITM telah dibebaskan daripada naungan Bahagian Latihan MARA. Lihat Peristiwa-peristiwa Penting Institut
Teknologi MARA, 1956-1980 dalam S.P. 113/12/008. Prof. Datuk Nik Abdul Rashid Bin Nik Abdul Majid. 39
Majlis Pentadbir dianggotai oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan hingga 17 orang ahli lain yang dilantik oleh
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Lihat MARA Institute of Technology, Bulletin 73-74, hlm. 12.
Univers
ity of
Mala
ya
102
a) Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri iaitu Tan Sri Ghazali
Shafie selaku Pengerusi Majlis Pentadbir.
b) Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Encik Mansor Osman selaku
Timbalan Pengerusi.
c) Setiausaha Kerja Urusetia Hal Ehwal Awam Mageran.
d) Timbalan Setiausaha Tetap Perbendaharaan iaitu Encik Abdullah
Ayub.
e) Timbalan Setiausaha Kemajuan Kementerian Pembangunan Negara
dan Luar bandar iaitu Encik Ishak Tadin.
f) Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pelajaran iaitu Encik Abdul
Aziz Hussin.
g) Timbalan Setiausaha Kementerian Perdagangan dan Perusahaan iaitu
Encik Nasaruddin bin Mohamed.
h) Pengarah Bahagian Latihan MARA.
i) Pendaftar UKM iaitu Encik Abdullah Salleh.
j) Anggota Parlimen Johor Tenggara iaitu Tan Sri Jaafar Albar.
k) Pegawai Ekonomi FAMA iaitu Che‟ Khatijah Ahmad dan beberapa
orang ahli lain. 40
Pengetua ITM iaitu Encik Arshad Ayub dilantik menjadi Setiausaha kepada
Majlis Pentadbir tersebut. Keahlian majlis ini akan dilantik dua tahun sekali. Meskipun
Majlis Pentadbir telah ditubuhkan, namun soal kewangan termasuk peruntukan
kewangan ITM masih dibuat oleh Ibu Pejabat MARA dan majlis berpeluang untuk
mengemukakan syor-syornya. Dengan penubuhan Majlis Pentadbir, bererti kuasa
MARA terhadap ITM semakin longgar. MARA tidak mentadbir ITM secara langsung
tetapi melalui majlis yang lebih banyak menjalankan fungsinya.
40 Berita Harian, 15 Januari 1970.
Univers
ity of
Mala
ya
103
Keahlian Majlis Pentadbir ini juga menampakkan bahawa wakil daripada
pelbagai sektor kerajaan telah diambil dan bukan menjurus kepada kakitangan ITM
sendiri ataupun MARA. Hal ini telah melahirkan perasaan kurang senang dalam
kalangan Kesatuan Siswa Siswi ITM (KSITM).41
Kesatuan ini menyifatkan Majlis
Pentadbir ITM sebagai satu pembolotan kuasa kerana komposisi majlis ini tidak dipilih
secara bijak. Ini disebabkan wakil dari ITM seperti para Pensyarah tidak dipilih
sedangkan peranan mereka sangat penting dalam memperbaiki perjalanan ITM ke arah
yang lebih cemerlang.42
Pendek kata, peralihan pucuk pentadbiran ini telah membawa
ITM memasuki zaman baru dan masa depannya dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis
Pentadbir atau juga dikenali sebagai Majlis ITM. Pengerusi Majlis Pentadbir yang
pertama ialah Tan Sri Ghazali bin Shafie.43
Beliau dibantu oleh Datuk Mansor bin
Othman sebagai Naib Pengerusi.44
3.5 Perkembangan Kursus di ITM
Perubahan pentadbiran juga telah membawa kepada perkembangan baru dalam kursus
yang diambil oleh pelajar. Dalam tempoh 1964-1969, kebanyakan graduan adalah
daripada kursus kesetiausahaan. Walau bagaimanapun, sejak 1970, bilangan graduan
telah meningkat dan menjurus kepada bidang perniagaan, sains gunaan dan
perakaunan.45
Selain itu, terdapat juga kursus baru seperti School of Mass
Communication diperkenalkan bermula dari tahun 1972 manakala kursus baru yang lain
telah muncul hasil perkembangan kursus yang terdahulu.
41
KSITM didaftarkan dalam Mei 1965 dibawah Societies Act 1949 sebagai Dewan Latehan RIDA Students’ Council. Ia didaftarkan
semula dalam tahun 1967 sebagai KPITM (Kesatuan Pelajar-pelajar Institiut Teknoloji MARA, namun kemudiannya ditukarkan
kepada Kesatuan Siswa/Siswa Institut Teknoloji MARA. Lihat MARA Institute of Technology, Bulletin 73-74, hlm. 124. 42
Rujuk Utusan Malaysia, 9 Februari 1970. 43
Tan Sri Ghazali Shafie telah berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Pentadbir dari 15 Januari 1970 hingga 28 Ogos 1975. Sewaktu
beliau mentadbir ITM, beliau telah membentuk dan memperkukuhkan struktur ITM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi. Rujuk
Hawa Rohany (ed.), Documenting A Destiny: History of University Teknologi MARA, 1956-2006, hlm.74. 44 10 tahun Institut Teknologi MARA dalam Kenangan, hlm. 9. 45
Ibid., hlm. 13.
Univers
ity of
Mala
ya
104
Antara kursus yang diperkenalkan ialah School of Hotel and Catering
Management pada tahun 1969. Pada asalnya, ia merupakan salah satu kursus di School
of Library Science. School of Secretarial Science pada tahun 1974 pula ditubuhkan dari
hasil pecahanSchool of Administration and Law. Manakala School of Art and Design
muncul dari pecahan School of Art and Architecture. Di akhir tahun 1974, muncul lapan
buah fakulti yang mengendalikan pelbagai program.46
Sebuah pusat bahasa telah
ditubuhkan pada tahun 1972 manakala sebuah pusat pengajian jarak jauh ditubuhkan
pada tahun 1973.47
Encik Arshad, telah mengelompokkan kursus-kursus ITM kepada:
Jadual 3.2: Kursus-kursus di ITM
Fakulti Kursus
School of Accountancy
Associate of Certified and Corporate
Secretaries(ACCA)-UK
Institute of Course and Works Accountants (ICWA)-
UK
Diploma in Accountancy
Institute of Management (ICMA) –UK.
School of Administration And
Law
Corporation of Secretaries (CCS)-UK
Chartered Institute of Secretaries (CIS) –UK.
Public Administration & Local Government
Stenography
Law (LLB and Barrister-at-Law) UK
Librarianship(UK)
School of Business and
Management
Chartered Insurance Institute (UK)
Diploma in Business Studies
Diploma in Banking
Purchasing Officers’ Association (UK)
Institute of Transport (UK)
Diploma in Hotel and Catering Management
Institute of Marketing (UK)
Office Management
46
BPE 11/111/100. RMT-Kementerian Pelajaran. Institiut Teknoloji MARA. (ITM). Part 1, 1971-1975, Review of Progress in Plan
Implementation. 47
Fadzilah Amin, Shaping A Dream: From Dewan Latihan RIDA to Universiti Teknologi MARA, 1956-1999, Shah Alam: UiTM,
2000, hlm.17.
Univers
ity of
Mala
ya
105
Jadual 3.2, sambungan
Fakulti Kursus
School of Art and Architecture
Architecture
Building Economics(Quantity Surveying)
Valuation
Town Planning
Building and Construction
Fine Arts and Sculpture
Graphic Design
Textile Design
Industrial Design
School of Engineering
Civil Engineering
Electrical(Power) Engineering
Electrical (Electronics) Engineering
Mechanical Engineering
School of Pre-University
Studies
HSC Arts
HSC Science
School of Applied Sciences
Rubber and Plastic Technology(UK)
Veterinary Technology
Planting Industries Management
Experimental and Lab Technology
Forest and Wood Technology
School of Computer Science
and Mathematics
Institute of Statisticians(UK)
Institute of Actuaries(UK)
Computer Science (ditawarkan bermula1969)
Sumber: Rokiah Talib, A Second Chance: Life and Mission of Arshad Ayub, hlm. 62-66.
Kursus yang tersebut di atas ini telah diperkenalkan bagi memperluaskan lagi pilihan
kursus yang sedia ada. Misalnya, bagi kursus seperti Graphic Design, Textile Design
dan Industrial Design merupakan kursus baru yang belum pernah diperkenalkan di
Malaysia. Sebagai perintis, ITM menempuh kesukaran dalam memperoleh pengiktirafan
bagi kursus tersebut. Malah, bagi kursus Computer Science, ITM adalah institusi
Univers
ity of
Mala
ya
106
pertama yang menawarkan kursus tersebut. Kebanyakan kursus di peringkat awal
bertaraf diploma dan merupakan kursus hasil kerjasama dengan universiti di luar
negara. Ini merupakan salah satu strategi utama Pengarah ITM ketika itu iaitu Encik
Arshad Ayub (kini Tan Sri) dalam memperkenalkan ITM dan meletakkan penanda aras
yang tinggi sebagai kayu ukur pencapaian ITM.48
Usaha untuk merealisasikan perkembangan ITM bukan satu tugas yang mudah
bagi MARA. MARA beruntung memiliki Encik Arshad Ayub sebagai Pengarah ITM
ketika itu.49
Sebagai seorang pentadbir yang efisyen, Arshad sering membuat keputusan
sendiri dalam menerajui ITM. Beliau merasakan birokrasi kerajaan yang wujud akan
melambatkan dan merencatkan pertumbuhan ITM. Beliau tidak gemar akan prosedur
yang menyulitkan dalam membuat sesuatu keputusan. Ini secara tidak langsung
membantu beliau dalam bertindak pantas merangka sesuatu dasar baru buat ITM. Bagi
MARA pula, ITM bukan lagi satu bebanan kerana kemampuannya untuk bergerak
sendiri tidak dapat dinafikan.
Misalnya, ketika Encik Arshad berjumpa dengan Tun Abdul Razak (Perdana
Menteri Malaysia ketika itu) bagi membincangkan perkembangan ITM, beliau
mengambil kesempatan untuk mengemukakan masalah bajet yang tidak mencukupi
untuk perkembangan ITM. Secara spontan, Tun Abdul Razak telah berhubung dengan
Pengarah Unit Perancang Ekonomi iaitu Encik Tong Yaw Hong dan mengarahkan agar
diberikan peruntukan sebanyak RM 9 juta untuk dibelanjakan selama tiga tahun lagi.
Jelas di sini, beliau tidak melalui Majlis MARA untuk memohon peruntukan seperti
yang selalunya dilakukan oleh pentadbir lain. Ia bukan bertujuan untuk
membelakangkan pihak pentadbiran MARA tetapi hasrat beliau ingin mempercepatkan
48
Rokiah Talib, A Second Chance: Life and Mission of Arshad Ayub, hlm. 62-66. 49
Tan Sri Arshad Ayub juga dikenali sebagai expansion of ITM. Ketika pentadbirannya, dari sekecil-kecil kawasan di Petaling Jaya,
ITM telah mengembangkan sayapnya ke seluruh negara. Lihat “ITM dan Pengarah Baru” oleh Katni Kamsono Kibat dalam Warta
ITM, Bil. 47, July 1980, hlm. 3.
Univers
ity of
Mala
ya
107
tugas yang tertangguh oleh sebab kekangan kewangan. Kepintaran beliau ini telah
banyak membantu dalam perkembangan pesat ITM.50
3.6 Perkembangan Pelajar
Penambahan kursus yang baru telah membawa kepada peningkatan kemasukan pelajar.
Kemasukan pelajar pada Julai 1968 adalah seramai 2500 orang dan telah meningkat
kepada 4,500 orang pada tahun 1972. Bukti yang ketara ialah pada zaman Encik Arshad
Ayub selaku Pengarah ITM, ITM telah mengalami peningkatan pelajar dan pensyarah
yang begitu mendadak. Ia dapat dilihat melalui jadual di bawah:
Jadual 3.3: Jumlah Peningkatan Pelajar, 1965-1974
Tahun Bilangan Pelajar Pensyarah
1965 219 11
1966 551 20
1967 1491 82
1968 2361 144
1969 2542 184
1970 2830 252
1971 2641 309
1972 3595 407
1973 4775 589
1974 6856 904
Sumber: Arkib UiTM Shah Alam, Centre for Strategic Planning UiTM.
50
Ibid., hlm. 76-77.
Univers
ity of
Mala
ya
108
Jadual 3.3 menunjukkan peningkatan jumlah pelajar dan kakitangan ITM yang begitu
mendadak sekali. Bermula dengan seramai 219 orang pelajar dan 11 orang pensyarah
pada tahun 1965, jumlah tersebut telah meningkat kepada 6856 orang pelajar dan 904
orang pensyarah pada tahun 1975. Ini bermakna, berlaku kenaikan sebanyak 96.8% bagi
kategori pelajar manakala 98.7% bagi kategori pensyarah pula. Jelas di sini
menunjukkan program yang dijalankan oleh ITM mula mendapat tempat di hati
masyarakat dan ia kian popular setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain.51
Ini bermakna ITM telah berjaya memecah minda masyarakat Melayu yang takut untuk
menceburi kursus perdagangan dan perindustrian.52
Jumlah tenaga pengajar yang
meningkat ini juga menunjukkan bahawa kepesatan dalam perkembangan kursus di
ITM.
Jadual 3.4: Jumlah Graduan Mengikut Kursus Bagi Tahun 1976
Jenis Fakulti Jumlah Graduan
Kejuruteraan 154
Pengurusan Hotel dan Penyediaan
Makanan
36
Pentadbiran dan Undang-undang 71
Perniagaan dan Pengurusan 192
Perakaunan 109
Sains Gunaan 209
Sains Kesetiausahaan 93
Sains Hisab dan Komputer 38
51
Misalnya, pada 20 September 1974, Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan-kelayakan mengiktiraf Diploma
in Mass Communication dinilai secara am setanding dengan Ijazah Am bagi membolehkan pemegang-pemegangnya diberi tangga
gaji permulaan sebanyak $640 sebulan apabila memasuki Perkhidmatan Awam. Advance Diploma in Engineering dinilai sebagai
setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan bagi membolehkan pemegang-pemegangnya dilantik sebagai Jurutera di dalam
Kumpulan Pengurusan dan Iktisas Perkhidmatan Awam. Lihat Peristiwa-peristiwa Penting Institut Teknologi MARA, 1956-1980,
dalam S. P. 113/12/008, Prof Datuk Nik Abdul Rashid Bin Nik Abdul Majid. 52
Menurut Menteri Pembangunan Ekonomi Desa, Abdul Ghafar bin Baba, beliau menyatakan dari 402 orang siswazah yang lulus
pada tahun 1972/1973, cuma kira-kira 15 orang sahaja yang belum berjaya mendapat pekerjaan setelah ditemuduga. Penyata Rasmi
Dewan Rakyat, Parlimen Ketiga, Penggal Parlimen Ketiga, Jilid III, Bil. 34, Khamis 6hb Disember, 1973, Jawapan-jawapan Mulut
Bagi Pertanyaan-pertanyaan, Institut Teknoloji MARA-Siswazah, hlm. 3933.
Univers
ity of
Mala
ya
109
Jadual 3.4, sambungan
Jenis Fakulti Jumlah Graduan
Sains Perpustakaan 38
Sebaran Am 32
Senibina, Perancangan dan Ukur 94
Senilukis dan Senireka 69
Jumlah 1,135
Sumber: Laporan Tahunan Institut Teknologi MARA, hlm. 33-61.
Jadual 3.4 menunjukkan jumlah graduan bagi setiap fakulti bagi tahun 1976. Fakulti
yang menghasilkan graduan paling tinggi ialah Sains Gunaan manakala paling rendah
ialah Sebaran Am. Manakala jumlah keseluruhan graduan bagi tahun 1976 ialah
sebanyak 1,135 orang graduan. Jumlah graduan yang dihasilkan oleh ITM ini adalah
selaras dengan usaha kerajaan bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat.53
ITM telah memainkan peranan penting sebagai salah sebuah pusat
pengajian tinggi yang dinamis dalam melahirkan usahawan-usahawan dan eksekutif-
eksekutif Bumiputera yang terlatih melalui pelajaran dan latihan praktik.54
Di samping
itu, ITM juga bakal menyediakan tenaga kerja yang amat dikehendaki oleh negara
dalam perkembangan dan kegiatan ekonomi negara yang sangat pesat ini. Program yang
dikendalikan oleh ITM adalah untuk melatih Bumiputera dalam bidang profesional dan
53
Pada tahun 1978, dilaporkan ITM mempunyai 13 “sekolah” pengajian yang menawarkan kursus dalam bidang akaun, hisab dan
sains komputer, kejuruteraan, pentadbiran dan undang-undang, pengurusan hotel dan penyediaan makanan, senibina perancangan
dan ukur, perdagangan dan pengurusan, perhubungan awam, sains gunaan, sains perpustakaan, senilukis dan seni reka, pengajian
prauniversiti dan pusat bahasa. Jumlah kursus yang ditawarkan ialah sebanyak 78 dan 12 daripadanya menyediakan penuntut bagi
ijazah dan diploma luar negeri. Pelajaran di Malaysia 1978, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran
Malaysia, 1980, hlm. 62. 54
Pengerusi Jawatankuasa Biro Ekonomi UMNO Malaysia yang bertanggungjawab untuk menjayakan Kongres Ekonomi
Bumiputera Ketiga, Encik Abdul Ghafar Baba menyatakan bahawa lulusan ITM terdapat di merata-rata tempat baik di syarikat
swasta, agensi kerajaan atau dalam perkhidmatan kerajaan sendiri. Beliau juga menyebut bahawa kemampuan ITM ketika itu (1980)
boleh menampung sehingga 4,000 pelajar setahun dan akan terus berkembang lagi. Lihat Koleksi Keratan Akhbar UMNO -
Ekonomi, 1 Nov. 1979-22 Disember 1980, Utusan Malaysia, 10 Mac 1980, Kongres Bumiputera III: Cari Idea untuk Majukan
Ekonomi.
Univers
ity of
Mala
ya
110
semi profesional supaya dapat menyeimbangkan keperluan tenaga manusia di sektor-
sektor swasta dengan kaum-kaum bukan Bumiputera.55
Selain itu, ITM juga bertanggungjawab dalam melatih para graduan daripada
aliran sastera supaya dapat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ataupun
menjadi eksekutif dalam syarikat perniagaan dan perindustrian.56
Ia juga bertujuan
untuk melatih peniaga Bumiputera yang baru meningkat naik supaya mereka menjadi
ahli peniaga yang moden dan berpengalaman luas. Di samping itu, ITM juga ingin
menyediakan konsep pelajaran ekonomi dengan lebih jelas kepada pelbagai peringkat
pelajar dan guru.
3.7 Peralihan Pengurusan ITM ke Kementerian Pelajaran Malaysia
Meskipun berlaku perkembangan yang pesat dari aspek akademik, namun rasa tidak
puas hati sering muncul di hati pelajar terutama dari aspek pentadbiran dan kedudukan
ITM itu sendiri. Banyak pihak yang mula melahirkan hasrat agar ITM ini dinaikkan
taraf ke tahap universiti. Misalnya, Tan Sri Ghazali Shafie pernah melahirkan hasratnya
agar ITM dijadikan pusat pengajian tinggi yang bebas.57
Bebas di sini bererti tidak
berada di bawah naungan MARA. Selain itu, Setiausaha Parlimen Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar iaitu Haji Abu Bakar Hamzah juga telah
melahirkan pendapat bahawa ITM sudah layak bergelar universiti.58
55
Orang bukan Melayu melihat penubuhan ITM ini sebagai satu cabaran kepada mereka. Orang bukan Melayu terus berusaha untuk
menggagalkan usaha-usaha Dasar Ekonomi Baru dan orang Melayu. Apabila kerajaan menubuhkan ITM, golongan ini
menggunakan tenaga kewangan sendiri untuk menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman manakala ITM berkembang di seluruh
negara dan mereka merancang untuk berbuat demikian. Penyusunan Semula Masyarakat dan Pembangunan Ekonomi Melayu, Dasar
Ekonomi Baru: Keadaan Kini dan Prospek Masadepan [sic], hlm. 12. Konvensyen Ekonomi Bumiputera, Sessi III, Penyusunan
Semula Masyarakat dan Pembangunan Ekonomi Bumiputera, Rabu 22 Mac 1978, oleh Tajuddin Jali, (Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 19hb-22hb. Mac 1978, Bangi) dalam S.P. 193/15.001. Prof Madya Dr. Ishak bin
Rejab. 56
Menurut Pengerusi Majlis ITM, Datuk Mansor Othman, kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh ITM telah dapat membantu
membetulkan keadaan yang tidak seimbang dalam pembangunan ekonomi, khususnya dalam lapangan perusahaan dan perdagangan.
Lihat Warta ITM Bil. 30 Feb. 1979, “Kejayaan-kejayaan ITM Mula Membetulkan Keadaan Tidak Seimbang‟, hlm. 1, dalam Warta
ITM Bil. 29-35, 37-40 Jan-Julai. Sept-Dis. 1979. 57
Rujuk Berita Harian, 17 Januari 1971. 58
Rujuk Berita Harian, 2 Februari 1973.
Univers
ity of
Mala
ya
111
Walau bagaimanapun, cadangan ini tidak diendahkan oleh pihak kerajaan yang
ketika itu begitu selesa meletakkan ITM di bawah MARA. Tuntutan mula dibuat oleh
Kesatuan Siswa-siswi Institut Teknologi MARA (KSITM) yang menuntut agar ITM
dinaikkan ke taraf universiti.59
Ibrahim Ali selaku Presiden KSITM telah menggesa agar
kerajaan memenuhi hasrat pelajar ITM ketika itu.60
Menurut Ibrahim Ali:
“When I took over the leadership of KSITM, we started to discuss
seriously on the issue of upgrading ITM to a university level during the
second semester of 1972. In the following KSITM council meeting
chaired by Dato‟ Naim Mohamad, we decided that the struggle to make
ITM a university would be at the top of the union‟s agendas.”61
Setelah diselidiki dan dikaji cadangan wakil pelajar, kerajaan telah mengambil
keputusan untuk tidak membenarkan taraf ITM diubah. Hal ini disebabkan masih
banyak perkara yang perlu diperbaiki dan kemudahan yang perlu dimajukan. Sekiranya
ia dinaikkan taraf kepada taraf universiti, dikhuatiri ITM tidak mampu untuk bersaing
dengan universiti lain pada ketika itu.62
Ekoran rasa tidak puas hati kerana hak mereka tidak dipenuhi, sebilangan pelajar
ITM telah berjalan kaki dari kampus Shah Alam untuk berarak di hadapan bangunan
Parlimen pada 22 April 1974.63
Mereka telah dileraikan oleh pasukan polis pada jam
5.30 pagi di Lebuhraya Persekutuan di simpang masuk ke Lapangan Terbang Subang
59
Kesatuan Siswa Institut Teknologi MARA telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri supaya menaikkan taraf ITM
ke taraf sebuah universiti. Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Parlimen Ketiga, Penggal Parlimen Keempat, Jilid IV, Bil. 10, Hari Isnin
29hb April, 1974, Kuala Lumpur: Mohd. Daud Bin Abdul Rahman, J.S.M., Ketua Pengarah Percetakan Semenanjung Malaysia,
1974, I.T.M.-Menaikkan Taraf Universiti, hlm. 1191, dalam S.P. 33/12.001. Tun Dr. Fatimah Binti Hashim. Lihat juga Usul-usul
KSITM dalam Persidangan Agung Tahunan 1973 yang menyatakan bahawa mereka mendesak pihak kerajaan supaya campur
tangan dengan tegas agar ITM dinaikan ke taraf universiti. Desakan ini berdasarkan ITM sudahpun mencapai taraf yang setanding
dengan pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia dan antara bangsa, hlm. 21. Minit Persidangan Agung KSITM 1972/73 pada 15hb
& 16hb September 1973 dalam Penyata Tahunan Dewa Siswa Ke4mpat KSTM 73/74 dalam R. S.M. 91/65 Bhg. 2. Kesatuan Siswa
Institiut Teknologi MARA; d/a Bilik Gerakan Kesatuan, Institiut Teknoloji MARA, Shah Alam, Selangor. 60
Rujuk Berita Harian, 2 Februari 1974 dan 23 Februari 1974. 61
Ibrahim Ali, The Misunderstood Man: An Untold Story, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd, 2016, hlm. 195. 62
Rujuk Berita Harian, 23 Mei 1974. 63
Menurut Ibrahim Ali, “Peristiwa 22 April” menjadi kenangan hingga ke akhir hayat siswa-siswi ITM yang mempelopori tuntutan
berkenaan. Seramai 181 orang ditahan dan dibicarakan di mahkamah, manakala 24 orang telah dimasukkan ke hospital. Beliau
menyatakan semangat, pengorbanan dan keberanian tindakan 22hb April akan diabadikan dalam sejarah KSITM. Lihat Pandangan
Rengkas Presiden KSITM 73/74. Sdr. Ibrahim Ali, hlm. 27 dalam Penyata Tahunan Dewan Siswa Ke4mpat KSITM 73/74, Minit
Persidangan Agung KSITM 1972/73 pada 15hb & 16hb September 1973 dalam R.S.M. 91/65 Bhg. 2. Kesatuan Siswa Institiut
Teknoloji MARA; d/a Bilik Gerakan Kesatuan, Institiut Teknoloji MARA, Shah Alam, Selangor.
Univers
ity of
Mala
ya
112
serta berhampiran dengan kampung Kerinchi. Pelajar-pelajar tersebut telah diarahkan
untuk pulang semula ke kampus masing-masing bagi meneruskan pengajian. Berikutan
tunjuk perasaan tersebut, Majlis Pentadbir telah mengambil keputusan untuk menutup
ITM buat sementara waktu.64
Dua buah jawatankuasa telah dibentuk bagi mengkaji dan membuat laporan
berkenaan dengan kejadian tersebut. Jawatankuasa yang pertama dipengerusikan oleh
Encik Abdul Kadir Talib, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran yang mengkaji
berkenaan sebab-sebab dan kejadian yang membawa kepada tunjuk perasaan di dalam
dan di luar kampus. Jawatankuasa yang kedua dipengerusikan oleh Encik Shev Charan
Singh, seorang pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara yang mengkaji berkenaan
dengan tindakan polis pada 22 April 1974 hingga 24 April 1974. Kedua-dua
jawatankuasa ini dikehendaki menyiapkan laporan dalam tempoh tiga minggu.65
Tunjuk perasaan 1974 ini sedikit sebanyak menunjukkan rasa kurang senang dan
protes yang wujud dalam kalangan pelajar. Pelbagai isu telah mula diperbesarkan oleh
pelajar dan dalam tahun 1975, Encik Arshad Ayub telah ditukarkan perkhidmatannya ke
Bank Negara.66
Kementerian Pelajaran memikirkan perlunya seorang pengganti yang
lebih bijak dalam arena pendidikan agar masalah pelajar yang semakin rumit ini dapat
diatasi. Mereka mahukan seorang ahli akademik dan pentadbir yang berkebolehan.
Calon yang dipilih ialah Datuk Haji Lokman bin Musa. Beliau pernah berkhidmat
sebagai Pengarah Pelajaran Pahang, Pengarah Pelajaran Sabah, Pengarah Latihan Guru-
guru Kementerian Pelajaran dan Pengarah Maktab Bahasa.67
64
Rujuk Minit Mesyuarat Tergempar Majlis Pentadbir ITM,Fail Arkib UiTM Shah Alam, 22 April 1974, jam 11.30 pagi. 65
Rujuk Minit Mesyuarat Khas Majlis Pentadbir ITM, Fail Arkib UiTM Shah Alam, 18 Mei 1974, jam 9.15 pagi. 66
Dua tuduhan dilemparkan kepada ITM iaitu pertama, aspek kewangan di mana akaun ITM dikatakan kucar kacir. Kedua, prestasi
ITM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi diragukan kerana muncul pendapat yang berlawanan mengenai kejayaannya. Lihat PM.
RAHSIA 10259, Jld. XXII, Peringatan Butir-butir Mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Kementerian Yang ke 3 Tahun 1976, hlm. 6.
DalamM. of H. SECRET KK (R)- 351-BHG. (3), Mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Kementerian (Tahun 1975/76). 67
Rujuk Utusan Malaysia, 13 Januari 1976.
Univers
ity of
Mala
ya
113
Sebagai seorang yang telah lama berkecimpung dalam bidang akademik, Datuk
Haji Lokman begitu menitikberatkan aspek disiplin dalam membentuk para pelajar.68
Langkah pertama yang beliau ambil ialah dengan menguatkuasakan peraturan disiplin
yang sedia ada. Tindakan ini telah menimbulkan rasa kurang senang di hati pelajar yang
selama ini sudah begitu asyik dengan gaya hidup bebas.69
Pelajar mula memprotes
apabila mereka tidak puas hati terhadap tindakan pentadbir ITM yang telah
mengumumkan peraturan yang akan diperketatkan di ITM di dalam akhbar.70
Tindakan
ini diibaratkan telah memalukan para pelajar. Mereka marah kerana tidak diajak
berunding terlebih dahulu. Pihak pentadbiran pula merasakan tidak ada apa yang perlu
dirundingkan sementelahan semua peraturan tersebut telah termaktub dalam buku
peraturan yang sedia ada, cuma tidak ada penguatkuasaan. Di antara peraturan yang
menimbulkan rasa tidak puas hati pelajar ialah soal berambut panjang yang disuarakan
di dalam akhbar.71
Keadaan kurang sihat berlaku apabila kebanyakan pelajar lelaki
gemar menyimpan rambut panjang hingga sukar untuk membezakan antara lelaki dan
perempuan.
Pelajar juga telah melemparkan beberapa tuduhan lain. Di antaranya pihak
pentadbir tidak berunding dengan mereka dalam hal-hal kewangan hingga berlakunya
pembaziran.72
Antaranya seperti pembinaan kolam renang di kampus yang dikatakan
membazir sedangkan wang tersebut boleh disalurkan untuk perkara yang lebih penting.
68
Datuk Haji Lokman menyatakan bahawa tujuan utama diadakan disiplin itu ialah untuk menjaga dan memperbaiki imej ITM. Para
pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan bersopan santun. Beliau berharap lepasan ITM pada masa hadapan akan terdiri daripada
golongan orang terpelajar yang cukup baik dan berfikiran suci. Lihat “Jangan Kecewakan Ibubapa- Datuk Pengarah”, Warta ITM, 9.
Mac 76, Bil. 1, hlm. 1. 69
Menurut Mastika, masyarakat memandang dingin terhadap perbuatan penuntut-penuntut ITM dan sebilangan anggota masyarakat
berpendapat penuntut ITM kurang didikan dan asuhan akhlak dan agama. Segala tingkah laku penuntut ITM dikeji dan dicaci. Lihat
Mastika, „Usaha membaiki imej pelajar‟ oleh Mohamed Jusoh, Januari 1974 dalam Koleksi Persendirian Dato‟ Abdul Halim Bin
Salleh. 70
Pengarah ITM telah mengeluarkan surat pekeliling berkenaan disiplin kepada semua pelajar ITM. Salinan surat ini telah dihantar
kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar itu. Surat itu menyatakan bahawa pihak pentadbir ITM akan melakanakan dengan
sepenuhnya segala peraturan tatatertib yang telah lama berada di dalam Buku Panduan Pelajar ITM apabila ITM dibuka semula pada
5 Januari 1976. Antara peraturan tersebut ialah kod etika pelajar yang perlu berambut pendek dan berpakaian sopan. Penyata Rasmi
Parlimen, Dewan Negara, 3 Mei 1976, Jilid II, Bil. 6. hlm. 486. 71
Rujuk Berita Minggu, 11 Januari 1976. 72
Antara usul KSITM dalam Persidangan Agung Tahunan 1973 ialah mendesak pihak Majlis Pentadbir ITM agar mengkaji kembali
kedudukan pentadbiran ITM terutama bahagian kewangan dan hal ehwal pelajar. Usul-usul KSITM dalam Persidangan Agung
Tahunan 1973. Minit Persidangan Agung KSITM 1972/73 pada 15hb & 16hb September 1973 dalam Penyata Tahunan Dewa Siswa
Ke4mpat KSTM 73/74 dalam R. S. M. 91/65, Bhg. 2. Kesatuan Siswa Institiut Teknoloji MARA; d/a Bilik Gerakan Kesatuan,
Institiut Teknoloji MARA, Shah Alam, Selangor, hlm. 21.
Univers
ity of
Mala
ya
114
Selain itu, pelajar juga tidak berpuas hati dengan mesyuarat Majlis Pentadbir yang
diadakan di Bukit Fraser untuk membincangkan tentang hal pentadbiran.73
Ada juga dalam kalangan pelajar yang tidak berpuas hati terhadap pelantikan
Datuk Haji Lokman sebagai Pengarah ITM.Beliau merupakan seorang yang tegas dan
berani dalam menguatkuasakan undang-undang. Walau bagaimanapun, beliau telah
dibenci oleh pelajar dan sebarang tindakan beliau dianggap sebagai bapa yang ingin
menjatuhkan keluarganya sendiri. Segala tindakan beliau telah disalahertikan dan
dibandingkan dengan Bapa ITM iaitu panggilan untuk Encik Arshad Ayub (bekas
Pengarah ITM).74
Meskipun pelajar menentang segala tindakan pentadbiran namun
kuatkuasa undang-undang tetap dijalankan demi untuk menjamin kesejahteraan pelajar
dan memastikan mereka dalam persekitaran akademik yang kondusif.75
Ekoran rasa marah dan merasakan imej pelajar tercemar, seramai 200 orang
pelajar telah bertindak menghalang pendaftaran penuntut yang sepatutnya diadakan
pada 5 Januari 1976. Mereka telah menghalang pensyarah daripada menjalankan
pendaftaran. Mereka juga telah menggelarkan diri mereka sebagai golongan Gestapo.76
Kumpulan ini telah bermaharajalela dengan mengambil alih pentadbiran ITM. Malah,
mereka telah mengugut para pelajar dengan menggunakan besi dan kayu agar menurut
kata mereka. Antara ugutan mereka ialah menghalang pelajar keluar dari kampus.
Mereka yang enggan menurut kehendak Gestapo ini akan dibogelkan dan dihiris dengan
pisau.77
Kumpulan ini muncul setelah timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan
pelajar. Gestapo dianggotai oleh lebih daripada 400 pelajar ITM dan dikatakan
73
Mesyuarat ini merupakan rumusan-rumusan konferensi tahunan ketua-ketua kajian dan bahagian ITM yang bertemakan “ITM ke
arah RMK-3”, 27 hingga 30 Disember 1975 di Hotel Merlin, Bukit Fraser. Rujuk juga Mingguan Malaysia, 15 Februari 1976. 74
Rujuk Berita Harian, 5 Januari 1976. 75
Bantahan pelajar misalnya disuarakan dengan lantang, misalnya dalam mesyuarat KSITM menyatakan bahawa: “Peraturan-
peraturan disiplin tentera sama sekali tidak boleh dikenakan di ITM. Pihak pentadbir mesti berhati-hati dalam mengeluarkan arahan-
arahan dan undang-undang”. Minit Persidangan Agung KSITM 1972/73 pada 15hb & 16hb September 1973, hlm. 22, dalam
Penyata Tahunan Dewa Siswa Keempat KSTM 73/74 dalam R. S. M. 91/65 Bhg. 2. Kesatuan Siswa Institiut Teknoloji MARA; d/a
Bilik Gerakan Kesatuan, Institiut Teknoloji MARA, Shah Alam, Selangor. 76
Rujuk Utusan Malaysia, 14 Februari 1976. 77
Rujuk Berita Harian, 9 Januari 1976 danPenyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, 15 April 1976, hlm. 1353-1354.
Univers
ity of
Mala
ya
115
berperanan sebagai pengawal keselamatan kepada tokoh pelajar iaitu Ibrahim Ali serta
para pelajar ITM.78
Meskipun pelbagai rundingan telah diadakan antara KSITM dan
Pengarah ITM, namun wakil pelajar masih berdegil dan merasakan diri mereka tidak
terbela.
Keadaan semakin meruncing apabila Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu
selaku Menteri Pelajaran telah mengesan aktiviti tidak sihat yang menular dalam
kalangan pelajar ITM. Semasa pelajar bercuti, beliau telah mengambil kesempatan
melawat sendiri ke asrama pelajar bagi melihat keadaan mereka. Hasil pemeriksaan
beliau telah menjumpai beberapa senjata seperti tiga bilah kapak Siam, beberapa butir
peluru, pedang samurai, pedang biasa, lawi ayam, beberapa bilah pisau dan kerambit. Di
samping itu, beliau juga menjumpai alat menghisap dadah, gambar lucah, poster dan
kad pengenalan tiruan. Ini membuktikan bahawa wujud budaya tidak sihat yang akan
memberi kesan buruk kepada pelajar lain yang ingin belajar. ITM sebagai institusi
pendidikan akan terjejas jika perkara sebegini tidak dibendung. 79
Di pinggir jalan, kerajaan telah mengarahkan pasukan polis hutan untuk
mengadakan sekatan jalan raya bagi tujuan keselamatan. Antara punca berlakunya
ketegangan ini ialah kerana masalah kurang komunikasi antara pentadbir dan para
pelajar itu sendiri. Jurang komunikasi ini merupakan satu penyakit yang telah lama
berakar umbi dalam kalangan pelajar. Hubungan renggang antara pihak pentadbiran dan
pelajar telah memberi peluang kepada golongan aktivis untuk meracuni fikiran pelajar
dengan bayangan-bayangan negatif. Mereka bertindak dengan menonjolkan
permasalahan pelajar dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri pelajar. Mereka
secara terang-terangan menyalahkan Pengarah ITM iaitu Datuk Haji Lokman Musa
78
Ibrahim Ali, The Misunderstood Man: An Untold Story, hlm. 198. 79
Rujuk Berita Harian, 23 Februari 1976.
Univers
ity of
Mala
ya
116
sebagai punca kepada segala masalah. Malah, pelajar telah menuntut agar beliau
dilucutkan dari jawatannya dan beliau diminta untuk memohon maaf kepada pelajar.80
Salah faham yang timbul dalam kalangan pelajar ini tidak dapat dileraikan.
Malah pelbagai fitnah dan tohmahan telah dilemparkan kepada pihak pentadbiran.
Majlis Pentadbir gagal untuk menyelesaikan kekusutan yang timbul. Keadaan ini telah
mendesak Menteri Pelajaran untuk mengarahkan agar ITM ditutup serta-merta pada 8
Januari 1976. Penutupan ini adalah selama enam minggu dan semua pelajar telah
diarahkan untuk keluar. Penutupan ITM ini bererti ibu bapa boleh membawa pulang
anak-anak mereka sehingga keadaan kembali tenang. Ini bagi menjamin keselamatan
pelajar, pensyarah dan harta benda ITM. Kira-kira 5000 orang pelajar berada di kolej
ketika pengambilalihan kuasa tersebut. Sesiapa pun tidak dibenarkan masuk ke kampus
termasuk pembekal yang menghantar makanan buat pelajar. Ibu bapa yang datang untuk
mengambil anak mereka akan disoal terlebih dahulu dan perlu meninggalkan kad
pengenalan mereka di bilik pengawal sebelum dibenarkan membawa pulang anak
mereka.81
Meskipun arahan telah dikeluarkan, masih terdapat seramai 20 orang pelajar
yang enggan dan bertindak bermaharajalela masuk ke bilik pejabat pentadbiran serta
membakar surat-surat penting pada waktu malam.82
Tindakan segelintir pelajar yang
tidak berminat terhadap pelajaran ini telah mengakibatkan pelajar yang lain turut
menjadi mangsa. Timbul persoalan di sini, mengapakah pihak pentadbiran gagal untuk
menangani salah faham yang wujud dalam kalangan pelajar. Kemampuan pihak
pentadbiran ITM dicurigai kerana gagal menyelesaikan isu yang kecil ini. Adakah isu
disiplin iaitu berambut panjang telah diperbesarkan hingga mencetuskan tunjuk
80
Rujuk Berita Harian, 11 Januari 1976. 81
Rujuk Berita Harian, 5 Januari 1976. 82
Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Negara, 4 Mei 1976, Jilid II, Bil. 7.
Univers
ity of
Mala
ya
117
perasaan? Adakah mungkin kegagalan ini timbul kerana ITM sendiri tidak mempunyai
tenaga yang cukup untuk mengawal dan menjaga kesejahteraan para pelajar. Mungkin
dari aspek akademik para pelajar telah diberi perhatian yang cukup tetapi bagaimana
pula dari aspek kesejahteraan mereka di kampus. Dengan lain perkataan, pihak
pentadbiran mestilah mengambil berat masalah pelajar dan berada di sisi mereka bagi
menyelesaikan masalah ini. Kegagalan pentadbiran ITM untuk menyelesaikan masalah
ini juga ekoran daripada ketiadaan penguatkuasaan undang-undang untuk mengawal
para pelajar. Sebelum ini, ITM tidak mengambil tindakan tegas terhadap para pelajar
yang tidak berminat untuk belajar. Malah untuk menyingkirkan pelajar adalah amat
sukar sekali. Kini, satu langkah baru telah diambil untuk menggubal satu Rang Undang-
Undang Institut Teknologi MARA dan juga Akta Institusi Pelajar (1976).83
Rang Undang-undang ITM ini telah dibahaskan dan akhirnya diluluskan di
Parlimen. Menurut Seksyen 3, ITM telah dijadikan sebagai sebuah badan berkanun
dengan mempunyai kuasa yang biasanya diperuntukkan untuk sebuah badan berkanun.
Ini bererti ITM tidak lagi duduk di bawah payung MARA seperti di awal
penubuhannya. Malah ITM kini telah dipindahkan dari Kementerian Pembangunan
Negara dan Luar Bandar kepada Kementerian Pelajaran. Jika sebelum ini, kedudukan
ITM adalah sebagai salah satu institusi pendidikan MARA yang bernaung di bawah
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar tetapi kini telah berubah. Ahli
parlimen sebulat suara berpendapat adalah menjadi satu kesilapan untuk meletakkan
ITM di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar memandangkan
status ITM sebagai sebuah institusi pendidikan yang memerlukan satu pengawasan rapi
dan persekitaran yang sihat bagi menggalakkan pelajar menimba ilmu pengetahuan.84
83
Rujuk Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, 15 April 1976, hlm. 1345-1360. 84Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Negara, 4 Mei 1976, Jilid II, Bil. 7, hlm. 621 dan 631.
Univers
ity of
Mala
ya
118
Ternyata kemampuan MARA untuk menguruskan sebuah institusi pendidikan tinggi
sedikit tercalar ekoran daripada insiden yang berlaku.85
Seksyen 4 dalam undang-undang tersebut juga memberi kuasa untuk ITM
menyediakan kursus pengajian, mengadakan peperiksaan dan mengambil sebarang
tindakan yang sesuai bagi pelajaran dan latihan di dalam pelbagai bidang pekerjaan
termasuklah bidang sains, teknologi, perniagaan, perindustrian, pengurusan dan
pentadbiran. Ia juga boleh menganugerahkan diploma dan sijil kepada sesiapa yang
mengikuti kursus pengajiannya di institusi yang diluluskan.86
Selain itu, dalam aspek tatatertib pula, satu undang-undang telah digubal bagi
mengawal tatatertib dalam ITM. Dengan kewujudan undang-undang ini, ketenteraman
dalam ITM dapat dikawal oleh undang-undang yang kukuh dan kuat. Ketiadaan
undang-undang tersendiri telah mengakibatkan masalah sebegini berlaku. Malah
sepanjang tahun akademik 1975 hingga 1976, ITM telah menjadi medan pertelingkahan
pelajar.87
Penuntut ITM mengadakan pelbagai kegiatan yang bukan sahaja mencegah
ketenteraman malah menghalang aktiviti pembelajaran berjalan dengan lancar.88
Oleh
itu, adalah perlu untuk mengadakan satu undang-undang bagi mengawal tindak-tanduk
pelajar. Dengan kewujudan Undang-undang ITM ini, ketenteraman dalam ITM dapat
dikawal malah pelajar lebih akur dengan peraturan yang ketat.89
85
Pengerusi MARA, Senator Datuk Nazri Tan Sri Aziz menyatakan bahawa kerajaan meletakkan ITM di bawah Kementerian
Pendidikan pada tahun 1975 dengan alasan pengendalian pendidikan tinggi hanya menjadi milik kementerian. Lihat “MARA berhak
ke atas ITM-Datuk Nazri”, hlm. 14 dalam Dimensi, Bil. 8, Jilid 17, November 1994. 86
Ibid, hlm. 622. 87
KSITM dan lain-lain pertubuhan pelajar telah mengadakan mesyuarat dan mengeluarkan kenyataan bersama yang antara lain
tidak mengiktiraf Datuk Lokman Musa sebagai Pengarah ITM serta meminta diadakan dialog dengan Menteri Pelajaran, Dr.
Mahathir serta mengutuk Akta Kolej Universiti. P. M. RAHSIA 10259, Jld. XXII, Peringatan Butir-butir Mesyuarat Ketua-ketua
Setiausaha Kementerian Yang Ke-5 Tahun 1976, hlm. 4. dalam M. of H. SECRET KK (R)- 351-BHG. (3), Mesyuarat Ketua-ketua
Setiausaha Kementerian (Tahun 1975/76). 88 Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Negara, 4 Mei 1976, Jilid II, Bil. 7, hlm. 630-631. 89 Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, 15 April 1976, hlm. 1352-1354.
Univers
ity of
Mala
ya
119
Menurut Seksyen 10, undang-undang tersebut, termaktub larangan pelajar
daripada melibatkan diri dalam persatuan, parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain
pertubuhan. Seksyen ini juga melarang pelajar atau pertubuhan dari menyatakan
sokongan, simpati atau bangkangan terhadap sesuatu parti politik. Larangan ini
bertujuan untuk memusatkan perhatian pelajar pada ilmu pengetahuan dan
menghindarkan pelajar daripada menyertai kegiatan yang bertentangan dengan tugas
mereka sebagai seorang pelajar.90
Dengan pengenalan Undang-undang ITM dan Undang-undang Tatatertib, secara
tidak langsung telah membawa ITM kepada satu lembaran baru dengan bentuk
pentadbiran yang lebih tersusun dan cekap. ITM telah menjadi sebuah badan berkanun
di bawah Kementerian Pelajaran. Pemindahan ITM ke Kementerian Pelajaran dianggap
perlu kerana ia dirancang sebagai institusi pendidikan yang mengambil penuntut dalam
kalangan para pelajar sekolah. Sudah tiba masanya ITM bersaing dengan institusi
pendidikan yang lain. Kedudukan ITM yang berada di bawah Kementerian Pelajaran
juga akan membantu ITM untuk mendapatkan maklumat tentang pendidikan dari
Kementerian Pelajaran.91
Dalam Undang-undang ITM telah termaktub dalam Seksyen 35(2) iaitu
Bahagian VII, beberapa peruntukan peralihan untuk menentukan bahawa perubahan
taraf Institut Teknologi MARA daripada sebuah institusi pendidikan yang dikendalikan
oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada sebuah badan berkanun. Ia dinyatakan
seperti berikut:
90
Ibid., hlm. 1356. 91
Ibid., hlm. 1230.
Univers
ity of
Mala
ya
120
“Subject to the provisions of this act, all powers, rights, privileges,
duties, liabilities or obligations which immediately before the appointed
date were those of MARA in respect of ITM, or those of ITM, shall, as
from the date, devolve on the Universiti (ITM) established by this act.”92
Selain itu, segala bentuk aset berupa tanah dan apa jua yang menjadi milik ITM ketika
di bawah MARA hendaklah dipindahkan serta-merta di bawah kuasa ITM sendiri
berkuatkuasa daripada tarikh akta ini diluluskan. Ini bermakna, semua harta yang
sedang digunakan oleh ITM sekarang termasuk mana-mana tanah atas nama MARA
sekarang telah menjadi hak ITM.93
Walau bagaimanapun, perkataan MARA yang
terletak dihujung nama ITM tidak digugurkan bagi melambangkan asal usulnya sebagai
sebuah institut yang telah ditubuhkan di bawah MARA.94
Ekoran demonstrasi yang
dijalankan oleh pelajar telah sedikit sebanyak menjejaskan prestasi para pelajar ITM
secara keseluruhannya. Ini dapat dilihat melalui keputusan peperiksaan para pelajar bagi
tahun 1976 dalam Jadual 3.5.
Jadual 3.5: Keputusan Peperiksaan Bagi Jun 1976
Keputusan Diploma Tinggi Diploma
Lulus 529 36
Lulus selepas mengulang 44 12
Mengulang semua subjek - 3
Dalam perhatian 136 -
Diberhentikan 92 -
Jumlah 801 51
Sumber: Laporan Tahunan ITM 1976, hlm. 33.
92
Rujuk Universiti Teknologi MARA Act1976, hlm. 36. 93
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MARA Ke-64 bertarikh 7 April 1976. 94
Ibid., hlm. 35.
Univers
ity of
Mala
ya
121
Jadual 3.6: Keputusan Peperiksaan Bulan Disember 1976
Keputusan Peringkat Diploma Diploma Tinggi
Lulus 553 13
Lulus selepas mengulang 63 1
Dalam perhatian 153 1
Diberhentikan 125 -
Jumlah 894 15
Sumber: Laporan Tahunan ITM 1976, hlm. 34.
Melalui jadual di atas, dapat dikenalpasti jumlah pelajar yang lulus, lulus selepas
mengulang, dalam perhatian dan diberhentikan. Misalnya, jumlah pelajar yang
diberhentikan telah meningkat dari 92 oang kepada 125 orang. Manakala jumlah pelajar
yang dalam perhatian juga meningkat dari 136 orang kepada 153 orang. Ini
menunjukkan bahawa tunjuk perasaan yang berlaku telah memberi kesan kepada pelajar
dan menjadikan ITM itu sendiri sebagai medan pertelingkahan. Tuduh menuduh dan
syak wasangka yang berleluasa telah mengganggu proses pembelajaran ilmu dalam
kalangan pelajar.
Jelas di sini bahawa langkah-langkah positif yang telah diambil oleh pihak
kerajaan melalui ITM ini telah berjaya mengubah tindak tanduk pelajar agar lebih fokus
terhadap tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.95
Dengan pengenalan
Undang-undang ITM dan Akta Institusi-institusi Pelajaran (tatatertib) 1976, telah
berjaya mengawal tindak tanduk pelajar ITM. Aktiviti selain pendidikan dapat dicegah
dan para pelajar dapat belajar dalam keadaan yang kondusif. Sebarang bentuk tindakan
mempengaruhi pelajar juga dapat dibanteras dengan mudah kerana wujudnya akta yang
menghalang kegiatan tersebut. Ini secara tidak langsung akan menjamin perkembangan
95
Ucapan Y.B.Dato‟ Musa Hitam selaku Menteri Pelajaran Malaysia di Konvokesyen ITM pada 13 dan 14 Oktober 1979, Dewan
Besar ITM Shah Alam, hlm. 2.
Univers
ity of
Mala
ya
122
pendidikan ITM itu sendiri. Jesteru, mulai 1976 ITM bertindak dengan lebih giat dalam
mengembangkan potensinya sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang lebih
pesat.96
Walaupun ITM terjejas dengan krisis yang melandanya pada tahun 1974-1976,
pengambilalihan institusi berkenaan oleh Kementerian Pelajaran telah mengembalikan
semula keadaan ITM sebagaimana asalnya. ITM terus menerima penyertaan pelajar
yang semakin bertambah tahun demi tahun. Hal ini dapat dibuktikan melalui hakikat di
mana pada tahun 1975, terdapat kira-kira seramai 6,900 pelajar di ITM. Jumlah pelajar
terus meningkat saban tahun sehingga hampir mencecah 45,000 orang pada tahun
1996.97
3.8 Penubuhan Institut Perdagangan MARA
Sewaktu pembentangan rang undang-undang ITM di Parlimen, berlaku sedikit hujahan
idea antara ahli parlimen tentang program yang dijalankan di ITM. Salah seorang
daripada ahli parlimen tersebut ialah Tuan Zakaria bin Haji Abdul Rahman (Besut) yang
telah mengutarakan idea agar ITM mengadakan kursus-kursus dalam pentadbiran,
pengurusan, perdagangan dan perakaunan pada peringkat yang lebih rendah daripada
apa yang ditawarkan sekarang.98
Ini ekoran terdapat ramai lulusan SRP atau LCE yang
masih menganggur dan tidak dapat meneruskan pengajian walau ke mana jua pun. Pada
masa itu, syarikat kecil yang wujud di kawasan luar bandar hanya memerlukan
pegawai-pegawai peringkat rendah untuk berkhidmat. Syarikat-syarikat ini hanya
mampu membayar gaji yang sedikit dan menginginkan pekerja rendah yang mampu
menguruskan syarikat dengan baik. Seandainya pekerja itu mampu membuat simpanan
96
New Straits Times, “Arshad: Review UiTM‟s Policies”, 4 December 2015. 97
Sin Yee Koh, Race, Education, and Citizenship: Mobile Malaysians, British Colonial Legacies, and a Culture of Migration , New
York: Palgrave Macmillan, 2017, hlm. 84. 98
Bahagian guna tenaga di Jabatan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973 telah membuat pelunjuran bahawa permintaan guna
tenaga jenis ikhtisas, pentadbiran dan pengurusan dan para ikhtisas akan berjumlah 78,685 orang pada tahun 1980 dan 141,554
orang pada tahun 1990 berbanding dengan 49,371 orang pada tahun 1973. Konvensyen Ekonomi Bumiputra, Sessi II, Penyertaan
Bumiputra dalam & Perindustrian Perdagangan, kertas kerja Selasa 21hb. Mac, 1978 Menyedia dan Memperlengkapkan Pengurus-
pengurus Bumiputra untuk Masa Depan oleh Dr. Nik A. Rashid Ismail, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 1, dalam S.P.
193/15.001. Prof Madya Dr. Ishak Bin Rejab.
Univers
ity of
Mala
ya
123
kira-kira dan hal pentadbiran syarikat, ia secara tidak langsung akan membantu syarikat
tersebut untuk beroperasi dan terus berkembang.99
Idea ini telah dipertimbangkan oleh
semua ahli Dewan Rakyat yang juga diwakili oleh Dr. Mahathir Mohamad selaku
Menteri Pelajaran. Meskipun keputusan tidak dibuat serta-merta, namun keperluan
untuk melahirkan lulusan peringkat rendah dianggap serius demi mengisi keperluan
negara.
Kehilangan ITM daripada MARA telah memberi tamparan yang hebat terhadap
kredibiliti MARA dalam menguruskan sebuah institusi pengajian tinggi. Meskipun
MARA tidak boleh dipersalahkan dalam hal kehilangan ITM ini, namun ia sedikit
sebanyak memberi kesan hitam bagi organisasi ini kerana rasa terkilan akan kehilangan
sebuah institusi yang begitu gah di persada tanah air ketika itu. Dalam tahun 1970-an,
MARA sekali lagi telah mengorak langkah mewujudkan institusi yang baru khususnya
dalam bidang perdagangan. Kehilangan ITM dalam tahun 1976 telah memberi satu
semangat baru kepada MARA untuk menubuhkan sebuah institusi yang dikenali sebagai
Institut Perdagangan MARA (IPM). Hal ini direaslisasikan apabila IPM ditubuhkan
pada 1977.100
Penubuhan institut ini adalah bertujuan untuk menjalankan kursus-kursus
perdagangan bagi peringkat certificate kepada anak-anak Bumiputera untuk
membolehkan mereka mencari pekerjaan di dalam sektor swasta bagi jawatan seperti
book-keeper, accounts clerks, costs clerks, billing clerks, shipping clerks, invoice clerks,
purchasing clerks, wages clerks dan salesman.
Institut Perdagangan MARA (IPM) ini diharapkan dapat melahirkan pekerja
mahir golongan pengkeranian dalam bahagian industri dan sektor swasta yang
diperlukan untuk Rancangan Malaysia Ketiga. Keperluan tenaga kerja dalam bidang ini
99 Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, 15 April 1976, hlm.1313-1314. 100
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan 2004, hlm. 168.
Univers
ity of
Mala
ya
124
adalah amat diperlukan memandangkan peluang pekerjaan seperti ini masih baru untuk
jangka waktu tersebut. Jadual di bawah menunjukkan perangkaan tenaga kerja yang
diperlukan dalam industri dan sektor swasta bagi tahun 1975-1980.
Jadual 3.7: Perangkaan Tenaga Kerja dalam Industri dan Sektor Swasta, 1975-
1980
Jawatan 1975 1980 Tambahan 1976-
1980
Book-
keepers,cashiers
and related workers
23,458
29,738
6,280
Clerical and
Related Workers
72,909
95,918
23,009
Other Clerical
Workers
43,734 58,699 14,965
Sales Workers
39,780
40,666
886
Jumlah 179,881 225,021 45,140
Sumber: Kertas kerja yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
MARA, Mesyuarat Ke-63 pada 3 Mac 1976, Bil. 9/76, hlm. 1.
Jadual di atas menunjukkan perangkaan jumlah tenaga kerja yang diperlukan pada tahun
1975 dan 1980. Seramai 179,881 tenaga kerja yang diperlukan bagi pelbagai skop kerja
peringkat rendah untuk tahun 1975. Manakala pada tahun 1980, seramai 225,021 tenaga
kerja diperlukan. Dalam tempoh lima tahun sahaja, seramai 45,140 tenaga kerja
diperlukan dalam pelbagai bidang pekerjaan. Ini menunjukkan permintaan bagi sektor
pekerjaan ini amat tinggi dalam pasaran negara pada masa itu.
Univers
ity of
Mala
ya
125
Kursus perdagangan peringkat diploma dan ijazah dalam bidang ikhtisas dan
separa ikhtisas hanya ditawarkan oleh Institut Teknologi MARA. Sebaliknya, graduan
lepasan ITM ini lebih kepada menawarkan jawatan peringkat eksekutif, industri, swasta,
badan berkanun dan juga jabatan kerajaan. Walau bagaimanapun, jumlah anak
Bumiputera yang menjawat jawatan rendah seperti book-keepers, account clerks dan
sebagainya masih ketara ramainya. Oleh yang demikian, penubuhan IPM ini dirasakan
tepat pada masanya dalam mewujudkan peluang untuk anak Bumiputera berkecimpung
dalam bidang perdagangan bagi membekalkan tenaga kerja untuk sektor swasta dan
industri.
Era 1970-an telah memperlihatkan kemunculan institusi-institusi perdagangan
bersendirian seperti Goon Institute, Shaw Institute, Cyma College dan sebagainya
disekitar Kuala Lumpur dan Selangor tetapi bilangan anak Bumiputera yang mengikuti
kursus ini adalah sebanyak 5%-10%. Ini dapat dibuktikan melalui angka-angka di
bawah:
Jadual 3.8: Jumlah Bumiputera yang Mengikuti Kursus Perdagangan di Negeri
Selangor
Tahun Jumlah (orang)
1971
1972
1973
1974
1975
4,841
6,857
7,378
7,703
8,715
Jumlah 35,494
Sumber: Kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MARA, Mesyuarat Ke-63
pada 3 Mac 1976, Bil. 9/76, hlm. 2.
Univers
ity of
Mala
ya
126
Jadual 3.8 menunjukkan jumlah yang mengikuti kursus perdagangan bagi tahun 1971
hingga 1975. Daripada jumlah tersebut, hanya sebanyak 5%-10% sahaja golongan
Bumiputera yang mengikuti kursus tersebut. Manakala jumlah penuntut yang mendaftar
bagi peperiksaan Malaysia Commercial Certificate adalah seperti berikut:
Jadual 3.9: Jumlah Pendaftar Bagi Peperiksaan Malaysia Commercial Certificate
di Seluruh Negara
Tahun Jumlah calon (orang)
1972
1973
1974
1975
8,210
9,640
10,120
10,848
Jumlah 38,818
Sumber: Kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MARA, Mesyuarat
Ke-63 pada 3 Mac 1976, Bil. 9/76, hlm. 3.
Jadual 3.9 menjelaskan bahawa jumlah calon yang mengikuti kursus perdagangan
adalah sedikit meskipun jumlah keseluruhan yang menduduki peperiksaan tersebut
adalah agak ramai. Misalnya dari tahun 1972 hingga 1975, seramai 38,818 orang pelajar
menduduki peperiksaan Malaysia Commercial Certificate sedangkan yang berpeluang
menduduki kursus perdagangan hanyalah seramai 35,494 orang. Daripada jumlah itu,
golongan Bumiputera yang berpeluang untuk mengikuti kursus perdagangan adalah
begitu sedikit ekoran daripada jumlah yuran yang tinggi.101
101
Dipetik dan diolah dari kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MARA yang Ke-63 pada 3 Mac 1976, Bil 9/76.
Univers
ity of
Mala
ya
127
Secara tidak langsung, ia menjadi penghalang kepada pelajar Bumiputera yang
sememangnya tidak mampu untuk menampung kos yuran yang tinggi. Ada antara
mereka yang mengikuti kursus ini juga hanyalah separuh jalan sahaja dan mata
pelajaran yang diambil juga tidak lengkap. Selain itu, ada di antara mereka yang
merupakan lepasan SPM tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana kurang menerima
bimbingan mengenai pentingnya kursus perdagangan ini.
Masalah kekurangan anak Bumiputera dalam lapangan perdagangan ini tidak
boleh dibiarkan berpanjangan dan usaha-usaha serta tindakan tegas perlu diambil untuk
membetulkan keadaan tidak seimbang. Oleh itu, tujuan mengadakan Institut
Perdagangan MARA adalah semata-mata untuk mengatasi masalah kekurangan
bilangan anak Bumiputera yang berkelulusan perdagangan di peringkat rendah. Dengan
kewujudan IPM bukan sahaja dapat mengambil dan melatih lebih ramai anak
Bumiputera dalam bidang perdagangan untuk disalurkan ke syarikat swasta tetapi juga
mampu disalurkan ke sektor awam.
Sebagai langkah awal, kursus ini akan dikendalikan di sebuah bangunan yang
disewa di Kuala Lumpur. Bangunan yang dimaksudkan ialah bangunan bekas pejabat
Syarikat Lori Malaysia Berhad di Kampung Datok Keramat, Kuala Lumpur. Bangunan
ini adalah di bawah kelolaan Bahagian Kenderaan MARA. Kursus yang dikendalikan di
peringkat awal ialah London Chamber of Commerce dan Malaysia Commercial
Certificate. Syarat kemasukan bagi mengikuti kursus mestilah lulus dalam peperiksaan
MCE serta mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perdagangan. Setiap kursus
ini memakan masa selama dua tahun dan terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
Univers
ity of
Mala
ya
128
a) Tahun Pertama – Pertengahan (Intermediate).
b) Tahun Kedua – Tinggi (Higher).
Sebagai langkah permulaan, kursus sulung yang dikendalikan ialah kursus
London Chamber of Commerce dan kemudian pada tahun 1978/1979 kursus Malaysia
Commercial Certificate dijalankan. MARA tidak dapat mengendalikan kursus Malaysia
Commercial Certificate secara serentak dengan London Chamber of Commerce kerana
subjek yang perlu diajar belum mencukupi dan memerlukan masa untuk
melengkapkannya. Selain itu, masalah yuran yang tinggi terpaksa dikenakan sekiranya
peperiksaan yang diadakan adalah dari luar negara. Oleh itu, pihak MARA telah
berusaha mendapatkan pengiktirafan dari sektor swasta dan industri yang sedia ada bagi
menampung kos yuran tersebut.
3.9 Perkembangan Kursus di Institut Perdagangan MARA
Subjek yang diajar bagi kursus London Chamber of Commerce (LCC) ialah seperti
berikut:
Jadual 3.10: Subjek yang Diajar Bagi Kursus London Chamber of Commerce
Tahun Pengajian Kursus
Tahun Pertama – Peringkat
Pertengahan (Intermediate)
Book-keeping
Structure of Commerce
Economics
Costing
English
Arithematic
Univers
ity of
Mala
ya
129
Jadual 3.10, sambungan
Tahun Pengajian
Kursus
Tahun Kedua - Peringkat
Tinggi (Higher)
Accounting
Commerce and Finance
Economics
Costing
English
Auditing
Salesmanship & Sales
Management
Commercial Law
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 1978 dan1979,
hlm.7-13.
Kesemua kursus LCC ini dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. Sebagai langkah
permulaan, seramai lima orang tenaga pengajar diperlukan dalam bidang ini iaitu dalam
kalangan mereka yang mempunyai diploma dalam bidang profesional misalnya lepasan
ITM dan mempunyai pengalaman dalam bidang ini.
Jadual 3.11: Bilangan Pengambilan dan Pengeluaran Pelatih Institut
Perdagangan MARA, 1978 & 1979
Tahun Pengambilan Pengeluaran
1978 23 2
1979 197 79
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 1978 dan 1979,
hlm. 7-13.
Jadual di atas menunjukkan jumlah pengambilan dan jumlah yang tamat bagi kursus-
kursus yang ditawarkan di Institut Perdagangan MARA dari tahun 1978 hingga 1980.102
Pada tahu 1978, daripada sejumlah 23 orang yang memasuki IPM, hanya dua orang
sahaja yang berjaya menamatkan pengajian, manakala pada tahun berikutnya, daripada
102
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 1979, hlm.7.
Univers
ity of
Mala
ya
130
seramai 197 orang pelajar yang mendaftar di IPM, seramai 79 orang telah berhasil
menamatkan kursus yang diikuti. Situasi yang berlaku memperlihatkan IPM telah
berkembang dengan pantas dalam tahun-tahun pertama penubuhannya. Tempoh awal
penubuhan institusi ini juga memperlihatkan IPM telah menawarkan pelbagai jenis
kursus. Selain dari menawarkan kursus LCCI di peringkat awal, MARA juga
menawarkan kursus NCC (National Computing Centre) dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, dalam era perkembangan seterusnya kursus-kursus yang diasaskan di
peringkat awal ini telah dimansuhkan dan digantikan dengan kursus yang baru.103
Pengendalian kursus-kursus di IPM oleh MARA memperlihatkan pemilihan
subjek-subjek yang dilihat mampu memberikan faedah kepada para pelajar yang
mengikuti kursus-kursus berkenaan. Berdasarkan senarai kursus yang ditawarkan pada
peringkat awal penubuhan IPM iaitu kursus-kursus perdagangan bagi peringkat
certificate kepada anak-anak Bumiputera, ia telah membolehkan mereka mencari
pekerjaan di dalam sektor swasta selepas selesai menjalani kursus yang dikendalikan.
Kualiti pendidikan tinggi yang ditawarkan di IPM telah memberikan peluang kepada
pelajar Bumiputera yang menamatkan pengajian untuk merebut peluang yang tersedia
yang tersedia. Perkara ini telah membuktikan kemampuan MARA mengendalikan IPM
sebagai sebuah institusi pengajian tinggi. Justeru, kehilangan ITM tidak merencatkan
usaha MARA bagi memberika peluang pendidikan tinggi kepada golongan muda
Bumiputera.
103
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MARA Ke-63, 3 Mac 1976, Bil. 9/76 bertajuk Rancangan Menubuhkan Institut Kemahiran
MARA (Perdagangan), hlm. 1-9.
Univers
ity of
Mala
ya
131
3.10 Pencapaian Pelajar
Normah bt Hashim yang berkelulusan SPM pada tahun 1978 dengan Gred 2 telah
memulakan pengajian di IPM pada tahun 1979. Beliau menamatkan pengajiannya
setahun kemudian dan berjaya mendapatkan Sijil LCCI. Sehubungan itu, Normah bt
Hashim telah bertugas sebagai Kerani Akaun di Arab Malaysia Merchant Bank dalam
bidang akaun harian dengan gaji bulanan sebanyak RM1500.104
Manakala Nor Fauziah
bt Mohd Nasir yang mendapat Gred 3 dalam SPM (1977) telah mengikuti pengajian di
IPM bermula 1979 sehingga 1980. Beliau telah telah berjaya mendapatkan Sijil LCCC
dari IPM. Dengan sijil yang diperolehi, Fauziah bt Mohd Nasir telah menjawat jawatan
System Accountant dan bertugas dalam bidang Report and Management di Arab
Malaysian Merchant Bank. Beliau telah menjana pendapat sebanyak RM 2,500
sebulan.105
Berdasarkan rekod pencapaian kedua-dua bekas pelajar berkenaan, mereka nyata
berjaya mendapat Sijil LCCI dan LCCC di IPM. Meskipun kedua-kedua pelajar tersebut
mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam SPM iaitu hanya mendapat Gred 2
dan Gred 3, namun mereka berjaya memperoleh gaji yang agak lumayan dengan
bantuan sijil yang diperoleh dari IPM. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa MARA
kini berkecimpung dalam membekalkan tenaga kerja peringkat pertengahan kepada
sektor kerajaan dan sektor swasta.106
104
MARA, The New Economic Policy, 1971-1990. 105
Ibid. 106
Kerajaan telah menetapkan bahawa warganegara Malaysia terutamanya Bumiputera hendaklah menyertai syarikat-syarikat
tertentu di bidang-bidang gunatenaga (employment), pengurusan (management) di semua peringkat dan pengedaran barang-barang
keperluan (product distribution), khidmat-khidmat (services) seperti tender-tender, kontrak, penggunaan (sic) perkhidmatan ikhtisas
(seperti Jurubina, insurans, iklan, Jurukira, undang-undang dan lain-lain lagi. Y. 10/1/222, Creation of a Malay Commercial and
Industrial Community, BPE. 11/12. Rahsia. Panduan Terhadap Struktur Modal Syarikat-syarikat Usaha Bersama di Lapangan-
lapangan Galian, Kemajuan Harta-harta dan Kegiatan-kegiatan yang Menggunakan Punca-punca Asli Negara, hlm. 3.
Univers
ity of
Mala
ya
132
3.11 Kesimpulan
Dalam bidang pendidikan tinggi di Malaysia, kejayaan ITM telah membuktikan
kemampuan MARA dalam mengurus tadbir suatu sistem pendidikan tinggi untuk
Bumiputera di Malaysia. Ketika kerajaan berusaha untuk mewujudkan keseimbangan
ekonomi dan sosial dalam kalangan kaum di Malaysia, MARA melalui ITM yang
dikendalikannya telah memainkan peranan untuk menyediakan peluang pendidikan
tinggi kepada golongan Bumiputera yang masih ketinggalan. Bermula sebagai sebuah
maktab, ITM berkembang sebagai sebuah institusi yang menawarkan kursus-kursus
yang berkualiti serta turut merintis bidang-bidang yang belum wujud dalam negara
ketika itu. Keadaan ini menggambarkan keupayaan ITM yang dikendalikan MARA
untuk mengembangkan keupayaan pendidikan tinggi ke tahap yang boleh dibanggakan.
Namun, kejayaan MARA dalam menguruskan ITM telah tercalar dengan krisis
dalam yang melanda ITM pada dekad 1970-an. Konflik ini telah membawa kepada
pengambilalihan langsung ITM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1976.
Walau bagaimanapun, nama MARA terus dikekalkan pada nama institusi berkenaan
sekaligus memahat peranan yang pernah dilaksanakan MARA dalam
membangunkannya. Menurut Tan Sri Arshad Ayub, walaupun MARA yang melahirkan
ITM tidak memeliharanya sehingga ke hari ini, pengambilalihannya ke pihak
kementerian sudah cukup untuk membuktikan kewibawaan MARA.107
Kehilangan yang
berlaku tidak mematahkan usaha MARA untuk membuka peluang pendidikan tinggi
kepada Bumiputera di Malaysia. Justeru, penubuhan IPM merupakan satu penerusan
langkah MARA dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi dan sosial dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. IPM sebagai salah satu kesinambungan pemberian pendidikan
107
Menurut Tan Sri Arshad Ayub, beliau melihat pengambilalihan ITM oleh Kementerian Pendidikan sebagai satu hikmah. Beliau
yang memegang prinsip failure is the stepping stone for success sentiasa menganggap segala kegagalan sebagai satu lonjakan untuk
berjaya. Semangat inilah yang diterapkan ketika beliau menerajui ITM.
Univers
ity of
Mala
ya
133
tinggi oleh MARA juga telah memperlihatkan kemampuannya dalam lapangan
pendidikan tinggi di Malaysia.
Univers
ity of
Mala
ya
134
BAB 4: PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN INSTITUT KEMAHIRAN
MARA, 1968-1980
4.1 Pengenalan
Bab ini memperlihatkan perkembangan Institut Kemahiran MARA (IKM) yang
merupakan salah satu cabang pendidikan yang dijana oleh Majlis Amanah Rakyat
(MARA). Sejak penubuhannya pada tahun 1968, IKM memiliki reputasi tersendiri
dalam mewujudkan tenaga kerja Bumiputera khususnya dalam bidang vokasional.
Tempoh masa antara tahun 1968 sehingga tahun 1980 merupakan tempoh yang sangat
penting untuk melihat fungsi IKM sebagai institusi yang memainkan peranan penting
dalam penyediaan program latihan kemahiran kepada belia Bumiputera lepasan sekolah
menengah. Lantaran tanggungjawab sedemikian, IKM juga berperanan menyediakan
tenaga kerja berkemahiran dalam usaha memenuhi permintaan tenaga kerja mahir di
Malaysia.
Persoalan yang akan dikupas dalam bab ini ialah sejauhmanakah IKM berupaya
berkembang dan memenuhi hasrat kerajaan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) serta permintaan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran yang khusus. Oleh
itu, bab ini dibahagikan kepada beberapa bahagian merangkumi latar penubuhan IKM,
perkembangan IKM, perkembangan kursus dan latihan IKM, permasalahan yang
terpaksa dihadapi institusi ini dan pencapaian-pencapaian IKM. Jelaslah, IKM dilihat
berhasil mewujudkan tenaga kerja mahir sebagaimana yang dikehendaki negara
sekaligus memperjelaskan kebolehan MARA dalam mendukung hasrat melahirkan
masyarakat Bumiputera yang berdaya saing.
Univers
ity of
Mala
ya
135
4.2 Penubuhan Institut Kemahiran MARA (IKM)
Sekolah latihan kemahiran ini dirangka bagi golongan pelajar yang agak lemah dari segi
akademik tetapi berminat untuk mendalami bidang kemahiran.1 Latihan kemahiran mula
difikirkan oleh MARA pada tahun 1967 untuk mengatasi kelemahan sosioekonomi
Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Dalam era 1960-an,
keperluan latihan kemahiran dianggap sebagai satu inisiatif untuk melayakkan
Bumiputera berkhidmat dalam sektor perusahaan dan perindustrian.2 Bidang kemahiran
merupakan suatu bidang yang baru.3 Dalam mesyuarat Pengarah-pengarah Bahagian
Pendidikan telah dirumuskan bahawa:
“Vocational Training in Malaysia, as it is understood today, is a
comparatively new field. In carrying out the task of economic and social
development in Malaysia, special attention must be given to two
important factors: trained manpower and capital. The less developed a
national economy, the greater is the need for investment in trained
manpower. This helps to explain why development is very slow in some
extremely backward countries even after there is a generous flow of
capital into their economics because there isn’t the skilled manpower to
handle this flow of capital. In Malaysia, particularly among the
Bumiputras, it is this lack of trained manpower which has stiffled this big
demand for trained manpower. In fact, the Central Apprenticeship Board,
the Technical institutes and private industry have never included in their
planning the light of this situation, it is MARA’s firm intention to bridge
the critical gap in Bumiputra development to complement/supplement
the educational/training programmes of the Ministries of Education and
Labour. It also fits in with the aims of the First Malaysia Development
Plan, which is to satisfy the big and urgent need for trained manpower to
carry out its economic diversification and industrialization
programmes.”4
1 Sebelum tahun 1970, penglibatan orang Melayu dalam lapangan teknikal adalah sangat rendah. Misalnya, menurut J. Faaland yang
menulis Dokumen A Bagi Pertumbuhan Dengan Imbangan Kaum, juruteknik Melayu hakikatnya hampir tiada. Lihat Just Faaland,
Jack Parkinson & Rais bin Sulaiman, Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu , Shah
Alam: SPEKTRA, 2002, hlm. 240. Dokumen berkenaan merupakan penilaian awal peribadi J. Faaland semata -mata dan ditulis
beberapa minggu selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Kertas ini diedar dengan meluas dalam jabatan kerajaan. 2 Sejarah, Kini, Menuju Puncak Latihan Kemahiran MARA, Bahagian Kemahiran MARA, tiada tahun, hlm. 4.
3 Ketika misi Bank Dunia mengadakan tinjauan ekonomi di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Dalam laporan yang
dikeluarkan, Bank Dunia menyatakan ketiadaan sistem latihan yang bersistematik, terarah dan terpusat untuk buruh berkemahiran.
Bentuk latihan yang wujud ialah beberapa latihan yang dijalankan di kawasan-kawasan industri kerajaan dan di beberapa buah
bengkel yang dimiliki orang Cina. International Seminar on Industrial Vocational Training Federal Republic of Germany-4th to 24
th
June, 1972. Industrial Training Programmes of the Ministry of Labour and Manpower, Malaysia, hlm. 6, dalam KB/JTR/02/1642.
International Seminar Industrial Vocational Training-Germany, 4th to 24
th June 72.
4 Minit Mesyuarat Pengarah-pengarah, Bil. 5/67, pada 28 Mac 1967.
Univers
ity of
Mala
ya
136
Ini bermakna program latihan kemahiran MARA telah dirangka atas sebab tertentu
untuk mengubah atau menaiktaraf bidang yang diceburi oleh Bumiputera yang lebih
memfokuskan kepada pertanian, penternakan dan perikanan.5 Bidang seperti ini tidak
dapat bersaing pada zaman moden seperti sekarang ini.6 Selain itu, latihan yang
disediakan oleh kerajaan juga tidak mencukupi.7 Berlaku kekurangan Bumiputera
terlatih yang layak untuk industri negara kita.8 Misalnya The Central Apprenticeship
Scheme mengambil masa lima tahun untuk melatih seorang pekerja terlatih.
Pada 1966, seramai 113,480 orang yang menganggur telah berdaftar di
Kementerian Buruh.9 Di kawasan luar bandar juga, masih terlalu ramai yang masih
menganggur.10
Kebanyakan penganggur tersebut adalah terdiri daripada golongan
Bumiputera. Disebabkan ingin mencari pekerjaan, golongan Bumiputera telah berhijrah
beramai-ramai ke bandar untuk mencari pekerjaan.11
Kebanyakan mereka gagal
5 Dengan objektif yang sangat jelas untuk menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, MARA telah menyusun
strategi pelaksanaan melalui Program/Aktiviti Pembangunan Usahawan, Latihan & Pendidikan, Perindustrian dan Perkhidmatan
secara bersepadu ke arah pembentukan masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (MPPB). Deraf Talking Points Y. A.
B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia Sempena Pelancaran Sambutan Perayaan Jubli Emas RIDA-
MARA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur Pada 3 November 2000 (Jumaat), hlm. 15, dalam Ucapan Perdana
Menteri: Sambutan Jubli Emas RIDA-MARA (1950-2000) 3 Nov. 2000. Untuk melihat kegiatan utama orang Melayu sebelum di
era sebelum kemerdekaan, khususnya di era pra kolonial, lihat R.O. Winstedt, Papers on Malay Subjects-Malay Industries, Part I,
Arts and Crafts, Kuala Lumpur: F.M.S. Government Press, 1925. 6 Bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membolehkan orang Melayu bersaing dengan kaum bukan Melayu,
Kerajaan Malaysia menggariskan dua sasaran utama iaitu membasmi kemiskinan dan menstruktur semula masyarakat demi
membolehkan orang Melayu memainkan peranan aktif dalam ekonomi negara. Development of Small-scale Entrepreneurs for
Entrepreneurial Development Division Majlis Amanah Rakyat (MARA) Malaysia, hlm. 2, dalam BPE 58/4/24.UNDP-Assistance
for MARA. 7 Misalnya wujud Industrial Training Institute di Klang Road, Kuala Lumpur yang menyediakan kursus latihan perantis di bawah
National Apprenticeship Scheme. Lihat Industrial Training Institute-Vocational Training Course dalam KB/JTR/02/130. Unesco
Vocational & Technical Education. 8 Menurut International Labour Office (ILO), jika sektor moden tidak diurus dengan baik, Malaysia (India dan Pakistan sebagai
contoh yang lain) dilihat berpotensi menyaksikan keadaan di mana sebahagian tenaga kerja sedia ada terpaksa mendapatkan
pekerjaan di sektor berproduktiviti rendah atau menganggur. International Labour Office, Asian Manpower Plan; Revised Draft
Project Request to UNDP for the Establishment of a Team of Expert, hlm. 6, dalam 24345 Vol: I. I.L.O Asian Manpower Plan. 9 Kadar peningkatan tahunan yang dicatatkan bagi pengangguran di Malaysia Barat antara tahun 1962-67 ialah kira-kira 4.8. Lihat
Enche Ali Abdul Hassan, “Manpower Requirements and Planning of Vocational and Technical Training”, Colombo Plan Seminar
on National Planning of Vocational and Technical Training, Petaling Jaya, Malaysia, June 1970, Colombo Plan Bureau, dalam
(022) 98-6. Colombo Plan Bureau-National Seminar on National Planning of Vocational Training (Malaysia-16-19 March,1970). 10
Dalam ucapan perasmian Persidangan Agong Tahunan Persatuan Kelab2 Belia Malaysia (M. A. Y. C.) pada Jumaat 19 April 1968
di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tun Razak menyatakan bahawa masalah serius yang terpaksa dihadapi kerajaan ketika
itu dan tahun-tahun berikutnya ialah masalah pengangguran, terutamanya dalam kalangan belia. Kerajaan pada ketika itu mencari
jalan untuk memberikan lebih banyak peluang kepada para belia untuk mendapatkan latihan sebagai buruh mahir. Lihat Straits
Times, “Jobs for Youth Drive, Razak tells Conference of Two-Pronge Programme”, 20 April 1968, dalam M. R. D. 652A/16.
Parliamentary Questions and Answers, 1968 Y. B. Tuan Adwin Anak Tangkun (Mulut). 11
Lihat Ahmad Idriss, Dasar Ekonomi Baru, Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd., 1988, hlm. 60-89.
Univers
ity of
Mala
ya
137
mendapatkan pekerjaan kerana kurang kemahiran dalam sesuatu bidang.12
Lantaran itu,
mereka akan kekal di bandar dan terjebak dengan gejala sosial.13
Memandangkan matlamat kerajaan hendak merombak semula masyarakat
supaya struktur pekerjaan di negara ini dapat mencerminkan pengimbangan kaum demi
kepentingan perpaduan negara, maka usaha untuk melengkapkan belia-belia
Bumiputera dengan bilangan yang lebih banyak bagi menyediakan diri mereka
menyertai lapangan perusahaan dan perniagaan di dalam negara hendaklah dilipatganda
dan dipercepatkan.14
Negara yang sedang membangun seperti Malaysia memerlukan
tenaga manusia yang terlatih untuk memenuhi peluang pekerjaan dalam pelbagai jenis
dan peringkat kemahiran untuk mempercepatkan perkembangan ekonomi supaya rakyat
dapat mengecapi kemewahan di samping menghapuskan jurang perbezaan dalam
lapangan ekonomi di antara kaum.15
Atas alasan tersebut, MARA telah menyahut cabaran untuk mewujudkan satu
program kemahiran yang mencakupi segala bentuk bidang yang diperlukan di pasaran
negara.16
Cara ini diharapkan akan melahirkan belia yang mampu menceburi bidang
perusahaan dan perdagangan.17
Bahagian Pendidikan dan Latihan Kemahiran MARA
telah dipertanggungjawab untuk mewujudkan program-program yang berasaskan
kemahiran bagi mengeluarkan pekerja separa mahir yang berpengetahuan (knowledge-
12
Kekurangan kemahiran dalam kalangan belia Bumiputera merupakan antara penghalang kepada tercapainya objektif DEB.
Golongan belia begitu diharap oleh pendukung-pendukung DEB untuk mengisi tempat dalam sektor perdagangan dan perindustrian.
Lihat Filosofi dan Strategi Baru Perkhidmatan Belia (Kertas Kerja Pengarah Belia) dalam PM 14729/S.J.2, J/K atas Strateji
Pembangunan Perusahaan. 13
Minit Mesyuarat Pengarah-Pengarah MARA, Bil 5/67, pada 28 Mac 1967. 14
Hal ini adalah bagi memenuhi kehendak kerajaan dalam strategi serampang dua mata untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira
kaum dan keturunan dan menyusun semula masyarakat bagi memecahkan benteng-benteng pemisahan antara kaum yang
berdasarkan kegiatan ekonomi dan mewujudkan 30% ahli perniagaan dan perusahaan Melayu. Lihat Filosofi dan Strateji Baru
Perkhidmatan Belia (Kertas Kerja Pengarah Belia) dalam PM 14729/S.J.2. J/K Atas Strateji Pembangunan Perusahaan. 15
Minit Mesyuarat Majlis, Bil. 9/72, Mesyuarat Ke-28, 5 April 1972. 16
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengamanahkan MARA untuk menubuh dan menyelenggarakan pusat-pusat latihan
kemahiran. Lihat (55) dlm. JPM. Sulit. 40102, Jld. IV, Surat Tunku Daud Shahriman bin Tunku Sulaiman, Ketua Pengarah,
Bahagian Penyelarasan Pelaksanaan dan Kemajuan Pentadbiran, Jabatan Perdana Menteri kepada Timbalan Pengerusi MARA,
Pengarah Bahagian Latihan MARA, Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Y. B. Setiausaha Kerajaan
Negeri Johor, Y. B. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Y. B. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, 3 Mac 1973, dalam BPE (BT).
58/4/4, United Nation-Leather Training Expert for MARA. Mr. J. A. Rant. 17
Minit Mesyuarat Pengarah-pengarah, Bil. 5/67, pada 28 Mac 1967.
Univers
ity of
Mala
ya
138
based) dan terlatih dalam pelbagai bidang teknologi melalui strategi pembangunan insan
yang baik serta pembangunan program latihan kemahiran untuk mendukung
perkembangan industri dalam dan luar negara.18
Langkah ini sekali gus akan
melahirkan tenaga kerja yang bersahsiah serta mempunyai ciri keusahawanan.19
Perancangan MARA terhadap peningkatan kemahiran telah wujud dalam
Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970. Dalam tempoh tersebut, MARA telah berjaya
mendirikan tiga buah sekolah kemahiran dan satu pusat latihan iaitu Sekolah Latihan
Kemahiran Melaka, Sekolah Latihan Kemahiran Alor Setar, Institut Kemahiran Petaling
Jaya dan Pusat Latihan Kuala Terengganu.20
Pada mulanya, pihak MARA hanya
menggunakan nama sekolah pada pusat-pusat latihan yang dibinanya. Walau
bagaimanapun, pada tahun 1970, nama tersebut diganti dengan nama “institut”. Salah
satu sebab berlakunya perubahan ini ialah untuk membezakan antara pelatih di pusat
tersebut dengan pelajar sekolah biasa. Tambahan pula, pelatih-pelatih yang diambil
belajar ke pusat-pusat tersebut terdiri daripada lepasan sekolah dan nama sekolah
latihan kemahiran MARA adalah kurang sesuai untuk digunakan dan telah diubah
kepada Institut Kemahiran MARA. Nama Institut Kemahiran MARA mula digunakan
semasa upacara perasmian pusat Latihan Kemahiran Petaling Jaya pada 23 Oktober
1970.21
Objektif penubuhan institut ini ialah untuk memberi latihan kemahiran secara
formal dalam bidang-bidang kemahiran dan teknikal yang diperlukan oleh industri.
Sasaran institut dan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada golongan Bumiputera
18
Dasar-dasar di Bawah Latihan kemahiran, Draf 2, Bahagian Pendidikan dan Latihan Kemahiran, September 2005, hlm. 1-2. 19
Matlamat utama Cawangan Latehan Kemahiran MARA ialah memberi latihan kemahiran kepada belia Bumiputera untuk
menggalakkan penyertaan mereka yang lebih bermakna dalam bidang perusahaan dan perdagangan. Dasar yang diikuti adalah untuk
mencapai cita-cita berkenaan ialah menerusi latihan-latihan supaya membolehkan para pelatih mendapat pekerjaan yang bersesuaian
selepas tamat latihan. Lihat Taklimat Chawangan Latehan Kemahiran MARA kapada Meshuarat Ketiga Jawatan Kuasa Atas Strateji
Pembangunan Perusahaan, hlm. 1, dalam JPM 14729/S. J. 2. J/K Atas Strateji Pembangunan Perusahaan. 20
Di bawah skim latihan vokasional, MARA menubuhkan institut vokasionalnya yang tersendiri untuk pelajar lepasan tingkatan
lima sekolah menengah. Lihat juga MARA in Brief, Kuala Lumpur: Publics Relations Unit, MARA, 1979, hlm. 15. 21
Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua, 1971-1975, Kuala Lumpur: 1970, hlm. 1.
Univers
ity of
Mala
ya
139
yang telah menamatkan persekolahan di peringkat menengah untuk meneruskan
pengajian. Sebelum penubuhan Sekolah Latihan Kemahiran, MARA telah bertindak
menghantar para pelatih untuk menjalani program sambil kerja.
Walau bagaimanapun, program yang diadakan ini menyediakan peluang yang amat
terhad. Ini menggerakkan MARA untuk menubuhkan sebuah institusi yang boleh
menampung pelajar yang ramai dan mampu menyediakan kurikulum yang tersendiri
bersesuaian dengan pasaran kerja.
Pada tahun 1968, dengan peruntukan sebanyak RM 750,000, Sekolah Latihan
Kemahiran MARA, Jalan Hang Tuah, Melaka22
telah dibina untuk memberi latihan
kemahiran dalam bidang Automobile dan General Mechanics. Ia sebagai salah satu
usaha bagi menghasilkan pekerja mahir. Perubahan dasar negara daripada negara
berasaskan pertanian kepada perusahaan dan perindustrian telah melahirkan keperluan
akan pekerja mahir dan separa mahir. Pada bulan November 1968, seramai 96 orang
pelatih telah diambil bagi mengikuti kursus tersebut. Jumlah tenaga pengajar ialah
seramai lapan orang berserta seorang pengetua. Institut ini menelan belanja yang agak
besar iaitu sebanyak $312,580 manakala perbelanjaan alat-alat perkakas ialah sebanyak
$136,800 dan kelengkapan pejabat pula ialah sebanyak $12,690.23
Sekolah Latihan Kemahiran MARA Melaka telah dirancang penubuhannya pada
pertengahan tahun 1967. Pembinaan sekolah ini telah dijalankan pada bulan Februari
1968 dan siap pada November 1968. En Hijjas bin Kasturi merupakan arkitek bagi
pembinaan Sekolah Latihan Kemahiran MARA Melaka. Juruteranya adalah Encik
22
Sekolah Latihan Kemahiran MARA telah dibina di Jalan Hang Tuah, Melaka iaitu bertentangan dengan Malay Taxi Co-operative
Workshop Complex. Minit Mesyuarat Pengarah-pengarah, Bil. 5/67 pada 28 Mac 1967. 23
Perpustakaan MARA Kuala Lumpur, Minit Mesyuarat Majlis, Bil. 41/71, Mesyuarat Ke-25 pada 30 Julai 1971. Rujuk juga Majlis
Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 1967, hlm. 5. Temuramah dengan Tuan Haji Abdul Hamid bin Dato’ Haji
Mohd Salleh pada 26 Ogos 2008, jam 10.40 pagi di rumah beliau di Batu Berendam, Melaka. Beliau merupakan Pegawai Latihan
Kemahiran pertama di Bahagian Latihan MARA pada tahun 1967. Beliau telah ditugaskan untuk merancang dan melaksanakan
semua inisiatif pembangunan latihan kemahiran sehingga tertubuhnya Sekolah Latihan Kemahiran Melaka pada tahun 1968. Beliau
kemudian dilantik sebagai Pengetua pertama sekolah tersebut sehingga tahun 1980. Selepas bertugas sebagai Pengetua IKM KL dan
Timbalan Pengarah Cawangan Kemahiran, beliau seterusnya berkhidmat sebagai Pengetua IKM Jasin dari tahun 1986 sehingga
bersara pada tahun 1995.
Univers
ity of
Mala
ya
140
Haron bin Moss. Kerajaan Melaka telah sudi memberikan tanah sebagai tapak
pembinaan bagi sekolah ini. Tiada alasan yang tepat mengapa Melaka dipilih untuk
dijadikan tapak pembinaan Sekolah Latihan Kemahiran MARA.24
Lembaga Letrik
Negara dan Pejabat Kerja Raya Melaka telah memberikan kerjasama yang baik dalam
menubuhkan sekolah ini. Syarikat Cycle & Carriage, Asia Motors dan Far Eastern
Motors juga telah menyumbang enjin motor, carta dan lukisan yang berkaitan dengan
kerja latihan. Jurulatih telah dihantar ke Jerman Barat dan Jepun pada tahun 1967 untuk
menjalankan latihan tertentu selama satu tahun lebih sehingga mereka pulang pada
November 1968 untuk berkhidmat sebagai tenaga pengajar. MARA telah
membelanjakan wang sebanyak $470,000 untuk membina dan mengadakan alatan-
alatan work shop yang moden di sekolah ini bagi menjamin kepentingan rakyat
Bumiputera.
Selaras dengan peredaran dan perkembangan semasa, nama Sekolah Latihan
Kemahiran MARA telah diubah ke Institut Kemahiran MARA pada tahun 1972. Pada
Februari 1970, Sekolah Latihan Kemahiran MARA Melaka telah diperbesarkan lagi
dengan binaan bangunan tambahan. Peruntukan yang diperlukan ialah sebanyak
$50,000.25
Pembinaan bangunan tambahan ini adalah bagi mengatasi masalah bilangan
penuntut yang terhad. Buat pertama kali, Sekolah Latihan Kemahiran MARA (SLKM)
yang kemudiannya diubah kepada Institut Kemahiran MARA (IKM) beroperasi dengan
mengambil seramai 96 belia Bumiputera yang kebanyakannya terdiri daripada bekas-
bekas pelatih di bengkel Bahagian Kenderaan MARA di Datok Keramat.26
Pada ketika
itu, MARA mempunyai bengkel membaiki kenderaan sendiri seperti bas yang terletak
di Jalan Datok Keramat, Kuala Lumpur. Penubuhan bengkel ini adalah untuk memberi
24
BL 41, 1965-1973, Fail MARA KL, 1965-1975. 25
Surat dari Pengarah Bahagian Latihan MARA Encik Ali Redza bin Khalid kepada Pengarah Bahagian Kewangan dan Kira-kira
bertarikh 14 September 1970. 26
Temuramah Encik Jaafar bin Hamzah, bekas tenaga pengajar IKM Jasin pada 20 Ogos 2010 pada jam 11.00 pagi di rumah beliau.
Univers
ity of
Mala
ya
141
tunjuk ajar kepada pemandu-pemandu dan mekanik-mekanik bas MARA. Kebanyakan
kakitangan bengkel ini turut serta mengikuti program kemahiran MARA.27
4.3 Perkembangan Kursus Latihan di Institut Kemahiran MARA
Pada peringkat permulaan, pihak IKM menghadapi masalah untuk menarik perhatian
belia-belia Bumiputera bagi mengikuti latihan di sini. Oleh itu, pihak MARA sendiri
telah mengambil inisiatif mencari pelatih dengan menarik perhatian belia yang sedang
menjalankan latihan di bengkel Datok Keramat. Ternyata usaha ini membuahkan hasil
apabila beberapa orang daripada mereka telah mendaftar sebagai pelatih di IKM. 28
Pada tanggal 9 Mac 1969, IKM Melaka telah dirasmikan oleh Tun Abdul Razak
bin Hussin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Di antara yang hadir
pada majlis ini ialah Pengarah Bahagian Latihan MARA iaitu Encik Mansor bin
Othman, Menteri Pembangunan Luar Bandar iaitu Encik Ghaffar bin Baba dan Ketua
Menteri Melaka iaitu Datuk Talib bin Kasim. Pengetua bagi IKM ialah Encik Abdul
Hamid bin Dato’ Mohd Salleh. Moto sekolah kemahiran ialah “Maju”. Maju merupakan
satu perkataan yang amat ringkas tetapi membawa makna yang besar dan mendalam. Ia
merujuk kepada kemajuan yang ingin dicapai oleh masyarakat Bumiputera itu sendiri
dan Sekolah Latihan Kemahiran MARA (SLKM) akan menjadi platform bagi mencapai
kemajuan tersebut. Walau bagaimanapun, moto tersebut telah bertukar kemudiannya
kepada “Kemahiran Asas Kemajuan”. Moto ini lebih jelas dan dapat menunjukkan
matlamat SLKM yang sebenar.
27
Bernama, 11 Jun 1968. 28
Temuramah Encik Yunus bin Ibrahim iaitu bekas pelajar SLKM pada 10 November 2010, jam 2 petang di rumah beliau. Beliau
menamatkan pengajian di SLKM pada tahun 1970 dalam jurusan Motor Mobil. Setelah tamat, beliau terus mendapat kerja di Sabah
sebagai mekanik biasa. Beberapa bulan bekerja di Sabah, beliau mendapat tawaran melanjutkan latihan kemahiran untuk menjadi
Jurutunjuk. Beliau telah dihantar ke London bagi menjalani latihan tersebut. Setelah pulang, beliau menjawat jawatan sebagai
tenaga pengajar ketukangan.
Univers
ity of
Mala
ya
142
Pelajar yang diambil untuk belajar di SLKM mestilah mempunyai kelulusan
sekurang-kurangnya SRP dan SPM. Pada peringkat awal, kursus yang diajar ialah
Kajisawat Motor, Lukisan Jentera, Kajisawat Am, Kimpalan, Melarik, Memesin, Ketuk-
mengetuk dan Cat Mengecat Kereta. Selain kursus teknik, pelatih juga akan mengambil
mata pelajaran tambahan seperti Bahasa Inggeris dan Ilmu Hisab. Bahasa Inggeris
diwajibkan agar pelatih dapat menguasai bahasa ini dengan baik dan membolehkan
mereka melanjutkan pelajaran ke luar negeri.29
Selain SLKM Melaka, pusat latihan MARA di Gong Kapas, Kuala Terengganu
telah dirancang penubuhannya bersama-sama dengan SLKM Melaka. Usul
penubuhannya telah dibangkitkan pada bulan Oktober 1967. Pusat Latihan Kemahiran
MARA Kuala Terengganu telah dibuka pada 1 September 1968. Kursus yang
ditawarkan ialah kursus jahitan dan pusat ini juga dikenali sebagai Pusat Jahitan.30
Seramai 21 orang pelatih telah diambil yang terdiri daripada lelaki dan perempuan.
Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan ramai tenaga terlatih dalam
bidang jahitan. Pada tahun 1972, kursus jahitan ini telah dipindahkan ke IKM Petaling
Jaya di Jalan Templer dan ia dikenali sebagai IKM Jahitan Petaling Jaya.
Antara kursus yang ditawarkan ialah kursus jahitan pakaian perempuan dan
pakaian lelaki, solekan dan hiasan rambut. Perpindahan ini terjadi kerana Pusat Latihan
Kemahiran MARA Kuala Terengganu menghadapi masalah rumit iaitu kekurangan
tenaga pengajar. Ini membawa kepada perpindahan lokasi kursus agar masalah ini dapat
diatasi dan pengambilan pelajar juga dapat dijalankan dengan lancar.31
Menurut Tuan
Haji Abdul Aziz, kursus ini telah dipindahkan ekoran masalah kewangan yang dihadapi
oleh MARA. Peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan adalah tidak
29
Rujuk Berita Harian, 11 Mac 1970. 30
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Penyata Tahunan MARA Negeri Terengganu 1971, hlm. 20. 31
Ibid., hlm. 20.
Univers
ity of
Mala
ya
143
mencukupi. Hal ini seterusnya mendesak MARA untuk memindahkan pusat tersebut ke
Petaling Jaya.32
Selepas tahun 1985, kursus jahitan telah dipindahkan ke IKM Jasin manakala
kursus solekan dan hiasan rambut pula telah diberhentikan. IKM Petaling Jaya telah
digantikan dengan kursus elektronik industri, elektronik instrumen, lukisan seni bina,
lukisan rangka bina dan lukisan jentera. Kursus solekan dan hiasan rambut telah
dihentikan kerana kurang mendapat sambutan daripada masyarakat. Sepanjang kursus
jahitan diadakan di Kuala Terengganu, seramai 167 orang pelatih telah berjaya
dihasilkan dan kira-kira 55% daripada mereka telah berjaya menubuhkan kedai jahitan
sendiri dan terdapat juga segelintir mereka yang bekerja makan gaji.33
MARA juga mengasaskan sebuah sekolah latihan di negeri Kedah pada 1
Januari 1969 dan dikenali sebagai Sekolah Kemahiran Alor Setar yang terletak di
Lorong Terus, Jalan Kota Tanah, Alor Setar, Kedah. Sekolah ini telah ditadbir oleh
Kerajaan Negeri Kedah sejak 33 tahun dahulu. Pada ketika itu, ia dikenali sebagai
Sekolah Tukang Kayu Tongkang Yard. Sekolah ini digunakan oleh kerajaan Kedah
untuk melatih Bumiputera dalam bidang pertukangan. Kerajaan Negeri Kedah telah
mempelawa MARA untuk mengambil alih pentadbiran sekolah ini. Hasil perbincangan
antara MARA dan kerajaan negeri Kedah, MARA telah bersetuju untuk mengambil alih
sekolah ini pada awal 1969.34
MARA telah menanggung perbelanjaan sebanyak
$78,716 setahun bagi membiayai sekolah tersebut. Kesemua guru dan kakitangan
sekolah ini telah diambil oleh MARA untuk meneruskan operasi sekolah tersebut.
32
Temuramah Tuan Hj Abdul Aziz bin Abdul selaku bekas Timbalan Pengarah IKM pada 15 Mac 2011 di rumah beliau pada jam
11 pagi. Tuan Hj Abdul Aziz bin Abdul telah dilahirkan pada 4 Januari 1947. Beliau berkelulusan Ijazah Kejuruteraan. Pada tahun
1972, beliau telah dilantik sebagai Pengetua IKM Johor Bahru. Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Kemahiran
pada tahun 1983 dan seterusnya pada tahun 1990-an, beliau dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kemahiran MARA sehingga beliau
bersara. Pada tahun 2001 dan 2002, beliau dilantik sebagai CEO MIAT dan kini beliau menjadi Pengarah bagi Syarikat Federal
Power milik adik beliau. 33
Laporan Bahagian Kemahiran MARA, 1 Ogos 1980, hlm. 1. Temuramah dengan Encik Ahmad Azizul Rahman, bekas ketua
urusan kurikulum IKM, Bahagian Kemahiran MARA pada 3 Februari 2011. 34
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Penyata Tahunan MARA 1968.
Univers
ity of
Mala
ya
144
Sekolah ini telah memperkenalkan beberapa jenis kursus antaranya pertukangan kayu,
pertukangan konkrit/batu-bata, pertukangan memasang paip, pertukangan cat-mengecat,
pertukangan perabot, pertukangan plaster and tiling dan latihan memperbaiki jentera-
jentera pertanian.35
Sebagai permulaan, pelajar yang diambil adalah seramai 49 orang sahaja.36
Dari
segi kursusnya pula, MARA meneruskan kursus pertukangan kayu yang telah
dijalankan sebelum ini. Di samping itu, MARA turut menambah kursus-kursus baru
seperti pertukangan bata dan lukisan seni bina.37
Kelayakan minima untuk memasuki
kursus ini ialah lulus peringkat SRP sahaja. Pelatih akan diberikan biasiswa MARA
sebanyak $60.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian di sana.38
Di akhir Rancangan
Malaysia Pertama, MARA telah berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi
mutu latihan kemahiran dari segi pemilihan calon-calonnya melalui penilaian jenis-jenis
latihan dan penempatan calon-calon kepada jenis latihan yang lebih berguna. Tidak
ketinggalan, usaha-usaha untuk menambahkan bilangan pelatih di pusat latihan
kemahiran MARA, bengkel atau gudang dan syarikat kepunyaan Bahagian Kenderaan
MARA di negeri-negeri turut dijalankan.
Dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Pertama juga, MARA telah
mengambil langkah baru untuk membuka peluang latihan kepada calon dari Sabah dan
Sarawak. Seramai enam orang pelatih dari Sarawak telah diterima berlatih di IKM
Melaka dan sepuluh orang di IKM Petaling Jaya pada 15 Jun 1970.39
Peluang ini telah
disambut baik oleh Bumiputera Sabah dan Sarawak memandangkan kurangnya
35
Minit Mesyuarat Majlis MARA, Bil. 41/71, Mesyuarat Ke-25 pada 30 Julai 1971. 36
Ibid., hlm. 35. 37
Rujuk Utusan Malaysia, 15 April 1972. 38
Ibid. 39
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Penyata Tahunan MARA 1970, hlm. 81.
Univers
ity of
Mala
ya
145
penubuhan pusat latihan sebegini di sana.40
Malahan pihak MARA negeri Sabah pernah
mencadangkan agar ditubuhkan sebuah pusat latihan kemahiran di negeri tersebut.41
Namun, masalah kewangan yang melanda telah mengekang hasrat MARA untuk
menubuhkan pusat latihan di kedua-dua buah negeri itu.
Ketika tamat tempoh Rancangan Malaysia Pertama, satu mesyuarat mengenai
penubuhan pusat-pusat kemahiran telah diadakan pada 17 November 1970 di Bilik
Mesyuarat Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar. Mesyuarat tersebut
dipengerusikan oleh Encik Abdul Malik bin Mohd Yunus. Hasil mesyuarat tersebut
merumuskan bahawa Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar serta pihak
kementerian telah bersetuju untuk menyerahkan agensi penubuhan pusat latihan
kemahiran kepada pihak MARA. Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli jawatankuasa yang
terdiri daripada Pegawai Kemajuan Negeri Selangor, Pegawai Kementerian Pelajaran,
Pegawai Bahagian Perancang Ekonomi dan Pegawai Bahagian Latihan MARA.42
Mesyuarat ini juga telah membincangkan penubuhan IKM Kampung Pandan, Sungai
Petani dan Kuantan yang akan dimasukkan ke dalam projek Rancangan Malaysia
Kedua.43
Namun, dalam tempoh ini, dua buah IKM yang tiada dalam perancangan juga
ditubuhkan iaitu IKM Johor Bahru dan IKM Lumut.44
40
Rujuk Utusan Malaysia, 15 April 1972. 41
Rujuk Utusan Malaysia, 4 Jun 1970. 42
Arkib Negara Malaysia, Minit Mesyuarat Penubuhan Pusat-pusat Kemahiran, BL 330, Fail MARA-KL 1965. 43
Institut Kemahiran MARA, Kuala Lumpur (1972), Institut Kemahiran MARA, Sungai Petani (1972) dan Institut Kemahiran
MARA, Kuantan (1973). Lihat Taklimat Chawangan Latehan Kemahiran MARA kapada Meshuarat Ketiga Jawatan Kuasa Atas
Strateji Pembangunan Perusahaan, hlm. 5, dalam JPM 14729/S. J. 2. J/K Atas Strateji Pembangunan Perusahaan. 44
Arkib Negara Malaysia, Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua, MARA.
Univers
ity of
Mala
ya
146
Dalam Rancangan Malaysia Kedua,45
penubuhan IKM Kampung Pandan
merupakan projek pertama MARA.46
Pembinaan IKM ini adalah untuk menampung
pertambahan pelatih-pelatih di IKM Petaling Jaya. MARA telah mendapat peruntukan
sebanyak $3.5 juta untuk melaksanakan projek Rancangan Malaysia Kedua.47
Tanah
seluas 4.61 ekar diperuntukkan untuk pembinaan IKM Kampung Pandan.48
Pembinaan
bangunan bagi institut ini dijangka akan bermula pada awal tahun 1972. Apabila siap
kelak, institut dijangka mampu menampung pelatih seramai kira-kira 580 orang untuk
mengikuti latihan selama dua tahun. Walau bagaimanapun, di peringkat permulaan ia
akan menerima seramai 64 orang pelatih sahaja. Mereka ini akan diserapkan dalam
kursus seperti elektrik dan elektronik. Seramai lapan orang tenaga pengajar disediakan
di IKM Kampung Pandan.49
Setelah IKM Kampung Pandan siap dibina, kursus yang
ada di IKM Petaling Jaya akan dipindahkan ke sini. Pada Ogos 1973, kursus IKM
Petaling Jaya telah dipindahkan ke IKM Kampung Pandan. Malah, beberapa kursus
baru telah diserapkan sebagai langkah mempelbagaikan kursus di IKM.50
Antara kursus
yang akan ditawarkan di IKM Kampung Pandan ialah seperti berikut:
a) General Mechanical Trades.
b) Electronic, Radio/TV Trade.
c) Electrical Trades.
d) Refrigeration/Air Conditioning Trades.
45
Strategi pertama Rancangan Malaysia Kedua ialah membasmi kemiskinan yang turut berkaitan dengan usaha mengurangkan
pengangguran dan meningkatkan daya pengeluaran para pekerja. Kawasan luar bandar dilihat mengalami masalah pengangguran
serta mempunyai daya pengeluaran yang rendah. Oleh itu, kerajaan melihat orang Melayu yang merupakan penduduk terbesar
kawasan luar bandar menghadapi masalah berkenaan. Lampiran I, Ranchangan Malaysia Kedua Di-Tinjau Dari Konsep dan Tujuan
Revolusi Mental dalam Surat Persendirian (S. P.) 33/A/2/95. Tun Dr. Fatimah Binti Hashim. UMNO-General. Setiausaha Agung
Persatuan Guru2 Sa-Malaysia juga menyatakan bahawa sistem pelajaran negara lebih memberatkan ke arah sains dan teknologi.
Rancangan Malaysia Kedua akan mewujudkan lebih banyak pekerja terlatih. Lihat China Press, 9 September 1971, dalam S. P.
33/A/2/95. Tun Dr. Fatimah Binti Hashim. UMNO-General. 46
IKM Kampung Pandan juga merupakan projek institut vokasional yang mengadakan latihan teknikal dan industri dalam
Rancangan Malaysia Kedua. Untuk keterangan lanjut, lihat MARA Vocational Institute Kuala Lumpur dalam Project Proposal of
the Government of Malaysia by MARA under the Japanese Technical Aid dalam BPE (BT) 58/4/5 Vol: I. Colombo Plan-Japan:
Experts & Equipment for MARA Vocational Institutes. 47
Rujuk Bernama, 27 April 1971. 48
Lihat 441/1-17. 441-Tanah, 1-Permohonan,-17-Permohonan Tapak Tanah Kemahiran MARA-Di-Kampong Pandan-Kuala
Lumpur. 49
Alam MARA, Unit Perhubungan Korporat, Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur, Januari/Februari 1985, hlm. 15. 50
Rujuk Bernama, 26 Jun 1973.
Univers
ity of
Mala
ya
147
e) Hotel and Catering Trades.51
Berikut adalah pecahan kursus dan bilangan pelatih di IKM Kampung Pandan:
Jadual 4.1: Pecahan Kursus dan Bilangan Pelatih di IKM Kampung Pandan Bagi
Tahun 1971
Kursus Bil Pelatih Tahun 1 Bil Pelatih Tahun 2
Mechining
Fitting
Welding (i) Gas
(ii) Electric
Airconditioning
Refrigeration
Sheet metal
Draughtmanship (Mechanical)
42
42
14
14
14
14
14
28
42
42
14
14
14
14
14
28
Kursus Bil Pelatih Tahun 1 Bil Pelatih Tahun 2
Electronic:
i) Radio/Amplifier
ii) Telivision
iii) Tape Recorder
iv) Radio/TV
Transmitter
v) Industrial
Electronics
Electrical:
i) Electrical Wiring
ii) Electrical
Fittings/appliances
iii) Armature
Winding/Motors/
Generators, etc.
14
14
14
14
14
14
14
14
14
14
14
14
14
14
14
14
Sumber: Minit Mesyuarat Majlis MARA Ke-26, 4 November 1971.
Pada 26 Jun 1972, satu perjanjian untuk mengadakan kursus elektrik dan elektronik
telah ditandatangani antara MARA dan agensi Kerjasama Teknikal Seberang Laut.
Hasil daripada perjanjian ini juga pihak MARA telah mendapat bantuan teknikal dan
latihan kelengkapan dan kepakaran berkaitan dengan kursus tersebut. Antara kursus
yang diperkenalkan di IKM Kampung Pandan ialah elektrik (domestic/industry),
51
Perpustakaan MARA Kuala Lumpur, Minit Mesyuarat Majlis MARA ke 26, 4 November 1971.
Univers
ity of
Mala
ya
148
Kajisawat Radio dan TV, Kajisawat Am, Kepingan Logam, Pemesenan Am, Tuangan
Logam, Elektronik Industri, Elektronik Instrumen, Mengetuk dan Mengecat kereta.52
MARA seterusnya telah menubuhkan IKM Sungai Petani pada tahun 1973 yang
bertempat di Lebuh Raya Sungai Petani, Kedah. Pembinaan IKM Sungai Petani
bermula dengan pengambilan tanah seluas 10 ekar yang diperoleh pada tahun 1971.
Projek ini bermula pada tahun 1972 dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM
850,000. Jumlah ini hanya merangkumi perbelanjaan membeli tanah dan peralatan
moden.53
IKM Sungai Petani merupakan sambungan dari IKM Alor Setar. Oleh sebab
IKM tersebut tidak besar, kerajaan memberi peruntukan yang lebih besar kepada
MARA untuk menyiapkan infrastruktur yang lengkap bagi menjalankan kursus
pertukangan dan juga kursus jangka pendek selama 3 hingga 12 bulan.54
Jurusan latihan
yang disediakan ialah pertukangan kayu, pertukangan perabot, binaan bangunan, lukisan
pembinaan, kimpalan, lukisan rangkai bina, lukisan seni bina.55
Oleh sebab penubuhan IKM ini dilakukan di tanah yang tidak luas, ia menyekat
perkembangan institut tersebut. MARA berpendapat adalah perlu untuk mencari tapak
baru dengan keluasan tanah yang sesuai. Oleh itu, MARA telah cuba untuk
mendapatkan sebuah kawasan tanah seluas 10 ekar di daerah Sungai Petani dengan
harga $8,500 seekar.56
Pada 1 Ogos 1973, IKM Sungai Petani telah ditubuhkan bagi
memenuhi kehendak permintaan pelatih yang begitu ramai. Berikut adalah jenis kursus
yang ditawarkan serta jumlah pelatih di IKM Sungai Petani.
52
MARA telah mendapatkan khidmat Hitoshi Kawakami untuk berkhidmat di IKM Kampung Pandan. Ini adalah disebabkan oleh
permintaan daripada Kerajaan Malaysia untuk tenaga pakar dalam Electrical Trade. No. (07) in EJ/MARA/73. Surat Tetsuro
Ohashi, Setiausaha Pertama Kedutaan Jepun kepada Cik Rosmah bt Hj. Jentera, Economic Planning Unit, Jabatan Perdana Menteri,
6 Disember 1973 dalam BPE (BT)58/4/5, Vol: I. Colombo Plan-Japan: Experts & Equipment for MARA Vocational Institutes. 53
Utusan Malaysia, 15 April 1972. 54
Prospektus 1987, Bahagian Kemahiran MARA, hlm. 5. 55
Kertas Majlis, Bil. 41/71, dibentangkan dalam Mesyuarat Ke-25 pada 30/7/1971. 56
Minit Mesyuarat Majlis, Bil. 4/72, Mesyuarat Ke-27, 2/2/1972.
Univers
ity of
Mala
ya
149
Jadual 4.2: Kursus yang Ditawarkan di IKM Sungai Petani Bagi Tahun 1972
Kursus Bilangan Pelatih
Tahun 1
Bilangan Pelatih
Tahun 2
Binaan Bangunan
Pertukangan Kayu
(Bangunan)
Lukisan Seni Bina
(Umum)
Lukisan Seni Bina
(Architecture)
Perabot & Upholstery
Nilaian Bangunan
Kajisawat Letrik
(Installation)
Memasang Paip/Peteri
(plumbing/welding)
Kepala (Foreman)
Kursus Lanjutan
(Perabot)
Plastering/ Tiling
Bricklaying/Blocklaying
20
20
30
20
20
20
20
20
15
20
20
30
20
20
20
20
20
15
12
12
12
Sumber: Minit Mesyuarat Majlis, Bil. 4/72 bertarikh 15 Mac 1972.
Di samping itu, kursus jangka pendek selama enam bulan juga turut diadakan seperti
berikut:
1) Membengkok Besi (12 bulan).
2) Cat Mengecat (12 bulan).
3) Upholstery (12 bulan).
4) Framework (12 bulan).
Univers
ity of
Mala
ya
150
Peringkat latihan yang dijalankan di institut ini ialah Craftsman Level bersesuaian
dengan kehendak-kehendak untuk menduduki peperiksaan City & Guilds of London
Institute, Pt.L.57
IKM Sungai Petani ini kemudiannya dipindahkan dari Alor Setar pada
1 Ogos 1973. Pada peringkat permulaan, pelatih yang telah diambil adalah seramai 178
orang. Satu lagi projek MARA dalam Rancangan Malaysia Kedua ialah penubuhan
IKM Johor Bahru di Jalan Taruka, Larkin berhampiran dengan kawasan perusahaan
Larkin. Ia didirikan di kawasan seluas 42 ½ ekar yang disumbangkan oleh kerajaan
negeri Johor. MARA telah mempergiatkan usaha untuk mewujudkan lebih banyak IKM.
Di antaranya ialah dengan mengadakan usahasama di antara Kerajaan Negeri Johor dan
MARA. Ketika lawatan pengerusi MARA ke negeri Johor pada bulan Januari 1972, Y.
A. B. Menteri Besar Johor telah mengemukakan satu syor supaya MARA menubuhkan
sebuah Institut Kemahiran MARA di Johor Bahru. Ia bertujuan untuk memberi
kemudahan latihan kepada belia agar mereka berpeluang memperoleh kelayakan yang
sesuai untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat perusahaan yang sedang berkembang di
sekitar Johor Bahru. Pihak swasta di Johor telah menyatakan sokongan atas rancangan
ini dan bersedia memberi kemudahan latihan praktikal di dalam syarikat mereka.
Lanjutan perbincangan ini, satu perjumpaan lagi telah diadakan pada 13 Februari
1972 di Johor Bahru di antara Y. A. B. Menteri Besar Johor, beberapa pegawai yang
mewakili Kerajaan Negeri Johor, Timbalan Pengerusi MARA, Pengarah Bahagian
Latihan serta beberapa orang pegawai MARA yang lain. Dalam perbincangan ini,
Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju memberikan sumbangan sebidang tanah seluas 15
ekar secara percuma sebagai tapak institut ini. Ia dicadangkan berhampiran dengan
Kawasan Perindustrian Larkin, Johor Bahru. Kerajaan negeri juga bersetuju
mengeluarkan perbelanjaan untuk membina bangunan-bangunan mengikut keperluan
57
Minit Mesyuarat Majlis, Bil. 4/72, Mesyuarat Ke-27, 2/2/1972.
Univers
ity of
Mala
ya
151
latihan yang akan dijalankan di institut ini.58
Projek ini menelan belanja sebanyak $3.5
juta dan dibina di atas tanah seluas 42 ekar di kawasan perindustrian Johor Bahru.59
Kompleks ini terdiri daripada sembilan buah blok yang terdiri daripada blok
pentadbiran, blok bengkel, bilik kuliah, enam buah bangunan asrama, sebuah dewan
makan, sebuah rumah pengetua, sebuah rumah penyelia asrama dan tiga buah rumah
pekerja.60
IKM Johor Bahru mula beroperasi pada bulan Ogos 1973 dengan
mengendalikan kursus dalam bidang kimpalan.61
Peringkat kedua pembinaan bangunan
di institut ini dimulakan pada awal tahun 1974 oleh Kerajaan Negeri Johor dan siap
dibina pada bulan Ogos 1975 dengan kos perbelanjaan sebanyak $3.2 juta. Dua buah
lagi bangunan tambahan bagi kursus Kimpalan, Kejuruteraan Laut dan Sadur Letrik
juga telah disiapkan. Pihak MARA menyediakan tenaga pengajar dan peralatan latihan
bagi memulakan kursus di IKM ini.
Sebagai permulaan, hanya seramai tiga orang tenaga pengajar yang ada pada
tahun 1973 dengan pelatih seramai 39 orang. Mereka ini akan menjalani latihan bagi
kursus kimpalan. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua, IKM Johor Bahru telah
mengambil penuntut seramai 291 orang.62
IKM Johor Bahru telah dirasmikan
pembukaannya pada 15 Julai 1979 oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Hj
Othman bin Hj Mohd Saat selaku Menteri Besar Johor.63
Antara kursus-kursus yang
terdapat di IKM Johor Bahru ialah Kajisawat Am, Kajisawat Jentera Laut, Kaji Sawat
Jentera Berat, Kajisawat Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Kajisawat Radio dan
Televisyen, Kimpalan Gas dan Arca, Pemesenan Am, Menyadur Logam, Elektronik
58
Minit Mesyuarat Majlis, 9/72, Mesyuarat Ke-28, 5/4/1972. 59
MARA Vocational Institute Johor Bharu, hlm. 1. 60
Buku Cenderamata Rasmi IKM Johor Bahru, 1979. 61
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Penyata Tahunan 1973. 62
Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua, MARA, hlm. 12. 63
Kerajaan Jepun telah memberi bantuan berupa mesin, peralatan, pakar-pakar dan latihan guru teknikal kepada IKM Johor Bahru.
Lihat Rancangan Bantuan Kerajaan Negeri Jepun kepada MARA untuk Projek IKM Johor Bahru. Surat Jamaluddin bin Hussain,
Bahagian Latihan dan Pendidikan kepada Ketua Setiausaha, Bahagian Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, 22 April 1977
dalam BPE (BT) 58/4/5, Vol. III., Colombo Plan-Japan: Experts and Equipment for MARA Vocational Institutes.
Univers
ity of
Mala
ya
152
Industri dan Lukisan Jentera.64
Berikut adalah jenis kursus dan pecahan bilangan
pelatih:
Jadual 4.3: Jenis Kursus dan Jumlah Pelatih di IKM Johor tahun 1972
Kursus Bilangan Pelatih
Tahun 1 Tahun 2
a) General Mechanics
b) Mechanical
Draughtmanship
c) Welding
d) Refrigeration/ Air
Conditioning
e) Automobile
Mechanical
f) Agro/Heavy
Machinery
g) Radio&Television
Servicing
h) Industrial / Domestic
28
28
14
14
28
28
42
28
28
28
14
14
28
28
42
28
Sumber: Minit Mesyuarat Majlis, 9/72, bertarikh 5 April 1972.
Penubuhan IKM Lumut adalah pada tahun 1974. Proses penubuhannya adalah meliputi
dua peringkat. Peringkat pertama mengandungi blok pentadbiran, bengkel dan bilik
kuliah yang disiapkan pada tahun 1975.65
Sementara peringkat kedua pula ialah
pembinaan bangunan akademik, tiga blok bengkel, stor, empat blok asrama kayu,
dewan makan dan dapur telah disiapkan pada tahun 1978.66
Perbelanjaan keseluruhan
pembinaan IKM ini adalah sebanyak $3,226,623.67
64
Amanah, Bahagian Latihan MARA, Kuala Lumpur I978. Japanese Implementation Survey Team yang diatur Japan International
Cooperation Agency (JICA) diketuai oleh Osamu Okawara, Pengarah Divisyen Kerjasama Teknikal Seberang Laut, Biro Latihan
Kemahiran, Kementerian Buruh telah melawat Malaysia dari 30 Ogos 1976 hingga 16 September 1976 untuk melakukan
perbincangan mengenai projek untuk IKM MARA Johor Bahru. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, pihak Malaysia dan Jepun
bersetuju untuk menyediakan kursus Kejuruteraan Marin, Welding (Marin) dan Electro-plating untuk melahirkan Juruteknik mahir
di IKM Johor Bahru Appendix I. Record of Discussions Between the Japanese Implementation Survey Team and MARA
Concerning the Japanese Technical Cooperation to MARA Vocational Training Institute, Johor Bharu, dalam BPE (BT) 58/4/5 Vol:
III, Colombo Plan-Japan. Experts and Equipment for MARA Vocational Institutes. 65
Buku Cenderamata Pembukaan Rasmi IKM Lumut, Perak, 1979, hlm. 1-3. 66
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 1978, hlm. 13. 67
Amanah (Ogos-September), Bahagian Latihan Mara, Kuala Lumpur,1979, hlm. 3.
Univers
ity of
Mala
ya
153
IKM Lumut terletak di Jalan Kampung Datuk Sri Haji Kamaruddin, dua batu
dari Sitiawan menuju ke Lumut. Kompleks bangunan ini didirikan atas satu kawasan
seluas 42 ekar yang dibeli oleh MARA daripada kerajaan negeri Perak dengan harga
$175,337,82.68
Pada 24 Jun 1979, IKM Lumut telah dirasmikan oleh Menteri
Perusahaan Awam, Yang Berhormat Abdul Manan bin Othman. Turut hadir semasa
perasmian ialah Y. A. B. Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Haji Wan Mohamad bin Hj
Wan Teh dan Pengerusi MARA, Dr. Nawawi bin Mat Awin.
Kumpulan pertama pelatih di IKM Lumut ialah seramai 46 orang. Kumpulan ini
telah menamatkan pengajian mereka pada tahun 1978. Ketika perasmian IKM, bilangan
pelatih yang ada ialah seramai 335 orang iaitu seramai 269 orang di tahun pertama dan
66 orang di tahun kedua. Mereka mengikuti kursus seperti Kimpalan, Melarik atau
Memesin, Kajisawat Letrik, Lukisan Jentera, Binaan Bangunan, Pertukangan Kayu
Bangunan, Pertukangan Perabot dan Pemasangan Paip.69
MARA telah meneruskan
projek pembinaan IKM Kuantan yang sepatutnya dibina dalam Rancangan Malaysia
Kedua ke dalam projek pembinaan Rancangan Malaysia Ketiga.70
MARA berpendapat
kawasan perindustrian Peramu lebih sesuai untuk didirikan IKM. Pada awal tahun 1976,
seramai 23 orang pelatih telah diambil bagi mengikuti kursus penyelenggaraan gergaji.
Pada peringkat awal penubuhannya, kemudahan asas di institut ini masih tidak
mencukupi. Ketiadaan asrama untuk pelatih misalnya telah menyebabkan pelatih
terpaksa tinggal di rumah sewa berhampiran. Selain itu, tenaga pengajar juga belum
mencukupi iaitu seramai lima orang sahaja yang akan melakukan semua kerja termasuk
kerja pengkeranian.71
68
Buku Cenderamata Pembukaan Rasmi IKM Lumut, hlm. 3. 69
Amanah ( Ogos-September), Bahagian Latihan MARA, Kuala Lumpur, 1979, hlm. 4. 70
Matlamat utama Rancangan Malaysia Ketiga ialah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, menyusun semula
masyarakat dan menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis dan anasir-anasir anti nasional. Rancangan Malaysia
Ketiga juga bermatlamat untuk menyediakan Bumiputera melalui latihan bagi memasuki bidang-bidang perlombongan, pembuatan,
pembinaan dan perniagaan. Lihat Intisari Rancangan Malaysia Ketiga dalam 1093, Rancangan Malaysia Ketiga. 71
Sinar IKMP, IKM Pekan Pahang, Bil 2, 1986, hlm. 19.
Univers
ity of
Mala
ya
154
Peringkat awal penubuhan, IKM Pekan telah mendapat bantuan daripada
kerajaan New Zealand secara berperingkat-peringkat iaitu sebanyak $1.75 juta.72
Hanya
satu bentuk kursus sahaja diperkenalkan ketika itu iaitu kursus menyelenggara gergaji.
MARA telah mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri Pahang yang menyumbang
tapak seluas 25 ekar di kawasan perindustrian dengan harga $560,000. Manakala
bantuan yang diberikan oleh kerajaan New Zealand pula dalam bentuk peralatan seperti
jentera, tenaga pakar dan kemudahan melatih tenaga pengajar. Keseluruhan kompleks
IKM Pekan telah siap pada tahun 1978.
Ekoran daripada perkembangan semasa, kursus-kursus di IKM telah ditambah.
Pada tahun 1979 misalnya, kursus baru telah diperkenalkan iaitu kursus pertukangan
seperti Kimpalan, Jurusawat Letrik dan Perabot. IKM ini lebih bertumpu kepada kursus
perkilangan papan sebagai kursus utama. Di bawah kursus ini, terdapat pecahan kursus
seperti mengilang papan, mengetam dan membentuk kayu. Ini sebagai salah satu
langkah MARA untuk mendedahkan belia Bumiputera kepada industri perkayuan yang
menggunakan bahan semula jadi negara kita.73
Kursus perkayuan ini amat diperlukan
oleh industri perkayuan yang terdapat di sekitar Pahang.74
Pelatih yang selesai latihan
akan diambil bekerja di kilang papan yang terletak berhampiran. Oleh yang demikian,
MARA menyeru agar industri-industri yang terletak di sekitar kawasan agar memberi
kerjasama kepada para pelatih.
Pada 19 Februari 1985, IKM Pekan telah dirasmikan oleh Pemangku Raja
Pahang. Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Najib Tun Abdul Razak selaku Menteri
Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Datuk Seri Sanusi Junid dan Timbalannya
72
Utusan Malaysia, 3 September 1976. 73
Utusan Malaysia, 2 Jun 1979. 74
Industri Perkayuan dilihat penting oleh Kerajaan Malaysia kerana ia menjadi produk untuk kegunaan domestik dan eksport. Selain
itu, industri ini juga telah mewujudkan peluang pekerjaan. Pada tahun 1980, jumlah eksport balak dianggarkan berjumlah 3.6 billion
ringgit atau 12.9% jumlah keseluruhan eksport kasar (gross eksport) di Malaysia. Lihat Briefing for YBM Menteri Perdagangan dan
Perindustrian on Resource-Based Industry, II. Forest-Base Industry. Prepared by: Malaysian Industrial Development Authority,
January 1982, dalam 0.3580/3. Penyertaan Bumiputra Dlm. Industri Kayu.
Univers
ity of
Mala
ya
155
Datuk Yahya Lampong, Pengerusi MARA Encik Tajol Rosli, ahli-ahli mesyuarat negeri
dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.75
Semenjak IKM Pekan ditubuhkan sehingga
tarikh perasmiannya, ia telah berjaya mengeluarkan hampir 2500 orang tenaga mahir
dan separuh mahir.
Kursus yang ditawarkan di bawah latihan kemahiran ini adalah mengikut relevan
keperluan semasa sesuatu kursus tersebut. Ia juga adalah berasaskan kepada keperluan
guna tenaga bagi sesuatu bidang mengikut pasaran kerja. Segala unjuran ini akan
dilakukan oleh pegawai bahagian kemahiran MARA yang akan menjalankan kajian
tentang keperluan sesuatu bidang yang akan ditawarkan. Seandainya keperluan terhadap
sesuatu kursus itu berkurangan, maka kemungkinan kursus itu dijumudkan. Pendek
kata, kursus kemahiran ini adalah seiring dengan perkembangan perindustrian negara.76
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kursus yang dikendalikan juga menelan
kos jutaan ringgit kerana setiap kelengkapan mesin berteknologi tinggi wajar di
kemaskini sebelum suatu kursus itu ditawarkan. Sekali lagi, MARA berdepan dengan
cabaran untuk membuktikan kursus yang ditawarkan adalah berbaloi dengan kos yang
dibelanjakan untuk sesuatu bidang.
4.4 Perkembangan Kursus dan Latihan
Kursus yang dikendalikan di sekolah latihan kemahiran atau institut kemahiran MARA
mengambil masa selama tiga tahun iaitu merangkumi tempoh dua tahun di dalam
institut dan baki setahun lagi adalah proses belajar sambil bekerja di syarikat-syarikat
tertentu. Selepas tiga tahun menjalani latihan, para penuntut diberi peluang untuk
75
Berita Harian, 20 Februari 1985. 76
Pada tahun 1975, 4.2 juta atau 35% daripada penduduk negara merupakan tenaga kerja. Dengan kadar pertumbuhan tahunan yang
dianggarkan sebanyak 3.3%, tenaga kerja meningkat kepada jumlah 4.5 juta pada tahun 1977 dengan pertambahan kira-kira 280,000
tenaga kerja baru pada tahun 1976 dan 1977. Keutamaan yang tinggi diberikan kepada perkembangan fasiliti pendidikan dan latihan
pada semua peringkat sejak dua dekad sebelumnya untuk memastikan tenaga kerja baru lebih berpendidikan dan memiliki
kemahiran yang diperlukan industri. Part I-National Analysis; Chapter I-Population, Employment and Development of Skilled
Manpower, hlm. 1, dalam Lapuran Tahunan Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat Malaysia.
Univers
ity of
Mala
ya
156
mengambil peperiksaan City & Guilds of London Institute. Ujian akan diadakan setiap
tiga bulan bagi bahagian teori dan praktikal sebelum pelatih dibenarkan masuk belajar
ke peringkat dan darjah yang lebih tinggi. Keputusan peperiksaan tersebut akan
diberikan kepada ibu bapa atau penjaga pelatih supaya mereka dapat memberi
kerjasama dan sokongan dalam usaha meninggikan mutu pelajaran dan latihan anak-
anak mereka menerusi galakan dan bimbingan.
Satu ujian telah dijalankan pada tahun 1970 dan ia mendapati sebanyak 90%
pelatih telah lulus. Seramai 10-20% pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang
akan dihantar untuk melanjutkan pengajian dalam atau ke luar negeri.77
Tujuan program
latihan kemahiran ini dianjurkan ialah untuk melengkapkan para belia Bumiputera
dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya. Secara keseluruhannya, latihan kemahiran
yang diberikan adalah menerusi dua cara iaitu, memberi latihan kepada belia yang telah
tamat sistem persekolahan (dalam institut) dan satu lagi ialah latihan di luar institut
yang menyediakan peluang kepada belia untuk mengikuti latihan sambil bekerja.
Latihan kemahiran di IKM diberikan kepada pelatih yang mendaftar di Sekolah
Latihan Kemahiran MARA. Pelbagai kursus yang ditawarkan mengikut kehendak
pasaran dan permintaan dalam sektor perindustrian.78
Dalam kursus yang dikendalikan
dalam IKM, para pelatih juga dikehendaki mengikuti latihan dalam loji. Latihan dalam
loji diadakan khusus untuk pelatih semester ketiga Institut Kemahiran MARA. Melalui
latihan dalam loji ini, pelatih akan ditempatkan di firma-firma atau bengkel-bengkel
untuk menjalani latihan praktikal. Misalnya dalam tahun 1977, penempatan pelatih ke
77
Ucapan Encik Mansor Osman bagi majlis pembukaan rasmi Sekolah Kemahiran MARA Melaka bertarikh 7 Mac 1969. 78
Pada tahun 1973, Majlis Tindakan Negara mengarahkan Bahagian Latihan MARA supaya menjalankan projek khas untuk
dilaksanakan dalam tempoh masa Rancangan Malaysia Ketiga. Ia adalah Latihan Kemahiran bagi bakal pekerja-pekerja di
Empangan Temenggor, Ulu Perak dan Projek Letrik-Haidro, Ulu Tembeling, Kuala Tahan, Pahang. Kedua-dua projek ini memakan
belanja yang besar dan memerlukan tenaga mahir bagi semua peringkat pekerjaan. Kerajaan negeri yang berkenaan dan MARA juga
mengambil berat di atas rancangan ini untuk mendapatkan pekerjaan bagi Bumiputera tempatan di kedua-dua projek ini. Cara
pelaksanaan latihan ialah melalui kursus latihan kemahiran yang dijalankan di IKM. Kertas Kerja Meshuarat Majlis, Bil. 43/73,
Meshuarat yang Ke-32 pada 19.4.73. Pelaksanaan Rancangan-rancangan Pelajaran dan Latihan Bahagian Latihan MARA, hlm. 1-2,
dalam 58/103/2 Vol: X, Meetings of MARA-Agenda and Papers.
Univers
ity of
Mala
ya
157
latihan dalam loji telah dibuat dua kali iaitu Januari hingga Jun (3/1/77-15/6/77) dan
pada bulan Julai hingga Disember (3/7/77-15/12/77). Latihan berkenaan memakan masa
5½ bulan kecuali bagi pelatih-pelatih berikut yang menjalani latihan dalam loji hanya
selama 3 bulan iaitu:
i) Pelatih-pelatih Solekan IKM Petaling Jaya.
ii) Pelatih-pelatih Kimpalan IKM Kuala Lumpur.
iii) Pelatih-pelatih Kepingan Logam dari IKM Kuala Lumpur.
Selepas 5½ bulan pelatih-pelatih menjalani latihan, satu lawatan oleh pegawai
MARA telah diadakan. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengawasi sama ada latihan ini
dijalankan dengan elok dan memuaskan oleh pelatih dan juga pihak syarikat. Tindakan
akan diambil jika didapati tempat latihan tidak sesuai dan amaran akan diberikan jika
pelatih tidak mematuhi peraturan latihan.79
Para pelatih di IKM mendapat latihan
sepenuhnya daripada latihan jurutunjuk atau guru teknikal MARA.
4.5 Latihan Jurutunjuk/Guru Teknikal
Latihan Guru Teknikal ditumpukan kepada dua bahagian iaitu teknik dan sistem
mengajar dan latihan untuk meninggikan kemahiran.80
Perkembangan dan kemajuan
latihan di institut dalam Rancangan Malaysia Ketiga memerlukan lebih ramai tenaga
pengajar (guru teknikal) yang berkelayakan dan mahir. Dalam tahun 1977, terdapat
seramai 227 orang guru teknikal yang sedang bertugas di lapan buah Institut Kemahiran
79
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan dan Latihan MARA, 1977, hlm. 19-21. 80
Cawangan Latihan Kemahiran, Bahagian Latihan MARA telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kerajaan Republik
Jerman Barat (kemudahan tempat latihan dan pakar-pakar sukarela), Kerajaan India (kemudahan tempat latihan), Kerajaan Jepun,
Overseas Technical Corporation Agency (kemudahan tempat dan alatan latihan dan pakar-pakar sukarela), PBB (ILO-International
Labour Organization) (kemudahan tempat latihan di Turin, Itali dan tunjuk ajar daripada pakar-pakar), PBB (OISCA-Organisation
of the Industrial, Spiritual and Cultural Advancement (Japan)) (kemudahan-kemudahan latihan). Lihat Taklimat Chawangan
Latehan Kemahiran MARA kapada Meshuarat Ketiga Jawatan Kuasa Atas Strateji Pembangunan Perusahaan, hlm. 11-12, dalam
JPM 14729/S.J.2. J/K Atas Strateji Pembangunan Perusahaan.
Univers
ity of
Mala
ya
158
MARA dan juga di ibu pejabat. Latihan Guru Teknikal ini ditawarkan dalam pelbagai
kursus di negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman Barat dan New
Zealand. Berikut merupakan taburan guru teknikal yang berada di luar negara. Mereka
ini mendapat latihan daripada luar negara dan kepakaran ini digunakan untuk mengajar
pelatih di institut kemahiran.
Jadual 4.4 : Taburan Latihan Guru Teknikal di Luar Negara Tahun 1977
Negara dan Jenis Kursus Bilangan
1. Amerika Syarikat:
a) Lukisan Jentera
b) Pertukangan Kayu
c) Kajisawat Am
d) Kimpalan
e) Pertukangan Perabot
f) Jahitan (L)
g) Jahitan (P)
h) Lukisan Seni bina
i) Cat Mengecat Motor
j) Operator Rakabentuk Kayu
k) Menyadur Logam
l) Rekaan Fesyen
Jumlah
6
8
10
9
9
2
2
7
1
1
1
2
58
2. United Kingdom
a) Binaan Bangunan
b) Pemasangan Paip
c) Solek Menyolek
Jumlah
6
5
3
14
Univers
ity of
Mala
ya
159
Jadual 4.4, sambungan
Negara dan Jenis Kursus Bilangan
3. Kanada
a) Binaan Bangunan
b) Kajisawat Jentera Berat
c) Elektronik
d) Lukisan Seni Bina
Jumlah
6
1
2
1
10
4. New Zealand
a) Memelihara Gergaji
b) Kiln Dry/ Tanalising
c) Mill Wright
d) Planer Moulder Handling
e) Sawmill Operator
Jumlah
2
3
3
2
2
12
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan
Latihan MARA 1977, hlm. 25-26.
Jadual 4.4 menunjukkan taburan guru teknikal MARA yang sedang mengikuti latihan di
serata dunia. Tahun 1977 merupakan tahun kemuncak cawangan latihan kemahiran
menghantar pelatih untuk mengikuti latihan guru teknikal. Peruntukan yang diberikan
dari tahun 1976 hingga 1978 ialah sebanyak $3,689,036. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak $2,111,735 diperuntukkan untuk tahun 1977. Walaupun demikian, bilangan
guru teknikal masih tidak mencukupi bagi menampung tenaga pengajar di IKM. 81
81
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan Bahagian Latihan MARA, 1977, hlm. 26.
Univers
ity of
Mala
ya
160
4.6 Latihan Sambil Kerja
Latihan sambil kerja dijalankan dengan kerjasama syarikat swasta dan bengkel
termasuklah bengkel MARA sendiri. Calon-calon ditempatkan untuk menjalani latihan
dan 99% daripada latihan itu bertumpu kepada latihan praktikal. Tempoh latihan bagi
pelatih ini ialah antara 5 hingga 24 bulan mengikut jenis kursus yang dipilih. Untuk
mengikuti latihan ini, pelatih hendaklah mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya
LCE/SRP dan berumur 17 hingga 25 tahun dan mereka hendaklah disokong oleh
Pegawai Latihan Negeri. Latihan sambil kerja ini dijalankan bagi kursus yang tidak
dijalankan di Institut Kemahiran MARA seperti kursus membuat roti dan biskut,
membina badan bas (coach building) dan lain-lain.
Bagi kursus yang laris permintaannya seperti Kajisawat Motor dan Kimpalan
(terdapat di IKM) juga ditawarkan melalui rancangan latihan sambil kerja. Ia
ditawarkan dengan syarat bengkel-bengkel yang memberi kemudahan latihan akan
mengambil pelatih tersebut sebagai pekerja tetap bengkel apabila pelatih tamat latihan
nanti. Pada tahun 1977, seramai 100 orang telah menjalani latihan di bawah rancangan
latihan sambil kerja. Sebanyak 41 firma dan bengkel telah bekerjasama memberi
kemudahan latihan. Daripada jumlah ini, 21 tempat telah diperoleh dalam tahun 1977.82
Jadual 4.5: Jumlah Pelatih yang Mengikuti Latihan Sambil Kerja Bagi Tahun
1976
Jenis Latihan Jumlah Bekerja Jumlah Tamat
Latihan Sambil Kerja di
Bengkel MARA
a) Machine Shop
b) Jurusawat Motor
c) Electrical
d) Air Condition
1
41
4
6
1
50
4
7
82
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan Bahagian Latihan dan Pendidikan MARA, 1977, Cawangan Perancang dan
Penempatan, hlm. 22- 23.
Univers
ity of
Mala
ya
161
Jadual 4.5, sambungan
Jenis Latihan Jumlah Bekerja Jumlah Tamat
e) Pelatih Stor
f) Electronic
g) Fuel Pump
h) Pelukis Pelan
i) Pertukangan Kayu
j) Welding
k) Mekanik Am
3
1
1
3
2
2
1
6
2
2
4
2
2
3
Jumlah 65 93
Latihan Sambil Kerja-
Bengkel Kerajaan
a) Steel Structure
b) Welding
c) Lukisan Binaan
d) Jurusawat Motor
e) Machine Shop
f) Boiler Operator
g) Diesel Engine
h) Saw Doctor
i) Binaan Bangunan
j) Elektrikal
k) Fuel Pump
l) Chargeman
1
2
3
15
1
-
2
1
1
2
-
1
1
7
3
21
1
1
6
5
5
2
1
1
Jumlah 30 55
Latihan Sambil Kerja
Syarikat MARA
/Bumiputera
a) Plumbing
b) Concrety
c) Gunting Rambut
d) Perabot
e) Kiln Dying
f) Saw Doctor
g) Mencelup Tayar
h) Lukisan Binaan
i) Roti
j) Jurusawat Motor
k) Radio TV
l) Perak
m) Batik
n) Buluh
o) Cetakan
1
5
6
7
1
-
5
-
-
5
-
1
1
1
-
1
16
17
20
2
1
10
4
12
11
1
4
1
11
1
Jumlah 33 117
Univers
ity of
Mala
ya
162
Jadual 4.5, sambungan
Jenis Latihan Jumlah Bekerja Jumlah Tamat
Latihan Sambil Kerja-
Swasta/Bukan Bumiputera
a) Jurusawat Motor
b) Jurusawat jentera
Barat
c) Spray Painting
d) Welding
e) Plumbing
f) Solek Menyolek
g) Memasang Paip
h) Radio TV
i) Air Condition
j) Lukisan Jentera
k) Elektrikal
l) Lukisan Binaan
m) Offset Printing
n) Membuat Cermin
o) Batu Bata
9
5
1
2
1
3
-
-
1
1
1
-
-
1
-
19
5
1
6
2
7
1
2
3
1
5
13
1
1
10
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan Bahagian Latihan MARA,
1977, Lampiran I.
4.7 Kursus yang Ditawarkan
Latihan yang terdapat di IKM merangkumi dua kategori iaitu latihan tukang kadar dan
latihan juruteknik industri. Latihan tukang kadar menekankan pembelajaran
pertukangan atau kemahiran secara khusus. Terdapat tiga tahap dalam kursus tukang
kadar iaitu asas, menengah dan tertinggi. Latihan bagi tahap asas dan menengah
disatukan manakala latihan tahap tertinggi yang menitikberatkan kerja-kerja yang lebih
bermutu dan bernilai diasingkan sebagai latihan lanjutan. Latihan juruteknik pula adalah
suatu latihan yang menekankan pengetahuan teknikal.83
83
Prospektus 1987, Bahagian Kemahiran Mara, hlm. 2, 14 dan 38.
Univers
ity of
Mala
ya
163
Berdasarkan dua jenis latihan tersebut, kursus-kursus yang terdapat di IKM
dapat dikelompokkan mengikut kumpulan tertentu iaitu kursus pertukangan dan
bangunan, perindustrian pakaian, kerja logam, kejuruteraan teknologi jentera, automotif,
elektrik, elektronik, lukisan dan perkilangan kayu.84
Kursus ini diperkenalkan selaras
dengan perkembangan ekonomi negara iaitu permintaan yang tinggi dalam sektor
pembuatan. Penerapan kursus ke dalam proses pembelajaran di IKM dikatakan akan
melahirkan bakal pekerja yang mahir dalam semua bidang pekerjaan terutamanya
pekerjaan yang berkaitan dengan pertukangan dan perindustrian. Bidang pekerjaan yang
akan diceburi oleh bekas pelatih IKM akan disesuaikan dengan kursus yang diambil
ketika belajar. Antara pekerjaan yang sesuai untuk diceburi ialah Jurugegas, Juruteknik,
Jurutera, Pengawal Mutu, Juruteknik Kilang, Penyelenggara Gergaji, Jurukimpal Am,
Mekanik Motosikal atau Jurutera-jurutera Berat, Penyelia Pengeluaran dan lain-lain
lagi.
Kursus-kursus yang ditawarkan di IKM ini sememangnya berubah dari semasa
ke semasa mengikut peredaran zaman. Penawaran suatu kursus adalah lebih kepada
permintaan dalam pasaran kerja. Oleh yang demikian, kursus yang ditawarkan di
peringkat awal berubah dan diganti dengan kursus yang lain. Pada tahun 1968 misalnya,
hanya dua kursus sahaja dilaksanakan di Sekolah Latihan Kemahiran MARA iaitu
kursus Kajisawat Motor dan Kursus Mekanikal. Kedua-dua kursus tersebut mempunyai
latihan asas yang sama berbentuk Common Module. Common Module dipecahkan
kepada beberapa submodul seperti Kimpalan, Pemesinan Am, Mengegas Mesin dan
Lukisan Teknik. Peningkatan kepada kursus Kajisawat Motor melahirkan Kursus
Kajisawat Motor Tinggi.
84
Program Latihan Kemahiran MARA 1987, hlm. 10.
Univers
ity of
Mala
ya
164
Di samping kursus tersebut, antara kursus lain yang ditawarkan ialah Lukisan
Jentera, Pemesinan Am, Penyelenggaraan Mesin, Kimpalan, Ketuk Mengetuk dan Cat
Kereta, Elektrik Domestik dan Industri, Binaan Bangunan, Kerja Paip, Perabot dan lain-
lain.85
Pada masa ini, tiada silibus yang khas digubal dan isi kandungan latihan serta
buku-buku rujukan dan nota disediakan sendiri oleh pengajar-pengajar. Berikut adalah
senarai subjek yang diambil oleh pelatih-pelatih mengikut kursus yang mereka ikuti:
Jadual 4.6: Kursus dan Subjek yang Ditawarkan Tahun 1968
Kursus Subjek yang Diambil
Automobile (Kajisawat Motor) Petrol Engine
Diesel Engine
Auto Transmission
Auto Electric
Mekanikal Fitting
Welding
Machining
Lukisan Teknik
Sumber: Sejarah IKM Jasin, hlm. 11.
Pengambilan pelatih di peringkat awal adalah dalam kalangan mereka yang
mempunyai kelulusan darjah enam sahaja. Secara amnya, mereka lemah dari segi
akademik dan ada di antara mereka hanya boleh membaca dan menulis. Pelatih diambil
dalam kalangan belia yang keciciran sekolah dan tiada peluang untuk mendapatkan
latihan. Pelatih ini akan mengikuti latihan selama 1½ tahun di Sekolah Latihan dan
enam bulan latihan industri di syarikat-syarikat tempatan. Pelatih ini diiktiraf
berdasarkan certificate of attendance dan mereka ini dikehendaki di pasaran sebagai
85
Ringkasan Sejarah Bahagian Kemahiran MARA, hlm. 3.
Univers
ity of
Mala
ya
165
Workshop Attendance.86
Namun, perubahan berlaku pada kemasukan kumpulan kedua
pada tahun 1970 iaitu kelayakan masuk telah dinaikkan kepada mereka yang
berkelulusan LCE/SRP dan MCE/SPM.
Apabila pelatih berjaya mengikuti modul-modul latihan yang ditetapkan, mereka
akan diuji untuk memastikan kecekapannya dalam kursus yang diikuti. Pelatih yang
berjaya akan diberikan Sijil Kemahiran yang dikeluarkan oleh MARA.87
Pelatih IKM
juga diberi kemudahan untuk menduduki ujian anjuran Kementerian Buruh bagi
mendapatkan sijil-sijil LLPPKK dan juga sijil keluaran Jemaah Pemeriksa Elektrik,
sijil-sijil Dandang Setia dan sebagainya. LLPPKK ialah Lembaga Latihan Perindustrian
dan Persijilan Pertukangan Kebangsaan.88
Lembaga ini ditubuhkan pada bulan
Disember 1971 di bawah Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.89
LLPPKK bekerjasama dengan industri untuk menentukan jenis dan kualiti
pekerja yang dikehendaki. Bagi menentukan pelatih-pelatih memiliki kemahiran yang
dikehendaki, institut-institut latihan perindustrian awam dan swasta telah menyusun
program latihan mereka selaras dengan keperluan industri (Kementerian Kebudayaan
Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat dan
Bahagian Kemahiran MARA) dan pegawai-pegawai latihan sektor swasta menduduki
jawatankuasa sukatan menyusun bentuk sukatan latihan LLPPKK yang memenuhi
keperluan mencapai taraf kemahiran perindustrian seperti yang ditetapkan oleh industri.
86
Temuramah dengan Tuan Haji Abdul Hamid bin Dato’ Mohd Salleh pada 26 Ogos 2008, jam 10.40 pagi di rumahnya di Batu
Berendam. 87
Sijil yang dikeluarkan ialah Sijil Institut Kemahiran MARA, Sijil City & Guilds of London Institute-Intermediate Stage. Lihat
Lampiran G, Ranchangan Latehan Kemahiran MARA, 1966-1970 dalam G. 08113.01. Taklimat mengenai Program2/Projek2 untuk
Meshuarat Ke-Empat J/K Jawatankuasa Atas Strateji Pembangunan. 88
Lihat PLB/DISP/G/21/83. Teknik dan Pepereksaan LLPPKK. 89
Bagi memenuhi keperluan tenaga mahir bagi sektor industri di Tanah Melayu selepas kemerdekaan, latihan sistem perantisan
telah dimulakan pada tahun 1957. Kementerian Buruh ketika itu bertanggungjawab terhadap pentadbiran rancangan perantisan
tersebut sementara Kementerian Pelajaran pula menyelenggarakan perkara-perkara yang bersangkutan dengan panduan teori
pertukangan. Di bawah Kementerian Buruh, tugas khas menjalankan pentadbiran rancangan perantisan ini diberi kepada Lembaga
Perantisan Pusat (Central Apprenticeship Board-CAB). Lembaga ini menerima perkhidmatan sekretariat dari Bahagian
Perkhidmatan Latihan Jabatan Tenaga Rakyat. Penglibatan Kementerian Pelajaran kemudiannya dihentikan. Apabila LLPPNKK
dibentuk pada tahun 1972, Bahagian Perkhidmatan Latihan melanjutkan khidmatnya kepada LLPPKK dan Rancangan Perantisan
Negara dengan sendirinya diserap sebagai sebahagian daripada tanggungjawab LLPPKK. Rujuk Usul dari Yunit Teknik LLPPKK
Kepada Jawatankuasa Teknik LLPPKK Mengenai Piawaian dan Sukatan Latihan Kursus Perantisan, Latar Belakang, hlm. 1, dalam
KB/JTR/02/2151, Jawatankuasa Teknik LLPPKK.
Univers
ity of
Mala
ya
166
Sijil LLPPKK telah diiktiraf oleh kerajaan.90
Misalnya, pelatih yang berjaya dalam
peperiksaan kursus Kajisawat Am diberikan sijil MARA dan sijil LLPPKK. Berikut
ialah maklumat lanjut tentang pelatih-pelatih awal latihan kemahiran MARA.
Jadual 4.7: Maklumat Lanjut Pelatih Awal Latihan Kemahiran MARA, 1968-
1970
Kumpulan Jumlah Pelajar Kelayakan Masuk Sistem Penilaian
Kumpulan Pertama 60 orang Berkelulusan Darjah 6 Berkelulusan hanya
dinyatakan sama
ada lulus/gagal,
ya/tidak, tahu/tak
tahu
Kumpulan Kedua 96 orang LCE/SRP
MCE/SPM
Bermulanya sistem
gred
A, B, C, D, E, F
Sumber: Sejarah IKM Jasin, hlm. 12.
Jadual di atas menunjukkan kelayakan masuk dan sistem penilaian yang berbeza bagi
kedua-dua kumpulan pelatih perintis ini. Oleh sebab penilaian lulus atau gagal dianggap
terlalu cetek, maka ia telah diperketatkan dengan sistem gred. Kelayakan calon-calon
untuk mengikuti kursus di institut ini ialah sekurang-kurangnya lulus Sijil Rendah
Pelajaran dengan mendapat kepujian dalam beberapa mata pelajaran yang tertentu.91
4.8 Kesulitan yang Dihadapi
Di peringkat awal penubuhannya, IKM menghadapi banyak masalah khususnya
masalah kekurangan tenaga pengajar. MARA telah mengambil inisiatif menghantar
kumpulan perintis ke luar negara iaitu seramai 12 orang dihantar ke Jerman, 20 orang ke
India dan 10 orang ke Jepun. Penghantaran tenaga pengajar ini masih belum dapat
90
LLPPKK Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: LLPPKK, hlm.1-8. 91
Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
167
mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar.92
Ini disebabkan, ada dalam kalangan
tenaga pengajar MARA yang beralih ke bidang pekerjaan yang baru apabila mendapat
tawaran kerja yang lebih baik. Selain itu, buku rujukan juga tidak mencukupi dan
kebanyakan buku yang digunakan adalah hasil terjemahan daripada buku bahasa
Inggeris. Buku-buku ini perlu dipermudahkan untuk tujuan pemahaman pelatih IKM
dan menepati kehendak silibus IKM. MARA telah mengambil inisiatif untuk
menetapkan kurikulum dan penilaian tersendiri bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.93
Bahagian Kemahiran MARA juga menghadapi masalah kekurangan calon bagi
kursus tertentu terutamanya dalam bidang bangunan (building trades). Bidang ini
terpaksa diiklankan sebanyak dua kali bagi mengisi kekosongan pelatih. Bidang ini
kurang diminati kerana kurangnya pendedahan tentang kerjaya ini. Sebagai langkah
mengatasi masalah ini, Bahagian Kemahiran telah mengadakan bimbingan kerjaya di
sekolah-sekolah buat pelajar lepasan LCE dan MCE sebagai langkah memberi
pendedahan tentang sesuatu kursus.94
Selain itu, pengenalan kursus baru seperti di IKM Johor Bahru telah
menyebabkan MARA memerlukan kepakaran daripada luar negara bagi membimbing
pelaksanaan kursus tersebut.95
Oleh itu, MARA telah memohon agar pakar bagi bidang
welding, eletroplating dan marine engineering dihantar untuk membimbing pelatih
92
Masalah kekurangan tenaga pengajar ini sememangnya antara masalah serius yang dihadapi pihak MARA. Lihat Tripartite
Review Report dalam Vol: II (BT) 58/4/10. UNDP: Expert Assistance for Vocational Training for MARA. 93
MARA Vocational Training Planning Team MAL/72/004, Malaysia, Project Findings and Recommendations Report prepared for
the Government of Malaysia by the International Labour Organisation acting as Executing Agency for the United Nations
Development Programme. United Nations Development Programme International Labour Organisation, Geneva 1975, III.
Recommendations, dalam Vol: II (BT) 58/4/10. UNDP: Expert Assistance for Vocational Training Training for MARA. MARA
juga mendapatkan khidmat pakar UNDP untuk memberi nasihat berkenaan Training Curriculum dan Development. Lihat Surat
Ketua Unit Perancang & Pentaksir MARA kepada Ketua Setiausaha Negara, Bahagian Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri, 1 Mac 1975 dalam BPE (BT) 58/4/10. Vol. I. UNDP: Expert Assistance for Vocational Training for MARA. 94
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Bahagian Pendidikan dan Latihan MARA ,1975, hlm. 29. 95
Lihat Request for the Japanese Government Technical Aids by Government of Malaysia for MARA dalam BPE (BT) 58/4/5 Vol:
II. Colombo Plan-Japan: Exports & Equipment for MARA Vocational Institutes.
Univers
ity of
Mala
ya
168
IKM.96
MARA juga memohon agar bantuan alat perkakas dihantar bagi kursus
tersebut.97
Misalnya pakar dalam bidang Building Trades telah diambil dan beliau
adalah Mr G. H. Cooper.98
Seorang lagi pakar telah dilantik sebagai Senior Vocational
Training Advisor iaitu Mr. M. Amin.99
Beliau telah dicadangkan oleh International
Labour Organization (ILO) bagi menjawat jawatan tersebut. Kemasukan pakar-pakar
ini sedikit sebanyak membuka ruang bagi membolehkan suatu jurusan kemahiran itu
dibimbing dengan sebaiknya.
Di samping itu, Kerajaan Jepun telah menyumbang enam set bingkai cermin
televisyen yang berharga Japanese Yen 60,000 yang akan digunakan di IKM.100
Kerajaan Jepun juga telah memberi bantuan alatan bagi membaiki radio dan televisyen
kepada IKM Radio & TV, Petaling Jaya. Mereka juga menyediakan bahan latihan radio
dan televisyen yang bernilai hampir $800,000 bagi kegunaan Institut Kemahiran
MARA.101
96
Surat dari Ketua Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Cik Rosmah bt Haji Jentera kepada Mr. K.
Sadachi iaitu wakil kedutaan Jepun di Malaysia bertarikh 7 Mei 1975. 97
Surat daripada Encik Mohamed bin Abdul Ghani, wakil dari Bahagian Latihan MARA kepada Cik Rosmah bt Hj Jentera selaku
Ketua Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bertarikh 19 April 1975. 98
Nama penuh beliau ialah Gerald H. Cooper dan dilahirkan pada 5 Jun 1925. Beliau telah menamatkan pengajian dalam bidang
vokasional dengan pengkhususan dalam building and construction trades. Beliau telah berkhidmat sebagai UNDP/ILO Expert in
Building Trades and Entreprenuer Training (Building Construction), Apia, Western Samoa. Selain itu, beliau juga berkhidmat di
Arab Saudi sebagai pakar ILO dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut di beberapa buah negara lain. Rujuk
Currivitae Mr Gerald H. Cooper. Rujuk juga surat Edmund J. Cain selaku Programme Officer kepada Bahagian Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bertarikh 31 Januari 1974. 99
Mohamed Ahmed Amin telah dilahirkan pada 28 September 1917. Beliau berasal dari Mesir dan berkelulusan B. Sc Electrical
Engineering dari Fakulti Kejuruteraan, University of Cairo. Beliau telah memperoleh PhD dalam bidang Electrical Engineering dari
University of London. 100
Fail Pengarah Bahagian MARA, Surat dari Kazuya Sadachi Setiausaha Kedutaan Jepun kepada Pengarah Bahagian Latihan
MARA bertarikh 12 Disember 1974. 101
Ucapan Y. B. Pengerusi MARA, Tun Ghaffar Baba ketika majlis upacara pembukaan rasmi Institut Kemahiran MARA Radio &
TV, Petaling Jaya pada 25 Oktober 1970, jam 3.30 petang.
Univers
ity of
Mala
ya
169
4.9 Pencapaian IKM Pada Era 1970-an
Sepanjang pelaksanaan DEB, MARA melalui program kemahirannya telah sedikit
sebanyak menyumbang dalam merealisasikan matlamat DEB.102
Dalam tempoh
Rancangan Malaysia Kedua, seramai 5747 orang anak Bumiputera telah mendapat
kemudahan untuk mengikuti latihan dalam pelbagai bidang kemahiran sama ada di
institut-institut kemahiran MARA ataupun melalui program latihan sambil kerja di
bengkel-bengkel dan firma-firma.103
Ini merupakan pencapaian sebanyak 53.2%
daripada apa yang telah diunjurkan.104
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga pula,
daripada tahun 1976 hingga 1978, seramai 5051 anak Bumiputera telah mendapat
peluang untuk mengikuti latihan kemahiran. Ini merupakan 48% daripada apa yang
diunjurkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga.105
Sementara itu, seramai 4983
anak Bumiputera mendapat peluang ini dari tahun 1979 hingga 1980 dan ini akan
menjadikan peratus pencapaian dibandingkan dengan unjuran keseluruhan ialah
sebanyak 95.2%.106
Secara keseluruhannya, MARA telah dapat memberi peluang kepada 15,781
orang Bumiputera untuk mendapatkan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang. Ini
merupakan 74.0% daripada unjuran bagi kedua-dua Rancangan Malaysia tersebut.107
Sejumlah wang yang banyak juga telah diperuntukkan bagi tujuan ini. Misalnya,
102
Kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia Ketiga berhasrat untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran supaya dapat
memasuki bidang perdagangan dan perusahaan serta menjadikan bidang berkenaan sebagai mata pencarian tetap. Oleh itu, tenaga
kerja daripada bekas pelatih institut teknikal yang berbakat merupakan mereka yang dikehendaki. BPE 11/111/135. Rancangan
Malaysia Ketiga Seksyen Industri. 103
Di bawah Rancangan Malaysia Kedua, matlamat Bahagian Latihan Kemahiran MARA ialah menghasilkan 10,800 pelatih dengan
kemahiran dalam tempoh 1971-1975. United Nations Development Programme Project of the Government of Malaysia, hlm. 3,
dalam Vol: III (BT) 58/4/10. UNDP: Expert Assistance for Vocational Training for MARA. 104
Kajian Semula Dasar Ekonomi Baru dalam Tempoh Sepuluh Tahun Pertama, 1970-1980, hlm. 2. 105
Ibid. 106
Menurut tinjauan tenaga kerja, dianggarkan 260,000 tenaga kerja melibatkan pengeluaran dan bidang berkaitan diperlukan dalam
tempoh 1973-1980 dan 590,000 untuk tahun 1981-1990. Pekerjaan melibatkan kemahiran teknikal juga sangat diperlukan oleh
Malaysia yang sedang berkembang. Rujuk Committee for the Study and Implementation of Technical & Vocational Education
under The Fourth Malaysia Plan (1981-1985), dalam KP (PT) 026/6. Jawatankuasa Kajian dan Pelaksanaan Pel. Teknik dan
Vokasional Di-Bawah Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985). 107
Kajian Semula Dasar Ekonomi Baru dalam Tempoh Sepuluh Tahun Pertama, 1970-1980, hlm. 4.
Univers
ity of
Mala
ya
170
permohonan pembelian daripada peruntukan pembangunan dalam jangka masa suku
tahun pertama 1980 yang telah diluluskan oleh cawangan ini adalah seperti berikut:
Jadual 4.8: Jumlah Kelulusan Peruntukan Mengikut Institusi
Nama Institusi Jumlah Kelulusan
a) Johor Bahru
b) Melaka
c) Kuala Lumpur
d) Petaling Jaya
e) Lumut
f) Perdagangan
g) Sungai Petani
h) Alor Setar
$ 59,360.29
$ 2,929.00
$ 19,267.26
$ 9,856.86
$ 140,968.62
$ 10,482.13
$ 9,262.14
$ 259.00
i) Pekan $ 49,985.79
Jumlah Besar $ 302,371.09
Sumber: Laporan Suku Tahun Pertama Bahagian Latihan dan Pendidikan MARA ,
Januari-Mac 1980, hlm. 14.
Jadual di atas menunjukkan peruntukan MARA untuk setiap IKM bagi tahun 1980.
Jumlah besar yang diperuntukkan ialah sebanyak $ 302,371.09. Ini menunjukkan
kerajaan benar-benar ingin membantu Bumiputera dalam meningkatkan kemahiran serta
menceburi bidang perindustrian. Peruntukan wang ini benar-benar dapat dimanfaatkan
untuk pengendalian program berbentuk teknikal.
Jadual 4.9: Bilangan Pelatih yang Tamat dan Bekerja Mengikut Tempat dan Jenis
Latihan Bagi Tahun 1974
Nama Institusi Jumlah Bekerja Jumlah Tamat
IKM Alor Setar
a) Bengkok Besi
b) Penerap Bata
c) Acuan
d) Pertukangan Kayu
39
26
8
-
61
37
24
17
Jumlah 73 139
Univers
ity of
Mala
ya
171
Jadual 4.9, sambungan
Nama Institusi Jumlah Bekerja Jumlah Tamat
IKM Sungai petani
a) Lukisan
Pembinaan
b) Pertukangan
c) Binaan Bangunan
29
40
16
34
42
18
Jumlah 85 94
IKM Melaka
a) Jurusawat Motor
b) Lukisan Jentera
c) Auto Electrician
d) Welding
79
11
1
7
102
11
1
9
Jumlah 98 123
IKM Petaling Jaya
a) Jahitan
55
57
IKM Kuala Lumpur
a) Electrical
b) Auto Electrician
c) Lukisan Jentera
d) Radio TV
e) Air Condition
47
1
1
29
1
47
1
1
29
1
Jumlah 79 79
IKM Johor Bahru
a) Welding
2
2
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan Bahagian Latihan MARA
1974, hlm. 16.
Jadual 4.10: Bilangan Pelatih-pelatih Kemahiran MARA Tamat dan Bekerja
Mengikut Jenis Pertukangan Bagi Tahun 1974
Jenis Pertukangan Jumlah
Bekerja
Jumlah Belum
Bekerja
Jumlah Bekerja
(%)
a) Besi dan Besi Waja
b) Motor dan Jentera
c) Mencelup Wayar
d) Percetakan
e) Elektrik dan
Elektronik
f) Jahitan/Membatik
g) Kayu Kayan
h) Bangunan dan
Binaan
i) Perkhidmatan dan
Bekalan
16
174
5
-
94
199
57
181
113
13
72
5
2
11
11
17
133
33
29
246
10
2
105
210
74
314
146
55.1
70.7
50
0
89.5
94.7
77
57.6
77.3
Univers
ity of
Mala
ya
172
Jadual 4.10, sambungan
Jenis Pertukangan Jumlah
Bekerja
Jumlah Belum
Bekerja
Jumlah Bekerja
(%)
j) Pertukangan Tangan 40
13
53
75.4
Jumlah 879 310 1,189 73.9
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan Bahagian Latihan MARA
1974, hlm. 19.
Jadual di atas menunjukkan jumlah pelatih yang telah bekerja adalah lebih ramai
berbanding yang tidak bekerja. Daripada 1,189 pelatih yang telah tamat latihan, seramai
881 pelatih telah mendapat pekerjaan manakala 308 pelatih masih belum bekerja.
Peratus yang telah bekerja ialah sebanyak 74.6%. Daripada jenis pertukangan di atas,
pelatih daripada kursus jahitan dan membatik paling ramai mendapat pekerjaan. Ini
disebabkan permintaan dalam bidang ini masih tinggi dan sangat diperlukan oleh
negara.
Ditinjau daripada aspek pengukuran kejayaan dalam kehidupan, sebahagian
lepasan para pelatih IKM di era ini telah mencapai kejayaan dalam bidang yang
diterokai mereka. Ia jelas menunjukkan bahawa IKM pada peringkat awal
penubuhannya mampu untuk menghasilkan graduan berkemahiran yang berjaya dalam
kehidupan. Misalnya Tuan Haji Mat Daud bin Yusof, Pengarah Urusan Kejuruteraan
Elektrik Pandan Sdn Bhd merupakan bekas pelajar IKM Kuala Lumpur (1972-1974)
yang mengambil Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik. Beliau kini berpendapatan lebih
RM 300,000 sebulan dan menggajikan lebih 30 orang pekerja dan mengambil lebih 25
orang pelajar praktikal.108
Seorang bekas pelatih IKM Johor Bahru yang iaitu YM
Pengeran Dato’ Daud Pengeran Putera telah menempa nama dalam perkhidmatan
minyak dan gas. Beliau yang bergraduasi pada tahun 1980, merupakan anak Sarawak
108
Inspirasi Kejayaan Ikon Kemahiran MARA, Kuala Lumpur: MARA, 2010, hlm. 45.
Univers
ity of
Mala
ya
173
telah mengasaskan Syarikat Serba Dinamik yang menyediakan perkhidmatan machinery
and engineering. Dato’ Daud menganggap pendidikan yang diterima di ITM sebagai
satu lonjakan untuk terus mencipta kejayaan dengan beralih ke bidang usahawan
sebagai seorang kontraktor dalam bidang minyak dan gas.109
4.10 Kesimpulan
Berdasarkan rekod perkembangan yang begitu memberangsangkan, IKM jelas berhasil
memenuhi matlamat utama kerajaan untuk merangsang kelahiran masyarakat
Bumiputera yang berkemahiran sekaligus memenuhi kehendak-kehendak guna tenaga
kerja di Malaysia yang menuju ke arah perindustrian mulai tahun 1970-an. IKM bukan
sahaja merupakan antara institusi penting dalam menyuntik daya saing dalam kalangan
belia Bumiputera, bahkan dengan wujudnya IKM, ia merupakan satu jawapan kepada
permasalahan kekurangan tenaga kerja berkemahiran di Malaysia. Selain menjadi
penawar kepada masalah pengangguran yang semakin serius pada penghujung dekad
1960-an, penawaran kursus-kursus kemahiran kepada golongan belia Bumiputera oleh
IKM turut membantu usaha kerajaan dalam memaksimumkan tenaga kerja luar bandar
yang sebelumnya dilihat begitu ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum bukan
Bumiputera di kawasan bandar. Hal ini adalah selari dengan dasar DEB untuk
merapatkan jurang antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera khususnya
dalam konteks alam pekerjaan.
Kursus kemahiran yang ditawarkan IKM adalah berkualiti dan mempunyai
standard yang tersendiri. Melalui IKM, buat pertama kalinya golongan belia Bumiputera
memiliki peluang yang luas untuk mendapatkan pendidikan kemahiran secara formal.
Tambahan pula, MARA turut mendapatkan khidmat pakar-pakar berkelayakan daripada
109
Ibid., hlm. 20.
Univers
ity of
Mala
ya
174
luar negara untuk membantu MARA meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
di IKM. Oleh itu, IKM dilihat berupaya membantu golongan belia Bumiputera untuk
mengasah dan mengembangkan bakat yang dimiliki serta menyalurkannya kepada dunia
pekerjaan yang sangat memerlukan kemahiran yang khusus. Pencapaian IKM ini jelas
memperlihatkan peranan yang dimainkan MARA dalam menerajui usaha kerajaan
dalam membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat sebagaimana
yang digariskan dalam DEB.
Univers
ity of
Mala
ya
175
BAB 5: PERKEMBANGAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA, 1972-1980
5.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan peranan MARA dalam menguruskan institusi persekolahan
peringkat menengah yang dikenali sebagai Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Persoalan yang akan dikupas dalam bab ini ialah bagaimanakah MRSM berkembang
daripada institusi yang dilihat sebagai tidak begitu bersedia dari segala sudut ketika
penubuhannya, sehingga dapat mencapai kejayaan yang memberangsangkan dalam
konteks aspirasi kerajaan untuk mewujudkan golongan cerdik pandai Bumiputera dalam
kerangka Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Bagi menjawab persoalan ini, penelitian akan dibuat untuk meninjau tempoh
1972-1980 bagi memperlihatkan usaha gigih MARA dalam mengisi hala tuju MRSM
serta menjana intipati sistem pendidikannya yang ekslusif di Malaysia. Bab ini
dibahagikan kepada beberapa bahagian meliputi faktor penubuhan MRSM, usaha
merealisasikan penubuhannya, perkembangan penubuhan MRSM di Malaysia dalam
tempoh berkenaan, pengambilan dan pencapaian pelajar serta masalah dan cabaran yang
terpaksa dihadapi MRSM. Ternyata, MARA berjaya membentuk MRSM sebagai
sebuah institusi persekolahan peringkat menengah dan berhasil memenuhi objektif
penubuhan MRSM sebagaimana yang disasarkannya.
5.2 Sebab-sebab Penubuhan Maktab Rendah Sains MARA
Penglibatan MARA dalam bidang pendidikan peringkat sekolah bermula pada tahun
1970. Sebelum ini, MARA telah terlibat secara langsung dalam penubuhan Institut
Teknologi MARA (ITM) yang sedikit sebanyak memberi inspirasi dan pedoman
Univers
ity of
Mala
ya
176
terhadap peri pentingnya usaha melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat sekolah
lagi. Ini disebabkan kemasukan ke institusi pengajian tinggi yang melahirkan golongan
cerdik pandai akan terjejas sekiranya pihak sekolah melahirkan pelajar yang tidak
bermutu. Justeru itu, MRSM atau MARA Junior Science College (MJSC) merupakan
antara institusi persekolahan terawal yang diasaskan oleh MARA untuk mengisi
kelompangan tersebut.
Kelahiran MRSM ini mempunyai kaitan rapat dengan hasrat DEB yang
disarankan pada tahun 1970.1 DEB mempunyai dua matlamat utama iaitu untuk
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat agar
tiada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.2 Malaysia yang telah lama
menjalani tempoh masa di bawah pentadbiran penjajah telah tersusun dengan ekonomi
yang diatur oleh penjajah. Sistem dual ekonomi yang diasaskan ini sedikit sebanyak
mempengaruhi corak pertumbuhan ekonomi masyarakat.3 Misalnya, orang Melayu lebih
cenderung kepada sistem ekonomi tradisional iaitu bergiat sebagai petani dan nelayan
manakala orang Cina dan India pula terlibat dalam ekonomi moden sebagai penggiat
dalam perdagangan dan perlombongan bijih timah. Akibat dasar ”pecah dan perintah”
British ini, ia telah meninggalkan kesan mendalam dalam penyusunan masyarakat iaitu
orang Melayu lebih banyak tinggal di kawasan luar bandar manakala orang Cina pula di
kawasan bandar. Keadaan ini telah membimbangkan kerajaan, kerana tanpa satu dasar
baru diperkenalkan, ia akan membawa satu jurang hubungan kaum yang luas dan
mengheret kepada rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum tersebut.4
1 Lihat S. P. 379( )/01.001, Prof. Dato‟ Nik Anuar Bin Mahmud, FCO 24/821, The New Economic Policy.
2 Maklumat lanjut berkenaan Dasar Ekonomi Baru boleh dirujuk dalam Ahmad Idriss, Dasar Ekonomi Baru, Petaling Jaya: IBS
Buku Sdn. Bhd., 1988; Firdaus Abdullah, “Masalah Melayu dan Dasar Ekonomi Baru”, Persidangan Dasar Ekonomi Baru dan
Masa Depannya, 4th: 24-26 Jul 1989: Kuala Lumpur; Khadijah Muhamed dan Halimah Awang (ed.), Dasar Ekonomi Baru dan
Masa Depannya, Kuala Lumpur: Persatuan Sains Sosial Malaysia, 1991. 3 Lihat Isamu Yamada, “Input-Output Model of A Dual Economy”, Kajian Ekonomi Malaysia, Vol. III, No. 2, December 1966,
Persatuan Ekonomi Malaysia. 4 Lihat, S. P. 379. Prof. Dato‟ Nik Anuar Bin Nik Mahmud. C. O. 1022/463, Economic Position of the Malays in Malaya. Extract
from Singapore Standard, 5.12.52 “Economic Uplift”.
Univers
ity of
Mala
ya
177
DEB yang dirumuskan oleh kerajaan selepas peristiwa rusuhan kaum tahun 1969
sememangnya satu idea bijak Tun Abdul Razak. DEB akan menjadi penentu dalam
mencapai perpaduan.5 Bermula dari Rancangan Malaysia Kedua sebagai tahap
permulaan, DEB dilancarkan bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang baru dan
mempunyai nilai sepunya yang mengatasi perbezaan kaum, budaya dan sosioekonomi.6
Satu kajian telah dilakukan oleh kerajaan yang melibatkan taburan pendapatan
penduduk mengikut kaum pada tahun 1970.
Jadual 5.1: Peratusan Pendapatan Isi Rumah Mengikut Kaum di Semenanjung
Malaysia Bagi Tahun 1970
Pendapatan
sebulan
Melayu Cina India lain-lain Jumlah
$ 1-99 22.9 2.6 1.3 0.2 27.1
$ 100-199 19.1 7.8 4.4 0.1 31.4
$ 200-399 10.4 11.9 3.5 0.1 25.9
$ 400-699 3.0 5.3 1.2 0.1 9.6
$ 700-1,499 1.1 2.9 0.6 0.1 4.7
$ 1,500-2,999 0.2 0.7 0.1 0.1 1.1
$ 3,000 ke atas 0.1 0.1 0.1 0.3
Jumlah 56.7 31.3 11.2 0.8 100.0
Sumber: Mid-Term Review of the Second Malaysia Plan, 1971-1975, Kuala Lumpur:
Government Press, 1973, hlm. 3.
Jadual di atas menunjukkan bahawa sebanyak 27% penduduk masih lagi memiliki
pendapatan di bawah lingkungan $100. Manakala sebanyak 31.4% pula memiliki
pendapatan dari $100 ke $199. Daripada jumlah ini, kaum Melayu adalah yang tertinggi
berbanding kaum lain. Ini menunjukkan bahawa kaum Melayu adalah yang termiskin
5 Matlamat kedua Dasar Ekonomi Baru ialah mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat. Ia dilaksanakan dengan
mengurangkan jurang perbezaan dari segi pendapatan, guna tenaga, hak milik serta pengurusan harta benda atau kekayaan.
Beberapa rancangan bagi mencapat matlamat Dasar Ekonomi Baru telah dilaksanakan oleh MARA seperti menyediakan tenaga
manusia yang terlatih untuk mengimbangkan guna tenaga dalam kegiatan ekonomi negara dengan mewujudkan biasiswa dan
pinjaman pelajaran, latihan vokasional dan juga mendirikan yayasan pelajaran untuk aliran sains, teknologi dan perniagaan. Lihat
Masyarakat Baru, Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan. 6 Just Faaland, Rais Saniman (penterjemah, Ramlah Muhamad, Ridzuan Omar, Md. Sharit Bharuddin), DEB Pertumbuhan dan
Ketaksamarataan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 31.
Univers
ity of
Mala
ya
178
dan paling memerlukan perhatian dan bantuan daripada kerajaan.7 Sehubungan itu,
langkah kerajaan bagi menyusun semula masyarakat melalui DEB adalah amat penting
bagi menyeimbangkan pendapatan dan menyusun guna tenaga negara dengan lebih
berkesan. Jelas dapat dilihat kebanyakan orang Melayu berkecimpung dalam bidang
pertanian yang berproduktiviti rendah berbanding bukan Melayu yang menceburi
bidang perdagangan dan perindustrian yang berproduktiviti tinggi.8
Kedudukan sosioekonomi masyarakat Melayu dapat diubah melalui satu ejen
pengubah iaitu pendidikan dan latihan.9 Pendidikan memainkan peranan yang penting
dalam meningkatkan mobiliti sosial sesebuah masyarakat. Pendidikan yang
dimaksudkan adalah pendidikan sains, teknikal dan vokasional memandangkan jumlah
penyertaan pelajar Melayu dalam bidang ini adalah amat sedikit bilangannya:
“Significant improvement of the position of Malays in the job hierarchy
depends on an adequate supply of Malay managerial, professional and
technical personnel. Clearly the role of educational and training
institutions is crucial in this regard. The current stock of qualified Malays
at the managerial, professional and technical levels requires substantial
expansion and this will necessitate increasing the proportion of Malays
persuing courses in science, technology, economics and business
administration and other professional courses.”10
Pada tahun 1970, seramai 39.7% pelajar Melayu menuntut di universiti tempatan bagi
peringkat ijazah. Daripada jumlah ini, hanya 12% sahaja yang mengikuti bidang sains
dan teknologi. Pada tahun 1973 pula, jumlah pelajar Melayu di universiti ialah seramai
52.7% di mana seramai 19% sahaja yang menceburi kursus sains dan teknologi.
7 Pada tahun 1970, jurang perbezaan pendapatan antara kaum Melayu dan bukan Melayu adalah agak besar. Pendapatan purata isi
rumah Melayu ialah sebanyak $179 sebulan manakala pendapatan purata isi rumah Cina dan India masing-masing berjumlah $387
dan $310. Daripada jumlah isi rumah dalam tingkat pendapatan yang kurang daripada $100 di Semenanjung Malaysia, 85 peratus
terdiri daripada isi rumah Melayu. Daripada jumlah isi rumah dalam tingkat pendapatan pertengahan iaitu dalam lingkungan $400-
$699, kira-kira 56 peratus terdiri daripada keluarga Cina. Keterangan lanjut lihat dalam “Penyusunan Masyarakat dan Perpaduan
Negara, Sejauh mana DEB Berjaya?” oleh Dr. Ting Chew Poh dan Dr. Chua Yee Pan, dalam S. P. 113( )/01.001, Datuk Nik Abdul
Rashid Bin Nik Abdul Majid. 8 Mid-Term Review of the Second Malaysia Plan 1971-1975, Kuala Lumpur: Government Press, 1973, hlm. 9.
9 Rujuk S. P. 33/1/E 584/39, Tun Dr. Fatimah Binti Hashim. Konggeres Ekonomi Bumiputra Malaysia, Usul2 Yang Di-terima pada
Meshuarat Pleno Pada 7hb Jun, 1965. 10
Mid-Term Review of the Second Malaysia Plan 1971-1975, hlm. 13.
Univers
ity of
Mala
ya
179
Keadaan yang sama juga dapat dilihat dalam jumlah pelajar di peringkat sekolah. Ini
dapat ditafsirkan melalui Jadual 5.2:
Jadual 5.2: Kemasukan Pelajar di Peringkat Sekolah Mengikut Kaum Bagi
Sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia Pada Tahun 1970
Tahap
Persekolahan
Melayu Cina India Lain-lain Jumlah
Sekolah
Rendah
53.4 36.0 10.0 0.6 100.0
Menengah
Rendah
50.9 38.9 9.6 0.7 100.0
Menengah
Atas
48.8 43.4 7.0 0.8 100.0
Pra-Universiti 43.4 49.6 6.0 1.0 100.0
Sumber: Diubahsuai dari Mid-Term Review of the Second Malaysia Plan, 1971-1975,
hlm. 192.
Jadual 5.2 menunjukkan jumlah pelajar yang memasuki persekolahan mengikut tahap
dan bangsa pada tahun 1970. Pelajar Melayu yang bersekolah menunjukkan peratusan
yang agak banyak tetapi kebanyakan dari mereka menyertai aliran bukan sains:
“In the Malay medium upper secondary schools, where 98% are Malays,
arts students account for 77%, whereas in the English medium upper
secondary schools, where Malays account for only 30% of the
enrolments, the arts enrolment is about 62%. Present efforts in expanding
science related education in rural areas are geared to rectifying this
imbalances.”11
Kekurangan pelajar yang menceburkan diri dalam aliran sains bakal membawa
kepada suatu kesan yang kurang baik dari segi penghasilan golongan profesional yang
terhad dalam kalangan orang Melayu. Oleh yang demikian, dalam saranan DEB telah
lahir idea untuk mewujudkan sistem pendidikan yang menjurus pada bidang sains dan
teknologi. Di sinilah bermulanya idea untuk mewujudkan MARA Junior College atau
11
Ibid., hlm. 192.
Univers
ity of
Mala
ya
180
lebih dikenali sebagai MRSM. Kelahiran MRSM memang sengaja diletakkan di bawah
MARA dan bukannya di bawah Kementerian Pendidikan seperti kebiasaannya. Ini
disebabkan MRSM akan memfokuskan pengambilan pelajar yang majoritinya dalam
kalangan Bumiputera dan mengkhususkan kepada murid-murid di luar bandar.
Sehubungan itu, wujud agenda penting di sebalik penubuhan MRSM ini dalam
meningkatkan pendidikan orang Melayu dan menjurus kepada melipatgandakan
kelahiran golongan Bumiputera profesional.12
Idea penubuhan MRSM mula tercetus apabila kajian dibuat terhadap
keberkesanan sistem pendidikan negara yang sedia ada. Meskipun negara telah lama
merdeka dan mempunyai sistem pendidikan yang agak konsisten, namun masih berlaku
kepincangan dari aspek pembentukan individu yang menepati kehendak negara.
Kepincangan yang berlaku ini jelas dapat diterjemahkan melalui berlakunya
pengangguran di Malaysia khasnya pasca kemerdekaan. Nyata bahawa sistem
pendidikan sedia ada perlu diperbaiki dan diperkemaskan bagi membolehkan masalah
berkenaan diselesaikan. Pengangguran yang serius ini sememangnya jelas apabila
menyorot kepada data dalam jadual 5.3 yang menunjukkan jumlah pengangguran di
Malaysia.13
12
Rujuk A. Laporan Kajian Semula Kemajuan 1976-1980 Bahagian Latihan dan Pendidikan Bab II, hlm. 3, dalam Majlis Amanah
Rakyat, Lapuran Kajian Semula Kemajuan, 1976-1980 dan Kajian Semula Perlaksanaan, 1971-1980, Buku 2. 13
Salah seorang anggota sukarelawan Amerika (Peace Corps) iaitu Robert C. Burke menyatakan beliau begitu sedar akan masalah
berkenaan kadar pengangguran dalam kalangan belia Malaysia. Lihat Surat Robert C. Burke kepada Committee on Malayanisation,
Kementerian Perdagangan dan Industri, 1 Mac 1969 dalam 26350/35. United States Peace Corps Volunteers 1969/1970 Programme.
Univers
ity of
Mala
ya
181
Jadual 5.3: Bilangan Pengangguran dan Peringkat Pelajaran
Peringkat Pelajaran Bilangan Peratus daripada
Jumlah
Penganggur
Peratus daripada
Jumlah Tenaga
Buruh yang
Tidak Bekerja
1. Tidak berpelajaran
2. Peringkat Sekolah
Rendah
3. Peringkat Menengah
Rendah
4. Peringkat Menengah Atas
5. Berpelajaran Agama
6. Latihan pengurusan
teknikal, universiti dan
lain-lain
15,700
86,200
57,200
14,300
2,400
900
8.9%
48.8%
32.4%
8.1%
1.3%
0.5%
2.4%
5.9%
18.1%
16.8%
12.6%
2.0%
Jumlah 176,700 100% 6.8%
Sumber: Koleksi Peribadi Abdul Wahab Alwi, Kertas Kerja Penubuhan Maktab Rendah
Sains MARA, hlm. 6.
Daripada angka di atas, jelas menunjukkan bahawa sebanyak 90.6% daripada
jumlah penganggur itu adalah terdiri daripada golongan yang pernah mendapat
pendidikan. Meskipun mendapat pendidikan, mereka masih tidak berjaya memperoleh
pekerjaan dalam mana-mana sektor. Ini menggambarkan bahawa pendidikan yang
diterima semasa di sekolah tidak mencukupi untuk menyediakan mereka berkecimpung
dalam lapangan pekerjaan. Dengan hanya mampu membaca dan menulis sahaja tidak
menjamin seseorang individu itu mampu memperoleh pekerjaan. Oleh yang demikian,
satu bentuk pendidikan yang dapat memupuk sifat dinamis iaitu memiliki ciri peribadi,
sikap dan pandangan hidup yang boleh menyesuaikan diri dengan peredaran zaman
serta keperluan masyarakat adalah perlu bagi melahirkan guna tenaga yang cemerlang
kepada negara.14
14
Koleksi Peribadi Abdul Wahab Alwi, Kertas Kerja Penubuhan MRSM, hlm. 7.
Univers
ity of
Mala
ya
182
Pelajar seharusnya diberi pendedahan untuk mempelajari sesuatu melalui
pengalaman, mengkaji suatu pendapat yang baru, membuat keputusan serta
mentafsirkan apa yang dipelajari dengan lebih baik. Ini akan mendorong seseorang
pelajar ini lebih berkeyakinan dan mampu berfikir dengan lebih matang. Sistem
pendidikan yang sedia ada ketika ini adalah lebih menjurus kepada peperiksaan iaitu
kandungan silibus lebih dititikberatkan berbanding dengan pemupukan nilai pada
individu tersebut.15
Idea untuk mewujudkan MRSM bertepatan dengan dasar kerajaan
ketika itu yang memberi galakan agar pelajar-pelajar sekolah menceburi bidang sains.
Perkembangan ilmu sains dianggap sangat penting bagi individu yang ingin
maju dalam kehidupan.16
Oleh yang demikian, MRSM menjadi perintis kepada inovasi
pendidikan negara dalam mewujudkan sistem pendidikan yang menitikberatkan ilmu
sains dan matematik. Meskipun silibus pendidikan MRSM tidak banyak berbeza dengan
sekolah kementerian, namun fokus dan penerapannya menitik beratkan bidang sains dan
matematik. Idea penubuhan MRSM ini disokong atas beberapa sebab penting.
Antaranya ialah kerana kekurangan bilangan anak Bumiputera yang mempunyai
kelulusan dalam mata pelajaran Sains dan Teknologi di kelas-kelas tingkatan enam di
sekolah-sekolah kerajaan dan institusi pengajian tinggi.17
Kekurangan yang berlaku ini
merupakan suatu perkara yang serius dan perlu ditangani segera bagi memastikan
penyertaan golongan Bumiputera dalam bidang Sains dan Teknologi di peringkat
universiti dapat ditingkatkan. Kekurangan bilangan berkenaan yang begitu serius dapat
dilihat dan dinilai melalui jadual berikut:
15
Ibid., hlm. 16. 16
Rancangan jangka panjang kerajaan untuk perkembangan pelajaran tinggi di Malaysia bagi tempoh masa 20 tahun sehingga tahun
1985 di antara lain termasuklah memperluaskan pelajaran universiti terutamanya dalam lapangan sains dan teknologi. Ranchangan
Pespektib untok Perkembangan Pelajaran Tinggi Di-Malaysia, Kuala Lumpur, Penchetak Kerajaan, 1967, hlm. 3. 17
Asia Magazine: Scientist of the Future: Unique Experiment Produces Scientist from Teenagers, 22 Mac 1970, hlm. 9.
Univers
ity of
Mala
ya
183
Jadual 5.4: Jumlah Pelajar yang Menuntut di Fakulti Sains, Universiti Malaya
Mengikut Kaum
Tahun/
Bangsa
Cina Melayu India Ceylon Serani lain-lain Jumlah
1959/60
1960/61
1961/62
1962/63
1963/64
1964/65
1965/66
1966/67
22
75
139
228
308
374
472
546
3
10
13
16
18
24
28
50
1
19
27
41
47
33
36
36
4
8
18
25
20
21
24
30
-
1
3
3
6
3
3
4
1
3
4
5
5
7
5
4
31
114
203
318
398
462
568
670
Jumlah 2,155 162 240 150 23 34 2,764
Sumber: Asia Magazine, March 22, 1970, hlm. 23.
Jadual 5.4 menunjukkan jumlah penuntut dalam Fakulti Sains di Universiti Malaya dari
tahun 1959 hingga 1967. Jumlah ini menunjukkan hanya seramai 162 orang pelajar
Melayu yang mengikuti pengajian di Fakulti Sains dari tahun 1959-1967. Jumlah ini
amatlah sedikit jika dibandingkan dengan kaum lain iaitu Cina dan India seperti di
atas.18
Kekurangan penyertaan Bumiputera dalam bidang kritikal kepada negara juga
dapat dilihat berdasarkan bilangan yang direkodkan dalam bidang perubatan. Jadual 5.5
pula menunjukkan jumlah penuntut yang menuntut di Fakulti Perubatan Universiti
Malaya.
18
Ibid., hlm. 10.
Univers
ity of
Mala
ya
184
Jadual 5.5: Jumlah Pelajar di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya Mengikut
Kaum
Tahun/Bangsa Cina Melayu India Ceylon Serani Lain-
lain
Jumlah
1959/60
1960/61
1961/62
1962/63
1963/64
1964/65
1965/66
1966/67
-
-
-
-
28
80
146
204
-
-
-
-
7
11
23
44
-
-
-
-
4
7
11
17
-
-
-
-
-
4
5
10
-
-
-
-
1
-
-
1
-
-
-
-
-
-
1
1
-
-
-
-
40
102
186
277
Jumlah 458 85 39 19 2 2 605
Sumber: Asia Magazine, March 22, 1970, hlm. 24.
Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 85 orang pelajar Melayu sahaja yang
menuntut di dalam bidang kedoktoran di Universiti Malaya dari tahun 1963 hingga
1967. Jumlah ini menunjukkan kurangnya kecenderungan pelajar Melayu dalam aliran
Sains. Selain itu, jadual 5.6 menunjukkan jumlah pelajar yang mengikuti pengajian di
Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya.
Jadual 5.6: Jumlah Pelajar yang Menuntut di Fakulti Kejuruteraan, Universiti
Malaya Mengikut Kaum
Tahun/
Bangsa
Cina Melayu India Ceylon Serani Lain-lain Jumlah
1959/60
1960/61
108
132
1
4
14
16
3
4
3
3
-
-
129
159
Univers
ity of
Mala
ya
185
Jadual 5.6, sambungan
Tahun/
Bangsa
Cina Melayu India Ceylon Serani Lain-lain Jumlah
1961/62
1962/63
1963/64
1964/65
1965/66
1966/67
159
183
221
230
250
280
4
5
2
4
3
5
25
24
21
13
20
14
6
9
8
13
6
11
4
4
4
2
2
1
-
1
1
-
-
-
198
226
257
262
281
311
Jumlah 1,563 28 147 60 23 2 1,823
Sumber: Asia Magazine, March 22, 1970, hlm. 24.
Jadual tersebut menunjukkan bahawa jumlah pelajar Melayu yang mengikuti bidang
kejuruteraan di Universiti Malaya adalah seramai 28 orang dari tahun 1959 hingga
tahun 1967. Ini menunjukkan bahawa kecenderungan pelajar Melayu dalam bidang
Sains adalah amat kurang.19
Selain itu, jadual-jadual di atas juga menunjukkan wujud
ketidakseimbangan di antara kaum dari segi peringkat pencapaian dalam bidang
pelajaran dan penyertaan dalam pekerjaan untuk mencapai perpaduan negara. Masalah
ketidakseimbangan ini dapat diatasi melalui Dasar Ekonomi Baru yang akan
mengimbangkan hak milik dan pekerjaan bagi setiap kaum. Untuk mencapai matlamat
Dasar Ekonomi Baru ini, orang Melayu dan kaum Bumiputera perlulah melibatkan diri
dalam semua komposisi pekerjaan tidak kira apa jua sektor sekalipun.20
Selain faktor
kekurangan penyertaan golongan muda Bumiputera dalam bidang Sains dan Teknologi
di peringkat tinggi, masalah dalam sektor pendidikan Bumiputera turut disumbangkan
19
Pada tahun 1964, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan corak pelajaran baru di Malaysia yang dinamakan sebagai
Pelajaran Anika Jurusan. Namun ketika itu, kemudahan-kemudahan untuk mempelajari mata pelajaran Sains di sekolah menengah
hanya wujud di beberapa buah sekolah sahaja seperti Sekolah Alam Shah dan sekolah-sekolah yang menumpang bersama Sekolah
Inggeris. Laporan Kementerian Pelajaran Mengenai Usul2 8 dan 62 (6), hlm. 55, dalam Konggeres Ekonomi Bumiputra Kedua,
Laporan2 Atas Perlaksanaan Usul2 Konggeres Ekonomi Bumiputra Pertama , Kuala Lumpur: Jabatan Chetak Kerajaan, 1968. 20
Dasar Ekonomi Baru, Bahagian Perancangan Korporat MARA, hlm. 24.
Univers
ity of
Mala
ya
186
oleh faktor bilangan dan kedudukan sekolah di kawasan luar bandar. Memandangkan
golongan Bumiputera membentuk majoriti penduduk luar bandar di Malaysia, bilangan
sekolah yang tidak seimbang antara luar bandar dan dalam bandar menjadi indikator
penting yang mempengaruhi akses kepada pendidikan oleh golongan Bumiputera.
Jadual berikut menunjukkan statistik sekolah dan jumlah kelas dari tahun 1960 hingga
1965.
Jadual 5.7: Perkembangan Sekolah di Tanah Melayu, 1960-1965
Sekolah
Bandar
Luar Bandar
Peringkat
Rendah
Menengah
Lain-lain
Rendah
Menengah
Lain-lain
1960
5,990
2,074
-
15,737
283
12
1961
6,363
2,310
-
17,189
348
12
1962
6,770
3,167
22
17,725
511
24
1963
6,998
3,360
198
18,538
685
56
1964
7,843
4,001
30
18,565
929
93
1965
8,540
4,203
53
18,382
1,236
36
Kemasukan
Bandar
Luar Bandar
Rendah
Menengah
Lain-lain
Rendah
Menengah
Lain-lain
337,399
84,516
-
641,950
14,442
-
359,815
97,234
-
694,850
18,186
-
367,681
122,691
8,682
708,438
27,215
2,209
372,106
136,324
14,522
714,592
29,805
2,290
417,192
152,917
6,531
741,451
34,184
2,723
423,862
196,302
-
766,340
71,384
-
Guru
Bandar
Lur Bandar
Rendah
Menengah
Lain-lain
Rendah
Menengah
Lain-lain
11,593
3,350
-
24,336
406
-
13,019
3,933
41
26,231
537
-
12,940
4,852
241
27,251
935
72
12,907
5,383
446
27,251
1,249
96
14,067
6,045
315
28,841
1,587
141
14,560
8,282
-
29,168
3,766
-
Sumber: National Planning & Development for Children & Youth, Malaysia, Malaysia:
Federal Development of Information.
Univers
ity of
Mala
ya
187
Jadual 5.7 menunjukkan bahawa jumlah sekolah menengah di bandar adalah
sebanyak 50% dari jumlah sekolah rendah yang sedia ada. Manakala jumlah sekolah
menengah di luar bandar adalah sebanyak 5% dari jumlah sekolah rendah yang sedia
ada. Ini menunjukkan bahawa hanya sebanyak 5% pelajar di sekolah rendah yang akan
belajar di sekolah menengah di luar bandar berbanding seramai 50% pelajar sekolah
rendah yang akan menyambung pengajian di sekolah menengah bandar.21
Jelaslah
faktor persekitaran yang kurang memberangsangkan dan tiada kemudahan untuk
menyambung pengajian telah mengakibatkan berlakunya keciciran dalam kalangan
pelajar Melayu di luar bandar. Ini diperkukuhkan melalui data dalam jadual di bawah:
Jadual 5.8: Jumlah Institusi dan Jumlah Pelajar, 1966-1972
Tahun
Jumlah Pelajar yang
Layak Menyertai
Institusi Pengajian
Tinggi Awam dan
Teknikal
Jumlah Tempat yang
Ditawarkan di Institusi
Pengajian Tinggi
Awam
Jumlah Pelajar yang
Layak Untuk
Memasuki Institusi
Baru Seperti MRSM
1966
1967
1968
1969
1970
1971
1972
229,617
386,588
452,550
506,657
550,064
593,947
625,486
52,621
59,089
64,300
72,239
81,229
90,992
101,013
176,996
327,499
388,250
434,418
568,838
502,955
524,473
Sumber: Educational Planning and Research Division, Ministry of Education, Malaysia.
21
Development Progress Statistics for Education (States of Malaya), National Planning & Development for Children & Youth,
Malaysia-produced by the Federal Department of Information, Malaysia.
Univers
ity of
Mala
ya
188
Jadual ini menunjukkan jumlah tempat yang ada berbanding dengan jumlah
pelajar. Angka di atas menunjukkan bahawa jumlah tempat yang ditawarkan bagi
pendidikan menengah adalah amat sedikit berbanding jumlah pelajar yang layak untuk
memasukinya. Daripada jumlah di atas, seramai 60% adalah orang Melayu. Dengan
kata lain, masalah kekurangan sekolah menengah merupakan masalah utama yang
dihadapi kerajaan ketika itu.22
Jadual 5.9: Jumlah Pelajar di Tingkatan Tiga dan Jumlah Pelajar yang Akan
Memasuki Tingkatan Empat Tahun Berikutnya
Tahun
SRP Jumlah Pelajar
Tingkatan 5 Tahun
Berikutnya
1962
1963
1964
1965
1966
1967
2575
4058
5393
11642
13740
34405
775
619
2375
3750
6945
Tiada data
Sumber: Educational Planning and Research Division, Ministry of Education,
Malaysia.
Jadual di atas menunjukkan perbandingan jumlah pelajar di tingkatan tiga dan
jumlah pelajar yang akan ditempatkan di tingkatan empat pada tahun berikutnya. Pada
tahun 1966 misalnya, seramai 13,740 orang pelajar akan menduduki peperiksaan SRP
dan hanya seramai 6,945 orang sahaja yang akan ditempatkan di tingkatan empat. Ini
bererti berlaku lebihan sebanyak 7,055 orang pelajar yang tidak dapat memasuki
tingkatan empat kerana tempat yang tidak mencukupi. Pada tahun 1967 pula, seramai
34,036 pelajar yang menduduki peperiksaan SRP dan dianggarkan angka pelajar yang
22
Educational Planning and Research Division, Ministry of Education, Malaysia.
Univers
ity of
Mala
ya
189
tidak dapat memasuki tingkatan empat adalah lebih ramai. Bagi tahun 1967, jumlah
pelajar Melayu yang tidak dapat memasuki tingkatan empat di sekolah aliran Melayu
dan Inggeris adalah seramai 10,918 orang. Data ini membuktikan bahawa kelahiran
MRSM adalah tepat pada masanya bagi mengisi kekosongan tempat untuk pelajar
Melayu khususnya meneruskan persekolahan menengah mereka.23
Dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua yang berlangsung pada 1968, telah
dibangkitkan masalah yang dihadapi oleh MARA dalam pengambilan pelajar memasuki
ITM. Hasil temuduga yang diadakan semasa pengambilan pelajar didapati bahawa
hanya 10-15% pelajar sahaja yang benar-benar mempunyai kelulusan dalam Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains. Oleh yang demikian, langkah wajar perlu diambil oleh
MARA amnya dalam menubuhkan Maktab Rendah Sains MARA yang akan melahirkan
pelajar Bumiputera yang layak memasuki kolej, universiti dan juga ITM. Bagi yang
kurang berkelayakan, akan digalakkan untuk menyertai latihan kemahiran yang
disediakan.24
5.3 Idea Penubuhan MRSM
Orang yang bertanggungjawab dalam menubuhkan MRSM pada peringkat awal adalah
Encik Abdul Wahab Alwi.25
Sebagai seorang bekas pelajar Maktab Melayu Kuala
Kangsar (MCKK) dan juga graduan dari luar negara, beliau mempunyai world-view
yang berbeza tentang pendidikan. Sikap beliau yang suka mencipta sesuatu yang baru
telah merealisasikan kewujudan MRSM. Falsafah beliau adalah “go not where the path
may lead but create a new path so that others may follow”. Kata-kata inilah yang
23
Minit Mesyuarat Majlis MARA, Bil. Ke-21, 3 Ogos 1970. 24
“Latihan Bumiputera”, dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua, hlm. 3. 25
Encik Abdul Wahab Alwi dilahirkan di Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan
menamatkan ijazah di Western Australia University di bawah Biasiswa Rancangan Colombo. Beliau berkhidmat dengan MARA
pada tahun 1966 selama 17 tahun. Beliau mula berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Latihan MARA dengan jawatan terakhirnya
sebagai Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pendidikan. Dalam tempoh perkhidmatan beliau, banyak pembaharuan dan inovasi idea
telah dilaksanakan. Encik Abdul Wahab telah dianugerahkan gelaran Bapa MRSM pada Majlis Ulangtahun Ke-30 MRSM (2002).
Univers
ity of
Mala
ya
190
menjadi inspirasi kepada kumpulan tenaga pengajar pertama bagi menubuhkan MRSM.
Model MRSM ini telah diambil dari Science High School of Manila iaitu sebuah
sekolah yang diwujudkan pada 23 Januari 1963.26
The school shall offer, on a free
scholarship basis, a secondary course with specific emphasis on subjects (about) the
sciences to prepare its students for a career in Science.27
The Philipines Science High School sebenarnya adalah sekolah yang meniru
model New York Bronx High School of Science28
yang telah dibina 20 tahun
sebelumnya untuk pelajar gifted.29
Dr. Leopoldo Toralballo, selaku profesor dalam
bidang Matematik di sana telah tertarik dengan sistem pendidikannya. Beliau
menghantar anaknya belajar di sana dan pada masa yang sama mengambil formula
pendidikan untuk diterapkan di Filipina.30
Menurut beliau:
“Outside of the classroom, our students are typical of others their own
age. But in the classroom, they are very different. They are more serious,
more intense in their desire to learn. They are all high achievers. One day
they will be the scientists who will lead the country towards scientific
development and progress.”31
Tumpuan utama sekolah ini adalah untuk melakukan kajian individu. Pelajar
digalakkan melalui sendiri eksperimen sehingga mereka memperoleh hasilnya.32
Setelah
mendapat model yang sesuai serta kelulusan, permohonan telah dibuat untuk
mendapatkan peruntukan berjumlah $7.5 juta bagi perbelanjaan pembangunan dalam
lima tahun yang akan datang untuk melaksanakan rancangan ini. Pada peringkat
26
Temubual dengan En. Abdul Wahab Alwi di pejabat beliau di Shah Alam pada 9 September 2008, jam 11:30 pagi. 27
Scientist of the Future: Unique Experiment Produces Scientist from Teenagers”, Asia Magazine, 22 March 1970, hlm. 1. 28
New York Bronx High School dibina pada tahun 1938 oleh Board of Education New York. Ia adalah sebuah sekolah yang
menempatkan pelajar perempuan dan lelaki yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi. Sekolah ini mengendalikan ujian
kemasukan khas bagi para pelajarnya. 29
Pelajar gifted bermaksud pelajar yang pintar dan cerdas. Model pendidikan pintar cerdas ini telah diperkenalkan oleh Joseph
Renzulli iaitu School Wide Enrichment (SEM). Model ini sedang diaplikasikan di MRSM terpilih di Malaysia. Rujuk J. S. Renzulli,
and S. M. Rei, The Schoolwide Enrichment Model: A How-to Guide for Educational Excellence, Mansfield Center CT: Creative
Learning Press, 1997, hlm. 14. 30
Ibid. 31
Ibid., hlm. 3. 32
Ibid., hlm. 2.
Univers
ity of
Mala
ya
191
pertama bagi pelaksanaan projek di Seremban, peruntukan pembangunan berjumlah
$380,000 diperlukan.33
Projek pembinaan MRSM di Seremban menelan belanja
berjumlah $945,000.34
Pemilihan Seremban sebagai lokasi adalah sebagai token
menghargai sumbangan dan kerjasama baik di antara MARA dan Menteri Besar Negeri
Sembilan iaitu Encik Mansor Othman yang juga merupakan bekas Pengarah Bahagian
Latihan MARA.35
MARA juga telah membuka dua buah MRSM lagi di Kota Bharu36
dan Kuantan.37
Encik Abdul Wahab yang berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian
Latihan MARA ketika itu telah membawa dua orang tenaga pengajar dari New York
Bronx University untuk menulis piece core iaitu rangka asas bagi menubuhkan MRSM.
Setelah hampir seminggu mereka di sini, terhasillah apa yang digelar sebagai Batik
Paper. Nama Batik digunakan sempena nama muka hadapan kertas cadangan yang
bercorak batik. Sebagai langkah permulaan, Encik Wahab telah mengambil 10 orang
tenaga pengajar yang terdiri daripada dua orang guru Matematik, tiga orang guru Sains,
seorang guru Sejarah, seorang guru Geografi, seorang guru Bahasa Melayu dan dua
orang guru Bahasa Inggeris.38
Mereka ini merupakan kumpulan pertama yang dipilih sebagai guru di MRSM
Seremban. Seramai dua orang kakitangan sokongan juga dilantik iaitu seorang pegawai
perpustakaan dan seorang Pegawai Tadbir. Peringkat seterusnya adalah pemilihan
33
Sebuah bangunan turut dihadiahkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan di Seremban kepada pihak MARA untuk tujuan berkenaan.
Surat Alias bin Sulaiman (b. p. Ketua Pengarah Kerja MARA kepada Ketua Setiausaha Negara, 5 Ogos 1971, dalam BPE (BT)
58/10/1, Colombo Plan- U.K. Teachers-Cum-Advisors for MARA. Junior Science College. 34
Kertas Mesyuarat Majlis MARA, Bil. 33/71, Mesyuarat Ke-24, 22 April 1971, hlm. 4. 35
Tanah Lot. 4092, C. T. 5139 Seremban Town ini telah dibeli dengan harga $59,000. Rujuk surat dari Tetuan Yazid Baba & Co.
kepada Pengarah Bahagian Kewangan dan Akaun MARA, Fail MARA Seremban, BL 117, Arkib Negara Kuala Lumpur. 36
Tanah seluas 7.1076 ekar yang dikenali sebagai Lot 1978 di dalam Mukim Kemumin, Jajahan Kota Bharu telah diluluskan
permohonan oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk pembelian MARA dengan harga sebanyak $4000 seekar. Walau bagaimanapun,
tanah ini tidak cukup luas dan MARA telah berbincang dengan Institut Pendidikan Kelantan yang memiliki tanah di sebelah iaitu
Lot 1979 yang seluas 8.9451 ekar. Tanah ini telah dibeli oleh MARA dengan harga $ 45,000. Tanah di Kelantan ini diperoleh
melalui hasil usaha Pengarah Bahagian Latihan Encik Wahab Alwi yang juga merupakan anak jati Kelantan. Rujuk Minit Mesyuarat
Majlis MARA, Bil. 5/72, 2 Februari 1972. 37
Ibid., hlm. 1. 38
BPE (BT) 58/10/1. Colombo Plan-U.K. Teachers-Cum-Advisors for MARA. Junior Science College. Majlis Amanah Rak‟ayat,
Kakitangan Maktab Rendah Sains MARA.
Univers
ity of
Mala
ya
192
Pengetua bagi MRSM. Hampir sepuluh orang telah ditemuduga oleh Encik Wahab
sendiri dan akhirnya yang terpilih ialah Encik Jamaluddin Abdul Hamid (kini bergelar
Dato‟).39
Kesemua guru yang diambil oleh MARA adalah berkelulusan ijazah dan
MRSM menjadi sekolah pertama di Malaysia yang mengambil guru dalam kalangan
mereka yang mempunyai ijazah.40
Sebagai langkah permulaan, kesemua mereka ini ditempatkan di sebuah bilik di
Bahagian Latihan MARA buat sementara sehingga bangunan MRSM yang sebenar siap
dibina. Pada peringkat awal, mereka telah mengikuti Kursus Dinamik yang
dikendalikan oleh Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara. Langkah kedua telah
diatur oIeh Encik Wahab agar Encik Jamaluddin dan seorang guru kimia ketika itu pergi
ke Filipina untuk melihat program yang dikendalikan oleh Science High School of
Manila. Mereka berada di sana selama dua minggu dan mempelajari pelbagai perkara
termasuklah aktiviti pelajar, cara menubuhkan makmal, kaedah pengajaran, hal ehwal
pelajar dan kurikulum pendidikan. Apa yang menarik ialah sekolah ini telah
memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai program home-room. Ia
merupakan satu program yang baru dan tidak pernah dilaksanakan di Malaysia. Idea
program ini telah diambil oleh Dato‟ Jamaluddin dan dibawa pulang serta diserapkan
dalam sistem MRSM.41
Setelah pulang, perbincangan telah dimulakan oleh golongan perintis ini yang
meliputi perkara berkaitan rancangan pengajaran, penyediaan buku teks, sistem
semester, team teaching dan sebagainya. Selama tujuh hingga lapan bulan, mereka
mengadakan sesi perbincangan tentang apa yang akan diimplementasikan di MRSM.
39
Encik Jamaluddin bin Abdul Hamid merupakan bekas Guru Besar sebuah sekolah di Segamat. Beliau merupakan kumpulan
pertama yang berijazah dan dilantik sebagai Guru Besar. Oleh sebab beliau masih muda iaitu 29 tahun dan gemarkan suatu yang
baru, maka beliau telah memohon untuk menjadi Pengetua MRSM. Beliau merasakan ada suatu yang menarik di sebalik tawaran ini
kerana ia suatu yang baru dan pastinya akan memberikan beliau suatu pengalaman yang indah. Beliau telah menamatkan
perkhidmatan dengan Kementerian Pelajaran lantaran ingin menerima tawaran sebagai Pengetua MRSM. 40
Hasil temuramah Dato‟ Jamaluddin bin Abdul Hamid dan juga beberapa orang guru veteran MRSM. 41
Temuramah dengan Dato‟ Jamaluddin bin Abdul Hamid pada 29 November 2009 jam 9.30 pagi di kediaman beliau .
Univers
ity of
Mala
ya
193
Perkara yang dibincangkan merupakan sesuatu yang baru dan tidak pernah dilaksanakan
di sekolah kerajaan sebelum ini. Secara amnya, sukatan masih sama dengan sekolah
kementerian tetapi implementasi dan pelaksanaan kurikulum adalah berbeza.42
Misalnya, MRSM memulakan pembelajaran yang memerlukan pelajar mencari
maklumat sendiri. Pelajar juga didedahkan dengan perkara sains dan matematik secara
mendalam bagi menimbulkan daya inkuiri pelajar.43
Prinsip asas penubuhan MRSM
ialah untuk memperkenalkan kaedah learning by discovery.44
Selepas perancangan
dilaksanakan, kumpulan ini juga mengadakan lawatan ke beberapa sekolah berhampiran
bagi melihat persamaan dan perbezaan idea MRSM. Ia juga suatu pendedahan baru buat
kumpulan ini kerana hanya seramai tiga orang sahaja dalam kalangan mereka yang
pernah menjadi guru. Sementara yang lain tidak mempunyai pengalaman mengajar.
Bagi mengukuhkan lagi pentadbiran MRSM, Encik Jamaluddin telah dihantar ke
University of London selama tiga bulan bagi mengikuti kursus Secondary School of
Management. Kursus ini hanya dikendalikan buat Pengetua dan seramai 10 orang sahaja
yang mendaftar. Meskipun kursus ini menelan kos yang besar, tetapi MARA tetap
menghantar wakil untuk mengikuti kursus tersebut. MARA sebenarnya memandang
jauh ke hadapan untuk mencipta suatu yang baru dalam arena pendidikan di Malaysia.
Kursus ini mengajar bagaimana untuk mentadbir sekolah menengah. Banyak perkara
baru yang dipelajari dan membantu Encik Jamaluddin untuk mentadbir kelak.
42
Matlamat MRSM ialah pertama, MRSM bertujuan menambah kemudahan persekolahan menengah yang sempurna yang mirip
kepada sains. Kedua, MRSM adalah untuk pelajar-pelajar Bumiputera yang berkelayakan terutama mereka yang datang daripada
luar bandar. Ketiga, MRSM bertujuan mengasuh dan mendidik pelajar-pelajar berdikari. Keempat, maktab ini bertujuan untuk
menimbulkan minat dan kecenderungan terhadap pelajaran sains untuk menjamin kejayaan penuntut-penuntut dan juga membentuk
peribadi penuntut supaya sesuai dengan kehendak-kehendak pembangunan negara. Lihat Taklimat Ketiga untuk Majlis Tindakan
Negara, 14 Januari, 1975, hlm. 110, dalam Majlis Tindakan Negara, Bahagian Latihan MARA, Susunan dan Kertas-kertas
Mesyuarat pada 28 Jan 1975 dalam 0.9839 PT.2. Rancangan Latehan MARA. 43
Pemilihan pelajar juga dibuat oleh pihak pengurusan. Maklumat lanjut mengenai hal ini dihuraikan oleh Siti Zaharah Sulaiman,
„MARA Junior Science College: Studet Selection and Its Implication for Educational System Development in Malaysia‟, Ph.D,
Cornell University, 1975. 44
BPE (BT) 58/10/1, Colombo Plan-U.K. Teachers-Cum-Advisors for MARA. Junior Science College. Appendix „A‟.
Univers
ity of
Mala
ya
194
Setelah pulang, beliau telah dimaklumkan oleh Encik Wahab tentang maktab
yang telah siap untuk beroperasi. Bangunan MRSM yang dimaksudkan merupakan
bangunan Pusat Latihan Intan Negeri Sembilan yang terdiri daripada tiga buah rumah
papan dan sebuah garaj.45
Ia telah diubahsuai menjadi sebuah sekolah yang terdiri
daripada tiga buah makmal, lima buah bilik darjah, garaj pejabat dan sebuah dewan
makan. Pada 1971, peruntukan wang diperoleh melalui British Withdrawal Aid iaitu
wang pampasan yang diberikan apabila tentera British berundur dari Malaysia.46
Encik
Jamaluddin diminta untuk berbincang dengan pegawai British di London untuk
mendapatkan peruntukan wang buat MRSM. Hasil perbincangan tersebut, beliau
mendapat sejumlah besar geran yang digunakan untuk membeli peralatan sains.
5.4 Perkembangan Penubuhan MRSM Sehingga Tahun 1980
Dalam merealisasikan penubuhan MRSM, sehingga 1980, MARA telah berjaya
menubuhkan sebanyak lima buah MRSM iaitu MRSM Seremban pada 1972, MRSM
Kota Bharu pada 1973, MRSM Kuantan pada 1974, MRSM Kulim pada 1977 dan akhir
sekali MRSM Kuala Terengganu pada 1978.47
MRSM Seremban telah dibina di atas
tapak 10 ekar di Lorong Green, Seremban Negeri Sembilan.48
Ia dapat menampung
pelajar seramai 550 orang. Pada tahun 1972, Kerajaan Negeri Kelantan telah bermurah
hati untuk membenarkan MRSM kedua dibina di tapak seluas 17 ekar di Pengkalan
Chepa.
45
Rujuk Maktab Rendah Sains MARA Seremban, Activity Justification-Operating Expenses, 1971, hlm. 1-3. 46
British Withdrawal Aid adalah bantuan pampasan yang diberikan ketika tentera British berundur sepenuhnya dari Tanah Melayu.
Bantuan ini bermula pada tahun 1968 apabila kerajaan di bawah Harold Wilson mengumumkan pengunduran tentera British secara
mutlak dari semua wilayah jajahannya. Ekoran itu, British telah memberi wang pampasan kepada Malaysia dan ia digunakan untuk
manfaat pendidikan. 47
Kerajaan Perlis turut berminat untuk mewujudkan MRSM di negeri berkenaan dan bersedia untuk memberi sebidang tanah
berkeluasan 15 ekar di Kangar secara percuma kepada MARA untuk dijadikan tapak MRSM. Namun, menurut Pengerusi MARA
ketika itu, Dato‟ Hj. Mustafa bin Haji Abd. Jabar menyatakan kepada Menteri Besar Perlis, Tan Sri Dato‟ Sheikh Ahmad bin Mohd.
Hashim bahawa MARA ketika itu tidak berhasrat untuk mewujudkan MRSM di Perlis. 441/1-24. 441-Tanah 1-Permohonan, 24-
Chadangan Maktab Rendah Sains MARA-Perlis. 48
Pada mulanya, MARA berhasrat untuk membatalkan rancangan penubuhan MRSM di Seremban. Rancangan MARA ini sangat
„mendukacitakan‟ Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu. Beliau sangat berharap supaya keputusan berkenaan dikaji semula dan
syarat-syarat berkenaan dengannya diteliti semula. Surat Mohd. Hajazy bin Asid, Pegawai MARA Negeri Sembilan kepada
Pengarah Bahagian Latehan MARA Kuala Lumpur, 7 Disember 1970. 441/1-19. 441-Tanah, 1-Permohonan, -19-Tapak Tanah
Kolej Rendah MARA di Seremban.
Univers
ity of
Mala
ya
195
Di bandar kecil ini dengan tapak kering dan berpasir serta berbekalkan sederet
bangunan papan sebagai bilik darjah, sederet lagi untuk makmal dan dihiasi pula dengan
sederet pondok kecil yang cantik sebagai asrama, lahirlah apa yang dikenali sebagai
MRSM Kota Bharu. Berpegang kepada moto berdisiplin, berilmu dan beramal,
bermulalah langkah pertama MRSM ini dengan menerima pelajar sulung seramai 149
orang iaitu pada pertengahan Januari 1973.49
Maktab ini diketuai oleh En Mohd
Tajuddin bin Samsuddin atau lebih mesra dengan panggilan Pak Din selaku Pengetua
bersama lima orang guru lelaki dan tiga orang guru wanita sebagai tenaga pengajar
utama di maktab ini. Berikut ialah senarai guru di MRSM Kota Bharu ketika awal
penubuhannya:50
Jadual 5.10: Senarai Guru di MRSM Kota Bharu
Nama Guru Subjek
a) En Aw Dai Kooi Sains
b) En Mohd Mydin bin Shariff Sains
c) En Abdul Ghani bin Jusoh Ilmu Hisab
d) En Leong Goon Hong Ilmu Hisab
e) Cik Joyce Yeo Bee Cheng Bahasa Inggeris
f) En Muhammad bin Merak Bahasa Melayu
g) Cik Wan Tik Sakinah bt Wan Mohd
Zin
Bahasa Melayu
h) Cik Wan Karimah Ilmu Alam
Sumber: Catatan Ringkas Sejarah Sepintas Lalu MRSM Pengkalan Chepa, 2000, hlm.
3-4.
49
Syarat-syarat untuk memasuki MRSM ialah mendapat kelulusan sekurang-kurangnya 3A dalam Peperiksaan Penilaian Darjah
Lima dan disokong oleh Kementerian Pelajaran. Pelajar juga mestilah lulus dalam ujian masuk yang dikekendalikan oleh MARA
dan lulus temuduga. MARA: Panduan dan Penerangan, Cawangan Hubungan Awam, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur, hlm. 11.
Bahagian Latihan. 50
Catatan Ringkas Sejarah Sepintas Lalu MRSM Pengkalan Chepa, 2000, hlm. 3-4.
Univers
ity of
Mala
ya
196
Pada 1975 iaitu selepas dua tahun penubuhannya, kawasan yang berbukit pasir
ini telah berubah wajah apabila bangunan bata merah siap dibina. Pada ketika ini, ia
menjadi lambang kemegahan dan mercu tanda kebanggaan pekan kecil ini. Pada tanggal
12 Ogos 1975, MRSM ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan
Yahya Petra D. K, S. P. M. K. (ketika itu baginda masih lagi bergelar Tengku Mahkota
iaitu sebagai Pemangku Raja Negeri Kelantan Darul Naim).51
MRSM seterusnya ialah MRSM Kuantan yang ditubuhkan pada 1974 iaitu
bertempat di Alor Akar, Kuantan. Maktab ini mula mengambil pelajar pada 1974,
namun pembinaan siap sepenuhnya pada 1978. MRSM Kuantan memulakan sesi
pengajian pada 9 Mac 1974 dengan pelajar seramai 142 orang yang terdiri daripada
pelajar tingkatan 4 dan 5. Maktab ini menawarkan peperiksaan LCE mulai 1976 dan
pada 1978, para pelajarnya menduduki peperiksaan MCE untuk kali yang pertama.52
MRSM Kuantan telah dirasmikan pada 3 Julai 1978 oleh Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Al Marhum
Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Mua'dzam Shah.
Seterusnya adalah pembinaan MRSM Kulim pada 1976. Maktab ini mula dibina
di satu kawasan seluas 52 ekar iaitu kira-kira 11/2 batu dari bandar Kulim. Ia menelan
belanja sebanyak RM86.2 juta. Pada awal 1977, sebahagian besar bangunannya telah
siap dibina dan mula mengambil penuntut pada tahun itu juga. Pengambilan pertama
pelajar adalah seramai 149 orang pelajar Tingkatan 1. Pada tanggal 5 November 1979,
MRSM Kulim telah dirasmikan secara rasminya oleh DYMM Tuanku Sultan dan
Sultanah Kedah.53
Upacara yang diadakan dengan gilang-gemilang ini mencatatkan satu
sejarah besar bagi bumi Kedah kerana lahirnya sebuah institusi pendidikan di bahagian
51
Catatan Ringkas Sejarah Sepintas Lalu MRSM Pengkalan Chepa, 2000, hlm.1-2. 52
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 1974 hingga 1978. 53
Kolej MARA Kulim, Majalah Sepintas Lalu Mengenai MRSM Kulim Kedah, hlm. 1-5.
Univers
ity of
Mala
ya
197
utara bagi menampung pelajar di kawasan tersebut. Niat murni MARA untuk membantu
anak Bumiputera di bahagian utara tanahair telah tertunai akhirnya.54
MRSM kelima yang dibina ialah MRSM Kuala Terengganu iaitu pada 1978. Ia
terletak di Wakaf Tengah, Mengabang Telipot iaitu 25 km dari bandar Kuala
Terengganu. Keluasan tapak maktab ini ialah seluas 53 ekar dan hampir 80% telah
dibangunkan. Maktab ini telah dirasmikan pada 1 Julai 1978 oleh Dr Mahathir
Mohamad (selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu). Pengambilan pertama pelajar
ialah seramai 157 orang dengan 13 orang tenaga pengajar, 38 orang staf sokongan dan 3
orang perkeranian. Kumpulan pertama pelajar yang menduduki peperiksaan SRP ialah
pada tahun 1980 manakala SPM pada tahun 1982. Pengetua pertama maktab ini ialah
En. Khu Khiok Boon yang bertugas dari 15 Februari 1978 hingga 31 Disember 1979.55
5.5 Pengambilan dan Pencapaian Pelajar
Pengambilan penuntut bagi kali pertama untuk memasuki Tingkatan 1 di MRSM
Seremban telah dibuat pada awal tahun 1972.56
Seramai 150 orang pelajar telah dipilih
dari murid darjah enam. Mereka terdiri daripada murid-murid luar bandar yang
kebanyakannya berpendapatan di bawah $200 sebulan. Setelah penubuhan MRSM
Seremban, MARA telah menyusul dengan projek keduanya iaitu dengan penubuhan
maktab di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1973. Maktab ini telah memulakan
operasinya pada tahun 1973 dengan pengambilan pelajar seramai 150 orang pelajar
54
MARA juga bercadang untuk membina MRSM di Terengganu sekitar tahun 1975. Kerajaan negeri telah memperuntukkan tanah
seluas 54 ekar di Mukim Batu Rakit, kira-kira 15 batu dari Bandar Kuala Terengganu. Kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan
air, telefon dan jalan raya sudah tersedia. Walau bagaimanapun, pada masa itu, bekalan air dan kawasan perumahan belum
disediakan. MARA telah mengemukakan kesulitan ini kepada kerajaan negeri dan meminta supaya suatu kawasan yang lain yang
lebih sesuai dan mempunyai kemudahan yang diperlukan. Namun, rancangan berkenaan tidak dilaksanakan dalam tempoh
berkenaan. Taklimat Ketiga untuk Majlis Tindakan Negara, 14 Januari, 1975, hlm. 35, dalam Majlis Tindakan Negara, Bahagian
Latihan MARA, Susunan dan Kertas-kertas Mesyuarat pada 28 Jan 1975, dalam 0.9839 PT.2. Rancangan Latehan MARA. 55
Sejarah Ringkas MRSM Kuala Terengganu, hlm. 1-3. 56
MARA menyasarkan jumlah penuntut MRSM di seluruh negara berjumlah 5,310 orang pada tahun 1982 dan mempunyai
Tingkatan Enam. Taklimat Ketiga untuk Majlis Tindakan Negara, 14 Januari, 1975, hlm. 21, dalam Majlis Tindakan Negara,
Bahagian Latihan MARA, Susunan dan Kertas-kertas Mesyuarat pada 28 Jan 1975, dalam 0.9839 PT. 2. Rancangan Latehan
MARA.
Univers
ity of
Mala
ya
198
lelaki ke Tingkatan 1.57
Di MRSM Seremban pula, pelajarnya adalah seramai 360 orang
iaitu 150 di Tingkatan 2 manakala 210 orang di Tingkatan 1 pada tahun 1973.58
Pada
tahun 1974, jumlah pelajar di MRSM telah meningkat seperti dalam jadual di bawah:
Jadual 5.11: Jumlah Pelajar di Ketiga-tiga MRSM Bagi Tahun 1974
Nama Maktab Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4
MRSM
Seremban
106 210 250 466
MRSM Kota
Bahru
125 149 - 274
MRSM
Kuantan
142 - - 142
Jumlah 373 359 250 882
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan Bahagian Latihan MARA,
1974, hlm. 19.
Jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat seramai 373 orang murid di
Tingkatan 1 manakala 359 murid di Tingkatan 2, 150 murid pula di Tingkatan 3 dan
882 orang murid di Tingkatan 4. Jumlah ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan
tempoh operasinya yang baru mencecah dua tahun.59
Jadual 5.12: Jumlah Pelajar di MRSM Bagi Tahun 1975
Nama Maktab Jumlah Pelajar
MRSM Seremban 605
MRSM Kota Bahru 402
MRSM Kuantan 251
Jumlah 1258
Sumber: Laporan Tahunan Bahagian Latihan MARA 1977, hlm. 33.
57
Lihat Bahagian Latihan dalam MARA, Panduan dan Penerangan, Cawangan Hubungan Awam, Ibu Pejabat MARA, Kuala
Lumpur, hlm. 8. 58
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Penyata Tahunan MARA 1973, hlm. 21 59
Laporan Tahunan Bahagian Latihan MARA, 1974, hlm. 19.
Univers
ity of
Mala
ya
199
Jadual 5.12 menunjukkan bahawa pada tahun 1975, seramai 377 pelajar telah
mendaftarkan diri di tiga buah MRSM yang sedia ada iaitu 140 seramai pelajar
didaftarkan di MRSM Seremban, 128 pelajar di MRSM Kota Bharu dan 109 pelajar di
MRSM Kuantan. Dengan bertambahnya bilangan ini maka sehingga akhir tahun 1975,
terdapat sejumlah 1258 orang pelajar didaftarkan di tiga buah MRSM. Daripada jumlah
ini, seramai 605 pelajar berada di MRSM Seremban, 402 pelajar di MRSM Kota Bharu
dan 251 pelajar di MRSM Kuantan.60
Jadual 5.13: Jumlah Pelajar MRSM Bagi Tahun 1977
Tingkatan /
MRSM
Satu Dua Tiga Empat Lima Jumlah
Keseluruhan
MRSM
Seremban
150 49 140 108 206 653
MRSM Kota
Bharu
150 146 1276 125 148 695
MRSM
Kuantan
50 114 108 142 - 414
MRSM Kulim 149 - - - - 149
Jumlah 499 309 374 375 354 1,919
Sumber: Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan dan Latihan MARA, 1977, hlm. 32.
Tahun 1977 mencatatkan perkembangan besar dalam kemajuan MRSM apabila
sebuah lagi Maktab Rendah Sains Mara iaitu MRSM Kulim telah siap dibina dan mula
mengambil pelajar Tingkatan 1 seramai 149 orang pada awal tahun. Dengan siapnya
MRSM Kulim ini menjadikan empat buah MRSM sekarang ini. Jadual di atas
menunjukkan unjuran bilangan pelajar mengikut tingkatan di keempat-empat buah
MRSM. Jumlah pelajar yang menuntut di MRSM Seremban bagi tahun 1977 ialah
seramai 653 orang, MRSM Kota Bharu 695 orang, MRSM Kuantan 414 orang, MRSM
Kulim pula seramai 149 orang dan jumlah keseluruhan pelajar ialah seramai 1,919
60
Laporan Tahunan Bahagian Latihan MARA, 1977, hlm. 19.
Univers
ity of
Mala
ya
200
orang.61
Pengambilan pelajar pada tahun ini adalah mengikut sistem baru yang
diperkenalkan berdasarkan empat kriteria tertentu.62
Kriteria pertama ialah berdasarkan keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah 5.
Nilai Gred A diberikan 4 markah manakala Gred B diberikan 3 markah dan Gred C
adalah 2 markah. Pelajar yang mendapat Gred D dan E adalah tidak layak untuk
memasuki MRSM. Seseorang pelajar juga hendaklah mendapat markah 15 mata atau
lebih untuk melayakkan mereka menduduki ujian bertulis. Kriteria kedua ialah sistem
mata untuk menilai pendapatan penjaga dan tanggungan keluarga. Analisis telah dibuat
untuk melihat pendapatan keluarga pelajar. Pada 1973, seramai 207 orang pelajar
MRSM Seremban telah dijadikan sampel kajian. Jadual 5.14 menunjukkan pendapatan
keluarga pelajar mengikut negeri.
Jadual 5.14: Pendapatan Keluarga Pelajar Mengikut Negeri Bagi Tahun 1972.
Negeri Bilangan
Penuntut
Kurang daripada
RM 500
Pendapatan
Keluarga
RM 500
ke
RM
1000
Lebih
daripada
RM
1,001
Selangor
Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Perak
Pulau Pinang
Kelantan
Terengganu
Kedah
73
53
14
13
12
12
12
2
2
51
36
11
6
8
9
10
2
1
11 11
11 6
3 0
5 2
3 1
0 3
2 0
0 0
1 0
61
Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan dan Latihan MARA, 1977, hlm. 32. 62
Temubual dengan En. Abdul Wahab Alwi di pejabat beliau di Shah Alam pada 9 September 2008, jam 11:30 pagi.
Univers
ity of
Mala
ya
201
Jadual 5.14, sambungan
Negeri Bilangan
Penuntut
Kurang daripada
RM 500
Pendapatan
Keluarga
RM 500
ke
RM
1000
Lebih
daripada
RM
1,001
193 134
(69.4%)
36 23
(18.7%)
(11.9%)
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Fail Bahagian Latihan MARA, Fail No. 5,
MARA KL, 1965-1975 (BK 5).
Jadual 5.14 menunjukkan sebanyak 69.4% daripada pelajar iaitu seramai 193
orang adalah berasal daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 500.
Sebanyak 18.7% iaitu 36 orang pelajar adalah berpendapatan di antara RM 500 hingga
RM 1000. Manakala seramai 23 orang pelajar ataupun 11.9% berasal daripada keluarga
yang berpendapatan lebih daripada RM1,001. Ini bermakna sebahagian besar pelajar
yang menuntut di MRSM Seremban adalah pelajar yang berasal daripada keluarga
berpendapatan rendah. Malah kebanyakan mereka juga berasal daripada keluarga yang
besar yang terdiri daripada lima hingga sepuluh orang adik beradik. Jelas di sini bahawa
kebanyakan pelajar yang diambil adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah.
Ini selaras dengan dasar kerajaan bagi membantu Bumiputera luar bandar dalam
memberi kemudahan pendidikan yang terbaik buat mereka.
Kriteria ketiga pula ialah sistem mata bagi aliran dan lokasi sekolah. Misalnya
jika lokasi sekolah adalah dari kawasan luar bandar, maka mata yang diperoleh pelajar
adalah lebih tinggi. Kriteria terakhir ialah temuduga. Setelah melepasi keempat-empat
syarat tersebut, barulah urusan pengambilan akan dilakukan.63
Bagi mengukur kejayaan
sesuatu institusi pendidikan, pencapaian adalah merupakan kriteria yang utama. Pada
63
Laporan Tahunan Bahagian Latihan dan Pendidikan MARA, 1977, hlm. 31.
Univers
ity of
Mala
ya
202
tahun 1974, seramai 150 orang pelajar perintis MRSM Seremban telah menduduki
peperiksaan L.C.E dan keputusannya yang diperoleh adalah seperti jadual 5.15:
Jadual 5.15: Analisis Keputusan Peperiksaan LCE MRSM Seremban Bagi
Tahun 1974
Subjek/Gred 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Jumlah
1. Bahasa Malaysia
9 44 62 23 12 - - - - 150
2. English II 52 37 39 30 5 4 1 2 - 150
3. Sejarah
9 62 34 24 15 3 - 3 - 150
4. Geografi 16 53 26 25 17 8 3 - - 150
5. Pendidikan Agama 11 25 23 20 13 9 7 6 3 125
6. Matematik 24 46 21 22 21 10 6 - - 150
7. Sains 14 35 44 29 20 5 3 - - 150
7A 6A 5A 4A 3A 2A 1A - Jumlah
4 10 18 24 27 21 22 24 150
Sumber: Laporan Tahunan Bahagian Latihan MARA 1974, hlm. 20.
Jadual di atas menunjukkan seramai empat orang pelajar mendapat 7A dalam
peperiksaan LCE manakala seramai 10 orang mendapat 6A. Di samping itu, seramai 18
orang mendapat 5A, 24 orang mendapat 4A, 27 orang mendapat 3A dan 21 orang
mendapat 2A. Sementara itu, bagi Gred 1A mencatatkan seramai 22 orang manakala
seramai 24 orang tidak mendapat A bagi mana-mana mata pelajaran.64
64
Laporan Tahunan Bahagian Latihan MARA, 1974, hlm. 20.
Univers
ity of
Mala
ya
203
Pada tahun 1977, seperti juga pada tahun 1976, MRSM Seremban, Kota Bahru
dan Kuantan dapat mengekalkan kejayaan 100% kelulusan dalam peperiksaan
LCE/SRP. Seramai 11 orang pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut bagi MRSM
Seremban, 114 dari MRSM Kota Bharu dan 94 dari MRSM Kuantan. Jadual 5.16
adalah perbandingan pencapaian (distinctions) 1977 dengan 1976.
Jadual 5.16: Peratus Bertambah dan Berkurang Pencapaian Distinction 1977 dan
1976
Matapelajaran/
Aliran
MRSM Seremban MRSM Kota Bharu MRSM Kuantan
1. Bahasa
Malaysia
-LCE
-SRP
+15.8
-12.4
+42.4
+12.8
-33.5
+38.3
2. Bahasa
Inggeris
-LCE
-SRP
+19.8
+16.5
+5.5
+12.4
+7.9
3. Ilmu Hisab
-LCE
-SRP
-17.7
-16.9
-16.3
-15.3
-10.9
-20.0
4. Ilmu Sains
-LCE
-SRP
-7.9
-12.4
-22.88
-52.9
-12.8
-28.4
5. Tawarikh
-LCE
-SRP
-17.2
-26.9
-33.6
-35.5
-13.5
+25.0
6. Ilmu Alam
-LCE
-SRP
-26.5
-27.6
-10.9
-20.2
-15.4
-21.7
Sumber: Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan dan Latihan MARA, 1977, hlm. 34.
Univers
ity of
Mala
ya
204
Jadual 5.16 menunjukkan perbandingan keputusan tahun 1976 dan 1977.
Meskipun ketiga-tiga MRSM ini berjaya mencapai keputusan 100%, namun pencapaian
tahun 1977 bagi semua MRSM adalah merosot. Kemerosotan ini meliputi subjek Ilmu
Hisab, Ilmu Sains, Sejarah/Tawarikh dan Ilmu Alam.65
Laporan tahunan Bahagian
Latihan dan Pendidikan MARA 1978 memetik kenyataan Menteri Pelajaran
menyatakan kemerosotan ini disebabkan:
“One possible explanation is that most candidates taking this paper
(history) were those who come from the weaker group since the more
able candidate who were in the Science Stream offered Geography
instead.”66
Bagi peperiksaan MCE atau SPM, dalam tahun 1976 MRSM Seremban telah mendapat
kejayaan 100% lulus dalam peperiksaan tersebut. Pada tahun 1977 pula, MRSM
mendapat kejayaan 100% lulus dengan calon yang seramai 145 orang. Manakala bagi
peperiksaan SPM, MRSM Seremban hanya mendapat peratus lulus sebanyak 98.3%
bagi 59 orang calon dan seorang calon telah gagal dalam peperiksaan ini. Berikut adalah
jadual pencapaian kelulusan bagi MRSM Seremban.
Jadual 5.17: Keputusan Peperiksaan MCE dan SPM Bagi MRSM Seremban Bagi
Tahun 1977
Gred MCE Peratus (%) SPM Peratus (%)
Gred 1 97 66.9 25 42.4
Gred 2 35 24.1 25 42.4
Gred 3 13 9.0 8 13.6
Gagal - - 1 1.7
65
Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan dan Latihan MARA, 1977, hlm. 34. 66
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan dan Latihan MARA 1978.
Univers
ity of
Mala
ya
205
Jadual 5.17, sambungan
Gred MCE Peratus (%) SPM Peratus (%)
Jumlah 145 100% 59 98.3%
Sumber: Laporan Bahagian Latihan dan Pendidikan MARA, 1977, hlm. 35.
Pelajar terbaik MCE ialah Rohana Yusof yang mendapat 2 (A1), 3 (A2) dan 4
(C3) manakala pelajar terbaik SPM pula ialah Faridah Abdullah dengan mendapat 4
(A2), 3 (C3) dan 1 (C4). Bagi MRSM Kota Bharu pula, seramai 96 orang calon yang
menduduki peperiksaan MCE telah memperoleh kelulusan 100%. Bagi peperiksaan
SPM pula seorang daripada 52 orang calon telah gagal dalam peperiksaan dan
menyebabkan MRSM itu hanya memperoleh 98.1% kelulusan. Jadual 5.18
menunjukkan analisis keputusan peperiksaan.
Jadual 5.18: Keputusan Peperiksaan MCE dan SPM MRSM Kota Bharu Bagi
Tahun 1977
Gred MCE Peratus (%) SPM Peratus (%)
Gred 1 68 70.8 27 41.4
Gred 2 22 22.9 18 34.6
Gred 3 6 6.3 6 11.6
Gagal - - 1 1.9
Jumlah 96 100% 52 100%
Sumber: Laporan Bahagian Latihan dan Pendidikan MARA, 1977, hlm. 35.
Pelajar terbaik MCE ialah Khairul Azmy bin A.Ghafar dengan mendapat 5 (A1),
2 (A2) dan 1 (C3). Dalam peperiksaan SPM pula, pelajar terbaik ialah Shamsudin bin
Muhamad dengan mendapat 4 (A1), 2 (A2), 1 (C3) dan 1 (P7) iaitu dalam Bahasa
Inggeris. Keputusan peperiksaan MRSM telah menunjukkan peningkatan dari setahun
Univers
ity of
Mala
ya
206
ke setahun. Misalnya pada tahun 1979, keputusan SRP keempat-empat MRSM ini
menunjukkan pencapaian 100% Pangkat A dengan 45.6% daripada jumlah pelajar
memperoleh aggregate 10 ke bawah. Aggregate terbaik ialah C5 terdapat di keempat-
empat MRSM manakala aggregate yang paling lemah ialah 27 iaitu di MRSM Kulim.
Pada keseluruhannya 47.9% daripada jumlah pelajar telah mendapat 4
distinction (A) dan lebih. Jika dibuat perbandingan dengan sekolah berasrama penuh
yang lain, MRSM telah menduduki tangga teratas bagi empat subjek iaitu Ilmu Hisab
Moden, Sains Paduan, Ilmu Alam dan Sejarah.67
Perbandingan juga telah dibuat bagi
meninjau pencapaian distinction yang tertinggi di antara MRSM dan sekolah berasrama
penuh kerajaan. Hasilnya adalah seperti jadual berikut:
Jadual 5.19: Pencapaian Peratus Distinction yang Tertinggi dalam Subjek Bagi
Peperiksaan SRP 1979
Subjek Sekolah Distinction (%)
Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Sains
Kelantan
83.6
Bahasa Inggeris Kolej Tunku Kursiah 83.9
Sejarah MRSM Kulim 55.0
Ilmu Alam MRSM Seremban 66.9
Ilmu Hisab Moden MRSM Seremban 80.0
Sains Paduan MRSM Kulim 60.4
Sumber: Laporan Tahunan Bahagian Latihan dan Pendidikan MARA, 1979, hlm. 40.
Bagi peperiksaan SPM 1979 pula, ketiga-tiga MRSM Seremban, Kota Bharu dan
Kuantan telah mendapat kelulusan 100%.68
Berikut adalah analisis keputusan mereka:
67
Laporan Suku Tahun Pertama Bahagian Latihan dan Pendidikan MARA Januari-Mac, 1980, hlm. 22-Lampiran D. 68
MRSM Kuantan misalnya berjaya mempertahankan tahap akademik yang tinggi dalam peperiksaan MCE/SPM dan LCE/SRP.
Pada tahun 1979, kejayaan 100 peratus telah berjaya dicapai bagi keputusan SPM dengan 80 peratus mendapat Gred I dan 20
peratus mendapat Gred II. Bagi MCE, 99% kejayaan berjaya diperoleh dengan 80 peratus mendapat Gred I, 17 peratus mendapat
Univers
ity of
Mala
ya
207
Jadual 5.20: Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 1979
Gred
Seremban Kota Bharu Kuantan Jumlah
Bil % Bil % Bil % Bil %
I 27 67.5 17 85.0 16 80.0 60 75
II 10 25.0 2 10.0 4 20.0 16 20
III 3 7.5 1 5.0 - - 4 5
Gagal - - - - - - - -
Jumlah 40 100 20 100 20 100 80 100
Sumber: Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan dan Latihan MARA, 1979, hlm. 52.
Keputusan dalam jadual berkenaan menunjukkan bahawa peratusan yang tinggi
telah mendapat Gred 1 dalam peperiksaan SPM 1979. Namun, masih terdapat lagi
sebahagian kecil iaitu seramai tiga orang di MRSM Seremban dan seorang di MRSM
Kota Bharu telah mendapat Gred 3. Kesemua mereka ini menduduki SPM dalam aliran
Sains. Keputusan ini masih lagi belum memuaskan dan usaha menambah baik telah
mula dipergiatkan dalam tahun berikutnya. 69
MARA mula mewujudkan MRSM dalam tempoh DEB dilaksanakan iaitu ketika
Rancangan Malaysia Kedua.70
Sejak tahun 1971 hingga 1978, seramai 2,649 orang anak
Bumiputera telah mendapat peluang untuk mengikuti pendidikan di maktab ini. Seramai
1,910 orang lagi telah mendapat peluang pendidikan ini antara tahun 1979 hingga 1980.
Ini telah menjadikan peratus pencapaian jika dibandingkan dengan unjuran pengambilan
sebanyak 83.5%.71
Peruntukan wang untuk Bahagian Latihan adalah yang tertinggi
diperuntukkan oleh MARA. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga, Bahagian Latihan
MARA telah mendapat peruntukan sebanyak $275,014,452 bagi mencapai program
pembangunannya. Bahagian ini telah menggunakan 99% daripada peruntukan tersebut
Gred II dan dua peratus mendapat Gred III. Manakala SRP mencatatkan kejayaan yang memberangsangkan di mana 100 peratus
berjaya mendapat Pangkat A. Maktab Rendah Sains MARA Kuantan, Lapuran Tahunan 1980. 69
Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan Latihan dan Pendidikan MARA 1977, hlm. 21. 70
Lihat Surat Azizan Bin Husain (b.p. Ketua Setiausaha Negara) kepada D. Sands Smith, British High Commission, 13 Ogos 1971,
dalam BPE (BT) 58/10/1. Colombo Plan-U.K. Teachers-Cum-Advisors for MARA Junior Science College. 71
Kajian Semula Rancangan Malaysia Ketiga 1976 hingga 1980, Bahagian Latihan dan Pendidikan MARA, hlm. 5.
Univers
ity of
Mala
ya
208
untuk tujuan pembangunan MRSM.72
Jelas di sini bahawa tumpuan MARA amat
mendalam bagi pendidikan menengah. Sejumlah besar wang telah dibelanjakan bagi
memastikan perkembangan pesat bahagian ini. Perkembangan pelajar dan peratusan
pencapaian dalam peperiksaan memberi konotasi bahawa MARA telah mengorak
langkah ke hadapan dalam memberi ruangan belajar kepada pelajar Bumiputera yang
ada.
5.6 Masalah dan Cabaran
MRSM di awal penubuhannya terpaksa berhadapan dengan masalah dan cabaran yang
membelenggunya untuk terus berkembang pesat. Masalah utama adalah kekurangan
guru.73
Guru Matematik yang ditempatkan di MRSM di peringkat awal terdiri daripada
mereka yang tidak mempunyai kelulusan khas dalam bidang pendidikan. Malah mereka
juga tidak mempunyai sijil dalam pendidikan. Ada di antara mereka yang berkhidmat
sebagai guru bagi menebus segala pinjaman pengajian ketika menuntut di universiti
dahulu.
Keadaan ini berlaku disebabkan kekurangan guru lulusan pendidikan di negara
kita. Kebanyakan guru lulusan pendidikan akan berkhidmat sebagai guru di sekolah
yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan iaitu sekolah kementerian sahaja.
MARA sendiri menghadapi masalah dalam memperoleh tenaga guru yang bertauliah.74
72
Ibid., hlm. 6-7. 73
Jumlah pengajar di MRSM seluruh negara pada tahun 1974 berjumlah 62 orang iaitu MRSM Seremban (30 orang), Kota Bharu
(22 orang) dan Kuantan (10 orang). Rujuk Taklimat Ketiga untuk Majlis Tindakan Negara, 14 Januari, 1975, hlm. 19, dalam Majlis
Tindakan Negara, Bahagian Latihan MARA, Susunan dan Kertas-kertas Mesyuarat pada 28 Jan 1975, dalam 0.9839 PT. 2.
Rancangan Latehan MARA. MRSM yang menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar ini memohon kerajaan supaya para
pengajarnya diberi elaun khas atas tugas-tugas khas yang dijalankan. 74
Guru MRSM merupakan perkhidmatan tertutup. Berdasarkan skim perkhidmatan ketika itu, para guru MRSM dibayar gaji
menurut perkhidmatan MARA iaitu sebanyak $628/- (gaji pokok) bagi mereka yang mempunyai Ijazah Kepujian manakala gaji
sebanyak $430/- (gaji pokok) dibayar kepada guru-guru yang memiliki Ijazah Am. Oleh yang demikian, ia tidak menarik minat
siswazah-siswazah untuk menyumbangkan tenaga mereka kepada MARA walaupun pada asasnya gaji berkenaan boleh dikatakan
agak lumayan jika dibandingkan dengan Sistem Gaji Aziz. Guru-guru yang memiliki Ijazah Kepujian yang bertugas dengan MARA
menerima gaji penuh sebanyak $954/- sebulan. Jika dibandingkan jumlah berkenaan dengan jumlah gaji guru di bawah
perkhidmatan Aziz yang menerima sebanyak $800/- sebulan bersih, guru-guru MRSM nyata mendapat lebih gaji sebanyak $154/-.
Di bawah cadangan Skim Harun pula, guru-guru MRSM akan dimasukkan ke dalam kategori A-11-9 dimana mereka akan
Univers
ity of
Mala
ya
209
Oleh sebab tiadanya latihan asas perguruan, kebanyakan mereka masih tidak tahu akan
matlamat, hala tuju dan kaedah dalam pendidikan.75
Oleh yang demikian, MARA telah
mengambil tenaga pengajar dalam kalangan warga asing yang terdiri daripada American
Peace Corps Volunteers dan juga penasihat melalui Rancangan Colombo yang dibawa
masuk bagi subjek Matematik dan Sains.76
Mereka ini berkelayakan untuk mengajar
bidang tersebut kerana mempunyai pengalaman yang luas.77
Seramai empat orang penasihat telah diminta di bawah Rancangan Colombo
bagi mengajar subjek Nuffield Science dan Scottish Mathematics.78
Di MRSM
Seremban, seorang penasihat Matematik iaitu Mr David Wells diambil untuk
berkhidmat.79
Pada 1973 pula, Mr Douglas Anderson telah diambil bekerja secara
kontrak selama dua tahun dengan gaji pokok sebanyak $730.80
Selain itu, Mr Robert
menerima gaji permulaan $650/- sebulan bersih. Sedangkan dalam skim sedia ada, guru-guru MARA menerima $154/- lebih
daripada guru-guru di bawah perkhidmatan Aziz. Oleh itu, ketika itu MARA menghadapi kesulitan untuk mendapatkan guru-guru
untuk MRSM, lebih-lebih lagi apabila skim guru MRSM diubah kepada Skim Harun. Taklimat Ketiga untuk Majlis Tindakan
Negara, 14HB. Januari, 1975, hlm. 29, dalam Majlis Tindakan Negara, Bahagian Latihan MARA, Susunan dan Kertas-kertas
Mesyuarat pada 28 Jan 1975, dalam 0.9839 PT.2. Rancangan Latehan MARA. 75
Kebanyakan guru MRSM dalam tempoh berkenaan tidak memiliki pengalaman mengajar dan tidak pula memiliki kelayakan
latihan perguruan. Sebilangan guru MSRM terikat dengan MARA sebagai satu cara untuk membayar semula pinjaman atau
biasiswa. Oleh itu, ramai dalam kalangan mereka yang tidak mencintai kerja mengajar. Report Covering the Period from 14th
November, 1973 to 13th November, 1975 by Robert B. Lowrie-Colombo Plan Adviser in Mathematics to the MARA Junior Science
Colleges, Malaysia. Final Report., hlm. 1. BPE (BT) 58/10/1, Colombo Plan-U.K. Teachers-Cum-Advisors for MARA Junior
Science College. 76
Pada tahun 1973-1975, seramai 152 orang pengajar dikehendaki MARA untuk Institut Kemahiran MARA (IKM) dan 34 orang
guru tambahan diperlukan untuk MRSM. Kesulitan yang dihadapi MARA untuk mendapatkan tenaga pengajar adalah disebabkan
tiadanya calon yang sesuai untuk jawatan-jawatan tersebut. Sehubungan itu, satu jalan keluar untuk mengatasi masalah berkenaan
ialah dengan cara mendapatkan bantuan daripada pertubuhan atau badan luar negeri seperti Peace Corp, Japanese Volunteer
Organisation dan Colombo Plan Aid sebagai stop-gap measure sementara MARA melatih anak-anak tempatan bagi mengambil alih
tempat orang asing dalam tempoh dua tahun. II. Lampiran B. Permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan American Peace Corp
bagi Institiut-Institiut Kemahiran MARA dan Maktab Rendah Sains MARA, Surat Abdul Shukor b. Hj. Alwi (b. p. Pengerusi
MARA) kepada Setiausaha Negara, 19 Februari 1973, dalam BPE (BT) 40/291/2, Vol: III. U. S. Peace Corps. Volunteers
Programme. 77
Calon-calon guru Peace Corps sekitar tahun 1971 diletakkan dalam tahun akademik 1971/1972 di Universiti California, Santa
Cruz untuk mendapatkan kelayakan mengajar. Mereka kemudian dihantar ke Malaysia pada bulan Julai 1972 untuk In-Country
Training. Mereka yang akan bertugas sebagai guru bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan melalui kursus selama empat
bulan. K. P. 8509/YB_5 (56) Teacher Corps/Peace Corps (Background Paper), hlm. 1, dalam BPE (BT) 40/291/2 Vol: III. U. S.
Peace Corps. Volunteers Programme. Kebergantungan MARA yang tinggi kepada tenaga asing untuk menggerakkan MRSM pada
peringkat awal misalnya dapat dilihat apabila seorang anggota sukarelawan Peace Corps iaitu Barbara Ann Pastva diminta oleh
MARA untuk berkhidmat dengannya. Hal ini memandangkan kelayakan beliau dalam bidang Art & Craft. Beliau diharapkan
MARA untuk berkhidmat di MRSM Kota Bharu. Sehubungan itu, MARA memohon kepada Ketua Setiausaha Negara untuk
meluluskan pertukaran beliau dari Kementerian Pelajaran kepada MARA memandangkan pengalamannya yang begitu diperlukan
MRSM. Surat Ali Redza bin Khalid (b. p. Pengarah Bahagain Latihan MARA kepada Ketua Setiausaha Negara, 26 November 1973,
dalam BPE ( ) 40/291/2 Vol: VI. U.S. Peace Corps-Volunteers Programme. 78
Selain Rancangan Colombo, seramai 12 orang guru daripada American Peace Corp Aid diperlukan untuk jangka masa 1973-1975
bagi MRSM. MRSM mengkehendaki empat orang guru Sains, empat orang guru Matematik serta masing-masing dua orang guru
untuk Pendidikan Jasmani dan Muzik. BPE (BT) 40/291/2 Vol: III. U. S. Peace Corps. Volunteers Programme. 79
Mr David Wells pernah berkhidmat sebagai Senior Mathematics Master di Sekolah Berasrama di Nigeria. Rujuk surat daripada
British High Commission kepada Encik Azizan bin Husain di Bahagian Perancang Ekonomi bertarikh 29 November 1971. Fail
Jabatan Ketua Pengarah TKP 250/6. 80
Mr. Anderson berkelulusan B. A. dari Willamette University U. S. A. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama setahun di
U. S. A. dan tiga tahun di sekolah kementerian di Malaysia. Selain dari pengalaman mengajar, beliau juga pernah mengambil
bahagian dalam projek khas Kementerian Pelajaran iaitu Mathematics and Science Curriculum Development Programme serta
membantu menjalankan kursus untuk guru-guru Sains mengenai cara-cara mengajar Sains moden. Beliau telah ditempatkan di
Univers
ity of
Mala
ya
210
Brown Lowrie juga telah dilantik sebagai penasihat Matematik di bawah Rancangan
Colombo dan akan berkhidmat di MRSM Kota Bahru.81
Kedatangan mereka yang
membawa budaya belajar yang tinggi serta menanamkan daya usaha dalam kalangan
guru dan pelajar sewajarnya dicontohi dan diteruskan oleh MRSM itu sendiri.82
Tidak
syak lagi idea dan cadangan yang diberikan mereka telah membantu MRSM
membentuk satu suasana pembelajaran yang berbeza dari sekolah kementerian pada
ketika itu.83
Mereka berjaya membuka minda guru, menanamkan semangat tinggi,
kecekapan dan memenuhi kualiti kerja yang dikehendaki. Pendek kata, ketika ini
objektif MRSM ialah: “The colleges shall be pace-setters in educational innovation in
this country where fresh approaches to the improvement of the school instruction shall
be experimented with.”84
Masalah kedua ialah masalah kekurangan kelengkapan mengajar.85
MARA
mengatasinya dengan menyediakan setiap pelajar dengan sebuah buku teks berserta nota
bagi membantu pengajaran. Dalam tahun 1976, apabila medium pengajaran bertukar ke
Bahasa Melayu, kerja penterjemahan telah dilakukan dengan menterjemah buku teks ke
MRSM Kota Bahru. Rujuk surat Pengarah Bahagian Latihan MARA kepada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia bertarikh 30 Mac
1973. Diambil daripada fail Bahagian Latihan Menengah 1970-1972. Fail Jabatan Ketua Pengarah TKP 250/6. 81
Mr. Lowrie berkelulusan B. Sc Nottingham. Beliau juga merupakan Mathematics Organiser di Blackburn Burgh Council. Beliau
berpengalaman dalam mengajar subjek Matematik. Rujuk surat daripada British High Commission kepada En Azizan bin Husain di
Economic Planning Unit bertarikh 13 Mac 1973. Rujuk juga Personal Record Form Mr. Lowrie di Ministry of Overseas
Development. 82
Lihat BPE (BT) 40/291/2 Vol: V. U. S. Peace Corps Volunteers Programme bagi melihat permintaan tenaga pengajar oleh
MARA. Lihat juga Surat Abdul Shukor bin Hj. Alwi (b. p. Pengerusi MARA kepada Ketua Setiausaha Negara, 9 Mei 1973 dalam
BPE (BT) 40/291/2 Vol: IV. U. S. Peace Corps. Volunteers Programme. 83
Di bawah Colombo Plan, guru-guru asing berkenaan juga berperanan sebagai penasihat kepada kakitangan akademik dalam hal-
hal melibatkan peningkatan akademik seperti: Pertama, mengkoordinasi dan mempromosikan kerjasama dalam kaedah-kaedah
terkini dalam pengajaran Sains dan Matematik. Kedua, menilai dan menganalisis jadual aktiviti, program-program dan cadangan
projek-projek. Ini termasuk menilai dan menganalisis perkembangan projek-projek dan mengambil langkah-langkah perlu untuk
menyelesaikan objektif dan polisi-polisi berkenaan aktiviti tersebut. Ketiga, mengaturkan pertukaran maklumat dalam kalangan
institusi tempatan dan luar serta penyiasat saintifik (scientific investigators). Keempat, menyebarkan keputusan-keputusan
penyelidikan saintifik dan Matematik di MRSM dan menggalakkan aplikasi praktikal. Kelima, memformulakan langkah untuk
mempromosikan usaha saintifik dan kesedaran saintifik dan menjalankan aktiviti-aktiviti berkenaan. Keenam, mengemukakan
nasihat terhadap perancangan kurikulum MRSM. Ketujuh, mengadakan kursus/bengkel jangka pendek untuk kakitangan MRSM
berkenaan pengajaran Sains dan Matematik. Appendix „B‟. BPE (BT) 58/10/1, Colombo Plan-U. K. Teachers-Cum-Advisors for
MARA Junior Science College. 84
Laporan dari Mr. Robert Lowrie selaku Colombo Plan Adviser kepada MJSC, Malaysia, hlm. 9. Laporan ini merujuk pada
tempoh masa 14 November 1973 hingga 13 November 1975. 85
Dasar satu buku untuk setiap orang murid dijalankan pada awal tahun 1974, namun hanya mata pelajaran Sains dan Matematik
sahaja yang terlibat dalam polisi tersebut. Report Covering the Period from 14th November, 1973 to 13
th November, 1975 by Robert
B. Lowrie-Colombo Plan Adviser in Mathematics to the MARA Junior Science Colleges, Malaysia. Final Report, dalam BPE (BT)
58/10/1, Colombo Plan-U. K. Teachers-Cum-Advisors for MARA Junior Science College.
Univers
ity of
Mala
ya
211
dalam Bahasa Melayu.86
Kerja-kerja terjemahan ini telah dilakukan oleh MARA sendiri.
Dari segi kelengkapan infrastruktur pula, hanya MRSM Kota Bharu dan Kuantan yang
dilengkapi dengan kelengkapan yang cukup khususnya bagi tujuan riadah. Ia
mempunyai ruangan yang cukup untuk aktiviti bersukan sedangkan MRSM Seremban
agak terhad kawasannya dan menyukarkan pelajar untuk bersukan. Oleh itu, keperluan
untuk membina maktab yang dilengkapi dengan segala kemudahan adalah perlu untuk
menjamin para pelajar mahir dalam segala aktiviti.
Budaya baru yang diterapkan oleh Peace Corps Volunteers ini telah
mewujudkan hubungan yang erat antara guru dan pelajar di dalam dan luar bilik darjah.
Ia membantu mereka untuk bertukar idea serta memberi kebebasan kepada pelajar
melakukan pembelajaran sendiri dan tidak terkongkong kepada pembelajaran dua hala
sahaja. Akan tetapi budaya baru ini mendapat kritikan hebat87
daripada masyarakat
umum kerana ia bukanlah suatu kebiasaan dalam sistem pendidikan negara ketika itu.
Oleh yang demikian, setelah tamat perkhidmatan sukarelawan ini, MRSM telah berubah
corak menjadi seperti sekolah kerajaan yang lain yang lebih terikat kepada buku teks,
pengajaran dalam kelas dan lain-lain.
MARA sebenarnya telah menceburkan diri dalam bidang pendidikan tanpa
mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang tersebut. Menurut laporan Mr. Robert
Lowrie:
“Indeed I find it surprising that so much money for schools has been
entrusted to an organisation with no previous experience in secondary or
primary education and that closer expert educational supervision of the
86
Laporan dari Mr. Robert Lowrie selaku Colombo Plan Adviser kepada MJSC, Malaysia, hlm. 3-4. 87
Antara perkara yang dikritik ialah konsep MRSM yang lebih terbuka peraturannya. Pakaian seragam tidak ditetapkan di peringkat
awal. Selain itu, pelajar dan guru mempunyai hubungan akrab dan lebih informal. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak terbatas
di dalam kelas sahaja. Malah, kelas boleh diadakan di taman sekolah, padang, bawah pokok dan sebagainya. Pelajar juga dibenarkan
bergerak ke luar kelas untuk memberi respon terhadap persoalan yang dilontarkan oleh guru. Maklumat ini adalah berdasarkan
temuramah dengan Dato‟ Jamaluddin bin Abdul Hamid dan Encik Wahab Alwi.
Univers
ity of
Mala
ya
212
subsequent allocation of funds has not been made. MARA has ventured
into the field of secondary education with high aims but with none of the
knowledge of educational matters, experience or administrative
machinery which exists at the Ministry of Education and the deficiencies
show in many ways.”88
Petikan ini menjelaskan bahawa MARA sememangnya kurang pengetahuan dalam
bidang pendidikan. MARA sendiri bukanlah sebuah organisasi pendidikan tetapi ia cuba
untuk mewujudkan institusi pendidikan yang dapat menawarkan peluang pendidikan
kepada pelajar luar bandar khususnya. Tindakan MARA ini boleh diibaratkan sebagai
berani mati kerana sanggup membuat pertaruhan untuk mewujudkan satu model sistem
pendidikan yang baru dan berteraskan prinsip dan kaedah yang berbeza dari sekolah
kementerian. Oleh itu, tidak mustahil jika dilihat terdapat banyak kekurangan dan
masalah dihadapi di peringkat awal penubuhannya. Namun, MARA berjaya dalam
percubaannya kerana berjaya untuk menghasilkan pencapaian yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM. Berkat kesabaran dan tunjuk ajar yang diperoleh dari lawatan
pegawai MARA ke luar negara, ia secara tidak langsung berjaya untuk membentuk
budaya MRSM yang digunapakai sehingga ke hari ini. Penubuhan MRSM ini juga
boleh diibaratkan sebagai satu kaedah untuk mengalihkan wang bagi meningkat taraf
sosioekonomi Bumiputera.
5.7 Kesimpulan
Kewujudan MRSM dalam landskap pendidikan negara mulai 1972 bukan sekadar
sebagai satu alternatif kepada sistem pendidikan negara umumnya dan pendidikan
Bumiputera khususnya. Sebaliknya ia menjadi satu institusi pendidikan menengah yang
sangat eksklusif dan berjaya membentuk dan melahirkan generasi terpelajar Bumiputera
dalam lapangan Sains dan Teknologi seperti yang dicita-citakan oleh kerajaan dan
88
Ibid., hlm. 10.
Univers
ity of
Mala
ya
213
pendukung-pendukung DEB. Walaupun MRSM pada mulanya sememangnya dilihat
sangat tidak bersedia untuk melaksanakan amanah yang dibebankan di atas bahunya,
langkah-langkah proaktif telah dijalankan oleh para pemikir MARA dan kerajaan
berjaya menembusi halangan-halangan yang wujud. Bantuan yang dijana daripada
pakar-pakar luar negeri daripada pelbagai agensi asing telah memperlengkapkan
pemurnian pembentukan MRSM. Hasilnya, MRSM berjaya menonjolkan prestasi
akademik yang sangat membanggakan tidak sampai tempoh sedekad penubuhannya.
Oleh itu, MRSM terbukti menjadi wadah terbaik MARA dalam usaha kerajaan
memperbanyakkan jumlah Bumiputera yang berkemahiran dalam bidang Sains dan
Teknologi.
Univers
ity of
Mala
ya
214
BAB 6: PENGUKUHAN DAN KEPELBAGAIAN PENDIDIKAN TINGGI
MARA, 1981-2006
6.1 Pengenalan
Bab ini menganalisis dan menelusuri peranan yang dimainkan Majlis Amanah Rakyat
(MARA) dalam penyediaan pendidikan tinggi dalam tempoh 1981 hingga 2006.
Persoalan utama yang diketengahkan dalam bab ini ialah sejauhmanakah MARA terus
memainkan fungsi dan tanggungjawab untuk memberi pendidikan bertaraf tinggi di
Malaysia selepas tahun 1980. Selain itu, bab ini juga akan melihat apakah langkah-
langkah yang dilaksanakan MARA dalam konteks pendidikan tinggi untuk memenuhi
permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dalam negara. Walaupun MARA telah
kehilangan Institut Teknologi MARA (ITM) yang menjadi kebanggaannya dalam dekad
1970-an, MARA dilihat tidak mundur dalam daya usahanya menyalurkan peluang
pendidikan di peringkat tinggi.
Penubuhan beberapa buah institusi pendidikan yang sangat berkualiti iaitu Kolej
MARA, Kolej Profesional MARA (KPM) dan Institut Kemahiran Tinggi MARA
(IKTM) membuktikan kesungguhan MARA untuk memenuhi hasrat kerajaan dalam
melahirkan tenaga kerja berkemahiran. Kemuncak peranan MARA dalam aspek ini
ialah penubuhan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada tahun 2002. Oleh itu, MARA
dilihat sebagai mampu untuk menyediakan pendidikan tinggi yang berimpak tinggi
kepada golongan Bumiputera khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
Univers
ity of
Mala
ya
215
6.2 Rasional Pembangunan Pengajian Tinggi MARA
Sektor perindustrian negara kini telah mengalami perubahan yang besar dan lebih
bersifat intensif teknologi yang memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja berilmu
pengetahuan tetapi juga mempunyai keterampilan dan kemahiran tinggi. Oleh yang
demikian, program dan usaha membangunkan tenaga kerja perlulah selari dengan
keperluan pembangunan ekonomi negara yang berteraskan pengetahuan (k-ekonomi)
yang bersifat teknologi.1 Bagi mencapai tujuan ini, program latihan kemahiran MARA
yang sedia ada perlu ditingkatkan bersesuaian dengan keperluan gunatenaga dan
wawasan negara yang menginginkan sekurang-kurangnya 35% tenaga buruh
berpendidikan tertiary. Malah, program latihan kemahiran yang dahulunya
mengutamakan kemahiran pertukangan telah menjadi lebih sofistikated dan melibatkan
teknologi tinggi.2
Dengan pertumbuhan pesat ekonomi negara iaitu daripada berteraskan pertanian
kepada perkhidmatan dan perindustrian berteknologi tinggi, profil gunatenaga negara
juga boleh berubah. Anjakan perubahan profil gunatenaga negara daripada bentuk top
and bottom heavy (tahun 1960-an) kepada bentuk middle heavy menjelang 2020.3
Situasi ini dapat digambarkan melalui rajah di bawah:
1 K-ekonomi ialah ekonomi berasaskan pengetahuan. K-ekonomi lebih menjurus kepada tiga tunjang utama iaitu tumpuan
pengetahuan yang membabitkan perubahan kepada penggunaan modal intelektual, syarikat perlu menerokai kegiatan bukan fizikal
seperti keupayaan melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan maklumat berasaskan pelanggan (K-Ekonomi). Mustafa
Dakian, K-Ekonomi: Pemacu Ekonomi di Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2007, hlm. 2. 2 Pelan Strategik Universiti Kuala Lumpur, 2006-2010, Perpustakaan UniKL, hlm. 5. 3 Dokumen Penubuhan UniTEK-MARA, Perpustakaan UniKL, hlm. 8.
Univers
ity of
Mala
ya
216
Rajah 6.1: Taburan Normal Pencapaian Pelajar Peringkat SPM.
Sumber: Laporan Pembangunan Program Latihan Kemahiran Teknikal
Bumiputera yang dipetik daripada Minit Mesyuarat PendidikanTinggi
MARA, 2000, hlm. 2.
Rajah 6.1 menunjukkan taburan peratusan mengikut kategori pencapaian akademik pada
peringkat SPM.Berdasarkan kajian Prof. Hassan Said dari Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia, tahun 2000 menunjukkan bilangan mereka yang
dikatakan “cemerlang” adalah lebih rendah setiap tahun berbanding yang lain. Malah,
lebih 54% lulusan SPM gagal memenuhi syarat minimum akademik kemasukan ke
institusi pengajian tinggi akademik.4 Ini bermakna setiap tahun lebih 150,000 pelajar
terkeluar daripada sistem persekolahan disebabkan pencapaian SPM mereka yang tidak
memenuhi syarat kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi tersebut.5
Jumlah mereka ini boleh digambarkan melalui rajah di atas yang mana bahagian
yang diwarnakan itu menunjukkan jumlah pelajar di peringkat pertengahan yang gagal
untuk memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi kerana memperoleh pencapaian
4 Berita Harian, 13 September 2001. 5 Ibid., hlm. 6.
LEMAH
SEDERHANA
CEMERLANG
F9 P8 P7 C6 C5 C4 C3 A2 A1
2 3%
54%
23%
Univers
ity of
Mala
ya
217
sederhana. Mereka ini dikategorikan sebagai golongan yang tercicir meskipun
sebenarnya mereka ini berkebolehan dari segi keupayaan.
Jadual 6.1: Kemasukan Pelajar di Institut Pendidikan Tertiari Mengikut
Peringkat Pengajian, 2000-2005
Peringkat
Pengajian
Bilangan Pelajar Kadar
Pertumbuhan
Tahunan Purata
(%)
2001-2005
2000 2005
Sijil
Diploma
Ijazah Pertama
Sarjana
Ph.D
Jumlah
23,816
91,398
170,794
24,007
3,359
313,374
37,931
98,953
212,326
34,436
6,742
390,388
9.8
1.6
4.4
7.5
15.0
4.5
Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010.
Kemasukan pelajar ke peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam telah menunjukkan
peningkatan berterusan setiap tahun. Misalnya pada tahun 2000, bilangan pelajar adalah
seramai 54,495 orang dan telah meningkat kepada 80,885 orang pada tahun 2005.6
Peningkatan jumlah kemasukan ini menunjukkan minat dan kebolehan yang semakin
meningkat dalam kalangan pelajar terhadap bidang tertiari. Kebanyakan mereka ini
adalah merupakan golongan yang berpotensi dalam bidang kemahiran atau bukan
akademik. Kumpulan ini menjadi penyumbang utama untuk mengisi gunatenaga
peringkat pertengahan. Walau bagaimanapun, program latihan untuk mereka adalah
sangat terhad. Justeru, wujud keperluan untuk melipatgandakan usaha pembangunan
gunatenaga peringkat pertengahan serta memberi peluang untuk mereka meningkatkan
6 Jumlah kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia ialah seramai 54,495 (2000), 56,487 (2001), 64,061
(2002), 70,481 (2003), 81,075 (2004) dan 80,885 (2005). Lihat Perangkaan Sepintas Lalu: Pengajian Tinggi Malaysia 2005,
Bahagian Perancangan & Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Ogos 2006, hlm. 1.
Univers
ity of
Mala
ya
218
kelayakan ke peringkat ijazah tanpa mengenepikan kelayakan dan pengalaman yang
mereka miliki.7
Meskipun terdapat alternatif yang terbuka kepada lepasan SPM untuk mengikuti
program latihan kemahiran vokasional, namun kebanyakan program ini tidak menarik
minat mereka khususnya bagi pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pendidikan ke
peringkat ijazah kerana latihan kemahiran dan vokasional merupakan laluan kerjaya
yang tersekat di mana tahap yang paling tinggi ialah Diploma (SKM 4) dan Diploma
Lanjutan (SKM 5).8 Satu lagi sebab ialah kelayakan Sijil dan Diploma Kemahiran dan
juga pengalaman kerja berkaitan tidak diambil kira bagi kemasukan ke institusi
pengajian tinggi tempatan.9
Terlalu banyak sumber kewangan dan begitu lama masa yang digunakan oleh
kerajaan untuk membangunkan para profesional, akademik dan kumpulan pengurusan
peringkat atasan dalam usaha pembangunan sumber gunatenaga negara. Meskipun
banyak usaha dilakukan, namun bilangan gunatenaga peringkat atasan ini masih tidak
mencukupi khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional dalam kalangan
Bumiputera.10
Dalam persidangan Kongres Ekonomi Bumiputera, Y.A.B. Dato‟ Seri
Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah menyatakan
tentang pencapaian Bumiputera dalam pembangunan gunatenaga adalah baik. Namun
dari segi hakmilik dan penyusunan semula gunatenaga, adalah jelas bahawa hasrat
7 Berita Harian, 13 September 2001, hlm. 10. 8 Lihat Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional, Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011, hlm. 14-15. Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran
Malaysia (DLKM) merupakan lima kelayakan daripada Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang diperkenalkan pada
tahun 1993. Lihat Perburuhan di Malaysia, Putrajaya: Kementerian Sumber Manusia, 2007, hlm. 137-138. 9 Pelan Strategik Universiti Kuala Lumpur, 2006-2010, hlm.6-7. Rujuk juga Dokumen Penubuhan UniTEK-MARA, hlm. 7. 10
Menurut Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat, penyertaan pelajar Bumiputera yang kurang dalam aliran Sains telah
menyebabkan bidang-bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan dan arkitek lebih dimonopoli oleh kalangan bukan
Bumiputera. Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat, Cabaran Milenium Baru, Kuala Lumpur 10-11 September 1999, Kementerian
Pembangunan Usahawan, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.
Univers
ity of
Mala
ya
219
Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membentuk masyarakat perdagangan dan
perindustrian Bumiputera masih belum tercapai.11
Penyusunan semula Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB) dijalankan untuk memastikan penglibatan yang berkesan golongan Bumiputera
dalam sektor moden.12
Matlamatnya agar dalam tempoh satu generasi, Bumiputera
dapat memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya 30% daripada semua kegiatan
perdagangan dan perindustrian negara. Apa yang tercapai ialah seperti jadual di bawah:
Jadual 6.2: Pencapaian Dasar Ekonomi Baru, 1970-1990
Kadar Kemiskinan 1970
(Matlamat)
1990
(Pencapaian)
Semenanjung
Malaysia
49.3% 17.0%
Sabah - 34.3%
Sarawak - 21.0%
Malaysia - 17.0%
Hak Milik Saham 1970 1990
Bumiputera 2.4% 30.0%
Bukan Bumiputera 34.3% 40.0%
Rakyat Asing 63.3% 30.0%
Syarikat Calon 2.0% 8.4%
Sumber: info.mohr.gov.my (tarikh diakses 20 Oktober 2010).
11
Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga diadakan pada 10 Januari 1990. Di antara resolusinya adalah menjadikan sains dan
teknologi sebagai asas masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera. 12
Profesor Dr. Anuwar Ali menyatakan ekonomi Malaysia yang terbuka perlu mempunyai kecekapan pengeluaran untuk bersaing di
pasaran antarabangsa. Pada masa tersebut, daya saing masyarakat Bumiputera masih berada pada tahap yang rendah. Oleh itu,
adalah sukar untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Pembangunan keusahawanan dan kemahiran masyarakat Bumiputera perlu
dibangunkan secara berterusan. Lihat “Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia: Penilaian, Pendekatan dan Keberkesanan”,
hlm. 1-15, dalam Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB): Satu Penilaian Kembali dan Langkah-langkah
Ke Hadapan, Kuala Lumpur: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, 1995. Manakala menurut pandangan Kamaruddin M. Said,
kemiskinan orang Melayu yang cuba dibasmi oleh DEB adalah kesan sejarah penyisihan orang Melayu daripada terlibat dalam
perkembangan ekonomi pasaran sejak permulaan era penjajahan British. Dalam sektor ekonomi pasaran domestik, golongan bukan
Bumiputera terus mengungguli sektor berkenaan sejak penghujung abad ke-19. Lihat Kamaruddin M. Said, “Perlembagaan dan
Pembinaan Bangsa Malaysia: Satu Pandangan Sosiologi”, Dewan Budaya, Jun 1992 dalam Simposium Dasar Pelajaran Malaysia. S.
P. Prof. Dato‟ Nik Anuar Bin Nik Mahmud.
Univers
ity of
Mala
ya
220
Data dalam Jadual 6.2 jelas menunjukkan bahawa pemilikan saham yang wujud
hanyalah sebanyak 17%. Malah, kadar kemiskinan yang wujud pada tahun 1990 adalah
sebanyak 17.1% berbanding dengan 49.3% pada tahun 1970.13
Modal insan merupakan aset yang dominan bagi sesebuah negara yang sedang
membangun. Oleh itu, pembangunan modal insan memainkan peranan penting dalam
menjana dan meningkatkan pencapaian ekonomi negara. Teori modal insan mengatakan
bahawa semakin tinggi taraf pendidikan dan latihan yang dimiliki oleh seseorang, maka
semakin produktif individu tersebut dan keadaan ini mewujudkan hubungan yang positif
antara taraf pendidikan dengan pendapatan dan akhirnya menyumbang kepada
pertumbuhan sistem ekonomi negara.14
Ini bermakna keutuhan sesebuah organisasi
sangat bergantung kepada produktiviti yang dihasilkan oleh modal insan yang efisien.
Namun, modal insan hanyalah menjadi aset berharga bagi sesebuah organisasi dan
negara sekiranya tahap kecekapan, kemahiran, sikap serta pengetahuan modal insan
dibangunkan adalah selaras dengan keperluan organisasi dan negara tersebut.15
Sejak pelancaran Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) dari tahun
1991-2000, modal insan telah diberikan tumpuan khusus supaya dapat dibangunkan
sejajar dengan kehendak dan keperluan pertumbuhan ekonomi negara.16
Kaedahnya
adalah melalui strategi mempertingkatkan dan memperbaiki secara berterusan program
13
Siti Hadijah Che Mat, Fauzi Hussin dan Mohd Razani Mohd Jali, Ekonomi Malaysia, Bentong: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd., 2003, hlm. 17. Lihat juga tulisan Kevin Young “The New Economic Policy and Long-term Development Issues”, hlm.
61, dalam Kevin Young, Willem C.F. Bussink and Parvez Hasan (eds.), Growth and Equity in a Multiracial Society, Washington
D.C: The World Bank, 1980. 14
Sufean Hussin dan Norliza Zakuan, Dasar Modal Insan, 60:40 dalam Sains & Teknologi, Kuala Lumpur: Tinta Publishers, 2009,
hlm. 6. 15
Yahya Ibrahim dan Abd Hair Awang, Pembangunan Modal Insan Isu dan Cabaran, Bangi: UKM, 2008, hlm. 13. 16
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang merangkumi tempoh masa 1991-2000 telah digubal berasaskan kepada
dasar yang dikenali sebagai Dasar Pembangunan Baru (DPB). DPB akan memperkukuhkan lagi pencapaian di sepanjang RRJP1
bagi mempercepatkan proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat dalam usaha untuk memperbaiki
ketidakseimbangan sosial dan ekonomi. Ia merupakan satu rangka dasar yang lebih luas bagi mencapai matlamat sosioekonomi
untuk tempoh 10 tahun yang akan datang dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat. Ketika penggubalan DPB, kerajaan
telah mempertimbangkan pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak termasuk Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara
mengenai dasar negara selepas 1990. Lihat Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000, Kuala Lumpur: Jabatan
Percetakan Negara, 1991, hlm. 3. Tempoh di awal 1990-an merupakan era Persyarikatan Malaysia-Pendekatan Kerjasama Sektor
Awam dan Swasta. Rangka Rancangan Jangka Panjang II (RRJP II) 1991 hingga 2000 dan Rangka Rancangan Jangka Panjang III
(RRJP III) 2001 hingga 2010. Lihat Perburuhan di Malaysia, Putrajaya: Kementerian Sumber Manusia, 2007, hlm. 36.
Univers
ity of
Mala
ya
221
dan kemudahan pendidikan dan latihan untuk memenuhi kehendak kemahiran yang
sering berubah.17
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam misalnya, beberapa
langkah telah digariskan supaya modal insan dapat memberi sumbangan optimum
kepada pertumbuhan ekonomi negara.18
Kajian Bank Dunia mendapati pada akhir tahun
1980-an dan awal 1990-an, tahap kemahiran dalam industri pembuatan di Malaysia
telah mengalami penurunan yang agak besar. Isu utama yang membawa kepada masalah
ini berkait rapat dengan kekurangan modal insan yang berpengetahuan dan
berkemahiran selaras dengan keperluan ekonomi.19
Dalam tempoh ini, berlaku masalah
kekangan tenaga kerja yang jelas menunjukkan kegagalan sistem pembangunan dan
perancangan modal insan.20
Malaysia menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja yang sangat ketara
terutama sekali dalam bidang-bidang profesional dan teknikal sehingga menyebabkan
ekonomi menjadi kaku.21
Sistem ekonomi menjadi lambat untuk beralih kepada aktiviti
pengeluaran yang bersifat intensif modal kerana kekangan modal insan.22
Akibatnya,
17
Dalam pembangunan sumber manusia, MARA antara lain bertanggungjawab untuk memastikan kemahiran tenaga kerja adalah
bersesuaian dengan permintaan akibat pembangunan teknologi yang pesat. Oleh itu, MARA berusaha untuk menjalankan
pengawasan dan kajian semula yang lebih kerap dan rapi terhadap kurikulum pendidikan dan latihan, menambahkan kemudahan
latihan dan meningkatkan kualiti guru, menyediakan latihan pedagogi kepada pensyarah dan tenaga pengajar, menggalakkan latihan
semula tenaga kerja dan latihan berasaskan industri bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran khusus dan terkini disamping
meningkatkan kualiti dan keupayaan menyesuaikan diri, menggalakkan publisiti yang luas terhadap latihan kemahiran yang
dikendalikan oleh institusi latihan awam melalui media massa. Rujuk Kenyataan Dasar RRJP2 dan RM6:Pelaksanaan Dasar dan
Program, Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, 1991. 18
Kerajaan memberikan penekanan yang lebih kepada pendidikan dan latihan dalam RMK6 kerana ia memberikan sumbangan yang
penting kepada matlamat Dasar Pembangunan Nasional. Di antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah dengan
meningkatkan mutu pendidikan dan latihan serta menghasilkan satu sistem penyampaian yang lebih berkesan bagi membolehkan
golongan berpendapatan rendah dan mereka yang berada di kawasan-kawasan mundur mendapat lebih banyak peluang dan latihan.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 8,501 juta dalam RMK6 dibawah “Peruntukan Pembangunan bagi Pendidikan dan
Latihan, 1986-95”. Lihat Rancangan Malaysia Keenam, 1991-1995, Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara, 1991, hlm. 173-
201. 19
Sebagai contoh, dalam sudut kemakmuran negara, negara ekonomi berpendapatan tinggi seperti Perancis, Finland, Jerman, Korea
Selatan dan Singapura tidak bergantung kepada hasil bumi tetapi dijana oleh rakyatnya yang berilmu, berkemahiran dan
mempamerkan watak profesional dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Pelan Strategik Tranformasi Pendidikan Vokasional,
hlm. 25. 20
Dengan bertambahnya permintaan terhadap kemahiran kesan daripada pertumbuhan perindustrian yang pesat, kerajaan melihat
kepentingan sistem melatih tenaga mahir yang sedia ada diperbaiki untuk membolehkan penyesuaian yang lebih berkesan dan
selaras dengan keperluan permintaan tersebut. Rancangan Malaysia Keenam, 1991-1995, hlm. 163. 21
Latihan untuk tenaga manusia mahir dan separuh mahir telah meningkat dalam tempoh dua dekad (sekitar 1970-1990) tetapi
berbanding dengan permintaan, penawaran masih tidak dapat memenuhi permintaan. Dalam tempoh 1970-1980, seramai kira-kira
87,000 orang telah dilatih di institusi-institusi latihan awam dan seramai 108,000 orang untuk tempoh 1986-1990. Chamhuri Siwar,
Mohd. Yusof Kasim dan Abdul Malik Ismail, Ekonomi Bumiputera Selepas 1990, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
1992, hlm. 176. Rujuk Bab “Keperluan Kemahiran Kritis dan Sumber Tenaga Manusia Selepas 1990, Implikasi dan Cabaran ke atas
Bumiputera”, oleh Zainal Aznan Yusof, hlm. 160-198. 22
Lihat Laporan Jawatankuasa Kabinat Mengenai Latihan, Latihan Untuk Pembangunan Perindustrian, Cabaran Sembilan
Puluhan, Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri & Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991, hlm. 27-
47.
Univers
ity of
Mala
ya
222
berlakulah kemasukan secara besar-besaran buruh asing bagi menampung kekurangan
pekerja di Malaysia.
Suatu usaha untuk meningkatkan bilangan gunatenaga peringkat atasan perlu
dilakukan kerana modal insan sedia ada dari kumpulan pelajar cemerlang SPM adalah
terhad. Melalui Rajah 6.1, sumber yang mungkin boleh diperoleh adalah daripada
kumpulan sederhana SPM iaitu kumpulan yang tertinggi bilangannya berbanding
kumpulan lain. Walau bagaimanapun, peluang pendidikan untuk kumpulan ini adalah
amat terhad dan terhenti hingga ke tahap diploma sahaja. Seharusnya, mereka yang
cemerlang di peringkat diploma ini wajar diberi peluang untuk mengikuti pengajian
ijazah di bidang masing-masing. Namun, pelajar kekurangan peluang di mana
kebanyakan kursus yang ditawarkan di peringkat ijazah memerlukan pencapaian
akademik SPM yang baik. Meskipun pelajar ini memiliki diploma tetapi mereka adalah
daripada aliran vokasional dan kelayakan ikhtisas SPM mereka adalah amat rendah.
Oleh yang demikian, peluang mereka ke menara gading terjejas.
Senario ini berbeza di luar negara di mana laluan kerjaya bagi bidang kemahiran
adalah lebih terbuka. Kebanyakan universiti di Amerika Syarikat yang mengamalkan
falsafah “pendidikan untuk semua” juga menawarkan program ijazah akademik dan
bukan akademik. Misalnya di Kanada, bagi program teknikal yang tidak bersifat
akademik dikenali sebagai program teknologi. Ia bagi membezakan antara program
kemahiran dan yang bersifat akademik.23
Di United Kingdom misalnya, pihak kerajaan
memberi tumpuan paling khusus kepada kemahiran teknikal dengan meningkatkan taraf
politeknik ke tahap universiti. Begitu juga di Amerika Syarikat dan Kanada yang
menunjukkan peratus kemasukan bagi jurusan teknikal yang lebih tinggi berbanding
23 Dokumen Penubuhan UniTEK-MARA, hlm.11.
Univers
ity of
Mala
ya
223
bidang akademik. Tidak kurang juga di Jerman dan Taiwan yang masing-masing
menunjukkan nisbah kemasukan 60:40 dan 70:30.24
Program latihan merupakan komponen kedua terpenting dan menjadi pelengkap
kepada sistem pendidikan formal. Latihan memberikan pengetahuan dan kemahiran
yang lebih khusus dan berorientasikan pekerjaan untuk meningkatkan daya pengeluaran
pekerja. Secara keseluruhannya, institusi latihan swasta mengeluarkan 40% daripada
tenaga kerja mahir dan separuh mahir negara.
6.3 Penubuhan Kolej MARA
Penghujung tahun 1985, telah lahirnya keperluan untuk menubuhkan sebuah Kolej
MARA bagi menampung pengajian pelajar lepasan SPM.25
Penubuhan MRSM yang
kian pesat telah memberi impak lahirnya pelajar cemerlang dalam bidang sains dan
teknologi dengan begitu ramai sekali.26
Lambakan pelajar yang cemerlang ini agak
merunsingkan pihak MARA apabila mereka ini menghadapi kesukaran untuk
meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Ini disebabkan tempat yang
disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi program lepasan SPM seperti Matrikulasi
adalah amat terhad. Ia hanya mampu menampung sebilangan pelajar sahaja. MARA
memandang serius masalah ini memandangkan ia akan merugikan masa depan anak
Melayu yang mendambakan peluang untuk memasuki universiti. Jadual 6.3
menunjukkan jumlah pelajar Tingkatan 5 yang dihasilkan oleh MRSM dari tahun 1976
hingga 1982.
24 Berita Harian, 13 September 2001. 25
Hal ini selari dengan strategi Bahagian Latihan dan Pendidikan MARA dalam Rancangan Malaysia Keempat yang antara lain
mewujudkan kemudahan-kemudahan persekolahan menengah dan prauniversiti di maktab-maktab rendah sains dengan
menitikberatkan pengajian-pengajian sains, perdagangan dan pengajian bahasa-bahasa asing, disamping memupuk nilai-nilai
kemasyarakatan yang membina. BK/MARA16/7. Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Bahagian „D‟ dan „E‟; Objektif,
Strateji, Skop dan Program Perbelanjaan Pembangunan, Bahagian „F‟; Keupayaan Perlaksanaan, Buku 3, Rancangan Malaysia
Keempat 1981-1985, Bahagian Latihan dan Pendidikan, hlm. 2. 26
“Kejayaan MRSM Jangan Sampai Melalaikan Tugas Guru-guru”, Rahim Bakar, hlm. 18, dalam AlamMARA, Bil. 2, Mac/April
1983, Bilangan 1-4, Januari-Disember 1983.
Univers
ity of
Mala
ya
224
Jadual 6.3: Jumlah Pelajar di MRSM, 1976-1982
Tahun MRSM
Seremban
MRSM
Kota
Bahru
MRSM
Kelantan
MRSM
Kulim
MRSM
Kuala
Terengganu
Jumlah
1976
1977
1978
1979
1980
1981
1982
148
204
112
134
49
148
-
-
148
124
118
145
150
148
-
-
124
99
115
49
150
-
-
-
-
-
149
159
-
-
-
-
-
-
152
148
352
360
351
309
496
609
Sumber: Fail Jabatan Ketua Pengarah TKP 250/6.
Seperti kebiasaannya, para pelajar yang tamat peperiksaan SPM akan ditaja dengan
biasiswa untuk melanjutkan pengajian sama ada di luar negara mahupun tempatan.
Walau bagaimanapun,disebabkan terlalu ramai pelajar yang dihasilkan dari tahun ke
tahun telah mengakibatkan MARA tidak dapat memberikan biasiswa kepada semua
pelajarnya.27
Ini secara tidak langsung telah mengakibatkan kesukaran pelajar untuk
meneruskan pengajian di peringkat seterusnya. Salah satu peluang yang ada adalah
dengan melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam. Walau bagaimanapun, sekali lagi
timbul kesukaran apabila kementerian menetapkan dasar mengutamakan para pelajar
dari sekolah kementerian terlebih dahulu berbanding dengan pelajar MARA yang
dianggap sebagai calon persendirian.
27
Sejak pelancaran Rancangan Malaysia Pertama dari tahun 1966 hingga Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), tidak kurang
daripada 16,000 orang pelajar Bumiputera telah memperoleh faedah pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran daripada MARA.
Secara purata, lebih kurang 1,000 orang pelajar Bumiputera ditaja oleh MARA saban tahun. Rancangan Malaysia Keempat (1981-
1985), Bahagian Latihan dan Pendidikan (Biasiswa & Pinjaman Pelajaran) dan (Maktab Rendah Sains MARA) Buku 4, Vol. I, hlm.
1.
Univers
ity of
Mala
ya
225
Permohonan pelajar MRSM akan hanya dipertimbangkan setelah semua pelajar
sekolah kementerian mendapat tempat untuk pengajian mereka. Keadaan ini telah
menyebabkan para pelajar MRSM mula belajar lebih lewat berbanding pelajar lain.
Kesan negatif yang timbul ialah para pelajar MRSM agak ketinggalan dalam pelajaran
berbanding dengan yang lain. Mereka juga akan ditawarkan ke sekolah-sekolah yang
kurang baik berbanding dengan pelajar sekolah kementerian.
Para pelajar MRSM juga menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan sistem
pendidikan sekolah kerajaan kerana ia jauh berbeza dengan sistem yang diamalkan oleh
MRSM. Oleh yang demikian, ramai pelajar MRSM mengalami kemerosotan dalam
pelajaran malah ada yang gagal. Ini merugikan MARA kerana gagal menyalurkan
pelajarnya ke tempat yang lebih baik. Masalah ini hanya dapat diatasi sekiranya MARA
menubuhkan pusat prauniversiti. Maka timbullah idea untuk mewujudkan program
prauniversiti sendiri yang akan memuatkan pelajar MRSM.28
Dengan adanya program sendiri bermakna mereka secara langsung dapat
memastikan para pelajar MRSM berjaya meneruskan pengajian di peringkat yang lebih
tinggi.29
Mereka dapat menjurus pada bidang yang diminati serta lebih fokus dengan
kurikulum yang disediakan. Tenaga pengajar yang diserapkan adalah dalam kalangan
guru MRSM. Guru yang mempunyai kelayakan ikhtisas yang tinggi akan dipindahkan
ke sini untuk menjayakan semua program prauniversiti ini. Jadual 6.4 menunjukkan
jumlah pelajar di pusat pengajian prauniversiti.
28
Majlis Amanah Raayat (MARA), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rengkasan Buku 1, Program-program MARA,
hlm. 18. 29
Kemudahan-kemudahan persekolahan menengah dan prauniversiti di MRSM turut menitikberatkan pengajian-pengajian sains,
perdagangan dan pengajian bahasa-bahasa asing, disamping memupuk nilai-nilai kemasyarakatan yang membina. Majlis Amanah
Rakyat (MARA), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985). Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985, Bahagian Latihan dan
Pendidikan, Bab III, Strateji, hlm. 2.
Univers
ity of
Mala
ya
226
Jadual 6.4: Jumlah Pelajar MRSM yang Sedia Ada Berbanding Pelajar yang
Memasuki Prauniversiti
Tahun Bilangan Pelajar MRSM
yang Ada
Bilangan Diterima
Masuk ke Pusat-pusat
Prauniversiti
1980
1981
1982
1983
1984
309
496
609
600
750
185
298
365
360
450
Sumber: Fail Jabatan Ketua Pengarah, (TKP 250/6).
Jadual di atas jelas menunjukkan jumlah pelajar di MRSM yang mendapat tempat untuk
mengikuti kursus prauniversiti adalah hanya separuh sahaja daripada jumlah
keseluruhannya. Ini bermakna, hampir separuh daripada pelajar akan tercicir dan tiada
peluang untuk menyambung pengajian. Kerugian ini begitu ketara dan MARA
mengambil jalan mengatasi masalah ini dengan menubuhkan Kolej MARA.
Pada peringkat permulaan, kolej MARA diwujudkan dengan menaik taraf
MRSM yang sedia ada. Kolej MARA Seremban merupakan satu-satunya pusat
matrikulasi yang terletak di Seremban iaitu ibu negeri kepada Negeri Sembilan. Pada
awal penubuhan, Kolej MARA Seremban yang dahulunya dikenali sebagai MRSM
Seremban telah menjalankan program pendidikan menengah. Pada tahun 1985, program
pendidikan menengah telah digantikan dengan program A-Level iaitu program
persediaan bagi para pelajar yang ingin belajar di luar negara.
Univers
ity of
Mala
ya
227
Serentak dengan itu juga, MRSM Kulim telah mula memperkenalkan program
matrikulasi pada tahun 1991. MRSM Kulim telah dinaik taraf menjadi kolej pada
Februari 1994 manakala MRSM Seremban dinaiktaraf ke tahap kolej pada tahun 1992.
Pada tanggal 3 Februari 1994, atas arahan ibu pejabat MARA, Kolej MARA Sains
Seremban telah ditukar namanya kepada Kolej MARA Seremban. Bermulalah peranan
Kolej MARA Seremban dan Kulim sebagai kolej yang menawarkan kursus
prauniversiti. Berikut merupakan program-program yang dijalankan di Kolej MARA
Seremban dan Kolej MARA Kulim.
Jadual 6.5: Jenis Program yang Ditawarkan di Kolej MARA Kulim, 1984
Hingga 2006
Jenis Program Tahun
Matrikulasi Universiti Sains Malaysia 1985-1991
Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia 1985-1991
Matrikulasi Universiti Utara Malaysia 1985-1994
Matrikulasi Universiti Putra Malaysia 1988-2000
Matrikulasi Universiti Malaysia Sabah 1995-2000
Kursus Persediaan Universiti Teknologi Malaysia 1995-2004
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia 2000 hingga kini
Kursus Persediaan UniKL(FIST UniKL) 2004-2010
Sumber: Laporan Kolej MARA, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, 2000.
Univers
ity of
Mala
ya
228
Jadual 6.6: Jenis Program yang Telah Ditawarkan di Kolej MARA Seremban
Jenis Program Tahun
Matrikulasi UKM bersama program menengah 1978
Program GCE A-Level 1985
Ijazah Northern Consortium University United
Kingdom (NCUK) pula dijalankan.
1988
Matrikulasi Universiti Kebangsaan ditawarkan semula 1992
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2000
Program International Baccalaureate(IB) pula
ditawarkan.
28 Jun 2005
hingga kini
Sumber: Laporan Kolej MARA, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, 2000.
Sebuah lagi kolej MARA ditubuhkan dan diberi nama Kolej MARA Banting.
Sejarah Kolej MARA Banting bermula seawal tahun 1985 dengan menumpang di
MRSM Seremban bagi tujuan menyediakan pelajar MRSM untuk program GCE A-
Level. Program tersebut merupakan program persediaan untuk kemasukan pelajar ke
universiti di luar negara. Bagi mempelbagaikan bilangan universiti yang boleh disertai
oleh pelajar, pada tahun 1991, kolej ini telahpun memperkenalkan satu lagi program
prauniversiti yang baru iaitu program International Baccalaureate (IB) setelah
mendapat pengiktirafan dari International Baccalaureate Organisation bagi
menjalankan program tersebut.30
Bagi menampung keperluan program dan pelajar yang bertambah, kolej ini
telahpun diubah ke lokasi baru seluas 84 ekar iaitu lokasi yang digunapakai sekarang.
Maka bermula dari tanggal 1 Julai 1992, kolej ini beroperasi di lokasi baru dengan
30
Sistem pengajian International Baccalaureate (IB) merupakan kursus di peringkat universiti yang memakan masa dua tahun
selepas tamat Tingkatan Lima. Berbanding kursus-kursus Tingkatan Enam (HSC/STP), kursus IB lebih menguntungkan dari sudut
mata pelajaran yang diwajibkan yang meliputi kajian manusia dan bersifat lebih liberal manakala kursus Tingkatan Enam Sains
biasanya terhad kepada subjek sains dan matematik sahaja. Kursus IB juga dapat dikelola dengan penggunaan Bahasa Inggeris.
Kursus Tingkatan Enam tidak lagi menggunakan Bahasa Inggeris selepas tahun 1981. Oleh itu, lulusan IB adalah lebih sesuai untuk
diterima oleh pusat pengajian tinggi di luar negara. Selain itu, lulusan IB lebih mendapat pengiktirafan di luar negara. BK/MARA
16/7. Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Bahagian „D‟ dan „E‟; Objektif, Strategi, Skop dan Program Perbelanjaan
Pembangunan. Bahagian „F‟; Keupayaan Perlaksanaan. Buku 3. Lampiran C, Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) Cawangan
Maktab Rendah Sains MARA, hlm. 3.
Univers
ity of
Mala
ya
229
menggunakan nama MRSM Banting dengan pelajar seramai 71 orang pelajar
International Baccalaureate dan 310 orang pelajar GCE A-Level. Pada tahun 1994,
nama kolej ini telah ditukar kepada nama yang baru iaitu Kolej MARA Banting
sehinggalah sekarang. Kolej MARA Banting mempunyai seramai 36 kakitangan di
Bahagian Pentadbiran dan 85 orang guru yang bertauliah di Bahagian Akademik.
Jumlah keseluruhan kakitangan di kolej ini ialah seramai 121 orang. Mulai dari bulan
Mei 2003 Kolej MARA Banting telah menjadi IB World School sepenuhnya. Sebelum
ini Kolej MARA Banting mengendalikan dua program iaitu IB dan Matrikulasi. Kini
bilangan pelajar IB telah mencecah kepada 663 orang pelajar terdiri daripada pelajar IB
Tahun 1 sesi 2008/2010 seramai 325 orang pelajar dan pelajar IB Tahun 2, Sesi
2007/2009 seramai 338 orang pelajar.31
Kolej keempat yang ditubuhkan ialah Kolej MARA Kuala Nerang. Kolej
MARA Kuala Nerang telah memulakan operasi dan misi utamanya dalam mendidik
anak bangsa pada 1 Disember 1994. Pembinaannya telah menelan belanja sebanyak RM
16 juta di dalam kawasan seluas 36 ekar yang terdiri daripada blok pentadbiran, blok
akademik dan blok asrama. Sehingga kini, Kolej MARA Kuala Nerang berkeupayaan
menampung seramai 600 pelajar pada setiap sesi pengajian. Kolej ini mengendalikan
sebanyak dua buah program iaitu program Matrikulasi Universiti Utara Malaysia iaitu
antara 1995 hingga 2000 dan juga program Matrikulasi Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam bidang perakaunan iaitu dari tahun 2000 hingga 2006.32
31
Laporan Kolej MARA, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, 2000. 32
Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
230
6.4 Program International Baccalaureate
Program ini merupakan program di peringkat diploma yang dikendalikan oleh
International Baccalaureate Organisation (IBO). IBO merupakan sebuah badan bukan
kerajaan (NGO) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Walau bagaimanapun,
pejabat yang menguruskan hal-hal peperiksaan dan kurikulum (IBCA) terletak di
Cardiff, United Kingdom. Program ini diasaskan pada tahun 1968. Program ini digubal
khusus untuk pelajar yang bermotivasi tinggi berumur diantara 16 dan 19 tahun.
Program ini bertaraf diploma dengan tempoh pengajian selama dua tahun. Pelajar yang
mengikuti program IB ini adalah merupakan pelajar yang paling cemerlang di peringkat
SPM. Secara umumnya, program IB ini adalah program bertaraf antarabangsa dan turut
ditawarkan di seluruh dunia.
Kurikulumnya mempunyai pendekatan menyeluruh, mencabar dan merangsang
intelektual pelajar. Ia mengandungi latihan formal dan penerapan nilai kemahiran kritis
agar mampu membuat penilaian. Keistimewaan program ini ialah kerana kaedah
penilaiannya yang mantap serta sistem penilaian yang terperinci. Kursus ini juga
menjadi platform utama bagi pemegang diploma ini untuk melanjutkan pengajian ke
universiti-universiti terkemuka dunia. Terdapat tiga bahasa pengantar yang utama bagi
program ini iaitu Bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol. Walau bagaimanapun, Kolej
MARA Banting memilih Bahasa Inggeris sebagai medium utama pembelajaran.
Program ini mengambil masa selama dua tahun dan kemasukan dilakukan setiap bulan
Jun. Terdapat seramai 94 pensyarah yang bertauliah lagi berpengalaman mengajar
program International Baccalaureate ini. Jadual 6.7 menunjukkan perbandingan purata
mata yang terkumpul di bawah kursus IB antara Kolej MARA Banting dan purata mata
dunia.
Univers
ity of
Mala
ya
231
Jadual 6.7: Perbandingan Purata Mata Bagi Kursus IB
Tahun Purata Mata KM
Banting
Purata Mata Dunia
2006 37.8 29.89
2005 37.55 30.09
2004 38.1 30.14
2003 38.71 30.26
2002 38.93 30.29
2001 41.17 30.16
2000 37.01 30.27
Sumber: Laporan Kolej Mara, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, 2000.
Jadual di atas menunjukkan purata mata bagi Kolej MARA adalah mengatasi
purata mata dunia. Jelas di sini bahawa Kolej MARA Banting mengatasi paras purata
mata dunia. Misalnya pada tahun 2006, paras mata dunia yang diperoleh ialah sebanyak
29.89%. Kolej MARA Banting telah melepasi tahap yang diharapkan dengan
memperoleh 37.8%.33
Malah kecemerlangan pencapaian ini adalah berturut-turut bagi
setiap tahun dan ini merupakan suatu yang amat membanggakan kerana kejayaan ini
meletakkan Kolej MARA Banting sebagai antara pusat pendidikan terbaik di peringkat
antarabangsa.
33Utusan Malaysia, 2 September 2009.
Univers
ity of
Mala
ya
232
Rajah 6.2: Perbandingan Purata Antara Kolej MARA dan Purata Mata Dunia.
Sumber: Laporan Kolej MARA, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, 2000.
Rajah di atas menunjukkan bahawa dari tahun 2000 hingga 2006, Kolej MARA
telah berjaya mengatasi purata mata dunia. Ini melayakkan Kolej MARA diiktiraf
sebagai institusi pendidikan bertaraf antarabangsa. Malah Kolej MARA Banting telah
mendapat pujian hebat dari Pengarah IB Asia-Pasifik, John Goodban. Beliau telah
mengucapkan tahniah dan menyatakan bahawa pencapaian ini bukan sahaja cemerlang
tetapi terbaik di dunia kerana belum ada mana-mana institusi yang mengendalikan
program IB ini berjaya mencapai keputusan sebegini.34
Dalam peperiksaan tahun 2002
misalnya, kesemua 127 calon Kolej MARA Banting berjaya memperoleh kelulusan
100% dengan skor diploma purata 39 mata daripada skor maksimum 45 mata. Malah
skor gred subjek individu mencatatkan 6.23 berbanding gred maksimum tujuh.35
Kejayaan ini telah dikongsi bersama dengan Tun Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi
Perdana Menteri.
34
Rujuk surat Regional Director IB Asia Pacific, John Goodban kepada Pengarah Kolej MARA Banting, En. Matias De Fernendez
bertarikh 16 Julai 2002 dalam fail peribadi En Matias. 35
Ibid.
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
2009
2008
2007
2006
2005
2004
2003
2002
2001
2000
BIL
AN
GA
N P
EL
AJA
R
TAHUN
Purata Mata KM Banting
Purata Mata KM Seremban
Purata Mata Dunia
Univers
ity of
Mala
ya
233
Pencapaian ini adalah suatu yang begitu membanggakan kerana ia berjaya
membuktikan bahawa pelajar Melayu mampu mengatasi pelajar lain di serata dunia.36
Kertas ujian yang diduduki oleh pelajar adalah seragam dan menggunakan bahasa
pengantar Bahasa Inggeris malah disemak di Switzerland. Kejayaan Kolej MARA
menduduki tangga teratas sekaligus menampakkan kejayaan MARA dalam melahirkan
cendekiawan terkemuka di serata dunia. Sebanyak 726 buah institusi telah mendaftar
untuk menduduki peperiksaan IB. Seramai 19,267 orang pelajar telah menduduki
peperiksaan IB. Daripada jumlah tersebut, seramai 127 orang pelajar dari Kolej MARA
Banting telah menduduki peperiksaan IB bagi tahun 2002 dan seramai 110 orang telah
menerima tawaran untuk mengikuti bidang perubatan di universiti terkemuka seluruh
dunia termasuklah Ireland, United Kingdom, Australia dan New Zealand. Manakala
seramai 13 orang yang lain telah mengikuti bidang kejuruteraan.37
Jadual 6.8
menunjukkan penempatan pelajar bagi tahun 2002.
Jadual 6.8: Jumlah Pelajar Kolej MARA Banting yang Melanjutkan Pelajaran
dalam Bidang Perubatan dan Kejuruteraan Bagi Tahun 2002
Bil Universiti di United Kingdom Jumlah
1. University of Cambridge 3
2. University of Wales College of Medical 3
3. University of Leicester 5
4. University of Manchester 10
5. University of Sheffield 5
6. Queen Mary,University of London 6
7. Queen‟s University, Belfast 9
8. King‟s College London 1
9. University College London 1
10. University of Edinburgh 3
11. University of Leeds 1
12. University of Bristol 1
36
Perkara ini adalah selari dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh Tan Sri Dato‟ Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin (kini
Pengerusi UiTM) pada tahun 1999 yang menyebut bahawa apabila anak bangsa Melayu benar-benar diberikan peluang, mereka
menunjukkan bahawa mereka boleh mempelajari apa-apa sahaja. Menurut beliau lagi, ini bermakna „kelemahan‟ anak bangsa
Melayu selama ini bukanlah berkait dengan soal kebolehan atau bakat. Kebolehan atau bakat sememangnya sudah wujud dalam diri
anak bangsa Melayu dan peluang perlu diberikan supaya mereka dapat menguasai bidang yang mereka pelajari. Lampiran 1 (b).
Kertas 2. Pencapaian Bumiputera dalam Bidang Pendidikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato‟ Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, hlm.
27, dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat, Cabaran Milenium Baru. 37 New Straits Times, 27 Ogos 2003.
Univers
ity of
Mala
ya
234
Jadual 6.8, sambungan
Bil Universiti di United Kingdom Jumlah
13. UNIVERSITI DI IRELAND
14. Irish University Medical Consortium 49
15. UNIVERSITI DI AUSTRALIA
16. Monash University 13
Jumlah 110
Sumber: Koleksi Peribadi En. Matias De Fernendez, 2003, MARA College Banting
Malaysia, IB World School, A Case Study, hlm. 90-91.
Jadual 6.9: Jumlah Pelajar Kolej MARA Banting yang Melanjutkan Pelajaran
dalam Bidang Kejuruteraan Bagi Tahun 2002
Bil Universiti Jumlah
1. University of Sheffield 4
2. University of Manchester Institute of Science
and Technology
2
3. University of Warwick 1
4. University of Cardiff 2
5. University of Bath 1
6. University of Bristol 3
Jumlah 13
Sumber: Koleksi Peribadi En. Matias De Fernendez, hlm. 90-91.
Jadual 6.9 menunjukkan universiti yang ditawarkan untuk pelajar sesi 2002.
Seramai 110 orang pelajar telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom
bagi mengikuti jurusan perubatan manakala seramai 13 orang pelajar telah mendapat
tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Kesemua universiti yang
ditawarkan merupakan universiti terkemuka di dunia. Jelas di sini, peranan Kolej
MARA Banting sebagai platform melahirkan bakal doktor dan jurutera tidak dapat
disangkal lagi. Malah, Jabatan Perkhidmatan Awam sendiri telah merakamkan
penghargaan di atas komitmen Kolej MARA dalam melahirkan pelajar yang cemerlang
untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.38
38
Surat Tan Sri Jamaluddin bin Hj Ahmad Damanhuri selaku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada Pengetua Kolej MARA
Banting bertarikh 1 Oktober 2002.
Univers
ity of
Mala
ya
235
6.5 Penubuhan Kolej Profesional MARA
Kolej Profesional MARA pada asalnya dikenali sebagai Institut Perdagangan MARA
(IPM). Ia menawarkan pelbagai jenis kursus yang berlatar belakangkan perakaunan dan
perniagaan. Operasinya bermula di Bangunan Sing Hoe Motor, Jalan Ipoh Kuala
Lumpur pada tahun 1977. Pada Julai 1982, ia berpindah ke Bandar Tun Razak, Cheras.
Apabila pusat pentadbiran MARA berpindah ke bangunan baru di Jalan Raja Laut, IPM
telah mengambil alih lokasi bangunan MARA lama iaitu di Jalan Tuanku Abdul
Rahman. Pada tahun 1993, IPM telah berpindah ke Wisma Sachdev (Bangunan
Akademik) dan Wisma Thakurdas (Blok Pentadbiran) di Jalan Raja Laut.
Pada masa yang sama, IPM Melaka telah ditubuhkan, namun ia ditumpangkan di
lokasi Kuala Lumpur sementara mencari lokasi yang sesuai. Pada bulan Jun 1994, IPM
Melaka telah berpindah ke Jalan Hang Tuah, Melaka. Manakala, IPM Kuala Lumpur
pula telah berpindah ke tapak yang baru di Lot 2333, Mukim Beranang, Selangor. Pada
bulan November 1998, nama IPM telah ditukar kepada Kolej Profesional MARA.39
Ini
bermakna IPM Melaka dikenali sebagai Kolej Profesional MARA Melaka manakala
IPM Kuala Lumpur dikenali sebagai Kolej Profesional MARA Beranang. Pemberian
nama ini adalah mengikut nama lokasi kolej tersebut berada.
Perubahan nama ini adalah selari dengan perubahan visi, misi dan kursus yang
akan ditawarkan di KPM. Oleh sebab perlunya ditingkatkan taraf bagi kursus yang
bakal ditawarkan, MARA telah menaikkan taraf IPM daripada sebuah institut kepada
sebuah kolej. Nama profesional telah diletakkan bagi menampakkan matlamat kolej
yang menjurus untuk melahirkan graduan yang mempunyai ciri profesionalisme. Kolej
Profesional MARA berwawasan untuk merealisasikan satu visi ke arah membentuk
39 Laporan Tahunan MARA 2004, Majlis Amanah Rakyat (MARA), hlm. 168-169.
Univers
ity of
Mala
ya
236
satu institusi pendidikan tinggi yang berkualiti bagi melahirkan masyarakat berilmu,
berakhlak mulia, dinamis dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Oleh sebab itu, setiap
kursus yang ditawarkan akan diterapkan dengan daya kreativiti untuk menjadi seorang
usahawan.
Sejajar dengan perubahan nama kepada Kolej Profesional MARA dan matlamat
untuk melahirkan usahawan Bumiputera, kursus yang ditawarkan juga telah berubah.
Sebagai permulaan, KPM memperkenalkan dua buah kursus sahaja iaitu Diploma in
Bussiness Studies dan Diploma in Accounting. Namun, dari semasa ke semasa, telah
berlaku penambahan kursus baru seperti kursus HND Business in Technology, HND in
Computing (Business Information Technology), HND in Computing (Software
Development), Program Intensif Persediaan, Diploma in English Communication,
Diploma in Agro Business, Diploma in Entreprenuership dan Diploma in Islamic
Banking and Finance. Kursus-kursus yang ditawarkan ini telah mendapat pengiktirafan
dari Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan diplomanya diperakui berkualiti dan
setaraf. Kesemua subjek di KPM diajar dalam Bahasa Inggeris melainkan bagi subjek
wajib LAN iaitu Pengajian Malaysia dan Pengajian Islam.40
Sehingga tahun 2006, sebanyak empat buah KPM telah ditubuhkan iaitu KPM
Beranang, KPM Bandar Melaka, KPM Indera Mahkota, Pahang dan KPM Seri
Iskandar, Perak. Kursus yang ditawarkan juga telah bertambah. Malah kebanyakan
kursus yang ditawarkan adalah hasil kerjasama dengan universiti di luar negara.
Misalnya kursus Diploma in English Communication (DECom) digubal dengan
kerjasama University of South Australia (UniSA) manakala program HND yang
ditawarkan adalah program yang berdaftar secara langsung dengan Edexel International
40
Perkara tersebut bersesuaian dengan sistem pendidikan Malaysia yang bersifat bilingual khususnya selepas kerajaan meluluskan
Private Higher Education Act atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 546) pada tahun 1996. Bahasa Inggeris
dianggap sebagai bahasa yang penting untuk berjaya dalam globalisasi. Lihat Jahara Yahaya, Tey Nai Peng & Yeoh Kok Kheng
(eds.), Sustaining Growth, Enhancing Distribution: The NEP and NDP Revisited, Kuala Lumpur: CEDER, 2003, hlm. 37-38.
Univers
ity of
Mala
ya
237
di United Kingdom iaitu sebuah badan pertubuhan yang menganugerahkan sijil atau
diploma. Kursus HND ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Malah,
bagi menjamin kualiti kursus yang dijalankan, MARA telah melantik Bradford School
of Law and Business, United Kingdom sebagai rakan kualiti bagi program HND di
KPM Seri Iskandar. Manakala program HND di KPM Beranang dan Indera Mahkota
dipantau oleh External Verifier yang dilantik oleh Edexel.41
Jadual 6.10: Kedudukan Pelajar Kolej Profesional MARA Sehingga 31 Disember
2006
Bidang kursus Pengambilan
Pelajar 2006
Pelajar
Semasa 31
Disember 2006
Pelajar
Tamat
Setakat 31
Disember
2006
Diploma in Accountancy (DIA) 246 592 1,209
Diploma in Business Studies
(DBS)
185 417 866
HND Business Information
Technology (HND BIT)
85 514 383
Intensive Preparatory
Programme (PIP)
176 147 1431
Diploma in Industrial
Communication (DICom)
101 229 124
HND in Business & Marketing
(HND BMK)
95 294 -
HND in Business and Computing
(HND BCom)
31 151 -
HND in Business & e-Commerce
(HND BeC)
37 164 -
Diploma in Entreprenuership
(DEN)
73 150 -
Diploma in Agro Business
(DAB)
47 84 -
HND in Business & Computer
Networking
42 41 -
Jumlah 1,118 2,783 4,013
Sumber: Laporan Tahunan MARA 2006, Majlis Amanah Rakyat (MARA), hlm. 132-
134.
41 Laporan Tahunan MARA 2006, Majlis Amanah Rakyat (MARA), hlm. 132.
Univers
ity of
Mala
ya
238
Jadual 6.10 menunjukkan jumlah graduan bagi tahun 2006 bagi kesemua kursus
yang ditawarkan. Kesemua graduan KPM adalah terdiri daripada Bumiputera sahaja.
Secara keseluruhannya, MARA telahpun menjalankan kajian pengesanan graduan KPM
bagi mengenalpasti hala tuju graduan KPM. Meskipun hanya sebilangan sahaja
responden42
yang diguna pakai, namun ia secara tidak langsung dapat memberi
gambaran tentang pencapaian mereka. Rajah berikutnya menunjukkan jumlah
responden mengikut bidang pekerjaan.
Rajah 6.3: Jumlah Responden Mengikut Sektor Pekerjaan.
Sumber: Laporan Kajian Pengesanan Graduan Kolej Profesional MARA
(Pelajar Ambilan 1997-2007), Unit Penyelidikan Seksyen Naziran dan
Kualiti, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, November 2010, hlm. 12.
Rajah 6.4 menunjukkan jumlah responden mengikut bidang pekerjaan. Bidang
pekerjaan utama yang mewakili responden terbesar ialah bidang pengkeranian dan juga
profesional. Manakala tiada responden yang terlibat dalam bidang kraftangan dan
operator kilang.
42
Kajian ini melibatkan seramai 351 orang responden yang terdiri daripada 243 orang perempuan manakala selebihnya lelaki.
Kebanyakan dari responden ini adalah dari KPM Melaka dan KPM Beranang. Kebanyakan responden juga merupakan lulusan
Diploma in Accountancy dan Diploma in Bussiness Studies. Kajian ini telah dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi MARA.
020406080
100120
Jumlah Responden Mengikut Sektor Pekerjaan
Jumlah Responden Mengikut Sektor Pekerjaan
Univers
ity of
Mala
ya
239
Rajah 6.4: Jumlah Responden Mengikut Bidang Pekerjaan.
Sumber: Laporan Kajian Pengesanan Graduan Kolej Profesional MARA
(Pelajar Ambilan 1997-2007), hlm. 12.
Rajah 6.5 pula menunjukkan tahap pekerjaan responden yang telah direkodkan dalam
kajian yang telah dilaksanakan.
Rajah 6.5: Taburan Peratus Tahap Pekerjaan Responden.
Sumber: Laporan Kajian Pengesanan Graduan Kolej Profesional MARA
(Pelajar Ambilan 1997-2007), hlm. 13.
0 20 40 60 80 100
Perundangan/Pegawai …
Juruteknik/Profesional …
Perkhidmatan/Jualan
Kraftangan/Perdagangan …
Pekerjaan Asas
Jumlah Responden Mengikut Bidang Pekerjaan
Jumlah Responden Mengikut Bidang Pekerjaan
Pengurusan45%
Penyeliaan14%
Sokongan41%
Taburan Peratus Tahap Pekerjaan Responden
Univers
ity of
Mala
ya
240
Berdasarkan kajian, Rajah 6.5 memperlihatkan bahawa seramai 45% responden
terlibat dalam pekerjaan tahap pengurusan. Ini diikuti oleh tahap sokongan dan
seterusnya tahap penyeliaan. Meskipun tahap akademik graduan KPM adalah di
peringkat diploma, namun ada di antara mereka hanya layak menjawat jawatan
peringkat sokongan. Hasil penyelidikan yang dijalankan menunjukkan bahawa seramai
72% responden menyatakan bidang pekerjaan mereka mempunyai kaitan dengan
program pengajian yang diikuti di KPM. Jelas di sini menunjukkan kerelevanan
program yang ditawarkan dan kepentingannya di alam pekerjaan. Malah kebanyakan
responden berjaya meraih pendapatan bulanan sebanyak RM 1000-RM 2000 sebulan.
Ada juga di antara mereka yang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi
bagi meningkatkan lagi taraf pendidikan mereka.
6.6 Penubuhan Institut Kemahiran Tinggi MARA
Usul penubuhan Institut Kemahiran Tinggi MARA (IKTM) telah disuarakan pada tahun
1987 oleh MARA melalui kertas cadangannya kepada Economic Planning Unit (EPU).
MARA telah menyuarakan rasionalnya penubuhan sebuah IKTM bagi membolehkan
haluan kemahiran tidak tersekat. Sebelum ini, aliran kemahiran hanya terhad hingga ke
tahap pertengahan dengan penubuhan GiatMARA43
bagi tahap asas dan IKM bagi
tahap pertengahan. Tiada saluran bagi pelatih IKM untuk meneruskan hala tuju mereka
ke tahap yang lebih tinggi. Alasan ini mengakibatkan bidang kemahiran kurang
mendapat perhatian dalam kalangan para pelajar mahupun ibu bapa. Aliran akademik
mempunyai haluan hingga ke tahap tertinggi iaitu universiti tetapi tidak bagi aliran
kemahiran. Alasan ini menjadi sebab utama MARA muncul sebagai perintis dalam
mewujudkan peringkat kemahiran yang tertinggi yang menawarkan pendidikan di tahap
43
Sila rujuk Bab 7 untuk maklumat mengenai GiatMARA dengan lebih lanjut.
Univers
ity of
Mala
ya
241
diploma dan ijazah. Dengan adanya laluan baru ini membolehkan pendidikan kemahiran
menjadi suatu alternatif dalam pemilihan kerjaya para pelajar.44
Bermula tahun 1993, penubuhan IKTM telah dilaksanakan secara perlahan-
lahan. Fungsi IKTM ini adalah sebagai institut yang menyediakan bentuk pendidikan
secara menyeluruh dan memberi penekanan kepada penyediaan pendidikan berteraskan
kemahiran teknikal.45
Tumpuan pengajian adalah kepada pengkajian teori dan
penguasaan kemahiran teknikal melalui pendekatan pengajaran bercorak aplikasi
industri (hands-on). MARA menggunakan technology provider daripada negara-negara
tertentu dalam membangunkan institut berkaitan. Dengan kaedah ini, pemindahan
teknologi daripada negara yang berkenaan dapat dilakukan di negara ini. Pemindahan
teknologi ini dilakukan dalam tempoh tiga hingga lima tahun melalui perjanjian yang
telah ditandatangani. Negara-negara yang terlibat dalam pemindahan teknologi adalah
Jerman, Perancis, Britain, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Australia. Selain itu,
kepakaran dalaman atau penggunaan technology provider tempatan juga digunakan.46
Sehingga tahun 2006, terdapat sebanyak tujuh buah IKTM yang ditubuhkan.
Kesemua IKTM ini telah beroperasi dengan menawarkan kursus yang berbeza. Setiap
IKTM ini melaksanakan program di peringkat diploma dan diploma lanjutan. Sebagai
pelengkap kepada program diploma yang dilaksanakan di semua IKTM, Universiti
Kuala Lumpur ditubuhkan bagi melaksanakan program peringkat ijazah. Kesemua
IKTM ini akan menjadi feeders kepada UniKL dan juga menjadi kampus cawangan atau
44
Usul Pengujudan Satu Institusi Kemahiran dan Teknologi Tinggi Perindustrian MARA, dalam Fail Perkara-perkara Berbangkit
Dari Mesyuarat Majlis MARA, (SUM: 087 Ke-7), 20 April 1986. 45
Malaysia mengalami masalah kekurangan buruh mahir. Keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan proses perindustrian negara ke
arah mencapai Wawasan 2020. Masalah kekurangan buruh mahir dialami oleh hampir semua sektor ekonomi. Dalam sektor
perkilangan, bidang kemahiran yang kerap mengalami masalah kekurangan buruh ialah Jurutera dan Juruteknik khususnya dalam
bidang mekanikal, pengeluaran dan elektrik, Penyelia/Mandur, kemahiran pertukangan terutamanya Jurumesin, Pengimpal,
Juruelektrik dan pemasang, pengendali CAD-CAM dan pengendali mesin berkomputer. Sektor perkhidmatan pula mengalami
kekurangan buruh mahir terutamanya dalam bidang pengurusan dan pegawai kanan. Lihat Fatimah Said dan Saad Mohd. Said,
“Guna Tenaga: Perkembangan dan Masalah”, dalam Mohd. Rosli Mohamad dan Mohamad Aslam Gulam Hassan (eds.),
Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2000,hlm. 380. 46
Laporan Kemajuan Projek IKTM untuk Jemaah Menteri, hlm. 1.
Univers
ity of
Mala
ya
242
fakulti di bawah UniKL.47
Dengan mengelompokkan kesemua IKTM ini di bawah
sebuah universiti, hasrat MARA untuk meneroka laluan tertinggi untuk kemahiran dapat
direalisasikan.
6.7 Malaysia France Institute (MFI)
Malaysia France Institute (MFI) telah dibangunkan dalam tempoh Rancangan Malaysia
Keenam dan bersambung ke Rancangan Malaysia Ketujuh.48
MFI telah ditubuhkan
pada tahun 1995 dan memulakan operasi dengan pengambilan pertamanya pada bulan
Januari 1996.49
MFI telah dibangunkan dengan kerjasama Kerajaan Perancis melalui JF
Boccard Association de Formation Profesionalle de i’Industrive (AFPI Rhodanniene).
Penubuhannya adalah berteraskan matlamat untuk berkongsi, bertukar maklumat serta
pandangan mengenai pelbagai aspek teknologi kedua-dua negara agar dapat
dimanfaatkan khususnya dalam bidang pendidikan teknikal.50
Kemajuan dan
perkembangan teknologi Perancis yang kukuh menjadi aset utama MFI berkongsi visi
dengan negara berkenaan untuk menyediakan tenaga kerja tempatan yang cemerlang.51
Pada 15 Disember 1992, perjanjian telah ditandatangani. Kerajaan Perancis telah
menyediakan bantuan sokongan dan kepakaran serta latihan kakitangan. Kerajaan
47
Zamani bin Mohd Noor, ”Isu-isu Pemerkasaan Corak Penilaian dalam Sistem Pendidikan dan latihan Teknik dan Vokasional
Melalui Perjanjian Persefahaman”, dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, Johor: Batu
Pahat, 2003, hlm. 9. 48
Menurut RMK7, aliran masuk pelaburan asing yang tinggi ke dalam negara telah memperkenalkan proses pengeluaran dan
teknologi baru khususnya oleh pihak syarikat multinasional. Keadaan yang wujud ini telah mendorong negara untuk mengeluarkan
lebih ramai tenaga pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang-bidang berkaitan. Bagi memenuhi keperluan baru perindustrian,
dua buah pusat latihan kemahiran di peringkat tinggi telah ditubuhkan dalam tempoh RMK iaitu Institut Jerman-Malaysia (GMI)
dalam bidang industri elektronik dan teknologi pengeluaran serta Institut Malaysia-Perancis (MFI) dalam bidang pemasangan
peralatan elektrik, teknologi kimpalan dan sistem penyelenggaraan automatik. Lihat Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000,
Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, 1996, hlm. 126. 49 Laporan Tahunan MARA 1995, Majlis Amanah Rakyat (MARA). 50
Hal ini selaras dengan strategi pelaksanaan kerajaan terhadap dasar pendidikan teknik dan vokasional yang bermatlamat
memperkukuh dan memperkemaskan sistem pendidikan teknik dan vokasional ke arah mewujudkan golongan pelajar yang
berorientasi kemahiran teknikal bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara. Lihat Dasar Pendidikan Kebangsaan, Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999, hlm. 6. 51 Harian Metro, 17 Februari 2005.
Univers
ity of
Mala
ya
243
Malaysia melalui MARA menyediakan kemudahan infrastruktur dan kakitangan. MFI
dikendalikan oleh MFI Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh MARA. 52
MFI melaksanakan kursus di peringkat diploma secara sepenuh masa dan
separuh masa serta program ijazah. MFI mengkhusus dalam bidang Industrial
Maintenance Technology (Air Conditioning and Refrigeration). Kursus-kursus yang
ditawarkan di peringkat Diploma adalah:
1. Diploma Teknologi (Automated System and Maintenance).
2. Diploma Teknologi (Air Conditioning and Refrigeration).
3. Diploma Teknologi (Electrical and Equipment Installation).
4. Diploma Teknologi (Machine Building and Maintenance).
5. Diploma Teknologi (Metal Fabrication).
6. Diploma Teknologi (Welding).
7. Diploma Teknologi (Automative Maintenance).
8. Diploma Teknologi (Computer and Networking).
MFI juga telah mengadakan program peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan kerjasama
University of Nice Sophia-Atipolis dan Institute Francais du Froid Industriel,
Conservatoire des Arts et Metiers (IFFI-CNAM). Kursus yang ditawarkan ialah:
1. Bachelor Kejuruteraan Teknologi (Air- Conditioning and Refrigeration).
2. Bachelor Kejuruteraan Teknologi (Industrial Automation & Robotics).
52
Perjanjian Pinjaman di Antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Peranchis Bagi Projek Malaysia France Institute (oleh MARA)
bertarikh 17 Mac 1994.
Univers
ity of
Mala
ya
244
Selain itu, MFI juga melaksanakan program Teknokrat Bumiputera secara sepenuh
masa. Program ini adalah anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan
ditumpukan kepada golongan yang sedang bekerja bagi mempertingkatkan tahap
pendidikan. Bidang pengajian yang ditawarkan adalah di peringkat diploma ialah:
1. Machine Building and Maintenance Technology.
2. Air Conditioning and Refrigeration Technology.
3. Welding Technology.
4. Automotive Maintenance Technology.53
Pada tahun 2003, UniKL-MFI telah menghantar dua orang pelajar semester akhir untuk
mengikuti latihan industri di Perancis selama 3 bulan mulai Februari 2003 hingga April
2003. Mereka telah ditempatkan di Universitaire de Technologie (IUT), Marseille,
Perancis. Pelajar-pelajar ini telah didedahkan dengan latihan industri yang dijalankan di
Perancis dan menjalankan projek yang berkaitan dengan go kart.UniKl-MFI juga pada
masa yang sama telah menerima dua orang pelajar Perancis untuk menjalani latihan
industri yang memerlukan mereka membina aplikasi web portal MFI untuk para
kakitangan dan pelajar UniKL-MFI. Ini merupakan satu pertukaran informasi yang
berkesan di antara kedua-dua negara di samping ia menjalin hubungan baik kedua-dua
mereka. Selain dari penghantaran pelajar, UniKL-MFI juga telah menghantar seorang
kakitangan akademiknya54
untuk menjalani latihan dalam bidang Maintenance
Management di IUT. 55
53
Ibid., hlm. 8-11. 54
Kakitangan akademik tersebut ialah Puan Badlishah Mohd Yusoff yang dihantar pada tahun 2003. Laporan Tahunan MARA
2003, Majlis Amanah Rakyat (MARA), hlm.56. 55 Laporan Tahunan MARA 2003, Majlis Amanah Rakyat (MARA), hlm. 56.
Univers
ity of
Mala
ya
245
UniKL-MFI juga ada mengadakan lawatan ke Eropah bagi meninjau peluang
pendidikan dengan institusi pendidikan di Sepanyol, England dan Jerman. Delegasi ini
diketuai oleh Pengerusi MARA, Y.B. Datuk Wira Abu Seman bin Yusop. Di Perancis,
delegasi UniKL telah menandatangani Memorandum of Intent dengan Universitaire de
Technologie (IUT) Marseille, Perancis bagi menjalankan kerjasama dalam bidang
mekanikal. 56
Bagi meningkatkan mutu pendidikan, UniKL-MFI telah mengorak langkah
dengan mendapat taraf pensijilan ISO 9001:2000 sejak bulan Ogos 2000 yang lalu. Pada
22 Februari 2003, UniKL-MFI telah dianugerahkan pensijilan ISO 9002:2000 dari
Bureau Veritas Quality International (BVQI) dan UKAS Quality Management.
Pencapaian ini merupakan satu titik penting kepada semua pihak di institusi ini untuk
terus mengorak langkah yang lebih jitu dalam mengekalkan kualiti perkhidmatan dan
pendidikan yang dijalankan.57
6.8 British Malaysian Institute (BMI)
British Malaysian Institute (BMI) telah dibangunkan dalam tempoh Rancangan
Malaysia Ketujuh.58
BMI telah ditubuhkan pada tahun 1997. Sebelum ini, ia dikenali
sebagai Tuas Polytech yang telah ditubuhkan pada tahun 1993.59
BMI telah
dibangunkan dengan kerjasama kerajaan British dan Overseas Development
Administration yang telah terjalin sekian lama. Kerajaan British menyediakan bantuan
sokongan dan kepakaran dalam bidang industri seperti BAE Systems, British Airways,
Standard CharteredBank (M) Bhd, Rolls Royce serta kepakaran dalam bidang akademik
56
Ibid., hlm. 57. 57
Ibid. 58
Dalam kerangka rancangan pembangunan pendidikan tinggi dalam tempoh RMK7, BMI memenuhi tumpuan utama RMK7 iaitu
meningkatkan kapasiti enrolmen dalam kursus sains, kejuruteraan dan kursus berkaitan dengan teknikal bagi menambah
pengeluaran tenaga manusia yang berpengetahuan sains dan teknologi. Lihat Rancangan Malaysia Ketujuh ,1996-2000, hlm. 348. 59 Laporan Tahunan MARA 1993, Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Univers
ity of
Mala
ya
246
seperti Wigan & Leigh College dan University of Hertfordshire.60
MARA mengambil
alih peranan bagi menyediakan kemudahan infrastruktur dan kakitangan. Manakala
kerajaan British pula menyediakan latihan kakitangan buat BMI.61
BMI melaksanakan
kursus di peringkat Diploma Lanjutan secara sepenuh masa dan separuh masa. BMI
mengkhusus dalam bidang Electronics dan Communication Technology. Kursus-kursus
yang ditawarkan di peringkat Diploma Lanjutan ialah:
1) HND in Electrical Engineering.
2) HND in Electronic Engineering.
3) HND in Medical Electronics Engineering.
4) HND in Telecommunication Engineering.
5) HND in Engineering and Computing.
6) HND in Engineering and Business Information Technology.
Kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan ialah:
1) Bachelor Kejuruteraan Teknologi (Electronic).
2) Bachelor Kejuruteraan Teknologi (Electrical).
Selain itu, BMI juga melaksanakan program Teknokrat Bumiputera secara sepenuh
masa. Program ini adalah anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan iaitu:
60 Laporan Tahunan MARA 2004, Majlis Amanah Rakyat (MARA), hlm. 159. 61
Perjanjian antara Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd. dan British Malaysian Institute Sdn. Bhd. Bertarikh 2 September 2003.
Univers
ity of
Mala
ya
247
1) HND in Electrical/Electronic Engineering.
2) HND in Business Information Technology.62
Pada tahun 1998, seramai 580 orang pelatih baru ditawarkan bagi mengikuti kursus
berkaitan menjadikan jumlah pelatih semasa adalah seramai 608 orang. Manakala
sejumlah 440 orang pelatih telah berjaya menamatkan latihan.63
6.9 Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT)
Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) telah dibangunkan dalam tempoh
Rancangan Malaysia Ketujuh. MIAT telah ditubuhkan pada tahun 1997 di IKM Jasin
dengan nama MNRI (MARA Northrope Rice Institute) pada peringkat sijil.64
Peningkatan program di MIAT dibuat pada peringkat diploma. Pengambilan pelajar
pertamanya telah dibuat pada Jun 2001. MIAT melaksanakan kursus dalam bidang
Teknologi Aviasi dan penyelenggaraan/pembuatan komponen. MIAT telah
dibangunkan dengan kerjasama sebuah syarikat dari Amerika Syarikat iaitu Northrope
Rice USA (NURSA). Kerajaan Malaysia melalui MARA menyediakan kemudahan
infrastruktur dan kakitangan. Latihan kakitangan untuk pelaksanaan program di MIAT
telah diberikan kepada NURSA. Pendekatan yang digunakan dalam melaksanakan
projek ini adalah menggunakan pendekatan pemindahan teknologi dengan kaedah
pelaksanaan kepada technology provider. Beberapa syarikat dari Amerika yang ada di
Malaysia turut memberikan kerjasama dalam menjayakan pembangunan program
teknikal di MIAT. 65
62
Ibid., hlm.13-16. 63 Laporan Tahunan MARA 1998, Majlis Amanah Rakyat (MARA), hlm. 24. 64 Propelling Techinical Education to Greater Heights, Universiti Kuala Lumpur, hlm. 59. 65
Perjanjian antara Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd. dan Malaysian Institute of Aviation pada 2 September 2003, dari fail
sektor pendidikan, Perpustakaan UniKL.
Univers
ity of
Mala
ya
248
MIAT melaksanakan kursus di peringkat sijil dan diploma secara sepenuh masa.
MIAT mengkhusus dalam bidang teknologi Aviasi. Kursus-kursus yang ditawarkan di
peringkat diploma ialah:
1) License Airframe and Powerplant.
2) Diploma in Avionics.
3) Diploma in Composite.
4) Diploma in Aircraft Manufacturing Technology.
Peruntukan RMK 7 yang diluluskan bagi projek penubuhan MIAT ini adalah sebanyak
RM 90,820,000. Kos keseluruhan projek MIAT adalah RM 123,686,000. Tiada
sumbangan kerajaan Amerika dalam pembangunan projek ini. Kini MIAT telah
beroperasi sepenuhnya di kampus tetapnya di Sepang, Selangor. Hingga tahun 2002,
pelajar MIAT adalah seramai 351 orang.
Melahirkan pakar dalam bidang kejuruteraan pesawat menjadi aspirasi MIAT
dalam memenuhi permintaan pasaran kerjaya pada era globalisasi. Ia merupakan satu-
satunya institusi yang menawarkan kursus penyelenggaraan enjin pesawat di negara ini.
MIAT menyediakan tenaga pakar profesional, berpengalaman serta pembelajaran
efisien untuk pelajarnya. Matlamat utamanya adalah untuk melahirkan pakar
penyelenggaraan enjin pesawat terbaik untuk mengisi industri penerbangan negara. Bagi
menjamin kualiti pengajian, pelajar diwajibkan menjalani latihan praktikal selama enam
bulan sebagai syarat utama sebelum menamatkan pengajian untuk merasai alam
pekerjaan sebenar. Antaranya ialah latihan bersama Syarikat Penerbangan Malaysia
(MAS) dan Malaysian Helicopter and Services di Kerteh, Terengganu. Ekoran kelainan
program ini, tidak syak lagi jika graduan dari MIAT mendapat permintaan yang tinggi
Univers
ity of
Mala
ya
249
daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Transmile Sdn. Bhd. serta MHS Berhad
selain MAS dan Air Asia.66
6.10 Malaysian Spanish Institute (MSI)
Malaysian Spanish Institute (MSI) telah dibangunkan dalam tempoh Rancangan
Malaysia Ketujuh. MSI telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan pengambilan pelajar
pertamanya telah dibuat pada September 2002.67
MSI menjalankan kursus dalam bidang
Kejuruteraan Teknologi Automotif dan pembuatan komponen. MSI telah dibangunkan
dengan kerjasama Kerajaan Sepanyol melalui Contes. Kerajaan Sepanyol telah
menyumbang sejumlah peruntukan dalam bentuk geran dan pinjaman mudah (soft loan)
dalam menjayakan projek ini. Geran yang disediakan berjumlah USD 2,655,000.00
untuk tujuan pembangunan MSI termasuklah latihan tenaga pengajar. Sementara soft
loan yang diperuntukkan adalah sebanyak USD 5,900,000.00 untuk tujuan pembelian
peralatan teknikal.68
MSI melaksanakan kursus di peringkat sijil dan diploma secara
sepenuh masa.69
MSI mengkhusus dalam bidang Kejuruteraan Teknologi Automotif dan
pembuatan komponen. Kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat diploma ialah:
1) Diploma in Automatic Regulation and Control Systems.
2) Diploma in Instalation & Electro-Mechanical Maintenance.
3) Diploma in Mechanical Project Design and Development.
4) Diploma in Production by Machining.
5) Diploma in Machining & Mould Manufacturing.
66 Harian Metro, 3 Mac 2005. 67 Cadangan Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), Program Pendidikan dan Latihan, Majlis Amanah Rakyat (MARA). 68
Perjanjian antara Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd. dan Malaysian Spanish Institute Sdn. Bhd. pada 2 September 2003,
Perpustakaan UniKL. 69
Operasi MSI dimulakan di kampus sementara di Kulim Hi-Tach pada bulan Ogos 2002 dan kemudian berpindah ke kampus
utamanya yang dibina di atas tanah seluas lebih kurang 39.27 ekar di Kulim Hi-Tech, Kedah pada bulan Disember 2002. Propelling
Techinical Education to Greater Heights, hlm. 63.
Univers
ity of
Mala
ya
250
6.11 Malaysian Institue of Chemical Engineering Technology (MICET)
Malaysian Institute of Chemical Engineering Technology (MICET) telah dibangunkan
dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh. Nama asalnya adalah Canadian
Malaysian Institute. MICET telah dibangunkan menggunakan kepakaran tempatan iaitu
SIRIM dan universiti-universiti tempatan.70
Pengambilan pelajar pertamanya telah
dibuat pada September 2002.71
MICET melaksanakan kursus dalam bidang kejuruteraan
teknologi kimia. MICET telah dibangunkan dengan menggunakan kepakaran tempatan.
Kausar Corporation Sdn. Bhd. telah dilantik menjadi turnkey project. Kausar telah
membangunkan projek ini dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM). Semua
keperluan untuk projek ini adalah daripada Kerajaan Malaysia melalui MARA.
Pendekatan yang digunakan dalam melaksanakan projek ini adalah menggunakan
turnkey element.
MICET melaksanakan kursus di peringkat sijil dan diploma secara sepenuh
masa. MICET mengkhusus dalam bidang Teknologi Kimia. Kursus-kursus yang
ditawarkan di peringkat diploma ialah:
1) Diploma in Chemical Technology.
2) Diploma in Environmental Technology.
3) Diploma in Food Technology.
4) Diploma in Bioprocess Technology.
5) Diploma in Plastic and Rubber Technology.
70
MICET terletak di Taboh Naning, Melaka di persekitaran kawasan Lembah Bio. Propelling Techinical Education to Greater
Heights, hlm. 67. 71
Maklumat lanjut mengenai institusi ini boleh diperolehi daripada www.micet.unikl.edu.my (Tarikh diakses pada 21 Januari 2014).
Univers
ity of
Mala
ya
251
MICET beroperasi sebagai sebuah syarikat sendirian berhad iaitu MICET Sdn. Bhd. dan
merupakan anak syarikat milik penuh MARA. Kini MICET telah bertukar entiti sebagai
Fakulti Kejuruteraan Teknologi Kimia (FCET) di bawah UniKL.
6.12 Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET)
Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET) telah dibangunkan
dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 hingga 2000). MIMET dibangunkan
dengan menggunakan kepakaran teknologi dari Australia. International Training
Australia (ITA) telah dilantik untuk menjadi technology provider projek ini.72
Pengambilan pelajar pertamanya adalah pada Jun 2004.73
MIMET melaksanakan kursus
dalam bidang teknologi marinedan pembuatan komponen.
Pada peringkat awal, MIMET melaksanakan kursus di peringkat Diploma secara
sepenuh masa. MIMET mengkhusus dalam bidang Kejuruteraan Teknologi Perkapalan.
Kursus yang ditawarkan di peringkat diploma ialah Diploma in Shipbuilding dan
Diploma in Shipbuilding Design. Pada peringkat awal, MIMET beroperasi sebagai
sebuah syarikat sendirian berhad iaitu MIMET Sdn. Bhd. MIMET adalah anak syarikat
milik penuh MARA. Kini MIMET telah bertukar entiti menjadi Fakulti Kejuruteraan
Teknologi Marine di bawah UniKL. Pendek kata, tindakan MARA meletakkan IKTM
ini di bawah UniKL merupakan satu langkah yang bijak memandangkan ia dapat
berfungsi dalam mengoptimumkan penggunaan sumber yang terdapat di Institusi
Latihan di bawah MARA. Lulusan MIMET ini kelak layak untuk berkhidmat sebagai
boatbuilding, shipbuilding, welding and fabrication, Ship/Project Planning, Naval
Architecture, Technical Design/Draught Person, CAM Programming, Ship
72 Propelling Techinical Education to Greater Heights, hlm. 71. 73 Laporan Tahunan MARA 2004,Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Univers
ity of
Mala
ya
252
Maintenance, Hydraulic and Pneumatics, CNC Machining, Steel & Aluminum
Fabrication, Woodworking, Fiberglass dan sebagainya. Penubuhan MIMET ini secara
tidak langsung berjaya melahirkan gunatenaga yang menjurus kepada bidang
perindustrian baru di negara kita.74
6.13 Institut Infotech MARA (IIM)
Satu lagi IKTM yang ditubuhkan ialah Institut Infotech MARA (IIM) yang dahulunya ia
dikenali sebagai Akademi Infotech MARA iaitu sebuah institut yang melahirkan pelajar
cemerlang dalam bidang IT.75
Ia ditubuhkan pada tahun 1982 dan berpusat di Tingkat
RG, Kompleks Pertama, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Sebagai institusi
pendidikan dan penyelidikan ICT, ia membentuk teknologi ICT untuk membangunkan
teknologi yang relevan kepada negara dan insan sejagat.
Diploma yang ditawarkan oleh institusi ini ialah Diploma Teknologi Maklumat,
Diploma Multimedia Interaktif, Diploma Sains Komputer dengan kerjasama Universiti
Institut Teknologi MARA (UiTM), Diploma Sains Komputer (multimedia) dengan
UiTM, Diploma Animasi dan Diploma Sistem dan Rangkaian Komputer. Bagi program
ijazah pula, institusi ini menawarkan kursus berikut:
a) Sarjana Muda IT (kepujian) dalam Kejuruteraan perisian.
b) Sarjana Muda IT (kepujian) dalam E-Perdagangan Komputer.
c) Sarjana Muda Teknologi Multimedia (kepujian) dalam Rekabentuk
Teraktif Multimedia.
74 Pelan Strategik UniKL 2006-2010, hlm.40. 75
Ia bermula sebagai Sekolah Electronic Data Processing (EDP) MARA. Objektif utama penubuhannya adalah untuk melatih para
pelajar Bumiputeradalam pengaturcaraan komputer. Ia juga merupakan pusat latihan luaran National Computing Centre (NCC)
United Kingdom yang pertama ditauliahkan. Lihat Propelling Techinical Education to Greater Heights, hlm. 47.
Univers
ity of
Mala
ya
253
Pendek kata, IIM berusaha menyediakan pelajar IT yang cemerlang bagi memenuhi
keperluan tenaga kerja yang memerlukan pemikiran multimedia dalam menangani
cabaran globalisasi.76
Selaras dengan hasrat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir ketika
membentangkan Rancangan Malaysia Kelapan yang menekankan kepada pertumbuhan
pemacuan produktiviti, MARA mengambil inisiatif mempertingkatkan pendidikan yang
berteraskan kemahiran berteknologi tinggi bagi melahirkan sumber tenaga yang
berkemahiran dan terlatih.77
MARA sekali lagi menyahut hasrat Perdana Menteri dalam
menjadikan sektor swasta sebagai pemangkin utama kepada kemajuan pendidikan
negara.78
Saranan kerajaan di dalam Rancangan Malaysia Kelapan bagi meningkatkan
kapasiti pendidikan dan latihan untuk melahirkan sumber manusia yang memiliki
kemahiran dan kepakaran tinggi, termasuk kemahiran berfikir adalah bertepatan dengan
keperluan K-ekonomi negara. Ia berkait langsung dengan tujuh daripada sepuluh teras
Dasar Pembangunan Sumber Manusia yang digariskan dalam RMK-8 iaitu:
1) Menambah penawaran tenaga manusia berkemahiran tinggi dan
berpengetahuan untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan
pengetahuan.
2) Menambah peluang pendidikan dan latihan berkualiti bagi meningkatkan
keupayaan menjana pendapatan dan kualiti hidup.
3) Meningkatkan kualiti sistem penyampaian pendidikan dan latihan untuk
memastikan penawaran tenaga manusia selaras dengan perubahan teknologi
dan permintaan pasaran.
4) Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan peluang
bekerja dan produktiviti tenaga buruh.
5) Mengoptimumkan penggunaan tenaga buruh tempatan.
76 Harian Metro, 27 Januari 2005. 77
Lihat Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005, Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, 2001, hlm. 119. 78
Dokumen Penubuhan UniTEK-MARA, Perpustakaan UniKL, hlm. 3.
Univers
ity of
Mala
ya
254
6) Meningkatkan penawaran tenaga manusia sains dan teknologi.
7) Mempercepatkan pelaksanaan sistem upah yang dikaitkan dengan
produktiviti.
8) Memperkukuhkan sistem maklumat pasaran buruh.
9) Mempergiatkan usaha membangun dan mempromosikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan serantau.
10) Memperkukuhkan nilai-nilai positif.79
Jadual 6.11 menunjukkan keluaran tenaga kerja mahir dan separuh mahir berdasarkan
kursus-kursus yang ditawarkan oleh institusi-institusi latihan milik awam dan swasta
dalam tempoh RMK-7 dan RMK-8.
Jadual 6.11: Keluaran Tenaga Kerja Mahir dan Separuh Mahir Mengikut Kursus,
1995-2005
Kursus Output Tenaga Mahir/Separuh Mahir Jumlah Keluaran
1995 2000 2005 RM Ke-7 RM Ke-8
Kejuruteraan
Mekanikal
Elektrikal
Awam
Ketukangan
Bangunan
Teknologi
Maklumat &
Komunikasi
Lain-lain
18,254
8,483
9,477
294
1,997
4,214
2,882
26,984
11,700
14,742
542
2,513
8,304
3,792
49,802
23,514
25,406
882
3,800
12,011
4,904
122,593
56,971
63,643
1,979
13,415
28,296
19,354
197,441
91,758
102,496
3,187
21,601
45,566
31,161
79
Ibid, hlm. 35-36.
Univers
ity of
Mala
ya
255
Jadual 6.11, sambungan
Kursus Output Tenaga Mahir/Separuh Mahir Jumlah Keluaran
1995 2000 2005 RM Ke-7 RM Ke-8
Peningkatan
Kemahiran
563
2,893
4,651
3,781
6,089
Jumlah
27,910 44,486 75,168 187,439 301,859
Sumber: The Third Outline Perspective Plan, 2001-2010. Dipetik daripada kertas kerja
pembentangan MARA dalam Laporan Ekonomi MARA 2010, hlm. 34.
Jadual 6.11 menunjukkan bahawa tumpuan kepada bidang-bidang kritikal semakin
meningkat khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknikal. Oleh yang demikian,
amatlah perlu bagi negara untuk melahirkan tenaga kerja di bidang ini memandangkan
negara memerlukan gunatenaga bagi sektor tersebut.80
6.14 Penubuhan UniKL
Penglibatan MARA dalam bidang pendidikan terutama dalam bidang latihan vokasional
dan teknikal akan menjadi aset penting untuk membolehkan MARA mengendali dan
mengurus sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf universiti bercorak teknikal.81
Penubuhan universiti bercorak teknikal ini akan menjadi pemangkin kepada usaha
MARA dalam memperluaskan latihan teknikal yang bukan sahaja berperanan dalam
melahirkan sumber tenaga teknikal pada peringkat ijazah tetapi juga untuk
mempertingkatkan tenaga profesional Bumiputera pada peringkat pasca ijazah. 82
80
Ibid., hlm. 3. 81
Dalam laporan Rancangan Malaysia Ketujuh menyatakan bahawa institusi pendidikan awam dan swasta tempatan serta luar
negara tidak dapat memenuhi permintaan bagi kumpulan pekerjaan profesional dan teknikal terpilih seperti bidang kejuruteraan,
kesihatan dan perguruan. Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 1996,
hlm. 120. 82
Minit Mesyuarat Majlis MARA, Kertas 85/2001, hlm. 3.
Univers
ity of
Mala
ya
256
Setelah mewujudkan tujuh buah IKTM, MARA mempunyai perancangan untuk
menggabungkan kesemua IKTM tersebut bagi membentuk sebuah universiti. Idea ini
telah difikirkan oleh Encik Kandan bin Saikon yang ketika itu menjadi Pengarah
Bahagian Pendidikan Profesional. Beliau telah melontarkan idea ini kepada Datuk Seri
Abu Seman bin Yusoff yang pada ketika itu menjadi Pengerusi MARA. Datuk Abu
Seman telah menerima saranan ini dengan baik dan seterusnya beliau menjadikan misi
penubuhan UniTEK-MARA sebagai salah satu misi penting dalam MARA.83
Hasilnya,
pada 13 Julai 2001, MARA telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan
Universiti Teknikal MARA (UniTEK-MARA) kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia.84
Kertas kerja tentang konsep penubuhan universiti telah dibentangkan
kepada Jabatan Pendidikan Swasta.85
Setelah dipersetujui oleh pihak Kementerian
Pendidikan, surat pelawaan penubuhan universiti ini telah dikeluarkan kepada MARA
pada 18 Ogos 2001.86
Setelah penubuhannya, nama UniTEK-MARA yang digunakan pada asalnya
telah ditukar kepada UniKL. Sebab utama yang membawa kepada penukaran nama
tersebut ialah untuk mengetengahkan imej Kuala Lumpur di mata dunia terutama di
dalam bidang pendidikan.Orang ramai lebih mengenali Kuala Lumpur berbanding nama
MARA itu sendiri. Hubungan baik MARA dengan syarikat-syarikat dan kerajaan asing
yang telah terjalin sekian lama sebagai rakan usahasama kepakaran dijangka mampu
dijadikan teras untuk mempromosikan Kuala Lumpur dalam bidang pendidikan dengan
tertubuhnya UniKL. Dengan adanya hubungan kerjasama di antara kerajaan dan
83
Temuramah dengan En. Kandan bin Saikon pada 15 Julai 2010, jam 10.50 pagi di kediaman beliau di Bangsar. 84
Rasional penubuhan universiti berkenaan ialah; Menyumbang kepada aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun
2020; Memenuhi permintaan bagi profesional teknikal yang berkemahiran tinggi; Melahirkan para graduan yang boleh menerima,
menyesuaikan, memajukan dan mencipta teknologi; Menyediakan laluan pendidikan alternatif untuk para pelajar yang cenderung
kepada bidang teknologi; Menggalakkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran secara praktikal bagi menyumbang kepada
perkembangan tamadun. Propelling Techinical Education to Greater Heights, hlm. 43. 85 Berita Harian, 12 Mei 2001. 86
Rujuk surat Ketua Pegawai Eksekutif UniKL kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan), Jabatan Pendidikan Swasta,
Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 1 April 2002; Berita Harian, 8 April 2002 dan Berita Harian, 10 September 2001.
Univers
ity of
Mala
ya
257
syarikat asing dengan UniKL kelak, diharap ia akan menarik lebih ramai pelabur asing
untuk melabur di Malaysia amnya dan Kuala Lumpur khasnya.87
Oleh itu, Menteri Pembangunan Usahawan ketika itu iaitu Datuk Seri Nazri
telah mencadangkan nama ”Universiti Kuala Lumpur” bagi menaikkan imej Kuala
Lumpur khususnya dalam bidang pendidikan.88
Di samping itu, nama MARA tidak
digunakan bagi membolehkan kemasukan universiti ini terbuka kepada semua bangsa
bukan sahaja dalam kalangan warganegara malah bukan warganegara juga. Cadangan
nama Kuala Lumpur yang ingin digunapakai mestilah mendapat kebenaran dari Datuk
Bandar Kuala Lumpur.89
Mesyuarat telah diadakan antara pihak tertinggi UniKL dan Datuk Bandar pada
23 Ogos 2002.90
Bagi mengelakkan sebarang penolakan, MARA telah mendapatkan
sokongan penuh daripada Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang pada ketika itu
menjadi Perdana Menteri Malaysia.91
Kelulusan dan sokongan Perdana Menteri telah
digunapakai oleh pihak Kementerian Pendidikan dan akhirnya nama baru telah diberi
iaitu Universiti Kuala Lumpur.92
Selain itu, MARA juga merasakan penggunaan nama
MARA pada sebuah universiti akan memberi gambaran bahawa ia dimiliki oleh
Bumiputera dan ini akan membantutkan perkembangan UniKL di masa akan datang.
Oleh sebab MARA tidak mahu isu pembinaan universiti disensasikan, maka ia
mengambil jalan selamat untuk tidak menunjukkan identiti sebenar UniKL.
87
Rujuk surat Ketua Pegawai Eksekutif UniKL kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertarikh 30
Ogos 2002. 88 Berita Harian, 20 September 2002. 89
Rujuk surat Timbalan Ketua Pendaftar, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Ketua
Eksekutif UniKL bertarikh 30 Julai 2002. Dirujuk dari Fail Penubuhan UniKL, Bahagian Dokumentasi UniKL, Kuala Lumpur. 90
Rujuk surat Penolong Ketua Pegawai Eksekutif UniKL kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur bertarikh 20 Ogos 2002, daripada
fail pentadbiran UniKL. 91
Dalam konteks pendidikan tinggi terhadap Bumiputera khususnya orang Melayu, Datuk Seri Dr. Mahathir melihat pendidikan
sains dan latihan sebagai suatu perkara yang sangat penting bagi kestabilan negara dan masyarakat. Lihat Mahathir Mohamad, The
Challenge, Petaling Jaya: Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd., hlm. 17-43. 92
Rujuk surat kelulusan penubuhan Universiti Teknikal MARA oleh Dato‟ Dr. Ibrahim Saad kepada Menteri Pembangunan
Usahawan Dato‟ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz bertarikh 20 Jun 2002. Maklumat juga diperoleh melalui hasil temuramah En.
Kandan bin Saikon dan juga En. Amir Azhar di UniKL, daripada fail pentadbiran UniKL.
Univers
ity of
Mala
ya
258
Pada 17 Jun 2002, penubuhan UniKL telah diluluskan dan seterusnya pada 20
Ogos 2002, pendaftaran universiti tersebut telah diluluskan.93
UniKL telah ditubuhkan
sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Akta Pendidikan
Tinggi Swasta, 1996.94
Pendekatan penubuhan UniKL sebagai sebuah Institut Pengajian
Tinggi Swasta adalah untuk memastikan agar pengurusan UniKL akan terus kekal di
bawah Majlis Amanah Rakyat. Hal ini disebabkan MARA tidak mahu ”pisang berbuah
dua kali” di mana peristiwa kehilangan ITM daripada tangan MARA berulang kembali.
Sebagai IPTS, UniKL akan mempunyai lebih autonomi dan tanggungjawab tertentu
untuk lebih responsif dengan perubahan dan keperluan pasaran. Kedudukan UniKL di
bawah MARA juga lebih terjamin.95
UniKL dikelolakan oleh Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd., sebuah syarikat
milik penuh MARA yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.96
Usaha terkini
MARA dalam menubuhkan Universiti Kuala Lumpur adalah merupakan mercu
kejayaan alaf baru dalam pembangunan program latihan dan pendidikan.97
Selaku
sebuah universiti teknikal yang menjalani pembangunan teknoprenuer, UniKL akan
berganding bahu dengan MARA dalam merealisasikan hasrat ini.98
Penubuhan UniKL
adalah merupakan satu langkah yang dapat mendekatkan pencapaian matlamat MARA
93 Laporan Tahunan MARA 2005, hlm. 94. 94
Rujuk surat perakuan Universiti Kuala Lumpur yang didaftarkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
bertarikh 20 Februari 2003 dan surat Penolong Ketua Pegawai Eksekutif UniKL kepada Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta, Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 15 Ogos 2002. 95
Temuramah dengan En. Kandan bin Saikon pada 15 Julai 2010, jam 10.50 pagi di rumah beliau di Bangsar. 96 Laporan Tahunan MARA 2004, hlm. 158. 97
Ucapan Dato‟ Zamani Md Noor selaku Ketua Pengarah MARA pada 14 September 2004 bertempat di Pan Pacific Hotel, KLIA
pada 14 September 2004. 98
Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Pro Canselor UniKL, Dato‟ Mohamed Khaled Nordin,
UniKL berada dalam kedudukan yang begitu unik sebagai puncak atau apex kepada keseluruhan institusi pendidikan MARA
berdasarkan ciri-ciri antarabangsa yang dimiliki melalui usaha sama dengan kerajaan Perancis, Britain, Sepanyol, Jerman, Australia
dan Amerika Syarikat. Perkara ini bukan sahaja membuatkan UniKL berada dalam kelas yang tersendiri tetapi pada masa yang sama
menjadikan UniKL sebagai institusi pilihan generasi baru pelajar yang ingin memperoleh pendidikan akademik dan latihan teknikal
secara hands-on yang tidak ditawarkan oleh mana-mana institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Lihat Kata-kata Aluan Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi/Pro-Canselor Y.B. Dato‟ Mohamed Khaled Nordin, dalam Propelling Techinical Education
to Greater Heights, hlm. 7.
Univers
ity of
Mala
ya
259
untuk pembangunan Usahawan Bumiputera dan pembangunan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera atau MPPB.99
Sebagai langkah awal, UniKL telah didaftarkan dan beroperasi di kampus
sementara di MFI, Bangi100
dengan mengendalikan dua kursus diperingkat ijazah.
Rentetan daripada itu, Jemaah Menteri Kabinet juga telah meluluskan permohonan
Majlis Amanah Rakyat untuk menubuhkan sebuah kampus induk UniKL yang
tersendiri. Dalam memantapkan perancangan dan operasi UniKL, MARA telah
menyusun semula struktur organisasi UniKL di mana tujuh buah Institut Kemahiran
Tinggi MARA seperti yang dinyatakan di bawah diambilalih oleh UniKL dan dijadikan
sebagai institut di bawah UniKL dengan status kampus cawangan UniKL. Berikut
adalah senarai institut di bawah UniKL:
1. Universiti Kuala Lumpur, Malaysia France Institute (UniKL MFI), Bangi
Selangor.
2. Universiti Kuala Lumpur, British Malaysian Institute(UniKL BMI),
Gombak, Selangor.101
3. Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI), Kulim
Hi Tech Park, Kedah.102
4. Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Institute of Aviation Technology
(UniKL MIAT), Sepang, Selangor.
5. Universiti Kuala Lumpur, Institute Infotech MARA (UniKL IIM), Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.103
99
Ucapan Dato‟ Zamani Md Noor selaku Ketua Pengarah MARA pada 14 September 2004 bertempat di Pan Pacific Hotel, KLIA
pada 14 September 2004. 100
Premis kampus UniKL telah ditukar ke Menara 3, Bandar Wawasan Jalan Sultan Ismail. Rujuk surat Pengarah Bahagian
Pendaftaran dan Piawaian Sektor Pengurusan Institut Pendidikan Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi kepada Ketua
Eksekutif Universiti Kuala Lumpur bertarikh 22 Mei 2006. 101
Rujuk surat perakuan pendaftaran UniKL-BMI di bawah Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996 bertarikh 16 Februari
2005. Dirujuk dari Fail Penubuhan UniKL, Bahagian Dokumentasi UniKL, Kuala Lumpur. 102
Rujuk surat perakuan pendaftaran UniKL-MSI di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 bertarikh 16 Februari
2005. Dirujuk dari Fail Penubuhan UniKL, Bahagian Dokumentasi UniKL, Kuala Lumpur.
Univers
ity of
Mala
ya
260
6. Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Institute of Chemical and
Bioengineering Technology (UniKL MICET)104
7. Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Institute of Marine Engineering
Technology (UniKL MIMET).105
IKTM yang mempunyai hubungkait secara kerjasama dengan kerajaan-kerajaan luar
negara akan dijadikan sebagai Institut Bersekutu kepada UniKL.106
Institusi ini ialah
Malaysia France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), British Malaysian
Institute (BMI) dan Malaysian Spanish Institute (MSI). Institut bersekutu ini akan
meneruskan pelaksanaan program-program diploma mereka dan menjadi feeder kepada
UniKL bagi program-program peringkat ijazah.107
6.15 Struktur Organisasi UniKL
Universiti Kuala Lumpur (yang sebelum ini dikenali sebagai Universiti Teknikal
MARA) telah diluluskan penubuhan pada 17 Jun 2002 dan pendaftarannya pada 20
Ogos 2002. Oleh sebab UniKL mengambil contoh University of London dari segi
pendekatan dalam penubuhannya, ia telah memperkenalkan struktur organisasi yang
hampir sama dengan University of London.108
Rasional di sebalik idea ini lahir secara
spontan melalui pengalaman Encik Kandan ketika beliau mengikuti pengajian peringkat
ijazah di luar negara. Beliau sememangnya tertarik dengan idea University of London
103
Rujuk surat perakuan pendaftaran UniKL-IIM di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 bertarikh 16 Februari
2005. Dirujuk dari Fail Penubuhan UniKL, Bahagian Dokumentasi UniKL, Kuala Lumpur. 104
Rujuk surat perakuan pendaftaran UniKL-MICET di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 bertarikh 16 Februari
2005. Dirujuk dari Fail Penubuhan UniKL, Bahagian Dokumentasi UniKL, Kuala Lumpur. 105
Rujuk surat perakuan pendaftaran UniKl-MIMET di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 bertarikh 6 Disember
2004. Dirujuk dari Fail Penubuhan UniKL, Bahagian Dokumentasi UniKL, Kuala Lumpur. 106
Hal ini merupakan satu ciri pengantarabangsaan yang dijalankan oleh pihak MARA dengan menjalinkan kerjasama dengan
pelbagai organisasi multinasional. Kerjasama-kerjasama ini memberi banyak peluang terhadap pemindahan teknologi melalui,
pembangunan kurikulum, latihan kakitangan,penyediaan kemudahan dan peralatan dan sistem jaminan kualiti. Propelling
Techinical Education to Greater Heights, hlm. 91. 107
Minit Mesyuarat Majlis MARA, Bil. 281, (3/2002) , 25 Jun 2002. 108 University of London adalah gabungan 17 institusi yang diperbadankan secara berasingan namun berpusat dari segi hal akademik.
Universiti ini ditubuhkan pada 1836 di bawah Royal Charter. Kesemua kolej menganugerahkan ijazah University of London dan
secara kolektif memastikan pematuhan standard serta mutu ijazah.
Univers
ity of
Mala
ya
261
ketika beliau bergelar sebagai mahasiswa lagi. Oleh yang demikian, beliau mengambil
kesempatan ini untuk merealisasikan idea yang beliau ilhamkan ini. Keunikan
University of London jelas dari segi saiz, struktur, peranan dan juga sejarah
penubuhannya. Ini jelas melalui petikan berikut:
“The University of London is essentially characterized by its federal
structure, its existence in a variety of different institutional forms
variously called „colleges‟, „schools‟, and „institutes‟. Spread out all over
London and beyond are the present total of the thirth-seven distinct and
separate institutions which constitute the University of London. Some of
them are very distinct and separate. Some are federations in themselves.
All of them treasure their own identity and individuality. All have their
own history, and the history of several of them is older than that of the
University itself. The University of London grew not from one root, but
from several. It cannot, however, be regarded as a natural growth. Its
development has been seminally shaped by government policy at various
times over the hundred and fifty years of its existence in various ways,
and shaped tooby a variety of other interest groups of a very disparate
and often conflicting sort.”109
Oleh yang demikian, struktur UniKL ini yang terdiri daripada institusi-institusi
dan institusi bersekutu akan menjadi seperti struktur University of London yang terdiri
dari pelbagai kolej di merata tempat misalnya Imperial College of Science and
Technology, University of London atau Royal Free Hospital School of Medicine,
University of London. Bagi konteks UniKL pula, nama yang akan digunakan juga
adalah seperti berikut iaitu MSI akan dikenali sebagai MSI-UniKL dan BMI akan
dikenali sebagai BMI-UniKL. Kedudukan IKTM ini juga adalah tidak bertempat di satu
lokasi yang sama seperti kebiasaan universiti. Ia berada di merata tempat
memandangkan penubuhannya juga mempunyai sejarah tersendiri.
IKTM ini akan beroperasi seperti sekarang dengan Lembaga Pengarahnya
sendiri dan Ketua Eksekutif sebagai jawatan tertinggi di peringkat operasi. Apa yang
membezakannnya ialah mereka akan menjalankan kursus-kursus ijazah yang akan
109
Negley Harte, The University of London ,1836-1986, Cambridge: University Press,1986, hlm. 10-12.
Univers
ity of
Mala
ya
262
dikurniakan oleh UniKL. Bagi menjaga integriti UniKL, IKTM yang menjalankan
kursus-kursus ijazah UniKL tidak boleh menjalankan program-program ijazah dengan
universiti-universiti lain selain UniKL sendiri. Bagi program diploma yang dikeluarkan
oleh IKTM ini, ia juga dianugerahkan oleh UniKL. Ini adalah sama dengan model
University of London di mana diploma yang dikeluarkan oleh kolej-kolej, institusi dan
institusi bersekutu adalah di atas nama University of London.110
Selain institut-institut yang disebutkan di atas, UniKL juga telah dan sedang
merancang untuk menubuhkan beberapa fakulti dan pusat di dalam kampus UniKL.
Lokaliti sesebuah institut atau pusat ini dibuat berdasarkan kepada kemudahan
sokongan yang diperlukan dalam menjayakan program yang akan dijalankan. Dari sudut
governance dan pengurusan UniKL pula, UniKL adalah dimiliki sepenuhnya oleh
MARA. Lembaga Pengarah Syarikat dan Majlis Universiti adalah badan eksekutif
tertinggi dan boleh melaksanakan kesemua kuasa yang diberi kepada UniKL. Ini diikuti
oleh Jawatankuasa Kecil peringkat pengurusan yang ditubuhkan untuk membantu
pentadbiran. Pentadbiran UniKL diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang
dipanggil Presiden. Presiden bertanggungjawab terus kepada Lembaga Pengarah dan
Majlis UniKL. Senat UniKL adalah badan akademik kepada UniKL yang akan
membantu Presiden melaksanakan pengawasan terhadap pembangunan dan
penyampaian program-program akademik, penyelidikan, peperiksaan dan
penganugerahan ijazah. Panel penasihat industri yang ditubuhkan oleh UniKL pula akan
menasihati Presiden dalam pembangunan program akademik dan pembangunan fizikal
UniKL termasuk pemantauan program sedia ada agar kekal relevan dan kompetitif
dengan keperluan gunatenaga negara dan antarabangsa. Majlis ini juga terdiri daripada
wakil daripada setiap IKTM yang ditubuhkan.
110
Surat cadangan pelaksanaan UniTEK-MARA ala University of London dari Ketua Pegawai Eksekutifnya kepada Menteri
Pembangunan Usahawan, Dato‟ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz bertarikh 6 Jun 2002.
Univers
ity of
Mala
ya
263
Jawatankuasa Pengurusan pula terdiri daripada kakitangan akademik dan
pengurusan/pentadbiran akan membantu dan menasihati dalam hal-hal pentadbiran,
kewangan dan hal ehwal pelajar. Jawatankuasa ini berperanan sebagai penasihat kepada
Presiden dan terlibat dalam hal-hal pengurusan/pentadbiran, akademik, penyelidikan
dan kewangan. Syarikat pengurusan UniKL yang ditubuhkan sejajar dengan keperluan
di bawah Seksyen 12(1) (c) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, iaitu
Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd. akan menjadi wahana bagi memudah dan
melicinkan semua urusan pentadbiran, pengurusan dan pengawalan kualiti.111
6.16 Program Pengajian UniKL
Dalam usaha meletakkan UniKL sebagai peneraju di dalam segmen pasaran latihan
teknikal dan aplikasi industri, pemilihan bidang pengajian kritikal dengan kadar
keperluan yang tinggi adalah penting.112
Oleh yang demikian, UniKL telah merancang
kursus-kursus pengajian yang akan dikendalikan dalam bidang-bidang seperti teknologi
elektrikal, elektronik, ICT, mekanikal, sivil, kejuruteraan kimia, perubatan dan
perkhidmatan kesihatan.113
Pengurusan teknikal UniKL juga telah mula menjalankan
dua kursus pengajian pada sesi Julai 2002 di Malaysia France Institute iaitu dalam
bidang:
1) Bachelor of Engineering Technology (Industrial Automation and
Robotics).
111 Pelan Strategik UniKL 2006-2010, hlm. 13. 112
UniKL dimodel berdasarkan sistem pendidikan teknologi yang diamalkan secara meluas di Eropah. Propelling Technical
Education to Greater Heights, hlm. 1. 113
Ciri-ciri istimewa UniKL antara lain ialah kurikulum yang berorientasikan praktikal, kurikulum dan kemudahan spesifik industri,
para graduan sedia pasaran, satu kampus satu pengkhususan dan pengantarabangsaan. Ibid., hlm. 83-91.
Univers
ity of
Mala
ya
264
2) Bachelor of Engineering Technology (Air Conditioning and Industrial
Refrigeration).114
Ijazah berkenaan masing-masing dianugerahkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA)
dan institusi pengajian tinggi di Perancis. Bagi program Ijazah Kejuruteraan Teknologi
Automasi dan Robotik, graduan terbabit akan menerima anugerah daripada pihak
MARA dan University of Nice Sophia Antipolis (Unsa). Manakala bagi program
Bacelor Kejuruteraan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, masing-masing
menerima ijazah dari MARA dan Institute Francais du Froid Industriel/Conservatoire
National des Aas Metiers.115
Bagi sesi pengambilan Julai 2003 pula, sebanyak 8 kursus
pengajian tambahan peringkat ijazah dan lima kursus pengajian tambahan peringkat
diploma telah mula diperkenalkan.116
Selain itu, UniKL juga menawarkan pelbagai program peringkat diploma yang
menggabungkan pengetahuan akademik dan kemahiran dengan penekanan yang lebih
diberikan kepada aspek kemahiran dan aplikasi industri. Program diploma yang
ditawarkan dijalankan di institut-institut di bawah UniKL dengan beberapa program
diploma terpilih dijalankan di beberapa fakulti. UniKL juga menawarkan pelbagai
program ijazah yang mengkhusus dalam bidang teknikal yang mengutamakan aplikasi
industri.117
Tumpuan utama program penyelidikan dan pembangunan UniKL ialah
dalam bidang aplikasi dan kawalan industri dari sudut peningkatan kualiti dan kuantiti.
114
Penukaran nama kursus Ijazah Pertama Universiti Kuala Lumpur telah diluluskan pada 3 Mac 2005. Kesemua nama kursus yang
ditawarkan telah ditambah dengan nama baru kursus pengajian dengan kepujian. Rujuk surat Pengarah Jabatan Jaminan Kualiti
kepada Timbalan Ketua Pengarah Institut Pendidikan Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bertarikh 3 Mac
2005. 115 Berita Harian, 11 Julai 2002. 116 Pelan Strategik UniKL, 2006-2010, hlm. 44. 117
UniKL memiliki kelengkapan yang cukup untuk mencapai tujuan pemberian latihan yang berkaitan. Misalnya UniKL MIAT
dilengkapkan dengan tiga buah hangar yang boleh menempatkan pesawat-pesawat kecil dan besar termasuklah jet peribadi.
Manakala kampus UniKL MFI dilengkapi dengan makmal robotik, mekanikal dan elektronik serta bengkel Citroen yang lengkap.
Propelling Techinical Education to Greater Heights, hlm. 85.
Univers
ity of
Mala
ya
265
Di antara bidang penyelidikan yang akan diberi penekanan adalah berkaitan
rekacipta peningkatan peralatan dan mesin, rekacipta peningkatan sistem kawalan
automatik dan robotik dan menaiktaraf keupayaan mesin. Program penyelidikan dan
pembangunan (R & D) UniKL juga akan menyumbang kepada pembangunan industri
perkhidmatan dalam bidang sistem kawalan mesin-mesin pembuatan, sistem kawalan
sejuk bekuan terutamanya dalam industri pemakanan, industri teknologi maklumat serta
telekomunikasi melalui penghasilan perisian dan peningkatan keupayaan teknikal sistem
komputer kegunaan industri.118
6.17 Pengambilan Pelajar
Sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), UniKL melakukan proses
pengambilan pelajar secara terus kerana ketiadaan agensi atau badan yang menyelaras
urusan pengambilan pelajar bagi IPTS. Pengiklanan di dalam akhbar-akhbar dan
majalah-majalah utama dijadikan sebagai ejen penyebaran maklumat dalam
mendapatkan para pelajarnya. Trend terkini ialah dengan menyediakan kemudahan
aplikasi on-line menerusi laman web masing-masing. Terdapat juga beberapa agensi
yang menyediakan kemudahan pengiklanan secara berkumpulan bagi mendapatkan
impak yang lebih besar termasuk ke peringkat antarabangsa. Study Malaysia.com adalah
salah satu agensi terbabit yang telah berjaya menarik minat pembaca yang meluas
melalui majalah terbitan mereka dan laman webnya yang juga diiktiraf oleh Jabatan
Pendidikan Swasta (JPS).
118
UniKL juga melakukan perancangan strategik untuk menawarkan program-program teknikal hingga ke peringkat Doktor
Falsafah. Ia bertujuan untuk menggalakkan komitmen yang tinggi terhadap inovasi dan penyelidikan. Hasrat ini termaktub dalam
model berkenaan yang akan melahirkan para graduan yang boleh menerima, menyesuai, memajukan dan mencipta teknologi. Ibid.,
hlm. 3.
Univers
ity of
Mala
ya
266
MARA sendiri telah menubuhkan Unit Pengambilan Institusi MARA (UPIM)
yang bertindak sebagai ejen pengedaran utamanya. UPIM berperanan sebagai agensi
yang mempromosi, mengedar dan memproses permohonan kemasukan ke semua
institusi pengajian tinggi di bawah MARA. Pada masa ini, jumlah jualan borang bagi
sesi pengambilan Julai 2006 adalah sekitar 25,000 hingga 50,000. Meskipun UPIM
bertindak mempromosikan UniKL tetapi ia juga tidak lari daripada kelemahannya.
Memandangkan UPIM turut mempromosikan institusi-institusi pendidikan tinggi
MARA yang lain, penumpuan penuh kepada UniKL tidak dapat diberikan dan
persaingan secara tidak langsung dengan institusi MARA yang lain juga bakal wujud.
Operasi UPIM yang bertumpu kepada pengambilan sesi Julai juga mengehadkan
promosi keseluruhan UniKL. Oleh yang demikian, UniKL masih perlu merangka
program pemasaran dan promosi tahunannya untuk melengkapkan program promosi
yang dirangka oleh UPIM.
Meskipun UniKL terbuka buat semua kaum, namun majoriti pelajarnya adalah
terdiri daripada pelajar Bumiputera. UniKL yang beroperasi sebagai badan swasta tidak
membiaya mana-mana pelajarnya seperti institusi pengajian MARA yang lain. Kesemua
pelajar di UniKL menanggung sendiri kos pembelajaran mereka. Tiada elaun yang
diberi buat pelajar memandangkan kos pengajian di sini juga agak tinggi. Oleh yang
demikian, MARA membuka peluang kepada semua kaum malah membuka juga pintu
UniKL buat pelajar antarabangsa. Ini tidak boleh dianggap sebagai lari daripada konsep
asal MARA untuk membantu Bumiputera kerana pembukaan kepada kaum lain ini
wajar dilakukan demi mewujudkan persaingan antara pelajar di peringkat yang tinggi.
Univers
ity of
Mala
ya
267
6.18 Dana Kewangan UniKL
Dana kewangan UniKL bergantung sepenuhnya kepada MARA. Ini disebabkan
statusnya sebagai sebuah anak syarikat MARA. Jelas bahawa MARA yang
sememangnya mendapat peruntukan dari kerajaan setiap tahun, perlu memperuntukkan
sebahagian dari jumlah kewangannya kepada UniKL untuk kos operasinya. Berikut
adalah jadual yang menunjukkan analisis pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun 2003
hingga 2005.
Jadual 6.12: Analisis Pendapatan dan Perbelanjaan UniKL, 2003- 2005
Pendapatan
Operasi
2003 (RM) 2004 (RM) 2005 (RM)
Yuran Pelajar 13,393,973 43,510,713 57,306,054
Yuran
Perkhidmatan
652,776 1,927,582 3,996,881
Hasil Pelbagai 149,716 512,942 555,359
Jumlah 14,196,465 45,951,237 61,858,294
Perbelanjaan
Operasi
2003 (RM) 2004 (RM) 2005 (RM)
Kos kakitangan (14,507,065) (43,197,083) (59,597,564)
Lain-lain
Perbelanjaan
(10,510,199) (30,523,191) (40,288,454)
Jumlah (25,017,264) (73,720,274) (99,886,018)
Kerugian
Operasi
(10,820,799) (27,769,037) (38,027,724)
Geran dari
Kerajaan/MARA
8,630,275 19,825,721 6,490,000
Kerugian
Sebelum Cukai
(2,190,524) (7,943,316) (31,537,724)
Cukai - - -
Kerugian
Selepas Cukai
(2,190,524) (7,943,316) (31,537,724)
Sumber: Analisis Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan 2003 hingga 2005, hlm. 5.
Univers
ity of
Mala
ya
268
Jadual 6.12 menunjukkan bagi ketiga-tiga tahun iaitu bermula dari 2003
hinggalah 2005, UniKL telah mengalami kerugian yang besar setiap tahun. Ini adalah
disebabkan perbelanjaan operasi yang melebihi pendapatan. Misalnya pada tahun 2003,
pendapatan operasi ialah sebanyak RM14,196,465. Pada tahun 2004 pula,
pendapatannya ialah sebanyak RM 45,951,237. Manakala pada tahun 2005 ialah
sebanyak RM61,858,294. Hampir keseluruhan pendapatan operasi adalah bergantung
kepada yuran pelajar semata-mata. Lebih merumitkan keadaan ialah yuran yang
dikenakan terhadap pelajar adalah berbentuk subsididi mana purata pendapatan
pelajaran sebanyak RM 8,000 hingga RM 9,000 hanya dapat menampung di antara 50%
kepada 70% sahaja dari purata kos operasi seperti yang tersebut di atas.
Purata kos operasi tahunan UniKL juga semakin meningkat setiap tahun. Purata
kos operasi tahunan untuk menjayakan program di UniKL adalah agak tinggi iaitu di
antara RM 15,000 hingga RM 16,000 setahun bagi seorang pelajar. Ini disebabkan oleh
kos bagi menjalankan program yang bercorak kejuruteraan dan berbentuk hands-on
adalah tinggi. Terdapat perbezaan ketara bagi purata kos operasi bagi seorang pelajar
mengikut kampus iaitu di antara RM 10,000 hingga RM16,000. Ini disebabkan setiap
kampus yang berlainan mengekalkan struktur program mereka yang unik. Di samping
itu, purata kos bagi seorang pelajar di kampus-kampus baru melambung naik dari RM
18,000 sehingga RM 57,000. Keadaan ini wujud kerana kos operasi pada awal
penubuhan adalah tinggi tetapi tidak ditampung oleh bilangan pelajar yang optimum.119
Keadaan menjadi bertambah buruk apabila berlaku penurunan peratusan
pembiayaan daripada geran ataupun bantuan kewangan daripada pengurusan kewangan
MARA untuk menampung kos operasi syarikat yang amat ketara iaitu daripada 35%
kepada 6.5% sahaja. Ini telah membawa kepada peningkatan kedudukan defisit yang
119
Rujuk Analisa Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan 2003 hingga 2005, hlm. 5.
Univers
ity of
Mala
ya
269
terpaksa ditanggung oleh UniKL. Jelas di sini, meskipun UniKL berstatuskan Institut
Pengajian Tinggi Swasta yang seharusnya mempunyai sumber kewangannya sendiri,
namun realitinya, UniKL yang ditubuhkan bagi memenuhi agenda pendidikan
teknologi tinggi masih memerlukan bantuan kewangan bagi memastikan kelangsungan
survivalnya.
6.19 Permasalahan dan Cabaran UniKL
Sejak penubuhannya UniKL terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran.
Memandangkan UniKL telah meletakkan dirinya di dalam segmen pasaran latihan
teknikal dan aplikasi industri, kos operasi yang terpaksa ditanggung adalah tinggi akibat
penggunaan mesin dan bekalan bahan mentah yang tinggi lantas menyebabkan yuran
pengajian yang dikenakan agak tinggi. Oleh yang demikian, pengoptimaan penggunaan
sumber adalah penting untuk mengekalkan kos operasi di tahap sedia ada. Apabila
yuran yang dikenakan agak tinggi, maka berlakulah persaingan dengan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta yang lain.120
UniKL juga menghadapi masalah persaingan langsung yang bakal wujud
daripada IPTA-IPTA milik kerajaan yang mengendalikan kursus yang sama dan juga
IPTS bertaraf universiti yang menjalankan program kejuruteraan. Persaingan yang
wujud dengan IPTA ini akan melemahkan UniKL memandangkan UniKL mengenakan
yuran pengajian berlipatganda berbanding IPTA yang lain. Oleh yang demikian adalah
penting untuk UniKL mengutamakan kualiti program kendaliannya dan juga
graduannya agar persepsi UniKL sebagai universiti pilihan dapat diwujudkan.121
120
Ibid., hlm. 41. 121
Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
270
Cabaran yang ketiga ialah kos operasi UniKL yang terlalu tinggi ekoran
daripada penggunaan peralatan yang mahal bagi tujuan programnya. Ini disebabkan
UniKL mengekalkan keunikannya dengan program bercorak hands-on. Oleh itu, UniKL
terpaksa membeli segala peralatan misalnya replika kapal terbang bagi tujuan kajian
pelajarnya. Ini melibatkan kos yang tinggi. Seandainya UniKL menaikkan yuran
pengajian pelajarnya bagi menampung kos ini, masalah lain akan timbul, antaranya
pelajar mungkin akan beralih ke IPTA yang lain misalnya Universiti Teknikal
Kebangsaan Malaysia yang juga mengendalikan program kejuruteraan dengan harga
yuran amat rendah.
Cabaran ketiga yang perlu ditempuhi ialah dari aspek program yang
dikendalikan oleh UniKL itu sendiri. Memandangkan ia merupakan universiti
berasaskan teknikal, maka ia perlu sentiasa mengemaskini peralatan dan teknologinya
ke tahap yang terkini. Sekiranya masalah kewangan terus membelenggu UniKL,
berkemungkinan satu hari nanti UniKL tidak dapat mengendalikan program berbentuk
hands-on. Ia mungkin akan mengendalikan program seperti IPTA yang lain yang lebih
menekankan teori sahaja. Oleh itu, adalah wajar bagi UniKL untuk mempertahankan
identitinya agar ia tidak tergelincir dari landasan visi dan misinya.
Pemilihan UPIM sebagai ejen utama pengedaran juga ada kelemahannya.
Memandangkan UPIM turut mempromosikan institusi-institusi pendidikan tinggi
MARA yang lain, penumpuan penuh kepada UniKL tidak dapat diberikan. Malah,
secara tidak langsung wujud persaingan dengan institusi MARA yang lain. Operasi
UPIM yang tertumpu kepada pengambilan sesi Julai juga mengehadkan promosi
keseluruhan UniKL. Oleh yang demikian, UniKL masih perlu merangka program
pemasaran dan promosi tahunannya untuk melengkapkan program promosi yang
Univers
ity of
Mala
ya
271
dirangka oleh UPIM agar hebahan menjadi lebih meluas. Memandangkan UniKL masih
di peringkat awal operasi, tiada sebarang program R & D dijalankan buat masa ini.
Program R & D perlu dimulakan di dalam masa terdekat memandangkan ia adalah salah
satu faktor penilaian sesebuah universiti dan juga sumber untuk mendapatkan
peruntukan.122
Oleh yang demikian adalah penting bagi UniKL untuk memulakan R &
D bagi mencapai kualiti sebagai sebuah universiti.
6.20 Kesimpulan
MARA nyata mempunyai keupayaan yang begitu tinggi dalam penyediaan pendidikan
tinggi khususnya dalam aspek pembentukan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan
profesional dalam tempoh masa 1981-2006. Kejayaan MARA ini adalah disumbang
oleh pemahaman MARA yang mendalam terhadap aspirasi kerajaan dan negara yang
sangat memerlukan tenaga kerja yang bermutu dan berpotensi untuk melonjakkan
pembangunan industri negara. Oleh itu, bermula dengan institusi-institusi kemahiran
iaitu Kolej MARA, Kolej Profesional MARA dan Institut Kemahiran Tinggi MARA,
MARA nyata mengorak langkah yang berkesan apabila institusi-institusi berkenaan
berhasil mengeluarkan tenaga kerja yang mampu memenuhi permintaan negara.
Daya usaha MARA diperkembangkan lagi apabila jalinan kerjasama antara
MARA dengan negara-negara asing sehingga membawa kepada penubuhan beberapa
institusi yang mempunyai pengkhususan yang tersendiri iaitu, MFI, BMI, MSI, MIAT,
IIM, MICET dan MIMET. MARA melaksanakan langkah yang lebih proaktif apabila
ketujuh-tujuh institusi berkenaan kemudian dirangkumkan dalam sebuah universiti di
bawah satu jenama baru pada tahun 2002 iaitu UniKL. Penubuhan dan kewujudan
122
Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
272
UniKL menjadi bukti kukuh terhadap penerusan peranan vital MARA dalam pemberian
pendidikan tinggi negara, lebih tepat lagi dalam bidang teknikal dan profesional.
Univers
ity of
Mala
ya
273
BAB 7: PENGUKUHAN DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN
MARA, 1981-2006
7.1 Pengenalan
Bab ini memperjelaskan perkembangan era pengukuhan pendidikan kemahiran MARA
dalam tempoh 1981 sehingga 2006. Berbeza dengan tempoh 1968 sehingga tahun 1980
yang menyaksikan proses pembentukan dan perkembangan awal Institut Kemahiran
MARA (IKM), tempoh 1981 hingga 2006 pula merupakan tahap pengukuhan institusi
berkenaan. Jangkamasa ini mempamerkan perkembangan IKM yang signifikan dengan
proses pembentukan ekonomi Malaysia ke arah negara maju. IKM bukan sahaja perlu
meneruskan peranan menyediakan tenaga kerja Bumiputera yang berkemahiran di
Malaysia, malah ia harus melalui proses rombakan sistem latihan kemahirannya. Selain
itu, bab ini turut membincangkan mengenai sebuah lagi institusi kemahiran yang
ditubuhkan pada tahun 1986 iaitu GiatMARA. Perkara ini dilaksanakan agar MARA
berupaya memenuhi kehendak tindakan afirmatif dalam membangunkan sosioekonomi
Bumiputera dan beradaptasi dengan landskap semasa negara yang semakin kompleks.
Persoalan yang akan dihuraikan dalam bab ini ialah sejauhmanakah IKM dan
GiatMARA telah berkembang dan mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi-
institusi kemahiran yang dikendalikan MARA, dalam membangunkan pendidikan
kemahiran Bumiputera dan berinteraksi dengan kehendak industri Malaysia. Bab ini
terbahagi kepada beberapa komponen meliputi perkembangan perindustrian negara
selepas tahun 1981, pengukuhan IKM merangkumi kurikulum serta pencapaian-
pencapaiannya. Bab ini juga membicarakan mengenai satu lagi institusi kemahiran yang
baru iaitu GiatMARA yang dikelolakan MARA dalam tempoh pengukuhan latihan
Univers
ity of
Mala
ya
274
kemahirannya. Perkembangan kedua-dua institusi latihan kemahiran dalam tempoh
kukuh ini telah memberikan sumbangan yang penting kepada pertumbuhan
sosioekonomi Bumiputera dan negara.
7.2 Perkembangan Perindustrian Negara Mulai Dekad 1980-an
Dekad 1980-an memperlihatkan permulaan kepada suatu era baru dalam landskap
pembangunan ekonomi negara di mana sektor perindustrian menjadi suatu keutamaan
dalam dasar pembangunan ekonomi Malaysia. Perkara ini didasari oleh faktor
pertukaran pucuk pimpinan negara daripada Perdana Menteri Malaysia ketiga iaitu Tun
Hussein Onn kepada Dr. Mahathir Mohamad pada 16 Julai 1981. Bermulanya
pentadbiran Dr. Mahathir menyaksikan Malaysia bergerak pesat ke arah pembentukan
negara yang mengutamakan perindustrian. Komitmen Dr. Mahathir yang eksplisit untuk
membangunkan industri-industri berat menyerlahkan corak kepimpinannya.1 Selepas
beliau mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri, beliau bertindak membawa
Perbadanan Industri Berat Malaysia atau The Heavy Industries Corporation of Malaysia
Berhad (HICOM) ke bawah tanggungjawab langsungnya, sekaligus membolehkan
kerajaan memberikan sokongan yang besar kepada pelan-pelan perindustrian berat.2
Bermula dekad berkenaan, program perindustrian negara mengalami
perkembangan penting iaitu penggalakan industri berat. Penggalakan industri berat ini
bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambah
kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Perkembangan pesat proses
perindustrian, termasuk pembangunan industri-industri berat tertentu memerlukan
langkah-langkah komplemen dalam menghasilkan tenaga manusia berkemahiran yang
1 Lee Poh Ping, “Heavy Industrialisation”, dalam Jomo, Mahathir’s Economic Policies, Kuala Lumpur: Insan, 1989, hlm. 38.
2 Ibid., hlm. 38-43.
Univers
ity of
Mala
ya
275
diperlukan dalam pelbagai lapangan aktiviti industri.3 Kehendak pasaran memerlukan
gunatenaga yang ramai dalam sektor perindustrian khususnya apabila diperkenalkan
resource-based industri, food based industry dan chemical based.4
Dasar kerajaan yang mulai mengutamakan perindustrian memberi impak kepada
sektor pendidikan dan latihan dalam negara. Dalam konteks pelaksanaan tindakan
afirmatif melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB), program-program pendidikan dan latihan
kepada golongan Bumiputera menerima kesan langsung daripada perubahan berkenaan.
Selaras dengan tumpuan kerajaan dalam menggiatkan proses perindustrian di Malaysia,
dekad 1980-an masih menyaksikan kekurangan penyertaan orang Melayu dan
Bumiputera lain dalam sektor moden, khususnya dalam lapangan-lapangan tertentu.
Oleh itu, dalam pelaksanaan DEB, langkah-langkah dasar untuk menjayakan proses
penyusunan semula turut merangkumi usaha-usaha memajukan program pelajaran dan
latihan yang bersesuaian untuk menambahkan tenaga manusia yang terlatih.5
Selepas penamatan DEB pada tahun 1990, di bawah Dasar Pembangunan Baru
(DPB),6 kerajaan memberikan tumpuan untuk membangunkan tenaga buruh luar bandar
untuk membolehkan mereka memasuki pasaran buruh yang semakin bersifat canggih
dan berorientasikan teknologi. Tenaga buruh luar bandar yang sebahagian besarnya
terdiri daripada golongan Bumiputera perlu mengubah tumpuan daripada aktiviti
tradisional yang rendah produktivitinya kepada kegiatan sektor moden yang mempunyai
nilai ditambah yang tinggi. Oleh itu, untuk membolehkan tenaga buruh luar bandar turut
menyertai pembangunan ekonomi negara dengan lebih berkesan, golongan berkenaan
3 Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990, Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara, 1986, hlm. 553.
4 Kertas Taklimat Pembangunan Pendidikan dan Gunatenaga oleh MARA pada 3 September 1999.
5 Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985, Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara, 1981, hlm. 5.
6 Dasar Pembangunan Baru (DPB) merupakan satu dasar yang memperkukuhkan pencapaian Rangka Rancangan Jangka Panjang
Pertama (RRJP1) (1971-1990) untuk mempercepatkan proses membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam
usaha memperbaiki lagi ketidakseimbangan sosial dan ekonomi. DPB merupakan satu rangka dasar yang lebih luas untuk mencapai
matlamat sosioekonomi yang tempoh sepuluh tahun (1991-2000) dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat. Dalam
penggubalan DPB, Kerajaan telah menimbangkan pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak termasuk Laporan Majlis
Perundingan Ekonomi Negara mengenai dasar negara selepas 1990.
Univers
ity of
Mala
ya
276
perlu diberi peluang mendapat kemudahan pendidikan yang lebih baik, maklumat
pasaran buruh dan kemahiran-kemahiran baru, di samping memiliki semangat yang kuat
untuk bersaing dan berdikari.7 Selain itu, Malaysia juga mengalami masalah kekurangan
tenaga kerja terutamanya dalam sektor pembinaan sejak penghujung era 1980-an.
Masalah berkenaan berlanjutan sehingga dekad 1990-an. Kekurangan tenaga kerja ini
mengakibatkan berlakunya kemasukan buruh asing secara besar-besaran yang bertumpu
di bandar-bandar utama di Malaysia.
Berdasarkan perubahan-perubahan pesat yang berlaku dalam sektor
perindustrian negara mulai dekad 1980-an, pemberian latihan vokasional dan teknikal
merupakan satu pendekatan dalam usaha kerajaan untuk berhadapan dengan masalah
kekurangan tenaga kerja yang berkemahiran serta mewujudkan tenaga kerja manusia
yang mampu memenuhi kehendak dan dasar industri di Malaysia. Selain itu,
pertambahan bilangan kontraktor dan kemajuan sektor industri pembinaan juga telah
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan selaras dengan peningkatan ekonomi
semasa. Sehubungan itu, penubuhan institusi-institusi latihan baru secara berterusan
menjadi salah satu usaha dalam menarik lebih ramai golongan belia menceburi bidang
kemahiran vokasional dan teknikal. Selain itu, perancangan dan perkembangan latihan
dipantau oleh kerajaan untuk memastikan kurikulum dan standard memenuhi kehendak
industri.8
Dalam merancang dasar pemberian latihan kemahiran, Kerajaan Malaysia mulai
dekad 1980-an telah bertindak merangka sasaran-sasaran yang ingin dicapai dalam
kerangka penawaran latihan kemahiran. Secara umumnya, objektif keseluruhan dalam
pendidikan dan latihan ialah bagi mempromosikan kesatuan nasional. Selain matlamat
7 Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000, Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara, 1991, hlm. 172.
8 Shireen Mardziah Hashim, Income Inequality and Poverty in Malaysia, Lanham: Rowman & Littlefield Publishers, Inc., 1998,
hlm. 209.
Univers
ity of
Mala
ya
277
berkenaan, sektor pendidikan dan latihan merupakan satu daripada bentuk pelaburan
sosial yang akan memberikan faedah kepada negara dalam jangkamasa yang panjang.
Peranan pendidikan dan latihan dalam negara ialah untuk menghasilkan individu-
individu yang yang berpengetahuan, terlatih dan mempunyai kemahiran bagi memenuhi
keperluan tenaga manusia dan keperluan sosial yang semakin berkembang.
Pembangunan negara di masa hadapan dijangka akan menghadapi cabaran-cabaran
yang memerlukan tenaga manusia yang berupaya memperkenalkan pembaharuan dan
berpegetahuan serta terlatih dalam bidang-bidang sains dan teknologi, pengurusan dan
kemahiran-kemahiran yang berkaitan.9
Selaras dengan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan perindustrian yang
berasaskan teknologi tinggi, Malaysia akan memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir
untuk memenuhi permintaan industri. Dalam dekad 1990-an, kerajaan mengutamakan
dasar untuk memajukan tenaga manusia supaya ia dapat menampung keperluan sektor
pembuatan dan sektor perkhidmatan yang semakin meningkat. Pembaharuan dasar
dalam bidang ini merangkumi langkah-langkah untuk mengatasi kekurangan tenaga
mahir dalam sektor-sektor tertentu, menjalankan program latihan perindustrian
berdasarkan keperluan pasaran serta memperkukuhkan sistem maklumat pasaran buruh.
Perhatian yang lebih diberikan untuk memastikan sistem pendidikan selaras dengan
perubahan permintaan di pasaran buruh. Kerajaan juga melaksanakan kawalan yang
lebih rapi terhadap sistem pelajaran dan latihan serta usaha-usaha untuk memperbaiki
kurikulum dilaksanakan untuk memastikan kemahiran yang diajar sesuai dengan
keperluan industri. Oleh itu, dalam situasi di mana terdapat pasaran buruh yang ketat,
penekanan diberi kepada usaha untuk menghasilkan pekerja yang terlatih, fleksibel,
berdikari dan mudah menyesuaikan diri bagi memenuhi kehendak pasaran di samping
9 Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990, hlm. 541.
Univers
ity of
Mala
ya
278
mengelak daripada mewujudkan peluang pekerjaan berproduktiviti rendah dan tidak
kekal melalui peningkatan permintaan dalam negeri.10
Untuk membolehkan latihan kemahiran diberikan kepada golongan sasaran,
Kerajaan Malaysia berusaha membangunkan program latihan kemahiran merangkumi
latihan teknik dan vokasional secara berterusan. Sehubungan itu, sektor awam
memainkan peranan yang utama dalam pembangunan latihan industri. Antara pengeluar
utama tenaga buruh berkemahiran bagi memenuhi keperluan ekonomi ialah Institut-
institut Latihan Perindustrian (ILP) di bawah Kementerian Buruh dan Institut-institut
Kemahiran MARA (IKM), dan pusat-pusat latihan belia yang dikelolakan Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan.11
Dalam penawaran dan pemberian pendidikan
berteraskan kemahiran, MARA memainkan peranan yang besar sebagai ejen penggerak
dalam merealisasikan hasrat dan dasar kerajaan ini. Hal ini kerana, melalui institusi-
institusi kemahiran yang digerakkannya, MARA bukan sahaja menjadi salah satu ejen
yang menggerakan dasar-dasar perindustrian negara, bahkan terus memainkan peranan
sebagai badan yang dipertanggungjawabkan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan
sosioekonomi golongan Bumiputera. Peluang ini telah diambil MARA dengan
menawarkan kursus-kursus baru yang bersesuaian dengan kehendak pasaran.12
Oleh itu,
di era 1980-an, selaras dengan pengenalan Dasar Perindustrian Negara,13
MARA telah
mula mengubah corak kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi kemahiran
yang dikendalikannya.
10
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000, hlm. 99. 11
Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990, hlm. 554. 12
Temuramah Puan Zarina binti Idrus, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Maklumat pada 19 Ogos 2008, jam 11.20 pagi di
pejabat beliau. 13
Dasar Perindustrian Negara diperkenalkan pada tahun 1983. Kerajaan telah melancarkan dua kajian utama iaitu Kajian Dasar
Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP).
Univers
ity of
Mala
ya
279
Matlamat utama latihan kemahiran dalam era ini adalah untuk menambah
bilangan gunatenaga mahir Bumiputera dalam pelbagai bidang dan meningkatkan tahap
kemahiran teknikal bagi keperluan sektor perkilangan dan perindustrian negara dalam
melahirkan usahawan teknikal.14
Teknologi yang semakin berkembang juga
mempengaruhi perkembangan pendidikan teknikal yang dikelolakan MARA dengan
pantas. Pelaksanaan program-program kemahiran MARA juga mengambil kira faktor
kekurangan bekalan tenaga mahir yang dialami negara. Oleh yang demikian, faktor ini
telah diberi keutamaan dalam menggubal dasar pelaksanaan program pendidikan dan
latihan MARA.15
Selain itu, perkembangan-perkembangan semasa dalam dan luar
negara yang bergerak pantas memerlukan MARA untuk bersifat elastik dan progresif
dalam pemberian latihan kemahirannya.
Dekad 1990-an menyaksikan Malaysia dikategorikan sebagai negara
perindustrian baru dan mulai tahun 1995, Malaysia merupakan antara 20 negara yang
paling kompetitif di dunia.16
Oleh itu, MARA perlu bersifat dinamik dalam lapangan
penawaran dan pemberian latihan kemahirannya agar segala aspirasi kerajaan dalam
menggerakkan dasar perindustrian dan pelaksanaan tindakan afirmatif dapat dipenuhi.
Dinamika latihan kemahiran MARA dalam tempoh 1980-an sehingga 2006 dapat
diukur dengan menilai penerusan dan pembangunan IKM sepanjang tempoh berkenaan.
Selain itu, MARA mengambil suatu langkah yang efisyen dalam pengendalian latihan
kemahiran dalam dekad 1980-an apabila menubuhkan sebuah lagi institusi latihan
kemahiran iaitu GiatMARA yang berperanan melebarkan peluang latihan kemahiran
kepada Bumiputera seluas-luasnya.
14
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 1997, hlm. 38. 15
Perutusan Pengerusi dalam Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 1993, hlm. 4. 16
K. S. Balakrishnan, “Globalisation and Malaysia‟s Foreign Policy”, dalam Khairulmaini Osman Salleh, Kanthasamy N., Malaysia
and Globalisation: Issues and Challenges in the 21st Century, Kuala Lumpur: University of Malaya, 2003, hlm. 412.
Univers
ity of
Mala
ya
280
7.3 Pembangunan dan Pengukuhan Latihan Institut Kemahiran MARA, 1981-
2006
Pelaksanaan program-program pemberian latihan yang dimulakan oleh IKM sejak tahun
1968 kepada golongan Bumiputera telah berupaya membantu golongan berkenaan
untuk memiliki kemahiran dalam lapangan teknik dan vokasional. Namun, bermula
pada tahun 1981, IKM telah memperlihatkan titik tolak perubahan-perubahan yang
ketara dalam kerangka usaha tindakan afirmatif dan langkah untuk menambah
gunatenaga mahir di Malaysia. Proses pembentukan negara yang mengutamakan
perindustrian telah mempengaruhi corak penawaran latihan kemahiran yang dikelolakan
IKM. Tempoh ini bukan sahaja memperlihatkan penerusan fungsi IKM sebagai satu
cabang sektor pendidikan MARA dalam melatih Bumiputera, bahkan menyaksikan
pertambahan bilangan IKM yang ditubuhkan dan evolusi kursus-kursus kemahiran yang
ditawarkan.
Dalam Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), objektif Bahagian Latihan
dan Pendidikan MARA adalah menambahkan bilangan gunatenaga Bumiputera yang
terlatih dalam berbagai bidang di semua peringkat untuk keperluan sektor perdagangan
dan perindustrian. Dalam konteks latihan kemahiran, antara strategi yang digariskan
bagi mencapai tujuan tersebut ialah pertama, menyediakan kemudahan-kemudahan
latihan kemahiran di IKM-IKM. Kedua, memperkenalkan ketukangan-ketukangan
(trades) baru di IKM-IKM selaras dengan perubahan-perubahan dan perkembangan
teknologi moden yang bersesuaian dengan kehendak-kehendak perkembangan
perindustrian di negara ini. Ketiga, memperkenalkan latihan urusan perniagaan serentak
dengan latihan-latihan kemahiran di IKM-IKM dengan tujuan supaya bekas-bekas
pelatih akan meminati dan mengusahakan perusahaan sendiri setelah tamat latihan.
Univers
ity of
Mala
ya
281
Keempat, memperkenalkan rancangan latihan sambil pengeluaran dalam bidang-bidang
kemahiran tertentu di IKM-IKM untuk mendedahkan pelatih-pelatih kepada suasana
semangat perusahaan dan etika perniagaan. Kelima, mengadakan rancangan latihan bagi
mewujudkan tenaga pengajar.17
Sejajar dengan Rancangan Malaysia Keempat, MARA berhasrat untuk
menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah IKM di setiap negeri di Malaysia.18
Oleh itu,
tempoh Rancangan Malaysia Keempat, MARA telah merancang untuk membina enam
buah Institut Kemahiran MARA di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak dan Terengganu. IKM akan turut mengendalikan kursus-kursus
ketukangan seperti pembinaan, elektrik, pertukangan logam, pertukangan kayu,
automotif dan percetakan. Dengan siapnya IKM yang dirancang, MARA akan mampu
melatih sejumlah 22,360 pelatih dalam tempoh Rancangan Malaysia Keempat.19
Dalam konteks pelaksanaan DEB yang masih berjalan, MARA sebagai satu
badan yang memberi fokus kepada bidang pendidikan Bumiputera juga perlu
menyelaraskan semula program-program latihan kemahiran agar selari dengan
keperluan semasa negara. Mulai tahun 1981, dalam Rancangan Malaysia Keempat,
sebanyak 11 bidang-bidang ketukangan baru iaitu Kajizawat Motor Perdagangan,
Instrumentation, Elektronic Perindustrian, Metal Fabrication, Printing Technology I,
Printing Technology II, Tool and Die Making, Tiling and Paving, Transport and
General Clerical, Salesmanship and Distributive Trade, dan Card, Tape and Machine
Operator.20
Latihan-latihan yang dijalankan di IKM adalah mirip kepada lapangan-
lapangan teknikal dan pengeluaran. Meskipun fokus latihan-latihan di IKM adalah ke
17
Majlis Amanah Rakyat (MARA). Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Bahagian „D‟ dan „E‟; Objektif, Strategi, Skop dan
Program Perbelanjaan Pembangunan, Bahagian „F‟; Keupayaan Pelaksanaan, Buku 3, Bahagia Latihan dan Pendidikan, hlm. 1 -2. 18
Ibid., hlm. 3. 19
Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985, hlm. 406. 20
Majlis Amanah Rakyat (MARA). Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Bahagian „D‟ dan „E‟; Objektif, Strategi, Skop dan
Program Perbelanjaan Pembangunan, Bahagian „F‟; Keupayaan Pelaksanaan, Buku 3, Cawangan Latihan Kemahiran, hlm. 3, dan
Lampiran B1, hlm. 1-2.
Univers
ity of
Mala
ya
282
arah persediaan kemahiran di peringkat asas dan menengah, usaha-usaha juga akan
ditentukan untuk membolehkan para pelatih diberi latihan di peringkat lanjutan
(Advanced Level). Sebelum 1981, hanya bidang Latihan Jahitan sahaja yang
menyediakan kemudahan latihan di peringkat lanjutan. Oleh itu, bermula 1981, latihan
di peringkat lanjutan akan diperluaskan lagi untuk meliputi ketukangan-ketukangan
lain.
Selain itu, kemudahan-kemudahan latihan di IKM akan turut dipanjangkan
khusus bagi menyediakan bakal pekerja-pekerja mahir untuk pihak-pihak seperti
Perbadanan-perbadanan Kerajaan (FLDA, RISDA, PKEN, MSE dan lain-lain), Projek-
projek Pembangunan Kerajaan Penempatan seperti Projek Pembangunan Bintulu, dan
seterusnya membolehkan para usahawan Bumiputera mengikuti latihan untuk
menyesuaikan kemahiran mereka dengan teknologi baru.21
Pada 16 Oktober 1989,
dalam mesyuarat yang dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana
Menteri mengenai latihan kemahiran, beberapa masalah telah dikenalpasti berhubung
dengan latihan kemahiran sedia ada yang dilaksanakan di Malaysia. Sehubungan itu,
mesyuarat berkenaan bersetuju agar kurikulum latihan kemahiran perlu dikaji semula
secara menyeluruh. Kurikulum latihan kemahiran hendaklah menekankan bidang-
bidang yang sesuai untuk perkembangan perindustrian di masa hadapan dan dapat
menghasilkan tenaga manusia mahir yang diperlukan negara. Mesyuarat berkenaan
juga mendapati bahawa terdapat empat bidang yang masih kekurangan dan diperlukan
oleh negara pada ketika itu iaitu elektronik, tekstil, kimia dan getah. Bidang-bidang lain
yang tidak kurang pentingnya untuk diberikan perhatian seperti “tool and die”,
21
Ibid., hlm. 4.
Univers
ity of
Mala
ya
283
pertanian, sektor pembuatan, percetakan, pengeluaran perabot, komputer, kimpalan dan
lain-lain.22
Selain itu, keupayaan institusi-institusi latihan sedia ada untuk melahirkan
tenaga mahir yang diperlukan negara adalah terhad manakala bilangan calon yang layak
memasuki institusi-institusi kemahiran tersebut adalah ramai. Hal ini memperlihatkan
permintaan terhadap latihan kemahiran adalah melebihi penawaran tempat yang
disediakan.23
Kesan daripada keadaan ini ialah berlakunya pembaziran sumber tenaga
manusia yang boleh dilatih untuk menjadi tenaga manusia yang berguna kepada negara.
Oleh itu, jumlah institusi latihan kemahiran perlu ditambah dan kapasiti institusi sedia
ada perlu dipertingkatkan bagi menampung jumlah pelatih yang ramai.24
Gunatenaga dan pengangguran merupakan antara perkara yang mempengaruhi
MARA dalam pelaksanaan latihan kemahiran selepas 1981. Sehingga pertengahan
dekad 1980-an, Malaysia berjaya mencapai kejayaan yang besar dalam meningkatkan
peluang-peluang pekerjaan terutamanya di sektor ekonomi moden. Gunatenaga telah
meningkat pada kadar 3.6% setahun sepanjang dekad 1970-an melebihi kadar
pertambahan tenaga buruh. Keadaan berkenaan telah mengurangkan kadar
pengangguran dengan banyaknya kepada 4.6% pada tahun 1982. Hal tersebut
merupakan pencapaian besar berbanding keadaan yang wujud pada tahun 1970 yang
menyaksikan kadar pengangguran berada pada paras yang tinggi iaitu 7.4%.
Bagaimanapun, kesan daripada kelemesetan ekonomi dalam tempoh 1985-1986, kadar
pengangguran mencapai paras tertinggi iaitu 8.3% pada tahun 1986.25
Kadar
pengangguran sebanyak 8.2% pada tahun 1987 turun kepada 8.1% pada tahun 1988.
22
2021/3/2/1. Kumpulan Kerja Teknikal Pembasmian Kemiskinan (Kumpulan Sistem Institusi dan Penyampaian). UPE. SULIT.
52/100/19. Catatan Mesyuarat Kedua Kumpulan Kerja Teknik (TWG) Mengenai Latihan Kemahiran, hlm. 3. 23
Ibid., hlm. 4. 24
Ibid., hlm. 5. 25
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000, hlm. 11.
Univers
ity of
Mala
ya
284
Manakala tahun 1989 mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 7.9%. Peratusan
berkenaan walaupun menunjukkan pengurangan, masih lagi dianggap tinggi bagi
Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun. Jesteru, isu pengangguran
turut berkait rapat dengan pelaksanaan program-program pendidikan MARA.
Sehubungan itu, dalam menggubal dasar bagi pelaksanaan program-program pendidikan
MARA, faktor ini diambil kira untuk membantu mengurangkan masalah
pengangguran.26
Oleh yang demikian, dasar MARA dalam pendidikan adalah untuk
menambah guna tenaga yang sedia ada agar dapat menjadi ejen penggerak kepada
negara.
Dasar pembangunan sumber manusia telah ditetapkan dalam semua pelan
pembangunan utama. Pembangunan sumber manusia merupakan komponen penting
dalam Rancangan Lima Tahun, Pelan Rangka Rancangan Jangka Panjang dan Pelan
Induk Perindustrian bagi menggariskan satu garis panduan mengenai peruntukan, dasar,
strategi dan program yang akan dilaksanakan. Contohnya Rancangan Malaysia Kelapan
telah menetapkan Teras Dasar Sumber Manusia antaranya untuk menambah penawaran
tenaga manusia berkemahiran tinggi dan berpengetahuan untuk menyokong
pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan.27
Selain itu, ia juga bertujuan untuk
menambah peluang pendidikan dan latihan berkualiti bagi meningkatkan keupayaan
menjana pendapatan dan kualiti hidup dan meningkatkan kualiti sistem penyampaian
pendidikan dan latihan untuk memastikan penawaran tenaga manusia selaras dengan
perubahan teknologi dan permintaan pasaran.28
26
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan 1989, hlm. 4. 27
Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2001, hlm. 99-104. 28
Ibid., hlm. 6.
Univers
ity of
Mala
ya
285
Jadual 7.1 menunjukkan gunatenaga sektor pembuatan mengikut kategori
pekerjaan bagi tahun perbandingan 1995, 2000 dan 2010. Sektor pengeluaran
merupakan kategori pekerjaan yang paling tinggi gunatenaganya dan memerlukan lebih
ramai guna tenaga pada masa hadapan. Peningkatan ini adalah selaras dengan saranan
kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta tempatan mengeluarkan produk tempatan
yang bertaraf dunia bagi mengambil peranan sebagai pelabur, pengeluar dan
pengeksport daripada pelabur asing.
Jadual 7.1: Malaysia:Guna Tenaga Sektor Pembuatan Mengikut Kategori
Pekerjaan 1995 dan 2000
Kategori
Pekerjaan
1995 2000
Profesional &
Teknikal
Pengurus
Pentadbiran
Perkeranian
Jualan
Perkhidmatan
Pertanian
Pengeluaran
74.4
61.3
143.7
24.8
39
10.3
1698.3
119.8
71
165.8
30.2
45.6
15.7
2262
Jumlah 2051.6 2710
Sumber: UPE (Kajian Skills Need Model).
Univers
ity of
Mala
ya
286
Jadual 7.1 menunjukkan guna tenaga yang paling banyak diperlukan adalah daripada
kategori pekerjaan pengeluaran. Terdapat peningkatan bagi setiap kategori pekerjaan
untuk tahun 2000. Ini menunjukkan bahawa penekanan terhadap kemahiran-kemahiran
Teknikal dan Komunikasi adalah penting.29
Bidang kritikal yang dikenalpasti
mengalami kekurangan tenaga mahir khususnya di peringkat highly-skilled atau multi-
skilled sementara keperluan terhadap tenaga kerja unskilled dan semi skilled adalah
menurun.
Selain itu, dalam suasana persekitaran yang memerlukan daya saing yang tinggi,
bilangan permintaan untuk tenaga kerja mahir atau K-pekerja adalah tinggi. Pekerja
berilmu merupakan penyumbang untuk membina satu bangsa yang berdaya tahan,
berdaya saing dan berdaya maju. K-pekerja dikenal pasti sebagai peneraju
pembangunan negara alaf baru dan amat penting dalam menangani cabaran globalisasi
masa kini. Dalam perutusan Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Bin Mohamed
sempena Hari Pekerja pada 1 Mei 2001, beliau antara lain menegaskan:
“... pekerja zaman ini memerlukan pengetahuan yang lebih untuk
meningkatkan produktiviti mereka dan menjadikan hasil kerja mereka
lebih kompetitif. Sudah tentu ini bermakna pekerja mestilah sanggup
dilatih semula. Adalah diharap kecekapan yang baru ini akan menolong
meningkatkan pendapatan pekerja. Tidak ada jaminan yang ini berlaku
tetapi perkara yang tetap akan berlaku ialah kegagalan kita menguasai
pengetahuan yang diperlukan akan membawa bencana kepada kita,
termasuk pengangguran akibat pelaburan dibawa ke negara lain. Dalam
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) Kerajaan memberi
fokus kepada usaha melatih dan mendidik tenaga kerja kita dengan
pengetahuan, kemahiran dan kepakaran agar mereka dapat terus
mendapat peluang bekerja dan menyumbang kepada pembangunan
negara.”30
29
Persidangan Kebangsaan Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional pada 29 September 2003 di Batu Pahat, Johor, hlm. 4. 30
K-Pekerja, Pemangkin Kecemerlangan Negara, Siri Ucapan Penting, Kementerian Penerangan.
Univers
ity of
Mala
ya
287
Memandangkan keperluan semasa yang memerlukan sektor latihan kemahiran
negara untuk sentiasa bersifat dinamik, MARA mengambil langkah untuk sentiasa
sentiasa beradaptasi dengan keperluan semasa negara. Langkah-langkah
memperkemaskan latihan kemahiran khasnya di IKM sentiasa dilakukan dari masa ke
masa sejak tahun 1981. Pada peringkat akhir tempoh pengukuhan IKM, iaitu memasuki
alaf baru, Majlis Tindakan Negara telah memutuskan bahawa MARA perlu mengkaji
kelayakan masuk serta sukatan pelajaran bagi institut MARA tersebut. Perkara ini
selaras dengan saranan kerajaan bagi melahirkan guna tenaga yang berkualiti.
Kelayakan masuk ke IKM perlu dinaikkan kepada yang lebih tinggi dari Sijil Rendah
Pelajaran. Dengan itu, pelajar-pelajar di IKM akan lebih berkemampuan untuk
menerima dan mengikuti sukatan pelajaran yang cukup tinggi bagi membolehkan
lepasan institut itu menjalankan perusahaan dan perniagaan sebaik sahaja tamat dari
kursus.31
Dengan menaikkan kelayakan masuk ke IKM, MARA sekaligus dapat
melahirkan pekerja mahir yang berpengetahuan (k-workers). Malah, matlamat
kemahiran kini bukan sahaja untuk melahirkan pekerja mahir tetapi untuk menyediakan
laluan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.32
Laluan yang dimaksudkan
adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:
GIAT IKM KKTM33
UNI KL
Rajah 7.1: Laluan Pendidikan Kemahiran MARA
31
Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005, hlm. 6. 32
Sejarah, Kini, Menuju Puncak Latihan Kemahiran MARA, hlm. 8. 33
KKTM merujuk kepada Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Ia merupakan sebuah organisasi dalam MARA yang menawarkankan
program diploma kepada para pelatihnya.
Univers
ity of
Mala
ya
288
Berdasarkan laluan pengajian kemahiran yang dibentuk oleh MARA, ia telah
membolehkan para pelajar dalam bidang ini untuk bermula daripada peringkat yang
paling asas. Bermula daripada GiatMARA, pelajar-pelajar lepasan institusi ini boleh
melanjutkan pengajian di IKM. Setelah memperolehi sijil di IKM, mereka boleh
memohon untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma di Kolej Kemahiran
Tinggi MARA (KKTM). Peringkat terakhir dalam laluan pengajian ialah pelajar yang
berjaya mendapat diploma di KKTM boleh memohon untuk mengikuti kursus peringkat
ijazah di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Laluan pengajian ini jelas menunjukkan
peluang yang telah disusun atur oleh MARA untuk membolehkan para pelajar yang
kurang berkeupayaan dari segi akademik menimba kemahiran secara berperingkat
sehingga mereka berjaya menggenggam segulung ijazah diakhirnya. Laluan pengajian
berasaskan kemahiran ini merupakan laluan kedua yang dicipta oleh MARA selain
laluan akademik yang khusus buat pelajar yang cemerlang di bidang akademik.34
7.4 Kurikulum
Dalam memperjelaskan aspek kurikulum pendidikan dan latihannya, IKM dalam
tempoh 1981-2006 telah membentuk program pengajian yang lebih mantap berbanding
dengan tempoh sebelumnya. Aspek kurikulum pendidikan dan latihan yang ditawarkan
oleh IKM memperlihatkan fokus yang khusus kepada pemberian latihan berbentuk
amali berbanding dengan penekanan terhadap teori. Perkara ini jelas ditekankan dalam
konsep latihan kemahiran IKM:
“The curriculam are designed not to develop conceptual abilities but to
develop specific skills. Current design approaches are being used and
applied to solve problem situation similar to those used in industrial and
real work environment. Our training programmes use fundamental and
34
Temuramah dengan Tuan Haji Roseli bin Dol, Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas pada 10 Ogos 2009 jam
10.30 pagi di pejabat beliau.
Univers
ity of
Mala
ya
289
basic knowledge of materials, forces, energy, physical and chemical
behaviour and apply this knowledge to operations, equipments
maintenance and component development.”35
Jesteru, kemahiran yang disediakan merupakan sebagai tambahan kepada bidang
kejuruteraan, misalnya bagi menyiapkan engineering-drawing, machine placemant
maintainance procedures and safety practices. Kursus yang disediakan juga merupakan
pemberian latihan kemahiran sebagaimana yang diperlukan oleh pasaran kerja. Oleh itu
kursus-kursus di IKM adalah dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang perlu ada bagi melahirkan gunatenaga kepada negara.
Bagi mewujudkan pelatih yang memiliki ilmu pengetahuan dan mempunyai ciri
keusahawanan, MARA telah menggubal kurikulumnya yang tersendiri. Ia bukan hanya
sekadar bertumpu kepada latihan kemahiran tetapi juga merangkumi ciri-ciri lain yang
diperlukan dalam kehidupan. Pelatih yang mengikuti latihan di mana-mana IKM
diwajibkan untuk mengikuti empat kategori latihan yang ditetapkan MARA. Empat
kategori latihan ini dibentuk bagi menstrukturkan semula sistem kemahiran itu sendiri.
Komponen latihan adalah terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
a) Pengajian Teknikal.
b) Pengajian Am.
c) Ko-kurikulum.
d) Latihan dalam logi (LDL).
Pembahagian kepada empat komponen ini hanya dilakukan pada tahun 1981 apabila
Bahagian Kemahiran merombak semula struktur pengajian mereka untuk tujuan
pemantapan. Kursus yang diperkenalkan kini meliputi semua aspek iaitu kemahiran.
35
MARA Vocational Training, Majlis Amanah Rakyat (MARA), hlm. 3.
Univers
ity of
Mala
ya
290
Pengajian Am dan juga ko-kurikulum. Ianya lebih bersifat seimbang dan cenderung
dalam menghasilkan guna tenaga yang holistik.
7.4.1 Pengajian Teknikal
Matlamat pembelajaran dalam komponen Pengajian Teknikal adalah untuk
menyampaikan seberapa banyak pengetahuan dan kemahiran sesuai dengan tahap dan
bidang yang diikuti pelatih supaya dapat memenuhi keperluan industri negara.
Pengajian Teknikal ini merupakan bahagian latihan yang paling utama bagi setiap
kursus yang ditawarkan di IKM. Pelatih diwajibkan mengikuti setiap subjek yang
ditawarkan dalam bahagian ini dan perlu lulus keseluruhannya. Pelatih yang didapati
gagal mencapai tahap yang ditetapkan perlu mengulangi subjek berkenaan sehingga
lulus. Kursus-kursus yang ditawarkan IKM juga berubah dari semasa ke semasa
mengikut permintaan pasaran kerja. Perubahan-perubahan yang berlaku ini adalah
ekoran daripada perubahan teknologi yang berkembang dengan begitu pantas. Oleh itu,
kursus-kursus yang agak ketinggalan zaman akan dijumudkan atau dicantumkan dengan
kursus yang baru.36
Sehingga dekad pertama 2000, IKM mempunyai 10 jurusan
kemahiran iaitu Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan & Rekabentuk), Teknologi
Kejuruteraan Automobil (Jentera Berat), Teknologi Kejuruteraan Automobil, Teknologi
Baik Pulih Badan Kenderaan, Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri),
Teknologi Kimpalan & Fabrikasi, Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan),
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Penyelenggaraan Mesin),Teknologi Kejuruteraan
Elektrik (Penjaga Jentera) dan Teknologi Mekanikal (Automotif).37
36
Temuramah Tuan Haji Roseli bin Dol, Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas pada 10 Ogos 2009 jam 10.30 pagi di
pejabat beliau. 37
Norasmah Othman dan Muharam Gaya, “Tahap Pengetahuan Pelatih Institut Kemahiran MARA Mengenai Persekitaran Kondusif
Untuk Bakal Usahawan” Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, 2009, hlm. 49.
Univers
ity of
Mala
ya
291
7.4.2 Pengajian Am
Matlamat pembelajaran dalam komponen Pengajian Am ini merupakan subjek
sokongan bagi mencapai matlamat latihan kemahiran MARA. Pelatih daripada semua
kursus diwajibkan mengambil Pengajian Am dan perlu lulus untuk tujuan persijilan.
Subjek-subjek yang terkandung dalam komponen Pengajian Am ialah Bahasa Inggeris,
Pendidikan Islam dan Keusahawanan. Pembelajaran komponen-komponen ini bertujuan
untuk melahirkan golongan belia yang mempunyai keseimbangan diri dari aspek
Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Jesteru, MARA mahu menghasilkan belia
yang bukan sahaja mempunyai kemampuan teknikal yang tinggi tetapi juga berakhlak
mulia dan menjadi insan yang berintegriti.38
7.4.3 Ko-kurikulum
Komponen ko-kurikulum yang perlu diikuti pelatih di IKM terdiri daripada aktiviti-
aktiviti pertubuhan badan beruniform, sukan, persatuan, kelab dan aktiviti
kemasyarakatan. Pelatih diwajibkan untuk melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya
satu aktiviti ko-kurikulum sepanjang latihan. Pelatih yang melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti ko-kurikulum akan diberikan sijil atau surat pengesahan yang
dikeluarkan oleh IKM atau badan yang menganjurkannya.39
38
Temuramah Tuan Haji Roseli bin Dol, Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas pada 10 Ogos 2009 jam 10.30 pagi di
pejabat beliau. 39
Buku Panduan Kursus, Program Latihan Sepenuh Masa Institut Kemahiran MARA, 1988, hlm. 4.
Univers
ity of
Mala
ya
292
7.4.4 Latihan Industri
Selain daripada Pengajian Teknikal, Pengajian Am, dan ko-kurikulum, Latihan Industri
merupakan satu aktiviti yang dilaksanakan IKM dalam mendedahkan para pelatih
kepada suasana latihan di industri tempatan untuk memenuhi keperluan latihan. Pelatih-
pelatih dimestikan menghadiri kuliah dan bengkel bagi setiap subjek. Kehadiran yang
direkodkan kurang daripada 90% daripada masa yang ditetapkan untuk sesuatu subjek
tanpa sebab yang munasabah, akan diambil tindakan.40
Tujuan latihan ini diwajibkan
adalah untuk memberikan pendedahan sebenar kepada pelatih meliputi pengalaman
bekerja dalam sektor industri. Latihan Industri ini secara langsung berupaya
menyiapkan pelatih-pelatih IKM kepada suasana dan persekitaran pekerjaan di masa
hadapan.
7.5 Sistem Penilaian dan Persijilan
Untuk memastikan keberkesanan sesuatu latihan yang dijalankan di IKM, penilaian
wajib merupakan satu kaedah pengukuran keberkesanannya. Penilaian akan dijalankan
terhadap setiap subjek yang diajar dalam kursus berkenaan. Peratus penekanan dari segi
pengetahuan dan kemahiran akan ditetapkan mengikut matlamat pembelajaran subjek
tersebut. Jumlah dan bentuk penilaian yang dijalankan pada setiap subjek juga akan
ditentukan mengikut keperluan subjek berkenaan. Markah penilaian keseluruhan bagi
setiap subjek akan diambil dari mana-mana bentuk penilaian yang ditetapkan seperti
markah-markah dari ujian, ujian lisan, tugasan dan ujian akhir. Keputusan penilaian
setiap subjek dikeluarkan dalam bentuk gred. Gred yang diperolehi akan tertera dalam
Penyata Pencapaian. Pada peringkat awal, penilaian dibuat berdasarkan pencapaian
lulus atau gagal. Corak penilaian kemudiannya bertukar kepada sistem CGPA
40
Ibid, hlm. 4-5.
Univers
ity of
Mala
ya
293
(Cumulative Grade Point Average). Penilaian bagi setiap subjek dibuat secara berkala
dan berterusan. Bagi pelatih yang telah tamat latihan, pengiraan CGPA dibuat dengan
mengambil kira keputusan yang lalu. Pelatih hanya akan dianugerahkan Sijil Teknologi
yang dikeluarkan oleh Bahagian Kemahiran MARA (BKM) setelah memenuhi dua
syarat berikut:
a) Lulus dalam setiap subjek yang disyaratkan bagi kursus berkenaan.
b) Lulus sekurang-kurangnya tiga semester aktiviti ko-kurikulum yang
diwajibkan.41
Selain persijilan yang dianugerahkan oleh Latihan Kemahiran MARA, pelatih
IKM juga memperoleh sijil tambahan seperti Sijil Pendawai Elektrik dan Sijil Penjaga
Jentera bagi bidang Elektrikal, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Welding Inspector
Certificate dan lain-lain. Pada tahun 2006, kursus sijil di IKM telah mendapat
pengiktirafan dari JPA sebagai setaraf dengan Sijil Kejuruteraan atau Sijil Teknologi
dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan yang lain.42
Tujuan menaikkan taraf
kelayakan adalah untuk memastikan kualiti guna tenaga yang cemerlang. Dalam hal ini,
MARA tidak berkompromi dalam memastikan sijil yang diberikan kepada pelatihnya
menepati piawaian yang ditetapkan.
7.6 Kursus-kursus di IKM
Dalam tempoh 1981 sehingga 2006, kursus-kursus yang ditawarkan di bawah Latihan
Kemahiran MARA menunjukkan pertambahan dari masa ke masa. Kursus-kursus yang
dilaksanakan di IKM dikategorikan kepada tujuh sektor bidang utama melibatkan 30
41
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Program Latihan dan Kemahiran MARA Tahap Sijil dan Diploma Tahun 2004/05 , hlm. 19. 42
Surat Puan Rukiah bt. Shafei dari Unit Pengiktirafan Kelayakan Bahagian Latihan JPA kepada Y.Bhg Datuk Nam Marthinin, 13
Julai 2006. Lihat fail Bahagian Kemahiran Tinggi Bil 3/06. Maklumat lanjut juga diperolehi hasil temuramah Encik Mohd Nizam
bin Ali, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Kurikulum bertarikh 16 Julai 2009 jam 10.50 pagi di Ibu Pejabat MARA.
Univers
ity of
Mala
ya
294
jenis kursus di peringkat sijil di seluruh IKM di Malaysia. Jadual 7.2 berikutnya
menunjukkan jenis kursus dalam sektor bidang utama yang ditawarkan di IKM.
Merangkumi tujuh sektor, ia terbahagi kepada mekanikal (pembuatan), mekanikal
(servis), automotif, awam, elektronik, elektrikal, seni dan rekabentuk. Kursus-kursus
yang ditawarkan ini adalah seiring dengan keperluan semasa negara di mana
penawarannya oleh IKM adalah untuk membolehkan sukatan pendidikan di institusi
berkenaan sentiasa “up to date”. Ditinjau terhadap dinamika atau kepelbagaian jenis
kursus yang dikendalikan oleh IKM dalam jadual tersebut, ia turut menyediakan para
pelajarnya untuk bergiat dalam bidang kemahiran khasnya dalam pelbagai aspek
kemahiran yang begitu diperlukan negara.
Univers
ity of
Mala
ya
Jadual 7.2: Jenis Kursus dalam Sektor Bidang Utama yang Ditawarkan di IKM
SEKTOR BIDANG UTAMA
MEKANIKAL (PEMBUATAN)
MEKANIKAL (SERVIS)
AUTOMOTIF AWAM ELEKTRONIK ELEKTRIKAL SENI &
REKABENTUK Pembuatan Foundri Kimpalan Lukisan & Rekabentuk Teknikal Fabrikasi Logam Elektro Penyaduran
Penyelenggaran Mesin Pemanasan, Pengudaraan, Penyaman Udara dan Penyejukan (HVAC & R)
Automobil Maritim Automotif Komersial Baikpulih Badan Kenderaan Automotif Jentera Berat Penyelenggaraan Pesawat Udara
Bangunan Bekalan Air dan Pembentungan Lukisan Struktur
Elektronik Industri Elektronik Komunikasi Elektronik Instrumen Mekatronik Komputer
Elektrik Domestik & Dalaman Elektrik Kuasa Penjaga Jentera Elektrik
Senibina Pengiklanan & Rekabentuk Grafik Upholstri Industri dan Hiasan Dalaman Rekabentuk & Pembuatan Perabot Landskap
295
Univers
ity of
Mala
ya
296
Sehingga tahun 2006, terdapat sebanyak 12 buah IKM yang sedang beroperasi
mengendalikan kursus bertaraf sijil. Antara IKM tersebut ialah:
Jadual 7.3: Senarai IKM di seluruh Malaysia Sehingga Tahun 2006
Nama Institusi Tahun Operasi
IKM Jasin 1968
IKM Alor Setar 1969
IKM Johor Bahru 1973
IKM Sungai Petani 1973
IKM Kuala Lumpur 1974
IKM Tan Sri Yahya Ahmad (Pekan) 1976
IKM Lumut 1977
IKM Kuching 1984
IKM Beseri 1992
IKM Besut 1992
IKM Kota Kinabalu, Sabah 2002
IKM Sik 2004
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Data Korporat MARA 2006, hlm. 42.
Pengendalian kursus-kursus kemahiran di IKM menghadapi masalah dan
cabaran yang tersendiri. Antara dilema yang dihadapi MARA adalah menjurus kepada
sistem piawaian bagi kursus kemahiran di institusi tersebut. Selain IKM, pelbagai
institusi kemahiran telah tumbuh dengan pesatnya dan turut sama memperkenalkan
berbagai bentuk program kemahiran.43
Ada di antara institusi-institusi kemahiran yang
43
Selain dari MARA, terdapat pelbagai institusi lain juga yang mengendalikan latihan kemahiran seperti Institut Kemahiran Belia
Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan politeknik.
Univers
ity of
Mala
ya
297
lebih mengutamakan keuntungan. Oleh yang demikian, kursus sijil dan diploma yang
dihasilkan adalah mengikut takrif tersendiri dan tidak merujuk kepada suatu piawaian
yang khusus. Masalah dalam mewujudkan standard piawaian seragam merupakan
masalah yang melanda kesemua institusi kemahiran di Malaysia termasuk IKM. Di awal
penubuhan IKM, pengiktirafan adalah diperolehi daripada kelayakan vokasional luar
negara iaitu City and Guilds of London Institute (CGLI).
MARA kemudiannya telah mendaftar dengan Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK).44
MLVK telah dibentuk pada tahun 1989 bagi menggantikan
Lembaga Latihan dan Persijilan Perindustrian dan Ketukangan Kebangsaan. MLVK
mempunyai perwakilan daripada awam dan swasta untuk menyelaras perancangan dan
pembangunan latihan vokasional kebangsaan dan memastikan program-program latihan
memenuhi kehendak perindustrian.45
MLVK merupakan sebuah agensi kerajaan yang
berperanan dalam membangunkan prasarana untuk mengembangkan pentauliahan
kemahiran. Selain itu, MLVK juga berperanan mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) yang terbahagi kepada tiga tahap iaitu asas, pertengahan dan tinggi.
MLVK mengenakan bayaran yang agak tinggi bagi institusi yang mahu
pengiktirafannya. Hal ini mendatangkan kepada kesukaran kepada para pelatih yang
mengikuti program kemahiran tersebut kerana rata-rata dalam kalangan mereka terdiri
daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Memandangkan bayaran yang dikenakan
adalah tinggi untuk mendapatkan SKM ini, MARA mencari alternatif lain yang lebih
menjimatkan pelajar dan memudahkan mereka mengikuti pengajian di IKM. MARA
telah memohon pengiktirafan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Masalah lain
44
MLVK di bawah Kementerian Sumber Manusia ditubuhkan untuk mengiktiraf pencapaian kemahiran melalui Skim Kemahiran
Malaysia (SKM) berdasarkan kepada tahap kompetensi melalui pematuhan standard yang ditetapkan. Sistem pengiktirafan
kemahiran ini yang berasaskan kepada keperluan industri bertujuan mengenalpasti kemahiran-kemahiran penting dalam industri
utama negara bagi membantu meningkatkan latihan dan pensijilan. 45
Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995, Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara, 1991, hlm. 185.
Univers
ity of
Mala
ya
298
yang turut dihadapi MARA ialah, sektor industri yang bertanggungjawab untuk
mengambil pekerja juga tiada garis standard untuk menentukan tahap seseorang pelatih
kemahiran.46
Satu lagi masalah utama yang terpaksa dihadapi MARA ialah perubahan
teknologi yang begitu pantas telah membawa kepada masalah pengendalian kursus-
kursus kemahiran. Perkara ini disebabkan terdapat sesetengah kursus yang dianggap
telah ketinggalan zaman dan perlu ditukar ke suatu pendekatan yang baru. Hal yang
sama juga berlaku dengan peralatan dan mesin yang digunakan. Peralatan dan mesin
yang dimiliki dan digunakan IKM perlu sentiasa terkini agar kualiti pengajian yang baik
dapat dikekalkan. Usaha untuk mengekalkan kualiti bukanlah suatu yang mudah kerana
kos yang diperlukan bagi suatu kursus baru bukanlah sedikit malah ia menelan belanja
yang banyak.47
MARA juga menghadapi masalah mencari tenaga pengajar yang bertauliah. Ini
disebabkan MARA tidak dapat menawarkan gaji yang tinggi seperti mana yang
ditawarkan oleh syarikat swasta yang lain. Oleh yang demikian, ramai tenaga pengajar
memilih untuk bekerja di sektor swasta memandangkan gaji yang mereka bakal perolehi
adalah tiga kali ganda dengan gaji yang ditawarkan oleh MARA. Kehilangan tenaga
pengajar yang berwibawa menjadi masalah yang utama dalam bidang kemahiran.
Kadangkala MARA terpaksa menanggung kerugian kehilangan tenaga pengajar yang
terlatih apabila mereka memilih untuk berkecimpung dalam sektor perindustrian.
46
Temuramah Tuan Haji Roseli bin Dol, Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas pada 10 Ogos 2009 jam 10.30 pagi di
pejabat beliau. 47
Ibid.
Univers
ity of
Mala
ya
299
Kursus kemahiran ini juga menerima pandangan serong segelintir masyarakat
yang sering menganggap kursus ini adalah untuk pelajar yang lemah pencapaian
akademiknya. Masyarakat umumnya tidak melihat latihan kemahiran sebagai suatu
peluang yang baru dan boleh diterokai. Oleh itu, kursus kemahiran sentiasa menjadi
pilihan terakhir dan kurang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Perkara
berkenaan merupakan antara cabaran besar yang perlu ditempuhi oleh MARA amnya
dan Bahagian Kemahiran khususnya dalam mengetengahkan program kemahiran agar
sentiasa mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat. Hal ini kerana kemahiran
yang diperolehi mampu menawarkan prospek kerjaya yang tinggi. Lulusan kemahiran
juga didapati berupaya mendapat pekerjaan dengan mudah serta gaji yang diperolehi
adalah lebih tinggi berbanding graduan aliran akademik. Justeru, dengan usaha yang
digerakkan oleh MARA ini akan membolehkan bidang kemahiran berdiri sebaris
dengan bidang akademik pada masa hadapan.48
Di sebalik masalah dan cabaran yang terpaksa dihadapi IKM, secara
keseluruhannya institusi latihan kemahiran ini memperlihatkan keupayaan untuk
mengatasi halangan-halangan berkenaan. Keupayaan dalam mengatasi masalah dan
cabaran dapat diukur dan dinilai secara menyeluruh melalui pencapaian IKM untuk
memenuhi matlamat utamanya iaitu memberikan latihan kemahiran kepada Bumiputera
sesuai dengan perkembangan semasa. Bagi tujuan pengukuran pencapaian latihan
kemahiran, MARA telah mengambil inisiatif untuk mengkaji keberkesanan program
kemahirannya. Ia dilaksanakan melalui kajian pengesanan graduan yang diadakan dari
tahun 2000 hingga 2009. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa program
kemahiran ini mampu untuk memberi jaminan masa depan kepada para pelatih. Jadual
7.4 menunjukkan pendapatan bulanan pelatih kemahiran MARA.
48
Kertas kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan, Tinjauan Mengenai Cabaran-cabaran Pendidikan Vokasional di Malaysia,
hlm. 12.
Univers
ity of
Mala
ya
300
Jadual 7.4: Jumlah pendapatan yang dimiliki oleh pelatih Institut Kemahiran
MARA dari tahun 2000-2006
PENDAPATAN
BULANAN
BILANGAN PERATUS
Kurang RM 1000 986 38.3
RM 1,001-RM 2,000 1359 52.8
RM 2001-RM 3000 211 8.2
RM 3001-RM 4000 15 0.6
Melebihi 5,001 3 0.1
Keseluruhan 2574 100.0
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Kajian Pengesanan Graduan IKM
dan KKTM, hlm. 10.
Jadual di atas menunjukkan bahawa rata-rata graduan IKM menerima
pendapatan dalam lingkungan RM 1,001 hingga RM 2,000, iaitu dalam lingkungan
52.8%. Manakala peratusan graduan yang menerima pedapatan dalam lingkungan
kurang daripada RM 1000 membentuk 38.3%.49
Berdasarkan rekod berkenaan,
penawaran kursus sijil oleh IKM terbukti mampu membantu pelatih institusi tersebut
untuk meraih pendapatan mencecah ribuan ringgit. Oleh itu, bersandarkan perolehan
kewangan, IKM secara tidak langsung berupaya membantu meningkatkan taraf hidup
para pelatih Bumiputera. Jadual 7.5 pula menunjukkan jenis pekerjaan yang diceburi
oleh pelatih kemahiran.
49
Laporan Kajian Pengesanan Graduan IKM dan KKTM, Unit Penyelidikan, Seksyen Penyelidikan dan Maklumat BKT, hlm. 10.
Univers
ity of
Mala
ya
301
Jadual 7.5: Jenis Pekerjaan dan Peratus Penglibatan Pelatih Kemahiran
Jenis Pekerjaan Bilangan Peratus %
Swasta/Industri 2267 59.5%
Kerajaan/Badan Berkanun 307 8.1%
Usahawan 83 2.2%
Melanjutkan Pelajaran 645 16.9%
Tidak Bekerja 420 11.0%
Sedang Mencari Pekerjaan
(dalam tempoh 6 bulan
selepas konvokesyen)
86 2.3%
Jumlah 3808 100.0
Sumber : Laporan Kajian Pengesanan Graduan IKM dan KKTM, hlm. 9.
Daripada 3,808 responden yang di soal-selidik, seramai 2,574 (67.6%) lepasan
graduan IKM merupakan mereka yang bekerja. Seramai 2,267 orang (59.5%) bekerja
dalam sektor swasta atau industri manakala seramai 307 orang (8.1%) bekerja dengan
agensi kerajaan atau badan berkanun. Manakala sejumlah 83 orang (2.2%) menjadi
usahawan, 645 orang (16.9%) melanjutkan pelajaran, 420 orang (11.0%) tidak bekerja
dan 86 orang (2.3%) didapati sedang berada dalam proses mencari pekerjaan. Secara
keseluruhannya seramai 86.7% lepasan graduan telah berjaya mendapat pekerjaan,
menjadi usahawan dan melanjutkan pelajaran.
Jadual 7.6: Jadual Bidang Pekerjaan yang diceburi oleh Pelatih IKM.
Jenis Pekerjaan Bilangan Peratus %
Kemahiran 737 28.6
Univers
ity of
Mala
ya
302
Jadual 7.6, sambungan
Jenis Pekerjaan Bilangan Peratus %
Pengurusan Perniagaan 80 3.1
Perkhidmatan 335 13.0
Kejuruteraan 928 36.1
Pemasaran 46 1.8
Pengkomputeraan 84 3.3
Pembuatan 153 5.9
Pendidikan/Latihan 64 2.5
Pengurusan dan Pentadbiran 147 5.7
Jumlah 2574 100.0
Sumber : Laporan Kajian Pengesanan Graduan IKM dan KKTM, hlm. 9.
Jadual 7.6 menunjukkan bahawa kebanyakan lepasan graduan IKM dan KKTM
bekerja dalam bidang kejuruteraan iaitu sebanyak 36.1%. Manakala bidang pemasaran
menjadi paling sedikit untuk diceburi oleh lepasan graduan kerana kurang berkaitan
dengan apa yang telah dipelajari di IKM. Jadual ini juga menunjukkan bahawa
pekerjaan yang diceburi oleh graduan IKM amat berkaitan dengan bidang yang mereka
pelajari. Hal ini memperlihatkan kerelevenan program-program kemahiran yang
dilaksanakan di IKM.
Jesteru, berdasarkan pencapaian-pencapaian yang diperolehi IKM, jelas institusi
kemahiran tersebut mampu memenuhi kehendak-kehendak perindustrian negara dan
tindakan afirmatif terhadap Bumiputera sejak tahun 1981 hingga tahun 2006. Latihan
kemahiran yang disediakan di IKM sentiasa berkembang menurut keperluan-keperluan
semasa, ia sekaligus memperlihatkan dinamika bidang latihan dan kemahiran yang
Univers
ity of
Mala
ya
303
dikendalikan MARA. Keupayaan IKM dalam mencapai sasaran-sasaran perindustrian
yang disasarkan kerajaan juga membuktikan IKM mencapai suatu tahap kukuh dalam
jangkamasa 1981-2006.
7.7 Penubuhan dan Perkembangan GiatMARA, 1986-2006
Selain IKM, usaha pemberian latihan kemahiran kepada Bumiputera diperluaskan
melalui penubuhan sebuah institusi latihan kemahiran yang lain pada tahun 1986.
Berbeza dengan IKM yang lebih kompleks, MARA telah menubuhkan sebuah instititusi
kemahiran yang dikenali sebagai GiatMARA untuk memberikan pendidikan
berorientasikan kemahiran yang asas kepada Bumiputera. Penubuhan institusi tersebut
merupakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Majlis MARA ke 148 pada tahun 1986
yang telah meluluskan konsep pusat GiatMARA dan seterusnya bersetuju menubuhkan
Syarikat GiatMARA Sdn. Bhd.50
GiatMARA merupakan sebuah institusi latihan
peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat. Pentadbiran institusi ini
diletakkan di bawah MARA sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan
Luar Bandar.
Tujuan penubuhan GiatMARA ialah menyediakan latihan kemahiran teknikal
dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar. Pada mulanya,
MARA bercadang untuk menubuhkan Mini IKM, namun ia kurang mendapat sambutan.
GiatMARA ditubuhkan sebagai projek perintis dengan menggunakan peruntukan
dalaman MARA.51
Latihan yang disediakan GiatMARA membolehkan para belia
mendapat kemahiran sebagai suatu persediaan untuk menjadi tenaga kerja mahir dan
usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi
50
Minit Mesyuarat Majlis MARA 148, Bil. 12, 1986. 51
Majlis Amanah Rakyat (MARA), GiatMARA Malaysia. Majlis Taklimat GiatMARA kepada Y. B. Dato’ Mohamed Khaled
Nordin, Menteri Kementeria Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) pada 16 Februari 2006, di Tingkat 24 Ibu Pejabat
MARA, hlm. 2.
Univers
ity of
Mala
ya
304
serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet kewangan dalam
pengoperasian GiatTMARA dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia melalui
peruntukan yang disalurkan menerusi MARA. Penggunaan peruntukan yang diterima
adalah berpandukan kepada Pekeliling Kewangan Kerajaan dan Pekeliling Kewangan
MARA dari masa ke masa.52
7.8 Matlamat Penubuhan GiatMARA
Berbeza dengan IKM yang memerlukan kelayakan akademik yang minimum untuk
membolehkan seseorang pelajar Bumiputera memasukinya, kemasukan ke program
GiatMARA tidak memerlukan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh IKM. Hal ini
didasari oleh matlamat penubuhan GiatMARA yang memberikan latihan kemahiran
asas dan bertumpu di kawasan luar bandar. Berbanding dengan penduduk di kawasan
bandar yang berpeluang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah yang baik, penduduk
di kawasan luar bandar tidak mempunyai peluang pendidikan yang sama. Oleh itu,
disebabkan oleh faktor berkenaan, keciciran sekolah dan pencapaian akademik yang
rendah adalah lebih lazim berlaku di kawasan luar bandar berbanding di kawasan
bandar.
Perkara ini terbukti berdasarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJK2), 1991-2000 yang menekakan perkara tersebut. RRJPK2 menyatakan bahawa
satu masalah besar yang berlaku di luar bandar, khususnya di kampung-kampung
terpencil dan di kebanyakan ladang-ladang ialah kekurangan sekolah yang memiliki
kelengkapan yang cukup dan guru-guru terlatih yang sesuai serta persekitaran yang
lebih baik untuk aktiviti pembelajaran. Keadaan berkenaan menjejaskan mutu
pendidikan dan mengakibatkan kadar keciciran yang tinggi di sekolah-sekolah. Situasi
52
Dasar-dasar GiatMARA: Kemahiran Wawasan Negara, Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat, hlm. 8.
Univers
ity of
Mala
ya
305
ini mengurangkan peluang-peluang bagi golongan miskin untuk memperbaiki
kehidupan mereka melalui pendidikan.53
Berdasarkan keadaan sedemikian, pemberian latihan kemahiran yang bersifat
asas merupakan satu kaedah pihak kerajaan dalam memperbetulkan keadaan yang
wujud akibat ketidakseimbangan yang wujud antara kawasan bandar dan luar bandar.
Memandangkan golongan Bumiputera khasnya orang Melayu membentuk majoriti di
kawasan luar bandar, pemberian latihan kemahiran yang asas adalah satu langkah dalam
memperbaiki keadaan sosioekonomi Bumiputera sekaligus membantu membasmi
kemiskinan. Hal ini bertepatan dengan agenda utama pentadbiran Dr. Mahathir yang
mahu meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi.54
Langkah MARA menyediakan pemberian latihan kemahiran melalui
GiatMARA jelas menjadi satu suntikan yang penting dalam konteks pemberian
pendidikan kepada Bumiputera secara menyeluruh. Mulai tahun 1990, penubuhan
GiatMARA adalah berkonsepkan setiap kawasan parlimen akan mempunyai satu Pusat
GiatMARA.55
Dalam perencanaanya, penubuhan GiatMARA adalah mengikut
keperluan sama ada menerusi pembinaan bangunan secara kekal, separuh kekal atau
menggunakan kabin yang diubahsuai. Setiap GiatMARA diwajibkan mengendalikan
sekurang-kurangnya tiga jenis kursus. Jangkamasa kursus di GiatMARA adalah antara
enam bulan hingga setahun. Kemudahan yang disediakan di setiap GiatMARA
merangkumi komponen seperti bangunan pentadbiran, dewan serbaguna, bilik kuliah,
makmal komputer, bengkel, bilik tamu, bilik tenaga pengajar, stor, tandas dan pondok
pengawal.
53
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000, hlm. 11. 54
Sivamurugan Pandian, Legasi Mahathir, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2005, hlm. 99. 55
Dasar-dasar GiatMARA: Kemahiran Wawasan Negara, hlm. 1.
Univers
ity of
Mala
ya
306
Program GiatMARA dilaksanakan sebagai satu usaha yang cepat ke arah
menambah bilangan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara. Kursus-kursus yang
diadakan di GiatMARA adalah sesuai dengan keperluan semasa serta sesuai mengikut
tahap dan jenis keperluan tenaga kerja. Harapan MARA agar program ini akan berupaya
meningkatkan taraf sosioekonomi seseorang individu. Melalui latihan yang diperoleh,
seseorang pelatih dapat menggunakan kemahiran yang diperoleh untuk menjana
pendapatan. Di samping membekalkan tenaga mahir tempatan, pelatih-pelatih
GiatMARA juga boleh dibentuk untuk menjadi usahawan kerana mereka yang selesai
menjalani latihan di institusi berkenaan akan mempunyai kebolehan dalam aspek
teknikal.
7.9 Perkembangan GiatMARA
Sebagai syarikat pengurus pentadbir, GiatMARA yang pertama ditubuhkan bertempat di
Jitra, Kedah pada Januari 1986 (kini dikenali sebagai GiatMARA Prima Kubang Pasu)
dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik,
Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi. Akhir tahun pertama penubuhan
Pusat GiatMARA pada tahun 1986, terdapat tiga buah Pusat GiatMARA termasuk di
Paka, Kemaman dan di Bandar Muadzam Shah, Pahang.56
Sebagai kesan daripada
permintaan yang tinggi terhadap latihan kemahiran yang dikendalikan MARA, bilangan
jumlah GiatMARA menunjukkan pertambahan sebanyak enam buah menjadikannya
sembilan buah pada tahun 1987.57
Bilangan GiatMARA terus meningkat pada tahun-
tahun berikutnya apabila jumlah GiatMARA pada tahun 1988 ialah sebanyak 14 buah
dan 16 buah pada tahun 1989.58
56
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan 1986, hlm. 10. 57
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan 1987, hlm. 12. 58
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan 1988, hlm. 11 dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan 1989,
hlm. 6.
Univers
ity of
Mala
ya
307
Pada tahun 1990, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan
Negara dan Luar Bandar merancang untuk menubuhkan GiatMARA di semua daerah
dalam negara bagi menyediakan latihan asas teknikal dan vokasional kepada belia-belia
di kawasan luar bandar. Bertepatan dengan tahun terakhir pelaksanaan DEB, Kerajaan
Persekutuan merancang untuk membina sebanyak 30 buah GiatMARA. Menurut
Timbalan Perdana Menteri, Encik Ghafar Baba, pengoperasian GiatMARA tidak
memerlukan belanja yang besar memandangkan ia hanya memerlukan struktur
bangunan yang asas sahaja seperti rumah-rumah kedai atau balai bomba yang tidak lagi
digunakan sebagai tempat pelaksanaan program berkenaan. Encik Ghafar Baba
menegaskan bahawa kerajaan tidak mahu para belia hanya berdiam diri dan terlibat
dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Selain itu, wujud juga keperluan untuk
membekalkan tenaga berkemahiran dalam negara selaras dengan peningkatan jumlah
pelaburan luar.
Satu daripada ciri GiatMARA ialah tiada sebarang kelayakan akademik
diperlukan untuk memasukinya dan para belia boleh mengikuti pengajian yang
disediakan untuk tempoh selama yang disukai.59
Jumlah GiatMARA yang ditubuhkan
juga memperlihatkan pertambahan dari masa ke masa. Keadaan ini menunjukkan
bahawa institusi latihan kemahiran yang asas ini sangat diperlukan untuk
membangunkan tenaga Bumiputera luar bandar. Pada tahun 1991, bilangan GiatMARA
yang ditubuhkan ialah 35 buah sahaja, namun jumlah ini meningkat sehingga 120 buah
pada tahun 1995.60
Sehingga akhir Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) pada tahun
2000, sebanyak 152 buah GiatMARA berjaya ditubuhkan.
59
New Straits Times, “Free Basic Technical Training in Districts”, 19 Januari 1990, hlm. 2, dalam UPSE 179/991/50. Dasar Belia
Negara. 60
Majlis Amanah Rakyat (MARA). Laporan Tahunan 1991, hlm. 10, dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Laporan Tahunan
1995, hlm. 23.
Univers
ity of
Mala
ya
308
Objektif penubuhan GiatMARA ialah untuk memberi pengetahuan dan latihan
kemahiran teknikal kepada masyarakat setempat dalam pelbagai bidang yang
bersesuaian. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat digunakan untuk
mencari peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup. Untuk mencapai hasrat
menubuhkan GiatMARA di setiap kawasan parlimen, kerajaan menerusi Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) telah memperuntukkan kepada MARA
sebanyak RM 217,197,000 untuk tempoh dari tahun 1986 hingga 2005. Dalam
Rancangan Malaysia ke 5, peruntukan yang diperolehi ialah sebanyak RM 15,630,000
manakala dalam Rancangan Malaysia ke 6 pula sebanyak RM 33,448,000 dan bagi
Rancangan Malaysia ke 7 sebanyak RM 65,009,000 dan Rancangan Malaysia ke 8 ialah
sebanyak RM 103,110,000.61
Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke 5, kerajaan telah meluluskan sejumlah
15 buah GiatMARA dengan peruntukan belanja pembangunan sebanyak RM
15,630,000. Manakala, di dalam tempoh Rancangan Malaysia ke 6 kerajaan telah
meluluskan tambahan sebanyak 22 buah GiatMARA lagi yang telah menjadikan 36
buah GiatMARA secara keseluruhannya. Peruntukan pembangunan untuk 36 buah
GiatMARA ini ialah sebanyak RM 45,556,000. Di dalam tempoh Rancangan Malaysia
ke 7, peruntukan pembangunan yang telah diluluskan ialah sebanyak RM 95,900,000
untuk 135 buah GiatMARA. Sehingga Januari 1999, 128 buah GiatMARA telah
beroperasi di seluruh negara. Manakala sehingga Jun 2005 sebanyak 175 buah
GIATMARA telah ditubuhkan. Dari tahun 1986 hingga tahun 2005, kerajaan telah
memperuntukkan kepada MARA sebanyak RM 217,197,000 bagi penubuhan
GiatMARA di setiap kawasan parlimen.
61
Analisa Pengambilan Pelatih dan Status Pelatih Lepasan GiatMARA, Unit Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian
Perancangan Korporat MARA, Ibu Pejabat MARA, hlm. 1-3.
Univers
ity of
Mala
ya
309
Program GiatMARA ini merupakan suatu usaha cepat dan singkat ke arah
penambahan bilangan tenaga mahir yang sangat diperlukan oleh sektor perindustrian
khasnya di kawasan luar bandar dan juga di kawasan separa bandar. Kursus yang diberi
tumpuan adalah relevan dengan keperluan semasa dan berkait rapat dengan keperluan
masyarakat setempat dan disesuaikan dengan jenis keperluan tenaga kerja. Sejajar
dengan keperluan tenaga negara dalam bidang industri, GiatMARA bersedia untuk
bergerak maju memberi latihan teknikal kepada belia luar bandar dalam bidang
bersesuaian dan mengikut keperluan masyarakat tempatan. Pertumbuhan ekonomi yang
pesat dan dinamik memerlukan ramai tenaga mahir bagi memenuhi hasrat kerajaan
menjayakan proses perindustrian negara.
Program GiatMARA dapat membantu kerajaan dalam usaha mengurangkan
masalah sosial dalam kalangan muda-mudi. Langkah ini akan membantu negara dalam
merealisasikan Wawasan 2020. Melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di
pusat GiatMARA, belia yang terlatih dapat dipertingkatkan tahap sosioekonomi mereka,
diberi rangsangan untuk mewujudkan sesuatu aktiviti ekonomi. Selain itu, bekas pelatih
juga dibentuk untuk menjadi usahawan. Malah, bekas pelatih GIAT adalah merupakan
sasaran utama MARA dalam membentuk “usahawan teknikal”.
Kumpulan sasar bagi program GiatMARA terfokus kepada belia-belia tempatan
yang mengalami kesukaran untuk mendapat peluang pekerjaan yang menawarkan
pendapatan yang lumayan. Program ini juga turut memberikan fokus kepada mereka
yang tidak berpeluang untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau
lebih dikenali sebagai “drop outs”. Selain itu, kelompok yang belum pernah mendapat
latihan juga tergolong dalam kumpulan ini. Program GiatMARA turut menyasarkan
golongan yang kehilangan pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru. Pendek kata,
Univers
ity of
Mala
ya
310
golongan yang mempunyai kelayakan akademik yang rendah merupakan sasaran utama
GiatMARA. Jesteru, GiatMARA beperanan sebagai platform kemahiran asas untuk
mencari rezeki. Syarat kemasukan bagi mengikuti kursus di GiatMARA adalah seperti
berikut:
a) Bumiputera.
b) Penduduk tempatan.
c) Berumur antara 15 hingga 40 tahun pada tarikh memohon.
d) Kelulusan akademik iaitu boleh menulis, membaca dan mengira.
e) Sihat tubuh badan dan tidak cacat.
f) Minat dalam bidang terpilih.
Pembangunan kurikulum bagi setiap kursus di GiatMARA adalah berpandu
kepada NOSS Pembelajaran di MLVK. Kurikulum bagi kursus elektrik menggunakan
kurikulum yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Pembelajaran yang dilaksanakan
di GiatMARA adalah secara bermodul menurut kursus yang ditawarkan. Kurikulum
yang ditawarkan GiatMARA adalah “multi-skill” dan “single-skill”. Setiap GiatMARA
diharuskan menerima pentauliahan MLVK sebagai pusat bertauliah untuk
melaksanakan kursus latihan kemahiran. Pelatih-pelatih akan ditauliahkan dengan Sijil
Kemahiran Malaysia (tahap 1, 2 atau 3) dan Sijil GiatMARA. Bagi kursus elektrik,
pelatih-pelatih akan ditauliahkan dengan Sijil GiatMARA dan sijil yang dikeluarkan
oleh Suruhanjaya Tenaga mengikut tahap kelulusan (PW1 sehingga PW4). Selain itu,
pelatih-pelatih GiatMARA juga didedahkan dengan konsep “training cum production”,
misalnya Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) iaitu mendirikan rumah kepada
Univers
ity of
Mala
ya
311
golongan termiskin sebagai latihan kemahiran dalam bidang yang dipelajari.62
Kursus-
kursus yang ditawarkan oleh GiatMARA merangkumi bidang-bidang berikut:
Jadual 7.7: Jenis Kursus yang ditawarkan oleh GiatMARA
BIDANG KURSUS
A) Bidang Binaan
-Binaan (Batu Bata)
-Binaan (Tukang Kayu)
-Binaan Ubin
-Memasang Paip Domestik
-Teknologi Bangunan
-Teknologi Simen dan Craft
-Industrial Engineering&Maintenance
B) Bidang Perabot
-Perabot Kayu
-Perabot Rotan
C) Bidang Elektrik
-Pendawaian Elektrik Domestik
-Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
D) Bidang Pembuatan
-Fabrikasi Logam
-Kerja Fibreglass
-Kimpalan (6G)
-Pembuatan Acuan dan Alat Pemotong L 1 dan L2
-Pemesin Am
E) Bidang Automotif
-Teknologi Automotif Kenderaan
-Membaiki Motosikal
-Mengetuk dan Mengecat Kenderaan
-Membaiki Injin Motorbot
-Mekanik Am
62
Dasar-dasar GiatMARA: Kemahiran Wawasan Negara, hlm. 2.
Univers
ity of
Mala
ya
312
Jadual 7.7, sambungan
BIDANG KURSUS
F) Bidang Mekanikal-Penyelenggaraan
-Industrial Engineering Maintenance
G) Bidang Elektronik
- Membaiki Radio&TV
- Membaiki Alat Elektrik Penggera
-Mekanik Komputer
-Membaiki Alat Elektronik Pengguna&IT
H) Bidang Jahitan
-Teknologi Fabrik
-Jahitan Pakaian
-Jahitan Kusyen
I) Bidang Percetakan
-Teknologi Percetakan
J) Bidang Perkhidmatan
- Pereka Gaya Rambut dan Kecantikan
- Pengurusan Makanan dan Minuman
Sumber: Analisa Pengambilan Pelatih dan Status Pelatih Lepasan GiatMARAyang
Menubuhkan Perniagaan, hlm. 4 dan 5.
Sehingga September 2004, sebanyak 169 GiatMARA telah berjaya diwujudkan
dan beroperasi di seluruh Malaysia dengan keupayaan menerima seramai 15,433 orang
pelatih setahun. Pada tahun 2006, terdapat sebanyak 184 buah GiatMARA di seluruh
Malaysia.63
Setiap negeri mempunyai GiatMARA bagi melatih anak tempatan dalam
bidang kemahiran. Dari tahun 1986 hingga tahun 2004, jumlah pelajar yang diambil
ialah seramai 145,722 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 127,226 orang
direkodkan berjaya menamatkan latihan di GiatMARA merangkumi sebanyak 33 jenis
63
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Data Korporat MARA 2006, hlm. 44-48.
Univers
ity of
Mala
ya
313
latihan dalam 10 bidang kursus. Jadual 7.8 adalah pecahan bilangan pengambilan
pelatih dan pelatih yang berjaya menamatkan latihan mengikut bidang-bidang kursus.
Jadual 7.8: Bilangan Keseluruhan Pelatih dan Pelatih Tamat Mengikut Kursus
Bagi Tahun 1986 hingga 2004
BIDANG
KURSUS
BILANGAN PELATIH
PENGAMBILAN TAMAT
BILANGAN % BILANGAN %
a) Binaan
b) Perabot
c) Elektrik
d) Pembuatan
e) Automotif
f) Mekanikal-
Penyelenggaran
g) Elektronik
h) Jahitan
i) Percetakan
j) Kecantikan
17,960
3,727
24,488
14,669
59,321
560
6,109
17,651
1,061
176
12.32
2.56
16.81
10.07
40.71
0.38
4.19
12.11
0.73
0.12
15,318
3,102
20,203
13,082
53,456
340
5,039
15,592
950
144
12.04
2.44
15.88
10.28
42.02
0.27
3.96
12.25
0.75
0.11
Jumlah 145,722 100 127,226 100
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Unit Perancang dan Penyelidikan,
Bahagian Perancangan Korporat, Ibu Pejabat MARA, hlm. 7.
Jadual 7.8 menunjukkan bahawa seramai 127,226 (87.31%) pelatih telah berjaya
menamatkan latihan dalam pelbagai bidang kursus di GiatMARA. Daripada
keseluruhan pelatih seramai 145,722 orang, didapati seramai 42.02% atau 53,456
pelatih adalah daripada kursus automotif, 20,203 orang (15.88%) daripada kursus
elektrik, 15,318 orang (12.04%) daripada kursus binaan, 5,039 orang (3.96%) telah
mengikuti kursus elektronik, 15,592 orang (12.25%) pula mengikuti kursus jahitan dan
seramai 17,618 orang (13.85%) selesai menjalani lain-lain kursus. Data-data ini
Univers
ity of
Mala
ya
314
menunjukkan bahawa sebanyak 86.15% atau seramai 109,608 orang daripada jumlah
keseluruhan 127,226 pelatih lepasan GiatMARA adalah terdiri lepasan kursus-kursus
automotif, elektrik, elektronik, binaan dan jahitan. Jika dibandingkan jumlah
keseluruhan pengambilan pelatih seramai 127,226 orang (87.3%) didapati perbezaan
seramai 18,496 orang merupakan bilangan pelatih yang tidak menamatkan kursus sama
ada terdiri daripada mereka yang masih berkursus telah berhenti. Jadual 7.9
menunjukkan analisis bilangan pelatih mengikut bidang kursus.
Jadual 7.9: Bilangan Pelatih Mengikut Bidang Kursus 1986-2004.
BIL BIDANG KURSUS BILANGAN PELATIH
BILANGAN PERATUS
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Binaan
Perabot
Elektrik
Pembuatan
Automotif
Mekanikal Penyelenggaraan
Elektronik
Jahitan
Percetakan
Kecantikan
17,960
3,727
24,488
14,669
59,321
560
6,109
17,651
1,061
176
12.32
2.56
16.81
10.07
40.71
0.38
4.19
12.11
0.73
0.12
JUMLAH 145,722 100
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Unit R&D Bahagian Perancang Korporat
MARA.
Jadual 7.9 menunjukkan kategori kursus yang ditawarkan. Daripada 33 jenis
kursus yang dikendalikan, sebanyak 10 kursus telah disenaraikan sebagai pilihan utama
pelatih. Pilihan utama pelatih ialah bagi kursus automotif iaitu sebanyak 40.71%. Ini
Univers
ity of
Mala
ya
315
diikuti oleh kursus elektronik, binaan, jahitan dan lain-lain kursus. Kursus yang
tergolong dalam bidang automotif ialah kursus Teknologi Automotif Kenderaan
Komersial, Membaiki Motosikal, Ketuk dan Cat Kereta, Membaiki Enjin Motobot dan
Mekanik Am. Majoriti pelatih mengikuti kursus Teknologi Automotif Kenderaan
Komersial ialah seramai 28,775 orang atau 48.51% dan diikuti oleh kursus Membaiki
Motosikal seramai 17,002 orang (28.63%) dan kursus ketuk dan cat kereta seramai
11,518 orang (19.50%).64
Kursus ini menjadi pilihan utama pelatih kerana pasaran kerja
bagi kursus ini agak luas dan mempunyai permintaan yang tinggi.
GiatMARA turut bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk
memberi latihan kemahiran teknikal kepada golongan Bumiputera. Kerjasama yang
dijalin dengan agensi-agensi berkenaan adalah berbentuk penyediaan kepakaran dalam
pelbagai bidang kemahiran. Untuk tujuan berkenaan, bangunan, tanah dan peralatan
disediakan oleh agensi yang terlibat. Antara agensi yang telah bekerjasama dengan
GiatMARA ialah, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
(JHOEA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Kemajuan Islam
Sarawak (IKMAS), Universiti Malaysia Sabah (dalam projek incinerator dan Go-Kart)
dan Wong Kwok Group, Sabah (penyediaan peluang pekerjaan kepada lepasan pelatih).
GiatMARA juga turut bekerjasama dengan agensi-agensi kemahiran kerajaan seperti
Majlis Latihan Vokasional Kerajaan (MLVK) dan Suruhajaya Tenaga (ST) untuk
meningkatkan kualiti kursus di GiatMARA.65
64
Ibid., hlm. 50. 65
Dasar-dasar GiatMARA: Kemahiran Wawasan Negara, hlm. 8.
Univers
ity of
Mala
ya
316
Jadual 7.10: Analisis Pelajar Bagi Tahun 2006 Mengikut Kumpulan Kursus
Kumpulan
Kursus
Pelajar Sedia
Ada
(01.01.2006)
Pelajar
Baru 2006
Pelajar
Tamat
2006
Pelajar
Semasa
31.12.2006
Pelajar
Tamat
1986
hingga
2006
Binaan 138 1,039 799 131 17,125
Perabut 0 132 106 0 3,383
Elektrik 680 2,976 2,145 841 24,682
Pembuatan 139 1,249 1,049 136 15,051
Automotif 607 6,118 5,227 697 63,316
Elektronik 266 1,624 1,471 193 7,576
Jahitan 397 3,330 2,751 564 20,826
Percetakan 0 85 84 0 1,178
Mekanikal-
Penyenggaraan
17 17 27 0 381
Perkhidmatan 8 418 295 78 638
Lain-lain 0 34 32 0 32
Jumlah 2,252 17,022 13,986 154,188
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan GiatMARA 2006, hlm. 6.
Jadual 7.10 menunjukkan jumlah pelajar yang sedia ada dan juga jumlah pelajar
yang telah tamat di bawah program GiatMARA. Jumlah pelajar yang tamat antara tahun
1986 hingga 2006 ialah seramai 154,118 orang. Ini bermakna dalam tempoh 20 tahun
penubuhan GiatMARA, sejumlah besar pelajar Bumiputera berkemahiran telah berjaya
dihasilkan. Daripada jumlah ini, bilangan pelatih yang paling besar adalah daripada
kursus Automotif iaitu seramai 63,316 orang. Kursus automotif merupakan antara
kursus yang begitu diminati ramai memandangkan peluang untuk mendapat pekerjaan
dengan menceburi kursus ini adalah sangat tinggi. Kebanyakan pelajar lebih cenderung
untuk memilih kursus yang dijangka akan memudahkan mereka memperolehi pekerjaan
Univers
ity of
Mala
ya
317
kelak. Selain dari itu, kursus automotif juga menawarkan pasaran kerja yang lebih
banyak berbanding kursus-kursus yang lain.66
Daripada 145,722 orang pelatih yang telah mengikuti latihan sehingga tahun
2004, seramai 127,226 orang telah dapat menamatkan latihan dengan jayanya.
Mengikut rekod GiatMARA, seramai 1,518 bekas pelatih telah menubuhkan syarikat
perniagaan dalam pelbagai bidang perniagaan. Bilangan ini merupakan 1.19% daripada
keseluruhan pelatih yang berjaya menamatkan latihan mereka. Seramai 242 orang
(15.94%) telah berjaya membuka bengkel motosikal, 166 orang (10.93%) menjalankan
perniagaan jahitan pakaian, 148 orang (9.74%) menjadi kontraktor, 145 orang (9.55%)
membuka bengkel mengetuk dan mengecat kereta, 102 orang (6.72%) membuka
bengkel fabrikasi logam dan kimpalan, manakala selebihnya pula menjalankan pelbagai
perniagaan lain dan seramai 264 orang (17.39%) tidak memberi maklumat tentang
perniagaan yang dijalankan.67
Majoriti bekas pelatih perempuan didapati menjalankan
perniagaan dalam bidang jahitan manakala bekas pelatih lelaki pula menjalankan
perniagaan bengkel motosikal, cat mengecat kereta dan menjadi kontraktor. Jadual 7.11
menunjukkan bilangan pelatih perempuan dan lelaki serta jenis perniagaan yang
diceburinya.
Jadual 7.11: Bilangan Bekas Pelatih Berniaga Mengikut Jenis Perniagaan dan
Jantina
JENIS
PERNIAGAAN
LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
BEKAS
PELATIH
Pendawaian Elektrik
dan kerja paip
68 7 75
66
Ginzberg Eli, Occupational Choice, An Approach to A General Theory, New York: Columbia University Press,1951, hlm. 61-65. 67
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Analisa Pengambilan Pelatih dan Status Pelatih Lepasan GiatMARA, hlm. 43.
Univers
ity of
Mala
ya
318
Jadual 7.11, sambungan
JENIS
PERNIAGAAN
LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
BEKAS
PELATIH
Baik Pulih
Penyaman Udara
3 0 3
Bengkel Kereta 84 0 84
Bengkel Motosikal 240 2 242
Kontraktor Letrik
dan Bangunan
144 4 148
Jahitan Pakaian,
Langsirulaman dan
Andaman
35 138 173
Kereta Sewa 14 0 14
Membuat Kusyen
Kereta
84 7 91
Mengetuk dan
Mengecat Kereta
145 0 145
Fabrikasi
Logam/Kimpalan
102 0 102
Pembekalan Alat
Makmal dan
Hardware
43 1 44
Fibreglass 3 0 3
Membuat Sofa 7 1 8
Mini Market/Kedai
Runcit
2 2 4
Membaiki Jentera
Berat
9 0 9
Bengkel Perabot/Jual
Perabot
28 2 30
Univers
ity of
Mala
ya
319
Jadual 7.11, sambungan
JENIS
PERNIAGAAN
LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
BEKAS
PELATIH
Membaiki Barang
Elektronik dan
Membekal Peti
Sejuk dan
Hawadingin
75 1 76
Percetakan 9 4 13
Restoran dan Kedai
Makan
3 0 3
Tiada maklumat 244 7 251
Jumlah 1,342 176 1,518
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Unit Penyelidikan dan Pembangunan,
Bahagian Perancang Korporat MARA, hlm. 44.
Jadual 7.11 menunjukkan bahawa jumlah pelatih perempuan paling ramai
menceburi perniagaan jahitan manakala pelatih lelaki paling ramai menceburi
perniagaan bengkel motosikal. Jadual berikutnya pula menunjukkan analisis kaitan jenis
perniagaan dengan jenis kursus yang diikuti semasa di GiatMARA.
Jadual 7.12: Perkaitan antara Jenis Pekerjaan dan Jenis Kursus yang Diikuti
PERKARA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
Jenis Perniagaan
sama dengan kursus
yang diikuti
963
(63.44%)
151
(9.95%)
1,114
(73.39%)
Jenis perniagaan
ada kaitan dengan
kursus yang diikuti
86
(5.67%)
10
(0.66%)
96
(6.32%)
Univers
ity of
Mala
ya
320
Jadual 7.12, sambungan
PERKARA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
Jenis perniagaan
tidak ada kaitan
dengan jenis kursus
yang diikuti
50
(3.29%)
7
(0.46%)
57
(3.75%)
Tiada maklumat 243
(16.01%)
8
(0.53%)
251
(16.54%)
Jumlah 1,342
(88.41%)
176
(11.59%)
1,518
(100%)
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Unit Penyelidikan dan Pembangunan,
Bahagian Perancang Korporat MARA, hlm. 46.
Daripada 1,518 bekas pelatih yang menjalankan perniagaan, 73.39% jenis
perniagaan didapati sama dengan kursus atau latihan yang diikuti semasa di
GiatMARA. Hanya 3.76% direkodkan menjalankan perniagaan yang tidak ada kaitan
dengan kursus yang telah diikuti, 6.32% menjalankan perniagaan yang ada kaitan
dengan kursus manakala 16.35% tiada maklumat sama ada jenis kursus atau latihan
yang diikuti. Meskipun kursus GiatMARA ini tidak setanding dengan ijazah yang
diperolehi di peringkat universiti, kursus ini secara tidak langsung mampu memberikan
pulangan yang memuaskan melalui gaji yang diperolehi oleh para pelatih. Jadual 7.13
menunjukkan gaji bulanan bekas pelatih GiatMARA.
Jadual 7.13: Gaji Bulanan Bagi Bekas Pelatih GiatMARA
PENDAPATAN
BULANAN
LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
BEKAS
PELATIH
Bawah RM 1,500.00 482 (31.75%) 84 (5.54%) 566 (37.29%)
Univers
ity of
Mala
ya
321
Jadual 7.13, sambungan
PENDAPATAN
BULANAN
LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
BEKAS
PELATIH
RM 1,501.00 hingga
RM 3,000.00
369 (24.31%) 25 ( 1.65%) 394 (25.96%)
RM 3,001.00 hingga
RM 5,000.00
71 (4.68%) 3 (0.19%) 74 (4.87%)
RM 5,001.00 ke atas 74 (4.87%) 5 (0.33%) 79 (5.20%)
Tiada Maklumat 346 (22.79%) 59 (3.89%) 405 (26.88%)
JUMLAH 1342 (88.4%) 176 (11.6%) 1,518 (100%)
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Unit R & D Bahagian Perancang Korporat
MARA, hlm. 48.
Daripada 1,158 orang pelatih yang menjalankan perniagaan, seramai 566 orang
(37.29%) memperolehi pendapatan bawah RM 1500.00 sebulan. Sejumlah 394 orang
(25.96%) mendapat pendapatan bulanan sekitar RM 1,501.00 hingga RM 3,000.00,
manakala seramai 74 orang (4.87%) memperolehi pendapatan antara RM 3,001.00
hingga RM 5,000.00 ke atas. Jadual di atas menunjukkan bahawa, terdapat pelatih yang
mampu menceburi bidang pekerjaan yang menawarkan gaji mencecah ribuan ringgit
sebulan. Pendapatan yang diperolehi oleh para pelatih lulusan GiatMARA adalah amat
memuaskan dan jika dibandingkan dengan gaji lepasan SPM tanpa latihan kemahiran,
sememangnya pendapatan yang mereka perolehi adalah jauh lebih tinggi. Seramai 79
orang iaitu 5.20% telah mendapat pendapatan melebihi RM 5,000.00 sebulan dan
mereka dapat diklasifikasikan sebagai usahawan kelas menengah. Golongan usahawan
ini telah menjalankan pelbagai perniagaan di seluruh negeri dan perniagaan mereka
mempunyai kaitan dengan kursus GiatMARA yang telah mereka ceburi. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa kemahiran yang disediakan oleh GiatMARA amat membantu
Univers
ity of
Mala
ya
322
dalam meningkatkan mobiliti sosial Bumiputera khususnya bagi mereka yang tidak
memiliki kecemerlangan dari aspek akademik.
Dalam konteks pencapaian anugerah dan kejayaan GiatMARA, institusi ini telah
memperlihatkan pelbagai pencapaian sejak penubuhannya dan pernah diiktiraf sebagai
antara institusi latihan kemahiran terbaik di Malaysia. Pada tahun 1996, GiatMARA
telah menerima Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri bagi Institut Latihan
Kemahiran terbaik di Malaysia pada tahun tersebut. Selain itu, GiatMARA juga telah
menerima Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri Institusi/Agensi Latihan Terbaik
Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia ke Sembilan Tahun 1998. GiatMARA juga
telah melakar kejayaan yang sama pada tahun 2003 apabila memperoleh Anugerah
Tangan Emas Perdana Menteri bagi Institut Latihan Kemahiran Terbaik di Malaysia
Tahun 2003 dan menjadi Johan Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke-13.68
Penubuhan GiatMARA sejak tahun 1986 jelas menunjukkan komitmen MARA
untuk memperbaiki taraf hidup Bumiputera sehingga ke peringkat dasarnya. Peranan
GiatMARA dalam memberikan latihan kemahiran yang asas merupakan satu daripada
langkah kerajaan di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad untuk membasmi
kemiskinan dalam kalangan Bumiputera, khasnya di kawasan luar bandar. Selain itu, ia
membuktikan prospek pembasmian kemiskinan di Malaysia adalah menyeluruh dan
dalam hal ini, MARA telah memainkan peranan yang dipertanggungjawabkan
kepadanya. Sehubungan itu, dalam usaha kerajaan membasmi kemiskinan dalam negara
yang bersifat menyeluruh, Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamed telah
menyatakan bahawa:
68
Dasar-dasar GiatMARA: Kemahiran Wawasan Negara, Lampiran 6.
Univers
ity of
Mala
ya
323
“As far as the eradication of poverty is concerned, this too has been
largely achieved. No one willing to work should face absolute poverty in
Malaysia. Even the disabled have been given opportunity to work and
earn a living. Those incapable of helping themselves have been assisted
through various proverty eradication programmes, including the
provision of funds to build or repair their houses. There is truly no reason
for poverty to exist, whether in the urban or rural areas, or amongst the
bumiputeras or the non-bumiputeras.”69
Latihan kemahiran yang diberikan MARA dalam tempoh pengukuhannya ini telah
menghasilkan lebih banyak tenaga Bumiputera yang berkemahiran. Antara contoh
keluaran IKM yang berjaya mendaki tangga kejayaan ialah Encik Mohd Yusof Bin
Shahir yang pernah mengikuti kursus Elektronik Radio dan TV (ERTV) pada tahun
1980-1982). Setelah tamat latihan di IKM, beliau bekerja di sektor swasta dalam
bidang pemasaran, seterusnya dihantar ke luar negara melalui program MARA dan
ditempatkan di Universiti Southwest Minnesota State pada tahun 1986. Encik Mohd
Yusof kemudiannya menamatkan pengajiannya di peringkat sarjana di Universiti
Teknologi Malaysia pada tahun 2000. Bermula November 2002, beliau dilantik sebagai
Pengarah Urusan German Malaysia Institute (GMI). Beliau merasakan langkah pertama
beliau adalah di IKM Johor Bahru yang memberikan banyak cetusan ilham dan
semangat kepadanya untuk bergerak lebih jauh dalam kehidupannya.70
Seorang lagi
bekas penuntut IKM Lumut (2002) iaitu Encik Abdul Kadir bin Ismail juga telah
mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Ia bertitik tolak daripada pendidikan yang
diterima dari IKM (Sijil Ketuk dan Cat). Beliau kini merupakan Pengarah Kadir
Painting Int. yang mengeluarkan cat kereta pelbagai kualiti pertama Bumiputera.71
69
Dr Mahathir bin Mohamad, The Way Forward, London: Weidenfeld & Nicolson, 1998, hlm. 36. 70
Inspirasi Kejayaan Ikon Kemahiran MARA, Kuala Lumpur, MARA, 2010, hlm. 59. 71
Ibid., hlm. 88.
Univers
ity of
Mala
ya
324
7.10 Kesimpulan
Tempoh 1981 sehingga 2006 jelas memperlihatkan aspek latihan kemahiran yang
dilaksanakan MARA telah mencapai tahap kukuh. Dalam tempoh pengukuhan ini, IKM
sebagai institusi kemahiran MARA yang penting telah dimantapkan dan diperkukuhkan
serta dapat menyesuaikan penawaran kursus-kursusnya dengan kehendak-kehendak
industri negara yang berkembang dengan rancak mulai tahun 1981. Ukuran-ukuran
pengukuhan IKM ini dapat dinilai melalui pemantapan kursus-kursus yang
ditawarkannya serta keupayaan IKM untuk memenuhi keperluan negara yang
memerlukan tenaga manusia yang berkemahiran. Lulusan IKM juga didapati
mempunyai prospek kerjaya yang luas serta mampu menikmati taraf kehidupan yang
baik.
Selain IKM, pengukuhan kemahiran MARA dapat dibuktikan apabila pada
tempoh ini, badan berkenaan telah mewujudkan satu lagi institusi kemahiran baru iaitu
GiatMARA pada tahun 1986. Dengan tertubuhnya GiatMARA, sasaran pemberian
latihan kemahiran kepada Bumiputera telah tercapai sehingga ke peringkat dasarnya
memandangkan institusi ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang terpinggir
dalam lapangan akademik. Dalam hal ini, GiatMARA merupakan ejen penting negara
dalam menaikkan taraf kehidupan kumpulan Bumiputera yang tercicir dalam
pendidikan negara. Jesteru dalam konteks pembangunan tenaga Bumiputera dalam
kerangka tindakan afirmatif kerajaan, IKM dan GiatMARA telah memberi kemahiran
kepada golongan Bumiputera yang tidak cemerlang dalam akademik untuk mendapat
pendidikan yang lebih tinggi.
Univers
ity of
Mala
ya
325
BAB 8: PENGUKUHAN DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MENENGAH
MARA 1981-2006
8.1 Pengenalan
Bab ini menghuraikan perkembangan pendidikan menengah Majlis Amanah Rakyat
(MARA) iaitu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dalam jangka masa 1981 hingga
2006. Persoalan tunjang yang dipaparkan dalam bab ini ialah sejauhmanakah usaha
yang digerakkan MRSM untuk mempertingkatkan mutu dan kualiti pendidikan
menengah bermula dekad 1980-an. Selain itu, bab ini turut menilai langkah proaktif
MRSM untuk mengembangkan prospek pelajar Bumiputera yang pintar melalui
program pintar cerdas. Berdasarkan kedudukan MRSM yang sangat istimewa dalam
rangka pembangunan tenaga muda negara, MARA nyata berhasil mengendalikan
perkhidmatan pendidikan menengah yang bersifat ekslusif di Malaysia.
Tempoh 1981-2006 telah mempamerkan perkembangan yang begitu giat dan
signifikan dalam konteks penawaran dan pemberian perkhidmatan pendidikan oleh
pihak MRSM. Tidak lari daripada prinsip Pendidikan Negara, MRSM telah merumus
dan mengimplementasikan kaedah-kaedah yang tersendiri dalam usaha berterusan untuk
mencungkil keintelektualan generasi muda Bumiputera. Pencapaian peperiksaan yang
cemerlang berjaya dipamerkan MRSM jelas menunjukkan keberhasilan program-
program yang terangkum dalam strategi MRSM untuk melahirkan modal insan
Bumiputera berprestasi tinggi dalam bidang Sains dan Teknologi .
Univers
ity of
Mala
ya
326
8.2 Pendidikan MRSM Menjelang Tahun 1980-an
Selepas tahun 1980, sistem pendidikan MRSM telah melonjak ke fasa barubagi
mengantarabangsakan pendidikannya agar ia lebih berkualiti.1 Tempoh masa 1980
merupakan jangka masa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu satu dasar yang
mementingkan ekuiti ekonomi dalam kalangan kaum dan satu dasar yang melindungi
kegiatan usahawan Bumiputera agar mampu bersaing secara terbuka dengan pelabur
tempatan dan luar negara.2 Bumiputera khususnya orang Melayu berasa resah dengan
penamatan dasar itu dan menyeru agar mengorak langkah dengan berani dan yakin
untuk berjaya dalam pelbagai bidang kehidupan.3
Selaras dengan Wawasan 2020, keinginan kerajaan membentuk satu tamadun
bertaraf atau berkualiti tinggi memerlukan jentera pentadbiran kerajaan yang juga
mengamalkan dasar kualiti dan produktiviti tinggi. Institusi pendidikan seperti sekolah
menjadi saluran utama untuk melahirkan generasi wawasan.4 Lantaran itu MRSM,
sebuah institusi pendidikan menengah di bawah MARA yang menawarkan
perkhidmatan pendidikan alternatif melalui Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)
menjadi salah satu egennya. Bermula dengan penubuhan MRSM pertama pada tahun
1 Dekad 1980-an menyaksikan kerajaan melipatgandakan usaha-usaha untuk mencapai matlamat DEB. Lihat “Merangka Strategi
Baru untuk Merealisasikan Matlamat DEB-Kongeres Ekonomi Bumiputra 1980”, hlm. 350, dalam One Nation One Vision, Satu
Negara Satu Wawasan Malaysia, Kuala Lumpur: Permodalan Nasional Berhad, 2007. 2 Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Negara mempunyai tujuan bersepadu dalam mencari dan mencapai identiti kebangsaan
yang memberikan kesempatan untuk Malaysia dikenal sebagai negara yang mengutamakan perpaduan dan pembangunan. Oleh itu,
pendidikan berdaya maju menjadi jentera dalam menyusun semula masyarakat dalam konteks demokratik, adil, maju dan berfikiran
luas. Abdullah Sani Yahaya, Perkembangan Pendidikan di Malaysia, Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, 2003.
Sufean Hussin menyatakan bahawa dasar pendidikan yang berkait dengan DEB mengikut falsafah progresivisme dan perenialisme.
Menurutnya, progresivisme kerana menekankan pencapaian keperluan masyarakat yang seimbang dan perenialisme kerana
pembelajaran lebih mengutamakan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan daya upaya bagi bersaing dalam
kehidupan yang serba mencabar. Pendidikan bukan sahaja menjadi ejen kepada sosialisasi, malah menjadi ejen bagi mengurangkan
jurang sosioekonomi antara kaum, wilayah dan antara elit dan bawahan. Lihat Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia, Sejarah,
Sistem dan Falsafah (Edisi Kedua), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 155. 3 Sufean Hussin, Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia Teori dan Analisis, Kuala Lumpur: DBP, 2002, hlm. 173.
4 Dalam memperjelaskan Wawasan 2020, Hussein Hj. Ahmad menyatakan bentuk pelajar yang dihasilkan daripada sistem
pendidikan (sekurang-kurangnya tamat Tingkatan Lima) dapat dilihat melalui empat dimensi iaitu:
i) memiliki akhlak yang cemerlang berasaskan nilai agama, moral dan etika yang tinggi.
ii) bertoleransi antara agama dan kaum menurut batasannya dengan menggunakan perbezaan sebagai kekuatan.
iii) mengamalkan nilai hidup bermasyarakat serta mempunyai kesedaran politik, ekonomi, sosial dan alam sekitar yang tinggi.
iv) menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, meliputi kebolehan berkomunikasi (bertutur dan menulis) dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris, mampu menyelesaikan masalah matematik dan sains, memiliki daya fikir yang berupaya menjalankan usaha tinjau
siasat dan boleh menyampaikan ilmu, kemahiran dan keterampilan, memiliki kebolehan komputer, teknik dan teknologi. Hussein
Hj. Ahmad, Pendidikan dan Masyarakat, Antara Dasar, Reformasi dan Wawasan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993, hlm. 450.
Univers
ity of
Mala
ya
327
1971, MRSM menyediakan pendidikan dalam bidang matematik, sains dan teknologi
kepada pelajar-pelajar Bumiputera untuk meneruskan pengajian ke institusi-institusi
pendidikan tinggi di dalam dan luar negara.
Sehingga tahun 2006, jumlah MRSM keseluruhannya adalah sebanyak 32 buah.5
Jumlah pelajar yang telah dihasilkan oleh MRSM bermula dari tahun 1972 sehingga
2006 mencecah seramai 107,236 orang.6 Dianggarkan lebih 36,900 pelajar telah berjaya
menyelesaikan pengajian mereka di universiti-universiti tempatan mahupun luar
negara.7 Dari segi perbelanjaan pula, pertambahan ketara berlaku dari segi peruntukan
yang diperoleh Bahagian Latihan MARA iaitu dari jumlah RM 9,277,188 pada tahun
19718 kepada RM 796.97 juta pada tahun 2006.
9 Pertambahan angka ini jelas
menunjukkan pertumbuhan pesat MRSM serta peningkatan mendadak keluaran MRSM
demi memenuhi aspirasi negara.
Bagi mendukung aspirasi kerajaan untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan
dan Perindustrian Bumiputera Generasi Kedua (MPPB II), MRSM telah melakukan
penambahbaikan untuk menjadikannya bertaraf dunia dan mampu melahirkan ahli sains
yang bertaraf nobel laureate10
serta usahawan yang berjaya pada peringkat global. Pada
masa yang sama, konsep dan falsafah MRSM masih dikekalkan. Menurut Bahagian
Pendidikan Menengah MARA, visi sistem pendidikan MRSM ialah untuk menjadi
pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia dengan menyediakan prasarana
pendidikan yang berkualiti untuk menghasilkan individu yang berkualiti. Oleh yang
demikian, Bahagian Pendidikan Menengah MARA dengan penubuhan unit
5 Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 2006, hlm. 98.
6 Majlis Amanah Rakyat (MARA), Data Korporat MARA 2006, hlm. 36.
7 Utusan Malaysia, 7 Februari 2003, hlm. 12. 8 Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 1971, hlm. 3.
9 Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 2006, hlm. 22.
10 Nobel laureate boleh ditakrifkan sebagai “individu yang mendapat anugerah berdasarkan pencapaian intelektual dan kreativiti
yang luar biasa”. http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/laureate (tarikh diakses 27 April 2015, 5.03 p.m.).
Univers
ity of
Mala
ya
328
pengantarabangsaan telah mengambil inovasi dalam membentuk sistem pendidikan
yang bertaraf antarabangsa.
SPMRSM telah menjalani penambahbaikan dengan menerapkan elemen
keterbezaan dalam kurikulum, kokurikulum dan pengurusan bagi membolehkan pelajar-
pelajar meneroka potensi diri berdasarkan minat dan bakat. Misalnya pelajar
didedahkan dengan pelbagai kemahiran yang disalurkan melalui pengajaran guru di
kelas. Hasilnya bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah
pelajar, tetapi juga menjadi asas persediaan bagi pelajar menceburi bidang pekerjaan
berasaskan Sains dan Teknologi serta keusahawanan bagi memenuhi keperluan glokal.
8.3 Perkembangan Kurikulum MRSM
Pada peringkat ini, kurikulum MRSM dibentuk dengan mengambil kira keperluan
dasar-dasar MARA, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan MRSM
untuk melahirkan pelajar yang dapat memenuhi hasrat merealisasikan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sesuai dengan tuntutan semasa dan
cabaran globalisasi. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.”11
11
Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah,, hlm. 146.
Univers
ity of
Mala
ya
329
Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan
negara dapat ditafsirkan sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan untuk
melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketerampilan seterusnya seimbang dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani tanpa mengenepikan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.12
Individu tersebut perlu berilmu dan berfikiran kreatif
dan rasional, berakhlak mulia, berkeupayaan memberi sumbangan ke arah
memakmurkan masyarakat dan negara. 13
Pendidikan seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah
suatu usaha berterusan dan berlangsung sepanjang hayat (life long education). Sebagai
manusia, seseorang itu akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan dalam
kehidupan. Proses pertumbuhan dan perkembangan akan menyebabkan perubahan
berlaku pada individu. Usaha mengadaptasi kepada perubahan adalah perlu bagi
seseorang individu. Selain itu, persekitaran yang terus berubah dari semasa ke semasa
juga menuntut kepada keterampilan yang perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui
konsep pendidikan sepanjang hayat, kesinambungan dalam kehidupan dapat
berlangsung dengan lancar.14
Falsafah Pendidikan MRSM telah digubal pada tahun 1982 oleh Bahagian
Pendidikan Menengah MARA. Falsafah berkenaan adalah selaras dengan intipati
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan bahawa:
“Kami percaya bahawa pendidikan adalah satu usaha berterusan,
dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti kepada diri
sendiri, masyarakat, negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab
12
MRSM menawarkan program pendidikan berteraskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang disediakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain berpandu kepada kurikulum KBSM, MRSM turut menyediakan program-program
pembangunan sahsiah, sukan dan kokurikulum dalam usaha memberikan satu program pendidikan yang menitik beratkan
keperibadian dan keindividuan para pelajar. Noorzalina Binti Mohd. Noor, „Kajian Profil Kecerdasan Pelbagai dan Gaya
Pembelajaran Pelajar Maktab Rendah Sains MARA‟, (Tesis Ph.D.), Universiti Kebangsaan Malaysia, 2007, hlm. 12. 13
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, Tanjung Malim: Quantum Book, 2008, hlm. 70. 14
Ibid., hlm. 72.
Univers
ity of
Mala
ya
330
yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-
usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan
dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya
setiap pelajar itu unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju
dan mencipta kecemerlangan.”15
Langkah yang diatur dalam Sistem Pendidikan MRSM bagi tahun 1980-an dapat
dilihat melalui pengenalan model pengurusan pendidikan MRSM seperti Rajah 6.1.
Hasil terakhir yang diharapkan ialah untuk menghasilkan pelajar K-Bumiputera16
yang
cemerlang dalam Sains dan Teknologi. Pelajar ini dibekalkan dengan ilmu dan nilai
teras korporat MRSM melalui tiga program utama iaitu Program Pembangunan Ilmu,
Program Pembangunan Emosi dan Sosial dan Program Pembangunan Bakat yang
menjadi teras utama dalam pendidikan. Pelaksanaan teras utama ini melalui tiga
pendekatan iaitu Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan, Kualiti Pengajaran dan
Pembelajaran dan Kecemerlangan Kemudahan dan Perkhidmatan. Secara umum, gerak
kerja dan hala tuju pendidikan MRSM ditunjukkan seperti dalam Model Pengurusan
Pendidikan MRSM.
15 Sistem Pendidikan MRSM Abad ke 21(SPMRSM21), Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA,Majlis Amanah
Rakyat (MARA), hlm.3. 16
K-bumiputera bermaksud Bumiputera yang berpengetahuan dalam pelbagai lapangan pendidikan. K merujuk kepada perkataan
“knowledge”.
Univers
ity of
Mala
ya
331
Rajah 8.1: Model Pengurusan Pendidikan MRSM
Program pembangunan pelajar MRSM meliputi Program Pembangunan Ilmu,
Program Pembangunan Emosi dan Pembangunan Bakat. Ia dirancang dan dilaksanakan
bersesuaian dengan tahap akademik yang dimiliki oleh pelajar, bakat yang sedia wujud
dan kepelbagaian emosi yang ada pada diri mereka sendiri. Program-program ini
disediakan bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang berpengetahuan luas melampaui
Kecemerlangan Pelajar
K-Bumiputera
Dalam Sains dan Teknologi
Kecekapan dan Keberkesanan
Pengurusan Kecekapan dan Keberkesanan
Pengurusan
Kualiti Pengajaran dan
Pembelajaran
Kecemerlangan Kemudahan dan
Perkhidmatan
Kecemerlangan Kemudahan dan
Perkhidmatan
Program
Pembangunan
Bakat
Program
Pembangunan
Emosi
Program
Pembangunan
Emosi
Program
Pembangunan
Ilmu
Univers
ity of
Mala
ya
332
batas subjek mereka, tahu dan jelas dengan bakat yang mereka ada serta mampu
mengembangkannya dan seterusnya berupaya menyelesaikan dan menangani masalah
emosi yang dihadapi.17
Dalam sistem pendidikan MRSM juga terdapat kurikulum perkembangan
sahsiah. Kurikulum ini adalah berasaskan kepada konsep kendiri. Konsep kendiri ini
walaupun terbentuk sendiri namun ia boleh berubah jika mengalami pengalaman yang
bermakna dan mendalam. Kurikulum perkembangan sahsiah dibentuk untuk
menyokong pendidikan afektif yang menekankan pengenalan diri sebagai sebahagian
daripada individu masyarakat. Kurikulum ini disusun untuk membentuk konsep kendiri
yang positif.
Kandungan kurikulum ini mengambil kira pelajar-pelajar sebagai insan yang
sentiasa berkembang, unik dan sentiasa berkeinginan untuk merealisasikan kemampuan
diri. Ia dimuatkan juga dengan program kerjaya yang bertujuan untuk melahirkan sikap
sihat terhadap dunia pekerjaan dengan membimbing pelajar untuk mengkaji kedudukan
akademik, imej diri, nilai dan minat serta isu berkaitan dengan dunia pekerjaan.18
Kurikulum Perkembangan Sahsiah MRSM yang dilaksanakan melalui Program
Pembangunan Emosi mengandungi program pengajaran dan pengalaman yang
diaturkan kepada pelajar sebagai usaha mewujudkan bukan sahaja insan yang seimbang
dan harmonis tetapi juga individu yang berpersonaliti dinamik. Ciri-ciri utama
personaliti insan yang berkonsep kendiri positif diharap dapat melahirkan pelajar yang
cemerlang dalam bidang akademik, mempunyai sahsiah yang sempurna dan memiliki
kecekapan sebagai usahawan. Aspek-aspek kecemerlangan pelajar telah dikenal pasti
17 Sistem Pendidikan MRSM Abad ke 21(SPMRSM21), Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA,Majlis Amanah
Rakyat (MARA), hlm. 15-16. 18
Kurikulum Perkembangan Sahsiah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA, Majlis Amanah Rakyat (MARA),
hlm. 12.
Univers
ity of
Mala
ya
333
untuk dipupuk, disemai dan dikembangkan ke tahap yang maksimum merentasi seluruh
kurikulum MRSM.19
Antara program pembangunan emosi yang telah dijalankan dalam
tempoh 1990-an ialah program kemahiran Kecerdasan Emosi (EQ) (Sahsiah dan Sosial)
yang diperkenalkan melalui kursus-kursus yang dikendalikan kepada para pelajar.20
Selain itu, dari aspek kokurikulum juga diperkenalkan aktiviti sukan, kelab dan badan
beruniform bagi mengasah bakat seseorang individu. Bermula tahun 1995, modul
konsep kendiri juga telah diperkenalkan di peringkat menengah rendah bagi membentuk
pelajar tentang sifat kendiri yang positif yang harus dimiliki mereka.
8.4 Kerangka Konsep SPMRSM
Kerangka konsep SPMRSM diubahsuai daripada Model Congruence (congruence
model) yang dibangunkan oleh David A. Nadler.21
Model ini menggambarkan
organisasi pendidikan MRSM sebagai sebuah sistem terbuka (open system) yang
sentiasa berhubung dan berinteraksi dengan persekitaran (environment).
19
Ibid., hlm.13. 20
Kemahiran Kecerdasan Emosi (EQ) adalah kebolehan menyedari, mengenal pasti dan mengurus emosinya sendiri serta menjalin
hubungan yang mesra di samping memiliki motivasi kendiri. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1996 di seluruh institusi pendidikan
MARA. Rujuk D. Goleman, Working With Emotional Intelligence, New York : Bantam Books, 1999. 21
David A.Nadler dan Michael L. Tushman telah memperkenalkan Teori Congruence pada tahun 1980. Ia merupakan kunci utama
dalam kejayaan sesebuah institusi. Kedua-dua mereka merupakan professor terkemuka dari Columbia. Model ini telah diadaptasikan
dalam sistem pendidikan MRSM bagi tujuan penambahbaikan institusi tersebut. Model ini membantu dalam mengenalpasti
kelemahan sesebuah organisasi dan cara mengatasinya.
Univers
ity of
Mala
ya
334
PembangunanKurikulum
Pembangunan Pelajar
Pembangunan Kokurikulum
Perkhidmatan Pendidikan
MODALINSAN
BERKUALITI
Nobel Laureate
&Usahawan
Nilai TerasSIKAP
Kurikulum&
Kokurikulum
Sumber Manusia
Prasarana
SISTEM PENDIDIKAN MRSM
Sumber: David A Nadler, Champions of Change (1998)
INPUT PROSES TRANSFORMASI OUTPUT
Rajah 8.2 : Kerangka Konseptual SPMRSM.
Sumber: David A. Nadler, Champions of Change, hlm. 41.
Model Congruence dan teori sistem (Systems Theory) diguna pakai dalam era 1990-an
di seluruh MRSM bagi menggambarkan SPMRSM. Setiap komponen yang ada dalam
sistem MRSM mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang saling bergantungan,
berhubungan, berinteraksi dan berkaitan antara satu sama lain. Keselarian mestilah
diwujudkan dalam kalangan komponen sistem untuk membolehkan organisasi MRSM
menghasilkan output yang berkesan.
Keberkesanan sesebuah institusi pendidikan bergantung kepada dua aspek
utama, iaitu kualiti input dan kualiti proses. Kualiti input meliputi kualiti pengetua,
guru, staf, pelajar, kurikulum, program berkaitan, sumber kewangan, dasar, peraturan
dan sebagainya. Manakala kualiti proses memfokuskan kepada kualiti pengurusan dan
pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, persekitaran dan lain-lain. Oleh itu, dasar
MARA khasnya Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah BPL (M) adalah
memastikan bahawa kedua-dua aspek ini terkandung dalam SPMRSM.
Univers
ity of
Mala
ya
335
Input adalah sumber yang ada di MRSM. Untuk menukar input kepada output,
ia perlulah melalui proses transformasi. Proses transformasi ini boleh dibahagikan
kepada empat strategi pembangunan iaitu pembangunan kurikulum, pembangunan
kokurikulum, pembangunan pelajar dan pembangunan perkhidmatan pendidikan.
Output pula merupakan hasil atau matlamat yang hendak dicapai sama ada pada
peringkat individu dan organisasi (sistem). Output peringkat individu adalah untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang, kompetitif dan global. Ia bertujuan untuk
menyediakan asas kepada pelajar ke arah mencapai taraf nobel laureate dan usahawan
berdaya saing yang dapat menyumbang kepada pembinaan Masyarakat Perdagangan
dan Perindustrian Bumiputera II (MPPB II). Manakala output di peringkat institusi pula
adalah untuk menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan terbeza,
terbaik, inovatif dan bertaraf dunia.
Kerangka konsep SPMRSM ini menerangkan sistem pendidikan yang
dilaksanakan di MRSM, dan digunakan sebagai instrumen untuk menganalisis atau
mendiagnos organisasi. Di samping itu, maklum balas persekitaran juga berperanan
penting untuk menilai prestasi organisasi yang merupakan kunci kepada pengawalan
sistem bagi memastikan matlamat organisasi sejajar dengan keperluan persekitaran.22
Oleh yang demikian, dasar MARA terhadap pendidikan lebih terbuka demi mencapai
matlamat yang diingini.
22 Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA, Bahagian Pendidikan Menengah, hlm. 12. Sumber dari Bilik Sumber Bahagian
Pendidikan dan Latihan Menengah MARA.
Univers
ity of
Mala
ya
336
8.5 Perkembangan Pendidikan Menengah MARA Tahun 1980-an
Peningkatan pelajar telah berlaku secara mendadak dalam tempoh tahun 1980-an. Pihak
MARA khususnya Bahagian Pendidikan Menengah telah melakukan perubahan dalam
corak pemilihan pelajar ke MRSM. Ini disebabkan jumlah pelajar yang cemerlang
semakin ramai dan berlaku persaingan yang hebat dari segi kemasukan. Bermula dari
tahun 1980, setiap pelajar dikehendaki menduduki Ujian Kemasukan ke MRSM
(UKKM) dan sekiranya berjaya barulah mereka akan dipilih untuk memasuki MRSM.
Jawatankuasa Pemilihan Pelajar Bahagian pendidikan Menengah telah menetapkan
kriteria pemilihan yang berbeza berbanding sebelumnya iaitu peratus pemilihan terbesar
sebanyak 75% adalah dari ujian tersebut manakala 25% lagi adalah penilaian aspek latar
belakang keluarga dan ekonomi.23
Kriteria baru ini dikendalikan bagi melancarkan
pemilihan pelajar agar lebih tepat dari segi kualitinya. Memandangkan pelajar yang
beroleh semua A semakin ramai setiap tahun, maka keperluan untuk memilih yang
terbaik dalam kalangan yang baik menjadi satu kemestian.
Pelajar perlu menduduki ujian yang mencakupi aspek Matematik, Sains dan
Personaliti.24
Pelajar yang layak dan mendapat markah tinggi sahaja akan diterima
masuk ke MRSM. Satu kajian telah dijalankan bagi membandingkan pencapaian pelajar
dalam markah Matematik dan Sains UKKM dengan pencapaian subjek Matematik,
Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi SPM.25
Kajian ini dibuat bagi
menunjukkan betapa relevannya ujian ini dalam pemilihan pelajar ke MRSM.26
23 Laporan Kajian Perimbangan Pelajaran Melalui Sekolah Berasrama Penuh , Kementerian Pelajaran Malaysia, 1990, hlm. 90. 24
Soalan UKKM ini amat sulit dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana pihak. Malah panel pembuat soalan ini juga
dirahsiakan bagi menjamin ketelusan perjalanan peperiksaan ini. 25
Kajian ini telah dijalankan oleh Unit Peperiksaan Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah pada tahun 2001. 26
Kaedah yang lazim digunakan di negara-negara Barat dalam menilai kecerdikan dan kepintaran secara individu ialah Standford-
Binet dan Wechsler Intelligence Scales. Manakala kaedah bagi menguji kepintaran dan kecerdasan secara berkelompok ialah
Kuhlman Anderson, Otis Lennon, dan Primary Mental Abilities Test. Patricia A. Alexander and Jospeh A. Muia, Gifted Education,
A Comprehensive Roadmap, London: An Aspen Publication, 1982, hlm. 22.
Univers
ity of
Mala
ya
337
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar yang mendapat markah tinggi
bagi subjek Matematik UKKM cenderung untuk mendapat A1 dan A2 bagi subjek
Matematik dan Matematik Tambahan. Manakala pelajar yang mendapat markah tinggi
bagi subjek Sains UKKM juga cenderung mendapat markah tinggi bagi subjek Fizik,
Kimia dan Biologi SPM.27
Jelas di sini bahawa ujian UKKM adalah satu instrumen
yang boleh digunakan untuk membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi yang layak
ke MRSM. Oleh sebab bilangan pelajar yang melebihi kelayakan minimum semakin
bertambah setiap tahun, maka ujian UKKM menjadi instrumen yang sangat membantu
pihak MARA untuk membuat pemilihan yang tepat. Dengan kepintaran yang ada pada
pelajar akan lebih membantu MARA dalam mengaplikasikan pelbagai unsur tambahan
yang akan melahirkan pelajar yang lebih cemerlang.
Dalam era ini juga keperluan tenaga pengajar telah meningkat secara mendadak
ekoran penubuhan MRSM yang semakin meningkat. Pada tahun 1980, sebanyak enam
buah MRSM telah beroperasi dan jumlah guru telah meningkat kepada 252 orang. Pada
tahun 1990 pula, jumlah guru telah meningkat kepada 808 orang.28
MRSM merupakan
antara perintis terawal yang meletakkan kriteria tenaga pengajar yang berijazah untuk
mengajar pelajarnya. Guru MARA ini adalah lulusan dalam dan luar negara. Guru ini
adalah dilantik oleh MARA melalui Program Tindikan Guru ataupun guru yang
diambil dari pelajar tajaan MARA sendiri. Ini bermakna MARA tidak mengambil guru
tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. MARA mengambil inisiatif sendiri menghantar
guru mereka untuk mengikuti Latihan Perguruan di universiti berhampiran. Guru yang
tidak mempunyai latihan perguruan akan mengikuti program ini dan seterusnya terikat
kontrak bekerja dengan MARA selama lima tahun.29
27
Analisis perbandingan pencapaian keputusan Matematik dan Sains dalam UKKM dengan pencapaian Matematik, Matematik
Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi SPM, Unit Peperiksaan BPLM MARA, hlm. 16. 28
Jumlah Guru MRSM dari tahun 1972 hingga 1990, Bahagian Pelajaran Menengah MARA, Kuala Lumpur. 29 Laporan Kajian Keberkesanan Guru MRSM, BPM, 1995, hlm. 12.
Univers
ity of
Mala
ya
338
Selain memiliki ijazah, guru MARA perlulah mempunyai minat yang mendalam
dalam profesion pendidikan dan bersedia untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang tersebut.30
Satu kajian telah dilakukan oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
terhadap pencapaian pelajar Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM pada tahun 2006.
Hasil kajian itu menunjukkan bahawa sebanyak 100% guru MRSM yang terdapat dalam
sampel kajian tersebut memperoleh ijazah manakala seramai 93.3% guru di Sekolah
Berasrama Penuh merupakan guru siswazah.31
Ini jelas menunjukkan polisi MARA
yang amat mengambil berat tentang kualiti pendidikannya. Di samping itu, guru juga
dikehendaki mengajar satu mata pelajaran sahaja supaya mereka lebih fokus dan
menumpukan perhatian dalam memberi pengajaran yang efektif. Berbeza dengan
sekolah harian biasa yang menetapkan seorang guru untuk mengajar dua atau lebih
matapelajaran di sekolah. MRSM mempunyai cara tersendiri untuk memahirkan guru
bagi satu-satu subjek tertentu agar mereka cekap menguasai subjek yang diajar.
Selain itu, nisbah guru dan pelajar yang kecil juga telah mewujudkan tali
perhubungan yang kukuh antara pelajar dan pengajar. Jumlah pelajar di dalam bilik
darjah adalah dalam lingkungan 20 hingga 25 orang murid amat membantu guru untuk
mengawal kelas dengan baik. Malah, penyampaian subjek juga dapat dijalankan dengan
sempurna. Jumlah kelas di MRSM juga lebih banyak berbanding Sekolah Berasrama
Penuh. Sebuah MRSM mempunyai purata 30 buah kelas manakala Sekolah Berasrama
Penuh mempunyai purata 24 buah kelas.32
Ia secara tidak langsung membentuk suasana
pembelajaran yang kondusif dan mewujudkan persekitaran yang sihat.
30 Memorandum Mengenai Sistem Pendidikan MARA kepada Kementerian Pelajaran, EPRD Kementerian Pendidikan Malaysia,
1979, hlm. 8-9. 31 Laporan Kajian Status dan Pencapaian SBP dan MRSM dalam Peperiksaan SPM tahun 2000-2003, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006, hlm. 31. 32
Laporan Kajian Status dan Pencapaian SBP dan MRSM dalam Peperiksaan SPM tahun 2000-2003, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006, hlm. 32.
Univers
ity of
Mala
ya
339
Unit homeroom merupakan satu entiti penting di MRSM. Ia telah diperkenalkan
di MRSM seawal penubuhannya pada tahun 1972. Namun, di peringkat awal fungsi
homeroom tidak begitu jelas dan lebih kepada peranan guru dan murid. Setelah
memasuki fasa kedua iaitu tahun 1980-an, MARA telah mempergiatkan peranan
homeroom agar ia dapat memberikan kesan yang mendalam. Program homeroom ini
merupakan satu program pembentukan unit kekeluargaan yang terdiri daripada guru dan
murid. Guru akan menjadi penasihat dan bertanggungjawab terhadap murid di bawah
seliaan mereka.33
“The homeroom programmes is a part of the college curriculum and is as
important as the academic aspect of the curriculum. It is a unit composed
of a group of fifteen students under the supervision of a teacher. Every
MRSM student is a member of a homeroom and every MRSM teacher is
a homeroom advisor. The aim of the homeroom is to develop leadership
ability, collaborative learning, sense of responsibility, civic-
consciousness, initiative, and „esprit de corps.”34
Kewujudan homeroom di MRSM yang mementingkan elemen kekeluargaan bertujuan
memberi peluang kepada kumpulan kecil pelajar (10-15 orang) menjalani kehidupan
dalam suasana persaudaraan dengan guru penasihat sebagai pembimbing dan penjaga
ketika mereka menuntut di MRSM.35
Modul-modul disediakan dari semasa ke semasa sebagai pencetus perbincangan
dalam kalangan pelajar. Topik yang disediakan menjurus ke arah “mencabar minda”
pelajar-pelajar serta memberi peluang kepada mereka memberikan reaksi dan pendapat.
Guru sentiasa berusaha menyediakan rencana yang berkaitan dengan hal-hal
kecemerlangan diri, imej diri, budaya Melayu atau Islam serta apa jua topik yang
difikirkan perlu. Guru disarankan bertindak sebagai “pembimbing” dan fasilitator
33
Abdul Halim Bin Mahmud, „Perkembangan Pendidikan di Bawah Pentadbiran Majlis Amanah Rakyat (MARA), 1966-1990‟,
(Disertasi M.A.), Universiti Malaya, 2002, hlm. 121. 34 A Handbook of MRSM, Bahagian Latihan dan Pendidikan MARA, hlm. 5. 35 Sistem Pendidikan MRSM Abad ke 21(SPMRSM21), Bahagian Pendidikan dan Latihan MARA, hlm. 5.
Univers
ity of
Mala
ya
340
manakala pelajar digalakkan menjadi penggerak utama dalam setiap aktiviti
homeroom.36
Kewujudan homeroom di MRSM memberi kesan yang mendalam dalam
kejayaan peperiksaan para pelajarnya. Ini disebabkan homeroom menjadi tempat
rujukan seandainya para pelajar dilanda masalah. Misalnya, apabila seorang mentee itu
terlibat dalam salah laku disiplin, pelajar tersebut akan dirujuk kepada mentornya untuk
pemantauan. Begitu juga jika mentee mendapat keputusan yang tidak memuaskan,
mentor akan mengambil inisiatif memberi kata-kata perangsang dan tunjuk ajar bagi
meningkatkan tahap prestasi pelajar. Pendek kata, peranan seorang guru MRSM bukan
sekadar guru malah mereka juga menjadi ibu atau bapa angkat kepada para pelajar
mereka. Kewujudan sistem ini akan memudahkan perjalanan rutin seharian pelajar di
asrama. Mereka akan merasa dekat dengan guru dan hubungan juga bertambah rapat.
8.6 Perkembangan Pendidikan Menengah dalam tahun 1990-an
Pada era 1990-an, MARA tampil dengan “kurikulum terbeza”.37
Ia merujuk kepada
program-program pendidikan yang dirangka dan digubal khusus bagi memenuhi
matlamat dan memperkasakan SPMRSM untuk melahirkan pelajar-pelajar yang
cemerlang melalui penerapan nilai-nilai yang berlandaskan prinsip pendidikan pintar-
cerdas (gifted education), Kemahiran Amalan Belajar (KAB) dan pembelajaran
bersepadu (integrative learning).38
Program pintar cerdas iaitu Schoolwide Enrichment
Model (SEM) ini telah diperkenalkan pada tahun 1988, manakala KAB diperkenalkan
36 Program Homeroom MRSM Pengkalan Chepa, Majlis Amanah Rakyat (MARA), hlm. 22. 37
Kurikulum terbeza (differentiated curriculum) merupakan satu istilah yang luas takrifnya merujuk kepada keperluan membentuk
persekitaran pengajaran dan amalannya. Kurikulum terbeza ini bermatlamat untuk member pengalaman pembelajaran yang berbeza
kepada pelajar yang berbeza. Muhammad Amin Bin Zakaria, „Penilaian Pelaksanaan Model Pengayaan Seluruh Sekolah untuk
Pelajar Pintar Cerdas di Maktab Rendah Sains MARA: Satu Kajian Kes‟, (Tesis Ph.D.), Universiti Sains Malaysia, 2008, hlm. 62. 38
Menurut S.L. Berger, ahli-ahli teori pendidikan pintar cerdas sependapat menyatakan bahawa kurikulum yang unggul bagi
pendidikan pintar cerdas harus memasukkan penekanan kepada kemahiran berfikir peringkat tinggi dan kemahiran menyelesaikan
masalah dengan kebolehan melihat yang abstrak dan kompleks, mementingkan keaslian, dan fokus kepada isu-isu terkini dan
berupaya membuat jangkaan. Lihat Muhammad Amin Bin Zakaria, „Penilaian Pelaksanaan Model Pengayaan Seluruh Sekolah
untuk Pelajar Pintar Cerdas di Maktab Rendah Sains MARA: Satu Kajian Kes‟, hlm. 38.
Univers
ity of
Mala
ya
341
pada tahun 1985 dan program Integrative Learning (IL) diperkenalkan pada tahun 1990.
Meskipun program ini diperkenalkan dalam pertengahan 1980-an, namun, ia telah
diperkasakan dalam era tahun 1990-an.
Melalui kurikulum ini, pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan, ilmu dan
kemahiran bagi memperlengkap diri ke peringkat pengajian yang lebih tinggi dan
seterusnya apabila menempuh alam pekerjaan kelak.39
Kurikulum berbeza dibangunkan
untuk memenuhi pendidikan lima tahun persekolahan berasaskan kemahiran-kemahiran
yang berikut:
i. Kemahiran Amalan Belajar (KAB).
ii. Kemahiran Berfikir (KKB).
iii. Pendidikan Keusahawanan (KPU).
iv. Pembangunan Bakat dan Pintar Cerdas (PBC).
v. Kemahiran Komunikasi (KPD).
vi. Perkembangan Kerjaya (KPD).
vii. Sains Komputer (MSK).
viii. Pembangunan Modal Insan (PMI).
ix. Asas Pengurusan Strategik (APS).
39
Penerapan kemahiran berfikir yang merupakan satu pelajaran di MRSM telah memberi peluang kepada para pelajar untuk berfikir
secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, menganalisis, mengsintesis dan sebagainya. Ini dapat
membantu pelajar untuk memperkembangkan lagi potensi yang dimiliki seperti yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Lihat Omar Mohd. Hashim, Pendidikan, Persoalan, Penyelesaian dan Harapan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993, hlm. 422.
Univers
ity of
Mala
ya
342
8.7 Model Pengkayaan Untuk Program Pintar Cerdas
Antara inovasi yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan MRSM pada tahap ini
ialah mengadaptasi model pendidikan pintar cerdas (gifted) yang diperkenalkan oleh
Joseph Renzulli pada tahun 1985. Model ini dikenali sebagai Schoolwide Enrichment
Model (SEM) atau lebih dikenali sebagai model pendidikan pintar cerdas.40
Ia
merupakan hasil kajian Joseph Renzulli dan Sally Reis dari Universiti Connecticut lebih
15 tahun yang lalu.41
Visi SEM adalah menjadikan sekolah sebagai gelanggang dalam
menghasilkan pelajar yang berbakat.42
SEM juga meletakkan pencapaian akademik
sebagai sasaran utama dalam mencapai matlamatnya.43
Pelajar di MRSM diklasifikasikan sebagai pelajar pintar cerdas memandangkan
keputusan peperiksaan mereka yang cemerlang bagi melayakkan mereka memasuki
MRSM.44
Mengikut definisi yang diberi oleh United States Office of Education (USOE)
di dalam Gifted and Talented Children’s Act, 1978, kanak-kanak pintar cerdas ialah:
40
Matias Francisco De Menezes dan Lee Chai Poe, Model Pengkayaan Untuk Program Pintar Cerdas (The Schoolwide
Enrichment Model), Perak: Boon Beng Compu-Typesetting Co, 1995, hlm. 2. 41
SEM telah dimajukan oleh Renzulli dan Reis melalui siri penyelidikan secara berperingkat. Renzulli merupakan bekas guru dan
seorang professor dalam bidang Psikologi Pendidikan di University of Connecticut. Beliau banyak terlibat dalam penyelidikan
tentang pintar cerdas. Reis pula merupakan bekas guru dan kemudian menjadi penyelaras program pintar cerdas di Torrington
Public School dan tenaga pengajar di University of Connecticut. Renzulli dan Reis juga menjadi pakar perunding kepada sekolah-
sekolah yang menjalankan pendidikan khas pintar cerdas di Amerika Syarikat. Lihat Muhammad Amin Bin Zakaria, „Penilaian
Pelaksanaan Model Pengayaan Seluruh Sekolah untuk Pelajar Pintar Cerdas di Maktab Rendah Sains MARA: Satu Kajian Kes‟,
hlm. 76. 42
Menurut Renzulli dan Reis, matlamat SEM dapat diringkaskan kepada:
(i) mengembangkan bakat pelajar dengan:
(a) menilai kebolehan secara sistematik.
(b) menyediakan peluang-peluang pengayaan, sumber dan perkhidmatan yang diperlukan.
(c) menggunakan pendekatan fleksibel terhadap kurikulum terbeza dan penggunaan masa di sekolah.
(ii) mempertingkatkan prestasi akademik yang ditetapkan dalam kurikulum biasa sedia ada dan menggabungkannya dengan aktiviti
kurikulum terbeza sehingga memberi makna dan menyeronokkan
(iii) menggalakkan peningkatan profesionalisme dalam kalangan staf.
(iv) melahirkan komuniti yang menghormati etnik, gender, kepelbagaian budaya, prihatin, menghormati prinsip-prinsip demokrasi
dan menjaga kekayaan alam sekitar.
(v) melaksanakan prosedur pengurusan sekolah yang demokratik yang member peluang yang wajar kepada pelajar, ibu bapa, guru
dan pentadbir dalam proses membuat keputusan. Muhammad Amin Bin Zakaria, „Penilaian Pelaksanaan Model Pengayaan Seluruh
Sekolah untuk Pelajar Pintar Cerdas di Maktab Rendah Sains MARA: Satu Kajian Kes‟, hlm. 81. 43
SEM direka dan dibentuk untuk menggalakkan produktiviti kreatif dalam kalangan pelajar dengan pendedahan pelbagai topik
yang diminati dan menanam budaya penyelidikan. Model ini juga melatih pelajar menggunakan pengetahuan isi kandungan,
kemahiran proses dan latihan serta kaedah atau metadologi yang sesuai dengan bidang dan minat yang dipilih untuk menghasilkan
mini tesis pada tempoh dua tahun di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima. Muhammad Amin Bin Zakaria, „Penilaian Pelaksanaan
Model Pengayaan Seluruh Sekolah untuk Pelajar Pintar Cerdas di Maktab Rendah Sains MARA: Satu Kajian Kes‟, hlm. 80. 44
Lihat Walter B. Barbe and Joseph S. Renzulli (eds.), Psychology and Education of the Gifted (Second Edition), New York:
Irvingston Publishers, Inc., 1975.
Univers
ity of
Mala
ya
343
“The term gifted and talented children means children, and whenever
applicable, youths who are identified at the pre-school, elementary or
secondary level as possessing demonstrated or potential abilities that
give evidence of high performance capabilities in areas such as
intellectual, creative, specific academic, or leadership ability, or in the
performing and visual arts, and who by reason thereof, require services
or activities not ordinarily provided by the school.”45
Oleh yang demikian, program SEM ini amat bersesuaian untuk
diimplementasikan. MARA telah menaja beberapa orang pegawai Bahagian Pendidikan
Menengah MARA untuk mengikuti Confrantute di University of Connecticut, Amerika
Syarikat pada tahun 1992. Salah seorang daripada peserta tersebut iaitu En. Matias
Francisco de Menezes telah mengikuti program ini dari 20 hingga 31 Julai 1992. Beliau
telah menterjemahkan buku yang ditulis oleh Joseph Renzulli bertajuk “Schoolwide
Enrichment” ke dalam bahasa Melayu bagi memudahkan penguasaan guru-guru
terhadap konsep ini.46
Schoolwide Enrichment Model (SEM) telah dilaksanakan di MRSM sejak tahun
1988.47
Program ini dilaksanakan dari tahun 1988 sehingga 1991 dengan dua
pengambilan pelajar pada peringkat tingkatan 4 bagi sesi pengajian 1988-89 dan 1990-
91. Hasil pelaksanaan program ini, MRSM Kulim telah meraih keputusan SPM 100%
Gred 1 bagi tahun 1989 dan 1991. Ekoran kejayaan tersebut, MARA mengambil
tindakan untuk memindahkan program ini ke MRSM Taiping pada tahun 1991
memandangkan MRSM Kulim akan dinaiktaraf bagi melaksanakan program
Matrikulasi.48
45
Khadijah Rohani Mohd Yunus, Konsep Ujian dan Darjah Kecerdasan dalam Konteks Mengenalpasti Kanak-kanak Pintar
Cerdas, hlm.5. Rujuk juga Abu Hassan bin Ali, Kreativiti dan Implikasinya Terhadap Perkembangan Kanak-kanak Pintar-cerdas,
hlm. 3-9. 46
Temuramah dengan Encik Matia de Menezes pada 18 November 2009 di kediaman beliau di Taman Duyong, Seremban pada jam
11.00 pagi. 47
Tahun 1988 merupakan tahun bermulanya inovasi pendidikan MRSM. Hal ini berpunca daripada kesedaran penggubal dasar
sistem pendidikan MRSM tentang kepentingan untuk memenuhi keperluan pelajar berpencapaian tinggi dan pintar cerdas.
Sehubungan itu, MRSM Kulim telah menjalankan projek perintis ke arah memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas pada tahun
1988-1989. Projek ini disertai seramai 96 orang pelajar dan mendapat khidmat nasihat daripada Profesor Azman Wan Chik yang
menjalankan Projek BAKA serta bertugas di Fakulti Pendidikan di Universiti Malaya. Hamzan Bin Omar, „Perkaitan Stail Berfikir
dan Stail Belajar Dengan Pencapaian dan Daya Saing Pelajar MRSM‟, (Tesis Ph.D.), Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006, hlm.
85. 48 Sepintas Lalu Mengenai MRSM Kulim, Majlis Amanah Rakyat (MARA), hlm. 3.
Univers
ity of
Mala
ya
344
Program SEM ini telah diperkenalkan secara rasmi di beberapa buah MRSM
terpilih iaitu MRSM Jasin (kini dikenali sebagai MRSM Tun Ghafar), MRSM
Pengkalan Chepa dan MRSM Taiping. Ketiga-tiga maktab ini dikenali sebagai MRSM
Program Khas Pendidikan (PKP).49
Rasional pemilihan MRSM ini adalah kerana
lokasinya mengikut zon yang berbeza. Pada tahun 1998 pula, tiga buah MRSM PKP ini
menjadi MRSM BITARA manakala MRSM lain telah digerakkan untuk menjadi
MRSM PKP. MRSM Langkawi yang baru ditubuhkan pada tahun 1999 juga telah
diangkat sebagai MRSM BITARA.50
Perkataan BITARA merupakan akronim bagi perkataaan berikut iaitu Bijaksana,
Islah (Ilmiah), Taqwa, Amal, Rajulul A‟Amal (Usahawan) dan Atqan (Kualiti).
Berdasarkan kepada 6 prinsip ini maka konsep MRSM ini dibentuk.51
MRSM BITARA
ini akan mengadaptasikan program SEM ke dalam kurikulum pendidikan negara.
Tujuan pendidikan di MRSM BITARA ialah menjadi pemangkin dalam melahirkan
individu Bumiputera yang berpengetahuan, berdaya saing produktif dan kreatif serta
bersifat global.52
Selain itu, ia juga bertujuan menyediakan sumber manusia yang
berkualiti dan mampu menangkis cabaran Wawasan 2020.
49
PKP ini merupakan gabungan kurikulum biasa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan SEM. Muhammad
Amin Bin Zakaria, „Penilaian Pelaksanaan Model Pengayaan Seluruh Sekolah untuk Pelajar Pintar Cerdas di Maktab Rendah Sains
MARA: Satu Kajian Kes‟, hlm. 132. 50
Lihat Hamzan Bin Omar, „Perkaitan Stail Berfikir dan Stail Belajar Dengan Pencapaian dan Daya Saing Pelajar MRSM‟, hlm.
86. 51
Melalui sistem pendidikan MRSM BITARA, terdapat tiga matlamat utama yang hendak dicapai iaitu:
1. Pembangunan sumber manusia yang memiliki kekuatan jasmani, rohani, minda, emosi dan sosial.
2. Membina kecemerlangan ilmu yang berteraskan kepada kemahiran berfikir, budaya membaca, pendidikan seumur hidup, literasi
computer dan penguasaan bahasa antarabangsa.
3. Mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan MARA sebagai penanda aras kualiti pendidikan bagi melahirkan
individu warga dunia yang seimbang dan harmonis, mempunyai hala tuju, bertanggungjawab serta berpegang kepada wawasan
bersama demi kesejahteraan manusia sejagat. Hamzan Bin Omar, „Perkaitan Stail Berfikir dan Stail Belajar Dengan Pencapaian dan
Daya Saing Pelajar MRSM‟, hlm. 89. 52 Prospektus MRSM/Kolej MARA, 2000, Majlis Amanah Rakyat (MARA), hlm. 21.
Univers
ity of
Mala
ya
345
SEM merupakan satu model yang menawarkan program yang dapat mencungkil
bakat pelajar yang selalunya gagal diasah melalui kurikulum biasa.53
Ini bermakna
kurikulum yang sedia ada tidak diubah malah ia akan diperkayakan dengan pelbagai
aktiviti yang dapat memberikan pengalaman kepada pelajar.54
Jika sebelum ini pelajar
dari pelbagai tahap akan belajar di dalam kelas yang sama dan mengikuti latihan yang
sama. Apa yang sering berlaku ialah pelajar yang pintar ini akan menyiapkan latihan
yang diberi dengan lebih pantas dan guru akan menambahkan latihan tambahan agar
mereka tidak mengganggu rakan lain.55
Akibat jangka panjang adalah pelajar pintar
tersebut tidak akan menunjukkan kepintarannya dan mudah berasa bosan semasa berada
di dalam kelas. 56
Selain itu, jika semua kelas terdiri daripada pelajar yang mempunyai pelbagai
kebolehan, kesannya ialah guru terpaksa menggunakan pendekatan pengajaran yang
sederhana untuk memenuhi keperluan majoriti pelajar. Kesannya ialah prestasi
kumpulan pelajar pencapaian tinggi akan menurun kerana kurang cabaran. Manakala
prestasi kumpulan pelajar berkebolehan sederhana akan kekal dan prestasi kumpulan
pelajar berpencapaian rendah akan meningkat atau merosot sekiranya mereka tidak
dapat mengikuti pengajaran. Dengan mengumpulkan pelajar pencapaian tinggi di
dalam satu kelas atau sekolah, pengajaran yang mencabar dan setimpal dengan
53
SEM menawarkan program yang mampu memperkembangkan dan meluaskan pengalaman serta mencungkil bakat-bakat pelajar
yang pada kebiasaannya tidak dapat diasah dalam kurikulum biasa. Dalam program tersebut, ia menawarkan pelbagai pendekatan
yang sedia ada, mudah serta berkesan untuk dijalankan ke atas para pelajar program khas. Program ini bersifat fleksibel dan t idak
memerlukan peruntukan atau perbelanjaan yang besar. SEM sesuai dengan keadaan MRSM dan sekolah-sekolah biasa. Lihat
Ahmad Naszeri Bin Salleh, „Indikator Pelajar Cemerlang Akademik Program Khas Pendidikan MRSM (School Wide Enrichment
Model): Satu Kajian Di Maktab Rendah Sains MARA, Jasin, Melaka‟, (Disertasi M. Ed.), Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003,
hlm. 2. 54
“MRSM Melahirkan Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat”, Mingguan Malaysia, 1 Mei 2011, hlm. 13. 55
Perkara ini adalah selari dengan nilai SEM yang mengkehendaki para guru menjadikan sekolah sebagai tempat yang lebih
menarik dan paling menyeronokkan untuk perkembangan individu ke tahap yang terbaik. Lihat Muhammad Amin Bin Zakaria,
„Penilaian Pelaksanaan Model Pengayaan Seluruh Sekolah untuk Pelajar Pintar Cerdas di Maktab Rendah Sains MARA: Satu
Kajian Kes‟, hlm. 74. Para pelajar MRSM BITARA boleh menggunakan lebihan masa yang ada untuk melakukan aktiviti
pengayaan yang diminati seperti melakukan penyelidikan (selected-independent-investigation), membaca bahan bacaan tambahan
atau melakukan pemecutan terhadap sesuatu topik yang terdapat dalam kurikulum. Masa pelajar “ditambah dan dijimatkan” melalui
pemadatan kurikulum (compacting curriculum) di MRSM BITARA. Lihat, Hamzan Bin Omar, „Perkaitan Stail Berfikir dan Stail
Belajar Dengan Pencapaian dan Daya Saing Pelajar MRSM‟, hlm. 5. 56
Joseph S. Renzulli (terjemahan oleh Matias Francisco de Menezes dan Lee Chai Poh), The Schoolwide Enrichment Model, hlm. 2.
Univers
ity of
Mala
ya
346
kebolehan mereka dapat disajikan.57
Pelajar juga akan berpeluang untuk bergaul dengan
rakan-rakan yang sama bijak dan dapat menikmati suasana persaingan yang cukup
mencabar. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi pelajaran mereka.58
Berbekalkan kepada konsep SEM ini, bermula dari tahun 1995, MARA telah
membuat rombakan dari segi pengambilan pelajar iaitu pelajar yang paling cemerlang
berdasarkan peperiksaan UKKM (Ujian Kemasukan Ke MRSM) akan ditawarkan
tempat di MRSM BITARA. Ini bermakna, mereka ini tergolong dalam golongan pintar
cerdas yang mampu mengikuti program SEM yang telah dibentuk oleh Bahagian
Pendidikan Latihan Menengah. Para pelajar akan dilatih untuk mencari maklumat dan
menggunakan maklumat dengan sebaiknya. Mereka akan didedahkan dengan kaedah
penyelidikan dan dilatih untuk mencari maklumat. Kemahiran yang diperoleh oleh
pelajar akan digunakan untuk membuat penyelidikan tahap tinggi pada masa hadapan.
Dengan adanya penggayaan ilmu tambahan yang disalurkan di MRSM, maka tidak
hairanlah jika para pelajar MRSM mampu meraih kejayaan melalui keputusan
peperiksaan SPM dan PMR.
8.8 Pencapaian MRSM
Pencapaian MRSM dalam peperiksaan telah menunjukkan peningkatan yang ketara
setelah SEM diperkenalkan di beberapa buah maktab. Sepanjang tempoh penubuhan
MRSM, ia telah berjaya menghasilkan pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM.
Meskipun di peringkat awal penubuhannya, keputusan hanyalah 100% lulus tetapi sejak
akhir-akhir ini bukan lulus yang diharapkan tetapi kecemerlangan dalam setiap
keputusan peperiksaan.
57
Hamzan Omar dan Zalizan Hj Mohd Jelas, Program S.E.M: Mengenal Pasti Kepercayaan Guru dan Kesan Sistem Pendidikan
MRSM ke atas Pembentukan Daya Saing Pelajar MRSM, hlm. 9-15. 58
Ibid., hlm. 3. Rujuk juga Cheah Swee Ming, Kanak-kanak Pintar Cerdas Juga Perlu Bermain, hlm. 1-16.
Univers
ity of
Mala
ya
347
Jadual 8.1: Analisis Keputusan Peperiksaan MCE/SPM Bagi Tahun 1980-1998
Tahun GRED 1
BIL %
GRED 2
BIL %
GRED 3
BIL %
SAP
BIL
%
JUMLAH
1980 232 75.3 69 22.4 7 2.3 0 0.0 308
1981 360 73.5 102 20.8 27 5.5 1 0.2 490
1982 417 68.4 155 25.4 37 6.1 1 0.2 610
1983 644 72.5 195 22.0 44 5.0 4 0.5 887
1984 899 83.5 146 13.5 32 3.0 0 0.0 1077
1985 1112 85.5 152 11.7 33 2.5 3 0.2 1300
1986 1327 84.6 207 13.2 34 2.2 1 0.1 1569
1987 1397 91.2 109 7.1 23 1.5 1 0.1 1531
1988 1977 91.2 177 8.2 11 0.5 0 0.0 2167
1989 1821 91.7 150 7.6 14 0.7 0 0.0 1985
1990 2614 91.9 211 7.4 16 0.6 2 0.1 2843
1991 2819 90.1 288 9.2 23 0.7 0 0.0 3130
1992 3222 91.2 276 7.8 33 0.9 2 0.1 3534
1993 2533 93.3 153 5.6 8 0.3 20 0.7 2716
1994 3124 95.7 134 4.1 3 0.1 1 0.0 3265
1995 2773 95.6 126 4.3 2 0.1 1 0.0 2902
1996 3248 98.1 62 1.9 1 0.0 0 0.0 3311
1997 2924 99.7 9 0.3 0 0.0 0 0.0 2933
1998 3509 98.9 36 1.0 1 0.0 1 0.0 3547
Sumber: Kajian Data SPM, Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah.
Jadual 8.1 menunjukkan peningkatan keputusan pada setiap tahun. Pelajar yang
mendapat Gred 1 telah meningkat daripada 75.3% pada tahun 1980 kepada 98.9% pada
tahun 1998. Ini menunjukkan bahawa hampir semua pelajar di MRSM berjaya
mendapat Gred 1 dalam peperiksaan SPM.59
Manakala bilangan pelajar yang mendapat
Gred 3 dan SAP juga semakin berkurangan daripada 2.3% kepada 0.0%. Ini bermakna
MRSM telah berjaya mengekalkan sifar kegagalan dalam peperiksaan. Meskipun
pelajar di MRSM adalah pelajar yang terpilih tetapi keupayaan bagi pelajar yang terpilih
ini untuk berjaya dalam peperiksaan juga bergantung bukan kepada IQ mereka sahaja
59
Peratusan pelajar yang mendapat pangkat satu telah menunjukkan peningkatan kepada 78-79% dalam Rancangan Malaysia
Keempat (1981-1985) dan melonjak naik kepada 90.5% dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).
Abdul Halim Bin Mahmud, „Perkembangan Pendidikan di Bawah Pentadbiran Majlis Amanah Rakyat (MARA), 1966-1990‟, hlm.
282.
Univers
ity of
Mala
ya
348
tetapi juga EQ yang diterapkan.60
Dari segi jumlah pelajar yang mendapat 9A pula dapat
dilihat berdasarkan data maklumat jadual 8.2:
Jadual 8.2: Jumlah Pelajar Yang Mendapat 9A Bagi SPM Tahun 1980-1998
Tahun
9A
BIL %
Jumlah
1980 1 0.3 308
1981 1 0.2 490
1982 3 0.5 610
1983 0 0.0 887
1984 6 0.6 1077
1985 7 0.5 1300
1986 26 1.7 1569
1987 36 2.4 1531
1988 34 1.6 2167
1989 65 3.3 1985
1990 17 0.6 2843
1991 32 1.0 3130
1992 30 0.9 3534
1993 38 1.4 2716
1994 58 1.8 3265
1995 29 1.0 2902
1996 74 2.2 3311
1997 208 7.1 2933
1998 270 7.6 3547
Sumber: Kajian Data SPM, Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah.
Jadual 8.2 menunjukkan bahawa pada tahun 1980 hanya seorang pelajar sahaja
yang mendapat 9A iaitu sebanyak 0.3%. Jumlah ini telah meningkat kepada 270 orang
pada tahun 1998 iaitu sebanyak 7.6%. Di sini nyata berlaku peningkatan dari segi kualiti
pendidikan di MRSM. Untuk melihat peningkatan dari segi kualiti, perbandingan telah
dilakukan antara keputusan peperiksaan SPM bagi MRSM dan Sekolah Berasrama
Penuh di antara tahun 1990 hingga 1997.
60
Mohd Sabri Mamat, Syed Najmuddin Syed Hassan dan Ab. Halim Tamuri, “Amalan ibadat harian dan sumbangannya kepada
kecerdasan emosi remaja”, Journal of Islamic and Arabic Education, 1 (1), 2009, hlm. 29-40. Kajian membuktikan bahawa ibadat
harian seperti solat, mengaji dan sebagainya memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecerdasan emosi dalam kalangan
pelajar secara umumnya.
Univers
ity of
Mala
ya
349
Jadual 8.3 menunjukkan perbandingan keputusan SPM antara MRSM dan
Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Data tersebut menunjukkan bahawa MRSM
mengatasi SBP dari segi jumlah pelajar yang mendapat Gred 1 pada setiap tahun.
Manakala jumlah pelajar yang mendapat Gred 2, 3 dan SAP adalah kurang berbanding
dengan SBP. Secara keseluruhannya, data ini menunjukkan bahawa MRSM mampu
mengatasi SBP dalam keputusan peperiksaan SPM. Kejayaan ini adalah suatu yang
boleh dibanggakan oleh MARA sendiri atas hasil usahanya menubuhkan MRSM.61
Berikut adalah analisis keputusan peperiksaan SPM antara MRSM dan Sekolah
Berasrama Penuh bagi tahun 1999 mengikut pangkat. Seramai 3780 calon dari 15 buah
MRSM telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1999. Daripada jumlah ini
seramai 3,735 (98.81%) pelajar telah mendapat Pangkat 1 manakala baki 45 orang
(1.1%) mendapat Pangkat 2. Kesemua 15 buah MRSM mencapai kelulusan 100%
dengan empat (26.7%) buah MRSM mendapat keputusan 100% Pangkat 1. MRSM
tersebut adalah MRSM Taiping, Pengkalan Chepa, Serting dan Kuala Berang.
61
Surat Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah kepada Menteri Pembangunan Usahawan, Fail Mesyuarat Sektor Pendidikan
MARA, 25 September 1999, hlm. 3.
Univers
ity of
Mala
ya
Jadual 8.3 : Analisis Keputusan SPM Berdasarkan Pencapaian Mengikut Gred SBP dan MRSM, 1990-1997
Sumber: Kajian Data SPM, Bahagia Pendidikan dan Latihan Menengah MARA
Tahun
SBP
Gred1
MRSM
Gred 1
SBP
Gred 2
MRSM
Gred 2
SBP
Gred 3
MRSM
Gred 3
SBP
SAP
MRSM
SAP
JUM
SBP
JUM
MRSM
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL BIL
1990 3279 76.1 2614 91.9 817 19.0 211 7.4 203 4.7 16 0.6 7 0.2 2 0.1 4306 2843
1991 3979 81.5 2819 90.1 767 15.7 288 9.2 130 2.7 23 0.7 6 0.1 0 0.0 4882 3130
1992 3507 86.4 3222 91.2 485 12.0 276 7.8 65 1.6 33 0.9 0 0.0 2 0.1 4057 3534
1993 3555 90.9 2533 93.3 328 8.4 153 5.6 14 0.4 8 0.3 16 0.4 20 0.7 3913 2716
1994 3814 94.4 3124 95.7 210 5.2 134 4.1 8 0.2 3 0.1 7 0.2 1 0.0 4039 3265
1995 3966 89.2 2773 95.6 455 10.2 126 4.3 17 0.4 2 0.1 10 0.2 1 0.0 4448 2902
1996 4046 95.8 3248 98.1 170 4.0 62 1.9 6 0.1 1 0.0 1 0.0 0 0.0 4223 3311
1997 4068 97.0 2924 99.7 124 3.0 9 0.3 2 0.0 0 0.0 0 0.0 0 0.0 4194 2933
350
Univers
ity of
Mala
ya
351
Bagi Sekolah Berasrama Penuh pula, seramai 4,904 calon dari 37 buah SBP telah
menduduki peperiksaan ini. Daripada jumlah ini seramai 4,772 (97.31%) telah
memperoleh Pangkat 1, 2.57% Pangkat 2, 0.10% Pangkat 3 dan 0.02% Gagal. Sebanyak
36 buah SBP mencapai kelulusan 100% dengan 9 (25%) buah sekolah mendapat 100%
Pangkat 1. Sekolah-sekolah ini adalah Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Sek.
Men. Agama Persekutuan Kajang (SMAPK), Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
(SMSPS), Sek Men Agama Persekutuan Labu (SMAPL), Sekolah Tun Fatimah (STF),
Sek Sultan Ahmad Shah Pekan (SHAH), SMS Sultan Mahmud (SESMA), SMS
Muzaffar Shah (SMSY) dan SMS Kuala Selangor. Jadual di bawah menunjukkan
pencapaian pelajar MRSM berbanding SBP dalam SPM 1999 mengikut pangkat.62
Jadual 8.4: Pencapaian Pelajar Maktab Rendah Sains MARA Berbanding Sekolah
Berasrama Penuh dalam SPM 1999 Mengikut Pangkat
SPM MRSM % SBP % +/-
Pangkat 1 3,735 98.81% 4,772 97.31% + 1.5
Pangkat 2 45 1.19% 126 2.57% -1.38
Pangkat 3 0 0% 5 0.10% -0.10
Jumlah
Lulus
3,780 100% 4,903 99.98% +0.02
SAP/GAGAL 0 0% 1 0.02% -0.02
Jumlah
Calon
3,780 100% 4,904 100%
Sumber: Kajian Data SPM, Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah.
62 Kajian Data SPM, Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Univers
ity of
Mala
ya
352
Secara keseluruhannya, MRSM mengatasi SBP dari segi peratusan calon yang
mendapat Pangkat 1 dengan perbezaan sebanyak 1.5%. Selain daripada itu peratusan
calon MRSM yang mendapat Pangkat 2 adalah lebih rendah daripada SBP manakala
tiada calon MRSM yang mendapat Pangkat 3 atau Gagal/SAP.63
Berdasarkan kepada pencapaian mengikut agregat, seramai 2,582 (68.29%)
calon MRSM mendapat agregat 12 ke bawah mengatasi calon SBP seramai 2,794
(57.0%) iaitu sebanyak 11.29%. MRSM Pengkalan Chepa mencatatkan pencapaian
terbaik di antara MRSM dan SBP dengan 91.49% daripada pelajarnya mendapat 12
agregat ke bawah diikuti oleh MRSM Jasin (90.93%), MRSM Serting (87.20%), Kolej
Islam Sultan Alam Shah (85.6%), MRSM Taiping (83.87%), Sekolah Tun Fatimah
(82.1%) dan Sekolah Seri Puteri (81%).
Walau bagaimanapun jika dilihat dari segi kecemerlangan calon, daripada
seramai 189 orang calon seluruh negara yang berjaya mendapat 10A1, seramai 38 orang
(20.1%) adalah dari Sekolah Berasrama Penuh dan 11 orang (5.8%) dari MRSM dan
selebihnya adalah dari sekolah harian. Secara keseluruhannya SBP berjaya
menghasilkan 206 pelajar yang mendapat 10 A1/A2 berbanding dengan 81 pelajar dari
MRSM. Daripada jumlah ini seramai 48 orang calon SBP mendapat 9A1 berbanding
dengan 38 orang calon MRSM. Calon MRSM yang mendapat 10A1 adalah dari MRSM
Jasin (enam orang), MRSM Taiping (empat orang) dan MRSM PDRM Kulim
(seorang). Majoriti calon SBP yang mendapat 10A1 adalah dari Kolej Tunku Kurshiah
(sembilan orang), Sek Seri Puteri (lima orang), Sek. Men. Agama Persekutuan Labu
(empat orang), Sek Alam Shah (empat orang) dan baki yang lain dari 11 buah SBP yang
lain.64
Ini secara tidak langsung menunjukkan peratusan sumbangan MRSM buat
63 Laporan Analisa Prestasi Pencapaian Pelajar MRSM dan SBP dalam SPM 1999 , Majlis Amanah Rakyat (MARA), hlm. 4-5. 64
Ibid., hlm. 5-6.
Univers
ity of
Mala
ya
353
pendidikan anak-anak Bumiputera khususnya melalui pencapaian mereka yang boleh
dibanggakan. MARA secara tidak langsung telah menyumbang kepada kelahiran
generasi cerdik pandai yang kemudiannya akan di salurkan ke peringkat yang lebih
tinggi.
Jika dilihat analisis pencapaian gred A1-A2 mengikut mata pelajaran, jadual
menunjukkan perbandingan prestasi pencapaian gred A1-A2 mengikut mata pelajaran.
Jadual 8.5 : Perbandingan Prestasi Pencapaian Gred A1-A2 Mengikut Mata
Pelajaran
SUBJEK
1999 1998
MRSMSBP +/- MRSM SBP +/-
1. TERAS
BahasaMelayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Pendidikan Islam
Sejarah
2. Elektif
Mat Tambahan
Kimia
77.8
28.1
95.1
83.2
60.2
50.8
32.4
76.8
36.5
90.9
80.6
57.4
36.7
21.9
1.0
-8.4
4.2
2.6
2.8
14.1
10.5
83.8
24.0
98.7
90.4
63.6
44.9
31.7
84.1
39.6
92.4
80.9
57.2
29.1
19.2
-0.3
-15.6
6.3
9.5
6.4
15.8
12.5
Univers
ity of
Mala
ya
354
Jadual 8.5, sambungan
SUBJEK
1999 1998
MRSMSBP +/- MRSM SBP +/-
Biologi
Fizik
Prinsip Akaun
Ekonomi Asas
Tasawwur Islam
Bahasa Arab
Pendidikan Seni
Rekacipta
Pend. Moral
31.0
21.4
69.7
60.9
55.5
64.7
81.4
9.1
42.5
28.4
16.7
58.1
64.7
68.7
96.4
85.1
11.3
22.2
2.6
4.7
11.6
-3.8
-13.2
-31.7
-3.7
-2.2
22.2
27.4
21.4
75.8
-
64.5
-
74.2
-
18.8
21.1
12.9
60.4
60.6
63.6
77.9
77.9
19.3
21.3
6.3
8.5
15.4
-
0.9
-
-3.7
-
-2.5
Sumber: Unit Penyelidikan dan Pembangunan MARA, Bahagian Perancangan Korporat
MARA.
Pencapaian terbaik Gred A1-A2 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu adalah dari
Sekolah Seri Puteri (97.60%), Sekolah Tun Fatimah (97.4%), MRSM Taiping
(97.10%), Sek Men Agama Persekutuan Kajang (96%) dan MRSM Jasin (95.72%).
Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, pencapaian terbaik adalah dari Sekolah Alam
Shah sebanyak 81.4%, Sekolah Seri Puteri (79.8%), Kolej Tunku Kurshiah (76.1%),
Sekolah Tun Fatimah (75.2%) diikuti dengan MRSM Jasin (71.79%). Sekolah
Univers
ity of
Mala
ya
355
Menengah Sains Kuala Selangor mendahului kesemua SBP dan MRSM dalam mata
pelajaran Matematik iaitu kesemua 100 orang pelajarnya (100%) mendapat Gred A1
dan A2. Ini diikuti dengan MRSM Pengkalan Chepa (99.65%), MRSM Beseri
(98.32%), MRSM Jasin (98.24%), Sek Men Agama Persekutuan Labu (97.7%), SMS
Tg. Muhammad Faris Petra (97.3%) dan MRSM Taiping (97.10%)
Bagi mata pelajaran Matematik Tambahan, MRSM Pengkalan Chepa
mendahului dengan 85.82% diikuti dengan MRSM Jasin 73.30%, serta Sekolah Tun
Fatimah dengan 70.9% dan Kolej Tunku Kurshiah 64.5%. Bagi mata pelajaran Sains
Kimia, Biologi dan Fizik, MRSM Pengkalan Chepa mendapat 56.74% dalam mata
pelajaran Kimia, diikuti oleh MRSM Taiping dengan 54.52%, Kolej Tunku Kurshiah
54.3% dan MRSM Jasin 54.16%. Pencapaian terbaik bagi mata pelajaran Biologi adalah
dari Kolej Tunku Kurshiah 57.2%, Sekolah Seri Puteri 53.6%, MRSM Taiping 53.26%
dan Sekolah Alam Shah 53.1%. Untuk mata pelajaran Fizik, 58.4% pelajar Sekolah
Alam Shah telah berjaya mendapat gred A1 dan A2 diikuti dengan MRSM Taiping
43.23% dan MRSM Serting 40.28%.65
Keputusan peperiksaan SPM 1999 jelas menunjukkan pencapaian MRSM yang
lebih baik berbanding SBP iaitu bilangan calon yang mendapat Pangkat 1 melebihi
sebanyak 1.5%. Selain itu, peratusan calon yang mendapat Pangkat 2 adalah
berkurangan daripada calon SBP dan tiada calon MRSM yang mendapat Pangkat 3 atau
gagal. Meskipun MRSM berupaya menghasilkan jumlah pelajar Pangkat 1 yang lebih
ramai tetapi jumlah calon yang cemerlang dengan mendapat semua A adalah lebih
rendah berbanding dengan SBP iaitu SBP menghasilkan 38 (20.1%) calon berbanding
11 (5.8%) calon MRSM. Pencapaian dari segi mata pelajaran pula menunjukkan
bahawa kekuatan MRSM adalah dalam mata pelajaran Matematik dan Sains selaras
65
Ibid., hlm. 6-8.
Univers
ity of
Mala
ya
356
dengan objektif MARA untuk meningkatkan bilangan gunatenaga Bumiputera dalam
bidang Sains dan Teknologi.66
Kejayaan pelajar bagi subjek Matematik dan Sains ini
ada kaitannya dengan fokus MRSM itu sendiri yang menitikberatkan subjek tersebut
dalam kriteria pengambilan pelajar. Justeru, sindrom takutkan subjek Matematik dan
Sains yang membelenggu pelajar Melayu selama ini dapat diatasi dan suatu generasi
yang cintakan ilmu yang baru akan lahir hasil didikan MARA itu sendiri.67
Salah satu bukti MARA telah berjaya dalam meningkatkan gunatenaga
Bumiputera dalam Sains dan Teknologi jelas terbukti melalui data di bawah. Berikut
adalah analisis peratusan pencapaian Bumiputera dalam subjek Sains dan Matematik:
Jadual 8.6: Analisis Peratusan Pencapaian Bumiputera dalam Subjek Matematik
dan Sains
SUBJEK TAHUN BILANGAN CALON
Bumiputera A1&A2 % MRSM %Bumi (A1&A2)
Matematik 1998 187121 30501 16.3 3500 1.9 11.5
1997 164269 27104 16.5 2906 1.8 10.7
1996 147757 12116 8.2 2949 2.0 24.3
Matematik
Tambahan
1998 43265 2899 6.7 1591 3.7 54.9
1997 33834 1320 3.9 997 2.9 75.6
1996 24412 1001 4.1 835 3.4 83.4
66
Kertas Kerja Abdul Wahab Alwi, Penubuhan Sistem Pendidikan Untuk Melahirkan Tenaga Rakyat Yang Lebih Dinamis, Kertas
Kerja Penubuhan MARA,1972. 67
Isu kelemahan orang Melayu dalam sains boleh dilihat dalam tulisan Kamaruddin Abdul Rahman ‘Mengapa Orang Melayu
Lemah Dalam Sains’, hlm. 42-49, dalam Ibrahim Saad (ed.), Isu Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982.
Univers
ity of
Mala
ya
357
Jadual 8.6, sambungan
SUBJEK TAHUN BILANGAN CALON
Bumiputera A1&A2 % MRSM %Bumi (A1&A2)
Fizik 1998 38881 1011 2.6 772 2.0 76.4
1997 30785 831 2.7 743 2.4 89.4
1996 23139 625 2.7 418 1.8 66.9
Kimia 1998 39758 1670 4.2 1126 2.8 67.4
1997 31309 1190 3.8 1025 3.3 86.2
1996 23486 822 3.5 621 2.6 75.5
Biologi 1998 26578 1143 4.3 771 2.9 67.5
1997 21585 863 4 810 3.8 93.8
1996 20032 601 3 289 1.4 48.1
Sumber: Kajian Data SPM, Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah, MARA.68
Jadual 8.6 menunjukkan peratusan pencapaian Bumiputera dalam subjek Sains
dan Matematik bagi SPM 1996-1998. Analisis data menunjukkan bahawa seramai
30,501 orang pelajar mendapat A1 dan A2 bagi tahun 1998 bagi subjek Matematik.
Daripada jumlah ini, calon MRSM yang mendapat A1 dan A2 dalam subjek tersebut
adalah seramai 3500 atau 11.5%. Begitu juga bagi subjek Matematik Tambahan, pelajar
68
Nota: % Bumi merupakan peratusan pelajar MRSM daripada keseluruhan pelajar Bumiputera, % A1 & A2 ialah peratusan
pelajar MRSM daripada pelajar Bumiputera yang cemerlang.
Univers
ity of
Mala
ya
358
MRSM telah menyumbang sebanyak 54.9% dari keseluruhan Bumiputera yang
cemerlang pada tahun 1998. Bagi subjek Fizik pula, pelajar MRSM telah menyumbang
sebanyak 76.4% dari keseluruhan pelajar Bumiputera yang cemerlang bagi SPM 1998.
Bagi subjek Kimia pula, pelajar MRSM menyumbang sebanyak 67.4% dari keseluruhan
pelajar Bumiputera yang cemerlang bagi SPM 1998. Bagi subjek Biologi pula, pelajar
MRSM menyumbang sebanyak 67.5% dari keseluruhan pelajar Bumiputera yang
berjaya.69
Jelas di sini matlamat MARA untuk mewujudkan sistem persekolahan buat
pelajar Bumiputera khususnya telah tercapai. Dengan adanya MRSM di seluruh negeri
dapat memperbanyakkan penghasilan pelajar yang cemerlang dalam bidang sains dan
teknologi. Ini merupakan suatu usaha murni MARA dalam meningkatkan taraf hidup
penduduk Bumiputera melalui aspek pendidikan. Para pelajar yang berjaya dengan
cemerlang sudah pasti akan mengorak langkah dengan lebih jauh dalam pelbagai bidang
profesional dan akhirnya dapat menjadi gunatenaga yang bermutu buat negara.70
Kejayaan MRSM dalam peperiksaan berterusan malah mencapai kemuncak pada
tahun 2006.71
Pada tahun 2006, seramai 6,556 pelajar dari 29 buah MRSM telah
menduduki peperiksaan SPM. Pada umumnya, pelajar MRSM mengambil sembilan
matapelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam/
Moral, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi/Prinsip
Perakaunan/Reka Cipta dalam peperiksaan SPM. Terdapat juga pelajar yang mengambil
mata pelajaran tambahan seperti English for Science and Technology (EST),
Pendidikan Seni Visual, Tasawwur Islam, Ekonomi Asas, Bahasa Arab(Komunikasi),
69 Surat Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Pegawai Pelajaran (Hal Ehwal
pelajar) Bahagian Pendidikan Menengah, 30 Ogos 1999. Dirujuk dari fail Pengurusan Sektor Pendidikan MARA. 70
Muhammad Amin Bin Zakaria, ‘Penilaian Pelaksanaan Model Pengayaan Seluruh Sekolah untuk Pelajar Pintar Cerdas di Maktab
Rendah Sains MARA: Satu Kajian Kes’, hlm. 179. 71
Kejayaan ini adalah berketepatan dengan keperluan model manusia yang berkualiti tinggi bagi mencapai transformasi Pelan Induk
Perindustrian Yang Ketiga. Lihat, One Nation One Vision, Satu Negara Satu Wawasan Malaysia, hlm. 190.
Univers
ity of
Mala
ya
359
Bahasa Cina, Bahasa Tamil yang menjadikan subjek yang diambil kepada 10, 11 atau
12 mata pelajaran.
Keputusan peperiksaan SPM 2006 menunjukkan kejayaan bahawa kesemua 29
buah maktab telah mencapai kelulusan 100%. MRSM Tun Ghafar Baba merupakan
MRSM terbaik bagi peperiksaan SPM 2006 dengan Purata Nilaian Gred atau Gred
Purata Sekolah (GPS)72
1.433.73
Empat buah MRSM lain turut mencapai keputusan
cemerlang dengan mendapat GPS di bawah 2.00 ialah MRSM Langkawi (1.563),
MRSM Pengkalan Chepa (1.580), MRSM Taiping (1.591) dan MRSM Kuala Kubu
Bharu (1.881). Pencapaian GPS untuk tahun 2006 menunjukkan penurunan sebanyak
0.202 iaitu dari 2.308 pada tahun 2005 kepada 2.106. Sekali lagi MRSM menunjukkan
peningkatan dalam pencapaian peperiksaan SPM.74
Jadual 8.7 menunjukkan
perbandingan Gred Purata bagi keputusan SPM tahun 2005 dan 2006.
Jadual 8.7 : Gred Purata SPM bagi tahun 2005 dan 2006
BIL MRSM GRED PURATA
2005 2006 BEZA
1.
2.
Tun Ghaffar Baba
Langkawi
1.651
1.844
1.433
1.563
-0.219
-0.218
72
Sistem Purata Nilaian Gred telah diperkenalkan di MRSM pada tahun 1986. Ia dikenali sebagai Purata Markah Keseluruhan.
Sistem ini merupakan purata mata nilaian yang dicapai oleh seseorang pelajar dalam semua peperiksaan yang telah diambil dalam
satu semester. Sistem ini akan membahagikan tahun akademik kepada dua semester pengajian yang mana satu semester
mengandungi 20 minggu pengajian. Rujuk Buku Panduan Guru MRSM, BPLM MARA, hlm. 55. 73
GPS merujuk kepada Gred Purata Sekolah. Ini bermaksud lebih rendah GPS, lebih cemerlang keputusan sekolah tersebut. Pada
tahun 2006, 1,433 ini merupakan GPS terendah yang telah dicapai pada tahun tersebut. 74
Laporan Tahunan MARA 2006, Majlis Amanah Rakyat (MARA), hlm. 100.
Univers
ity of
Mala
ya
360
Jadual 8.7, sambungan
BIL MRSM GRED PURATA
2005 2006 BEZA
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
Pengkalan Chepa
Taiping
Kuala Kubu Bharu
Jeli
Mersing
Kuala Krai
Muadzam Shah
Kuantan
Transkrian
Lenggong
Beseri
YT Besut
Batu Pahat
Terendak
Kuala Lipis
1.892
1.793
1.876
2.840
2.213
2.494
2.454
2.592
2.242
2.736
1.870
2.805
2.867
2.751
2.360
1.580
1.591
1.881
2.076
2.099
2.132
2.163
2.172
2.192
2.195
2.203
2.229
2.243
2.248
2.260
-0.312
-0.202
0.005
-0.764
-0.115
-0.362
-0.291
-0.420
-0.050
-0.542
-0.333
-0.576
-0.625
-0.503
-0.100
Univers
ity of
Mala
ya
361
Jadual 8.7, sambungan
BIL MRSM GRED PURATA
2005 2006 BEZA
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
Kota Putra
Muar
Kuala Terengganu
Pasir Salak
Pontian
Kuala Berang
Kota Kinabalu
Serting
Kuching
Balik Pulau
PDRM Kulim
Pendang
2.609
2.548
2.671
2.417
2.209
2.349
2.347
2.423
2.520
2.446
2.726
2.268
2.274
2.277
2.304
2.309
2.330
2.340
2.379
2.475
2.492
2.527
2.700
-0.341
-0.2.74
-0.394
-0.108
0.121
-0.009
0.031
0.052
-0.027
0.081
-0.026
MIN GPS 2308 2106 -0.202
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 2006, hlm. 101.
Univers
ity of
Mala
ya
362
Bagi peperiksaan PMR pula, seramai 2,758 orang pelajar dari 19 buah MRSM
telah menduduki peperiksaan pada tahun 2006. Kesemua 19 buah MRSM telah
memperoleh kelulusan 100%. Terdapat lapan buah MRSM yang mendapat keputusan
cemerlang semua A dalam mata pelajaran yang melebihi 60% dalam peperiksaan PMR
tahun 2006 iaitu MRSM terendak, Kuala Lipis, Kota Putra, Batu Pahat, Pasir Salak,
Kuala Kubu Bharu, Gerik dan Lenggong. Ini merupakan satu peningkatan yang
mendadak jika dibandingkan dengan empat buah MRSM pada tahun 2005. Bilangan
maktab yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil telah
meningkat sebanyak 4.4% iaitu 1,594 pelajar atau 57.8% berbanding dengan tahun 2005
seramai 1,605 pelajar (53.4%).75
Jadual 8.8 menunjukkan perbandingan keputusan peperiksaan PMR bagi tahun
2005 dan 2006:
Jadual 8.8: Perbandingan Keputusan Peperiksaan PMR Bagi Tahun 2005 dan
2006
BIL
MRSM
2005 2006 %
Beza
Bil
Calon
Bil
Mendapat
Semua A
% Bil
Calon
Bil
Mendapat
Semua A
%
1. Batu Pahat 146 72 49.3 139 87 62.6 13.3
2. Gerik 184 135 73.4 218 135 61.9 -11.5
75 Laporan Tahunan MARA 2006, Majlis Amanah Rakyat (MARA), hlm. 100-101.
Univers
ity of
Mala
ya
363
Jadual 8.8, sambungan
BIL
MRSM
2005 2006 %
Beza
Bil
Calon
Bil
Mendapat
Semua A
% Bil
Calon
Bil
Mendapat
Semua A
%
3. Jeli 176 78 44.3 172 87 50.6 6.3
4. Kota
Kinabalu
133 57 42.9 119 53 44.5 1.6
5. Kota
Putra
184 62 33.7 173 115 66.5 32.8
6. Kuala
Klawang
193 94 48.7 196 114 58.2 9.5
7. Kuala
Krai
127 25 19.7 113 66 58.4 38.7
8. Kuala
Kubu
Baru
203 149 73.4 175 121 69.1 -4.6
9. Kuala
Lipis
147 85 57.8 87 60 69.0 11.2
10. Kuching
119
55
46.2
116
59
50.9
4.7
Univers
ity of
Mala
ya
364
Jadual 8.8, sambungan
BIL
MRSM
2005 2006 %
Beza
Bil
Calon
Bil
Mendapat
Semua A
% Bil
Calon
Bil
Mendapat
Semua A
%
11. Lenggong 188 127 67.6 142 89 60.7 -4.9
12. Mersing 127 65 51.2 137 81 59.1 7.9
13. Pasir Salak 253 143 56.5 148 89 60.1 3.6
14. Pasir
Tumboh
116 51 44 142 69 58.6 4.6
15. PDRM
Kulim
133 76 57.1 143 75 52.5 -4.7
16. Pendang 132 76 57.6 150 74 49.3 -8.3
17. Pontian 141 105 74.5 131 71 54.2 -20.3
18. Terendak 128 54 42.2 106 75 70.8 28.6
19. YT Besut - - - 151 74 49.0 -
20. Transkrian 178 96 53.9 - - - -
Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 2006, hlm. 102.
Univers
ity of
Mala
ya
365
Jadual 8.8 menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dari segi peratusan pelajar yang
mendapat semua A iaitu pada tahun 2005, sebanyak 53.4% mendapat semua A
manakala sebanyak 57.8% mendapat semua A pada tahun 2006. Telah berlaku
peningkatan yang agak ketara iaitu sebanyak 4.4% berbanding dengan tahun
sebelumnya. Sebanyak 14 buah maktab telah memperoleh peningkatan dari segi
peratusan yang mendapat semua A manakala lima buah maktab telah mengalami
penurunan. Ini menunjukkan suatu peningkatan yang memberangsangkan bagi MRSM
dan secara tidak langsung membantu memperkasakan pendidikannya.76
8.9 Kesimpulan
Berdasarkan perkembangan dan pencapaian yang dihasilkan MRSM dalam tempoh
1981-2006,institusi berkenaan dilihat begitu relevan dan berkeupayaan tinggi dalam
menjana kelahiran tenaga-tenaga muda Bumiputera yang mempunyai asas yang kuat
untuk mencapai matlamat pembangunan negara. Dengan langkah proaktif untuk
mewujudkan sistem pendidikan yang mementingkan kualiti, MRSM telah mengadaptasi
model pendidikan berkesan dan berimpak tinggi. Program pintar cerdas yang
diimplentasi MRSM terbukti menghasilkan produk Bumiputera yang berkualiti. Ini
dapat dibuktikan daripada jumlah pelajar institusi berkenaan yang berjaya mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan peringkat menengah.
Justeru, keadaan telah mewujudkan senario pendidikan di MRSM yang begitu
ekslusif dalam arena pendidikan menengah di Malaysia. Oleh itu, MARA melalui
MRSM berhasil mewujudkan produk Bumiputera yang mempunyai asas persediaan
yang mencukupi untuk bergiat dalam bidang Sains dan Teknologi. Kelainan yang
76
Secara umumnya, perkara ini bertepatan dengan pandangan Hussein Ahmad yang menyatakan bahawa perkembangan pendidikan
di Malaysia kini bergerak ke arah memastikan pendidikan yang diberikan di Malaysia kekal relevan dan berfungsi. Hussein Ahmad,
Mission of Public Education in Malaysia, The Challenge of Transformation, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2012, hlm.
166.
Univers
ity of
Mala
ya
366
ditonjolkan oleh MRSM dalam aspek pemberian pendidikan kepada pelajar yang
berbakat serta mempunyai potensi yang besar menyebabkan MRSM kekal unggul
sebagai institusi yang melahirkan pelajar yang berkeupayaan serta berdaya saing.
Univers
ity of
Mala
ya
367
BAB 9: KESIMPULAN
Kajian ini membuktikan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah berperanan
besar dalam menyediakan kepelbagaian institusi pendidikan kepada golongan
Bumiputera di Malaysia. Melalui tindakan afirmatif kerajaan, MARA dilihat telah
membangunkan sistem pendidikan merangkumi pendidikan tinggi, kemahiran dan
menengah. Peranan ini dapat dimainkan dengan berkesan oleh MARA disebabkan
badan berkenaan telah menggunakan kaedah “sistem dalam sistem” dalam
mengendalikan institusi-institusi pendidikan yang dimilikinya. Kaedah sedemikian
perlu dilaksanakan MARA memandangkan Kerajaan Malaysia pasca kemerdekaan telah
menjalankan tindakan afirmatif. Tindakan afirmatif ini bertujuan untuk meningkatkan
pencapaian sosioekonomi orang Melayu dan golongan Bumiputera lain, supaya dapat
bersaing dengan kaum bukan Bumiputera yang memiliki kedudukan sosioekonomi yang
lebih baik. Antara aspek jangka panjang untuk memperbaiki kedudukan Bumiputera
ialah sektor pendidikan yang merupakan perkara yang sangat penting dalam kerangka
tindakan afirmatif.
Walaupun kerajaan sudah memiliki sebuah Kementerian Pendidikan dan sistem
pendidikan yang bersifat progresif, peranan kementerian berkenaan adalah bersifat
umum dan kurang sesuai untuk melaksanakan tindakan yang terfokus kepada suatu
golongan masyarakat sahaja. Dalam isu ini, MARA diberi peranan oleh kerajaan untuk
mengoperasikan sistem pendidikan yang tersendiri dalam kerangka sistem pendidikan
kebangsaan. Kaedah “sistem dalam sistem” yang dilaksanakan MARA mampu memberi
fokus yang khusus kepada peningkatan mutu dan peluang-peluang pendidikan kepada
Bumiputera sejak penubuhan badan berkenaan. Hal ini kerana, MARA diberikan
autoriti yang bersifat khusus oleh Kerajaan Malaysia untuk menggubal program-
Univers
ity of
Mala
ya
368
program pendidikan tersendiri yang memfokus kepada mempertingkatkan kualiti
pendidikan yang diterima Bumiputera. Keadaan ini merupakan satu ciri yang penting
dalam memahami pengoperasian “sistem dalam sistem” oleh MARA.
Keberhasilan MARA dalam konteks pemberian pendidikan kepada Bumiputera
dapat diukur dan dinilai melalui kepelbagaian jenis institusi-institusi pendidikan yang
dikendalikannya sejak tahun 1966 sehingga 2006. Institusi-institusi pendidikan tersebut
merangkumi lapangan pendidikan tinggi, kemahiran dan menengah. Justeru, MARA
dilihat telah menyediakan pendidikan dipelbagai peringkat iaitu daripada peringkat
remaja sehingga dewasa. Di peringkat pendidikan tinggi, pada mulanya MARA telah
mengendalikan ITM sebagai satu institusi untuk membantu golongan Bumiputera
mendapat pendidikan tinggi yang bermutu. Namun, memandangkan wujudnya masalah
dalaman dalam pentadbiran ITM pada dekad 1970-an, MARA tidak dapat meneruskan
pegangannya terhadap ITM. Institusi berkenaan telah diambil alih oleh Kementerian
Pelajaran pada tahun 1976. Walaupun MARA didapati gagal mengekalkan
kedudukannya sebagai pentadbir ITM, MARA kemudiannya terus menubuh dan
mengelolakan beberapa institusi pendidikan tinggi pada akhir 1970-an iaitu Institut
Perdagangan MARA (IPM), Kolej MARA, Kolej Profesional MARA (KPM) dan
Institut Kemahiran Tinggi MARA (IKTM). Institusi-institusi pendidikan tinggi ini telah
menawarkan pelbagai kursus profesional yang dapat memberikan pendedahan dan ilmu
yang secukupnya kepada para pelajar Bumiputeranya. Institusi-institusi pendidikan
tinggi MARA juga telah menjalin kerjasama dengan institusi-institusi asing serta
sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti pendidikan yang disediakan.
Univers
ity of
Mala
ya
369
Kerjasama ini telah membawa kepada penubuhan Malaysia France Institute
(MFI), British Malaysian Institute (BMI), Malaysian Spanish Institute (MSI),
Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT), Institut Infotech MARA (IIM),
Malaysian Institue of Chemical Engineering Technology (MICET) dan Malaysian
Institute of Marine Engineering Technology (MIMET). Setiap institusi pendidikan
tinggi ini memiliki pengkhususannya yang tersendiri. MARA kemudian bertindak
menggabungkan ketujuh-tujuh insititusi tersebut pada tahun 2002 di bawah satu nama
iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Peristiwa ini merupakan kemuncak kepada
usaha MARA dalam bidang pendidikan di Malaysia. Penubuhan UniKL ini juga
merupakan satu rebranding kepada institusi-institusi pendidikan tinggi sedia ada yang
telah berjaya sebelumnya. Oleh itu, berdasarkan kewujudan pelbagai institusi-institusi
pendidikan tingginya, MARA telah berjaya menunjukkan keupayaannya untuk
memberikan pendidikan tinggi kepada golongan Bumiputera. Dengan menubuh dan
mengendalikan institusi pendidikan tinggi, MARA telah membuka peluang yang luas
kepada kalangan Bumiputera yang cemerlang dalam akademik untuk mendapat
pendidikan di peringkat yang lebih tinggi.
Peranan MARA yang besar dalam pemberian pendidikan kepada Bumiputera
turut merangkumi pendidikan kemahiran. Dalam membicarakan perkara ini, MARA
didapati bukan sahaja telah menawarkan pendidikan tinggi kepada Bumiputera yang
berkeupayaan dalam akademik, bahkan golongan Bumiputera yang tidak berpeluang
mendapat pendidikan tinggi juga berpeluang mendapat pendidikan melalui saluran
kemahiran. Sehubungan itu, Institut Kemahiran MARA (IKM) merupakan antara
institusi awal yang menjadi perintis usaha MARA untuk melengkapkan golongan belia
Bumiputera dengan kemahiran yang mencukupi. Pemilikan kemahiran dalam lapangan
teknik dan vokasional merupakan satu prasyarat bagi menjadikan belia Bumiputera
Univers
ity of
Mala
ya
370
sebagai golongan yang mampu bersaing dalam pasaran kerja serta berpotensi untuk
menerokai bidang keusahawanan. Perkara ini membuktikan MARA tidak
meminggirkan mana-mana golongan Bumiputera dalam pemberian pendidikannya.
Tindakan MARA ini adalah tepat dengan usaha kerajaan untuk menambah gunatenaga
mahir untuk sektor perindustrian negara yang semakin rancak mulai tahun 1990.
Perkara ini turut membuktikan bahawa MARA tidak pernah ketinggalan dalam
memastikan sistem pendidikan yang diuruskannya sentiasa memenuhi kehendak negara.
Peranan MARA dalam penyediaan peluang-peluang pendidikan kemahiran teknikal dan
vokasional kepada belia-belia di luar dan dalam bandar diperhebatkan lagi dengan
penubuhan sebuah institusi kemahiran yang baru, iaitu GiatMARA pada tahun 1986.
Matlamat institusi ini adalah menyasarkan pemberian latihan kemahiran kepada
golongan Bumiputera yang tidak mempunyai keupayaan akademik dan juga mereka
yang tercicir dalam pelajaran.
Selain pengoperasian pelbagai institusi pendidikan tinggi dan kemahiran, kajian
ini turut mendapati satu peranan utama MARA dalam bidang pendidikan Bumiputera
ialah pengendalian pendidikan menengah yang tersendiri. Pendidikan menengah
dilaksanakan melalui penubuhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Kewujudan
MRSM sebagai satu institusi pendidikan menengah mulai tahun 1972 telah memainkan
peranan yang signifikan dalam membentuk dan melahirkan generasi terpelajar dalam
kalangan Bumiputera dalam lapangan Sains dan Teknologi. MARA sememangnya telah
menyedari bahawa pendidikan di peringkat menengah merupakan satu peringkat yang
paling sesuai untuk membentuk pelapis dan tenaga Bumiputera yang berkeupayaan
tinggi. Oleh itu, MRSM merupakan saluran MARA yang khusus untuk memastikan
mereka yang berpotensi tinggi dan cerdas dalam kalangan remaja Bumiputera mendapat
Univers
ity of
Mala
ya
371
tempat yang sewajarnya, bagi membolehkan bakat dan keupayaan yang ada diasah dan
dipertingkatkan.
Selain kepelbagaian institusi pendidikan, kejayaan MARA dapat diukur melalui
penawaran kursus dan sukatan pelajaran di semua peringkat pendidikannya. Dalam
aspek pendidikan tinggi. Usaha untuk melonjakkan kedudukan Bumiputera dalam
lapangan sosioekonomi memerlukan penawaran sistem pendidikan tinggi yang
berkualiti sebagai asas kepada usaha berkenaan. Sebelum kewujudan institusi
berkenaan, peluang kelompok Bumiputera untuk mendapat tempat di institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan terutamanya universiti-universiti awam sedia ada adalah
begitu terhad. Golongan bukan Melayu yang memiliki tahap pendidikan yang baik
berasaskan peluang-peluang pendidikan menengah yang lebih baik telah mendominasi
tempat di universiti-universiti tempatan. Sehubungan itu, kewujudan ITM telah mula
membuka ruang yang lebih besar kepada Bumiputera untuk mendapat tempat dalam
lapangan pendidikan tinggi di Malaysia. Selain itu, ITM turut merintis kepada
penawaran kursus-kursus baru dan menerokai bidang-bidang yang belum wujud di
mana-mana institusi pendidikan tinggi Malaysia.
Dalam konteks penawaran kursus-kursus di ITM, intitusi berkenaan telah
menyediakan pelbagai peluang pendidikan merangkumi bidang perakaunan, pentadbiran
dan undang-undang, perniagaan dan pengurusan, seni bina, kejuruteraan, sains gunaan,
sains komputer dan kursus pra universiti. Hal ini mencerminkan keupayaan MARA
untuk mengendalikan institusi pendidikan tinggi dalam tempoh yang singkat.
Kehilangan ITM pada 1976 menyaksikan MARA telah berusaha untuk terus
menawarkan kursus-kursus yang berimpak tinggi kepada pelajar-pelajar Bumiputera.
Misalnya di IPM, kursus-kursus berkaitan pengurusan akaun, audit, ekonomi dan hal
Univers
ity of
Mala
ya
372
ehwal perniagaan telah ditawarkan di institusi berkenaan. Menjelang dekad 1990-an,
penawaran pendidikan tinggi MARA diperhebatkan dengan wujudnya institusi-institusi
yang dikendalikan MARA seperti MFI, BMI, MIAT, MSI, MICET, MIMET, dan IIM.
Institusi-institusi tersebut telah mengelolakan kursus-kursus yang berorientasikan sains
dan teknologi. Ia kemudian dilanjutkan dengan penubuhan UniKL yang diluluskan
penubuhannya pada tahun 2002. Sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah
universiti, UniKL pelbagai kursus di peringkat diploma dan ijazah.
Selain pendidikan tinggi, kursus latihan kemahiran yang ditawarkan MARA
turut memiliki mutu dan mempunyai standard yang tersendiri berdasarkan
perkembangan kurikulumnya. Seperti institusi-institusi pendidikan lain yang
dikendalikannya, MARA juga telah berusaha untuk mendapat khidmat daripada para
pakar berkelayakan dari luar negara untuk membantu MARA memperbaiki kualiti
pengajaran dan pembelajaran di IKM. Untuk mencapai sasaran berkenaan, IKM
didapati telah mengendalikan kursus-kursus yang merangkumi pelbagai lapangan
teknikal dan vokasional. Lapangan teknik dan vokasional merupakan antara keperluan
gunatenaga kerja yang utama di Malaysia. Kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan
oleh MARA melalui IKM dan GiatMARA telah menyediaan para belia yang terlibat
untuk menjadi tenaga kerja berkemahiran dan usahawan teknikal. Pengetahuan dan
kemahiran yang ditimba juga dapat dimanfaatkan oleh lepasan institut-institut
kemahiran berkenaan untuk mencari peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup.
MARA juga dilihat mengoperasikan pendidikan menengah yang unik jika
dibandingkan dengan sistem pendidikan menengah yang dikendalikan Kementerian
Pendidikan. Pelaksanaan sistem pendidikan menengah MARA telah menyaksikan
MRSM mula diperkukuh dan dimurnikan dengan bantuan daripada pakar-pakar luar
Univers
ity of
Mala
ya
373
negeri daripada pelbagai agensi asing seawal dekad 1970-an. Untuk mempertingkatkan
mutu pendidikannya, dekad 1980-an menyaksikan MRSM telah bertindak
melaksanakan model pendidikan yang berimpak tinggi melalui progam pintar cerdas.
Hasilnya, berdasarkan data-data keputusan peperiksaan program berkenaan sentiasa
mampu menghasilkan keputusan-keputusan peperiksaan yang cemerlang di peringkat
menengah saban tahun.
Ditinjau dari sudut keboleh pasaran, kebanyakan pelajar-pelajar Bumiputera
yang menerima pendidikan tinggi yang disediakan MARA telah berjaya mendapat
pekerjaan yang baik. Dengan mengambil contoh konteks kerjaya lepasan pelajar
beberapa institusi pendidikan tinggi, ia dapat membuktikan kelebihan institusi
pendidikan MARA. Misalnya, melalui kajian pengesanan graduan Kolej Profesional
MARA (pelajar ambilan 1997-2007), didapati kebanyakan bekas pelajarnya telah
terlibat dalam sektor swasta tempatan dan asing. Sebanyak 45% daripada responden
terlubat dalam bidang pengurusan, 41% responden dalam bidang sokongan dan
selebihnya dalam bidang penyeliaan (14%). Selain itu, graduan MIAT yang merupakan
pakar dalam bidang kejuruteraan pesawat mendapat permintaan yang tinggi daripada
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Transmile Sdn. Bhd., MHS Berhad, MAS dan Air
Asia.
Dalam aspek pendidikan kemahiran, hasil daripada langkah-langkah yang
diusahakan MARA, golongan belia Bumiputera memiliki peluang dan kemampuan
untuk mendapatkan pendidikan kemahiran secara formal. Hasil daripada pemberian
pendidikan kemahiran, IKM dan GiatMARA telah memperlihatkan keupayaannya
memenuhi sasaran kerajaan untuk membentuk masyarakat Bumiputera yang
berkemahiran, selaras dengan rangka usaha memenuhi keperluan sektor perindustrian
Univers
ity of
Mala
ya
374
negara yang semakin berkembang. IKM dan GiatMARA bukan hanya sekadar sebuah
institusi kemahiran yang menyemai daya saing dalam kalangan kelompok belia
Bumiputera, bahkan ia menjadi satu bentuk penyelesaian kepada permasalahan
kekurangan tenaga kerja yang memiliki kemahiran serta mengatasi masalah
penggangguran dalam negara. Dalam laporan kajian pengesanan graduan IKM dan
KKTM, daripada sejumlah 2,574 orang pelajar yang telah mengikuti kursus di kedua-
dua institusi berkenaan, seramai 928 orang terlibat dalam bidang kejuruteraan, manakala
seramai 737 orang berkecimpung dalam lapangan kemahiran, selebihnya ramai bekas
pelajar IKM dan KKTM yang bekerja di pelbagai lapangan lain seperti pemasaran,
pengurusan perniagaan, pembuatan dan sebagainya. Perkara ini jelas membuktikan
keboleh pasaran bekas pelajar-pelajar daripada institusi kemahiran MARA.
Dalam sektor pendidikan menengah. kelainan program pendidikan MRSM
menjadikan institusi ini begitu berbeza berbanding dengan insitusi-institusi pendidikan
menengah yang lain dalam negara. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ditinjau daripada
aspek pencapaian akademik, institusi tersebut sentiasa mempamerkan prestasi akademik
yang cemerlang sepanjang penubuhannya. Misalnya keputusan SPM 1999
memperlihatkan 98.81% pelajar MRSM berjaya mendapat Pangkat 1 berbanding
dengan 97.31% pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh. Keadaan ini menunjukkan
bahawa MARA telah berhasil melaksanakan pendidikan menengah yang setanding
dengan institusi pendidikan yang dikendalikan pihak Kementerian Pendidikan.
Pencapaian-pencapaian yang dikecapi oleh MRSM juga membuktikan bahawa dalam
kerangka pengukuhan keupayaan Bumiputera dalam bidang Sains dan Teknologi,
MRSM merupakan antara mekanisme terbaik yang dimiliki MARA. Melalui MRSM,
golongan Bumiputera dapat diperlengkapkan asas keupayaan mereka di peringkat
menengah untuk terus menerokai bidang Sains dan Teknologi. Jesteru, MRSM berjaya
Univers
ity of
Mala
ya
375
mewujudkan produk Bumiputera muda yang mempunyai asas yang mencukupi untuk
terus bergiat dalam lapangan berkenaan. Kelainan yang ditunjukkan oleh MRSM dalam
pendidikan menengah di Malaysia menjadi bukti keupayaan MARA menggerakan
“sistem dalam sistem” sekaligus telah meletakkan MRSM sebagai satu institusi yang
mempunyai kelas yang tersendiri sepanjang penubuhannya.
Sehubungan itu, sistem pendidikan yang digerakkan oleh MARA sepanjang 40
tahun penubuhan badan berkenaan pada tahun 1966 hingga 2004 membuktikan MARA
berjaya telah memainkan peranan yang berkesan dalam bidang pendidikan di Malaysia.
Dalam berfungsi sebagai “sistem dalam sistem”, MARA telah memenuhi kehendak
kerajaan dalam pelan tindakan afirmatif untuk membantu golongan Bumiputera
mencapai kedudukan sosioekonomi yang lebih baik. Penawaran pelbagai peluang
pendidikan merangkumi bidang pendidikan tinggi, kemahiran serta menengah
membuktikan MARA merupakan ejen yang memberikan pendidikan yang bersifat
menyeluruh kepada Bumiputera. MARA juga didapati mempamerkan tahap fleksibiliti
yang tinggi dalam memenuhi kehendak kerajaan dan situasi semasa. Tidak dinafikan, di
sepanjang pengendalian sistem pendidikannya, MARA sentiasa berhadapan dengan
pelbagai masalah dan kelemahan.
Beradasarkan ukuran yang telah dinyatakan beserta data-data yang dipaparkan
dalam kajian ini, didapati MARA telah berperanan besar. Peranan ini dilaksanakan
dalam kaedah “sistem dalam sistem” yang tidak lari daripada sistem pendidikan negara.
Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka dan melaksanakan satu
dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, fungsi MARA yang menjalankan sistem
pendidikan yang bersifat tersendiri dalam kerangka pendidikan negara memperlihatkan
dinamika MARA itu sendiri. Nyata, melalui kepelbagaian institusi-institusi pendidikan
Univers
ity of
Mala
ya
376
tinggi, kemahiran dan menengah yang ditubuh dan dikendalikannya sepanjang tempoh
1966-2006, MARA telah melaksanakan tindakan afirmatif kerajaan dalam membantu
golongan Bumiputera untuk memperbaiki keadaan sosioekonomi mereka. Oleh itu,
golongan Bumiputera telah mendapat lonjakan yang ketara dalam aspek pendidikan dan
mememenuhi sebahagian matlamat pembangunan negara.
Univers
ity of
Mala
ya
377
RUJUKAN
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
“Memperbaiki Ekonomi Bumiputra”, Petikan dari uchapan Y. A. B. Timbalan Perdana
Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein, dalam upachara penutup Konggeres
Ekonomi Bumiputra di-Kuala Lumpur pada 7hb. Jun, 1965
A Handbook of MRSM, Bahagian Latihan dan Pendidikan MARA.
Amanah (Ogos-September), Bahagian Latihan Mara, Kuala Lumpur,1979.
Alam MARA, Unit Perhubungan Korporat, Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur,
Januari/Februari 1985.
AlamMARA, Bil. 2, Mac/April 1983, Bilangan 1-4, Januari-Disember 1983.
Analisa Pengambilan Pelatih dan Status Pelatih Lepasan GiatMARA, Unit Penyelidikan
dan Pembangunan, Bahagian Perancangan Korporat MARA, Ibu Pejabat
MARA.
Analisa Pengambilan Pelatih dan Status Pelatih Lepasan GiatMARAyang Menubuhkan
Perniagaan.
Analisis perbandingan pencapaian keputusan Matematik dan Sains dalam UKKM
dengan pencapaian Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi
SPM, Unit Peperiksaan BPLM MARA.
Bahagian Kemahiran Tinggi Bil 3/06.
Bahagian Korporat MARA (BK/MARA) 8, MARA Secara Ringkas.
Bahagian Latihan dalam MARA, Panduan dan Penerangan, Cawangan Hubungan
Awam, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.
Bahagian Latihan MARA, Fail No. 5, MARA KL, 1965-1975 (BK 5).
Bahagian Latihan Menengah 1970-1972. Fail Jabatan Ketua Pengarah TKP 250/6.
Berita MARA, Bil. 1, 1 April 1967.
BL 41, 1965-1973, Fail MARA KL, 1965-1975.
Buku Cenderamata Pembukaan Rasmi IKM Lumut, Perak, 1979.
Buku Cenderamata Rasmi IKM Johor Bahru, 1979.
Buku Panduan Kursus, Program Latihan Sepenuh Masa Institut Kemahiran MARA,
1988.
Buletin MARA Secara Ringkas, BK/MARA, 1966.
Univers
ity of
Mala
ya
378
Cadangan Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), Program Pendidikan dan
Latihan, Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Catatan Ringkas Sejarah Sepintas Lalu MRSM Pengkalan Chepa, 2000.
Dasar Ekonomi Baru, Bahagian Perancangan Korporat MARA.
Dasar-dasar di Bawah Latihan kemahiran, Draf 2, Bahagian Pendidikan dan Latihan
Kemahiran, September 2005.
Dasar-dasar GiatMARA: Kemahiran Wawasan Negara, Kuala Lumpur: Majlis Amanah
Rakyat.
Data Korporat MARA 2006.
Data Korporat MARA 2006.
Fail Jabatan Ketua Pengarah TKP 250/6.
Fail Pengarah Bahagian MARA, Surat dari Kazuya Sadachi Setiausaha Kedutaan Jepun
kepada Pengarah Bahagian Latihan MARA bertarikh 12 Disember 1974.
Fail Peribadi En Mansor bin Othman, Bahagian Sumber Manusia MARA.
Fail Perkara-perkara Berbangkit Dari Mesyuarat Majlis MARA, (SUM: 087 Ke-7), 20
April 1986.
Institut Teknoloji MARA Cawangan Perlis, Taklimat kapada Majlis Tindakan Negeri
Perlis oleh Y.B. Datuk Haji Lokman Musa, pgdk, asdk, kmn, pjk. pada 20hb.
April 1976.
Jumlah Guru MRSM dari tahun 1972 hingga 1990, Bahagian Pelajaran Menengah
MARA.
Kajian Data SPM, Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah, Majlis Amanah
Rakyat (MARA).
Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua, MARA.
Kajian Semula Rancangan Malaysia Ketiga 1976 hingga 1980, Bahagian Latihan dan
Pendidikan MARA.
Kertas Kerja Abdul Wahab Alwi, Penubuhan Sistem Pendidikan Untuk Melahirkan
Tenaga Rakyat Yang Lebih Dinamis, Kertas Kerja Penubuhan MARA,1972.
Kertas kerja Program dan Kursus di IKM.
Kertas Mesyuarat Majlis MARA, Bil. 33/71, Mesyuarat Ke-24, 22 April 1971.
Kertas Taklimat Pembangunan Pendidikan dan Gunatenaga oleh MARA pada 3
September 1999.
Univers
ity of
Mala
ya
379
Ketua Pegawai Eksekutif UniKL kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan),
Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 1 April
2002.
Kolej MARA Kulim, Majalah Sepintas Lalu Mengenai MRSM Kulim Kedah.
Koleksi Peribadi Abdul Wahab Alwi, Kertas Kerja Penubuhan Maktab Rendah Sains
MARA.
Koleksi Peribadi En. Matias De Fernendez, 2003, MARA College Banting Malaysia, IB
World School, A Case Study.
Kurikulum Perkembangan Sahsiah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)
MARA,
Laporan Analisa Prestasi Pencapaian Pelajar MRSM dan SBP dalam SPM 1999,
Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Laporan Bahagian Kemahiran MARA, 1 Ogos 1980.
Laporan Ekonomi MARA 2010.
Laporan Kajian Keberkesanan Guru MRSM, BPM, 1995
Laporan Kajian Pengesanan Graduan IKM dan KKTM.
Laporan Kajian Pengesanan Graduan Kolej Profesional MARA (Pelajar Ambilan 1997-
2007), Unit Penyelidikan Seksyen Naziran dan Kualiti, Bahagian Pendidikan
Tinggi MARA, November 2010.
Laporan Kemajuan Projek IKTM untuk Jemaah Menteri.
Laporan Kolej MARA, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, 2000.
Laporan Pembangunan Program Latihan Kemahiran Teknikal Bumiputera yang dipetik
dari Minit Mesyuarat PendidikanTinggi MARA, 2000.
Laporan Suku Tahun Pertama Bahagian Latihan dan Pendidikan MARA , Januari-Mac
1980.
Laporan Tahunan Bahagian Latihan dan Pendidikan MARA, 1979.
Laporan Tahunan Bahagian Latihan MARA, 1974.
Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan dan Latihan MARA 1978.
Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan dan Latihan MARA, 1977.
Latar Belakang Majlis Amanah Rakyat, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur, 21 Jun
1966.
Univers
ity of
Mala
ya
380
Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Institut Teknologi MARA, Report on Visit By Dr.
O.G. Pickard to MARA College, November-Disember 1965.
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Bahagian Pendidikan dan Latihan MARA
,1975.
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan Bahagian Latihan dan Pendidikan
MARA, 1977, Cawangan Perancang dan Penempatan.
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan Bahagian Latihan MARA 1974.
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan Bahagian Pendidikan Latihan
MARA 1977.
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 1966.
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Laporan Tahunan MARA 1978
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Penyata Tahunan 1973.
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Program Latihan dan Kemahiran MARA Tahap Sijil
dan Diploma Tahun 2004/05.
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Prospektus Maktab MARA, 1966.
Majlis Amanah Rakyat, Lapuran Kajian Semula Kemajuan, 1976-1980 dan Kajian
Semula Perlaksanaan, 1971-1980, Buku 2.
Majlis Taklimat GiatMARA kepada Y. B. Dato‟ Mohamed Khaled Nordin, Menteri
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) pada 16 Februari
2006, di Tingkat 24 Ibu Pejabat MARA
Maktab Rendah Sains MARA Kuantan, Lapuran Tahunan 1980.
Maktab Rendah Sains MARA Seremban, Activity Justification-Operating Expenses,
1971.
MARA in Brief, Kuala Lumpur: Publics Relations Unit, MARA, 1979.
MARA Institute of Technology, Bulletin 73-74.
MARA Seremban, BL 117.
MARA Vocational Institute Johor Bharu.
MARA Vocational Training, Majlis Amanah Rakyat (MARA).
MARA: Panduan dan Penerangan, Cawangan Hubungan Awam, Ibu Pejabat MARA,
Kuala Lumpur.
MARANIAGA, Bil. 1, Tahun Pertama, Kuala Lumpur: Cawangan Perhubungan Awam
MARA, 1978.
Univers
ity of
Mala
ya
381
Memorandum MIT Governing Council.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MARA, Mesyuarat Ke-63 pada 3 Mac 1976, Bil.
9/76.
Mesyuarat Ke-25 pada 30/7/1971.
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MARA Ke-64 bertarikh 7 April 1976.
Minit Mesyuarat Majlis MARA 148, Bil. 12, 1986.
Minit Mesyuarat Majlis MARA Ke-26, 4 November 1971.
Minit Mesyuarat Majlis MARA, Bil. 281, (3/2002) , 25 Jun 2002.
Minit Mesyuarat Majlis MARA, Bil. 41/71, Mesyuarat Ke-25 pada 30 Julai 1971.
Minit Mesyuarat Majlis MARA, Bil. 5/72, 2 Februari 1972.
Minit Mesyuarat Majlis MARA, Bil. Ke-21, 3 Ogos 1970.
Minit Mesyuarat Majlis MARA, Kertas 85/2001.
Minit Mesyuarat Majlis, 9/72, Mesyuarat Ke-28, 5/4/1972.
Minit Mesyuarat Majlis, Bil. 4/72, Mesyuarat Ke-27, 2/2/1972.
Minit Mesyuarat Majlis, Bil. 41/71, Mesyuarat Ke-25 pada 30 Julai 1971.
Minit Mesyuarat Pengarah-pengarah MARA yang Ke-13, Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat
MARA Kuala Lumpur, 15. 6. 1966, jam 10.00 pagi.
Minit Mesyuarat Pengarah-Pengarah MARA, Bil 5/67, pada 28 Mac 1967.
Minit Mesyuarat Penubuhan Pusat-pusat Kemahiran, BL 330, Fail MARA-KL 1965.
Pamplet: Catatan Sejarah Institut Teknologi MARA, April 1998, (Bahagian Perancang
Korporat MARA).
Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II, No. 11, 10 Nov 1965.
Penyata Tahunan MARA 1968.
Penyata Tahunan MARA 1970.
Penyata Tahunan MARA 1973.
Penyata Tahunan MARA Negeri Terengganu 1971.
Perjanjian antara Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd. dan British Malaysian Institute
Sdn. Bhd. Bertarikh 2 September 2003.
Univers
ity of
Mala
ya
382
Perjanjian Pinjaman di Antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Peranchis Bagi Projek
Malaysia France Institute (oleh MARA) bertarikh 17 Mac 1994.
Program Homeroom MRSM Pengkalan Chepa, Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Program Latihan Kemahiran MARA 1987.
Prospektus 1987, Bahagian Kemahiran Mara.
Prospektus 1987, Bahagian Kemahiran MARA.
Prospektus MRSM/Kolej MARA, 2000, Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Bahagian Latihan dan Pendidikan
(Biasiswa & Pinjaman Pelajaran) dan (Maktab Rendah Sains MARA) Buku 4,
Vol. I.
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rengkasan Buku 1, Program-program
MARA.
Sejarah IKM Jasin.
Sejarah Ringkas MRSM Kuala Terengganu.
Sepintas Lalu Mengenai MRSM Kulim, Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Sinar IKMP, IKM Pekan Pahang, Bil 2, 1986.
Sistem Pendidikan MRSM Abad ke 21(SPMRSM21), Bahagian Pendidikan dan Latihan
(Menengah) MARA.
Surat dari Ketua Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,
Cik Rosmah bt Haji Jentera kepada Mr. K. Sadachi iaitu wakil kedutaan Jepun di
Malaysia bertarikh 7 Mei 1975.
Surat dari Pengarah Bahagian Latihan MARA Encik Ali Redza bin Khalid kepada
Pengarah Bahagian Kewangan dan Kira-kira, 14 September 1970
Surat Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah kepada Menteri Pembangunan
Usahawan, Fail Mesyuarat Sektor Pendidikan MARA, 25 September 1999.
Surat Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
kepada Pegawai Pelajaran (Hal Ehwal pelajar) Bahagian Pendidikan Menengah,
30 Ogos 1999.
Surat Tan Sri Jamaluddin bin Hj Ahmad Damanhuri selaku Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam kepada Pengetua Kolej MARA Banting bertarikh 1
Oktober 2002.
The New Economic Policy, 1971-1990.
Univers
ity of
Mala
ya
383
Ucapan Encik Mansor Osman bagi majlis pembukaan rasmi Sekolah Kemahiran
MARA Melaka bertarikh 7 Mac 1969.
Unit R & D Bahagian Perancang Korporat MARA.
Warta Institut Teknologi MARA, Amanat-Amanat Penting di Konvokesyen ITM,
Oktober 1979, Bil. 38.
Terbitan Rasmi
Akta MARA, Kuala Lumpur: Dany Press, 1966.
Development Progress Statistics for Education (States of Malaya), National Planning &
Development for Children & Youth, Malaysia-produced by the Federal
Department of Information, Malaysia.
Educational Planning and Research Division, Ministry of Education, Malaysia.
Fiennes, D. E., Report on Rural Industrial and Development Authority, 1950-1955,
Kuala Lumpur: Government Press, 1957.
Kenyataan Dasar RRJP2 dan RM6:Pelaksanaan Dasar dan Program, Kuala Lumpur:
Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, 1991.
Konggeres Ekonomi Bumiputra Kedua, Laporan2 Atas Perlaksanaan Usul2 Konggeres
Ekonomi Bumiputra Pertama, Kuala Lumpur: Jabatan Chetak Kerajaan, 1968.
Konggeres Ekonomi Bumiputra, Usul2 Yang Di-Terima Pada Meshuarat Pleno Pada
7hb. Jun, 1965.
Laporan Jawatankuasa Kabinat Mengenai Latihan, Latihan Untuk Pembangunan
Perindustrian, Cabaran Sembilan Puluhan, Kuala Lumpur: Unit Perancang
Ekonomi Jabatan Perdana Menteri & Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991.
Laporan Kajian Status dan Pencapaian SBP dan MRSM dalam Peperiksaan SPM tahun
2000-2003, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006.
Laporan Kajian Status dan Pencapaian SBP dan MRSM dalam Peperiksaan SPM tahun
2000-2003, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006.
Lapuran Seminar Ekonomi Bumiputra, 4hb-6hb April, 1973, Kuala Lumpur: Ketua
Pengarah Percetakan Malaysia Barat, 1973.
Memorandum Mengenai Sistem Pendidikan MARA kepada Kementerian Pelajaran,
EPRD Kementerian Pendidikan Malaysia, 1979.
Mid-Term Review of the Second Malaysia Plan, 1971-1975, Kuala Lumpur:
Government Press, 1973.
Univers
ity of
Mala
ya
384
National Planning & Development for Children & Youth, Malaysia, Malaysia: Federal
Development of Information.
Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, 26.5.1965, Volume II, No. 1, 1965.
Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Volume I, No. 17, Cetakan Kerajaan 1965.
Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II, No. 11, 10 Nov 1965.
Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II, No. 11, 10 November 1965
Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II, No. 11, 10 November 1965
Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II, No. 12, Kuala Lumpur, 1966
Parliamentary Debates, Dewan Rakyat, Volume II, No.1, 1965
Parlimentary Debate: Oktober 1964 hingga Disember 1964, Volume 1, No. 19.
Parlimentary Debates, Dewan Rakyat, Volume 1, No. 11, Cetakan Kerajaan, 1965.
Parlimentary Debates, Dewan Rakyat, Volume 1, No. 20, 20/5/64, Cetakan Kerajaan,
1965.
Parlimentary Debates, Dewan Rakyat,Volume II, No.1, 26/5/1965, Cetakan Kerajaan,
1966.
Parlimentary Debates, Volume 1, No. 3, 25/11/1959.
Parlimentary Debates, Volume II, No. 12, 11/11/1965.
Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Parlimen Ketiga, Penggal Parlimen Ketiga, Jilid III,
Bil. 36, Isnin, 10hb Disember 1973, Jawapan-jawapan Mulut Bagi Pertanyaan-
pertanyaan, Peranan MARA
Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Negara, 3 Mei 1976, Jilid II, Bil. 6.
Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Negara, 4 Mei 1976, Jilid II, Bil. 7.
Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, 15 April 1976.
Penyata Tahunan Lembaga Kampung dan Perusahaan Persekutuan Tanah Melayu,
Penyata Tahunan 1959.
Penyata Tahunan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan Tanah Melayu, 1960.
Perangkaan Sepintas Lalu:Pengajian Tinggi Malaysia 2005, Bahagian Perancangan &
Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Ogos 2006.
Perburuhan di Malaysia, Putrajaya: Kementerian Sumber Manusia, 2007.
Univers
ity of
Mala
ya
385
Rancangan Malaysia Keenam, 1991-1995, Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara,
1991.
Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990, Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara,
1986.
Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010.
Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000, Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri, 1996.
Ranchangan Pespektib untok Perkembangan Pelajaran Tinggi Di-Malaysia, Kuala
Lumpur, Penchetak Kerajaan, 1967.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000, Kuala Lumpur: Jabatan
Percetakan Negara, 1991.
Rida Annual Report, 1954.
RIDA Bulletin Monthly, Bil 137, 1/6/63-30/6/63.
RIDA Progress Report to end of 1951, No. 24/52, Minutes and Council Papers of
Federal Legislative Council (Fifth Session), March 1953 to February 1955,
9/3/52.
RIDA Progress Report, 1st July 1952 to December 1952, No.35 31/12/53.
RIDA Report from July 1952 to 31 December 1952, Minutes and Council Papers of
Federal Legislative Councils (South Session) March 1953 to January 1954,
6/5/53.
RIDA Report Up to December 1952, No. 45.
Rural and Industrial Development Anthority, Annual Report on Rural Industrial and
Development Authority 1955.
Rural and Industrial Development Authority Federation of Malaya, Annual Report
1958.
Rural and Industrial Development Authority, Annual Report on Rural and Industrial
Development Authority 1954.
Rural and Industrial Development Authority, Annual Report on Rural and Industrial
Development Authority 1957.
Ucapan Tun Hj Abdul Razak bin Hussein 1965, Arkib Negara Malaysia.
Usul Yang Diterima Pada Mesyuarat Pleno, Kongres Ekonomi Bumiputera, 7 Jun 1965.
Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985, Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara,
1981.
Univers
ity of
Mala
ya
386
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000, Kuala Lumpur: Jabatan
Percetakan Negara, 1991.
Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional
Malaysia Berhad, 2001.
Laporan Kajian Perimbangan Pelajaran Melalui Sekolah Berasrama Penuh,
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1990.
Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Analisis penyata pendapatan dan perbelanjaan 2003 hingga 2005.
Dokumen Penubuhan UniTEK-MARA.
Pelan Strategik Universiti Kuala Lumpur, 2006-2010.
Perjanjian antara Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd. dan Malaysian Institute of
Aviation pada 2 September 2003.
Perjanjian antara Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd. dan Malaysian Spanish Institute
Sdn. Bhd. pada 2 September 2003.
Propelling Techinical Education to Greater Heights, Universiti Kuala Lumpur.
Surat cadangan pelaksanaan UniTEK-MARA ala University of London dari Ketua
Pegawai
Eksekutifnya kepada Menteri Pembangunan Usahawan, Dato‟ Seri Mohamed Nazri bin
Abdul Aziz bertarikh 6 Jun 2002.
Surat kelulusan penubuhan Universiti Teknikal MARA oleh Dato‟ Dr. Ibrahim Saad
kepada Menteri Pembangunan Usahawan Dato‟ Seri Mohamed Nazri bin Abdul
Aziz bertarikh 20 Jun 2002.
Surat Ketua Pegawai Eksekutif UniKL kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur bertarikh 30 Ogos 2002.
Surat Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Piawaian Sektor Pengurusan Institut
Pendidikan Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi kepada Ketua
Eksekutif Universiti Kuala Lumpur bertarikh 22 Mei 2006.
Surat Pengarah Jabatan Jaminan Kualiti kepada Timbalan Ketua Pengarah Institut
Pendidikan Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bertarikh 3
Mac 2005.
Surat Penolong Ketua Pegawai Eksekutif UniKL kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur
bertarikh 20 Ogos 2002.
Surat Penolong Ketua Pegawai Eksekutif UniKL kepada Ketua Pendaftar Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta, Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan
Malaysia bertarikh 15 Ogos 2002.
Univers
ity of
Mala
ya
387
Surat perakuan pendaftaran UniKL-BMI di bawah Akta Institut Pendidikan Tinggi
Swasta 1996 bertarikh 16 Februari 2005.
Surat perakuan pendaftaran UniKL-IIM di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta 1996 bertarikh 16 Februari 2005.
Surat perakuan pendaftaran UniKL-MICET di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta 1996 bertarikh 16 Februari 2005
Surat perakuan pendaftaran UniKl-MIMET di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta 1996 bertarikh 6 Disember 2004.
Surat perakuan pendaftaran UniKL-MSI di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta 1996 bertarikh 16 Februari 2005.
Surat perakuan Universiti Kuala Lumpur yang didaftarkan di bawah Akta Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta 1996 bertarikh 20 Februari 2003.
Arkib UiTM Shah Alam
Minit Mesyuarat Khas Majlis Pentadbir ITM, 18 Mei 1974, jam 9.15 pagi.
Minit Mesyuarat Tergempar Majlis Pentadbir ITM. 22 April 1974, jam 11.30 pagi.
Fail Kerajaan Persekutuan
(022) 98-6. Colombo Plan Bureau-National Seminar on National Planning of
Vocational Training (Malaysia-16-19 March,1970).
0.3580/3. Penyertaan Bumiputra Dlm. Industri Kayu.
0.9839 PT.2. Rancangan Latehan MARA.
1093, Rancangan Malaysia Ketiga.
11681/47 SJ 30. Kenyataan Perdana Menteri: Betul-kah Bumiputera Hanya Menikmati
10% Kekayaan Negeri ini?
2021/3/2/1. Kumpulan Kerja Teknikal Pembasmian Kemiskinan (Kumpulan Sistem
Institusi dan Penyampaian).
24345 Vol: I. I.L.O Asian Manpower Plan.
26350/35. United States Peace Corps Volunteers 1969/1970 Programme.
441/1-17. 441-Tanah, 1-Permohonan,-17-Permohonan Tapak Tanah Kemahiran
MARA-Di-Kampong Pandan-Kuala Lumpur.
Univers
ity of
Mala
ya
388
441/1-19. 441-Tanah, 1-Permohonan, -19-Tapak Tanah Kolej Rendah MARA di
Seremban.
441/1-24. 441-Tanah 1-Permohonan, 24-Chadangan Maktab Rendah Sains MARA-
Perlis.
58/103/2 Vol: X, Meetings of MARA-Agenda and Papers.
BK/MARA16/7. Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Bahagian „D‟ dan „E‟;
Objektif, Strateji, Skop dan Program Perbelanjaan Pembangunan, Bahagian „F‟;
Keupayaan Perlaksanaan.
BPE (BT) 58/10/1, Colombo Plan- U.K. Teachers-Cum-Advisors for MARA. Junior
Science College.
BPE (BT) 58/4/10. Vol. I. UNDP: Expert Assistance for Vocational Training for
MARA.
BPE (BT) 58/4/5 Vol: I. Colombo Plan-Japan: Experts & Equipment for MARA
Vocational Institutes.
BPE (BT) 58/4/5 Vol: II. Colombo Plan-Japan: Exports & Equipment for MARA
Vocational Institutes.
BPE (BT) 58/4/5, Vol. III., Colombo Plan-Japan: Experts and Equipment for MARA
Vocational Institutes.
BPE (BT). 58/4/4, United Nation-Leather Training Expert for MARA. Mr. J. A. Rant.
BPE (BT)58/4/5, Vol: I. Colombo Plan-Japan: Experts & Equipment for MARA
Vocational Institutes.
BPE 11/111/100. RMT-Kementerian Pelajaran. Institiut Teknoloji MARA. (ITM).
BPE 11/111/135. Rancangan Malaysia Ketiga Seksyen Industri.
BPE 58/4/24.UNDP-Assistance for MARA.
BPE. 11/12. Rahsia. Panduan Terhadap Struktur Modal Syarikat-syarikat Usaha
Bersama di Lapangan-lapangan Galian, Kemajuan Harta-harta dan Kegiatan-
kegiatan yang Menggunakan Punca-punca Asli Negara.
G. 08113.01. Taklimat mengenai Program2/Projek2 untuk Meshuarat Ke-Empat J/K
Jawatankuasa Atas Strateji Pembangunan.
JPM 14729/S. J. 2. J/K Atas Strateji Pembangunan Perusahaan.
JPM 14729/S. J. 2. J/K Atas Strateji Pembangunan Perusahaan.
KB/JTR/02/130. Unesco Vocational & Technical Education.
Univers
ity of
Mala
ya
389
KB/JTR/02/1642. International Seminar Industrial Vocational Training-Germany, 4th to
24th June 72.
KEMENTERIAN PELAJARAN 2269, Scholarships reserved for RIDA.
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (M. R. D.) 680, Vol. II, Kongres
Ekonomi Bumiputra Kedua.
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, 561/1, Jawatankuasa Pemandu.
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, M. R. D. 561, Kongres Ekonomi
Bumiputera.
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, MRD 561, Kongres Ekonomi
Bumiputera.
KP (PT) 026/6. Jawatankuasa Kajian dan Pelaksanaan Pel. Teknik dan Vokasional Di-
Bawah Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985).
KP/AM/97. M. A. R. A. (Majlis Amanah Rakyat). Lembaga Kemajuan Kampong dan
Perusahaan, Decisions of the Authority on the Report of the Loan Programme
Review Committee (September, 1963).
M. of H. SECRET KK (R)- 351-BHG. (3), Mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha
Kementerian (Tahun 1975/76).
M. R. D. 512/6, Parliamentary Questions & Answers 1964 (Tuan Haji Ahmad Bin
Abdullah - M.P. Kelantan Hilir) 25-11-1964. 5409/69.
M. R. D. 561/5, Jawatankuasa Kechil Perusahaan2. Kongeres Ekonomi Bumiputra.
Kertas Kerja Mengenai „Perniagaan dan Perdagangan‟.
M. R. D. 561/6, Jawatankuasa Kechil Perniagaan2. Konggeres Ekonomi Bumiputera.
Malay Participation in Industry.
M. R. D. 652A/16. Parliamentary Questions and Answers, 1968 Y. B. Tuan Adwin
Anak Tangkun (Mulut).
M.R.D. 618/32. Parliamentary Questions and Answers, 1966. Dr. Tan Chee Khoon
(Bertulis).
Minutes and Council Papers of Legislative Council, 25/4/51.
MRD (T) O. 189, Ministry of Rural Development, RIDA Organisation. Confidential,
Ministry of Rural Development, Directive No. 1.
MRD 561/18, Keputusan2 Meshuarat2 Pegawai2 MARA dengan Kementerian.
Perbendaharaan 0.9391 PT. 3, Majlis Penasehat Pelajaran Tinggi (Higher Education
Advisory Council).
Perbendaharaan 0.9800 PT. H. Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara.
Rancangan Malaysia Ketiga.
Univers
ity of
Mala
ya
390
PLB/DISP/G/21/83. Teknik dan Pepereksaan LLPPKK.
PM 14729/S.J.2, J/K atas Strateji Pembangunan Perusahaan.
R. S. M. 91/65 Bhg. 2. Kesatuan Siswa Institiut Teknologi MARA; d/a Bilik Gerakan
Kesatuan, Institiut Teknoloji MARA, Shah Alam, Selangor.
Report of the Auditor-General on the Accounts of the Rural and Industrial Development
Authority, 1961.
UPSE 179/991/50. Dasar Belia Negara.
Vol: II (BT) 58/4/10. UNDP: Expert Assistance for Vocational Training for MARA.
Y. 10/1/222, Creation of a Malay Commercial and Industrial Community.
Fail Kerajaan Negeri
DVS 120/53, RIDA Schemes. Johore State Development Board.
EDUCATION PK. 859/56, R. I. D. A. Grants to Kampong Schools.
Pejabat Penasihat British Selangor (B. A. Sel): 44/1952, Malay Markets and Bridle
Paths in the Kampongs.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (B. A. Phg.) 4/54. R. I. D. A. Development Plans,
1955-1959.
Rekod Kolonial
Colonial Office Files (C. O.) South East Asia Department: Original Correspondence
1022/253. The Aims and Structure of the Rural Industrial Development
Authority in Malaya, Federal Government Press Statement.
C. O. 1022/253, Exco Paper, No. 16/1/1951.
C. O. 1022/254, The Rural Industrial & Development Authority in Malaya, Rural and
Industrial Development Authority Progress Report to 30th June, 1953.
C. O. 1022/463. Economic Status of the Malay.
Univers
ity of
Mala
ya
391
Surat Persendirian
Arkib Sukan 48/7/14. Tun Tan Sri Haji Sardon bin Jubir.
S. P. 113( )/01.001, Datuk Nik Abdul Rashid Bin Nik Abdul Majid. “Penyusunan
Masyarakat dan Perpaduan Negara, Sejauh mana DEB Berjaya?” oleh Dr. Ting
Chew Poh dan Dr. Chua Yee Pan.
S. P. 113/12/001, Prof Datuk Nik Abdul Rashid Bin Nik Abdul Majid,ITM Secara
Rengkas.
S. P. 33/1/E 579/39, Uchapan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Perdana Menteri Malaysia Di-Pembukaan Rasmi Konggeres Ekonomi
Bumiputra Kedua pada 7hb September, 1968
S. P. 33/1/E 584/39, Tun Dr. Fatimah Binti Hashim. Konggeres Ekonomi Bumiputra
Malaysia, Usul2 Yang Di-terima pada Meshuarat Pleno Pada 7hb Jun, 1965.
S. P. 33/A/2/95. Tun Dr. Fatimah Binti Hashim. UMNO-General.
S. P. 379( )/01.001, Prof. Dato‟ Nik Anuar Bin Mahmud, FCO 24/821, The New
Economic Policy.
S. P. 379. Prof. Dato‟ Nik Anuar Bin Nik Mahmud. C. O. 1022/463, Economic Position
of the Malays in Malaya.
S. P. 65 15.25/3. Dato‟ Nik Muhammad bin Nik Mohd Salleh.
S.P. 113/12/008. Prof. Datuk Nik Abdul Rashid Bin Nik Abdul Majid, Peristiwa-
peristiwa Penting Institut Teknologi MARA, 1956-1980.
S.P. 193/15.001. Prof Madya Dr. Ishak bin Rejab. Konvensyen Ekonomi Bumiputera,
Sessi III, Penyusunan Semula Masyarakat dan Pembangunan Ekonomi
Bumiputera, Rabu 22 Mac 1978, oleh Tajuddin Jali, (Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 19hb-22hb. Mac 1978.
S.P. 193/15.001. Prof Madya Dr. Ishak Bin Rejab. Konvensyen Ekonomi Bumiputra,
Sessi II, Penyertaan Bumiputra dalam & Perindustrian Perdagangan, kertas kerja
Selasa 21hb. Mac, 1978 Menyedia dan Memperlengkapkan Pengurus-pengurus
Bumiputra untuk Masa Depan oleh Dr. Nik A. Rashid Ismail, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
S.P. 33/12.001. Tun Dr. Fatimah Binti Hashim. I.T.M.-Menaikkan Taraf Universiti.
Univers
ity of
Mala
ya
392
Buku
10 tahun Institut Teknologi MARA dalam Kenangan, Shah Alam: Institut Teknologi
MARA, 1977.
Abdullah Sani Yahaya, Perkembangan Pendidikan di Malaysia, Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn Bhd, 2003.
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, Tanjung
Malim: Quantum Book, 2008.
Ahmad Boestamam (penterjemah), Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 2003.
Ahmad Idriss, Dasar Ekonomi Baru, Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd., 1988.
Alexander, Patricia A. and Muia, Jospeh A., Gifted Education, A Comprehensive
Roadmap, London: An Aspen Publication, 1982.
Amarjit, Kaur, Bridge and Barrier: Transport and Communication in Colonial Malaya
1870-1957, Singapore: Oxford University Press, 1985.
Armajit, Kaur, Historical Dictionary of Malaysia, (Asian Historical Dictionaries, No.
13), London: The Scarecrow Press, Inc., 1993.
Barbe, Walter B. and Renzulli, Joseph S. (eds.), Psychology and Education of the Gifted
(Second Edition), New York: Irvingston Publishers, Inc., 1975.
Chai, Hon Chan, The Development of British Malaya, 1896-1909, Kuala Lumpur:
Oxford University Press, 1967.
Chamhuri Siwar, Mohd. Yusof Kasim dan Abdul Malik Ismail, Ekonomi Bumiputera
Selepas 1990, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1992.
Chin, Kin Wah & Daljit, Singh (eds.), Southeast Asian Affairs (2005), Singapore:
ISEAS, 2005.
Constitution of the Federation of Malaya 1957, Kuala Lumpur: Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA), 2007.
Dasar Pendidikan Kebangsaan, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia,
1999.
De Menezes, Matias Francisco dan Lee, Chai Poe, Model Pengkayaan Untuk Program
Pintar Cerdas (The Schoolwide Enrichment Model), Perak: Boon Beng Compu-
Typesetting Co, 1995.
Dupper, Ockert and Sankaran, Kamala (eds.), Affirmative Action: A View from the
Global South, Stellenbosch: SUN Press, 2014.
Emsley, Ian, The Malaysian Experience of Affirmative Action: Lessons for South Africa,
Cape Town: Human & Rousseau (Pty) Ltd and Tanfelberg Publishers Ltd, 1996.
Univers
ity of
Mala
ya
393
Faaland, Just, Parkinson, J. R., and Rais Saniman, Growth and Ethnic Inequality,
Malaysia’s New Economic Policy, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1990.
Faaland, Just, Parkinson, Jack dan Rais bin Sulaiman, Dasar Ekonomi Baru
Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu, Shah Alam:
SPEKTRA, 2002.
Faaland, Just, Rais Saniman (penterjemah, Ramlah Muhamad, Ridzuan Omar, Md.
Sharit Bharuddin), DEB Pertumbuhan dan Ketaksamarataan, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.
Fadillah Amin, Shaping A Dream: From Dewan Latihan RIDA to Universiti Teknologi
MARA, 1956-1999, Shah Alam: UPENA, 2000.
Firdaus Ahmad Azzam, ITM Warisan Bangsa, UiTM Shah Alam: Kajian Sebaran Am,
1989.
Furnivall, J. S., Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and
Netherlands India, Cambridge: University Press, 1948.
Gamba, Charles dan Ungku Aziz, RIDA and Malayan Economic Development, United
States, University of California, 1951.
Goleman, D., Working With Emotional Intelligence, New York : Bantam Books, 1999.
Gomez, Edmund Terence and Premdas, Ralph (eds.), Affirmative Action, Ethnicity, and
Conflict, New York: Routledge, 2013.
Gomez, Edmund Terence and Premdas, Raplh (eds.), Affirmative Action, Ethnicity, and
Conflict, New York: Routledge, 2013.
Gomez, Edmund Terence, and Johan Saravanamuttu (eds.), The New Economic Policy
in Malaysia: Affirmative Action, Ethnic Inequalities and Social Justice, Kuala
Lumpur: SIRD, 2013.
Harte, Negley, The University of London ,1836-1986, Cambridge: University
Press,1986.
Hawa Rohany (ed.), Documenting A Destiny: History of Universiti Teknologi MARA,
1956-2006, Shah Alam: University Publication Centre (UPENA), 2006.
Hill, Hall, Tham, Siew, Yean and Ragayah Haji Mat Zin, Malaysia’s Development
Challenges: Graduating from the Middle, Oxon:Routledge, 2012.
Ho, Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya, 2004.
Hussein Ahmad, Mission of Public Education in Malaysia, The Challenge of
Transformation, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2012.
Univers
ity of
Mala
ya
394
Hussein Hj. Ahmad, Pendidikan dan Masyarakat, Antara Dasar, Reformasi dan
Wawasan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1993.
Ibrahim Saad (ed.), Isu Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982.
Jomo, Kwame Sundaram, A Question of Class: Capital, The State, and Uneven
Development in Malaya, Singapore: Oxford University Press, 1986.
Jomo, Kwame Sundaram, Mahathir’s Economic Policies, Kuala Lumpur: Insan, 1989.
K. Brown, Graham, Arnim Langer and Frances Stewart, Affirmative Action in Plural
Societies: International Experiences, New York: Palgrave Macmillan, 2012.
Khadijah Muhamed dan Halimah Awang (ed.), Dasar Ekonomi Baru dan Masa
Depannya, Kuala Lumpur: Persatuan Sains Sosial Malaysia, 1991.
Khairulmaini Osman Salleh, Kanthasamy N., Malaysia and Globalisation: Issues and
Challenges in the 21st Century, Kuala Lumpur: University of Malaya, 2003.
LLPPKK Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: LLPPKK.
M. Bakri Musa, The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia,
USA: Gilroy, 1997.
Mahathir Mohamad, The Challenge, Petaling Jaya: Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd.
Mahathir Mohamad, The Malay Dilemma, Singapura: Moore For Asia Pasific Press,
1970.
Marina Samad, The MARA Institute of Technology: Yesterday, Today and Tomorrow,
Kuala Lumpur: Intitut Teknologi MARA, 1969.
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB): Satu Penilaian
Kembali dan Langkah-langkah Ke Hadapan, Kuala Lumpur: Dewan Perniagaan
Melayu Malaysia, 1995.
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan
Publications, 2002.
Mohd Salleh Daud, Memoir Bukan Reformis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1998.
Mohd. Rosli Mohamad dan Mohamad Aslam Gulam Hassan (eds.), Pembangunan
Ekonomi Malaysia Era Globalisasi, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,
2000.
Mustafa Dakian, K-Ekonomi: Pemacu Ekonomi di Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2007.
Univers
ity of
Mala
ya
395
Ness, G. D., Bureaucracy and Rural Development in Malaysia : A study of complex
organisations in stimulating economic development in new states, United States,
University of California Press, 1967.
Omar Mohd. Hashim, Pendidikan, Persoalan, Penyelesaian dan Harapan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993.
One Nation One Vision, Satu Negara Satu Wawasan Malaysia, Kuala Lumpur:
Permodalan Nasional Berhad, 2007.
Ong, Hak Ching, Chinese Politics in Malaya, 1942-1955: The Dynamics of British
Policy, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000.
Ooi, Keat Gin, Historical Dictionary of Malaysia, Lanham: The Scarecrow Press, Inc.,
2009.
Philip, Loh Fook Seng, Seed of Separatism: Educational Policy in Malaya, 1874-1940,
New York: Oxford University Press, 1975.
Ramlah Adam, Dato’ Onn Ja’afar: Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1994.
Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2002.
Renzulli, J. S. & Reis S. M. The Schoolwide Enrichment Model: A How-to Guide for
Educational Excellence, Mansfield Center CT: Creative Learning Press, 1997.
Rokiah Talib, A Second Chance: Life and Mission of Arshad Ayub, Kuala Lumpur:
MPH, 2008.
Rokiah Talib, Documenting A Destiny: History of Universiti Teknologi MARA, 1966-
2006, 2006.
Shireen Mardziah Hashim, Income Inequality and Poverty in Malaysia, Lanham:
Rowman & Littlefield Publishers, Inc., 1998.
Siti Hadijah Che Mat, Fauzi Hussin dan Mohd Razani Mohd Jali, Ekonomi Malaysia,
Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2003.
Sivamurugan, Pandian, Legasi Mahathir, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, 2005.
Sufean Hussin dan Norliza Zakuan, Dasar Modal Insan, 60:40 dalam Sains &
Teknologi, Kuala Lumpur: Tinta Publishers, 2009.
Sufean Hussin, Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia Teori dan Analisis, Kuala
Lumpur: DBP, 2002.
Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia, Sejarah, Sistem dan Falsafah (Edisi Kedua),
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.
Univers
ity of
Mala
ya
396
Wan Abdul Rahman, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: DBP,
1996.
Weiss, Meredith L. (ed.), Routledge Handbook of Contemporary Malaysia, New York:
Routledge, 2015.
Winstedt, R.O., Papers on Malay Subjects-Malay Industries, Part I, Arts and Crafts,
Kuala Lumpur: F.M.S. Government Press, 1925.
Yahya Ibrahim dan Abd Hair Awang, Pembangunan Modal Insan Isu dan Cabaran,
Bangi: UKM, 2008.
Young, Kevin, Bussik, Willem C.F. and Parvez Hasan (eds.), Growth and Equity in a
Multiracial Society, Washington D.C: The World Bank, 1980.
Akhbar
Asia Magazine, 22 March 1970.
Berita Harian, 10 Disember 1965.
Berita Harian, 11 Mac 1970.
Berita Harian, 15 Januari 1970.
Berita Harian, 17 Januari 1971.
Berita Harian, 2 Februari 1973.
Berita Harian, 2 Februari 1974.
Berita Harian, 23 Februari 1974.
Berita Harian, 23 Mei 1974.
Berita Harian, 5 Januari 1976.
Berita Harian, 9 Januari 1976.
Berita Harian, 11 Januari 1976.
Berita Harian, 23 Februari 1976.
Berita Harian, 20 Februari 1985.
Berita Harian, 10 September 2001.
Berita Harian, 13 September 2001.
Univers
ity of
Mala
ya
397
Berita Harian, 8 April 2002.
Berita Harian, 11 Julai 2002.
Berita Harian, 20 September 2002.
Berita Minggu, 11 Januari 1976.
Bernama, 11 Jun 1968.
Bernama, 27 April 1971.
Bernama, 26 Jun 1973.
Harian Metro, 27 Januari 2005.
Harian Metro, 17 Februari 2005.
Harian Metro, 3 Mac 2005.
Mingguan Malaysia, 15 Februari 1976.
Mingguan Malaysia, 1 Mei 2011.
The Straits Times, 31 Julai 1950.
The Straits Times , 16 July 1965.
The Straits Times, 9 June 1965.
The Straits Times, 13 Februari 1966.
Utusan Malaysia, 15 Januari 1970.
Utusan Malaysia, 9 Februari 1970.
Utusan Malaysia, 4 Jun 1970.
Utusan Malaysia, 15 April 1972.
Utusan Malaysia, 13 Januari 1976.
Utusan Malaysia, 14 Februari 1976.
Utusan Malaysia, 3 September 1976.
Utusan Malaysia, 2 Jun 1979.
Utusan Malaysia, 7 Februari 2003.
Univers
ity of
Mala
ya
398
Kertas Kerja Seminar
Firdaus Abdullah, “Masalah Melayu dan Dasar Ekonomi Baru”, Persidangan Dasar
Ekonomi Baru dan Masa Depannya, 4th: 24-26 Jul 1989: Kuala Lumpur.
Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat, Cabaran Milenium Baru, Kuala Lumpur 10-11
September 1999, Kementerian Pembangunan Usahawan, Dewan Perniagaan
Melayu Malaysia.
Majlis Pengkisahan Sejarah UiTM, di Dewan Sri Budiman UiTM, anjuran bersama
dengan Arkib Negara Malaysia, 17 Julai 2001.
Ramlah Adam, “Ekonomi Masyarakat Melayu, 1951-1955: RIDA Satu Analisis
Pembentukan Dasar Ekonomi Melayu Sebelum Merdeka”, dalam Seminar
Wacana Pemikiran Ekonomi Melayu, 10 Jun 1995, Kuala Lumpur.
Zamani bin Mohd Noor, ”Isu-isu Pemerkasaan Corak Penilaian dalam Sistem
Pendidikan dan latihan Teknik dan Vokasional Melalui Perjanjian
Persefahaman”, dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional, Johor, Batu Pahat, 2003.
Artikel Jurnal
Hung-Chuan, Chan, “Mobilization of Human Resources Through Community
Development”, Ekonomi (Journal of the Economics Society University of
Malaya), Volume VII, December 1966.
Isamu Yamada, “Input-Output Model of A Dual Economy”, Kajian Ekonomi Malaysia,
Vol. III, No. 2, December 1966, Persatuan Ekonomi Malaysia.
Lee, Hwok-Aun, “Affirmative Action in Malaysia: Education and Employment
Outcomes since the 1990s”, Journal of Contemporary Asia, Vol. 42, No. 2, Mei
2012.
Lee, Hwok-Aun, “Affirmative Action Regime Formation in Malaysia and South
Africa”, Journal of Asian and African Studies, Vol. 51, No. 5, 5 Oktober 2014.
Lee, Hwok-Aun, “Affirmative Action in Malaysia and South Africa: Constrasting
Structures, Continuing Pursuits”, Journal of Asian and African Studies, Vol. 50,
No. 5, August 2015.
Mah, Hui Lim, “Affirmative Action, Ethnicity and Integration: The Case of Malaysia”,
Ethnic and Racial Studies, Vol. 8, 2 April 1985, Temple University,
Philadelphia.
Norasmah Othman dan Muharam Gaya, “Tahap Pengetahuan Pelatih Institut Kemahiran
MARA Mengenai Persekitaran Kondusif Untuk Bakal Usahawan”, Jurnal
Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, 2009.
Univers
ity of
Mala
ya
399
Oo, Yu Hock, “Affirmative Action in Malaysia: Implications for National Unity”,
NEGARA, Vol. VII, No. 1 February 1983.
Tesis, Disertasi dan Latihan Ilmiah
Abdul Halim Bin Mahmud, „Perkembangan Pendidikan Di Bawah Pentadbiran Majlis
Amanah Rakyat (MARA), 1966-1990‟, Disertasi Sarjana Sastera, Jabatan
Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2002.
Ahmad Naszeri Bin Salleh, „Indikator Pelajar Cemerlang Akademik Program Khas
Pendidikan MRSM (School Wide Enrichment Model): Satu Kajian Di Maktab
Rendah Sains MARA, Jasin, Melaka‟, (Disertasi M. Ed.), Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2003.
Baharil Ihzan Bin Hashim, „RIDA to MARA-A Study in Organisational Reform and Its
Administrative Implication‟, Graduation Exercise, Degree Bachelor of
Economics with honours in Public Administration, University of Malaya, 20
September 1969.
Hamzan Bin Omar, „Perkaitan Stail Berfikir dan Stail Belajar Dengan Pencapaian dan
Daya Saing Pelajar MRSM‟, (Tesis Ph.D.), Universiti Kebangsaan Malaysia,
2006.
Ibrahim Bin Abu Shah, „The Use of Higher Education as an Intervention Strategy in the
Economic Development of a Plural Society: A Case Study of MARA Institute of
Technology in the Economic Policy of Malaysia‟, Michigan, University
Microfilms International, 1988.
Lee, Hwok-Aun, „Racial Inequality and Affirmative Action in Malaysia and South
Africa‟, (Ph.D. Thesis), University of Massachusetts Amherst, 2010.
Muhammad Amin Bin Zakaria, „Penilaian Pelaksanaan Model Pengayaan Seluruh
Sekolah untuk Pelajar Pintar Cerdas di Maktab Rendah Sains MARA: Satu
Kajian Kes‟, (Tesis Ph.D.), Universiti Sains Malaysia, 2008.
Noorzalina Binti Mohd. Noor, „Kajian Profil Kecerdasan Pelbagai dan Gaya
Pembelajaran Pelajar Maktab Rendah Sains MARA‟, (Tesis Ph.D.), Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2007.
Rabieyah Binti Mat, „A Study of the MARA Institute of Technology in its Attempt in
Helping To Meet The Manpower Requirements‟, Graduation Exercise, Bachelor
of Economics, University of Malaya, August 1970.
Siti Zaharah Sulaiman, „MARA Junior Science College: Studet Selection and Its
Implication for Educational System Development in Malaysia‟, Ph.D, Cornell
University, 1975.
Univers
ity of
Mala
ya
400
Wawancara
Temuramah dengan Puan Zarina binti Idrus, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan
Maklumat pada 19 Ogos 2008, jam 11.20 pagi di pejabat beliau.
Teruramah dengan Tuan Haji Abdul Hamid bin Dato‟ Haji Mohd Salleh pada 26 Ogos
2008, jam 10.40 pagi di rumah beliau di Batu Berendam, Melaka. Beliau
merupakan Pegawai Latihan Kemahiran pertama di Bahagian Latihan MARA
pada tahun 1967. Beliau telah ditugaskan untuk merancang dan melaksanakan
semua inisiatif pembangunan latihan kemahiran sehingga tertubuhnya Sekolah
Latihan Kemahiran Melaka pada tahun 1968. Beliau kemudian dilantik sebagai
Pengetua pertama sekolah tersebut sehingga tahun 1980. Selepas bertugas
sebagai Pengetua IKM KL dan Timbalan Pengarah Cawangan Kemahiran,
beliau seterusnya berkhidmat sebagai Pengetua IKM Jasin dari tahun 1986
sehingga bersara pada tahun 1995.
Temuramah dengan En. Abdul Wahab Alwi di pejabat beliau di Shah Alam pada 9
September 2008, jam 11:30 pagi. Encik Abdul Wahab Alwi dilahirkan di
Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar
dan menamatkan ijazah di Western Australia University di bawah Biasiswa
Rancangan Colombo. Beliau berkhidmat dengan MARA pada tahun 1966
selama 17 tahun. Beliau mula berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Latihan
MARA dengan jawatan terakhirnya sebagai Timbalan Ketua Pengarah Bahagian
Pendidikan. Dalam tempoh perkhidmatan beliau, banyak pembaharuan dan
inovasi idea telah dilaksanakan. Encik Abdul Wahab telah dianugerahkan
gelaran Bapa MRSM pada Majlis Ulangtahun Ke-30 MRSM (2002).
Temuramah dengan Encik Mohd Nizam bin Ali, Penolong Ketua Pengarah Bahagian
Kurikulum bertarikh 16 Julai 2009 jam 10.50 pagi di Ibu Pejabat MARA.
Temuramah dengan Tuan Haji Roseli bin Dol, Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi
MARA Pasir Mas pada 10 Ogos 2009 jam 10.30 pagi di pejabat beliau.
Temuramah dengan Encik Matia de Menezes pada 18 November 2009 di kediaman
beliau di Taman Duyong, Seremban pada jam 11.00 pagi.
Temuramah dengan Dato‟ Jamaluddin bin Abdul Hamid pada 29 November 2009 jam
9.30 pagi di kediaman beliau. Dato‟ Jamaluddin bin Abdul Hamid merupakan
bekas Guru Besar sebuah sekolah di Segamat. Beliau merupakan kumpulan
pertama yang berijazah dan dilantik sebagai Guru Besar. Oleh sebab beliau
masih muda iaitu 29 tahun dan gemarkan suatu yang baru, maka beliau telah
memohon untuk menjadi Pengetua MRSM. Beliau merasakan ada suatu yang
menarik di sebalik tawaran ini kerana ia suatu yang baru dan pastinya akan
memberikan beliau suatu pengalaman yang indah. Beliau telah menamatkan
perkhidmatan dengan Kementerian Pelajaran lantaran ingin menerima tawaran
sebagai Pengetua MRSM.
Temuramah dengan Encik Jaafar bin Hamzah, bekas tenaga pengajar IKM Jasin pada
20 Ogos 2010 pada jam 11.00 pagi di rumah beliau.
Univers
ity of
Mala
ya
401
Temuramah dengan Encik Ahmad Azizul Rahman, bekas ketua urusan kurikulum IKM,
Bahagian Kemahiran MARA pada 3 Februari 2011.
Temuramah dengan Tuan Hj Abdul Aziz bin Abdul selaku bekas Timbalan Pengarah
IKM pada 15 Mac 2011 di rumah beliau pada jam 11 pagi. Tuan Hj Abdul Aziz
bin Abdul telah dilahirkan pada 4 Januari 1947. Beliau berkelulusan Ijazah
Kejuruteraan. Pada tahun 1972, beliau telah dilantik sebagai Pengetua IKM
Johor Bharu. Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Kemahiran
pada tahun 1983 dan seterusnya pada tahun 1990-an, beliau dilantik sebagai
Pengarah Bahagian Kemahiran MARA sehingga beliau bersara. Pada tahun
2001 dan 2002, beliau dilantik sebagai CEO MIAT dan kini beliau menjadi
Pengarah bagi Syarikat Federal Power milik adik beliau.
Temuramah dengan Tan Sri Arshad Ayub di pejabat beliau di Kampung Taman
Penchala pada 20 April 2013, jam 3:45 petang. Beliau merupakan tokoh ulung
ITM dan berperanan besar dalam membentuk halatuju ITM ketika berada di
bawah pentadbiran MARA. Tan Sri Arshad Ayub telah dilantik sebagai
Pengetua Maktab MARA pada penghujung 1960-an. Beliau kemudiannya
menjadi Pengetua (kemudian Pengarah ITM) sebelum ditukarkan
perkhidmatannya ke Bank Negara pada tahun 1975.
Ucapan
Ucapan Tan Sri Arshad Ayub sempena Majlis Pengkisahan Sejarah Penubuhan dan
Perkembangan UiTM, 15 Mac 2001.
Taklimat kepada Y.B. Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia daripada
Pengarah Institut Teknologi MARA Shah Alam, Selangor,15 Januari 1981.
Ucapan Y.B.Dato‟ Musa Hitam selaku Menteri Pelajaran Malaysia di Konvokesyen
ITM pada 13 dan 14 Oktober 1979, Dewan Besar ITM Shah Alam.
Ucapan Perdana Menteri: Sambutan Jubli Emas RIDA-MARA (1950-2000) 3
November 2000.
Ucapan Y. B. Pengerusi MARA, Tun Ghaffar Baba ketika majlis upacara pembukaan
rasmi Institut Kemahiran MARA Radio & TV, Petaling Jaya pada 25 Oktober
1970, jam 3.30 petang.
Ucapan Dato‟ Zamani Md Noor selaku Ketua Pengarah MARA pada 14 September
2004 bertempat di Pan Pacific Hotel, KLIA pada 14 September 2004.
Univers
ity of
Mala
ya
402
Sumber Internet
http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/laureate (tarikh diakses 27 April
2015, 5.03 p.m.).
info.mohr.gov.my (tarikh diakses 20 Oktober 2010).
www.micet.unikl.edu.my (Tarikh diakses pada 21 Januari 2014).
Univers
ity of
Mala
ya
403
SENARAI PENERBITAN DAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
Senarai Penerbitan
1. Zarina Begam binti Hj. Abdul Kadir, “Penubuhan MRSM sebagai agen
penggerak Dasar Ekonomi Baru (DEB)”, Jurnal Bahagian Pendidikan MARA,
Bahagian Pendidikan Menengah MARA, 2012, hlm. 122-140.
2. Zarina Begam binti Hj Abdul Kadir, “The Role of MARA (The Council of Trust
for Indigenous Peoples) in Enforcing Affirmative Action in Malaysia”,
Academic Journal of Interdisciplinary Studies, Vol. 2, No. 11, October 2013,
Rome, Italy, hlm. 193-202.
3. Zarina Begam binti Abdul Kadir dan Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd Rus,
“Peranan Majlis Amanah Rakyat Dalam Penubuhan dan Perkembangan Institut
Teknologi MARA, 1966-1976”, Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya, No. 21, 2013, hlm. 169-193.
Senarai Pembentangan Kertas Kerja
1. Zarina Begam binti Hj Abdul Kadir, Satu Rentetan Sejarah Awal Perkembangan
Pendidikan Institut Teknologi MARA 1956-1975. Prosiding Seminar Dasar
Malaysia, Jilid 1. Anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah dan
Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu UiTM Shah Alam, UiTM Sabah, 6-8
Oktober 2009, hlm. 634-648.
Univers
ity of
Mala
ya
404
2. Zarina Begam Bt. Hj. Abdul Kadir, Penubuhan MRSM sebagai agen penggerak
Dasar Ekonomi Baru (DEB), Prosiding Persidangan Bitara Nasional Ke-10.
Anjuran Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Hotel M-Suites, Johor Bahru,
10-13 Julai 2012, hlm. 122-140.
3. Zarina Begam Bt Hj Abdul Kadir, “The Role of MARA (The Council of Trust
for Indigenous Peoples) in Enforcing Affirmative Action in Malaysia”.
Conference Proceeding ICHSS 2013, Vol. 7, 3° International Conference on
Human and Social Sciences, September 20-22, 2013, MCSER Publishing Rome,
Italy, hlm. 193-202.
Univers
ity of
Mala
ya
Recommended