View
91
Download
9
Category
Preview:
Citation preview
KAUM ORANG ASLIMAHAMERI
SUBJEK : HUBUNGAN ETHNIK
AHLI KUMPULAN
AISHAH RAFAT ABDUSSATTAR
ASAL USUL
Menurut istilah Mah Meri bererti “bersisik”.
Berasal dari suku kaum Senoi yang tinggal di Hutan
Simpan
Orang Asli Sungai Bumbum, Pulau Carey, Mukin Jugra,
Daerah Kuala Langat, Selangor.
Mereka juga dikenali sebagai “orang Laut” kerana
bekerja
sebagai nelayan.
LOKASI
LAGENDA
Moyang Lanjut menceritakan tentang seorang Puteri Mah Meri yang ingin mengahwini seoarang jejaka dari kaum lain mendapat tentangan dari kaum Mah Meri.
Puteri tersebut mati terminum racun yang dibuat oleh kaumnya sendiri yang sepatutnya diminum oleh buah hatinya
Kisah tersebut diabadikan oleh kaum Mah Meri dengan mengukir sebuah patung yang menunjukkan seorang wanita yang sedih menunggu suami dengan rambut yang panjang dan payudara yang melayut menggambarkan jangka waktu yang lama.
KETURUNAN
Penganut Animisme.
Mereka merayakan Hari Moyang untuk meraikan moyang yang
dilabel sebagai generasi ke-3 dan ia adalah gantian dari nama
Hantu yang sepatutnya diberikan kepada patung
Perkataan Hantu tidak boleh digunakan kerana ia akan
membuat roh mati marah.
Ketua kampung dikenali sebagai Tok Batin
KETURUNAN
Gendoi (nenek) Semah
antara orang yang paling tua
di Pulau Carey. Dia berusaha
mengajar dan
memperturunkan kepercayaan,
budaya dan kesenian Mahmeri
kepada seluruh keluarganya.
Suaminya Unyan A/L Awas
telah meninggal dunia
TRADISI ORGANISASI SOSIAL KAUM MAHMERI MENURUT KUASA
HASIL SENI
Hasil seni kaum Mahmeri di Pulau Carey terutama ukiran dikatakan antara yang terbaik di peringkat antarabangsa dan menarik perhatian Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Topeng dan ukiran-ukiran berbentuk dewa-dewa dan manusia dihasilkan oleh orang lelaki kaum Mahmeri bagi tujuan sembahan. Artifak ‘Harimau Berantai’ menerima pengiktirafan UNESCO
HASIL SENI
Selain itu, wanita mereka juga menghasilkan seni lipatan dan anyaman dari daun nipah yang dipanggil Bunga Moyang.
Hiasan-hiasan ini diperlihatkan setiap kali adanya perayaan, perkahwinan dan perubatan.
PERAYAAN HARI MOYANG
Disambut setiap tahun untuk meraikan roh-roh moyang mereka yang telah meninggal dunia turun ke bumi untuk bertemu dengan mereka yang masih hidup.
Tarikh hari moyang ditentukan dengan kiraan bulan dan menerusi mimpi orang-orang tua yang dipercayaai datang dari moyang mereka.
Secara kasarnya, tarikh ini akan jatuh lima(5) ke tiga puluh(30) hari selepas Tahun Baru Cina.
Perayaan di penuhi dengan pelbagai aktiviti seperti dramatari dan persembahan. Antara kumpulan kebudayaan yang sering mengadakan persembahan datangnya dari keluarga Gendoi Semah
PERAYAAN HARI MOYANG
Sebaik sahaja matahari terbit keesokan hari, semua
orang akan pergi ke Rumah Moyang untuk menemui
moyang yang memberi perlindungan. Rumah Moyang
adalah tanggungjawab tok bomoh yang menjaga dan
memelihara rumah tersebut. Tok bomoh adalah
penghubung antara roh dan penduduk kampung.
Moyang akan diseru jika terdapat perkara-perkara yang
memerlukan kehadiran mereka. Sekiranya moyang
marah, mereka terpaksa menunggu berhari-hari.
RUMAH MOYANG
Rumah Moyang adalah bangunan yang didirikan untuk dijadikan tempat meraikan roh pelindung dan rumah tersebut hanya digunakan sekali setahun iaitu pada Perayaan Hari Moyang.
Rumah Moyang ini dikatakan penting bagi mereka kerana tapaknya adalah tempat pertama yang mereka cari apabila ingin menduduki sesebuah kawasan.
UPACARA TANDAKPerkara pertama yang perlu dilakukan adalah adalah Upacara Tandak iaitu bagi mendapat restu moyang melalui tok bomoh.
Tepung beras akan disapu di dahi dan tapak tangan sebagai tanda mendapat restu dari moyang untuk meneruskan perayaan.
Jika ada sesuatu yang perlu diminta dan diperbincangkan dengan moyang, tok bomoh akan datang seawal mungkin sebelum kedatangan orang ramai.
Terdapat dua jenis roh yang diraikan pada Hari Moyang, iaitu roh-roh saudara mereka yang telah mati dan roh pelindung yang memberi perlindungan kepada kampung dan penduduknya.
PERAYAAN HARI MOYANG
Hari Moyang dirai sehari awal dari
hari yang ditetapkan bagi menyambut
roh-roh saudara mara sebelum
meraikan roh pelindung keesokan hari
(Hari Moyang).
Sambutan bermula dengan persiapan
menyediakan makanan dan hiasan
untuk rumah-rumah sanggar dan
Rumah Moyang dan Balai raya
PERSEDIAAN RUMAH SANGGAR
Rumah Sanggar yang siap dengan hiasan dan makan menunggu kedatangan roh keluarga terdekat.
Makanan dijamu kepada roh saudara mara ketika matahari mula terbenam. Diwaktu itu, lilin dinyalakan dan kemenyan dibakar bagi menandakan makan dan minuman sedia dihidangkan.
PERSEDIAAN RUMAH SANGGAR
Makan dan minuman diletak di dalam bakul khas diperbuat daripada pandan bersaiz kecil, sebesar tiga jari dewasa.
Rokok dan air tin juga dihidang sekiranya ia pernah menjadi kegemaran roh si mati.
PERSEDIAAN RUMAH SANGGAR
Bagi meraikan perayaan itu, makanan yang
telah dimasak akan dibawa bersama dan
dikongsi bersama yang lain. Selama empat hari,
mereka tidak dibenarkan bekerja dan mereka
dilarang untuk makan binatang yang dibunuh
di tapak sambutan moyang..
BUSUT JANTAN
Di hadapan Rumah Moyang dibina busut jantan setinggi 10’0” dan 52’0” diameter.
Mereka percaya bahawa Moyang berkuasa untuk ‘mengalihkan tanah’ dengan membina tempat ini.
Beberapa batang lilin dipacak di busut tersebut dengan beralaskan batang buluh.
Busut jantan itu dilingkari lagi dengan lilin lain membentuk lingkaran luar dan dalam.
BUSUT JANTAN
Proses membuat busut jantan oleh penduduk
Mahmeri
TARIAN JOH-OH
Menari beramai-ramai adalah kegemaran Mahmeri. Pada majlis
keramaian seperti Hari Moyang, perkahwinan dan menerima kunjungan
pembesar, mereka meraikan hari itu dengan tarian dan nyanyian.
TARIAN JOH-OH
Tarian Joh-Oh (penari bertopeng) merupakan tarikan utama perayaan.
Topeng yang dipakai oleh penari utama Joh-Oh adalah gambaran Moyang.
TARIAN JOH-OH
Penari-penari Joh-Oh
akan menari
mengelilingi busut
jantan di kemuncak
perayaan.
TARIAN JOH-OH
Tarian dan
persembahan juga
diiringi muzik.
Alatan muzik
orang Mahmeri
adalah seperti
violin, gong buluh
dan gong besi
PERHIASAN
Perhiasan diri dan tempat pemujaan sempena Hari Moyang amatlah penting kerana motif-motif yang dipakai mempunyai tujuan estetik dan spiritual.
Bukan sahaja Rumah Sanggar dan Rumah Moyang dihias, bahkan balai raya dan dewan makan juga.
Motif-motif tersebut yang dipanggil Bunga Moyang terdiri dari lipatan-lipatan daun yang berbentuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan
PERHIASANKaum Mahmeri percaya kejayaan mereka menghiasi Rumah Moyang dan Sanggar yang bakal dikunjungi oleh moyang akan menggembirakan moyang dan menghindari bencana.
Sekiranya, moyang berasa marah, malapetaka akan menimpa kampung dan penghuninya. Justeru, fungsi lipatan Bunga Moyang hanyalah semata-mata untuk meraikan dan mengembirakan roh-roh saudara dan roh pelindung dan bukan untuk manusia atau tujuan lain.
Kesungguhan mereka untuk mengembirakan nenek moyang juga jelas kerana Bunga Moyang hanya digunakan sekali sahaja untuk satu upacara dan dijalankan dengan teliti menurut peraturan tertentu.
Lazimnya, Bunga Moyang yang telah digunakan akan ditinggalkan di tempat upacara dan akan ditanggalkan bagi diganti dengan yang baru pada upacara yang seterusnya.
GOMBA
Bermaksud ikan lumba-lumba. Rekaan paling tinggi di antara semua ciptaan kerana itu lipatan gomba digunakan untuk hiasan Rumah Moyang, dan diletakkan berhampiran dengan patung-patung di Rumah Moyang yang dipercayai lebih tinggi darjatnya kerana memberi perlindungan.
LOK KERIS
Lambang kekuasaan dan darjat. Lok keris dipercayai mengikut bentuk naga yang menjadi sebahagian mitos mereka. Moyang Naga adalah salah satu daripada ukiran kaum Mahmeri.
DZAMBAK
Ertinya subang, menjadi penghias tengah dewan, dinding dan tingkap. Dzambak bertujuan untuk memangku orang-orang halus di atas cincin-cincin di hujung subang.
BUNGA JERIH / JERING
bunga hidup jika dicucuk di kepala boleh menipu pandangan orang supaya menjadi Mambang Met iaitu hantu jelmaan agar pemakai kelihatan muda atau sebaliknya. Wanita Mahmeri dilarang memakai sebarang jenis bunga di muka. Justeru, kaum Mahmeri hanya memakai pelbagai motif bunga lipatan. Bunga jerih atau jering ialah penyeri bahagian dada, pinggang dan kepala. Motif tersebut juga digunakan pada selimpang atau songkok. Ditengah bunga jerih dilekatkan bunga bintang.
SONGKOK
Hiasan sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan pelawat serta di dalam keramaian seperti perkahwinan.
Songkok penting bagi orang asli dan hampir setiap suku kaum mempunyai rekaan songkoknya tersendiri.
Ia diperbuat dari pucuk nipah dan cara pemakaian adalah berbeza antara lelaki dan perempuan.
Orang lelaki memakai songkok dengan BungaMoyang di tepi manakala orang perempuan memakai songkok dengan Bunga Moyang di depan.
SELIMPANG
Perhiasan ini mempunyai tali denan dengan dua kuntum bunga yang dilekatkan bersama.
Lelaki Mahmeri memakainya di bahagian dada sementara perempuan Mahmeri memakainya dipinggang.
PAKAIAN TRADISIONAL
Pakaian tradisional yang digunakan untuk upacara keramaian diperbuat daripada kulit pokok terap (artocarpus).
TRADISI PERKAHWINAN
Perkahwinan tradisi - pelamin yang dihias tidak boleh diduduki oleh
sesiapa melainkan pasangan yang bakal diraikan. Perarakan bunga
manggar juga dilakukan untuk pengantin perempuan . Bunga-
bunga Moyang diperbuat daripada daun nipah dan juga kertas.
Recommended