View
342
Download
14
Category
Preview:
Citation preview
APRESIASI SENI
PENGENALAN
Apresiasi seni ini adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan, membuat pertimbangan, penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni.
Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap karya seni.
Menjalankan proses apresiasi seni sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh diumpamakan sebagai memberi penghargaan terhadap karya seni.
Menurut Ecker (1966), pendekatan apresiasi seni dapat memberikan penghargaan yang menyeronokkan terhadap karya seni, dilakukan dengan cara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya seni.
Ia mencakupi aspek pengetahuan, penilaian, diskriminasi, dan juga kesedaran emosi terhadap karya seni. Pendekatan ini juga diperlukan untuk memberikan penilaian estetika dan artistik untuk setiap karya seni yang dihasilkan.
DEFINISI DAN KONSEP
Bagi Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud ‘menghargai’ dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, maklumat mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, gaya dan aliran seni karya serta aspek sejarah karya tersebut.
Konsep apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan seseorang untuk berbincang dan menghurai serta membuat diskriminasi terhadap karya seni.
Apabila seseorang itu menjalankan proses apresiasi seni, proses ini tidak akan menyentuh soal-soal berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut mengenai karya, kerana tujuan apresiasi seni adalah untuk memahami karya melalui apa yang dilihat secara langsung.
Seabolt (2001) menjelaskan bahawa aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni.
KATEGORI APRESIASI
Terdapat dua pandangan berbeza mengenai apresiasi; Pandangan pertama merupakan pendapat
Walter dan Clive Bell yang menyatakan bahawa penghayatan dan apresiasi seni tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea, kerana kehidupan normal bagi seseorang adalah berbeza-beza. Mereka juga berpendapat bahawa membuat apresiasi itu adalah sesuatu yang berbeza daripada pengalaman biasa.
Pandangan kedua berasal daripada psikologi eksperimental yang diutarakan oleh John Dewey dan Otto Krash. Kedua-keduanya bersetuju bahawa apa saja maklumat yang berkaitan dengan seni termasuk pengetahuan asas seni boleh membawa kepada kefahaman terhadap karya seni, seterusnya memudahkan proses ke arah apresiasi seni.
Walau bagaimanapun, menurut Ecker (1966) kategori utama dalam apresiasi seni ialah apresiasi bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi melihat aspek penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi bercorak analitikal ini disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks.
1 Peringkat Analitikal
(a) Kenal Pasti (Identification)
Aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya.
2 Peringkat Penerangan
Peringkat penerangan boleh diklasifikasikan kepada tiga peringkat yang utama iaitu peringkat
a.Penerangan Literary (Literary Description)Penerangan literari digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek dan lain-lain. Contohnya, karya Monalisa menggambarkan seorang wanita yang sedang terukir senyum di bibirnya. Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal.
b. Penerangan Teknikal (Technical Description)Penerangan teknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni. Proses ini termasuk perkara-perkara seperti penggunaan teknikal dan bahan-bahan oleh pengkarya.
c. Penerangan Formal (Formal Description) Penerangan formal merujuk kepada struktur fizikal karya seni iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang dilihat. Ini termasuklah aspek warna, garisan, jalinan, bentuk, rupa dan lain-lain. Organisasi rekaan seperti imbangan, susunan, ritma, dan prinsip-prinsip serta elemen seni yang lain.
3. Konteks dan Skop
Seterusnya ialah aspek konteks dan skop sesuatu karya itu dihasilkan sama ada mempunyai kaitan dengan budaya, sumbangan karya di dalam masyarakat, peranan pengkarya dan lain-lain.
4 Aspek Assosiasi
Aspek ini bergantung kepada assosiasi seseorang apabila menikmati sesuatu karya. Adakah karya itu mengingatkan sesuatu kepada apa yang dilihatnya?
Misalnya, potret Monalisa mengingatkan kepada kekasihnya atau lukisan peperangan membayangkan kekejaman sesuatu bangsa yang sombong dan angkuh. Ringkasnya, perkaitan ini juga merupakan persoalan yang menyentuh peribadi seseorang.
5 Aspek Kritikal
Aspek kritikal merupakan persoalan penilaian atau pertimbangan peribadi termasuklah kritikan yang membolehkan seseorang membuat apresiasi kepada sesuatu karya itu dengan lebih menyeronokkan.
6 Aspek Hubungan Baik
Aspek hubungan baik ini amat kuat dalam membuat apresiasi kepada seni bina. Aspek fizikal, spiritual dan lebih daripada itu aspek kemanusiaan adalah menjadi keutamaan.
Tetapi aspek ini boleh juga diaplikasikan kepada kesemua jenis seni rupa atau seni visual. Tambahan pula, pengalaman lampau seperti yang menyentuh persepsi diserapkan dalam membuat apresiasi kepada objek yang dilihat.
Objektif Apresiasi
Memahami dan bertindak terhadap aspek seni.
Mengetahui pentingnya aspek seni dalam kehidupan
Menghasilkan karya Memahami seni dan hubungannya Membuat dan menggunakan
pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.
Tujuan
Membolehkan kita mehami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni.
Pendekatan
Mengikut Jhon A. Michael dalam bukunya menyatakan bahawa terdapat dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu; Pendekatan secara logik Pendekatan secara psykologi
a) Pendekatan secara logik Pendekatan ini berbentuk tradisional. Memerlukan pendekatan
pemahaman intelek semata-mata. Banyak berfaktakan kepada aspek
andaian dan munasabah pada aspek tersurat pada karya.
Cth;
Secara Penerangan - Membaca, mengkaji bila dihasilkan, tujuan / teknik pelukis, media dsb.
Secara Pemerhatian – Balai seni, pameran, slaid, dsb.
Secara Perbandingan - Analisis, penilaian, perbandingan
Secara Penghasilan – Membuat mengikut gaya artis / stail, menimbulkan kefahaman masalah nilai-nilai khas, kepuasan, gaya konsep zaman.
b) Pendekatan Secara Psikologi
Pendekatan ini lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman.
Meninggalkan pengalaman yang amat berkesan dan mendalam.
Ia lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapatt orang lain.
Kaedah Melihat Seni
a) Hedonistik
Satu luahan perasaan secara spontan spt suka, pernyataan perasaan, gemar, menarik, benci dsb.
Dibuat serta merta; Suka / Tidak Tertarik / TidakKaedah ini tidak diterjemahkan ole otak, Cuma berdasarkan maklumat kendiri, serta terdapat pelbagai citarasa.
b) Kaedah kontekstualistik Ia lebih praktikal, pemerhatian
dibuat secara ilmiah, sistematik, pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.
Lebihh merujuk kepada perincian / spesifikasi dari aspek persoalan fahaman dan rentak pengkaryaan.
c) Organistik
Satu sistem yang teratur dan terancang.
Penekanan kepada kriteria tata letak / komposisi, tata atur, ruang dan penataan cahaya.
Mempertimbangkan dari aspek unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan.
d) Kaedah Normistik
Merujuk kepada kriteria normasesuatu karya dari asspek masyarakat, agama dan budaya.
Menolak peradaban moden pelukis yang melampaui batas yang dibenarkan dalam agama dan budaya.
e) Kaedah Elektik
Ia lebih bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan (+) dan (-).
Menekankan unsur seni, prinsip rekaan, struktur organisasi serta alatan dan bahan.
Proses Aprisiasi Seni
Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti aprisiasi seni barasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui 4 tahap;
a) Menggambar
Merujuk kepada asas seni reka.
b) Menganalisa
Perhubungan sifat tampak, seperti unsur, prinsip dan struktur.
Kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
Menghuraikan stail sesuatu karya.
c) Tafsiran
Mencari makna pada sifat2 tampak seperti simbol, subjek dsb.
Mencari metafora ( ibarat / kiasan) dan analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.
d) Penilaian
Keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. Menilai seni berdasarkan
pengertiannya dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.
Recommended