View
3.274
Download
5
Category
Preview:
DESCRIPTION
Citation preview
1. Semasa aktiviti memanaskan badan
a) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?
Berdasarkan pemerhatian saya semasa melakukan Pengalaman Berasaskan
Sekolah di Sekolah Kebangsaan Duyong, Guru yang mengendalikan kelas
Pendidikan Jasmani Tahun 3 Maju melakukan aktiviti memanaskan badan dahulu.
Aktiviti memanaskan badan dimulakan dari atas kepala hingga kaki dan diakhiri
dengan lompat bintang.
Kami telah berkolaborasi dengan Cikgu tersebut mengenai kebaikan dan
kepentingan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan permainan. Elemen ini
penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia bertujuan
menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus
mengelakkan daripada kecederaan.
Gambar rajah 1 : aktiviti semasa memanaskan badan
Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan
seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin
anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin
berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang,
mulakan dengan renangan yang ringan.
Ia berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas
memanaskan badan. Apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau
meningkatkan suhu badan dan otot. Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung
dan pernafasan; meningkatkan pengedaran nutrien dan oksigen ke otot;
menyediakan badan untuk kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak
(kalori). Lakukan aktiviti ini kira-kira lima ke 10 minit dan diikuti regangan badan.
Secara umumnya setelah melakukan pemerhatian di Sekolah, kami dapat
merumuskan bahawa aktiviti memanaskan ada dijalankan semasa kelas Pendidikan
Jasmani.
b) Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan
diberikan kepada pelajar?
Berdasarkan pemerhatian semasa kami berada di Sekolah Kebangsaan Duyong,
kami melihat ada penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan
diberikan kepada murid. Cikgu yang kami temui semasa melakukan pemerhatian
ialah Cikgu.
Sebelum melakukan aktiviti memanaskan badan, Cikgu akan memberi
beberapa penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan.
Antaranya ialah langkah-langkah yang betul semasa melakukan regangan, teknik
mengira semasa melakukan regangan dan rasional memanaskan badan sebelum
bermain. Menurutnya, penerangan adalah penting bagi mengelakkan murid daripada
mendapat kecederaan akibat tersilap melakukan regangan. Guru haruslah
memastikan bahawa murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan
serius dan tidak bermain-main bersama rakan. Hal ini bagi mengelakkan sebarang
kemalangan berlaku.
Kami juga telah diberitahu bahawa senam aerobik juga merupkan salah satu
daripada aktiviti pemanas badan. Senamrobik menguatkan ketahanan fizikal dan
jantung. Selain itu ia juga mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh
menambah keperluan oksigen di dalam badan. Ini melatih jantung, paru-paru dan
otot-otot untuk menjadi lebih cergas.
Gambar rajah 2 : penerangan aktiviti memanaskan badan
Satu lagi aktiviti pemanas badan ialah kalestenik. Ia memperbaiki kelembutan
atau kelenturan sendi dan otot.Ia juga melonggarkan otot-otot dan menyediakan
badan untuk aktiviti senamrobik. Selain daripada itu ia membantu mengelakkan dari
pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contoh aktiviti kalestenik ialah
regangan dan tai-chi.
c) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberikan
tumpuan?
Pada pemerhatian yang saya lakukan terhadap guru yang sedang mengajar
murid dalam mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Dapat saya
nyatakan bahawa guru tersebut ada menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan
otot-otot besar seperti menjalankan permainan memcabut ekor.
Untuk menjalankan aktiviti ini, guru tersebut telah menyediakan sehelai kertas
selebar 2inci dan sepanjang 10inci untuk diselitkan pada seluar murid masing-
masing. Kemudian murid-murid tersebut perlu menjaga ekor mereka itu daripada
dirampas oleh orang lain. Murid dibenarkan untuk merampas ekor pemain lain.
Semasa menjalankan aktiviti ini, otot-otot besar yang digunakan ialah otot
tangan, kaki, dada, pinggang dan lain-lain. Contohnya ketika melarikan diri daripada
dikejar oleh pemain lain, murid-murid akan menggunakan otot-otot besar pada kaki
dengan bertujuan untuk berlari, berjalan dan melompat.
Gambar rajah 3: Regangan otot-otot kasar
Selain itu, murid juga menggunakan otot-otot besar pada tangan mereka untuk
menangkap mangsa-mangsa mereka. Mereka perlu memeluk mangsa-mangsa
mereka, perlu menerkam, mencekup dan lain-lain dengan menggunakan otot-otot
besar pada tangan.
Yang terakhir sekali adalah dengan menggunakan otot-otot besar pada pinggang
mereka. Murid-murid perlu menggunakan otot pada pinggang untuk menstabilkan
diri mereka daripada jatuh ketika mengelak, mengeliat dan melentik.
Dengan ini, nyata dan jelas sekali bahawa guru tersebut memberikan tumpuan
kepada otot-otot besar pada murid-murid ketika menjalankan aktiviti pendidikan
jasmani dan kesihatan. Amatlah penting otot-otot besar ini untuk melakukan
pergerakan. Otot-otot ini perlu dilatih supaya kekal cergas dan sehat selalu agar
ianya sentiasa boleh digunakan.
d) Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain
anggota badan?
Berdasarkan pemerhatian saya semasa melakukan Pengalaman Berasaskan
Sekolah di Sekolah Kebangsaan Duyong. Setelah belajar mengenai pergerakan
asas, dapatlah saya jelaskan bahawa aktiviti-aktiviti yang guru tersebut jalankan
sewaktu proses pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan adalah tidak
membahayakan otot-otot, sendi-sendi dan lain-lain anggota badan.
Gambar rajah 4: aktiviti regangan tidak membahyakan otot-otot
Aktiviti yang dijalankan tidak memerlukan pergerakan yang merbahayakan.
Hanya pergerakan seperti berlari dan menangkap sahaja. Dengan ini jelaslah
bahawa aktiviti ini sangat bersesuaian mengikut peringkat umur murid-murid
tersebut.
2. Adakah aktiviti keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan
kepada pelajar?
Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan,guru menjalankan aktiviti
menyejukkan badan ataupun ‘warm down’ walaupun pergerakan yang dilakukan
sepanjang aktiviti adalah terhad dan agak terbatas. Semasa saya berada bersama
ketika aktiviti Pendidikan Jasmani dan juga acara merentas desa, guru ada
menerangkan tentang apa yang dipanggil ‘cooling down’ dan kepentingan
melakukan aktiviti tersebut.
Guru memberikan penerangan secara ringkas dan mudah bagi setiap
pergerakan yang dibuat. Sebagai contoh, guru menerangkan apa yang berlaku
kepada sistem pernafasan jika tidak melakukan aktiviti menyejukkan badan. Badan
akan menjadi letih dan nafas tercungap-cungap. Untuk mengelakkan berlaku
perkara sedemikian, aktiviti menhembus dan menarik nafas perlu dibuat beberapa
kali dengan tenang dan teratur sebelum bersurai selepas menjalani sesuatu aktiviti
jasmani.Disini juga,saya dapati guru tersebut sedar tentang kepentingan aktiviti
menyejukkan badan terhadap murid setelah beraktiviti untuk mengelakkan
kekejangan otot dan mengurangkan kesakitan otot. Contoh aktiviti ’warm down’ yang
dilakukan oleh guru selepas aktiviti pendidikan jasmani dan acara merentas desa
boleh dilihat di bawah ini:
Gambar rajah 5: Aktiviti ‘warm down dilakukan oleh semua pelajar selepas acara merentas desa.
3. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani Kesihatan yang digunakan sesuai
dengan aktiviti yang dirancang?
Dari pemerhatian saya,peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai
dengan aktiviti yang dirancang.Sebagai contoh,aktiviti kelas tahun 4 bijak yang
menggunakan raket untuk permainan badminton.Guru terlebih dahulu mengajar
murid-murid cara memegang raket dengan betul sebelum melakukan aktiviti
seterusnya.
Selepas itu,guru mengajar murid-murid pula untuk melakukan pukulan servis
yang betul sebelum membenarkan murid-murid bebas bermain dengan pasangan
masing-masing sambil diperhatikan oleh guru. Selain itu, hasil dari pemerhatian saya
terhadap penggunaan alatan untuk aktiviti pendidikan jasmani ini,saya dapati, guru
mengenal pasti dahulu tahap keselamatan peralatan sebelum di gunakan.Ini kerana
untuk mengelakkan sesuatu kemalangan semasa aktiviti di padang di jalankan.
Gambar rajah 6: Guru memastikan alatan berada dalam keadaan baik sebelum digunakan.
Kesemua alat tersebut diperiksa terlebih dahulu sebelum digunakan untuk
keselamatan murid-murid. Ini adalah kerana peralatan yang rosak dan
membahayakan tidak boleh digunakan dalam semua aktiviti permainan.Guru juga
memastikan murid-murid menggunakan alatan tersebut dengan baik dan cermat
serta dapat memulangkannya seperti yang diambil diakhir aktiviti.
4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai
seperti yang dirancang?
Berdasarkan pemerhatian kami ketika melakukan Program Pengalaman
Bersasaskan Sekolah (PBS) di sekolah ini, terdapat beberapa perkara ynag kami
lihat tentang pembahagian masa ataupun lebih senang tentang pengurusan masa
yang diambil oleh guru yang mengendalikan kelas pada waktu pendidikan jasmani.
Hasil pemerhatian kami menunjukkan kebanyakkan masa yang digunakan
untuk kelas pendidikan jasmani ialah pada waktu awal pagi iaitu bermula pada pukul
7.45 pagi.Jadi waktu ini amatlah sesuai untuk murid-murid kerana tidak terlalu panas
bagi mereka menjalankan sebarang aktiviti yang ditentukan oleh guru-guru meraka.
Gambar rajah 7: aktiviti SEGAK
Berkaitan pembahagian masa, berdasarkan pemerhatian yang kami lakukan
setiap kali waktu kelas jasmani, guru-guru yang bertugas menggunakan masa yang
ada dengan berkesan sekali.Contohnya, pada permulaan kelas, guru memulakan
dengan aktiviti memanaskan badan selama lima hingga sepuluh minit bagi
mengelakkan sebarang kecederaan kepada murid.
Selepas melakukan aktiviti memanaskan badan, guru akan meneruskan
dengan aktiviti yang telah ditetapkan.Sewaktu PBS yang kami jalani, guru yang
mengendalikan kelas pendidikan jasmani melakukan aktiviti STANDARD
KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK).Selain itu, ada juga guru mengisi
aktiviti kelas pendidikan jasmani dengan melakukan aktiviti permainan kecil.Berbagai
permainan kecil yang dapat kami lihat dan pelajari.Diakhir waktu pendidikan jasmani,
guru yang mengajar telah memperuntukkan masa bagi aktiviti menyejukkan badan
selama 5-10 minit.Di samping itu, masa bagi pelajar menyiapkan diri bagi kelas yang
seterusnya turut diperuntukkan selama 10 minit bagi mengelakkan murid lewat ke
kelas ynga seterusnya.
Menurut guru yang kami temuramah, kebanyakan masa yang diperuntukkan bagi
kelas pendidikan jasmani ialah satu jam.Bagi kelas Tahun 6 waktu untuk pendidikan
jasmani mereka dikurangkan sedikit bagi dipenuhi dengan pengisian akademik
kerana bakal menduduki peperiksaan UPSR.Selain itu, menurut guru pendidikan
jasmani, jika pada waktu itu hujan, guru akan membuat pengisian di dalam bilik
darjah dengan membuat pengisian tentang silibus dari buku teks.
5. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam
pengajaran tersebut
Setelah selama seminggu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
yang kali ke-3 di Sekolah Kebangsaan Duyong. Sekolah ini terletak di kawasan
kampung daerah Duyong di Melaka.Pelbagai pengalaman dan ilmu yang telah kami
dapati di sekolah ini sebagai bekalan untuk saya yang bakal bergelar seorang guru.
Pada program PBS kali-3 ini pelajar PISMP semester tiga telah ditugaskan untuk
untuk membuat pemerhatian, mengumpul maklumat , berbincang dengan guru dan
merekod beberapa berkara berdasarkan tugasan elektif 1 iaitu Pendidikan Jasmani .
Untuk perhatian, Sekolah Kebangsaan Duyong merupakan hanya sebuah
sekolah yang kecil yang terdiri dari empat buah blok iaitu surau,makmal komputer
dan dua buah blok untuk bilik darjah dan pentadbiran sekolah.Dan yang paling
penting padang sekolah ini hanya sebesar gelanggang bola tampar dan juga
disediakan satu gelanggang yang berlataikan simen iaitu gelanggang serbaguna.
Tempoh seminggu yang diberikan kepada kami untuk melakukan pemerhatian
terhadap aktiviti kelas Pendidikan Jasmani di sekolah ini merupakan suatu tempoh
yang paling cukup untuk melaksanakan tugasan ini dengan lancarnya.
Gambar rajah 8: Penambahbaikan padang
Jadi setelah membuat pemerhatian, kami mendapati kaedah yang digunakan
bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah ini tidaklah menyimpang dari
asasnya yang sebenar.Berdasarkan pemerhatian kami pada setiap kali kelas
pendidikan jasmani , guru yang mengendalikan kelas tersebut sentiasa memulakan
aktiviti pendidikan jasmani dengan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu.Lebih
kurang sepuluh minit masa yang diambil untuk sesi memanaskan bagi mengelakkan
sebarang kecederaan pada anggota badan murid.Selepas itu, pelbagai aktiviti yang
dijalankan seperti permainan badminton secara terbuka, ujian Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan berbagai lagi aktiviti mengikut sukatan yang telah
ditetapkan oleh guru darjah masing-masing.
Begitu juga selepas selesai segala aktiviti, guru akan melakukan sesi
menyejukkan badan bagi mengelakkan kejutan pada anggota badan selepas
bermain.
Dalam aktiviti semasa kelas pendidikan jasmani, guru yang mengajar turut
melibat kesemua anggota badan termasuk juga sendi-sendi murid.Ini dapat dilihat
melalui aktiviti seperti permainan badminton,lari pecut dan juga beberapa aktiviti
yang terkandung dalam ujian SEGAK yang melibatkan otot besar dan otot kecil.
Bagi pendapat kami sebagai seorang baru mendalami ilmu-ilmu pendidikan
jasmani, tidak banyak saranan kami terhadap penambahbaikan bagi pengajaran
pendidikan jasmani di sekolah yang kami menjalani PBS ini.Antaranya ialah guru
yang mengajar pendidikan jasmani haruslah mengawal pelajar dengan cara lebih
berkesan kerana pada waktu pendidikan jasmani murid akan merasa gembira
kerana dapat bermain.Oleh itu, bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan
guru perlulah mengurus murid-murid supaya semua dapat melibatkan diri dalam
semua aktiviti yang dirancang dan murid faham apa yang guru cuba sampaikan
dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
Pendahaluan
Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam tugasan kerja
kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya Mohd Aidil B Othman
bersama tiga orang rakan yang lain iaitu Wan Muhamad Burhanullah, Mohd Wafi
dan Lokman B Sharil berasa bersyukur kerana mendapat tugasan ini kerana
banyak perkara yang boleh kami pelajari seperti aktiviti memanaskan badan,
kepentingan dan kebaikan aktiviti memanaskan badan, otot-otot kecil dan besar,
peralatan Pendidikan Jasmani dan langkah-langkah mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani. Kami juga tahu bagaimana menganalisis
dan membuat laporan berdasarkan kolaborasi bersama-sama dengan guru yang
mengendalikan kelas tersebut dengan cara yang betul.
Kami ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarah
yang banyak membantu kami iaitu En Abd Latif B Ahmad. Beliau bnyak membantu
kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada ibubapa kami yang bnyak memberikan dorongan kepada kami untuk
mnyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Mereka juga memberi beberapa
maklumat tentang pengalaman kelas Pendidikan Jasmani pada zaman dahulu yang
berbeza dengan sistem zaman sekarang . Selain itu, kami juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada rakan-rakan daripada IPG lain yang bnyak menolong untuk
menyiapkan tugasan ini terutamanya Mohd Faiz Bin Rahim dan Nor Arnida.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya
menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Refleksi
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi selepas tugasan
Pengalaman Berasaskan Sekolah kami. Saya Mohd Aidil Bin Othman dan tiga lagi
rakan yang lain sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya
saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan
ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan
tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak
menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa
rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar
pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa
melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk membuat laporan berdasarkan
kolaborasi dan pemerhatian semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS). Selepas itu, kami akan menyusun segala pemerhatian terhadap kelas
Pendidikan Jasmani untuk diterjemahkan ke dalam kerja kursus kami. Kami tidak
tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham akan
kehendak soalan tetapi setelah di terangkan oleh En. Abd Latif B Ahmad, kami
akhirnya dapat menyiapkan laporan tersebut.
Kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan
untuk diisi dalam kerja kursus kami. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan
secara berkumpulan. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum
dimasukkan kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah kami perolehi telah
kami gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus.
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa
dan pertolongan pensyarah kami telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah
diberikan telah berjaya kami siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan Literasi
Bahasa yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami untuk menyiapkan tugasan
ini terutamanya pensyarah kami iaitu En. Abd Latif B Ahmad.
Recommended