View
1.536
Download
16
Category
Preview:
DESCRIPTION
0195825636
Citation preview
940307-12-6151
KANDUNGAN
Halaman
SINOPSIS
PENGHARGAAN
PENGENALAN
OBJEKTIF KAJIAN
LOKASI KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
RUMUSAN
BILBIOGRAFI
LAMPIRAN
1
940307-12-6151
PERSEPSI PENIAGA TEMPATAN TERHADAP PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT DI
KAWASAN LUAR BANDAR DAERAH PITAS, SABAH
SINOPSIS
Perniagaan merupakan tunggak utama Negara dalam memacu bidang ekonomi yang kini
mula bersaing sehingga ke peringkat global.Kajian yang telah dilakukan ini adalah bertujuan
untuk melihat persepsi dan kesungguhan masyarakat terhadap kegiatan yang melibatkan
dengan perniagaan ekonomi.Kajian ini ditumpukan sepenuhnya terhadap penilaian
masyarakat dalam membantu memajukan lagi perniagaan yang melibatkan pelbagai
pihak.Kedai runcit telah dipilih sebagai subjek utama kajian kerana lokasinya yang strategik
dan sinonim dengan perniagaan.Soal selidik yang melibatkan mengenai pandangan
masyarakat tempatan terhadap perusahaan kedai runcit juga telah digunakan.Secara
keseluruhannya, subjek kajian mendapati sebilangan kecil penduduk di kawasan luar Bandar
Daerah Pitas, Sabah bergantung hidup dengan membuka perusahaan kedai runcit masing-
masing.
2
940307-12-6151
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu Siti Farhana binti
Ismail dan cikgu Norbaya Rasick selaku penyelia saya di atas kesudian beliau meluangkan
masa untuk memberi serba sedikit tunjuk ajar dan bimbingan dalam usaha untuk menyiapkan
kerja kursus ini.Segala nasihat beliau amat saya hargai.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru di Sekolah
Menengah Kebangsaan Pinggan-Pinggan,Pitas yang telah membimbing, memberi tunjuk ajar
dan input-input yang berguna sepanjang saya berada di sekolah ini.
Tidak lupa juga kepada ibu dan ayah saya iaitu Encik Mazlan bin Madharun dan Puan Rohani
binti Musa yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan moral dan bantuan kewangan
kepada saya.Begitu juga buat adik-beradik yang dikasihi, Nur Sherlinah, Nur Farahain, Nur
Shamsharun, dan Nur Ain Shameera, terima kasih kerana memberi inspirasi kepada saya
untuk menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan ini juga khas buat sahabat-sahabat yang disayangi, Noralina binti Osman,
Norhasmidah binti Madhasim, Sharifah Sarmilah binti Sani, Nichloas Johny dan sahabat-
sahabat seperjuangan di Pra Universiti Satu, terima kasih atas keikhlasan anda semua selama
ini membantu saya.
Sekian, Terima Kasih kepada semua.
3
940307-12-6151
PENGENALAN
Kedai runcit didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh pengguna untuk
membantu orang ramai memperoleh barang keperluan kepada pengguna dengan harga yang
berpatutan tanpa perlu melalui bantuan orang tengah.Perusahaan kedai runcit memerlukan
usaha yang berterusan dan kesungguhan dalam meningkatkan hasil pulangan yang lumayan
kepada si pemiliknya.Pengurusan adalah satu elemen penting di dalam mengendalikan
sebarang organisasi, baik organisasi perniagaan atau pun organisasi bukan perniagaan. Jatuh
bangun sesebuah organisasi, cemerlang ataupun tidak adalah bergantung kepada pengurusan
yang cekap dan berkesan. Pada asasnya, pengurus organisasi adalah serupa dengan pengurus
rumah tangga juga serupa dengan pengurusan untuk pembangunan negara. Kesemuanya
mempunyai elemen-elemen penting yang hendak diuruskan iaitu manusia, organisasi dan
matlamat atau tujuan kewujudan organisasi tersebut ( Sabri Hussin, 2005).
Menurut Shahidan Kassim dalam Chamhuri Siwar (1992). Berdasarkan kepada prestasi
usahawan Bumiputera dalam jangka masa DEB, secara umumnya masalah baru akan tetap
timbul kerana dunia ekonomi ataudunia perniagaan bukanlah statik. Ianya berubah mengikut
keadaan masa dan bergerak mengikut arah aliran pasaran tempatan mahupun luar. Ia juga
dipengaruhi oleh faktor ekonomi yang disebut oleh Adam Smith ‘the invisible hands’.
Menurut Abu Bakar Hamed (1998), terdapatlima pengkhususan pengurusan di dalam sesuatu
organisasi perniagaan. Di dalam organisasi besar mungkin terdapat banyak bidang yang lebih
khusus. Pengkhususan yang dimaksudkan beliau adalah pengurusan kewangan, pengurusan
operasi dan pengeluaran, pengurusan sumber manusia, pemgurusan pemasaran dan
pengurusan maklumat. Di samping itu, pengurusan sumber manusia tidak kurang pentingnya
dalam melaksanakan perniagaan. Pengurus sumber manusia terlibat dalam kegiatan yang
berhubung dengan pekerja dalam organisasi. Antara kegiatan pengurus ini adalah merancang
sumber manusia untuk organisasi, membentuk deskripsi kerja, mewujudkan sistem
pengrekrutan dan pemilihan pekerja, mewujudkan program orientasi dan latihan serta
pembangunan kerjaya.
Selain itu, ia juga bertanggungjawab mewujudkan dan melaksanakan program pampasan dan
kebajikan pekerja, mewujudkan program penilaian prestasi serta memastikan peraturan
kerajaan berhubung dengan pekerja diikuti. Dalam perkembangan dunia perniagaan yang
semakin mencabar, pengurus bagi semua fungsi dan peringkat pengurusan perlu
menyediakan sistem maklumat pengurusan yang lebih baik. Penggunaan komputer amatlah
4
940307-12-6151
diperlukan bagi mewujudkan sistem pengurusan maklumat tersebut. Dengan cara ini
pengurus akan dapat membuat keputusan, merancang dan mengawal kerja dengan lebih
cekap dan berkesan. Sesungguhnya pengurusan perniagaan ini adalahperlu dititik beratkan
oleh mana-mana organisasi perniagaan yang wujud sama ada berorientasikan untuk
mendapatkan keuntungan atau tidak. Melalui pengurusan yang cekap, ia dapat membantu
dalam membuat perancangan, penilaian, kawalan barang dagangan serta menilai prestasi
jualan barang dagangan yang diniagakan.
Oleh itu, ramalan permintaan pelanggan terhadap sesuatu barang dapat dipenuhi tanpa perlu
menanggung kos operasi yang tinggi. Dengan itu, menunjukkan bahawa aspek pengurusan
perniagaan yang tersusun, sistematik dan dapat mengenal pasti keperluan-keperluan utama
dalam operasi perniagaan. Sekaligus dapat menentukan penerusan jangka hayat sesebuah
perniagaan pada masa akan datang di samping meningkatkan keuntungan.
OBJEKTIF KAJIAN
Kerja kursus ini disediakan untuk menilai pandangan masyarakat terhadap perusahaan kedai
runcit:
1) Mengenal pasti dan menghuraikan masalah yang berkaitan dengan perusahaan kedai
runcit.
2)Mengenal pasti pengetahuan am masyarakat terhadap perniagaan kedai runcit yang telah
dijalankan.
3) Mengenal pasti penilaian masyarakat terhadap perniagaan kedai runcit yang telah
dijalankan
4) Mengenal pasti amalan pengurusan perniagaan kedai runcit
5
940307-12-6151
LOKASI KAJIAN
Kajian yang telah dijalankan telah memilih kawasan luar Bandar Daerah Pitas, Sabah sebagai
subjek utama bagi tumpuan kajian ini. Dalam membuat kajian ini, kawasan kajian merupakan
salah satu daripada elemen yang sangat penting. Kawasan kajian ini adalah berfokus di
kawasan luar Bandar Daerah Pitas, Sabah. Daerah Pitas ini terletak di antara Paitan dengan
Kota Marudu, lebih kurang tiga puluh minit perjalanan dari kawasan kajian ke Kota Marudu
dan satu jam lebih perjalanan ke Daerah Paitan. Daerah Pitas ini telah dipilih sebagai lokasi
kajian berdasarkan kepada maklumat yang telah dikenalpasti.
6
Peta di atas ini menunjukkan
kedudukan Daerah Pitas
940307-12-6151
DAERAH PITAS
Pitas berasal daripada perkataan “NOPITAS” iaitu merupakan satu perkataan suku kaum
sungai yang bererti terputus. Pada masa itu, Sungai Bengkoka telah dilanda banjir dan akibat
arus banjir yang deras menyebabkan Sungai Bengkoka telah terputus. Maka perkataan
“NOPITAS” yang bermaksud terputus diabadikan oleh penduduk pada masa itu menjadi
Pitas sehingga sekarang. (Pejabat Daerah Pitas)
Dari segi latar belakang Daerah Pitas, Daerah pitas telah diiktiraf sebagai sebuah Daerah
Penuh pada tahun 1975. Terletak kira-kira 195KM dari Kota Kinabalu dan 132KM dari
Kudat. Bersempadan dengan Daerah Kota Marudu di sebelah barat dan Beluran dan Paitan
di sebelah timur. Keluasan Daerah Pitas ialah 141,935 hektar dan topografinya berbukit
bukau dan tanah rata. Mengikut bancian pada tahun 1991, penduduk Daerah Pitas adalah
berjumlah 24,143 orang dan kini dianggarkan meningkat kepada 30,000 orang.
Pitas pada asalnya dipanggil sebagai Tupak yang bermakna “seberang”. Tupak ini merujuk
kepada tempat tinggal Momogun Tombonuvo dan Momogun Rungus pada zaman dahulu.
Setelah berlakunya persengketaan sesama Momogun di Teluk Bandau, sebilangan penduduk
Bandau meninggalkan kawasan Bandau kerana serangan ILMU HITAM SINDAAT
MOGKORUDU yang dilancarkan oleh Aki Sook. Pitas adalah merujuk kepada petempatan di
mana Sindaat Mogkorudu tidak lagi berkuasa ialah di sebelah Sungai Bengkoka.
Sejak hari itu,kawasan tersebut yang dikenali sebagai Tupak turut dipanggil sebagai Pitas
iaitu setelah menyeberangi kawasan tersebut orang-orang Teluk Bandau tidak lagi menjadi
mangsa serangan Ilmu Hitam Sindaat Mogkorudu. Sebutan PITAS berasal daripada
perkataan “NOPITAS” atau “MINITAS” iaitu selepas melalui kawasan itu maka orang-orang
Bandau terlepas dari kuasa Sindaat Mogkorudu.
Pada hari ini TUPAK tetap digunakan oleh sebilangan masyarakat Momogun Rungus sebagai
kelembutan bahasa atau mengelakkan dari mengingatkan lagi kisah hitam yang pernah
berlaku sesama Momogun pada zaman dahulu. Ini kerana pada zaman dahulu ramai yang
mengelak untuk mengatakan PITAS untuk tidak menyinggungkan perasaan orang terhadap
persengketaan dahulu. Namun sebutan PITAS ini kembali digunakan pada zaman ketua
Syarif Osman dan zaman penjajahan untuk menghidupkan lagi sempadan-sempadan yang
pernah dibuat oleh Aki Sook melalui ritual tertentu bagi tujuan upacara-upacara keagamaan
Labus pada zaman itu. (Legenda Momogun Rungus, Legenda Pitas)
7
940307-12-6151
KAEDAH KAJIAN
Reka bentuk kajian yang telah digunakan ini adalah berbentuk kajian tinjauan deskriptif
menggunakan soal kaji selidik. Merujuk kepada kepada Azizi Yahya et al (2007), tinjauan
deskriptif bertujuan mendapatkan ukuran ataupun gambaran berkaitan keadaan ataupun ciri
populasi. Merujuk kepada Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) pula, penyelidikan deskriptif
merupakan penyelidikan bermatlamat untuk menerangkan sesuatu gejala, peristiwa atau
fenomena yang sedang berlaku pada masa kini. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan
borang soal selidik yang dijawab oleh peniaga-peniaga kedai runcit di sekitar kampong
Seribudaya di daerah Pitas. Reka bentuk kajian ini mengkaji amalan-amalan pengurusan
peniaga-peniaga di kawasan luar Bandar Daerah Pitas, Sabah dalam menjalankan perniagaan
mereka.
Istilah ‘tinjauan’ dari segi makna membawa maksud melakukan kutipan data secara
sepintas lalu yang menyamai kaedah mengambil gambar. Keputusan yang telah diperolehi
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang agak tinggi kerana pola perlakuan
masyarakat sukar berubah dengan mendadak ( Mohd Najib Abdul Ghafar, 2003). Kajian
tinjauan ini sesuai digunakan dalam penyelidikan yang telah dilakukan kerana kajian ini
bertujuan untuk mengumpulkan maklumat mengenai pembolehubah.
Selain itu, kajian ini juga dilakukan dengan mencari sumber bahan melalui buku-buku
ilmiah yang mana hampir menyamai buku rujukan tetapi penggunaan buku-buku ilmiah lebih
kompleks. Definisi “Ilmiah”menurut tokoh ialah sehingga jauh dari sifat ‘trial dan error’ atau
sekadar mencuba-cuba ( Madsen, David 1983). Metode “Ilmiah” berlandaskan terdiri
daripada tiga fasa utama iaitu untuk mencari jawapan secara ilmiah, dasar metodologi untuk
membuktikan jawapan tersebut, dan guna menginterpretasikan hasil penelitian.
( Hadi, Sutrisno, 1980)
Dengan melihat peniaga-peniaga kedai runcit di kawasan kajian sebagai subjek utama kajian,
Justeru itu, sebanyak 20 set borang soal selidik telah disediakan untuk diedarkan kepada
peniaga-peniaga kedai runcit luar Bandar bagi mendapatkan maklumat tentang latar
belakang, pengetahuan am dan pandangan umum peniaga-peniaga luar Bandar dalam
menjalankan perniagaan mereka.
Soal selidik merupakan salah satu alat atau instrument yang sering digunakan untuk
mengukur tingkah laku responden, dan produk dalam penggunaan alat pengukur ini adalah
8
940307-12-6151
data ( Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2003). Kajian ini telah menggunakan instrument soal
selidik untuk memudahkan pengumpulan maklumat ini dapat dijalankan berjalan dengan
lebih baik. Ia juga merupakan instrument kajian yang lazim digunakan dalam kajian
deskriptif. Soal selidik tersebut terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah berkaitan dengan demografi atau maklumat
latar belakang responden. Manakala Bahagian B pula menyentuh tentang pengetahuan am
peniaga-peniaga luar Bandar Daerah Pitas, Sabah. Bahagian C pula berkenaan tentang
pandangan umum peniaga-peniaga kawasan kajian terhadap perniagaan kedai runcit di
kawasan sekitar mereka.
Pemilihan item serta borang soal selidik yang dibuat dalam kajian ini, sebagai instrumen
kajian adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria yang berikut:
1) Memudahkan penyelidikan terutama bagi analisis data-data yang telah diperolehi.
2) Membantu memudahkan penyelidikan kajian bagi memperolehi data yang lebih tepat
daripada responden terhadap aspek utama yang ingin dikaji.
3) Memudahkan penyelidik dalam mentadbir responden yang ramai semasa kajian ini
dijalankan.
4) Respondan yang dikaji melibatkan jumlah bilangan yang agak ramai.
5) Dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga penyelidik.
Bahagian A merangkumi soalan-soalan yang berkisar tentang latar belakang diri responden
atau maklumat demografi responden. Maklumat-maklumat dalam bahagian ini memainkan
peranan yang penting kerana saling berkait rapat dengan jawapan yang akan diberikan oleh
responden dalam Bahagian B dan Bahagian C. Dalam bahagian ini mempunyai 11 item iaitu:
1) Umur 6) Agama 11) Tempoh masa menetap
2) Jantina 7) Asal
3) Status perkahwinan 8) Bilangan isi rumah
4) Bangsa 9) Jumlah pendapatan
5) Tahap pendidikan 10) Pekerjaan
9
940307-12-6151
Bahagian B pula mengandungi tiga soalan utama yang berkisar tentang pengetahuan am
masyarakat. Maklumat-maklumat ini juga memainkan peranan penting kerana saling
berkaitan dengan objektif kajian yang telah dikemukakan.Antara bentuk soalan-soalan yang
telah dikemukakan ialah:
1) Maksud perniagaan kedai runcit
2) Sumber pengetahuan kedai runcit
3) Modal pembukaan kedai runcit
Manakala Bahagian C pula turut mengandungi sebanyak tiga bentuk soalan yang dikelaskan
mengikut relevan objektif kajian. Secara keseluruhannya, bahagian ini terdiri daripada tiga
item berikut:
1) Jaminan hidup
2) Pandangan terhadap persaingan
3) Sambutan atau penerimaan masyarakat
10
940307-12-6151
DAPATAN KAJIAN/PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan tentang analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian
yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang
telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti peratusan, taburan
kekerapan dan purata.
Demografi responden
Seramai 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk tempatan telah disoal selidik.
Huraian analisis latar belakang responden yang telah ditemu bual melibatkan item-item
seperti umur, jantina, dan modal perniagaan runcittelah dipersembahkan dalam bentuk rajah
di sebelah.
Umur
40%
15%
40%
6%
UMUR
18-3940-4950-5960-69
Rajah 1 Umur responden
Sumber : Kajian lapangan (Tahun)
11
940307-12-6151
Berdasarkan kepada hasil kajian, daripada 20 orang responden yang ditemubual, seramai 8
orang adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 18 hingga 39
tahun. Manakala responden yang berumur antara 40 hingga 49 adalah sejumlah tiga orang.
Seterusnya adalah responden yang berumur diantara 50 hingga 59 adalah turut terdiri
daripada 8 orang. Selebihnya adalah responden yang berumur diantara 60-69 adalah terdiri
daripada satu orang.Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai
pandangan yang berbeza-beza.
Jantina
45%
55%
JANTINA
LELAKIPEREMPUAN
Rajah 2 Jantina responden
Sumber : Kajian lapangan (Tahun)
Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 20 orang responden, seramai 11 orang
(55 peratus) adalah terdiri daripada responden perempuan, manakala bakinya sebanyak 9
orang (45 peratus) adalah responden lelaki. Tidak dapat perbezaan jurang yang besar dalam
pemilihan jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada rajah 4.2. Kajian
ini adalah melihat persepsi penduduk, oleh yang demikian jantina yang dipilih perlulah
seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.
12
940307-12-6151
Modal
60%
10%
25%5%
MODAL
Modal SendiriMARAAmanah Ikhtiar Malaysialain-lain
Rajah 3 Jenis Modal responden
Sumber : Kajian lapangan (Tahun)
Kebanyakan responden yang menggunakan modal sendiri ialah sebanyak 12 orang (60
peratus), diikuti dengan MARA iaitu sebanyak 2 orang (10 peratus), serta Amanah Ikhtiar
Malaysia yang sebanyak 5 orang (25 peratus) dan selebihnya adalah lain-lain bentuk modal
iaitu satu(5 peratus). Data yang lebih terperinci dapat dilihat pada rajah 3 tersebut.
ANALISIS PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP IMPAK PEMBANGUNAN
PERUSAHAAN KEDAI RUNCIT DI KAWASAN DAERAH PITAS, SABAH
Pembangunan perusahaan kedai runcit yang dijalankan akan meninggalkan impak yang
positif mahupun negatif terhadap tiga komponen utama iaitu impak dari segi ekonomi, sosial
dan alam sekitar.
13
940307-12-6151
Impak ekonomi
Analisis yang dijalankan melibatkan kepada tiga bentuk elemen iaitu dari segi ekonomi,
sosial dan juga alam sekitar. Justeru, analisis ini akan membincangkan tentang persepsi
peniaga-peniaga tempatan terhadap impak yang terjadi dan bakal berlaku dengan adanya
pemesatan ekonomi melalui perusahaan kedai runcit ini. Wujudnya pelbagai persepsi yang
berbeza daripada peniaga-peniaga tersebut terhadap impak ekonomi. Masing-masing peniaga
kedai runcit tersebut memberikan pandangan dan pendapat yang berbeza. Carta pai yang
ditunjukkan pada jadual di atas menunjukkan kekerapan dan piawaian yang mencerminkan
pandangan masyarakat peniaga kedai runcit tersebut.
Sebanyak 60 peratus responden iaitu sebanyak 12 orang daripada 20 orang responden
menggunakan modal sendiri pada permulaan perniagaan kedai runcit mereka. Menurut
responden yang telah menggunakan modal sendiri, taraf hidup mereka dijangka meningkat
dan kehidupan mereka pada masa hadapan lebih terjamin. Manakala sebanyak 25 peratus
iaitu sebanyak 5 orang responden yang mendapatkan bantuan daripada AIM(Amanah Ikhtiar
Malaysia) turut bersetuju pembukaan kedai runcit lebih menguntungkan dan mereka dapat
meningkatkan taraf hidup. Selebihnya manakala selebihnya pula menyatakan tidak pasti
terhadap peningkatan taraf hidup.
Hal ini menunjukkan separuh daripada bilangan keseluruhan peniaga-peniaga kedai runcit
menyatakan mereka bersetuju peningkatan taraf dan kualiti hidup mereka mereka melalui
perniagaan kedai runcit ini. Buktinya menurut Azahan Awang et al (2006), kualiti hidup
sukar untuk ditafsirkan kerana kualiti hidup adalah sesuatu yang subjektif kerana setiap
individu mempunyai kehendak yang berbeza-beza. Justeru itu, taraf hidup yang ditafsirkan
oleh responden adalah mengikut keselesaan mereka.
Impak sosial
Dari segi sosial pula, analisis yang dijalankan telah mendapati bahawa perpaduan kaum
dalam segenap lapisan masyarakat di kawasan Daerah Pitas bertambah erat dan baik dengan
wujudnya perlaksanaan perkhidmatan kedai runcit di kawasan daerah ini. Hal ini demikian,
komunikasi yang sopan dan baik antara peniaga dengan pembeli mampu untuk mewujudkan
toleransi yang baik dan sikap menghormati antara satu sama yang lain. Dengan ini, sesuatu
hubungan yang baik itu memudahkan peniaga dengan pembeli menjalankan urusan jual beli
dan perkhidmatan kedai runcit berada pada tahap yang lebih konsisten.
14
940307-12-6151
Analisis daripada kajian mendapati sebanyak 17 orang responden sangat bersetuju bahawa
perkhidmatan perniagaan kedai runcit mampu untuk mengeratkan lagi hubungan perpaduan
dalam kalangan masyarakat di Daerah Pitas. Manakala selebihnya pula didapati agak kurang
pasti terhadap pandangan mereka. Hal ini menunjukkan hampir separuh daripada responden
agak bersetuju terhadap perlaksanaan perniagaan kedai runcit yang ternyata memberikan
kelebihan dan mannfaat terhadap aspek sosial masyarakat.
Dijelaskan bahawa perpaduan adalah merupakan sebuah budaya hidup yang perlu sentiasa
diamalkan dalam rutin harian sesebuah masyarakat. Pengertian perpaduan mengikut dimensi
atau jurusan pertama adalah merujuk kepada kerukunan politik kerana mereka mempunyai
kepentingan umum seperti menetap di Negara yang sama. Perpaduan adalah merupakan
budaya hidup dalam kalangan masyarakat di daerah Pitas. Menurut Edward B.Taylor
mengenai konsep kebudayaan ialah:
“..Kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain
kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oelh semua manusia sebagai anggota masyarakat.”
Selain itu, analisis borang soal selidik telah mendapati bahawa impak sosial yang diterima
daripada perniagaan kedai runcit ini ialah lebih ramai anak-anak muda yang tidak
menyambung pengajian mendapat peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh segelintir
peniaga-peniaga kedai runcit. Daripada 20 orang responden, sebanyak 8 orang responden
bersetuju menyatakan bahawa kewujudan perniagaan kedai runcit mampu mengurangkan
masalah pengganguran yang berlaku dalam kalangan remaja terutamanya anak-anak muda
yang tinggal menetap di kawasan daerah Pitas. Manakala selebihnya pula menyatakan
bahawa mereka adalah tidak pasti.
Hal ini menunjukkan bahawa tidak cuma terdapat segelintir sahaja peniaga-peniaga kedai
runcit yang bersetuju perniagaan kedai runcit mampu untuk meningkatkan taraf hidup
masyarakat tempatan terutamanya kepada golongan remaja. Malahan ada sesetengah peniaga-
peniaga kedai runcit menyatakan pendapat mereka bahawa dengan melibatkan diri dalam
pengurusan perniagaan kedai runcit, golongan remaja pada masa kini boleh dijauhkan
daripada terlibat dalam kegiatan jenayah seperti punk,black metal dan sebagainnya. Hal ini
juga turut merujuk kepada gaya hidup yang diamalkan oleh golongan remaja kini yang lebih
gemar membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan
sebarang faedah kepada diri mereka sendiri.
15
940307-12-6151
Impak alam sekitar
Berdasarkan hasil kajian, perniagaan kedai runcit dilihat turut memberikan impak kepada
alam sekitar. Terdapat beberapa soalan yang telah ditanyakan kepada para responden
mengenai impak perniagaan kedai runcit terhadap alam sekitar. Mengenai masalah
pencemaran yang akan timbul dalam masa beberapa tahun akan datang, kebanyakkan
responden bersetuju dan sangat bersetuju dengan penyataan ini. Seramai 5 orang daripada 20
orang responden yang iaitu sebanyak 28 peratus yang bersetuju masalah pencemaran akan
berlaku dengan adanya pembangunan pelancongan yang berterusan tanpa mengambil kira
faktor alam sekitar. Lapan peratus, iaitu seramai 2 orang tidak pasti dengan keadaan ini,
Manakala sebanyak 57 peratus iaitu 13 orang yang sangat tidak bersetuju dalam masa
beberapa tahun akan datang masalah pencemaran akan berlaku disebabkan aktiviti perniagaan
kedai runcit yang dijalankan. Hal demikian perniagaan kedai runcit menggambarkan
kepentingan alam sekitar turut perlu dijaga semasa proses membangunkannya. Purata yang
menjawab soalan ini adalah tidak setuju.
Pendapat mengenai pengguna akan menjaga kebersihan kawasan kedai runcit adalah
sebanyak 10 yang bersetuju iaitu 62 peratus, 19 peratus yang sangat setuju, 12 peratus yang
sangat tidak setuju dan selebihnya, lima peratus yang tidak pasti. Secara keseluruhan analisis
ini mendapati kebanyakkan pembeli akan menjaga kebersihan kedai runcit. Responden yang
di temu bual mengatakan pembeli mungkin tidak membuang sampah secara suka hati, tetapi
mungkin angkara faktor persekitaran yang sememangnya kotor dengan masalah daripada
binatang-binatang peliharaan penduduk kampung tidak terjaga yang sering membuang najis
merata-rata,misalnya sapi dan kambing.
Impak kepada alam sekitar yang seterusnya adalah berkaitan udara menjadi semakin
panas kesan aktiviti manusia. Kebanyakkkan responden setuju dan sangat setuju. Seramai 15
orang responden (72 peratus) yang sangat setuju dengan penyataan ini. Hal ini adalah kerana,
terdapat beberapa pembangunan kedai runcit yang melibatkan bangunan konkrit sedang giat
dijalankan di daerah Pitas, dengan itu banyak hutan atau pokok-pokok ditebang untuk tujuan
pembangunan tersebut. Manakala, 14 peratus iaitu seramai 3 orang yang setuju bahawa udara
menjadi semakin panas. Bakinya sebanyak 7 peratus adalah masing-masing responden yang
tidak pasti dan sangat tidak setuju mengenai isu ini. Purata yang menjawab soalan ini adalah
responden yang bersetuju udara menjadi semakin panas ekoran daripada pemesatan
pembangunan.
16
940307-12-6151
RUMUSAN
Rumusan kajian ini adalah berdasarkan keseluruhan kajian yang telah dijalankan dalam
menilai amalan pengurusan yang mempengaruhi perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit
bumiputera luar Bandar Daerah Pitas, Sabah. Bagi menilai amalan pengurusan perniagaan
kedai runcit luar Bandar Daerah Pitas, Sabah ini, aspek-aspek yang diambil ialah dari segi
perngurusan kewangan, pengurusan operasi dan pengeluaran perniagaan, pengurusan sumber
manusia serta pengurusan pemasaran.
Kajian ini turut membincangkan tentang amalan pengurusan peniaga-peniaga kedai
runcit luar Bandar Daerah Pitas, Sabah dalam menjalankan perniagaan mereka seiring dengan
permintaan masyarakat setempat. Apa yang telah didapati amalan pengurusan perniagaan di
kalangan peniaga-peniaga bumiputera masih terdapat kelemahan yang mempengaruhi dari
segi kemajuan perniagaan mereka. Peniaga lebih menumpukan kepada aspek pengurusan
pemasaran perniagaan dalam menjalankan perniagaan mereka. Walaupun pengurusan
operasi dan pengeluaran dan pemasaran dapat dilakukan dengan lebih baik, namun terdapat
pengurusan sumber manusia dan pengurusan kewangan yang tidak dapat dilakukan dengan
sebaik mungkin kerana hasil analisis, amalan pengurusan ini telah berada pada skor
sederhana sahaja. Ini menyebabkan pengurusan perniagaan mereka terdapat kelemahan yang
perlu dibaiki.
Kajian ini juga mengariskan beberapa objektif kajian supaya dapat memenuhi matlamat
kajian. Persoalan kajian juga digariskan iaitu pengurusan kewangan, operasi dan pengeluaran,
sumber manusia serta pemasaran. Batasan kajian ini hanya terhad kepada peniaga-peniaga
kedai runcit bumiputera Daerah Pitas, Sabah. Kepentingan kajian ini juga adalah untuk
kepentingan peniaga-peniaga kedai runcit bumiputera di luar Bandar, pengkaji masa
depandan agensi-agensi yang berkaitan untuk meningkatkan perniagaan peniaga kedai runcit
di luar Bandar serta definisi istilah juga turut dibincangkan.
Kajian ini terbahagi kepada bahagian A, B dan bahagian C. Bahagian A iaitu berkaitan
dengan latar belakang responden yang terdiri daripada beberapa soalan iaitu salah satunya
umur, jantina, status perkahwinan, bangsa, tahap pendidikan, agama, asal, bilangan isi rumah,
jumlah pendapatan, pekerjaan dan tempoh masa menetap di kawasan kajian. Manakala
bahagian B ialah pengetahuan am responden tentang perniagaan kedai runcit yang terdiri
daripada tiga soalan utama yang berkaitan iaitu maksud kedai runcit, modal perusahaan kedai
runcit , dan dari mana masyarakat mengetahui maksud kedai runcit. Manakala bahagian C
17
940307-12-6151
pula berkaitan tentang penilaian masyarakat peniaga terhadap perniagaan kedai runcit yang
mengandungi tiga soalan utama yang merangkumi tentang jaminan hidup masyarakat
terhadap perniagaan kedai runcit, pandangan terhadap persaingan kedai runcit dan
penerimaan atau sambutan masyarakat terhadap perniagaan kedai runcit yang telah
dijalankan.
Kepentingan kajian ini juga adalah untuk kepentingan peniaga-peniaga kedai runcit
bumiputera di luar Bandar, pengkaji masa depan dan agensi-agensi yang berkaitan untuk
meningkatkan perniagaan peniaga kedai runcit di luar Bandar serta definisi istilah juga turut
dibincangkan.
18
940307-12-6151
BILBIOGRAFI
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan
(2007). “Mengusai Penyelidikan Dalam Pendidikan”. Kuala Lumpur. PTS Professional
Publishing Sdn Bhd.
Chamhuri Siwar, Mohd Yusof Kasim, Abdul Malik Ismail (1992). “Ekonomi Bumiputera
Selepas 1990”. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
D.T. Williams dan Tee Kok Bin (1989). “Ilmu Perdagangan”. Petaling Jaya. Logman Sdn
Bhd.
Faudziah Zainal Abidin, Nasruddin Zainudin, Faizah Ismail, Nurwati Ashikin, Ahmad Zaluki
(2005). “Pengurusan Kewangan Teori dan Aplikasi”. Petaling Jaya. Pearson Prentice
Hall.
Faridah Mariani bt Johan. (2000) “Profail, Trait Keusahawanandan Pengurusan Perniagaan
Dalam Pembentukan Aspirasi Peniaganita di Negeri Terengganu”. Projek Sarjana.
Universiti Teknologi Malaysia.
Hasnah bt Haroon. (2003) “Perbandingan Amalan Pengurusan Perniagaan di Kalangan
Usahawan Perniagaan Kenderaan Terpakai di Kawasan Seberang Perai dan Sungai
Petani”. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia;
Jaafar Muhamad (2001). “Asas Pengurusan Perniagaan”. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mahashim Bajuri (1984). “Pengurusan Kewangan Satu Pengenalan”. Petaling Jaya. Fajar
Bakti Sdn Bhd.
Maimunah Aminuddin (1994). “Pengurusan Sumber Manusia”. Kuala Lumpur. Fajar Bakti
Sdn Bhd.
Md Hazel Zali (1995). “Panduan Barclays dalam mengurus pertumbuhan untuk perniagaan
Kecil”. Kuala Lumpur. Yayasan Panataran Ilmu.
19
940307-12-6151
Muhammad Ali Embi (2003). “Konsep Asas Pengurusan Sumber Manusia”. Utusan Kuala
Lumpur. Publications & Distributors Sdn Bhd.
Nurazirawati bt Osman. (2000). “Pengurusan Barang Dagangan Bagi Peniaga Peruncitan
Konvensional: Kajian Kes Perniagaan Runcit di Kawasan Pinggir Bandar Alor Setar”.
Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Syed Amin Al-Jeffri (1998). “Sekilas Pandang Gaya pengurusan Masa Kini”. Kuala Lumpur.
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Syed Arabi Idid (1998). “Kaedah Penyelidikan komunikasi dan Sains Sosial”. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaharah Bakar (2003). “Asas Pemasaran”. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.
Zafir Mohd Makhbul, Mohd Rizal Palil dan Ahmad Khairy Ahmad Domil (2004).
“Mengurus
Perniagaan”. Pahang. Pts Publications& Distributors Sdn Bhd
20
940307-12-6151
BORANG KAJI SOAL SELIDIK
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN
1. Umur : 6. Jantina:
2. Status perkahwinan: Lelaki
Bujang Perempuan
Berkahwin 7.Bangsa:
Duda/Janda Melayu India
3. Bil isi rumah: Orang Cina Lain-lain:
4. Agama:
Islam Lain-lain 8.Pendapatan sebulan (RM):
Budha 9.Taraf pendidikan:
Hindu PMR Diploma/Ijazah/PhD
Kristian SPM Lain-lain
5. Pekerjaan: STPM
Sendiri 10.Negeri Asal:
Kerajaan 11.Tempoh menetap di daerah ini:
Swasta tahun
Tidak bekerja
Pencen
Lain-lain
21
940307-12-6151
BAHAGIAN B: PENGETAHUAN AM
1. Adakah anda mengetahui maksud perniagaan runcit?
YA TIDAK
2 Dari manakah anda mengetahui mengenai perniagaan runcit?
Televisyen Iklan Agensi perlancongan
Radio Kempen NGO
Internet Perundangan Kerajaan
Lain-lain
3 Dari manakah anda mendapatkan modal untukmembuka perniagaan kedai
runcit?
Modal sendiri
Bank
MARA
Keluarga terdekat
Kawan
Lain-lain
22
940307-12-6151
BAHAGIAN C: PENILAIAN MASYARAKAT
1 Adakah kehidupan seharian anda lebih terjamin dengan perniagaan kedai runcit
yang telah anda jalankan?
YA
TIDAK
2 Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan persaingan kedai runcit di kawasan
kampong anda?
Sihat
Kurang sihat
3 Adakah perkhidmatan kedai runcit anda mendapat sambutan yang baik daripada
orang ramai?
YA
TIDAK
-KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI-
23
Recommended