View
13
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
Secara umumnya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang kaya dengan hasil bumi seperti
bijih timah dan emas berjaya ditadbir urus dengan baik sehingga negeri tersebut makmur telah menarik
minat kuasa Acheh, Belanda dan British untuk menguasai negeri tersebut
Kekayaan bijih timah
Perlombongan bijih timah abad ke-15
i. Diusahakan oleh orang Melayu di lembah sungai untuk kegunaan tempatan dan diperdagangkan
ii. Perdagangan di bawah pengawasan pembesar sebagai pemilik lombong dan membekalkan
keperluan perbelanjaan
iii. Pembesar memperolehi kawasan pegangan melalui surat tauliah sultan
iv. Contohnya Che Long Jaafar di Larut Perak dapat surat tauliah daripada Paduka Seri Sultan
Shabudin Riayat Syah
v. Sultan menerima hasil perdagangan
vi. Kaedah tradisional melombong bijih timah iaitu melampan
Perlombongan bijih timah abad ke-16 hingga abad ke-17
i. Tertumpu di Sungai Perak, Kuala Kangsar, Kelian Intan, Manjung dan Beruas
ii. Perak pelabuhan utama menghasilkan bijih timah
iii. Tumpuan pedagang terutama Portugis
iv. Kekayaan dan kemakmuran Perak menyebabkan Acheh meletakkan Perak sebagai negeri
naungannya
v. Perak menjadikan bijih timah bahan untuk mendapatkan perlindungan Portugis bagi
membebaskan Perak daripada Acheh
Perlombongan bijih timah abad ke-18
i. Perak
Bijih timah dikeluarkan oleh pelombong kecil Melayu di kawasan Larut (Kerian, Kurau,
Larut, Terong dan Beruas)
Sultan Muzafar membuat perjanjian menjual bijih timah kepada Belanda
Kota Belanda di Pulau Pangkor di bina sebagai gedung menyimpan bijih timah yang
diperolehi dari Perak
Akhir abad ke-18 hasil merosot akibat aktiviti penyeludupan untuk dijual pedagang British
di Pulau Pinang
2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
ii. Selangor
Perlombongan bijih timah di Kuala Selangor
Sultan Ibrahim membuat perjanjian menjual bijih timah kepada Belanda.
Perlombongan bijih timah abad ke-19
i. Larut
Diusahakan oleh Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim di Klian Pauh dan Klian Baru
dengan membawa masuk pelombong Cina
Kuala Sepetang dijadikan pelabuhan mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau Pinang
ii. Lembah Kinta
Pengeluar utama bijih timah dunia
Kegiatan pelombongan mewujudkan bandar Gopeng, Ipoh dan Kampar
Sultan Ismail mengusaha dan memajukan kawasan perlombongan bijih timah di Lembah
Kinta menyebabkan muncul Bandar Papan dan Pengkalan Peguh
iii. Jugra
Pusat pentadbiran Kesultanan Selangor
Juga pusat pengutipan cukai bijih timah melalui Sungai Langat untuk ke pelabuhan
Melaka
iv. Kuala Lumpur
Pusat pengeluaran bijih timah yang penting di Selangor
Bijih timah di lombong di Ampang
Mendorong orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan
Pembentukkan Bandar Kuala Lumpur yang diambil dari nama Sungai Lumpur (Sungai
Gombak sekarang)
v. Lukut
Diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk pelombong Cina
Raja Jumaat kemudiannya berjaya menjadikan Lukut sebagai pusat perdagangan bijih
timah terkenal
Lukut diserahkan kepada Sungai Ujong melalui rundingan antara Sultan Selangor
bersama pemerintah Sungai Ujong
Selangor menerima Kajang, Semenyih dan Beranang yang sebelum ini di dalam
kawasan Sungai Ujong
3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
Kekayaan Hasil Emas
Kawasan jalur emas sebahagian besar terdiri daripada negeri Pahang yang meliputi Raub.
Melalui rekod Negara China, emas menjadi ekspot utama Pahang sejak abad ke-13.
Menurut catatan Portugis, pada abad ke-16 emas di Pahang diperdagangkan ke Melaka dan Sultan
Pahang menggunakan emas sebagai hadiah kepada negeri-negeri lain.
Berdasarkan sumber India, Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi yang
bermaksud Bumi Emas
Catatan Yunani (2M) menamakan Semenanjung Tanah Melayu sebagai Golden Khersonese yang
bermaksud Semenanjung Emas
Lokasi Perlombongan Emas di Pahang
i. Perlombongan emas telah dilakukan di Hulu Pahang iaitu di sekitar Sungai Tembeling, Sungai
Jelai dan Sungai Semantan
ii. Kawasan-kawasan penting perlombongan emas ialah Raub, Tui, Tersang, Selising, Penjom,
Kechau dan Hulu Dong.
Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-16 dan ke-17
Dijalankan oleh orang Melayu, orang asli dan orang Minagkabau
Menggunakan kaedah mendulang dan melampan
Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-18
Kekayaan emas menarik kehadiran oramg Cina dari Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan
Menggunakan kaedah melampan
Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-19
Sultan Ahmad member konsesi kepada orang Eropah
Menggunakan kaedah lombong dedah dan lombong bawah tanah
Latihan Objektif
1. Apakah kekayaan hasil bumi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang menarik minat British
menguasai Negara kita?
I. Bijih timah
II. Bijih besi
III. Arang batu
IV. Emas
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
2. Pada 28 Februari 1850, Paduka Seri Sultan Shabudin Riayat Syah telah menganugerahkan daerah
Larut kepada seorang tokoh untuk melombong bijih timah. Siapakah tokoh tersebut?
A. Dato’ Sagor C Long Jaafar
B. Dato’ Maharajalela D Tengku Kudin
3. Apakah tujuan pembinaan Kota Belanda di Pulau Pangkor pada tahun 1670?
A. Gedung menyimpan bijih timah C Gedung menyimpan makanan
B. Kubu pertahanan tentera Belanda D Tempat penginapan Gabenor
4. Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti ekonomi di Perak pada abad ke16-17
Apakah kesan aktiviti tersebut ke atas Perak?
A. Mengukuhkan pengaruh pembesar C Menjadi negeri naungan Acheh
B. Menjamin kedudukan pembesar D Menerima ancaman Portugis
5. Apakah faktor yang mempengaruhi kemunculan Bandar Gopeng, Ipoh dan Papan?
A. Pembukaan lading-ladang getah C Perlombongan bijih timah
B. Pusat pentadbiran kerajaan D Pertambahan penduduk
6. Tokoh berikut merupakan tokoh penting dalam sejarah Tanah Melayu
Apakah persamaan tokoh tersebut?
A. Membangunkan bandar baharu C Memajukan perlombongan
B. Menandatangani perjanjian D Memodenkan pentadbiran
7. Dialog berikut mungkin berlaku di Pahang pada abad ke-19
Apakah kaedah yang dimaksudkan dalam dialog tersebut ?
I. Lombong bawah tanah III Mendulang
II. Lombong dedah IV Melampan
A i dan ii B i dan iv C ii dan iii D iii dan iv
Perlombongan di Sungai Perak
Perlombongan di Manjung dan Beruas
Raja Busu
Sultan Ismail
Ali : Sekarang ini, orang Eropah yang mendapat hak melombong emas
Ahmad : Orang Eropah begitu berjaya disebabkan mereka menggunakan
kaedah perlombongan yang berkesan
5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
8. Apakah nilai yang diperolehi daripada maklumat berikut?
A. Berilmu B Bersyukur C Berwaspada D Bersederhana
Bahagian B
1.
a) Namakan dua kawasan perlombongan emas yang terdapat di Pahang
i. ……………………………………….
ii. ……………………………………….
[2 markah]
b) Nyatakan kaedah kegiatan perlombongan emas di Pahang:
i. Pada abad ke 16 dan ke-17
…………………………………………………………………………..
ii. Pada abad ke-19
……………………………………………………………………………
[2 Markah]
c) Pada pendapat anda, mengapakah pelombong Eropah berjaya menguasai perlombongan emas di
Pahang pada abad ke-19?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[4 Markah]
Berdasarkan sumber India, Semenanjung Tanah Melayu dikenali
sebagai Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas
Kawasan perlombongan emas di negeri-negeri Melayu tertumpu di kawasan jalor emas yang
sebahagian besarnya terletak di negeri Pahang
6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
3.2 Perluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
Pengenalan
Perkembangan perindustrian yang berlaku di Eropah menyebabkan British memerlukan bahan mentah
yang mencukupi untuk menjamin pengeluaran hasil industri Eropah
Kemakmuran negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah mendorong British berusaha
meluaskan kuasa ke Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
Strategi Brtitish Meluaskan kuasa di Negeri-Negeri Melayu
British menggunakan pelbagai taktik untuk meluaskan kuasa di negeri-negeri Melayu seperti strategi
manipulasi, desakan dan ugutan serta perjanjian dengan pemerintahan tempatan.
a) Strategi Manipulasi
Suasana yang tidak stabil dan kekacauan yang berlaku di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
membuka peluang kepada British untuk melaksanakan strategi manipulasi dengan memberi bantuan
kepada pihak yang berkepentingan untuk membolehkan British meluaskan pengaruhnya.
Manipulasi British di Perak
British mengambil peluang untuk menguasai Perak apabila berlakunya kekacauan di Perak
Gabenor Negeri-negeri Selat , Andrew Clarke mengambil peluang ini untuk campurtangan dan
bertindak sebagai orang tengah menamatkan kekacuan di Perak
Alasan British adalah untuk menyelamatkan rakyat Perak daripada keadaan kucar kacir.
Kekacuan di Perak disebabkan oleh:
i. Perang Larut 1861-1874
Pemerintah Larut, Ngah Ibrahim telah membawa masuk ramai pelombong Cina
untuk memajukan perlombongan bijih timah
Kumpulan Ghee Hin dan Hai San bergaduh untuk mempertahankan hak dan
kepentingan masing-masing hingga tercetus Perang Larut
Ini menjejaskan perdagangan bijih timah di Negeri-negeri Selat
Pelabur Eropah dan pedagang Negeri-negeri Selat mendesak British
campurtangan untuk melindungi pelaburan mereka dalam perlombongan bijih
timah
ii. Perebutan takhta Kesultanan Perak
Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam pewarisan takhta Kesultanan
Perak
Mengikut sistem ini, bakal raja perlu melalui jawatan Raja Di Hilir, Raja Bendahara
dan Raja Muda sebelum ditabal menjadi Sultan
Pada abad ke-19 berlaku krisis takhta kerana sistem penggiliran tidak dipatuhi
Selepas kemangkatan Sultan Ali, Raja Ismail (Raja Bendahara) dilantik sebagai
Sultan dan mendapat sokongan pembesar Hulu Perak termasuk Ngah Ibrahim
Raja Yusoff (Raja Di Hilir) menuntut haknya sebagai sultan setelah lama
diketepikan.
7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
Raja Abdulllah (Raja Muda) tidak ditabalkan menjadi sultan kerana tidak hadir ke
upacara pemakaman Sultan Ali. Baginda mendapat sokongan pembesar Hilir
Perak seperti Dato’ Maharaja Lela
Andrew Clarke menyokong Raja Abdullah dan menyatakan kesedian British untuk membantu
mengesahkan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak dan menamatkan pesengketaan
pelombong Cina demi mewujudkan keamanan di Perak
Manipulasi British di Selangor
Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Samad, tercetus pertelingkahan dalam kalangan
kerabat diraja Selangor yang menyebabkan berlakunya Perang Klang
British campurtangan dalam pertelingkahan tersebut untuk meluaskan pengaruh di Selangor
Pihak yang terlibat dalam Perang Klang 1866-1874 ialah:
i. Raja Abdullah bin Raja Jaafar
Sultan Abdul Samad memberi hak mentadbir Klang
Berjaya memajukan Klang sebagai pusat pengeluaran bijih timah
Pembukaan lombong di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur
Mendapat sokongan kumpulan Hai San
ii. Raja Mahadi bin Raja Sulaiman
Putera Raja Sulaiman yang mentadbir Klang sebelum diserahkan kepada Raja
Abdullah
Menuntut hak ke atas Klang kerana pernah di bawah kekuasaan ayahandanya
dan kemajuan perlombongan
Mendapat sokongan kumpulan Ghee Hin
Kekacauan ini memberi peluang kepada British memanipulasi politik
British memihak kepada Raja dan pembesar Melayu yang boleh membawa keuntungan
British memberi bantuan ketenteraan kepada Tengku Kudin untuk menamatkan Perang
Klang
British mengharapkan sultan menerima perlindungan British untuk kestabilan Selangor.
Manipulasi British di Sungai Ujong, Negeri Sembilan
British berpeluang melakukan manipulasi politik di Negeri Sembilan apabila berlaku perbalahan
pembesar Melayu di Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah
i. Kepentingan Sungai Linggi
Laluan penting yang menghubungkan Sungai Ujong dengan kawasan sekitarnya
Penguasaan ke atas Sungai Linggi membolehkan pembesar memungut cukai
daripada pedagang bijih timah melalui sungai tersebut untuk ke Melaka
8 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
ii. Persaingan pembesar memungut cukai di Sungai Linggi
Dato’ Kelana, Dato’ Syahbandar dan Dato’ Muda Linggi saing bersaing untuk
mengawal pungutan cukai di Sungai Linggi
Persaingan tersebut menjejaskan perdagangan di Negeri-negeri Selat
British memanipulasikan persengketaan dengan member bantuan ketenteraan kepada Dato’
Kelana untuk mengalahkan Dato’ Syahbandar.
Manipulasi Brtisih dalam konflik ini berjaya meletakkan Sungai Ujong yang kaya dengan bijih
timah di bawah kekuasaan British.
b) Desakan dan Paksaan Kepada Raja-Raja Melayu Menerima Perlindungan British
Desakan British di Selangor
British terus mencari alasan setelah gagal memujuk Sultan Abdul Samad menerima perlindungan ketika
memberi bantuan ketenteraan menamatkan Perang Klang
Berlaku rompakan kapal dagang British di perairan Kuala Langat dalam pelayaran dari Pulau Pinang ke
Melaka
Serangan rumah api Tanjung Rachado
Peristiwa itu digunakan British mendesak sultan menerima perlindungan dengan alasan gagal
mewujudkan keselamatan di perairan Selangor untuk kegiatan perdagangan
Desakan British di Pahang
Tiada alasan untuk campurtangan kerana tiada kekacauan di Pahang
Sultan Ahmad sangat berhati-hati dalam rundingan dengan British
Sultan Abu Bakar ( Johor) membantu British memujuk Sultan Ahmad menerima wakil British
Kematian Goh Hui, rakyat British di perkarangan istana membolehkan British mendesak sultan dengan
alasan tidak mampu mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam
c) Strategi Menandatangani Perjanjian Dengan Pemerintah Tempatan
Bagi mengukuhkan kuasa, Britsih mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan untuk
menerima pengaruh British dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu
Perjanjian pertama British dengan negeri Melayu ialah perjanjian dengan pembesar Perak di Pulau
Pangkor yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor 1874
Perjanjian Pangkor 1874 mengukuhkan kuasa British di Perak
Andrew Clarke memanggil ketua Ghee Hin dan Hai San untuk menamatkan perselisihan faham
Pembesar-pembesar Melayu yang bertelagah, Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor
dipanggil untuk berunding di Pulau Pangkor
Sultan Ismail dan Raja Yusoff tidak menyertai rundingan tersebut
Syarat Perjanjian Pangkor:-
i. Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak
ii. Raja Ismail sebagai Raja Muda
iii. Sultan menerima Residen British – nasihat mesti diminta dan dipatuhi dalam semua
urusan pentadbiran kecuali agama Islam dan adat Melayu
9 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
iv. Ngah Ibrahim diakui Orang Kaya Menteri Perak dan menerima Penolong Residen
v. British berkuasa penuh atas pungutan cukai
Perjanjian Pangkor menandakan kejayaan penguasaan British cecara langsung dalam hal ehwal
pentadbiran dan ekonomi di Perak.
Perjanjian British-Sungai Ujong 1874
Antara syarat perjanjian itu ialah:
i. Dato’ Kelana diktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong
ii. British berkuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi
Perjanjian British-Selangor 1875
Antara syarat perjanjian:
i. British membantu Sultan memerintah negeri
ii. J.G Davidson ditempatkan di Klang dan Frank Swettenham ditempattkan di Langat untuk
membantu pentadbiran
Perjanjian British Pahang 1887
Antara syarat perjanjian ialah:-
i. British menempatkan wakil sebagai pegawai konsul di Pahang
ii. British menjaga keamanan di Pahang
iii. Pahang tidak dibenarkan membuat perjanjian dengan kuasa lain tanpa kebenaran British
Melalui perjanjian, British mengikat persetiaan pemerintah tempatan untuk menerima nasihat British
dalam hal ehwal pentadbiran dan ekonomi di negeri-negeri Melayu.
Latihan
1
2.
10 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
3.
4.
5.
6.
7.
8.
11 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
Bahagian B
…………………………………………………………
…………………………………………………………
i. …………………………………
ii. …………………………………..
iii. ………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………….
…… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
1.
12 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
2.
13 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
3.
Recommended