View
255
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
komunikasi
Citation preview
BAB 9
KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN
Komunikasi
Proses perkongsian data, program dan maklumat antara 2 atau lebih komputer.
Contoh : ?
Revolusi Wayarles 5 tahun yang lepas
Penggunaan komunikasi suara (telefon bimbit)
Dianggarkan 600 juta pengguna seluruh dunia
Kini Penggunaan komunikasi komputer Contoh :
5 tahun akan datang Cuba fikirkan !
Sistem Komunikasi
Merupakan sistem elektronik yang menghantar data dari satu lokasi ke lokasi lain.
Setiap sistem komunikasi perlu melalui 4 elemen asas : Peranti penghantar dan penerima Saluran komunikasi Peranti hubungan Spesifikasi penghantaran data
Analogi : ?
Saluran Komunikasi
Saluran utama untuk membawa data dari satu komputer ke komputer yang lain
Terdiri daripada 2 kategori : Penyambungan fizikal ( menggunakan
wayar ) Wayarles ( tanpa wayar )
Penyambungan Fizikal1. Kabel pasangan terpiuh ( twisted pair cable)
Penghantaran data suara Diperbuat daripada wayar tembaga Contoh : talian telefon
2. Kabel sepaksi ( coaxial cable ) Sesuai untuk penghantaran berfrekuensi tinggi Lebih baik daripada TP. Mengapa ?
3. Kabel optik fiber ( fiber optic cable ) Penghantaran data dalam bentuk cahaya Mempunyai banyak kelebihan
Ringan Kos rendah Penghantaran lebih cepat
Sedang dalam proses menggantikan TP untuk talian telefon
Ilustrasi Kabel
Penyambungan Wayarles
Penghantaran data melalui udara
Teknologi utama wayarles :Infrared Broadcast RadioGelombang MikroSatelit
Infrared
Menggunakan gelombang cahaya infrared untuk komunikasi jarak pendek
Signal hanya boleh dihantar dalam keadaan garisan lurus iaitu tiada elemen yang menghalang antara penghantar dan penerima.
Contoh aplikasi : Penghantaran data daripada PDA atau
notebook ke komputer desktop
Broadcast Radio
Menggunakan menara khas penghantar dan penerima yang dipanggil transceiver. Transceiver ini menghantar dan menerima isyarat radio daripada peranti wayarles.
Contoh: Wi-Fi ( Wireless fidelity) Telefon bimbit kini menggunakan radio
broadcast untuk menerima panggilan telefon atau menggunakan Internet.
Wi-Fi juga dikenali sebagai piawaian 802.11 kerana menghubungkan antara komputer-komputer dan Internet.
Gelombang Mikro Menggunakan gelombang radio berfrekuensi tinggi Sesuai digunakan untuk penghantaran data antara
bangunan atau dalam kampus yang besar Untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan
yang lebih besar, stesen gelombang mikro yang dilengkapi dengan dishes atau antena perlu diletakkan samada di menara, bangunan tinggi atau kawasan bukit tinggi
Contoh : Bluetooth Menggunakan teknologi terkini boleh
menghantar gelombang mikro menembusi dinding atau halangan bukan-besi
Satelit Menggunakan teknik pengorbitan kira-kira 22,000 batu
daripada bumi. Satelit boleh menghantar dan menerima data yang
berkapasiti besar. Penggunaan istilah uplink dan downlink
Uplink : menghantar data ke satelit Downlink : menerima data daripada satelit
Kelemahan : Cuaca buruk
Contoh : Global Positioning System Kementerian Pertahanan menggunakan GPS untuk
mengesan individu / kumpulan Kini, kenderaan dilengkapi dengan sokongan navigasi
seperti monitor untuk paparan peta dan speaker untuk komunikasi dua hala
Peranti Penyambungan
Modem External modem Internal modem PC Card modem Wireless modem
Talian T1, T2, T3 dan T4 DSL dan ADSL Satelit
Penghantaran Data
Beberapa faktor mempengaruhi penghantaran data : bandwidth dan protokol
Bandwidth : ukuran kapasiti saluran komunikasi Voiceband / low-bandwidth – digunakan untuk
sistem telefon biasa Medium band – digunakan untuk penghantaran
data menggunakan leased lines Broadband – digunakan untuk penghantaran
data berkapasiti tinggi
Protokol
Protokol : Peraturan yang perlu dipatuhi untuk menerima dan menghantar data di antara komputer
Contoh : Protokol untuk Internet : TCP/IP
Rangkaian Rangkaian komputer adalah sistem komunikasi
yang menghubungkan 2 atau lebih komputer bagi pertukaran maklumat dan perkongsian sumber.
Cuba sebutkan beberapa istilah yang boleh menggambarkan rangkaian komputer. Node Client Server Hub NIC NOS Distributed processing Host computer Network manager
Jenis Rangkaian
Local Area Network (LAN) Home Network Metropolitan Area Network Wide Area Network
Kategori rangkaian
Rangkaian Kawasan Setempat LAN adalah satu rangkaian komputer
dalam jarak yang dekat LAN dimiliki oleh organisasi persendirian Merangkumi satu bangunan seperti
pejabat atau kampus universiti. Saiz LAN dihadkan mengikut keluasan
kawasan iaitu beberapa kilometer sahaja.
Kategori Rangkaian
Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN) LAN yang besar, meliputi satu bandar. MAN dimiliki oleh organisasi persendirian. Rangkaian Kawasan Luas (WAN) WAN menyediakan penghantaran jarak
jauh data, suara, imej dan video bagi kawasan geografi yang besar yang meliputi daerah, negeri, negara mahupun seluruh dunia.
Senibina Rangkaian
Juga disebut sebagai topologi. Topologi menyatakan bentuk susunan
komputer Topologi menunjukkan secara geometrik bagi
jalinan antara semua penghubung dan nod 5 jenis topologi asas iaitu : mesh, star, tree,
bus dan ring Topologi boleh terbahagi kepada 2 iaitu peer-to-peer dan primary-secondary
TopologiTopologi Mesh Setiap peranti akan dihubungkan secara
point-to-point kepada setiap peranti yang lain dalam rangkaian.
Topologi Star Setiap peranti akan dihubungkan secara
point-to-point kepada satu pusat kawalan atau hub. Setiap peranti tidak akan dihubungkan secara langsung di antara satu sama lain.
TopologiTopologi Tree Variasi daripada topologi star. Nod dalam tree akan dihubungkan ke pusat hub yang akan
mengawal trafik rangkaian Topologi Bus Disokong dengan backbone yang akan menghubungkan
semua peranti dalam rangkaian.
Topologi Ring Setiap peranti hanya akan dihubungkan kepada dua peranti
yang berada di sebelahnya.
Mod penghantaran :menunjukkan bagaimana sesuatu signal dihantar di antara 2 peranti.
Simplex : komunikasi satu hala sahaja. Hanya peranti 1 boleh menghantar signal pada satu-satu masa manakala peranti 2 hanya mampu menerima.
Half-duplex : Setiap peranti boleh menghantar dan menerima signal tetapi bukan pada masa yang sama. Apabila peranti 1 menghantar signal, peranti 2 hanya boleh menerima signal tersebut, dan begitu juga sebaliknya.
Full-duplex : kedua-dua peranti boleh menghantar dan menerima signal dengan serentak.
Recommended