View
272
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
BORANG PERMOHONAN PENGENDALIAN KANTIN
LEMBAGA GETAH MALAYSIA DI 260 JALAN AMPANG KUALA LUMPUR
Pengusaha-pengusaha kantin yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan untuk mengendalikan kantin Lembaga Getah Malaysia, Di. No. 260 Jalan Ampang Kuala Lumpur. SYARAT-SYARAT
1. Pemohon hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
2. Makanan yang disediakan hendaklah berjenis HALAL.
3. Pekerja-pekerja kantin hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
4. Pekerja-pekerja kantin hendaklah diberi pemeriksaan perubatan dan disahkan sesuai untuk
mengendalikan makanan dan minuman. Perbelanjaan untuk pemeriksaan perubatan ini akan ditanggung oleh pengusaha kantin yang berjaya. Butir-Butir pekerja-pekerja hendaklah diberikan kepada Unit Pentadbiran, LGM.
5. Deposit sebanyak RM 700.00 sebagai cagaran kantin dan RM 300.00 sebagai cagaran untuk letrik dan
air hendaklah dibayar oleh pengusaha kantin yang berjaya sebelum memulakan perniagaan.
6. Bayaran bulanan sebanyak RM100.00 dikenakan sebagai sumbangan kepada Tabung Kebajikan LGM. 7. Pengusaha kantin yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk memperolehi lesen-lesen yang
diwajibkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Daerah atau pihak-pihak lain. 8. Pengusaha kantin yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan bil-bil air dan api dan
mengemukakan salinannya kepada Unit Pentadbiran LGM setiap bulan. 9. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat tersebut di atas mungkin menyebabkan tawaran
pengendalian kantin ditarik balik. 10. Selain daripada perkakas-perkakas dan alat-alat yang disediakan oleh LGM di Lampiran 1, pengusaha
kantin yang berjaya dikehendaki menyediakan alat-alat memasak yang diperlukan. 11. Pengusaha dikehendaki menyertakan salinan sijil-sijil berkaitan pengusahaan makanan. 12. Pengusaha yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian dengan LGM dan membayar duti
setem perjanjian tersebut. 13. Waktu perniagaan ialah: Isnin – Jumaat 6.30 pagi – 2.30 petang
Sabtu 6.30 pagi – 1.30 petang 14. Sila lengkapkan LAMPIRAN “A” dan LAMPIRAN “B” yang dikepil dan hantarkan kepada alamat
dibawah tidak lewat daripada jam 12 tengahari 15hb Februari 2009:-
UNIT PENTADBIRAN Lembaga Getah Malaysia Tingkat 15 Bangunan Getah Asli 148 Jalan Ampang 50450 KUALA LUMPUR
LAMPIRAN “A”
BORANG PERMOHONAN PENGENDALIAN KANTIN LGM
1. Nama Pengurus/Pengusaha: _______________________________________________ 2. No. Kad Pengenalan : _______________________________________________ 3. Nama / Alamat Syarikat : _______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________ 4. Pengalaman :
Tahun Tempat Catatan
Tarikh: _______________ __________________________ (Tandatangan Pemohon)
LAMPIRAN “B”
HARGA MAKANAN DAN MINUMAN (sila gunakan lampiran jika tidak mencukupi)
Perkara Harga (RM) Catatan
MINUMAN
Teh ‘O’
Kopi ‘O’
Teh
Kopi
Teh ‘O’ Ais
Teh ‘O’ Ais Limau
Kopi ‘O’ Ais
Teh Ais
Kopi Ais
Horlick
Horlick Ais
Milo
Milo Ais
Nescafe
Nescafe Ais
Air Limau
Minuman Botol
Minuman Tin
Minuman Kotak
Air Kosong
Ais
Air Buah (Tembikai/Mangga/Oren dsb)
Lain-Lain:-
MAKANAN RINGAN
Roti Kosong
Roti - kaya, margerin atau jem
Roti bakar dan telor
Kuih muih
Kek
Telor separuh masak
Telor Goreng
Mee/Meehoon/Kwayteow Goreng
Mee/Meehoon/Kwayteow Rebus
Mee/Meehoon/Kwayteow Sup
Mee/Meehoon/Kwayteow Kari
Laksa Asam
Nasi Lemak
Nasi Goreng
Lain-Lain:-
MAKANAN TENGAHARI
Nasi Putih (besar)
Nasi Putih (sederhana)
Sayur Campur
Sup Ayam
Sup Daging
Kari Ikan
Kari Ayam
Kari Daging
Kurma Ayam
Kurma Daging
Asam Pedas
Rendang Ayam
Rendang Daging
Ikan Goreng
Ayam Goreng
Telor Dadar
Nasi Ayam
Nasi Tomato
Nasi Ulam
Nasi Beriyani
Lain-Lain:-
BUAH-BUAHAN
Pisang
Betik
Nenas
Tembikai
Jambu Batu
Rojak Buah
Lain-Lain:-
Recommended