View
610
Download
9
Category
Preview:
Citation preview
CADANGAN FORMAT KAJIAN TINDAKAN 2, PGSR
BAB 1 : PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
1.4 Penutup
BAB 2 : FOKUS KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Permasalahan Kajian
2.3 Teknik Kajian
2.4 Tinjauan Kajian
2.5 Penutup
BAB 3 : OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Objektif Kajian
3.3 Persoalan Kajian
3.4 penutup
BAB 4 : SASARAN DAN BENTUK KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Populasi dan Sasaran Kajian
4.3 Bentuk Kajian
4.4 Instrumen Kajian
4.5 penutup
BAB 5 : PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perancangan Tindakan
5.3 Pelaksanaan Tindakan
5.4 Penutup
1
BAB 6 : PENDAHULUAN
6.1 Pengenalan
6.2 Dapatan Data
6.3 penutup
BAB 7 : PENDAHULUAN
7.1 Pengenalan
7.2 Analisis Data
7.3 Penutup
BAB 8 : PENDAHULUAN
8.1 Pengenalan
8.2 Kesimpulan Kajian
8.3 Cadangan Kajian Lanjutan
8.4 Penutup
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
2
BAB 1 : PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Adalah menjadi harapan negara kita untuk mencapai taraf negara maju
menjelang tahun 2020. Kemajuan yang hendak dicapai itu adalah meliputi
kesemua aspek kehidupan secara seimbang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan adalah merupakan sesuatu perkara
asas yang perlu dipandang berat oleh negara jika ingin merealisasikan
wawasan tersebut.
Menurut Zakaria (1995) kecemerlangan dalam bidang akademik
adalah merupakan matlamat utama para pelajar dan harapan pihak ibu bapa
serta sekolah. Pencapaian akademik adalah berkait rapat dengan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan pula merupakan suatu institusi
masyarakat yang sangat penting di samping institusi keluarga, agama,
undang-undang dan sebagainya. Melalui pendidikan, masyarakat dapat
menyalurkan kebudayaan, cara hidup dalam pelbagai bidang ilmu dan
kemahiran dari satu generasi kepada satu generasi yang lain.
Hasil Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan
Dasar Pelajaran Kebangsaan pada 1975-1979, Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) telah dilaksanakan pada 1981, manakala kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) telah dilaksanakan kepada semua sekolah
menegah pada tahun 1989 (Ee Ah Meng, 1996). Dengan terlaksananya
KBSR dan KBSM telah membawa banyak perubahan dalam pendidikan
dengan wujudnya falsafah, strategi pengajaran dan pembelajaran serta
struktur organisasi sesuatu mata pelajaran yang baru. Dalam KBSM mata
pelajaran teras dan elektif telah diwujudkan.
3
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Malaysia
memperlihatkan ciri-ciri unik yang sesuai dengan status negara ini sebagai
negara berbilang bangsa, yakni selain mempunyai bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah bahasa Inggeris juga turut
memainkan peranan penting sebagai bahasa pengantar kedua. Justeru itu,
murid-murid Malaysia perlu mempunyai penguasaan yang mantap terhadap
bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris terutamanya, dalam mencapai
penguasaan ilmu yang optimum. Perkara ini memperlihatkan betapa
pentingnya pengajaran dan pembelajaran bahasa yang berkesan yang perlu
dilaksanakan di Malaysia. Keberkesanan pengajaran bahasa Melayu
berhubungkait dengan polisi dan kaedah pengajaran bahasa. Usaha
penyelidikan bahasa yang mantap dan merupakan teras utama dalam
memahami satu bahasa.
Bahasa Melayu adalah merupakan salah satu mata pelajaran teras
yang perlu dipelajari oleh semua murid, sama ada di peringkat sekolah
rendah mahupun menengah. Murid-murid juga diwajibkan lulus mata
pelajaran bahasa Melayu dalam semua peperiksaan awam. Mata pelajaran
Bahasa Melayu yang adalah wajib kepada semua murid di peringkat sekolah
rendah dan menengah. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang
bermakna dan berkesan bermula daripada seorang guru yang mempunyai
kemahiran, perancangan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
baik dan sesuai serta bertanggungjawab untuk membantu murid-murid
memahami sesuatu kemahiran atau tajuk yang diajar dengan lebih mudah
dan berkesan. Justeru, para pendidik disarankan supaya sentiasa mencari
asas atau inisiatif yang sesuai untuk membuat keputusan tentang cara
pengajaran yang baik harus supaya pembelajaran dapat berlaku dengan
berkesan dan efektif.
Kebanyakan amalan dalam bidang perkembangan kurikulum dan
pengajaran pada masa kini adalah berdasarkan kepada beberapa teori
pembelajaran bahasa. Salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang boleh digunakan adalah kaedah pembelajaran Masteri. Konsep
pembelajaran ini telah diperkenalkan oleh Bloom (1968) yang berfokuskan
4
kepada penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran atau tajuk yang diajar.
Menurut beliau, semua murid adalah berpotensi tinggi untuk menguasai
sesuatu pengetahuan atau kemahiran yang diajar dengan baik dan penuh
keyakinan sekiranya diberikan masa yang cukup dan disediakan dengan
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkualiti.
Kaedah pembelajaran Masteri adalah merupakan satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan kepada kefahaman
dan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran atau tajuk yang telah
diajar. Seorang guru akan memastikan murid-murid yang diajarnya benar-
benar menguasai kemahiran atau tajuk yang diajar sebelum beralih kepada
kemahiran atau tajuk yang seterusnya.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah tidak pandai dalam
membina ayat dalam penulisan bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah.
Kes tidak pandai membina ayat majmuk dikalangan murid-murid sekolah
rendah bertambah dengan kadar yang amat membimbangkan. Sebagai
institusi pendidikan yang berbentuk formal, adalah sangat perlu untuk
membentuk pemikiran, tingkah laku dan terhadap sikap murid-murid bagi
melahirkan generasi yang seimbang baik dari segi mental dan rohani.
Menurut Mohd Salleh Lebar (1997). Sekolah memainkan peranan
yang penting bagi mengatasi masalah ini berterusan sehingga menjadi
parasit kepada pertumbuhan atau perkembangan pendidikan di negara kita.
Sekolah berperanan membentuk pola budaya generasi pada masa akan
datang. Ini kerana sekolah merupakan wadah pendidikan yang sentiasa
berusaha untuk memperkembangkan potensi individu-individu dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta dapat memberikan sumbangan
5
bermakna kepada pembangunan kesejahteraan masyarakat dan negara
bagi menepati kemahuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Oleh itu, semua pelaksanaan pendidikan yang mencakupi bidang
kurikulum, kokurikulum, khidmat tolong bantu, profesionalisme guru,
pengurusan tenaga kerja, kebajikan disiplin murid-murid serta yang
berkaitan adalah berpusat kepada institusi pendidikan. Gejala tidak dapat
membuat ayat-ayat yang baik dalam penulisan di sekolah perlu ditangani
dan dibendung dengan berhati-hati supaya matlamat Malaysia sebuah
negara maju mengikut acuannya sendiri menjelang wawasan 2020 dapat
direalisasikan dengan jayanya.
Lantaran itu, untuk meralisasikan harapan negara, cita-cita dan
matlamat negara iaitu membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan
nilai agama dan moral, institusi pendidikan perlulah mengambil inisiatif lain
dan menyediakan landasan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada murid. Hal ini kerana murid adalah elemen atau aset penting dalam
negara yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan. Merekalah yang
akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai
wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi,
sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa
bersama-sama gejala sosial dikalangan murid di sekolah. Walaupun di
sekolah mereka sentiasa diajar supaya menerima nila-nilai murni tetapi
nampaknya ini semua hanya retorika sahaja.
Sehubungan dengan itu, peranan guru di sekolah menjadi semakin
penting. Isu murid yang kurang mahir dalam penulisan di sekolah mencabar
kredibiliti sekolah, guru besar dan guru-guru, pada hakikatnya murid
merupakan waris kepada kepimpinan negara. Pelbagai harapan yang
diletakkan terhadap mereka dalam menghadapi dan memikul
tanggungjawab sebagai seorang individu yang bertanggungjawab sejahtera
dan berguna kepada bangsa dan negara.
6
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Sejak kebelakangan ini jika dilihat perkembangan peningkatan masalah
murid khususnya dalam masalah membina ayat majmuk dalam penulisan
banyak mendapat perhatian media massa dan telah menyebabkan
kegusaran pelbagai lapisan pendidik. Justeru, peranan semua lapisan
masyarakat guru sangat penting dalam menangani masalah ini.
Pengaruh luaran persekitaran seperti penggunaan bahasa ibunda
iaitu bahasa daerah masih digunakan sebagai bahasa harian. Bahasa
Melayu digunakan pada masa belajar sahaja. Hanya segelintir murid yang
menggunakan bahasa Melayu sepanjang masa. Minat murid berkurangan
terutama merujuk kepada penggunaan ayat majmuk dalam
berkomunukasidam terdapat murid yang tidak mengikut tatabahasa yang
betul terutama dalam penggunaan ayat majmuk dengan betul. Perkara ini
menyebabkan murid tdak dapat membina ayat majmuk dengan baik dalam
penulisan.
1.4 Penutup
Mengajar murid untuk membina ayat majmuk bukannya suatu yang sukar.
Ia perlukan ketekunan, kerajinan dan kepekaan guru untuk menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Kebijakan seorang guru perlu
untuk bagaimana murid dapat dapat membina ayat majmuk dalam
penulisan.
7
BAB 2 : FOKUS KAJIAN
2.1 Pengenalan
Menurut pendapat Masni (2000) dalam kajian beliau yang bertajuk
“Peningkatan membina ayat majmuk tentang sesuatu topik”, beliau
berpendapat bahawa kelemahan murid dalam membina ayat majmuk ini
adalah disebabkan murid tidak dapat memahami dengan lebih baik
penggunaan ayat majmuk serta murid juga sukar membezakan pembinaan
ayat antara ayat tunggal dan ayat majmuk. Hal ini menyebabkan murid tidak
dapat membina ayat dalam penulisan karangan dengan lebih baik dan
berkesan.
2.2 Permasalahan Kajian
Masalah utama murid kurang menguasai kemahiran membina ayat majmuk
di dalam penulisan ( karangan ) dapat dikenal pasti melalui penilaian yang
dibuat hasil daripada latihan dan ujian pada akhir pembelajaran dan
pembelajara yang dijalankan didalam bilik darjah.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi :
Murid akan menghadapi kesukaran untuk membina penulisan yang
bermutu
Murid akan ketinggalan dalam proses pembelajaran
Kaedah pembelajaran masteri
Memastikan murid mencapai objektif pembelajaran sebelum
berpindah ke unit yang lain.
8
2.1 Pernyataan Masalah
Pendidikan di alaf baru penuh dengan pelbagai cabaran. Pada masa kini
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memainkan
peranan dalam membangunkan dan memajukan sektor pendidikan untuk
mengimbangi kehendak wawasan negara kearah sebuah negara manju
menjelang 2020 nanti.
Menurut Wan Mohd Zahid bin Wan Nordin, sistem pendidikan negara
memberikan penekanan kepada perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepada. Mendidik manusia menjadi baik bukan perkara
mudah. Manusia sedemikian tidak boleh dilahirkan dalam tempoh sekelip
mata, sebaliknya memerlukan usaha berterusan bererti “ berusaha terus
berusaha ”. Dalam proses ini tidak harus wujud sebarang percanggahan
yang boleh mengugat usaha membina manusia baik ini. (Berita Harian,
Rabu, 16 Februari 2000).
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan
hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah
Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai
mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Melalui penulisan karangan juga menjadi kayu ukur penguasaan
kemahiran berbahasa pelajar. kebanyakan pelajar tidak boleh berkomunikasi
dalam Bahasa Melayu, sehinggakan mereka gagal membina karangan yang
baik atas faktor-faktor tertentu. Antaranya seperti isi yang tidak berkaitan,
kesalahan penggunaan tatabahasa, kesalahan ejaan dan sebagainya.
Kesalahan membina ayat majmuk dalam karangan juga mungkin
disebabkan cara pendekataan kaedah pengajaran yang kurang sesuai.
9
Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan,
seperti kata pepatah Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Tatabahasa dikatakan sebagai peraturan atau undang-undang berbahasa. Ia
menjadi faktor penting dalam membina ayat majmuk. Kegagalan menguasai
aspek tatabahasa akan mendorong ayat yang dibentuk oleh seseorang itu
menjadi tidak gramatis. Ayat yang tidak gramatis dalam urusan surat
menyurat, sama ada yang bersifat rasmi ataupun tidak, dari sisi yang lain
tidak mendatangkan kesan kehilangan markah kepada penulisnya.
Oleh yang demikian, penguasaan tatabahasa pelajar khususnya
dalam pembinaan ayat majmuk, sebahagian besarnya bergantung kepada
guru bahasa Melayu mereka. Guru bahasa Melayu pula, selain terdidik
dalam bidang bahasa Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi, mempunyai
bahan-bahan yang berkaitan dengan tatabahasa yang lain, yang difikirkan
sesuai untuk pengajaran tatabahasa yang baik untuk membina ayat
majmuk?.
Oleh itu untuk kajian ini, pengkaji akan memberi fokus kepada
pendekatan-pendekatan kearah pembelajaran Masteri dalam pengajaran
Bahasa Melayu. Pembelajaran Masteri merupakan salah satu kaedah yang
dianggap berkesan sebagai strategi pengajaran membina ayat majmuk
dalam penulisan . Menurut Bloom et.al (1981), strategi pembelajaran Masteri
menggunakan penilaian rujukan kriteria boleh mengenal pasti dan mengenal
kelemahan-kelemahan di kalangan pelajar yang mengikuti kursus-kursus
tertentu. Manakala menurut Guskey (1985), dalam pembelajaran Masteri,
penentuan kriteria-kriteria mengenai pencapaian minimum dan piawai yang
dikehendaki daripada setiap pelajar yang mengikuti kursus tertentu harus
dipertimbangkan sebagai peringkat pencapaiannya, supaya tindakan
susulan boleh dicernakan bagi membantu mereka menguasai sesuatu
kemahiran spesifik berdasarkan pencapaian minimum dan piawai tersebut.
10
Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji keberkesanan Kaedah
Pembelajaran Masteri dalam meningkatkan kemahiran membina ayat
majmuk dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Menurut Mok Soon
Sang (2006), pembelajaran Masteri merupakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang memastikan murid-murid menguasai apa yang diajar dan
untuk mendapatkan maklum balas terhadap pembelajaran. Oleh itu,
pengkaji berharap melalui Kaedah Pembelajaran Masteri ini dapat
membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat majmuk
dalam penulisan karangan bahasa Melayu khususnya murid tahun 4 bersih
di Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna.
Menurut pendapat Masni (2000), beliau berpendapat bahawa
membina ayat berdasarkan gambar bersiri, gambar komposisi dan membina
ayat berdasarkan situasi atau topik dapat membantu meningkatkan
kemahiran murid dalam membina ayat majmuk dengan lebih baik.
Dalam hal ini, beliau berpendapat dengan adanya kaedah seperti
pembelajaran Masteri akan dapat memperluaskan skop pemikiran murid
dalam membina ayat majmuk. Selain itu, menurut pandangan Abdullah
Hassan (1996) dalam kajian beliau, berkenaan isu-isu pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu berpendapat bahawa kelemahan murid dalam
membina ayat majmuk adalah disebabkan murid kurang memahami
penggunaan ayat majmuk dalam penulisan mereka.
Dalam hal ini juga, beliau memberi penekanan kepada penggunaan
ayat majmuk yang mudah dengan memberi latihan kepada murid sebagai
langkah mengatasi masalah membina ayat majmuk. Dengan menggunakan
cara ini, murid dapat dibimbing membina ayat majmuk dalam penghasilan
penulisan karangan mereka. Kaedah Masteri adalah satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang memastikan murid menguasai sesuatu
hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam satu unit pembelajaran. Dengan
kata lain, pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang memastikan pelajar menguasai sesuatu hasil
pembelajaran yang dihasratkan sebelum berpindah ke unit atau tajuk lain.
11
Menurut Bloom (1968), pembelajaran Masteri merupakan satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada
penguasaan murid dalam sesuatu pekara yang diajar. Ianya direka
berdasarkan falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh
menguasai sesuatu pengetahuan dan kemahiran dengan baik dan penuh
keyakinan, sekiranya keadaan sesuai dan masa yang mencukupi.
Menurut Anderson dan Block (1975) pula berpendapat, pembelajaran
Masteri adalah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang
dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea pembelajaran
secara Masteri ini dapat menghasilkan pembelajaran yang sistematik,
membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran,
memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai Masteri
dengan berpandukan kaedah Masteri dengan jelas. Justeru itu, jika guru
ingin menggunakan strategi pembelajaran Masteri, guru hendaklah
mempelajari kaedah ini supaya dapat menarik minat murid untuk belajar dan
seterusnya memudahkan guru untuk mencapai matlamat Pembelajaran
Masteri iaitu 80%. Guru boleh menilai pencapaian ini melalui ujian sumatif
atau formatif.
2.1.1 Definisi Istilah
2.1.1.1 Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 (1994), pembelajaran adalah usaha
memperoleh ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui
pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis
atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar Robert M. Gagne
(1970) dalam bukunya ‘The Condition of Learning’ mendefinisikan
pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang
yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses
pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal
12
dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994)
menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara
berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan
persekitaran. Dalam konteks kajian ini, pembelajaran merupakan satu
proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi
pengalaman. Ciri kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini.
2.1.2.2 Pembelajaran Masteri
Menurut Bloom (1968), pembelajaran masteri adalah satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat menguasai objektif
pembelajaran yang ditetapkan dan guru berperanan membimbing kepada
pelajar yang belum menguasai sesuatu tajuk kecil.
2.1.2.3 Ayat Majmuk
Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat atau lebih
ayat tunggal. Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu,
antaranya dengan menggunakan kata hubung, kata fakta ‘bahawa’, kata
relatif ‘yang’, tanda koma dan tambahan keterangan.
2.1.2.4 Penulisan
Penulisan merupakan perihal atau kegiatan dan keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan
yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang
telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan
ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan cantik. Murid juga digalakkan
menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan
berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif. Dalam konteks kajian
13
ini, penulisan yang dimaksudkan ialah kemahiran menulis sebuah karangan
bahasa Melayu kertas 2. Ianya merupakan penglahiran perasaan dan fikiran
secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam jumlah
perkataan yang terhad dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Dalam
konteks bilik darjah, karangan bermaksud penceritaan sesuatu tajuk dalam
bentuk ayat secara bertulis dan berperenggan yang dimulakan dengan
pengenalan, isi dan diakhiri dengan kesimpulan bagi murid tahun 4.
(Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4).
2.1.2.5 Karangan
Karangan merupakan wacana, iaitu kesatuan buah fikiran atau pernyataan
yang disusun secara logik dan berkaitan antara satu dengan yang lain.
Justeru, sesuatu binaan karangan mestilah dibentuk melalui jalinan ayat
yang berkesan.
2.3 Tinjauan Literatur berkaitan dengan Isu Kajian
Bab ini akan membincangkan mengenai kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai tahap penguasaan membina
karangan penulisan bagi murid tahun 4 Bersih dan penggunaan kaedah-
kaedah yang berkesan untuk mengatasi kelemahan menulis karangan.
Kajian ini cuba dipecahkan kepada kajian di dalam dan luar negara.
Di Malaysia, beberapa perlaksanaan kajian yang melihat hasil
penulisan karangan telah diadakan. Misalnya kajian Kader Amin (1982).
Rainah Sabran (1983). Marohaini Yusof (1989). Ismail Abdul Rajab (1990),
Mariam Mohammad (1991). Narayanan (1991) Yap Soon Hock (1991) dan
Muhammad Nawi (1994). Walaupun kajian-kajian berkenaan tertumpu
kepada hasil penulisan karangan. Skop kajian adalah berbeza amat sedikit
daripada kajian-kajian tersebut memberi tumpuan khusus kepada aspek
sintaksis terutama kajian yang melibatkan pemilihan dan penggunaan ayat-
14
ayat murid. Walhal aspek sintaksis merupakan satu bahagian penting dalam
menentukan tahap kebolehan dan kemahiran murid menghasilkan sesebuah
karangan yang baik dan bermutu (Khatijah Abdul Hamid 1997). Di samping
itu, membina karangan penulisan Bahasa Melayu amat penting kerana
Bahasa Melayu penulisan merupakan mata pelajaran teras di sekolah
rendah. Kemampuan berkomunikasi dan seterusnya mampu membina
karangan penulisan perlu dimulakan dari awal agar kelemahan ini tidak
berlanjutan sehingga pelajar berada dalam tahun enam.
Di samping itu, untuk mendapatkan penilaian kasar berhubung
rujukan perlu dikenalpasti dan dinilai untuk memberikan gambaran tentang
permasalahan atau isu yang dibincangkan dalam kajian ini. Justeru, kajian
ini juga telah melibatkan pelbagai bentuk himpunan data-data sekunder yang
terdiri daripada kajian-kajian lepas, buku, jurnal, kertas kerja dan lain-lain,
sebagai rujukan untuk lebih memahami arah tuju perbincangan yang hendak
dijalankan.
2.4 Penutup
Secara umunnya telah ramai pengkaji yang mengkaji tentang kelemahan
murid terutamanya di sekolah rendah yang mempunyai tahap penguasaan
membina karangan (penulisan) masih di tahap yang rendah. Walau
bagaimanapun respon dan bidang kajiannya berbeza. Ini menunjukkan
hampir di semua sekolah mengalami masalah yang sama iaitu kelemahan
dalam aspek membina ayat majmuk dalam karangan. Malah beberapa
kajian juga telah dilakukan untuk menangani masalah yang hampir di semua
sekolah. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa teknik, kaedah,
pendekatan yang sesuai mampu menjadi ubat kepada masalah kelemahan
menulis karangan.
15
BAB 3 : OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
3.1 Pengenalan
Kemahiran membina ayat majmuk dalam karangan perlu mempunyai
kemahiran asas seperti fonologi, kosa kata, ejaan dan semantik sebelum
mereka membina dan menulis karangan. Jika hal ini berlaku maka akan
berlakunya banyak kesalahan yang boleh mencacatkan karangan murid.
Oleh itu, pengkaji cuba untuk menilai di mana tahap kebolehan murid.
Adakah mereka telah bersedia untuk membina karangan yang memerlukan
murid menyampaikan idea tentang tajuk dengan menggunakan struktur ayat
yang tersusun dan seterusnya menghasilkan sebuah karangan yang
bermutu. Oleh itu pengkaji akan menggunakan beberapa kaedah untuk
kajian ini. Membina ayat majmuk dalam karangan memerlukan pendekatan
tertentu untuk membina ayat majmuk yang baik.
3.2 Objektif Kajian
Berdasarkan kepada beberapa persoalan kajian, berikut adalah objektif yang
hendak dicapai dalam kajian ini:
Objektif Umum
Kajian ini dilakukan untuk melihat sejauhmana pembelajaran masteri ini
dapat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran membina ayat
majmuk ke atas kumpulan rawatan berbantukan pelbagai strategi dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran masteri dalam kalangan murid Tahun
4 yang tidak mempunyai kemahiran dalam membina ayat majmuk di Sekolah
Kebangsaan Pekan Semporna.
16
Objektif Khusus
Objektif khusus ini memfokuskan keberkesanan kaedah pembelajaran
masteri dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi di
kalangan murid-murid tahun 4. Objektif kajian ini adalah untuk mencapai
sasaran agar murid dapat membina ayat majmuk. Untuk itu pengkaji melihat
kepada 3 objektif kajian iaitu :
1. Mengenal pasti tahap kebolehan murid tahun 4 membina ayat
majmuk dalam penulisan (karangan).
2. Membantu murid tahun 4 meningkatkan penguasaan membina ayat
majmuk dalam penulisan Bahasa Melayu menggunakan kaedah
pembelajaran masteri .
3. Mengkaji keberkesanan pelaksanaan kaedah masteri dalam
pengajaran dan pembelajaran membina ayat majmuk dalam penulisan
karangan.
3.3 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian telah dikenal pasti tahap kebolehan murid tahun
4 membina ayat majmuk dalam penulisan (karangan) agak lemah dan perlu
diberi perhatian. Persoalannya,
1. Apakah tahap penguasaan murid tahun 4 dalam membina ayat
majmuk?
2. Adakah kaedah masteri ini dapat membantu murid tahun 4 membina
ayat majmuk?
17
3. Adakah kaedah masteri ini berkesan untuk membantu murid
menguasai kemahiran membina ayat majmuk dalam penulisan karangan?
‘Apakah tahap penguasaan murid tahun 4 dalam membina ayat majmuk? ‘.
Ini boleh diukur melalui pemerhatian iaitu soal selidik, ujian pra dan ujian
pos. ‘Apakah tahap penguasaan murid tahun 4 dalam membina ayat
majmuk? ’. ini boleh dinilai daripada keputusan melalui proses yang
dinyatakan. Dapat dibuktikan berdasarkan keputusan markah yang
diberikan. Persoalan ketiga, ‘ Adakah kaedah masteri ini berkesan untuk
membantu murid menguasai kemahiran membina ayat majmuk dalam
penulisan karangan?’ untuk melihat kepada apa yang telah dicapai dan
perubahan tingkah laku murid terhadap kajian.
3.4 Penutup
Setiap kajian yang dilakukan mempunyai kepentingan yang tertentu. Dengan
adanya kepentingan kajian akan dapat memberi kekuatan kepada pengkaji
untuk menyelidik apa yang ingin mereka selidik berkaitan dengan masalah
yang telah dikemukakan.
Murid-murid pada masa kini tidak sama dengan murid terdahulu. Ini
kerana murid masa kini dikatakan sebagai generasi alaf baru. Oleh itu, bagi
menangani murid-murid yang ada pada hari ini memerlukan setiap guru
perlu memilki pengetahuan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik serta
bahan pengajaran yang bersesuaian dengan murid.
888888888888888888888888888888888888888888888888888
--------------------------------------------------
Semua murid di Malaysia dikehendaki menguasai Bahasa Melayu
kerana bahasa ini amat penting bagi kehidupan harian kita di Malaysia.
Pelajar diwajibkan lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan dalaman
sekolah dan juga peperiksaan UPSR bagi murid sekolah rendah dan juga
PMR dan SPM bagi murid sekolah menengah. Selain itu pendidikan di
18
Malaysia juga mewajibkan semua murid supaya lulus mata pelajaran
Bahasa Melayu. Salah satu syarat yang penting bagi kemasukan ke IPTA
ialah pelajar mesti mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu. Murid-murid
sekolah dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dalam semua aspek iaitu
perlunya menguasai tatabahasa terutama sekali kosa kata dan juga harus
mahir dalam penulisan Bahasa Melayu. Jika tidak mereka mungkin
menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan seharian.Biasanya guru-
guru bahasa berasa tercabar dan kerap menghadapi masalah dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Ini kerana murid-murid agak sukar untuk
memahami tatabahasa Bahasa Melayu. Oleh itu, guru-guru bahasa
dikehendaki menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran
yang baru dan mencabar bagi memudahkan pemahaman murid dalam
Bahasa Melayu iaitu dalam pembinaan ayat majmuk dalam penulisan
karangan tahun 4. Dalam konteks kajian ini, kaedah yang digunakan adalah
Kaedah pembelajaran masteri.
--------------------------
penutup
Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai,
metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya bagi
menjamin kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah
bersesuaian dengan pemboleh ubah yang hendak dikaji serta kaedah yang
digunakan di dalam kajian. Metodologi penyelidikan memberi panduan
dalam pelaksanaan serta cara pelaksanaan penyelidikan Azizi Ahmad
( 2007 ) Shahabuddin Hashim ( 2003 ). Bab ini akan menjelaskan tentang
metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan
kajian ini. Aspek yang dibincangkan termasuklah reka bentuk kajian, sampel
kajian, instrumen kajian dan cara menganalisis data.
---------------------------------------------------------------------------------------
3.3 Batasan Kajian
19
Kertas ini secara khusus melaporkan tentang bahagian awal kajian yang
telah dijalankan, iaitu tentang pembinaan instrumen untuk mengumpul data
tentang tahap kemahiran membina ayat majmuk dalam penulisan bahasa
Melayu pelajar tahun 4 bersih di Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna
yang terdiri daripada 42 orang. Rasional utama pemilihan kelas 4 bersih ini
adalah kerana murid-murid di kelas tersebut terdiri daripada murid-murid
yang lemah dan kurang memberangsangkan dalam aspek penulisan
karangan Bahasa Melayu khususnya dalam konteks pembinaan ayat
majmuk. Hasil perbincangan bersama guru bahasa Melayu tahun 4 bersih,
seramai 10 orang murid berada di tahap yang paling lemah dan tidak
mampu menguasai kemahiran yang diajar. Daripada jumlah keseluruhan 42
orang murid yang berada di dalam kelas 4 bersih, 10 orang murid tadi
digunakan sebagai responden kajian. Responden kajian akan diberikan ujian
pra bagi menilai tahap penguasaan kemahiran membina ayat majmuk dalam
penulisan karangan. Selepas sebulan dengan pendekatan Kaedah
Pembelajaran Masteri oleh guru, responden kajian akan diberikan ujian pos
untuk dibuat perbandingan mengenai keberkesanan kaedah yang
digunakan.
20
BAB 4 : SASARAN DAN BENTUK KAJIAN
4.1 Pengenalan
Kajian dibuat dan dijalankan di sebuah sekolah yang tertua di Semporna.
Sebelum dan selepas merdeka sekolah berkenaan dikenali dengan nama
Secondary School sejak 1839 dengan bahasa pengantarnya dalam bahasa
Inggerish. Tidak lama selepas itu sekolah berkenaan telah bertukar nama
Sekolah Kebangsaan Semporna dan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa utama. Sekolah Kebangsaan Pekan beralamat di peti surat 48,
91307 Semporna. Sekolah berkenaan terletak ditengah-tengah antara
Padang Pekan Semporna, Pejabat Daerah, Mahkamah Syariah dan Jabatan
Tanah Semporna.
4.2 Populasi dan Sasaran Kajian
Pada hari ini SK Pekan mempunyai 37 kelas pembelajaran . Setiap kelas
iaitu tahun 1,2,3,4,5 dan 6 masing-masing mempunyai enam kelas dan
sebuah kelas untuk Prasekolah. Seisi pengajaran dan pembelajaran
diadakan dalam dua sesi sidang, pagi dan sidang petang. Murid lelaki
seramai 698 orang dan murid perempuan seramai 660 orang Jumlah
keseluruhan murid lelaki dan murid perempuan ialah 1 358 orang. Murid-
murid SK Pekan terdiri daripada berbilang bangsa dan suku kaum iaitu
Melayu, Cina dan India, Bajau, Iban, Suluk, Murut, dan Melanau. Terdapat
suku kaum utama di Semporna iaitu Bajau, suluk, bugis dan Pakistan. Suku
kaum bajau adalah merupakan penyumbang murid teramai di SK Pekan
Semporna.
Guru-gurunnya seramai 8---------------------
Sasaran Kajian kajian terdiri daripada 42 orang murid tahun 4 Bersih
di Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna. Iaitu 24 orang murid lelaki dan 18
orang murid perempuan, daripada 42 orang murid itu didapati seramai 10
21
orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian iaitu 6 orang murid lelaki dan 4
orang murid perempuan.
Responden Kajian
Responden kajian terdiri daripada 10 orang murid tahun 4 Bersih dari
Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna yang masih lemah dalam membina
ayat majmuk dalam penulisan.
KUMPULAN SASARAN
Jadual 1: Bilangan murid yang terlibat dalam kajian
KELAS
TAHUN 4
BERSIH
Bilangan Murid
Lelaki
Bilangan Murid
Perempuan
Jumlah
Keseluruhan
6 Lelaki 4 Perempuan 10 Responden
Bilangan murid yang terlibat dalam kajian terdiri daripada 6 orang lelaki dan
4 orang murid perempuan yang dikenal pasti yang tidak mahir membina ayat
majmuk dikategorikan sebagai responden kajian.
Responden 1(amy suhaimy) berumur tahun 10, anak ke 2 dari 2 orang adik-
beradik. Dilahirkan pada 31 Januari 2002, pada 10 21 pagi di Hospital
Semporna. Bapa responden berumur 74 tahun dan merupakan
warganegara Malaysia berketurunan rungus dan beragama islam. Bapa
responden bekerja sebagai buruh kasar. Ibu responden berumur 73 tahun
dan merupakan warganegara Malaysia berketurunan suku kaum bajau. .
Ibu responden seorang suri rumah. Keluarga responden tinggal di
22
Kampung Perigi Semporna. Responden pergi ke sekolah dengan berjalan
kaki.
Responden 2(fendy) berumur tahun 10, anak ke 3 dari 4 orang adik-
beradik. Dilahirkan pada 05 Februari 2002, pada 10.37 pagi di Hospital
Semporna. Bapa responden berumur 77 tahun dan merupakan
warganegara Malaysia berketurunan kadazan dan beragama islam. Bapa
responden bekerja sebagai tukang rumah. Ibu responden berumur 78 tahun
dan merupakan warganegara Malaysia berketurunan suku kaum bajau. .
Ibu responden seorang surirumah tetapi adakalanya mengambil upah
membuat kerja-kerja rumah dikawasan berdekatan dengan rumahnya.
Responden bersama keluarganya tinggal di Kampung Panji Semporna.
Responden pergi ke sekolah dengan menaiki teksi.
Responden 3(izzlan) berumur tahun 10, anak ke 2 daripada 6 orang
adik-beradik. Dilahirkan pada 11 April 2002, pada 4.22 petang di Hospital
Sultanah Aminah Johor Bahru. Bapa responden berumur 77 tahun dan
merupakan warganegara Malaysia berketurunan bajau dan beragama islam.
Bapa responden bekerja sebagai pemandu dan berpendapatan tidak tetap.
Ibu responden berumur 78 tahun dan merupakan warganegara Malaysia
berketurunan suku kaum suluk. Iburesponden seorang surirumah.
Keluarga ini tinggal di Kampung Panji Hujung Semporna. Responden pergi
ke sekolah dengan menaiki teksi.
Responden 4(mohad rafiq) berumur tahun 10, anak ke 7 dari 9 orang
adik-beradik. Dilahirkan pada 29 November 2002, pada 9 pagi di Hospital
Semporna. Bapa responden berumur 65 tahun dan merupakan
warganegara Malaysia berketurunan suku kaum bajau dan beragama islam.
Bapa responden bekerja sebagai penjual ikan dipasar ikan. Ibu responden
berumur 68 tahun dan merupakan warganegara Malaysia berketurunan suku
kaum bajau. . Ibu responden bekerja sebagai kerani pendaftaran. Keluarga
23
ini tinggal di Kampung Air Semporna. Responden pergi ke sekolah dengan
berjalan kaki.
Responden 5 (m faizal syam) berumur tahun 10, anak ke 3 dari 5
orang adik-beradik. Dilahirkan pada 04 Oktober 2002, pada 2 55 pagi di
Hospital Semporna. Bapa responden berumur 80 tahun dan merupakan
warganegara Malaysia berketurunan suku kaum bajau dan beragama islam.
Bapa responden bekerja sebagai pemandu teksi. Ibu responden berumur 80
tahun dan merupakan warganegara Malaysia berketurunan suku kaum
bajau. . Ibu responden seorang surirumah. Keluarga ini tinggal di Kampung
Air Hujung Semporna. Responden pergi ke sekolah dengan berjalan kaki.
Responden 6(m yasin) berumur tahun 10, anak ke 4 daripada 8 orang adik-
beradik.Dilahirkan pada 25 Mei 2002, pada 10 21 pagi di Hospital
Semporna. Bapa responden berumur 73 tahun dan merupakan
warganegara Malaysia berketurunan suku kaum bajau dan beragama islam.
Bapa responden bekerja sebagai pembantu perubatan di hospital
Semporna. Ibu responden berumur 71 tahun dan merupakan warganegara
Malaysia berketurunan suku kaum bajau. . Ibu responden seorang
surirumah. Keluarga ini tinggal di kuaters Hospital Semporna. Responden
pergi ke sekolah dengan menaiki kenderaan sewa sendiri.
Responden 7(nuraini) berumur tahun 10, anak ke --- daripada 7 orang
adik-beradik. Dilahirkan pada 08 Februari 2002, pada 10 21 pagi di Pulau
Menampilik Semporna. Bapa responden berumur 55 tahun dan merupakan
warganegara Malaysia berketurunan suku kaum bajau dan beragama islam.
Bapa responden bekerja sebagai nelayan. Ibunya berumur 57 tahun dan
merupakan warganegara Malaysia berketurunan bajau. . Ibu responden
24
seorang surirumah. Keluarga ini tinggal di Kampung Salimbangun
Semporna. Responden pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
Responden 8(nurshafeqah) berumur tahun 10, anak ke 4 dari 6
orang adik-beradik. Dilahirkan pada 11 Februari 2002, pada 4 37 pagi di
Hospital Semporna. Bapa responden berumur 56 tahun dan merupakan
warganegara Malaysia berketurunan suku kaum bajau dan beragama islam.
Bapa responden bekerja sebagai buruh kasar. Ibu responden berumur 67
tahun dan merupakan warganegara Malaysia berketurunan suku kaum
bajau. . Ibu responden seorang surirumah. Keluarga ini tinggal di Kampung
Air Semporna. Responden pergi ke sekolah dengan berjalan kaki.
Responden 9(s. nurasnida) berumur tahun 10, anak ke bongsu
daripada 5 orang adik-beradik. Dilahirkan pada 24 Januari 2002, pada 2
pagi di Hospital Semporna. Bapa responden berumur 42 tahun dan
merupakan warganegara Malaysia berketurunan bajau dan beragama islam.
Bapa responden bekerja sendiri. Ibu responden berumur 57 tahun dan
merupakan warganegara Malaysia berketurunan suku kaum bajau. . Ibu
responden seorang surirumah. Keluarga ini tinggal di Kampung Air
Semporna. Responden pergi ke sekolah dengan berjalan kaki.
Responden 10(sanifa) berumur tahun 10, anak pertama daripada 5
orang adik-beradik. Dilahirkan pada 01 Julai 2002, pada 10 21 pagi di
Hospital Semporna. Bapa responden berumur 38 tahun dan merupakan
warganegara Malaysia berketurunan suku kaum bajau dan beragama islam.
Bapa responden bekerja sebagai konduktor bas . Ibu responden berumur
35 tahun dan merupakan warganegara Malaysia berketurunan suku kaum
bajau. . Ibu responden seorang surirumah. Keluarga ini tinggal di Taman
Muhibbah Semporna. Responden pergi ke sekolah dengan menaiki bas
sewa atau teksi
25
4.3 Bentuk Kajian
Bentuk kajian yang dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian
Model Kajian Tindakan Yang Diaplikasikan Dalam Kajian Model Kemmis &
Mctaggart (1988).
Model Kemmis & Mctaggart ( 1988 )
Model Kemmis & Mctaggart ( 1988 ), adalah salah satu model pengajaran
dan pembelajaran yang berbentuk prosedur. Model ini sesuai digunakan
sebagai garis panduan dalam merancang pembelajaran Masteri bagi
membantu murid-murid dalam membina ayat majmuk dalam karangan.
Model ini terdiri daripada lima langkah atau peringkat utama yang
boleh membantu guru membina bahan bantu belajar ( BBB ) yang sesuai
mengikut kaedaan semasa. Model ini juga memudahkan guru mengenal
pasti masalah murid di sekolah ini, selepas mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh murid guru perlu merancang strategi yang perlu diambil untuk
mengatasi masalah. Model ini juga dibentuk mengikut urutan yang dapat
memberi garisan panduan kepada guru agar menyusun, mengumpul dan
menganalisis maklumat kelemahan murid.
Model Kemmis & Mctaggart ( 1988 )
Rajah 6.1 Carta Aliran Model Kemmis & Mctaggart ( 1988 )
26
Mengenal pasti masalah
MERANCANG
MEREFLEK
BERTINDAK
MEMERHATI DAN
MENGANALISIS
LINGKARAN KAJIAN TINDAKAN
( Model Kemmis & Mctaggart ( 1988 )
Mengenal pasti masalah
Gelungan 1 Gelungan 2
Penambaikan berterusan (Kaizen)
27
Merancang
Bertindak
Mengutip data
Membuat refleksi
Merancang Semula
Bertindak
Mengutip data
Membuat refleksi
Model Kemmis & Mctaggart ( 1988 ), model reka bentuk kajian Stephen
Kemmis (1983) dan McTaaggart (1988), reka bentuk ini menunjukkan kitar-
kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai empat
bahagian ; rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Bahagian-
bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan
tindakan yang seterusnya.
Menurut Kemmis & Mctaggart (1988),kajian tindakan merupakan satu
bentuk inkuiri reflek kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh
peserta yang berada dalam sesuatu sosial bagi tujuan meningkatkan
kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan
mereka sendiri, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang
amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu amalan itu dilakukan.
Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan
refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak
ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk
mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan
pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaanya guru terpaksa
memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan
itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak
dapt di atasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan
Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu selesai. Pada Gelungan Kedua
guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan
tersebut.
Model Kemmis & Mctaggart ( 1988 ),
6.1.4 Cara Kajian Dijalankan
28
Pemungutan data melibatkan proses pengumpulan, pengolahan,
penganalisisan, penyimpanan dan pengeluar data. Setiap prose yang
dijalankan saling berkaitan antara satu sama yang lain. Pengkaji cuba
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan setiap
aktiviti tersebut akan membolehkan pengkaji sesuatu data yang diperolehi.
Secara keseluruhannya kronolgi kajian ini dijalankan seperti dalam rajah 6.2
di bawah.
Rajah 6.2: Kronologi Cara Kajian Dijalankan
- Mengenal pasti masalah kajian
- Kebenaran daripada EPRD KPM
- Memaklumkan Kepada Guru Besar Sekolah
- Kajian Rintis
i. Pemurnian item
29
Mengenal pasti masalah kajian
Kebenaran daripada EPRD KPM
Memaklumkan Kepada Guru Besar Sekolah
Kajian Rintis
Kajian Sebenar
Analisis Data
Semakan Jawapan
Pemurnian Item
- Kajian sebenar
i. Semakan jawapan
- Analisis Data
4.4 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang dikenali sebagai alat pengukur yang digunakan untuk
mengukur sejauh mana objektif kajian tercapai. Alat pengukur menentukan
sama ada data atau maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi atau tidak.
Seperti yang dinyatakan oleh Mohd. Majid Konting ( 2005 ). Alat ukur yang
sempurna akan mengukur dengan tepat sesuatu pembolehubah yang
mendorong subjek yang dikaji.
Menurut Mohammad Najib Abdul Ghafur (1999), menyatakan alat
ukur menarik dan mendorong untuk menjawab soalan kajian dikemukakan
dengan tepat. Dalam kajian ini instrument kajian yang digunakan adalah
melalui analisis dokumen, ujian pra dan pos dan soal selidik.
Analisis dokumen, guru menyediakan lembaran kerja untuk
menganalisis dokumen. Hasil dapatan daripada proses pengumpulan data
guru akan dapat mengenal pasti murid yang bermasalah dalam menulis ayat
majmuk.
Melalui pemerhatian, pengkaji boleh mendapatkan maklumat terus
daripada murid-murid dengan melihat kepada tahap penguasaan kemahiran
membina ayat majmuk dalam penulisan karangan bahasa Melayu di dalam
kelas.
30
Kajian ini bermula dengan menggunakan kertas soalan lembaran
kerja. Hasil daripada ujian ini, pengkaji bersama-sama guru Bahasa Melayu
yang terlibat akan merancang strategi, kaedah dan teknik yang bersesuaian.
Selain itu, guru akan mengambil kira reka bentuk kajian tindakan juga
digunakan. Instrumen kajian yang digunakan pengkaji adalah melalui
pemerhatian, ujian pra dan ujian pos.
LEMBARAN KERJA.
NAMA MURID : ___________________
KELAS : ____________________
Bina ayat majmuk berdasarkan perkataan di bawah.
Contoh Ayat Majmuk :
tetapiAyat : _________________________________________
1. sambilAyat : ________________________________________ ________________________________________
2. bahawaAyat : ________________________________________ ________________________________________
3. danAyat : ________________________________________ ________________________________________
4. tetapiAyat : ________________________________________ ________________________________________
5. keranaAyat : ________________________________________ ________________________________________
31
Ujian Pra dan Pos, ujian pra dijalankan sebelum teknik atau kaedah
pembelajaran Masteri diperkenalkan kepada responden. Instrumen ini
bertujuan untuk memenuhi objektif kedua. Melalui pemerhatian, pengkaji
boleh mendapatkan maklumat terus daripada murid-murid dengan melihat
kepada tahap penguasaan kemahiran membina ayat majmuk dalam
penulisan karangan bahasa Melayu di dalam kelas. Ujian pos mengesan
penguasaan setiap murid
Pengkaji menyediakan ujian pra. Dalam ujian pra ini kertas ujian
disediakan oleh pengkaji berdasarkan kemahiran murid. Dalam kertas
tersebut murid di arah melengkapkan cerita untuk menjadi cerita yang
menarik. Murid-murid diberi kebebasan membina ayat majmuk dalam
karangan tersebut.
Ujian ini bertujuan mengesan sejauh mana tahap penguasaan murid
dalam membina ayat majmuk dalam penulisan karangan tahun 4. Pengkaji
menyediakan borang peratus penggunaan ayat majmuk bagi kumpulan
kajian. Borang ini disediakan sebelum menggunakan kaedah Masteri
bertujuan mengesan tahap-tahap kemahiran setiap murid yang dikaji. Di
bawah adalah contoh ujian pra yang dijalankan oleh pengkaji.
Ujian Pra
Nama : __________________________ Tarikh: _______________
Kelas : ________________
Lengkapkan cerita di bawa supaya menjadi sebuah cerita yang menarik tidak lebih dari 80
32
patah perkataan.
Pada malam itu cuaca mendung dan angin bertiup kencang menandakan hujan lebat
akan turun. Aku tinggal seorang diri di rumah. Ayah dan ibu keluar ke pekan kerana
menziarahi seorang teman. Tiba-tiba pintu di luar rumahku berdentum seperti ditolak
oleh sesuatu. Aku mulai cemas dan terus menuju ke arah bilik tidur. Aku terdengar
bunyi tapak kasut menuju ke arah bilikku.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
__________________
Peratus Penggunaan Ayat Majmuk bagi Kumpulan Kajian
(Sebelum Menggunakan Kaedah Pembelajaran Masteri)
Bilangan Bilangan Peratus (%)
33
Penggunaan Ayat
Majmuk
Murid
1 – 5
5 – 10
11 – 15
15 ke atas
Jumlah
Ujian pos pula menguji penguasaan murid membina ayat majmuk juga
melengkapkan cerita dengan cara murid diminta membuat ulasan cerita
dalam ujian yang disedaikan guru . Pengkaji memberi contoh ayat majmuk
yang mudah dan senang difahami. Pengkaji bertujuan agar murid dapat
membina ayat majmuk yang mudah untuk melengkapkan cerita.
Manakala, Ujian pos dibuat untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah
pembelajaran masteri yang digunakan oleh guru. Seterusnya untuk menilai
keupayaan murid memasukkan ayat majmuk dalam penulisan karangan
dengan betul. Pengkaji menggunakan borang peratus penggunaan ayat
majmuk bagi kumpulan kajian seterusnya. Borang ini digunakan untuk
mendapatkan bilangan murid dapat membina ayat majmuk dalam karangan.
34
Ujian Pos
Nama : ________________________ Tarikh :__________
Kelas : _______________________
Lengkapkan cerita di bawa supaya menjadi sebuah cerita yang menarik tidak lebih dari 80 patah perkataan.
Peningkatan kadar kemalangan jalan raya dipercayai berpunca daripada beberapa
faktor seperti kecuaian pengguna jalan raya, tidak mematuhi undang-undang jalan
raya, undang-undang yang tidak dijalankan dengan sepenuhnya dan kerosakan
kenderaan. Berikan ulasan anda.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
__________________________________
Peratus Penggunaan Ayat Majmuk bagi Kumpulan Kajian
35
(Setelah Menggunakan Kaedah Pembelajaran Masteri)
Bilangan Penggunaan
Ayat Majmuk
Bilangan
Murid
Peratus
(%)
1 – 5
5 – 10
11 – 15
15 ke atas
Jumlah
RUMUSAN UJ
Rumusan daripada ujian pra dan ujian pos pengkaji dapat mengenalp pasti
murid yang lemah dalam membina ayat majmuk dan keputusan diperolehi
dengan tepat
…..
36
Pengkaji menyediakan borang rumusan ujian pra dan ujian pos yang
terdapat bilangan responden, nama responden, keputusan yang diperolehi
dalam perbezaan ujian pra dan ujian pos. Pengkaji bertujuan mengenal
pasti penguasaan murid dalam membina ayat majmuk diperingkat ujian pra
dan ujian pos.
RUMUSAN UJIAN PRA POS
BIL. NAMA PRA POS PERBINCANGAN CATATAN
1 R1
2 R2
3 R3
4 R4
5 R5
6 R6
7 R7
8 R8
9 R9
10 R10
37
Soal selidik, soal selidik digunakan oleh guru untuk mengesan keberkesanan
kaedah masteri. Murid diminta menjawab soalan soal selidik. Item yang
digunakan ialah item ‘ya’ dan ‘tidak’. Soal selidik yang digunakan oleh
pengkaji telah disahkan oleh penyelia. Instrumen soal selidik ini dipilih untuk
memenuhi objektif ketiga.
Profil Murid ( responden )
Jantina :
Lelaki ( ) Kelas : ________________
Perempuan ( ) Bangsa : ________________
Tarikh : ________________
Gred Matapelajaran Bahasa Melayu bagi
Peperiksaan Akhir Tahun Terkini : ________
Bil. Pernyataan Ya Tidak
1 Saya seronok mengikuti pembelajaran guru.
2 Audiovisual yang digunakan sangat menarik.
38
3 Pembelajaran ini meningkatkan keyakinan saya.
4 Guru memberi tumpuan kepada saya.
5 Saya suka dengan kaedah guru gunakan.
Maklumat mengenai kaji selidik boleh juga diperoleh daripada sumber-
sumber rujukan menerusi bahan ilmiah seperti majalah, buku, surat khabar,
jurnal dan sebagainya. Selain daripada itu, sumber maklumat juga boleh
didapati menerusi jurnal-jurnal secara online. Dua jenis enjin carian yang
digunakan adalah seperti Google dan Yahoo.
Instrumen kajian merupakan borang soal selidik yang diedarkan kepada
murid tahun 4 Bersih. Borang soal selidik yang dikemukakan merangkumi
soal selidik, ujian pra dan ujian pos bagi melihat sejauh mana penguasaan
murid terhadap pembinaan ayat majmuk dalam penulisan karangan
-------------------------------------------------------------------------------------
I. Pengkaji telah dapat mengenalpasti murid yang bermasalah
membina ayat majmuk dalam karangan. Pengkaji menggunakan instrument
lembaran kerja, ujian pra dan pos dan soal selidik.
II. Pengkaji mengesan masalah membina ayat majmuk dengan
menggunakan lembaran kerja. Hasil pengumpulan data guru memilih murid
yang tidak menguasai untuk menjalankan intervensi.
39
Kajian ini bermula dengan menggunakan ujian pra. Hasil daripada
ujian ini, pengkaji bersama-sama guru Bahasa Melayu yang terlibat akan
merancang strategi, kaedah dan teknik yang bersesuaian selain itu, reka
bentuk kajian tindakan juga digunakan.
3.4 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini bermula dengan menggunakan ujian pra. Hasil daripada ujian ini,
pengkaji bersama-sama guru Bahasa Melayu yang terlibat akan merancang
strategi, kaedah dan teknik yang bersesuaian selain itu, reka bentuk kajian
tindakan juga digunakan. Reka bentuk kajian tindakan adalah merupakan
satu penyelesaian yang merujuk kepada satu tindakan pengkaji untuk
mengatasi atau menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Selepas
kajian ini dilaksanakan. Pengkaji akan dapat melihat dan menilai sama ada
masalah tersebut telah dapat diatasi atau diselesaikan. Sekiranya belum,
maka langkah-langkah tersebut akan diulang dengan melakukan beberapa
perubahan dan penambahbaikan mengikut kesesuaian. Kaedah yang
digunakan untuk kajian ini adalah seperti di bawah :-
3.4.1 Pemerhatian
Melalui pemerhatian, pengkaji boleh mendapatkan maklumat terus daripada
murid-murid dengan melihat kepada tahap penguasaan kemahiran membina
ayat majmuk dalam penulisan karangan bahasa Melayu di dalam kelas.
Pemerhatian dijalankan melalui lembaran kerja yang disediakan oleh
pengkaji. Melalui keputusan lembaran kerja setelah disemak
keseluruhannya oleh pengkaji yang melibatkan semua murid didalam kelas.
40
3.4.2 Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian ini bertujuan mengesan sejauh mana tahap penguasaan menulis
karangan dan penguasaan murid dalam membina ayat majmuk dalam
penulisan karangan tahun 4. Ujian pos pula dibuat untuk melihat
keberkesanan kaedah pembelajaran Masteri yang digunakan oleh guru.
Seterusnya untuk menilai keupayaan murid memasukkan ayat majmuk
dalam penulisan karangan dengan betul.
Populasi kajian terdiri daripada 42 orang murid tahun 4 Bersih di
Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna. Iaitu 24 orang murid lelaki dan 18
orang murid perempuan dan daripada 42 orang murid itu seramai 10 orang
pelajar dipilih sebagai sampel kajian.
4.5 Penutup
Instrumen kajian tindakan adalah merupakan satu penyelesaian yang
merujuk kepada satu tindakan pengkaji untuk mengatasi atau
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Selepas kajian ini
dilaksanakan. Pengkaji akan dapat melihat dan menilai sama ada masalah
tersebut telah dapat diatasi atau diselesaikan. Sekiranya belum, maka
langkah-langkah tersebut akan diulang dengan melakukan beberapa
perubahan dan penambahbaikan mengikut kesesuaian.
BAB 5 : PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Pengenalan
41
Pelaksanaan tindakan ini dijalankan didalam kelas yang mempunyai 42
orang murid. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan melalui soalan
lembaran kerja secara kelas. Hasil daripada pelaksanaan ini pengkaji dapat
mendapatkan maklumat tentang prestasi kemahiran setiap murid membina
ayat majmuk dalam karangan.
5.2 Perancangan Tindakan
Hasil dapatan yang diperolehi daripada keputusan aktiviti membuat dan
menjawab lembaran kerja membina ayat majmuk, maka pengkaji dapat
membuat perancangan tindakan yang sesuai terhadap murid yang lemah
membina ayat majmuk.
Oleh yang demikian pengkaji membuat perancangan yang lebih teliti
bagaimana murid yang tidak berkemahiran dapat membina ayat majmuk
dalam karangan. Pengkaji membuat jadual merancang bagaimana
pelaksanaan tindakan tersebut dapat dilaksanakan dengan teratur dan
sempurna.
Pelbagai modul pembangunan bahan bantu belajar yang boleh
dijadikan panduan. Antaranya ialah Model Kemmis & Mctaggart ( 1988 ).
Rajah 6.1.2 Prosuder Tindakan
42
Membuat refleksi – mengenal pasti masalah
Pengkaji akan mengenal pasti masalah murid yang tidak mahir
membina ayat majmuk dengan dalam karangan. Oleh itu pengkaji membuat
refleksi kemudian membuat perancangan bagaimana cara guru membantu
murid membina ayat majmuk dengan betul.
Merancang
Dalam fokus kajian pengkaji perlu merancang dengan baik berfokuskan
kajian yang hendak dikaji. Objektif kajian hendaklah mengenal pasti tahap
kebolehan murid tahun 4 membina ayat majmuk dalam penulisan
(karangan). Tujuan pengkaji untuk membantu murid tahun 4 meningkatkan
penguasaan membina ayat majmuk dalam penulisan Bahasa Melayu
menggunakan kaedah pembelajaran Masteri . Pengkaji juga perlu mengkaji
keberkesanan pelaksanaan kaedah masteri dalam pengajaran dan
pembelajaran membina ayat majmuk dalam penulisan karangan.
Untuk merancang kajian hendaklah merujuk kepada persoalan kajian
iaitu, apakah tahap penguasaan murid tahun 4 dalam membina ayat
majmuk?, adakah kaedah masteri ini dapat membantu murid tahun 4
membina ayat majmuk?, adakah kaedah masteri ini berkesan untuk
membantu murid menguasai kemahiran membina ayat majmuk dalam
penulisan karangan?
Kumpulan sasaran tahun 4 Bersih terdiri daripada 10 orang ini direkodkan
dan disahkan agar dapat di bawah berbincang diperingkat sekolah atau
perbincangan dapat dibuat dengan penyelia.
Bertindak
Hasil persetujuan daripada perbincangan di antara pengkaji dan penyelia,
pengkaji boleh bertindak melaksanakan modul kajian iaitu pembelajaran
Masteri dan prosedur kajian dapat dijalankan dengan teratur dan sistematik.
43
Instrument kajian yang digunakan hendaklah sesuai dengan tahap
penguasaan murid membina ayat majmuk dalam karangan.
Pemerhatian
Selesai membuat penyemakan, pengkaji dapat merekod data keputusan
keseluruhan murid. Setelah pengkaji merekodkan data, pengkaji akan
menganalisis data murid serta membuat laporan bagi murid yang layak
dalam sasaran kajian.
------------------------------------------------------------
6.1 Pelaksanaan Tindakan
Pengkaji membuat keputusan membuat jadual pelaksanaan tindakan
bagaimana mengatasi masalah membina ayat majmuk.
Berikut jadual pelaksanaan tindakan yang dibuat oleh pengkaji.
6 Jadual / Tentatif / Perlaksanaan Kajian
MINGGU FOKUS AKTIVITI OBJEKTIF
1 Lembaran Kerja
Mengenal pasti tahap kebolehan
murid dalam membina ayat majmuk
dalam penulisan (karangan)
2
Ujian pra dan pos Melengkapkan ayat yang diberikan
Menyusun dan membina ayat majmuk
dalam penulisan (karangan)
3 Soal selidk
Mengkaji keberkesanan pelaksanaan
pembelajaran masteri dalam
pengajaran dan pembelajaran
membina ayat majmuk dalam
44
penulisan (kemahiran)
Melalui jadual 5.2.1 pengkaji dapat menyusun tindakan yang sesuai melalui
perancangan pengajaran dan pembelajaran yang bersistem berdasarkan
Model Kemmis & Mctaggart ( 1988 ). Pada minggu pertama lembaran kerja
disediakan dan dibuat secara kelas. Guru akan dapat keputusan yang jelas
mengikut kemahiran murid membina ayat majmuk.
Pada minggu kedua pengkaji menyediakan ujian pra dan ujian pos.
Dalam ujian pra, murid diarah melengkapkan cerita dengan menggunakan
perkataan kata hubung untuk membina ayat majmuk. Guru menggunakan
audiovisual yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu
bunyi dan gambar untuk menarik perhatian murid terhadap pengajaran.
Ujian pos pula juga melengkapkan cerita berpandukan Perancangan
pengajaran yang bersistem dapat meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Manipulasi bahan
dengan menggunakan bahan bantu mengajar seperti kad gambar, kad ayat
tunggal dan kad kata hubung untuk memudahkan murid menguasai
kemahiran membina ayat majmuk.
6.1.3 Jenis Intervensi / Rawatan
Pengkaji menggunakan jenis intervensi atau rawatan dalam kajian ini adalah
merangkumi audiovisual, manipulasi bahan dan pergerakan dalam
kemahiran membina ayat majmuk yang digunakan dalam kumpulan rawat
yang tidak menguasai kemahiran membina ayat majmuk.
45
I. Audiovisual yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran iaitu bunyi dan gambar untuk menarik perhatian murid
terhadap pengajaran.
II. Manipulasi bahan dengan menggunakan bahan bantu mengajar
seperti kad gambar, kad ayat tunggal dan kad kata hubung untuk
memudahkan murid menguasai kemahiran membina ayat majmuk.
III. Pergerakan, terdapat banyak pergerakan yang di lakukan dalam
pengajaran di dalam kelas untuk memudahkan objektif pengajaran tercapai
antara pergerakan yang dilakukan secara kelas,kumpulan dan individu.
6.1 Penutup
Pelaksanaan tindakan ini memerlukan kerajinan dan ketekunan seorang
guru agar pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat berjalan
dengan lancar. Sebarang maklumat yang di perolehi ini memerlukan catatan
sebagai bahan rujukan kepada pengkaji apabila diperlukan.
---------------------------------------------
BAB 6 : PENDAHULUAN
6.1 Pengenalan
6.2 Dapatan Data
46
Pemungutan data melibatkan proses pengumpulan, pengolahan,
penganalisisan, penyimpanan dan pengeluar data. Setiap proses yang
dijalankan saling berkaitan antara satu sama yang lain. Pengkaji cuba
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan setiap
aktiviti tersebut akan membolehkan pengkaji mengkaji sesuatu data yang
diperolehi.
Dapatan data diperolehi daripada keputusan peratusan penggunaan
ayat majmuk bagi kumpulan kajian iaitu sebelum menggunakan Kaedah
Pembelajaran melalui ujian pra. Dapatan data seterusnya diambil daripada
keputusan peratusan penggunaan ayat majmuk bagi kumpulan sasaran
melalui ujian pos.
Kaedah pengumpulan data akan dilakukan sendiri oleh pengkaji.
Sepanjang proses untuk mengumpulkan data, walau bagaimanapun
pengumpulan data akan melibatkan kerjasama serta kelulusan pihak
sekolah untuk menjalankan soal selidik dengan responden berhubung isu
yang dibincangkan. Disamping mendapatkan kerjasama guru untuk
menjalankan pemerhatian dan soal selidik ke atas murid yang dicadangkan
dan disahkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
Sebelum pengumpulan data dijalankan, pengkaji perlu mengetahui
perbezaan di antara kedua-dua data primer dan sekunder. Data primer
adalah maklumat yang diperoleh secara terus dari sumber yang asal,
manakala data sekunder pula terdiri daripada data-data yang telah sedia ada
dan dihasilkan oleh pengkaji atau pengkaji lain.
Pengkaji dapat merumus data dengan menggunakan borang rumusan
ujian pra dan ujian pos. Borang rumusan dugunakan bertujuan
mendapatkan perbezaaan keputusan di antara ujian pra dan ujian pos.
6.3 Penutup
Pengumpulan data adalah penting bagi mengesan kemahiran murid
membina ayat majmuk dan merupakan kebolehpercayaan maklumat yang
47
jelas. Pengumpulan data dapat menjelaskan keputusan tepat untuk
dibincangkan.
BAB 7 : PENDAHULUAN
7.1 Pengenalan
Selepas kajian ini dilaksanakan. Pengkaji akan dapat melihat dan menilai
serta menganalisis sama ada masalah tersebut telah dapat diatasi atau
diselesaikan dengan kaedah dan teknik yang telah digunakan. Sekiranya
48
belum, maka langkah-langkah tersebut akan diulang dengan melakukan
beberapa perubahan dan penambahbaikan mengikut kesesuaian.
7.2 Analisis Data
Selepas kajian ini dilaksanakan. Pengkaji akan dapat melihat dan menilai
serta menganalisis sama ada masalah tersebut telah dapat diatasi atau
diselesaikan dengan kaedah dan teknik yang telah digunakan. Sekiranya
belum, maka langkah-langkah tersebut akan diulang dengan melakukan
beberapa perubahan dan penambahbaikan mengikut kesesuaian.
Maklumat dan data hasil yang dikutip dalam bentuk soal selidik,
ujian pra dan ujian pos akan dianalisis menggunakan perisian Excel dan
Word dibuat secara diskriptif. Oleh itu, dapatan-dapatan kajian
dipersembahkan secara kuantitatif yang mengandungi analisis data dengan
mengkategorikan data. Kemudian mengekodkan data dan menyusun data
dalam grid atau peratus analisis. Mengenalpasti tema atau corak dan makna
yang sesuai dengan perancangan pengkaji. melalui penggunaan jadual dan
carta yang sesuai dan dinyatakan berpandukan tahap skor pencapaian dan
peratus untuk menilai keberkesanan kemahiran membina ayat majmuk
dalam penulisan. Oleh itu, pengkaji dapat menentukan aktiviti kajian susulan
dengan menggunakan kaedah pembelajaran Masteri.
Data kualitatif akan menjelaskan analisis data kuntitatif secara
terperinci. Perisian SPSS digunakan untuk menyimpan maklumat keputusan
yang diperolehi. Data iaItu keputusan responden yang diperolehi
dimasukkan ke perisisn SPSS agar memudahkan pengkaji membuat
sebarang rujukan di masa akan datang serta dapat membuat penilaian
terhadap responden . Pengkaji akan membuat perancangan tindakan yang
sesuai berpandukan analisis data kualitatif dan kuantitatif serta dapat
mentafsir tahap penguasaan membina ayat majmuk setiap responden.
49
7.0 ANALISIS DATA
Dapatan kajian dalam bab ini menjelaskan tentang keputusan bagi ujian pra
dan ujian pos. Kajian ini menggunakan kaedah pembelajaran masteri untuk
meninjau sejauh mana keberkesanan kemahiran tersebut bagi pelajar tahun
4 bersih di sekolah tersebut.
7.1 Soal Selidik Bahagian A
Responden kajian saya terdiri daripada 10 orang pelajar tahun 4 bersih di
Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna yang masih lemah dan kurang mahir
dalam kemahiran membina ayat majmuk dalam penulisan (karangan).
Sementara itu, selebihnya iaitu 32 orang murid di kelas yang sama bertindak
sebagai kumpulan kawalan dan kumpulan kajian iaitu seramai 10 orang
pelajar tahun 4 bersih. Dan bilangan murid iaitu 4 orang murid perempuan
dan 6 orang murid lelaki dipilih secara rawak daripada senarai pelajar paling
lemah dalam penulisan khusus dalam kemahiran membina ayat majmuk.
7.2 Ujian Pra
Ujian pra dilakukan sebelum rawatan diberikan dan merupakan ujian yang
dicerap dan memberi kesan yang positif dan negatif terhadap rawatan
selepas ujian pos seperti berikut :
BETULKAN BAHAGIAN INI TERMASUK JARAK TULISAN,%
50
Bil Nama Murid Bilangan Ayat
Majmuk
1 Responden 1 7
2 Responden 2 6
3 Responden 3 5
4 Responden 4 6
5 Responden 5 2
6 Responden 6 3
7 Responden 7 2
8 Responden 8 6
9 Responden 9 4
10 Responden 10 1
Jadual 7.2.1 Bilangan penggunaan ayat majmuk bagi murid yang
berada di kumpulan kajian semasa ujian pra sebelum guru
menggunakan kaedah pembelajaran masteri dalam pengajaran
pembelajaran dijalankan. Bilangan Murid dalam penggunaan ayat
majmuk yang berada dikumpulan kajian semasa Ujian Pra.
Skor Lelaki Perempuan Jumlah %
1 – 5 3 3 7 70.%
6 – 10 3 1 4 30.%
11 – 15 - - - -
16 - - - -
51
Jadual 7.2.2 Bilangan Murid dalam Pencapaian Semasa Ujian Pra.
Peratus Skor Pencapaian Murid Semasa Ujian Pra
Peratus Skor Pencapaian Murid Semasa Ujian Pra
Rajah 7.2.3 Peratus pelajar kumpulan kajian mengikut bilangan penggunaan ayat majmuk dalam penulisan karangan sebelum menggunakan kaedah pembelajaran masteri.
Berdasarkan jadual di atas. Bilangan murid lelaki yang menggunakan ayat
majmuk dalam penulisan dengan pencapaian 1 hingga 5 (lemah) adalah
seramai 3 orang dan bilangan murid perempuan yang menggunakan ayat
majmuk dalam penulisan dalam pencapaian 1 hingga 5 (lemah) adalah
seramai 3 orang. Secara keseluruhannya peratus pencapaian yang
diperolehi iaitu sebanyak 70%. Ini menunjukkan bahawa murid masih belum
terdedah dengan kemahiran dalam menghasilkan ayat majmuk dalam
pembelajaran.
52
70%
30%
1 hingga 5
6 hingga 10
11 hingga 15
16 ke atas
Manakala bagi bilangan murid lelaki yang menggunakan ayat majmuk
dalam penulisan bagi pencapaian 6 hingga 10 (sederhana) adalah seramai 3
orang dan bilangan murid perempuan dalam pencapaian 6 hingga 10
(sederhana) adalah seramai 1 orang. Cara keseluruhannya peratus
pencapaian yang diperolehi iaitu sebanyak 30 %. Ini menunjukkan bahawa
tahap pencapaian murid berdasarkan jadual 7.2.1 dan rajah 7.2.2 bilangan
pencapaian murid semasa ujian pra masih di tahap yang lemah dan perlu
ditingkatkan. Dengan itu pengkaji perlu mengambil inisiatif dengan
menggunakan kaedah pembelajaran Masteri dalam penulisan karangan
menggunakan ayat majmuk, khususnya dalam kalangan murid tahun 4
bersih di Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna.
Seterusnya bilangan murid dalam kumpulan kawalan yang telah
dipilih yang digunakan untuk membanding keberkesanan keadah
pembelajaran masteri sama ada dapat meningkatkan kemahiran membina
ayat majmuk dalam penulisan (karangan) selepas ujian pra dan ujian pos
dijalankan.
BETULKAN BAHAGIAN INI TERMASUK JARAK TULISAN,%
Jadual 7.2.3 Bilangan murid dalam kumpulan kawalan
Bil
Nama murid Bilangan ayat majmuk
1 R1 15
2 R2 5
3 R3 10
4 R4 7
53
5 R5 11
6 R6 8
7 R7 8
8 R8 8
9 R9 10
10 R10 15
11 R11 12
12 R12 8
13 R13 10
14 R14 8
15 R15 9
16 R16 10
17 R17 8
18 R18 11
19 R19 7
20 R20 5
21 R21 6
22 R22 11
23 R23 12
24 R24 10
25 R25 10
26 R26 9
27 R27 8
28 R28 12
29 R29 12
30 R30 8
31 R31 9
32 R33 11
Jadual 7.2.4 Bilangan penggunaan ayat majmuk bagi murid yang beraada dikumpulan kawalan. Bilangan penggunaan ayat majmuk bagi murid yang berada di kumpulan kawalan.
54
Skor Lelaki Perempuan Jumlah %
1 – 5 1 1 2 13%
6 – 10 13 7 20 67 %
11 – 15 6 4 10 20%
16 - - - -
Rajah 7.2.5 Peratus bilangan penggunaan ayat majmuk bagi murid yang berada Dikumpulan kawalan.
Rajah 7.2.6 Peratus bilangan penggunaan ayat majmuk dalam penulisan karangan di kumpulan kawalan.
Berdasarkan jadual 7.2.3 dan rajah 7.2.4 di atas, bilangan murid
lelaki bagi kumpulan kawalan yang menggunakan ayat majmuk bagi
pencapaian 1 hingga 5 (lemah) di dalam penulisan karangan adalah
seramai 1 orang dan bilangan murid perempuan bagi kumpulan kawalan
yang penggunaan ayat majmuk bagi pencapaian 1 hingga 5 (lemah) di
dalam penulisan karangan adalah seramai 1 orang iaitu peratus pencapaian
55
13%
67%
20%
1 hingga 5
6 hingga 10
11 hingga 15
16 ke atas
sebanyak 13.%. Manakala bilangan murid lelaki bagi kumpulan kawalan
yang menggunakan ayat majmuk bagi pencapaian 6 hingga 10 (sederhana)
di dalam penulisan karangan adalah seramai 13 orang. Dan bilangan murid
perempuan bagi kumpulan kawalan yang menggunkan ayat majmuk bagi
pencapaian 6 hingga 10 (sederhana) di dalam penulisan karangan adalah
seramai 7 orang iaitu peratus pencapaian sebanyak 67%. Dan bilangan
murid lelaki bagi kumpulan kawalan yang menggunakan ayat majmuk bagi
pencapaian 11 hingga 15 (baik) di dalam penulisan karangan adalah
seramai 6 orang. manakala bilangan murid perempuan bagi kumpulan
kawalan yang menggunakan ayat majmuk bagi pencapaian 11 hingga 15
(baik) di dalam penulisan karangan adalah seramai 4 orang iaitu peratus
pencapaiannya sebanyak 20%. Pengkaji atau penulis kajian ini
menggunakan kumpulan kawalan untuk mengesan keberkesanan kaedah
pembelajaran masteri dapat meningkatkan penggunaan ayat majmuk
dalam penulisan karangan di kalangan murid tahun 4 bersih di Sekolah
Kebangsaan Pekan Semporna setelah ujian pra dan ujian pos diberikan
kepada murid yang lemah.
7.3 Ujian Pos
Reka bentuk eksperimen telah digunakan oleh guru dan pengkaji untuk
membuat perbandingan bagi keseluruhan murid untuk mengesan
keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran Masteri dapat
meningkatkan penggunaan ayat majmuk dalam penulisan di kalangan murid
Tahun 4 Bersih Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna seperti berikut:
56
Jadual 7.3.1 Bilangan penggunaan ayat majmuk bagi murid yang
berada dalam kumpulan kajian semasa ujian pos setelah guru
menggunakan Kaedah Pembelajaran Masteri.
Bil Nama Murid Bilangan Ayat Majmuk
1 Responden 1 23
2 Responden 2 20
3 Responden 3 17
4 Responden 4 16
5 Responden 5 14
6 Responden 6 10
7 Responden 7 24
8 Responden 8 16
9 Responden 9 9
10 Responden 10 7
Berikut adalah kategori markah murid-murid dalam kumpulan kajian semasa
ujian pos setelah guru menggunakan kaedah pembelajaran masteri
Keputusan Bilangan Murid Peratus
Cemerlang 3 orang 30%
Baik 4 orang 40%
Sederhana 3 orang 30%
Bilangan penggunaan ayat majmuk bagi murid yang berada di
kumpulan semasa ujian pos setelah menggunakan Kaedah
Pembelajaran Masteri.
Skor Lelaki Perempuan Jumlah %
57
1 – 5 - - - -
6 – 10 - 3 3 30 %
11 – 15 1 - 1 10 %
16 5 1 6 60 %
Jadual 7.3.2 Bilangan penggunaan ayat majmuk bagi murid yang
berada di kumpulan semasa ujian pos setelah menggunakan kaedah
Pembelajaran Masteri.
Berdasarkan Jadual dan Rajah 7.3.2 di atas, bilangan murid perempuan
yang berada dalam kumpulan kajian semasa ujian pos bagi penggunaan
ayat majmuk dengan kaedah pembelajaran Masteri bagi pencapaian 6
hingga 10 (sederhana) di dalam penulisan karangan adalah seramai 3 orang
iaitu peratus pencapaian sebanyak 30%.
Manakala bilangan murid lelaki yang berada dalam kumpulan kajian
semasa ujian pos bagi penggunaan ayat majmuk dengan kaedah
pembelajaran masteri bagi pencapaian 11 hingga 15 (baik) di dalam
penulisan karangan adalah seramai 1 iaitu peratus pencapaian sebanyak
10 %.
Seterusnya, bilangan murid lelaki yang berada dalam kumpulan
kajian semasa ujian pos bagi penggunaan ayat majmuk dengan
menggunakan kaedah pembelajaran masteri bagi pencapaian 16 ke atas
(sangat baik) di dalam penulisan karangan adalah seramai 5 orang
manakala bilangan murid perempuan yang berada dalam kumpulan kajian
semasa ujian pos bagi penggunaan ayat majmuk dengan menggunakan
kaedah pembelajaran masteri bagi pencapaian 16 ke atas (sangat baik) di
dalam penulisan karangan adalah seramai 1 orang iaitu peratus
pencapaian sebanyak 60 %. Berdasarkan analisis kajian yang dilakukan
oleh pengkaji atau penulis menyatakan bahawa penggunaan kaedah
pembelajaran masteri dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
58
meningkatkan penggunaan ayat majmuk dalam penulisan karangan
bahasa Melayu tahun 4 Bersih di Sekolah Kebangsaan Semporna ini kerana
kaedah pembelajaran Masteri memberi penekanan kepada penguasaan
murid dalam sesuatu kemahiran yang diajar melalui pelbagai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran latihan dan latih tubi secara berterusan dan
berkesan.
7.3 Penutup
Analisis data kualitatif dan kualitatif adalah merupakan
satu ?????????????????
BAB 8 : KESIMPULAN DAN CADANGAN
8.1 Pengenalan
Pembelajaran Masteri adalah merupakan satu pendekatan yang amat sesuai
digunakan dalam pengajaran mengatasi masalah murid membina ayat
majmuk. Kaedah pembelajaran Masteri memberi peluang kepada guru
bagaimana mencari jalan penyelesaian yang termudah terhadap kemelut
responden yang sukar membina ayat majmuk dalam karangan.
8.2 Kesimpulan Kajian
Kesimpulannya, kajian tindakan yang dijalankan dapat mencapai hasil yang
memuaskan. Melalui kajian ini, diharap pencapaian dan penguasaan
pelajar terhadap kemahiran tertentu dapat ditingkatkan. Sekiranya
seseorang guru menjalankan kajian tindakan, beliau pastinya akan dapat
mengesan masalah pembelajaran pelajar dan punca-puncanya. Sekiranya
punca tersebut melibatkan amalan pengajaran guru, guru hendaklah
59
bersikap terbuka, menerima kelemahan dan bersedia untuk memperbaiki
pengajarannya dan sentiasa melakukan anjakan paradigma demi
kecemerlangan pendidikan.
Dalam bab ini, kita akan lebih tumpukan kepada kesimpulan kajian dan
perbincangan mengenai penggunaan kaedah Masteri dalam pembelajaran di
dalam kelas. Kita juga telah mengenalpasti beberapa kelemahan dan
memberi cadangan untuk mengatasinya di masa-masa akan datang.
Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik untuk pembelajaran Masteri kerana murid berbeza dalam
kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang
berlainan. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dicadangkan untuk pembelajaran Masteri ialah kaedah atau aktiviti yang
berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan. Jadi guru harus
merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya
pembelajaran murid anda.
Berikut ialah kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melaluikannya:
Syarahan
Penerangan
Penjelasan
Huraian
Demonstrasi
Bercerita
Pembacaan
Memberi nota
Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada
pelajar di mana pelajar yang melakukannya ialah:
60
Soal jawab
Latih tubi
Bercerita
Membuat latihan
Penerangan, penjelasan, huraian
Perbincangan
Inkuiri
Penemuan
Bacaan
Sumbang saran
Demostrasi oleh pelajar
Kerja amali
Eksperimen
Projek
Kuiz
Penyelesaian masalah
Reka cipta
Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan
Main peranan
Lakonan
Simulasi
Membuat nota sendiri
Lawatan
Pengajaran berprogram
Pembelajaran berbantu komputer
PAK (Pembelajaran Akses Kendiri)
Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Oleh itu, Sebagai
seorang guru seharusnya bersikap kreatif dan bijak merancang dan memilih
kaedah pembelajaran yang menarik perhatian pelajar.
8.3 Cadangan Kajian Lanjutan
61
Pembelajaran Masteri ialah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa
yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
Menurut Bloom (1968), pembelajaran Masteri merupakan satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada
penguasaan murid dalam sesuatu pekara yang diajar. Ianya direka
berdasarkan falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh
menguasai sesuatu pengetahuan dan kemahiran dengan baik dan penuh
keyakinan, sekiranya keadaan sesuai dan masa yang mencukupi.
Menurut Anderson dan Block (1975), pula berpendapat pembelajaran
Masteri adalah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang
dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten.
Idea pembelajaran secara Masteri ini dapat menghasilkan pembelajaran
yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah
pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid
mencapai Masteri dengan berpandukan kaedah Masteri dengan jelas dan
memberi faedah kepada murid dan guru.
Terdapat beberapa faedah pembelajaran Masteri yang dapat di amalkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah iaitu dapat
menyokong pembelajaran kendiri, membantu Menyelesaikan masalah guru
dalam pengajaran, keseronokan belajar dan menjana pemikiran murid.
i. Menyokong Pembelajaran Kendiri
62
Justeru itu, jika guru ingin menggunakan strategi Pembelajaran Masteri guru
hendaklah mempelajari atau mempelbagaikan kaedah penyampaian supaya
dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan seterusnya memudahkan guru
untuk mencapai matlamat Pembelajaran Masteri iaitu 80%. Pelajar
menguasai topik kemudian barulah beralih kepada topik yang lain. Guru
boleh menilai pencapaian ini melalui ujian sumatif atau formatif.
ii. Membantu Menyelesaikan Masalah Guru Dalam Pengajaran
Dalam pembelajaran masteri ini dapat membantu guru untuk memberi
kemahiran kepada murid ini kerana tiada satu kaedah atau aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pembelajaran masteri
kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai
gaya pembelajaran yang berlainan.
iii. Keseronokan Belajar Dan Menjana Pemikiran Murid
Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajran yang dicadangkan untuk
pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada
pelajar, menarik dan menyeronokkan. Oleh itu guru harus bijak dalam
merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya
pembelajaran murid.
Para guru sering diperdengarkan dengan pendekatan mengajar yang
bernama pembelajaran Masteri. Dari segi teorinya pendekatan ini
memerlukan seorang guru mengajar sesorang murid atau sekumpulan murid
sesuatu hasil pembelajaran (learning outcome) sehingga murid itu mencapai
hasil pembelajaran itu dengan betul dan tepat. Oleh kerana seseorang
murid atau kumpulan murid itu tidak sama kadar pembelajarannya (having
different pace of learning) maka pencapaian hasil pembelajaran tidak akan
sama. Mengikut pendekatan ini selagi hasil pembelajaran tidak dicapai
maka pembelajaran tidak boleh berubah. Murid dan guru mesti mengulang
63
pembelajaran berkali-kali sehingga hasil pembelajaran yang dikehendaki
tercapai.
Akibatnya guru akan menghadapi masalah dalam menghabiskan
sukatan pelajaran. Mengikut pengalaman, pendekatan ini tidak boleh diguna
untuk mengajar sesuatu tajuk yang mempunyai banyak hasil pembelajaran
untuk kali pertama. Kali pertama mengajar sesuatu tajuk yang mempunyai
banyak sub tajuk dan setiap satu sub tajuk ada beberapa learning
outcome itu hendaklah menggunakan pendekatan lain seperti
pendekatan pengajaran kontekstual atau pendekatan konstruktivisme.
Dengan menggunakan pendekatan kontekstual atau konstruktivisme ini guru
akan dapat mengatur pengajaran mengikut perancangan pengajaran yang
dibuat. Oleh itu sukatan akan dapat disiapkan mengikut perancangan. Bila
hendak guna pembelajaran masteri?. Ada dua cara yang dicadangkan untuk
menggunakan pembelajaran Masteri. (1) Melalui kaedah Test and Retest
(2) Menggunakan bantuan tutor/guru Muda.
Test dan Retest.
Kaedah ini digunakan untuk mengulangkaji mata pelajaran yang ada soalan
objektif dalam kaedah pentaksirannya (dalam soalan peperiksaan sama ada
pada peringkat PMR, SPM atau STPM). Mata pelajaran yang yang bersifat
fakta seperti sains (biologi, kimia dan fizik), sejarah dan ekonomi asas
sangat sesuai menggunakan kaedah ini semasa mengulangkaji.
Pertama sediakan soalan objektif bagi tajuk pilihan. Seeloknya jumlah
soalan antara 40 hingga 50 soalan. Kedua, jawab soalan itu di atas kertas
jawapan dalam jangka masa yang ditetapkan (1 jam untuk 40 soalan, 1jam
15 minit untuk 50 soalan). Periksa jawapan (minta orang lain yang buat
pemeriksaan). Selagi jawapan yang betul tidak mengatasi 90%, sesorang
itu mesti buat sekali lagi ujian objektif dari tajuk yang sama menggunakan
soalan yang sama. Antara sesuatu test dengan test berikutnya murid
hendaklah membuat ulangkaji. Kaedah ini hendaklah dibuat berulang kali
sehingga jawapan betul mencapai 90% atau lebih. Ini bererti seseorang
murid itu menguasai (Master) semua hasil pembelajaran dalam sesuatu
64
tajuk sebelum dia boleh berpindah ketajuk yang lain. Sekiranya seseorang
murid itu menguasai semua tajuk sebelum hari peperiksaan maka murid
berkenaan telah master subjek itu. Menggunakan bantuan tutor atau guru
muda. Kaedah ini menggunakan bantuan seorang guru muda, rakan sebaya
yang menjadi tutor untuk membimbing seseorang murid bagi memahami
sesuatu tajuk. Guru boleh membekalkan tutor/ guru muda dengan instrumen
(kertas soalan) untuk digunakan bagi menguji kebolehan dan pencapaian
seseorang murid. Menggunakan kaedah ini menguntungkan kedua-dua
pihak (situasi menang-menang) dimana tutor akan dapat lebih memahami
apa yang diajar (pengajar boleh mengingat 90% apa yang diajar) dan
penguasaaan murid dapat dikesan oleh tutornya. Bagi masyarakat Islam
kaedah ini sudah biasa digunakan ketika mengaji Qur’an, dimana seorang
guru Qur’an boleh mengajar berpuluh malah beratus murid sekaligus.
Sebenarnya guru akan mengajar murid-murid yang senior dan setelah itu
murid senior menggunakan kemahirannya untuk mengajar murid murid
junior. Murid tidak akan beralih ayat atau surah yang dibaca selagi aspek
tartil, fasahah serta tajuwid tidak betul. Belajar dari kaedah mengaji Qur’an
ini boleh memberikan para guru kefahaman untuk mengoperasikan
pendekatan pembelajaran Masteri ini. Mengambil dua kaedah diatas dalam
amalan pengajaran dan pembelajaran maka pendekatan pembelajaran
masteri dapat dilaksanakan. Selalunya orang orang yang melawat sekolah
sama ada Nazir Sekolah.
Pegawai JPN atau Pegawai PPD tidak dapat memperincikan kaedah yang
boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Kalau tak
percaya tanya mereka apabila mereka bercakap tentang berbagai
pendekatan yang dicadangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
(PPK) dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu para guru hendaklah
mampu untuk menginovasi apa-apa pendekatan yang diperkenalkan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan cuba mengopersikan
pendekatan itu dengan menggunakan kefahaman sendiri.
8.4 Penutup
65
Penggunaan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai adalah
penting dalam pembelajaran masteri.
Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi
pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang
kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif
dan menyelesaikan masalah.
Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan
atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan
visual, lisan dan kinestetik.
Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang
terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan
Model Dunn dan Dunn.
Terdapat banyak kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap
kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.
Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang
menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar.
Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara
pasangan, kumpulan atau kelas.
Anda harus menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran guru harus menyerapkan nilai-
nilai murni walaupun penguasaanya mengambil masa yang panjang.
66
Dalam pembelajaran Masteri guru digalakkan mencuba pelbagai
kaedah mengajar, langkah-langkah pengajaran dan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang akan membantu pelajar menguasai apa yang mereka
belajar.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa
Malaysia. Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
Abdul Jalil Othman, Norzalina Noor. 2011. Sikap dan Tanggapan Terhadap
Kedudukan Bahasa Melayu: Satu Kajian Masa Depan dlm Future
Educational in Global Challenges: Penerbitan University PGRI Adi Buana
Surabaya Indonesia: 362-373. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
Ahmad Khair Mohd. Nor (2005). Menulis Membina Ketrampilan Berfikir.
Pelita
67
Bahasa. Julai, 18 (7): 12-14.
Ahmad Khair Mohd. Nor (2005). Penyusunan semula dalam ayat. Majalah
Pelita Bahasa, Bil. 9 (17), 22 – 23. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Azizi Ahmad ( 2007 )Pengenalan Kajian.Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti
Sdn Bhd.
Anderson and Block ( 1975 ) .Educational Psychology,Theory and
Practice.Boston: Allyn and bacon.
Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus
penyelidikan tindakan maktab perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Block, J. H. & Anderson, L. W. (1975). Mastery Learning in Classroom
Instruction. New York: Macmillan Publishing Company, Inc.
Bloom B. S. (1968). Learning for Mastery: Evaluation
Comment. (UCLA
CSIEP).
Driscoll, M.P. (1994). Psychology of learning for instruction. Boston: Allyn
and Bacon.
Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof & Raja Mohd Fauzi Raja Musa
(2005).
Masalah penulisan naratif di kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal
Pendidikan 27. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Haron ( 1990 ) Asas Kemahiran Berbahasa KBSR.Kuala Lumpur; Dewan
Bahasa Pustaka.
68
Ismail Ahmad, (2004). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan
Pustaka.
Jabatan Pendidikan Khas. (1999). Buku Panduan Pelaksanaan Program
Pemulihan Khas: Masalah Penguasaan 3M. Kuala Lumpur:
Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Khadijah Rohani Mohd. Yusof. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur :
OpenUniversity (OUM).
M. Gagne ( 1970 ) ‘The Condition of learning”.Boston;Ally and Becan.
Masni. (2000). Satu Kajian Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk
Dalam Sesuatu Penulisan.
Mayer, L. A. (1982). The relative effects of word-analysis and word-study
correction procedures with poor readers during word attack training.
Reading Research Quarterly, 17(4), 544-555.
McCarthey, S.J. & Raphael, T.E. (1992). Alternative perspectives of reading/
writing connections. Dlm. Irwin, S. & Doyle, M. (pnyt), Reading/ Writing
Connection. Newark, DE: International Reading Associaton.
Mok Soon Sang. (2006). Pedagogi 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn
Bhd.
Nawi Ismail (2002). Permasalahan dalam penyampaian isi karangan. Pelita
Bahasa, Ogos, 14 (08): 44-45.
69
Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1997). Konsep Dan Pelaksanaan
Pembelajaran Masteri Dalam KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Robert M. Gagne (1970). The Condition of Learning. New York: Holt,
Rinehart
and Winston
Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa
Melayu. Shah Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim,( 2003 ) Pedagogi;Strategi dan teknik mengajar
dengan
berkesan.Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Siti Zaleha M. Hashim (2005). Penulisan Kreatif Latihan Berfikir Yang Baik-
Satu Pengalaman. Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 18-20.
Suppiah Nachiappan (2006). Penggunaan gaya bahasa dan pemprosesan
informasi dalam penulisan karangan melalui analisis hermeneutik.
Perak:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Syed Lutfi Syed Hamzah (2004). Peranan guru dalam meningkatkan mutu
pendidikan bagi mencapai matlamat wawasan. Dalam Yaakub Isa
(pnyt.).
Guru yang efektif. Kuantan: Jawatankuasa Perayaan Hari Guru
Peringkat
Negeri Pahang.
70
Yahya Othman (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Kuala
Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Yap Kim Fat (1991). Kesan sambutan interaktif penulisan karangan pelajar
tingkatan 4 Desertasi untuk sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan.
Fakuti Pendidikan. Universiti Malaya.
Zainol Ismail ( 2003 ), Fokus Unggul / UPSR Penulisan, Penerbitan Pelangi
SDN. BHD.
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1
BETULKAN BAHAGIAN INI
BORANG SOAL SELIDIK
Bahagian A (Soalan Demografik)
LAMPIRAN A
BORANGMAKLUMATPELAJAR
NamaSekolah:_________________________________________________
2.Jantina:
Lelaki()
71
Perempuan()
4. Melayu()Cina()India()Lain-lain()Nyatakan:_
Nama :
Umur:
Jantina :
Kelas :
Bangsa :
Agama :
Asal :
72
SULIT
BM 2012 (60MINIT)
UJIAN PRA DAN UJIAN POS
KAJIAN TINDAKAN
MEMBINA AYAT MAJMUK DALAM PENULISAN (KARANGAN)
INSTRUMEN SET DUA (2)
Satu Jam
DISEDIAKAN OLEH
LATIFAH BINTI HJ.HINDI
(Kajian Tindakan)
SK PEKAN SEMPORNA (2012)
Arahan:
1. Kertas ujian ini mengandungi 2 soalan Subjektif
2. Jawab semua soalan.
3. Gunakan pensil sahaja bagi menanda jawapan yang dipilih.
4. Kerta ujian ini adalah sulit dan terkawal. Anda tidak dibenarkan
membawa keluar dari bilik ujian kerana akan dikutip semula.
73
Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak [Lihat sebelah]
JANGAN BUKA SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU
SULIT
LAMPIRAN 2
74
Ujian Pra
Nama : __________________________ Tarikh: _______________
Kelas : ________________
Lengkapkan cerita di bawah supaya menjadi sebuah cerita yang menarik
tidak lebih dari 80 patah perkataan.
Pada malam itu cuaca mendung dan angin bertiup kencang menandakan
hujan lebat akan turun. Aku tinggal seorang diri di rumah. Ayah dan ibu
keluar ke pekan kerana menziarahi seorang teman. Tiba-tiba pintu di luar
rumahku berdentum seperti ditolak oleh sesuatu. Aku mulai cemas dan terus
menuju ke arah bilik tidur. Aku terdengar bunyi tapak kasut menuju ke arah
bilikku.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
___________________
75
Jadual 3.5.1 Peratus Penggunaan Ayat Majmuk bagi murid Tahun 4
Bersih
(Sebelum Menggunakan Kaedah Pembelajaran Masteri)
Bilangan
Penggunaan Ayat
Majmuk
Bilangan Murid Peratus (%)
1 – 5
5 – 10
11 – 15
15 ke atas
Jumlah 42 100
Isikan bahagian ini responden 1 – 42 termasuk markah, % dan tahap
mesti sama dengan seperti di atas
Bilangan Nama Murid Ujian Pra/
Markah
Tahap
1 Responden 1 Tulis markah
per dengan
peratusnya
sederhana
2 Baik
Lemah
SULIT
BM 2012 (60MINIT)
76
UJIAN PRA DAN UJIAN POS
KAJIAN TINDAKAN
MEMBINA AYAT MAJMUK DALAM PENULISAN (KARANGAN)
INSTRUMEN SET DUA (2)
Satu Jam
DISEDIAKAN OLEH
LATIFAH BINTI HJ.HINDI
(Kajian Tindakan)
SK PEKAN SEMPORNA (2012)
Arahan:
1. Kertas ujian ini mengandungi 2 soalan Subjektif
2. Jawab semua soalan.
3. Gunakan pensil sahaja bagi menanda jawapan yang dipilih.
4. Kerta ujian ini adalah sulit dan terkawal. Anda tidak dibenarkan
membawa keluar dari bilik ujian kerana akan dikutip semula.
Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak [Lihat sebelah]
77
JANGAN BUKA SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU
SULIT
LAMPIRAN 2
Ujian Pos
Nama : ________________________ Tarikh :__________
Tahun /Kelas : _______________________
Bahagian C (Ujian Pos)
Lengkapkan cerita di bawah supaya menjadi sebuah cerita yang menarik
tidak lebih dari 80 patah perkataan.
Peningkatan kadar kemalangan jalan raya dipercayai berpunca daripada
beberapa faktor seperti kecuaian pengguna jalan raya, tidak mematuhi
undang-undang jalan raya, undang-undang yang tidak dijalankan dengan
sepenuhnya dan kerosakan kenderaan.
Berikan ulasan anda.
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
78
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
______
LAMPIRAN 2
Peratus Penggunaan Ayat Majmuk bagi Kumpulan Kajian
(Sebelum Menggunakan Kaedah Pembelajaran Masteri)
Bilangan
Penggunaan
Bilangan Murid Peratus (%)
79
Ayat Majmuk
1 – 5
5 – 10
11 – 15
15 ke atas
Jumlah
Ujian Pos
Nama : ________________________ Tarikh :__________
Kelas : _______________________
Lengkapkan cerita di bawah supaya menjadi sebuah cerita yang
menarik tidak lebih dari 80 patah perkataan.
Peningkatan kadar kemalangan jalan raya dipercayai berpunca
daripada beberapa faktor seperti kecuaian pengguna jalan raya, tidak
mematuhi undang-undang jalan raya, undang-undang yang tidak
dijalankan dengan sepenuhnya dan kerosakan kenderaan. Berikan
ulasan anda.
80
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
_______________________________________
Peratus Penggunaan Ayat Majmuk bagi Tahun 4 Bersih
(Setelah Menggunakan Kaedah Pembelajaran Masteri)
Bilangan Penggunaan
Ayat Majmuk
Bilangan
Murid
Peratus
(%)
1 – 5
5 – 10
11 – 15
81
15 ke atas
Jumlah
Keputusan ini kononnya telah membawa kejayaan beri rumusan
pra-pos
RUMUSAN UJIAN PRA POS
BIL. NAMA MURID PRA POS PERBINCANGAN CATATAN
1 R1
2 R2
3 R3
4 R4
82
5 R5
6 R6
7 R7
8 R8
9
R9
10 R10
83
Recommended