View
89
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
DARI MEJA
PENGARAH HOSPITAL
1
PENASIHATDr. Francis Paul
Pengarah Hospital
TIMBALAN PENASIHATDr. Paul Chan Hong Kit
Timbalan Pengarah (Perubatan)
KETUA EDITOREncik Zaini bin Morshidi
Ketua Unit Komunikasi Korporat
EDITORPuan Salasmi binti Yusain
Sharifah Fairuz binti Mohd Tahir
Pegawai Khidmat Pelanggan
Unit Komunikasi Korporat
BAHAN & FOTOGRAFIUnit Komunikasi Korporat
Jabatan,Unit, Wad, Persatuan dan
Kelab Hospital Duchess of Kent
Sandakan
URUSETIA THE DUCHESS HDOKUnit Komunikasi Korporat
Pejabat Pengurusan Klinikal
Aras 2, Bangunan Klinik Pakar
Hospital Duchess of Kent Sandakan
Diharapkan semangat
kerjasama di kalangan
kakitangan, orang
awam dan badan-
badan NGO berterusan
untuk kesejahteraan
semua
Syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi
kerana berjaya menghasilkan edisi The Duchess
3/2017 dengan paparan aktiviti sepanjang suku ke
empat tahun 2017.
Selaras dengan misi dan visi hospital iaitu
memberi perkhidmatan yang berkualiti dan
selamat, HDOK terus berjaya menganjurkan
kursus dan kempen kesedaran bagi kakitangan
dan orang awam walaupun dengan kekangan
kewangan pada penghujung suku tahun 2017. Ini
menunjukkan komitmen yang tinggi daripada
kakitangan dan kesungguhan untuk memberi
perkhidmatan yang baik.
Edisi ini juga memaparkan
aktiviti sosial dan kebajikan
serta penglibatan badan-
badan sukarelawan dan orang
ramai dalam pemberian
perkhidmatan kesihatan.
Dr. Francis Paul
Pengarah Hospital
Hospital Duchess of Kent
Sandakan
Pada 9 hingga 10 Oktober 2017 Jabatan Anestesia telah berjaya menganjurkan Kursus ALS siri 2. Kursus
ini dikendalikan oleh pakar-pakar dan Pegawai Perubatan dari Jabatan Anestesia dan Jabatan
Kecemasan. Seramai 16 orang peserta terdiri dari 14 Pegawai Perubatan, tiga Jururawat Terlatih dan
seorang Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Anestesiologi.
Antara topik ceramah yang sampaikan adalah berkenaan Airway Management, Drugs use in
Resuscitation, Algorithm dan juga sesi latihan praktikal iaitu Airway, Defibrillation, ECG Recognition dan
Megacode. Pencapaian peratusan Pegawai Perubatan di Jabatan Anestesiologi dan Kecemasan yang
telah mengikuti Kursus ALS ialah 87.5% pada bulan Oktober 2017.
Pada masa yang sama Komiti ALS Hospital Duchess of Kent telah mengadakan majilis perpisahan untuk
Dr Wang Shir Siong yang merupakan Jurulatih dan Fasilitator Kursus ALS bertempat di Sanbay Hotel,
Bandar Leila, Sandakan.
2
KURSUS ADVANCED LIFE SUPPORT (ALS)
3
Unit Kejururawatan telah menganjurkan pelbagai kursus
sepanjang bulan September hingga Disember 2017.
Antara kursus yang telah dilaksanakan ialah Kursus
Pementoran bil. 3/2017, Kursus Nursing Audit bil. 3/2017,
Kursus Medication Safety bil. 3/2017, Kursus Nursing
Leadership bil. 3/2017, Kursus Konsep 10S dalam
Kejururawatan bil. 3/2017, Kursus PPK bil. 3/2017 dan
Kursus Nursing Documentation bil. 3/2017.
Bagi memastikan jururawat sentiasa didedahkan dengan
pelbagai ilmu, CNE Unit Kejururawatan juga diteruskan
sepanjang bulan September hingga Disember 2017. CNE
diadakan setiap hari Khamis pada jam 2.30 petang.
KURSUS-KURSUS ANJURAN UNIT
KEJURURAWATAN
4
Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial julung kalinya, mengadakan
majlis sambutan Hari Deepavali untuk kakitangan pada 27 Oktober 2017
bertempat di Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial. Majlis ini telah
dirasmikan oleh Dr Jeremy Lee Ju Kuan, Ketua Jabatan dan Pakar Bedah
Mulut.
Objektif utama adalah untuk mengeratkan hubungan antara staff yang
berbilang kaum. Majlis ini telah mendapat sambutan yang meriah di
kalangan anggota unit. Walaupun dibuat secara ringkas tetapi memberi
penuh makna kepada kakitangan untuk turut merasai Hari Deepavali.
SAMBUTAN HARI DEEPAVALI
5
BENGKEL PENGURUSAN MAJLIS
Unit Komunikasi Korporat telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Majlis pada 31 Oktober 2017
bertempat di Dewan Selingan yang disertai oleh 60 orang peserta dari pelbagai jabatan dan unit. Objektif
bengkel ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang kemahiran pengurusan majlis.
Antara topik yang dibincangkan dalam bengkel kali ini ialah pengenalan kepada pengurusan majlis,
protokol, etiket sosial, pengacaraan dan keterampilan diri semasa di pejabat dan majlis. Peserta juga
didedahkan dengan latihan kumpulan bagi memberi kefahaman dalam menguruskan majlis,
6
Unit Kejururawatan Hospital Duchess of Kent Sandakan telah menerima lawatan penyeliaan oleh
Pengarah Kejururawatan Malaysia, Matron Hajah Rosena Abdul Ghani pada 6 hingga 7 September
2017. Dalam lawatan tersebut beliau diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kejururawatan
Matron Hajah Tomblow Ngadiran, Penolong Pengarah Kanan, Matron Rozie Amie dan Ketua Penyelia
Jururawat Negeri Sabah. Lawatan penyeliaan ini telah memberi sedikit sebanyak tentang maklumat dan
isu semasa kejururawatan serta penambahan ilmu yang dikongsi daripada Pengarah Kejururawatan
kepada semua jururawat di HDOK Sandakan.
LAWATAN PENGARAH KEJURURAWATAN MALAYSIA
7
Majlis Pelancaran Minggu Kesedaran Kanser Mulut Peringkat
Hospital telah diadakan pada 24 November 2017 bertempat di
Dewan Selingan yang dianjurkan oleh Jabatan Bedah Mulut
dan Maksilofasial. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh
Dr Francis Paul, Pengarah Hospital dan turut dihadiri oleh Dr
Paul Chan Timbalan Pengarah, Dr Jeremy Lee, Ketua Jabatan
dan kakitangan hospital.
Pelbagai program telah diadakan antaranya ceramah, pameran,
kaunseling, tayangan video dan pemeriksaan serta Saringan
Kanser Mulut.
MINGGU KESEDARAN KANSER MULUT
Sepanjang September hingga Disember, Unit Kejururawatan telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk juru-
jururawat. Aktiviti seperti Ceramah EQ among Nurses oleh Ass. Professor Dr. Rohani binti Arsad, Adjunct
Professor, MAHSA University Cum Executive Chairman Nursing Professional Group Sdn Bhd. Selain itu,
program BAKELS special class di Annie’s Cooking, bertempat di Perdana Studio Batu 7, Sandakan.
Di samping itu, Children’s Party 2017 anjuran Unit Kejururawatan dan Persatuan Jururawat Sabah daerah
Sandakan telah diadakan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia. Lebih kurang 60 orang kanak-kanak
menyertai program ini. Pelbagai aktiviti permainan telah diadakan oleh pihak penganjur.
Aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan anggota kejururawatan seperti Karnival Sukan Tertutup Piala Pengarah
Hospital HDOK Sandakan. Dalam karnival tersebut ramai jururawat terlibat dengan aktiviti pertandingan
sukan yang telah diadakan termasuk Gala Night HDOK Sandakan, Lawatan Amal dari Pengurusan Harbour
Mall ke wad Pediatrik, caroling sempena Krismas dan lain-lain lagi
8
AKTIVITI UNIT KEJURURAWATAN
9
LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN
Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran Hospital
Duchess of Kent dengan kerjasama Jabatan Bomba dan
Penyelamat Sandakan telah mengadakan latihan
pengungsian bangunan pada 4 Disember 2017 di
Bangunan Klinik Pakar.
Objektif latihan ini ialah untuk mengetahui pengetahuan
kakitangan tentang kebakaran, cara pengungsian
bangunan dan menyelamat, memastikan pembantu
keselamatan kebakaran mengetahui kaedah keselamatan
kebakaran, memastikan penggunaan aset yang sedia ada
dalam keadaan baik, mengetahui peranan pegawai
keselamatan, pengawal keselamatan dan orang awam
serta yang penting menambahbaik kelemahan dari
latihan kebakaran tersebut
Tabung Darah Hospital Duchess of Kent telah
mengadakan Kempen Dermah Darah pada 17
Disember 2017. Kempen kali ini telah mendapat
sokongan serta kerjasama daripada Life Water
atau K2 Sandakan. Kempen ini telah dirasmikan
oleh YB Datuk Au Kam Wah, ADUN Elopura
Life water merupakan badan NGO yang sentiasa
memberi sokongan kepada hospital dalam
pelbagai aktiviti. Kempen Derma Darah bersama
K2 akan terus dilaksanakan sehingga hujung
tahun 2018.
Dalam masa yang sama K2 telah menandatangani
perjanjian kerjasama bersama hospital untuk
penganjuran kempen oleh Dr Paul Chan, Timbalan
Pengarah Hospital dan Pengurus Life Water
Sandakan disaksikan oleh YB Datuk Au Kam Wah.
10
KEMPEN DERMA DARAH BERSAMA K2
11
Selaras dengan pensijilan HDOK sebagai Hospital Bebas Kesakitan
(Pain Free Hospital), Jabatan Farmasi telah mengadakan satu CPE
pada 16 Disember 2017 di Bilik Mesyuarat Utama, HDOK. CPE
tersebut disampaikan oleh Cik Veronica Ong dan dihadiri oleh 46
orang dari jabatan farmasi. CME tersebut menekankan peranan
Jabatan Farmasi dalam polisi dan perlaksanaan program Bebas
Kesakitan (Pain Free Programme).
Program Bebas Kesakitan ini melibatkan pelbagai disiplin dari
penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk
mencapai tahap kesakitan yang kurang daripada tahap 4. Pengurusan
kesakitan melingkungi kaedah ubat, bukan ubat dan rawatan segera
untuk menangani kesakitan pesakit. Penekanan Pain as Fifth Vital
Sign juga diberi sebagai salah satu ciri dalam program ini.
Sesi CPE ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan perkongsian
pengalaman dalam mengendalikan kesakitan pesakit di kalangan
rakan sekerja.
Selain itu, Aktiviti lain yang dianjurkan oleh Jabatan Farmasi ialah
Hari Bersama Pelanggan. Pengisian program merupakan pameran
iaitu Kenali Ubat Anda, pameran pendidikan orang ramai seperti
produk tidak berdaftar, alat bantuan ubat-ubatan dan risalah-risalah
ubat.
AKTIVITI JABATAN FARMASI
Jabatan Rekod Perubatan dan Dokumentasi (JRPD) telah
menganjurkan Hari Keluarga yang diadakan di Taman Kebun Cina,
Batu 5 pada 18 November 2017 . JRPD mengadakan sambutan setiap
tahun bagi merapatkan hubungan serta memberi keseronokan dalam
bekerja di kalangan kakitangan.
Seramai 50 orang termasuk pasangan dan kanak-kanak seusia tiga
bulan hingga 16 tahun yang hadir memeriahkan hari keluarga JRPD.
Pelbagai aktiviti di jalankan seperti sukaneka (tiup tepung, Lari
membawa belon dan lari sambil memakai kain sarung). Terdapat juga
acara berpasangan iatu acara memakan telur. Selain acara sukaneka
turut diadakan acara BBQ, cabutan bertuah, sambutan hari jadi dan
karaoke.
Selain itu aktiviti gotong royong memindahkan rekod perubatan
pesakit dari bangunan HDU lama ke kuarters Helang di Batu 7 yang
dijalankan pada 28 November 2017 . Pada akhir tahun satu lagi
aktiviti ialah pesta makan bubur.
12
AKTIVITI JABATAN REKOD PERUBATAN DAN DOKUMENTASI
13
AKTIVITI JABATAN OFTALMOLOGI
Jabatan Oftalmologi tidak ketinggalan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang
September hingga Disember 2017. Program yang dianjurkan lebih
mengutamakan pendidikan kepada orang awam. Antara aktivitinya ialah
saringan penglihatan sempena Kempen Kesedaran Kanser Kolorektal dengan
kerjasama Jabatan Pembedahan HDOK, Karnival Katarak 1 Malaysia dengan
kerjasama NGO Lion Club Tawau, Program Lion’s Club Eye Camp in
Conjunction of World Sight Day dengan kerjasama Lion Club of Selingan
Sandakan, program “cataract finder” dengan kerjasama program Katarak 1
Malaysia (KK1M) dan Karnival Katarak 1 Malaysia (KK1M) bersama Lion’s Club
dan Hospital Lahad Datu serta Jabatan Oftalmologi Hospital Lahad Datu,
Hospital Wanita & Kanak-Kanak Likas dan Hospital Queen Elizabeth.
14
BENGKEL TERMINAL CLEANING
Bengkel Latihan Terminal Cleaning anjuran bersama
Unit Kawalan Infeksi dan Sedafiat Sdn Bhd yang telah
diadakan pada 26 November 2017 di Dewan Selingan
HDOK. Prosedur terminal cleaning yang digunapakai
bagi memastikan kawasan pesakit bersih selepas
pesakit yang dijangkiti discaj, dipindahkan atau
meninggal.
Bengkel ini diadakan untuk membentuk pasukan
pembersihan khas yang akan dipanggil bila-bila masa
sekiranya dikenalpasti kemungkinan akan kejadian
outbreak.
Menyeragamkan prosedur pembersihan terminal
mengikut versi kawalan infeksi untuk meningkatkan
mutu dan keberkesanan aktiviti pembersihan.
Mengurangkan kadar jangkitan silang di hospital.
15
TOP Team Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Bengkel Donor Management dan TOT
Jom Ikrar untuk Top Link Officer bil 2 /2018 pada 14 hingga 15 November 2017 di Dewan Selingan.
Bengkel ini telah dihadiri oleh 52 orang peserta termasuk Pegawai Perubatan, Jururawat dan Penolong
Pegawai Perubatan.
Objektif bengkel ini untuk memberi pendedahan dan latihan bagaimana untuk mengenalpasti kematian
yang berpotensi menjadi penderma organ dan tisu. Selain itu, menerangkan mengenai tugas dan
tanggungjawab TOP Link Officer serta untuk melatih peserta menyampaikan ceramah mengenai
pendermaan organ dan tisu.
Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut adalah ceramah dari jawatankuasa TOP Team dan
penceramah jemputan iaitu Encik Zaini Morshidi dari Unit Komunikasi Korporat, Encik Taufiq Ibrahim
dari Unit Psikologi serta aktiviti latihan dalam kumpulan.
BENGKEL DONOR MANAGEMENT DAN TOT JOM IKRAR
16
Bengkel Annual Scientific Meeting on Antimicrobial Resistance Peringkat Negeri Sabah anjuran
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah diadakan pada 10 November 2017 di Dewan Selingan.
Bengkel ini dirasmikan oleh Dr. William Gotulis, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah. Bengkel
ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perubatan Negeri Dr. Primus, Matron
Latifah Muhd Nuh, KJ Irni , Dr. Fong Siew Moi selaku Penyelaras Kawalan Infeksi Negeri Sabah, KJ
Maria Limjoon, Ketua Jururawat Kawalan Infeksi HWKKS, Dr. Lee Heng Gee, Pakar Penyakit
Berjangkit.
Objektif bengkel adalah untuk meningkatkan kesedaran penggunaan dan preskripsi ubatan mengikut
Antimicrobial Stewardship (AMS) untuk mengatasi kerintangan antibiotik. Kerintangan antibiotik telah
menjadi isu epidemoilogi global yang semakin serius akibat penggunaan dan pemberian yang tidak
beretika. Peserta yang menghadiri bengkel tersebut adalah dikalangan pakar-pakar, pegawai- pegawai
perubatan dan pegawai-pegawai farmasi.
BENGKEL ANNUAL SCIENTIFIC MEETING ON ANTIMICROBIAL RESISTANCE
17
Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2017 disambut pada 7
sehingga 13 Oktober. Sambutan peringkat HDOK telah diadakan pada 7 Oktober 2017 dirasmikan oleh
Encik Peter Stephen Ampadu, Pengarah Bahagian Pembangunan & Kewangan, Majlis Perbandaran
Sandakan dan turut hadir Pengarah Hospital, Dr.Francis Paul.
Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut adalah Kayuhan Harapan dan Kempen Jalanan. Kempen
Jalanan serentak seluruh negara ini telah diadakan di enam lokasi iaitu sekitar HDOK, Harbour Mall,
Bandar Indah, Bandar Kim Fung, sekitar Pasaraya Giant dan Bandar Perdana Batu 7. Hasil kerjasama
padu dari TOP Link Officer yang bertugas, jumlah pengikrar baru yang diperolehi daripada Kempen
Jalanan pada hari tersebut ialah seramai 402 orang dan jumlah pengikrar yang diperolehi sepanjang
MKPO adalah seramai 471 orang iaitu jumlah yang tertinggi di Negeri Sabah sepanjang sambutan MKPO.
Pada 2017 HDOK mendapat tangga kedua 772 pengikrar terbesar selepas Hospital Queen Elizebath
seramai 983 pengikrar.
Selain itu, TOP Team mengadakan kaunter terbuka untuk menarik serta mempromosikan tentang
pendermaan organ bagi memberi pendidikan kepada orang awam.
HDOK PENGIKRAR TERBANYAK SAMBUTAN MKPO
18
Program Safe Surgery Saves Lives Initiative (SSSL) diwujudkan oleh KKM
atas dasar Keselamatan pesakit adalah satu elemen yang amat penting
dalam sistem penjagaan kesihatan di Malaysia. Dilancarkan pada tahun
2007-2008, dilaksanakan hanya di beberapa buah hospital kerajaan di
Semenanjung Malaysia dan dilaksanakan sepenuhnya di semua hospital
yang mempunyai Dewan Bedah dan wad-wad yang berkaitan pada bulan
April 2009.
Mesyuarat perlaksanaan Projek Hospital Perintis SSSL telah diadakan pada
5 Februari 2009 di Hospital Raja Perempuan Zainab ll Kelantan dan pada
mesyuarat itu, Hospital Duchess Of Kent telah dipilih sebagai Hospital
Perintis bagi Zon Sabah dan Sarawak.
Objektif SSSL adalah untuk meningkatkan keselamatan pesakit yang
menjalani pembedahan dan mengurangkan insiden Surgical Adverse Event
serta untuk mempertingkatkan komunikasi antara anggota yang bertugas,
pesakit dan waris pesakit.
Kursus SSSL peringkat Negeri Sabah yang pertama telah diadakan pada 5
April 2009 di HDOK manakala kursus peringkat HDOK telah diadakan pada
tahun 2012. Pada 1 November 2017, sekali lagi HDOK telah mengadakan
kursus SSSL dan dihadiri oleh kakitangan dari jabatan, unit dan wad yang
terlibat secara langsung dengan pembedahan. Antara aktiviti yang
diadakan pada hari tersebut ialah ceramah, latihan praktikal oleh peserta
dan tayangan video yang dilakonkan oleh komiti SSSL sendiri.
SAFE SURGERY SAVES LIVES
19
Unit Pembangunan Hospital Duchess of Kent Sandakan ditubuhkan
untuk menyelaras semua urusan berkaitan pembangunan yang
meliputi perancangan projek – projek pembangunan, perolehan aset
perubatan dan bukan perubatan, permohonan peruntukan
pembangunan serta menyelaras mesyuarat kick-off.
Unit Pembangunan diselia oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir
N29 yang dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir N19 dan merupakan
salah satu unit di bawah Seksyen Pembangunan dan Perolehan yang
diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M41.
Unit Pembangunan berfungsi memastikan semua urusan yang
berkaitan dengan pembangunan dilaksanakan dengan baik dan
sempurna demi kelancaran operasi Hospital . Di samping itu, seksyen
ini bertanggungjawab dalam memastikan keperluan infrastruktur di
HDOK Sandakan dipenuhi demi kepentingan penyampaian
perkhidmatan kepada para pelanggan.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan tapak bagi Persediaan
Perasmian Hybrid Chiller, lawatan tapak Di Kolej Kejururawatan dan
lawatan tapak ke Bangunan Rumah Pelawat Anjung Kasih bersama
CEO Yayasan Kebajikan Negara.
AKTIVITI UNIT PEMBANGUNAN
20
Unit Komunikasi Korporat iaitu seksyen Khidmat Pelanggan dan
Aduan Awam yang turut disertai oleh Unit Promosi Kesihatan telah
mengadakan jamuan makan akhir tahun bersama Dr. Francis Paul ,
Pengarah Hospital pada 24 November 2017. Walaupun jumlah
kakitangan tidak begitu ramai tetapi majlis itu telah berjaya diadakan.
Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada
kakitangan untuk beramah mesra bersama pengarah di samping
meraikan kakitangan yang telah memberi komitmen sepanjang tahun
2017. Selain itu, untuk merapatkan hubungan rakan sekerja dan
memberi semangat baru untuk tahun 2018.
JAMUAN AKHIR TAHUN UKK
Sempena sambutan Hari Krismas sekali lagi
Pengarah Hospital Duchess Of Kent, Dr Francis
Paul telah menganjurkan pertandingan deco
krismas bagi memeriahkan sambutan Hari
Krismas peringkat hospital. Pada tahun 2017
sekali lagi Pejabat Pengurusan Klinikal
memenangi Deco Tercantik untuk kali kedua
selepas memenangi pada tahun 2016. Hadiah
telah disampikan oleh Dr. Francis Paul yang juga
merupakan penganjur utama.
Selain itu, turut diadakan caroling sebagai
pembuka tirai perayaan yang dipersembahkan
oleh Christian Fellowship Hospital Duchess of
Kent. Walaupun diadakan penghujung tahun
2017 sambutan dan suasana Hari Krismas tetap
meriah.
21
SAMBUTAN HARI KRISMAS
Terbitan :
Unit Komunikasi Korporat
Hospital Duchess of Kent Sandakan
Recommended