View
51
Download
5
Category
Preview:
DESCRIPTION
artikel
Citation preview
DASAR ‘ PECAH DAN PERINTAH INGGERIS DAN KESANNYA DALAM PEMBENTUKKAN ETNIK DI MALAYSIA.
Pendahuluan
Dasar `Pecah dan perintah Inggeris’
Sejak awal lagi, adalah menjadi dasar Inggeris yang tersirat bahawa mereka perlu mengekalkan
hubungan baik dengan golongan istana dan aristokrat Melayu dengan cara mengekalkan institusi
tradisional dan seboleh-bolehnya menggelakkan gangguan ke atas fungsi, struktur sosial dan cara
hidup Bumiputera. Oleh itu penduduk Bumiputera tidak diberi peluang dalam perkembangan
ekonomi eksport, sebaliknya keutamaan diberikan kepada golongan imigran. Ini dibuktikan
daripada pengimportan buruh asing untuk mengisi keperluan tenaga buruh.
Kerajaan kolonial Inggeris telah mentadbir penduduk Bumiputera dan imigran secara
berasingan. Dasar ini dikenali sebagai sistem `Pecah dan Perintah’ (Divide and Rule) satu kaedah
imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanah jajahan untuk `melemahkan’ Bumiputera
dan pada masa yang sama memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan sekaligus
memisahkan mereka daripada penduduk Bumiputera. Golongan imigran dibiarkan mengekalkan
identiti dan budaya masing – masing dan tidak digalakkan berhubung secara langsung dengan
kaum Bumiputera. Mereka diberi kesempatan dan kemudahan untuk terlibat dalam
perkembangan perusahaan bijih, getah dan aktiviti perniagaan. Penduduk Bumiputera sebaliknya
disisih dari corak kegiatan ekonomi komersial yang diwujudkan. Kaum bumiputera, walaupun
tidak ditindas secara kekerasan seperti yang dilakukan oleh penjajah Belanda di Indonesia
ataupun penjajah Sepanyol di Filipina, mereka tetap mahu dikekalkan dengan cara hidup tradisi
mereka-menjadi petani sara-diri atau nelayan miskin. Dengan cara ini pihak Inggeris berharap
dapat membentuk keadaan yang stabil dan terus menjajah negara ini. Dasar `Pecah dan Perintah’
membayangkan usaha yang terancang bagi mewujudkan suatu keadaan yang menjadikan orang
Melayu sebagai penduduk Bumiputera akan tertekan daripada segi kehidupan ekonomi, politik
dan sosial.
1
Kesan pengamalan dasar `Pecah dan Perintah’ Inggeris pada zaman sebelum merdeka.
1) Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan melombong bijih.
2) Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang melibatkan
penduduk Bumiputera.
3) Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport.
4) Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang getah telah wujud
kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya orang Cina dan India.
5) Dari segi sosial, kedatangan imigran Cina dan India yang melimpah-limpah menjelang
awal abad ke-20, telah menimbulkan fenomena asing dalam masyarakat tempatan.
Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran dan penagihan candu banyak
berlaku.
6) Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah, yang
menyebabkan penjualan dan pindahmilik tanah berleluasa kepada pengusaha ladang
asing.
7) Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam bidang
pelajaran.
Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan melombong
bijih.
Pembesar Melayu merupakan pemilik dan penguasa lombong-lombong bijih di Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan, lama sebelum kedatangan Inggeris dan penglibatan
bersungguh-sungguh oleh pemodal di Negeri-negeri Selat. Dengan bertapaknya penjajah di
negeri-negeri Selat yang kaya dengan bijih, peranan ini segera diambil alih oleh pemodal
Cina dari Negeri-negeri Selat dan syarikat-syarikat Inggeris sendiri. Disebabkan kaedah
melombong orang Melayu dianggap tidak memadai untuk menghasilkan pengeluaran yang
mampu menampung keperluan eksport secara besar-besaran di samping keperluan membuka
lebih banyak lombong, maka tenaga buruh dan teknologi terpaksa dibawa dari luar. Dalam
tempoh yang singkat syarikat Inggeris telah menguasai aktiviti perlombongan.
2
Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang melibatkan
penduduk Bumiputera.
Kegiatan ekonomi eksport lebih menguntungkan golongan imigran, sebaliknya keadaan
Bumiputera tidak dihiraukan sangat kerana penjajah memang berhasrat menyisihkan
penduduk Bumiputera dari arus kemajuan yang berlaku pesat di sekeliling mereka.
Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport.
Ini disebabkan kaum imigran menjadi penggerak (sebagai buruh dan usahawan) kawasan
bandar yang menjadi tumpuan imigran.
Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang getah telah wujud
kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya orang Cina dan India.
Disebabkan 90 peratus imigran Cina dan India terdiri daripada rakyat jelata kelas bawahan di
negeri asal mereka, corak hidup dan budaya tersendiri dikekalkan. Pada zaman ini,
kedudukan ekonomi penduduk Bumiputera di Semenanjung Tanah Melayu tidak mencapai
sebarang kemajuan malahan semakin mundur disebabkan oleh dasar yang nampaknya tidak
memberi manfaat kepada Bumiputera, sebaliknya telah mendatangkan kesempatan kepada
golongan imigran untuk menguasai punca- punca ekonomi.
Dari segi sosial, kedatangan imigran cina dan India yang melimpah-limpah menjelang
awal abad ke-20, telah menimbulkan fenomena asing dalam masyarakat tempatan.
Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran dan penagihan candu banyak
berlaku.
Pada peringkat permulaan penghijrahan, semangat kesukuan Cina telah dijelmakan dalam
aktiviti kongsi gelap. Pergaduhan sering terjadi antara mereka pada tahun 1860-an dan 1870-
an, terutamanya di Perak. Keadaan ini tidak dapat dikawal oleh pembesar-pembesar Melayu
berkenaan. Ketidak-seimbangan imigran laki-laki dan wanita telah menyebabkan kegiatan
pelacuran terjadi di bandar-bandar kawasan perlombongan. Selain itu penagihan candu
menjadi masalah kepada sesetengah buruh imigran. Budaya imigran ini agak terasing dari
cara hidup tempatan.
3
Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah, yang
menyebabkan penjualan dan pindahmilik tanah berleluasa kepada pengusaha ladang
asing.
Tarikan terhadap tanaman getah bukan sahaja menghalang tumpuan orang Melayu kepada
tanaman padi tetapi juga wujudnya persaingan untuk mendapatkan tanah bagi tanaman getah.
Akibatnya beribu-ribu tanah pertanian dan kampung Melayu dijual kepada pengusaha ladang
asing. Sistem Torens yang diperkenalkan di semua negeri menjadikan tanah sebagai input
komersil. Penjualan dan pindah milik tanah orang Melayu yang berleluasa menyebabkan
banyak yang kehilangan tanah.Pihak pentadbiran penjajah Inggeris kononnya merasa
bimbang terhadap perkembangan ini yang jika dibiarkan mungkin akan menimbulkan kelas
buruh upahan Melayu yang tidak bertanah. Keadaan ini bukan sahaja tidak diingini oleh
sultan dan pembesar Melayu tetapi bercanggah dengan dasar Inggeris yang mahu
mengekalkan orang Melayu sebagai petani. Untuk mengawal keadaan ini dan mengurangkan
spekulasi tanah, kerajaan Inggeris telah meluluskan Enakmen Tanah Rezab Melayu pada
tahun 1913.
Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam bidang
pelajaran
Dasar Inggeris untuk mengekalkan kedudukan Bumiputera sebagai petani dan nelayan jelas
diungkapkan dalam dasar pelajaran yang menjelaskan bahawa matlamatnya bukanlah untuk
melahirkan anak-anak petani atau nelayan Melayu yang berpendidikan tinggi tetapi `sekadar
untuk menjadikan anak-anak petani atau nelayan Melayu pandai sedikit daripada bapa
mereka. Sehingga tahun 1920-an, sekolah- sekolah Melayu tidak diberi perhatian sangat dan
sering menghadapi masalah buku teks dan guru-guru yang berkelayakkan. Pelajaran Inggeris
diutamakan dan menjelang abad ke-20 boleh dikatakan kesemua bandar utama di Negeri-
negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai sekolah-sekolah Inggeris yang
ternama seperti Penang Free School, Raffles Institution di Singapura, Victoria Institution,
Malacca High School dan sekolah-sekolah missionary yang lain. Disebabkan sekolah terbaik
memang terletak di bandar, peluang memasuki sekolah berkenaan hanya terbuka kepada
golongan imigran yang menjadi penghuni bandar. Pelajaran Inggeris untuk orang Melayu
hanya dihadkan kepada keluarga aristokrat dan bangsawan Melayu. Untuk tujuan ini, Maktab
Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan pada tahun 1905 sebagai sekolah golongan elit Melayu
4
Kesan jangkamasa panjang pengamalan dasar `Pecah dan Perintah’ Inggeris
Telah mewujudkan masalah perpaduan di antara kaum melalui :
1. Pengasingan penempatan
2. Pengasingan agama
3. Pengasingan sistem pendidikan
4. Kewujudan akhbar perlbagai bahasa
5. Kewujudan Persatuan pelbagai kaum
Pengasingan penempatan
Penjajahan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk secara beramai-
ramai tenaga kerja dari China dan India. Salah satu faktor yang mendorong orang Cina dan India
datang ke Malaya pada masa itu ialah faktor ekonomi. Faktor ini jugalah yang telah mendorong
sesuatu golongan etnik menetap di sesuatu kawasan dan fakta ini juga berkait rapat dengan
pekerjaan tertentu sesuatu kaum.
Dalam tahun-tahun 1920-an, corak pendudukan rakyat di negara ini (seperti yang terdapat dewasa
ini) telah jelas terbentuk. Terdapat perkampungan Melayu, pekan dan bandar dengan kedai–kedai
Cina, buruh-buruh India di ladang getah, rumah panjang kaum Iban dan kampung kaum kadazan.
Hal ini merupak satu senario biasa yang boleh dilihat dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat
perlbagai kaum ini terpisah dan berbeza antara satu dengan yang lain. Corak pemisahan ini
melahirkan asas-asas dalam masalah perpaduan dan integrasi kaum. Pengasingan daripada segi
fizikal ini juga tidak membolehkan setiap kaum bercampur gaul, bermesra atau memahami
budaya dan adat resam kaum yang lain. Pemisahan fizikal ini menjadikan ikatan hubungan antara
kaum bertambah jauh ditambah lagi dengan adanya perbezaan-perbezaan lain seperti perbezaan
agama, pendidikan, akhbar, persatuan dan pengaruh politik di tanah asal mereka.
Pengasingan agama
Pada amnya setiap kaum dapat digolongkan kepada agama yang dianutinya. Orang Melayu
beragama Islam, orang India beragam Hindu dan orang Cina menganut agama Buddha, Kung Fu-
tze dan Lao tze. Bagaimanapun pembahagian agama kaum ini dibuat secara kasar dan tidak
mutlak kerana terdapat juga orang India yang menganut agama Islam, Kristian dan kaum India
dari keturunan Punjabi pula menganut agama Sikh. Banyak juga kaum Cina yang menganut
agama Kristian. Sementara kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak banyak yang beragama
Kristian.
5
Pengasingan sistem pendidikan
Pada asasnya, sistem pendidikan di negara ini berasaskan sistem yang telah ditinggalkan oleh
pihak British. Sistem tersebut mula diperkenalkan pada awal abad ke-19 iaitu pada peringkat awal
wujudnya Negeri-negeri Selat. Bagi orang Melayu, kerajaan British telah menitikberatkan tentang
dua bentuk pelajaran bagi mereka, iaitu pelajaran Melayu untuk orang Melayu biasa dan pelajaran
Inggeris untuk anak-anak Melayu daripada golongan bangsawan. Kecenderungan pihak British
terhadap pendidikan orang Melayu pada masa itu ialah kerana mengenangkan orang Melayu
adalah penduduk tetap negeri ini, sedangkan orang Cina dan India adalah kaum-kaum pendatang
yang akhirnya akan pulang ke negara asal mereka. Orang Melayu kebanyakkannya tinggal di
kampung. Sementara itu, sekolah-sekolah Inggeris untuk semua kaum pula didirikan di bandar-
bandar. Tidak banyak orang Melayu yang mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah
Inggeris. Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar dibuka bagi menyediakan pegawai-
pegawai pentadbir Melayu. Pada masa itu, hanya segelintir orang Melayu sahaja (kerabat diraja
dan bangsawan Melayu) yang mampu menghantar anak mereka bersekolah di maktab ini.
Di samping sekolah Melayu dan Inggeris, pihak British juga mendirikan sekolah Tamil di
ladang-ladang getah. Walaubagaimanapun, tuan-tuan punya ladang getah (yang terdiri daripada
orang Inggeris dan Eropah) tidak begitu bersungguh-sungguh memajukan pendidikan sekolah
Tamil. Oleh itu perkembangan pendidikan Tamil agak lembap. Walaupun guru- guru yang
mengajar di sekolah Tamil ini diambil dari India, tetapi mutu pengajaran mereka tetap rendah.
Tidak ada pelajaran peringkat menengah di sekolah Tamil. Justeru itu, lepasan sekolah Tamil
seperti juga dengan lepasan sekolah Melayu, tidak menjamin mereka untuk mencapai pekerjaan
lain selain menjadi buruh di ladang getah seperti ibu bapa mereka.
Berbeza dengan orang Melayu dan India, orang Cina mempunyai tradisi untuk
menghormati dan mementingkan pendidikan bagi anak-anak mereka. Di mana ada masyarakat
Cina, sekolah-sekolah turut dibina dan dibiayai oleh orang Cina yang kaya dalam kelompok itu.
Di samping itu, para guru dan buku teks yang diajar di sekolah- sekolah Cina didatangkan dari
negeri China dan murid-muridnya mempelajari perkara-perkara yang sama seperti pelajar-pelajar
di sana. Berbanding dengan sekolah-sekolah Melayu dan Tamil, pelajar Cina mendapat pelajaran
yang lebih tinggi di sekolah Cina. Sekolah Cina menyediakan pendidikan enam tahun di
peringkat sekolah rendah. Pelajaran menengah diadakan di sekolah-sekolah yang lebih besar, dan
banyak juga penuntut dari keluarga yang mampu telah menghantar anak mereka melanjutkan
pelajaran ke negeri China.
6
Fakta- fakta yang telah dijelaskan di atas menunjukkan bahawa aliran pendidikan
masyarakat pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu merupakan kuasa yang membantu
memisahkan lagi masyarakat pelbagai kaum di Malaya. Didapati bahawa aliran pendidikan yang
membolehkan tiga kaum (Melayu, Cina dan India) ini berhubung dan berinterkasi antara satu
sama lain ialah melalui pendidikan sekolah Inggeris. Satu perkara yang ketara ialah pendidikan
aliran Inggeris ini membekalkan pengalaman yang sama bagi mereka yang menuntut.
Pengalaman yang sama ini kelihatan dapat mengurangkan jurang pemisah antara kaum.
Kumpulan perlbagai kaum yang mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris seterusnya dapat
bekerjasama menjadi satu kumpulan yang agak penting dalam usaha menuntut kemerdekaan
negara ini kemudiannya. Walaupun pendidikan aliran Inggeris ini kelihatan mempunyai kesan
positif terhadap interaksi dan perpaduan perlbagai kaum di Tanah Melayu ketika itu, tetapi kesan
negatifnya juga dapat dirasai. Hal tersebut berlaku kerana mereka yang berpendidikan Inggeris ini
agak terpisah dengan budaya dan cara hidup kelompok asal masing-masing.
Kewujudan akhbar perlbagai bahasa
Akhbar merupakan salah satu media yang berkesan untuk memupuk perpaduan masyarakat.
Selain itu, akhbar juga nerupakan alat yang dapat meniupkan dan menyemarakkan semangat
perkauman di kalangan masyarakat perlbagai kaum. Keadaan ini memang berlaku dalam
masyarakat kita semasa penjahan British. Terdapat perlbagai akhbar yang diterbitkan bagi
memenuhi selera setiap kaum. Ada akhbar yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, Tamil, Cina,
Inggeris dan Punjabi.
Setiap akhbar hanya memberikan perhatian secara menyeluruh kepada kegiatan golongan
kaum tertentu sahaja. Misalnya akhbar berbahasa Cina lebih mengutamakan perkembangan dan
kejadian yang berlaku di China. Akhbar Tamil pula membesar dan menonjolkan berita di India.
Oleh itu kaum Cina dan India yang tinggal di Malaya merasakan adanya jalinan hubungan yang
rapat di antara mereka dan saudara mara mereka di Tanah Besar China dan India. Dalam isu
pendidikan sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, kita dapati hanya pendidikan Inggeris
merupakan aliran yang membolehkan ketiga-tiga kaum bercampur dan menimba ilmu di bawah
bumbung yang sama. Kita dapati juga hanya akhbar berbahasa Inggeris yang dibaca oleh semua
kaum di Malaya ketika itu. Walau bagaimanapun, akhbar-akhbar Inggeris ini pula tidak dapat
memainkan peranan yang sebenarnya dalam menyatu padukan masyarakat, kerana berita- berita
yang dimuatkan tidak memberatkan ke arah perpaduan kaum. Akhbar-akhbar Inggeris banyak
memberikan tumpuan ke arah perkembangan dan pemerintahan Inggeris sahaja. Akhbar -akhbar
perlbagai bahasa juga telah menjarakkan lagi jurang pemisahan antara kaum di Malaya. Setiap
7
kaum menonjolkan berita, budaya dan perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum
mereka sendiri dan di negara asal mereka. Ini menguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah
air dan kaum mereka sahaja. Perkembangan dan semangat yang sempit ini tidak dapat membantu
mereka memahami bahasa, budaya, sensitiviti kaum-kaum lain.
Kewujudan Persatuan pelbagai kaum
Di samping pelbagai aliran pendidikan, agama dan akhbar bagi memenuhi kehendak dan selera
setipa kaum, terdapat juga pelbagai persatuan kebajikan, sukan dan pertubuhan-pertubuhan sosial
lain yang ditubuhkan oleh setiap kaum bagi mengendalikan aktiviti kaum masing-masing.
Walaupun antara persatuan dan pertubuhan sosial tersebut terdapat pertembungan dan
perhubungan dengan persatuan kaum – kaum yang lain, tetapi pertemuan ini berlaku dalam
bentuk yang hanya menonjolkan identiti, persaingan dan semangat kekitaan kaum masing –
masing. Sebilangan besar persatuan ini diadakan khusus untuk kepentingan satu – satu kaum
sahaja. Misalnya terdapat Malay Club, Chinese dan Indian atau Ceylones Association di bandar-
bandar. Pada tahun 1937, misalnya orang India telah menubuhkan Persatuan India. Persatuan ini
telah membuat desakan terhadap kerajaan British supaya mengambil tindakan dalam membaiki
keadaan bekerja yang lebih baik bagi pekerja-pekerja India.
Selain persatuan untuk kebajikan sesuatu kaum, terdapat juga persatuan- persatuan sukan.
Pertandingan sukan persahabatan kerap dilakukan antara kaum, tetapi hubungan bersukan seperti
ini banyak berasaskan persaingan antara kaum. Keadaan ini boleh menggalakkan dan
menebalkan lagi semangat perkauman, kerana tiap-tiap kaum cuba untuk menaikkan dan
memenangkan persatuan sukan kaum mereka sahaja
Kemuncak kepada kesan Dasar Pecah dan Perintah Inggeris di Tanah Melayu
Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan
kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta
benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak
manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu-
isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa
orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti
Perikatan gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan
Dan DAP yang berjaya memeprolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala
Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang
Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap
8
penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah
peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah
mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah
menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang
telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah
ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk
mewujudkan keadaan sedemikian rupa.
Pada zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik
berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak
terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima
mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan perana yang
berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina
digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini
telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di
pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum
dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya
sentimen 13 Mei 1969.
Gambaran detik-detik 13 Mei 1969 secara ringkas ialah pada 13 Mei 1969 anggota Parti Gerakan
dan DAP yang telah berjaya memenangi sebanyak 35 kerusi dan berjaya menafikan majoriti dua
per tiga kerajaan Parti Perikatan telah mengadakan perarakan untuk meraikan kemenangan
mereka dalam pilihanraya tahun 1969. Ketika perarakan berlangsung mereka gagal mengawal
emosi hingga membangkitkan soal-soal sensitif seperti mempertikaikan ketuanan Melayu yang
dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dalam masa yang sama pihak komunis dan kongsi
gelap turut memainkan peranan mengeruhkan keadaan hingga berlaku cacian, provokasi dan
hinaan terhadap bangsa Melayu. Hal ini telah menimbulkan kemarahan yang amat sangat kaum
Melayu lalu mereka bertindak balas selepas sekumpulan Melayu diserang oleh sekumpulan Cina
dari Setapak. Orang Melayu yang bertindak balas ini ialah mereka yang mengikuti perarakan
anjuran UMNO Selangor yang diketuai oleh Datuk Harun Idris di Kampung Baru. Perarakan
yang dianjurkan oleh UMNO Selangor ini telah mendapat kelulusan daripada pihak polis kerana
beberapa sebab iaitu:
1. DAP dan gerakan telah mengadakan perarakan sama ada secara haram atau tidak sejak 11 Mei
1969 lagi
9
2. Perasaan Orang Melayu di ibu negara pada ketika itu selepas pilihanraya memuncak akibat
cacian yang berbaur perkauman dan jika ia dibatalkan ia akan mencetuskan rusuhan kaum.
3. Adalah difikirkan bahawa jaminan yang sebaik-baiknya untuk mencegah kekacauan ialah dengan membenarkan perarakan yang dijalankan secara rapi.
4. Janji Datuk Harun Idris dan pengikutnya untuk berarak secara aman. Serangan balas oleh Orang Melayu tersebut telah menimbulkan kekecohan yang akhirnya telah mengorbankan banyak nyawa serta telah menyebabkan kerugian harta benda yang banyak. Maka tercetuslah episod berdarah 13 Mei 1969 yang sehingga kini masih diperkatakan.
Dasar-Dasar Kerajaan Untuk Membentuk Perpaduan Yang Lebih Baik Selepas Peristiwa
13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif terhadap perpaduan rakyat Malaysia.
Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein menyedari akan hal ini kerana jika ia tidak
dibendung atau disekat ia akan mencetuskan satu situasi yang tidak diingini sekali lagi. Justeru
pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi maslah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk
untuk membina perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa.
1) Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang dua mata
iaitu:
Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum
Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan
golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara
kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati anatara
satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi
banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan
dan pesawah.
Penyusunan Semula Masyarakat
Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan
semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan
pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan
10
ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk
30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990. Selaras dengan usaha untuk
menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan
keberkesanan pelaksanaan DEB:
i) Meningkatkan pendapatan da taraf hidup golongan kurang berupaya.
ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu
iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti.
iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang baru di kalangan masyarakat
bumiputera.
v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas
untuk pelajar Bumiputera.
vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor
awam dan swasta.
Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut menggembleng
tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen DEB. Antara perbadanan
yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi kaum
Bumiputera ialah:
1. Permodalan Nasional Berhad (PNB).
2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
4. Bank Negara.
5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
6. Skim Amnah Saham Bumiputera.
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA).
8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).
Pencapaian DEB Setelah Tahun 1990.
Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat DEB tiba, DEB masih lagi
belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30
peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai seperti
purata pendapatn isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat
dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan.
11
2. Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor
laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan
Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat
Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum,
peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama.
3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak lari
daripada aspek kepelbagaian budaya anatara satu sama lain. Melalui dasar ini unsur-unsur
kebudayaan dapat digunakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan membina
negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia.
4 . Dasar Pembangunan Nasional (DPB)
Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad
pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi
tempoh tahun 1991-2000.
Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan untuk
mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil .
Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum.
Penutup
Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya banyak memberikan kesan
negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu sudut yang lain ia sebenarnya banyak
12
memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Melalui peristiwa berdarah itulah kita kini
dapat hidup dan membentk sebuah negara Malaysia yang aman damai, harmoni hinggakan
menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dapat hidup bersama
dalam keadaan dan suasana yang aman damai. Jika dilihat faktor berlakunya peristiwa 13 Mei
1969 kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang
mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka di Tanah
Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk
membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah
diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin.
Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas
sahaja peristiwa tersebut berlaku amak semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama
membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yag perlu
dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa
pun fahaman politik dan salig membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil.
Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang
sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya. Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan
satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan
kaum dan ia adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-
dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional serta wawasan
Rujukan
13
1. Negara Kita Untuk Peperiksaan Am Kerajaan, Tang Chee Yee, Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1993 ( mukasurat 71 – 97 )
2. Kenegaraan Malaysia : Isu – isu dalam pembinaan negara, Zulhilmi Paidi, Rohani Ab.
Ghani, PTS Publications & distributors Sdn Bhd, 2003 ( mukasurat 50 – 60 )
3. Malaysia Kita, INTAN, 1991 ( mukasurat 405 – 465 )
4. http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html
Kumpulan
MD RIZAL BIN ZAINUDDIN 2009921803 AS229/2END
14
Recommended