View
253
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1
DOA KEPADA ROH KUDUS
Datanglah Roh Kudus, Penuhi hati umatMu dan nyalakan dalam mereka api KasihMu. Utuslah Roh KudusMU ,Ya Tuhan, maka mereka akan dicipta semula dan Engkau akan memperbaharui muka bumi. Tuhan, dengan terang Roh Kudus Mu, Engkau telah mengajar hati umat Mu.Dengan semangat yang sama,bantulah kami agar dapat menikmati apa yang benar dan sentiasa bersukacita dalam penghiburan Mu
Datang dan tinggal dalam kami, O Roh Kudus, terangilah kami untuk merenungi, berkongsi dan menghidupi Sabda Mu dalam perjumpaan kami setiap hari dengan Mu, O Tuhan. Kami mohon ini melalui Kristus Tuhan kami . Amin .
2
MEI 2018
TEMA: HARAPAN – KELUARGA YANG DIKUASAI KRISTUS
(FAMILY POWERED IN CHRIST)
Doa Pembukaan: Jemput salah seorang untuk mempimpin doa
pembukaan dan doakan bersama Doa kepada Roh Kudus ( Mukasurat 1)
Pengenalan: Pengharapan tidak mengecewakan, kerana Kasih Allah
telah dicurahkan di dalam hati kita oleh Roh Kudus yang telah
dikaruniakan kepada kita (Rm 5:5). Keluarga yang dikuasai oleh Roh
Kristus akan menghidupkan cintakasih Allah di dalam dan melalui
kehidupan mereka. Orang di dunia mencari keluarga yang penuh
sukacita dan harapan. Cari hatiNya untuk mengetahui bagaimana dia
mahu menggunakan keluarga anda. Jangan menghalang orang yang
lemah. Bersedia untuk mendorong satu sama lain apabila Tuhan
mengarahkan keluarga anda menjadi saksi. Berdoalah secara
berterusan. Berikan hidup anda kepada kuasa-Nya dan tujuan-Nya dan
bersedia untuk melakukan kerja yang anda rasakan Tuhan sedang
persiapkan untuk keluarga anda.
LAGU PEMBUKAAN: HARI INI KURASA BAHAGIA
Hari ini kurasa bahagia Berkumpul bersama saudara seiman Tuhan Yesus t’lah satukan kita Tanpa memandang di antara kita
Bergandingan tangan dalam kasih Dalam satu hati Berjalan dalam terang kasih Tuhan Kau sahabatku, kau saudaraku Tiada yang dapat memisahkan kita
Fokus: Hubungan
Pesta: Pentakosta
Social Media Trend: #HEispower
3
DIALOG Mangkuk Kayu – Cerita yang menyentuh tentang keluarga, cinta, ibubapa & hubungan.
Seorang lelaki tua yang lemah pergi tinggal bersama anak lelakinya ,
menantunya perempuan dan cucu lelaki yang berusia 4 tahun. Tangan
lelaki tua itu bergegar, penglihatannya kabur dan langkahnya goyah.
Keluarga itu makan bersama setiap malam di meja makan. Tetapi
tangan lelaki orang tua yang bergegar dan penglihatan yang tidak baik
menyukarkannya untuk makan .Kacang pis di sudunya pun bergolek ke
lantai. Apabila dia memegang gelas, susu pun selalu tumpah pada alas
meja.
Anak lelaki dan menantu perempuan menjadi geram dengan kotoran. “
Kita perlu lakukan sesuatu terhadap datuk “ kata anak lelaki. Saya
sudah cukup dengan susu yang tumpah , makan bising dan makanan
di lantai. Maka si suami dan isteri menyediakan meja kecil di sudut.
Di meja itu datuk makan keseorangan manakala ahli keluarga yang lain
makan malam dengan gembira di meja makan. Sejak datuk terpecah
satu atau dua pingang hidangan, makanannya dihidangkan dalam
mangkuk kayu. Kadang kala bila keluarga itu melirik ke arah datuk itu,
ada airmata di matanya sambil makan sendirian.
Walau bagaimanapun, kata-kata yang diberikan oleh pasangan itu
adalah peringatan yang tajam apabila dia menjatuhkan garpu atau
makanan tumpah. Anak lelaki berusia empat tahun itu menyaksikan
semuanya dalam diam. Suatu petang sebelum makan malam, bapa
melihat anaknya bermain dengan sisa kayu di lantai. Dia bertanya
kepada kanak-kanak itu dengan lembut, “Apa yang kamu buat?”
Dengan lembut juga anak itu menjawab. “ Oh saya membuat mangkuk
untuk ayah dan mama bila makan”. Anak empat tahun itu tersenyum
dan kembali bekerja .
Kata-kata itu menyentuh hati ibu bapanya sehingga mereka tidak berkata – kata lagi. Airmata mula mengalir ke pipi mereka. Meskipun tiada perkataan yang diucapkan, mereka tahu apa yang harus dilakukan. Pada petang itu si suami mengambil tangan datuk dan
4
perlahan – lahan membawanya kembali ke meja makan keluarga dan begitulah seterusnya setiap kali makan dengan keluarga. Maka dengan itu suami atau isteri tidak ambil peduli apabila garpu jatuh, susu atau alas meja kotor. Berkongsilah dengan orang lain yang disebelah anda. Berkongsi
lagi untuk kali kedua dengan orang lain
Bagaimanakah anak lelaki 4 tahun itu membawa harapan
antara ibubapanya dan datuknya?
Berdasarkan pengalaman anda sendiri , bagaimanakah Kristus
menguatkan hubungan di dalam keluarga anda?
PENDALAMAN Teks Alkitab : 1 Korintus 13 : 4 -7
1. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali 2. Baca sendiri serta resapi Sabda Allah dalam keheningan. 3. Apakah perkataan , frasa atau ayat yang menarik perhatian
anda?(Sila tuliskan) _______________________________________________
4. Apakah yang dikatakan oleh oleh Roh Kudus kepada saya? (Sila tuliskan) ___________________________________________________
5. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4&5.
TINDAKAN
Baca dan renungkan “ Makanan untuk perjalanan”Evangeli Gaudium
No. 49 (Muka surat seterusnya )
1. Sebagai sebuah keluarga, berdoalah rosario di rumah masing-
masing selama 7 hari berturut – turut.
2. Sebagai KED, lakukan lawatan & berdoa untuk warga tua & yang
sakit di rumah mereka, rumah penjagaan yang berdekatan atau
rumah orang tua.
5
Doa penutup: Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa
penutup.
Lagu penutup : SALAM MARIA
Salam Maria rahmat Tuhan sertamu Bunda Yesus Kristus, Doakanlah kami Salam Maria.. engkau bunda gereja Lindungilah kami.. doakan putramu Salam Maria.. ratu surga dan bumi Terpujilah engkau.. di sepanjang masa
MAKANAN UNTUK PERJALANAN: ( Pelayan Gereja yang bergerak
keluar)
Dokumen Gereja Evangelii Gaudium, Sukacita Injil, no. 49
Maka marilah kita bergerak keluar, marilah kita bergerak keluar menawarkan kepada setiap orang hidup Yesus Kristus. Di sini saya mengulangi bagi seluruh Gereja apa yang telah selalu saya katakan para Imam dan umat awam di Buenos Aires:
Saya lebih menyukai Gereja yang lebam, terluka dan kotor kerana telah keluar di jalan – jalan , daripada Gereja yang sakit kerana menutup diri dan nyaman melekat pada rasa amannya sendiri.
Saya tidak menginginkan Gereja yang bercita – cita menjadi pusat dan akhirnya terperangkap dalam jerat obsesi dan prosedur.
Kalau ada suatu yang harus dan pantasmenyusahkan kita atau mengusik hati nurani kita, hal itu adalah kenyataan bahawa begitu ramai saudara – saudari kita hidup tanpa kekuatan, terang dan penghiburan yang lahir dari persahabatan dengan Yesus Kristus, tanpa komunitas iman yang mendukung mereka, tanpa makn dan tujuan hidup.
Lebih daripada perasaan takut tersesat. Saya berharap bahawa kita akan digerakkan oleh perasaan takut tetap tertutup dan struktur – skruktur yang memberikan kita rasa aman palsu dalam peraturan – peraturan yang menjadikan kita hakim – hakim yang kejam, dalam kebiasaan – kebiasaan yang membuat kita merasa aman, semantara di luar pintu kita orang sedang kelaparan dan Yesus tak lelah – lelahnya bersabda kepada kita. “Kamu harus memberi mereka makan” (Mrk. 6: 37 ).
6
JUN 2018
TEMA: HARAPAN – AMBIL, PECAHKAN, BERIKAN DALAM
KRISTUS (TAKE, BREAK, GIVE IN CHRIST)
Doa Pembukaan: Jemput salah seorang untuk mempimpin doa
pembukaan dan doakan bersama Doa kepada Roh Kudus ( Mukasurat 1)
Pengenalan: Kita menerima (mengambil) karunia hidup dari Bapa kita
dengan percuma, dan di dalam Kristus kita bersyukur kepada Pemberi
Hidup kita. Dalam perjalanan hidup ini, kita mengalami patah hati,
disembuhkan, dan bangkit kembali hidup yang baru. Kita kongsikan
{memberi} pemberian Tuhan - waktu, bakat, dan sumber daya kita
dengan orang lain.
Ambil, pecahkan, berikan dalam Kristus adalah gerakan yang
menandakan hidup kita sebagai murid yang memiliki harapan. Semoga
hidup kita sehari - hari beransur-ansur menjadi ucapan syukur kepada
Allah Tritunggal.. Berkat dan memuji Kehadiran Ilahi membawa kita ke
dalam perhubungan intim dengan Roh dalam Kristus dan satu sama
lain.
Lagu Pembukaan : Mahukah kau jadi roti
Maukah kau jadi roti yang terpecah bagiKu Maukah kau jadi anggur yang tercurah bagiku Maukah kau jadi saksi memb'ritakan injilKu Melayani mengasihi lebih sungguh
Aku mau jadi roti yang terpecah bagiMu Aku mau jadi anggur yang tercurah bagiMu Aku mau jadi saksi memb'ritakan injilMu Melayani mengasihi lebih sungguh
Fokus: Misi.
Pesta: Tubuh dan darah Kristus
Social Media Trend: #HEislife
7
DIALOG
Berikut adalah tiga cerita mengenai kehidupan orang yang cuba mengalami misi seperti Kristus menjadi murid memiliki harapan:
1. Betty tinggal di rumah orang tua. Dia berjalan perlahan-lahan dengan firasat dan lemah kerana kesakitan lutut dan belakangnya. Semasa dia berjalan dia sering menaikkan kepalanya sedikit untuk menyapa orang yang lalu di depan nya dengan senyuman diwajahnya. Suatu hari dia di tanya, bagaimana dia menghadapi kesakitan itu, dengan senyuman di wajahnya, dia berkata sambil tersenyum. '' Apabila kita sudah dewasa, kita tidak boleh mengelak dari kesakitan . Tetapi Kristus menderita beberapa kali lebih banyak, kerana Dia mengasihi kita. Saya memberitahu diri saya sendiri, bahawa saya mahu mengikuti Kristus. Saya menghadiri misa walaupun sakit. Bukankah lebih baik tersenyum daripada memarahi orang? ''.
2. Simon adalah bapa kepada tiga orang anak perempuan. Isteri nya Alice, adalah seorang surirumah. Salah seorang daripada anak perempuannya cacat yang memerlukan banyak perhatian. Setiap hari adalah perjuangan bagi pasangan ini. Bagi Simon, selain berkerja sebagai penyelia projek, beliau menitikberatkan keperluan keluarga. Dia sering menemani anak perempuannya sebelum tidur. Dia bercerita, berkongsi jenaka dan bermain dengan mereka. Sudah tentu ada kalanya dia tidak sabar dan memarahi anak-anaknya. Dia cuba untuk mengurangkan hiburan sosial untuk menghabiskan masa bersama anak perempuannya yang cacat. Alice menjalankan rutin hariannya dengan rasa tanggungjawab. Dia sedaya upaya menjaga sendiri anak perempuannya yang cacat.dan membiarkan perkerjaan rumah yang lain dilakukan oleh pembantu.Pada hari Ahad, mereka adalah antara yang terawal berada di gereja. Simon dan Alice berkata Ekaristi memberi mereka kekuatan untuk memelihara keluarga di tengah -tengah cabaran dan kesulitan.
8
3. Janice dan Jerry adalah adik beradik.Janice berkerja sebagai
guru Tadika. Dia sering menjangkau ibu bapa anak-anak di kelasnya dan cuba memperbaiki hubungan ibu bapa dan anak.Dia mengatakan bahawa ia patut berusaha lebih seperti yang diajar oleh Kristus untuk membantu kanak – kanak dalam tahun-tahun pertumbuhan mereka. Jerry adalah seorang pelajar kolej. Didorong oleh kakaknya, dia terlibat dalam banyak program “Outreach” (Menjangkau) yang dianjurkan oleh paroki. Semasa dia berjalan dengan orang-orang yang miskin dan yang menderitaan, dia menyedari bahawa dia boleh menjadi murid harapan kepada orang-orang yang kurang bernasib baik. Sekarang dia membawa rakan-rakannya juga terlibat. Dia mengatakan bahawa menjangkau, membantu dia mengalami Kristus di kalangan orang miskin. Jadi, dia ingin mempelajari lebih lanjut tentang kitab-kitab sekarang.
Berkongsi dengan orang disebelah anda . Berkongsi lagi
kedua kali dengan orang lain
Bagaimana orang yang berlainan dalam cerita diatas
“mengambil “ Memecahkan dan ‘ memberikan’Kristus kepada
orang lain?
Berdasarkan pengalaman anda sendiri, bagaimana pentingnya Ekaristi menjadi sumber rahmat dan kekuatan dalam hidup anda sendiri?
PENDALAMAN Teks Alkitab : Kol 1:9-12
1. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali
2. Baca sendiri serta resapi Sabda Allah dalam keheningan.
3. Apakah perkataan , frasa atau ayat yang menarik perhatian
anda?(Sila tuliskan)
________________________________________________
________________________________________________
9
4. Apakah yang dikatakan oleh oleh Roh Kudus kepada saya?
(Sila tuliskan)
________________________________________________
________________________________________________
5. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4&5.
TINDAKAN
Bila orang menerima Tubuh Kristus dalam cerita di atas dan
membawanya ke mana sahaja mereka pergi .
1. Berikan cara bagaimana anda sebagai : Individu, keluarga dan
KED menjangkau untuk memberikan pelayanan seperti Kristus
kepada orang miskin di sekitar anda.
2. Laporkan aktiviti yang KED lakukan bulan lepas. Apakah
tindakan yang baru akan dilakukan pada bulan ini?
Doa penutup: Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa
penutup.
Lagu Penutup : IMANI EKARISTI
Mist`ri penyelamatanMu Kami Imani, Perjalanan Kudus, kami raya kan Mengenangkan pengorbananMu, Yang selamatkan kami. Bridge:
Tubuh dan Darah Kristus, Menyatukan kami di dalamMu, S`bagai gereja yang padu Kor : Doa kami padaMu Bapa Curahkan kuasa Roh Kudus, `tuk teguhkan iman umatMu, Menyedari kehadiranMu dalam Ekaristi
10
Makanan untuk perjalanan (Yesus meninggakan ibunya
menjadi ibu kita)
Dokumen Gereja Evangelii Gaudium, Sukacita Injil,l, no. 285
Di kayu salib ketika Yesus dalam ketubuhan-Nya, menderita perjumpaan
dramatis antara dosa dunia dan kerahiman Allah, Dia dapat melihat di kaki-
Nya kehadiran yang menghibur dari ibu – Nya dan sahabat-Nya. Pada saat
yang genting ,sebelum sepenuhnya menuntaskan karya yang telah
dipercayakan Bapa-Nya kepada-Nya, Yesus berkata kepad Maria: “Ibu
inilah anakmu”. Kemudian, Dia berkata kepada murid kesayangan-Nya:
“inilah ibumu”(Yoh.19:26-27) Kata-kata Yesus menjelang wafat-Nya ini tidak
pertama-tama mengungkapkan kepeduliaan bela rasa-Nya kepad ibu-Nya;
melainkan lebih –lebih adalah rumusan pewahyuan yang menunjukkan
misteri perutusan istimewa yang menyelamatkan. Yesus meninggalkan
pada kita ibu-Nya untuk menjadi ibu kita. Hanya setelah melakukan hal itu,
Yesus tahu bahawa “segala sesuatu telah selesai”(Yoh. 19:28), Di kaki salib,
pada saat puncak ciptaan baru, Kristus membimbing kita kepad Maria Dia
membawa kita kepadanya kerana Dia tidak menginginkan kita berjalan
tanpa seorang ibu dan umat membaca dalam citra keibuan ini semua misteri
Injil. Tuhan tidak ingin meninggalkan gereja tanpa ikon perempuan ini.
Maria yang melahirkan-Nya ke dunia dengan iman yang besar, juga
menyertai “ keturunan yang lain, yang menuruti hukum-hukum Allah dan
memiliki kesaksian Yesus.(Why.12:17) Hubungan erat antara Maria, Gereja
dan setiap orang beriman, berdasarkan fakta bahawa masing-masing
dengan cara sendiri telah melahirkan Kristus, dilukiskan dengan indah oleh
Beato Isaac dari Stella . “ Dalam Kitab suci diwahyukan secara ilahi, apa
yang dimaksudkan umum oleh Gereja , Perawan dan Bonda, dimaksudkan
secara khusus tentang Perawan Maria..Dengan demikian, setiap jiwa yang
setia juga menjadi pengantin sabda Allah, Ibu Kristus, puteri dan saudari
yang sekaligus perawan dan ibu yang subur…Kristus telah tinggal dalam
tabernakel iman Gereja sampai akhir zaman dan dalam pengetahuan dan
kasih setiap jiwa yang setia sepanjang segala abad”
11
JULAI 2018
TEMA: HARAPAN – AKU MENJADI SEMUA DALAM
KRISTUS (I BECOME ALL THINGS IN CHRIST)
Doa Pembukaan: : Jemput salah seorang untuk mempimpin doa
pembukaan kemudian doakan bersama Doa kepada Roh Kudus ( Mukasurat 1)
Pengenalan: Rasul Paulus menyesuaikan ajarannya kepada pemikiran dan budaya masyarakat tempatan supaya dia mampu mendekatkan diri dengan maysarakat.Sebagai seorang Yahudi yang warak, dia menggunakan undang-undang untuk berbicara dengan masyarakat Yahudi; kepada bangsa-bangsa lain, dia mampu menarik mereka dengan hati nurani dan budayanya. Matlamat Paulus ialah untuk menarik umat kepada Kristus; untuk
menyelamatkan umat manusia; dan mengalami kebaikan Injil bagi
dirinnya. Kebebasan Apostolik baginya ialah kebebasan untuk
mencintai dan melayani di dalam cara yang konstruktif dan kreatif.
Lagu Pembukaan: Oh SabdaMu Tuhan (Song of a Young Prophet)
Cho: Oh FirmanMu Tuhan, dalam hatiku
Oh FirmanMu Tuhan, penuh jiwaku.
Sebelum engkau dikandung, Aku tahu engkau,engkau milik Aku
Bila engkau dilahir, Aku panggil engkau, itulah Aku
Aku tahu engkau kecil, Aku pimpin engkau, engkau kenal Aku
Engkau ku suruh berjalan, khabarkan firman – Ku, dengarkanlah
Di mana engkau berjalan, kuasa- Ku denganmu, engkau tak sendiri
Dalam segala susahmu, Aku pun melihat,, itu firman – Ku.
Fokus: Diri
Pesta: MInggu Alkitab
Social Media Trend: #HEistheword
12
DIALOG
Semasa konklaf (perjumpaan untuk pemilihan Paus)terakhir seorang kardinal daripada Ghana, Kardinal Peter Turkson teringat akan sesuatu, “Sebaik bermulanya konklaf tersebut, apabila semua kardinal berkumpul, kami berkongsi pandangan masing-masing. Ternyata ada sesuatu perasaan: ‘Marilah dapatkan suatu perubahan’. Perasaan tersebut amat kuat di dalam, suatu keinginan untuk berubah sememangnya disana.
“Kardinal Bergoglio (kini Paus Fransiskus) sememangnya tidak dikenali oleh kebanyakan mereka yang ada disitu pada waktu tersebut” Turkson kemudian berkata “Selepas itu, dia berbicara- ia seperti manifesto dirinya sendiri. Dia memberi nasihat kepada kami yang berada di situ untuk berfikir tentang Gereja yang keluar ke pinggiran - bukan hanya secara geografi tetapi juga ke pinggiran kewujudan manusia.
Bagi dia, Injil menjemput kita untuk bersifat sensitif. Itu ialah sumbangannya. Dan ia membawa sesuatu kesegaran didalam pelayanan pastoral, sesuatu pengalaman berlainan dalam menjaga umat Tuhan.
Berkongsi dengan orang disebelah anda . Berkongsi lagi kedua
kali dengan orang lain
1. Sejak pemilihannya, apakah cara Paus Fransiskus
menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang menjangkau
kepada orang daripada berlainan bangsa, agama, taraf sosial
dan ekonomi?
2. Apakah cara KED anda bertindak dalam panggilan Gereja
untuk menjangkau pada umat yang dipinggirkan – yang miskin,
tertindas, yang tua, kesunyian dan sebagainya?
PENDALAMAN
Teks Alkitab: 1 Korintus 9:19-23
1. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali
2. Baca sendiri serta resapi Sabda Allah dalam keheningan.
13
3. Apakah perkataan , frasa atau ayat yang menarik perhatian
anda?(Sila tuliskan)
________________________________________________
________________________________________________
4. Apakah yang dikatakan oleh oleh Roh Kudus kepada saya?
(Sila tuliskan)
________________________________________________
________________________________________________
5. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4&5.
TINDAKAN
Teks Alkitab menjemput kita untuk memberi respons kepada Tuhan yang Menyayangi yang menyelamatkan kita, untuk melihat Tuhan di dalam orang lain dan untuk mengubah diri kita untuk mengikuti peribadi mulia dalam orang lain.
1. Sebagai seorang individu, bagaimana anda akan menjangkau kepada umat yang dipinggirkan?
2. Bagaimanakah dalam cara kecil, anda dapat buat untuk “menjadi semua perkara untuk semua orang” di dalam KED dan masyarakat?
Doa Penutup:Jemput seorang ahli KED untuk memimpin doa penutup.
Lagu Penutup: Jangan Lelah
Jangan lelah bekerja di ladang-Nya Tuhan Roh Kudus beri kekuatan Yang mengajar dan menompang Tiada lelah bekerja bersama-Mu Tuhan Yang selalu mencukupka....an Atas segalanya Cho: Ratakan tanah bergelombang Timbunkanlah tanah yang berlubang Menjadi siap dibangun Di atas dasar iman 2x
14
Makanan untuk Perjalanan: (Jawapan kepada Allah Maha Pengasih)
Dokumen GerejaEvangelii Gaudium, Sukacita Injil, no. 39
Oleh kerana kebajikan-kebajikan itu layaknya suatu kesatuan
organik, tak satu pun dari mereka dapat disisihkan atau ditolak
dari pemahaman Kristiani yang ideal. Artinya, tidak ada satu
pun kebenaran yang boleh disangkal. Keutuhan warta Injil
tidak boleh dirosakkan.
Setiap kebenaran hanya boleh difahami secara lebih baik jika
dihubungkan dengan totalitas yang selaras dari warta
Kristiani. Dalam konteks ini semua kebenaran adalah penting
dan saling menjelaskan. Jika suatu khutbah setia pada Injil,
pusat dari kebenaran-kebenaran akan terungkap secara jelas
dan nyata.
Menjadi jelas pula bahawa moral Kristiani bukanlah sebentuk
stoitisme atau penyangkalan diri atau hanya satu bentuk
filsafat praktis atau satu daftar dosa-dosa serta kesalahan.
Injil, sebagai yang terutama, menjemput kita supaya melihat
Allah di dalam diri sesama. Oleh kerana telah menemukan
Allah, pada gilirannya kita sanggup pergi keluar dari diri kita
untuk mengusahakan kebaikan untuk sesama. Ajakan Injil ini
tidak akan pernah hilang dalam situasi apa pun!
Semua kebajikan bermanfaat untuk membantu menanggapi
kasih Allah itu. Jika ajakan Injil itu tidak memancar dengan
kuat dan tidak menarik hati, bangunan ajaran moral Gereja
terancam akan menjadi seperti sebuah istana kertas. Itulah
risiko kita yang terbesar. Jika situasi itu terjadi, bererti
bukanlah Injil yang diwartakan, melainkan sekadar pokok-
pokok doktrin dan moral tertentu yang disandarkan pada
pilihan-pilihan ideologis. Warta Injil tersebut berlari pada jalur
risiko yang membuatnya kehilangan kesegarannya dan akan
berhenti memiliki ‘keharuman Injil’.
15
OGOS 2018
TEMA : HARAPAN - JANGAN TAKUT KITA ADALAH MILIK KRISTUS BERSAMA MARIA (DO NOT BE AFRAID WE BELONG TO CHRIST WITH MARY)
Doa Pembukaan: Jemput seorang ahli KED untuk memimpin doa pembukaan, kemudian berdoa bersama Doa kepada Roh Kudus (Halaman 1)
Pengenalan: Kita tidak perlu takut kerana Tuhan ada bersama kita.
Dia telah menjalin hubungan dengan kita. Kita boleh berhubung
dengan bonda Maria kerana ini juga kata-kata yang diucapkan oleh
Malaikat itu kepada dia. Paus Fransiskus berkata , "Jangan takut,
kerana saya bersama mu". Marilah kita komunikasikan harapan dan
kepercayaan ini pada masa kini.
Lagu Pembukaan : Yesus sahabat sejati Yesus sahabat sejati yang membrikan sentosa Tiap hal boleh kubawa dalam doa padaNya Bila hatiku gelisah aku salah dan lemah kerna lalai serahkan hidup dalam doa padaNya
Jika oleh pencobaan kacau balau hidupmu Jangan lagi putus asa pada Tuhan berseru Yesus kawan yang setia tidak ada taranya Ia tahu kelemahanmu naikkan doa padaNya
Adakah hatimu susah berbeban serta lelah Yesuslah pelindung kita naikkan doa padaNya Walau handai ta' setia Yesus kawan yang baka Ia mau menghibur kita naikkan doa padaNYa
Fokus: Relationship
Pesta: Bonda Maria diangkat ke Surga
Social Media Trend: #HEiscourage
16
DIALOG Renungan harapan dalam Maria diangkat ke Surga Seluruh kehidupan Bonda Maria di bumi adalah sebuah perjalanan harapan. Maria sangat bergantung pada janji-janji Allah. Dia tidak terkecuali daripada godaan. Harapannya diuji jauh melebihi apapun, yang kita alami tapi Maria setia sampai akhir. Di dalam Maria, sesungguhnya Tuhan telah "mengangkat orang yang
rendah hati (Luk1:52)" dan semua dipanggil untuk mengikuti teladan
kasih sayang yang rendah hati, taat dan kesetiaan yang tidak goyah
supaya sama seperti dia, semua dapat bergembira dalam kehidupan
kekal Allah tritunggal . Maria diangkat ke Surga adalah tanda harapan
bagi semua yang menjadi milik Tubuh Kristus melalui pembaptisan.
“Kematian bukanlah perkataan terakhir kerana Engkau tidak akan
membiarkan aku mati, orang yang Engkau kasihi tidak Kaubiarkan
binasa. (Mazmur 16:10) "
Jika kita membiarkan diri kita dijagai oleh Tuhan dan memiliki
pengharapan bahwa kita adalah milik Kristus, maka kita dapat bebas
mencintai seperti Maria yang adalah ibu pengharapan. Sewaktu kita
merenungkan misteri Maria diangkat ke surga, bersamanya kita berdoa
dengan yakin mengungkapkan harapan kita bahwa, suatu hari nanti
kita akan bergabung dengannya dan anaknya dalam kemuliaan
penglihatan yang indah. Jadi, mari kita tidak melihat keadaan yang kita
dihadapi , tapi lihatlah janji harapan dalam karya Kristus.
Berkongsi dengan orang disebelah anda . Berkongsi lagi kedua
kali dengan orang lain
1. Bagaimanakah anda boleh menjadi seorang yang memiliki
pengharapan seperti Maria? 2. Bagaimanakah kita memberi sokongan dan dorongan kepada
mereka yang memerlukan harapan dalam kehidupannya?
17
PENDALAMAN
Teks Alkitab: Ulangan 31:8
1. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali
2. Baca sendiri serta resapi Sabda Allah dalam keheningan.
3. Apakah perkataan , frasa atau ayat yang menarik perhatian
anda?(Sila tuliskan)
________________________________________________
________________________________________________
4. Apakah yang dikatakan oleh oleh Roh Kudus kepada saya?
(Sila tuliskan)
________________________________________________
________________________________________________
5. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4&5.
TINDAKAN
Meniru Maria, Bunda harapan kita, kita membangun hubungan satu sama lain..
Dalam hubungan keluarga anda , bahagian manakah anda mahu meniru Maria , bunda Harapan kita?
Sebagai satu komuniti ,apakah yang ingin dilakukan untuk berkongsi kasih dan membawa harapan kepada yang memerlukan?
Doa penutup: Jemput seorang untuk memimpin doa penutup Lagu penutup : AVE MARIA
Engkau yang dipilih Allah Bapa di syurga Untuk melahirkan Putra-Nya yang kudus Engkaulah Bunda Kristus Bunda Sang Penebus s'gala dosa manusia
18
Bunda Maria, p'rawan yang tiada bernoda Hatimu bersinar putih tiada bercela
Engkau Bunda Almasih Yang diangkat ke syurga penuh kemuliaan Cho: Ave Maria, Ave Maria Terpujilah, Bunda, terpuji namamu s’panjang s’gala masa Ave Maria, Ave Maria
Makanan untuk perjalanan:
( Biarkan Maria menemani dalam perjalanan evangelisasi kita)
Dokumen gereja Evangelii Gaudium, Sukacita Injil, no. 287
Kepada Bonda Injil yang hidup marilah kita mohon supaya menjadi perantara agar undangan menuju tahap baru evangelisasi ini akan diterima oleh seluruh komunitas gerejawi.
Maria adalah perempuan iman yang hidup dan berkembang dalam iman. Dan “ peziarahan imannya yang luar biasa itu merupakan titik acuan yang terus – menerus bagi gereja” Maria membiarkan dirinya dibimbing oleh Roh Kudus melintasi perjalanan iman menuju tujuan pelayanan dan kesuburan.
Saat ini kita memandangnya dan memohon padanya agar membantu kita mewartakan pesan keselamatan kepada semua orang dan agar memampukan para murid baru menjadi para pewarta iman yang giat.
Sepanjang peziarahan evangelisasi ini kita akan mengalami saat – saat kegersangan, kegelapan dan bahkan keletihan seperti yang dialami oleh Mari dalam tahun masa kanak –kanak Yesus di Nazaret. “ Inilah permulaan Injil, Kabar Baik ynag menggembirakan.
19
Namun tidak sulit untuk mengamati pada permulaan itu suatu beban hati yang luar biasa dikaitkan dengan semacam “ kegelapan iman” untu menggunakan kata – kata Santo Yohanes salib – semacam “selubung” yang harus disingkapkan orang untuk menghampiri Yang Tak Terlihat dan hidup secara erat dengan misteri. Sesungguhnya, dengan cara inilah Maria selama bertahun –tahun tinggal dalam hubungan erat dengan misteri Puteranya dan terus maju dalam peziarahan imannya.
20
KED,PILIHAN KEUSKUPAN
“Pilihan Keuskupan 4E katolik bersama Gereja sebagai
persekutuan Keluarga dan KED
Teks Alkitab - Luk 4:17-21 & Yoh 13:1-16
KED berfungsi dengan cara dinamik melalui:
Komuniti yang membina hubungan –Kami DITEMUI oleh Kristus didalam pertemuan Keluarga kejiranan kami
Eklesia yang memasuki Dialog –Kami DISEDARKAN oleh Sabda Allah
Diutus oleh Kristus – Kami DIPEMBERDAYAKAN oleh apa yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada kami
Solidaritas dalam melayani – Kami mengambil bahagian dalam PENGINJILAN sebagai murid Kristus dalam harapan dan sukacita.
1. KED MJD MENFOKUSKAN
a) PERIBADI YANG MENJADI 4e KATOLIK
b) KOMUNITI YANG MENJADI KELUARGA BAGI SEMUA KELUARGA
3. KED MJD MENCIPTAKAN SEMANGAT KEKELUARGA DENGAN KREATIF,INKLUSIF & INISIATIF PEMBINA ‘JAMBATAN’.
4. KED MJD MENJADI MISIONARIS MELALUI
a.Kesaksian hidup, b.Pelayanan untuk
kemanusiaan, c. Dialog antaragama, d. Doa, Liturgi dan sakramen, e. Pewarta injil yang jelas
2.KED MJD MENCIPTAKAN PENGALAMAN 1st E : PENGALAMAN BERDOA 2ndE : PENGALAMAN MEMPELAJARI 3rd E: PENGALAMAN BERTUMBUH 4th E: PENGALAMAN UNTUK MENJANGKAU
Recommended