View
321
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN MEJA MAKMAL
LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
DARI PERSPEKTIF PELAJAR
SITI RAFEAH BINTI MOHAMED ZAKUAN
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2003
ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN MEJA MAKMAL
LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
DARI PERSPEKTIF PELAJAR
SITI RAFEAH BINTI MOHAMED ZAKUAN
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi
Sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
SEPTEMBER 2003
ii
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Untuk ayah yang dihormati
Jasamu sumber kejayaanku
Untuk ibu yang disanjungi
Kasih sayangmu kekuatan buatku
Untuk kakak yang dikasihi
Kejayaanmu pemangkin semangatku
Untuk adik-adik yang diingati
Kejayaanku ini cabaran buat kalian
Untuk suami yang tercinta
Kejayaan ini adalah untuk kita bersama
Untuk putera dan puteriku yang disayangi
Teruskan jalan yang ku rintis ini sehingga kepuncak jaya
Untuk semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan
Segala jasa, doa dan sokongan kalian
Akan dikenang selamanya
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi pujian dan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan
keizinan dan rahmat dariNya, dapat saya menyelesaikan projek ini dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada
pembimbing saya iaitu Encik Yusri bin Kamin diatas kesabaran beliau memberi tunjuk
ajar, bimbingan dan dorongan kepada saya sepanjang projek ini dijalankan. Tanpa
bimbingan ikhlas beliau, projek ini mungkin tidak akan berhasil.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengetua
Sekolah Menengah Teknik Klang, Sekolah Menengah Teknik Shah Alam dan Sekolah
Menengah Teknik Johor Bahru diatas kesudian mereka menerima kedatangan saya ke
sekolah berkenaan dan seterusnya membenarkan kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga
kepada guru-guru panitia Lukisan Kejuruteraan dan guru-guru mata pelajaran tersebut
diatas kerjasama yang telah diberikan. Kerjasama yang diberikan amat saya sanjungi
dan hargai.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan
memberikan semangat di sepanjang tempoh projek ini disiapkan.
Penghargaan ini juga ingin dirakamkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat
samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan penyelidikan
ini.
v
ABSTRAK
Kajian ergonomik terhadap kerusi dan meja makmal lukisan kejuruteraan
bertujuan untuk mengetahui dan mengumpul data mengenai rekabentuk kerusi dan meja
di bilik lukisan sekolah yang tidak menekankan aspek ergonomik yang berkaitan
dengan kesihatan, keselamatan, keselesaan dan kecekapan pelajar yang
menggunakannya. Kaedah yang digunakan adalah berbentuk penyelidikan deskriptif
yang menggunakan soal selidik bagi meninjau aspek ergonomik daripada pandangan
pelajar dan pengukuran secara langsung oleh pengkaji. Seramai 200 responden terlibat
sepanjang kajian ini berlangsung. Sampel yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar
dari tiga buah Sekolah Menengah Teknik sekitar Selangor dan Johor Bahru. Kesemua
data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For
Social Science). Hasil kajian mendapati terdapat banyak kelemahan yang perlu diberi
perhatian bukan sahaja terhadap rekabentuk kerusi dan meja tersebut tetapi juga
mengenai makmal lukisan yang jarang digunakan. Ini perlu diberi perhatian agar
kemudahan yang dibekalkan dimanfaatkan sebaik mungkin. Beberapa cadangan telah
dikemukakan sebagai panduan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada.
Sebagai rumusannya, dapatan menunjukkan bahawa rekabentuk kerusi dan meja yang
dikaji kurang mempunyai aspek ergonomik yang sangat diperlukan di sekolah-sekolah
untuk mengelakkan kesan jangka panjang berlaku antaranya kesakitan tulang belakang,
kekurangan efisen, pembentukan postur yang tidak normal dan sebagainya.
vi
ABSTRACT
This ergonomic research is to investigate the design of chairs and tables in
technical school drawing laboratories. The study collected data to gather information
about school art laboratory that did not consider the ergonomic aspect, such as comfort,
safety, health and efficiency. This is a descriptive research that uses questionnaire to
find out students opinion on ergonomic aspects and direct measurement of chairs and
tables by the researcher. About 200 students from technical schools around Selangor
and Johor Bahru were involved in this research as respondents. The data collected were
analyzed using SPSS PC computer software. The result showed that there are many
weaknesses concerning the furniture design and the questionnaire revealed that many of
the laboratories were not frequently used. Some suggestions are made to overcome the
weaknesses stated. The schools need furniture with good ergonomic aspects in order to
prevent the long term effect such as back bone problems that lead to an abnormal
posture, lack of efficiency and other related problems. Generally, the findings indicated
that those aspects were lacking and not given much attention.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Terminologi 8
viii
1.9 Kesimpulan 11
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 13
2.3 Komponen-komponen Ergonomik 14
2.3.1 Keadaan Fisiologi dan Persekitaran Kerja 14
2.3.2 Antropometrik dan Biomekanik 15
2.3.3 Faktor Kemanusiaan dan Human
Engineering 16
2.4 Faktor-faktor Rekabentuk 17 2.4.1 Ketinggian Kerusi 19
2.4.2 Penyandar 20
2.5 Ciri-ciri Ergonomik dalam Rekabentuk
Kerusi Meja 22
BAB III METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Populasi Kajian 26
3.4 Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 27
ix
3.5.1 Soal Selidik 27
3.5.2 Merancang Soal Selidik 29
3.6 Kajian Rintis 30
3.7 Prosedur Kajian 31
3.8 Analisis Data 32
3.9 Penutup 33
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Data 35
Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden
Bahagian B&C: Analisis Persoalan Kajian
4.2.1 Dapatan Persoalan Kajian 1:
Adakah pelajar merasa selesa dengan
kerusi dan meja di bilik LK? 39
4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 2:
Adakah pelajar merasa selamat ketika
menggunakan kerusi dan meja di bilik LK? 41
4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 3:
Adakah kerusi dan meja yang terdapat
dalam bilik LK bersifat mesra pengguna? 43
4.2.4 Dapatan Persoalan Kajian 4:
Adakah pelajar mangalami kesakitan ketika
menggunakan kerusi dan meja di bilik LK? 44
x
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 47
5.2 Rumusan Kajian 48
5.2.1 Latar Belakang Responden 48
5.2.2 Persoalan Kajian 49
5.3 Perbincangan Kajian 51
5.3.1 Keselesaan Pelajar Ketika Menggunakan
Meja dan Kerusi di Bilik LK? 59
5.3.2 Keselamatan Pelajar Ketika Menggunakan
Kerusi dan Meja Di Bilik LK? 61
5.3.3 Kerusi dan Meja Yang Digunakan Oleh
Pelajar di Bilik LK Bersifat Mesra
Pengguna? 62
5.3.4 Pelajar Mengalami Kesakitan Pada
Mana-mana Bahagian TubuhSetelah
Menggunakan Kerusi Meja Di Bilik LK? 62
5.4 Cadangan Kajian 63
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66
5.6 Penutup 67
BIBLIOGRAFI 68
LAMPIRAN A: Borang Soal Selidik 70
LAMPIRAN B: Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 71
LAMPIRAN C: Perancangan Kerja 72
LAMPIRAN D: Ukuran Kerusi dan Meja Makmal LK 73
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jumlah Pelajar Kejuruteraan di 3 Buah 26
Sekolah Yang Terlibat
3.2 Penentuan Bagi Item-item Bahagian 30
B dan C
4.1 Taburan Responden Mengikut Tingkatan 35
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 36
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 36
4.4 Taburan Responden Yang Selalu Menggunakan 37
Kerusi Meja Makmal LK
4.5 Taburan Responden Yang Berminat Untuk 37
Mengikuti Pengajaran LK Di Dalam Bilik Khas
4.6 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 39
Keselesaan Terhadap Rekabentuk Kerusi Meja
xii
Makmal LK
4.7 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 41
Keselamatan Terhadap Rekabentuk Kerusi Meja
Makmal LK
4.8 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 43
Kecekapan Terhadap Rekabentuk Kerusi Meja
Makmal LK
4.9 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek 45
Kesihatan Terhadap Rekabentuk Kerusi Meja
Makmal LK
xiii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Contoh Data Antropometrik Untuk Kerusi 16
2.2 Tekanan Pada Peha Yang Kerap Dialami 18
Bila Kerusi Terlalu Tinggi
2.3 Perbezaan Postur Ketika Duduk Di Kerusi 20
Tinggi dan Rendah
2.4 Rekabentuk Penyandar Yang Rata 21
2.5 Rekabentuk Penyandar Yang Sedikit Melengkung 21
Dan Boleh Laras
5.1 Penggunaan Kerusi dan Meja Bilik Darjah Untuk 53
Lukisan Kejuruteraan
5.2 (a) Meja LK Dari Pandangan Sisi 54
(b) Meja LK Dari Pandangan Hadapan
5.3 Model Kerusi 55
xiv
5.4 Penggunaan Kerusi dan Meja LK 55
5.5 Penggunaan Kerusi dan Meja LK Oleh Dua 56
Responden Yang Berlainan Saiz
5.6 Kerusi dan Meja LK (Model 2) 57
5.7 Penggunaan Kerusi Meja LK 58
5.8 Penggunaan Kerusi Meja LK 59
5.9 Faktor Penyebab Ketidakselesaan dan Keselesaan 60
5.10 Contoh Rekabentuk Kerusi Yang Baik Untuk 65
Postur Yang Betul
5.11 Perbezaan Ketinggian dan Rekabentuk Penyandar 66
Memberi Kesan Kepada Postur
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Soal Selidik 70
Surat permohonan kesahan instrumen kajian
Surat pengesahan isi kandungan instrumen kajian
Borang soal selidik
B Surat-surat Kebanaran Menjalankan Kajian 71
Surat akuan fakulti
Surat kebenaran EPRD
Surat permohonan JPN Selangor
Surat kebenaran JPN Selangor
Surat permohonan JPN Johor
Surat kebenaran JPN Johor
C Jadual Perancangan Kerja 72
D Ukuran Kerusi Dan Meja Makmal LK 73
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bidang ergonomik merupakan satu kajian tentang hubungan antara faktor
anatomi, psikologi, dan fisiologi manusia dengan persekitaran kerjanya yang
melibatkan penggunaan peralatan. Ianya harus mengutamakan ciri-ciri keselamatan,
keselesaan, kecekapan pengendalian alatan serta tidak memudaratkan kesihatan
manusia. Menurut kamus oxford, ergonomik bermaksud suatu kajian saintifik tentang
hubungan antara pekerja (manusia) dengan persekitaran mereka.
Istilah ergonomik diambil daripada perkataan Greek iaitu ‘Ergos’ yang memberi
maksud kerja atau tugas, dan digabungkan dengan perkataan ‘Nomos’ yang bermaksud
peraturan atau undang-undang. Dengan kata lain, ergonomik ditakrifkan sebagai
penggunaan sains biologi dengan mengaitkan sains kejuruteraan untuk mencapai
penyesuaian yang optima di antara manusia dengan kerjanya dan manfaatnya diukur
dalam bentuk kecekapan, keselesaan, keselamatan serta kesihatan manusia semasa
berkerja.
2
Ergonomik bertujuan untuk memastikan supaya sesuatu kerja atau peralatan
yang digunakan serta persekitaran tempat kerja tersebut boleh disesuaikan dengan
keadaan tubuh manusia. Dengan ini ia dapat memaksimakan keselesaan pekerja,
keselamatan, produktiviti dan kecekapannya.
Penggunaan prinsip-prinsip ergonomik di tempat kerja boleh menghasilkan
peningkatan produktiviti disamping dapat memperbaiki taraf kesihatan dan keselamatan
pekerja (T. M. Fraser, 1980) . Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan tuntutan
gantirugi daripada pekerja kerana ianya memenuhi undang-undang dan peraturan yang
telah ditetapkan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkembangan bidang sains dan teknologi yang berlaku hampir di seluruh dunia
secara tidak langsung memberi impak terhadap bidang Pendidikan Teknik dan
Vokasional (PTV) di Malaysia. Semenjak diperkenalkan sehinggalah sekarang, bidang
teknikal dan vokasional telah melalui berbagai-bagai perubahan mengikut peredaran
semasa.
Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang dahulunya dikenali sebagai lukisan
teknik merupakan salah satu subjek yang menjadi syarat kepada bidang teknikal dan
vokasional. Dewasa ini, bukan sahaja sekolah-sekolah teknikal dan vokasional sahaja
yang menawarkan mata pelajaran tersebut tetapi pihak kementerian juga telah membuka
peluang kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah harian biasa dan sekolah-sekolah
kebangsaan agama di seluruh negara untuk mengikuti aliran teknikal ini.
3
Hampir setiap sekolah yang menawarkan subjek Lukisan Kejuruteraan turut
menyediakan sebuah makmal atau bilik khas untuk Lukisan Kejuruteraan. Berjuta-juta
ringgit diperuntukkan untuk membeli kelengkapan seperti meja, kerusi dan peralatan
lukisan. Namun tidak semua guru memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh
pihak sekolah mahupun kementerian pendidikan.
Daripada pengalaman dan pemerhatian, para pelajar sangat berminat dan
bersemangat untuk belajar di dalam bilik khas bagi mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan, namun semangat yang berkobar-kobar hanyalah kerana mereka dapat
keluar daripada suasana dalam bilik darjah yang agak sempit dan membosankan.
Berbanding dengan keadaan di dalam bilik lukisan kejuruteran di mana terdapat kerusi
meja yang berbeza rupabentuknya serta peralatan lukisan yang agak canggih dan
menarik perhatian pelajar untuk berada di dalam bilik tersebut.
Daripada tinjauan yang dilakukan oleh Salina Tukimin (1992), pelajar tidak
dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan sekiranya mereka tidak selesa dengan peralatan kerusi meja yang ada.
Oleh sebab itu guru lebih cenderung untuk melakukan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas sahaja. Salah satu daripada sebabnya kerana mereka tidak
begitu selesa dengan rekabentuk kerusi dan meja yang sedia ada. Rekabentuk yang
digunakan pada masa ini bersifat statik dan mempunyai ukuran yang tidak memenuhi
hampir kesemua golongan murid.
Salina Tukimin (1992), dalam kajiannya menyatakan bahawa rekabentuk yang
tidak sesuai dengan tubuh manusia juga menjadi masalah utama yang perlu ditekankan
oleh pihak tertentu. Memandangkan rekabentuk yang tidak sesuai boleh mengakibatkan
para pelajar menghadapi masalah dengan sakit belakang, tegang otot serta lenguh peha
dan betis. Masalah ini bukan sahaja dihadapi setelah menggunakan meja dan kerusi
yang disediakan dalam bilik lukisan kejuruteraan malah rekabentuk meja dan kerusi
yang terdapat di dalam bilik darjah juga memberikan kesan yang negatif dalam
jangkamasa panjang terhadap kesihatan pelajar.
4
Kita selalu melihat tabiat yang sering dilakukan oleh murid-murid iaitu
membongkokkan badan kehadapan atau menjungkitkan kerusi kehadapan sewaktu
melakukan aktiviti pembelajaran. Sebenarnya perlakuan ini dilakukan oleh murid-murid
kerana didorong oleh keadaan yang tidak selesa atau merasa kesakitan pada bahagian
anggota badan yang tertentu serta untuk mendapatkan jarak yang optima diantara mata
dan buku di atas meja. Kepincangan lain yang dikenalpasti adalah rekabentuk
penyandang belakang yang tidak mengikut bentuk struktur tulang belakang manusia.
Menurut Salina (1992) lagi, dua perkara yang sering dikaitkan dengan
rekabentuk adalah masalah maskular-skelatel iaitu sakit belakang dan ketegangan otot
(muscular stress). Kedua-dua perkara ini muncul terutamanya daripada kepincangan
yang berlaku di dalam rekabentuk, dan akan berterusan sehingga ke tahap ketegangan
dan kelesuan yang akan mengurangkan kecekapan, kehilangan keupayaan dan
mengganggu kesihatan.
Walau bagaimanapun, kepentingan ergonomik sering diabaikan dalam
rekabentuk kerana manusia masih belum bersedia untuk menerima perubahan dan
beranggapan bahawa manusia lebih mengenali dirinya. Oleh itu mereka bekerja
berdasarkan kepada pengalaman bukannya bergantung kepada peralatan atau
penyokong. Selain dari itu, badan manusia memerlukan jangkamasa yang panjang untuk
menunjukkan tanda-tanda kesakitan tulang belakang atau ketegangan otot.
Untuk mendapatkan kesesuaian dan keselesaan yang optima antara manusia
dengan kerjanya, penggunaan data antropometrik orang yang akan menggunakan
rekabentuk tersebut harus diambil sebagai asasnya. Ketidaksesuaian dan
ketidakselesaan selalunya boleh mengakibatkan penurunan produktiviti disebabkan
suasana tempat kerja dan peralatan kerja yang tidak sempurna.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Mata pelajaran lukisan kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran berbentuk
amali yang memerlukan peralatan dan perabut yang bersesuaian. Buat masa sekarang,
hampir setiap sekolah yang menawarkan subjek ini menyediakan makmal lukisan yang
dilengkapi dengan kerusi dan meja yang mempunyai rekabentuk yang lain daripada
kerusi dan meja di bilik darjah. Sayangnya kemudahan yang disediakan tidak
dimanfaatkan. Oleh yang demikian kajian yang dibuat adalah menumpu kepada reka
bentuk set kerusi dan meja yang mempunyai ciri-ciri ergonomik seperti keselesaan,
keselamatan, kecekapan dan rekabentuk yang tidak menyebabkan kesakitan kepada
pengguna bagi bengkel Lukisan Kejuruteraan untuk sekolah-sekolah di Malaysia.
1.4 Persoalan Kajian
1.4.1 Adakah pelajar merasa selesa dengan meja dan kerusi yang terdapat di dalam
bilik lukisan kejuruteraan?
1.4.2 Adakah pelajar merasa selamat menggunakan kerusi dan meja yang terdapat di
dalam bilik lukisan kejuruteraan?
1.4.3 Adakah penggunaan kerusi dan meja dapat membantu pelajar melakukan kerja
dengan cekap di dalam bilik lukisan kejuruteraan?
1.4.4 Adakah pelajar mengalami kesakitan pada mana-mana bahagian tubuh setelah
menggunakan kerusi dan meja dalam bilik lukisan kejuruteraan?
6
1.4.5 Mengapa makmal lukisan kejuruteraan tidak digunakan oleh pelajar dan guru?
1.5 Objektif Kajian
1.5.1 Mengenalpasti samada kerusi dalam makmal lukisan kejuruteraan mempunyai
ciri-ciri rekabentuk ergonomik yang selamat, selesa, mesra pengguna dan tidak
menyebabkan kesakitan.
1.5.2 Mengenalpasti samada rekabentuk meja dalam makmal lukisan kejuruteraan
mempunyai ciri-ciri ergonomik dari segi.keselamatan, kecekapan, keselesaan
dan kesihatan penggunanya.
1.5.3 Mengenalpasti punca-punca makmal lukisan kejuruteraan tidak digunakan
1.5.4 Menentukan kriteria rekabentuk kerusi meja yang mempunyai ciri ergonomik
mengikut persepsi pelajar(pengguna).
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya kepada
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional dalam memastikan kemudahan atau
kelengkapan sekolah yang disediakan memberi manfaat kepada masyarakat di sekolah.
Program Sekolah Bestari yang diperkenalkan baru-baru ini memerlukan penyelidikan
7
dari segi rekabentuk kerusi dan meja yang sesuai, selamat dan lebih efisen. Justeru itu,
pengkaji sangat berharap kajian yang dijalankan ini dapat memberi input yang baik
untuk dipertimbangkan oleh pihak kementerian pendidikan demi kesejahteraan semua
pihak yang terlibat dengan program ini terutamanya para pelajar dan institusi
pendidikan negara.
Setiap rekabentuk perabot perlu ada ciri-ciri ergonomik yang dapat
mengurangkan ketegangan otot badan manusia dan dapat menyokong postur badan
dengan baik. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran tentang kepentingan
penekanan faktor-faktor ergonomik dalam rekabentuk kerusi dan meja bagi bilik lukisan
kejuruteraan untuk jangkamasa yang lama.
Pihak sekolah perlu menyediakan perabot yang bersifat ergonomik kerana
perkakasan dan perabot yang tidak ergonomik memberi kesan yang negatif terhadap
kesihatan pelajar. Sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam
keadaan guru dan pelajar tidak merasa selesa dengan perabot yang mereka gunakan
terutamanya kerusi dan meja, penumpuan dan konsentrasi mereka akan terganggu dan
tidak dapat bertahan lebih lama. Secara tidak langsung, produktiviti guru dan murid
turut terjejas.
Kajian ini juga diharapkan akan dapat menjelaskan perkaitan isu-isu yang dikaji
agar dapat dimanfaatkan oleh semua pihak bagi kepentingan perkembangan pendidikan
negara yang merupakan salah satu aset penting bagi negara.
8
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dibataskan kepada pelajar-pelajar di tiga buah Sekolah Menengah
Teknik sekitar Selangor dan Johor yang mengambil kursus kejuruteraan. Mereka
merupakan pelajar-pelajar Tingkatan Empat dan lima yang terdiri daripada empat
kursus kejuruteraan yang terdiri daripada kelas Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan
Elektrik dan Kejuruteraan Jentera.
Segala penganalisaan data dan dapatan kajian adalah berdasarkan kepada kajian
yang dibuat ke atas kumpulan ini. Penyelidik menganggap data yang diberikan itu
adalah benar dan ikhlas untuk menggambarkan keadaan sebenar.
1.8 Definisi Terminologi
1.8.1 Anatomi
Pengkajian tentang bentuk dan susunan tubuh dengan membahagikan ke
dalam beberapa kajian (kajibina tubuh)
1.8.2 Antropometrik
Teknologi mengukur ukuran fizikal manusia seperti factor saiz,
pergerakan dan kekuatan
1.8.3 Bekerja
Melakukan kerja-kerja yang menggunakan kerusi dan meja
1.8.4 Biomekanik
9
Pergerakan tubuh badan dengan daya yang bertindak pada tubuh badan
tersebut
1.8.5 Dinamik
Pergerakan manusia dalam kawasan kerja yang boleh dilampaui
1.8.6 Ergonomik
Dikenali sebagai ‘faktor manusia’. Merupakan satu bidang yang secara
keseluruhannya mengkaji tentang kehendak sesuatu tugas atau kerja untuk
mengatasi sebarang masalah atau kelemahan yang mungkin timbul, manfaatnya
diukur dalam bentuk kecekapan dan keselamatan manusia semasa bekerja
1.8.7 Faktor
Suatu keadaan atau tenaga yang mempunyai pengaruh atas hasil daripada
sesuatu tindakan
1.8.8 Fisiologi
Pergerakan otot digandingkan dengan reaksi kimia yang memerlukan
makanan untuk aktiviti mereka
1.8.9 Kelegaan
Kekangan sehala yang menentukan dimensi kebolehterimaan minima
pada objek-objek
1.8.10 Kerusi
Tempat duduk yang ada kaki dan tempat sandar serta tempat meletakkan
tangan
1.8.11 Kyphotik
10
Posisi duduk yang akan menyebabkan tubuh condong kehadapan dan
akan mengakibatkan tekanan yang berlebihan antara tulang vertebrate
1.8.12 Lordotik
Posisi duduk yang akan mengurangkan tekanan pada bahagian vertebrate
dengan adanya tupang atau penyambung pada bahagian lumbar sacral
1.8.13 Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan
Adalah satu mata pelajaran yang sangat penting kepada pelajar
kejuruteraan. Ia merupakan bahasa kejuruteraan atau bahasa grafik yang
digunakan sebagai media utama dalam bidang kejuruteraan.
1.8.14 Meja
Perkakas atau perabut (diperbuat daripada papan, batu mamar, dan lain-
lain) yang berkaki,rata permukaannya dan banyak kegunaannya
1.8.15 Postur
Posisi tubuh dalam keadaan fizikal semasa melakukan aktiviti atau
pekerjaan
1.8.16 Rekabentuk
Rancangan yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek
sesuatu binaan dan sebagainya
1.8.17 Statik
Membataskan objek kepada satu keadaan untuk jangkamasa yang
panjang
11
1.9 Kesimpulan
Dalam usaha negara untuk mencapai tahap negara maju, sudah semestinya
memerlukan satu perancangan serta usaha yang bersungguh-sungguh untuk
mencapainya. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjelang tahun 2020 sudah
semestinya tumpuan difokuskan kepada sektor pendidikan dan sering dijadikan agenda
utama perbualan atau perbincangan. Adalah menjadi harapan pengkaji agar kajian yang
dijalankan ini mendapat sedikit tempat dan manfaat dalam usaha memartabatkan sistem
pendidikan dinegara ini.
Recommended