View
966
Download
14
Category
Preview:
Citation preview
SEKAPUR SIRIH
Syukur kepada Tuhan di atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkanNya
sehingga kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekalung
penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu
Pn Haslina yang banyak memberi bimbingan. Sesungguhnya keprihatinan
pensyarah mencurahkan idea amat kami hargai.
Tugasan ini memberi pengalaman berharga kepada kami. Sebagai guru, tugasan ini
memberi makna kepada pengajaran berkualiti yang perlu kami jalankan untuk anak-
anak didik kami di sekolah. Tugasan ini membantu kami mengenali tentang subjek
Bimbingan dan Kaunseling dengan lebih mendalam dan terperinci.
Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan Reka Bentuk & Teknologi
kumpulan 2 yang memberi sokongan dan percambahan idea untuk menyiapkan
tugasan ini. Semoga dengan kesungguhan dan restu Tuhan, keluarga dan teman-
teman, memberi kita kekuatan dan akal budi bagi menghadapi cabaran mendidik
anak bangsa di era globalisasi ini.
Akhirnya, bersama kita memohon kepada Tuhan, semoga kita dikurniakan ilham dan
kesabaran untuk terus menghayati profesion perguruan yang murni ini seterusnya
dapat menabur bakti kepada anak bangsa untuk melahirkan modal insan yang luhur
hati budinya.
Pendahaluan
Kaunseling adalah berasal daripada perkataan Inggeris iaitu counseling. Kaunseling
merupakan satu bidang sains perlakuan terapan Kaunseling adalah hubungan
peribadi bersemuka antara dua orang, seorang adalah kaunselor dan seorang lagi
adalah kaunseli atau klien. Kaunselor, melalui perhubungan ini dengan
menggunakan kemahiran khususnya, menyediakan satu situasi atau suasana,
apabila kaunseli (seorang yang normal dari segi mental) dibantu memahami
masalah dirinya, memahami situasi semasanya serta kemungkinan situasai masa
hadapannya, supaya dia dapat mengunakan sifat-sifat peribadinya dan potensinya
dengan cara memuaskan dirinya dan memberikan faedah kepada masyarakat.
Mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluanya pada
masa akan datang. Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan peribadi yang
diadakan bagi membantu insan dalam menangani permasalahan yang berlaku
keatas mereka. Kaunseling juga berperanan sebagai satu tempat dimana seseorang
yang bermasalah membuat rujukan bagi menangani masalah kehidupan dalam
seharian. Mereka cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut jadi sebagai
kaunselor yang memepunyai pengatahuan sepatutnya mereka menjadi penasihat
atau pembimbing kepada insan yang memerlukan bantuan ini denga memberi
mereka cadangan atau membantu mereka dalam mencari penyelesaian sendiri
mengenai masalah mereka tadi.
Untuk mencapai tahap ketahanan dalam setiap permasalahan seharian ini kita amat
memerlukan bimbingan dan kaunseling bagi mengenali keupayaan sebenar diri kita
dan mengeksploitasi segenap sudut dan situasi bagi kegunaan diri untuk mencapai
kehidupan sejahtera dan membantu mewujudkan komuniti yang aman dan tenteram.
1.1 DEFINISI KAUNSELING
Pelbagai definisi kaunseling wujud. Bagaimanapun, kesemua definisi adalah
bermatlamatkan ingin membantu individu menjalani kehidupanyang lebih baik dan
berkesan untuknya. Jones (2004) menjelaskan istilah kaunseling mempunyai
pelbagai makna. Pertama, ia melibatkan individu yang menerimakaunseling.
Dimensi seterusnya ialah sebagai satu perhubungan,intervensi, satu proses
psikologikal dan mempunyai matlamatnya.
Kottler & Brown (2000) mendefinisikan kaunseling sebagai satuprofesion yang
mempunyai sejarah dan set standad dan berbeza daridisiplin lain seperti kerja
sosial, psikologi dan psikatri. Kaunseling juga merupakan satu aktiviti yang dibentuk
untuk individu yangberfungsi secara normal dan yang mengalami masalah
perkembangandan penyesuaian. Ia adalah satu perhubungan sama ada dalam
bentuk kelompok, keluarga atau individu yang bertujuan untuk
meningkatkankepercayaan, keselamatan dan perubahan. Mengikut mereka
lagi,kaunseling bersifat multidimensional dan mengendalikan perasaan dan tingkah
laku individu sama ada pada waktu lepas, sekarang dan masa hadapan.
Patterson (1995) mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses interaktif melalui
satu perhubungan yang unik antara kaunselor dengan klien yang mengarah kepada
perubahan klien dalam aspek tingkah laku, kepercayaan dan kemahiran membuat
keputusan. Mereka juga menjelaskan perubahan dalam kaunseling juga melibatkan
kebolehan berdaya tindak ke atas situasi semasa untuk memaksimakan peluang
dan meminimakan keadaan yang merosakkan.Secara ringkasnya, kaunseling perlu
menghasilkan tingkah laku yang bebas dan bertanggungjawab di pihak klien diiringi
dengan kebolehan memahami dan mengurus emosi. Sementara itu, Hansen,
Rosenberg & Cramer (1994) mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses
membantu individu untuk mengenali diri dan persekitarannya, dan cara untuk
menggerakkan peranan dan hubungan mereka. George & Christiani (1990)
menjelaskan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan
oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis
tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.
American Counseling Association (ACA, 1995) pula mendefinisikan kaunseling
sebagai satu aplikasi kesihatan mental berdasarkan prinsip-prinisp psikologikal atau
perkembangan manusia melalui kognitif, afektif, tingkah laku dalam bentuk intervensi
atau strategi secara sistematik yang berkaitan dengan kesejahteraan,
perkembangan peribadi atau perkembangan kerjaya dan juga patologi. Good (dlm
Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman (2002) mendefinisikan kaunseling
sebagai bantuan dalam menyelesaikan masalah peribadi individu yang dilakukan
oleh pembantu yang benar-benar berpengetahuan dan berkebolehan sehinggalah
seseorang itu boleh membuat keputusannya sendiri dengan baik.
Pepinsky & Pepinsky (1954) telah menyatakan kaunseling adalah satu proses
yang membabitkan interaksi antara seorang kaunselor dengan kliennya. Interaksi ini
berlaku dalam keadaan sulit dengan tujuan membantu klien mengubah tingkah
lakunya sehinggalah resolusi yang diambilnya memuaskan kehendaknya. Beliau
juga menekankan agar sesi kaunseling dijalankan dalam suasana tertutup, sulit,
tidak dilihat dan tidak didengari oleh orang lain. Dustin dan George (1977) pula
mengatakan kaunseling ialah suatu proses pembelajaran yang disediakan untuk
meningkatkan tingkah laku penyesuaian dan mengurangkan tingkah laku salah
penyesuaian.
Cottle (1973) mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses psikologikal di mana
seorang yang profesional membantu seorang klien yang normal untuk meneroka
dan memahami tingkah laku supaya pemilihan tingkah laku di masa akan datang
boleh dilakukan terutama sekali dari aspek pendidikan dan vokasional. Pemilihan ini
adalah berdasarkan persepsi diri klien termasuk matlamat dan nilai. Matlamat dan
nilai ini akan mempengaruhi bagaimana individu bertingkah laku ke atas diri dan
persekitaran.
Patterson & Welfel (1994) berpendapat kaunseling adalah satu proses interaktif
yang bercirikan satu perhubungan yang unik di antara kaunselor dengan klien yang
menyumbang kepada perubahan dalam diri klien seperti tingkah laku, mempercayai,
keupayaan untuk berdaya tindak. Oleh itu, kaunseling perlu menghasilkan tingkah
laku klien yang bebas dan bertanggungjawab diikuti dengan kebolehan memahami
dan mengurus emosi yang negatif.
Burks dan Stefflre (1979) pula merujuk kaunseling sebagai satu perhubungan
profesional antara seorang kaunselor terlatih dengan klien. Perhubungan ini
biasanya bersifat bersemuka person-to-person, walaupun kadang-kadangkala ia
melibatkan lebih daripada dua orang. Perhubungan ini dibentuk untuk membantu
klien memahami dan dapat menyatakan pandangan mereka tentang ruang
hidupnya, dan mempelajari bagaimana mencapai matlamat pilihan kendiri melalui
pilihan yang bermakna dan bermaklumat setelah menyelesaikan masalah yang
bersifat emosional dan interpersonal.
Arbuckle (1975) mentafsirkan kaunseling individu sebagai proses menolong individu
melihat siapa dirinya yang sebenar, apa yang dimiliki dan apa pula yang tidak dimiliki
serta apa yang boleh dan yang tidak boleh dicapainya.
Patterson (1973) menjelaskan beberapa ciri yang bukan dianggap sebagai
kaunseling;
1. kaunseling bukanlah memberi maklumat walaupun maklumat boleh diperolehi
2. kaunseling bukanlah memberi nasihat
3. kaunseling bukanlah mempengaruhi sikap, kepercayaan dan tingkah laku melalui
usaha memujuk dan mengancam
4. kaunseling bukanlah menemuduga walaupun proses temuduga berlaku.
Penulis tempatan seperti Mizan Adilliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah
Mokhtar (1995) merumuskan, kaunseling itu sebagai proses pertolongan yang
profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam
sekelilingnya. Tan Chee Yee (1987) pula menyatakan kaunseling merupakan satu
proses bersemuka face to face contact di antara kaunselor dan klien. Tujuan
pertemuan itu ialah untuk mencari alternatif yang paling sesuai untuk klien membuat
keputusan menyelesaikan masalah dirinya di samping mengetahui buruk baik dan
halangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Zainal Abidin Ahmad (2002) menjelaskan kaunseling sebagai satu perbincangan
antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil
yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan
dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan
seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.
1.2 DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU
Gibson dan Mitchell (2003) mendefinisikan kaunseling individu sebagai satu
perhubungan satu dengan satu iaitu antara kaunselor terlatih dan berfokus kepada
beberapa aspek penyesuaian klien, perkembangan dan keperluan membuat
keputusan. Prosess ini melibatkan satu perhubungan dan ciri komunikasi di mana
klien boleh membentuk pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan
memulakan perubahan. Kecekapan kaunselor memungkinan perubahan positif
berlaku. Kemahiran kaunselor dan pengetahuan menyediakan satu rangka kerja dan
arah yang memaksimakan potensi klien ke arah hasil yang positif.
Rogers (dlm Capuzzi dan Gross, 1991) pula mendapati terdapat beberapa asas
kepada pembentukan hubungan antara seorang klien dengan kaunselor dalam
kaunseling individu iaitu terdapat dua orang yang mengalami hubungan psikologikal.
Pihak pertama ialah klien yang berada dalam keadaan tidak tenteram, risau yang
menghadapi sesuatu gangguan atau kesukaran psikologikal. Pihak kedua ialah
kaunselor yang tenang dalam hubungan itu. Kaunselor mengalami pengalaman
empati dan faham-memahami terhadap situasi klien dan berbincang mengenai
pengalaman dengan klien. Komunikasi yang dilakukan oleh kaunselor dengan klien
melalui sifat empati, faham-memahami dan penerimaan positif tanpa syarat
sekurang-kurangnya telah mencapai sesuatu keberkesanan kaunseling.
Zuraidah Abdul Rahman (dlm Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman,
2002) mentakrifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka
di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor.
Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen,
saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan serta
perasaan klien. Manakala itu, Shertzer dan Stone (1986) menegaskan kaunseling
individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna
mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat
dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien.
Kamaruzaman Jamal (dlm Abdul Halim Othman, 1999) mendefinisikan
kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia
menolong yang lain itu menyelesaikan satu konflik, atau pertentangan yang belum
diselesaikan. Sementara itu, Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling
individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua
manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya
menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali
dirinya, membuat perubahan, menukar sikap, membuat keputusan dan pemilihan
bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.
Secara rumusannya, kaunseling individu merupakan satu pertemuan seorang
kaunselor dengan seorang klien untuk mengadakan satu proses perhubungan atau
interaksi profesional dan memusatkan tumpuan kepada aspek-aspek penyesuaian
dan perkembangan diri klien dan diikuti dengan pembuat keputusan terbaik dari
alternatifalternatif yang diperlukan. Kaunseling individu mewujudkan interaksi dan
komunikasi di mana klien akan berpeluang membina kesedaran dan pemahaman
melalui penerokaan kendiri serta penjelasan ke atas beberapa matlamat dan
alternatif penyelesaian. Tujuan akhir kaunseling individu diberikan ialah
mengharapkan klien dapat memenuhi keperluan diri dan persekitarannya dan pada
masa yang sama melalui perubahan yang dilakukan.
1.3 CIRI-CIRI KAUNSELING INDIVIDU
Bagi memahami bidang kaunseling secara keseluruhan, pengetahuan tentang ciri-
ciri kaunseling individu itu sendiri haruslah difahami.
(a) Kaunselor sebaiknya menghormati kejujuran klien yang datang meminta
pertolongan. Klien berjumpa dengan kaunselor untuk menceritakan persoalan
bukanlah perkara yang mudah dan dianggap remeh. Kemungkinan sebelum itu,
klien berkonflik dengan dirinya untuk membuat keputusan untuk meminta bantuan
atau sebaliknya.
(b) Menjadi tugas kaunselor untuk memberi kefahaman kepada klien tentang
matlamat serta limitasi kaunseling supaya tidak timbul salah tanggapan atau
persepsi yang meleset.
(c)Kaunselor harus menyedari keupayaan dan tanggungjawabnya dengan
mengundurkan diri jika tidak berupaya menangani keperluan klien dengan
mencadangkan perkhidmatan profesional lain yang lebih dominan dan signifikan
dengan konflik yang dialami oleh klien.
(d) Kaunselor harus sentiasa menyedari limitasi dan menghormati etika untuk
menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan di
samping klien bebas memberi maklumat serta memilih alternatif yang difikirkan
dapat membantu kaunselor untuk membantunya.
(e) Jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan atau keselamatan diri dan
orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan kepada
pihak tertentu atau dirujuk kepada pihak pihak yang berkaitan dengan
mencadangkan perkhidmatan lain dan profesional lain yang lebih berpengalaman.
(f) Kaunselor perlu menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan
adalah rahsia. Bagaimanapun, jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan
atau kesihatan diri sendiri atau orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab
kaunselor melaporkan hal itu kepada pihakpihak yang tertentu atau dirujuk kepada
perkhidmatan yang sesuai.
(g) Sebagai seorang yang profesional, kaunselor berhak meminta pandangan dan
nasihat daripada professional lain dengan tujuan menjelajah beberapa kemungkinan
memberi pertolongan yang berkesan kepada kliennya. Stewart et al (1978)
mengatakan terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian dalam
kaunseling individu. Elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut;
(a) Kerahsiaan
Dialog perbincangan dalam kaunseling tidak boleh melampaui batas. Bilik
kaunseling hendaklah jauh daripada gangguan kebisingan dan gangguan orang lain
seperti bunyi telefon dan gangguan suara bising. Ini bertujuan untuk melindungi
rahsia klien kerana perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah sulit.
(b) Wujud status yang sama antara kaunselor dengan klien.
Kaunselor hendaklah peka kepada perkara yang mungkin mencetus persepsi
perbezaan status antara kaunselor dengan klien. Contohnya, duduk di kerusi yang
lebih tinggi daripada klien atau duduk di belakang meja yang besar.
(c) Kaunseling yang dilakukan tidak terburu-buru
Seringkali dalam kaunseling, dalam masa setengah jam yang pertama, kaunselor
tidak akan dapat menangkap apa persoalan sebenar yang diceritakan oleh klien.
Oleh itu, kaunselor hendaklah sabar untuk memberi masa kepada klien
menyesuaikan diri dan masuk kepada perbincangan sebenar tanpa tergesa-gesa.
(d) Bilik kaunseling yang bersesuaian
Kaunseling dilakukan dalam bilik yang bersesuaian. Bilik kaunseling seboleh-
bolehnya tidak digunakan untuk tujuan lain. Ini penting untuk menyakinkan klien
tentang kaunseling yang diberikan dan imej profesion kaunseling itu.
(e) Suasana perbincangan adalah menenangkan
Perbincangan antara kaunselor dengan klien sentiasa berlaku dalam keadaan yang
menenangkan. Perbincangan yang boleh menimbulkan perasaan segan klien
perlulah dielakkan berlaku. Kaunselor juga hendaklah merancang dan mengawal
masa kaunseling.
American Counseling Association (dlm Smith, 2001) menjelaskan ciri-ciri
kaunseling individu sebagai; Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan,
perkembangan peribadi, kerjaya dan persoalan patologikal. Kaunseling dilaksanakan
oleh individu yang boleh berfungsi dengan baik dan juga mereka yang mempunyai
masalah yang lebih serius· Kaunseling adalah berdasarkan teori· Kaunseling adalah
satu proses yang bersifat perkembangan atauintervensi.
1.4 DEFINISI BIMBINGAN
Bimbingan adalah satu proses membantu individu untuk membuat keputusan yang
akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Contohnya ialah seperti memilih
gaya hidup yang diingini. Gladding (2003) menjelaskaan perbezaan ketara antara
bimbingan dan kaunseling ialah bimbingan berfokus kepada membantu individu
memilih apa yang paling mereka inginkan dan hargai. Sementara itu, kaunseling
perlu berfokus kepada membantu klien untuk berubah. Kebanyakan tugas-tugas
bimbingan di peringkat awal berlaku di sekolah dan juga pusat kerjaya di mana
seorang yang lebih dewasa dan matang.
1.5 DEFINISI PSIKOTERAPI
Secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang
dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak
menangani “recovery of adequancy” (Casey, 1996). Oleh itu, psikoterapi terutama
sekali terapi yang bersifat analitikal menekankan bahawa i.peristiwa lepas lebih
daripada peristiwa sekarang, b celik akal lebih daripada perubahan c,peranan ahli
terapi sebagai pakar. Tambahan pula, psikoterapi dilihat sebagai melibatkan satu
perhubungan yang lebih lama iaitu sebanyak (20-40 sesi) atau selama enam bulan
hingga dua tahun. Psikoterapi juga berfokus kepada perubahan yang rekonstruktif
jika dibandingkan dengan perhubungan yang lebih bersifat jangka masa pendek (8
hingga 12 sesi) dan jangka masa kurang daripada 6 bulan. Psikoterapi juga dilihat
sebagai perkhidmatan yang lebih bersifat inpatient. Bagaimanapun, dewasa ini,
perbezaan di antara psikoterapi dan kaunseling agak sukar ditentukan. Terdapat
teori kaunseling yang dirujuk sebagai ahli terapi dan boleh digunakan dalam seting
kaunseling dan terapi.
1.6 PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI.
Brown dan Pate (1983) menjelaskan agak sukar untuk membezakan antara
psikoterapi dengan kaunseling. Terdapat banyak persamaan di antara kedua-
duanya. Kedua-dua kaunseling dan psikoterapi adalah proses memberi bantuan
yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak menggunakan teknik dan
kaedah yang sama dan pendekatan utama. Psikoterapi telah diubahsuai ke dalam
tugas-tugas kaunselor. Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara
psikoterapi dan kaunseling.
Brown dan Pate (1983) menjelaskan antaraperkara yang membezakan antara
kaunseling dan psikoterapi ialah matlamat dan kaedah. Dari segi objektif, kaunseling
bertujuan untuk mempertingkatkan kebajikan individu dan juga perkembangan
psikologikal. Individu dilihat sebagai menjelaskan proses perkembangan dan
perubahan dan berhadapan dengan peringkat dan dugaan dalam kehidupan.
Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya
dan menemui kebahagian. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif dan
promotional bertujuan menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan individu
untuk bersifat tidak bergantung dan mermpunyai arah dalam kehidupan. Kaunseling
adalah lebih bersifat orientasi pertumbuhan lebih dari orientasi masalah. Sementara
itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum. Psikoterapi
wujud kerana amelioration psikopatologi. Ianya berorientasikan masalah dan klien
menghadapi kesukaran masalah dan klien menghadapi kesukaran yang lari dari
perkembangan psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah bersifat
debilitaing dan menghalang kejayaan kehidupan. Psikoterapi memerlukan lebih
daripada sumber-sumber individu untuk menyelesaikan kecelaruan neurotik.
Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi fokus kepada perubahan
personaliti sementara kaunseling memberi fokus membantu individu untuk
menggunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan lebih
baik. Corsini (1995) berpendapat bahawa perbezaan antara kaunseling dan
psikoterapi ialah terdapat persamaan secara kualitatif tetapi berbeza secara
kuantitatif. Ahli terapi lebih banyak mendengar, kurang memberi nasihat dan
penerangan. Seterusnya ahli terapi berhadapan dengan klien yang menghadapi
masalah yang lebih berat dari klien dalam kaunseling.
BPS Division of Clinical Psychology (1979) menjelaskan kedua-dua kaunseling
dan psikoterapi menggunakan kerangka teoritikal yang sama dan menekankan
keperluan memberi penekanan kepada klien sebagai individu. Kedua-duanya
mendengar secara sistematik dan mendengar apa yang dikomunikasikan. Ia juga
membentuk keupayaan membantu diri dan bertanggungjawab. Ramai ahli psikologi
seperti Truax dan Carkhuff (1967) dan Corey (1991) menggunakan istilah kaunseling
dan psikoterapi secara silih berganti.
1.7 PERBEZAAN DI ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DENGAN
KAUNSELING KELOMPOK.
Kedua-dua jenis kaunseling individu dan kelompok mempunyai matlamat yang sama
tetapi cara penggendalian yang berbeza. Di antaranya ialah seperti berikut;
(a).Dalam kaunseling individu , proses terapuitik terhad antara kaunselor dan klien
sahaja manakala dalam kaunseling kelompok ia melibatkan lebih daripada seorang
individu atau kelompok tertentu.
(b).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok berpeluangmemberi dan menerima
pertolongan di antara satu sama lain sementara dalam kaunseling individu
pertolongan diberikan oleh kaunselor sahaja.
(c).Dalam kaunseling kelompok kaunselor boleh bertindak sebagai pemimpin dan
boleh diambil alih oleh ahli-ahli kelompok manakala dalam kaunseling individu fungsi
kaunselor tidak berubah.
(d).Suasana selesa dan mempercayai mudah dibentuk dalam kaunseling individu,
namun dalam kaunseling kelompok agak sukar kerana ahlinya terlalu ramai dan
berbagai ragam.
(e).Dalam kaunseling individu klien mendapat respons daripada kaunselor, tetapi
bagi kaunseling kelompok peserta mendapat perhatian daripada ahli-ahli dan juga
daripada kaunselor.
(f).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok mudah berasa terancam dan kurang
selamat manakala dalam kaunseling individu kaunselor hanya memberi tumpuan
kepada seorang individu sahaja ini akan memberikan perasaan selamat kepadanya.
(g).Dalam kaunseling kelompok perkongsian pengalaman berlaku di antara ahli-ahli
dan kaunselor manakala dalam kaunseling individu pengalaman dikongsi di antara
kaunselor dengan seorang klien sahaja. Secara keseluruhannya, terdapat
perbezaan yang jelas antara kaunseling individu dengan kaunseling kelompok.
Hubungan terapuitik dalam kaunseling individu terhad kepada kaunselor dengan
seorang klien sahaja manakala hubungan terapuitik berlaku antara kaunselor
dengan beberapa orang individu dalam kaunseling kelompok. Dalam kaunseling
individu, proses pertolongan hanya diterima daripada kaunselor sahaja. Dalam
kaunseling kelompok, proses pertolongan boleh datang daripada kaunselor serta
ahli-ahli lain. Ahli-ahli kelompok akan memberi dan menerima pertolongan antara
satu sama lain. Dalam kaunseling individu, fungsi kaunselor adalah tetap, iaitu
membantu klien memahami diri dan menyelesai masalah. Dalam kaunseling
kelompok, fungsi kaunselor boleh berubah dari ketua kelompok kepada ahli.
Suasana yang tenang, mesra dan rasa kepercayaan lebih mudah terbentuk dalam
kaunseling individu kerana hanya terdapat seorang klien dengan seorang kaunselor.
Sebaliknya, dalam kaunseling kelompok, suasana tenang, mesra dan kepercayaan
sukar dibentuk kerana ramai ahli yang terlibat. Dalam kaunseling individu, respons
hanya terdapat daripada kaunselor dan tumpuan perhatian kaunselor diberi
sepenuhnya kepada seorang klien sahaja. Oleh itu, perasaan selamat juga lebih
mudah terbina. Sementara itu, dalam kaunseling kelompok, terdapat respons
daripada kaunselor dan ahli-ahli lain dan ini menyebabkan perhatian dan layanan
kaunselor juga terbahagi kepada ahli-ahli yang ramai tersebut. Keadaan ini
membuatkan peserta lebih mudah merasa terancam dan kurang selamat kerana
mereka terpaksa berkongsi dengan ramai orang. Tumpuan kaunselor tidak dapat
diberikan sepenuhnya kepada setiap ahli. Dalam kaunseling individu, klien kurang
berpeluang untuk mempelajari kemahiran perhubungan jika dibandingkan dengan
ahli-ahli dalam kaunseling kelompok. Klien dalam kaunseling individukurang
berpeluang mempelajari cara memerhati dan memahami tingkahlaku orang lain
memandangkan terdapat hanya dua orang sahaja dalam perhubungan kaunseling
individu.
Dalam kaunseling kelompok, ahli-ahlinya lebih berpeluang mempelajari kemahiran-
kemahiran asas seperti bagaimana memberi perhatian, berempati, meneroka,
mendengar secara aktif dan meminta penjelasan. Ahli-ahli dalam kaunseling
kelompok juga dapat mempelajari perhubungan antara individu dan membantu
mereka bersosialisasi. Ahli-ahli juga dapat mempelajari cara memerhati dan
memahami tingkah laku individu-individu lain.
2.1 Objektif utama Guru Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah ini ialah:
Memberi perkhidmatan bersifat membaikan dan memulihkan atau mengorientasikan
pelajar yang menghadapi masalahperibadi,pelajaran,kerjaya dan sosial agar mampu
menghadapi atau mengatasi masalah-masalahnya· Memberi perkhidmatan
kaunseling kepada pelajar yang memerlukan· Memberi perkhidmatan penyuburan
dan penghayatan yang meliputi semua aspek perkembangan pelajar dengan
menyediakan peluang,kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan
kemampuan dan potensi pelajar· Memberi perkhidmatan pencegahan iaitu
mengelakkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku,tidak berdisiplin
dan lain-lain.
Tugas Ketua Bimbingan dan Kaunseling
1. Inventori Individu Dan Rekod
a) Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar
b) Bertanggung jawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait
dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.
c) Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan
kaunseling.
d) Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.
e) Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi
pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.
f) Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu
atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.
2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.
a) Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan
dan pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku
kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah
b) Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan,
pelajaran, sosial dan peribadi.
c) Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi boring
permohonan dengan tepat.
d) Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan
atau tempat pekerjaan lain.
e) Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang
diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.
f) Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya
merokok dan inhalen.
3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
a) Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan
kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu
kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah
sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari
semasa ke semasa.
b) Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM,
SPMV dan STPM.
c) Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia
aktiviti mereka.
4. Perkhidmatan Kaunseling
Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai:
Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
Kerjaya, pelajaran dan peribadi.
Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.
Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk dan
menggunakan dadah dan bahan inhalen.
Kaunseling tunjuk ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas
untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan
nilai, kemahirankemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat
keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan
inhalen.
5. Perkhidmatan Penempatan
Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat
kerjaya pilihan dan kemampuan.
Penempatan pekerjaan:
a) Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman
bekerja (jika program seumpama ini diadakan).
b) Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan
sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan
mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk
sekolah menengah vokasional dan teknik).
c) Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki
institusi-institusi pekerjaan.
6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen
Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling
tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci
dadah dan inhalen. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk
mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan. Membuat penilaian dan memberi
maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri
tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah.
7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan
Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi,
kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta· Membantu pihak pentadbir dan
staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di
sekolah. Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan
pelajar. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk
meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah. Merancang bersama
dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi
kemajuan pelajar. Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-
kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor,
pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.
8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos
Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara
sekolah dengan agensi lain. Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum. Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang
kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah. Merancang dan menjadi
penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan
kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.
9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa
Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi
kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran. Mengubungi ibu bapa atau penjaga
apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan. Menjadi penyelaras program orientasi
untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru. Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga
dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar. Mengadakan kaunseling keluarga
jika dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada
keluarga.
10. Perkhidmatan Penilaian
Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya
seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik, Kem Jaya Diri,
Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar. Menilai modul atau model bimbingan
sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.
11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi
Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan
kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan
kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail,
menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit
bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain
yang diarah oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan
Daerah, Negeri dan Kementerian.
2.2 Perbezaan antara guru biasa dengan guru kaunseling dalam Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Kelemahan dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini adalah adanya
sebilangan kaunselor yang tidak mahir dalam bidang ini. Ini berkemungkinan kerana
mereka bukanlah dari bidang ini dan tidak mempelajari bidang ini secara menyeluruh
menguruskan atau melakukan sesi kaunseling individu atau pun kaunseling
kelompok kerana kurang keyakinan. Disebabkan kurang keyakinan ini, tugas-tugas
utama sebagai kaunselor tidak dijalankan sebaliknya tugas-tugas membimbing yang
sepatutnya boleh dilakukan oleh PK Hem atau Guru Disiplin dilakukan oleh
kaunselor. Dengan ini, kaunselor hilang fungsinya sebagai seorang kaunselor di
sekolah. Di samping itu juga, kaunselor-kaunselor sekolah diarahkan oleh guru
besar untuk mengajar kerana kekurangan guru dan amat jarang sesuatu
permasalahan pelajar itu dirujuk kepada kaunselor. Jadi, kaunselor dibebani dengan
tugas-tugas yang tiada kaitan lansung dengan pengetahuan dan kemahiran yang
telah di pelajari. Selain itu, ada juga sekolah-sekolah yang terlalu menekankan
pencapaian akademik. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Unit Bimbingan
dan Kaunseling sekolah banyak tertumpu kepada aktiviti-aktiviti bimbingan akademik
seperti mengadakan bengkel pembelajaran, teknik menjawab soalan dan teknik
belajar kepada pelajarpelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Sasaran pelajar
banyak tertumpu kepada pelajar cemerlang. Ini tidak patut menjadi keutamaan
semata-mata. Pelajar-pelajar lemah atau kurang bijak juga patut mendapat
keistimewaan yang sama seperti pelajar pandai. Terpulang kepada peranan
kaunselor tersebut merubah konsep kendiri dan tingkahlaku pelajarnya.
Perkhidmatan ini juga kurang diketahui umum. Hanya warga pelajar dan pendidik
mengetahui tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini ada ditawarkan di
sekolah atau pusat pengajian tinggi. Walaubagaimanapun, sedihnya perkhidmatan
ini kurang didedahkan kepada masyarakat. Sebagai contoh, perkhidmatan Unit
Bimbingan Kaunseling di sekolah sepatutnya turut menyediakan perkhidmatan
kepada staf sekolah tersebut tetapi ini tidak berlaku. Penglibatan ibu bapa dalam
proses kaunseling pelajar juga amat penting dalam memastikan perubahan kepada
tingkahlaku pelajar namun kebanyakan ibu bapa pelajar bermasalah ini juga
bermasalah yang mana mereka juga memerlukan sesi kaunseling bagi
pembentukan diri yang lebih baik.
3.0 Pandangan salah terhadap guru kaunseling dalam Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling
Memandangkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dilaksanakan di sekolah,
perkhidmatan ini mungkin mendapat halangan dari organisasi-organisasi atau pihak
swasta yang menjalankan kaunseling sebagai pekerjaan utama. Halangan bukanlah
dari bentuk fizikal tetapi pilihan yang lebih luas kepada pelajar untuk mendapatkan
bantuan. Keburukannya apabila pemilihan yang dibuat oleh pelajar adalah salah
sebagai contoh, pelajar-pelajar islam yang bermasalah yang didapati melepak di
pusat-pusat membeli belah didatangi oleh mubalig-mubalig Kristian dalam usaha
mereka menukarkan agama pelajar-pelajar islam.
Halangan juga boleh berbentuk kos. Aktiviti-aktiviti dalam bimbingan dan kaunseling
selalunya melibatkan kos seperti menjalankan aktiviti suai kenal, kursus motivasi,
bengkel teknik pembelajaran dan teknik menjawab soalan. Kos yang tinggi mungkin
menjadi halangan jika ada aktiviti yang tidak dapat dijalankan atau terpaksa dibubar.
Selain dari itu, halangan juga boleh datang dari pelajar itu sendiri. Pelajar tidak
faham kewujudan perkhidmatan ini terutama pelajar-pelajar bermasalah. Persepsi di
kalangan segelintir pelajar yang perkhidmatan ini ditawarkan kepada mereka-
mereka yang mempunyai masalah. Pelajar takut untuk berjumpa kaunselor kerana
mahu menjaga imej dengan rakan-rakan sebaya. Pelajar yang berjumpa kaunselor,
secara automatic akan dilabel sebagai pelajar bermasalah seperti apa yang berlaku
pada hari ini. Pelajar masih lagi dibawah tanggapan begitu.
4.0 Huraian mengenai bagaimana guru bimbingan dan kaunseling mengahdapi
kes klien yang dirujuk tetapi enggan memberi kerjasama, bersikap prejudis
dan pasif.
Bagi mencapai matlamat-matlamat kaunseling, seseorang kaunselor hendaklah
mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu. Antaranya ialah tingkah laku member
perhatian, kemahiran mendengar, kemahian memandu klien, penjelasan, member
nasihat, refleksi idea, refleksi perasaan, penjelasan idea atau interpretasi,
kekonkritan, ketika ini (immediacy), pendedahan diri, pemparafrasaan, konfrontasi,
kesenyapan, penjelasan masalah, rumusan dan teknik bertenang.
Langkah pertama yang boleh guru bimbingan dan kaunseling lakukan ialah
kemahiran tingkah laku memberi perhatian. Memberi perhatian merupakan alat
yang kuat dalam sesi kanseling. Ia akan menimbulkan perasaan hormat diri dan
perasaan selamat bagi klien. Ia juga berfungsi sebagai alat pebeguhan serta
kemudahan komunikasi. Mempraktikan kemahiran ini akan membantu kaunselor
membentuk perhubungan yang baik dengan klien dan secara umum akan membawa
faedah dalam apa jenis perhubungan yang melibatkan kaunselor. Tingkah laku ini
termasuk:
a) Kedudukan klien. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien dapat
duduk dengan selesa. Biasanya, tidak ada meja yang mengasingkan dengan
klien kerana ia boleh menghalang tingkah laku tanpa lisan daripada
diperhatikan oleh kaunselor.
b) Bertenang. Kedua-dua kaunselor dan klien hendaklah duduk dalam satu
keadaan yang selesa supaya mereka boleh menyatakan sesuatu dengan
nyata dan jelas. Bagi klien pula, keselesaan itu penting untuk mendorong dia
bercakap dengan lebih lanjut lagi tentang masalahnya.
c) Kedudukan tubuh (posture) kaunselor. Kedudukan tubuh kaunselor
hendaklah condong kehadapan, iaitu kea rah klien. Amalan seperti ini adalah
penting bagi menunjukkan kepada klien yang kaunselor itu minat mendengar
apa yang diperkatakan klien. Dari semasa ke semasa, kaunselor boleh
mengubah kedudukan tubuhnya untuk mendapatkan keadaan yang tenang.
d) Ekspresi muka. Ekspresi muka kaunselor hendaklah berseri, iaitu
menunjukkan kaunselor itu sedia menerima klien. Jika kaunselor bermasam
muka atau bermuram, ini memberikan mesej yang klien itu mungkin
mengganggunya.
e) Tentangan mata. Kaunselor hendaklah mengadakan tentangan mata dengan
klien. Ia menunjukkan kaunselor meminati apa yang diperkatakanoleh klien
dan adalah bersama klien secara fizikal dan mental. Walau bagaimanapun
kaunselor hendaklah melakukan tentangan mata mengikut keselesaan klien.
f) Soalan terbuka. Satu cara menggalakkan klien bercakap dengan panjang
lebar ialah menggunakan soalan terbuka. Ia memberikan peluang un tuk klien
bercakap lebih banyak lagi. Contoh: Cuba ceritakan apa yang berlaku pada
diri anda.
g) Dorongan minimum untuk bercakap. Dorongan minimum termasuk gerak
isyarat anggukan kepala, perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan
perkataan-perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-
perkataan penting yang menunjukkan kaunselor itu minat akan kata-kata
klien. Contoh: ‘Mmm’, ‘A-ha’, ‘Ya’, ‘Jadi?’ Dorongan minimum itu adalah
penting untuk menggalakkan klien bercakap.
Langkah kedua pula ialah Kemahiran Mendengar, dalam kaunseling, mendengar
bukan merupakan aktiviti yang pasif. Carl Roger telah mewujudkan istilah
‘mendengar dengan aktif’. Ini bermakna kaunselor perlu membuat sesuatu yang
positif. Ia melibatkan sikap dan tubuh badan yang menghantar mesej tanpa
lisankepada klien, iaitu, ‘Pada ketika ini, anda merupakan orang yang paling penting
dalam dunia. Kata-kata anda menarik minat saya. Kebajikan anda adlah penting
bagi saya.’ Dengan kata lain, tentangan mata dikekalkan. Tidak terdapat apa-apa
gangguan sehingga klien itu habis bercakap. Kaunselor memberikan perhatian yang
penuh dan menunjukkan minat yang tulen terhadap kata-kata klien.
Mendengar secara aktif memerlukan kaunselor, bukan sahaja mendengar tetapi
memahami perasaan klien dengan mendalam. Kaunselor tidak mengetepikan apa
yang diceritakan dengan hanya berkata ‘Saya faham akan perasaan anda’ tetapi
kaunselor merasakan apa yang sedang dirasakan oleh klien. Ini bermakna kaunselor
berkemahiran mendengar dengan empati.Ini juga bererti kaunselor dapat
menyatakan semula dengan tepat idea-idea klien dan menyebut dengan tepat
perasaan klien. Perasaan terpendam klien juga dapat ditafsir dengan tepat oleh
kaunselor. Dengan kata lain, kaunselor dapat membuktikan kepada klien ang
kaunselor telah mendengar, memahami serta menerima apa yang disamaikan
kepadanaya.
Mendengar secara aktif membawa dua kebaikan yang utama. Yang pertama, ia
membekalkan lebih banyak maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut. Yang
kedua, ia mempunyai kesan terapeutik. Bercakap kepada seorang pendengar yang
aktif membolehkan individu itu meluahkan masalah-masalah dan ini boleh membawa
kepada pelepasan emosi. Tambahan lagi, pendengar yang aktif itu akan
memberikan satu lagi kesan, iaitu perasaan penting sebagai seorang individu
kepada orang yang meluahkan masalah-masalahnya.
Langkah ketiga pula ialah Kemahiran Memandu Klien . Sebahagian besar klien
mempunyai fahaman diri yang terhad, iaitu tentang keperluan-keperluan mereka,
struktur-struktur bela diri dan cara-cara menyelesaikan masalah-masalah diri. Ada
setengah-setengahnya menentang (dengan cara menggunakan mekanisme bela
diri) fahaman tersebut. Pada peringkat ini kaunselor boleh membantu dengan cara
memandu klien. Di bawah adalah cara bagaimana seseorang kaunselor boleh
memandu klien ke tahap kesedaran diri yang lebih baik tentang keperluan-
keperluannya.
Kaunselor : Anda menyatakan yang pensyarah itu menengking anda di hadapan
kelas?
Klien : Ya.
Kaunselor : Adakah anda terasa terhina?
Klien : Ya.
Kaunselor : Ini menyebabkan anda berasa kecil dan kurang penting?
Klien : Ya, itulah kesannya.
Kaunselor : Anda juga rasa yang anda telah gagal dalam sesuatu?
Klien : Ya.
Kaunselor : Sanggupkah anda menceritakan bagaimana perasaan anda pada masa
itu?
Klien : Saya rasa terhina; seolah-olah sayalah yang paling bodoh, paling malas.
Pensyarah itu suka menengking pelajar-pelajar. Saya benci pensyarah seperti itu.
Saya tak suka memainkan peranan dalam drama itu. Pensyarah itu memang sedar
tetapi mengapa dia masih mahu saya menyertai drama tersebut?
Kaunselor : Anda lebih suka menjadi penonton saja. Adakah anda berasa segan?
Klien : Ya, itulah masalah saya, saya rasa saya amat segan. Saya fikir….
Langkah keempat ialah penjelasan. Seolah-olah terbuka menggalakkan seseorang
klien terus bercakap dan seterusnya memberikan lebih maklumat kepada seseorang
kaunselor.
Contoh:
Bagaimanakah perasaan anda selepas peristiwa itu?
Bagaimanakah pula dengan pendapat anda?
Kenyataan-kenyataan atau soalan terbuka memberikan seseorang kaunselor
maklumat untuk meneruskan perbualan. Dengan itu, soalan-soalan terbuka adalah
amat penting pada peringkat awal sesi kaunseling. Semakin banyak maklumat
diperolehi semakin cepat maslah dapat dikenal pasti. Sebaliknya soalan tertutup
hanya memerlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’.
Langkah kelima ialah dengan memberi nasihat . Nasihat merupakan cadangan dan
seharusnya digunaka dengan waspada. Menurut Hadley cadangan dan nasihat
adalah teknik-teknik yang sama dengan pujukan dan dengan itu, perlu digunakan
dngan waspada. Arbuckle merasa yang tujuan utama perhubungannya dengan klien
ialah membekalkan pengayaan persekitaran supaya klien dapat berkembang
berdasarkan keupayaannya sendiri tanpa bergantung pada kaunselor. Seseorang
individu yang membekalkan maklumat tidak lagi berfungsi sebagai kaunselor tetapi
adalah berperanan sebagai pembimbing.
Langkah keenam pula ialah refleksi idea. Refleksi idea merupakan kemahiran yang
digunakan oleh kaunselor sebagai satu cubaan memahami klien. Ia membolehkan
kaunselor menyemak dengan klien sama ada dia telah memahami apa yang
dinyatakan oleh klien. Lagipun, ia membolehkan klien mencapai kesedaran diri dan
kefahaman diri. Contoh:
Klien : Saya tidak mencuri
Kaunselor : Saudara tidak mencuri
Seterusnya ialah refleksi perasaan. Dengan kemahiran ini, kaunselor akan balikkan
aspek tentang emosi kepada klien. Ini dilakukan untuk meniggikan tahap kesedaran
klien tentang perasaan sebenar yang dialaminya.Contoh:
Klien : Saya benci sikap ibu bapa saya. Walaupun umur saya sudah 17 tahun,
mereka suka menyekat pergerakan saya.
Kaunselor : Saudara berasa kecewa kerana kebebasan saudara tersekat?
Langkah kelapan ialah penjelasan idea atau interpretasi . Dalam situasi ini,
seseorang kaunselor akan mengintrepretasikan apa yang dikatakan oleh kliennya.
Dia menekankan pada aspek intelek kata-kata klien.
Semasa menjelaskan idea, perkara-perkara berikut perlu diingati oleh kaunselor:
a) Gunakan perkataan-perkataan mudah yang boleh difahami klien.
b) Jangan berikan terlalu banyak interpretasi pada satu-satu sesi.
c) Toleransi dan penghormatan klien perlu ada supaya klien tidak dipaksa
menerima sesuatu interpretasi.
Contoh:
Klien : Saya tidak dapat buat kerja rumah jika ayah saya berada dirumah. Saya
berasa tertekan. Dia akan hilang akal walaupn satu kesilapan kecil berlaku.
Kaunselor : Daripada apa yang saudara katakana tentang ayah saudara, saudara
amat takut padanya. Adakah itu benar?
Langkah kesembilan pula ialah melakukan konfrotasi . Ini merupakan kemahiran
untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi
adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan apabila klien
tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu
sudut yang berlainan.
Contoh:
Klien : Bilakah rombongan ke Melaka itu akan bertolak?
Kaunselor :Saudara telah menyatakan beberapa kali saudara tidak meminati
rombongan tersebut, tetapi saudara kerap bertanya.
Konfrontasi menimbulkan suatu risiko tetapi jika Berjaya akan dapat
mempercepatkan proses kaunseling. Sekiranya perhubungan di antara kaunselor
dengan klien belum mesra atau kukuh, konfrotasi hendaklah dielakkan kerana ia
boleh menakutkan seseorang klien.
Langkah kesepuluh pula ialah ketika Ini (Immediacy). Ketika ini adalah kemahiran
yang digunakan oleh kaunselor untuk bertutur dalam suasana di sini dan ketika ini di
antara kaunselor dank lien. Ia sebenarnya merupakan suatu pengakuan tentang apa
yang berlaku di sini dan pada ketika ini. Biasanya, ia menyentuh perasaan dan perlu
digunakan dengan berwaspada.
Contoh:
Tindakbalas kaunselor: Nampaknya saudara tidak gemar akan tempat ini.
Pendedahan Kendiri Kaunselor menggunakan kemahiran ini apabila dia berhajat
untuk mendapat klien berkongsi sesuatu maklumat dengannya. Matlamat yang
didedahkan hendaklah bersesuaian dan berfungsi. Maklumat yang boleh
menyebabkan klien berasa rendah diri atau kurang cekap hendaklah dielakkan.
Contoh:
Klien : Inilah kali kedua saya mengambil peperiksaan SPM. Bodohlah saya ni.
Kaunselor: Itu bukan perkara yang aneh.Saya pun mencuba 2 kali STPM sebelum
lulus. Tindak balas kaunselor itu akan menyebabkan klien berasa lega dan selesa.
Ia berasa sedemikian kerana pendedahan diri kaunselor; dia berasa bukan dia
sahaja yang mengulangi peperiksaan.
Langkah kesebelas yang boleh dilakukan oleh guru kaunseling ialah
pemparafrasaan. Dalam satu-satu sesi kaunseling, kaunselor perlu merumuskan
satu-satu isi penting yang dinyatakan oleh klien dari semasa ke semasa. Ini
bertujuan untuk menyemak kelemahan kefahaman kaunselor mengenai masalah
yang disampaikan. Ia juga membantu kaunselor mengingati isi-isi penting yang telah
disampaikan oleh klien. Pada masa yang sama, pemparafrasaan boleh juga
meningkatkan kefahaman diri klien tentang masalah-,masalah yang dihadapinya. Ini
boleh juga membawa kepada kesedaran kendiri yang mungkin menimbulkan celik
akal bagi klien menyelesaikan masalah-masalahnya.
Contoh:
Klien : Saya sentiasa lambat masuk ke kelas. Ini menyebabkan saya dihalau keluar
kelas. Saya benci cikgu saya. Saya bukan sengaja untuk terlewat keluar tetapi saya
terpaksa mengemas rumah dahulu sebelum saya pergi ke sekolah.
Kaunselor : Nampaknya saudari marah kerana saudari dihalau dari kelas walaupun
ada alasan yang logik dan munasabah.
Langkah seterusnya ialah kesenyapan. Penghentian sementara mempunyai
berbagai-bagai erti. Klien berhenti bercakap kerana dia berasa tidak selesa untuk
memberikan maklumat yang lanjut. Mungkin dia sedang mengadakan penerokaan
diri dan mungkin akan dapat celik akal terhadap masalah yang dihadapinya. Ada
kemungkinan klien itu sedang mencari idea dan perasaan untuk disampaikan. Jika
boleh, biarlah klien itu mula bercakap selepas kesenyapan itu.
Bagi memecahkan kesenyapan, kaunselor boleh menggunakan tindakbalas berikut:
a) Nampaknya saudara sedang memikirkan sesuatu. Boleh saya berkongsi?
b) Mungkin saudara sudah sedia untuk berkongsi dengan saya apa yang
difikirkan tadi.
c) Saya kira saudari ada sesuatu yang hendak disampaikan. Boleh saudari
ceritakan?
Langkah seterusnya pula ialan dengan membuta penjelasan masalah. Di peringkat
awal, proses kaunseling hanya menumpukan pada aspek yang mewujudkan
perhubungan baik dan penuh kpercayaan serta mengadakan komunikasi secara
terbuka. Tetapi satu matlamat kaunseling yang lebih penting ialah membantu klien
menyelesaikan masalah. Oleh itu, adalah penting untuk masalah-masalah klien
dikenal pasti. Untuk mencapai objektif ini beberapa langkah perlu diambil.
Tujuan awal ialah mengenal masalah itu, iaitu mengubah masalah umum kepada
masalah spesefik.
Contoh: Apakah maksud saudara apanila saudara mengatakan ____________?.
Memberikan peluang kepada klien untuk mengemukan alternative-alternatif.
Contoh: Bagaimanakah anda akan cuba mengatasi maslah tersebut?
Klien digalakkan untuk meneroka alternatif-alternatif serta implikasi-implikasinya dan
kemudian memilih yang manakah yang paling sesuai.
Contoh: Pada pendapat saudara cara yang manakah yang lebih sesuai dan
mengapa saudara memilih cara tersebut?
Akhirnya, klien perlu mengenal pasti perubahan atau kemahiran baru yang
diperlukan untuk mencapai alternative yang dipilih itu.
Contoh: Mari kita cuba mula dengan ____________.
Langkah yang terakhir ialah dengan membuat rumusan. Rumusan adalah proses
menggulungkan segala yang dibincangkan dalam sesi kaunseling. Ia akan
mengutamakan bahan-bahan penting yang telah dibincangkan serta perkara-perkara
yang akan dibentangkan. Membuat rumusan merupakan suatu cara untuk
menamatkan satu-satu sesi kaunseling. Ini membolehkan kaunselor mendapatkan
kefahaman yang lebih mendalam tentang klien serta membantunya melihat
kemajuan yang telah tercapai. Semasa membuat rumusan, seseorang kaunselor
seharusnya menggunakan bahasa yang mudah dan jelas. Di samping itu, maklumat
balik hendaklah didapati daripada klien tentang rumusan yang dibuat.
Contoh: Mari kita cuba merumuskan apa yang telah kita bincangkan .Anda merasa
sunyi dan terpencil, terutamanya dengan sekumpulan orang, Sebaliknya, saudari
mengatakan adalah sukar bagi saudari untuk bergaul dengan orang-orang lain. Jadi
walaupun saudari ingin bergaul namun itu teta menjadi sukar buat saudari.
5.0 Kesimpulan
Sebagai rumusan, isu-isu dan permasalahan pelajar berpunca dari
perubahanperubahan dalam ekonomi negara menuju ke negara maju. Perubahan
yang berlaku bukan hanya dari segi ekonomi tetapi sosio-politik, masyarakat yang
berlandaskan kepada kemewahan dan kebendaan yang terlupa akan kepentingan
kekeluargaan.
Pelajar bermasalah yang terbiar lemah dari segi rohaninya, kosong kejiwaannya dan
kendiri yang begitu malap. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling membantu
pelajar mengenali diri sendiri. Pelajar yang mempunyai jati diri yang kuat takkan
mudah dibuai oleh anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan pelajar seterusnya
negara.
Dalam melaksanakan kaunseling, kaunselor perlu mewujudkan suasana kaunseling
yang teraputik dan kondusif. Antara faktor-faktor yang dapat mewujudkan situasi
perhubungan fasilitatif, kaunselor perlu mengurangkan kewujudan tekanan dalam
proses kaunseling, meningkatkan keupayaan dalam penerimaan keesahan
permasalahan klien, membantu memperjelaskan maksud kepada klien,
meningkatkan pengetahuan kesahan perasaan, mempunyai sifat toleransi dalam
konflik serta mempunyai penerimaan terhadap klien.
Disamping itu, perkhidmatan ini perlu banyak pembaikan dari masa ke semasa.
Usaha-usaha yang berterusan telah dan sedang dijalankan oleh KPM patut
mendapat sokongan dari semua pihak. Anak bangsa adalah harapan negara.
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah umpama air yang mengalir di tanah
yang gersang.
7.0 Bibliografi
Abdul Halim Othman (1999). Kaunseling untuk kesejahteraan Insan. Satu
pengalaman di Malaysia. Kota Kinabalu:Universiti Malaysia Sabah.
American Counselling Association (1995). Code of Ethics and standards for
practice. Alexandria,VA: Author.
Arbuckle, D.S (1975). Counseling and Psychotherapy . Boston: Allyn and Bacon.
BPS Division of Clinical Psychology (1979). Report of the writing Party on the
psychological therapists. Leicester. British Psychological Societies.
Corey.C. (1991). Theory and Practice of Counseling and psychotherapy (4th edn).
Pacific Grove:CA Brooks/Cole.
Hansen, J.C., Rossenberg, R.H., & Cramer, S.H (1994). Counseling: Theory and
process (5th ed). Boston: Allyn & Bacon.
Pepinsky, H.B., & Pepinsky, P. (1954). Counselling, theory and practice. New York:
Ronald Press.
Mizan Adilliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1995). Kaunseling
individu, apa dan bagaimana. Shah Alam.
Mohd Mansur Abdullah (1993). Proses kaunseling. Kuala Lumpur: DBP.
Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman (2002). Pengantar Kaunseling.
Prentice Hall: Petaling Jaya.
Tan Chee Yee (1987). Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Rendah dan
Menengah. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Zainal Abdin Ahmad & Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2004). Modul Bimbingan
dan Kaunseling. University Terbuka Malaysia.
6.0 Refleksi
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus
Bimbingan dan Kaunseling kanak-kanak EDU 3107 saya. Saya Mohd Aidil Bin
Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya
sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu
bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan
tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak
menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa
rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar
pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa
melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk
mengenai konsep bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah. Selepas itu, saya
terpaksa pula mencari maklumat mengenai tugas-tugas guru bimbingan dan
kaunseling untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan
tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk membuat penulisan tugasan projek
berdasarkan tajuk yang dipilih oleh saya tetapi setelah di terangkan oleh Pn Haslina
Binti Hj Suib saya akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk membuat
tugasan kerja kursus pendek ini.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan
untuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan
secara individu. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan
kedalam kerja kursus saya. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn Haslina Binti Hj
Suib telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya. Ini
merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja kursus
ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan guru
bimbingan dan kaunseling di Sekolah Kebangsaan Parit No 5. Selepas itu saya telah
cuba mengambil isi di dalam buku tersebut dan membuat kerja kursus yang telah
diberikan. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan haruslah
tepat dan penerangan yang diberikan oleh guru tersebut pula haruslah sesuai
dengan murid sekolah rendah.
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa
dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah
diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja
kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak yang diberikan telah berjaya saya
siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah
membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu Pn
Haslina Binti Hj Suib.
Isi kandungan
Bil Perkara Muka surat
1 Biodata guru pelatih i-ii
2 Sekapur sireh iii
3 Pendahaluan iv
4 1.0 Konsep, matlamat dan peranan guru kaunseling di sekolah
1.1 Definisi kaunseling
1.2 Kaunseling individu
1.3 Ciri-Ciri Kaunseling Individu
1.4 Definisi bimbingan
1.5 Definisi psikoterapi
1.6 Perbezaan Antara Bimbingan, Kaunseling Dan Psikoterapi
1.7 Perbezaan di antara kaunseling Individu dengan
kaunseling kelompok.
1-29
5 2.0 Perbezaan antara peranan guru bimbingan dan kaunseling
dengan guru biasa di sekolah
2.1 Objektif utama Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
2.2 Perbezaan antara peranan guru bimbingan dan kaunseling
dengan guru biasa di sekolah
30-31
6 3.0 Pandangan salah terhadap tugas-tugas guru bimbingan dan
kaunseling di sekolah
32
Recommended