View
25
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
:
KHATIB MENGINGATKAN PARA JEMAAH AGAR ;
Bertaqwa
kepada Allah
Menjunjung
setia ajaran
Rasulullah
SAW
SESUNGGUHNYA ;
Sebagai
anak adam kita
tidak lari daripada
dosa dan
kesalahan
Tiada jalan untuk
melepaskan diri daripada
seksaan Allah melainkan adanya
pertolongan Nabi SAW
Kita
akan dibalas neraka
Allah sekiranya
dosa tidak
terampun
SYAFAAT NABI SAW ITU ADALAH ;
Pertolongan akhir
daripada Nabi SAW
Satu pegangan yang
wajib dipercayai
Akan berlaku pada
hari kiamat nanti
Ayat 109, Taha ;
KEIZINAN MEMBERI SYAFAAT ;
“Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat kecuali
dari orang yang diizinkan oleh Allah yang
melimpah-limpah rahmat-Nya, dan kepada orang
yang diredai perkataannya”.
Al-Tahawiy menegaskan bahawa ;
HAL YANG DIYAKINI BERLAKU ;
“Sesungguhnya Syafaat yang disimpan untuk
umatnya adalah benar seperti mana yang
diriwayatkan dalam beberapa banyak hadis Nabi
SAW.
Sabda Nabi SAW Yang Bermaksud ;
KERANA KEPRIHATINAN DAN BELAS IHSAN ;
“Setiap para Nabi mempunyai satu doa
yang mustajab, aku ingin menyimpan doa
itu untuk memberikan syafaat kepada
umatku pada hari kiamat nanti”.
(Riwayat al-Bukhari)
Sabda Nabi SAW Yang Bermaksud ;
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BAGI
3 GOLONGAN ;
“Tiga golongan yang akan
memberikan syafaat pada hari kiamat
nanti, mereka ialah para Anbia, para
Ulama dan para Syuhada.”
(Riwayat Ibnu Majah).
BERASASKAN AL-QURAN, HADIS DAN PARA ULAMA
MENJELASKAN LAGI BAHAWA SYAFAAT ITU ADALAH ;
Terbahagi 2 iaitu
Syafaat
umumSyafaat
khusus
Khusus
dikurniakan kepada
Nabi SAW
Umum
dikurniakan kepada
Anbia, ulama &
syuhada
Syafaat
khusus dikenali
syafaat Al-UzmaPermohonan
Nabi SAW kepada
Allah SWT untuk
menyegerakan pengadilan
di Padang Mahsyar
BENAR-BENAR BERLAKU SUATU MASA NANTI ADALAH ;
Manusia tidak mampu menahan
kesengsaraan di Padang Mahsyar
Manusia mengharapkan proses
pengadilan Allah di percepatkan
Semua manusia berkeinginan
menyelamatkan diri masing-masing
Pengadilan dilakukan setelah
permohonan Nabi SAW diterima
Allah SWT
SYAFAAT-SYAFAAT LAIN YANG DIANUGERAHKAN KEPADA
NABI SAW ADALAH ;
Memberi syafaat kepada
para aulia’ dan orang soleh
Memberi syafaat kepada
Individu yang masih ada
saki baki iman
Sabda Nabi SAW berdoa dengan menyebut ;
BELAS IHSAN NABI SAW BERDOA UNTUK
UMATNYA ;
“Ya Allah! Umatku umatku
(mereka masih berada
didalam neraka).
TERMAKBUL DOA NABI SAW ;
Firman Allah SWT Dalam Hadis Qudsi ;
“…Kami sesungguhnya redha terhadap
umatmu dan kami tidak akan menyakitkan
hatimu (maksudnya mereka dikeluarkan dari
neraka)”
SYAFAAT-SYAFAAT LAIN YANG DIANUGERAHKAN KEPADA
NABI SAW ADALAH ;
Memberi syafaat kepada
yang timbangan baik dan jahat
sama berat
Memasukkan mereka
ke dalam syurga
SYAFAAT-SYAFAAT LAIN YANG DIANUGERAHKAN KEPADA
NABI SAW ADALAH ;
Syafaat kepada
orang-orang tertentu masuk
syurga tanpa hisab
Masuk syurga melalui
laluan khas
Sabda Nabi SAW bermaksud ;
LALUAN MUDAH BAGI YANG TERPILIH ;
Sesungguhnya Tuhanku telah mengurniakan kepadaku seramai
tujuh puluh ribu dalam kalangan umatku mereka masuk syurga
tanpa dihisab. Saidina Umar bertanya kepada Nabi SAW, “Tidakkah
tuan minta ditambah bilangan itu?, Rasulullah menjawab ya! Saya
telah memohon tambahan, lalu Allah mengurniakan kepadaku
tambahan setiap seorang membawa tujuh puluh ribu orang
bersamanya. Umar berkata: tidakkah Tuan meminta tambah lagi?,
Rasulullah menjawab ya! Setiap seorang membawa tujuh puluh
ribu lagi. Umar bertanya lagi: tidakkah Tuan meminta tambah lagi?
Rasulullah SAW menjawab ya! Aku telah meminta tambah tetapi
setakat itu sahaja yang diberi. (Ahmad)
SYAFAAT-SYAFAAT LAIN YANG DIANUGERAHKAN KEPADA
NABI SAW ADALAH ;
Syafaat menyelamatkan
orang-orang yang berdosa
daripada seksaan neraka
Sabda Nabi SAW ;
MENYELAMATKAN ORANG-ORANG YANG BERDOSA ;
“Syafaatku untuk orang yang
melakukan dosa besar dalam kalangan
umatku.”
(Imam Ahmad).
PERSOALKAN DIRI KITA TERLEBIH DAHULU ;
Layakkah kita
mendapatkan syafat
Nabi SAW
Kenalkah Nabi SAW
kepada kita hanya berselawat
dan salam kepadanya
Setiakah kita
kepada Nabi SAW
ANTARA PENGHAYATAN TAUJIHAT DAN TAUSIAH
KHUTBAH INI ADALAH SEPERTI BERIKUT ;
Kehadiran Nabi SAW adalah
rahmat kepada seluruh alam
Mandat memberi syafaat adalah
kurniaan dan keizinan Allah S.W.T
Berimanlah kepada Allah S.W.T untuk
mendapatkan syafaat Nabi SAW
Amalkan ajaran Nabi SAW dan
memperbanyakkan selawat sekiranya
inginkan syafaat Nabi SAW
JANGAN IKUT PERANGAI YAHUDI DAN NASRANI ;
Maksud Ayat ;
JANGAN IKUT PERANGAI YAHUDI DAN NASRANI ;
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang
Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi
Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat
kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh
kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi
kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta
kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
(al-Taubah : 128).
Marilah kita bersatu atas dasar akidah Islam
yang pasti dan disimpul mati. Bersatu dalam apa
jua situasi, bersatu teguh menghadapi
persekitaran dan ancaman musuh yang terang
dan terselindung. Bersatunya umat Islam adalah
kekuatan paling dasar ke arah pembinaan Khaira
Ummah (umat terbaik). Umat Islam berhak untuk
berbeza pendapat, apalagi dalam soal urusan
duniawi, namun umat Islam hendaklah terus
bersatu dalam fikrah dan kefahaman mengikut
garis rentas kalimah اللهإل إ هل , prinsip-prinsip
penegasan al-Quran dan al-Hadis serta prinsip
persaudaraan Islam yang kukuh.
Dalam usaha kita memutuskan rantaian
Covid-19 ini, setiap Jemaah diminta terus
berdisiplin dan wajib mematuhi Prosedur
Operasi Standard (SOP) yang telah
ditetapkan oleh pihak JAIS khususnya
mengambil wuduk di rumah, membawa
sejadah masing-masing, memakai pelitup
muka (face mask) ketika hadir di Masjid
dan Surau serta mengamalkan penjarakan
fizikal. Bagi mereka yang tidak sihat
adalah dilarang sama sekali untuk
melaksanakan solat di Masjid dan Surau.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha
Berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu
yang telah mengurniakan rahmat
dan keberkatan kepada negeri ini
yang terus sejahtera dan maju, serta
rakyatnya bersatu padu, dibawah
naungan dan pimpinan raja kami
sebagai Ketua Agama Islam di negeri
ini. Ya Allah, lindungi kami daripada
bala bencana dan wabak penyakit
seperti Covid-19.
Recommended