View
249
Download
6
Category
Preview:
Citation preview
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
FAKTOR-FAKTOR TEKANAN KERJA DAN PRESTASI KERJA DI KALANGAN PEKERJA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Nor Asma binti Safri
.IF 1655
Sarjana Muda Sains Dengan KepujianM822 (Pembangunan Sumber Manusia)2011
20 II
JJusat Khidmat Makluma( Akedcmf UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAKPiliiiHl~fiI~ii
1000224383 .
SESI PENGAJIAN : ____
Saya r1vo~ {PMft &\1V1\ SAP-P-I (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
* * sila tandakan (...J )
ID (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan at au SULIT
kepentingan seperti termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh ~RHAD organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)
D TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap:
~~dJqft
Tarikh: !1 L'Y\t] :L~1' Tarikh: _-L..L~'~~,~~,---,-I-=-z..___IT-Catatan: * Tcsis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Saljana dan S3Ijana Muda *Jika tesis ini SULlT atau TERHAD. sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ol'ganisasi bcrkenaan dengan menyatakan
sckali sebab dan tempoh tesis ini pel'lu dikelaskan scbagai TERHAD.
Projek bertajuk 'faktor-faktor tekanan kerja dan prestasi kerja di kalangan pekerja perkhidmatan awam malaysia.' telah disediakan oleh Nor Asma Safri dan telah
diserahkan kepada fakulti sains kognitif dan pembangunan manusia sebagai memenuhi syarat untuk ijazah saIjana muda sains dengan kepujian Pembangunan Sumber Manusia
Diterima untuk diperiksa oleh:
(En. Ab
Tarikh:/1/0' --------~;;;,~-~;;;
.' Gred
A
PENGHARGAAN
Alharndulilah... Pertarna sekali saya berasa begitu bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan
berkat dan petunjuk-NY A saya telah beIjaya rnenyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Projek ini
tidak akan berj aya tanpa sebarang sokongan dan birnbingan daripada sernua pihak khususnya
ahli keluarga saya yang tercinta ayahanda Safri bin Abdullah, ibunda Nik Fauziah bt Nik Wan
Megat serta adik-beradik. Dengan doa dan berkat restu rnereka telah rnenguatkan saya untuk
rnenghadapi segal a cabaran dalam rnenyiapkan Projek Tahun Akhir saya.
Saya juga ingin menyarnpaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terirna kasih kepada Dekan
Fakulti dan pensyarah-pensyarah Program Pernbangunan Surnber Manusia terutama Encik
Abang Ekhsan Bin Abang Othman selaku penyelia projek saya ini. Beliau begitu banyak
mernberikan komen, cadangan, sokongan serta motrvasi dalarn saya berusaha untuk rnenyiapkan
projek ini sehingga ke draf akhir. Ucapan terirna kasih juga kepada sernua pensyarah fakulti yang
banyak rnemberikan rnaklumat kepada saya dalarn projek ini.
Ucapan terirna kasih juga ditujukan kepada Pihak Bomba dan Penyelarnat Kota
Samarahan(BPP) kerana rnembenarkan saya rnenjalankan kajian dan kesudian bekeIjasarna serta
layanan yang baik sepanjang saya rnendapatkan informasi berkaitan projek saya .
.. Kepada ternan-ternan saya di FSKPM, terutarna dalarn Program Pernbangunan Surnber Manusia
2008/2011, iringan sekalung budi dan penghargaan buat kalian di at as segala tunjuk ajar dan
dorongan yang diberikan dalarn rnembantu saya rnenyiapkan projek ini. Sernoga persahabatan
leita akan sentiasa berkekalan dan didoakan semoga kita sama-sarna beroleh kejayaan. Akhir
sekali, kepada sernua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan
projek ilrniah ini, terirna kasih yang tidak terhingga buat semua. Terirna Kasih. Wassalarn ...... .
lSI KANDUNGAN
Penghargaan ladual Kandungan Senarai 1adual Senarai Rajah Abstrak
BABI-PENDAHULUAN
1.0- Pengenalan
1.1- Latar belakang kaj ian
1.2- Kenyataan masalah
1.3- Objektif Kaj ian
1.3.1- objektifumum
1.3.2- objektifkhusus
1.4- Persoalan kajian
1.5- Kepentingan kajian
1.6- Batasan kajian
1.7- Skop kajian
1.8- Definisi istilah .' 1.9-Kesimpulan
BAB 2- SOROTAN KAJIAN LEPAS
2.0- Pengenalan
2.1- Konsep tekanan keIja
2.2- Teori Berkaitan
..
Muka surat
II
III
4
6
6
6
6
7
8
8
9
12
14
14
18
2.2.1- Teori Rasioanal Emotif: A-B-C (1950) 18
2.2.2- Teori Tingkah laku dan Biologikal .. 21
2.2.3- Teori Person-Environment Fit 22
2.2.4- Teori Eustress dan Distress 24
2.2.5 - Teori Dua Faktor oleh Frederick Herzberg (1959) 25
2.2.6- Teori Behaviorisme 26
2.3- Faktor tekanan keIja 27
2.3.1-Faktor Instrinsik 27
2.3.2- Peranan di dalam organisasi 29
2.3.3 - Hubungan di tempat keIja 30
2.3.4- Faktor keluarga 32
2.3.5-Faktor individu itu sendiri 33
2.3.6-Demografi 34
2.4- Kajian ciri tekanan fisiologikal terhadap prestasi keIja 38
2.5- Kajian ciri tekanan psikologikal terhadap prestasi keIja 39
2.6- Kajian tingkah laku terhadap prestasi kerja 40
2.7- Tekanan Dengan Prestasi keIja 41
2.8- Model Tekanan Kerja 43
2.8.1- Model Punca Tekanan KeIja (Jaafar Muhammad,2003) 43
2.8.2-Model Tekanan Guru (Boyle, Borg, Falzon & Baglioni, 1955) 44
2.9- Kesimpulan 45
DAB 3- METHODOLOGI KAJIAN
3.0- Pengenalan 47
3. 1- Pendekatan Kaj ian 48
3.2- Prosedur Kajian 49
3.3- Instrumen 49
3.4- Teknik Pengumpulan Data 50
3.4.1- Analisis Dokumen 50
3.4.2 - Kaedah Temubual 51
ii
I
3.4.3- Persediaan Sebelum Temubual 52
3.5- Analisis Data 52
3.6- Kesimpulan 53
BAD 4 - DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.0 Pendahuluan 54
4.1- Latar belakang kajian 55
4.3- Ringkasan kaj ian 56
4.4- Analisis Kualitatif 57
4.5- Dapatan Kajian dan Perbincangan 58
4.5.1- Tema Pertama: Faktor -Faktor Tekanan KeIja 58
4.5 . 1.1 -Masalah Beban Tugas 59
4.5.1 .2 -Konflik Peranan 60
4.5.1.3 -Hubungan Rakan Sejawatan 61
4.5.1.4 -Masalah Tekanan Pihak Pentadbiran 62 . 4.5.2- Tema Kedua: Kesan Tekanan keIja 63
4.5.2.l-Kepuasan keIja 64
4.5.2.2-Kesihatan 65
4.5.3 Tema Ketiga : Cara Mengatasi 66
4.5.3.1 Pengurusan Masa Yang Bijak 66
4.6 Kesimpulan 67
BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.0 Pengenalan 68
5.1 Rumusan Kajian 68
5.2 Cadangan 69
5.2.1 Organisasi 68
5.2.2 Individu 72
5.2.3 Pengkaji Akan Datang 72
iii
5.3 Kesimpulan
SENARAI RAJAH
74
Gambar Rajah 2.7
Hubungan Antara tekanan dengan prestasi kerja
43
Gambar Rajah 2.8.2
Model Tekanan Guru (Boyle, Borg, falzon &Baghoni 1995) 45
.'
iv
SENARAI JADUAL
Jadual 2.8.1
Model Punca Tekanan Kerja (Jaafar Muhammad,2003) 43
.'
v
ABSTRAK
FAKTOR-FAKTOR TEKANAN KERJA DAN PRESTASI KERJA DI KALANGAN PEKERJA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA.
NOR ASMA BINTI SAFRI
Pendekatan kepada masalah tekanan kerja kini menjadi keutamaan dan penting dalam setiap proses kerja sesebuah organisasi. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk mengenalpasti faktor-faktor tekanan kerja dan prestasi kerja. Tempat kajian yang dipilih ialah Balai Bomba dan Penyelamat di Kota Samarahan, Sarawak. Ia melibatkan lima orang informan. Faktor tekanan kerja yang diselidiki ialah terdiri daripada faktor instrinsik, peranan di dalam organisasi, hubungan di tempat kerja, faktor keluarga, faktor individu itu sendiri, demografi sementara tekanan kerja pula ditinjau dari aspek-aspek psikologikal, fisologikal dan tingkah laku. Kaedah temubual telah digunakan dalam kajian ini dalam menganalisis faktor-faktor tekanan kerja dan prestasi kerja. HasH kajian menunjukkan terdapat pe1bagai faktor tekanan kerja dan prestasi kerja dikalangan pekerja seperti masalah beban tugas, konflik peranan, hubungan rakan sejawatan dan lain-lain. HasH kajian menunjukkan ia memberi kebaikan terhadap organisasi, pengkaji akan datang dan pengamal sumber manusia bagi meningkatkan prestasi kerja di tempat kerja.
,... ...... I
ABSTRACT ,.
FACTORS OF WORK STRESS AND WORK PERFORMANCE AMONG OF EMPLOYEES IN GOVERNMENT SECTOR
NOR ASMA BINT! SAFRI
This study is an exploratory research which aims to identify the factors of work stress and job performance among employees. This research was conducted at fire and rescue station, Kota Samarahan Sarawak. A total of five informers were from different levels. The work stress investigated include the organization factors, intrinsic factor, role organization factor, relationship at workplace factor, family factor, individual factor and demographic factor are viewed from the physiological, psychological and behavioral aspects. The qualitative method was used in analyzing the factors of work stress and job performance aspects. The results of the study indicate many causes of work stress such as work overload, role conflict, and poor colleague relation. The finding of this research is beneficial for the organization, future researcher and even human resource practitioner to enhance performance and to identify method of improving to enhance job performance in the workplace .
.'
,.... I
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang latar belakang kajian, pemyataan
masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan
kajian, skop kajian dan definisi istilah tekanan, tekanan kerja, prestasi
kerja, fisiologi, psikologi dan tingkah laku .
.'
1.1 Latar belakang kajian
Kebanyakan kajian mengenai tekanan meliputi aspek seperti kesan
tekanan ke at as individu, kumpulan serta organisasi. Kajian keatas
tekanan banyak menyentuh mengenai punca tekanan kerja sehingga
menyebabkan kemerosotan prestasi seseorang. Misalnya, banyak kajian
telah dibuat terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan dan kesan
tekanan terhadap faktor-faktor lain. Faktor demografi individu terbukti
1
memberi kesan keatas tekanan kerja individu. Dalam satu kajian yang
dilakukan oleh Guppy dan Rick (1996) menerangkan bahawa pekerja
bawahan kurang kepuasan dalam kerja dan sering mengalami tekanan
kerja. Manakala, menurut pengkaji Jick dan Mitz (1985) dalam kajian
yang telah dilakukan, perbandingan tekanan kerja ke atas jantina
mendapati kebanyakan wanita mengalami kemurungan psikologi,
manakala kebanyakan lelaki mengalami kemurungan fizikal. Kajian oleh
Turnage dan Spielberger (1991), menunjukkan pekerja perkeranian
menghadapi tekanan apabila gaji yang diperolehi tidak mencukupi dan
sekiranya tidak melakukan apa-apa tugas. Manakala tafsiran tekanan bagi
kumpulan professional pula ialah seperti kerja lebih masa dan
menggunakan peralatan yang kurang berkualiti. Peranan yang dimainkan
oleh sesorang pekerja di dalam sesebuah organisasi juga banyak
menyumbang kepada terjadinya tekanan kerja dikalangan pekerja.
Beberapa penyelidikan mengenai tekanan kerja juga telah
mengaitkannya dengan aspek psikolososial di tempat kerja
(Frankenhaeuser dan Johansson, 1984, Kahn dan Quinn, 1970). Maklumat
ini menimbulkan rasa tanggungjawab kepada pihak organisasi untuk cuba
mengatasi masalah persekitaran yang membawa kepada tekanan kerja.
Hasil penyelidikan yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh psikologikal
menunjukkan bahawa terdapat hubungan diantara penyebab tekanan
(stressor) keatas kerja dan fizikal dengan emosi dalam diri individu.
Kebanyakan kajian mendapati punca tekanan psikologikal adalah
disebabkan berlakunya perubahan kimia, honnon dan fungsi organik
dalam badan~ Ini dapat dilihat berdasarkan tahap kebimbangan yang
dialami oleh individu, ketegangan dan kemurungan yang diukur melalui
honnon-honnon adrenalin, noradrenalin dan paras kortisol yang
merupakan alat ukuran tekanan yang subjektif (Buchanan, 1985). Oleh
itu, perubahan fisiologikal terhadap situasi kerja boleh diukur melalui
tekanan darah tinggi, kadar den yutan jantung dan analisis air kencing.
Contohnya, tekanan-tekanan tersebut dialami oleh pekerja-pekerja dalam
sektor perkhidmatan awam disebabkan masalah beban kerja tinggi yang
2
tinggi dalam pekerjaan. Mereka menjalankan tanggungjawab berasaskan
kepada bidang tugas yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan
organisasi masing-masing. Ini berrnakna bahawa mereka sentiasa dikawal .. oleh sepasukan pekerja lain dalam organisasi yang sarna yang boleh
membawa tekanan terhadap mereka.
Dalam kajian (Martino 2001) mengenai tekanan dalam kalangan
pekerja di temp at kerja telah menyatakan bahawa dalam keadaan biasa,
pekerja perlu mampu mengaktitkan tindak balas mereka untuk
mendapatkan tindak balas baru dan imbangan terhadap keadaan baru.
Tekanan yang terjadi tidak semestinya menjadi suatu fenomena yang
negatif. Dengan hanya memberi tumpuan terhadap aspek patologi,
tekanan adalah salah tanpa menekankan tentang kepentingan usaha
mencan dan mendapatkan penyesuaian dinamik terhadap keadaan
tertentu. Sekiranya kesihatan di anggap sebagai keseimbangan dinamik,
tekanan adalah menjadi sebahagian daripadanya. Hanya tekanan yang
kritikal yang menjadi masalah patologi. Berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh Martino (2001), tekanan adalah " sesuatu yang biasa dan .
perlu". Namun, jika seseorang individu itu mengalami tekanan yang
berlebihan, berpanjangan atau berulangan dan jika ia tidak mampu
mengatasi, tekanan akan menjadi suatu fenomena yang negatif yang akan
menyebabkan penyakit fizikal dan masalah psikologi. Situasi sedemikian
akan memudaratkan tekanan meliputi suatu julat yang luas daripada
kelesuan kronik kepada kemurungan , insomnia, kebimbangan, migraine,
ulser, alergi, masalah kulit, gangguan emosi dan seterusnya boleh
berakhi~ dengan kesan dan akibat paling serius iaitu masalah serangan
jantung, kemalangan dan bunuh diri. Sylvia McNeely (1995) juga telah
mengkaji tekanan dan cara mengendalikannya di kalangan jururawat.
Beliau merupakan seorang pelajar penyelidik di Nene Callage,
Northampton, UK. Kajian beliau telah berjaya menunjukkan bahawa
tekanan kerja mempengaruhi kualiti jururawat di tempat kerja.
3
1.2 Kenyataan Masalah
Mantan Perdana Menteri Malaysia Y AB Dato' Seri A"bdullah
Ahmad Badawi telah menyarankan supaya sistem penyampaian kerajaan
(delivery system) terutamanya yang berkaitan sektor awam perlu
dimantapkan bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara dan
sekaligus meningkatkan taraf hid up masyarakat (Utusan Malaysia 9
Febuari 2007). Melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang
dilancarkan pada Januari 2006 yang mana lebih menekankan kepada
kebajikan rakyat. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan beban kerja
yang dipikul oleh penjawat Awam semakin bertambah dengan mendadak
tanpa berlaku pertambahan bilangan pegawai professional teknikal dan
persekitaran kerja yang seimbang. Pertambahan kerja yang berlaku secara
mendadak semestinya memberikan tekanan kepada individu dan ia secara
tidak langsung akan mempengaruhi prestasi kerja (Halimah, 2006).
Cabaran utama sesebuah organisasi adalah untuk mengawal dan
menangani tekanan kerja yang membawa impak negatif sehingga
menyumbang kepada kemerosGtan prestasi organisasi dan juga
menyebabkan organisasi akan kehilangan daya saing ( Robbins, 2001). Ini
kerana tekanan kerja merupakan salah satu faktor utama yang menghalang
peningkatan prestasi.
Konsep stress di temp at kerja telah digunakan dengan meluas
untuk mengukur keberkesanan organisasi. Faktor seperti masalah
hubungan dalam organisasi seringkali memberi tekanan kepada pekerja.
Antara corttohnya seperti faktor dalaman terhadap pekerjaan, peranan di
dalam organisasi, tekanan video display terminal, masalah hubungan di
tmpt kerja, pembangunan kerjaya, faktor gaji, keperluan kerja yang tidak
sepadan dengan kebolehan, sumber dan kehendak pekerja juga
merupakan aspek utama stress di tempat kerja. Faktor demografi seperti
umur, jantina, status perkahwinan juga merupakan punca- punca yang
menyumbang kepada tekanan kerja dalam perkhidmatan awam. Oleh itu,
isu stress di tempat kerja memberi kesan keatas prestasi keseluruhan
4
t'Usat Khidmat Mak II at kademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK I
organisasi dan individu tennasuk~ah masalah penurunan prestasi kerja,
kadar ketidakhadiran yang tinggi dan ketidakpuasan kerja,
kemalangan dan kesilapan serta pengambilan alkohol dan dadah dan
pusing ganti buruh yang tinggi dimana organisasi kehilangan pekerja
berkualiti dan peningkatan yang besar dalam kos pengambilan dan
kos latihan semula. Kesemua masalah ini mempunyai perkaitan dengan
"stress" di tempat kerja dan masalah yang biasa berlaku dalam organisasi
masa kini. Masalah stress akan memberi kesan ke atas psikologi dan
fisiologi manusia. Seseorang individu yang tertekan dengan kerja yang
dilakukan akan mengalami kemurungan yang berpanjangan. Apabila rasa
tertekan, psikologi seseorang pekerja akan terganggu dan menyebabkan
kegagalan untuk membuat keputusan dengan baik. Situasi ini boleh
menjejaskan prestasi kerja mereka dan menggugt produktiviti organisasi.
Masalah yang paling dibimbangi adalah tekanan pekerja di tempat kerja
yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti sakit jantung,
tekanan darah tinggi dan melemahkan sistem pertahanan badan terhadap
penyakit. Stress di tempat kerja juga boleh menyebabkan masalah
kemalangan di tempat kerja, peJlingkatan kos keselamatan dan kesihatan
pekerjaan, gangguan trauma kumulatif serta menggangu kegiatan sosial
individu.
Sektor awam merupakan nadi kepada sesebuah kerajaan
(Mahathir, 1994). Kecekapan pentadbiran sektor awam menggambarkan
kekuatan sesebuah kerajaan. Ini kerana pentadbiran dan perkhidmatan
yang sering dikaitkan dengan kemerosotan dalam prestasi akan memberi
gambantn yang negatif kepada sesebuah organisasi yang mewakili pihak
kerajaan. Secara spesifiknya, kajian ini cuba untuk mengukur sejauh
manakah perkaitan tekanan kerja mempengaruhi prestasi kerja seseorang
individu kerana jika seseorang individu itu berhadapan dengan tekanan
akan menyebabkan individu itu gagal berfungsi dengan baik di dalam
masyarakat ( Sindhunata, 1993). Oleh itu, pennasalahan kajian ini
bertujuan untuk menilai perkaitan antara faktor yang mempengaruhi
tekanan kerja di kalangan pekerja perkhidmatan Awan Malaysia. Pengkaji
5
akan mengkaji hubungkait faktor-faktor tekanan seseorang pekerja yang
menyumbang kepada prestasi kerja.
~
Kajian juga dilakukan untuk melihat permasalahan tekanan
terhadap produktiviti dan prestasi kerja. Pengkaji akan menekankan dan
melihat hubungkait kepada ciri-ciri tekanan kerja yang menjejaskan
prestasi kerja dari aspek fisiologikal, psikologikal dan tingkah laku.
Menurut Naib Presiden Persatuan Psikologi Psikiatri Malaysia, Dr.Abdul
Kadir Abu Bakar, tekanan dalam diri bukan sahaja menyebabkan
seseorang itu akan mengalami penyakit mental, bahkan daripada segi
fizikal individu itu boleh mengalami sakit jantung yang merupakan
penyakit pembunuh.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif
khusus. Penjelasan lanjut ten tang kajian ini adalah seperti berikut:
Objektif umum
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor tekanan kerja dan prestasi
kerja dalam kalangan pekerja Perkhidmatan Awam Malaysia.
Objektif khusus
I. Mengkaji perkaitan antara faktor utama tekanan terhadap prestasi
kerja.
2. Mengkaji ciri-ciri tekanan psikologikal, fisiologikal dan tingkah laku
dengan prestasi kerja dalam kalangan pekerja.
3. Mengkaji tekanan kerja dan prestasi kerja.
6
1.4 Persoalan kajian
1. Apakah faktor-faktor utama tekanan yang mempengaruh! prestasi
peketja perkhidmatan awam?
2. Apakah ciri-ciri tekanan dalam kalangan pekerja?
3. Apakah tekanan fisiologi, psikologi dan tingkah laku
menyumbang kepada penurunan prestasi pekerja?
4. Apakah hubungan diantara tekanan kerja dan prestasi kerja?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini mengaitkan sebahagian daripada isu-isu mengenal
masalah kerja yang dihadapi oleh pekerja dan hubungannya dengan
tekanan kerja yang mereka alami. Tekanan kerja akan terjadi sekiranya
individu terlibat dengan masalah dalam persekitaran kerja dan wujud
mengikut jenis peketjaan (Beerh and Newman (1987). Dalam aspek .
organisasi, kajian ini diharapkan dapat membantu organisasi bagi
mengenalpasti punca utama penurunan prestasi pekerja, ketidakhadiran
serta ketidakpuasan kerja yang memberi kesan terhadap pekerja itu sendiri
mahupun orgamsasl di sampmg bagi membolehkan organisasi
mengenalpasti aspek-aspek kritikal yang mendorong kepada tekanan
emosi terhadap pekerja. Ini diharapkan dapat memperkayakan tagi
penulisan ilmiah berkaitan isu tekanan kerja yang dihadapi dalam
kalangan-pekerja.
Kajian ini penting bagi memberikan gambaran keseluruhan
tentang masalah tekanan emosi yang dialami oleh pekerja dalam
organisasi. Ia akan dapat menjelaskan lagi teori-teori tentang isu tekanan
kerja di kalangan pekerja. Dari segi gunaan pula, pengurus-pengurus
sumber manusia boleh menggunakan dapatan hasil kajian ini bagi
mengurus dan mentadbir pekerja dalam sesebuah organisasi. Jadi ini
membolehkan mereka mengambil langkah-langkah tertentu bagi
7
mengurangkan masalah tekanan kerja dalam kalangan pekerja mereka.
Hasil daripada kajian ini diharapkan ia akan menjadi satu gambaran
kepada sesebuah organisasi untuk mengambil langkah sewajamya dalam
mengatasi maslah tekanan kerja bagi pekerja.
1.6 Batasan Kajian
Semasa menjalankan kajian ini terdapat beberapa batasan yang
telah dihadapi. Antara batasan-batasan tersebut ialah kajian yang
dijalankan bukan bersifat menyeluruh. Tumpuan kajian ini hanya terhad
kepada satu temp at sahaja. Oleh yang demikian, hasil dan dapatan kajian
mungkin tidak sesuai digunakan di kawasan lain disebabkan oleh
beberapa perbezaan. Selain itu, kaedah yang digunakan untuk mengumpul
data adalah melalui menemubual responden. Oleh itu, ketepatan
maklumat yang diterima adalah bergantung kepada kerjasama responden
semasa menjawab soalan. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini adalah
bergantung kepada maklumat yang diberikan mengikut situasi semasa
ditemuramah. Faktor tersebut akan mempengaruhi hasil dapatan kajian
yang dijalankan. Kemungkinan ia hanya benar berdasarkan mas a kajian
atau mungkin juga berbeza dengan dapatan-dapatan yang seterusnya.
Kesemua dapatan daripada hasil kajian yang dijalankan hanya sesuai
digeneralisasikan di dalam organisasi dan sampel yang dikaji sahaja.
Jadi, kajian ini tidak boleh dianggap sebagai dapatan yang mewakili
situasi pekerja di Malaysia.
I{ekangan mas a dan kos juga mungkin menyebabkan dapatan
kajian tidak menyeluruh mewakili tahap tekanan yang dialami oleh
pekerja Perkhidmatan Awan. Untuk mengatasi masalah ini, diharapkan
pengkaji akan datang dapat meluangkan mas a untuk menjalankan kajian
mengenai tekanan kerana ia memerlukan masa yang agak panjang kerana
pengkaji perlu memahami konsep tekanan dan budaya keIja sesebuah
orgamsasl.
8
1.7 Skop Kajian
Skop kajian ini ialah faktor tekanan kerja dan prestasi kerja
dikalangan pekerja perkhidmatan awam. Kajian ini akan meneliti faktor
di antara masalah bebanan kerja, masalah hubungan dalam budaya
organisasi, persekitaran ditempat kerja dan sebagainya terhadap prestasi
kerja. Organisasi yang dipilih ialah Jabatan Bomba di Balai Samarahan
Sarawak. Ia melibatkan seramai 5 orang informan iaitu pekerja bomba di
bahagian masing-masing dalam perkhidmatan bomba mengikut bahagian
bahagian yang terdapat dalam organisasi tersebut.
1.8 Definisi Istilah
Definisi istilah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu definisi konseptual
dan definisi operasional.
1.8.1 Tekanan
Definisi Konseptual
Perbuatan menekan, keadaan menekan atau keadaan menanggung
beban yang sukar untuk ditanggung (Kamus Dewan, 1997). Tekanan
merujuk kepada sebarang gangguan fikiran dan perasaan yang menjadi
punca perubahan tingkahlaku seseorang. Hal ini merujuk kepada keadaan
yang dialami oleh golongan pekerja yang berada dalam keadaan tidak .' stabil. Menurut Sabitha Merican (1996), tekanan adalah suatu tindak balas
pad a suatu punca tekanan, rangsangan, atau satu suasana yang
menjejaskan keadaan fisiologi seseorang individu. Selye (1956),
menyatakan bahawa tekanan adalah corak taraf emosi (paterns ojemotion
states) dan tindak balas psikologikal yang timbul sebagai balasan kepada
permintaan daripada dalam at au luar organisasi .
9
Definisi Operasional
Dalam kajian ini, tekanan merujuk kepada semua gangguan yan~ boleh
menghilangkan tumpuan terhadap tugasan yang diberikan.
1.8.2 Tekanan Kerja
Definisi Konseptual
Poon (1994 dalam Abdul Majid 2001), mendefinisikan tekanan kerja
sebagai suatu situasi ketegangan yang dapat mempengaruhi emosi, proses
pemikiran dan keadaan fizikal.
Definisi Operasional
Dalam konteks kajian ini tekanan kerja merujuk kepada situasi
ketegangan yang akan menganggu proses pemikiran pekerja dan ianya
akan mendatangkan tekanan kepada seseorang pekerja.
1.8.3 Prestasi kerja
Defmisi konseptual
Prestasi kerja ialah satu pencapaian yang telah diperolehi. Prestasi kerja
melibatkan beberapa hasil pencapaian yang memberi nitai kepada ,,'
organisasi dan juga seseorang individu (Ivaflcevich,1994).
Definisi Operasional
Prestasi kerja merupakan tahap pencapatan seseorang pekerja yang
mempunyai hubungan dengan tugasan dan kerja yang diberikan. Prestasi
kerja dalam kalangan pekerja akan dinilai oleh pihak majikan dan majikan
perlu melihat peningkatan dan penurunan prestasi setiap pekerja mereka.
10
1.8.4 Fisiologikal
Definisi konseptual
Tekanan fisiologikal terdiri daripada ulser, lemah jantung, sakit kepala,
tekanan darah tinggi dan insomnia.
Definisi operasional
Tekanan fisiologikal merupakan antara salah satu ciri tekanan yang
dialami oleh peketja dan sebahagian besarnya mempengaruhi tahap
kesihatan pekerj a.
1.8.5 Psikologikal
Definisi konseptual
Tekanan psikologikal didefinisikan sebagai perasaan yang timbul dalam
diri seseorang seperti kemurungan, rasa kecewa, resah, benci, tidak
dihargai dan hilang minat untuk bekerja dan sebagainya.
Definisi operasional
Tekanan ps!kologikal merupakan simptom yang dialami oleh individu
apabila mereka menghadapi tekanan dan set~rusnya akan mempengaruhi
tahap prestasi ketja dalam kalangan pekerja.
11
1.8.6 Tingkab Laku
Definisi konseptual
Aspek tingkah laku terdiri daripada prestasi kerja yang rendah, pembuatan
keputusan yang salah, kemalangan di tempat kerja dan ketidakhadiran
yang tinggi (Me Shane dan Von Glinow,2005).
Definisi Operasi
Tingkah laku merupakan tindak balas yang dilakukan oleh pekerja, kesan
daripada tekanan yang dialami.
1.9 Kesimpulan
Masalah tekanan kerja tidak boleh dianggap remeh kerana ianya
berkait rap at dengan prestasi warga organisasi penjawat awam. Hal ini
seharusnya menjadi salah satu agenda yang perlu diperhalusi oleh pihak
pengurusan kerana kegagalan pihak pengurusan dalam menangani isu ini
akan menyebabkan produktiviti organisasi menurun dan situasi ini akan
menjatuhkah imej organisasi. Sektor perkhidmatan awam akan dapat
beroperasi dengan lanear apabila mempunyai pekerja yang mempunyai
daya usaha yang tinggi atau bermotivasi untuk melakukan pekerjaan bagi
meneapai objektif organisasi. 8agi meneapai objektif tersebut, setiap
organisasi perlu mengambil kira aspek kesejahteraan pekerjanya . .. Sehubungan dengan itu, pengurus-pengurus organisasi perlu mengambil
kira dan menekankan aspek-aspek pengurusan dan pembangunan sumber
manusia dalam membangunkan organisasi tersebut.
Oi dalam bidang sumber manUSla, aspek-aspek utama
pembangunan kakitangan seperti masalah tekanan kerja di tempat kerja
perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak pengurusan. Ini adalah
kerana pekerja memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
12
produktiviti sesebuah negara. Seeara umumnya, masalah tekanan emosi
menjadi punea sejumlah besar berlakunya kemalangan dan penyakit
pekerjaan yang akhimya membawa maut dan menyebabkan pengeritaan
serta hilang upaya. Masalah tekanan memberi kesan kepada pekerja dari
segi fizikal, mental, psikologi dan fisiologi. Terdapat sebahagian
daripada manusia menghidapi penyakit seperti ulser, lemah jantung,
koronari arteri, ulser dan tekanan darah tinggi kesan daripada masalah
tersebut terutama yang berkaitan dengan pekeIjaan (Me Lean,1985).
Penyakit-penyakit tersebut sebahagianya disumbangkan oleh tahap
tekanan kerja yang tinggi sehingga menimbulkan tekanan kepada
seseorang pekerja. Penyakit-penyakit yang timbul ini akan mendorong
kepada penurunan produktiviti dan prestasi seseorang pekerja
13
Recommended