View
252
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
8/2/2019 Final Nota Guru
1/53
BAB 2 : GURU 2012
0
http://www.google.com.my/imgres?q=teachers+teaching&hl=en&biw=1093&bih=538&gbv=2&tbm=isch&tbnid=ZV5GcWeHT4IKKM:&imgrefurl=http://www.onlinecollegeguru.com/blog/education/100-reasons-to-be-a-teacher/&docid=Zxp_egzLyMHdaM&imgurl=http://www.onlinecollegeguru.com/blog/wp-content/uploads/2010/01/teacher-teaching.jpg&w=500&h=300&ei=L4WNT_LyHMirrAeB_smVCQ&zoom=1&iact=hc&vpx=763&vpy=51&dur=555&hovh=174&hovw=290&tx=195&ty=87&sig=111286263917448600346&page=3&tbnh=120&tbnw=200&start=24&ndsp=15&ved=1t:429,r:4,s:24,i:199http://www.google.com.my/imgres?q=teachers+teaching&hl=en&biw=1093&bih=538&gbv=2&tbm=isch&tbnid=ZV5GcWeHT4IKKM:&imgrefurl=http://www.onlinecollegeguru.com/blog/education/100-reasons-to-be-a-teacher/&docid=Zxp_egzLyMHdaM&imgurl=http://www.onlinecollegeguru.com/blog/wp-content/uploads/2010/01/teacher-teaching.jpg&w=500&h=300&ei=L4WNT_LyHMirrAeB_smVCQ&zoom=1&iact=hc&vpx=763&vpy=51&dur=555&hovh=174&hovw=290&tx=195&ty=87&sig=111286263917448600346&page=3&tbnh=120&tbnw=200&start=24&ndsp=15&ved=1t:429,r:4,s:24,i:1998/2/2019 Final Nota Guru
2/53
BAB 2 : GURU 2012
1
2.0 PENGENALAN
Secara umumnya, guru adalah seseorang yang mengajar walaupun satu huruf. Guru
juga merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk
mendidik murid-murid di sekolah.
Ciri-ciri KonsepProfesionPerguruan
mempunyaiikhtisas dalam
latihanperguruan
Mempunyaiautonomi
menentukankaedah-kaedahmengajar dalam
bilik darjah
Menjadi ahli kesatuanyang menentukan kodetika sebagai panduan
guru dalam segala aktivitiprofesionalnya
Pekerjaannyamerupakan
perkhidmatan yangpenting kepada
individu dan negara
Guru dianggapsebagai pakar
dalam
pendidikan
Menurut Lieberman (seorang
tokoh pendidikan di Amerika
Syarikat
Konsep profesion boleh dirumuskan sebagai suatu
pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang
yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang
cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai
autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang
8/2/2019 Final Nota Guru
3/53
BAB 2 : GURU 2012
2
Bagaimanapun, perguruan juga mengandungi ciri-ciri lain yang tidak dianggap
sebagai satu profession. Di antaranya ialah :
i. Guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai latihan
ikhtisas dalam bidang perguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia
menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang itu tidak semestinya beroleh
ilmu pengetahuan daripada buku sahaja tetapi juga daripada televisyen, majalah,
buku-buku dan sebagainya.
ii. Kemasukan ahli ke dalam profesion perguruan tidak sukar dan tidak banyak
persaingan. Sebahagian besar orang biasa pun boleh menjadi guru yang tidak perlu
mempunyai kebolehan intelek atau kelayakan akademik yang tinggi.
iii. Autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat
oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah.
iv. Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru itu jika tidak mematuhi
kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya.
v. Tidak semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula,
terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat pembentukan yang
berbeza.
Guru yang memperolehi kemahiran profesional adalah guru yang bertauliah dan
cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan dan aktiviti kokurikulum
berlandaskan amalan teori-teori pendidikan.Tugas seorang guru amat mencabar.
Terdapat segelintir individu yang bimbang untuk menerima tanggungjawab sebagai
seorang guru. Ini kerana mereka bimbangkan kerenah pelajar yang akan mereka lalui
termasuk beban tugas yang harus dipikul. Walau bagaimanapun, tidak kurang juga
sesetengah individu yang bersedia mengajar kerana minat mereka yang mendalam
untuk mendidik anak-anak bangsa.
8/2/2019 Final Nota Guru
4/53
BAB 2 : GURU 2012
3
2.1 DEFINISI GURU
Guru adalah sebagai pengamal ilmu, dan ilmu yang diperolehi diamalkan dan
disebarkan kepada pelajar-pelajar untuk menghasilkan generasi yang berilmu. Imam
Ghazali berpendapat ilmu tidak dapat dipisahkan daripada hakikat dan kebenaran. Ia
meliputi kefahaman tentang agama dan kemahiran-kemahiran untuk kehidupan.
Seseorang yang berilmu bukan sahaja memiliki kebenaran, malahan keyakinan serta
kesedaran bahawa ilmu boleh memberikan kepuasan kepada jiwa manusia dan
menimbulkan keinginan untuk mengejar kebahagiaan yang bermakna dalam
kehidupannya.
BAHASA SANSKRIT
AGAMA HINDU
AGAMA BUDDHA
AGAMA SIKH
AGAMA ISLAM
MON SOOK SANG
Guru adalah pengajar
Guru adalah symbol bagi suatu tempat
suci yang berisi ilmu (vidya) & pembagi
Guru adalah orang yang memandu
muridnya dalam jalan menuju kebenaran
Ahli masyarakat yang mempunyai
perhubungan sosial yang saling berkait
dengan masyarakat yang berstatus
Posisi penting; salah satu inti ajaran
agama Sikh adalah terhadap ajaranSepuluh Guru Sikh kepercayaan
Guru adalah murabbi (pengasuh),
muallim (pengajar), muaddib (pengajar
adab sopan), mudarris (guru) alim @
ulama
8/2/2019 Final Nota Guru
5/53
BAB 2 : GURU 2012
4
Mok Soon Sang, 1999, menyatakan bahawa seseorang yang berilmu
pengetahuan sering dipandang tinggi martabatnya. Ini adalah kerana ilmu dapat
mentranformasikan manusia daripada bebal kepada cerdik, buta huruf kepada
berpelajaran, dan serba kekurangan kepada sempurna, baik dalam kebendaan
mahupun dalam kerohaniannya. Bangsa yang berjiwa besar, mempunyai wawasan
tinggi serta dapat meningkatkan martabatnya ke mercu kejayaan dan kecemerlangan
adalah bangsa yang berilmu pengetahuan, sentiasa mengejar ilmu yang digunakan
sebagai alat yang penting untuk kemajuan sama ada bagi diri mahupun masyarakat
dan negara.
Mengikut Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan ialah melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Guru
bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu yang diperolehi agar matlamat Falsafah
Pendidikan Negara tersebut tercapai (Mok Soon Sang, 1999).
2.2 PERANAN GURU
Profesionalisme adalah nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaanseseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang matlamat pekerjaannya
untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab (Sufean
Hussin, 1995). Oleh itu sebagai guru untuk memenuhi peranan dan tanggungjawab
dalam profesion perguruan, guru itu perlu komited pada peranan dan tanggungjawab
yang diberikan kepadanya, menjaga maruah diri, dan sentiasa meningkatkan ilmu
pengetahuan dari semasa ke semasa.
Guru perlulah menguasai bidang ilmu yang berkaitan dengan mata pelajaranyang diajar. Ini kerana guru akan menjadi rujukan bukan sahaja kepada murid-murid,
tetapi juga kepada rakan sejawat dan juga kepada masyarakat sekelilingnya. Oleh
sebab itu, guru perlulah banyak membaca, sama ada mengenai mata pelajaran yang
diajar ataupun isu-isu semasa agar tidak dikatakan ketinggalan (Esah Sulaiman, 2004).
8/2/2019 Final Nota Guru
6/53
BAB 2 : GURU 2012
5
Guru-guru juga perlu mengajar dengan fakta yang betul supaya murid-murid dapat
belajar dengan tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang betul. Pada masa yang sama, guru
juga menyemarakkan budaya ilmu di kalangan ahli masyarakat sekolah. Antara cara
melaksanakannya adalah dengan menganjurkan minggu bahasa, kem motivasi, pertandingan
bahas dan lain-lain (Esah Sulaiman, 2004).
Guru juga perlu menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Latihan Dalam
Perkhidmatan untuk meningkatkan prestasi dalam aktiviti pengajaran (Mok Soon Sang, 2000).
Mengikut tafsiran Confucius (551-475 S.M), seorang tokoh pendidik yang
terkenal di China, ilmu didefinisikan sebagai kefahaman dan pengetahuan sesuatu
perkara atau hakikat yang sebenar. Imam Ghazzali berpendapat ilmu tidak dapat
dipisahkan daripada hakikat dan kebenaran. Mengikut beliau, ilmu adalah sama dengan
kefahaman agama dan kemahiran-kemahiran untuk kehidupan.
Konsep Ilmu
Conficius
(551-475SM)
Ilmu ialah prosesmemperolehi
kefahaman &pengetahuan sesuatu
perkara @ hakikat yg
sebenar
Imam Al
Ghazal
Ilmu tidak dapat
dipisahkan
dengan hakikat
& kebenaran. Ia
meliputi
kefahaman
tentang agama
& kemahiran2
untuk kehidupan
Prof Syed
Muhammad Al-
Altas
Ilmu merupakan
sesuatu yang
bermakna &membawa
penyuburan serta
semangat kepadajiwa manusia
Konteks
Masa Kini
Ilmu merupakan
kefahaman yang
sebenar &diperolehi daripada
hasil pendapatan
manusia, melalui
pengalaman @kajian secara
sistematikmengikut kaedah
sains
8/2/2019 Final Nota Guru
7/53
BAB 2 : GURU 2012
6
Profesor Syed Muhammad al-Attas mengatakan bahawa ilmu merupakan
sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa
manusia. Sharifah Alwiyah Alsagoff berpendapat bahawa ilmu merangkumi beberapa
aspek iaitu ilmu sebagai kepercayaan, ilmu sebagai kecekapan diri dan ilmu yang dilahir
daripada kontemplasi,penikmatan dan kajian kendiri. Di bawah konteks masa kini, ilmu
merupakan kefahaman yang sebenar dan diperolehi daripada hasil pendapatan
manusia, melalui pengalaman atau kajian secara sistematik mengikut kaedah sains
(Mok Soon Sang, 2000).
Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti dijelaskan sebagai
bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Jadi,
di bawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab
terhadap profesionalisme keguruan (Mok Soon Sang, 2000).
2.2.1 Pendidik
Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan
kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Peranan
8/2/2019 Final Nota Guru
8/53
BAB 2 : GURU 2012
7
yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan tidak kurang pentingnya. Selain
menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-
muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi,
profesional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila
yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna (Mok
Soon Sang, 2000).
Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu, guru dilatih untuk menguasai
kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Sebagai
seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru harus menyedari tugas dan amanah yang
diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa suatu hari nanti. J.
M. Cooper berpendapat bahawa guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu
pengetahuan khusus dan kemahiran mengajar seperti:
i. Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia.
ii. Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan
interaksi yang positif dalam pelbagai hala.
iii. Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar.
PENDIDIK
Dilatih untuk menguasai
kemahiran mengajar &
diberi tugas menyampaikanilmu kpd murid2nya
Ciri-ciri guru berkesan
oleh J.M Cooper :
i) Menguasai ilmu
pengetahuan dlm teori
pembelajaran &sosiologi manusia
ii) Mewujudkan interaksi
yg positif dlm pelbagai
hala
iii) Memperoleh ilmu
pengetahuan yang
lengkap dalam pelbagaihala
iv) Menggunakan teknik
mengajar yg
memudahkan pelajar
8/2/2019 Final Nota Guru
9/53
BAB 2 : GURU 2012
8
iv. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.
(Mok Soon Sang, 2000)
2.2.2 Agen Sosialisasi
Sekolah sebagai satu institusi masyarakat juga mementingkan perkembangan dan
perubahan tingkah laku murid-murid mengikuti nilai, norma dan kehendak masyarakat.
Oleh itu, persekolahan yang berorganisasi itu memainkan peranan dalam mengekalkan
corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik dalam masyarakat sosial.
Contohnya, perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti bahasa, sopan santun
dan sifat hormat menghormati biasanya dipelajari di sekolah.
Guru juga wajarnya mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mengetahui tentang
bendera Negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan. Ringkasnya, peranan guru
sebagai agen sosialisasi adalah :
i. Sebagai penyebar ilmu kemasyarakatan.
ii. Sebagai pembentuk sahsiah sesuai dengan norma dan nilai masyarakat.
iii. Sebagai pembentuk masyarakat penyanyang.
iv. Sebagai role model kepada murid dan masyarakat.
v. Sebagai penghubung di antara guru, ibu bapa, pegawai kerajaan dengan
masyarakat.
vi. Sebagai penyumbang kepada masyarakat.
(Mok Soon Sang, 2000)
AGENSOSIALISASI
Pendidikan di institusi
perlu mementingkan
nilai kemasyarakatan
Berperanan menanamkan
sikap, nilai, dan sahsiah yang
sempurna bagi pelajar
memenuhi kehendak dan
peraturan masyarakat
AGENPERUBAHAN
Pendidikan adalah proses & aktiviti
yg bertujuan membawa perubahan
kepada seorang individu mengikutnorma & nilai sesuatu masyarakat
Berperanan mengekalkan
kebudayaan tradisi yg bersesuaian
dengan kemajuan & pembangunan
tetapi juga menyediakan masyarakat
untuk menghadapi & menerimapembaharuan
8/2/2019 Final Nota Guru
10/53
BAB 2 : GURU 2012
9
2.2.3 Agen Perubahan
Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk membawa
perubahan kepada seorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat.
Pada zaman moden ini, guru adalah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan
dan menghasilkan perubahan ke atas kendiri seseorang. Oleh itu, sekolah merupakan
pengaruh utama sebagai satu aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan dalam
pembentukan sahsiah seorang individu (Mok Soon Sang, 1999).
Pada hari ini, kebudayaan masyarakat sentiasa berubah. Justeru itu, pendidikan
di seekolah tidak memadai lagi dengan penyampaian pengetahuan dan cara hidup
tradisi. Pada masa ini, sekolah tidak hanya semata-mata memberi pendidikan dalam
aspek mengekalkan kebudayaan tradisi yang bersesuaian dengan kemajuan dan
pembangunan tetapi juga menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi dan
menerima pembaharuan (Mok Soon Sang, 1999).
Perubahan dalam pendidikan di Malaysia bermakna menukar dari segi kebiasaan
serta rutin ke satu bidang yang baru seperti :
i. Dari stail pendidikan dan kepimpinan yang autokratik kepada demokratik.
ii. Dari perkhidmatan rutin kepada perkhidmatan penyayang.
iii. Daripada rasinaliti teknikal yang mengandaikan bahawa semuanya adalah sama dan
homogen, rutin dan statik kepada rasinaliti reflektif yang bersifat berbeza dan
heterogenus, tersendiri dan dinamik.
iv. Daripada strategi berpusat guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada
strategi berpusatkan murid.
v. Daripada program pendidikan berpusat ilmu pengetahuan kepada program
pendidikan sepadu, yang meliputi rohani, intelek dan jasmani.
(Mok Soon Sang, 1999)
Abdul Halim al-Muhammadi (1991) menegaskan bahawa guru merupakan ejen kepada
keberkesanan pendidikan. Walau sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan, maksud yang
ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya ejen yang menyampaikan tidak
efektif. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran
para guru terhadap tanggungjawabnya, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya.
8/2/2019 Final Nota Guru
11/53
BAB 2 : GURU 2012
10
Paduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi merupakan kriteria peribadi
pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh yang berkesan.
Selain tugas di dalam bilik darjah, guru juga mempunyai tugas lain yang diharapkan oleh
masyarakat. Guru-guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan
pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada muri-murid,
menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang baik dan seterusnya memberikan
contoh dan sahsiah yang baik kepada masyarakat. Peranan guru amat diperlukan terutamanya
kepada masyarakat yang masih tidak membangun agar dapat memberikan pengajaran dan
didikan agar masyarakat ini tidak ketinggalan zaman dan masih di takuk yang lama. Guru
diharapkan dapat menjadi agen pembaharuan bagi masyarakatnya. Guru perlu sentiasa
berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru ke arah yang ingin
dibentuk oleh masyarakat (Mok Soon Sang, 2000).
2.2.4
Sumber ilmu adalah diperolehi daripada amalan hidup manusia dan dalam proses
amalan itu, ilmu terus berkembang. Amalan atau mengaplikasikan ilmu menjadi pengukur
piawai untuk membuktikan kesahihannya (Mok Soon Sang, 2000).
Sekolah dan institusi pendidikan yang lain merupakan pusat perkembangan ilmu yang
utama dengan membekalkan ilmu dalam pelbagai disiplin melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, si samping penggunaan kemudahan-kemudahan seperti pusat sumber untuk
memperolehi ilmu daripada aktiviti bacaan dan rujukan. Budaya ilmu didefinisikan sebagai
segala aktiviti ilmu pengetahuan yang dilaksanakan oleh setiap ahli masyarakat dan diterima
sebagai nilai tara utama dalam amalan hidup mereka (Mok Soon Sang, 2000).
PENGAJAR &PENYEBAR ILMU
Menyampaikan ilmupengetahuan
berdasarkan sukatanpelajaran
Menjadi rujukan kepadamurid2, rakan sejawat &
masyarakat
Menyemarakkan budayailmu di kalangan ahli
masyarakat sekolah
8/2/2019 Final Nota Guru
12/53
BAB 2 : GURU 2012
11
2.2.5 Pembimbing
Menurut Mok Soon Sang (2000), di dalam bilik darjah, murid-murid sering menghadapi
pelbagai masalah pembelajaran serta masalah sosio-emosi. Oleh itu, selain mengajar, guru
dikehendaki memainkan peranan sebagai pembimbing untuk membantu murid-murid mengatasi
masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru boleh membibing murid-murid menjalankan
aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing murid menyelesaikan masalah
matematik yang kompleks dan sebagainya.
Bagi murid-murid yang menghadapi masalah sosio-emosi, seperti rasa takut, kecewa,
bosan dan sebagainya, guru hendaklah membimbing murid-murid ini supaya mereka dapat
membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan
murid-murid yang lain.
Guru membimbing pelajar dalam pembelajaran mereka, memberi bimbingan dalam
mengurus persatuan dan kelab di sekolah. Guru juga bersedia meluangkan masa mendengar
masalah pelajar dan memberi nasihat yang membina kepada pelajar agar mereka membuat
keputusan yang betul dalam sesuatu perkara. Segala bimbingan, ajaran dan nasihat yang
Pembimbing
Menolong individu memahamidiri sendiri dan orang lain
Fasilitator / Pemudah
Cara
Memotivasikan pelajar
Membimbing pelajar
Memberi peneguhan &
ganjaran
Memastikan disiplin terkawal
Penyelidik
Dalam menyelesaikan
masalah pendidikan, guru
digalak untuk menjalankan
penyelidikan tindakan
Hasil daripada kajian yang
dijalankan dapat
mengukuh sertamemperkembang lagi teori
yg diamalkan &
menyelesaikan masalah
8/2/2019 Final Nota Guru
13/53
BAB 2 : GURU 2012
12
diberikan adalah secara ikhlas dan bukannya untuk meminta hadiah atau bayaran (Esah
Sulaiman, 2004).
2.2.6 Fasilitator / Pemudah Cara
Fasilitator bermaksud pemudah cara. Sebagai seorang fasilitator, tugas utama seorang
guru ialah melicinkan segala proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan
dengan ini, guru haruslah menyediakan segala rancangan pengajaran dan pembelajaran yang
sistematik serta alat bantu mengajar yang mencukupi, memotivasikan murid-murid supaya
bersedia belajar, memberi arahan dengan jelas dan ringkas, membekalkan bahan-bahan
pelajaran yang mencukupi serta sesuai untuk digunakan oleh murid-murid, membimbing
mereka menjalankan aktiviti pembelajaran, menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran dengan menggunakan kaedah menyoal, mewujudkan suasana
pembelajaran yang positif dengan menggunakan dorongan dan teknik peneguhan serta
megawal disiplin kelas supaya segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lancar, sistematik dan teratur.
FASILITATOR
Memotivasikan
Pelajar
Membimbing
Pelajar
Memberi
Peneguhan
& ganjaran
Memastikan
DisiplinTerkawal
8/2/2019 Final Nota Guru
14/53
BAB 2 : GURU 2012
13
2.2.7 Penyelidik
Guru juga merupakan seorang penyelidik yang aktif (Mohd. Saleh, 1998). Dalam
menyelesaikan masalah pendidikan seperti pengajaran-pembelajaran, disiplin dan pengurusan,
guru digalak untuk menjalankan penyelidikan tindakan. Hasil daripada kajian yang dijalankan
dapat mengukuh serta memperkembang lagi teori yang diamalkan dan juga menyelesaikan
masalah (Esah Sulaiman, 2004).
2.2.8 Pengurus
Sebagai pengurus pembelajaran, guru merancang pengetahuan, kemahiran, dan nilai
yang hendak diajar pada setiap hari. Sebagai seorang pengurus, guru juga menyelaras segala
aktiviti dalam kelasnya supaya berjalan secara teratur dan lancar. Guru membuat keputusan
sebelum mengajar, membentuk kumpulan pembelajaran, menyusun bilik darjah, dan
mempamerkan hasil kerja pelajar (Esah Sulaiman, 2004).
8/2/2019 Final Nota Guru
15/53
BAB 2 : GURU 2012
14
Guru juga melakukan banyak kerja pentadbiran seperti mengemaskini kedatangan
pelajar, menyediakan laporan prestasi pelajar, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi
memajukan pelajarnya. Adakalanya guru itu merupakan pengurus di peringkat sekolah, daerah
dan kebangsaan (Esah Sulaiman, 2004).
Selain tugas-tugas tersebut, tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik
darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mengikut jadual bertugas seperti
membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid supaya
mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi
lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran
supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat
dilaksanakan mengikut rancangan.
Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana
sosio-emosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan
sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
2.2.9 Pembentuk Akhlak
Guru adalah pembentuk akhlak pelajar (Shahril, 1993). Pengajarannya diterapkan
dengan nilai moral supaya ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Dengan
menunjukkan tingkah laku yang baik, pelajarnya dapat menteladani guru tersebut. Guru yang
berkelakuan buruk biasanya tidak disukai oleh masyarakat, dan tidak akan menjadi bahan
rujukan oleh mereka (Esah Sulaiman, 2004).
8/2/2019 Final Nota Guru
16/53
BAB 2 : GURU 2012
15
Abdul Rauf Dalip (1985) menyenaraikan empat peranan guru agama terhadap murid-
muridnya dalam membentuk akhlak pelajar:
i. Menyedari dan insaf bahawa mereka menjadi ikutan dan teladan kepada murid-
murid dalam segala hal. Dengan itu, mereka harus menjadi contoh yang baik
kepada murid dan masyarakat.
ii. Menanamkan perasaan cinta dan taat kepada Allah Taala dalam hati murid-
muridnya dan menanamkan iktikad yang benar serta kepercayaan yang betul dalam
jiwa mereka.
iii. Mendedah dan memahamkan murid-murid kepada berbagai-bagai bentuk ibadat
yang wajib dikerjakan dan cara melakukannya samada dari segi hokum dan
hikmatnya mahupun faedah dan pengaruhnya untuk mencapai kebahagiaan dunia
dan akhirat.
iv. Menimbulkan semangat dan minat murid-murid ke atas mempraktikkan ajaranagama
sehingga menjadi adat kebiasaan bagi mereka seperti mengerjakan sembahyang,
berpuasa, rajin belajar, suka menjaga kebersihan dan sebagainya.
(Ahmad Mohd. Salleh, 1997)
8/2/2019 Final Nota Guru
17/53
BAB 2 : GURU 2012
16
2.2.10 Penulis
Ramai guru yang terlibat dalam penulisan artikel, buku teks sekolah serta buku-buku
ulangkaji mengikut bidang kepakaran masing-masing. Banyak peristiwa di sekolah yang boleh
dijadikan bahan penulisan guru untuk dikongsi dengan masyarakat, rakan seperjuangan dan
pelajar (Esah Sulaiman, 2004).
2.2.11 Penjaga Impian
Parkay (1990) mengatakan guru juga sebagai penjaga impian (keepers of the dream).
Dalam kehidupan sebagai guru, tentu ada antara guru-guru yang telah mempengaruhi aspek
tertentu dalam kehidupan murid-muridnya sehingga muridnya itu berjaya. Guru sebenarnya
penjaga kepada impian negara dengan keyakinan bahawa melalui pendidikan dapat
ditingkatkan lagi kualiti kehidupan manusia (Esah Sulaiman, 2004).
2.2.12 Pembina Kemahiran Sosial
Menurut Lavoie (1994) pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang dan personality.
Ada yang suka menyendiri, tidak suka berinteraksi dengan rakan lain, ada yang bertindak
kasar, kurang mengormati rakan-rakan dan pelbagai sikap negative yang lain. Guru perlu
mengadakan pelbagai aktiviti dan bimbingan supaya pelajar seperti ini memperoleh kemahiran
bersosialisasi (Esah Sulaiman, 2004).
8/2/2019 Final Nota Guru
18/53
BAB 2 : GURU 2012
17
2.2.13 Penjaga / Ibu Bapa
Apabila pelajar berada di sekolah, maka peranan dan tanggungjawab ibu bapa perlu
digalas oleh guru di sekolah dalam tempoh berkenaan. Keselamatan pelajar semasa berada di
sekolah perlu diberi perhatian. Ini merupakan peranan yang agak berat kerana bilangan pelajar
adalah ramai. Oleh itu, perancangan dan pelaksanaan dari sudut keselamatan pelajar perlu
diberi perhatian serius (Esah Sulaiman, 2004).
Peranan yg agakberat kerana
bilangan pelajar
adalah ramai
Memberi perhatian serius
kepada perancangan &
pelaksanaan dari sudut
keselamatan pelajar
PENJAGA /
IBU BAPA
8/2/2019 Final Nota Guru
19/53
BAB 2 : GURU 2012
18
TAJUK:DEFINISI GURU
SOALAN LATIHAN
1. Berikan 3 contoh definisi guru.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan guru yang berkesan?
8/2/2019 Final Nota Guru
20/53
BAB 2 : GURU 2012
19
SKEMA JAWAPAN
1. i) Menurut Mok Soon Sang guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai
perhubungan sosial yang saling berkait dengan masyarakat yang berstatus dan
merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab
untuk mendidik murid - murid di sekolah.
ii) Mengikut istilah yang digunakan oleh sarjana-sarjana Islam, guru ialah murabbi
(pengasuh), muallim (pengajar), muaddib (pengajar adab sopan), mudarris (guru)
alim atau ulama.
iii) Dalam agamaHindu, guru merupakan simbol bagi suatu tempat suci yang berisi
ilmu (vidya) dan juga pembagi ilmu. Seorang guru adalah pemandu
spiritual/kejiwaan murid-muridnya.
2. Guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khusus dan
kemahiran mengajar seperti:
i. Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia.
ii. Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan
interaksi yang positif dalam pelbagai hala.
iii. Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar.
iv. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.
http://id.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://id.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://id.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://id.wikipedia.org/wiki/Hindu8/2/2019 Final Nota Guru
21/53
BAB 2 : GURU 2012
20
TAJUK: PERANAN GURU
SOALAN LATIHAN
1. Berikan lima contoh peranan guru dan huraikan 2 daripadanya.
8/2/2019 Final Nota Guru
22/53
BAB 2 : GURU 2012
21
SKEMA JAWAPAN
1. a) Guru sebagai pendidik
b) Guru sebagai penyelidik
c) Guru sebagai ibu bapa
d) Guru sebagai agen sosialisasi
e) Guru sebagai fasilitator
2. a) Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu, guru dilatih untuk
menguasai kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada
murid-muridnya. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru harus
menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik
generasi yang akan menjadi dewasa suatu hari nanti.
b) Guru juga merupakan seorang penyelidik yang aktif. Dalam menyelesaikan masalah
pendidikan seperti pengajaran-pembelajaran, disiplin dan pengurusan, guru digalak
untuk menjalankan penyelidikan tindakan. Hasil daripada kajian yang dijalankan dapat
mengukuh serta memperkembang lagi teori yang diamalkan dan juga menyelesaikan
masalah.
8/2/2019 Final Nota Guru
23/53
BAB 2 : GURU 2012
22
2.3 Sahsiah dan Keperibadian Guru
2.3.1 Definisi
Untuk menjadi seorang guru yan baik bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah
kerana peranan guru bukan sahaja menyebarkan ilmu tetapi sahsiah yang di pamerkan juga
menjadi contoh yang boleh membentuk sikap seseorang pelajarnya. Jadi adalah penting bagi
seorang guru mempunyai sahsiah yang murni.
Menurut Kamus Dewan 2001: Sahsiah merupakan keperibadian,peribadi: yang utama
ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau sahsiah sebagai insan
yang terpuji
2.3.2 Sahsiah dan Keperibadian guru
Sebagai seorang guru atau pendidik yang menjadi medium utama kepada penyampaian
dan penyebaran ilmu, tidak hairanlah sahsiah dan keperibadian mereka sering dilihat dandiadali oleh murid seterusnya masyarakat.
Situasi ini berlaku kerana masyarakat melihat dan menilai guru sebagai agen sosial
yang memainkan peranan cukup tinggi dalam menjana pembangunan sesebuah negara
menerusi pembangunan modal insan sebermula peringkat awal pendidikan.Buktinya dapat
SAHSIAH Keperibadian, peribadi
KEPERIBADIAN
Perihal sifat, sikap
seseorang yangmembezakannyadaripada yang lain
8/2/2019 Final Nota Guru
24/53
BAB 2 : GURU 2012
23
dihayati dalam sajak Guru Oh Guru pada rangkap ketiga, karya sasterawan negara Usman
Awang;
Guru Oh Guru
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
USMAN AWANG 1979
Sahsiah yang murni dan wajib juga dituntut dari perspektif Islam dimana mengikut Abd
Halim (1991).
i. Zuhud
Mendidik pelajarnya agar mencari keredhaan Allah S.W.T dan tidak keranahal-hal yang lain yang membawa keuntungan atau kebendaan mencari nama
ii. Halim
Mempunyai sifat lemah lembut dan sopan santun
8/2/2019 Final Nota Guru
25/53
BAB 2 : GURU 2012
24
iii. Luhur
Menjaga kebersihan jiwa daripada segala kekotoran ada dan syara serta mempunyai
peribadi yang tinggi
iv. Berkemampuan
Mempunyai kemampuan dalam menyampaikan ilmu
v. Mahmudah
Memliki sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah iaitu angkuh, riya,
hasad dengki dan sifat keji yang lain.
Pengertian sahsiah yang murni mempunyai pelbagai ciri-ciri. Jadi untuk memudahkan
kita lebih memahami pengertian sahsiah guru yang murni, kita boleh melihat sahsiah murni dari
beberapa perspektif. Oleh yang demikian, sahsiah guru yang berjaya pada masa sekarang
bukan hanya ditinjau dari segi sifat dan kualiti peribadi serta profesional semata-mata, tetapi
juga dari segi sosial.
2.3.3 Sahsiah Dari Segi Kualiti Peribadi
1. Bertangungjawab
Sifat tangungjawab yang ada dalam diri seseorang itu dapat membantu guru itu
menjalankan tugasnya dengan mudah.
Zuhud
Halim
Luhur
Ber
kemampuan
Mahmudah
8/2/2019 Final Nota Guru
26/53
BAB 2 : GURU 2012
25
2. Kepimpinan
Dengan kualiti kepimpinan yang ada, seseorang guru itu akan mampu
mengawal sesuatu situasi yang dihadapinya.
3. Yakin
Seorang guru haruslah mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melakukan
tugasannya. Ini mampu untuk menimbulkan rasa hormat pelajar kepada
gurunya.
4. Sabar
Tahap kesabaran yang tinggi dapat membezakan seseorang itu bertindak secara
rasional ataupun tidak
5. Baik Hati
Sikap baik hati yang ditonjolkan akan membuatkan pelajar rasa selesa dan
dihargai
6. Jenaka
Sifat jenaka yang ada pada diri seseoran guru itu mampu mebuatkan pelajarnya
rasa gembira dan mnimbulkan minta untuk belajar
Justeru guru memiliki tanggungjawab besar bukan sahaja secara langsung iaitu
mengajar di sekolah bahkan tidak langsung iaitu menerusi sikap dan tingkah laku, pertuturan,
emakanan, perwatakan dan pemikiran. Oleh yang demikian, sahsiah dan keperibadian yang
tinggi dan mulia seperti berikut:-
a) Integriti
Seorang guru harus memiliki integriti atau kejujuran yang tinggi.Ianya boleh dilihat
melalui cara penyampaian ilmu yang telus dan bersungguh-sungguh,rancangan mengajar yang
tersusun,menjadi sumber rujukan dan contoh kepada para pelajar menerusi pelbagai aspek
8/2/2019 Final Nota Guru
27/53
BAB 2 : GURU 2012
26
dalaman dan luaran.Integriti guru biasanya akan dinilai oleh pelajar sekaligus akan disampaikan
kepada ibu bapa dan seterusnya menjadi bualan masyarakat.
b) Profesional
Guru juga perlu memiliki tahap kesabaran yang tinggi apabila berhadapan dengan
pelbagai masalah termasuklah masalah peribadi.Dalam hal ini,guru harus bersikap profesional
dalam menguruskan emosi agar proses penyampaian ilmu berjalan lancar.Selain itu,sikap
profesional perlu ditunjukkan dalam mesyuarat kepada ketua dan rakan sekerja demi mencapai
kata sepakat tanpa sebarang perbezaan pendapat yang melampau dalam mencapai objektif
bagi visi dan misi sesebuah sekolah. Di samping itu,etika keguruan juga harus dititikberatkan
samada semasa atau selepas waktu persekolahan.Ini sejajar dengan peranan yang dipikul
sebagai agen sosial masyarakat.
c) Semangat berpasukan
Semangat berpasukan merupakan salah satu elemen penting dalam menentukan
kejayaan sekolah melalui kesungguhan melaksanakan tanggungjawab yang diberi samada dari
perspektif kurikulum dan kokurikulum .Cita-cita untuk membangunkan sistem pendidikan negara
tidak mampu diraih sekiranya tiada kerjasama dan persefahaman antara guru-guru,ibu
bapa,bahagian pentadbiran dan pengurusan seterusnya jabatan dan kementerian yang terlibat.
ADIL TELUS
AMANAH AKAUNTABILITI
BERETIKA CINTA ILMU
BERILTIZAM KOMPETEN
MUAFAKAT HORMAT
FOKUS MATLAMAT
8/2/2019 Final Nota Guru
28/53
BAB 2 : GURU 2012
27
2.3.4 Kesan keruntuhan sahsiah dan keperibadian guru
a) Mencemarkan profesion keguruan
Sahsiah dan keperibadian guru harus dijaga dan ia amat sensitif pada sebarang perkara
yang boleh menggugat nama baik profesion keguruan.Satu kesalahan yang melibatkan
keruntuhan sahsiah dan keperibadian guru,bukan saja mencemarkan maruah seorang guru
malahan keseluruhan profesion keguruan.
b) Menghilangkan kepercayaan pelajar dan masyarakat
Tatkala sahsiah dan keperibadian guru mula tercemar, maka secara automatik pelajar
hilang kepercayaan terhadap kredibiliti guru itu sendiri ataupun terus membuat kesimpulan
secara menyeluruh terhadap profesion keguruan berkaitan keupayaan dan kemahiran guru
untuk mengajar.Hal ini seterusnya memberi impak kepada ibu bapa dan masyarakat
khususnya.
c) Menyekat proses penyebaran ilmu
Lantaran kepercayaan pelajar dan masyarakat yang mula goyah berikutan sahsiah dan
keperibadian guru yang tercemar.maka proses penyebaran ilmu akan tergugat dan ianya
mengganggu dan mempengaruhi pembangunan sistem pendidikan negara.
menyekat
prosespenyebaran
ilmu
cemarprofesion,
pembangunannegara terjejas
8/2/2019 Final Nota Guru
29/53
BAB 2 : GURU 2012
28
d) Keruntuhan sosial pelajar dan masyarakat
Guru merupakan ikon pelajar dan sebarang kesalahan yang melibatkan sahsiah dan
keperibadian guru akan turut mempengaruhi tindak-tanduk pelajar.Mereka akan mengganggap
kesalahan sahsiah atau peribadi merupakan satu kesalahan umum yang boleh dilakukan
memandangkan guru sendiri turut tergelincir dalam melakukan kesalahan tersebut.Sekiranya
anggapan ini berpanjangan,sudah tentu institusi masyarakat mula runtuh akibat keruntuhan
sosial pelajar.
e) Pembangunan negara turut terjejas
Akhir sekali,kemajuan sesebuah negara turut terjejas kerana gagal melahirkan generasi
bijak,pandai,bersahsiah dan berperibadi mulia susulan daripada kesilapan atau kesalahan yang
dilakukan oleh segelintir guru yang melanggar sahsiah dan keperibadian keguruan.
2.3.5 Kesimpulan
Oleh yang demikian,warga guru dan pendidik keseluruhannya harus menyedari hakikat
akan kepentingan menjaga sahsiah dan keperibadian dimata pelajar,ibu bapa,masyarakat dan
negara.
8/2/2019 Final Nota Guru
30/53
BAB 2 : GURU 2012
29
TAJUK: SAHSIAH DAN KEPERIBADIAN GURU
SOALAN
1. Apakah definisi sahsiah dan keperibadian?
2. Terangkan satu contoh sahsiah dan keperibadian yang tinggi yang perlu ada dalam diriseorang guru.
3. Apakah kesan dan perbezaan antara keruntuhan sahsiah guru dengan keruntuhan
sahsiah seseorang yang bukan guru di mata masyarakat?
8/2/2019 Final Nota Guru
31/53
BAB 2 : GURU 2012
30
SKEMA JAWAPAN
1. Definisi sahsiah adalah peribadi manakala keperibadian adalah sikap atau tingkah laku
seseorang yang membezakannya daripada yang lain.
2. Integriti atau kejujuran merupakan satu contoh sahsiah dan keperibadian yang harus ada
dalam diri setiap guru.Guru yang memiliki integriti yang tinggi dapat menjalankan tugas
dengan telus dan bersungguh-sungguh lebih-lebih lagi dalam menjalankan
tanggungjawab ketika menyampaikan ilmu.Masalah masuk lewat ke kelas,tidak mengajar
tidak akan wujud dalam diri guru yang memiliki integriti kerana berpegang
teguh kepada konsep amanah dan kebertanggungjawaban yang tinggi.
3. Keruntuhan sahsiah seseorang guru lebih memberi kesan yang mendalam pada
pandangan masyarakat berbanding dengan seseorang yang bukan guru.Ini kerana,guru
merupakan agen sosial yang penting dalam mendidik masyarakat melalui pendidikan di
sekolah.Gelaran pendidik itu sendiri seharusnya melambangkan kesempurnaan dalam
memberi contoh dan teladan yang baik terhadap masyarakat.Berbeza dengan golongan
bukan guru.Keruntuhan sahsiah bagi golongan bukan guru akan hanya dipersalahkan
pada dirinya sahaja tetapi berbeza sekiranya seseorang itu ialah guru. Ini kerana
kesalahan dari segi sahsiah yang mungkin dilakukan oleh seorang guru akan
mencemarkan profesion keguruan itu keseluruhannya.Segala kemahiran dan keupayaan
guru itu akan turut dipertikai sekiranya terdapat kesalahan dari segi sahsiahnya.Berikutan
itu,masyarakat akan hilang kepercayaan dan rasa hormat pada guru tersebut amnya dan
profesion guru khususnya.
8/2/2019 Final Nota Guru
32/53
BAB 2 : GURU 2012
31
panduan dan pertuturan yang berkaitandengan tingkah laku yang baik dan
jahat.Normatic
analytic yang berfungsi menganalisissemua peraturan yang berkaitan tingkah
laku baik atau jahat dan critical yangberfungsi untuk mengkritik terhadap
apa-apa yang telah dianalisis.
Metachic
Berasal dari bahasa Greek adalah ethos watak
kesusilaan atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu
golongan. Terbahagi ke ada 2 iaitu normatik dan metachic.
ETIKA
Kamus Dewan etika ditakrifkan sebagai satu prinsip
moral atau set prinsip set moral.
ETIKA
PROFESIONAL
semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap
kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan
dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta
tingkah laku profesion dalam masyarakat.
ETIKA
KEGURUAN
Satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa
elajar.
2.4. ETIKA PROFESION PERGURUAN
2.4.1 Definisi
ETIKA
8/2/2019 Final Nota Guru
33/53
BAB 2 : GURU 2012
32
2.4.2.1 Etika Profesion Perguruan
Seorang guru tidak harus bertingkah laku yang boleh mencemarkan sifat profesionnya
dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan.
Guru tidaklah harus bertingkah laku yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan
jujur. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan
murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-
kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.
Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa
dan agama dan kepercayaaan.
Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk
tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak
kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal
keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan
memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
daya cipta dan rohani.
Dia harus menghormati hak titp-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai
diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid,
masyarakat awam dan negara.
2.4.2 Etika dan Tanggungjawab Guru
8/2/2019 Final Nota Guru
34/53
BAB 2 : GURU 2012
33
Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.
Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap
murid-murid.
Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran
atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah
melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadapmurid-muridnya.
Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau
ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.
Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-
cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya
untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
2.4.2.2 Tanggungjawab Seorang Guru
2. Terhadap rakansejawat &profesion
er uruan
TANGGUNGJAWABSEORANG GURU
1. Terhadappelajar
3. Terhadapmasyarakat &
negara
4. Terhadap ibubapa
8/2/2019 Final Nota Guru
35/53
BAB 2 : GURU 2012
34
2.4.2.3 Tanggungjawab terhadap Pelajar
Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal
yang lain.
Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor
ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan
agama.
Mempunyai perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta
memberi contoh yang baik kepada pelajar.
Guru tidak harus mengajar semata-mata untuk mendapatkan
ganjaran.
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
2.4.2.4 Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat & Profesion Perguruan
Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan
yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar
atau ibu bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
sesorang guru.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
serta berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan
tanggungjawab yang diberikan.
Sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutama guru yang
baru menyertai profesion.
Mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta
menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
8/2/2019 Final Nota Guru
36/53
BAB 2 : GURU 2012
35
2.4.2.5 Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara
Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu jaran yang boleh
mencemarkan nama baik Negara ataupun yang bertentangan dengan
prinsip-prinsip Rukunegara.
Memupuk sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua
dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama.
Pelajar juga mestilah menghormati masyarakat tempat guru
berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang
penduduk negara dengan tingkah laku yang sopan dan menjalani
8/2/2019 Final Nota Guru
37/53
BAB 2 : GURU 2012
36
TAJUK : ETIKA PROFESION PERGURUAN
Soalan :
Jawab soalan-soalan berikut.
1. Lengkapkan definisi-definisi berikut:
a) Etika berasal dari bahasa Greek iaitu ___________ di mana watak ______________
atau _____________ yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.
b) Etika professional adalah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan
_____________, _____________ dan ___________ dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan
peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
c) Etika keguruan adalah satu set _________________ atau _______________ guru
terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
Soalan 2 hingga 3 berdasarkan pilihan jawapan yang diberi.
2. Cikgu Tana seorang guru kelas telah menerima aduan daripada beberapa orang
murid mengenai seorang guru baru yang bersikap tidak adil terhadap mereka.
Sebagai seorang yang memahami Kod Etika Perguruan Malaysia, apakah yang
harus dilakukan oleh Cikgu Tana?
A. Membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat staf sekolah
8/2/2019 Final Nota Guru
38/53
BAB 2 : GURU 2012
37
B. Merujukkan murid yang membuat pengaduan kepada kaunselor sekolah
C. Berbincang dengan guru itu supaya masalah tersebut dapat diatasi
D. Melaporkan kepada Guru Besar sekiranya aduan tersebut betul dan boleh menjejaskan
imej perguruan
3. Apakah tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat yang perlu dipatuhi mengikut
Kod Etika Perguruan Malaysia?
I. mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan maruah guru
II. bersikap adil, berpakaian, bercakap dan bertingkah laku yang dapat memberi contoh
yang baik
III. berusaha menunaikan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh
IV. menjauhkan diri dari kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru
A. I dan III sahaja
B. I, III dan IV sahaja
C. II dan IV sahaja
D. I, II dan III sahaja
8/2/2019 Final Nota Guru
39/53
BAB 2 : GURU 2012
38
SKEMA JAWAPAN
TAJUK : ETIKA PROFESION PERGURUAN
Soalan :
Jawab soalan-soalan berikut.
1. Lengkapkan definisi-defini berikut:
d) Etika berasal dari bahasa Greek iaitu ethos di mana watak kesusilaan atau
adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.
e) Etika professional adalah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap
kualiti , produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban,
peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
f) Etika keguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru
terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
Soalan 2 hingga 3 berdasarkan pilihan jawapan yang diberi.
2. Cikgu Tana seorang guru kelas telah menerima aduan daripada beberapa orang
murid mengenai seorang guru baru yang bersikap tidak adil terhadap mereka.
Sebagai seorang yang memahami Kod Etika Perguruan Malaysia, apakah yang
harus dilakukan oleh Cikgu Tana?
A. Membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat staf sekolah
8/2/2019 Final Nota Guru
40/53
BAB 2 : GURU 2012
39
B. Merujukkan murid yang membuat pengaduan kepada kaunselor sekolah
C. Berbincang dengan guru itu supaya masalah tersebut dapat diatasi
D. Melaporkan kepada Guru Besar sekiranya aduan tersebut betul dan boleh menjejaskan
imej perguruan
3. Apakah tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat yang perlu dipatuhi mengikut
Kod Etika Perguruan Malaysia?
I. mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan maruah guru
II. bersikap adil, berpakaian, bercakap dan bertingkah aku yang dapat memberi contoh
yang baik
III. berusaha menunaikan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh
IV. menjauhkan diri dari kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru
A. I dan III sahaja
B. I, III dan IV sahaja
C. II dan IV sahaja
D. I, II dan III sahaja
8/2/2019 Final Nota Guru
41/53
BAB 2 : GURU 2012
40
2.5 GURU DAN MASYARAKAT
Guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait
rapat dengan masyarakat dan peranan ekonomi yang berstatus. Guru merupakan tenaga
ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar-pelajar.
Manakala masyarakat didefinisiskan sebagai komuniti manusia yang tinggal
bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi
bahasanya, manakala sudut istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat
merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada
pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial.
Masyarakat juga menggambarkan rakyat sesebuah negara.Malaysia terdiri
daripada masyarakat yang pelbagai bangsa dan budaya yang mempunyai asas-asas kukuh
untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya , ber ilmu, bermora l, dan
mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa.
Masyarakat mengharapkan supaya guru-guru dapat memainkan peranan-
peranan yang lain selain daripada menjadi tenaga pengajar di sekolah. Misalnya guru
diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam
8/2/2019 Final Nota Guru
42/53
BAB 2 : GURU 2012
41
pembentukan sahsiah pelajar, menjadi kaunselor kepada para pelajar, menjadi
pengamal dan penyebar nilai-nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi
contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
Kini, tugas dan tanggungjawab guru tidak terhad di dalam kelas sahaja. Di
samping menjalankan tugas di dalam kelas, seseorang guru itu juga hendaklah
bekerjasama dengan rakan sejawatnya kerana kemajuan pelajaran dan pendidikan
murid-murid di sekolah bergantung kepada kerjasama dan muafakat di antara semua
golongan guru di sekolah itu. Di samping itu, imej guru akan dapat dipertingkatkan
sekiranya guru sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan masyarakat. Di
antara aktiviti masyarakat yang boleh diikuti oleh guru ialah aktiviti pergerakan belia dan
sukan, badan kebajikan, aktiviti kebudayaan dan sebagainya, (Mok Soon Sang, 1990).
2.5.1 Pembentukan budaya masyarakat
Di dalam proses membentuk budaya masyarakat yang cemerlang dan baik, guru-guru
juga turut memberi sumbangan bagi memastikan kebudayaan bangsa dapat diterapkan dengan
baik. Berikut merupakan tindakan yang sepatutnya diambil oleh guru dalam menjayakan
pembentukan budaya masyarakat ke arah yang lebih positif
HARAPANMASYARAKAT
TERHADAP
GURU
PENGGANTIIBUBAPA
PENASIHATDAN
PEMBIMBING
CONTOHSAHSIAHPOSITIF
PENGAMAL &PENYEBAR
NILAI
KEBUDAYAAN
8/2/2019 Final Nota Guru
43/53
BAB 2 : GURU 2012
42
i) Memberi pendedahan kepada ibubapa mengenai keberkesanan pendidikan;
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk memberi pendedahan kepada
ibubapa mengenai keberkesanan pendidikan. Antaranya mengadakan perjumpaan
dengan ibubapa bagi membincangkan perkembangan pelajaran anak-anak mereka
dan memberi sedikit gambaran kepada ibubapa tentang proses pendidikan yang
dijalankan.
ii) Membantu pelajar menetapkan cita-cita;
Tanggungjawab ini harus dipikul oleh setiap guru bagi memastikan pelajar sentiasa
cenderung untuk belajar bagi mencapai cita-cita mereka.
iii) Menjalin hubungan komunikasi yang sihat:
Sikap ini bagi memastikan bahawa masyarakat berasa selesa setiap kali berinteraksi
dengan guru dan sekaligus melahirkan rasa hormat masyarakat terhadap guru.
iv) Bersifat seperti orang luar (masyarakat);
Ini adalah untuk memudahkan seseorang guru itu berkomunikasi dengan baik di
dalam masyarakat memandangkan guru juga adalah sebahagian daripada
masyarakat.
Membina
hubungan
komunikasi yang
sihat
Bersifat seperti
masyarakat
Peka terhadap
masyarakat
Menerapkan
cita-cita
positif pelajar
Menjelaskan
norma-norma
sekolah
PEMBENTUKAN BUDAYA
MASYARAKAT
Memberi
pendedahan
tentangpendidikan
8/2/2019 Final Nota Guru
44/53
BAB 2 : GURU 2012
43
v) Peka terhadap masyarakat;
Sikap mengambil tahu terhadap keperluan masyarakat penting untuk mengetahui
sejauh mana mereka boleh memahami tanggungjawab seorang guru. Kepekaan
yang ditunjukkan oleh seorang guru terhadap masyarakat membolehkan guru dapat
menilai diri sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru.
vi) Menjelaskan norma-norma sekolah kepada masyarakat;
Ini merupakan salah satu daripada keperluan yang harus dilakukan oleh setiap guru
untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di sekolah bagi mengelakkan salah faham masyarakat.
2.5.2 Perkhidmatan perbincangan sekolah dengan ibubapa
Perkhidmatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ibubapa mengenai anak-
anak mereka di sekolah. Antaranya ialah;
Mengadakan hubungan dengan ibubapa untuk bersama-sama mengawasi
kemajuan anak mereka, terutama dalam pelajaran.
Menghubungi ibubapa apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.
Menjadi penyelas program orientasi untuk para pelajar dan ibubapa.
Mewujudkan kerjasama dengan ibubapa dalam memperbaiki disiplin di kalangan
pelajar.
Mengadakan sesi bimbingan keluarga jika didapati masalah yang dihadapi oleh
pelajar berpunca daripada keluarga.
Membantu pelajar-pelajar miskin dengan menyediakan kutipan derma.
Pihak sekolah boleh menganjurkan berbagai-bagai kursus atau ceramah bagi ahli-
ahli masyarakat tentang keagamaan, akhlak, kesihatan dan keselamatan
jalanraya.
2.5.3 Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
Persatuan ibubapa dan Guru (PIBG) merupakan komponen penting dalam
merealisasikan wawasan sekolah. Objektif penubuhan persatuan ini adalah untuk
membantu ke arah kegemilangan dan pencapaian matlamat sekolah dari segi ko-
8/2/2019 Final Nota Guru
45/53
BAB 2 : GURU 2012
44
kurikulum, disiplin, moral dan keceriaan. PIBG berperanan sebagai pemangkin kepada
usaha bagi mewujudkan sekolah sebagai institusi masyarakat yang dapat diterjemahkan
melalui program peningkatan sekolah.
Pengurusan sekolah akan lebih berkesan dengan penglibatan PIBG secara
berfokus dan terancang. Jalinan kerjasama yang erat antara pentadbir sekolah dan
peneraju PIBG dapat meyakinkan warga sekolah bagi membawa kejayaan yang
gemilang kepada sekolah. Kewujudan PIGB juga menggambarkan semangat
bekerjasama di antara pihak ibubapa dan para guru bagi memastikan kejayaan dan
kelancaran aktiviti serta program sekolah.
Kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab dari kedua-dua belah pihak akan
memberi impak yang positif dan memberangsangkan ke atas kecemerlangan sekolah.
2.5.4 Peranan guru di kaca mata masyarakat.
Pengamal
Keperluan
Negara
Pembina
NegaraPenggerak
Masyarakat
Pakar
Rujuk
Penyebar
Ilmu
GURU
8/2/2019 Final Nota Guru
46/53
BAB 2 : GURU 2012
45
i) Guru sebagai pengamal mengikut keperluan negara
Seseorang guru sering bertindak mengikut keperluan Negara. Setiap
pengajarannya adalah berdasarkan kurikulum iaitu samada KBSR, KBSM
ataupun KBKK yang sememangnya digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan
Negara.
ii) Guru sebagai pakar rujuk
Setiap guru memang mempunyai kekuatan-kekuatan dalam bidang
pengkhususannya. Oleh itu, guru tersebut hendaklah sentiasa berusaha ke arah
peningkatan ilmu pengetahuan dalam kemahiran pengajaran.
iii) Guru sebagai penggerak masyarakat
Guru merupakan perintis yang mana mendatangkan pelbagai pembaharuan
dalam sesebuah masyarakat. Tenaga rakyat yang berketerampilan dan berilmu
pengetahuan tinggi merupakan usaha guru sebenarnya.
iv) Guru sebagai Pembina Negara
Pembangunan sesebuah Negara bergantung pada tenaga rakyat yang berilmu
pengetahuan. Rakyat pula bertanggungjawab meningkatkan produktiviti ekonomi
Negara. Daya produktiviti yang tinggi terhasil daripada masyarakat yang
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Golongan tenaga rakyat ini terhasil
daripada guru.
v) Guru sebagai penyebar ilmu
Guru sememangnya menitikberatkan aspek penerapan budaya ilmu di kalangan
para pelajar. Budaya ilmu tersebut merangkumi kegiatan membaca, berfikir,
berkarya dan menjalankan refleksi.
2.5.5 KESIMPULAN
Cita-cita rakyat Malaysia melalui pendidikan menjadi jelas dan semakin jitu
dengan wujudnya Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988 dan pengisytiharan
Wawasan 2020 pada tahun 1991. Sekolah sebagai institusi dan guru sebagai seorang
profesional dalam bidang pendidikan bertanggungjawab untuk mendidik dan melahirkan
8/2/2019 Final Nota Guru
47/53
BAB 2 : GURU 2012
46
generasi yang akan datang dan secara tidak langsung merealisasikan hasrat yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.
Guru memainkan peranan menyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan
bangsa. Jadi, guru haruslah mempunyai segala sifat dan kualiti yang murni dan bernilai
bagi memastikan tanggungjawab seorang guru dapat dijalankan sebaik mungkin. Guru
haruslah menyemai dan memupuk sifat dan kualitinya sendiri di dalam usaha
menjalankan tugasnya sesuai dengan seorang pendidik, pengasuh serta penyebar ilmu
pengetahuan dan kebudayaan bangsa. Guru juga merupakan perantara di antara
pelajar, sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Tanpa guru, proses penyebaran dan
pembentukan generasi berilmu tidak akan sempurna dan tidak mungkin akan tercapai.
Terdapat tiga aspek penting dalam pembentukan seorang guru yang perlu diikutiiaitu tahap pendidikan guru, latar belakang pengetahuan yang hendak diajar
(penguasaan bidang) dan kaedah atau cara ilmu pengetahuan yang disampaikan
(pedagogi) kepada para muridnya. Guru yang mempunyai sahsiah yang baik akan
dapat mempengaruhi pembelajaran murid-murid dengan berkesan sekali.
GURU
SEKOLAH
PELAJARIBU BAPA
MASYARAKAT
8/2/2019 Final Nota Guru
48/53
BAB 2 : GURU 2012
47
Sifat-sifat baik seorang guru umumnya adalah hasil latihan dan kesedaran
hendak mencapai matlamat menjadi guru yang berwibawa.
Pembentukan insan ke arah keadaan yang harmonis dan seimbang akan
membolehkan pelajar-pelajar menjadi rakyat yang berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab dan berkebolehan mencapai kebahagiaan diri sendiri serta memberi
sumbangan demi pembangunan dan kemakmuran negara.
Guru yang profesional perlu cekap dalam pelbagai aspek termasuklah
pengajaran, pengurusan, kepimpinan, penyelidikan, kemahiran interpersonal dan lain-
lain kemahiran yang diperlukan pada masa kini. Walaupun begitu, sebagai seorang
guru di negara yang sedang pesat membangun, ia juga perlu mengambil kira nilai lain
iaitu kerohanian, ekonomi, dan sosial sebagai asas dalam pengajaran dan tugas lain
dalam pendidikan. Guru yang mempunyai etika profesionalisme juga perlu
menunjukkan sifat taqwanya dengan menjalankan tugas dengan penuh amanah, iltizam
dan ikhlas.
KAEDAHPEDAGOGI
PENGUASAANBIDANG
TAHAPPENDIDIKAN
8/2/2019 Final Nota Guru
49/53
BAB 2 : GURU 2012
48
TAJUK: GURU DAN MASYARAKAT
SOALAN LATIHAN
1. Berikan 4 peranan guru di mata masyarakat selain daripada menjadi tenaga pengajar di
sekolah.
2. Huraikan dua tindakan yang boleh diambil oleh guru dalam usaha membentuk budaya
masyarakat yang positif.
3. Apakah objektif penubuhan dan peranan PIBG dalam sistem pendidikan?
8/2/2019 Final Nota Guru
50/53
BAB 2 : GURU 2012
49
SKEMA JAWAPAN
1. Peranan guru:
1) sebagai pengganti ibubapa
2) sebagai penasihat dan pembimbing
3) sebagai contoh sahsiah yang positif
4) sebagai pengamal dan penyebar nilai kebudayaan
2. 1) Memberi pendedahan tentang pendidikan
Huraian- Masyarakat perlu mengetahui tentang kepentingan pendidikan dalam
kehidupan kita. Kebanyakan masyarakat terutama yang tinggal di kawasan luar
bandar kurang mengambil berat tentang pendidikan. Di sinilah guru perlu
memainkan peranan untuk mendedahkan sejauh mana pendidikan boleh mengubah
sebuah kehidupan.
2) Membina hubungan komunikasi yang sihat
Huraian - Untuk mencapai matlamat pendidikan di dalam masyarakat, faktor utama
yang perlu diambil kira ialah hubungan komunikasi. Amatlah penting untuk
mewujudkan komunikasi yang baik dengan masyarakat sebelum seseorang guru
maju ke langkah seterusnya dalam membentuk budaya yang positif. Guru perlu
berfikiran terbuka, peka dan peramah dengan masyarakat setempat. Apabila
perhubungan komunikasi berjalan dengan baik barulah mudah untuk guru
memberikan input pendidikan yang berguna kepada masyarakat tersebut.
8/2/2019 Final Nota Guru
51/53
BAB 2 : GURU 2012
50
3. Persatuan ibubapa dan Guru (PIBG) merupakan komponen penting dalam
merealisasikan wawasan sekolah. Objektif penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu ke
arah kegemilangan dan pencapaian matlamat sekolah dari segi ko-kurikulum, disiplin, moral
dan keceriaan. PIBG berperanan sebagai pemangkin kepada usaha bagi mewujudkan sekolah
sebagai institusi masyarakat yang dapat diterjemahkan melalui program peningkatan sekolah.
8/2/2019 Final Nota Guru
52/53
BAB 2 : GURU 2012
51
BIBLIOGRAFI
Abd Ghani Abdullah & Tang K. N. t.th. Motivasi Guru dan Pengurusan Budaya Kolaboratif
Pengurus Pendidikan Wanita. Jurnal Pendidikan, 31 (2006), 97 105. Diperoleh : 14 April, 2012
darihttp://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/motivasi-guru-dan-pengurusan-budaya-
kolaboratif-pengurus.pdf
Abd. Rahim Abd. Rashid. 1999. Profesionalisme, Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. KualaLumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.
Abd Rahman Abd Majid Khan. 2007. Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd Salleh (1997), Falsafah, Pedagogi dan Metadologi, Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Arthur Jupong. 2009. Cabaran Profesion Keguruan. Diperoleh :10 April, 2012, dari
http://www.slideshare.net/arthurjeo/7-cabaran-profesion-keguruan
Atan Long (1980), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Choong, L.K. 2009. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Choong, L.K. 2009. Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. :
Kuala Lumpur.
Esah Sulaiman (2004), Pengenalan Pedagogi: UTM, Skudai
Ibrahim Ahmad. t.th. Profesion Keguruan Pilihan Terakhir?: Suatu Tinjauan. t.tp.: t.pt.
Diperoleh:10 April, 2012 dari:
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20keguruan&source=web&cd=2&sqi=2&ve
d=0CCwQFjAB&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F2342%2F1%2FProfesion_Kerguruan
http://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/motivasi-guru-dan-pengurusan-budaya-kolaboratif-pengurus.pdfhttp://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/motivasi-guru-dan-pengurusan-budaya-kolaboratif-pengurus.pdfhttp://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/motivasi-guru-dan-pengurusan-budaya-kolaboratif-pengurus.pdfhttp://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/motivasi-guru-dan-pengurusan-budaya-kolaboratif-pengurus.pdfhttp://www.slideshare.net/arthurjeo/7-cabaran-profesion-keguruanhttp://www.slideshare.net/arthurjeo/7-cabaran-profesion-keguruanhttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20keguruan&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CCwQFjAB&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F2342%2F1%2FProfesion_Kerguruan_Pilihan_Terakhir.doc&ei=YJWJT7jFC8LJrAeZvOjACw&usg=AFQjCNFRL9Hl1LtiX6tZmpDPbPjbxa-g0Qhttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20keguruan&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CCwQFjAB&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F2342%2F1%2FProfesion_Kerguruan_Pilihan_Terakhir.doc&ei=YJWJT7jFC8LJrAeZvOjACw&usg=AFQjCNFRL9Hl1LtiX6tZmpDPbPjbxa-g0Qhttp://www.google.com.my/imgres?q=searching+cartoon&hl=en&biw=1093&bih=538&gbv=2&tbm=isch&tbnid=Fq2XpxFCvTIseM:&imgrefurl=http://www.redsky.ie/blog/search-engine-optimisation-keyword-research/&docid=woGc9jrFbfUIRM&imgurl=http://www.redsky.ie/blog/wp-content/uploads/2011/07/keyword-research-cartoon.png&w=450&h=325&ei=A2uNT-iaE4nrrQe2nYjBCQ&zoom=1&iact=hc&vpx=789&vpy=189&dur=3109&hovh=191&hovw=264&tx=176&ty=107&sig=111286263917448600346&page=2&tbnh=157&tbnw=217&start=10&ndsp=15&ved=1t:429,r:9,s:10,i:112http://www.google.com.my/imgres?q=searching+cartoon&hl=en&biw=1093&bih=538&gbv=2&tbm=isch&tbnid=Y1_7jRsmNki0vM:&imgrefurl=http://www.imageenvision.com/clipart/22585-clip-art-graphic-of-a-book-cartoon-character-looking-through-a-magnifying-glass-by-toons4biz&docid=D-bOMzWV4agU6M&imgurl=http://www.imageenvision.com/450/22585-clip-art-graphic-of-a-book-cartoon-character-looking-through-a-magnifying-glass-by-toons4biz.jpg&w=450&h=450&ei=A2uNT-iaE4nrrQe2nYjBCQ&zoom=1&iact=hc&vpx=828&vpy=9&dur=941&hovh=225&hovw=225&tx=168&ty=126&sig=111286263917448600346&page=2&tbnh=160&tbnw=160&start=10&ndsp=15&ved=1t:429,r:4,s:10,i:101http://www.google.com.my/imgres?q=searching+cartoon&hl=en&biw=1093&bih=538&gbv=2&tbm=isch&tbnid=Fq2XpxFCvTIseM:&imgrefurl=http://www.redsky.ie/blog/search-engine-optimisation-keyword-research/&docid=woGc9jrFbfUIRM&imgurl=http://www.redsky.ie/blog/wp-content/uploads/2011/07/keyword-research-cartoon.png&w=450&h=325&ei=A2uNT-iaE4nrrQe2nYjBCQ&zoom=1&iact=hc&vpx=789&vpy=189&dur=3109&hovh=191&hovw=264&tx=176&ty=107&sig=111286263917448600346&page=2&tbnh=157&tbnw=217&start=10&ndsp=15&ved=1t:429,r:9,s:10,i:112http://www.google.com.my/imgres?q=searching+cartoon&hl=en&biw=1093&bih=538&gbv=2&tbm=isch&tbnid=Y1_7jRsmNki0vM:&imgrefurl=http://www.imageenvision.com/clipart/22585-clip-art-graphic-of-a-book-cartoon-character-looking-through-a-magnifying-glass-by-toons4biz&docid=D-bOMzWV4agU6M&imgurl=http://www.imageenvision.com/450/22585-clip-art-graphic-of-a-book-cartoon-character-looking-through-a-magnifying-glass-by-toons4biz.jpg&w=450&h=450&ei=A2uNT-iaE4nrrQe2nYjBCQ&zoom=1&iact=hc&vpx=828&vpy=9&dur=941&hovh=225&hovw=225&tx=168&ty=126&sig=111286263917448600346&page=2&tbnh=160&tbnw=160&start=10&ndsp=15&ved=1t:429,r:4,s:10,i:101http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20keguruan&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CCwQFjAB&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F2342%2F1%2FProfesion_Kerguruan_Pilihan_Terakhir.doc&ei=YJWJT7jFC8LJrAeZvOjACw&usg=AFQjCNFRL9Hl1LtiX6tZmpDPbPjbxa-g0Qhttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20keguruan&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CCwQFjAB&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F2342%2F1%2FProfesion_Kerguruan_Pilihan_Terakhir.doc&ei=YJWJT7jFC8LJrAeZvOjACw&usg=AFQjCNFRL9Hl1LtiX6tZmpDPbPjbxa-g0Qhttp://www.slideshare.net/arthurjeo/7-cabaran-profesion-keguruanhttp://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/motivasi-guru-dan-pengurusan-budaya-kolaboratif-pengurus.pdfhttp://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/motivasi-guru-dan-pengurusan-budaya-kolaboratif-pengurus.pdf8/2/2019 Final Nota Guru
53/53
BAB 2 : GURU 2012
_Pilihan_Terakhir.doc&ei=YJWJT7jFC8LJrAeZvOjACw&usg=AFQjCNFRL9Hl1LtiX6tZmpDPbPj
bxa-g0Q
Kamus Dewan. (3rd ed.). (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang (1989), Pedagogi, Pemulihan,Pengayaan Dan Isu Pendidikan, Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.
Mok Soon Sang (1990), Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan, Pedagogi 4, Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.
Mok Soon Sang (1999), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Semester 1, Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman
Mok Soon Sang (2000), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Mok Soon Sang (2000), Pendidikan di Malaysia (Edisi ketujuh), Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.
Rohizani Yaakub, Shahabuddin Hashim, Mohd Zohir Ahmad. 2003. Pedagogi, Strategi dan
Teknik Mengajar dengan Berkesan. Selangor: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Ruhizan Mohd Yassin, Mohd Jasmy Abd Rahman, Norlena Salamuddin, Rosadah Abd Majid.
t.th. Proses Kognitif Pelajar Cemerlang dan Tidak Cemerlang. Jurnal Pendidikan, 27 (2001), 27
34. Diperoleh: 14 April, 2012, darihttp://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/proses-
kognitif-pelajar-cemerlang-dan-tidak-cemerlang.pdf
Salleh Abd. Rashid. t.th. Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum Dan Pengajaran.
t.tp.: t.pt.
Yahya Buntat & Zainuddin Masrom. 2003. Amalan Etika Profesion Perguruan di Kalangan
Guru-guru Sekolah Kebangsaan kampung Melayu, Kulai, johor. Satu Tinjauan. Jurnal
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20keguruan&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CCwQFjAB&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F2342%2F1%2FProfesion_Kerguruan_Pilihan_Terakhir.doc&ei=YJWJT7jFC8LJrAeZvOjACw&usg=AFQjCNFRL9Hl1LtiX6tZmpDPbPjbxa-g0Qhttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20keguruan&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CCwQFjAB&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F2342%2F1%2FProfesion_Kerguruan_Pilihan_Terakhir.doc&ei=YJWJT7jFC8LJrAeZvOjACw&usg=AFQjCNFRL9Hl1LtiX6tZmpDPbPjbxa-g0Qhttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20keguruan&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CCwQFjAB&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F2342%2F1%2FProfesion_Kerguruan_Pilihan_Terakhir.doc&ei=YJWJT7jFC8LJrAeZvOjACw&usg=AFQjCNFRL9Hl1LtiX6tZmpDPbPjbxa-g0Qhttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20keguruan&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CCwQFjAB&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F2342%2F1%2FProfesion_Kerguruan_Pilihan_Terakhir.doc&ei=YJWJT7jFC8LJrAeZvOjACw&usg=AFQjCNFRL9Hl1LtiX6tZmpDPbPjbxa-g0Qhttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20keguruan&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CCwQFjAB&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F2342%2F1%2FProfesion_Kerguruan_Pilihan_Terakhir.doc&ei=YJWJT7jFC8LJrAeZvOjACw&usg=AFQjCNFRL9Hl1LtiX6tZmpDPbPjbxa-g0Qhttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20keguruan&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CCwQFjAB&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F2342%2F1%2FProfesion_Kerguruan_Pilihan_Terakhir.doc&ei=YJWJT7jFC8LJrAeZvOjACw&usg=AFQjCNFRL9Hl1LtiX6tZmpDPbPjbxa-g0Qhttp://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/proses-kognitif-pelajar-cemerlang-dan-tidak-cemerlang.pdfhttp://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/proses-kognitif-pelajar-cemerlang-dan-tidak-cemerlang.pdfhttp://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/proses-kognitif-pelajar-cemerlang-dan-tidak-cemerlang.pdfhttp://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/proses-kognitif-pelajar-cemerlang-dan-tidak-cemerlang.pdfhttp://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/proses-kognitif-pelajar-cemerlang-dan-tidak-cemerlang.pdfhttp://maklumatku.files.wordpress.com/2011/09/proses-kognitif-pelajar-cemerlang-dan-tidak-cemerlang.pdfhttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20keguruan&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CCwQFjAB&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F2342%2F1%2FProfesion_Kerguruan_Pilihan_Terakhir.doc&ei=YJWJT7jFC8LJrAeZvOjACw&usg=AFQjCNFRL9Hl1LtiX6tZmpDPbPjbxa-g0Qhttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20keguruan&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CCwQFjAB&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F2342%2F1%2FProfesion_Kerguruan_Pilihan_Terakhir.doc&ei=YJWJT7jFC8LJrAeZvOjACw&usg=AFQjCNFRL9Hl1LtiX6tZmpDPbPjbxa-g0QRecommended