View
288
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
- Folio PBS Sains Tingkatan 2 2013- Band 6- SMK Long Gafar
Citation preview
Pengenalan
Masalah pendengaran merupakan suatu masalah yang kerap berlaku di
dalam masyarakat kita. Seluruh dunia, masalah pendengaran dihadapi
oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa
mahupun warga tua. Pengetahuan mengenali telinga anda adalah penting
untuk mengetahui lebih mendalam mengenai masalah pendengaran yang
anda hadapi.
Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda
Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga iaitu telinga luar, tengah
dan dalam haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang
jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian
akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah
pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan
masing-masing.
Struktur telinga manusia
Mekanisme pendengaran manusia
Ciri-ciri
Meminta percakapan diulang berkali-kali
Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan
Sukar memahami perbualan di tempat bising
Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk
memahami apa yang didengari
Sukar memahami perbualan telefon
Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat
Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian
kepala dan leher.
Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran
Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll)
Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah
pinggang dll)
Tahap Kecacatan
NORMAL - Mengesan bunyi pada intensiti lebih daripada 25dB
RINGAN - Mula mengesan bunyi antara 25dB hingga 40dB
SEDERHANA - Mula mengesan antara 41dB hingga 70dB
TERUK - Mengesan pada intensiti 71dB hingga 90dB
SANGAT TERUK - Mengesan pada intensiti 90dB ke atas
Punca Kecacatan
Sebelum Kelahiran
1. Baka
2. Pengambilan dadah, alkohol
3. Toksemia
4. Jangkitan penyakit
5. Tidak diketahui
Semasa Kelahiran
1. Tidak cukup bulan
2. Kelahiran yg terlalu lama
3. Penyakit hemolosis
4. Anoxia
5. Sawan
Selepas Kelahiran
1. Penyakit berjangkit disebabkan bakteria dan virus
2. Kecederaan telinga
3. Pengambilan ubat berlebihan ototoksik (streptomycin)
4. Demam campak, beguk
5. Jaundis
6. Berat badan kurang dari 1500g
7. Jangkitan kuman telinga tengah
8. Tidak diketahui
Pencegahan
1. Elak mengorek telinga (benda-benda tajam dan keras)
2. Bersihkan cuping telinga dengan kain lembab (lembut)
3. Jika mengandungi serumen atau bendasing, titikkan minyak
4. Berjumpa pegawai perubatan (ENT) – keluar nanah atau sakit
5. Elakkan mangambil ubat tanpa nasihat doktor - mengandung
6. Jauhi daripada bunyi yang terlalu kuat
7. Elakkan memukul di bahagian kepala
Jenis Masalah Pendengaran
Mengetahui jenis masalah pendengaran yang anda hadapi adalah penting
kerana ia akan membantu anda dan menyelesaikan masalah tersebut.
Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawat dan tidak boleh
dirawat. Jika anda menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh
dirawat, pemakaian alat bantu pendengaran adalah perlu.
Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif,
sensorineural dan campuran
'Conductive' (Gangguan aliran bunyi)
1. Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada bahagian
telinga luar dan telinga tengah.
2. Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang
bunyi dan tidak teruk.3. Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan
masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga
(atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah.
Sensorineural' (Saraf Deria)
1. Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada bahagian
telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran
berada.
2. Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi
tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan
pendengaran.
3. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh.
4. Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan.
'Mixed' (Campuran)
1. Masalah
pendengaran gabungan pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama.
2. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran.
Kehilangan pendengaran yang teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli.
Mengesan Kecacatan
Secara Objektif
-Saringan Pendengaran
-Ujian rambang : mengetahui keupayaan pendengaran dengan peralatan audiologi
Secara Subjektif
Ujian Tingkahlaku (Pure Tone Audiometry – PTA)
- Pemerhatian terhadap tindakbalas mereka pada bunyi
Ujian pertuturan
- Keupayaan memahami apa yang ditutur dan menunjukkan tindak balas
Pemerhatian
- Kurang memberi pemerhatian – tahap kepekakan
- Tidak memahami arahan
- Kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pertuturan
- Seringkali bertanya pada rakan-rakan
- Selalu berkhayal
- Lemah dalam akademik (Bahasa)
- Cara percakapan yang janggal
- Sering memandang ke arah penutur
Prosedur Penilaian
-Menemubual ibu bapa untuk mendapatkan sejarah dan latarbelakang klien
-Menjalankan pemeriksaan telinga luar
-Menjalankan ujian telinga tengah
-Menjalankan ujian-ujian pendengaran
-Mendapatkan keputusan tentang tahap kehilangan pendengaran jenis kehilangan pendengaran
Cara Merawat Kecacatan Pendengaran
Jenis 'conductive'
Kebanyakkan kecacatan jenis ini boleh dirawat menggunakan
rawatan ubat dan pembedahan.
o Tahi telinga/kotoran yang menyumbat - buang kotoran
tersebut
o Jangkitan kuman pada bahagian rongga tengah telinga -
ubat dan pembedahan
o 'Otosclerosis' - pembedahan pada telinga
o Menggunakan alat bantuan pendengaran jika kaedah
ubat dan pembedahan bukan pilihan
Jenis 'sensorineural'
Kebanyakkan kecacatan jenis ini melibatkan kehilangan
pendengaran yang kekal dan tidak dapat dipulihkan dengan
menggunakan ubat atau pembedahan. Menguruskan masalah jenis
ini adalah seperti berikut:
o Kaedah menguatkan keupayaan pendengaran
Menggunakan alat bantuan pendengaran yang sempurna.
'Cochlear implant' diperlukan terhadap kecacatan
pendengaran yang teruk serta masih tidak memberi
kesan melalui penggunaan alat bantuan pendengaran.
o Latihan strategi komunikasi
Kemahiran mendengar
Kemahiran komunikasi
o Kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan
pendengaran sejak lahir lagi perlu dimasukkan dalam program
intervensi awal secepat yang mungkin bagi meransang
perkembangan kognitif dan bahasanya. Terdapat pelbagai
pilihan komunikasi di negara ini
Komunikasi lisan
'Cued speech'
Bahasa isyarat
Alat Bantuan Pendengaran:
Biasanya alat ini boleh dipasang pada bahagian dalam telinga
manusia ataupun pada bahagian sekitar telinga. Alat bantu dengar
tersebut dibuat untuk mengukuhkan rangsangan bahagian sel-sel
deria telinga bahagian dalam yang rosak terhadap rangsangan suara
dan bunyi-bunyian dari luar.
Alat bantu dengar tersebut merupakan sebuah alat elektronik
yang menggunakan bateri di mana dalam pemakaiannya terdapat
mikrofon yang mengubah gelombang dari suara tersebut menjadi
tenaga elektrik yang kemudian diterima amplifier yang boleh
meningkatkan kelantangan dan menghantarnya pada speaker yang
ada pada bahagian dalam telinga.
Dipasang pada telinga (Open-Ear-Fitting/OEF)Alat bantu pendengaran yang kecil disambungkan dengan wayar nipis dan penerima (receiver) yang
mengarahkan bunyi ke dalam telinga -Selesa dan kecil
- Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumbat - Penampilan yang bergaya dan berwarna-warni
- Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan sederhana
Di belakang telinga (Behind-The-Ear/ BTE)Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan
diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga.
- Amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat
teruk - Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya
bagi mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan
objek kecil - Jangka hayat bateri lebih lama
Dalam telinga/Dalam saluran telinga (In-The-Ear (ITE) / In-The-Canal (ITC)
Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga atau saluran telinga
- Menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk memastikan prestasi yang optimum
- Selamat dan selesa di bahagian luar telinga - Mudah dikendalikan
- Sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke tahap yang teruk
Dalam saluran telinga sepenuhnya (Completely-In-Canal (CIC)Alat bantuan pendengaran kecil yang diletakkan dalam saluran telinga
yang membolehkan bunyi terus masuk ke dalam telinga. - Tersembunyi, sesuai untuk pelanggan yang mementingkan
penampilan - Simulasi cara bunyi masuk ke dalam telinga memberikan
kualiti bunyi yang lebih semulajadi sound quality - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana
dan teruk
Recommended