View
260
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
FUNGSI DAN RITUAL YANG BERKAITAN DENGAN TARZAN SUMAZAU KAUM DUSUN, DI SABAH
Miliana Binti Kagus
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
2011
Ousat Khidmat Maklumat. tikadrmik UiYIVCRSfTI MALAYSIA SAItAWAK
P. KHIDMOT MOKLUMAT AKADEMIK
UNIMAS
IIIIIIIIININIpII1000273101
FUNGSI DAN RITUAL YANG BERKAITAN DENGAN TARIAN SUMAZAU KAUM DUSUN, DI SABAH
MILIANA BINTI KAGUS
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2011
LI/
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: FUNGSI DAN RITUAL YANG BERKAITAN DENGAN TARIAN SUMAZAU KAUM DUSUN, DI SABAH.
SESI PENGAJIAN: 2008 / 2011
Saya MILIANA BINTI KAGUS
mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDA
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maldumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
Membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Maklumat Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis im sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. ** sila tandakan ( )
ANANGAN PENULIS)
Qý 0
ý
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: Pejabat Pos Tamparuli Peti Surat 453 89257 Tamparuli, Sabah.
Tarikh: 20 Mei 2011 Tarikh: 20 Mei 2011
Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
i
Projek bertajuk "Fungsi dan Ritual yang Berkaitan dengan Tarian Sumazau Kaum
Dusun, di Sabah" telah disediakan oleh Miliana Binti Kagus dan telah diserahkan kepada
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni
Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
Diterima untuk diperiksa oleh:
Pn. Rahah Binti Hasan
Penyelia
Tarikh:
ZQ ý i r
ii
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan, kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah saya
menyiapkan Projek Tahun Akhir ini dengan baik. Kerja Projek Tahun Akhir ini telah berjaya
disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Terima
kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibubapa saya yang telah banyak memberi dorongan
dan semangat serta sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memberikan saya kewangan
sepanjang menyiapkan Projek Tahun Akhir ini.
Tidak lupa juga saya ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada barisan pensyarah Universiti Malaysia Sarawak terutamanya Pn. Rahah
Binti Hasan selaku Penyelia Projek Tahun Akhir saya yang terlalu banyak membantu dan
membimbing saya sepanjang proses menyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Tanpa tunjuk ajar
yang begitu jitu dan padu daripada beliau, tidak mungkin saya dapat menjayakan Projek
Tahun Akhir ini dengan baik.
Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang
banyak memberi sokongan dan dorongan disamping idea-idea yang bernas pada masa saya
ketandusan idea dalam usaha menyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Sekali lagi, jutaan
penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung
dalam pembikinan kerja Projek Tahun Akhir ini. Semoga Tuhan memberkati dan memberikan
ganjaran yang besar kepada semua yang sentiasa membantu antara satu sama lain.
iii
Ous 7 aýt/ýK*ýyýidmat Mraklumat Akademik N(J d. TJ ý1
ý. ^1i: ) 73'; .
y Lý`iilbý!
ýüýA V1ýiRA! 'tfýº,.
ISI KANDUNGAN
PERKARA
Pengesahan
Penghargaan
Kandungan
Senarai Gambar
Senarai Jadual
Abstrak
Abstract
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang / Sejarah
1.1.1 Sejarah Negeri Sabah
1.1.2 Latar Belakang Kaum Dusun
1.1.3 Latar Belakang Tarian Sumazau
1.2 Definisi
1.2.1 Tari
1.2.2 Ritual
1.2.3 Adat
1.3 Permasalahan Kajian
1.4 Objektif Kajian
1.5 Kepentingan Kajian
1.6 Skop Kajian
1.7 Hipotesis
1.8 Kesimpulan
MUKA SURAT
i-ii
iv - vi
vii
vii
Vlll
ix
1
9
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
iv
BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan
2.2 Kajian Lepas
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Kaedah Kajian
3.2.1 Kaedah Kualitatif
3.2.2 Data Primer
3.3.3 Temu Bual
3.3.4 Data Sekunder
3.3.5 Populasi
3.3.6 Instrumen Kajian
3.3.7 Limitasi Kajian
3.3.8 Kesimpulan
BAB 4 ANALISA DAPATAN KAJIAN
28
29 - 66
67
68
69
69 - 70
71
72
73
74
75
4.1 Pengenalan 76
4.2 Dapatan Kajian
4.2.1 Pergerakan dan Makna di Sebalik Tarian Sumazau 77 - 83
4.2.2 Fungsi Tarian Sumazau Dalam Masyarakat Dusun 84 - 90
4.2.3 Tempoh masa tarian sumazau dipersembahkan 91 - 93
4.2.4 Amalan Kepercayaan Animisme Suku Kaum Dusun 94 - 98
4.2.5 Mengapakah masyarakat Dusun pada masa kini kurang
mengetahui tentang sejarah 99 - 104
4.2.6 Pandangan responden mengenai upacara ritual yang berkaitan dengan tarian sumazau pada masa kini? 105 - 109
V
4.2.7 Perubahan Terhadap Persembahan Tarian Sumazau.
Apakah Pendapat Responden?
4.3 Rumusan
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Kesimpulan Setiap Bab
5.3 Cadangan
5.4 Cadangan kepada pengkaji pada masa akan datang
5.5 Kesimpulan
5.6 Penutup
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
V1
SENARAI GAMBAR
Muka Surat
Gambar I Peta Negeri Sabah 5
Gambar 2 Gunung Kinabalu 6
Gambar 3 Pergerakan tangan dihayunkan ke hadapan dan ke
belakang serentak dengan enjutan kaki kanan dan kaki kiri 78
Gambar 4 Kedua-dua belah tangan didepakan ke sisi dengan
pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah 80
Gambar 5 Tarian sumazau ditarikan oleh satu pasangan yang terdiri
daripada lelaki dan perempuan 81
Gambar 6 Menunjukkan persembahan tarian sumazau yang ditarikan
secara berpasangan antara lelaki dan perempuan 82
SENARAI JADUAL
Jadual 1 Soalan umum yang dikemukakan kepada para responden 74
vii
ABSTRAK
Tesis ini mengkaji fungsi dan ritual yang berkaitan dengan tarian Sumazau kaum Dusun.
Kajian ini mengenalpasti kaitan pergerakan dengan ritual tarian Sumazau yang saling
melengkapi. Seterusnya, pengkaji akan menganalisa faktor kepercayaan animisme yang
berkaitan dengan penyembahan semangat padi oleh kaum Dusun yang merupakan faktor
utama wujudnya tarian Sumazau. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kepercayaan
memainkan peranan penting dalam tarian sumazau yang menyebabkan tarian ini dikekalkan
dan diamalkan sehingga ke hari ini.
Vlll
ABSTRACT
This thesis examines the ritual and function which link to the Dustin's Sumazau dance. This
study identify the movements of sumazau dance that mutually complementary to the fertility
rites ceremony. Furthermore, the researcher will analyze the ritual and believes that relates to
rice spirits worship by the Dusun community. The analysis of this study shows that factor such
as believes plays an important role in the continuation and practiced of the Sumazau dance
which are slowly coming into extinction due to modernization and changing of lifestyles.
ix
BAB 1
PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG/ SEJARAH
1.1.1 Sejarah Negeri Sabah
Sabah adalah negeri kedua terbesar di Malaysia yang terletak di pulau Borneo iaitu
pulau ketiga terbesar di dunia. Negeri sabah yang dahulunya dikenali sebagai North Borneo
meliputi kawasan seluas 75,133 kilometer persegi. Di sebelah barat, Sabah dipisahkan dari
Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan dengan jarak kira-kira 1,700 kilometer
manakala di sebelah utaranya ialah Laut Sulu sementara di bahagian timurnya Laut Sulawesi
(Ismail Yusoff, 2004). Negeri Sabah yang juga digelar sebagai "Negeri Di Bawah Bayu",
bukan sahaja kaya dengan keindahan warisan semulajadi tetapi juga kaya dengan warisan
budaya penduduknya. Contohnya dari segi asal usul, bahasa, tarian, muzik dan pakaian
tradisional, serta Perayaan Kaamatan yang disambut setiap tahun pada bulan mei di seluruh
bahagian negeri Sabah.
Di samping itu, masyarakat di negeri Sabah juga mempunyai pelbagai hasil kraf yang
unik dan menarik. Achmad Sopandi Haji Hasan dalam buku penulisan beliau yang bertajuk
"warna peribumi etnik sabah: menjejaki warisan yang hilang" mengatakan bahawa, "Negeri
sabah yang juga digelar "negeri di bawah bayu" merupakan antara negeri yang terkenal dan
kaya dengan kpelbagaian kebudayaan termasuklah kraf tradisionalnya. Penggunaan warna
pada kraf tangan tradisional masyarakat Sabah yang berbilang kaum diperolehi daripada bahan
1
pewarna yang "mesra alam" berhubung rapat dengan kehidupan seharian masyarakat di Sabah
ketika itu. Perkara itu telah wujud sejak berabad-abad yang lalu, malah dipercayai wujud sejak
zaman batu lagi (Achmad Sopandi Haji Hasan, 2002)".
Penciptaan kraf yang terdapat di negeri Sabah ini mempunyai pelbagai jenis di
samping motif-motif tertentu yang berkait rapat dengan alam sekeliling, kepercayaan dan adat
resam masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, masyarakat penduduk Sabah juga
menggunakan pelbagai warna yang kebanyakkannya berunsurkan kepada warna alam
semulajadi. la disebabkan oleh keadaan kedudukan petempatan masyarakat Sabah pada masa
dulu yang dikelilingi oleh alam sekitar yang belum terjejas dengan pelbagai kemajuan dan
pembangunan seperti pada masa kini.
la turut diakui oleh Achmad Sopandi Haji Hasan, yang mengatakan bahawa
"Penggunaan warna tradisional telah lama diamalkan sejak dahulu oleh pelbagai etnik di
Sabah seperti Kadazandusun, Murut, Bajau, Suluk, Sungai, Kadayan, Tidung, Rungus, dan
Lun Dayeh. Warna alam semulajadi mengalami zaman kegemilangannya ketika itu kerana
berkait rapat dengan keperluan harian, agama dan tradisi tempatan. Penghasilan warna ini
diperolehi daripada bahagian akar, batang, daun, bunga, buah dan biji. Selain mempunyai ciri
serta sifat yang membolehkannya digunakan sebagai bahan pewarna, pelbagai barangan kraf
seperti tembikar, anyaman mengkuang, anyaman rotan, peralatan upacara ritual, peralatan
pertanian, peralatan berburu, peralatan transportasi dan pelbagai senjata tradisional. Hasil-hasil
kraf tangan tempatan, terbukti bermutu tinggi dan mempunyai reka corak yang menarik".
Petempatan penduduk peribumi Sabah agak berselerak, iaitu mengikut kawasan
tertentu, khususnya di kawasan pedalaman dan di pesisir. Contohnya, penduduk peribumi
bukan Islam seperti Dusun, Murut dan Rungus tidak suka bergantung kepada pencarian laut
2
dan justeru itu mereka menetap di kawasan pedalaman. Kawasan ini memudahkan mereka
menjalankan aktiviti bercucuk tanam, memburu binatang dan sebagainya. mereka juga
dikatakan memilih petempatan ini untuk menjauhkan diri mereka daripada terperangkap dalam
peperangan, rompakan dan pembunuhan yang sering berlaku di kawasan pesisir. Contohnya
pada tahun 1840, rompakan, peperangan dan pembunuhan sering berlaku di Teluk Marudu,
Teluk Gaya, Teluk Kimanis dan Teluk Brunei (Mat Zin Mat Kib, 2002).
Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-
kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30
kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek.
Kumpulan etnik yang utama adalah, Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah
penduduk Sabah), Murut dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi,
Iranun, Ida'an dan Brunei.
Setiap etnik ini mempunyai adat resam, kebudayaan dan amalan kepercayaan yang
berbeza-beza. Mereka terdiri daripada penduduk peribumi bukan Islam dan peribumi Islam.
Kumpulan etnik Dusun, Murut dan Rungus, kebanyakkannya bukan beragama Islam. Setiap
kumpulan etnik, khususnya Dusun dan Murut mempunyai subkumpulan etnik masing-masing.
Manakala kumpulan etnik Idahan, Bajau, Iranun, Sulu, Bisaya, Melayu-Brunei, Orang Sungai,
Tidong pada keseluruhannya beragama Islam. Petempatan seperti ini juga memberi dua
gambaran, iaitu wujud dua sistem kepercayaan di kalangan penduduk peribumi Sabah,
kumpulan etnik yang tinggal di pedalaman dan di pesisir terdiri daripada pertama, kumpulan
etnik peribumi bukan Islam yang merangkumi kumpulan etnik Dusun, Murut dan Rungus
serta subkumpulan etniknya yang mengamalkan kepercayaan animisme; dan kedua,
3
masyarakat peribumi Islam Sabah yang terdiri daripada kumpulan etnik Bajau, Idahan, Iranun,
Sulu, Bisaya, Melayu-Brunei dan Orang Sungai (Mat Zin Mat Kib, 2002).
Sabah diperintah oleh British North Borneo Chartered Company pada tahun 1881 -
1946. Dalam tempoh itu, masyarakat Sabah yang pada awalnya terdiri daripada beberapa suku
kaum peribumi telah berubah menjadi sebuah masyarakat majmuk dengan kemasukan orang-
orang Cina, India, Cocos dan Indonesia. Kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan
asli yang terbesar. Dengan kemasukan mereka ini khasnya untuk kepentingan ekonomi
Inggeris pada ketika itu, Sabah menjadi sebuah masyarakat yang berbilang keturunan dan
agama.
Banci penduduk yang pertama telah dibuat oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara
pada 18 Februari 1981. Jumlah penduduk yang tercatat dalam banci tersebut 67,062 orang
yang terdiri daripada suku kaum Dusun, Murut dan lain-lain (34,166); Bajau (11,150), Cina
(7,156); Sulu (3,333); Brunei (3,546); tanpa catatan (unrecorded) (2,596); warga negara
Hindia Timur (2,232), Melayu (1,488); warga negara India dan Sri Lanka (319); Eropah (245);
Dayak (135); Jepun (129); Filipina (74); Serani (54) dan lain-lain 39 orang. Penduduk yang
terdapat dalam banci ini telah dicerakin dan dihalusi, dapat dibahagi kepada dua kumpulan,
iaitu penduduk peribumi Sabah dan pendatang. Keadaan seperti ini berterusan hinggalah Banci
Penduduk 1960 (Mat zin mat kib, 2002). Berdasarkan banci penduduk tersebut, ia
menunjukkan bahawa masyarakat di negeri Sabah terdiri daripada pelbagai bangsa yang
dibahagi kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan peribumi Sabah dan pendatang.
4
Mak: sr; ai tikademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
ýalomDanOan ý .. ý iaona ý '-J`)rýý( ýanoo. nýana
ý '°'äýä .,. ý, a, , ýo
\v . ̀ l
BRUNEI
1 `ý
SARAWAK
ýs a^a ý ̀arýv
0
SOUTH CHINA
SEA
�ýo: 4:: °: ý
-ý . ýýTý. ý
: i,; o,.ýýeýmiýI°°'°
igan'
. , -c.. t.ý
KALIMANTAN (INDONESIA)
(Garnbar 1: Peta Negeri Sabah)
u ADOYI . anm an tar)
Kola KinoDol
k.. ý, a,. ýý,ru^9avaý, o S, -. o 0
utla
ýöý,,, aýo
,. ý.
_"RýIaMOIYCu
40^ý
ý I
,,: o, o .1iKinnhnlu onr4_.. V. ý..
a4au"_
. ý...
'j_ YI N n JLOV! ] MI . A
ý . 1ý. ý"vo"ýaaeýsmma.'1 - -
. ea o o. .. o, a ºý-
ý ý
'aue; saa.
a ¢r
Aker Range.
INOllonal Park ý Mý uoýweai .
I I r IS. M] Y7r
/ .. orron
"tamb. ",
A
59mla( )Kz
s-ý ýr-13 -
Malian Basin
0
71
ý
lonýoYonltbW
0
lýr1M IýbnEý ýaýý
S ptfoff3ýýý
num Iley
0
Tawau Hill
-Aiayau
antlokan
4lonoo Dolu
,. ý
SABAHLEGEND
. Main Town
" Town
ArporI
......... Pork$ & Forests Reserve
............................ Mounlorn
`'hump s[>rn
- Rood
ýn*«« RaJ Track
a
SULU SEA
t-p. u
` reneawn iIieýa
L21tMe1OYInq IIIOnO
0
ýooýý ,. ýoýCELEBESSEA
ýODaýaýIiionC
ýýDeOOn
IýIOnC . , i .
5
Salah satu lambang kemegahan oleh penduduk di negeri Sabah ialah Gunung Kinabalu
yang mempunyai puncak tertinggi di Malaysia dengan ketinggian mencecah 4,095 meter dari
aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu di
belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 meter) dan Puncak Jaya di Indonesia (4884 meter).
Masyarakat di negeri Sabah menganggap Gunung Kinabalu sebagai lambang yang dapat
memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Di camping itu, Gunung Kinabalu
ini menyimpan pelbagai cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyarakat
Kadazandusun di Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka
selepas meninggal dunia.
Dambar 2: Gunung Kinabalu, Sabah.
6
Unsur-unsur budaya yang diwarisi oleh masyarakat tradisional di Sabah, menampilkan
satu kepercayaan sistem adat yang menjadi landasan dalam kehidupan mereka. Telah menjadi
lumrah dalam kehidupan masyarakat tradisi bahawa wujudnya hubungan yang erat antara
mereka dengan alam semesta yang secara tidak langsung telah menular dalam pembentukan
sistem adat mereka. Penghasilan motif-motif dalam kerja tangan masyarakat tradisional Sabah
merupakan bahan yang boleh memberi gambaran terhadap pengaruh kosmos (Ismail Haji
Ibrahim, 2002).
Kenyataan oleh Ismail Haji Ibrahim tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Sabah
berpegang kepada kepercayaan animisme sebagai amalan kepercayaan yang utama pada masa
dahulu. Namun, pada masa kini amalan kepercayaan terhadap animisme oleh masyarakat di
Sabah ini tidak lagi diamalkan lantaran kedatangan oleh agama Kristian dan agama Islam.
Selain itu, perubahan yang berlaku juga disebabkan oleh kemajuan dan peredaran masa yang
semakin canggih dengan teknologi moden. la turut diakui oleh Ismail Haji Ibrahim dalam
buku beliau yang bertajuk "Warisan Seni Etnik Sabah". Beliau mengatakan bahawa
"Kepesatan perkembangan teknologi telah membawa banyak perubahan terhadap seni warisan
ini. Pembudayaan ini memberi impak terhadap kehidupan normal masyarakat tradisional".
Di samping itu, seni tari juga merupakan salah satu daripada cabang kesenian yang
amat menarik minat segolongan besar masyarakat di Sabah. Seperti negeri-negeri yang lain,
Sabah juga kaya dengan tarian tradisional. Kepelbagaian tarian-tarian tradisional di sabah
merangkumi tarian ritual dan moden. Selain Tarian sumazau kaum Dusun, terdapat juga
tarian-tarian tradisional oleh kaum-kaum lain yang terdapat di negeri Sabah. Antara tarian-
tarian tradisional oleh kaum lain yang popular di Sabah ialah tarian Limbai kaum Bajau,
Magunatip daripada kaum Murut, dan tarian Daling-daling daripada kaum Bajau Semporna.
7
Tarian limbai adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan
ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.
Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian
Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. la merupakan upacara khas sebagai isyarat
menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah.
Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan
mengucapkan selamat datang.
Tarian magunatip pula merupakan tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari
suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan `apit' yang bermakna jepit. la
membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu
(buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan
muzik disebabkan oleh bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat
serta rentak dan irama yang menarik. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu
upacara yang diadakan.
Selain tarian tradisi daripada suku kaum Murut, terdapat juga tarian tradisi oleh kaum
Bajau iaitu tarian daling-daling. Tarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Daerah
Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanau.
Pertumbuhan masyarakat Bajau dan Suluk yang sering mempengaruhi, maka hadirlah tarian
ini sebagai milik masyarakat Bajau yang menetap di Semporna. Perkataan Daling-daling
berasal daripada perkataan Inggeris iaitu darling yang bererti kekasih. Tarian ini adalah tarian
hiburan di majlis-majlis tertentu yang sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki dan
perempuan (Sumber : Laman Web Rasmi Perpustakaan Negeri Sabah).
8
1.1.2 Latar Belakang Kaum Dusun
Orang Dusun terbahagi kepada beberapa suku kaum seperti suku kaum Dupas di
Labuk, Lotud di Tuaran, Tatana dan Bundu di Kuala Penyu, Tanggara dan Kadazan di
Penampang dan Papar, Tombonuo dan Paitan di Sungai Paitan, Tebilug, Garo dan
Kimaragang di Kota Marudu, Lingkabau di Sugut, Bonggi di Pulau Banggi, Sarayo,
Sonsogon, Panansawa Tingaras dan Lobou di Ranau, Kudat dan Kota Marudu, Tutong di
Brunei, Minokok, Mangkaak, Luba, Lingkabau, Tobilung, Nulu, Talantang di Kinabatangan
dan Tagahas, Tuhawon dan Liwan di Tambunan. Nama-nama tersebut wujud berdasarkan
nama pokok, nama sungai dan bukit seperti Tagahas yang berasal dari nama sejenis pokok
jenis keras yang dipanggil tegas, Tuhawon berasal dari sejenis pokok buah-buahan yang
dipanggil Tuhawon, Bundu berasal dan sejenis pokok buah-buahan yang dipanggil Belunu,
Paitan berasal dari nama Sungai Paitan, Tanggara bererti kawasan laut yang ditumbuhi dengan
kayu bakau (Suraya Sintang, 2007).
Mereka tinggal di Bahagian Pantai Barat, Pedalaman, dan Pantai Timur Sabah.
Kelompok-kelompok Dusun tersebut terdiri daripada 12 suku yang dikenali sebagai suku
Dusun Papar, Dusun Putatan, Dusun Penampang, Dusun Ranau, Dusun Lotud, Dusun Kiau,
Dusun Rungus, Dusun Tagas, Dusun Tempasuk, Dusun Tambunan, Dusun Tatana, dan Dusun
Tungku atau Begahak. Suku-suku kaum Dusun bermukim di kawasan yang berasingan serta
menggunakan dialek yang berlainan, tetapi tidak timbul masalah kekangan komunikasi antara
satu suku dengan suku yang lain.
Kumpulan etnik Dusun mempunyai beberapa subkumpulan berdasarkan bahasa
percakapan, kepercayaan dan tingkah laku yang ada persamaan antara satu sama lain. Hampir
9
semua etnik Dusun yang mendiami kawasan pedalaman terdiri daripada golongan pagan yang
menganut animisme. Mereka percaya kepada semangat, serta roh baik dan jahat yakni
pencipta alam yang dinamakan kinoingan atau minamangun (Mat zin mat kib, 2002).
Kaum Dusun juga membentuk sistem sosiobudaya mereka sendiri mengikut daerah.
Sosiobudaya boleh ditakrifkan sebagai himpunan konsep, gagasan, kepercayaan dan nilai-nilai
yang diterima oleh setiap individu atau kelompok masyarakat dari hasil perkembangan
kebudayaan. Pendek kata, kebudayaan itu tersimpan dalam kelompok suku bangsa atau etnik
dengan sistem-sistem sosial yang dimilikinya, di samping nilai-nilai dan gagasan yang
terbentuk atas pengaruh ekosistem yang melingkarinya (Abu Hamid, 2003: 1-2). Perkara ini
turut diakui dalam buku penulisan "Kehidupan Beragama Masyarakat Kadazandusun" oleh
Suraya Sintang yang mengatakan bahawa "Mereka membentuk sistem sosiobudaya mereka
sendiri dan membentuk identiti masing-masing berdasarkan kepada nama dan tempat tinggal
mereka (Dayu Sansalu, 2002: 415)".
Selain itu, terdapat juga cerita lisan tempatan mengenai asal nama perkataan orang
Dusun. Menurut cerita lisan orang Dusun, perkataan `Dusun' berasal dari nama seorang Ketua
Cina bernama Lo Sun. mereka tiba di Sabah sekitar abad ke-14, ketika berlaku ekspedisi ke
negeri ini pada zaman pernerintahan Maharaja Dinasti Ming di bawah pemerintahan Maharaja
Yung Lo yang memerintah negeri Cina dari tahun 1403 hingga 1424 Masihi. Rombongan
tersebut diketuai oleh Laksamana Cheng Ho yang singgah di negeri Sabah untuk mengambil
mutiara di puncak Gunung Kinabalu.
Cerita rakyat berkenaan menyebut bahawa terdapat beberapa ahli rombongan telah
terpisah atau ketinggalan perahu pelayaran dan tidak dapat balik ke negeri Cina. Mereka
akhirnya tinggal di kaki Gunung Kinabalu dan berkahwin dengan wanita tempatan di Ranau
10
dan memperkenalkan nama mereka sebagai Lo Sun sempena nama ketua rombongan mereka
iaitu `Lo Sun' yang sama sebutannya dengan perkataan `Dusun'. Nama tersebut akhirnya
disebut sebagai Dusun. Namun begitu, pengertian perkataan dusun yang dikaitkan dengan
cerita lisan yang mengatakan perkataan itu berasal dari ketua Cina yang bernama Lo Sun tidak
dapat dibuktikan kerana sebelum kedatangan orang Cina, istilah `dusun' telah lama wujud dan
diguna pakai oleh pemerintah Brunei (Suraya Sintang, 2007).
Pada masa dulu, masyarakat Dusun mengamalkan kepercayaan animisme serta
semangat dalam setiap hidupan di alam ini. Bagaimanapun kebanyakkan dari masyarakat ini
telah pun meninggalkan amalan serta kepercayaan ini kerana kedatangan agama Kristian dan
Islam dalam kehidupan mereka. Namun begitu, segelintir golongan tua masih lagi
mengamalkannya terutamanya mereka yang tinggal di pedalaman Sabah.
Kepercayaan animisme lain yang masih dipercayai dan diamalkan oleh sesetengah
Kadazandusun Islam dan Kristian ialah kepercayaan selepas mati, kewujudan semangat yang
terkandung dalam objek hidup dan mati, peranan `bobolian' dan beberapa bentuk kepercayaan
lain (Suraya Sintang, 2007). Orang Dusun juga percaya tentang adanya kehidupan selepas
mati. Konsep kepercayaan selepas mati bagi orang Kadazandusun adalah suatu yang aneh.
Mereka percaya bahawa apabila meninggal dunia, roh mereka akan berkunjung dan berehat di
puncak Gunung Kinabalu untuk selama-lamanya.
Selain itu, mereka juga percaya kepada kewujudan semangat yang terkandung dalam
objek hidup atau tidak hidup yang luar biasa seperti binatang, batu besar dan pokok. Semangat
ini boleh menyebabkan keburukan kepada manusia jika diganggu. Masyarakat Dusun
mempunyai asas kesamaan sistem sosial dari aspek budaya objektif dan budaya subjektif.
Budaya objektif terdiri daripada bahasa, pakaian, pekerjaan malah dalam bidang budaya
11
pemuzikan seperti tarian sumazau dan alat -alat muzik sompoton, turali, tongkungon,
tagunggak, bakokong, kulintangan tring, bungkau dan gong manakala budaya subjektif ialah
upacara pemujaan seperti pembacaan doa atau 'Megendi' dengan menggunakan
"komborongoh" adalah satu kemestian dalam masyarakat Dusun ketika memulakan sesuatu
perkara seperti masuk rumah baru, mengubati pesakit, menghindari gangguan syaitan, dan
sebagainya (Ismaily Bungsu, 1988). Peranan `Bobolian' dianggap penting dalam masyarakat
Dusun kerana boleh berkomunikasi dengan makhluk halus.
Kepentingan 'Bobolian' dapat dilihat dalam mengendalikan beberapa upacara seperti
amalan memuja roh dan semangat tengkorak, `Rumodson' (upacara naik rumah baru),
`moginakan' (upacara keramaian bagi mengumpulkan sanak saudara), mengubati orang sakit,
merayakan temasya seperti tamu besar, perkahwinan dan beberapa upacara adat yang lain
(SaifLSaifuddin Hj. Daud, 1993). Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa kepercayaan
kepada Tuhan sebagai kuasa pencipta wujud dalam kehidupan masyarakat Dusun pada masa
dulu yang lebih cenderung kepada pengaruh kepercayaan terhadap kuasa alam sekeliling
seperti kuasa penunggu dan kewujudan semangat.
Kaum Dusun mempunyai banyak amalan adat resam dan tradisi yang diwarisi
berasaskan fahaman dan adat "Pagan" kaum Dusun. Tradisi adalah adat-adat sosial yang
diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses sosialisasi.
Tradisi juga menentukan nilai dan moral masyarakat tersebut, iaitu peraturan-peraturan
tentang yang mana betul dan yang mana salah dan yang mana dipuji dan disanjung dan yang
mana yang dikeji dan dibenci oleh masyarakat. Konsep tradisi juga meliputi wor"ldview atau
pandangan dunia yang melibatkan kepercayaan tentang persoalan hidup dan mati dan kejadian
12
alam dan makhluknya. Dengan perkataan lain, konsep tradisi ini berkait rapat dengan sistem
kepercayaan, nilai dan cara berfikir sesuatu masyarakat (Norazit Selat, 1989).
Sebelum kedatangan agama Islam dan Kristian, masyarakat Dusun dianggap 'Pagan'.
Kehidupan awal mereka diwarnai dengan corak kepercayaan animisme yang mengakui
kewujudan Tuhan yang bernama `kinorohingan'. Tuhan ini mempunyai pelbagai nama yang
berbeza mengikut etnik dan tempat-tempat suku kaum itu berada (Suraya Sintang, 2007).
Masyarakat Dusun mempercayai bahawa adanya alam ghaib seperti Tuhan dan setiap
perbuatan mempunyai balasan baik buruknya.
Bagi masyarakat Dusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" dan mempunyai kuasa tertinggi
dari segala sesuatu. Tuhan merupakan tempat mereka berkomunikasi atau meminta sesuatu
khususnya kesihatan, keselamatan dan meminta perlindungan danpada sebarang penyakit serta
dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti syaitan atau Rogon' dalam bahasa Dusun.
'Rogon' ialah kuasa kejahatan yang memberi keburukan dan kemusnahan kepada manusia
(Hamidun Udin, 1992) Ini jelas terbukti dalam upacara-upacara masyarakat Dusun, contohnya
apabila membuka tanah baru untuk pertanian, membina rumah dan masuk rumah baru,
mengubati orang sakit, upacara sebelum menuai padi dan sebagainya. Semua aktiviti tersebut
akan dimulai dengan bacaan mantera dan pemujaan kepada `Kina-ohingan'.
Dan aspek perkahwinan, adat perkahwinan orang Dusun tidak jauh berbeza dengan
adat perkahwinan kelompok etnik peribumi Sabah yang lain sama ada dari kalangan penganut
Islam ataupun Kristian. Bagi orang Dusun Kristian, pernikahan biasanya dilangsungkan di
gereja menurut tatacara perkahwinan dalam agama itu. Bagi orang Dusun Islam, pernikahan
boleh dilangsungkan di masjid atau surau tetapi biasanya diadakan di rumah mengikut tatacara
perkahwinan dalam agama itu (Saif(cýSaifuddin Hj. Daud, 1993: 50-54).
13
Recommended