View
262
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
GARIS PANDUAN DAN ETIKA E-DAGANG BAGI PRODUK FIZIKAL
MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH
SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
GARIS PANDUAN DAN ETIKA E-DAGANG BAGI PRODUK FIZIKAL
MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH
SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)
Tesis ini dikemukakan
sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Falsafah (Sains Halal)
Fakulti Tamadun Islam
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2015
GARIS PANDUAN DAN ETIKA E-DAGANG BAGI PRODUK FIZIKAL
MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH
SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)
A thesis submitted in fulfilment of the
requirements for the award of the degree of
Master of Philosophy (Halal Science)
Faculty of Islamic Civilization
University Technology Malaysia
MARCH, 2015
iii
DEDIKASI
Salam Sejahtera.
Bersyukur saya kepada tuhan kerana dengan berkat dan rahmatNya, tesis ini
dapat disiapkan mengikut masa dan ketetapanNya.
Istimewa buat :
Ayahanda dan bonda tercinta ,
En.Rohmad (Rahmad) Bin Jalil dan Pn. Asnah Binti Ahmad
Yang sentiasa merestui perjalanan hidupku
Penyeliaku yang dihormati,
Prof. Madya Dr. Hussin Bin Salamon
Yang menjadi pembimbing dan penasihat terbaikku
Adik-beradikku yang tersayang
Masrini, Hafiza, Mohd Fahmy dan Norazira
Yang sentiasa memahami keadaanku
serta
rakan-rakan sekerjaku
yang sentiasa memberi sokongan dan maklumat tambahan yang berkaitan
Terima kasih yang tiada penghujungnya di atas sokongan dan pengertian kalian.
Semoga kejayaan sentiasa akan menjadi milik kita bersama…
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tesis sarjana ini bagi
melengkapkan program Sarjana Falsafah (Sains Halal).
Sekalung penghargaan dan kasih sayang dihulurkan buat kedua ayahanda dan
bonda serta seluruh ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan galakan sejak
dari awal pengajian hingga kini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tulus ikhlas dan tidak
terhingga khas kepada Prof. Madya Dr. Hussin Bin Salamon selaku penyelia tesis
sarjana saya atas bimbingan, nasihat, tunjuk ajar, dorongan dan telah mencurahkan
ilmu tanpa penat lelah walaupun dalam kesibukan tugas beliau sehingga kajian ini
dapat disiapkan.
Akhir sekali, setinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih juga
diucapkan kepada semua guru-guru di SMA Bugisiah kerana sentiasa bertolak ansur
dalam memahami situasi saya sebagai pelajar dan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan tesis ini secara langsung atau tidak langsung. Ku iringi doa dan
harapan moga Allah merestui perjalanan hidup kalian di dunia dan akhirat.
v
ABSTRAK
E-dagang semakin berkembang dan diterima oleh masyarakat dunia termasuk
di Malaysia. Kajian ini bertujuan menghasilkan garis panduan dan etika E-dagang
bagi produk fizikal menurut perspektif syariah. Objektif kajian ini ialah untuk
menganalisis konsep E-dagang menurut perspektif syariah, untuk mengenal pasti
jenis salah laku peniaga dalam urusan jual beli atas talian dan untuk menyediakan
satu garis panduan dan etika E-dagang menurut perspektif syariah. Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif yang merangkumi kajian kepustakaan, analisis
dokumen, dan pemerhatian terhadap 10 laman portal yang dipilih berdasarkan
kekerapan carian oleh pengguna. Aspek yang dilihat pada 10 laman portal tersebut
ialah pematuhan dan salah laku perniagaan E-dagang berdasarkan Akta Perlindungan
Pengguna 1999. Hasil daripada analisis kajian mendapati bahawa konsep E-dagang
menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, melibatkan proses penawaran
dan penerimaan melalui kontrak muamalah Islam, menggunakan sistem pembayaran
yang tiada unsur riba, mempromosikan produk secara telus dan beretika serta
menerapkan nilai-nilai etika perniagaan Islam. Antara salah laku yang dilakukan oleh
para peniaga yang menggunakan laman portal tersebut ialah tidak memaparkan
maklumat perniagaan yang lengkap, tiada pernyataan syarat dan terma perniagaan,
kaedah pembayaran yang tidak menggunakan institusi kewangan Islam, tidak
memaklumkan jenis perkhidmatan penghantaran yang digunakan dan melakukan
promosi yang bertentangan dengan hukum syarak. Hasil kajian ini bermanfaat untuk
panduan kepada para peniaga atas talian, kerajaan, badan-badan berkanun dan
pengguna perkhidmatan atas talian.
vi
ABSTRACT
There has been a growing demand and interest of E-commerce by the
consumers all over the world, and Malaysia is no exception. This study aims to
provide an appropriate guideline of online trading according to Islamic business
principles. The specific objectives of this study are to analyse the concept of
E-commerce from the shariah perspective, to identify the type of misconducts
committed by online business sellers while doing online transaction and also to
suggest a guideline for online business activity according the shariah principles. This
study employed a qualitative research method that include library research, document
analysis and observation of the 10 online portals that were selected based on the
highest search rating by the consumers. The elements observed in the portals were
the aspects of compliance and misconduct based on the Consumer Protection Act
1999. From the analysis, it can be concluded that the concept of shariah – based
E-commerce follows the characteristics of Islamic business transaction. The concept
also comprises the process of offer and acceptance as suggested in Islamic contract,
avoids interest in the method of payment, promotes products transparently and
ethically and applies the Islamic ethical values. It is also discovered that there have
been serious misconducts practised by the online traders including not displaying
business details, not providing business terms and conditions, utilising non-Islamic
financial institutions for the method of payment, unclear notification on the type of
courier services being used and using non-Islamic approach in promoting products.
This study suggests a set of ethical guidelines according to the shariah principles to
the online traders in Malaysia. This study is very useful to the online traders,
government, statutory bodies and consumers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 13
1.8 Definisi Istilah 14
1.9 Rumusan 16
viii
2 SOROTAN KAJIAN 17
2.1 Pendahuluan 17
2.2 Kemajuan Dunia Dagangan Hari Ini 18
2.3 Teknologi Internet 19
2.4 E-dagang 21
2.4.1 Peranan E-dagang Dalam Kemajuan
Ekonomi Negara 23
2.5 Polisi Perundangan E-dagang Di Malaysia 25
2.6 Falsafah Perniagaan Konvensional 26
2.6.1 Konsep E-dagang 28
2.6.2 Ciri-ciri E-dagang 31
2.6.3 Tawaran dan Penerimaan Produk E-dagang 32
2.6.4 Kaedah Pembayaran Dalam Transaksi
E-dagang 33
2.6.5 Kaedah Pengiklanan Sebagai Alat Promosi
Produk E-dagang 35
2.6.6 Etika E-dagang 36
2.7 Falsafah Perniagaan Islam 38
2.8 Sorotan Kajian Lepas 43
2.9 Rumusan 48
3 METODOLOGI KAJIAN 49
3.1 Pendahuluan 49
3.2 Rekabentuk Kajian 50
3.2.1 Data Primer 50
3.2.2 Data Sekunder 51
3.3 Pengumpulan Data 52
3.3.1 Pemerhatian 52
3.3.2 Analisis Dokumen 53
ix
3.3.3 Kajian Kepustakaan 54
3.4 Prosedur Kajian 54
3.5 Analisis Data 56
3.6 Rumusan 57
4 KONSEP E-DAGANG MENURUT PERSPEKTIF
SYARIAH 58
4.1 Pendahuluan 58
4.2 E-dagang Menurut Perspektif Syariah 60
4.2.1 Ciri-ciri E-dagang Dari Perspektif
Syariah 61
4.2.2 Tawaran dan Penerimaan Produk
E-dagang Menurut Perspektif Syariah 63
4.2.2.1 Kaedah Pembatalan Kontrak Jual Beli 64
4.2.3 Sistem PembayaranTransaksi E-dagang
Menurut Perspektif Syariah 69
4.2.4 Kaedah Pengiklanan Sebagai Alat Promosi
Produk E-dagang Menurut Perspektif Syariah 71
4.2.5 Etika E-dagang Menurut Perspektif Syariah 76
4.3 Unsur Syubhah Dalam E-dagang 78
4.3.1 Gharar 81
4.3.1.1 Gharar Dalam Akad 81
4.3.1.2 Gharar Dalam Produk 83
4.3.2 Riba 85
4.3.2.1 Riba fadhl 86
4.3.2.2 Riba nasi’ah 86
4.4 Implementasi E-dagang Dari Perspektif Syariah 91
4.5 Rumusan 94
x
5 SALAH LAKU DAN ISU DALAM E-DAGANG 95
5.1 Pendahuluan 95
5.2 Salah Laku Dalam Transaksi E-dagang 96
5.3 Ciri-ciri E-dagang 100
5.3.1 Maklumat Perniagaan 100
5.3.1.1 Nama Peniaga/ Nama Perniagaan/
Nama Syarikat dan Nombor
Pendaftaran Perniagaan
100
5.3.1.2 Alamat Perniagaan, Alamat Emel
Dan Nombor Telefon 102
5.3.1.3 Jenis Produk Fizikal 106
5.3.1.4 Harga Produk 109
5.4 Penawaran dan Penerimaan Produk E-dagang 111
5.4.1 Terma dan Syarat 112
5.4.2 Anggaran Masa Penghantaran Produk
E-dagang 118
5.5 Kaedah Pembayaran Produk E-dagang 121
5.6 Kaedah Pengiklanan Produk E-dagang 125
5.7 Rumusan 127
6 RUMUSAN DAN CADANGAN 128
6.1 Pendahuluan 128
6.2 Rumusan 129
6.2.1 Konsep E-dagang Menurut Perspektif
Syariah
129
6.2.2 Jenis Salah Laku Yang Dilakukan Oleh
Peniaga Dalam E-dagang
130
xi
6.2.3 Garis Panduan E-dagang Bagi Produk
Fizikal Menurut Perspektif Syariah
131
6.2.4 Etika E-dagang Menurut Perspektif Syariah 143
6.3 Cadangan 148
6.4 Kajian Lanjutan 150
6.5 Penutup 152
RUJUKAN 153
LAMPIRAN A - - M 162 – 246
xii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK HALAMAN
4.1 Senarai bank Islamik di Malaysia
sehingga 12 November 2009
90
5.1 Senarai nama dan nombor pendaftaran
perniagaan E-dagang
101
5.2 Alamat premis perniagaan E-dagang 103
5.3 Alamat emel laman portal E-dagang 104
5.4 Talian telefon laman portal E-dagang 104
5.5 Jenis produk jualan di laman portal 106
5.6 Kos tambahan yang dikenakan oleh
peniaga atas talian
110
5.7 Perkongsian terma dan syarat perniagaan
E-dagang
112
5.8 Tempoh masa penghantaran produk
E-dagang
119
5.9 Kaedah pembayaran yang diaplikasikan
oleh laman portal
121
xiv
SENARAI SINGKATAN
ATM - Automated Teller Machine
CDM - Cash Deposit Machine
COD - Cash On Delivery
EDI - Electronic Data Interchanges
EFT - Electronic Fund Transfers
HTML - Hyper Text Markup Language
ICT - Information, Communication and
Technology
IP - Internet Protocol
KPDNKK - Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
s.a.w - Sallallahu ‘alaihi wasallam
s.w.t - Subhanahu wata’ala
SSM - Suruhanjaya Syarikat Malaysia
TCP - Transmission Control Protocol
URL - Uniform Resource Locators
WWW - World Wide Web
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Negara Asia Tertinggi Dalam Penggunaan
Internet Bagi Tahun 2013
162
B Statistik Penggunaan Internet Dan Populasi
Data Asia
163
C Berita Penipuan Atas Talian Di Media Massa 166
D Contoh Laman Portal Yang Mematuhi
Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna
(Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012
167
E Maklumat Perniagaan Laman Portal 168
F Jenis Produk Yang Dijual Di Laman Portal 174
G Aduan Pelanggan Di Laman Web Pusat
Khidmat Aduan Pengguna Nasional
178
H Terma dan Syarat Perniagaan Atas Talian 179
I Tempoh Masa Penghantaran Produk E-dagang 218
J Aduan Kelewatan Tempoh Masa Penerimaan
Produk
230
K Kaedah Pembayaran Produk Yang Dijual
Secara Atas Talian
231
L Jadual Pematuhan Dan Salah Laku Yang
Dilakukan Oleh Peniaga Dalam E-dagang
244
M Pengiklanan Yang Tidak Mematuhi Hukum
Syarak di Laman Portal Terpilih
245
N Tuduhan ke Atas Laman Portal Yang Menjual
Maklumat Peribadi Pembeli Atas Talian
246
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dilema utama dalam aktiviti perdagangan sejak dahulu ialah jarak yang jauh.
Aktiviti perdagangan sudah pun berkembang semenjak zaman Kesulatanan Melayu
Melaka. Ini terbukti melalui kesan sejarah lepas yang mana pedagang biasanya akan
berlayar dalam tempoh – tempoh tertentu untuk menjual hasil dagangan ke merata
tempat di seluruh pelosok dunia. Situasi tersebut menyebabkan tempoh masa
perniagaan bertambah dan risiko kerugian sekiranya barang dagangan dirompak atau
rosak adalah tinggi. Dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan, pembekal
perkhidmatan perlu meluaskan pasarannya yang mana akan melibatkan kos yang
banyak seperti pengangkutan dan penyelenggaraan. Faktor waktu juga perlu diambil
kira, memandangkan kebanyakan perniagaan melibatkan perdagangan antarabangsa
di antara negara yang berbeza zon waktunya yang akan merumitkan urusniaga.
2
Oleh itu, perniagaan atas talian yang lebih dikenali sebagai E-dagang
merupakan salah satu medium perniagaan terkini yang banyak diaplikasikan oleh
peniaga. Aplikasi ini memudahkan lagi aktiviti perniagaan dijalankan pada setiap
masa tanpa mengira tempat seiring dengan perubahan kehidupan manusia kini yang
mementingkan masa (Nik Rahim Nik Wajis, 2009). Dengan kemudahan seperti E-
dagang ini, para pembeli atau pengguna mempunyai lebih banyak pilihan dan boleh
melakukan transaksi jualbeli yang berlebihan tanpa had. Manakala bagi peniaga
pula, situasi ini boleh dijadikan sebagai satu peluang keemasan dalam menambahkan
pendapatan, memandangkan kemudahan E-dagang ini hanya memerlukan kos yang
sangat rendah seperti tiada bayaran sewa premis, bayaran gaji pekerja, bayaran cukai
dan kos pengurusan operasi perniagaan yang dijalankan.
Dalam bancian yang telah dibuat oleh Nielsen Online, jumlah pengguna
internet di Asia adalah sebanyak 825,094,396 orang (42%) berbanding populasi
seramai 3,834, 792,852 pada tahun 2010. Negara-negara utama Asia yang
melangkah maju dalam dunia internet antaranya adalah China, Jepun, India, Korea
Selatan, Indonesia, Filipina, Vietnam, Pakistan, Singapura, Malaysia dan Thailand
(rujuk Lampiran A). Di Malaysia, kajian yang sama menunjukkan kadar pengguna
internet telah bertambah dari semasa ke semasa, iaitu sebanyak 3.7 juta orang pada
tahun 2000 meningkat kepada 20.1 juta pengguna dianggarkan sehingga 31
Disember 2014 (Internetworldstats.com, capaian pada 17/8/2014, rujuk Lampiran B).
Kemudahan internet kini bukan lagi dianggap sebagai trend semasa, tetapi lebih
kepada satu medium dalam mempermudahkan urusan harian samada bagi peniaga
ataupun surirumah.
Dunia internet juga kini bukan hanya sekadar gudang informasi dan bahan
bacaan, tetapi telah diaplikasikan dalam sektor perniagaaan atas talian atau
E-dagang. E-dagang melibatkan para peniaga yang mempromosikan produk mereka
secara maya di laman portal bagi menembusi sasaran pengguna sebagai pembeli
produk tersebut. Di Malaysia, sebanyak 37% pengguna internet terlibat dalam
3
aktiviti E-dagang sehingga tahun 2009, di mana 60% daripadanya datang dari
industri keperluan harian, aksesori dan fesyen (bezahra online business, capaian pada
3/6/2011). Antara laman portal E-dagang popular yang boleh dilayari oleh penduduk
di Malaysia adalah seperti zalora.com, mudah.com, lazada.com dan lelong.com.my
selain laman portal peribadi peniaga. Ini menunjukkan bahawa pendedahan
kemajuan teknologi internet di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya
semakin meluas dan mendapat perhatian manusia sejagat.
Kebanyakan penduduk di Malaysia yang tinggal di bandar menggunakan
aplikasi pembelian barang secara atas talian kerana jaringan internet yang semakin
baik, promosi daripada media massa dan juga kerana tabiat mereka yang malas
keluar rumah untuk membeli belah setelah seharian bekerja. Faktor pendorong lain
adalah faktor kenaikan harga bahan api kenderaan yang semakin meningkat serta
kesesakan lalulintas dan masalah untuk meletakkan kenderaan mereka. Oleh itu,
penglibatan kerajaan dalam membangunkan kemudahan Jalur Lebar di kawasan
bandar dan luar bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dijangka akan menarik
lebih ramai lagi pengguna E-dagang di Malaysia. Memandangkan E-dagang kini
semakin mendapat perhatian ramai, pendekatan tentang aplikasi E-dagang ini perlu
diperincikan dan dikaji keberkesanannya ke arah keharmonian kehidupan harian
manusia yang lebih bertamadun.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kecanggihan teknologi internet adalah antara salah satu kesan ketamadunan
manusia abad ini. Namun begitu ia tidak menjanjikan perubahan nilai-nilai etika
manusia kepada yang lebih baik. Dalam bidang perniagaan, didapati banyak
kesilapan dan kecuaian yang dilakukan oleh peniaga sama ada disedari atau tidak.
4
Masyarakat Islam juga tidak peduli dan peka pada transaksi perniagaan yang
dilaksanakan terutamanya peniaga yang hanya mementingkan keuntungan (Rafizah,
2010). Dari al-Maqburi dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W pernah
bersabda;
“Akan tiba suatu masa, yang manusianya tidak peduli lagi tentang
sumber usahanya, dari sumber yang halal ataukah dari sumber yang
haram”.
(An-Nasa’i: 4300)
Petikan hadis di atas menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w telah
menjangkakan bahawa akan tiba satu zaman yang mana manusia tidak lagi
menghiraukan samada sesuatu barangan itu halal atau haram. Petikan hadis itu juga
bertepatan dengan kecanggihan zaman teknologi kini yang juga semakin
mengurangkan kebimbangan manusia terhadap isu halal dan haram. Dalam isu E-
dagang, umum mengetahui bahawa teknologi komputer dan internet kini memainkan
peranan yang sangat penting dalam industri ekonomi amnya dan perniagaan di
Malaysia khususnya memandangkan ia dapat menghasilkan jaringan perniagaan
tanpa batasan.
Namun begitu, dalam kerancakan aktiviti E-dagang ini, masih terdapat
kekurangan dan kelemahan mengenainya terutama di Malaysia selaku sebuah negara
Islam. Hanya segelintir umat Islam yang mungkin menyedari adakah proses jualbeli
maya tersebut dibenarkan dalam Islam, adakah jualbeli atas talian memenuhi hukum
syarak, adakah wujud unsur syubhah pada produk yang dipamerkan di laman portal
dan adakah promosi yang dilaksanakan bertepatan dengan kehendak syariat Islam
yang melarang pujian berlebihan terhadap barangan yang tidak pasti seperti yang
disabdakan oleh Rasulullah s.a.w dari Sa’id ibnu al-Musayyab dari Abu Hurairah r.a;
5
“Sumpah palsu itu dapat melariskan dagangan, tetapi menghapuskan
berkahnya”.
(An-Nasa’i: 4307)
Terdapat pelbagai bidang perkhidmatan produk yang ditawarkan di atas talian
kini antaranya produk pakaian, alatan rumah, kenderaan, makanan, makanan
kesihatan dan lain-lain lagi. Pada masa kini, Malaysia mengalami kebanjiran
pelbagai jenis produk dari dalam dan luar negara yang mana menjanjikan pelbagai
kelebihan yang menarik dan menakjubkan. Ini dapat dilihat melalui promosi dan
iklan yang dipaparkan di media-media massa kini sehingga menarik hati pengguna
untuk membeli produk tersebut. Justeru itu, faktor pengiklanan adalah penting
kepada pengusaha produk jualan bagi memastikan kejayaan dan keuntungan
perniagaan mereka.
Namun begitu, seiring dengan kemajuan teknologi komunikasi kini, terdapat
beberapa pihak yang terlibat dalam bidang ini yang mengambil langkah global
dengan memasarkan produk mereka secara atas talian di mana ia dapat di promosi di
seluruh dunia tanpa batasan dengan kos pengiklanan yang lebih rendah.
Sungguhpun produk yang dijual adalah produk usahawan Melayu yang mempunyai
cop halal, namun masih terdapat peniaga-peniaga atas talian yang beragama Islam
yang mempraktikkan jualan produk yang bertentangan dengan syariat Islam apatah
lagi peniaga bukan Islam. Seperti yang dipaparkan di dada-dada akhbar kini, di
mana banyak aduan yang dibuat berkaitan perniagaan atas talian (rujuk Lampiran C).
Dalam konteks ini, ketelusan peniaga memainkan peranan yang sangat penting dalam
memastikan produk yang diperdagangkan secara maya adalah wujud secara
fizikalnya, tiada unsur ketidakpastian (gharar) dan kesamaran (syubhah) serta
bertepatan dengan kehendak pelanggan dengan mempraktikkan promosi yang tidak
keterlaluan
6
Bagi menangani permasalahan tersebut, beberapa rang undang-undang telah
digubal. Pada tahun 1998, Malaysia telah memperkenalkan Akta Komunikasi dan
Multimedia bagi meletakkan negara sebagai pusat sedunia bagi komunikasi dan
maklumat multimedia. Selain daripada itu terdapat satu set undang-undang siber
iaitu Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta
Teleperubatan 1997 dan Akta Hakcipta Pindaan 1997 bagi membendung jenayah
siber. Akta Perlindungan Pengguna 1999 juga telah meletakkan satu rang undang-
undang baru berkaitan internet iaitu Peraturan – Peraturan Perlindungan Pengguna
(Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012. Pada akhir tahun 2010, kerajaan telah
meminda semula Akta E-dagang yang digubal pada tahun 2006 bagi melindungi hak
pembeli dan penjual yang melakukan transaksi E-dagang khususnya di Malaysia
(Kamal dan Fariza, 2005)
Menurut YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Perdagangan
Dalam Negeri ada perubahan di dalam akta tersebut yang memerlukan penjual yang
menjual secara atas talian untuk memiliki syarikat perniagaan yang sah dan berdaftar
bagi mengelakkan penipuan di kalangan peniaga (Utusan Online, 23/12/2009).
Beliau turut menjelaskan sekiranya produk yang ditawarkan tidak menepati seperti
yang diiklankan, tindakan boleh diambil ke atas peniaga terbabit berdasarkan Akta
Perihal Dagangan 1972. Namun begitu, sekiranya produk tersebut adalah produk
kesihatan, penguatkuasaan adalah mengikut undang-undang dan bidang kuasa
Kementerian Kesihatan seperti kes-kes produk pelangsing badan, kosmetik, ubat-
ubatan tradisional yang disahkan mengandungi bahan kimia berlebihan termasuk
steroid yang semakin berleluasa penjualannya di dalam dunia siber.
Dalam konteks penipuan siber ini, pengguna juga seharusnya lebih peka
dalam mengenalpasti kewujudan laman-laman portal dan produk dalam dunia siber.
Mereka seharusnya mempelajari teknik-teknik untuk mengelakkan diri dari ditipu
seperti meminta peniaga memaparkan foto produk yang ingin dibeli dari pelbagai
sudut, meminta senarai ramuan bagi produk makanan atau kosmetik, mendapatkan
7
data peribadi dan nombor telefon peniaga untuk berkomunikasi dengan lebih lanjut
tentang mutu dan kualiti produk yang ditawarkan selain sebagai persediaan jika
terjadi kes penipuan. Selain itu, pastikan setiap pembelian disertakan dengan resit
atau invois daripada peniaga.
Terdapat kes yang mana berlaku penipuan dari segi pengesahan identiti pihak
yang melakukan transaksi menyebabkan urusniaga atas talian tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna dari sudut syariah. Kekurangan maklumat mengenai
pengguna akan menyukarkan peniaga untuk menghantar barangan tersebut manakala
kekurangan identiti peniaga pula menyukarkan pihak pengguna untuk mengesan
mereka sekiranya berlaku kes penipuan. Seharusnya hubungan antara peniaga dan
pengguna diteruskan selepas proses transaksi perniagaan bagi mengharmonikan
dunia perniagaan E-dagang. Seterusnya, segala maklumat mengenai pengguna yang
berurusan dengan pihak peniaga atas talian ini hendaklah dirahsiakan dari sudut
undang-undang untuk mengelakkan berlakunya kebocoran maklumat yang boleh
menyebabkan berlakunya penipuan seperti maklumat kad kredit dan nombor akaun
bank pihak pengguna (Sabahdaily.com, capaian pada 11/7/2010).
Oleh itu, kajian ini dilaksanakan agar dapat memberi gambaran sebenar
kepada semua pihak terutamanya peniaga atas talian mengenai perdagangan
elektronik iaitu E-dagang yang berlandaskan syariah. Selain itu, kajian ini juga
memperincikan jenis-jenis salah laku yang dilakukan oleh beberapa peniaga atas
talian dan kaedah promosi yang dilaksanakan sama ada berlandaskan hukum Islam
atau tidak bagi membina satu garis panduan dan etika yang diperlukan oleh peniaga
atas talian dalam melaksanakan aktiviti E-dagang yang mematuhi tuntutan syariah.
8
1.3 Pernyataan Masalah
Melalui permasalahan atas talian yang dinyatakan dalam latar belakang
masalah di atas, ternyata bahawa isu etika peniaga dalam transaksi perniagaan atas
talian kian hebat diperbincangkan memandangkan E-dagang merupakan antara
kemudahan terkini di abad ini yang diaplikasikan oleh ramai pengguna Islam di
Malaysia. Namun begitu, kajian mengenai isu E-dagang di Malaysia masih tidak
mencukupi untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan menyebabkan penyelidik
mengambil peluang ini untuk membantu permasalahan serantau.
Kajian mengenai etika perniagaan atas talian di Malaysia seharusnya
diperincikan bagi membendung masalah-masalah yang berlaku dalam E-dagang dan
memberikan satu garis panduan kepada peniaga atas talian untuk melaksanakan
perniagaan yang berlandaskan hukum syarak. Dari sudut kepentingannya kepada
pengguna, pembinaan garis panduan dan etika perniagaan atas talian ini dapat
melindungi hak-hak pengguna ketika berurusan secara atas talian dengan pihak
peniaga. Selain itu, pembinaan garis panduan dan etika tersebut membolehkan para
pengguna Muslim mengetahui sejauh mana kaedah pembelian yang mereka lakukan
seharian itu sah disisi hukum syarak atau tidak.
Lantaran itu, penyelidik ingin mengkaji isu ini untuk memahami dengan lebih
mendalam konsep perniagaan atas talian yang berlandaskan syariah dan
mengenalpasti salah laku peniaga dalam perniagaan atas talian. Melalui pemahaman
dan penelitian aspek tersebut, penyelidik akan membina satu garis panduan dan etika
perniagaan atas talian yang berlandaskan hukum syarak agar dapat diaplikasikan oleh
peniaga atas talian dalam membina perniagaan atas talian yang mengikut perspektif
syariah.
9
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menyelidik sikap peniaga -
peniaga atas talian dalam melaksanakan perniagaan yang berlandaskan syariah Islam.
Untuk mencapai objektif tersebut, beberapa objektif khusus perlu dicapai iaitu;
i. Untuk menganalisa konsep E-dagang menurut perspektif syariah.
ii. Untuk mengenal pasti jenis salahlaku yang dilakukan oleh peniaga di dalam
urusan jual beli atas talian.
iii. Untuk mencadangkan satu garis panduan E-dagang bagi produk fizikal
kepada peniaga atas talian menurut perspektif syariah.
iv. Untuk mengenalpasti etika-etika yang boleh diamalkan oleh peniaga dalam
mengendalikan E-dagang menurut perspektif syariah.
10
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan permasalahan di atas, persoalan kajian mengenai penyelidikan
ini adalah seperti berikut;
i. Bagaimanakah bentuk konsep E-dagang yang mematuhi syariah?
ii. Apakah jenis salahlaku yang dilakukan oleh peniaga di dalam urusan jual beli
atas talian?
iii. Bagaimanakah bentuk garis panduan E-dagang bagi produk fizikal menurut
perspektif syariah?
iv. Apakah etika-etika yang boleh diterapkan kepada peniaga atas talian dalam
melaksanakan E-dagang menurut perspektif syariah?
Dengan terjawabnya persoalan kajian di atas, pada akhir kajian satu garis
panduan dan etika E-dagang yang lebih jelas dapat diketengahkan untuk pengetahuan
umum khususnya umat Islam di Malaysia dalam menjalankan transaksi perniagaan
atas talian yang mematuhi hukum syarak.
11
1.6 Kepentingan Kajian
Dunia masa kini adalah dunia tanpa batasan yang dapat menghasilkan
komunikasi dan transaksi perniagaan dengan hanya di hujung jari tanpa mengira
kaum, bangsa dan agama. Jika diperhatikan kini semakin ramai yang mewujudkan
sistem perniagaan sendiri. Beberapa tahun dahulu perniagaan banyak dilaksanakan
secara konvensional tetapi seiring dengan kemajuan, perniagaan mengikut kaedah
Islam kini juga sudah banyak diaplikasikan di seluruh dunia seperti kewujudan
perkhidmatan perbankan Islam yang semakin pesat dikembangkan oleh bank-bank
konvensional. Justeru, kajian ini sangat diperlukan kepada negara memandangkan
Malaysia adalah negara Islam yang memiliki 17, 375 juta (61.3%) penduduk
beragama Islam (statistik 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia). Dari sudut Islam
pula, terdapat beberapa hukum dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk
memastikan transaksi perniagaan yang dijalankan sah di sisi agama.
Kajian ini dijalankan setelah membuat beberapa perkiraan kepentingan
manfaatnya kepada masyarakat umumnya dan kepada golongan pelaku E-dagang,
iaitu peniaga dan pengguna, secara khususnya. Melalui pemerhatian dan pembacaan
penulis, negara masih lagi kekurangan kajian tentang kepatuhan perniagaan atas
talian terhadap hukum syarak. Dengan kemudahan dan pengetahuan dalam bidang
komunikasi, semakin ramai juga rakyat di Malaysia tanpa mengira usia yang
membina portal perniagaan sendiri. Justeru itu dengan adanya kajian tentang garis
panduan dan etika dalam menjalani transaksi E-dagang, pengguna khususnya rakyat
Malaysia dapat mengetahui sejauh mana sesuatu transaksi perniagaan yang mereka
jalani itu sah atau pun tidak mengikut syariah Islam. Bagi peniaga pula, kajian ini
dapat dijadikan sebagai satu garis panduan bagi membina sebuah laman portal
perniagaan yang berlandaskan hukum syarak.
12
Selain itu pengguna juga dapat mengetahui adakah wujud salah laku pada
perniagaan atas talian atau keraguan pada barangan yang dijual sama ada dari segi
harga; adakah berpatutan, dari segi kuantiti dan timbangan; adakah menepati, dari
segi promosi jualan; adakah keterlaluan dan dari segi bahan makanan; adakah
ramuan yang digunakan dipamerkan dan adakah ia halal dimakan oleh golongan
Islam. Melalui kajian ini juga, hak-hak kepenggunaan dapat ditegakkan dan dapat
menjadi panduan kepada badan-badan yang berkenaan dalam menggubal akta-akta
yang berkenaan dengan hak pengguna siber.
Dalam bidang pendidikan dan penyelidikan, hasil analisis kajian ini dapat
memberi satu pendedahan baru berkaitan aspek perundangan Islam dalam
perlaksanaan E-dagang, sekaligus membolehkan ia menjadi titik rujukan untuk
kajian pada masa akan datang. Manakala dalam bidang praktikal dan
pengimplementasian pula, hasil kajian ini dapat membuka mata para peniaga dan
usahawan Islam yang menjual produk fizikal secara atas talian untuk lebih
memahami konsep transaksi dan muamalah Islam dalam E-dagang. Dengan ini,
diharapkan para usahawan Islam di dalam dunia siber lebih peka dan kreatif dalam
mewujudkan satu perniagaan yang bersih, telus dan halal sepenuhnya di sisi Islam
memandangkan perniagaan berkonsepkan muamalah Islam diakui lebih digemari
kerana ketelusan dan kesahihan transaksinya oleh bukan Islam sekalipun.
Pelaksanaan aktiviti E-dagang sememangnya tiada dinaskan dalam mana-
mana ayat al-Quran, tetapi para ulama’ dan para cendekiawan Islam menggunakan
pendekatan maqasid syariah untuk menetapkan sebarang hukum dalam perniagaan
atas talian. Justeru itu, perniagaan atas talian disabitkan sebagai harus kerana
perniagaan dalam Islam adalah diharuskan. Selain itu, dalam perniagaan atas talian
syarat dan terma yang dipersetujui oleh pembeli menjadi bukti bahawa perniagaan
atas talian adalah dibenarkan dalam Islam kerana ia bersifat nyata dan kekal serta
dapat difahami oleh pengguna (Zarul, t.t.).
13
1.7 Batasan Kajian
Sebelum melaksanakan kajian ini dengan selengkapnya, beberapa batasan
telah dijadikan sebagai panduan.
i. Sampel yang dipilih oleh penyelidik dalam kajian ini merupakan 10 buah
laman portal beli belah atas talian yang paling banyak dilayari oleh pengguna
internet melalui statistik Google.com, Alexa.com dan Bing.com bagi tahun
2012 dan 2013. Statistik tersebut penyelidik perolehi daripada laman web
”www.shoppingsearchenginemalaysia.com”. Laman-laman portal tersebut
adalah antara 10 laman portal beli belah atas talian yang paling popular di
Malaysia.
ii. Kajian ini juga khusus dikaji tentang penjualan produk fizikal kerana
kesemua laman portal menawarkan jualan produk fizikal yakni produk yang
boleh disentuh dan nyata.
iii. Kajian ini juga membataskan kepada empat isu utama untuk dibincangkan
iaitu konsep E-dagang menurut perspektif syariah, jenis salah laku dalam
transaksi jualbeli atas talian, cadangan garis panduan dan etika E-dagang.
iv. Selain itu, skop kajian juga lebih menjurus kepada penyediaan garis panduan
dan etika E-dagang bagi produk fizikal yang mematuhi tuntutan syariat Islam.
14
1.8 Definisi Istilah
Definisi istilah yang dikemukakan adalah untuk menjelaskan beberapa istilah
secara spesifik yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Ianya bertujuan
untuk mengelakkan pembaca dari melahirkan pandangan yang berbeza mengenai
kajian ini. Berikut adalah definisi penting kepada beberapa istilah yang akan
digunakan oleh penyelidik dalam rentetan kajian ini;
i. Garis Panduan
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), garis panduan merujuk pada
panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut dan dasar (ciri-ciri utama) yg
boleh dijadikan panduan atau pegangan. Dalam kajian ini, garis panduan
akan merujuk pada senarai panduan yang perlu diikuti oleh peniaga atas
talian dalam melaksanakan perniagaan atas talian yang mematuhi syariat
Islam.
ii. Etika
Maksud etika menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), ilmu berkenaan
prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu
atau sesuatu kumpulan. Menurut Syed Omar Syed Agil (2001), etika
bermaksud `ethos' atau peraturan yang membatasi gelagat manusia. Justeru
itu, apabila disebut etika perniagaan atas talian ia menjurus kepada peraturan-
peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan
perniagaan yang dijalankan.
iii. E-dagang (perniagaan atas talian)
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), perniagaan atas talian adalah
satu proses menjalankan urusan perniagaan (membeli atau menjual barangan
15
atau perkhidmatan) melalui rangkaian komputer atau internet. Kamus
Ekonomi Oxford (2009) juga memberikan definisi yang serupa iaitu amalan
menjual dan mengiklankan produk dan perkhidmatan secara atas talian di
mana amalan ini telah menjadi amalan standard perniagaan masa kini.
Namun begitu, Dictionary of e-Business (2003) mengelaskan E-dagang
sebagai terma yang menggambarkan proses perniagaan dalam persekitaran
elektronik seperti World Wide Web (www).
iv. Produk
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), produk adalah sesuatu barang
atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengusaha atau pengilang yang
ditawarkan oleh industri. Kamus Ekonomi Oxford (2009) pula
mendefinisikan produk sebagai hasil pengeluaran sesebuah firma, industri
atau ekonomi secara keseluruhannya. Produk juga merujuk kepada mana-
mana objek atau perkhidmatan yang meningkatkan utiliti (kepuasan
pengguna). Produk terbahagi kepada dua bentuk iaitu produk digital dan
produk fizikal. Produk fizikal adalah produk yang boleh dirasa, dihidu atau
dipegang secara zahirnya (Idris Abdullah, 1992). Kajian ini menjurus kepada
pemilihan produk fizikal yang ditawarkan di laman portal sesebuah syarikat.
v. Syariah
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), syariah adalah sesuatu yg
berkaitan dgn hukum-hukum Islam. Menurut Glosari Kewangan dan
Ekonomi Islam (Akram Khan, 1990), syariah adalah hukum Allah seperti
yang dinyatakan dalam al-Quran dan sunnah Nabi. Secara umumnya ia
dikenali sebagai undang-undang Islam.
16
1.9 Rumusan
Tujuan perniagaan bukanlah mencari untung semata, kerana di dalam
perniagaan tidak sentiasa menjanjikan keuntungan. Tujuan perniagaan mengikut
Islam antaranya ialah untuk memperbesar, memanjang dan memperluaskan aktiviti
syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di
dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat
serta pelaksanaan yang betul. Dalam konteks E-dagang ini, kejujuran dan ketelusan
peniaga dalam melaksanakan transaksi perniagaan atas talian amat diperlukan bagi
mengelakkan kewujudan unsur syubhah dan gharar yang akan menimbulkan
pelbagai permasalahan dalam dunia dagangan Islam yang kini semakin bertamadun.
Oleh itu, kajian ini akan memperincikan lagi aspek E-dagang dalam Islam
bagi memberi pendedahan kepada masyarakat Muslim di Malaysia dan akhirnya
mencadangkan satu garis panduan dan etika yang dapat dipraktikkan pula oleh
mereka dalam kehidupan seharian. Bagi membantu menyelesaikan permasalahan
tersebut, kajian juga akan dengan berteraskan pegangan al-Quran dan hadis-hadis
sahih selain rujukan-rujukan lain yang bermanfaat.
153
RUJUKAN
Al-Quran Al Karim Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Al Hidayah House of Quran.
1) BUKU DAN KITAB
Ab. Aziz Yusof dan Ahmad Bashir Aziz (2008). Pengurusan Perniagaan Islam : Konsep, Isu
dan Pelaksanaan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Abdul Latif B. Muda (2000). Huraian Hadis – Hadis Hukum. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam.
Abu Umar Basyir (2007). Fikih Ekonomi Keuangan Islam. Edisi Indonesia. Terjemahan dari
buku Ma La Yasa’ut Tajiru Jahlulu. Karya Prof Dr Abdullah al-Muslih dan Prof Dr.
Shalah as-Shawi. Jakarta: Darul Haq.
Al-Albani, Muhammad Nashiruddin (2007). Shahih Sunan An-Nasa’I. Jilid 3. Terjemahan
Kamaluddin Sa’diyatul Haramain. Jakarta: Pustaka Azzam.
Al-Imam Malik r.a. (1993). Muwatho’. Terjemahan Kh. Adib Bisri Musthofa, Kuala Lumpur:
Victory Agencie.
Al-Imam Nawawi (1997). Shahih Bukhari. Jilid I. Terjemahan H. Zainuddin Hamidy, H.
Fachruddin HS, H. Nasharuddin Thaha, Johar Arifin dan A. Rahman Zainuddin M.A.
Selangor: Klang Book Centre.
Al-Imam-Asy-Syafi’i r.a. (1989). Al-Umm (Kitab Induk). Jilid 4. Terjemahan Prof. Tk. H.
Ismail Yakub SH-MA, Kuala Lumpur: Victory Agencie.
Al Kamili, Syaikh Muhammad Ali (2001). Ahkam al I’lanat at-Tijariyyah. Terjemahan Ust
Hermawan as-Sundee. Makkah: Daruth-Thayyibah al-Khadra.
154
Al-Qardawi, Yusuf (2010). Halal dan Haram Dalam Islam. Terjemahan Dr. Zulkifli Al-
Bakri, Selangor: Darul Syakir Enterprise.
Al-Ustadz H.Abdullah Shonhaji (1993). Tarjamah Sunan Ibnu Majah. Jilid III. Semarang:
CV. Asy Syifa’.
Al-Zuhaili, Wahbah (1996). Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid IV. Terjemahan Md Akhir
Haji Yaacob et al. Syria: Dar el Fikr.
Al-Zuhaili, Wahbah (1997). Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid I. Terjemahan Syed Ahmad
Syed Hussain et al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Zuhaili, Wahbah (1999). Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid III. Terjemahan Syed Ahmad
Syed Hussain et al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
As-Sayyid Salim, Abu Malik Kamal (2007). Shahih Fikih Sunnah. Jilid 4. Terjemahan
Khairul Amru Harahap dan Faisal Saleh. Jakarta Selatan: Pustaka Azzam.
Burhanudin H. S, (2000). Etika Individual, Pola Dasar Filsafat Moral. Bandung: Rineka
Cipta
Dra. Hulwati, M. Hum (2001). Ekonomi Islam: Teori dan Praktinya Dalam Perdagangan
Obligasi Syari’ah di Pasar Modal Indonesia dan Malaysia. Indonesia: Ciputat Press
Group.
Dr. H. Habib Nazir, Muhammad Hasanuddin, Prof. Dr. H. Afif Muhammad (2008).
Ensiklopedia Ekonomi dan Perbankan Syariah. Bandung: Kafa Publishing.
Drs. H. Moh. Zuhri (1992). Tarjamah Sunan At-Tirmidzi. Jilid II. Terjemahan Muhammad
Isa bin Surah at-Tirmidzi, Kuala Lumpur: DarulFikir.
E. Turban, J. Lee, D. King and H.M. Chung (2000). Electronic Commerce: A Managerial
Perspective. 1st ed. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
155
H. Ismail Nawawi (2002). Ekonomi Kelembagaan Syariah: Dalam Pusaran Perekonomian
Global Sebuah Tuntutan dan Realitas. Surabaya: Putra Media Nusantara.
Hoffman, W. ,Frederick, R. and Schwartz, M. (2001). Business Ethics: Readings and Cases
in Corporate Morality. 4th ed. London: McGraw Hill.
Ibnu Katsier (1988). Terjemah Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Jilid 1. Terjemahan H. Salim
Bahreisy dan H. Said Bahreisy. Kuala Lumpur: Victory Agencie
Ibnu Katsier (1988). Terjemah Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Jilid 2. Terjemahan H. Salim
Bahreisy dan H. Said Bahreisy. Kuala Lumpur: Victory Agencie
Ibnu Katsier (1994). Terjemah Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Jilid 6. Terjemahan H. Salim
Bahreisy dan H. Said Bahreisy. Kuala Lumpur: Victory Agencie
Kalakota R. and Whinston A., (1997). Electronic Commerce: A Manager’s Guide. United
Kingdom: Addision-Wesley.
Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kayazario Enterprise
Kotler, P. and Keller, K., (2008). Marketing Management. 13th ed. New Jersey: Prentice Hall.
Mohd Radzi Othman dan Ghafarullahhuddin Din (2005). Ekonomi Dalam Perspektif Al-
Quran dan As-Sunnah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Mustafa Hj. Daud (1994). Perniagaan Menurut Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Prof. Dr. Abdul Aziz Muhammad Azzam (2010). Fiqh Muamalat : Sistem Transaksi Dalam
Islam. Terjemahan Nadirsyah Hawari, LC, M.A. Jakarta: Amzah.
Rayport, J. and Jaworski, B., (2001). Electronic Commerce.Singapore: McGraw-Hill.
156
Sabri Hj. Hussin (2002). Pengenalan Kepada Perniagaan Dalam Perspektif Malaysia.
Singapura: Thomson Learning.
Samuel M. P., Hutabarat, S. H., M.H. (2010). Penawaran dan Penerimaan Dalam Hukum
Perjanjian. Indonesia: PT Grasindo, Gramedia Widiasarana.
Uma Sekaran (2003). Research Methods For Business. Canada: John Wiley & Sons.
Ustadz Bey Arifin, Yunus Ali Al-Muhdhor dan Ummu Maslamah Rayes (1993). Tarjamah
Sunan An-Nasa’iy. Jilid IV. Kuala Lumpur: DarulFikir.
Wan Sabri Wan Hussin (2004). Etika & Amalan Perniagaan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.
William M. Pride, Robert J. Hughes and Jack R. Kapoor (1988). Business. 2nd
ed. Boston:
Houghton Mifflin Company.
Zahazan Mohamed dan Muhammad Zakaria (2011). Hadis 40 Imam Nawawi. Kuala Lumpur:
Telaga Biru
Majalah Al-Iktisad, Keluaran Julai 2007.
157
2) KAMUS
Achmad Warson Munawwir (1997). Kamus al-Munawwir Arab-Indonesia. Surabaya:
Pustaka Progresif.
Idris Abdullah (1992). Kamus Istilah Ekonomi & Perdagangan Melayu – Arab. Penerbitan
Kintan Sdn. Bhd.
Noresah Baharom (2007). Kamus Dewan Edisi ke-Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Muhammad Akram Khan (2003). Islamic Economics and Finance: A Glossary. 2nd
ed.
London: Routledge.
Botto, F. (2003). Dictionary of e-Business – A Definitive Guide to Technology and Business
Terms. 2nd
ed. England: John Wiley & Sons.
Black, J., Hashimzade, N. and Myles, G. (2009). Dictionary of Economics. 3rd
ed. New
York: Oxford University.
3) ARTIKEL DAN KERTAS KERJA
Abdul Razak Che Hussin, Halina Mohamed Dahlan, Mahadi Bahari dan Rashidah Kadir
(2001). Kefahaman Tentang Perdagangan Elektronik Menerusi Internet. Persidangan
Kebangsaan Keusahawanan dan Perniagaan Kecil.
Ainin Sulaiman (2000). The Status Of E-commerce Applications In Malaysia. Information
Technology for Development 9: 153-161.
Beverly, K. and Cynthia, L. C. (t.t.). Is There a Special E-commerce Ethics.
158
Kamal Halili Hassan dan Dr. Fariza (2005). E-dagang dan Perlindungan Pengguna di
Malaysia: Undang-undang dan Amalan. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Rahim Bin Nik Wajis (2009). E-dagang Menurut Perspektif Islam. Jabatan Syariah,
Institut Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam.
Noraidah S., Zulridah M. N., dan Hasmiah K., (2009). Prestasi Perkhidmatan E-Kerajaan
Daripada Perspektif Pengguna. Prosiding PERKEM IV. Jilid I. 250-260.
Rafizah Bt Kasbun, (2010). E-dagang : Kajian Analisis Model Perniagaan E-dagang
Kekangan Dalam Perlaksanaan E-dagang Menurut Persepsi & Penerimaan Syariah
Islam. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010.
281-288.
Syed Omar, Syed Agil, (2001). Garis Panduan Tingkah Laku Etika Islam dalam Perniagaan.
Persidangan dan Ekspo Pengurusan Perniagaan Islam, Pusat Dagangan Dunia
Putra, Kuala Lumpur, 25-28 May 2001
Y.B. Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin (2009). Memperkasa Ekonomi Ummah Melalui
Pemantapan Jaringan Tempatan dan Penerokaan Berkesan Dalam Pasaran Global:
Persiapan Mendepani Cabaran Baru Ekonomi Dunia. Kongres Ekonomi Islam
Ketiga, pp. 1-13
159
4) JURNAL DAN TESIS
Ali Khatibi, V, Thygajaran, A, Seetharaman, (2003). E-Commerce In Malaysia: Perceived
Benefits and Barriers. Vikalpa, 28 (3): 77-82.
Abuznaid, S.A. (2009). Business Ethics In Islam: The Glaring Gap In Practice. International
Journal of Islamic And Middle Eastern Finance and Management, 2 (4): 278 – 288.
Bloch M., Pigneur Y. and Segev A. (1996). On The Road of Electronic Commerce: a
Business Value Framework, Gaining Competitive Advantage and Some Research
Issues. University of Lausanne.
H. Asmuni. (t.t.). Penetapan Harga Dalam Islam: Perspektif Fikih dan Ekonomi. Universitas
Islam Indonesia.
Hanuddin Amin (2008). E-business From Islamic Perspective: Prospects and Challenges.
Journal of Internet Banking and Commerce. 13(3): 1-13.
Kenneth S. and John P. K., (2002). Business Ethics and E-commerce In Contemporary
Society. Re-Imagining Business Ethics: Meaningful Solutions For A Global Economy.
4: 13-30.
Mayur S, Desai, Thomas C. Richards and Kiran J. Desai (2003). E-Commerce Policies and
Customer Policy. Information Management & Computer Security. 11(1): 19-27.
Naniek Noviari (t.t.). Pengaruh Kemajuan Teknologi Informasi Terhadap Perkembangan
Akuntansi. Jurusan Akuntansi, Fakultas Ekonomi – Universitas Udayana.
Norazlina Zainal, Fauziah Osman dan Siti Hartini Mazlan (2004). E-commerce From An
Islamic Perspective. Electric Commerce Research and Applications. (3): 28-93.
160
Savoie, M.J. and Rasinghani, M.S. (1999). Identifying Future Trends Information
Technology. Industrial Management and Data Systems. 99 (6): 247-250
Sulaiman, Ainin (2000). The Status Of E-Commerce Applications In Malaysia. Journal
Information Technology for Development 9: 153-161.
Yam, B. L., Wolf M. dan Dale L. Lunslord, (2011). Consumers’ Perceptions Of Online
Ethics And Its Effects On Satisfaction And Loyalty. Journal of Research In
Interactive Marketing. 5(1): 71 -89.
Zainal Amin Ayub. (2001). E-Dagang: Perlindungan Pengguna Di Malaysia. Fakulti
Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia: Disertasi LLM.
Zwass, V (1991). Electronic Commerce: Structures and Issue., International Journal of
Electronic Commerce. 1 (1): 3-23.
5) AKTA UNDANG-UNDANG
Malaysia (1972). Akta Perihal Dagangan. :P.U.(A)183 1972.
Malaysia (1999). Akta Perlindungan Pengguna. :P.U.(A)458 1999.
Malaysia (2011). Akta Perihal Dagangan. :P.U.(A)730 2011.
Malaysia (2011). Akta Kawalan Harga & Antipencatutan. :P.U.(A)723 2011.
Lembaga Piawaian Pengiklanan Malaysia (2014). Kod Amalan Periklanan.
Oliver Wendel Holmes, Jr (1881), “The Common Law”.
161
6) INTERNET
http://sabahdaily.blogspot.com/2010/07/keselamatan-dalam-pembelian-secara.html.
Malaysia Internet Usage and Telecommunication Report. Dicapai pada 15 Ogos 2014, dari
www.internetworldstats.com/stats3.htm
PayPal, Capaian pada 24 Jun 2011, www.wikipedia.com.my/paypal
Statistik E-dagang di Malaysia. Dicapai pada 3 Jun 2011,
http://www.slideshare.net/nummerzwei/bezahra-online-business
Utusan Online. Capaian pada 28 Disember 2010, http://www.utusanonline.com.my
Recommended