View
469
Download
26
Category
Preview:
Citation preview
PROJEK RINTIS
GARIS PANDUAN PELAKSANAANPROGRAM MINDA SIHAT
MENANGANI TEKANAN EMOSI (STRES) DALAM KALANGAN MURID DI SEKOLAH1. PENGENALAN
Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, kanak-kanak dan remaja warga sekolah tidak akan terlepas daripada mengalami kecelaruan emosi (stres). Persekitaran sosial sekolah amat penting bagi melahirkan individu yang sihat serta suasana yang ceria bagi merangsang kecemerlangan pembelajaran murid. Sekolah merupakan institusi yang berpotensi untuk menggalakkan perkembangan psikososial yang sihat bagi menyediakan kesejahteraan mental. Justeru, kesihatan mental amat penting untuk dipromosikan. Kesihatan mental yang baik akan dapat membentuk persekitaran sekolah yang menyokong kesejahteraan murid-murid amnya dan warga sekolah khasnya di samping mempunyai implikasi sosial dan akademik.
Kesihatan Mental boleh didefinisikan sebagai satu situasi di mana seseorang individu itu mengenali potensi dirinya, dapat berdaya tindak terhadap tekanan emosi (stres) dalam kehidupan sehari-hari, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat (Pertubuhan Kesihatan Sedunia : 2001). Di dalam konteks kalangan murid sekolah, seseorang murid yang sihat dari segi mental akan dapat
Memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi yang memberi kepuasan kepada pihak lain yang berkomunikasi dengannya misalnya rakan sebaya, guru-guru dan kakitangan sekolah.
Berupaya untuk menangani cabaran tekanan emosi (stres) sehari hari
Berupaya terus maju dari segi psikososial
Belajar dan bermain disamping dapat meraih pencapaian yang setaraf dengan umur dan tahap inteleknya.
Berupaya membezakan apa yang betul dan salah dari segi nilai dan etika yang telah dibentuk oleh komuniti sekolah (Peraturan Disiplin Sekolah).
2. KONSEP
Pelaksanaan Program Minda Sihat dapat mengatasi sebahagian masalah kesihatan mental yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dewasa ini. Statistik telah menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja Malaysia telah meningkat daripada 19.3% pada tahun 2006 kepada 20.0% pada tahun 2011 (Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2006 & 2011). Stres yang berterusan dan tidak dapat ditangani boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mental dan kemurungan. Oleh itu, memperkasakan pelajar menangani stres cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu menangani gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan dalam kalangan murid.
Memandangkan statistik masalah kesihatan mental kian meningkat, satu program perlu dilaksanakan dengan memfokuskan kepada mempromosikan minda sihat dan menangani tekanan emosi (stres) dalam kalangan murid. Guru-guru dan murid perlu diberi pendedahan bagaimana untuk mengenalpasti murid atau warga sekolah yang mempunyai masalah kesihatan mental dan tanda-tanda penyakit mental. Ini akan dapat membantu guru-guru mengendalikan murid-murid yang mempunyai permasalahan emosi, tingkah laku dan mental dengan cara yang betul dan seterusnya juga dapat mencegah penyakit mental. Kesedaran untuk mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan berterusan, kemurungan dan masalah emosi serta tingkah laku) akan dapat membentuk kesejahteraan murid.3. OBJEKTIF PROGRAM3.1 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga sekolah tentang kepentingan kesihatan mental3.2 Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid melalui pelaksanaan saringan minda sihat bagi tahap stres, keresahan dan kemurungan3.3 Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada guru-guru untuk mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah mental contohnya tekanan perasaan yang berterusan, kemurungan dan masalah emosi serta tingkah laku.3.4 Memberi kemahiran psikologi dan kaunseling kepada guru-guru untuk mengendalikan murid yang mengalami masalah emosi dan tingkah laku 3.5 Memberi kemahiran kepada murid sekolah tentang cara-cara menangani stres dan mengendalikan masalah emosi dan tingkah laku.3.6 Melaksanakan intervensi stres bagi mengurangkan tahap stres dalam kalangan murid 3.7 Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.4. PELAKSANAAN PROGRAM
4.1Program ini dilaksanakan secara kerjasama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Peluasan Minda Sihat pada 16 Januari 2014 membuat ketetapan agar program ini diperluaskan kepada semua murid Tingkatan 4 di sekolah menengah KPM.Di dalam program ini, saringan kesihatan mental akan dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap stres, keresahan dan kemurungan dalam kalangan murid. Alat saringan yang digunakan adalah Borang Saringan Minda Sihat Soal Selidik DASS (Depression, Anxiety, Stress Scale) dan Soal Selidik Gaya Daya Tindak. Pelaksanaan saringan ini akan diintegrasikan ke dalam peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling, Hal Ehwal Murid di Sekolah. Intervensi Minda Sihat akan menggunakan Modul Kemahiran Kesihatan Mental Remaja dan Modul Pendidikan Kesihatan Remaja. Pelaksanaan dibahagikan kepada dua strategi :4.1.1 Promosi Minda Sihat
Melaksanakan promosi minda sihat di sekolah melalui aktiviti berikut:
Aktiviti PromosiTarikh PerlaksanaanPelaksana
1. Ceramah Minda Sihat
2. Kuiz
3. Lawatan
4. Pameran
5. Sukaneka
6. Eksplorasi Minda Sihat
7. Program 5 minit minda sihat
8. Pengucapan awam
9. Brosur
10. Pertandingan :
4.2 Melukis poster
4.3 Kain rentang
4.4 Buku skrap Sepanjang tahun GBKSM
Guru Kesihatan
Jawatankuasa Kantin
Jawatankuasa Sekolah Selamat
SLAD
PIBG
Unit Beruniform Sekolah
4.1.2 Mengesan Gejala Awal MindaTidak SihatMengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid (carta alir-Lampiran 1). Aktiviti yang dilaksanakan adalah:
a. Menjalankan Saringan DASS (Lampiran 2)b. Menjalankan Soal Selidik Gaya Daya Tindak (Lampiran 3)c. Intervensi Perkhidmatan Kaunseling dan Pelaksanaan Modul Intervensi Minda Sihat.d. Pemantauan dan penilaian
4.2 Pendekatan Program Minda Sihat
Empat pendekatan program Minda Sihat yang akan turut dilaksanakan melalui pendekatan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah:
4.2.1 Pendekatan Pencegahan
Guru bimbingan dan kaunseling akan memberikan bimbingan dan kaunseling bagaimana mempunyai imej kendiri yang positif dan kesihatan mental yang baik. Maklumat-maklumat ini akan disampaikan melalui slot taklimat 5 10 minit dalam sesi perhimpunan pagi, perhimpunan mingguan dan sebagainya. Selain itu, edaran risalah risalah bertajuk bagaimana menangani stres, berkongsi perasaan dan latihan pernafasan akan diedarkan di samping poster poster berkaitan kesihatan mental dan minda sihat di papan kenyataan serta mewujudkan sudut pameran bagi tujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan mencegah penyakit mental.
4.2.2 Pendekatan Perkembangan
Murid sekolah akan dibimbing bagaimana membentuk teknik berfikir secara sihat, logik dan kreatif melalui aktiviti-aktiviti seperti ceramah, bimbingan kelompok dan sesi mentor-mentee dengan pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah. Aspek kesihatan mental yang ditekankan melalui pendekatan ini adalah keperluan kasih sayang, membina keyakinan dan harga diri, kemahiran berinteraksi dengan rakan sebaya, kemahiran membina disiplin diri dan kemahiran memilih dan membentuk persekitaran hidup yang sihat dan selamat.
Murid juga akan diberi sesi-sesi secara berkala tentang kemahiran menangani stres misalnya berfikir secara positif, berkomunikasi berkesan, mengendalikan tekanan rakan sebaya, kemahiran asertif, kemahiran menyelesaikan masalah dan konflik dan mengawal kemarahan. Modul yang akan digunakan adalah Modul Kemahiran Kesihatan Mental Remaja dan Modul Minda Sihat.4.2.3 Pendekatan Pemulihan
Bagi murid yang dikenalpasti mempunyai masalah kesihatan mental melalui saringan, mereka akan di berikan perkhidmatan kaunseling. Proses kaunseling akan menggunakan teori-teori kaunseling yang sesuai dengan murid berkenaan. Proses ini termasuklah meliputi peringkat membina hubungan, peringkat penerokaan, peringkat mengenal pasti masalah dan puncanya, peringkat membincangkan alternatif, peringkat membuat keputusan dan peringkat penilaian sejauh mana keberkesanan tindakan yang telah dibuat.4.2.4 Pendekatan KrisisSekiranya didapati bahawa melalui saringan atau murid dikenalpasti mengalami tanda-tanda kemurungan yang teruk atau mengalami tanda tanda awal penyakit mental (skizofrenia, kecelaruan bipolar), maka Guru Bimbingan dan Kaunseling akan mencadangkan kepada pentadbir sekolah dan penjaga untuk merujuk murid berkenaan kepada Pakar Psikiatri Hospital atau Klinik-klink Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Unit Sekolah, KKM.
4.3 Pelaksanaan, Pemantauan dan Penilaian
Guru BDK melaksana, memantau dan membuat penilaian berdasarkan tentatif pelaksanaan Program Minda Sihat seperti dinyatakan dalam Lampiran 4. Semua data hendaklah diklasifikasikan mengikut jantina, umur dan kaum dengan menggunakan format seperti di Lampiran 5 berdasarkan pernyataan berikut:4.3.4 Jumlah murid yang dikesan mempunyai masalah kesihatan mental (stres, keresahan dan kemurungan)
4.3.5 Jumlah murid yang dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
4.3.6 Jumlah murid yang dirujuk kepada Pegawai Perubatan / Pakar Psikiatri (KKM)4.4 Pelaporan
4.4.4 Guru Bimbingan dan Kaunseling menghantar laporan ke Pejabat Pelajaran Daerah selepas melaksanakan saringan kali pertama dan kedua.
4.4.5 Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri menyelaras laporan dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (KPM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).5. PENUTUP
Pengetahuan mengurus stres dalam kalangan murid dilihat sebagai cara untuk meningkatkan kebolehan daya tindak dalam menghadapi permasalahan. Justeru , kemahiran mengurus stres wajar diketahui dan dipelajari oleh murid untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolah. Melalui program ini murid sekolah dan guru-guru didedahkan dengan keupayaan untuk mengenalpasti murid mempunyai masalah emosi dan mental di samping murid-murid dapat diberi kemahiran dalam menangani stres cabaran kehidupan seharian. Ini akan dapat meningkatkan kesejahteraan mental warga sekolah secara amnya.
Lampiran 1
CARTA ALIR PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT
Lampiran 2
SARINGAN DASSNAMA: ___________________________KAD PENGENALAN: _______________________
UMUR: ___________________________JANTINA
:
BANGSA: Lain-Lain Nyatakan: _____________________________________
TINGKATAN / KELAS : _________________NO. TELEFON
: _______________________
SOAL SELIDIK DASS
SMS 1aBAHAGIAN 1
Sila baca setiap kenyataan dan bulatkan jawapan (skala markah 0, 1, 2, 3) yang menggambarkan keadaan anda SEMINGGU YANG LEPAS. Tidak ada jawapan betul atau salah. JANGAN guna terlalu banyak masa untuk mana-mana kenyataan.
Skala markah adalah seperti berikut :0 = Tidak pernah sama sekali
1 = Jarang2 = Kerap
3 = Sangat Kerap
STidak PernahJarangKerapSangat Kerap
1.Saya rasa susah untuk bertenang0123
2.Saya sedar mulut saya rasa kering0123
3.Saya seolah-olah tidak dapat mengalami perasaan positif sama sekali0123
4.Saya mengalami kesukaran bernafas (contohnya bernafas terlalu cepat, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal)0123
5.Saya rasa tidak bersemangat untuk memulakan sesuatu keadaan0123
6.Saya cenderung bertindak secara berlebihan kepada sesuatu keadaan0123
7.Saya pernah menggeletar (contohnya tangan)0123
8.Saya rasa saya terlalu gelisah0123
9.Saya risau akan berlaku keadaan di mana panik dan berkelakuan bodoh0123
10.Saya rasa tidak ada apa yang saya harapkan (putus harapan)0123
11.Saya dapati saya mudah resah0123
12.Saya merasa sukar untuk relaks0123
13.Saya rasa muram dan sedih0123
14.Saya tidak boleh terima apa jua yang menghalangi saya daripada meneruskan apa yang saya sedang lakukan0123
15.Saya rasa hampir panik0123
16.Saya tidak bersemangat langsung0123
17.Saya rasa diri saya tidak berharga0123
18.Saya mudah tersinggung0123
19.Walaupun saya tidak melakukan aktiviti fizikal, saya sedar akan debaran jantung saya (contoh degupan jantung lebih cepat)0123
20.Saya rasa takut tanpa sebab0123
21.Saya rasa hidup ini tidak bererti lagi0123
Panduan Mengira Skor Saringan DASS
Masukkan skala markah jawapan bagi soalan (S) bagi setiap kategori.
STRES
SoalanS1S6S8S11S12S14S18Jumlah
Markah
ANZIETI
SoalanS2S4S7S9S15S19S20Jumlah
Markah
KEMURUNGAN
SoalanS3S5S10S13S16S17S21Jumlah
Markah
UJIANTAHAP
STRES
ANZIETI
KEMURUNGAN
SKOR SARINGAN
SKALAKEMURUNGANANZIETISTRESSTATUS
NORMAL0-50-40-7INTERVENSI UMUM
RINGAN6-75-68-9
SEDERHANA8-107-810-13
TERUK11-149-1014-17INTERVENSI
KHUSUS
SANGAT TERUK15+11+18+
Lampiran 3
SOAL SELIDIK GAYA DAYA TINDAK
BAHAGIAN 3
Sila baca setiap kenyataan dan Bulatkan jawapan (skala markah 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6)
STidak GunaSelalu Guna
1.Merujuk kepada orang lain (kawan, ahli keluarga, dsb) untuk membincangkan masalah.0123456
2.Mendapatkan seseorang untuk mengadu nasib dan juga mendapat sokongan emosi dan keselesaan.0123456
3.Cuba melihat kepada perkara yang paling baik dalam situasi.0123456
4.Tidak melakukan sesuatu secara terus untuk mengubah situasi, mengundurkan diri dan melihat kepada situasi daripada sudut lain untuk menjadikannya kelihatan baik.6543210
5.Menyedari bahawa sesuatu dapat dilakukan untuk mengubah situasi lalu melaksanakannya.0123456
6.Samada merokok, minum alkohol, mendengar muzik yang kuat, menonton TV, makan atau hanya duduk-duduk sahaja,tetapi tidak berhadapan dengan masalah secara terus.6543210
7.Menggunakan teknik-teknik relaksasi dan meditasi (seperti meditasi dan latihan pernafasan) untuk menenangkan diri.0123456
8.Membuatkan diri sibuk supaya tidak memikirkan masalah yang dihadapi.6543210
9.Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain yang anda mahir (seperti sukan, melukis, memasak, dll) dalam usaha untuk membuatkan dirinya merasa baik sebelum cuba menangani masalah yang dihadapi.0123456
10.Mengambil masa untuk membuat rancangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi (ini termasuk meninjau balik pengalaman lepas)0123456
11.Bercakap dengan diri sendiri untuk memberi semangat bagi menghadapi situasi.0123456
12.Enggan mempercayai bahawa perkara itu telah berlaku.6543210
13.Melepaskan kemarahan dan perasaan (seperti menjerit dan memusnahkan barang).6543210
14.Merujuk kepada orang yang lebih mahir (seperti pensyarah, tokoh agama, doktor, peguam, dll) untuk nasihat terperinci mengenai cara menangani masalah.0123456
15.Melihat kepada sudut yang baik iaitu mempercayai perkara akan menjadi lebih baik dan akan dapat diselesaikan pada masa depan.0123456
16.Mengabaikan gangguan lain dan hanya menumpukan pada masalah yang dihadapi.0123456
17.Membandingkan diri dengan seseorang, samada secara nyata atau bayangan.6543210
18.Beralih kepada agama dan pengalaman agama untuk membantu dalam memahami dan menghadapi situasi.0123456
19.Mengasingkan diri dari orang lain.6543210
20.Mengasingkan diri (meninggalkan situasi bermasalah)6543210
21.Menerima situasi seperti mana yang terjadi dan tidak melakukan sesuatu untuk mengubatnya.6543210
22.Tidak melakukan apa-apa berkenaan dengan masalah dengan segera, tetapi menunggu untuk masa yang lebih sesuai untuk bertindak.6543210
23.Hanya terikut-terikut dengan apa yang terjadi.6543210
24.Meninjau balik tindakan dan prosedur sebelumnya untuk meluhat samada kesilapan telah dilakukan.0123456
SKOR SARINGAN
Teruk 18
Ringan19 72
Sederhana73 96
Baik 97
KEPUTUSANJumlah Keseluruhan Skor: ___________________
Gaya Daya Tindak
: ___________________
Lampiran 4
TENTATIF PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT 2014
TARIKH/
MASAAKTIVITISASARANPERSONALIA
MINGGU 3
JUN
Murid-murid menjawab Saringan Dass kali pertama
Murid-murid menjawab Ujian Gaya Daya Tindak kali pertamaTingkatan 4GBKSM
MINGGU 4
JUN Menganalisis Saringan DASS kali pertama; sangat teruk, teruk, sederhana, ringan dan normal Menganalisis Ujian Gaya Daya Tindak kali pertama; teruk, ringan, sederhana dan baikTingkatan 4GBKSM
MINGGU 1
JULAI
Murid-murid menjalani Intervensi Umum.
Murid-murid perlu menjalani Intervensi Khusus.
Intervensi Khusus dilaksanakan mengikut 10 modul Minda Sihat yang disediakan oleh KPM
Intervensi Khusus yang dijalankan berbentuk sesi kaunseling individu atau sesi kaunseling kelompokMurid baik, sederhana, ringan (Dapatan UGDT)
Murid teruk (Dapatan UGDT)
Murid teruk (Dapatan UGDT)
GBKSM
MINGGU 1
SEPTEMBER Murid-murid menjawab Saringan Dass kali kedua
Murid-murid menjawab Ujian Gaya Daya Tindak kali keduaMurid sederhana, teruk dan sangat teruk
Murid terukGBKSM
MINGGU 2
SEPTEMBER Menganalisis Saringan DASS kali kedua ; sangat teruk, teruk, sederhana, ringan dan normal Menganalisis Ujian Gaya Daya Tindak kali kedua; teruk, ringan, sederhana dan baikMurid sederhana, teruk dan sangat teruk
Murid terukGBKSM
MINGGU 3
SEPTEMBER Murid dirujuk ke Klinik Kesihatan Murid yang tidak dirujuk mengikuti Intervensi Umum
Murid teruk
Murid Baik, sederhana dan ringan GBKSM, Pengetua,
Ibu bapa/
Penjaga,
Pegawai Perubatan
GBKSM, Pengetua
MINGGU 4
SEPTEMBER Menghantar laporan ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)GBKSM
10
OKTOBER Menghantar laporan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)Pegawai Kaunseling PPD
17 OKTOBER Menghantar laporan ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Pegawai Kaunseling JPN
PROSEDUR PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT 2015 DAN SETERUSNYA
TARIKH/
MASAAKTIVITISASARANPERSONALIA
MINGGU 1
MAC
Murid-murid menjawab Saringan Dass kali pertama
Murid-murid menjawab Ujian Gaya Daya Tindak kali pertamaTingkatan 4GBKSM
MINGGU 3
MAC Menganalisis Saringan DASS kali pertama; sangat teruk, teruk, sederhana, ringan dan normal Menganalisis Ujian Gaya Daya Tindak kali pertama; teruk, ringan, sederhana dan baikTingkatan 4GBKSM
MINGGU 2
APRIL
Murid-murid menjalani Intervensi Umum.
Murid-murid perlu menjalani Intervensi Khusus.
Intervensi Khusus dilaksanakan mengikut 10 modul Minda Sihat yang disediakan oleh KPM
Intervensi Khusus yang dijalankan berbentuk sesi kaunseling individu atau sesi kaunseling kelompokMurid baik, sederhana, ringan (Dapatan UGDT)
Murid teruk (Dapatan UGDT)
Murid teruk (Dapatan UGDT)GBKSM
MINGGU 1
OGOS Murid-murid menjawab Saringan Dass kali kedua
Murid-murid menjawab Ujian Gaya Daya Tindak kali keduaMurid sederhana, teruk dan sangat teruk
Murid terukGBKSM
MINGGU 1
SEPTEMBER Menganalisis Saringan DASS kali kedua ; sangat teruk, teruk, sederhana, ringan dan normal Menganalisis Ujian Gaya Daya Tindak kali kedua; teruk, ringan, sederhana dan baikMurid sederhana, teruk dan sangat teruk
Murid terukGBKSM
MINGGU 3
SEPTEMBER Murid dirujuk ke Klinik Kesihatan
Murid yang tidak dirujuk mengikuti Intervensi Umum
Murid teruk
Murid Baik, sederhana dan ringan GBKSM, Pengetua,
Ibu bapa/
Penjaga,
Pegawai Perubatan
GBKSM, Pengetua
MINGGU 4
SEPTEMBER Menghantar laporan ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)GBKSM
10
OKTOBER Menghantar laporan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)Pegawai Kaunseling PPD
17 OKTOBER Menghantar laporan ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Pegawai Kaunseling JPN
Lampiran 5LAPORAN SARINGAN MINDA SIHAT(SEKOLAH KE PPD)
SEKOLAH: .....................................................
LAPORAN
MULA
DASS 1
GAYA DAYA TINDAK 1
RINGAN / SEDERHANA / BAIK
TERUK
INTERVENSI
KHUSUS
INTERVENSI UMUM
DASS 2
GAYA DAYA TINDAK 2
TERUK
RINGAN / SEDERHANA / BAIK
INTERVENSI UMUM
DIRUJUK
KK
SUSULAN /
MAKLUM
BALAS
P
L
L
I
C
M
KEPUTUSAN UJIAN DASS
SKOR SOAL SELIDIK
GAYA DAYA TINDAK
PAGE 15
_1463472944.unknown
Recommended