View
227
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
of 1 y. v ~ill\G~"'f I"'f 1"-~:\ \ S t -f:'~~~ t' t~ ~~ /~t ~~ t~ ••• rX;~~MAJLIS AGAMA ISLAM WILA YAH PERSEKUTUANTingkat 10, Bangunan Perkim, No. 150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.Tel: 03 - 4047 9444 Faks: 03 - 4044 9444
Ruj. Tuan:Ruj. Kami: BWP U.U/010/04/01 (18)Tarikh : 14 Disember 2010M /
8 Muharam 1432H
Pengerusi Masjid / Surau Jumaat/Surau / MadrasahSeluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan
Tuan,
SURAT PEKELlLlNG MASJID I SURAU BILANGAN (3) TAHUN 2010
A. TUJUAN
1. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan
berkenaan peraturan penganjuran tazkirah atau lain-lain· aktiviti di
Masjid-Masjid dan Surau-Surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
B. LATARBELAKANG
2. Oimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
adalah pihak berkuasa agama di Wilayah-Wilayah Persekutuan
berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah
Wilayah Persekutuan [ Akta 505 ] dan menjadi pemegang amanah
bagi semua masjid-masjid dan surau-surau di Wilayah-Wilayah
Persekutuan .
•
3. Maka adalah menjadi tanggungjawab Setiausaha Majlis mengikut
, seksyen 78 (3) Akta 505 untuk membawa ke pengetat)uan Majlis
apa-apa kelakuan keji mana-mana pegawai masjid samaada
berhubungan dengan tugas-tugasnya sebagai yang demikian atau
selainnya dan membawa apa-apa syor yang munasabah.
4. Majlis juga mempunyai kuasa memberi apa-apa arahan secara am.kepada Jawatankuasa Kariah mengenai kewajipan dan tugas-
tugasnya selaras dengan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah
1987.
5. Sehubungan dengan itu pihak masjid-masjid dan surau-surau
adalah tidak dibenarkan menaaunakan masiid untuk apa-apa
iua aktiviti tanpa keizinan bertulis daripada Setiausaha Mailis.
C. PELAKSANAAN
6. Pengerusi Masjid/Surau hendaklah memastikan bahawa :
6.1. Keputusan di para 5 di atas dipatuhi sepenuhnya.
6.2. ' Semua sesi tazkirah hendaklah diadakan oleh penceramah
yang mempunyai tauliah sahaja dan semua aktiviti yang'
diadakan hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
Setiausaha Majlis.
6.3. Semua aktiviti yang diadakan hendaklah dilaporkan kepada
Pegawai Penyelaras Kanan Zon masing-masing .
•
'.
D. PENGUATKUASAAN
7. Surat Pekeliling ini berkuatkuasa bermula pada 01 Januari2011
dan semua pihak hendaklah mengikut arahan dan mengambil
tindakan yang sewajarnya.
E. UNDANG-UNDANG
8. Akta Kesalahan Jenayah
Persekutuan ) 1997 [Akta 559]
Syariah (Wilayah-Wilayah
8.1 Seksyen 11(1) Mana-mana orang yang mengajar atau
mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan
dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah
seksyen 96 Akta Pentadbiran adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
8.2. Seksyen 7 Mana-mana orang yang secara lisan atau secara
bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan
.apa-apa cara lain,
a) Menghina Agama Islam atau menyebabkan Agama
Islam dipandang hina;
b) Mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh
amalan atau upacara yang berhubungan dengan
Agama Islam; atau
"
c) Mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina
mana-mana Undang-undang yang sedang
berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan yang
berhubungan dengan Agama Islam,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi Tiga Ribu Ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.
8.3 Seksyen 9 Mana-mana orang yang bertindak dengan cara
yang menghina pihak be~kuasa agama atau mengingkari,
melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Yang
di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau
Mufti yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Sekian, wassalam.
"BERKHIDMA T UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
(DA TO' HAJI CHE MAT BIN CHE All)Setiausaha
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
•
Recommended