View
2.967
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1
Mahathir bin Mohamad
Pengenalan
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan
pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai
"Dr. M" dan nama penanya (Che Det) adalah
Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau
menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran
di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian
dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan
pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya
pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang
dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia - kapitalisme
autokratik yang dianjurkan oleh negeri - sebagai alternatif kepada individualisme Amerika
Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman
pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar
2
PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya
Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan
Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden,
makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun,
pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana
Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan
tersebut di Asia Tenggara.
Latar Belakang
Dr. Mahathir dilahirkan di No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar,
Kedah pada 20 Disember 1925. Bapanya bernama Mohamad bin Iskandar berketurunan
separuh India (anak kepada seorang Malayalee yang berhijrah ke Malaysia dari Kerala,
India) sementara ibunya seorang Melayu bernama Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Dalam
autobiografinya, Dr. Mahathir mengaku bahawa beliau mempunyai keturunan orang India
yang mempunyai kaitan dengan Kerala, India (di mana tempat asal orang Malayalee),
manakala ibunya adalah orang Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun,
beliau mengganggapkan dirinya sebagai Melayu yang tulen.
Nama datuk beliau, "Iskandar" turut diabadikan pada sebuah sekolah rendah di
bandar Alor Setar, Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar. Manakala ayahnya pula adalah
guru bahasa Inggeris dan juga Guru Besar pertama Sekolah Inggeris di Alor Star, sekarang
3
dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Di sekolah tersebut, bapa beliau
dipanggil sebagai "Master" atau "Mohamad Iskandar".
Ibunya mempunyai kaitan keturunan dengan Wan Mat Saman, iaitu bekas Menteri
Besar Kedah yang berusaha membangunkan pertanian di Kedah melalui terusan yang
terkenal dengan nama 'Terusan Wan Mohamad Saman' atau Sungai Korok.
Beliau mempunyai 9 adik-beradik, iaitu empat perempuan dan lima lelaki, yang mana
Dr. Mahathir merupakan anak bongsu. Empat dari mereka (dua lelaki dan dua perempuan)
adalah saudara sebapanya, hasil perkahwinan Mohammad bin Iskandar dengan isteri yang
pertama.
Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor
Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government
English School (GES), kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 1932. Beliau
akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang
Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan
membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya,
Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS)
pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di
Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.
4
Kerjaya dan Keluarga
Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar,
Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.Beliau kemudian melangsungkan
perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 5 Ogos, 1956 dan dikurniakan
tujuh cahaya mata.
Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka
kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau
merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Star yang pada
ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan
Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.
Kerjaya politik
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil
bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946,
beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi
Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya
menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana
Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan
dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan
bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan
mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.
5
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli
Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan
majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965.
Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan
cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-
undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam
Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku
Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26
September, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay
Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu
telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr
Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula
ke dalam UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau
bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa
bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam
kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden
UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia
secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai
6
timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak
lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn
mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10
Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari
selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan
menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
Kesihatan
Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan
arteri koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur.
Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara
(IJN) kerana serangan jantung setelah saluran darah arteri tersumbat.
Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital
Langkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.
Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan
arteri koronari di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri
Dr. Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr.
Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik
Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan
saluran darah arteri kali ke-2.
7
Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN
jam 7.00 pm. Ketika ini beliau berusia 82 tahun.
Rujukan
1. John Victor Morais (diterjemahkan oleh Abdul Razak bin Haji Abdul Rahman)
(1982). Mahathir: Riwayat Gagah Berani, page 1-Kuasa Yang Merjudikan Seorang
Budak Itu Dewasa, Bab 1, Arenabuku.
2. Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta , Bernama. Dicapai
19 Mei 2007
3. Karpal: Dr Mahathir ahli politik murahan , Malaysiakini, 19 Mei 2008
4. Malaysian Insider, 19 Mei 2008
5. Nur Jazlan, The Umno curse strikes, again, Malaysian Insider, 19 Mei 2008
6. http://dr-chedet.blogspot.com/ , Blog lama.
Recommended