View
298
Download
9
Category
Preview:
Citation preview
---
KAJIAN IDENTITI KORPORAT RESTORAN MAKANAN ROJAK
Siti Khadijah Binti Mohd lea
HD Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian59.2 (Teknologi Senireka)5623
2007 2007
~sat Kh.idmal M3KJUmal AK80EP.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK
UNlVERSlll MALAYSIA SARA'" UNIMAS o4~rlf Knill ~amarat",ul
II 111111 11111 U11111" ItIIII 1000166885
KAJIAN IDENTITI KORPORAT RESTORAN MAKANAN ROJAK
SITI KHADUAH BINTI MOHD ISA
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
(Teknologi Seni reka Grafik)
,
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
Projek bertajuk 'Kajian Identiti Korporat Restoran Makanan Rojak' telah
disediakan oleh Siti Kbadijah Bt Mohd Isa dan telah diserahkan kepada Fakulti
Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni
Gunaan dengan Kepujian Teknologi Senireka Grafik.
Diterima untuk diperiksa oleh:
Penyelia
(En. Sylvester Wielding Jussem )
Tarikh:
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JunUL: KAJIAN IDENTITI KORPORAT RESTORAN MAKANAN ROJAK
SESI PENGAJIAN: 2004 I 2007
Saya SITI KHADIJAH BT MOHD ISA
Mengaku membenarkan tesisl laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesisl Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan pengkalan data kandungan tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesisl laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi
5. *Sila tandakanD
'---_---'I SUUT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
, '---_---'I TERHAD atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
'---_---'I TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)
Tanda gan Penulis Tarikh: 8 ~e i :). bOt Tarikh:
Alamat Tetap: NO 4, JLN SS 22. TMN.IND SRI SULONG 83020 BATU PAHAT JOHOR.
Disahkan
Catatan: *Tesisl Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika Tesisl Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisl laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
,
Penghargaan
Assalarnualaikurn w.b.t. .. ..
Syukur ke hadrat yang rnaha esa dengan izinnya dapat saya rnenyelesaikan
kajian saya dengan sernpuma. Dengan izinnya jua dapat say a rnenyiapkan projek
tahun akhir dengan jayanya walaupun didatangi dengan pelbagai dugaan dan
cabaran. Syukur Alharndulillah, berkat kesabaran dan ketekunan serta dorongan dari
insan-insan yang tersayang serta dengan izinnya saya berjaya hanmgi sernua cabaran
yang rnendatang. Istirnewa buat keluarga tercinta, terutarna sekali bond a Kadariah bt
Said dan ayahanda Mohd Isa bin Ahmad yang tidak jernu-jernu rnernberikan
kekuatan serta sernangat kepada saya sehingga saya berada di tahap ini. Segal a
pengorbanan yang kalian berikan tidak akan anakanda lupakan dan kejayaan
anakanda hari ini adalah hadiah yang terlalu istirnewa buat ayah bonda berdua.
Setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terirna kasih kepada pensyarah yang arnat
dihormati iaitu En Sylvester Wielding Jussern kerana telah ban yak rnernberi panduan
dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang ternpoh pengajian saya dan di dalarn proses
rnenyiapkan penulisan serta projek akhir. Tidak lupa juga buat sernua pensyarah seni
reka grafik terirna kasih yang tidak terhingga kerana kalian juga telah banyak
rnernberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya. Terirna kasih juga buat ternan-ternan
yang sentiasa rnernberi sernangat dan pertolongan kepada saya. Terutarna sekali,
Mohd Raziffitri Bakar, adik - adik, Nur hidayah, Lukmanul Hakern, Mohd Nur
Firdaus, Nur Jannah, Nur Salam serta ternan - ternan serurnah. Pertolongan serta
sernangat yang kalian berikan hanya ALLAH S.W.T dapat rnernbalasnya.
11
Pusat Knidmat MaKlumat Akaae UN! / ERSlTI MALAYSiA SARA\\J
Q':'; ~( . KOla~, rnarnhalJ
lSI KANDUNGAN
Pengesahan
Penghargaan 11
lsi Kandungan 111
Abstrak Vll
Abstract V111
BABI PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.1.1 Identiti korporat
1.1.2 Rojak 3
1.1.3 Restoran Stone Ice 4
1.2 Pennasalahan Kajian 5
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Skop Kajian 7
1.5 Definisi
1.5.1 Identiti Korporat 8
1.5.2 Restoran 8
1.5.3 Rojak 8
III
BAB2 METODOLOGI PENYELIDIKAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Kaedah Kualitatif 11
2.2.1 Pemerhatian 11
2.2.2 Etnografi 11
2.2.3 Fotografi 12
2.2.4 Kajian Kes 12
2.2.5 Pengalaman Semula jadi 13
, 2.2.6 Analisis Data Sekunder 13
2.3 Kaedah Kuantitatif 14
BAB3 HASIL DAPAT AN KAJIAN
3.1 Pengenalan 16
3.2 Analisa Data 16
3.2.1 Bahagian A 17
3.2.2 Bahagian B 18
3.2.3 Bahagian C 19
3.2.4 Bahagian D 22
3.3 Analisa Data Kaedali Kualitatif
3.3.1 Hasil dapatan kajian melalui kaedah pemerhatian 25
3.3.2 Hasil dapatan kajian melalui kaedah etnografi 25
3.3.3 Hasil dapatan kajian melalui kaedah fotografi 26
3.3.4 Hasil dapatan kajian melalui kaedah kajian kes 27
IV
F
BAB4
\
3.3.5 Hasil dapatan kajian melalui kaedah pengalaman 27
semulajadi
3.3.6 Hasil dapatan kajian melalui kaedah analisis data sekunder 28
3.4 Kesimpulan 29
CADANGAN
4.1 Pengenalan 30
4.2 Restoran berkonsepkan dalam taman 31
4.3 Mereka bentuk logo danjenama restoran 31
4.4 Perkhidmatan 31
4.5 Promosi 32
Bibliografi
APPENDIK
Restoran Stone lee Saberkas
Restoran Stone Ice Jln Tun Ahmad Zaidi Adruse
Tropical Fruit Juice ( Teluk Danga )
Restoran Makanan Rojak (Teluk Danga)
Perkembangan Logo 1 .
Perkembangan Logo 2
Logo Akhir
Cadangan Lokasi
Cadangan Papan Tanda
v
33
Abstrak
Rojak merupakan makanan yang terkenal di Malaysia. Terdapat empat jenis
rojak iaitu; rojak buah, rojak petis, rojak mee dan rojak pasembur (Rojak mamak)
yang menggunakan dua jenis kuah yang berbeza iaitu kuah kacang dan kuah petis
udang. Walaupun makanan ini sudah terkenal, namun masih terdapat kelemahan
dalam inovasi identiti korporat restoran ini. Oi dalam kajian ini, pengkaji cuba
membina identiti korporat baru yang dapat memperbaiki kelemahan sebelumnya dan
eara terbaik dalam mempromosikan restoran ini.
VII
Abstract
Rojak (mix-salad) is a well-known food in Malaysia. There are four type of
mix-salad; Fruit salad, shrimp paste salad, noodle salad and peanut salad with two
different type of sauce; peanut sauce and shrimp paste sauce. Although these foods
are famous, there is a lack of innovation in the corporate identity in most of the rojak
restaurants. The researcher tries to build up a new corporate identity to find the best
way to promote it.
Vlll
I
I r
,
Bab 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.1.1 Identiti Korporat
Identiti korporat bukan sekadar logo dan nama yang digunakan sebagai
komponen komunikasi yang menerangkan identiti sesebuah syarikat. Ianya Lebih
kepada bagaimana syarikat itu nampak unik. Identiti korporat yang berjaya,
berkomunikasi melalui perlaksanaan pemiagaan yang sistematik, kepakaran dan
budaya korporat. Selain itu, ianya merupakan pelaburan yang diperoleh syarikat pada
masa akan datang. Identiti korporat bukan sahaja terletak pada logo semata - mata
tetapi memerlukan perancangan yang konsisten berdasarkan beberapa langkah:
l
,
Kajian dalarnan
Pemahaman dalam strategi syarikat, posisi / peletakan dan objektif dalam
membangunkan identiti korporat yang berjaya. Memerlukan perbincangan yang teliti
oleh kumpulan untuk memahami konsep syarikat. Proses ini melibatkan
'brainstorming' , temu ramah dan juga melalui pemerhatian elemen identiti korporat
yang terdahulu penting dalam memahami objektif jangka pendek dan jangka panjang
syarikat.
Analisis pesaing
Merupakan salah satu elemen dalam menjayakan identiti korporat iaitu;
Membuat pemerhatian elemen yang digunakan oleh syarikat lain dalam proses
penjenamaan dan untuk memastikan tidak berlakunya persamaan dalam mereka
bentuk visual logo dan nama. Sekurang - kurangnya lima senarai pesaing. Tumpuan
pada satu produk yang sarna dikeluarkan. Akhir sekali pilih elemen - elemen yang
sesuai untuk digunakan dalam syarikat.
•
2
1.1.2 Rojak
Rojak merupakan makanan tradisi di Malaysia. Tidak menglra kaum
makanan ini menjadi santapan kepada semua golongan. Terdapat Pelbagai jenis
penyediaan yang berbeza mengikut golongan masyarakat yang menyediakannya.
Sebagai contoh, bagi golongan Cina, mereka meletakkan salad, sotong basah, tau po
dan cakui pada hidangan rojak, manakala golongan India meletakkan tempe goreng,
tauhu, bebola ikan dan telor rebus selain daripada buah-buahan. bagi golongan
Melayu pula terdapat dua jenis rojak utama iaitu rojak buah dan rojak sayur. Rojak
juga mempunyai pelbagai cara penyediaannya. Rojak mamak tidak sarna bahannya
dengan rojak buah atau petis. Rojak mamak menggunakan kuah kacang dan
menggunakan cucur udang sebagai bahan utamanya selain timun, sengkuang telor
rebus dan salad. Manakala rojak buah menggunakan buah-buahan seperti nanas,
sengkuang, timun, jambu batu, epal dan sebagainya mengikut selera pengguna.
Rojak petis / sayur pula lebih kepada sayur yang telah dicelur seperti tauge dan
kangkung dan ditambah dengan buah-buahan seperti timun, nanas dan sengkuang.
Makanan rojak ini am at sinonim dengan minuman cendol dan ais batu kacang.
Rojak yang terkenal di Malaysia dan selalu menjadi sebutan ialah Rojak Pasembor
'rojak mamak' yang terdapat di Penang, Kedah dan rojak asma di lohor.
3
I
1.1.3 Restoran Stone Ice
Restoran Stone Ice merupakan salah satu contoh restoran makanan rojak
yang berjaya dan mendapat kepercayaan pengguna tidak mengira kaum di Sarawak.
Restoran ini telah ditubuhkan sejak enam tahun lalu. Bertapak di ruang legar tingkat
tiga bangunan Saberkas Kuching. Mengetengahkan konsep batu berdasarkan nama
restoran bersempena sifat ais batu. Kini restoran ini telah mengembangkan sayapnya
dengan membuka satu cawangan baru di jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce. Mula
ditubuhkan pada 17 lulai 2006 dan masih mengikut konsep asal restoran. Diterajui
seramai lapan orang peketja diketuai oleh En. Tan Gin Guan sebagai pengurus dan
dibantu oleh Richard Wong. Restoran ini mengetengahkan servis layan diri.
Pengguna diberi kebebasan untuk memilih jenis makanan pilihan mereka sebelum
disebatikan bersama kuah rojak. Selain rojak, restoran ini juga menyediakan
minuman ais batu cam pur yang juga menggunakan servis layan diri. Restoran ini
mempunyai identiti korporat iaitu melalui jenama Stone ice dan perkhidmatan yang
disediakan. Restoran ini juga memperlihatkan identiti korporatnya melalui
pemakaian baju seragam oleh semua kakitangan restoran. Pemilik restoran begitu
bijak memilih lokasi dan cara hiasan restorannya begitu menarik dan unik sekali. Ini
dapat dibuktikan melalui lokasinya di tepi jalan besar yang merupakan laluan utama
pengguna dan senang untuk dilihat. Selain itu, cara susun atur restoran menggunakan
tumbuhan hijau sebagai pagar di kawasan tepi restoran dapat menaikkan selera
makan pelanggan kerana udara yang nyaman, sejuk dan persekitarannya bersih.
Ditambah \agi dengan cara hiasan makanannya yang pelbagai wama dan tersusun
memudahkan pengguna untuk memilih dan nampak sungguh menyelerakan.
4
,..
1.2 Permasalahan Kajian
Dalam kajian ini terdapat beberapa pennasalahan kajian yang perlu dikaji
oleh pengkaji iaitu;
1.2.1 Restoran Stone Ice tidak mempunyai identiti korporat yang kukuh
Daripada pemerhatian pengkaji, restoran ini masih mempunyai
kelemahan dalam identiti korporat mereka. Restoran ini tidak
mempunyai logo dan tidak melambangkan jenama produk pada
perkhidmatan yang mereka sediakan.
1.2.2 Kurang Periklanan dan promosi.
Berdasarkan kajian pengkaji, restoran ini hanya menggunakan
'leaflet' sebagai media promosi lokasi restoran mereka. Selain itu
pemilik hanya mengeluarkan satu jenis periklanan menggunakan
'bunting '.
1.2.3 Kelemahan dalam elemen identiti korporat
Restoran ini tidak mengaplikasikan sepenuhnya elemen-elemen
identiti korporat dalam restoran mereka menyebabkan identiti
korporat mereka tidak berjaya menaikkan imej restoran.
1.2.4 Media yang sesuai untuk tujuan mempromosikan makanan ini.
Memandangkan makanan ini sudah terkenal, namun masih belum ada
restoran yang berjaya mempromosikan makanan ini seperti promosi
yang dilakukan oleh Restoran Pizza Hut yang mengetengahkan
makanan berasaskan pizza.
5
I
1.3 Objektif Kajian
Berdasarkan permasalahan kajian lepas, objektifpengkaji adalah untuk;
• Mengenal pasti identiti korporat Restoran Stone Ice
• Menganalisa hasil dapatan yang diperoleh untuk memperbaiki imej
korporat sedia ada.
• Mencadangkan imej korporat yang baru.
6
1.4 Skop kajian.
Pengkaji telah menghadkan kajian dengan membuat kajian berdasarkan skop
kajian berikut;
1.4.1 Mengkaji identiti korporat restoran sedia ada.
Terdapat pelbagai premis yang menjual makanan rojak namun hanya
segelintir yang mengkhusus kepada makanan ini. Pengkaji akan
mengkaji identiti korporat yang sedia ada untuk dibuat analisis
mengenainya.
1.4.2 Menganalisis kelemahan identiti korporat Restoran Rojak
Kebanyakan restoran rojak tidak mempunyai identiti korporat dan jika
terdapat restoran tersebut tidak mempunyai identiti korporat yang
kukuh. Tugas pengkaji adalah mengkaji kelemahan-kelemahan ini dan
sebabnya.
1.4.3 Mengkaji promosi dan periklanan yang digunakan.
Memandangkan makanan rojak sudah terkenal, namun masih belum
wujud restoran yang begitu menyerlah berbanding makanan lain seperti
Sate Kajang (Hj. Saari) Nasi Lemak Antarabangsa dan Restoran Pizza
Hut. Pengkaji akan mengkaji media yang ada digunakan untuk
memperkenalkan dan mempromosikan makanan rojak.
7
1.S Definisi
1.5.1 Identiti Korporat
Identiti korporat bermaksud penggabungan elemen visual yang
digunakan untuk mempromosikan imej sesebuah organisasi. Menunjukkan
bagaimana logo, jenama dan komunikasi pemasaran bekerjasama pada waktu
yang sarna bagi memberi gambaran tentang organisasi tersebut.
1.5.2 Restoran
Restoran membawa maksud tempat berlakunya urus niaga menjual
produk makanan dan minuman yang mempunyai kawasan yang luas yang
boleh menempatkan ramai pelanggan kerana restoran merupakan tempat
orang membeli dan menikmati makanan.
1.5.3 Rojak
Rojak diketahui sebagai makanan yang di campur atau salad.
Merupakan makanan tradisi di Malaysia selain Singapura dan Brunei. Sejenis
makanan daripada buah-buahan mentah dan sayur- sayuran campur yang
berkuah. (Sumber Kamu!; Dewan 4)
Perkataan rojak memberi ekspresi kepada kepelbagaian kaum di malaysia.lni
kerana ianya menjadi santapan oleh semua bangsa di Malaysia dengan
kepelbagaian cara.
8
Terdapat empat jenis rojak di Malaysia iaitu;
Rojak Buah , Rojak Mamak (pasembor)
Rojak Mee
Rojak petis / sayur
9
I
BAB2
METODOLOGI PENYELIDIKAN
2.1 Pengenalan
Tiga perkara as as dalam melaksanakan penyelidikan ialah melalui
pemerhatian, pengalaman dan kajian. Dalam mencari penyelesaian masalah,
kaedah dan prosedur penyelidikan yang teratur dan strategik adalah penting bagi
mendapatkan penyelesaian terhadap pennasalahan yang di kaji. Aplikasi
penyelidikan memfokuskafl. penyelesaian masalah dengan kadar segera. Asas
penyelidikan keseluruhannya memfokuskan tentang dapatan pengetahuan.
Kaedah penyelidikan yang akan digunakan untuk mengumpul data primer dan
sekunder adalah;
• kajian kualitatif
• kuantitatif
10
2.2 Kaedah Kualitatif
Skop kajian dalam bentuk kualitatif melibatkan kaedah seperti
pemerhatian, fotografi, etnografi, kajian kes, pengalaman semula jadi
(Natural Experiment) dan analisis data sekunder .
2.2.1 Pemerhatian
Kajian pemerhatian yang akan dilaksanakan adalah pemerhatian
penuh iaitu mengikuti semua aktiviti berkaitan penghasilan produk ini.
Pengkaji akan terlibat secara langsung di dalam semua aktiviti penghasilan
produk ini.
2.2.2 Etnografi
Keadaan di mana pengkaji menterjemahkan budaya yang terdapat
dalam penghasilan produk melalui penulisan dan audio. Terdapat tiga jenis
golongan yang berlainan mengeluarkan produk ini dengan cara yang berbeza.
Pengkaji perlu membuat sesi soal jawab secara rakaman atau penulisan bagi
mendapatkan maklumat. Sesi ini dijalankan di dalam dua situasi iaitu temu
bual bersama pemilik premis dan pengguna. Pengkaji telah menyediakan
borang soalan kepada l'emilik premis bagi memudahkan pengkaji
mendapatkan maklumat daripada mereka.
11
2.2.3 Fotografi
Kajian menggunakan alatan elektronik bagi mendapatkan maklumat
yang tidak boleh dihuraikan melalui tulisan dan kata - kata. Cara ini sebagai
bukti selciranya terdapat keraguan mengenai fakta yang digunakan dalam
kajian. Kaedah ini dapat membuktikan kesahihan dalam memperolehi
maklumat yang telah digunakan. Gambar yang diambil memberi maklumat
yang berbeza konsep dan nilainya. Menerusi kajian ini, pengkaji dapat
membezakan maklumat dengan menyenaraikan kepelbagaian rojak di dalam
pasaran dan jenis-jenis promosi yang berlainan menggunakan visual.
2.2.4 Kajian kes
kajian kes memfokuskan kepada pennasalahan yang lebih khusus
dengan dapatan akhir yang menyeluruh. Pengkaji memfokuskan kelemahan
identiti korporat restoran rojak dan mencari penyelesaian secara menyeluruh
berkaitan promosi yang dijalankan. Pengkaji mendapati premis - premis
yang menjual makanan rojak ini tidak mempunyai identiti korporat yang
kukuh dan dengan menggunakan kajian kes ini, pengkaji dapat meneroka
kelemahan dan pennasatahan yang wujud.
12
2.2.5 Pengalaman Semula jadi
Situasi di mana terdapat perbezaan di antara penyediaan produk. Di
dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji perbezaan proses yang berkaitan
struktur sosial pengguna. Pengkaji akan mengalami sendiri pengalaman di
dalam menyediakan produk dan perkhidmatan.
2.2.6 Analisis data sekunder
Pengkaji menganalisis kajian yang diperoleh daripada sumber
rujukan melalui buku dan internet. Data yang diperoleh akan menjadi sumber
rujukan kepada pengkaji dan pengkaji akan menganalisis kebenaran dapatan
yang diperoleh.
13
2.3 Kaedah Kuantitatif
Skop kajian dalam bentuk kuantitatif pula melibatkan dapatan maklumat
daripada borang kaji selidik. Perolehan data akan dianalisis dan keputusan data ini
dapat memberi sumber maklumat tentang promosi yang akan dijalankan. Borang
kaji selidik akan diedarkan kepada pengguna yang berada di kawasan - kawasan
berkaitan. Penyelidik akan cuba mengedarkan borang tersebut kepada pengguna
yang berlainan bangsa bagi memperoleh data yang kukuh. Lokasi pilihan adalah di
kawasan restoran dan gerai yang menjual makanan berasaskan rojak. Pengkaji
menyediakan 20 so alan yang berbeza mengikut bahagian dan sebanyak tOO soalan
akan diedarkan kepada pengguna.
Terdapat empat bahagian dalam soalan kaji selidik
1. Bahagian A (Kajian demografi )
2. Bahagian B ( Rojak )
3. Bahagian C ( Restoran rojak )
4. Bahagian D ( Pendapat umum )
1. Bahagian A ( Kajian derhografi )
• Terdapat lima soalan dalam bahagian ini. Penyataan soalan adalah
untuk mengetahui secara luaran latar belakang responden. Antara
soalan -soalan di dalam bahagian ini ialah seperti; jantina, umur,
bangsa, status dan pekerjaan.
14
Recommended