View
340
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
KAJIAN TAHAP KEBERKESANAN PENGURUSAN
PENYELENGGARAAN FASILITI BANGUNAN PERPUSTAKAAN TUNKU
TUN AMINAH (PTTA) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
AMJADUDDIN BIN NASARULDDIN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA
KAJIAN TAHAP KEBERKESANAN PENGURUSAN PENYELENGGARAAN
FASILITI BANGUNAN PERPUSTAKAAN TUNKU TUN AMINAH UNIVERSITI
TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2017/2018
Saya AMJADUDDIN BIN NASARULDDIN mengaku membenarkan Laporan Projek Sarjana Muda
ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Laporan Projek Sarjana Muda adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: LAr. Dr. Kamalludin Bin Bilal
NO 4, JALAN SAGUMPAS 5/2,
TAMAN SAGUMPAS 5,
28400 MENTAKAB,
PAHANG DARUL MAKMUR
Tarikh: _____________________ Tarikh: _____________________
CATATAN:
** Jika Laporan Projek Sarjana Muda ini SULIT atau TERHAD, sila
lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan
dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
i
KAJIAN TAHAP KEBERKESANAN PENGURUSAN PENYELENGGARAAN
FASILITI BANGUNAN PERPUSTAKAAN TUNKU TUN AMINAH
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
AMJADUDDIN BIN NASARULDDIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JANUARI 2018
ii
PENGAKUAN
“Saya akui laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Pelajar : ……………………………………………….
AMJADUDDIN BIN NASARULDDIN
Tarikh : ……………………………………………….
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian.”
Penyelia : ………………………………………..
LAr. DR. KAMALLUDIN BIN BILAL
Tarikh : ………………………………………..
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat...
Yang memberi bimbingan;
Encik Kamalludin bin Bilal
Yang tidak pernah jemu-jemu memberi nasihat,
Semoga menjadi panduan untuk diriku pada masa hadapan
Insan tersayang,
(UMMIE) ZALIHA BINTI SAHAK @ISHAK
Terima kasih diatas dorongan dan sokongan sepanjang hayat hidupku dari segi
masa, tenaga, kewangan serta pelbagai lagi nasihat dan kata-kata semangat yang
sangat membantuku.
Adik beradik tercinta:
EMADUDDIN, SYAIMA’,WAFA’, AIMANUDDIN, ZIYADUDDIN
Terima kasih atas segala sokongan
Yang paling diingati;
Sahabat-sahabat seperjuangan
Buat para responden;
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang” Alhamdulillah,
segala pujian bagi Allah S.W.T, pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan juga para sahabat
baginda yang mulia. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dangan taufik dan inayah-Nya,
penulisan projek ini telah dapat disiapkan seperti yang dikehendaki. Semoga projek
ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua dalam menyusuri kehidupan di
muka bumu Allah ini. Setinggi-tinggi penghargaan saya titipkan kepada penyelia
Projek Sarjana Muda saya, LAr. Dr. Kamalludin Bin Bilal selaku tulang belakang
projek ini yang banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan dan suntikan semangat
dalam menjayakan projek ini. Segala tunjuk ajar dan panduan, ilmu dan dorongan
yang diberikan amatlah dihargai. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan
seperjuangan Projek Sarjana Muda, sahabat-sahabat yang sudi memberikan
sumbangan buah fikiran serta meluangkan masa dalam membantu saya menyiapkan
projek ini serta kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak
dalam menjayakan projek ini. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas
segalanya.
Sekian Terima Kasih
v
ABSTRAK
Keberkesanan pengurusan penyelenggaraan fasiliti bangunan perpustakaan Tunku
Tun Aminah adalah kajian mengenai sejauh mana tahap amalan pengurusan
penyelenggaraan fasiliti yang telah dijalankan. Permasalah kajian adalah berlaku
perningkatan aduan dari pengguna tentang masalah fasiliti. Oleh itu, objektif pertama
kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti langkah atau strategi
penyelenggaraan fasiliti yang diamalkan oleh pengurusan penyelenggaraan fasiliti
bagi meningkatkan tahap keberkesanan pengurusan penyelenggaraan fasiliti.
Objektif kedua adalah mengkaji tahap keberkesanan pengurusan penyelenggaraan
fasiliti bangunan perpustakaan Tunku Tun Aminah Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Skop kajian ini adalah memberi penumpuan kepada pengurusan
penyelenggaraan fasiliti di Perpustakaan Tunku Tun Aminah Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia. Dalam kajian ini, penggunaan metodologi kajian kuantitatif dan
kualitatif, dimana data dikumpulkan melalui tinjauan soal selidik dan temubual dari
pelbagai latar belakang pengguna seperti pelajar, pensyarah, Pejabat Pengurusan
Hartabina, dan staf perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM telah digunakan.
Perlaksanaan kajian ini telah menemui hasil kajian seperti menilai tahap
keberkesanan pengurusan penyelenggaraan fasiliti bangunan perpustakaan UTHM,
dan mengenalpasti langkah atau strategi penyelenggaraan fasiliti yang digunakan
bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan penyelenggaraan fasiliti. Kajian ini
dapat memberi maklumat kepada pihak yang terlibat di dalam pengurusan
penyelenggaran fasilti khususnya bagi fasiliti perpustakaan didalam membuat
penambah- baikan kualiti servis pengurusan fasiliti.
vi
ABSTRACT
The effectiveness of facilites maintenance facilities management for Tunku Tun
Aminah Library is a study of the extent of the level of maintenance management
practices implemented. The problem statment is the increasing number of complaints
from users about the problem of the facility. Hence, the first objective of this study is
to identify the steps or strategies of maintenance of facilities practiced by the facility
maintenance management to increase the effectiveness of the facility maintenance
management. The second objective is to study the effectiveness of the facilities
maintenance management of Tunku Tun Aminah library building at University Tun
Hussein Onn Malaysia. The scope of this study is to focus on the maintenance of
facilities maintenance at Tunku Tun Aminah Library Tun Hussein Onn Malaysia
University. In this study, the use of quantitative and qualitative research
methodologies, where data were collected through questionnaires and interviews
from various user backgrounds such as students, lecturers, Office Management
Offices, and library staff of Tunku Tun Aminah UTHM were used. The
implementation of this study has found out the results of the study such as evaluating
the effectiveness of the maintenance management of UTHM library building
facilities, and identifying the steps or strategies of facility maintenance used to
improve the effectiveness of facility maintenance management. This study can
provide the information to the parties involved in the management of fasilties
maintenance especially the facilities in library in order to improve the quality of
facilities management service.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Latar belakang kajian 2
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Persoalan Kajian 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Skop Kajian. 5
1.6 Metodologi Kajian. 6
1.7 Kepentingan Kajian. 7
1.8 Jangkaan hasil kajian 9
1.9 Kesimpulan 9
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 11
2.1 Definisi pengurusan fasiliti. 12
2.2 Fungsi Pengurus Fasiliti 14
2.3 Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti 15
2.3.1 Jenis Dan Kaedah Penyelenggaraan Fasiliti 15
2.3.2 Strategi penyelenggaraan fasiliti. 17
2.3.3 Pengurusan Fasiliti Di Perpustakaan 20
2.4.4 Objektif Pejabat Pengurusan Hartabina. 20
viii
2.2.5 Penyumberan Luar Dalam Pengurusan Fasiliti 21
2.2.6 Jenis Fasiliti di Perpustakaan 22
2.4 Kepentingan Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan 26
2.4.1 Faedah Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan 26
2.4.2 Elemen-elemen dalam Menentukan
Tahap Keberkesanan 27
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 30
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Kaedah Pengumpulan Data 34
3.3.1 Data Primer 34
3.3.2 Data Sekunder 35
3.4 Kaedah Analisis Data 36
3.5 Kesimpulan 36
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 37
4.1 Pengenalan 37
4.2 Pengumpulan Data Soal Selidik 38
4.3 Latar Belakang Responden 40
4.4. Pengskalaan Likert (Likert Scaling) 41
4.5 Analisa Bagi Pengguna PTTA Dengan Menggunakan
Analisa Likert Scaling 43
4.5.1 Analisis Tahap Keberkesanan
Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti PTTA 43
4.5.2 Langkah Strategi Pengurusan Penyelenggaraan
Fasiliti Bagi Meningkatkan Keberkesanan
Pengurusan PenyelenggaraanFasiliti 47
BAB 5 ANALISIS DATA - KUALITATIF 54
5.1 Pengenalan 54
5.2 Pengumpulan Data Temubual 55
5.3 Latar Belakang Responden 56
5.4 Analisis Data 57
ix
5.4.1 Langkah Atau Strategi Pengurusan
Penyelenggaraan Fasiliti Bagi
Meningkatkan Keberkesanan
Pengurusan Peyelenggaraan Fasiliti 57
5.5 Kesimpulan 66
BAB 6 CADANGAN DAN KESIMPULAN 67
6.1 Pengenalan 67
6.2 Limitasi Kajian 68
6.2.1 Bilangan Responden 68
6.2.2 Masa 69
6.2.3 Kerjasama 69
6.3 Kesimpulan 70
6.3.1 Objektif Pertama: Mengenalpasti Langkah Atau
Strategi Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti Bagi
Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan
Peyelenggaraan Fasiliti 70
6.3.2 Objektif Kedua: Mengukur Tahap
Keberkesanan Pengurusan Penyelenggaraan
Fasiliti Di Perpustakaan Tunku Tun Aminah
(PTTA) Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia 71
6.4 Cadangan Kajian Lanjutan 72
6.4.1 Cadangan Kepada Kajian Akan Datang 73
RUJUKAN 74
LAMPIRA
VITA
x
SENARAI JADUAL
2.1 Definisi pengurusan fasiliti 26
2.2 Pengurusan Fasiliti 34
4.1 Peratusan Maklumbalas Responden Yang Terlibat 54
4.3 Latar Belakang Responden 54
4.4 Likert Scaling Dan Lima Darjah Tahap Kepuasan 55
4.5 Langkah Pengiraan Analisa Likert Scaling 56
4.6 Senarai Pencapaian Penilaian Tahap 58
Keberkesanan Pengurusan Penyelenggaraan
Fasiliti di PTTA
4.7 Skala nilai bagi skala likert dibawah menunjukkan 58
indeks nilai bagi setiap faktor yang dikemukakan
dibawah
4.8 Keputusan analisis data 59
4.9: Penialaian skala likert 64
4.10: Langkah Strategi Pengurusan Penyelengga 64
-raan Fasiliti Bagi Meningkatkan Keberkesanan
Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti
5.2. Pengurusan Kontrak Penyelenggaraan 72
5.3. Aspek Kewangan Penyelenggaraan 74
5.4. Pendekatan Strategi dan Kaedah Penyelenggaraan 76
5.5. Cadangan bagi langkah-langkah dan strategi untuk 78
meningkatkan tahap keberkesanan pengurusan penye-
lenggaraan fasiliti di perpustakaan Tunku Tun Aminah
xi
SENARAI RAJAH
2.1 Fungsi Pengurus Fasiliti 27
2.2 Jenis dan Kaedah Penyelenggaraan 29
2.3 Strategi Penyelenggaraan Fasiliti 32
3.1: Carta Aliran Metodologi Kajian 47
xii
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
PPP - Pejabat Pembangunan Dan Penyenggaraan
UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
PTTA - Perpustakaan Tunku Tun Aminah
CMMS - Computerised Maintenance Management System
CIDB - Construction Industry Development Board
PBT - Pihak Berkuasa Tempatan
TPM - Total Produvtive Maintainance
xiii
SENARAI LAMPIRAN
A Soalan Temubual 90
B Soalan Soal Selidik 90
xiv
SENARAI LAMPIRAN
A Soalan Temubual 90
B Soalan Soal Selidik 90
1
BAB 1
PENGENALAN
Pengukuran tahap keberkesanan penyelenggaraan fasiliti bangunan adalah salah satu komponen
penting dalam penyelenggaraan fasiliti untuk memastikan kelansungan fungsi fasiliti
tersebut.(Deris, 2007) Selain itu, ianya menjadi kayu ukur diantara usaha yang telah dilakukan
dengan hasil yang dapat dari tanggungjawab penyelenggaraan yang telah diberikan. Ia
bermaksud penyelenggaraan yang telah dilakukan akan diukur oleh pengguna sama ada ianya
menepati tahap kepuasan pengguna terhadap servis yang telah diberikan. Kejayaan atau
kegagalan penyelenggaraan fasiliti fizikal sangat bergantung kepada keberkesanan
pengurusannya (Deris,et al 2007).
Di peringkat universiti, perpustakaan bertindak sebagai salah satu pusat
perkembangan ilmu terpenting. Perpustakaan di universiti dilihat mempunyai peranan
yang fleksibal. Ha ini kerana, pada masa kini, penyediaan fasiliti di universiti telah
dipelbagaikan. Tidak seperti dahulu, dimana perpustakaan adalah tempat yang hanya
berfungsi sebagai pusat pencarian maklumat berasaskan buku, kini dengan pembangunan
fasiliti yang telah dibuat, terdapat pelbagai fasiliti seperti bilik kuliah yang dilengkapi
penyaman udara, alat pemancar atau projektor, internet, dan sebagainya. Disini dilihat
perpustakaan suatu pusat intelek yang penting kerana nilai fasilitinya yang tinggi.
2
Sebagai pusat pembelajaran, penekanan kepada aspek kualiti perkhidmatan pelanggan
adalah suatu yang penting (Sahu, 2007). Bagi menjamin kelansungan fungsi perpustakaan
tersebut, penekanan terhadap aspek pengurusan fasiliti adalah faktor utama. Kualiti
pengurusan penyelenggaraan fasiliti harus dinaiktaraf bagi menjamin keberkesanannya.
Kajian ini dilihat suatu yang penting dalam membantu pihak yang terlibat dalam
melaksanakan tugasnya. Hubungan di antara pihak pengurusan fasiliti dan pengguna
adalah dua pihak yang sangat berkaitan dalam mengurus sesuatu fasiliti.
1.1 Latar belakang kajian
Setiap organisasi tidak kira apa tujuan diwujudkan perlu mempunyai suatu tempat atau
premis yang sesuai untuk menjalankan aktiviti, kelancaran operasi serta menunjukkan
kewujudannya sebagai sebuah organisasi beriktiraf yang bertujuan mencapai apa jua
objektif yang ditetapkan (Abdul Hakim Mohammed, 2006). Menurut pandangan (Mohd
Al-Hafiz Ahmad, 2008) bangunan merupakan aset fizikal yang mempunyai nilai
tersendiri yang memerlukan kesempurnaan penyenggaraan atau penjagaan. Tanpa kerja-
kerja penyenggaraan yang sempurna, lama-kelamaan keseluruhan struktur dan bahan-
bahan bangunan akan menjadi pudar, lusuh, rosak dan using lantas menyebabkan kualiti
bangunan tersebut merosot. Hal tersebut bukan sahaja akan menyusutkan nilai
bangunan, malah akhirnya menjadikan bangunan itu tidak bernilai dan hilang fungsi
utamanya. Hal ini boleh dirumuskan bahawasanya penyelenggaraan sering kali dilihat
sebagai sesuatu perkara yang remeh dan menyusahkan. Segala kepentingan
penyelenggaraan seperti tidak dijaga. .
Bagi memastikan objektif dalam sesebuah organisasi, jalan atau arah untuk
mencapai matlamat tersebut perlu di uruskan dengan betul. Pengurusan penyelenggaraan
fasiliti adalah salah sattu perkara utama bagi mana-mana organisasi khususnya bagi
sesebuah kampus institusi pengajian tinggi awam untuk mencapai matlamat dan
objektifnya. (A Hasbullah,2012)
Pengurusan penyelenggaraan fasiliti, bertanggungjawab untuk menyelaraskan
semua usaha yang berkaitan dengan perancangan, mereka bentuk, dan menguruskan
3
bangunan dan system kerja mereka dalam sesebuah organisasi (Baldry,2000). Hal ini
bermaksud, pengurusan fasiliti memainkan peranan yanag penting dalam menentukan
fungsi bangunan yang berterusan.
Oleh yang demikian, keperluan membina satu sistem atau talian perhubungan
dengan pengguna yang lengkap dan menyeluruh untuk membantu kumpulan
penyelenggaraan mengesan masalah (Al-Hafiz, 2008). Hal ini bermaksud, perhubungan
antara pihak penyelenggara dengan pengguna amat penting, ini kerana pengguna adalah
pihak yang akan menggunakan lantas menilai sejauh mana keberkesanan perkhidmatan
yang telah diberikan. Pihak penelenggara boleh mengambl langkah proaktif dengan
mengambil perhatian kepada apa jua respon dari pengguna untuk mengetahui apakah
1.2 Penyataan Masalah
Menurut Deris, (2007) pengurusan penyelenggaraan dibangunan awam (IPTA) masih
kurang berkesan berikutan terdapat pelbagai masalah berkaitan kemerosotan fungsi
fasiliti di bangunan tersebut dapat dikesan. Selain itu menurut kajian yang dijalankan
oleh Ali, (2005) mendapati pengguna kurang berpuas hati terhadap perkhidmatan servis
fasiliti yang disediakan. Manakala menurut kajian yang dijalankan oleh Zakaria, (2010)
beliau menyatakan bahawa tahap kepuasan pelanggan terhadap fasiliti yang disediakan
adalah rendah, hal ini menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap aduan awam oleh
pengguna. Oleh itu, hal ini boleh menjadi punca kepada masalah peningkatan dari segi
aduan pengguna perpustakaan Tunku Tun Aminah Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia iaitu pada tahun 2015 sebanyak 1070 aduan pengguna meningkat kepada 1830
pada tahun 2016 tentang pelbagai aduan berkenaan fasiliti, ( Pejabat Pembangunan Dan
Penyelidikan UTHM).
4
1.3 Persoalan Kajian
Perpustakaan kini adalah tempat atau pusat perkembangan pendidikan yang fleksibel.
Berbeza pada sebelumnya, ia hanyalah sebuah pusat sumber rujukan untuk mencari
sumber-sumber berkaitan dengan pendidikan. Oleh itu, pada masa kini, bagi
melengkapkan perpustakaan sebagai satu pusat perkembangan ilmu pendidikan, pelbagai
fasiliti telah diadakan bagi memenuhi tuntutan fungsi perpustakaan itu. Peranan
pengurus fasiliti dilihat pihak yang paling besar peranannya didalam menjaga dan
menjamin tahap kualiti sesebuah fasiliti yang disediakan.
Pengurusan penyelenggaraan yang cekap akan menjamin keberkesanan kepada
kelansungan fasiliti tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menyatakan apakah
langkah atau strategi amalan penyelenggaraan bagi meningkatkan keberkesanan
pengurusan penyelenggaraan fasiliti.
Seterusnya, tahap keberkesanan pengurusan penyelenggaraan fasiliti merupakan satu
faktor terpenting didalam mentukan sejauh mana keberkesanan hasil kerja yang
dilakukan dalam mengurus fasiliti dimana akan diukur oleh pengguna fasiliti tersebut.
Oleh itu, persoalan dalam kajian ini adalah apakah tahap keberkesanan pengurusan
penyelenggaraan fasiliti bangunan perpustakaan tunku tun aminah uthm?.
1.4 Objektif Kajian
Dalam kajian yang dijalankan ini, penyelidik telah menentukan dua objektif utama yang
menjadi sandaran kepada tujuan kajian ini dijalankan. Bagi objektif pertama, penyelidik
telah menetapkan didalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti langkah atau strategi
pengurusan penyelenggaraan fasiliti bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan
penyelenggaraan fasiliti. Tujuan objektif ini dijalankan untuk melihat strategi dan
langkah yang digunakan oleh pihak pengurusan fasiliti Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia di dalam mengurus dan menyelenggara fasiliti Perpustakaan Tunku Tun
Aminah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (PTTA).
5
Bagi objektif kedua pula, penyelidik telah menetapkan bahawa kajian ini
dijalankan dengan tujuan mengkaji tahap kebersesanan pengurusan penyelenggaraan
fasiliti bangunan Perpustakaan Tunku Tun Aminah Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (PTTA). Hal ini bertujuan untuk mengetahui kaitan antara strategi yang
digunakan oleh pihak pengurusan penyelenggaraan fasiliti UTHM dalam mengurus
fasiliti di bangunan PTTA, dan sejauh manakan tahap keberkesanannya terhadap
pengguna.
1.5 Skop Kajian.
Kajian ini dijalankan dengan memfokuskan hanya kepada fasiliti yang terdapat didalam
ruang pengajaran dan pembelajaran iaitu di bilik-bilik serta dewan-dewan kuliah di
Perpustakaan Tungku Tun Aminah di kampus induk Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM). Ringkasan bagi skop kajian ini adalah, Perpustakaan Tungku Tun
Aminah memiliki 4 buah dewan kuliah yang memuatkan secara keseluruhan 780 orang
mengikut pecahan iaitu dewan kuliah satu 250 orang, dewan kuliah dua 150 orang,
dewan kuliah tiga 150 orang, dan dewan kuliah empat 150, kemudian bilik tutorial satu
hingga sepuluh memuatkan 80 orang. Kesemua ruang tersebut dilengkapi fasiliti
kursusnya fasiliti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang memberi
keselesaan kepada pengguna di kawasan tersebut. Responden yang terlibat dalam kajian
ini adalah pengguna, staf, pelajar, pensyarah di Perpustakaan Tunku Tun Aminah serta
Pejabat Pembagunan dan Peyenggaraan (PPP) UTHM. Fokus pada kajian ini adalah :
i. Kajian yang dijalankan dengan memberi tumpuan kepada fasiliti-fasiliti yang
mengalami kerosakan dikawasan kajian.
ii. Kajian yang dijalankan dengan memberi tumpuan kepada pengukuran tahap
keberkesanan pengurusan penyelenggaraan fasilii di kawasan kajian.
iii. Kajian yang dijalankan dengan memberi tumpuan kepada kemungkinan kriteria
pengukuran pengurusan penyelenggaraan fasiliti bangunan memberi impak
kepada tahap keberkesanan penyelenggaraan fasiliti.
6
iv. Kajian yang dijalankan dengan memberi tumpuan kepada langkah atau stategi
yang perlu diambil kira untuk meningkatkan keberkesanan penyelenggaraan
fasilti bangunan
1.6 Metodologi Kajian.
Metodologi kajian adalah perancangan yang dijalankan untuk melakukan dan menjamin
kelancaran kajian ini. Dalam rangka kerja bagi menjalankan kajian ini, data terbahagi
kepada dua iaitu data primer, yang diperolehi dengan menggunakan kaedah kuantitatif
iaitu soal selidik yang dilakukan kepada responden seperti pengguna di lokasi kajian.
Seterusnya data sekunder yang diperolehi melalui pembacaan yang terdapat didalam
bahan bacaan seperti jurnal, buku, artikel, internet, serta surat khabar. Terdapat 5
peringkat yang dikenalpasti untuk melancarkan kajian ini iaitu:
i. Bab 1: Pendahuluan
Dalam bab ini menerangkan tentang kajian yang dijalankan. Kajian yang dijalankan dan
dibicangkan secara lebih mendalam disertakan dengan persoalan kajian, ojektif kajian,
skop kajian,dan kepentingan kajian adalah bertujuan menjadikan ia sebagai panduan
agar kajian yang dijalankan tidak tergelincir dari tujuan asal kajian ini dijalankan selain
ia bertindak sebagai pengukuhan terhadap kajian ini.
ii. Bab 2: Kajian Literature.
Dalam bab ini, kajian literature memainkan peranan yang penting dalam mencari serta
memfokuskan kepada maklumat serta menambah kefahaman yang lebih mendalam
berkaitan kajian yang dijalankan. Dalam kajian literature ini, kajian-kajian terdahulu
menjadi rujukan dalam mencari maklumat yang penting dan sahih berkaitan kajian yang
dijalankan ini. Selain itu dalam bab ini, ia akan memberi maklumat serta keterangan
yang akan meliputi penerangan tentang maksud atau definisi, serta istilah-istilah yang
digunakan dalam merujuk kepada kajian yang dijalankan
iii. Bab 3: Metodologi Kajian
7
Dalam bab ini, akan menerangkan kaedah-kaedah atau method yang digunakan dalam
menjalankan proses pengumpulan data, maklumat-maklumat penting, serta sumber-
sumber sahih yang berkaitan, berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan untuk
menguatkan lagi bukti kajian ini. Dalam bab ini juga, di mana penjelasan yang teperinci
berkenaan perjalanan dan perlaksanaan bagi keseluruhan kajian yang dilakukan secara
berperingkat-peringkat, kemudian secara menyeluruh bagi mencapai objektif kajian
dalam kajian ini. Lanjutan dari itu, kaedah kuantitatif melalui soal selidik telah dipilih
untuk memperolehi maklumat-maklumat dan data-data penting dari responden-
responden yang berkaitan dalam kajian yang diperlukan dalam bab ini.
iv. Bab 4: Analisis Data Dan Perbincangan.
Dalam bab ini, ia merupakan lanjutan dari metodologi kajian yang telah dijalankan.
Dimana bab ini akan menerangkan cara-cara data yang diperolehi hasil dari kaedah
kuantitatif yang dibuat, kemudiannya akan dianalisis dan dibincangkan. Data yang
diperolehi menerusi soal selidik yang dijalankan akan dihuraikan dan dibincangkan bagi
memberi kefahaman yang ringkas, padat, dan mudah. Selaras dengan itu setiap perkara
tersebut akan mempunyai rumusan bagi membantu pemahaman.
v. Bab 5: Kesimpulan Dan Cadangan.
Dalam bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Ianya akan merumuskan
keseluruhan kajian yang dijalankan bersama kesemua objektif. Dalam bab ini juga
segala rumusan akan dibuat, dan akhir sekali cadangan penambahbaikan seleps kajian
ini dilakukan akan dinyatakan.
1.7 Kepentingan Kajian.
Kepentingan dari kajian bertujuan menyumbang kepada idea bagi pihak profesianal
penyelenggara dan memberi kefahaman kepada pihak pengguna samada dari aspek teori
atau praktikalnya tentang pengurusan penyelenggaraan kursusnya penyelenggaraan
fasiliti bangunan IPTA. Pengukuran tahap keberkesanan fasiliti bangunan UTHM boleh
8
dijadikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak samada penyelenggara, mahupiun
pengguna. Hal ini kerana ianya memberi memberi makluman dan panduan kepada pihak
penyelenggara tentang apa yang perlu dilakukan untuk membaiki mutu perkhidmatan
ang diberikan melalui skor dan cadangan dari pihak pengguna tentang keberkesanan
penyelenggaraan yang diberikan.
Proses mengumpul segala data dan maklumat yang telah dijalankan melaui satu
kaedah iaitu melalui soal selidik yang dijalankan kepada pengguna fasiliti bangunan
UTHM menjadikan kajian tahap keberkesanan penyelenggaraan fasiliti bangunan
UTHM menjadikan kajian ini lebih tepat dan mengikut objektif yang telah
dikemukakan. Dengan cara ini juga banyak maklumat lain seperti criteria pengukuran
fasiliti bangunan ini dapat di kenalpati lantas merumuskan kesan hubungkait criteria
mengukuran tersebut dengan tahap keberkesaan penyelenggaraan yang dijalankan.
Selain itu dapat memberi buah fikiran dan maklumat kepada pihak yang
dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan mutu kerja penyelenggaraan mereka
menerusi objektif kajian yang dinyatakan
i. Pihak Pengurusan Universiti
Kajian ini akan membantu pihak pengurusan UTHM khususnya pihak pejabat
pengurusan harta bina (PPH) UTHM dalam mengurangkan masalah pembaziran kos
akibat penyelenggaraan fasiliti bangunan yang tidak efisyen serta kos yang perlu
ditanggung akibat jangka hayat sesebuah fasiliti yang berkurangan dari tempoh yang
sepatutnya akibat ketidakcekapan penyelenggaraan. Pihak pengurusan UTHM dapat
melakukan langkah atau tindakan yang sewajarnya melalui kajian ini kerana setiap hasil
kerja yang dijalankan sebelum ini telah dinilai oleh pengguna sendiri melalui kajian
yang dijalankan ini.
ii. Ahli Akademik
Ahli akademik seperti pelajar dalam bidang pembinaan khususnya bidang berkaitan
seperti pengurusan fasiliti boleh menjadikan kajian ini sebagai bahan rujukan serta
panduan samada bertujuan melakukan penyelidikan mahupun yang ingin menambah
pengetahuan serta mengenali lebih lanjut berkaitan bidang ini serta dapat mengetahui
9
maklumat berkaitan tahap keberkesanan penyelenggaraaan IPTA UTHM melalui
kaedah pengurusan penyelenggaraan yang dijalankan bagi menyelesaikan masalah
berkaitan fasiliti.
iii. Pihak Pengurusan IPTA dan IPTS
Akhir sekali, melulalui kajian ini, ianya dapat membantu pihak pengurusan fasiliti
samada IPTA mahupun IPTS dalam tanggungjawab mereka mengurus fasiliti yang telah
diadakan bagi kemudahan semua pihak. Oleh itu, pihak pengurusan university boleh
mempraktikkan pengukuran tahap keberkesanan pengurusan penyelenggaraan fasiliti
bangunan supaya mereka boleh menggambil idea atau sebagai kayu ukur sejauh mana
tahap keberkesanan kerja yang mereka jalankan sebelum ini, lantas memberi mereka
peluang untuk memperbaiki mutu perkhidmatan yang dijalankan
1.8 Jangkaan hasil kajian
i. Mencadangkan langkah-langkah strategi pengurusan penyelenggaraan fasiliti
bagi meningkatkan keberkessanan pengurusan penyelenggaraan fasiliti
ii. Mengetahui tahap keberkesan pengurusan fasiliti Perpustakaan Tunku Tun
Aminah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
1.9 Kesimpulan
Kesimpulannya, bab satu adalah suatu gambaran dan panduan secara ringkas tetapi
menyeluruh tentang apa yang dikaji serta arah tuju kajian ini. Tujuan utama kajian ini
adalah mengkaji tahap keberkesanan pengurusan penyelenggaraan, mengenalpasti ciri
pengukuran pengurusan penyelenggaraan fasiliti bangunan kepada tahap keberkesanan
pengurusan penyelenggaraan fasiliti bangunan, serta mencadangkan langkah atau
strategi yang perlu diambil kira untuk meningkatkan keberkesanan penyelenggaraan
Recommended