View
41
Download
2
Category
Preview:
DESCRIPTION
lawatan
Citation preview
[ ] Sk Alma
Pengenalan Projek
Aktiviti luar ini bertujuan memberikan suatu pelajaran dan pengalaman yang
berlainan kepada murid. Jika sebelum ini mereka banyak menerima latihan di dalam
kelas, eloklah rasanya sesekali mereka ini dibawa keluar untuk merasai suasana yang
baru. Cara sebegini juga boleh dijadikan terapi Pendidikan Seni Visual kepada anak-
anak istimewa ini.
Persekitaran luar dengan lukisan 3D ini diharapkan menjadi satu suasana yang
gembira kepada anak-anak ini yang mana mungkin sebelum ini belum pernah dirasai
oleh mereka.
Matlamat lawatan
Aktiviti luar ini bermatlamat untuk memberikan suatu terapi minda dan kekuatan
fizikal kepada anak-anak istimewa ini pada suatu suasana persekitaran yang belum
pernah mereka rasai sebelum ini. Semoga hasil daripada aktiviti ini, kemahiran kognitif,
afektif dan psikomotor kanak-kanak ini akan sedikit teransang apabila melihat dan
mendekati hasil seni 3D tersebut.
[ ] Sk Alma
Objektif lawatan
1.1 Memberi suatu kelainan dalam suasana pembelajaran
1.2 Membina minda anak-anak istimewa ini pada persekitaran luar.
1.3 Memberi suatu sistem pendidikan luar bilik darjah yang teratur melalui
pemerhatian dalam lawatan ke tempat-tempat tertentu.
1.4 Memperkembangkan minda dan pemikiran anak-anak istimewa kepada
persekitaran luar.
[ ] Sk Alma
Laporan Projek
Lawatan
Sebelum Lawatan
Sebelum mengadakan lawatan, kami telah mengadakan dua kali mesyuarat bagi
membincangkan hal mengenai projek lawatan. Antara yang terlibat semasa mesyuarat
[ ] Sk Alma
tersebut ialah semua guru-guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran serta
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sk Alma.
Mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 1 April 2014 bersamaan hari selasa.
Mesyuarat ini membincangkan hal mengenai pemilihan tempat lawatan yang sesuai.
Mesyuarat kali kedua pula diadakan pada 9 April 2014 iaitu pada hari Rabu. Antara hal
yang dibincangkan ialah pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi projek lawatan ini serta
penyediaan kertas kerja bagi memohon kelulusan daripada pihak sekolah.
Seterusnya, kami telah menghubungi pihak Muzium Interaktif bagi
memaklumkan mengenai projek lawatan yang bakal diadakan. Ini bagi memudahkan
pihak mereka menguruskan aktiviti yang ingin dilaksanakan.
Selain itu, hal seperti perjalanan sepanjang lawatan serta guru yang
bertanggungjawab pada setiap murid juga telah ditetapkan. Tanda nama serta baju
yang perlu dipakai semasa lawatan juga telah ditetapkan sebelum program lawatan ini
bermula.
Semasa lawatan
Seawal jam 7.00 pagi, semua murid telah berkumpul di dalam kelas Pendidikan
Khas Sk Alma bagi tujuan mengambil kehadiran. Pada masa itu juga, setiap murid telah
[ ] Sk Alma
diagihkan dengan tanda nama masing-masing. Pada jam 8.30 pagi pula, semua guru
PPM serta murid-murid menaiki bas ke pelabuhan Bukit Mertajam untuk menaiki feri ke
Pulau Pinang.
Setelah sampai di pelabuhan Pulau Pinang, kami berjalan kaki untuk pergi ke
tempat yang ingin dituju. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 15 minit dari
pelabuhan Pulau Pinang.
Murid serta guru ketika menaiki feri
[ ] Sk Alma
Kami sampai ke destinasi iaitu Muzium Interaktif “Made In Penang” pada pukul
10.00 pagi. Sesampai sahaja kami di Muzium tersebut, semua murid telah di bawa oleh
guru berjalan-jalan di kawasan muzium untuk mengambil gambar serta menonton video
yang telah
disediakan oleh pihak muzium.
[ ] Sk Alma
Setelah
puas berjalan
dan mengambil gambar di muzium tersebut, kami telah memilih Padang Kota Lama
sebagai destinasi seterusnya. Selain mempunyai taman permainan yang sesuai untuk
murid berkeperluan khas, lokasi ini juga sesuai untuk kami makan tengahari bersama-
sama. Semua guru dan murid berkumpul untuk makan tengahari dan setelah itu, semua
murid diberikan peluang untuk bermain di taman permainan di bawah pengawasan
guru.
[ ] Sk Alma
Kami kembali semula ke sekolah Sk Alma pada pukul 12.30 tengahari dan
sampai di sekolah kira-kira pukul 2.00 petang.
Selepas lawatan
Selepas lawatan, kami telah membuat post-mortem bagi mengenalpasti masalah
yang dihadap serta cara atau cadangan yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.
Satu laporan mengenai projek lawatan juga telah disediakan untuk simpanan pihak
sekolah.
Murid bermain di taman permainan, Padang Kota Lama
[ ] Sk Alma
Lampiran
[ ] Sk Alma
(gambar
lawatan)
Recommended