View
178
Download
7
Category
Preview:
Citation preview
DEFINISI KEBUDAYAAN
Definisi “budaya”
Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu buddhayah, yang merupakan bentuk jamak dari buddhi (budi atau akal) dimaksudkan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.
Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut culture, yang berasal dari kata Latin Colere, iaitu mengolah atau mengerjakan.
Diertikan juga sebagai mengolah tanah atau bertani.
Kata culture juga diterjemahkan sebagai "kultur" dalam bahasa Indonesia.
Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan bahawa segala yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri.
Istilah untuk pendapat itu adalah Cultural-Determinism.
Herskovits memandang kebudayaan sebagai sesuatu yang turun temurun dari satu generasi ke generasi yang lain, yang kemudian disebut sebagai superorganic.
KEBUDAYAANKeseluruhan cara hidup manusia,
termasuk pengetahuan, kesenian, kelengkapan hidup, sistem ekonomi dan kemasyarakatan, bahasa dan adat istiadat
Segala kelakuan manusia yang tidak statik tetapi dinamik
Kebudayaan akan mengalami perubahan menurut perkembangan pemikiran manusia dan persekitaran
Kebudayaan penting dalam proses pembentukan dan pembangunan Negara seperti Malaysia
Budaya berupaya mencerminkan keperibadian dan identiti sesuatu bangsa.
Budaya dapat mengatur hubungan baik antara anggota masyarakat di Malaysia
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis masyarakat dengan adat kebudayaan tersendiri.
Yang diimpikan ialah kewujudan kesepaduan yang mencakupi batas masyarakat & budaya yang pelbagai
Budaya satu fenomena sejarah; dicipta & disebarkan melalui proses difusi
Proses ini bermakna sesuatu unsur yang baik, konkrit & abstrak diserap dlm kelompok yang lain lalu diterima
Unsur & nilai itu disesuaikan untuk penggunaan di tempat lain & diserapi dalam sistem hidup yang sedia ada
Nilai ini mungkin berkembang menurut sejarah yang tersendiri
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
1. Berteraskan kebudayaan rantau ini
2. Mengambil unsur kebudayaan lain
3. Islam sebagai landasan
4. Dapat diterima oleh kaum lain
Berteraskan Kebudayaan Rantau Ini
• Rantau ini ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei, Thailand, Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polinesia, Melanesia dan Oceania) sehingga ke Barat Madagaskar.
• Penduduknya ialah rumpun Melayu• Rantau ini pusat perkembangan warisan
kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman seperti pada zaman kegemilangan Melaka. BM sebagai lingua franca.
• Kebudayaan rantau ini digambarkan oleh persamaan dalam bidang bahasa berasaskan keluarga Melayu-Austronesia, kedudukan geografi, peristiwa sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadian
• Kini, kebudayaan Melayu merupakan satu identiti, cara hidup dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia dalam rumpun yang sama.
• Berdasarkan hakikat inilah Kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan rakyat asal rantau ini dan telah dijadikan kebudayaan kebangsaan
• Dalam lingkungan budaya nasional terdapat budaya-budaya sukuan yg homogenous.
• Kumpulan etnik mempunyai budaya tertentu.
• Budaya Melayu dijadikan teras budaya nasional disebabkan sifat budaya itu sendiri sebagai suatu kesinambungan tradisi
• Budaya bersifat simbolik. Cth: Keris bermakna simbolik lambang kemegahan, kepahlawanan dan keagungan bangsa Melayu
Mengambil Unsur Kebudayaan Lain
• Kebudayaan bersifat dinamik. Ia selalu melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara terus menerus.
• Keadaan ini berlaku sesuai dengan situasi penduduk yang berbilang kaum yang mengamal dan mewarisi pelbagai budaya
• Unsur & ciri budaya Cina, India, Arab dan Barat wajar dipertimbangkan untuk dserapkan ke dalam pembentukan kebudayaan ini
• Pertimbangan yang wajar harus diberikan terhadap unsur- unsur budaya yang sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat tempatan dan tidak mewujudkan sebarang percanggahan dgn undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Malaysia dan prinsip Rukun Negara
• Kepentingan nasional, asas-asas moral dan kerohanian sejagat serta agama Islam tidak tergugat dalam penyerapan budaya- budaya luar dalam kebudayaan kebangsaan.
• Cth: Dasar Pandang Ke Timur
• Unsur- unsur baik diserapkan ke dalam matlamat dan cara hidup kita sendiri
Islam Sebagai Landasan
• Ia dilandaskan kepada kehadiran Islam yang awal ke rantau ini dan telah melahirkan intelektual dan pusat perkembangan agama di Tanah Melayu
• Islam mengajak kita berakhlak dan berperibadi mulia dan merupakan asas penting dalam menegak satu institusi budaya yang boleh diterima semua masyarakat
• Mengajar manusia supaya bijak membuat pertimbangan dan membuat pengisian secara fizikal dan mental
• Sedia menerima unsur-unsur asing yang bersifat baik sebagai budaya kebangsaan
• Islam dijadikan agama rasmi negara berlandaskan sifatnya yang universal itu.
• Dengan yang demikian, Malaysia berperanan besar dalam pengembangan Islam melalui institusi keilmuan seperti kolej dan universiti di rantau ini.
• Agama lain diberi kebebasan untuk diamalkan dan tiada halangan dan sekatan
Dapat Diterima Oleh Semua Kaum
• Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras pembentukan Kebudayaan Kebangsaan di samping Agama Islam sebagai landasan penting yang harus diambil kira
• Pengambilan unsur- unsur kebudayaan lain yang sesuai dan tidak bercanggah dgn kebudayaan & undang-undang tempatan serta dapat diterima oleh semua kaum yang ada menjadi tunjang kepada pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
• Kebudayaan kebangsaan haruslah:
• Difahami, diterima dan dipraktik oleh semua kaum di Malaysia
• Dapat menonjolkan identiti bangsa• Dapat mempamerkan keperibadian rakyat
Malaysia
OBJEKTIF KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Mengukuhkan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan manusia
Melahirkan peribadi dan identiti Malaysia
Meningkatkan perpaduan bangsa dan negara
Kestabilan politik, ekonomi dan budaya
Mengukuhkan dan Mempertingkatkan Kehidupan Manusia
• Membentuk negara maju yg berupaya menjana penguasaan ilmu, kecekapan dan bermoral tinggi
• Meningkat kualiti hidup yang seimbang dari segi fizikal dan spiritual
• Keseimbangan dari segi penguasaan ekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera
• Transformasi pembangunan yang menyeluruh dan pelbagai (perindustrian dan pertanian moden)
Melahirkan Peribadi dan Identiti Malaysia
• Meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan daripada kepentingan kesukuan dan perkauman
• Mengubah corak politik perkauman kpd politik pelbagai kaum utk menghindar percakaran kaum (spt. 13 Mei)
• Melahirkan masyarakat dari acuan yg sama dari segi pemikiran, cara hidup, tindakan dan dapat membentuk keperibadian dan identiti kebangsaan yang unggul
Meningkat Perpaduan Bangsa dan Negara
• Satu negara berdaulat dan rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum
• Mewujudkan satu pemikiran terhadap kewujudan satu negara dan satu bangsa
• Proses kebudayaan kebangsaan menuntut kita melihat kpd persamaan-persamaan dan bukan perbezaan-perbezaan.
• Perpaduan kaum akan lahir apabila kita nilai-nilai dikongsikan bersama.
Kestabilan Politik, Ekonomi dan Budaya
• Pencapaian kebudayaan tinggi akan melahirkan peradaban bangsa
• Peradaban bangsa ditentukan oleh kesimbangan politik, ekonomi dan sosial
• Pelaku utama kepada pembinaan tamadun dan kemajuan adalah rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang pada satu ketika nanti akan dikenali sebagai bangsa Malaysia.
FUNGSI KEBUDAYAAN
Fungsi Kebudayaan
i. Kebudayaan sebagai peradaban Secara pratikal, kebudayaan
merujuk pada benda-benda dan aktiviti yang elit seperti memakai baju yang berkelas, fine art, atau mendengar muzik klasik
ii. Kebudayaan sebagai sudut pandangan umum
Pada akhir abad ke-19, para ahli antropologi mendifinisikan kata kebudayaan dengan lebih luas.
Berdasarkan teori evolusi, mereka mengklasifikasikan bahawa setiap manusia lahir dan berevolusi bersama, dan dari evolusi itulah tercipta kebudayaan.
iii. Kebudayaan sebagai mekanisme stabilisasi
Teori-teori yang ada kini menganggap bahawa kebudayaan adalah sebuah produk dari kestabilan yang melekat dalam tekanan evolusi.
CIRI-CIRI KEBUDAYAAN
Ciri – ciri Kebudayaan
Menurut J.J. Hoenigman wujud kebudayaan dibedakan menjadi tiga:
i. Kumpulan ( wujud idea )
ii. Aktiviti ( tindakan )
iii. Artifak ( karya )
Kumpulan (Wujud idea)
Wujud idea kebudayaan adalah kebudayaan yang berbentuk kumpulan nilai-nilai, norma-norma, peraturan, dan sebagainya yang sifatnya abstrak.
Wujud kebudayaan ini terletak dalam pemikiran masyarakat.
AKTIVITI (TINDAKAN)Aktiviti adalah suatu tindakan berpola dari
manusia dalam sesebuah masyarakat.Sistem sosial masyarakat terdiri dari
aktiviti-aktiviti manusia yang saling berinteraksi, mengadakan hubungan dan bergaul dengan manusia lain menurut pola-pola tertentu yang berdasarkan adat dan kelakuan.
Sifatnya konkrit, terjadi dalam kehidupan seharian, serta dapat diamati dan didokumentasikan.
Artifak (karya)
Artifak wujud dari kebudayaan fizik yang terhasil dari aktiviti, perbuatan, dan karya semua manusia dalam masyarakat berupa benda-benda atau hal-hal yang dapat disentuh, dilihat, dan didokumentasikan.
Sifatnya paling konkrit diantara ketiga-tiga ciri kebudayaan.
CONTOH KEBUDAYAAN MELAYU
ADAT KELAHIRAN BAYI
Pantang larang semasa mengandung Bayi dalam kandungan banyak dipengaruhi oleh Bayi dalam kandungan banyak dipengaruhi oleh
alam sekelilingalam sekelilingDilarang melihat sesuatu yg mengerikan takut Dilarang melihat sesuatu yg mengerikan takut
menyerupai benda yg dilihat `kenan’ atau `badi’menyerupai benda yg dilihat `kenan’ atau `badi’Mereka menjadi buruan mahluk halus utk Mereka menjadi buruan mahluk halus utk
menyedut darah (jangan keluar rumah waktu menyedut darah (jangan keluar rumah waktu senja/malam)senja/malam)
Jangan minum air kelapa atau makan nenas – Jangan minum air kelapa atau makan nenas – kegugurankeguguran
Gemar duduk di tengah tangga – sukar Gemar duduk di tengah tangga – sukar melahirkan bayimelahirkan bayi
Jangan terlalu kerap tidur – anak akan Jangan terlalu kerap tidur – anak akan membesar (sukar bersalin)membesar (sukar bersalin)
Jangan mandi waktu senja – anak akan Jangan mandi waktu senja – anak akan kembar air ( akan mengeluarkan air yg kembar air ( akan mengeluarkan air yg banyak ketika melahirkan anak)banyak ketika melahirkan anak)
Buatlah kerja sehingga selesai – mudah Buatlah kerja sehingga selesai – mudah bersalinbersalin
ADAT MELENGGANG PERUT
Dilakukan apabila si ibu genap tujuh bulan
Dilakukan oleh Mak Bidan bertujuan membetulkan kedudukan bayi
Beras kunyit, buah kelapa dan beberapa helai kain digunakan
Ada juga bidan menggunakan telur ayam utk melihat jantina bayi.
ADAT WAKTU BERSALIN
Menunggu tempoh bersalin – barang- barang keperluan bersalin disediakan.
Bakul mengkuang diisi dgn beras & diletakkan kelapa yg dililit dgn benang.
Lilin dinyalakan di atas kelapa tersebut.
Mak Bidan menyambut kelahiran bayi
Bayi dipisahkan daripada uri Uri dibersihkan, diberi garam dan
ditanam Bayi lelaki uri ditanam di bawah
rumah dekat tiang seri – akan menjadi harapan keluarga
Bayi perempuan uri ditanam di pintu gerbang – mudah dipinang orang
AZAN & QAMAT
Selesai dibersihkan, diberi pakaian bersih Yang lelaki diazankan oleh bapanya Yang perempuan diqamat oleh bapanya Tujuan supaya bayi mendengar ayat-
ayat suci dahulu sebelum mendengar bunyi2 lain di dunia.
Ini juga akan menanamkan sikap keagamaan kepada bayi tersebut.
ADAT BERCUKUR
Bercukur atau potong jambul selepas berusia 40 hari
Bayi akan dihias seperti pengantin dan dipangku ayah atau bapa saudara sambil hadirin berselawat ke atas nabi
Majlis marhaban akan dilakukan selepas itu iaitu berzikir memuji kebesaran Allah dan Rasul.
Bayi akan diarak dan ditepung tawar oleh beberapa orang dan rambutnya akan digunting sehelai dua oleh ahli marhaban yang hadir (biasanya 7 orang).
Rambut tersebut diletakkan dalam buah kelapa muda yang dihias
Selepas diarak bayi tadi diletakkan di hadapan imam untuk upcara `belah mulut’
Garam dan gula akan dimasukkan sedikit ke dalam mulut bayi, dicecahkan juga sebentuk cincin emas di mulut bayi itu supaya rajin mengejar kejayaan apabila dewasa kelak.
Rambut pun digunting seluruhnya dgn meninggalkan sedikit jambul di hadapan (ala orang Manchu)
Selepas itu bayi tersebut akan diberi nama yang sesuai mengikut ajaran Islam (nama-nama nabi dan para sahabat)
ADAT BERTIMBANG
Apabila anak tersebut dilahirkan pada bulan `Safar’ iaitu bulan yang dipercayai banyak berlaku bencana, bayi itu akan melalui proses bertimbang
Ia dilakukan dalam majlis potong jambul tadi (selesai potong jambul)
Bayi akan diletakkan di dalam buai yang dibuat seperti neraca.
Dalam buai yang kosong akan diletakkan barang keperluan dapur supaya timbangannya seimbang dengan bayi.
ADAT MEMIJAK TANAH
Apabila bayi berusia lebih kurang dua tahun upacara memijak tanah dilakukan bertujuan membiasakan bayi tersebut dgn tanah dan terhindar daripada bahaya dan bencana
Alat-alat digunakan ialah padi, beras, bertih, kuih kering, kuih talam, kain kasa dan benang tawar yang dialas dengan tanah.
Disediakan juga sekendi air dari tujuh telaga.
Tiga berkas daun pelepas yg dibuat dpd daun pinang yg diletakkan dlm tempat khas.
Kanak-kanak tadi akan dililit kakinya dengan benang yg dialas tanah sambil kakinya dibasuh dgn air dari tujuh telaga
Kanak-kanak tadi digalak berjalan sambil ditabur bertih dan beras kuning.
ADAT KHATAM AL-QURAN
Kanak-kanak berusia 5 tahun diwajibkan belajar membaca Al-quran dan diajar sembahyang
Tamat 30 juzuk, akan diadakan kenduri khatam Alquran
Mereka dihias cantik dan kadang-kadang diarak keliling kampung.
Mereka duduk mengelilingi Alquran sambil membaca ayat-ayat lazim yg ditetapkan sambil disemak oleh hadirin yg hadir pada majlis tersebut
Bunga telur disediakan utk diberikan kepada tetamu yg hadir
Guru Al-quran akan dihadiahkan bunga telur khas beserta pulut kuning dan hadiah-hadiah yang lain.
Selepas itu jamuan akan dihidangkan (biasanya selepas majlis doa selamat atau marhaban)
Bunga telur disediakan utk diberikan kepada tetamu yg hadir
Guru Al-quran akan dihadiahkan bunga telur khas beserta pulut kuning dan hadiah-hadiah yang lain.
Selepas itu jamuan akan dihidangkan (biasanya selepas majlis doa selamat atau marhaban)
ADAT BERKHATAN
Apabila kanak-kanak berusia 10 tahun dia mesti dikhatankan.
Proses ini merupakan membuang sebahagian dpd kulit kemaluan lelaki bagi menjaga kebersihan dan merupakan tanda memisahkan zaman kanak-kanak dan zaman remaja
Ia dilakukan oleh Tok Mudim dlm upacara kenduri kendara
Kanak-kanak akan dihias dgn pakaian cantik dan diarak ke rumah Tok Mudim setelah selesai majlis berendam.
Kanak-kanak tersebut terpaksa berendam separuh badan dalam sungai pada awal pagi
Dengan keadaan air yang sejuk, kemaluannya akan kecut dan kebas (kurang sakit apabila dipotong kulitnya)
Kanak-kata tadi akan duduk terkangkang di atas batang pisang dgn dipegang beberapa orang dewasa dan Tok Mudim terus melakukan khatan (ia sangat menyakitkan)
Banyak pantang larang selepas berkhatan seperti makan minum dan berjalan dgn harapan luka tersebut lekas sembuh (selalunya tujuh hari)
Kanak-kanak tidur dengan kedua belah kakinya dikangkangkan menggunakan gelung rotan seperti nombor `8’ dan ditutup dengan kain yang diikat bucunya seperti `kon’ ia disebut `kundang’
Apabila genap 7 hari atau luka sudah sembuh upacara memutus tali kundang dilakukan
Kenduri kendara akan dilakukan
Pak Imam akan bersalawat dan memotong tali kundang tadi (kon)
Biasanya selepas itu kanak-kanak tadi bebas berjalan seperti biasa
Kanak-kanak perempuan juga berkhatan.
Ia dilakukan beberapa hari selepas lahir oleh Mak Bidan. Ia tidak semeriah kanak-kanak lelaki
Ia dilakukan dengan membuang sedikit darah di hujung kemaluannya dgn jarum atau hujung pisau
Ada juga, wanita bukan Islam dewasa yg ingin berkahwin dgn lelaki Islam melalui proses ini.
Ia tidak menyakitkan samalah seperti gigitan nyamuk (ia bukanlah satu perkara yang wajib)
BUSANA MELAYU
BUSANA MELAYU
PAKAIAN WANITA MELAYUBaju kurungBaju cekak musangBaju kebaya labuhBaju kebaya pendekBaju Pahang
PAKAIAN LELAKI MELAYUBaju cekak musangBaju teluk belangaBaju batik
PAKAIAN KEPALA ORANG MELAYUSongkokTengkolokKopiah
PAKAIAN MASYARAKAT LAINSariDhoti atau veshtiCheongsam dan samfu
BAJU CEKAK MUSANGBAJU CEKAK MUSANG
Diperkenalkan dlm tahun 1930Diperkenalkan dlm tahun 1930Sesuai dipakai dlm majlis Sesuai dipakai dlm majlis
perkahwinanperkahwinanBaju ini mempunyai leher yg ditutup Baju ini mempunyai leher yg ditutup
rapat dgn memakai dua kancing atau rapat dgn memakai dua kancing atau butang di bahagian kolarnyabutang di bahagian kolarnya
Di bawah kancing ini dipakaikan pula tiga lagi Di bawah kancing ini dipakaikan pula tiga lagi butangbutang
Potongan baju ini berkekek atau berpesak di Potongan baju ini berkekek atau berpesak di rusukrusuk
Kaki baju ini kembang seperti Baju Kurung Teluk Kaki baju ini kembang seperti Baju Kurung Teluk BelangaBelanga
Pada masa dahulu baju ini diperbuat dpd balduPada masa dahulu baju ini diperbuat dpd balduIa amat indah kalau dipadankan dengan kain Ia amat indah kalau dipadankan dengan kain
songketsongket
BAJU KEBAYA LABUH
Dikatakan berasal dari Timur Tengah dgn dikenali sebagai `habaya’
Selain wanita Melayu baju ini dipakai juga oleh wanita peranakan di Melaka dan P.Pinang
Ia labuh sampai ke lutut atau lebih labuh daripada itu
Berbelah di depan dan mempunyai pesak
Ia disemat dgn tiga kerongsang emas atau berpermata
Pada zaman dahulu baju kebaya tidak dipotong mengikut bentuk badan tetapi lurus potongannya
Ia dipakai dgn kain sarung dgn membawa kepala kain sarung ke hadapan
Pemakainya selalu membawa selendang yang disangkut di bahu
BAJU KURUNGPakaian tradisional org MelayuBiasa disebut Baju kurung Johor atau
Baju kurung Teluk Belanga (leher bulat tanpa kolar)
Asalnya labuh sampai ke bawah lutut
Perubahan masa menyebabkan Baju Kurung dipendekkan sehingga ke paras lutut
Biasanya dibuat dpd kain yg tidak bercorak (sekarang bercorak-corak)
Kain yg biasa dipakai ialah sutera dan kain kasa dan dipadankan dgn songket
Songket biasanya diikat dgn tali pinggang perak
Dandan rambut ialah sanggul lintang atau sanggul siput
Dipakai juga dgn cucuk sanggulDipakai dgn anting-anting pendek,
rantai dan gelang lengan yg berpintal-pintal, gelang kaki dan berselipar
Baju Teluk Belanga
Lehernya bulat atau tidak berkolarIa seperti baju kurung wanitaBerbelah sedikit di atas dan dibutangkan
(biasanya butang satu)Seluarnya biasanya sedondon dgn baju
tetapi adakalanya berwarna berlainanKain pelikat/songket diikat dagang di
dalam dan juga diikat dagang di luar.
Baju Batik
Baju Kemeja yang pakai oleh semua lapisan masyarakat
Ia boleh dipakai oleh lelaki atau wanitaWanita biasanya memakai kebaya batikLelaki biasanya memakai kemeja panjangBaju batik sekarang direka dalam
pelbagai bentuk fesyen pakaian lelaki dan wanita.
Baju Pahang
Ia dikenali juga sebagai `Baju Riau Pahang’Lehernya bercekak dan reka bentuknya sama
spt Kebaya PanjangDi rusuk baju dibuat pesak kembangKainnya pula diikat secara ombak mengalunDandan rambut ialah sanggul melintangSelain Pahang, ia juga dipakai di Johor dan
TerengganuDi Terengganu ia disebut sebagai `Kebaya Turki’
Kepercayaan dan Agama
Agama org Melayu ialah Islam, tetapi dlm perlakuan agama terdapat perlakuan tinggalan daripada pengalaman sejarah yang telah dilaluinya
Oleh itu di samping agamanya yg rasmi terdapat kepercayaan terhadap kuasa luar biasa yang diwarisi sebagai `cultural baggage’ mereka.
Wujud konsep ‘folk beliefs’ di kalangan penganut agama rasmi.
Ia lebih menebal di kalangan golongan orang biasa daripada golongan atasan dan terpelajar.
KEPERCAYAAN ORANG MELAYU
JIKA TERKENA SESUATU
Membunuh UlarGunakan buluh dan pukullah di kepalanya.
Ular pasti akan lemah apabila bertemu buluhBertemu Anjing Garang
Cari batang ubi kayu dan pukullah ke badannya. Perbuatan ini akan menyebabkan anjing itu menjadi jinak dan tidak lagi bertindak ganas.
Terkena Ulat BuluAmbil seruas tebu dan tumbukkan hingga
halus, sapukan di tempat yg terkena ulat bulu
LintahKunyah tembakau, curahkan air liur bercampur
tembakau tadi di atas lintah tersebut. Pasti akan tertanggal.
Hujan PanasAmbil sehelai rumput dan letakkan di telinga
Di Sengat TabuanGunakan ibu jari untuk mengambil air liur
di lelangit dan sapukan di tempat tersengat tebuan
Luka Berdarah BanyakAmbil lumut pada batu atau pokok dan
tampalkan pada luka dan balutlah luka tersebut
Tercucuk PakuPukul tempat tercucuk paku dengan kasut,
selipar atau kasut sehingga darah banyak keluar kemudian balut dengan kain
Bisa SeranggaAmbil biji engkalak dan hiriskan nipis. Ambil
lendirnya dan campur dgn sedikit air, sapukan di tempat yg terkenan gigit
Di Sengat LipanMinum air cepat-cepat sebelum lipan itu
mendapatkan air.Ambil air liur ayam dan sapukan pada tempat
terkena sengat
SEBELUM MASUK HUTAN
Letakkan sebakul bahan yang terdiri dpd sekapur sirih serta beberapa batang rokok apung dalam hutan yang hendak dimasuki
Baca jampi serapah: bertujuan memberi tahu penghuni hutan bahawa tujuan kita baik dan minta dilindungiDampar batang dampar, dampar di kayu ara, aku
siapa engkau siapa, sama-sama kita diakui sama saudara
Melangkah dengan kaki kanan dahulu untuk mendapat hasil yang baik
Beri salamAsalamualaikum, Bismillah Sia Allah, Bismillah Alif
Allah
DALAM HUTAN
Terdengar bunyi yang ganjil jangan ditegur dan bacalah serapahHai sampa buru-buru, senda pohon kiara,
hai sampa buru-buru, sama kita bersaudaraAmbillah segenggam daun paku uban. Buanglah
daun tersebut di kiri kanan sambil berjalan untuk melindungi diri
Apabila berlaku hujan panas ambil 4 batang ranting kayu. Ditanam secara merencung dengan hujungnya ke bawah dan pangkalnya ke atas dan anda duduk di antaranya untuk melindungi dpd gangguan syaitan dan badi hujan panas
Digalakkan merokok utk menghindar hasutan iblis
Sebelum menebang atau menebas, ambil dua tiga batang anak kayu dan pacak berhampiran tempat kita bekerja. Ini tanda kita meminta izin untuk meneroka hutan tersebut.
Dengan itu kita tidak akan diganggu.
TERSESAT DI DALAM HUTAN
Cari pokok kayu ara di sekitar anda. Lihat arah pucuknya naik kerana ini akan menunjukkan arah sungai atau laut. Ikutlah arah tersebut dan anda akan menemui jalan keluar
Cari akar atau rotan, belah tengahnya. Masukkan kepala di antara belahan. Anda akan melihat jalan keluar
Jika ada macis, bakarlah bulu (rambut, bulu tubuh dll)
Jika sudah terlalu terdesak, buka pakaian dan bertelanjanglah buat seketika.
MENEBANG POKOK
Sebelum menebang pokok yang dikhuatiri ada penunggunya, tetakkan kapak ke pokok tersebut dan biarkan ia melekat selama beberapa hari
Sekiranya kapak terlekat, pokok itu boleh ditebang
Sekiranya tidak melekat, pokok itu jangan ditebang sebab ada penunggu.
Mulai menebang dengan bismillahApabila beberapa kali menetak, tiba-tiba
kapak itu terpelanting atau serpihan kayu terpelanting terkena muka/mata, jangan teruskan menebang sebab pokok itu ada penunggu.
MAKANAN DI HUTANMakan Kulat
Kulat yang ada warna kekuningan adalah mabuk
Makan DaunDaun yang berbulu-bulu selamat daripada daun
yang nampak berminyak-minyak
Makan BurungBurung yang menyambar dengan kakinya tidak
boleh dimakan.
Minum AirPandang muka ke dalam air, kalau nampak
wajah, air selamat diminumPacakkan parang atau besi ke dalam lopak dan
minumkan airnyaMakan Buah
Buah yang dimakan burung selamat dimakan manusia
PERMAINAN TRADISIONAL
PERMAINAN TRADISIONAL
FALSAFAH Hidup dalam masyarakat perlu pergantungan kepada org lain utk
survival (interaksi sosial) Hidup akan lebih bermakna kalau ada riadhah Hidup akan lebih suram kalau tiada interaksi sosial
TUJUAN Mengisi masa lapang Mewujudkan rasa kekitaan dan kerjasama kumpulan
FUNGSI Menguji kepintaran dan kebijaksanaan Memanfaatkan bahan yg ada di persekitaran
PERATURAN DAN KEPERLUAN Memujudkan peraturan yg membawa kpd undang masyarakat yg lebih
besar Mewujudkan satu falsafah agar mematuhi peraturan & undang2 Bahan tempatan yang autentik digunakan
Permainan Tradisional
Layang-layangGasingBatu SerembanCongkakSepak Raga BulatanTeng-TengKondi-kondiMain Galah
KONDI-KONDIFALSAFAH
Memupuk kerja sepasukanKemahiran mengatur strategi
TUJUANMenguji kordonasi tangan dan mataKemahiran matematik
FUNGSIMenguji ketepatan memukul dan
kemahiran menyambut serta membaling
PERATURAN2 pasukan 3 hingga 10 org Kayu pendek melintang lobang dipukul dgn kayu
panjang `ala kriket atau rounders’Pemian lawan cuba menyambut kayu pendek
Sekira tidak berjaya, pemain lawan membaling kayu itu ke dalam lobang, sekiranya masuk atau terkena kayu panjang yg melintangi lobang pemain tadi dikira mati
Sekiranya kayu jatuh jauh dari lobang, kayu pendek di atas tanah tadi dipukul dgn kayu panjang
Sekiranya kayu pendek tadi tidak dpt disambut pihak lawan, kiraan mata bagi pemain
KEPERLUANDua kerat kayu ½ hingga ¾ inci ukuran garis
pusatnyaSekerat panjangnya 6 inci dan sekerat lagi 1 ½
kakiLobang yg berukuran 2 inci dan 2 inci dalam
dikorek di tanah
TENG-TENGFALSAFAH
Setiap permainan ada peraturanPermainan perlu penyertaan orang lain
TUJUANKemahiran melompat sambil dan mengimbang
badanKetahanan stamina utk meneruskan permainan
sehingga ke petak 8Membina otak cerdas dan nilai yg membina
FUNGSIKordinasi mata, kaki, tangan dan kesimbangan
badan
PERATURANMenggunakan sebelah kaki utk melompat dari satu
petak ke petak yg lain3 bentuk dan sistem permainanMelompat dgn meletakkan batu ke atas tanganBerjalan dari petak ke petak sambil mendongak ke
atasTiada garisan dan petak larangan boleh di pijakYang dapat membina banyak `rumah’ dikira
pemenang
KEPERLUAN4 org pemainRajah yang dilukis 8 petakSebiji batu seorang
Layang-Layang
FALSAFAHSeni bina dan seni hias yg baik
TUJUANMengisi masa lapangMemutuskan wau lawan
FUNGSIDapat memanikkan layang-layang mengikut
darjah yang terbaik dan dapat bertahan lamaDapat melakukan pelbagai pergerakan menarik
di udara
PERATURANWau dapat dinaikkan dgn baik dan melakukan
pelbagai pergerakanDarjah `naik’ wau diukur mengikut darjah 0
hingga 90 darjahWau lawan dapat diputuskan di udara
(benangnya dialas dgn serbuk kaca) KEPERLUAN
BenangBuluhKertas RinganGamSerbuk kaca dan gam
Gasing
FALSAFAH Mewujudkan kerja sepasukan serta kemahiran membina
gasing yang baikTUJUAN
Dapat mematikan langkah atau permainan lawan Mengisi masa lapang Mewujudkan kordinasi mata dengan tangan yg baik
FUNGSI Dapat mematikan strategi lawan Ketepatan memangkah memerlukan latihan Membandingkan kemahiran membuat gasing terbaik Kemahiran menatah gasing yang ligat berpusing
PERATURANMemusing gasing dengan ligat dan boleh bertahan
lamaMemangkah gasing lawan sehingga mematikkan
pusingannya atau keluar gelanggangKEPERLUAN
GasingGelanggangTali gasingPenatah gasing utk pertandingan gasing `uri’
(paling ligat berpusing)
Batu Seremban
FALSAFAHSetiap kerja atau permainan ada peraturan yg perlu
diikutiSetiap aktiviti memerlukan penglibatan orang lain utk
mewujudkan keseronokanTUJUAN
Mengisi masa lapangMewujudkan kerja sepasukan dan setiakawan
FUNGSIMenguji kordinasi mata dan tangan serta kemahiran
melambung dan menangkapMenguji kemahiran mengira
PERATURAN Pemain menentukan siapa yg jalan dahulu
mengikut mata diperolehi (yg banyak main dahulu)
Permainan ada peringkat (10 peringkat)Bermula dgn peringkat mudah sehingga ke
sukarStrukturnya sama sahaja iaitu dgn
melambung batu sambil menyambar yang di bawah serentak menangkap batu yang dilambung
KEPERLUAN5 atau 7 biji batu atau buah getah
Congkak
FALSAFAHKemahiran mengatur strategi punca utama
kemenangan dan kejayaanTUJUAN
Kemahiran congakKemahiran kordinasi tangan dan mata
FUNGSIMengutip sebanyak mungkin buah utk menangKemahiran membaca gerak permainan lawan
PERATURAN2 org pemain yg cuba mendapat sebanyak
mungkin buah/batuAda 3 pusingan sekiranya mereka seri setelah 2
pusinganCuba memasuki rumah yang dapat `menembak’
buah permainan lawan yang banyakKEPERLUAN
Batu atau kerikil kecil sebanyak 42 biji seorang (6 selobang)
Papan congkak yang ada 14 lobang dan 2 lobang ibu
Sepak Raga
FALSAFAH Kebolehan tinggi dapat dicapai melalui latihan yg lama
TUJUAN Mengisi masa lapang Kerja sepasukan
FUNGSI Menimang bola dengan lama tampa jatuh ke bawah Kordinasi mata, kaki dan kepala yang baik
PERATURAN Bola dilambung dan ditimang dengan kaki melalui sepakan atau
tandukan kepala Sepakan dihitung atau dikira mengikut lamanya sehingga bola jatuh Yang paling lama akan memenangi pertandingan
KEPERLUAN Bola raga yang diperbuat daripada rotan Kain sarung (sekiranya memerlukan timangan di lakukan dalam kain)
PERATURANBola dilambung dan ditimang dengan kaki
melalui sepakan atau tandukan kepalaSepakan dihitung atau dikira mengikut
lamanya sehingga bola jatuhYang paling lama akan memenangi
pertandingan
KEPERLUANBola raga yang diperbuat daripada rotanKain sarung (sekiranya memerlukan timangan
di lakukan dalam kain)
ADAT PERKAHWINAN MELAYU
PERISTIWA DALAM ADAT PERKAHWINAN
Adat Merisik Adat Meminang Adat Bertunang Adat Berambeh Menghantar Belanja Akad Nikah Majlis Berinai Khatam Al-Quran Bersanding Buang Peraja Berziarah
Adat Merisik
Peringkat paling awal dalam istiadat perkahwinan Melayu
Keluarga pihak lelaki akan menghantar wakil untuk berbincang dengan pihak perempuan tentang tarikh kedatangan rombongan merisik (biasa saudara mara terdekat pihak lelaki)
Wakil merisik datang untuk bertanya tentang kesudian keluarga gadis sama ada anak mereka sudah dipinang orang ataupun belum
Adat Meminang
Setelah diketahui gadis itu bukan kepunyaan sesiapa pihak lelaki menetapkan hari utk menghantar satu rombongan untuk meminang gadis itu.
Meminang bermaksud melamar seseorang gadis untuk dijadikan isteri
Jika peminangan diterima, adat pertunangan dijalankan (tekul)
Sebentuk cicncin belah rotan akan dibawa utk diserahkan kepada gadis sebagai tanda `tanya’. Dibawa juga hantaran seperti pakaian, makanan dan gubahan.
Wakil lelaki akan duduk berhadapan kedua-dua ibu bapa gadis untuk bertanya persetujuan anak gadis
Kalau setuju cincin akan diserahkan kepada keluarga si gadis, kalau tidak cincin akan dibawa pulang
Adat ini biasanya dilangkaukan dalam adat perkahwinan hari ini.
Hari ini diteruskan dengan adat pertunanganMalamnya diadakan majlis menopeng (Gendang
Melayu Sarawak)
Adat Pertunangan
Majlis pertunangan agak meriah seakan-akan mini majlis perkahwinan
Wakil pihak lelaki datang dengan rombongan yg ramai membawa pelbagai hantaran seperti cincin sebentuk, makanan, pakaian, Al-quran, buah-buahan dan sebagainya
Dalam majlis ini secara formal wakil pihak lelaki (ketua rombongan) akan bertanya tentang bersetujuan pihak perempuan untuk menerima peminangan. Bahasa yang digunakan biasanya bahasa puitis.
Setelah persetujuan diperolehi, wakil pihak lelaki akan menyarungkan cincin tanda bertunang kpd anak gadis berpakaian cantik tersebut di hadapan majlis.
Yang menyarung cincin biasanya saudara perempuan terdekat lelaki.
Watikah pertunangan pun ditandatangani dengan diturunkan tandatangan saksi-saksi
Watikah diserahkan kepada pihak perempuan dan satu salinan disimpan pihak lelaki.
Majlis perbincangan diadakan tentang tarikh perkahwinan, jumlah wang hantaran, perkakas tempat tidur, belanjan dapur dan sebagainya
Majlis biasanya diakhiri dengan marhaban dan bacaan doa selamat
Jamuan biasanya dinikmati selepas majlis marhaban/doa selamat
Sebelum balik, pihak perempuan akan menyerahkan hantaran balas seperti pakaian, makanan, buah-buahan dan sebagainya untuk dibawa balik oleh pihak lelaki.
Malamnya diadakan majlis menopeng (Gendang Melayu Sarawak)
Majlis Berambeh
Majlis ini merupakan kunjungan hormat pihak lelaki ke rumah pihak perempuan
Dia disambut keluarga dengan mesra, di hidang makanan oleh tunang
Tempat tidur disediakan oleh tunangBangun esoknya, biasa pihak lelaki akan
meninggalkan cenderamata di bawah bantal sama ada berbentuk barangan atau wang ringgit
Begitu juga sebaliknya.Pihak perempuan akan bermalam di rumah
lelaki akan dibawa memasak makanan dan membuat kerja rumah bersama-sama ahli keluarga yang lain
Tujuan berambeh ini ialah untuk melihat kepakaran, sopan santun, adab dan nilai sosial kedua-dua bakal menantu
Majlis Menghantar Belanja
Rombongan kecil pihak lelaki akan berjumpa dengan pihak perempuan untuk menghantar wangan belanja perkahwinan
Sekiranya wang tidak diserahkan dalam majlis pertunangan, ia akan diserahkan wakil dalam majlis menghantar belanja
Sekiranya anak gadis mempunyai kakak yang belum berkahwin, pihak lelaki harus menghantar hantaran seperti pakaian, cincin dan makanan sepertimana yang diperolehi si adik sebagai denda kepada lelaki kerana `melangkah bendul’ atau `melangkah batang’
Wang tadi termasuk wang belanja dapur, wang membeli peralatan tempat tidur dan sebagainya dan tidak termasuk wang `mas kahwin,
Jumlahnya ditentukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak seperti RM3000, RM4000, RM5000
Wang ini akan dikembalikan oleh pihak wanita sekiranya pihak wanita memutuskan perkahwinan
Sekiranya pihak lelaki memutuskan tali pertunangan, hantaran ini dikira hangus.
Akad Nikah
Akad Nikah biasanya dilakukan oleh kadiSeminggu sebelum majlis persandinganSehari sebelum majlis persandinganBeberapa jam sebelum majlis persandinganSebelum majlis persandingan
Akad nikah dilakukan di hadapan bapa si gadis sebagai wakil dan dua orang saksi dengan disaksikan oleh sanak saudara pihak perempuan dan rombongan daripada pihak lelaki
Gadis yang berpakaian cantik berada di tempat tersebut untuk membuat persetujuan dan juga untuk mendengar khutbah nikah
Pihak lelaki dan perempuan menandatangani surat nikah serta tandatangan saksi-saksi
Setelah selesai akad nikah, lelaki hendaklah menyentuh dahi gadis tersebut untuk membatalkan air sembahyangnya
Dahulu gadis itu berada di dalam bilik. Pihak lelaki terpaksa pergi ke bilik pengantin bersama-sama seorang wakil untuk membatalkan air sembahyang. Sekarang diwajibkan gadis hadir untuk mendengar khutbah kadi yang merupakan pengajaran bagi mempelai yang mahu berumah tangga serta lafaz sumpah lelaki.
Wang mas kahwin diserahkan di majlis tersebut (di Sarawak RM120), (Selangor RM80). Wang itu tidak boleh dibelanjakan untuk apa-apa yang selain diserahkan terus kepada anak gadis. Terpulanglah kepada gadis tersebut untuk membelanjakannya. Selain itu wang untuk kadi, wang saguhati untuk saksi dan wang bayaran buku akad nikah.
Setelah akad nikah, majlis marhaban diadakan di rumah pengantin perempuan atau terus kepada majlis persandingan.
Majlis Berinai
Setelah akad nikah, maka sahlah kedua-dua mempelai ini menjadi suami isteri
Biasanya, sebelum majlis persandingan esok, diadakan majlis berinai atau `belulut’ disebut di Sarawak
Pada malam itu, pengantin perempuan di rumahnya akan dimeriahkan dengan kompang dan duduk seorang diri di atas pelamin. Ditepung tawar oleh sanak saudara terdekat sahaja
Diadakan majlis marhaban dan berzanji
Selepas majlis, pengantin perempuan akan dimandikan air bunga serta mereka akan berinai jari kaki dan tangan
Tetamu yang lain dihiburkan dengan `menopeng’ atau Gendang Melayu Sarawak sambil bergotong-royong membuat persiapan lauk pauk untuk majlis persandingan pada esoknya
Ada juga pihak lelaki akan melakukan majlis yang sama di rumah mereka sendiri
Ada juga kedua-dua disandingkan sama di rumah pengantin perempuan dan berinai bersama-sama (jarang dilakukan)
Majlis Persandingan
Majlis dimulakan dengan majlis marhaban atau majlis khatamal Quran (sekiranya ada)
Selesai marhaban, majlis jamuan dimulakanKekadang diadakan majlis hiburan (zaman dahulu
diadakan majlis pertunjukan silat oleh hadirin yang hadir dengan diiringi muzik silat atau majlis nyanyian lagu-lagu irama Malaysia atau lagu-lagu nasyid . Sekarang digantikan dengan karaoke)
Ketika majlis jamuan sedang rancak dilakukan, majlis bersanding pun bermula
Pengantin perempuan akan menunggu di atas pelamin bersama-sama Mak Andam bersama-sama pengapit pengantin lelaki.
Rombongan pengantin lelaki akan tiba dengan iringan hadrah/kompang.
Dihalang oleh pendekar (jurusilat) sebelum masuk. Jurusilat pihak lelaki akan cuba masuk sambil membawa pedang/keris/kapak/beliung.
Setelah jurusilat pihak perempuan mengalah dan senjata tadi dapat dirampasnya daripada jurusilat pihak perempuan barulah pengantin lelaki melangkah masuk. (Ini dinamakan `buka pintu’
Pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin perempuan untuk membatalkan air sembahyang
Apabila duduk di pelamin, dua mempelai akan ditepung tawar oleh kedua-dua ibu bapa pengantin, saudara saudara terdekat, orang kenamaan, ketua-ketua masyarakat dan diakhiri doa oleh Imam atau wakilnya.
Kadangkala pihak lelaki akan membawa pihak perempuan bertandang ke rumah mereka untuk bersanding di sana. ATAU pengantin akan bertukar pakaian untuk beberapa kali persandingan di pelamin
Di akhiri dengan majlis berziarah dengan ibu bapa serta sanak saudara oleh kedua-dua mempelai
Buang Peraja
Pengnatin lelaki dan perempuan akan pergi ke suatu tempat yang `keras’ untuk membuang peraja (melucutkan status raja sehari mereka)
Biasanya mereka pergi ke sungai untuk melontar besi, garam, rokok, sirih sekapur dan kekadang wang siling untuk membuang tulah agar mereka dilindungi daripada pelbagai musibah
Akan dibawa bersama seorang bomoh yang pandai membuat jampi serapah
Kekadang mereka dibawa juga turun naik tangga sebanyak tujuh kali
Berjalan di bawah rumahAda sesetengah tempat di bawa menyeberang
sungai sebanyak tiga kali dan akhirnya dikaramkan di tepi
Mulai saat itu mereka akan menjadi orang biasa dan tidak akan ditimpa `tulah’ atau `peraja’
Kalau tidak, dipercayai mereka akan ditimpa peraja seperti sakit dan kadang-kala ada yang kena `gila peraja’.
Majlis Menghantar Pengantin
Ada juga pihak lelaki akan balik ke rumahnya setelah majlis persandingan
Pada petangnya diadakan majlis `menghantar pengantin’ dengan rombongan yang kecil yang terdiri daripada sanak saudara terdekat
Majlis ringkas ini bermula dengan kata-kata penyerahan oleh pihak lelaki dan disambut ikhlas oleh pihak perempuan
Doa selamat akan diadakan dan diakhiri dengan majlis doa selamat
Majlis Berziarah
Setelah 3 hari berkahwin, diadakan majlis berziarah
Pihak mempelai akan berziarah ke rumah pihak pengantin lelaki
Disambut dengan marhaban dan kenduri kendara
Majlis diakhiri dengan kata-kata penyerahan oleh pihak lelaki kepada keluarga pihak perempuan
Ini berlaku sekiranya pihak lelaki sudah berada di rumah perempuan setelah persandingan
Kalau tidak, ada juga dibuat majlis `menghantar pengantin’
PERKEMBANGAN KEBUDAYAAN MELAYU
Perkembangan budaya berlaku apabila kebudayaan tempatan berhubung dengan kebudayaan asing.
Hirschman mengatakan bahawa kebosanan manusia sebenarnya merupakan penyebab perubahan.
Ada tiga faktor yang dapat mempengaruhi perubahan sosial:
i. Tekanan kerja dalam masyarakatii. Keefektifan komunikasi iii. Perubahan lingkungan alam.
Cth: Pada akhir zaman ais, wujudnya
pembaharuan dalam sistem pertanian dan perikanan.
Penetrasi kebudayaan
Penetrasi kebudayaan bermaksud kemasukan pengaruh suatu kebudayaan ke kebudayaan lainnya.
Terjadi dengan dua cara:i. Penetrasi damai (penetration pasifique)
Masuknya sebuah kebudayaan dengan jalan damai.Cth : Masuknya pengaruh kebudayaan Hindu dan Islam ke Indonesia. Penerimaan kebudayaan tersebut tidak mengakibatkan konflik, tetapi memperkaya khazanah budaya masyarakat setempat dan tidak menghilangkan unsur-unsur asli budaya masyarakat.
Cth : Masuknya pengaruh kebudayaan Hindu dan Islam ke Indonesia. Penerimaan kebudayaan tersebut tidak mengakibatkan konflik, tetapi memperkaya khazanah budaya masyarakat setempat dan tidak menghilangkan unsur-unsur asli budaya
masyarakat.
ii. Penetrasi kekerasan (penetration violante) Masuknya sebuah kebudayaan dengan cara
memaksa.
Cth: Kemasukan budaya Barat ke Indonesia
pada zaman penjajahan disertai dengan
kekerasan telah menimbulkan kekacauan
yang menjejaskan keseimbangan dalam
masyarakat.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Recommended