View
234
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
KEPUASAN KER JA DI KALANGAN GURU PENOLONG KANAN SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA, PERAK DARUL RIDZUAN
Ole h
Shahbudin bin Mohamad I
Tesis ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat penganugrahan ijazah Sarjana Sains
(Pembangunan Sumber Manusia)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Julai 1997
Dedikasi khas buat:
1steri tercinta - Husnamilah bt Abdullah Putera dan Puteri tersayang - Mohd Syafiq
Mohd Iqbal Siti Nur Aliya
PERAKUAN
Tiada bahagian daripada tesis ini telah dikemukakan bagi
menyokong sesuatu permohonan untuk mendapatkan kelayakan
ijazah di universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.
Alhamdulillah; syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya
dapat penulis menyiapkan tesis ini untuk memenuhi syarat
penganugrahan Ijazah Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia.
Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia, Dr.
Spencer Empading Sanggin kerana bimbingan dan tunjuk ajar yang
telah diberikan kepada penulis sepanjang proses penulisan tesis ini. Di
samping itu ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Unit
Perancangan dan Penyelidikan (EPRD) Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Perak Darul Ridzuan, Pejabat
Pendidikan Daerah Larut, Matang dan Selama kerana telah
membenarkan penulis menjalankan penyelidikan di semua sekolah
menengah di daerah Larut, Matang dan Selama, Perak Darul Ridzuan.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua
pengetua sekolah menengah di daerah Larut, Matang dan Selama dan
Guru Penolong Kanan yang terlibat kerana telah memberi kerjasama
yang baik kepada penulis. Tidak lupa kepada pensyarah-pensyarah
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains
Sosial dan Fakulti Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak
serta pensyarah-pensyarah Institut Aminuddin Baki.
Kepada isteri tercinta dan anak-anak yang tersayang, diucapkan
terima kasih kerana sanggup berjauhan dan bersusah payah bersama.
Kepada En. Shahidan Hashim terima kasih kerana selalu memberi
dorongan, perangsang dan bantuan kepada penulis.
Semoga Allah sentiasa memberkati segala usaha dan bantuan yang
telah diberikan.
S h a h b u h bin Mohamad Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Julai 1997.
Perakuan
Penghargaan
Senarai Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
Abstrak
Abstract
BAB 1 PENGENALAN
1 . 1 Pendahuluan
1.2 Latar belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Tujuan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Limitasi Kajian
1.8 Definisi Istilah
'9lsat Mhidmat Makluniat Akaeiern*' I iNIVERSITI MALAYSIA SPIKAWP.
KANDUNGAN
muka surat
. . . 111
iv
v1
xii
xiii
xiv
xv
BAB I1 SOROTAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
2.2 Definisi Kepuasan Kerja
2.3 Teori-teori Kepuasan Keqa
2.3.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow
2.3.2 Teori Dua Faktor
2.3.3 Teori Alderfer's ERG
2.3.4 Teori Jangkaan Vroom
2.3.5 Teori Persamaan Adams
2.4 Kajian Tentang Kepuasan Kerja
2.5 Perkaitan Kepuasan Kerja Dengan Faktor Demografi
2.5.1 Umur
2.5.2 Jantina
2.5.3 Kumpulan Etnik
2.5.4 Taraf Perkahwinan
2.5.5 Pendapatan
2.5.6 Pengalaman Kerja
2.5.7 Tempat Bertugas
2.5.8 Lokasi
2.6 Perkaitan Kepuasan Kerja Dengan Faktor Kerja
2.6.1 Gaji
2.6.2 Penyeliaan
2.6.3 Suasana pekerjaan
2.6.4 Rakan sekerja
2.6.5 Kenaikan pangkat
2.7 Rumusan Sorotan Kajian Lepas
2.8 Kerangka Model Kepuasan Kerja
2.9 Hipotesis Kajian
BAB I11 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Reka bentuk Kajian
3.2.1 Populasi kajian
3.2.2 Persampelan
3.3 Pengumpulan Data
3.3.1 Instrumen kajian
3.3.2 Pentadbiran soal selidik
3.4 Analisis Data
BAB IV HASIL KAJIAN
4.1. Pendahuluan
4.2. Ciri-ciri Demografi Responden Kajian
4.2.1 Umur
4.2.2 Jantina
4.2.3 Kumpulan etnik
4.2.4 Taraf perkahwinan
4.2.5 Pendapatan
4.2.6 Pengalaman
4.2.7 Tempat bertugas
4.2.8 Lokasi sekolah
4.3 Hasil Kajian
4.3.1 Kepuasan kerja keseluruhan Guru Penolong Kanan sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama, Perak Darul Ridzuan 59
4.3.2 Perkaitan faktor demografi dengan kepuasan ke rja
4.3.3 Perbezaan kepuasan kerja mengikut faktor demografi
4.3.3.1 Perbezaan kepuasan kerja mengikut jntina
4.3.3.2 Perbezaan kepuasan kerja mengikut e tnlk
4.3.3.3 Perbezaan kepuasn kerja mengikut taraf perkahwinan
4.3.3.4 Perbezaan kepuasan kerja menglkut tempat bertugas
4.3.3.5 Perbezaan kepuasan kerja meng&ut lokasi
4.4. Rumusan Dapatan Kajian
BAB V RINGKASAN, PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Ringkasan Kajian
5.2.1 Dapatan penting
5.2.1.1 Profil responden kajian
5.2.1.2 Kepuasan kerja keseluruhan Guru Penolong Kanan sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama, Perak Darul Ridzuan
5.2.1.3 Perkaitan antara faktor demografi dengan kepuasan ke rja Guru Penolong Kanan
5.2.1.4 Perbezaan kepuasan kerja Guru Penolong Kanan mengikut faktor demografi
5.3 Perbincangan Dan Rumusan
5.3.1 Kepuasan ke rja Guru Penolong Kanan sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama, Perak Darul. Ridzuan.
5.3.2 Perkaitan faktor demografi Guru Penolong Kanan dengan kepuasan kerja
5.3.3 Perbezaan kepuasan kerja Guru Penolong Kanan berdasarkan jantina
5.3.4 Perbezaan kepuasan keqa mengikut kumpulan etnik
5.3.5 Perbezaan kepuasan kerja mengikut tempat bertugas
5.3.6 Perbezaan kepuasan kerja berdasarkan taraf perkahwinan, dan lokasi sekolah
5.4 Implikasi
5.5 Cadangan
5.5.1 Cadangan mempertingkatkan kepuasan kerja Guru Penolong Kanan
5.5.2 Cadangan bagi penyelidikan akan datang
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
Lampiran A - Borang Soal Selidik
Lampiran B - Surat Kebenaran EPRD
Lampiran C - Surat Kebenaran J P N Perak, Perak Darul Ridzuan
Lampiran D - Surat Kebenaran PPD Larut, Matang dan Selama, Perak Darul Ridzuan
SENARAI JADUAL
Jadual muka surat
Jadual 1: Bidang Tugas Guru Penolong Kanan
Jadual 2: Pengkelasan Teori-teori Kepuasan Kerja
Jadual 3: Faktor-faktor Kepuasan Kerja Herzbeg
Jadual 4: Pembolehubah Kepuasan Kerja
Jadual 5: Sistem Pernarkatan Pilihan Responden
Jadual 6: Taburan Responden Mengikut Umur
Jadual 7: Taburan Responden Mengrkut Jantina
Jadual 8: Taburan Responden Mengikut Kumpulan Etnik 5 5
Jadual 9: Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan 55
Jadual10: Taburan Responden Mengikut Pendapatan 56
Jadual 1 1: Taburan Responden Mengikut Pengalaman Sebagai Guru Penolong Kanan
Jadual12: Taburan Responden Mengikut Tempat Bertugas 58
Jadual13: Taburan Responden Mengikut Lokasi Sekolah 59
Jadual14: Tahap Kepuasan Kerja Keseluruhan Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak Darul Ridzuan 60
Jadual15: Tahap Kepuasan Kerja Gum Penolong Kanan Sekolah Menengah Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak Darul Ridzuan 6 1
Jadual16: Kepuasan Kerja Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak Darul Ridzuan 62
Jadual 17: Perkaitan Antara Umur, Pengalaman Kerja dan Pendapatan Dengan Kepuasan Kerja 64
Jadual18: Ujian - t Perbezaan Kepuasan Kerja Mengikut Jantina 66
Jadual19: Analisa Varian Sehala Kepuasan Terhadap Peluang Kenaikan Pangkat Mengikut Kumpulan Etnik 67
Jadual20: Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Terhadap Peluang Kenaikan Pangkat Mengikut Kumpulan Etnik 68
Jadual21: Ujian - t Kepuasan Kerja Mengikut Status Perkahwinan 69
Jadual22: Ujian - t Perbezaan Kepuasan Kerja Mengikut Tempat Bertugas 70
Jadual23: Ujian - t Perbezaan Kepuasan Kerja Mengikut Lokasi 72
SENARAI RAJAH
Rajah
Rajah 1: Teori Hierarki Keperluan Maslow
Rajah 2: Kesan Faktor 'Motivator' dan ' Hygiene' Ke atas Kepuasan Kerja
Rajah 3: Kerangka Model Kepuasan Kerja
muka surat
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengetahui perkaitan antara faktor demografi dengan kepuasan kerja Guru Penolong Kanan (GPK) sekolah menengah ch daerah Larut, Matang dan Selama, Perak Darul Ridzuan. Secara spesifik kajian ini bertujuan untuk; 1) mengenal pasti tahap kepuasan kerja GPK secara keseluruhan, 2) mengetahui perkaitan faktor demografi dengan kepuasan kerja GPK dan 3) menentukan sama ada terdapat perbezaan kepuasan kerja di antara faktor demografi ( jantina, kumpulan etnik, taraf perkahwinan, tempat bertugas dan lokasi sekolah) . Seramai 55 orang GPK sekolah menengah d~ daerah Larut, Matang dan Selama, Perak Darul Ridzuan telah menjadi responden kajian. Data telah diproses dengan menggunakan pengaturcaraan ‘Statistical Package For The Social Science (SPSS)’. Pembolehubah bebas iaiatu faktor demografi telah digunakan dalam model kajian untuk menjelaskan pengaruh terhadap kepuasan kerja GPK. Penemuan kajian menunjukkan 72 peratus GPK berpuas hati dengan pekerjaan secara keseluruhan. Secara keseluruhan GPK berada pada tahap kepuasan kerja yang tinggi. Daripada enam faktor kepuasan kerja hanya faktor gaji dan peluang kenaikan pangkat menunjukkan peratus kepuasan kerja yang rendah. Terdapat perkaitan yang positif antara pengalaman dengan kepuasan kerj a keseluruhan. Umur mempunyai perkaitan negatif dengan kepuasan terhadap peluang kenaikan pangkat. Dari segi perbezaan kepuasan kerja mengikut demografi; kajian mendapati GPK perempuan lebih berpuas hati terhadap rakan sekerja dan pekerjaan keseluruhan. GPK Melayu lebih berpuas hati dengan peluang kenaikan pangkat berbanding dengan GPK Cina. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan terhadap peluang kenaikan pangkat di antara GPK Cina dengan GPK India dan GPK Melayu dengan GPK India. GPK yang bertugas di sekolah menengah teknik didapati lebih berpuas hati terhadap gaji dan pekerjaan keseluruhan. Tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja yang signifikan antara GPK yang telah berkahwin dengan yang masih bujang dan antara GPK yang bertugas di bandar dengan mereka yang bertugas di luar bandar .
ABSTRACT
The nzai~z objective of the study ula,s to find out the level of job sactisfaction a,rnong Senior Assistant Teachers of secondary schools i r ~ the district of Larut, Matang and Selama, i n Pera.k Darul Ridzuan. Specifically, the study seek to: 1) identify the level of job satisfaction of the Senior Assistant Teachers as a. whole, 2) find out the relationship betweert derr~ographic factors and job satisfaction anzong them and 3) determine whether there were significant differences between the sexes, ethnic groups, m,arital status, place of work and 1oca.tion of schools. Fifty-five Senior Assistant Teachers were involved irt the study. Data was processed and arzalysed using the 'Sta.tistica1 Package For The Social Sciences (SPSS)'. Independent variables (denzographic factors) were used i r ~ the study to clarify the influence of job sa,tisfaction on the Senior Assistant Teachers. The findings of the study revealed that 72 perceat of the Senior Assista,nt Teachers were satisfied with their jobs as a whole. This indica.ted tha,t they were m.ost satisfied with their jobs. Irtconae and prospect for pronzotion were the lowest factors anzor~g the six factors of job sa.tisfa,ction. It was a.lso proven tha.t there wa,s positive relationship betweert experience and job satisfaction as a whole. Age was found to ha,ve a 1tega.tive rela,tionship with pronrotiort. The study also showed fenzale Senior Assistant Teachers were more satisfied i n their jobs tha.12 their rrtale counterparts. Malay Senior Assistant Teachers were more satisfied with pronl,otion prospective than their Chinese colleagues. There was no significant difference in satisfaction with rega.rd to proinotion prospective betweett Chinese and Indian and between Malay and Indian Senior Assistant Tea.chers. Senior Assistant Teachers working i n Techr~ical School were satisfied with income and their jobs a.s a whole. There was also no significant difference i n job satisfaction between single and married, a,nd between those working i n urban and rural areas.
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pernlasalahan asas yang akan dikaji di dalam kajian ini ialah
menganalisis ii~engenai kepuasan kerja Guru Penolong Kanan
terhadap keadaan tugas di sekolah. Di dalam bab ini beberapa
perkara akan dibincangka~i iaitu; 1) pernyataan masalah, 2) tujuan
kajian, 3) objektif kajian, 4) kepentingan kajian, dan 5) limitasi
kajian. Bahagian akhir bab ini akan meniberi penjelasan beberapa
istilah yang dirujuk dalam kajian ini.
1.2 Latar belakang Kajian
Eidang pendidkan merupakan salah satu daripada ciri penting
dalai~l negara inenuju Wawasan 2020. Sehubungan itu, kauni guru
memikui tanggungjawab yang besar untuk merialisasikan
Wawasan 2020 ini. Memang tidak dapat hnafikan mereka
menlairlkan peranan utanla dalani melahirkail insaii yallg
meinpunyai keperibadian yang niulia. Para guru merupakan
sebahagian golongan pendokong yang melaksanakan tugas bagi
lnelicapai t uj uan negara. Fihak pentadbir dan masyarakat sentiasa
merlgharapkan agar para guru dapat membina masyarakat yang
nienipunyai budaya yang bertamadun tinggi. Guru mempunyai dua
peranan utama. Pertama, guru berperanan se bagai seorang alili
profesion perguruan bagi memberikan pendidtkan formal kepada
murid-murid di bangku sekolah, dan sebagai seorang ahli
masyarakat guru mempunyai tugas kemasyarakatan ( Atan Long,
1984).
Menurut Noran Fauziah dan Mahdzan (1990) sebagai memenuh
peranan pertama, para guru mempunyai enam tanggungjawab.
Tanggungjawab pertama ialah mengajar. Tugas utama ini adalah
untuk menyampaikan ilmu kepada murid. Di samping itu guru
juga berperanan untuk mengawal disiplin murid semasa berada di
persekitaran sekolah. Guru juga berperanan untuk menilai prestasi
pelajar. Penilaian ini hbua t untuk membantu guru mendapatkan
maklumat mengenai kemajuan pelajar selain daripada suatu alat
untuk memberi ganjaran kepada guru dan pelajar. Guru juga
berperanan sebagai ibu bapa gantian kepada pelaj ar semasa
mereka bertugas di sekolah. Ini bermakna guru bukan hanya
menyampaikan ilmu, tetapi juga memastikan pelajar-pelaj ar yang
berada di bawah jagaan mereka berada di dalam keadaan yang
selamat. Guru juga berperanan sebagai pelaksana kurikulum
sekolah yang telah hgubal oleh kementerian. Akhir sekali guru
juga merupakan golongan sarjana dan penyelidik di mana guru
perlu menjalankan penyelihkan walaupun secara kecil-kecilan
bagi tujuan untuk mempertingkatkan profesionalisme mereka.
3
Kesimpulannya ternyatalah para guru memainkan peranan yang
begitu besar di dalam sesebuah negara. Tugas mereka bukan hanya
setakat memberikan pelajaran seperti yang terkandung di dalam
sesuatu sukatan pelajaran semata-mata, malahan meliputi seluruh
aspek kehidupan yang mungkin tidak diliputi oleh sukatan
pelajaran yang nyata, tetapi meliputi sukatan pelajaran dan
kurikulum yang tersembunyi dalam sistem penhdikan negara.
Bagi memastikan sekolah mempunyai lklim atau suasana yang
memberangsangkan untuk para guru melaksanakan tugas-tugas
mereka, pihak pentadbir sekolah memerlukan suatu jentera
penyokong untuk membantu mereka mewujudkan iklim sekolah
yang selesa, tenteram, mesra, riang untuk membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan dengan
berkesan. Justeru itu peranan Guru Penolong Kanan amat penting.
Bidang tugas Guru Penolong Kanan didapati berbeza-beza h
antara sekolah, daerah dan negeri (Jamaluddm, 1993). Walaupun
ada beberapa buah JPN dan PPD telah menggubal satu senarai
tugas untuk Guru Penolong Kanan, tetapi masih tidak dapat
diselaraskan di semua peringkat. Hasil penyelihkan oleh Jabatan
Pengurusan Pendidikan (MESTI), mendapati sembilan bidang
utama tugas-tugas Guru Penolong Kanan mengikut keutamaan
seperti yang htunjukkan dalam jadual 1.
4
Jadual 1
Bidang Tugas Guru Penolong Kanan (Sumber: Jamaluddm, 1993: 4)
a.
b.
C.
d.
e.
f.
g. h.
i.
I
Bidang Tugas Guru Penolong Kanan Program Penddkan
Hal Ehwal Murid
Kakitangan Sekolah (guru dan bukan guru)
Tugas Khas
Pentadbiran Pejabat
Kemudahan Fizikal
Hubungan dengan Komuniti
Keawangan dan Akaun Asrama
Asrama
Memandangkan kepelbagaian tugas Guru Penolong Kanan, pihak
pentadbir sekolah perlu mengambil perhatian yang serius. Aspek
kepuasan kerja Guru Penolong Kanan amat perlu diberi perhatian
kerana sekiranya mereka tidak mempunyai kepuasan kerja,
keberkesanan pentadbiran sekolah akan terjejas. Sekiranya Guru
Penolong Kanan mempunyai kepuasan kerja yang rendah, ha1 ini
akan menyebabkan rasa tidak puas hati, prestasi kerja yang
rendah, dan kualiti produk yang rendah.
1.3 Pernyataan Masalah
Sejak kebelakangan ini Guru Penolong Kanan telah diberi
perhatian yang lebih mernandangkan peranannya yang semakin
penting dan meluas di dalam sistem pendidikan. Menurut
Jamaluddm (1993) peranan sekolah yang semakin kompleks dan
sofistikated telah menj a&kan peranan Guru Penolong Kanan
bukan lagi cuma seorang guru biasa, tetapi seorang yang
berperanan sebagai:
1.
2.
3.
4.
5 .
6 .
pembantu kepada pengetua
pengurusan sekolah;
pengganti pengetua semasa ketiadaannya;
seorang yang profesional kerana ia melibatkan chi bukan
sahaja di dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah, tetapi
juga & dalam proses P&P,
sebagai pelaksana (iniplenzer~tator) . Guru Penolong Kanan
bertanggungj awab menentukan tugas-tugas yang telah
ditetapkan, dilaksanakan dengan sempurna dan licin bagi
mencapai objektif yang telah ditetapkan;
orang tengah di antara pengetua dengan guru-guru, kakitangan
sokongan dan pelajar-pelajar; serta
orang kepercayaan pengetua terutama sebagai tempat untuk
beliau berundmg dan mendapat nasihat atau pendapat bagi
menyelesaikan masalah rumit serta membuat keputusan.
dalam hal-ha1 pentadbiran dan
Kejayaan perlaksanaan program kurikulum dan ko kurikulum &
sekolah adalah bergantung kepada komitmen yang jitu & kalangan
Guru Penolong Kanan. Komitmen dan rasa tanggungj awab mereka
6
dalam melaksanakan program yang dirancang dapat mewujudkan
iklim sekolah yang baik dan memberangsangkan untuk proses
P&P.
Perkembangan pesat dalam bidang pendidikan dengan
perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM),
menyebabkan sekolah dikehendaki menyediakan iklim sekolah
yang selesa, tenteram, mesra, riang untuk membolehkan proses
P&P dilaksanakan dengan berkesan (Noran Fauziah & Mazlan,
1993).
Kepuasan kerja di kalangan pentadbir dan tenaga pengajar
merupakan faktor penting untuk meningkatkan keberkesanan dan
produktiviti sesebuah sekolah. Menyedari betapa penting dan
meluasnya peranan dan tanggungjawab Guru Penolong Kanan &
dalam sesebuah sekolah, mereka harus dan perlu mempunyai
kepuasan kerja yang tinggi & dalam melaksanakan tugas mereka.
Hal ini kerana peningkatan kepuasan kerja akan menambah
produktiviti, kemampuan dan keberkesanan organisasi
(Gruneberg, 1981). Sekiranya Guru Penolong Kanan sentiasa
berada pada tahap kepuasan kerja yang tinggi, dan gembira
semasa bertugas, maka matlamat mewujudkan iklim sekolah yang
baik dan memberangsangkan untuk proses P&P akan tercapai.
Jika seseorang itu tidak berpuas hati dengan kerja atau tugasnya,
kerapkali mereka akan melakukan tugas mereka dengan sikap
sambil lewa sahaja. Sebaliknya, jikalau mereka berpuas hati dan
merasai yang kerja itu sesuai dengan jiwa mereka, prestasi kerja
mereka akan meningkat (Mahmood Nazar, 1995).
Apakah tahap kepuasan kerja di kalangan Guru Penolong Kanan
sekolah menengah di daerah Larut, Matang dan Selama berada di
tahap yang tinggi? Adakah tahap kepuasan kerja ini berbeza di
antara Guru Penolong Kanan? Apakah faktor-faktor yang
mungkin mempengaruhi tahap kepuasan kerja mereka? Kajian ini
adalah bertujuan untuk memberi jawapannya.
1.4 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja
dan faktor -faktor yang mempengaruhi kepuasan kerj a & kalangan
Guru Penolong Kanan sekolah menengah di daerah Larut, Matang
dan Selama, Perak Darul Ridzuan.
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan kerja Guru
Penolong Kanan sekolah menengah di daerah Larut, Matang dan
8
Selama, Perak Darul Ridzuan. Tiga objektif khas kajian yang
dikenal pasti ialah:
1.5.1 Mengenal pasti tahap kepuasan kerja Guru Penolong Kanan
Larut, Matang dan Selama, sekolah menengah di daerah
Per& Darul Ridzuan.
1.5.2 Mengenal pasti perkaitan faktor demografi terpilih Guru
Penolong Kanan (umur, pendapatan bulanan, dan
pengalaman kerja) dengan kepuasan kerja.
1.5.3 Menentukan sama ada terdapat perbezaan kepuasan kerja di
antara faktor demografi (jantina, kumpulan etnik, taraf
perkahwinan, tempat bertugas dan lokasi sekolah) .
1.6 Kepentingan Kajian
Diharapkan hasil kajian ini akan dapat memberi gambaran tentang
suasana tugas Guru Penolong Kanan dalam menyumbangkan
tenaga sebagai pembantu pengetua dalam urusan pentadbiran
sekolah. Di samping itu di harap hasil kajian ini dapat membantu
pengetua serta Guru Penolong Kanan sendiri membuat penilaian
dan perancangan supaya dapat mewujudkan suasana pekerjaan
yang memberikan kepuasan kerja kepada semua warga sekolah.
Wujudnya kerjasama dalam pengurusan sekolah, memahami
masalah dan tanggungjawab Guru Penolong Kanan serta
9
perhubungan yang baik antara pengetua dengan Guru Penolong
Kanan akan meningkatkan kepuasan kerja. Kepuasan kerja yang
tinggi di kalangan Guru Penolong Kanan &harap akan
meningkatkan prestasi kerja mereka dalam usaha mewujudkan
iklim sekolah yang baik untuk P&P. Hasil dapatan kajian juga
dharap akan dapat memperbaiki dan melaksanakan langkah-
langkah yang lebih praktikal mengenai suasana kerja Guru
Penolong Kanan.
Maklumat tentang kepuasan kerj a penting kepada Guru Penolong
Kanan. Ketidakpuasan kerja akan memberikan kesan negatif
terhadap mental dan fizikal. Keadaan ini akan menjejaskan
prestasi kerja dalam organisasi penhdikan. Hasil dapatan kajian di
harap dapat memberi maklum balas kepada Kementerian
Penddkan untuk mempertingkatkan profesion perguruan selaras
dengan matlamat pendilkan menjelang Wawasan 2020.
1.7 Limitasi Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah tertumpu kepada Guru Penolong
Kanan sekolah menengah & daerah Larut, Matang dan Selama,
Perak Darul Ridzuan Sahaja. Kajian ini juga hanya bertujuan
mengenal pasti tahap kepuasan kerja dan hubungan faktor
demografi dengan kepuasan kerja. Guru Penolong Kanan dalam
Recommended