View
170
Download
2
Category
Preview:
DESCRIPTION
tesis
Citation preview
KUASA OTOT KAKI DALAM KALANGAN MURID DARJAH 4
Mohd Shahidan Bin Ismail
IPG: JAN 08-02157Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan
2010
BAB 1
1.1 Pengenalan
Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan
aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan
aktiviti kesenggangan. Falls (1980), mencadangkan;
"Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan
fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan
dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit
jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk
prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang
membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa,
kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya".
Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima.
Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap komponen
kecergasan. Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari gabungan senaman
yang boleh meningkatkan daya kardiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan.
Terdapat dua komponen utama kecergasan iaitu; komponen kecergasan perlakuan motor
yang melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan yang
diklasfikasikan sebagai kecergasan motor. Manakala komponen kedua ialah komponen
kecergasan kesihatan yang melibatkan kecergasan kardiovaskular atau daya tahan
aerobik, kekuatan dan daya tahan otot kelenturan serta komposisi badan.
1
Kuasa boleh ditakrifkan sebagai kekuatan yang dibahagikan dengan masa yang
diambil untuk melakukan sesuatu pergerakkan. Kuasa ialah jumlah kerja yang dilakukan
dibahagikan dengan perubahan masa. Kerja pula terhasil daripada daya yang bertindak
dengan jarak (Hall, 2004). Kuasa juga boleh ditakrifkan sebagai tindakan kekuatan dan
kelajuan dalam pergerakkan (Croxdale & Morris, 2007). Gabungan antara komponen
kecergasan fizikal iaitu kelajuan dan kekuatan otot akan menghasilkan kuasa otot.
Manakala Bompa, (1999). Mencadangkan bahawa kuasa eksplosif gerakan pula dapat
diaplikasikan daripada kerja otot menentang kelajuan rintangan
Penggunaan kaedah latihan yang berkesan dapat meningkatkan kerja kuasa
eksplosif otot dengan lebih efisien. Hasil daripada kajian lampau menunjukkan bahawa
terdapat beberapa kaedah latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa otot
antaranya ialah latihan bebanan dan latihan pliometrik (Zatsiorsky, 1995; Hewet,
1996;Scott, 1999; Rimmer & Slievert, 2000).
1.2 Persoalan Kajian
Berdasarkan pemahaman teori awal dan situasi masalah, antara persoalan
kajian ini adalah seperti di bawah :-
i. Apakah faktor yang menyebabkan lompatan jauh murid-murid tahun 4 ini tidak
mencapai tahap yang ditetapkan?
ii. Apakah latihan pliometrik dapat menyelesaikan masalah murid tahun 4 terbabit?
iii. Adakah latihan pliometrik sesuai untuk meningkatkan kuasa otot kaki?
iv. Apakah kemungkinan tahap keberkesanan latihan pliometrik dapat meningkatkan
tahap kuasa kaki?
1.3 Pernyataan Masalah.
2
Murid-murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Ismail Petra (2) tidak dapat melakukan lompat
jauh berdiri pada tahap yang ditetapkan iaitu pada jarak 1.5 meter dan juga lompatan
menegak pada ketinggian yang ditetapkan iaitu 1.8 meter. Latihan ini dibuat untuk
meningkatkan kuasa otot kaki bagi pelajar terbabit. Oleh itu pengkaji ingin melihat
bagaimana latihan pliometrik dapat membantu subjek dalam meningkatkan kuasa
eksplosif otot kaki. Satu latihan pliometrik One-legged reactive jumps over boxes untuk
meningkatkan kuasa otot kaki pelajar. manakala satu jenis ujian dijalankan untuk
mengkaji keberkesanan latihan pliometrik yang diberikan iaitu vertical jump dan standing
long jump di gunakan ke atas subjek.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk:
1. Mengukur tahap keberkesanan latihan kuasa eksplosif bagi otot kaki yang terlibat
selepas menjalankan latihan pliometrik iaitu latihan One-legged reactive jumps
over boxes.
2. Membolehkan murid melakukan ujian standing long jump dan vertical jump pada
jarak yang ditetapkan.
3. Meningkatkan tahap kuasa kaki murid.
1.5 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang murid yang berada di kelas 4 Bestari. Pengkaji
menggunakan ujian standing long jump dan vertical jump semasa ujian pra dan ujian pos
3
program latihan ke atas kuasa eksplosif kaki tanpa mengambil kira faktor fizikal yang
lain. Jangkamasa yang diambil untuk menjalani latihan pliometrik yang diberikan adalah
selama empat minggu.
1.6 Kepentingan Kajian
Keberkesanan latihan pliometrik dapat ditunjukkan melalui kajian ini sebagai
kaedah meningkatkan kuasa eksplosif kaki. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan
panduan kepada guru atau jurulatih bagi memberikan latihan yang sesuai kepada atlit
mereka. Latihan pliometrik ini boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian program
latihan sukan yang memerlukan kemahiran lompatan dalam masa yang singkat.
Peringkat sekolah umumnya tidak menekankan penggunaan latihan yang
bersesuaian dengan acara yang bakal disertai pelajar, justeru kemampuan dan pencapaian
murid tidak dapat diukur dengan baik. Dengan adanya kajian seperti ini, guru di sekolah
dapat menggunakan latihan ini untuk meningkatkan prestasi murid secara optima dan
seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam bidang sukan. Kajian ini juga bukan
semata-mata digunakan untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang olahraga sahaja.
Hasil kajian juga boleh digunakan untuk bidang atau sukan yang lain yang banyak
menggunakan kuasa kaki, contohnya seperti permainan bola keranjang, bola sepak dan
sebagainya.
. Kajian ini juga bertujuan memupuk nilai dan minat generasi muda pada zaman
ini dalam memajukan diri dan juga sukan. Ini kerana, dengan menggunakan latihan yang
betul, prestasi atlit akan meningkat. Atlit akan berfikiran positif dan mengetahui diri
mereka masih berpotensi dalam bidang yang diceburi seterusnya meningkatkan minat
mereka untuk terus berusaha memperbaiki dan meningkatkan pencapaian mereka.
4
Kajian ini juga bertujuan untuk menambahkan pengetahuan guru dan
mendedahkan guru kepada latihan yang betul dan bersesuaian kepada murid. Selain
dapat meningkatkan prestasi, latihan yang betul juga dapat mengurangkan risiko
kecederaan yang bakal di alami oleh murid. Selain itu, guru-guru lain juga boleh
menggunakan kajian ini sebagai pemangkin untuk penambahbaikkan latihan dan dapat
membuat kajian yang lebih mendalam terhadap bidang sukan.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini adalah terbatas kepada perkara-perkara berikut:-
1.7.1 Kajian hanya tertumpu kepada program latihan pliometrik menggunakan sebelah
kaki sahaja.
1.7.2 Jangkamasa latihan untuk melihat keberkesanan program latihan selama empat
minggu sahaja.
1.7.3 Kesukaran pengkaji untuk mengawal subjek yang menjalani latihan sendirian di
kawasan masing-masing.
1.7.4 Keikhlasan subjek untuk melakukan sedaya upaya yang boleh semasa menjalani
ujian.
5
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.0 Latihan Pliometrik
Pliometrik adalah latihan-latihan atau ulangan yang bertujuan menghubungkan
gerakan kecepatan dan kekuatan untuk menghasilkan gerakan-gerakan eksplosif. Istilah
ini sering digunakan dalam menghubungkan gerakan lompat yang berulang-ulang atau
latihan reflek regang untuk menghasilkan reaksi yang eksplosif. Radcliffe dan Farentinos
menyatakan latihan pliometrik adalah suatu latihan yang memiliki ciri khusus, iaitu
kontraksi otot yang sangat kuat yang merupakan respons dari pembebanan dinamik atau
regangan yang cepat dari otot-otot yang terlibat.
Kesan latihan pliometrik dapat membantu menghalang daripada berlakunya
kecederaan pada lutut dalam sukan yang memerlukan kemahiran melompat terutamanya
bagi atlet wanita yang terlibat dalam permainan sukan yang memerlukan kemahiran
melompat seperti bola tampar (Hewet,T.E.,A.L. Stroup,T.A. Nance dan F.R Nayas,
1995). Program latihan pliometrik ini dicipta untuk mengurangkan daya hentakan semasa
mendarat dengan memberikan pendidikan kawalan saraf otot pada bahagian anggota
bawah (kaki). Caranya ialah dengan meningkatkan kestabilan lutut dan kawalan otot
semasa mendarat. Selain itu, ia juga membantu memperbetulkan keseimbangan kuasa
otot hamstring dan quadrisep. Prestasi atlit boleh ditingkatkan dan potensi untuk
mendapat kecederaan dapat dikurangkan jika memasukkan teknik mendarat dalam
program latihan pliometrik. Pliometrik dikatakan boleh menyebabkan paha atlit
mengalami pengecutan yang berterusan (Mullin et.al.,1995). Ia boleh membantu atlit
dalam mengurangkan daya hentakan semasa melompat. Ia melesukan otot dengan cepat
dan boleh dikembalikan dalam masa yang singkat. Secara tidak langsung latihan
pliometrik ini boleh meningkatkan daya tahan otot dan membina keseimbangan.
6
Manakala dari aspek biomekanik, pliometrik banyak diterangkan dalam buku
Jumping Into Plyometric yang boleh di dapati melalui Human Kinetik. Perkara yang
penting perlu difahami bahawa pliometrik melatih atlit untuk mengaplikasikan
kepantasan dalam kekuatan. Ia juga didapati boleh membantu dalam meningkatkan
pecutan kelajuan, menukar arah pergerakan dengan cepat dan mempunyai banyak
kelebihan di atas gelanggang (Chu,1995).
Permainan badminton dan bola tampar merupakan antara permainan yang
memerlukan latihan berintensiti tinggi seperti latihan pliometrik. Ini kerana dalam kedua-
dua permainan tersebut, latihan yang digunakan haruslah mempunyai ciri-ciri lompatan
dan mengacah. Pergerakan yang terhasil daripada latihan lebih kepada pergerakan
kekuatan otot bahagian anggota bawah badan (A.Zakas, 2000). Latihan pliometrik
dicadangkan supaya dijadikan sebagai latihan tambahan terutamanya bagi individu yang
terlibat dengan sukan yang memerlukan peningkatan pada kuasa eksplosif (R.Wagner
dan M.Settar Kocak, 1997).
Dapat disimpulkan bahawa latihan pliometrik adalah kaedah latihan untuk
meningkatkan daya ledak otot dengan bentuk gabungan latihan isometrik dan isotonik
(eksentrik-kosentrik) yang memanfaatkan pembebanan dinamik. Ketegangan yang
berlaku tiba-tiba sebelum otot mengecut semula atau suatu latihan yang membolehkan
otot untuk mencapai kekuatan maksimum dalam waktu yang sesingkat mungkin.
2.1 Tinjauan Literatur Berkaitan Isu Kajian
Asmadi(2007) menyatakan Kemampuan atlet menghasilkan kelajuan pergerakkan
otot adalah mekanisme penting untuk mendapatkan potensi kerja otot. Di dalam konteks
ini, kekuatan otot dan kelajuan pergerakan memainkan peranan penting untuk
menghasilkan kuasa otot.
7
Menurut Hall (2004) Kuasa boleh ditakrifkan sebagai kekuatan yang dibahagikan
dengan masa yang diambil untuk melakukan sesuatu pergerakkan. Kuasa ialah jumlah
kerja yang dilakukan dibahagikan dengan perubahan masa. Kerja pula terhasil daripada
daya yang bertindak dengan jarak. Kuasa juga boleh ditakrifkan sebagai tindakan
kekuatan dan kelajuan dalam pergerakkan (Croxdale & Morris, 2007). Manakala Bompa
(1999) menyatakan gabungan antara komponen kecergasan fizikal iaitu kelajuan dan
kekuatan otot akan menghasilkan kuasa otot. Manakala kuasa eksplosif gerakan pula
dapat diaplikasikan daripada kerja otot menentang kelajuan rintangan.
Menurut Zatsiorsky, (1995); Hewet, (1996); Scott, (1999); Rimmer & Slievert,
(2000). Penggunaan kaedah latihan yang berkesan dapat meningkatkan kerja kuasa
eksplosif otot dengan lebih efisien. Hasil daripada kajian lampau menunjukkan bahawa
terdapat beberapa kaedah latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa otot
antaranya ialah latihan bebanan dan latihan pliometrik
Chu(1983) dalam jurnalnya; Plyometrics:The link Between Strenght and Speed.
juga menyatakan satu latihan yang dapat menghasilkan kuasa ialah dengan menggunakan
latihan pliometrik. Pliometrik dikenali sebagai latihan yang bertujuan menghubungkan
kekuatan dan kepantasan untuk menghasilkan eksplosif (jenis pergerakan yang reaktif)
iaitu merujuk kepada kuasa.
Sakurai (2000), dalam kajiannya mengenai otot dengan persembahan dalam sukan
badminton merumuskan bahawa hubungan antara aktiviti kuasa otot kaki dan pelakuan
smesy dalam badminton adalah penting. Jika kemahiran ini tidak dapat dilakukan dengan
sempurna, maka keberangkalian untuk seseorang pemain atau pasukan itu untuk
mengalami kekalahan adalah tinggi. Pemain badminton juga selalu terdedah kepada
kecederaan terutamanya pada bahagian Achilles Tendon dan jika otot-otot pada bahagian
bawah badan dapat dikuatkan, kemungkinan untuk pemain mendapat kecederaan
tersebut adalah rendah.
8
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesan latihan pliometrik ke
atas kuasa kaki dalam melakukan lompatan menegak.
3.2 Populasi dan Persampelan.
Seramai 10 orang subjek dipilih untuk menjadi sampel dalam penyelidikan ini. Sampel
terdiri daripada pelajar lelaki kelas 4 Bestari Sekolah Kebangsaan Ismail Petra (2).
3.3 Tempat Kajian.
Kajian dijalankan di padang Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 2, Jalan Long Yunus,
15200 Kota Bharu, Kelantan.
3.4 Prosedur Kajian.
3.4.1 Reka bentuk kajian
Pengambilan data dijalankan semasa ujian pra dan pos.
3.4.2 Jenis latihan
Subjek melakukan 1 jenis latihan pliometrik iaitu One-legged reactive jumps over
boxes. Latihan pliometrik One-legged reactive jumps over boxes ialah kotak-
9
kotak disusun dan subjek berdiri di belakang kotak dan melompat melepasi kotak
secara berturutan menggunakan hanya sebelah kaki sahaja.
3.4.3 Prosedur latihan
Subjek diberikan ujian pra sebelum mereka memulakan program latihan yang
diberi. Data yang diperolehi disimpan sehingga ujian pos dilakukan. Data yang
diperolehi dalam ujian pra dan pos digunakan untuk menilai sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan antara kedua-dua ujian atau pun tidak. Program latihan
yang diberikan adalah selama 8 minggu dan ujian yang digunakan untuk melihat
keberkesanan program latihan pliometrik adalah ujian lompatan menegak
(vertical jump) dan ujian lompat berdiri (standing long jump).
JADUAL PROGRAM LATIHAN
Minggu Latihan
1 O-LRJOB (2 x 10)
2 O-LRJOB (2 x 10)
3 O-LRJOB (2 x 15)
4 O-LRJOB (2 x 15)
Latihan diadakan 4 kali seminggu selama 4 minggu. Intensiti latihan ditingkatkan
dari semasa ke semasa. Latihan pliometrik ini dijalankan pada setiap hari Ahad,
Selasa dan Khamis dan Sabtu.
3.4.4 Prosedur ujian lompatan menegak (Vertical Jump).
Aktiviti regangan dipastikan telah dilakukan oleh kesemua subjek untuk
memastikan mereka bersedia untuk melakukan ujian di samping untuk
10
mengelakkan kecederaan ketika pelaksanaan ujian dilakukan. Subjek dikehendaki
untuk melakukan ujian lompatan menegak yang tidak diambil kira sebagai
percubaan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pentadbiran
ujian agar lebih bersistematik. Penguji melakukan demo kepada subjek untuk
mengelakkan daripada berlakunya kesilapan apabila subjek memulakan ujian
yang sebenar.
Langkah-langkah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta
pengumpulan data adalah seperti jadual berikut :
Bateri ujian
Lompat Menegak (Sargent Chalk Jump).
Objektif
Untuk mengukur kuasa kaki dalam lompatan menegak.
Alatan
Kayu pengukur/pita pengukur, kapur dan dinding menegak yang bersesuaian
(sekurang-kurangnya 10 kaki tinggi)
Objektiviti
Nilai objektiviti 0.93 telah dicapai oleh Jack Clayton, Northeast Louisiana
University, Monroe (1969).
Prosedur
1. Subjek berdiri dengan bahagian sisi badan menghadap dinding.
2. Rapatkan bahagian tumit kedua belah kaki.
3. Sebelah tangan yang rapat dengan dinding memegang kapur.
4. Subjek membuat tanda pada dinding setinggi yang boleh dalam keadaan
berdiri dengan kedua-dua tumit kaki rapat pada lantai.
11
5. Subjek kemudian melompat setinggi yang boleh dengan melonjak kedua- dua
belah kaki serentak dan membuat tanda dengan kapur setinggi yang boleh.
6. Sebanyak 3 kali cubaan diberikan.
Skor
Skor dikira dengan mengukur jarak (dalam inchi atau sentimeter) di antara tanda
tertinggi pada dinding yang dilakukan tanpa melompat dengan tanda yang
tertinggi dilakukan semasa melompat. Jarak tertinggi (terbaik) daripada ketiga-
tiga cubaan dicatat sebagai skor.
3.4.5 Prosedur ujian lompatan berdiri (Standing Long Jump).
Kesemua subjek perlu memastikan badan berada dalam keadaan bersedia iaitu
dengan melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan ujian. Subjek
dikehendaki untuk melakukan ujian lompatan berdiri yang tidak diambil kira
sebagai percubaan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memudahkan proses
pentadbiran ujian agar lebih bersistematik. Penguji melakukan demo kepada
subjek untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan apabila subjek
memulakan ujian yang sebenar.
Langkah-langkah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta
pengumpulan data adalah seperti jadual berikut :
Bateri ujian
Lompat Jauh Berdiri
Objektif
Untuk mengukur kuasa kaki dalam lompatan ke hadapan.
Alatan
12
Lantai ditanda dengan kapur atau pita pelekat (untuk menanda garisan
permulaan) dan pita ukur menegak di hadapan (untuk menanda jarak tempat
mendarat lompatan)
Objektiviti
Nilai objektiviti 0.96 telah diperolehi oleh Jack Clayton, Northeast Louisiana
University, Monroe (1969).
Prosedur
1. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.
2. Kedua-dua kaki dirapatkan.
3. Dengan membengkokkan kedua-dua lutut dan menghayun kedua-dua belah
tangan ke hadapan, subjek akan melompat ke hadapan sejauh yang boleh
dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan.
4. Sebanyak 3 kali percubaan diberikan.
Skor
Skor dikira dengan mengukur jarak (dalam sentimeter) di antara garisan
permulaan dengan tumit kaki yang paling hampir sekali. Jika subjek jatuh ke
belakang ketika mendarat, pengukuran dibuat dari garisan permulaan ke bahagian
badan yang menyentuh lantai. Jarak tertinggi (cm) daripada 3 kali cubaan dicatat
sebagai skor.
3.5 Instrumen kajian.
Untuk kajian ini, instrumen kajian yang digunakan adalah :
3.5.1 Borang skor latihan pliometrik.
Borang skor latihan ini digunakan untuk mencatatkan bilangan set dan ulangan
setiap bentuk latihan yang dijalankan.
13
3.5.2 Kad skor ujian lompat menegak.
Kad skor ini digunakan untuk mencatatkan skor ujian pra dan pos lompatan
menegak. Keputusan bagi ketiga-tiga percubaan akan diambil kira secara purata,
min untuk mendapatkan skor terbaik.
3.5.3 Kapur tulis.
Kapur yang digunakan berukuran 1 inci untuk menanda puncak tertinggi yang
boleh dicapai oleh atlit semasa menjalani ujian lompatan menegak.
3.5.4 Pita ukur
Alat ini digunakan untuk mengukur jarak bagi setiap lompatan dalam ujian
standing long jump.
3.5.5 Pembaris
Alat ini digunakan untuk menentukan ukuran jarak ketinggian secara menegak
dan ukuran jauh lompatan mendatar bagi kedua-dua ujian vertical jump dan
standing long jump.
3.5.6 Latihan.
One-legged reactive jumps over boxes (O-LRJOB)
3.5.7 Ujian
Vertical Jump dan Standing Long Jump.
14
3.6 Pengumpulan Data
Butiran diri diambil bertujuan untuk mengenali latar belakang, umur dan pengalaman
subjek dalam sukan yang diceburi. Data yang diperolehi dicatat sebagai skor mentah pada
boring yang telah disediakan. Subjek diberi tiga kali percubaan bagi setiap ujian yang
dijalankan dan skor yang terbaik diambil.
3.7 Analisa Data.
Tahap pencapaian subjek ditentukan melalui norma yang disediakan. ‘Statistical Package
For Social Science (SPSS), version 16 for Windows’ digunakan untuk menganalisis
keupayaan dan kebolehpercayaan latihan yang telah diberikan (latihan pliometrik). Data
pra dan pos yang telah dianalisis dibandingkan untuk melihat sama ada terdapat
perbezaan dari segi keberkesanan program latihan yang diberi ataupun tidak
menunjukkan sebarang perubahan.
15
Recommended