View
46
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
441
KETOKOHAN IMAM ALSYATIBI DAN IMAM IBN ALJAZARI SERTA PERBEZAAN
KEDUANYA DALAM RIWAYAT HAFS DARI ‘ASIM
Muhammad Lukman Bin Ibrahim
Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia,
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai Negeri Sembilan, Malaysia
Emel: mdlukman@usim.edu.my
ABSTRAK
Imam al-Syatibi dan Imam ibn al-Jazari adalah 2 orang tokoh ulama ulung dalam ilmu qiraat. Mereka
berdua membahaskan qiraat al-Sab’ dan qiraat al’Asyr dalam kitab masing-masing Hirz al-Amani Wa
Wajh al-Tahani dan Tayyibah al-Nasyr. Kajian mereka membawa sedikit perbezaan khususnya dalam
bacaan riwayat Hafs dari ‘Asim yang menjadi amalan diseluruh dunia Islam. kajian ini menelusuri
ketokohan mereka berdua dan perbezaan bacaan masing-masing dalam riwayat Hafs dari ‘Asim.
PENDAHULUAN
Imam alsyatibi adalah seorang ulama qiraat yang masyhur. Beliau1 adalah al-Qasim bin Firruh bin Khalaf
bin Ahmad bin Muhammad al-Syatibi al-Ru‘ayni al-Darir.2 Firruh dalam bahasa Andalus3 bermaksud
besi. Imam al-Syatibi dilahirkan pada tahun 538 hijrah di kampung Syatibah di Andalus. Beliau mula
belajar qira’at daripada ulama masyhur di Andalus kemudian menekuninya dengan Abu Abdullah
Muhammad Bin Abi al-‘As Nafizi.4
Beliau kemudian berhijrah ke Balansiyah5 sebuah bandar yang berhampiran dengan kampung
halamannya. Di sana, beliau mula menekuni ilmu qira’at berdasarkan kitab al-Taysir karangan Abu
‘Amru al-Dani yang telah dihafaznya sekian lama serta ilmu qira’at daripada al-imam Ibn Hudhayl. Dari
imam Ibn Hudhayl juga, beliau mendalami ilmu hadith.6 Beliau juga mempelajari kitab nahu Sibawayh,
al-Kamil karangan Ibn Mubarrad, Adab al-Katib oleh Ibn Qutaybah dan lain-lain.
Kemudian beliau telah musafir untuk menunaikan haji. Selepas itu, mula berguru dengan Abu Tahir al-
Silafi di Iskandariah. Ketika beliau mula memasuki Mesir, beliau telah pun disambut dengan istimewa
Abu Tahir serta memberi perakuan beliau terhadap kehebatan ilmu imam al-Syatibi. Abu tahir telah
mengambil imam al-Syatibi sebagai salah seorang guru di madarasah beliau serta menjadikan Imam al-
Syatibi sebagai salah seorang pakar rujuk.
1 Terdapat dua ulama besar yang terkenal dengan nama al-Syatibi. Al-syatibi yang kedua ialah pengarang kitab al-I‘tisam. 2 al-Dhahabi, Muhammad Bin Ahmad Bin ‘Uthman (1404h), Ma‘rifah al-Qurra’ al-Kibar ‘Ala al-Tabaqat wa al-A‘sar,
Bayrut: Mu’assasah al-Risalah Jld 2 hlm 573. 3 Sepanyol 4 al-Dhahabi, Muhammad Bin Ahmad Bin ‘Uthman (1410h), Siyar A‘lam al-Nubala’, Bayrut : Mu’assasah al-Risalah, Jld
21 hlm 261. 5 Sebuah bandar masyhur di Andalus. Sila lihat al-Hamawi, Yaqut Bin ‘Abdullah al-Rumi (1980m), Mu‘jam al-Buldan,
Bayrut : Mu’assasah Nasir al-Thaqafah Jld 1 hlm 357. 6 al-Dhahabi, Muhammad Bin Ahmad Bin ‘Uthman (1410h), op.cit, Jld 21 hlm 261.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
442
Dari sini, imam al-Syatibi menjadikan madrasah ini sebagai pusat penyebaran ilmu Al-Quran yang telah
dikunjungi para pelajar dari seluruh pelusuk rantau. Akhirnya, beliau telah menyiapkan kitab termasyhur
beliau yang menjadi kitab rujukan terbesar dalam ilmu qira’at al-sab‘ah iaitu Hirz al-Amani wa Wajh
al-Tahani.
Kitab-kitab karangan
Beliau telah mengarang banyak kitab dalam pelbagai bidang antaranya,
1. ‘Aqilah Atrab al-Qasaid Fi Asna al-Maqasid – kitab ini membincangkan berkenaan ilmu rasm7
‘Uthmani .
2. Nazimah al-Zuhar- kitab yang membincangkan berkenaan jumlah dan bilangan ayat-ayat suci Al-
Quran.
3. Qasidah al-Daliyyah Khamsu Mi’ah Bayt yang diringkaskan dari kitab al-Tamhid oleh Ibn ‘Abd
al-Barr
Kebolehan dan Kecerdikan
Dari Beliau adalah seorang imam yang hebat, cerdik serta pintar, berjiwa halus dan imam qira’at
tertinggi pada zamannya. Beliau banyak menghafaz hadith, pakar bahasa dan sastera arab, zuhud dan
kuat ibadat. Beliau bermazhab al-Syafi‘i. Kata Ibn Khalikan “imam al-Syatibi apabila dibacakan
kepadanya sahih al-Bukhari, Muslim dan Muwatta’, beliau membetulkan segala kesilapan melalui
ingatannya sahaja.8
Beliau telah dilahirkan dalam keadaan cacat penglihatan. Namun, orang yang datang belajar dengan
beliau sungguh ramai dan menakjubkan. Mereka menghormati dan menyanjungi imam al-Syatibi dengan
begitu tinggi. Imam Abu Syamah al-Dimasyqi menggambarkan sanjungannya dengan menyatakan orang
ramai menghormati imam al-Syatibi ia seolah-olah para sahabat yang memuliakan seorang nabi.9
Beliau seorang yang dianugerahkan Allah dengan beberapa karamah. Beliau dapat mendengar azan
sekalipun kedudukan jarak muazzin itu jauh. Beliau tidak akan bercakap kecuali bila perlu.10 Beliau tidak
akan mengajar Al-Quran melainkan dengan wuduk. Dalam keadaan yang elok, khusyuk dan merendah
diri. Beliau tidak suka orang bersembang melainkan perihal ilmu Al-Quran.
7 ilmu yang membicarakan tentang kaedah penulisan Al-Quran yang lengkap seperti yang tertulis di dalam mushaf pada hari
ini. 8 Ibn Khalikan (1977m), op.cit, Jld 4 hlm 71. 9 Hafayan, Ahmad Mahmud (1422h), op.cit, hlm 84. 10 Hafayan, Ahmad Mahmud (1422h), op.cit, hlm 85.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
443
Kitab Hirz al-Amani
Kitab Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani adalah sebuah kitab yang amat masyhur dalam bidang qira’at
al-sab ‘ah. Ia tersebar dan dipelajari di seluruh pelusuk dunia, sehingga tiada penuntut ilmu qira’at yang
mampu mengelak dari kitab ini. Kitab ini dikarang dalam bentuk qasidah syair dengan jumlah 1173
rangkap. Kitab ini adalah paling masyhur dalam ilmu qira’at dan dipelajari di seluruh pusat pengajian
Al-Quran di dunia.
Kewafatan
Imam al-Syatibi telah pulang ke rahmatullah pada hari Ahad 28 jumada al-akhirah tahun 590 hijriah
selepas sembahyang Asar. Jenazah beliau telah dikebumikan pada hari Isnin di pusara al-Qadi al-Fadil
‘Abd Rahim Baysani berhampiran dengan kaki bukit al-Muqattam11 di Mesir.
TARIQ AL-TAYYIBAH IMAM IBN AL-JAZARI
Kemasyhuran tariq al-Syatibi pada zaman ini tidak dapat disangkal lagi. Walaupun terdapat tariq yang
lain yang masih masyhur pada zaman ini, namun ia berkisar dikalangan ahli ilmuan sahaja. Sedangkan
tariq imam al-Syatibi mendominasi kedua-dua khalayak. Tariq tersebut ialah tariq al-Tayyibah imam
ibn al-Jazari.
Tariq al-Tayyibah adalah dipelopori oleh imam Ibnu al-Jazari. Nama beliau adalah Muhammad Bin
Muhammad Bin Muhammad Bin ‘Ali Bin Yusuf al-‘Umari al-Dimasyqiy.12 Beliau dilahirkan pada
malam sabtu 25 Ramadan 751 hijriah bersamaan 30 November 1350 masihi di Dimasyq.13
Keturunan dan Gelarannya
Dinisbahkan Ibn al-Jazari kepada semenanjung Ibn 'Umar14 yang terletak berdekatan dengan al-
Mawsil.15 Sementara beliau digelar dengan panggilan Abu al-Khayr.16 Terkadang beliau juga digelar Abu
Muhammad. Ini disebabkan anak sulung beliau bernama Muhammad. Walau bagaimana pun gelaran
yang awal adalah paling masyhur.
11 Sebuah bukit yang merentangi Uswan di tenggara Mesir. al-Hamawi, Yaqut Bin ‘Abdullah al-Rumi (1980m), op.cit, Jld 4
hlm 143. 12Ibn Tulun Syams al-Din Muhammad Bin Tulun (1969m), Qudhah Dimasyq : al-Thaghr al-Basim Fi Dhikr Man Waliya
Qada’ al-Syam, Dimaysq : Matbu‘at al-Mujamma’ al-‘Ilmiy al-‘Arabi, hlm 121. Selepas ini disebut Ibn Tulun sahaja. 13 Ibid. 14 al-Kinawi, Muhammad ‘Abd al-Hayy al-Hindi (1324h), al-Fawa’id al-Bahiyyah Fi Tarajum al-Hanafiyyah, Misr
:Matba‘ah al-Sa‘adah, hlm 139. 15 al-Mawsil ialah sebuah Bandar besar di utara Iraq. Bandar yang dihuni ramai penduduk, kebun-kebun serta kedai-kedai
perniagaan. Sila lihat al-Baladi, Atiq Bin Ghayth Bin Wazir (1402h) , Mu‘jam al-Ma‘alim al-Jughrafiyyah al-Waridah Fi
al-Sirah al-Nabawiyyah, Riyad : Dar a‘lam al-Kutub hlm 125. 16al-Sakhawi, Syams al-Din Muhammad Bin Abd al-Rahman (1355h), al-Daw’ al-Lami‘ Li Ahl al-Qarn al-Tasi‘, Qahirah :
Maktabah al-Qudsi Jld 9 hlm 255.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
444
Beliau membesar dengan dalam keluarga yang mulia serta kuat berpegang dengan agama Islam. Ayah
beliau adalah seorang ahli perniagaan yang salih, warak, serta amat mementingkan ilmu agama. Beliau
diajar menghafaz Al-Quran serta mendalami ilmu lain seperti hadith, fiqh, qira’at dan lain-lain.17
Kelahiran beliau adalah di zaman keemasan Islam dengan kelahiran puluhan ulama muktabar. Generasi
pujangga yang telah mengarang dan meninggalkan pelbagai kitab-kitab muktabar yang menjadi sumber
rujukan prima sehingga kini. Antara ulama besar yang lahir pada zaman ini ialah 18:
1) Sultan ulama ‘Izzuddin bin ‘Abd al-Salam al-Dimasyqi ( 577- 660h )
2) Imam al-Nawawi : Yahya bin Syaraf ( 631- 676h )
3) Imam Mizzi : Yusuf Bin Abd Al-Rahman ( wafat 742h )
4) Imam Ibn Qudamah : Muhammad Bin Ahmad al-Maqdisi ( 705 - 744h)
5) Imam al-Dhahabi : Muhammad Bin 'Uthman Bin Qaimaz (673- 748h)
6) Imam Ibn Qayyim : Muhammad Bin Abi Bakr Al-Zar‘i ( 691 - 751h )
7) Imam Ibn Kathir: Ismail Bin 'Umar Bin Kathir ( 701 - 774h )
8) Imam Ibn Hajar : Ahmad Bin 'Ali al- ‘Asqalani ( 773 - 752h )
Dengan kebanjiran tokoh-tokoh terkemuka ini di zaman beliau, maka kelahiran Ibn al-Jazari adalah amat
bersesuaian untuk mewarisi ilmu yang tinggi di zaman itu.
Ketokohan Ibn al-Jazari dalam bidang al-Qira’at
Ketokohan imam Ibn al-Jazari dalam pelbagai bidang ilmu diberi penarafan yang tinggi oleh para ulama.
Imam al-Sakhawi berkata , “beliau begitu unggul dalam ilmu riwayat, hafazan hadith, jarh dan ta‘dil,19
dan mengetahui rawi yang terdahulu dan terkemudian dengan amat baik”.20 Imam al-Suyuti berkata, “
beliau adalah hafiz21, al-muqri22, dan syaikh semua qari pada zamannya”.23 Imam al-Suyuti menambah
lagi “ beliau adalah imam dalam ilmu qira’at serta tiada bandingan dengan sesiapa pada zamannya.24
Imam Ibn al-Jazari telah wafat pada hari Jumaat tahun 833 hijriah di bandar Syiraz25 pada usia 82 tahun.
Ribuan orang berpusu-pusu dan bersesak-sesak mengiringi jenazah beliau ke pusara.
17 al-Syawkani, Muhammad Bin Ali, al-‘Allamah, al-Badr al-Tali‘ bi Mahasin Man Ba‘d al-Qarn al-Sabi‘, Bayrut : Dar al-
Maarif Jld 2 hlm 257. 18 Syakir, Mahmud Bin Syakir (1978m), al-Tarikh Al-Islami, Bayrut : al-Maktab al-Islamiy Jld 7, hlm 118. 19 Suatu ilmu yang membincangkan tentang kebolehpercayaan atau penolakan seorang rawi dalam periwayatan hadith. 20 al-Sakhawi, Syams al-Din Muhammad Bin Abd al-Rahman (1355h), op.cit. Jld 9 hlm 257. 21 Seseorang pakar hadith yang menghafaz 100,000 hadith sanad dan matannya serta mampu menjaganya dengan baik. 22 Seorang yang pakar dalam ilmu qira’at, meriwayatkannya secara bacaan musyafahah serta memberi ijazah kepada
seorang murid untuk menyampaikan kepada orang lain pula. Sila lihat Hafayan, Ahmad Mahmud (1422h), op.cit, hlm 154. 23 al-Suyuti, Jalal al-Din Bin Abi Bakr, Tabaqat al-Huffaz, (1414h), Bayrut: Dar al-Kutub al- ‘Ilmiyyah, hlm 549. 24 Ibid. 25 Sebuah bandar besar yang terkenal terletak dipinggir negara farsi. Sila lihat al-Hamawi, Yaqut Bin ‘Abdullah al-Rumi
(1980m), op.cit, Jld 3 hlm 73.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
445
Kitab-kitab karangan Ibn al-Jazari
Hasil pena imam Ibn al-Jazari melebihi 60 buah26 kitab semuanya. Sebahagiannya telah dicetak namun
masih banyak lagi yang berbentuk manuskrip. Walau bagaimana pun, karangan terunggul beliau dalam
bidang qira’at ialah :
1) al-Nasyr fi al- qira’at al-‘asyr
2) Tayyibah al-nasyr fi al- qira’at al-‘asyr27
ASAS KHILAFIYYAH DI DALAM TARIQ AL-SYATIBI DAN TARIQ AL-TAYYIBAH
1. Al-Takbir
Jumhur ulama bersepakat bahawa sebab berlaku takbir ialah kerana kelewatan wahyu yang turun kepada
Rasulullah beberapa ketika28. Golongan musyrikin Makkah telah mengejek Rasulullah dengan kata-kata
: “sesungguhnya Allah telah mengabaikan dan tidak menghiraukan Muhammad lagi.”
Lalu Allah menurunkan ayat surah al-Duha
Maksudnya : “Demi waktu matahari sepenggalahan naik, Dan demi malam apabila
Telah sunyi (gelap), Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci
kepadamu.”29
Lalu Rasulullah mula ber takbir 30 sebagai kesyukuran kepada Allah kerana menurunkan wahyu yang
agak lama terputus, serta jawapan kepada tohmahan para musyrikin Makkah. Kemudian Rasulullah T
mula ber takbir apabila membaca surah al-Duha pada setiap hujung surah sehingga khatam Al-Quran.
Hukum al-Takbir
26 Muti’, Muhammad Al-Hafiz, Dr, (1424h), al-Qira’at wa Kibar Qurra’ fi Dimasyq, Dimasyq : Dar al-Fikr, hlm 173. 27 Ismail, Nabilbin Muhamad,Dr, al-Imam Ibn al-Jazaryi aa Juhuduhu ai ‘Ilm al-Qira’at,(1423h), Bayrut : Dar Ibn Hazm
hlm 39 & 40. 28 Ulama berbeza berpendapat tentang berapa lama kelewatan tersebut berlaku. Ada yang mengatakan 12, 15 dan 40 hari.
Sila lihat al-Baghawi, Abu Muhammad al-Husyayn Bin Mas‘ud (1985m), Ma ‘alim al-Tanzil, Bayrut : Dar al-Fikr, Jld 5
hlm 450. 29 Muslim bin Hajjaj al-Qusyayri al-Naysaburi, (1995M), Sahih Muslim, Bayrut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, Jld 9 hlm
280. lihat juga al- Naysaburi, Abi al-Hasan ‘Ali Bin Ahmad,(1388h), Asbab al-Nuzul, Qahirah : Mu’assasah al-Halabi, hlm
312. 30 al-Hakim, Muhammad Bin Abdullah Bin Muhammad al-Naysaburi (1978m), al-Mustadrak ‘Ala al-Sahihayn, Bayrut:
Dar al-Fikr, Jld 12 hlm 247. lihat juga al-Bayhaqi, Ahmad Ibn al-Husayn,(1990m) Syu‘ab al-Iman, Bayrut : Dar al-Kutub
al-`Ilmiyyah, Jld 5 hlm 90.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
446
Ulama qurra yang mengithbatkan takbir bersepakat bahawa takbir bukanlah ayat Al-Quran. Ia adalah
sunat ketika khatam Al-Quran sepertimana sunat membaca al-isti‘azah31 ketika memulakan bacaan Al-
Quran. Dengan itu, ia tidak ditulis di dalam mushaf32.
Hukum bacaan takbir ialah sunat. Imam al-Bazzi 33 berkata : imam al-Syafi‘i berkata kepadaku, “
sekiranya anda meninggalkan takbir, anda telah meninggal salah satu sunnah Rasulullah T.34 Imam Ibn
Kathir pula memberi komentar bahawa kenyataan imam al-Syafi‘i ini menunjukkan kesahihan riwayat
tersebut.35 Imam Ibn al-Jazari menegaskan bahawa takbir telah thabit di kalangan ahli fiqh, ulama dan
para muhaddith makkah36 sehingga mencapai tahap mutawatir.37
Permulaan dan penutup takbir
Takbir terbahagi kepada 2 keadaan38 :
1) takbir al-‘am – iaitu takbir yang dibaca bersama-sama basmalah di awal setiap surah kecuali
surah al-tawbah.
2) takbir al-khas – takbir ini terbahagi kepada 2 pendapat 39:
a) takbir yang dibaca di awal surah al-Duha, surah-surah seterusnya sehingga awal surah
al-Nas.
b) takbir yang dibaca di akhir surah al-Duha, surah-surah seterusnya sehingga akhir
surah al-Nas.
Lafaz takbir
Ulama qurra menyebutkan bahawa terdapat tiga lafaz al- takbir iaitu
(الله أكب ) (12) takbir dan tahlil iaitu ( ل إله إل الله الله أكب)40
3) takbir dan tahlil dan tahmid iaitu ( ل إله إل الله الله أكب ولله الحمد)41 .
2. Al-Madd al-Munfasil
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم 3132 8 mushaf yang ditulis dengan arahan Sayyidina ‘Uthman dan dihantar ke seluruh negara di bawah pemerintahan Islam. 33 Beliau adalah Ahmad bin Muhammad bin Abdullah al-Bazzi. Salah seorang ulama qira’at. Periwayat qira’at Abu ‘Amru
(170- 243h). Sila lihat Abu Sulayman, Sabir Hasan Muhammad (1416h), Kasyf al-Diya’ Fi Tarikh al- Qira’at Wa al-
Qurra’, Riyad : Dar a‘lam al-Kutub, hlm 118. 34Jalal al-Din al-Suyuti, (1407H) al-Itqan Fi ‘Ulum Al-Quran, Dimasyq : Dar Ibn Kathir, Jld 1 hlm 294. 35 Ibid. 36 Ibn al-Jazari, Ahmad Bin Muhammad Bin Muhammad al-Dimasyqi (1418h), Syarh Tayyibah al-Nasyr, Bayrut : Dar al-
Kutub al-Ilmiyyah, hlm 332. 37 Rida ‘Aliy Darwisy, Fath al-Rahman Fi Taysir Turuq Hafs Bin Sulayman.(1421h), Maktabah al-Qurtubah li al-Turath.
hlm 32. 38 Abu al-Khayr, Muhammad (1421h), op.cit, hlm 8. 39 al-Qadi, Abd al-Fattah Bin Abd al-Ghani, (1424h) al-Wafiy fi Syarh al-Syatibiyyah, Madinah : Dar al-Zaman, hlm 385. 40 Abu al-Farh, Sayyid Lasyin (1413h), Taqrib al-Ma‘ani, Madinah : Dar al-Zaman, hlm 453. 41 Ibid.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
447
Al-Madd al-Ja’iz Munfasil berlaku apabila suatu huruf madd42 yang terdapat selepasnya huruf hamzah
dalam kalimah yang berbeza.43 Ia di sebut ja’iz kerana kerana ia harus dibaca dengan 2, 4 dan 5 harakat
mengikut tariq yang diikuti oleh seorang qari. Sementara munfasil pula ialah kerana sebab asal madd
ini iaitu hamzah, berada dalam kalimah yang berbeza.44
Contohnya :
45
Perbincangan berkenaan mad ja’iz muttasil adalah berkisar tentang harakat sama ada qasr (قصر) iaitu 2
harakat, tawassut (توسط) iaitu 4 harakat dan fuwayq al-tawassut (فويق التوسط) iaitu 5 harakat.
Selain dari itu, terdapat mad yang lain yang dihubungkan terus dengan mad munfasil iaitu mad al-ta‘zim
atau mad al-mubalaghah.46 Sebab berlaku madnya adalah sama namun ianya khusus kepada lam nafiyah
li al-jins47 pada kalimah al-tawhid sahaja.
Contohnya :
48
Kesemua imam-imam qurra menyeragamkan harakat mad al-ta‘zim dengan mad munfasil iaitu 4 harakat.
Namun, imam Abu al-Qasim Yusuf al-Hudhali49 mengharus mad al-takzim dengan 2 harakah ketika mad
munfasil di baca 2 harakat50.
3. al-Madd al-wajib al-muttasil
al-Madd wajib al-muttasil ialah suatu huruf madd yang terdapat selepasnya huruf hamzah dalam kalimah
yang sama.51 Ia di sebut wajib kerana para qurra bersepakat tentang kadar madnya melebihi kadar mad
42 Huruf mad : Alif (ا ) yang sukun sebelumnya berbaris fathah, waw ( و)yang sukun sebelumnya berbaris di dammah dan
ya’( ي) yang sukun sebelumnya berbaris kasrah. 43 al-Qamhawi, Muhammad al-Sadiq (T.T.), al-Burhan fi Tajwid al-Quran, Bayrut: al-Maktabah al-Thaqafah, hlm 25. 44 al-Kaylani, Hisyam al-Din Salim (1999m), al-Bayan Fi Ahkam al-Tajwid, Bayrut: al-Maktabah al-Thaqafah, hlm 97. 45 al-Anfal : 59 46 Dinamakan al-Madd al-mubalaghah kerana ia adalah penafian yang bersungguh-sungguh terhadap ketuhanan selain dari
Allah I. 47 Iaitu lam alif (لا) yang menafikan seluruh juzuk sesuatu benda atau perkara. Ia adalah berbeza dengan lam alif (لا) biasa
yang berperanan menafikan satu perkara atau lebih tanpa merangkumi keseluruhan juzuk. Sila lihat Fu’ad Ni‘mat (1973m),
Qawa ‘id al-Lughah al-Arabiyyah, Dimaysq : Dar al-Hikmah, hlm 62. 48 al-An‘am 6:102 49 Beliau ialah imam Yusuf Bin ‘Ali Bin Jabbarah al-Hudhali al-Baskari. Seorang ulama qira’at yang masyhur. Pengarang
kitab al-Kamil Fi al-Qira’at al-‘Asyr Wa al-Arba‘ al-Za’idah ‘Alayha.(403-465h) 50 Abu al-Khayr, Muhammad (1421h), op.cit, hlm 15. 51 al-Qamhawi, Muhammad al-Sadiq (T.T.), op.cit., hlm 25.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
448
asli52. Sementara muttasil pula ialah kerana punca asal madd ini iaitu hamzah, berada dalam kalimah
yang sama.53
Contoh :
Terdapat 3 wajh berkenaan madd ini.
1) al-tawassut : iaitu 4 harakat.
2) Fuwayq al-tawassut : iaitu 5 harakat.
3) Al-isyba’ : enam harakat.
4. al-Sakt sebelum hamzah
Takrif al-saktah : berhenti sekejap tanpa bernafas kemudian meneruskan bacaan dengan nafas yang
sama54. Kadarnya ialah 2 harakat. Ia berlaku kepada huruf yang sukun secara sahih, serta waw (و) dan
ya’(ي) yang mati selepas baris fathah.
Contohnya : ءامن( )من )ٱلآخر( , )سوء( ,)شيء( , ,)ق رءان(, )ٱبن ءادم( )خلوا إل(
Terdapat tiga wajh untuk hukum ini :
1) tiada saktah secara keseluruhan dalam masalah ini. Ini adalah pegangan jumhur ulama qurra’.
2) Saktah (ال) al-ta‘rif dan )شيء( dan al-sakin al-mafsul sahaja.
3) Saktah (ال) al-ta‘rif, )شيء(, al-sakin al-mafsul dan al-sakin mawsul juga.
Al-sakin mafsul seperti )من ءامن(dan (خلوا إل) iaitu huruf yang sukun dan selepasnya terdapat hamzah
dalam dua kalimah yang berbeza. al-Sakin mawsul pula seperti )ق رءان(dan ( ٱلظم ان) iaitu huruf yang
sukun dan selepasnya terdapat hamzah dalam kalimah yang sama.
Nun al-sakinah dan tanwin ketika bertemu lam (ل) dan ra’ (ر).
Hukum nun al-sakinah atau tanwin sebelum lam dan ra’.
Contohnya :
52 Mad asli 2 harakat. 53 al-Kaylani, Hisyam al-Din Salim (1999m), op.cit, hlm 97. 54 Mahmud, Badr Hanafi,(1423h) al-Basit fi ‘Ilm al-Tajwid, Qahirah : Maktabah al-Madinah al-Raqmiyya hlm 14.
ء
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
449
Ia menerbitkan dua hukum iaitu :
1) idgham kamil bi la ghunnah
2) idgham bi ghunnah
Jumhur ulama qurra bersepakat bahawa hukumnya ialah idgham yang sempurna tanpa ghunnah.55
Sementara sebahagian yang lain berpendapat hukumnya ialah idgham naqis dengan mengekalkan sifat
ghunnah.
Imam Ibn al-Jazari memperincikan hukum ini kepada 2 bahagian56 iaitu :
1) Al-maqtu‘ – iaitu hukum tersebut berlaku ketika nun al-sakinah dan tanwin yang bertemu dengan
lam dan ra’ itu yang ditulis menurut rasm di dalam mushaf tanpa bersambung. Contohnya :
م ولكن ل, فإن ل يستجيبوا , أن ل أقول , رزقا لكم , من ربه maka dalam keadaan ini, hukumnya dengung 2 harakat.
2) Al-mawsul - iaitu hukum tersebut berlaku ketika nun al-sakinah dan tanwin yang bertemu dengan
lam dan ra’ itu yang ditulis menurut rasm di dalam mushaf dengan bersambung. Contohnya :
ألن نجعل , إل تنفروا , وإل تصرفmaka dalam keadaan ini hukumnya tiada ghunnah.
5. Ibdal dan tashil
Apabila hamzah al-istifham57 (أ) bertemu dengan hamzah al-wasl (ٱ) dari alif dan lam makrifah, maka
hukumnya adalah ibdal dan tashil. Dalam bacaan riwayat Hafs ia hanya berlalu pada 6 tempat sahaja
iaitu dua kali pada setiap kalimah berikut : ( )58, ()59, ( )60.
Pertemuan antara hamzah al-istifham dan hamzah al-wasl menyebabkan percampuran ayat antara
istifham dan khabar. Ini kerana kedua-duanya berbaris fathah.
Apabila kita mengabaikan hamzah al- wasl, bacaan akan menjadi satu hamzah sahaja. Inilah yang akan
menyebabkan percampuran dan kekeliruan. Oleh itu, bangsa arab mengekalkan hamzah al-wasl di dalam
bacaan supaya kekeliruan tidak berlaku. Namun, mereka menukarkannya melalui dua cara iaitu :
1) ibdal iaitu menukarkan hamzah wasl kepada alif dengan isyba‘61 kerana pertemuan dua huruf
yang sukun.
55 Abu al-Khayr, Muhammad (1421h) op.cit, hlm 25. 56 Ibid. 57 Hamzah yang bermaksud pertanyaan. 58 Yunus 10 : 51 & 91 59 Yunus 10 : 59 dan al-Naml 27 : 59 60 al-An‘am 6 :143 & 144 61 kadar mad 6 harakat.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
450
2) Tashil – iaitu menyebut hamzah yang kedua dengan kadar pertengahan di antara hamzah
yang sebenar dan alif. Tiada mad dengan cara ini kerana ketiadaan huruf mad.
6. Isymam dan rawm62
Isymam adalah suatu kaedah bacaan yang memuncungkan dua bibir mulut tanpa lengah selepas
mematikan sesuatu huruf. Ia dapat dilihat dengan mata kasar.
Isymam terbahagi empat jenis63 :
1) Memuncungkan dua bibir mulut tanpa lengah selepas mematikan sesuatu huruf. Keadaan ini
berlaku ketika waqf.
2) Memuncungkan dua bibir mulut pada kalimah ( )64. Ia adalah kata kerja mudari‘65 yang
asalnya ialah )تمن نا( dengan dua huruf nun. Nun yang pertama berbaris dammah dan nun
kedua berbaris fathah. Ia dianggap berat dan susah dibaca lalu disukunkan nun yang pertama
dan diidghamkan66 kepada nun yang kedua. Sebagai menunjukkan kewujudan nun yang
pertama (berbaris dammah) maka, isymam dilakukan. Mulut selepas mematikan sesuatu
tersebut terbentuk seperti ketika menyebut huruf waw (و) tanpa bersuara. Ia tidak dapat
diketahui melainkan dengan cara melihat ke bibir pembaca kerana tiada bunyi dikeluarkan.
Kaedah inilah yang menjadi pokok perbincangan tentang perbahasan tariq ini.
3) Isymam huruf dengan huruf iaitu percampuran suara antara dua huruf seperti huruf sad (ص)
dan zay (ز) dalam kalimah ( ).67 Percampuran ini telah melahirkan huruf yang bukan
sad (ص) dan zay (ز) tetapi huruf sad (ص) yang dominan ke atas huruf zay (ز). Ianya hanya
terdapat di dalam qira’at hamzah.
4) Isymam harakat dengan harakat iaitu percampuran satu harakat dengan harakat yang lain
seperti percampuran kasrah dengan dammah. Contohnya, kalimah ( قيل) yang dibaca oleh
qira’at Kisa’iy dan Hisyam. Caranya ialah dengan menyebut huruf yang pertama dengan baris
yang bercampur antara dammah dan kasrah. Baris dammah didahulukan tetapi bunyinya
sedikit, sementara baris kasrah selepas itu dengan lebih dominan. Ini kerana asal kalimah ( قيل)
62Juga dinamakan Ikhtilas 63 Nasr, ‘Atiyyah Qabil (1992 m), Ghayah al-Murid fi ‘Ilm al-Tajwid, Qahirah : Dar al-Taqwa, hlm, hlm 170-171. 64 Yusuf 12 : 11 65 kata kerja yang menunjukkan tempoh masa sekarang dan akan datang. 66 Dimasukkan. 67 al-Fatihah 1 : 6
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
451
ialah ( قول) . Ia menjadi kesukaran kepada bangsa arab untuk menyebut baris kasrah diikuti
waw. Lalu ditukarkan baris dammah qaf kepada kasrah dan huruf waw kepada ya’ untuk
menyesuaikan baris kasrah dengan ya’. Maka jadilah kalimah ( قيل). Sebagai memberi isyarat
kepada kewujudan dammah ke atas qaf, maka ia dibaca isymam.
Walau bagaimana pun perbincangan ini hanya berkisar tentang bentuk isymam yang kedua. Ia berlaku di
dalam ayat berikut :
Kaedah kedua yang diharusnya ialah rawm.
Rawm ialah suatu kaedah kecepatan menyebut suatu harakat dengan suara yang perlahan sekira-kira
hanya 2/3 suara sahaja yang berbunyi sedangkan 1/3 yang lain tidak kedengaran. Kedua-dua huruf nun
adalah dibaca kecuali suara direndahkan ketika menyebut huruf nun yang pertama dengan cepat sedikit.
Hukum ini juga hanya dapat dipelajari dengan cara musyafahah dari para qurra'. Dalam mushaf
‘Uthmani diberi tanda () di atas mim untuk menunjukkan isymam lebih utama dan lebih mudah.
7. Kalimah ( )68 dalam surah al-A’raf : 176
Kalimah 69 ) عنا dalam surah Hud : 42) اركب م
Kedua-dua ayat di atas harus dibaca dengan dua wajh mengikut tariq yang diikuti iaitu70:
68 al-A‘raf 7 : 172 69 Hud 11 : 42 70 Rida ‘Ali Darwisy(1421h), op.cit, hlm 69.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
452
1) al-idgham – iaitu memasukkan tha’ ke dalam dhal dan ba’ ke dalam mim kerana ia termasuk
dalam hukum idgham mutajanisayn71.
2) al-izhar – iaitu mensukunkan huruf pertama seperti didalam rasm dan menyambung bacaan tanpa
apa-apa perubahan.
8. Kalimah ( )72 dalam surah al-Mursalat : 20
Terdapat 2 hukum bacaan idgham.
1) idgham kamil73 iaitu memasukkan qaf (ق) ke dalam kaf (ك)secara sempurna. Dengan itu sifat
tiada isti’la74 dan qalqalah75 pada qaf .
2) idgham naqis76 iaitu mengekalkan sebahagian sifat qaf (ق) iaitu isti’la’ dan mengabaikan sifat
qalqalahnya.
9. Saktah
Dari sudut bahasa saktah bererti diam. Dari sudut istilah ia bermaksud berhenti bacaan sekejap tanpa
bernafas dengan kadar masa 2 harakat, kemudian menyambung semula dengan nafas yang sama. Saktah
berlaku di 4 tempat berikut :
1 77
2 78
71 iaitu dua huruf yang bertemu dalam keadaan sama makhraj tetapi berbeza sifat. 72 al-Mursalat 77 : 20. 73 Nasr, ‘Atiyyah Qabil (1992 m), op.cit, hlm 92. 74 Ia bermaksud huruf yang berbunyi tebal iaitu terangkat lidah ke lelangit atas ketika menyebut huruf tersebut. Sila lihat
Fayzuryan, ‘Abd al-Latif, Syaykh (1420h), al-Tabyin fi Ahkam Tilawah al-Kitab al-Mubin, Bayrut : Dar al-Ma‘arif, hlm
182. 75 Iaitu suara tambahan yang berdetak kuat ketika menyebut huruf tersebut. Lihat Fayzuryan, ‘Abd al-Latif, Syaykh
(1420h), op.cit, hlm 185. 76 Nasr, ‘Atiyyah Qabil (1992 m), op.cit, hlm 92. 77 al-Kahf 18 : 1&2 78 Yasin 36 : 52
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
453
3 79
4 80
Dalam bacaan riwayat Hafs, terdapat 2 saktah harus81 iaitu :
82
Tiga wajh yang harus dipilih iaitu :
1) waqf
2) saktah
3) wasl dengan idgham83
84
Ayat terakhir surah al-anfal dan awal surah al-tawbah. 3 kaedah yang harus dipilih.
1) waqf
2) saktah
3) wasl dengan Iqlab
10. Huruf Hijaiyyah ‘ayn (ع)
Huruf hijaiyyah ‘ayn terdapat pada awal surah maryam ayat 1 dan syura ayat 2 iaitu :
huruf-huruf yang seumpamanya tidak terdapat khilaf padanya. Terdapat 3 wajh yang boleh dibaca iaitu
tawl 6 harakat, tawassut 4 harakat dan qasr 2 harakat85. Tawl disebabkan oleh pertemuan 2 huruf sukun
serta terkumpul dalam golongan mad yang sama jenis.86 Tawassut pula adalah disebabkan oleh huruf lin
79 al-Qiyamah 75 : 27 80 al-Mutaffifin 83 : 14 81 ia bermaksud bacaannya boleh dipilih dengan tiga kaedah iaitu 1) saktah 2) waqf 3) idgham 82 al-Haqqah 69 : 29 83 iaitu memasukkan bunyi huruf mim (م) ke dalam huruf ba’(ب). 84 al-Tawbah 9 : 1 85 Abu al-Khayr, Muhammad (1421h) op.cit, hlm 34. 86 Huruf kaf (ك), ‘ayn (ع), sad (ص), sin (س) dan qaf (ق) adalah tergolong dalam yang sama iaitu mad lazim harfi mukhaffaf.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
454
di dalam huruf ‘ayn (عين) lebih pendek berbanding huruf lin di tempat yang lain. Sementara qasr pula
adalah berdasar huruf ‘ayn (عين) yang sebenar tanpa mengambil kira sukun dihujungnya87.
11. Kalimah ( )
Huruf ra’ (ر) pada kalimah ( ) dalam surah al-Syu‘ara’ ayat 63 boleh dibaca sama ada dengan tafkhim
dan tarqiq.
Tafkhim kerana mengambil kira huruf qaf (ق) yang termasuk dalam golongan huruf isti‘la’ yang kuat.
Tarqiq pula disebabkan pengaruh kekuatan huruf qaf (ق) berkurangan kerana ia berbaris kasrah.
Keharusan ini hanya berlaku ketika wasl sahaja. Semasa waqf, tiada perselisihan pendapat tentang
kemestian tafkhim ra’ (ر). Ini kerana sebab tarqiq telah hilang kerana qaf (ق) yang sukun ketika waqf.88
12. Kalimah dalam surah al-naml : 36
Semua turuq Hafs sepakat tentang ithbat89 ya’ ketika wasl. Khilaf hanya berlalu ketika waqf sama ada
ithbat ya’ ( ءاتـني) atani dimatikan ya’(ي) dengan 2 harakat atau hadhf 90. ( ) atan di waqf tanpa ya’(ي).
Walau bagaimana pun waqf yang dibenarkan hanyalah waqf idtirari91 dan ikhtibari.92
13. Kalimah ( )93 dalam surah al-Insan : 4
87 Abu al-Khayr, Muhammad (1421h) op.cit,hlm 34 88 al-Qudah, Muhammad ‘Isam al-Muflih (1988m), al-Wadih fi al-Tajwid, al-Urdun : Dar Al-Nafa’is, hlm 108. 89 mengekalkan 90 dibuang. 91 Waqf yang terpaksa dilakukan seperti kesuntukan nafas dan seumpamanya. 92 Waqf bertujuan pembelajaran atau pengujian seperti seorang guru yang menerangkan kepada muridnya tentang kalimah
tersebut. 93 al-Insan 76 : 40
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
455
Ketika wasl alif terakhir dihadhfkan ( سلسل). Semua turuq Hafs bersepakat dalam hal ini, namun mereka
khilaf dalam keadaan waqf dengan 2 wajh iaitu :
1) Ithbat alif terakhir : ( سلسل) ketika waqf.
2) Hadhf alif ( سلسل) ketika waqf.
Keadaan ini hanya berlaku ketika waqf idtirari dan ikhtibari sahaja.
14. Kalimah ( )94 dalam surah al-Tur : 37
Kalimah tersebut boleh dibaca 2 wajh dengan sin (س) dan sad (ص). Kata akarnya adalah dari ( سيطر)
dengan huruf sin (س). Di dalam mushaf ‘Uthmani ia ditulis dengan sad (ص) sebagai mengambil kira
qira’at yang membaca dengan sad (ص). Namun, huruf sin (س) kecil di bawah ditulis dibawah sad (ص)
sebagai menandakan wajh sin (س) yang harus dibaca dalam tariq al-Syatibi. Harus diingat bahawa
mushaf yang ada kini adalah ditulis menurut tariq al-Syatibi 95.
15. Kalimah ( ) dalam surah al-Ghasyiyah : 22
Kata akar kalimah ini juga berasal dari ( سيطر). Terdapat dua wajh bacaan iaitu :
(س) dengan sin (بمسيطر) (1
2) ( ) dan sad (ص).
Huruf sin kecil tidak ditulis di sini kerana tariq al-Syatibi memilih dengan wajh sad (ص) sahaja.
16. Kalimah ( )96 dan ( )97
Terdapat dua wajh bacaan iaitu :
(س) dengan sin (يبسط) dan (بسطة) (1
.(ص) dan sad(يبصط) dan (بصطة) (2
94 al-Tur 52 : 37 95 Mujamma‘ Khadim al-Haramayn al-Syarifayn al-Malik Fahd (1412h), op.cit, hlmaman ى. 96 al-A‘raf 7 : 69 97 di dalam surah al-Baqarah ayat 245 sahaja. Terdapat pada ayat selepasnya (246) kalimah tetapi ia kekal tiada perubahan.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
456
Dalam tulisan rasm ‘Uthmani ia ditulis dengan (ص) iaitu ( )98 dan ( ). Tariq yang memilih
dengan sin (س) adalah merujuk kepada kata akarnya (بسط). Sementara tariq yang memilih bacaan dengan
sad (ص) mengambil kira huruf ta’ (ط)99 selepasnya.
17. Kalimah ( )100 dan ( )101 dalam ayat berikut :
Dalam riwayat Hafs, apabila nun al-sakinah yang berada di akhir kalimah, kemudian bertemu dengan
waw (و) maka hukumnya idgham bi ghunnah. Contohnya : من وليه
Tetapi terdapat khilaf dalam masalah nun al-sakinah dalam surah Yasin : 1 dan al-Qalam : 1.
Dalam rasm ‘Uthmani nun al-sakinah ini tidak kelihatan namun, bila ditulis dalam bentuk bacaan
sebenar, ia akan menjadi ( ياسين) dan ( نون). Terdapat dua wajh bacaan iaitu :
1) al-izhar iaitu bunyi nun yang sukun dikekalkan ketika wasl.
2) al-idgham iaitu nun yang sukun dimasukkan ke dalam huruf waw(و) selepasnya.
18. Kalimah ( ), ( ) di dalam surah al-Rum : 54
Terdapat dua wajh harus iaitu :
1) Fathah seperti di dalam mushaf
2) Dammah( ضعف) dan (ضعفا)
Khilaf ini hanya berlaku kepada ayat ini sahaja di dalam Al-Quran.
PENUTUP
Walaupun terdapat perbezaan dan khilaf dalam bacaan dalam tariq masing-masing namun ia menjadi
pegangan bacaan umat Islam di seluruh dunia. Ini kerana kajian mereka yang menyeluruh dan
berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang muktabar.
98 al-A‘raf 7 : 69 99 huruf (ط) termasuk di dalam huruf-huruf yang kuat makhrajnya. Lalu ia akan mempengaruhi huruf sebelumnya. 100 Yasin 36 : 1 101 al-Qalam 68 : 1
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
457
RUJUKAN
Abu al-Farh, Sayyid Lasyin (1413h), Taqrib al-Ma‘ani, Madinah : Dar al-Zaman
al- Naysaburi, Abi al-Hasan ‘Ali Bin Ahmad,(1388h), Asbab al-Nuzul, Qahirah : Mu’assasah al-Halabi
al-Baghawi, Abu Muhammad al-Husyayn Bin Mas‘ud (1985m), Ma ‘alim al-Tanzil, Bayrut : Dar al-Fikr
al-Baladi, Atiq Bin Ghayth Bin Wazir (1402h) , Mu‘jam al-Ma‘alim al-Jughrafiyyah al-Waridah Fi al-
Sirah al-Nabawiyyah, Riyad : Dar a‘lam al-Kutub
al-Bayhaqi, Ahmad Ibn al-Husayn,(1990m) Syu‘ab al-Iman, Bayrut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah,.
al-Dhahabi, Muhammad Bin Ahmad Bin ‘Uthman (1404h), Ma‘rifah al-Qurra’ al-Kibar ‘Ala al-
Tabaqat wa al-A‘sar, Bayrut: Mu’assasah al-Risalah
al-Dhahabi, Muhammad Bin Ahmad Bin ‘Uthman (1410h), Siyar A‘lam al-Nubala’, Bayrut : Mu’assasah
al-Risalah.
al-Hakim, Muhammad Bin Abdullah Bin Muhammad al-Naysaburi (1978m), al-Mustadrak ‘Ala al-
Sahihayn, Bayrut: Dar al-Fikr
al-Hamawi, Yaqut Bin ‘Abdullah al-Rumi (1980m), Mu‘jam al-Buldan, Bayrut : Mu’assasah Nasir al-
Thaqafah.
Jalal al-Din al-Suyuti, (1407H) al-Itqan Fi ‘Ulum Al-Quran, Dimasyq : Dar Ibn Kathir,
al-Kinawi, Muhammad ‘Abd al-Hayy al-Hindi (1324h), al-Fawa’id al-Bahiyyah Fi Tarajum al-
Hanafiyyah, Misr :Matba‘ah al-Sa‘adah.
al-Qadi, Abd al-Fattah Bin Abd al-Ghani, (1424h) al-Wafiy fi Syarh al-Syatibiyyah, Madinah : Dar al-
Zaman
al-Qamhawi, Muhammad al-Sadiq (T.T.), al-Burhan fi Tajwid al-Quran, Bayrut: al-Maktabah
al-Qudah, Muhammad ‘Isam al-Muflih (1988m), al-Wadih fi al-Tajwid, al-Urdun : Dar Al-Nafa’is
al-Sakhawi, Syams al-Din Muhammad Bin Abd al-Rahman (1355h), al-Daw’ al-Lami‘ Li Ahl al-
Qarn al-Tasi‘, Qahirah : Maktabah al-Qudsi
al-Suyuti, Jalal al-Din Bin Abi Bakr, Tabaqat al-Huffaz, (1414h), Bayrut: Dar al-Kutub al- ‘Ilmiyyah,
al-Syawkani, Muhammad Bin Ali, al-‘Allamah, al-Badr al-Tali‘ bi Mahasin Man Ba‘d al-Qarn al-Sabi‘,
Bayrut : Dar al-Maarif
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM023
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
458
al-Thaqafah al-Kaylani, Hisyam al-Din Salim (1999m), al-Bayan Fi Ahkam al-Tajwid, Bayrut: al-
Maktabah al-Thaqafah,
Fayzuryan, ‘Abd al-Latif, Syaykh (1420h), al-Tabyin fi Ahkam Tilawah al-Kitab al-Mubin, Bayrut: Dar
al-Ma‘arif,.
Fu’ad Ni‘mat (1973m), Qawa ‘id al-Lughah al-Arabiyyah, Dimaysq : Dar al-Hikmah,
Hafayan, Ahmad Mahmud (1422h), Asyhar al-Mustalahat Fi Fann al-Ada’ Wa ‘Ilm al-
Ibn Tulun Syams al-Din Muhammad Bin Tulun (1969m), Qudhah Dimasyq : al-Thaghr al-Basim Fi
Dhikr Man Waliya Qada’ al-Syam, Dimaysq : Matbu‘at al-Mujamma’ al-‘Ilmiy al-‘Arabi,
Ibn al-Jazari, Ahmad Bin Muhammad Bin Muhammad al-Dimasyqi (1418h), Syarh Tayyibah al-Nasyr,
Bayrut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah,.
Ismail, Nabil bin Muhamad,Dr, al-Imam Ibn al-Jazaryi aa Juhuduhu ai ‘Ilm al-Qira’at,(1423h), Bayrut
: Dar Ibn Hazm
Mahmud, Badr Hanafi,(1423h) al-Basit fi ‘Ilm al-Tajwid, Qahirah : Maktabah al-Madinah al-Raqmiyya
.
Muslim bin Hajjaj al-Qusyayri al-Naysaburi, (1995M), Sahih Muslim, Bayrut: Dar Ihya’ al-Turath al-
‘Arabi
Muti’, Muhammad Al-Hafiz, Dr, (1424h), al-Qira’at wa Kibar Qurra’ fi Dimasyq, Dimasyq : Dar al-
Fikr,
Nasr, ‘Atiyyah Qabil (1992 m), Ghayah al-Murid fi ‘Ilm al-Tajwid, Qahirah : Dar al-Taqwa,.
Rida ‘Aliy Darwisy, Fath al-Rahman Fi Taysir Turuq Hafs Bin Sulayman.(1421h), Maktabah al-
Qurtubah li al-Turath.
Sabir Hasan Muhammad (1416h), Kasyf al-Diya’ Fi Tarikh al- Qira’at Wa al-Qurra’, Riyad : Dar a‘lam
al-Kutub,
Syakir, Mahmud Bin Syakir (1978m), al-Tarikh Al-Islami, Bayrut : al-Maktab al-Islamiy
Recommended