View
293
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
KEYAKINAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ 10 UTM SKUDAI, JOHOR BAHRU, TERHADAP PENGURANGAN MASALAH KEMURUNGAN
MELALUI AKTIVITI SENAMAN DAN SUKAN.
HAMIZAM BIN HJ. SAJI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
KEYAKINAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ 10 UTM SKUDAI, JOHOR BAHRU,
TERHADAP PENGURANGAN MASALAH KEMURUNGAN MELALUI
AKTIVITI SENAMAN DAN SUKAN.
HAMIZAM BIN HJ. SAJI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
v
DEDIKASI
Teristimewa buat,
Ibu, ayah, serta keluarga yang disayangi dan dikasihi.
Segala pengorbanan, dorongan, kesabaran serta kasih sayang dari kalian, amatlah ku
sanjungi dan ku hargai.
Khas buat,
Teman-teman seperjuangan. Terima kasih di atas sokongan dan semangat yang telah
diberikan.
Semoga Allah membalas jasa baik kalian.
vi
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.......
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyempurnakan
Projek Sarjana Muda ini.
Di ruangan ini ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pembimbing
saya iaitu Dr. Farahwahida binti Mohd. Yusof yang telah banyak membantu dan memberi
tunjuk ajar dengan penuh dedikasi tanpa mengira waktu. Segala teguran, tunjuk ajar,
nasihat dan kata-kata semangat yang diberikan, akan tetap segar dalam ingatan.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat
terutamanya kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan guru-guru Sekolah
Kebangsaan Bandar Baru Uda 2 yang telah banyak membantu dan memberikan
kerjasama di sepanjang tempoh menyiapkan penyelidikan ini.
Akhir kata, semoga segala kerjasama, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan oleh
semua pihak akan diberkati oleh Allah hendaknya. InsyaAllah.....
vii
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap keyakinan pelajar UTM
terhadap pengurangan masalah kemurungan melalui aktiviti senaman dan sukan. Kajian
ini dijalankan di Kolej 10 UTM Skudai. Bilangan responden yang terlibat dalam kajian
ini adalah seramai 260 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej 10 yang tinggal
di blok UB1 dan UB2. Data-data yang dikumpul melalui soal selidik yang diedarkan
dianalisis dengan menggunakan SPSS V14 (Statisfical Package for Social Science
Version 14). Hasil kajian mendapati majoriti responden yakin bahawa aktiviti senaman
dan sukan dapat mengurangkan masalah kemurungan dimana seramai 222 orang
responden mengalami masalah kemurungan hampir setiap hari. Aktiviti senaman seperti
berjalan dan berjoging merupakan pilihan utama bagi responden untuk mengurangkan
masalah kemurungan. Manakala, aktiviti sukan yang kerap dilakukan oleh responden
ialah permainan bola sepak dan tenis. Selain daripada itu, antara langkah-langkah lain
yang diambil oleh responden adalah seperti meluahkan masalah kepada orang lain dan
mendekatkan diri kepada Tuhan.
viii
ABSTRACT
This research was done to examine the confidence of UTM’s students in exercises and
sports activities to reduce depression problems. This research was conducted at Kolej 10
UTM Skudai. There were 260 respondents involved from various groups namely the
college 10’s students which staying in UB1 and UB2 blocks. Data collected from
questionnaires was processed by using SPSS V14 (Satisfical Package for Social Science
Version 14). The findings shows that majority of the respondents are confident that
sports activities and exercise helps to reduce depression problems. A total of 222
activities experienced depression problems almost everyday. Exercise activities such as
walking and jogging become the prior option for respondent in reducing their depression
problems. Meanwhile, sports activities in which respondent frequently involved in are
tennis and soccer. Beside that, the other manners for respondents to reduce their
depressions are telling other people about their problems and pray.
ix
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Borang Pengesahan Tesis
Judul i
Perakuan Penyelia ii
Halaman Judul iii
Pengakuan pelajar iv
Dedikasi v
Penghargaan vi
Abstrak vii
Abstract viii
Senarai Kandungan ix
Senarai Jadual xiv
Senarai Singkatan/Tatanama xv
Senarai Lampiran xvi
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1-9
1.2 Latar Belakang Masalah 9-10
1.3 Pernyataan Masalah 11
1.4 Objektif Kajian 11-12
1.5 Persoalan Kajian 12
1.6 Kepentingan Kajian 13-14
1.7 Batasan Kajian 14-15
1.8 Definisi Operasional 15-17
1.9 Kesimpulan 18-19
x
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Kesan Senaman Terhadap Individu 21-26
2.3 Kepentingan Sukan Kepada Individu 26-28
2.4 Masalah Kemurungan 29-31
2.5 Kesimpulan 31-32
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 33-34
3.3 Tempat Kajian 34
3.4 Populasi Kajian 34
3.5 Sampel Kajian 35
3.6 Instrumen Kajian 35
3.6.1 Soal Selidik 35-38
3.7 Prosedur Kajian 38
3.7.1 Kajian Rintis 38-39
3.7.2 Kajian Sebenar 39
3.8 Analisis Data 39
3.9 Jangkamasa Kajian 40
3.10 Kesimpulan 40
xi
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 41
4.2 Analisis Data Bahagian A: 42-44
Latar Belakang Responden
4.3 Analisis Data Bahagian B 44-47
4.4 Analisis Data Bahagian C 47-52
4.5 Analisis Data Bahagian D 52-55
4.6 Analisis Data Bahagian E 55-57
4.7 Analisis Keseluruhan Item 57-60
Mengikut Objektif
4.8 Kesimpulan 60
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Perbincangan 61-62
5.2.1 Perbincangan latar belakang 62
responden
5.2.2 Perbincangan pengurangan 63-64
masalah kemurungan melalui
aktiviti senaman dan sukan
5.2.3 Perbincangan masalah 64-66
kemurungan hampir setiap
hari
5.2.4 Perbincangan aktiviti senaman 66-67
dan sukan yang diceburi bagi
mengurangkan masalah
kemurungan
xii
5.2.5 Perbincangan langkah-langkah 67-68
terbaik mengurangkan masalah
kemurungan
5.3 Rumusan 68-69
5.4 Cadangan Kajian 69
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 70
5.6 Penutup 71
Senarai Rujukan 72-81
Soal Selidik 82-88
xiii
SENARAI JADUAL DAN GRAF
NO. JADUAL TAJUK MUK SURAT
1.1 Tanda-tanda kemurungan utama 2
3.1 Skala likert 37
4.1 Maklumat responden mengikut umur (item 1) 42
4.2 Maklumat mengenai bangsa responden (item 2) 42
4.3 Maklumat mengenai fakulti responden (item 3) 43
4.4 Maklumat mengenai tahun pengajian responden 44
(item 4)
4.18 Jenis-jenis senaman yang diceburi oleh pelajar- 53
Pelajar yang mengalami masalah kemurungan
(item 1)
4.19 Jenis-jenis sukan yang diceburi oleh pelajar- 54
Pelajar yang mengalami masalah kemurungan
(item 2)
4.20 Langkah-langkah terbaik bagi mengurangkan 56
Masalah kemurungan di kalangan pelajar-pelajar
(item 1)
4.21 Skala keyakinan 57
4.22 Skala persetujuan 57
4.23 Min dan kecenderungan respons bagi objektif 58
pertama kajian
4.24 Peratus kecenderungan respons bagi objektif kedua 59
kajian
4.25 Peratus kecenderungan respons bagi objektif ketiga 60
kajian
xv
SENARAI SINGKATAN / TATANAMA
BDI Beck Depression Inventory Score
COPD Chronic Obstructive Pulmonary Disease
DSM-IV Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder
GDS Geriatic Depression Scale
HRSD Hamilton Rating Scale of Depression Scale
ICD International Classification of Diseases
IPT Institusi Pengajian Tinggi
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta
MADRS Montgeomery and Asberg Depression Scale
RDC Research Diagnostic Criteria
SPSS Statistical Packages for Social Science
UTM Universiti Teknologi Malaysi
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Setiap individu pasti akan mengalami masalah kemurungan sama ada sedikit atau
banyak dalam kehidupan mereka. Tetapi kebanyakan mereka yang mengalami
kemurungan tidak mendapat rawatan atau diagnosis yang sewajarnya berasaskan kepada
ciri-ciri standard seperti ‘Research Diagnostic Criteria’ (RDC), ‘Geriatic Depression
Scale’ (GDS), ‘Hamilton Rating Scale of Depression’ (HRSD), ‘Montgeomery and
Asberg Depression Scale’ (MADRS), ‘Beck Depression Inventory Score’ (BDI),
‘International Classification of Diseases’ (ICD) atau ‘Diagnostic and Statistical Manual
of Mental Disorder’ (DSM-IV) (American Psychiatric Association, 1980,1987).
Walau bagaimanapun konsep dan klasifikasi ke atas kemurungan banyak
dibahaskan oleh pakar-pakar mental. Klasifikasi kemurungan ini berubah dari tahun ke
tahun (Golstein & Anthony, 1988). Perubahan-perubahan ini kebanyakannya berasaskan
kepada perubahan teori asas kemurungan itu sendiri. Pada amnya kemurungan boleh
dibahagikan kepada dua (2) kumpulan utama, pertama bipolar atau kemurungan
nonklinikal dan unipolar atau kemurungan klinikal (American Psychiatric Association,
1994). Kemurungan nonklinikal lebih kepada rasa kesedihan yang amat sangat atau
2
hilang keterampilan seperti contoh kematian, kegagalan, diberhentikan kerja, penceraian,
kehilangan dan perpisahan. Manakala kemurungan unipolar (kemurungan klinikal)
adalah lebih lazim dialami. Bentuk-bentuk yang biasa bagi kemurungan unipolar adalah
seperti kemurungan major, yang mana boleh berlaku pada jangkamasa yang tertentu atau
berlaku berulang-ulang dan dysthymia iaitu kemurungan peringkat rendah (American
Psychiatric Association, 1994).
Jadual 1.1 : Tanda-tanda Kemurungan Utama
Berdasarkan kepada cirri-ciri DSM-IV, seseorang itu akan didianogsis dengan
kemurungan utama jika mengalami satu daripada 2 tanda-tanda dan sekurang-kurangnya
5 tanda yang lain sekali dalam tempoh 2 minggu:
1. Alami kemurungan hampir setiap hari.
2. Kurang atau hilang kepentingan atau perasaan dalam setiap aktiviti.
3. Kehilangan berat badan tanpa melakukan diet.
4. Insomnia atau hiposomnia.
5. Rasa tidak cergas atau tidak tenang.
6. Keletihan atau hilang tenaga.
7. Gangguan psikomotor.
8. Perasaan tidak dihargai dan teralu bersalah.
9. Keupayaan untuk berfikir dan memberi tumpuan berkurangan.
10. Kematian dan membunuh diri sering terbayang di fikiran.
Menurut sumber Berita Minggu (2004), kerisauan atau kebimbangan terjadi
dalam dua kategori, fizikal dan mental. Kerisauan dari segi mental ditunjukkan menerusi
kerap berasa sedih, sentiasa putus asa, tidak bertenaga dan tidak fokus. Tindak balas
fizikal dan mental ini menyebabkan tekanan dan membawa mudarat kepada tubuh.
Sistem pencernaan tidak berfungsi ketika kita dalam keadaan tertekan. Tekanan yang
kronik ini membawa kerosakan pada saluran darah dan melemahkan sistem pertahanan
badan.
3
Apakah faktor-faktor yang mengakibatkan kemurungan? Menurut Bahagian
Perubatan Psikologi CGH, menggariskan beberapa faktor yang mengakibatkan
kemurungan. Faktor-faktor tersebut ialah:
i. Faktor genetik
Ada sesetengan jenis kemurungan yang sememangnya wujud dalam keluarga, yang
menunjukkan faktor genetik atau turun temurun dalam pengagihan gangguan
kemurungan. Bagaimanapun, ia boleh juga berlaku kepada orang yang tidak mempunyai
sejarah keluarga yang mengalami kemurungan. Sama ada diterima secara turun-temurun
atau tidak, gangguan kemurungan yang besar selalunya dikaitkan dengan adanya sedikit
atau terlalu banyak bahan kimia yang tertentu dalam otak.
ii. Peristiwa-peristiwa yang menekankan
Peristiwa hidup adalah faktor-faktor yang menyumbangkan kepada kemurungan.
Adalah agak biasa untuk berasa murung selepas suatu peristiwa yang agak menyedihkan
tetapi biasanya kita akan dapat menenangkan perasaan kita berkenaan apa yang telah
berlaku dan akan mulai menerimanya. Sebarang perubahan, kehilangan serius atau
seperti kematian orang yang disayangi, penceraian, kehilangan kerja, persaraan atau
berpindah ke rumah baru, boleh mendatangkan penyakit kemurungan.
iii. Kekurangan sokongan sosial
Keadaan-keadaan menekankan juga memainkan peranan. Jika kita seorang diri
dan terasing secara sosial, mempunyai banyak lagi masalah lain atau adalah lemah secara
fizikal, maka kita lebih mudah mendapati kemurungan. Contohnya, ada wanita yang
mengalami kemurungan berterusan selepas melahirkan anak kerana mereka tidak
mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada keluarga mereka.
4
iv. Penyakit fizikal
Kemurungan juga biasa diikuti dengan penyakit fizikal, terutamanya penyakit
mengancam nyawa seperti barah dan penyakit jantung, penyakit yang menyakitkan dan
kronik seperti artritis, bronkitis atau strok. Ada kemurungan yang boleh menuruti
bersama jangkitan seperti influenza.
v. Keperibadian
Keperibadian mungkin juga boleh memainkan peranan dalam kemurungan.
Walaupun sesiapa juga boleh menjadi murung di bawah keadaan-keadaan tertentu, ada di
antara kita yang lebih mudah dipengaruhi daripada yang lain kerana sifat peribadi atau
pengalaman lampau kita.
vi. Kelainan jantina
Nampaknya wanita lebih kerap menjadi murung daripada lelaki. Ini mungkin
kerana lelaki lebih kerap tidak mahu mengakui perasaan mereka, memendam perasaan
atau menunjukkannya dalam keadaan agresif atau melalui minum minuman keras secara
berlebihan. Ini juga mungkin bermakna bahawa wanita mengalami lebih banyak tekanan,
akibat perlu bekerja dan pada waktu yang sama menjaga anak.
vii. Remaja
Untuk muda mudi suatu angin kemurungan adalah biasa kerana proses
kematangan yang semulajadi, pengaruh hormone seks, serta konflik berkenaan kebebasan
mereka dengan ibubapa. Ianya juga mungkin merupakan satu reaksi terhadap suatu
peristiwa yang mengganggu seperti kematian seorang kawan atau ahli keluarga, putus
hubungan dengan teman wanita atau lelaki atau kegagalan di sekolah. Remaja yang
mempunyai harga diri yang rendah, sangat kritikal kepada diri sendiri dan merasakan
kurangnya kawalan mereka terhadap peristiwa-peristiwa negatif adalah yang terutamanya
5
menanggung risiko menjadi murung bilamana mereka mengalami peristiwa yang
menekankan.
viii. Kemurungan di kalangan golongan tua
Selalunya gejala kemurungan dikaitkan dengan proses menjadi tua atau suatu
keadaan kesihatan. Faktor-faktor yang menyebabkannya termasuk kesusahan untuk
menghadapi kehilangan teman hidup atau kawan karib, kesakitan dan penyakit kronik,
kehilangan mobiliti atau daya ingatan, perubahan keadaan seperti pindah dari rumah ke
pusat orang-orang yang bersara atau perubahan dalam keluarga. Kemurungan juga boleh
menjadi tanda terhadap suatu masalah perubahan. Ianya boleh menjadi rumit akibat
gangguan otak yang dikaitkan dengan proses meningkat usia seperti penyakit sindrom
otak organik.
Daripada apa yang telah di nyatakan, ini menunjukkan bahawa masalah
kemurungan mesti dialami dan berlaku pada setiap individu dari proses kematangan
sehinggalah di kalangan golongan tua. Punca daripada masalah kemurungan inilah
timbulnya perasaan negatif yang akan berlaku pada diri individu yang mengalaminya.
Contohnya, berlakunya kesedihan yang berterusan, kehilangan minat dan keseronokkan,
kekurangan dorongan dan motivasi, keletihan yang amat sangat, gangguan daya ingatan
dan sebagainya. Tetapi kebanyakkan individu yang mengalami masalah kemurungan
tidak dapat menanganinya dengan cara yang betul dan berkesan.
Oleh itu, satu cara terbaik bagi mengurangkan masalah ini ialah dengan
melakukan aktiviti senaman dan sukan. Ini kerana kesan hubungan aktiviti senaman dan
sukan telah banyak dikaji dan dibincangkan dalam kajian-kajian terdahulu (Gregg 1999;
Rich, Brent & Rubin, 1999; Babyak et. al., 2000)
Babyak et. al.,(2000) menyatakan bahawa senaman digunakan untuk merawat
penyakit kardiovaskular, kandungan kolesterol tinggi, fibromyalgia dan diabetis. Beliau
juga mencadangkan bahawa senaman berpotensi dalam merawat kemurungan.
6
International Society of Sport Psychology (1992), juga menjelaskan bahawa
terdapat hubungan yang positif antara latihan fizikal dengan kesihatan mental. Bersenam
boleh mengurangkan kebimbangan, penurunan tahap kemurungan, mengurangkan
neurosis dan kebimbangan dan mengurangkan ketegangan. Ia juga memberi kesan emosi
kepada semua peringkat umur dan jantina.
Sementara itu, Nicoloff dan Schwenk (1995) juga berpendapat bahawa senaman
boleh memberi kesan sepertimana rawatan psikoterapi dan antikemurungan, malah ia
memberi lebih kesan jika dihubungkan dengannya. Tambahan daripada kajian-kajian
tersebut Gregg (1999), mendapati bahawa latihan senaman adalah rawatan alternative
dalam mengurangkan masalah kemurungan yang ringan dan sederhana. Pendapat ini di
sokong oleh Durham (2000) yang menyatakan bersenam berkesan dalam merawat
kemurungan klinikal. Bersenam adalah ubat yang dapat melindungi atau merawat
banyak penyakit yang berbahaya seperti kanser, strok, chronic obstructive pulmonary
disease (COPD), diabetes dan penyakit jantung. Penyakit lain yang boleh dirawat dengan
bersenam ialah obesiti, arthritis dan kemurungan (Boring, Squires & Spence, 1996).
Kajian Rich, Brent dan Rubin (1999) mendapati latihan senaman membantu dalam
mengurangkan kemurungan di kalangan wanita yang menghadapi masalah penyakit arteri
koronari (CAD).
Bukti-bukti penemuan tentang hubungan antara aktiviti senaman dan pengurangan
ke atas kemurungan dalam kajian longitudinal dan “cross sentional” banyak
dipertengahkan (Camacho, Roberts, Lazarus et. al., 1991; Krause, Goldenher, Liang et.
al., 1993; Farmer, Locke, Moscicki, Dannenberg et. al., 1998; Paffenbarger, Lee &
Leung, 1994; Rajala, Uusumaki, Keinanen-Kiukaanniemi & Rivela, 1994; Weyerer,
1992). Sebagai contoh, bukti yang diperoleh daripada kajian Alameda County
menyokong pendapat bahawa terdapat hubungan antara latihan fizikal dengan
pengurangan kepada risiko kemurungan (Camacho et. al., 1991). Dalam kajian
longitudinal tersebut seramai lebih kurang 5,000 orang lelaki dan perempuan, di mana
kemurungan telah dinilai menggunakan soal selidik “kenyataan diri” manakala latihan
fizikal diukur dengan kenyataan diri pelbagai aktiviti masa lapang. Subjek telah
7
diklasifikasikan kepada kurang aktif, sederhana aktif dan terlalu aktif berdasarkan kepada
kekerapan dan intensiti latihan. Setelah pengubah suai kepada umur, tahap kesihatan dan
pemboleh ubah psikososial, hubungan yang signifikan telah diperoleh antara latihan
fizikal pada tahun 1965 dan kenyataan diri tentang “self report depression” pada tahun
1974. Kajian ini juga melihat tentang perubahan dalam melakukan aktiviti fizikal antara
tahun 1965 dan 1974 dan kenyataan diri tentang “self report depression” dalam tahun
1983. Keputusan menunjukkan subjek yang mengubah tahap aktiviti mereka akan
mengalami perubahan terhadap risiko kemurungan. Walau bagaimanapun hubungan ini
tidak mennjukkan kesan yang signufikan selepas pengubah suai kepada factor-faktor lain
yang berpotensi untuk mempengaruhinya.
Kajian-kajian secara meta analisis yang dijalankan oleh North, McCullagh dan
Tran (1990) pada puratanya menunjukkan perbezaan pengurangan masalah kemurungan
berbanding dengan subjek yang dikawal. Dalam satu kajian meta analisis yang lain
keputusan pada keseluruhan juga menunjukkan perbezaan skor bagi pengurangan
kemurungan di antara individu yang melakukan latihan senaman dengan individu yang
tidak melakukan latihan senaman (Craf & Landers, 1998). Walaupun meta analisis
menunjukkan bukti tentang hubungan kemurungan dengan latihan senaman, kesimpulan
yang boleh dibuat daripada analisis ini adalah dibatasi oleh beberapa faktor seperti
definisi kepada pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar, moderatoe analisis,
kriteria-kriteria yang terlibat, pengiraan dari segi saiz.
Penggunaan latihan aerobik dan latihan anaerobik juga dilihat membantu dalam
mengatasi masalah kemurungan. Menurut Dimeo dan Varahram (2001), aktiviti aerobik
boleh membaiki perasaan (mood) bagi pesakit yang mengalami kemurungan major.
Kajian-kajian yang melibatkan kesan latihan aerobik ke atas subjek yang menghadapi
kemurungan menunjukkan hasil yang signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan.
Sebagai contoh kajian yang dilakukan untuk menguji kesan latihan aerobik ke atas 43
pesakit yang telah didiagnosis menunjukkan keputusan yang signifikan di antara
kenyataan diri tentang gejala kemurungan “selfreport symptom depression” berbanding
kumpulan kawalan (Martinsen, Medhus & Sandvik, 1985).
8
Dalam satu kajian yang lain, iaitu lanjutan kajian yang dilakukan oleh Martinsen
et. al., (1985), kebanyakan pesakit yang telah keluar daripada hospital yang masih
meneruskan aktiviti senaman mempamerkan skor kemurungan yang rendah berbanding
dengan mereka yang tidak melakukan aktiviti senaman. Laporan dari Harvard Women’s
Health Watch (1997), menunjukkan program latihan rintangan (latihan beratan) yang
dilakukan ke atas pesakit yang berumur dalam lingkungan 60-84 tahun yang memenuhi
kriteria kemurungan HRSD dapat mengurangkan kemurungan berbanding dengan
program pendidikan kesihatan yang diatur. Di samping itu bercakap sambil berjalan dan
berlari dengan pesakit kemurungan juga adalah lebih efektif berbanding dengan bercakap
dan mendengar masalah mereka di pejabat (Smith, 1991). Fremont dan Craighead
(1987), juga menggunakan latihan aerobik dalam mengurangkan masalah kemurungan di
kalangan pesakit. Dalam kajian ini satu latihan senaman yang digabungkan dengan
rawatan psikoterapi berbanding dengan rawatan psikoterapi kognitif dilakukan ke atas 49
orang lelaki dan perempuan berumur dalam lingkungan 19 hingga 62 tahun. Selepas 10
minggu rawatan dilakukan, keputusan mendapati bahawa semua kumpulan menunjukkan
pengurangan kepada skor kemurungan. Tetapi tiada keputusan yang berbeza didapati
dalam kumpulan. Keputusan ini menunjukkan bahawa latihan bersenam tidak
menunjukkan kesan yang signifikan apabila digabungkan dengan rawatan psikoterapi. Ia
hanya berkesan sebagai rawatan tradisional sahaja.
Doyne et. al.,(1987) telah membandingkan latihan aerobik (berlari) dan latihan
anaerobik (latihan angkat berat) ke atas 40 orang perempuan berumur antara 18 hingga
35 tahun yang didianogsis dengan kemurungan berdasarkan kriteria RDC. Selepas 8
minggu program latihan dibuat, kedua-dua kumpulan menunjukkan keputusan yang
signifikan dalam pengurangan masalah kemurungan. Keputusan skor pengurangan ke
atas kemurungan bagi kedua-dua latihan adalah hampir sama (Doyne et. al., 1987).
Keputusan bagi kedua-dua kajian ini menunjukkan bahawa latihan senaman mempunyai
hubungan dengan peningkatan kepada pengurangan masalah kemurungan. Walau
bagaimanapun untuk menunjukkan hubungan kesan dan akibat antara latihan senaman
dan pengurangan kepada masalah kemurungan kajian yang berterusan perlu dilakukan.
Ini kerana latihan yang tersusun dan teratur sama ada dengan melakukan latihan aerobik
9
mahupun anaerobik dapat mengurangkan kemurungan, kemarahan dan kebingungan
(Gondala & Tuckman, 1982; Dyer & Crouch, 1987; Wilson, Morley & Bird, 1980).
Secara keseluruhannya, sukan dan aktiviti fizikal menawarkan banyak peluang
kepada kanak-kanak dan dewasa untuk membandingkan kemahiran dan kecekapan
mereka (Deci & ryan, 1985). Individu yang menunjukkan minat dan penguasaan
kemahiran di peringkat lebih awal, dikatakan mempunyai tahap kecekapan fizikal atau
sukan yang tinggi dan ini mengukuhkan penilaian positif fizikal kendirinya.
1.2 Latar Belakang Kajian
Masalah kemurungan ini bukan sahaja memberi kesan dan dan impak ke atas
perbelanjaan negara akan tetapi ia memberikan kesan yang buruk ke atas kualiti hidup
individu dan masyarakat itu sendiri. Individu yang mengalami masalah kemurungan ini
merasakan kehidupan mereka tidak ceria dan selalu merasakan tiada pengharapan
terhadap masa depan (O’neal et. al., 2000). Kebanyakkan mereka yang menghadapi
kemurungan ini juga berdepan dengan masalah kurang keyakinan diri, merasakan sukar
untuk mengekalkan penampilan diri dan berkomunikasi dengan orang ramai. Kehidupan
mereka akan menjadi pasif dan kemungkinan ada yang memikirkan untuk membunuh diri
(Coryell, Noyes & Clancy, 1982). Di kalangan pelajar pula, masalah kemurungan dan
kebimbangan ini mungkin menyebabkan pelajar kurang berkemahiran untuk
berkomunikasi, membuat tindakan yang tidak wajar, menghadapi masalah motivasi dan
boleh merendahkan gred pencapaian dalam akademik (Arthur, 1988; Vredenburget al.,
1988; Haines, Norris & Kashy, 1966). Keadaan tersebut menjadi lebih buruk apabila
dianggarkan sebanyak 15,000 orang lelaki dan 3,400 orang perempuan di Amerika yang
menghidapi masalah kemurungan ini membunuh diri (Greenberg et. al., 1993). Impak
kemurungan ini amat besar kepada masyarakat dan memerlukan perhatian yang lebih
10
serius bagi membendung ia terus berleluasa sehingga boleh mengakibatkan kepincangan
dalam struktur organisasi sosial. Apakah pandangan dan tindakan masyarakat dalam
menangani gejala emosi tersebut? Perlukah pihak-pihak berwajib dan masyarakat
mengambil langkah yang lebih drastik dalam membendungnya?
Daripada hasil maklumat di atas, jelas menunjukkan bahawa masalah kemurungan
ini begitu serius sekali sehingga boleh memberikan kesan yang amat negatif kepada
individu yang mengidapinya hingga sampai ke tahap membunuh diri. Ia juga boleh
memberi kesan kepada pembangunan sesebuah negara dan juga membentuk gaya hidup
yang kurang sihat. Jika masalah ini tidak dibendung dengan cara yang betul serta tanpa
sebarang tindakan yang berkesan bagi menanganinya, mungkin masalah kemurungan ini
menjadi masalah utama yang dihadapai oleh seluruh masyarakat dunia.
Di negara kita, mungkin ramai masyarakat kita yang menganggap bahawa
masalah kemurungan ini adalah masih diperingkat awal lagi kerana kita jarang
mendengar berlakunya kes-kes tertentu yang berkaitan dengan masalah kemurungan ini
melalui media-media cetak mahupun elektronik. Ini kerana kebanyakan masyarakat kita
menganggap masalah kemurungan ini adalah masalah pribadi serta boleh diselesaikan
dengan sendirinya oleh individu yang mengidapinya tanpa sebarang bantuan dari mana-
mana pakar psikologi serta kurang mengamalkan budaya hidup sihat.
Kajian ini dijalankan kerana penyelidik melihat masalah kemurungan ini sudah
menjadi satu masalah yang serius melanda masyarakat kita terutama sekali pelajar-pelajar
yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di mana mereka lebih terdedah
kepada masalah kemurungan ini. Faktor-faktor yang mendorong mereka mudah terdedah
kepada masalah ini kerana mereka dibebani dengan jadual masa yang ketat. Oleh itu,
kajian ini adalah bertujuan supaya masalah kemurungan ini dapat di kurangkan dengan
mengamalkan budaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti senaman dan sukan. Selain
itu ianya dapat memberi maklumat kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan
mengamalkan aktiviti senaman dan sukan untuk di terapkan dalam kehidupan seharian.
11
1.3 Pernyataan Masalah
Hubungan dan kesan kemurungan banyak dikaji dan dibincangkan dalam kajian
terdahulu di samping itu, aktiviti senaman dan sukan dapat digunakan untuk merawat
penyakit kardiovaskular, kandungan kolestrol tinggi, fibromyalgia dan diabitis serta
masalah kemurungan. Kebanyakkan pelajar-pelajar yang menuntut dalam pengajian
tinggi di Malaysia sama ada Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Intitusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menangani masalah kemurungan dengan menyendiri
tanpa melakukan sebarang aktiviti yang berfaedah untuk mengatasinya.
Oleh itu pelbagai usaha mestilah dilakukan oleh semua pihak agar masalah-
masalah tersebut dapat ditangani dengan baik. Guru dan ibu bapa haruslah berganding
bahu dan bekerjasama dalam mendidik dan membimbing pelajar-pelajar. Pihak atasan
juga hendaklah bersikap peka terhadap masalah yang berlaku dan seterusnya mengambil
langkah bijak bagi menangani masalah tersebut.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai empat objektif utama iaitu:
i. Mengenal pasti keyakinan pelajar-pelajar tentang pengurangan masalah
kemurungan melalui aktiviti senaman dan sukan.
ii. Mengenal pasti jumlah pelajar yang mengalami masalah kemurungan hampir
setiap hari.
12
iii. Mengenal pasti aktiviti senaman dan sukan yang diceburi oleh pelajar –pelajar
yang mengalami masalah kemurungan.
iv. Mengenal pasti langkah-langkah terbaik bagi mengurangkan masalah
kemurungan di kalangan pelajar-pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini berpandukan kepada beberapa aspek tertentu bagi
mengemukakan beberapa persoalan dalam memastikan objektif kajian tercapai iaitu :
i. Adakah pelajar-pelajar yakin tentang pengurangan masalah kemurungan melalui
aktiviti senaman dan sukan.
ii. Berapakah jumlah pelajar yang mengalami masalah kemurungan hampir setiap
hari.
iii. Apakah aktiviti senaman dan sukan yang diceburi oleh pelajar –pelajar yang
mengalami masalah kemurungan.
iv. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pelajar-pelajar dalam mengatasi
masalah kemurungan.
Recommended