View
291
Download
9
Category
Preview:
Citation preview
8/8/2019 Kisah Kewafatan Rasulullah SAW
http://slidepdf.com/reader/full/kisah-kewafatan-rasulullah-saw 1/7
8/8/2019 Kisah Kewafatan Rasulullah SAW
http://slidepdf.com/reader/full/kisah-kewafatan-rasulullah-saw 2/7
8/8/2019 Kisah Kewafatan Rasulullah SAW
http://slidepdf.com/reader/full/kisah-kewafatan-rasulullah-saw 3/7
8/8/2019 Kisah Kewafatan Rasulullah SAW
http://slidepdf.com/reader/full/kisah-kewafatan-rasulullah-saw 4/7
8/8/2019 Kisah Kewafatan Rasulullah SAW
http://slidepdf.com/reader/full/kisah-kewafatan-rasulullah-saw 5/7
8/8/2019 Kisah Kewafatan Rasulullah SAW
http://slidepdf.com/reader/full/kisah-kewafatan-rasulullah-saw 6/7
8/8/2019 Kisah Kewafatan Rasulullah SAW
http://slidepdf.com/reader/full/kisah-kewafatan-rasulullah-saw 7/7
Maksudnya
Ketika ruh Nabi Muhammad Saw sampai ke dada, baginda bersabda : Aku
wasiatkan agar kamu sekalian menjaga solat dan apa-apa yang menjadi
tanggunganmu. Maka masih saja baginda berwasiat dengan keduanya itu
sampai putuslah perkataannya.
Kata Ali Ra : maksudnya
Sesungguhnya Rasulullah Saw ketika menjelang akhir hayatnya telah
menggerakkan 2 bibirnya 2 kali, dan ketika saya mendekatkan telinga saya
padanya, saya mendengar baginda mengucapkan dengan perlahan : umatku,
umatku.
Maka ruh baginda Saw dicabut tepat pada hari Isnin di bulan Rabiul Awal.
Seandainya dunia ini kekal bagi seseorang, nescaya Rasulullah di dunia akan kekal
abadi.
Diriwayatkan bahawa Ali Ra telah membaringkan jenazah Rasulullah Saw untuk
dimandikan, tiba-tiba ada satu suara dari sudut rumah menyatakan dengan keras
sekali : Muhammad jangan engkau mandikan, kerana dia sudah suci lagi
disucikan. Maka timbul keraguan pada diri Saidina Ali Ra terhadap suara itu.
Kata Ali : Siapa engkau sebenarnya, kerana sesungguhnya Rasulullah telah
memerintahkan aku untuk memandikan jenazahnya.
Tiba-tiba suara lain pula mengatakan : wahai Ali , mandikanlah dia (Rasulullah
Saw), kerana sesungguhnya suara yang pertama tadi adalah suara Iblis terkutuk,
sebab kedengkiannya terhadap Muhammad, maka dia bermaksud agar beliau
dimasukkan ke dalam kubur/makam tanpa dimandikan.
Kata Ali Ra : Semoga Allah membalas kebaikan kepadamu, sebab engkau telah
memberitahu bahawa suara itu suara iblis terkutuk, maka siapakah engkau ?
Suara itu menjawab : Saya ialah Nabi Khidhir, menghadiri jenazah Nabi
Muhammad Saw.
Selanjutnya Ali Ra memandikan jasad Nabi Saw, sedang Fadhal bin Abbas dan
Usamah bin Zaid Ra yang menuangkan air, dan Malaikat Jibrail telah datang
dengan membawa ubat penahan kehancuran jasad dari syurga. Kemudian
mereka mengkafani baginda dan menguburkannya di kamar/bilik Siti Aisyah Ra di
tengah malam, malam Rabu, ada yang menyatakan malam Selasa, sedang Siti
Aisyah Ra berdiri di atas makam Baginda Saw sambil berkata :
Hai orang yang belum pernah mengenakan pakaian dari sutera dan belum
pernah tidur di atas ranjang yang empuk, hai orang yang keluar dari dunia sedang
perutnya belum pernah kenyang meskipun dengan roti dari gandum yang kasar,
hai orang yang memilih tidur di atas tikar daripada ranjang, hai orang yang tidak
tidur sepanjang malam kerana takut siksa neraka Saiir.
Recommended