View
3.912
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
1.1 Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-
kanak
Melalui kajian saya, Menurut Crow dan Crow (1978, dipetik daripada Haliza
hamzah : Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan) pula, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta
cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Selain itu, Menurut Karl E. Garrison (2004, dipetik daripada Haliza hamzah :
Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) pula,
perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan
jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur,
kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut
beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas,
perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara
perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan
yang dijangkakan.
Seterusnya, D.S. Wright dan Ann Taylor (2004, dipetik daripada Haliza
hamzah : Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan) mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam
warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan
yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.
Kesimpulannya, Menurut Atan Long (2006, dipetik daripada Haliza hamzah :
Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) pula,
perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif
tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada
peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara
berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini
bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat
matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan
dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal
sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Proses perkembangan bagi sesuatu
organisma itu sudah sedia terancang dalam Gen-gen yang diwarisi daripada
keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu
phylogenetic adalah serupa.
Akhirnya, Gesell (1949, dipetik daripada Haliza hamzah : Perkembangan
Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) menyatakan,
walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua
kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa
dilalui oleh kanak-kanak.
1.2 Ciri-ciri Perkembangan Individu
Pada kajian saya, perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh
dilihat. Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah ia merupakan satu proses
perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan
jasmani dengan pembelajaran. Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani,
emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif.
Melalui kajian saya, perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. Proses
perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut
aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap
sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. Proses
perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu. Perubahan tingkah
laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat
kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan
yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan.
Perkembangan juga dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka
menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong
perkembangan mencapai tahap yang maksimum.
1.3 Prinsip-prinsip Perkembangan
Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:
– Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal)
– Arah dari tengah ke tepi (proximodistal)
Melalui kajian saya, susunannya adalah serupa bagi semua ahli iaitu ada
yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Contohnya duduk
sebelum berdiri atau berdiri sebelum berjalan. Perkembangan daripada keadaan
menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umum kemudian khusus.
Namun ada juga yang berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari
detik masa fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian.
Selain itu ada yang berlaku mengikut kepantasan yang berbeza iaitu
walaupun berterusan tetapi beberapa aspek perkembangan pada satu organisma
mungkin berbeza. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian
yang lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan
kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua
kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.
Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir,bayi, kanak-
kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.
Melalui kajian saya, proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang
saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku.
Perubahan-perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan
sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah
proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan
perkembangan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan
kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam
cara-cara seperti memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti, mewujudkan
peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal, memberikan panduan dan
rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif dan memberi galakan dan
empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.
1.6 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Melalui kajian saya, Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui
peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang
berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-
kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk
memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses
penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.
Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini, Piaget
memperkenalkan 4 konsep utama:
Skema (Schema)
Penyerapan (Assimilation)
Pengubahsuaian (Accomodation) dan
Keseimbangan (Equilibrium)
Gambar rajah: Jean Piaget’s
1.6.1 Skema
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu
mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah
seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu
skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin
bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu
semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat
perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia
ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang
dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi
berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan
susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.
1.6.2 Asimilasi
Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan
maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang
sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.
Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai
maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon
yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan
yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.
1.6.3 Akomodasi
Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif
serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima
sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya
jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau
diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada
diubahsuai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-
pengalamanbaru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap
skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu
mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran
tertentu.
1.6.4 Equilibirium
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak
menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila
seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu
ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai.
Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui
pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu
dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku
secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.
Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan
kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut
perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai
peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
1.6.5 Perkembangan Kognitif kanak-kanak
a) Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun)
Gamba rajah: (0-2 tahun)
Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk
memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selamadua
bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam
persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambing
yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan
gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang
dapat dilihat dalam persekitarannya
b) Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)
Gamba rajah: (2-7 tahun)
Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk
menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak
telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu,
perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Mereka menganggap pengalaman
dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya
memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek
mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.
c) Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun)
Gamba rajah: ( 7-12 tahun)
Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses
kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanakkanak
sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak
sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep
masa dan kelajuan.
Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit
sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak.
Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam
peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung
kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
d) Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Gambar rajah: ( selepas 12 tahun)
Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah
yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan
menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta
membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga
boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang
abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik
untuk menyelesaikan masalah matematik.
1.4 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan
Melalui kajian saya, perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi
oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan
ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti
warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain.
Pada pendapat saya, Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada
anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga
menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak
pandai. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan
manusia,bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa
dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar
perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama,
tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi
telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar
perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah
faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya
perbezaan individu di antara satu sama lain.
Pada pendapat saya, Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai
gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan.
Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk
panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum
(betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan
masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang
normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses
persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum
(gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom
daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara
kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri,
kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak.
Rajah berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan
pertukaran kromosom berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma
dan sel ovum.
Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan
Perempuan
Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan. Ciri-ciri perkembangan
individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetikterhadap
perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individudari
segi fizikal, mental dan emosi. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak
berkembar, mempunyai ciri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan,
bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah
menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria
adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa.
Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865 , dipetik daripada Haliza hamzah :
Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan),
Goddard (1890, dipetik daripada Haliza hamzah : Perkembangan Kanak-Kanak
Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan), Newman (1937, dipetik daripada
Haliza hamzah : Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan) dan Shieldo (1962, dipetik daripada Haliza hamzah : Perkembangan
Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) telah membuktikan
bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza
dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh
diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi
sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa
mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga
cerdas pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga
diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang
kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan
autokratik.
Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-
ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan
sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat
pertumbuhannya. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap
perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi
perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-
ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah,
makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu
mengikut perbezaan kadar perkembangannya.
Misalnya, Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan
penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.
Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan
jasmaninya dengan sempurna. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang
baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan
sempurna. Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu
perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini
berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan
pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Pengaruh rakan sebaya
adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan
intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanakbergaul dengan rakan
sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke
tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang
bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.
Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children,
dipetik daripada Haliza hamzah : Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan) perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi
oleh persekitaran yang melingkunginya, seperti rumah dan sekolah.
Ibu bapa dan rumah Guru dan sekolah
1.4.1 Perkembangan kognitif kanak-kanak
dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu rumah
dan sekolah
Pada pendapat saya, Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia.
Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental.
Contohnya perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan
individu. Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidupserta
tingkah laku manusia.
Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk
sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta
kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. Masyarakat yang
menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang
mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai
kerohanian dan nilai kejiwaan. Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan
kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman. Perkembangan individu
pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di
alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang
diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem,
radio, televisyen dan komputer.
Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber
teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan
sosialnya. Sebaliknya, kanakkanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang
berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif
dan personaliti yang tidak diingini.
1.4.2 Ibu bapa dan rumah,Guru dan sekolah
Pada pendapat saya, Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling
penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya.
Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-
pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan
kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.
Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi
tugasuntuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
diisytiharkan pada tahun 1988, dipetik daripada Haliza hamzah : Perkembangan
Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
1.5 Perkembangan Fizikal Peringkat Kanak-
kanakIndividu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu
perkembanganfizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapai
kematangan). Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan
bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa
1.5.1 Perkembangan Fizikal
Pada pendapat saya, Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz
fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota
badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami
perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan
diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
Pada pendapat saya, Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku
kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978 dipetik daripada
Haliza hamzah : Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan), . Secara langsung, perkembangan fizikal Woolfolk & Margetts, 2007,
dipetik daripada Haliza hamzah : Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan) menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan
sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan
atau permainan. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak
disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim,
senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi
perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa
yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa
yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait
fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran,
tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting.
Pada pendapat saya, Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras
mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding
dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini
membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan
perkembangan individu.
1.5.2 Implikasi perkembangan fizikal
Pada pendapat saya, Perkembangan fizikal lebih kepada bentuk dan saiz
tubuh badan kanak-kanak tersebut. Terdapat beberapa implikasi mengenai
perkembangan fizikal kanak-kanak yang dapat saya tafsirkan di sini. Walaupun umur
mereka sebaya tetapi tidak bermakna mereka mempunyai saiz, bentuk dan
kecerdasan badan yang sama. Ini bergantung kepada sifat fizikal yang ada pada
kanak-kanak tersebut.
Selain itu, pertumbuhan pada kanak-kanak adalah perlahan iaitu dua
sehingga tiga inci dan tiga hingga enam paun setahun. Ini akan berterusan sehingga
ke tahap praremaja. Semasa kanak-kanak, pertumbuhan kanak-kanak lelaki dan
perempuan adalah sama iaitu bahagian otot sebelah atas tubuh dan kaki akan terus
mengalami pertumbuhan serta bersambung dengan tulang badan seterusnya tubuh
memanjang dan membesar. Ianya akan berpadu antara satu sama lain membentuk
satu sistem urat saraf. Pada kebiasaanya ketinggian lebih menonjol berbanding
berat badan dan otot-otot.
Seterusnya, Semasa awal persekolahan, kanak-kanak menjadi kurus
kemudian pertumbuhan lemak berkembang semula. Ianya berlaku secara beransur-
ansur dan bertambah dengan cepat semasa remaja. Pertumbuhan ini lebih ketara
pada kanak-kanak perempuan berbanding lelaki. Kajian menunjukkan hubung kait
pertumbuhan badan dengan kebolehan bersukan. Implikasinya, kebanyakan kanak-
kanak yang berumur 10 dan 11 tahun akan mengaktifkan diri dalam kegiatan
kokurikulum di sekolah. Sukan dan aktiviti yang berlainan menyebabkan
pertumbuhan yang berlainan pada tubuh badan. Contohnya, mereka yang bermain
bola tampar lebih tinggi dan gimnastik menyebabkan mereka lebih kecil dan rendah.
Kajian menunjukkan terdapat ramai kanak-kanak yang tidak sihat. Ini kerana
ramai di antara mereka yang hanya melakukan aktiviti sambil duduk seperti bermain
video game dan menonton televisyen. Selain itu, kanak-kanak yang tinggal di
kawasan bandar selalunya mengehadkan waktu untuk bersenam. Walau
bagaimanapun, mereka aktif bersukan selepas berumur 20 tahun. Di US
dianggarkan 46 juta kanak-kanak yang menceburi bidang sukan. Sungguhpun
begitu, penglibatan kanak-kanak di dalam bidang sukan ada keburukannya. Mereka
akan menghadapi kecederaan kecil seperti terseliuh dan kejang otot. Ada juga yang
mengakibatkan pertumbuhan tulang panjang terbantut seandainya aktiviti sukan
tidak terancang.
Kanak-kanak yang memiliki berat melebihi 20 peratus berat ideal dikatakan
sebagai obesiti. ( Wisniewski dan Marcus, 1998 ) dalam kajiannya menyatakan, 9 %
daripada 13 % perempuan adalah terlebih berat badan. Ini harus diambil perhatian
daripada kanak-kanak lagi. Kelebihan berat badan akan menyumbang kepada
masalah kesihatan iaitu mudah mendapat berpenyakit dan membawa kepada jangka
hayat yang singkat. Ini kerana kebanyakan mereka akan mengalami sakit jantung,
diabetis, kanser dan masalah pernafasan. Kanak-kanak yang menghidap obesiti
tidak aktif, banyak makan dan selalunya mengalami tekanan kerana disisihkan oleh
kawan-kawan dan mempunyai rasa rendah diri yang tinggi.
1.6 Perkembangan Kognitif
Pada pendapat saya, Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan
keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak
dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah,
memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru
terhadap pengalaman yang dilaluinya.
Pada pendapat saya, Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada
proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting
kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak.
Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek
seseorang. Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan
dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan
dari lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi,
menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan
pengalaman, merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks
ini, kita tidak boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang
diutarakan oleh Buss dan Plomin (1985, dipetik daripada Haliza hamzah :
Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan)
dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004)
Pada pendapat saya, Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran sebagai
satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Pada
peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan
koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat
awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah
mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru
telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping,
berenang, menunggang basikal dan meluncur (skating).
Misalnya,kanakkanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti
seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan
menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi
semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji,
mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah
berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan
mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulative yang hampir sama dengan
orang dewasa seperti bermain alat muzik.
Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan
memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar
mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Menurut Piaget pula, pada
peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkrit meliputi
olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang
terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan
pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi
ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan
akan memberikan kesan kepada IJP kanakkanak.
Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada
peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk
menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak
menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran
sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara
akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan
pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-
kanak pada peringkat ini, menggunakan symbol bagi menunjukkan sesuatu objek
dan membuat perbandingan antara satu sama lain. Keupayaan mereka
menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran
menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat meniru
perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari
yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad
dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan
simbol.
Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan
perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada
perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan
kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta
kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan
pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang
dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor,
operasi nombor dan pengukuran.
Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk
melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk
meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah
mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan
warna sudah mula difahami.
Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami
apa yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk
menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang
dimainkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan
perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu.
Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik
dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak.
Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya
ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan
juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada
tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui
lawak dan pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain.
1.6.6 Implikasi perkembangan kognitif
Pada pendapat saya, Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia
muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau
lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan
berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan
terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman
tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan
kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan
kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap
perkembangan tersebut ialah tahap Sensorimotor atau deria motor ( dari lahir hingga
dua tahun ), tahap praoperasi ( dua tahun hingga tujuh tahun ), tahap operasi konkrit
( tujuh hingga dua belas tahun ) dan tahap operasi formal ( dua belas tahun ke
atas ).
Pada umur enam hingga tujuh tahun, kanak-kanak selalunya sudah
bertambah maju. Mereka belajar berfikir sebagaimana yang diperkenalkan dalam
teori Piaget. Kanak-kanak menggunakan pendekatan logic bagi menyelesaikan
masalah pada peringkat awal. Apabila semakin dewasa, mereka dapat berfikir lebih
fleksibel dan cuba mencari punca masalah dan bersifat egosentrik. Mereka melihat
kepada pelbagai cara penyelesaian daripada memfokuskan satu sahaja
penyelesaian.
Bagi kanak-kanak sekolah rendah, tahap operasi konkrit adalah yang paling
sesuai. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang
berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada
tahap ini gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang
yang lebih dewasa. Semangat inkuiri yang semakin berkembang menyebabkan
mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar
bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini
mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat
dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur
pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan
padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami
atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan,
ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep
yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.
Inhelder dan Piaget (1958, dipetik daripada Haliza hamzah : Perkembangan Kanak-
Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) menegaskan bahawa
kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek
lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.
Kanak-kanak yang berumur enam hingga lapan tahun perkembangan otak
mereka akan terus berlaku. Pada umur lapan tahun, saiz otak kanak-kanak adalah
90 % seperti otak orang dewasa. Sepanjang tahun persekolahan, fungsi otak kanak-
kanak semakin berkembang. Menurut Black ( 1998, dipetik daripada Haliza
hamzah : Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan) maklumat yang diproses lebih efisien kerana pertambahan myelin iaitu
dibaluti lemak bagi mempercepatkan penghantaran neuron pada tisu otak dan
pertambahan sisipan pada dua himesfera otak.
2.5 Implikasi Perkembangan Fizikal dan
Kognitif
Pada pendapat saya, Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang
mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi
jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara satu dengan yang lain. Ini bermakna,
setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain.
Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut
kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus menggunakan strategi dan
pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan
sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi
dan sosialnya.
Pada pendapat saya, Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak
pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta
kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka
kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam
aktiviti pembelajaran mereka. Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah
pembelajaran mereka, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.
Pada pendapat saya, Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di
dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi,
pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan
mereka belajar juga berbeza. Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai
murid, perbezaan-perbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan
dilayani oleh guru secara penuhnya. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan
pelajaran yang begitu berat, guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas
dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai
kebolehan belajar yang rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh
guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat
menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan.
Pada pendapat saya, Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah
disediakan untuk mereka dengan serta-merta supaya masalah-masalah
pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.
Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka memang memerlukan perhatian
dan bimbingan guru semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran dan membuat
kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk
belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah di samping tidak
berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa.
Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta cepat
lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid ini memang
memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan
kecil atau secara individu. Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk
membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi.
Gambar rajah 21: suasana di dalam kelas
8.0 Rumusan
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat
kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku
berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat
kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan
yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan.
Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan
had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap
perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung
dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani
dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua
kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.
Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-
kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.
10.0 RUJUKAN
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel (2009). Perkembangan kanak-kanak untuk Program
Sarjana Muda Perguruan. Selangor Darul Ehsan. Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas
Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Subang Jaya:
Longman
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008).
Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah
Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nor’aini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007).
Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Meteor Doc. Sdn. Bhd.
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf
Akmal Hisyam Ar Syad, Kasnani Ab Karim, Ramlah Jantan, Siti Norsyafika
Kamarudin. ( 2006 ). Perkembangan Pendidikan Pra Sekolah. Subang Jaya :
Kumpulan Budiman.
Atan Long. ( 1978 ). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Bewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd Sharani Ahmad. ( 2004 ). Psikologi Kanak-kanak. Pahang : PTS Publications
& Distributors.
Mok Soon Sang. ( 2001 ). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan.
Subang Jaya : Kumpulan Budiman.
Tiada Nama Pengarang. ( 2007 ). Perkembangan Fizikal Kanak-kanak. Dilayari pada
15 Mac 2007 di URL http://www.google/search.com
Tiada Nama Pengarang. ( 2007 ). Teori Perkembangan Jean Piaget. Dilayari pada
15 Mac 2007 di URL http://www. teori piaget.blogspot.com/
Isi kandungan
NO
.
PERKARA MUKA
SURAT
1. Profil Guru Pelatih i
2. Isi kandungan ii
3. Pengenalan iii
4. Pendahaluan
5. 1.0Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak
1.1 Konsep Perkembangan Kanak-Kanak
1.2 Ciri-ciri perkembangan
1.3 Prinsip Perkembangn kanak-Kanak
1.4 Faktor yang mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak
Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi
oleh faktor persekitaran iaitu rumah dan sekolah
Ibu bapa dan rumah,Guru dan sekolah
1.5 Perkembangan fizikal
Teori
Ciri-ciri perkembangan fizikal
Implikasi perkembangan fizikal
1.6 Perkembangan kognitif
Teori Piaget’s
Ciri –ciri perkembangan kognitif
Implikasi perkembangan kognitif
6. 2.0 Dapatan kajian kanak-kanak
2.0.1 Prosedur ujian kognitif terhadap murid-murid
2.1 murid-murid tahap 2 ( 10-12 tahun)
Biodata murid
Data ukuran fizikal murid
Soalan ujian kognitif terhadap murid-murid
Faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak
Perkembangan fizikal murid
Perkembangan kognitif murid
2.2 murid-murid tahap 1 ( 7-9 tahun)
Biodata murid
Data ukuran fizikal murid
Soalan ujian kognitif terhadap murid-murid
Faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak
Perkembangan fizikal murid
Perkembangan kognitif murid
2.3 murid-murid Pra Sekolah ( 6 tahun)
Biodata murid
Data ukuran fizikal murid
Soalan ujian kognitif terhadap murid-murid
Faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak
Perkembangan fizikal murid
Perkembangan kognitif murid
2.4 Keputusan keseluhuran ujian kognitif terhadap
murid-murid tahap 1, tahap 2 dan pra sekolah
2.5 Perbincangan perkembangan fizikal
2.6 Implikasi perkembangan fizikal dan kognitif
kanak-kanak
7. Rumusan kajian dan cadangan
8. Rumusan
9. Refleksi
10. Rujukan
11. Lampiran
Tugasan kali ini merupakan tugasan khas yang harus dilakukan melalui
Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ). Pengalaman berasaskan sekolah (PBS)
selama lima hari di sekolah memerlukan kami mencari pengalaman dan beberapa
maklumat bagi mengenali profesion perguruan yang sebenar di samping
merapatkan diri dan mengenali kanak-kanak dan sifat mereka. Tugasan khas ini di
bawah penyeliaan Jabatan Ilmu Pendidikan bagi subjek Perkembangan Kanak-
kanak. Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Seri Duyong untuk tugasan kali ini.
Tugasan kali ini memerlukan saya membuat pembacaan dan kajian
pemerhatian mengenai perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak bagi
peringkat enam hingga dua belas tahun. Hasil kajian yang telah saya buat
dihuraikan dalam bentuk esei akademik. Di antara perkara yang perlu ada dalam
tugasan ini ialah konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak, faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, perkembangan fizikal dan kognitif
peringkat kanak-kanak, implikasi perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak
serta rumusan dan cadangan daripada tugasan ini.
Bagi menganalisis perkembangan fizikal, saya perlu mendapatkan data
perkembangan saiz badan, saiz kepala, tinggi dan berat kanak-kanak. Purata
daripada maklumat tersebut dibandingkan bagi tiap-tiap peringkat umur untuk
mendapatkan rumusan bagi bentuk perkembangan yang dilalui oleh kanak-kanak.
Manakala bagi perkembangan kognitif, saya melaksanakan tiga jenis Piaget’s
Conservatio Tasks bagi setiap tahap dan mengumpul serta menganalisis data yang
diperoleh. Data-data adalah di dalam bentuk jadual dan graf.
Assalamualaikum…
Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya maka
dapatlah saya menyiapkan folio mengenai Perkembangan Kanak-Kanak yang telah
saya lalui selama lima hari di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, Melaka. Tugasan
ini adalah di bawah penyeliaan Jabatan Ilmu Pendidikan bagi subjek Perkembangan
Kanak-kanak ( EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak ). Tugasan ini memerlukan
saya membuat pemerhatian dan menimba pengalaman di samping mengenali
kanak-kanak dengan lebih dekat lagi.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak SK Seri
Duyong yang telah banyak membantu dalam proses mencari maklumat di sepanjang
saya menjalani pengalaman berasaskan sekolah (PBS). Bantuan dan kerjasama
daripada pihak pengurusan, guru-guru, kakitangan dan murid-murid sekolah sangat
saya hargai. Layanan yang diberikan amat saya hargai. Segala jasa baik warga
sekolah tidak dapat saya balas dan saya berharap semoga Tuhan merahmati
mereka.
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga saya yang banyak
memberi dorongan dan nasihat supaya saya dapat belajar menjadi seorang pendidik
yang baik. Selain itu, bantuan kewangan dari ibu bapa saya sepanjang pengalaman
berasaskan sekolah (PBS) sangat membantu dalam proses saya menyediakan diri
untuk ke sekolah.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pensyarah yang memberi
bantuan. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak bertukar
maklumat dan pengalaman sepanjang pengalaman berasaskan sekolah (PBS).
Bantuan dari kalian semua sangat saya hargai dan akan saya kenang selalu.
Sekian, terima kasih.
Recommended