View
436
Download
8
Category
Preview:
Citation preview
1.0Konsep Seni/ Seni Visual
1.1Definisi Seni
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), seni
didefinisikan sebagai sesuatu yang halus, kecil, elok, tipis, halus,
enak didengar. Berdasarkan istilah bahasa, seni juga diertikan
karya seperti sajak, lukisan, muzik, yang dicipta dengan bakat.
Secara umumnya, masyarakat memandangkan seni itu cantik,
cerdik, indah dan seni boleh ditanggap melalui pancaindera.
Pada zaman purba, kononnya, zaman Neolitik, seni
digunakan untuk tujuan pemujaan kepada Tuhan. Masyarakat pada
masa lampau tersebut juga mula menghasilkan barang-barang
estetik seperti gelang-gelang dan anting-anting. Di samping itu,
orang-orang zaman batu juga mula melukis pada tembok-tembok
gua batu, iaitu tempat mereka berlindung. Contoh gua-gua yang
masih meninggalkan kesan lukisan dinding pada masa ini ialah
Gua Niah di Sarawak dan Gua Tambun di Perak.
Manakala, masyarakat zaman mden sekarang telah
menggunakan seni sebagai pekerjaan untuk mencari rezeki.
Contoh bidang-bidang seni yang terlibat sebagai kerjaya adalah
seperti arkitek, pereka hiasan dalaman, pereka grafik dan
pengiklanan, pereka fashion, ilustrasi dan komik. Seni telah
dianggap satu kreativiti dan invovasi sedangkan seni mempunyai
hubungan simbolik dengan social masyarakat kita pada hari ini.
Seni berfungsi sebagai seni estetik dan seni kegunaan. Bagi
seni estetik adalah seperti karya catan, arca, mural yang
mengandungi nilai penghayatan dan keindahannya manakala seni
kegunaan adalah untuk tujuan bersembahyang terutamanya pada
zaman masa purba.
Seni mempunyai 2 dimensi (2D) dan 3 dimensi (3D)
malahan juga bersifat konkrit atau abstrak.
1.1.1 Pandangan tokoh-tokoh terhadap seni
Dipandang daripada sudut agama pula, Kitab Al-Iman
menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan
sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai
pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Tokoh Islam
seperti Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk
keindahan. Bagi Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud
kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai
dengan fitrahnya.
Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada
hubungan dengan agama. Hal ini adalah disebabkan oleh dasar
sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama.
Walau bagaimanapun seni masih dianggap sebagai sesuatu yang
ideal dan berkaitan dengan moral. Menurut Herbert Read ( buku,
The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang
menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art
is Expression ).
Kesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun,
seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan
keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan
mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan
segenap pancaindera yang ada.
1.2Definisi Seni Visual
Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek
seperti pernyataan diri (self-expression), pengalaman dan sensasi
visual (sentuhan 2D dan 3D), komunikasi visual (bahasa seni
visual), isi, mesej, imej (form, content), subjek atau objek berfungsi
(kegunaan), nilai estetik, ciri-ciri kreatif, pelukis dan karya seni,
asas seni reka dan berbagai aspek lain.
Bentuk hasil seni visual adalah bertumpu kepada penciptaan
secara visual (penglihatan). Contoh bidang seni visual adalah
seperti lukisan, catan, arca, cetakan, kaligrafi, landskap, reka
bentuk grafik, animasi dan lain-lain.
(i) Penyataan Diri ( Self – expression )
Penyataan Diri bermaksud meluahkan atau
menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas.
Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya
dan medium itu biasanya berupa permukaan yang
boleh dicalitkan atau digoreskan.
Mengikut kajian pakar-pakar psikologi, kanak-
kanak merupakan golongan yang gemar menyatakan
ekspresi diri ini. Ekspresi diri kanak-kanak adalah
lebih tulen kerana mereka menyatakan perasaan
tanpa sedar dan tanpa diarah oleh sesiapa.
Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi
diri mereka melalui catan, arca atau lukisan. Contoh
pelukis seperti Vincent Van Gogh, Jackson Pollock.
Kesimpulannya, Seni Visual adalah penyataan
perasaan, emosi, idea dan manifestasi fikiran.
(ii) Pengalaman 2D/ 3D (Sensasi Visual dan Sentuh)
Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai
sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara fizikalnya.
Deria sentuhan dan deria penglihatan terlibat dalam
konteks ini. Arca, ukiran merupakan produk seni yang
boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D.
Manakala catan, lukisan, cetakan merupakan produk
seni 2D boleh dinikmati dengan deria penglihatan. Rajah 2: Arca kayu oleh Jacques Vesery dari Damariscotta.
Rajah 1: “Starry Night” 1889, cat minyak oleh Vincent Van Gogh, Belanda.
Penggunaan warna yang ganas dan garisan yang beralun serta penghasilaan keadaan yang misteri dalam karya ini menunjukkan ekspresi diri Van Gogh.
(iii) Bahasa Seni (Laras bahasa)
Seni tampak (karya seni 2D) juga mempunyai
laras bahasanya sendiri. Seni tampak mempunyai
laras bahasanya sendiri seperti unsur-unsur seni
(seperti warna dan jalinan), prinsip rekaan (misalnya
kontra, harmoni dan pergerakan) bahan dan alat
(contohnya berus, cat air dan cat minyak) teknik dan
gayaan (kononnya basah atas basah, realistik dan
abstrak ).
(Iv) Kandungan/ Isi/ Mesej ( Contents /makna)
Seni Visual juga diertikan sebagai suatu
produk yang mempunyai makna atau isi. Seni tampak
atau visual juga merakamkan pencapaian manusia
dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan
sikap social. Karya seni merupakan rakaman sejarah
dan budaya secara tampak. Contoh dalam lukisan
dinding di piramid mesir atau catan lanskap oleh
Abdullah Arif (Ladang Kelapa ).
Biasanya mesej atau maksud dalam sesuatu
karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas oleh
pihak primer iaitu pengkarya sendiri. Ia ditafsir secara
berlainan oleh pihak kedua/sekunder atau
pengkritik/audien.
Rajah 3: “Sleep” 1937, cat minyak oleh Salvador Dali, Sepanyol.
Beliau merupakan artist surelis yang bersifat abstrak.
Rajah 4: Lukisan dinding gua yang dihasilkan pada zaman batu, menunujukkan keadaan aktiviti pemburuan haiwan ketika masa itu.
2.0Konsep Pendidikan Seni Visual
Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah
perkembangan kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan
kreativiti. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya
dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif,
inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni
yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang holistik.
Jadi, Pendidikan Seni Visual (PSV) telah dijadikan sebagai satu
mata pelajaran dalam sistem pendidikan Malaysia pada hari ini.
Pendidikan Seni Visual merupakan satu program pendidikan yang
bersistem, terancang dan prestasinya boleh di ukur bagi memenuhi
keperluan individu. Keperluan Individu boleh dicapai melalui aktiviti seni
yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai proses, teknik
dan media serta pembentukan nilai dan juga moral,.
Selain itu, PSV juga boleh melibatkan aspek pemahaman penghayatan
dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui
imaginasi dan konsepsi kalangan murid.
Konsep PSV juga dapat memenuhi keperluan pembentukan
sahsiah dengan cara melahirkan perasaan, perluahan emosi, pengzahiran
idea dan memanifestasikan buah fikiran. Tambahan lagi, bidang seni
visual juga membenarkan pelajar mengalami aktiviti dan pengalaman
kearah membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan
kreativiti, dan meningkatkan nilai estetika.
2.1Pandangan tokoh-tokoh terhadap pendidikan seni
Sir Herbert Edward
Read (1893 – 1968)
dan
Viktor Lowenfeld
Berasaskan psikologi yang melihat kepada
perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan
penyataan diri. (ekspresi diri)
Feldman (1996) Usaha yang melibatkan P&P untuk membuat
pemahaman seni selain mengetahui dunia dan
diri melalui seni yang berkait rapat dengan alam
persekitaran.
Eisner (1967) Kreativiti dipupuk melalui proses pembelajaran
yang mampu memperlihat pengalaman atau
latar belakang kanak-kanak.
John Dewey
(1859-1952)
Proses mengembang kecerdasan manusia.
Sekolah perlu memberi kebebasan kepada
kanak-kanak dalam perkembangan seni fizikal,
emosional, intelektual.
Ibrahim Hassan
(2000)
Pengamatan kanak-kanak dalam kesenian akan
mewujud idea baru.
Jadual 1: Pandangan tokoh-tokoh Barat dan Islam terhadap
pendidikan seni
Rajah 5: Buku “A British Vision of World Art” oleh Herbert Read (1893 – 1968)
Muka depan buku ialah gambar potret Herbert Read yang dilukis berdasarkan pernyataan diri.
3.0Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Melalui FPK, para murid sekolah rendah dapat dilahirkan dengan ciri
harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
Manakala, bagi pelajar sekolah menengah pula, pembentukan keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi,
imaginatif, kreatif, kritis, inovatif dan inventif.
Kesimpulannya, FPK dapat menyumbang modal insan negara kita ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara berdasarkan kepercayaan
dan kesyukuran kepada Tuhan di samping juga menghargai keindahan alam
sekitar serta memelihara keindahan seni dan warisan negara Malaysia.
Rajah 6,7: Dalam FPK, pembentukan insan yang kreatif, kritis, inovatif dan inventif penting untuk pembangunan negara. Jadi, mata pelajaran PSV telah diperkenalkan dalam sistem KBSR pendidikan Malaysia.
4.0Matlamat PSV KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah)
Pendidikan Seni Visual (PSV) ialah mata pelajaran wajib di peringkat
sekolah rendah dan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah
atas. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya kesenian.
Pelaksanaan KBSR ini adalah susulan hasil daripada perubahan yang
dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaksanaan Dasar
Pelajaran 1979. KBSR ini diperkenalkan selepas mendapati bahawa sistem
pendidikan sebelumnya iaitu KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah)
mempunyai beberapa kekurangannya seperti isi kandungan sukatan pelajaran
yang berulang, tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Dari segi sukatan
pelajarannya pula terlalu banyak sehingga membosankan murid.
Matlamat PSV dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Rajah 8: Dengan pelaksanaan KBSR, para murid mampu mempunyai pembentukan sahsiah diri yang sempurna selain daripada aspek akademik.
5.0Objektif PSV KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah)
Terdapat sepuluh objektif PSV dalam KBSR. Pertamanya adalah
menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Murid-murid berpeluang untuk
menunjukkan kepekan mereka terhadap alam sekeliling yang indah dengan
menghasilkan hasil karya seni mereka. Mereka akan sedar dan berasa syukur
kerana kecantikan alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan dan secara tidak
langsungnya akan menghargai alam sekitar dengan memelihara dan
memuliharanya dengan sempurnanya.
Objektif kedua adalah melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara
aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan. Hal ini dapat dilihat ketika kalangan
pelajar menyertai kegiatan seni dengan penuh semangatnya. Pendidikan seni
yang menyeronokkan akan sentiasa merangsangkan idea dalam kehidupan
mereka dan tidak akan berasa bosan terhadap seni kerana seni adalah tanpa
sempadan dan tidak terhad. Imaginasi dan kreativiti yang dipupuk sejak kecil lagi
juga boleh menghasilkan insan yang proaktif serta inovatif kepada setiap
cabaran yang dihadapi pada masa depan.
Objektif yang seterusnya ialah menajamkan daya persepsi dan imaginasi
melalui pancaindera. Seni visual memerlukan pemerhatian yang teliti dan
terperinci khasnya semasa menghayati sesebuah karya di pameran seni.
Kegiatan seni ini dapat menajamkan lagi pemerhatian murid-murid untuk
membuat perbandingan antara satu karya dengan satu karya lain. Fenomena
amat baik dan berkesan kepada para pelajar terutamanya pada sensitiviti
pancaindera mereka terhadap alam sekeliling yang sentiasa berubah-ubah. Jadi,
mereka tidak akan menjadi statik dan mampu membuat pemikiran yang dinamik
bagi meyelesaikan sesuatu masalah yang tertentu.
Selain itu, objektif mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat
menggunakannya juga dapat dicapai selepas murid-murid mengikuti Kurikulum
Pendidikan Seni Visual di sekolah. Sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual yang diajar tentang asas-asas seni dan prinsip reka juga berfaedah
kepada para pelajar. Murid-murid dapat mengetahui serta mengaplikasikan asas-
asas seni umpamanya garisan, jalinan dan bentuk dalam hasil karya seni
mereka tidak kira seni tampak atau seni tiga dimensi. Contohnya mereka tahu
cara untuk memasukan kefahaman mereka terhadap bahasa seni visual yang
sesuai ke dalam karya seni mereka melalui pelbagai kajian atau teknologi.
Objektif yang kelima ialah mengembangkan kemahiran asas dalam
pelbagai kegiatan seni visual. Hal ini dapat lihat semasa para murid boleh
mengembangkan dan mengeksploitasikan kemahiran asas dalam kegiatan seni
yang berbagai-bagai seperti penghasilan arca, catan minyak dan rekaan grafik
komputer. Setelah mereka mendapat kefahaman yang mendalam terhadap
asas-asas seni dan prinsip-prinsip reekaan, mereka akan mula memasukkan
idea unik yang tersendiri kepada karya seni mereka tidak kira apa-apa sahaja
teknik atau bahan digunakan.
Di samping itu, objektif keenam ialah membiasakan diri membuat rekaan
seni dengan teratur, cermat dan selamat. Dengan ini, para murid dapat
menyesuaikan diri dalam bidang seni yang berbagai-bagai. Selain itu, mereka
juga berdisplin diri apabila mengikut aturan penghasilan karya seni. Mereka juga
bersikap cermat dalam membuat keputusan misalnya apabila membeli alat-alat
seni yang biasanya harga tinggi. Mereka juga berhati-hati khasnya menjalankan
projek seni yang memerlukan jentera yang bahaya supaya keselamatan mereka
adalah terjamin.
Objektif ketujuh ialah memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri
dan bertanggungjawab. Semangat kerjasama dapat dipupuk semasa bekerja
secara berkumpulan bagi menjalankan sesuatu projek seni. Murid-murid yang
berasal daripada latar belakang berbeza yang mampu memberikan kerjasama
dan toleransi antara satu sama lain dalam tugasan seni merupakan satu
implikasi yang berkesan bagi mewujudkan semangat perpaduan yang selaras
dengan hasrat FPK dalam pembangunan negara kita. Tambahan lagi, aktiviti
seni juga boleh meningkatkan keyakinan diri pelajar dengan penghasilan karya
seni mereka. Malahan, displin diri pelajar juga dapat dipupuk melalui kegiatan
seni yang sentiasa mementingkan komitmen antara dua pihak iaitu, guru dengan
pelajar. Para murid juga bertangggungjawab dan memikul kewajipan semasa
menjalankan tugas sehinggalah kerja itu Berjaya dengan sempurnanya.
Objektif yang lain bagi PSV dalam KBSR ialah mengenal dan menghargai
tokoh seni dan budaya tanah air. Pendidikan Seni Visual yang memperkenalkan
nama-nama tokoh seni tanah air sebelum kemerdekaan dan selepas
kemerdekaan seperti Syed Ahmad Jamal, Yong Mun Seng dan Abdullah Ariff
dapat menambah pengetahuan murid-murid di samping berkongsi sumbangan-
sumbangan mereka kepada murid-murid sekalian. Dengan itu, para murid akan
mempunyai rasa menghormati dan menghargai jasa sumbangan mereka yang
mampu membawa keharuman kepada negara kita ke peringkat kebangsaan.
Objektif kesembilan ialah menggunakan kemudahan teknologi dalam
kegiatan penghasilan seni visual. Memandangkan teknologi zaman sekarang
telah berkembang semakin pesat, Kementerian Pelajaran juga menggalakkan
para pelajar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk
memajukan diri di samping memajukan negara. Oleh itu, murid-murid boleh
menggunakan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual selain daripada
hasil karya tradisional.
Objektif yang terakhir ialah melibatkan diri dalam kegiatan seni visual
sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. Dengan kata lain, pelajar-pelajar
boleh menjalankan aktiviti seni untuk mengisikan masa lapang mereka dengan
bermanfaat. Hal ini dapat mengelakkan mereka daripada melakukan kegiataan
gejala sosial atau perkara yang negatif kononnya melepak di pusat-pusat
membeli belah, berkiaran di siber kafe, merokok dan mat rempit.murid-murid
boleh menjadikan kegiatan seni ini sebagai hobi sendiri kerana aktiviti tersebut
baik tanpa membazirkan masa murid dengan perkara yang tidak berguna.
5.0 PSV dalam KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) merupakan sistem
pendidikan yang baru diperkenalkan pada tahun lepas, iaitu tahun 2011.
Pendekatan ini adalah lebih interaktif dan beriringan dengan KBSR yang telah
dilaksanakan selama 33 tahun. Walau bagaimana pun, matlamat dan objektif
KSSR adalah sama dengan KBSR yang sebelumnya. Cuma terdapat beberapa
perbezaan antara kedua-dua sistem pendidikan ini. Jadual 2.0 di bawah
menunjukkan gambaran yang ringkasan terhadap perbezaannya.
KBSR Perbezaan KSSR
3 bidang:
-Komunikasi (BM, BC, BT,
BI, MM)
-Kemanusiaan dan
persekitaran (agama dan
pendidikan moral)
-Perkembangan diri
individu (muzik,
pendidikan seni,
pendidikan jasmani)
Reka
bentuk
kurikulum
-Komunikasi.
-Kerohanian, sikap dan nilai
kemanusiaan perkembangan
fizikal dan estetika.
-Sains dan teknologi
-Keterampilan diri.
-Sukatan pelajaran Bahan
kurikulum
-Dokumen Standard Kurikulum
-3M (membaca, menulis,
mengira)
Fokus -4M (membaca, menulis,
mengira, menaakul)
-Tahap I (Tahun1-3)
Mata pelajaran teras,
wajib dan tambahan.
-Tahap II (Tahun 4-6)
Mata pelajaran teras,
wajib dan tambahan.
Organisasi
kurikulum
-Tahap I(Tahun1-3)
Modul teras asas, modul teras
tema dan modul elektif.
-Tahap II (Tahun 4-6)
Mata pelajaran terasa dan
elektif
KesimpulanSesungguhnya, Pendidikan Seni Visual juga amat penting kepada seseorang
kanak-kanak. Seperti apa yang pernah dikatakan oleh Herberty Read (1893 –
1968), Pendidikan Seni dapat memperlihat kenyataan diri kanak-kanak yang
tulen tanpa sebarang pengaruh. Hal ini amat berkait dengan perkembangan
kanak-kanak dalam proses pembentukan sahsiah diri yang baik dan sempurna.
Seperti yang telah dicatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Pendidikan Seni Visual yang bermatlamat melahirkan insan generasi yang
harmonis, kritis, kreatif dan proaktif dalam semua aspek seperti JERIS
merupakan pendekatan yang berkesan bagi menuju arah kemajuan dalam
pembangunan negara kita. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke
arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
RUJUKANAzhar Hj. Mad. Aros. (2004). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS).
Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn, Bhd.
Azmal Arif. (2007). Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Dilayari pada 13 Februari 2012 dari http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/perubahan-pendidikan-di-malaysia-dari.html
Chee Kian Feng. (2006). Pandangan Tokoh-tokoh Terhadap Pendidikan Seni. Dilayari pada 17 Februari 2012 dari http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat kreativiti-dalam-kehidupan-sosial-masyarakat/
Chong Mei Tee. (2010). Konsep Pendidikan Seni Visual . Dilayari pada 13 Februari 2012 dari http://zihanthesensei.blogspot.com/2010/08/psv-p1-konsep-pendidikan-seni-visual.html
Choong Lean Keow, Phd. (2008). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Kuala Lumpur: nKumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Iqmal Sukri . (2007). Konsep Seni Visual. Dilayari pada 13 Februari 2012 dari http://esenivisual.blogspot.com/2008/08/konsep-seni-visual.html
Hajah Noresah bt. Baharam, B. Sc. (UM). M. A. (Birmingham) & Rusli bin.Abdul Ghandi. B. Sc. (London). M. A. (Birmingham) & Md. Nor bin Hj Ab. Ghandi, Dip. Terjemahan (UM). B. A. & Ibrahim bin Ahmad, B. A. (UM) & Aziah bt. Tajudin, Dip. Pertanian (UMP) & Salmah bt. Jabbar, B. A. (UM) et al. (2005). Kamus Dewan. Edisi Keempat. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hassan Mohd Ghazali. (2000). Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn, Bhd.
Kathleen Chee. (2008). Focus Super Hot SPM Pendidikan Seni Visual. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Rujukan. Artikel: Pengenalan Seni Islam. Dilayari pada 14 Februari 2012 dari http://www.islamgrid.gov.my/articles/seniislam/pengenalan.php
Rujukan. Surat Khabar: Kepentingan Seni Visual. Dilayari pada 14 Februari 2012 dari http://smktphpsv.wordpress.com/2009/11/07/psv-edisi-nota-pengertian-strategi-bidang-aktiviti-pp-apresiasi/
Rujukan. Powerpoint handout: Pengenalan dan Konsep Seni dalam Pendidikan. Dilayari pada 14 Februari 2012 dari http://notapismp.blogspot.com/2010/10/pengenalan-konsep-seni-dalam-pendidikan.html
Siti Aishah. (2009). Pengenalan Seni dan Definisi Seni . Dilayari pada 8 Februari 2012 dari http://colourexist.blogspot.com/2010/01/pengenalan-seni-definisi-seni-definisi.html
Umma Valoo. (2005). Perkembangan Kokurikulum Di Sekolah Rendah. Dilayari pada 15 Februari 2012 dari http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/sejarah-perkembangan-kurikulum-kbsr.html
Wahiza Abdul Wahid. (2001). Sejarah Seni Lukis & Seni Reka. Selangor: Stilgrow Sdn. Bhd.
Sumber-sumber gambar rajah:
Rajah 1: http://en.wikipedia.org/wiki/Vincent_van_Gogh
Rajah 2: http://artofday.com/wordpress/?p=2716
Rajah 3: http://en.wikipedia.org/wiki/Salvador_Dal%C3%AD
Rajah 4: http://en.wikipedia.org/wiki/Cave_painting
Rajah 5: http://en.wikipedia.org/wiki/Herbert_Read
REFLEKSISecara jujurnya, saya minat melukis sejak saya masih kecil lagi. Saya
berasa sangat syukur kerana saya mendapat kursus pendidikan seni visual
dalam tawaran kursus perguruan pendidikan rendah di Institut Pendidikan Guru
Darulaman di Jitra, Kedah. Saya juga berasa bangga kerana dapat melibatkan
diri dalam bidang seni yang amat istimewa. Oleh itu, saya amat gembira dan
bersemangat apabila menjalankan kerja kursus yang diberikan. Walau
bagaimanapun, saya masih menghadapi banyak masalah dan cabaran apabila
diberikan tugasan ini. Namun demikian, saya tetap ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah seni saya, iaitu Encik Hamzah serta rakan-rakan
saya yang sudi menghulurkan tangan mereka untuk membantu saya
menyiapkan kerja kursus ini dengan lengkap.
Sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya amat keliru dan risau
selepas mendapat kerja kursus pendek yang bertajuk “Konsep Pendidikan Seni
Visual”. Hal ini demikian, saya perlu menghuraikan perkara-perkara konsep seni,
seni visual dan pendidikan seni visual yang saya tidak mempunyai kefahaman
yang mendalam terhadap bidang ini. Selain itu, saya juga harus mengetahui
tentang KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) walaupun sistem
pendidikan Malaysia hari ini telah bertukar kepada KSSR (Kurikuklum Standard
Sekolah Rendah) sejak tahun 2011. Jadi, saya telah menghadapi berbagai-bagai
masalah semasa menyediakan bahan-bahan rujukan. Dengan adanya
penjelasan yang teliti oleh pensyarah, saya barulah mengetahui dan dapat
melaksanakan tugasan saya dalam bentuk PowerPoint dan kertas kerja. Seribu
terima kasih kepada pensyarah yang tidak jemu member panduan dan
bimbingan kepada saya untuk menyelesaikan masalah saya sepanjang proses
penjalanan kerja kursus ini.
Dalam pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah mencari pelbagai bahan
rujukan tentang tajuk tugasan yang diberikan. Selain itu, pemahaman saya
terhadap konsep seni dan Pendidikan Seni Visual dalam KBSR juga
dipertingkatkan. Hal ini telah menunjukkan bahawa kerja kursus memang
memberikan manfaat kepada para pelatih guru untuk menambah pengetahuan
tentang isu pendidikan negara kita. Di samping itu, saya juga mampu mencari
informasi-informasi yang betul dan tepat bagi memenuhi soalan tajuk tugasan
yang saya dapat. Misalnya, matlamat PSV dalam KBSR adalah untuk melahirkan
insan yang harmonis, kreatif, kritis, inovatif dan inventif khasnya dalam
pembangunan negara yang sejahtera berdasarkan kepercayaan dan kesyukuran
kepada Tuhan. Malahan, PSV bukan sahaja membentuk generasi yang penuh
dengan kreatif, PSV juga boleh memupuk nilai peka terhadap alam sekitar yang
indah dan cantik. Hal ini amat penting pada hari ini kerana bumi kita sedang
menghadapi masalah pencemaran alam sekeliling yang serius. Oleh itu, PSV
boleh memupuk para pelajar mencintai alam sekitar kita tanpa melakukan
kerosakan terhadapnya kerana kita hanya mempunyai satu bumi dan manusia
yang bertanggungjawablah memelihara dan memulihara bumi kita.
Selepas mengkaji topik ini, saya amat berpuas hati kerana saya telah
mendapat tahu tentang maklumat yang saya telah kaji. Walaupun saya tidak
mempunyai ahli kumpulan dalam tugasan pembentangan, saya tetap tidak
berputus asa membentangkan hasil kerja saya di hadapan rakan-rakan sekalian.
Namun saya masih ada sedikit kekurangan dalam kerja PowerPoint, Encik
Hamzah juga memberikan peluang kepada saya untuk membuat pembetulan.
Saya amat bersyukur kerana mempunyai sokongan pensyarah dan rakan-rakan
sekelas. Di samping itu,saya juga memberi penuh perhatian kepada rakan-rakan
lain yang memberi pembentangan masing-masing. Dalam pembentangan
mereka, saya telah mencatat mesej-mesej penting seperti pandangan serta
sumbangan tokoh dan pendidik seni, kesenian pelbagai budaya di Alam Melayu,
India, China, Jepun dan Barat, konsep reka bentuk dan kraf serta kepentingan
PSV dalam era teknologi. Kesemua informasi ini amat berfaedah untuk saya
yang akan menjadi guru seni di sekolah rendah pada masa hadapan.
Tuntasnya, saya amat bersyukur kerana akhirnya saya masih dapat
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan menghantarnya pada masa yang
telah ditetapkan.
Sekian terima kasih.
LAMPIRAn
Recommended