View
245
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
LAPORAN INOVASI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN
SISTEM e-STOR SUK KELANTAN
1. Pengenalan
1.1 Pengenalan Sistem e-Stor SUK Kelantan
Stor Utama, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berperanan untuk menyedia, mengurus dan membekal barang-barang untuk keperluan pelanggan-pelanggan peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan agensi.
Pada masa kini, beberapa penemuan mendapati sebahagian stok bekalan pejabat yang dikawal oleh stor berkenaan mengalami kerosakan kerana tiadanya penggerakan (pengeluaran) yang dibuat oleh Jabatan atau Agensi Kerajaan Negeri yang menyebabkan stok tersebut rosak dan tidak dapat digunakan lagi (contoh : dakwat pen/printer yang telah kering akibat terlalu lama dalam simpanan stor).
Antara sebab tiadanya penggerakan bekenaan adalah kerana tidak semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri mengetahui apakah jenis stok dan kuantiti yang disediakan oleh Stor Utama.
Bagi merealisasikan budaya penjimatan dalam urusan, Kerajaan Negeri Kelantan
telah melaksanakan pelbagai langkah yang akan dilaksanakan oleh semua Jabatan /
Agensi di seluruh negeri. Langkah ini dikembangkan lagi dengan rancangan untuk
mengiklankan aset-aset yang bakal dilupuskan sekiranya keadaan aset-aset tersebut
masih dalam keadaan baik.
Untuk melaksanakan tujuan ini, suatu sistem berkomputer diperlukan bagi
memastikan proses mengiklankan aset-aset berjalan dengan lancar dari mula hingga
ia dapat diserahkan kepada Jabatan / Agensi Kerajaan yang terlibat.
Sistem e-Stor dibangunkan sepenuhnya menggunakan platform sumber terbuka iaitu
menggunakan PHP5 sebagai bahasa pengaturcaraan dan MySQL 5.1 sebagai
pangkalan data.
1.2 Latar Belakang Projek Inovasi e-Stor SUK Kelantan
Idea Penubuhan E-Stor adalah daripada Perbendaharaan Negeri yang diaspirasikan oleh
Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dan pihak Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri telah dipertanggungjawab untuk merekasistem berkenaan dan seterusnya
akan dikendalikan oleh Unit Aset dan Bangunan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Kelantan.
2. Tujuan Projek Inovasi e-Stor SUK Kelantan
Membantu Stor Utama dan stor unit di setiap jabatan dan agensi negeri
meningkatkan kecekapan pengurusan aset yang akan di lupus
3. Peringkat Perlaksanaan.
3.1 Kedudukan Sebelum Inovasi
i. Aset-aset kerajaan yang akan dilupuskan boleh diserahkan kepada
Jabatan / Agensi tertentu tetapi melalui satu proses yang panjang dan
tidak praktikal jika ianya dilakukan secara manual
ii. Kesukaran pihak pengurusan untuk memantau status Aset-aset kerajaan
yang akan dilupuskan.
3.2 Kedudukan Selepas Inovasi
i. Memberi maklumat dengan tepat dan terkini kepada pelanggan
mengenai kuantiti dan jenis stok yang terdapat dibawah kawalan Stor
Utama, SUK.
ii. Mengelak Jabatan/ Agensi membuat pembelian berganda bagi bekalan
pejabat dan aset yang telah disediakan oleh Stor Utama.
iii. Membantu mengurangkan pembaziran wang kerajaan apabila sesuatu
stok dapat dibekalkan sepenuhnya kepada Jabatan/Agensi Kerajaan yang
memerlukan tanpa menyebabkan stok berlebihan terpaksa dibuang
kerana telah rosak akibat tidak diguna.
iv. Ruang simpanan di Stor Utama dan Stor Unit di Jabatan dapat
dioptimumkan.
4. Kelebihan Inovasi
4.1 Penjimatan Masa
Dengan wujudnya sistem ini, urusan pengiklanan, permohonan dan kelulusan dapat
dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.
4.2 Penjimatan Kos (Implikasi Kewangan)
Pembangunan sistem ini tidak melibatkan perbelanjaan kewangan kerana ianya
dibina sendiri dengan menggunakan aplikasi perisian terbuka iaitu PHP dan MySQL.
Sistem ini juga tidak memerlukan tambahan kos bagi pemasangan dan
penyelenggaraan server kerana ianya menggunakan server aplikasi sedia ada.
Tidak memerlukan kos atau perbelanjaan sekiranya perlu meningkatkan fungsi-
fungsi kerana ianya dibangunkan secara in-house dan boleh ditambah mengikut
keperluan dari semasa ke semasa.
4.3 Peningkatan Hasil Kerja
Dengan adanya sistem ini, kesemua maklumat asset yang hendak dilupuskan telah
dapat direkodkan dengan lebih pantas dan mudah. Data boleh dicapai dengan
pantas dan mudah. Inovasi ini juga dapat meningkatkan kepuasan pemohon kerana
kelulusan dilakukan secara talian dengan lebih pantas.
4.4 Mudah Digunakan dan Dicapai.
Sistem e-Stor SUK Kelantam mudah dicapai dari mana-mana tempat asalkan
mempunyai talian internet. Antara muka dan fungsi-fungsi arahan yang disediakan
adalah ringkas dan mudah difahami.
5. Inovasi Yang Telah Dilaksanakan
5.1 Cara mengiklan, memohon dan meluluskan lebih berkesan. Tugas mengiklan dengan
lebih mudah dan teratur melalui menu arahan yang ringkas dan senang difahami.
Maklumat mengenai asset alih pindah seperti lokasi, pemohon, bilangan permohon,
bilangan lulus, tarikh mohon dan tarikh lulus telah direkodkan.
MENU UTAMA
PROFAIL PENGGUNA
KEMASKINI PROFAIL
SENARAI IKLAN
BUTIRAN IKLAN
SENARAI PERMOHONAN
BUTIRAN PERMOHONAN
TAMBAH IKLAN
ARAS PENGGUNA
KEMASKINI ARAS PENGGUNA
TAMBAH PENGGUNA SISTEM
SENARAI PENGGUNA SISTEM
KEMASKINI PENGGUNA SISTEM
TAMBAH JABATAN / AGENSI
SENARAI JABATAN / AGENSI
CETAK PENGESAHAN
5.2 Laporan untuk rujukan pentadbir sistem disediakan untuk menyemak status asset.
LAPORAN
5.3 Menyediakan modul log masuk bagi meniingkatkan keselamatan rekod.
LOG MASUK
5.4 Boleh diakses oleh mana-mana computer dari mana-mana tempat asalkan
mempunyai talian internet.
6. Penutup
Kerajaan amat menitikberatkan penjimatan dalam segenap urusan di semua peringkat
Jabatan / Agensi Kerajaan. Sehubungan dengan itu, Sistem e-Stor dibangunkan dan
dilaksanakan bagi menjayakan hasrat murni ini. Pelaksanaan sistem ini akan memberikan
sumbangan yang besar pada Kerajaan Negeri Kelantan terutamanya pada jangka masa
panjang.
Disediakan Oleh :
Nama Pegawai : MOHD RUSDI BIN HAMID
No Tel (Ext) : 09-7430504
Emel : rusdi@kelantan.gov.my
Recommended