View
272
Download
10
Category
Preview:
Citation preview
B E R S I H • I N D A H • H I J A U
ISU 2/2017 APRIL-JUN 2017
HARI TANPA KENDERAAN SHAH ALAM
Shah Alam ke arah bandar raya rendah karbon menjelang 2030
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH
Ke arah organisasi bebas rasuahKEMPEN ‘GREEN INITIATIVE FOR TASKA’
Ke arah mendidik generasi muda amal konsep hijau
INSIDE.indd 1 28/07/2017 11:10 AM
PenaungYBHG. DATO’ HAJI AHMAD ZAHARIN BIN MOHD SAADDatuk Bandar Shah Alam
PenasihatTUAN SHUKRI BIN MOHAMAD HAMINTimbalan Datuk Bandar
Ketua EditorSHAHRIN BIN AHMADKetua Bahagian Korporat & Perhubungan Awam
Penolong Ketua EditorNURAZRINA AZRIN BINTI ZAKARIAPegawai Penerbitan
JU MUNIRA BINTI DAHARIPenolong Pegawai Penerbitan
JurugambarFAZEEL AZUAN BIN JAAFARAMIR FAUZAN BIN ZAMARI
SIDANG REDAKSI
Buletin komuniti ini diterbitkan olehBAHAGIAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM Tingkat G, Wisma MBSA, Peti Surat 7200 Persiaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
: +603 5522 2743/2741 : www.mbsa.gov.my fb.com/shahalamcitycouncil
: korporat@mbsa.gov.my www.korporat-mbsa.blogspot.com twitter.com/sacitycouncil
03 KE ARAH ORGANISASI BEBAS RASUAH
04 APC 2016 MBSA IKTIRAF 129 KAKITANGAN CEMERLANG
05 HARI TANPA KENDERAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2017
06 TERIMA KASIH MEDIA
07 MAJLIS PELANCARAN IMEJ BARU LORI KOMPAKTOR
09 HARI BERTEMU PELANGGAN MBSA
11 ‘GREEN INITIATIVE FOR TASKA’ KE ARAH MENDIDIK GENERASI MUDA AMAL KONSEP HIJAU
12 MENJAGA AMANAH KEPADA ALLAH DAN SESAMA MANUSIA
13 MAJLIS PENJURIAN AIPBT 2017
14 EDARAN TONG SAMPAH PERCUMA
15 PROGRAM MASYARAKAT PRIHATIN DI PPR KAMPUNG BARU HICOM SEKSYEN 26
16 MBSA SERAH 1790 PERMIT BAZAR RAMADAN KEPADA PARA PENJAJA
18 KEMPEN BALIK KAMPUNG BERAYA DENGAN SELAMAT 2017
19 MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA PERINGKAT MBSA
20 SEGMEN OPERASI
21 TROLI PINTAR SERBAGUNA
22 TANAM POKOK BERSAMA CANON
23 TIDAK PEDULI, MAUT MENANTI
08PERASMIAN GIMNASIUM MBSA 10 17DATUK BANDAR
TURUN PADANG BAZAR RAMADAN MAMPAN
INSIDE.indd 2 28/07/2017 11:10 AM
Pada 17 Mei 2017, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertempat di Auditorium MBSA. Majlis ini merupakan salah satu inisiatif pihak MBSA untuk memupuk sikap berintegriti di kalangan warga kerja MBSA ke arah organisasi bebas rasuah.
Pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah ini menyaksikan semua kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam melaksanakan lafaz ikrar yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam agar tidak terlibat dalam aktiviti rasuah. Pada Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah ini, pihak MBSA diwakili oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam bagi pihak MBSA manakala pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Negeri Selangor pula diwakili oleh YBhg. Dato’ Wan Ramli bin Wan Abdullah, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor.
Program ini merupakan komitmen berteruskan pihak MBSA untuk meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman mengenai integriti dalam bidang pekerjaan serta meningkatkan komitmen warga kerja terhadap peranan yang boleh dimainkan khususnya di dalam membanteras gejala rasuah.
KE ARAH ORGANISASI
BEBAS RASUAH
3BULETIN SHAH ALAM
FOKUSSEGMEN
INSIDE.indd 3 28/07/2017 11:10 AM
Tiada yang lebih bernilai melainkan penghargaan yang diberikan kepada kakitangan yang telah menunjukkan kesungguhan dan kecemerlangan dalam perkhidmatan. Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam meraikan seramai 129 orang kakitangan melalui Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 yang telah diadakan pada 10 April 2017 di Dewan Auditorium MBSA.
APC 2016 MBSA
Majlis ini dianjurkan saban tahun bagi menghargai jasa dan komitmen kakitangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun, di samping mengangkat peranan MBSA sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, khususnya warga Shah Alam.
Kesemua penerima anugerah ini dinilai dari segi kebertanggungjawaban, integriti, kepatuhan terhadap peraturan kerja, prestasi yang memberangsangkan, kemampuan untuk menyelesaikan tugas dengan baik, serta usaha dan komitmen kakitangan dalam menjalankan tugas
IKTIRAF
yang diberi. Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
CEMERLANGKAKITANGAN129
4 BULETIN SHAH ALAM
SEGMENFOKUS
INSIDE.indd 4 28/07/2017 11:10 AM
Seramai 2,000 orang pengunjung telah hadir memeriahkan Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Program ini merupakan satu inisiatif daripada pihak MBSA ke arah melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat, di samping mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar.
HARI TANPA KENDERAAN SEMPENA
SAMBUTAN HARI BUMI 2017
Sambutan Hari Bumi Peringkat MBSA 2017 turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada komuniti Shah Alam mengenai amalan-amalan kitar semula yang boleh dilaksanakan seperti kitar semula sisa buangan bahan dapur, sisa makanan, dan penanaman pokok serta meningkatkan sistem pengurusan sisa pepejal yang terancang dan berkesan.
Selain itu, pihak MBSA juga telah mengadakan Program ECO Free Market yang berkonsepkan ‘Less is More’ yang bermaksud menguruskan pemberian barangan terpakai dan meminimakan perbelanjaan kepada yang memerlukan. Antara aktiviti menarik yang turut diadakan untuk
memeriahkan program ini antaranya acara utama iaitu berbasikal dan Larian Kitar Semula, pertandingan mewarna, pameran daripada pihak MBSA dan agensi-agensi kerajaan.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor serta Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berangkat mencemar duli menyempurnakan ke majlis ini. Turut diiringi oleh YAB. Dato’ Seri Mohamed Azmin b. Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor dan YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd
Saad, Datuk Bandar Shah Alam.
5BULETIN SHAH ALAM
FOKUSSEGMEN
INSIDE.indd 5 28/07/2017 11:10 AM
Media massa mempunyai peranan yang penting dalam meningkatkan imej sesebuah organisasi di mata masyarakat melalui hebahan perkhidmatan terkini, program dan aktiviti yang dilaksanakan.
Sehubungan itu, Majlis Penghargaan Media Massa 2017 telah dianjurkan di Hotel Concorde Shah Alam bagi meraikan dan menghargai sumbangan pihak media massa dalam membantu menyalurkan maklumat kepada orang ramai berkenaan program yang diadakan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
TERIMA KASIH MEDIA Seramai 80 orang pengamal media dari pelbagai agensi media massa telah hadir ke majlis ini. Majlis ini merupakan salah satu inisiatif berterusan daripada pihak MBSA untuk mengeratkan hubungan hubungan silaturrahim di antara pihak media massa dan MBSA.
Pihak MBSA turut memberikan Anugerah Khas Liputan Berita Terbanyak Tahun 2016 kepada Sinar Harian kerana telah membantu membuat hebahan terbanyak untuk program-program MBSA kepada masyarakat. Upacara penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.
6 BULETIN SHAH ALAM
SEGMENFOKUS
INSIDE.indd 6 28/07/2017 11:10 AM
Bagi menambahbaik perkhidmatan kutipan sampah sisa domestik, Majlis Bandaraya Shah Alam telah menganjurkan Majlis Pelancaran Imej Baru Lori Kompaktor Kutipan Sisa Domestik di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 Shah Alam pada 13 April 2017. Sebanyak 27 buah kompaktor mewakili 27 zon kutipan sisa domestik di bawah pentadbiran Majlis. Sebanyak 26 kompaktor adalah dari kontraktor kutipan sisa domestik lantikan MBSA dan 1 zon merupakan ‘inhouse’ MBSA yang menjalankan kutipan sisa domestik di kawasan Seksyen 10,11 dan 12, Shah Alam.
Lori kompaktor ini dilengkapi dengan sistem AVLS, dan dicat dengan warna korporat MBSA iaitu biru putih adalah merupakan satu usaha untuk penjenamaan semula imej perkhidmatan kutipan sampah MBSA. Antara lain adalah penyerahan pakaian seragam bercirikan keselamatan yang mempunyai pantulan cahaya, kasut dan but keselamatan kepada pekerja di perkhidmatan kutipan sampah MBSA.
MAJLIS PELANCARANIMEJ BARU LORI KOMPAKTOR
Penjenamaan imej baru lori kompaktor ini juga akan membawa mesej-mesej melalui pelekat yang ditampal iaitu ‘Shah Alam Bandar Raya Anggerik’, ‘Shah Alam Ke Arah Bandar Raya Zero Waste’ dan juga ‘Amalan Kitar Semula Dalam Kehidupan Masyarakat / Warga Shah Alam’. Majlis Pelancaran Imej Baru Lori Kompaktor Kutipan Sisa Domestik 2017 ini telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad.
7BULETIN SHAH ALAM
FOKUSSEGMEN
INSIDE.indd 7 28/07/2017 11:10 AM
Bersenam membolehkan kita mendapat waktu tidur lebih baik dan rehat yang cukup. Ia juga membantu kita menjana tenaga untuk menjalani rutin harian serta mendapatkan emosi yang sekata. Senaman turut melepaskan endorfin iaitu hormon gembira yang dapat membantu melegakan simptom kemurungan.
Walaupun kesedaran meningkatkan tahap kecergasan fizikal semakin mendapat perhatian dan pelbagai usaha dijalankan untuk menjayakannya, kesibukan kerja menyebabkan waktu untuk bersenam. Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengadakan Majlis Perasmian Gimnasium MBSA yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam bersempena Minggu Kesihatan MBSA yang telah diadakan pada 5 Mei 2017.
Gimnasium ini dibina bagi memudahkan warga kerja MBSA menjalankan aktiviti kecergasan selepas waktu bekerja dalam usaha melahirkan individu yang sihat, proaktif, di samping meningkatkan
PERASMIANGIMNASIUM MBSA
produktiviti kerja. Gimnasium ini juga diyakini mampu mengatasi amalan gaya hidup tidak sihat kakitangan MBSA apabila penyakit kronik seperti masalah jantung serta obesiti yang dihidap oleh warga kerja MBSA.
Gimnasium MBSA turut dilengkapi dengan pelbagai alatan senaman yang sememangnya dapat membantu warga kerja MBSA mengamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya dapat mengekalkan stamina yang tinggi selepas seharian penat bekerja.
8 BULETIN SHAH ALAM
SEGMENFOKUS
INSIDE.indd 8 28/07/2017 11:10 AM
Institute Of Landscape Architects Malaysia (ILAM) telah menganugerahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai pemenang ‘Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA) Merit Award 2016’ bagi kategori ‘Government – Green Initiative Award’ melalui Inisiatif Penghijauan Lorong Belakang Shah Alam hasil daripada Projek Perintis Penghijauan Lorong Belakang Kawasan Kejiranan Jalan 4/7, Seksyen 4 Shah Alam.
HARI BERTEMUPELANGGAN MBSA
Warga Shah Alam sekali lagi diberikan peluang untuk menyuarakan pendapat, membuat aduan serta bertemu Datuk Bandar secara dekat melalui Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Program HBP yang telah dijalankan pada 14 April 2017 ini mendapat sambutan lebih 100 orang pengunjung hadir di Dewan Bankuet, Wisma MBSA. Orang ramai dan pihak berkepentingan diberi peluang untuk menyalurkan aduan, komen dan saranan kepada pihak MBSA. Pengunjung juga boleh membuat pelbagai
perkhidmatan seperti penyemakan dan pembayaran cukai taksiran serta penyemakan dan pembayaran kompaun.
Program HBP ini dijalankan pada setiap tahun khas buat warga Shah Alam.
ANUGERAH MELALUI INISIATIF PENGHIJAUAN LORONG BELAKANG
Projek Perintis Inisiatif Penghijauan Lorong Belakang Kawasan kejiranan Jalan 4/7, Seksyen 4, Shah Alam yang dilaksanakan oleh MBSA ini merupakan kesinambungan daripada Program Zon Bersih Shah Alam. Anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Tam Weng Wah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Dan Pembangunan), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Tuan Shukri Bin Mohamad Hamin, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam dan En. Yunus Bin Suri, Pengarah Jabatan Landskap MBSA.
9BULETIN SHAH ALAM
FOKUSSEGMEN
INSIDE.indd 9 28/07/2017 11:10 AM
TURUN PADANGDATUK BANDAR
YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam bertanyakan soalan kepada Encik Saripudin Saidin, Pengurus Zon 3, Rapid KL Shah Alam.
Sekitar lawatan turun padang Datuk Bandar Shah Alam bersama media menaiki bas elektrik mengelilingi pusat bandar Shah Alam.
Datuk Bandar Shah Alam turut menyerahkan sumbangan berbentuk barang keperluan harian kepada Puan A’sah binti Adam, salah seorang penerima sumbangan Program Ziarah Ramadan.
YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan harian kepada Husain bin Suhaimi, salah seorang penerima sumbangan Program Ziarah Ramadan 2017.
10 BULETIN SHAH ALAM
SEGMENDBTP
BULETIN SHAH ALAM
INSIDE.indd 10 28/07/2017 11:10 AM
Bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2017, Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Persatuan Taska Negeri Selangor dan Kids Campus Sdn. Bhd. telah mengadakan Majlis Perasmian Kempen ‘Green Initiative For Taska (GIFT)’ bertempat di Dewan Bankuet, Wisma MBSA. Program ini melibatkan penyertaan seramai 200 orang pengusaha Taska di bawah kawasan pentadbiran MBSA.
KE ARAH MENDIDIK GENERASI MUDA AMAL KONSEP HIJAU ‘GREEN INITIATIVE FOR TASKA’
Antara pengisian program adalah Taklimat ‘Green Initiative For Taska’ oleh Encik Mahadi bin Mohd dan Encik Rahmat bin Bayudi, ‘Menerapkan Hijau di dalam P&P Taska’ oleh Dr. Azman Hassan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Bengkel Penanaman Tumbuhan Hijau di Taska untuk Kanak-Kanak oleh Puan Khairiyanty binti Khamis dari Jabatan Pertanian Daerah Gombak serta Bengkel Kraftangan daripada barangan kitar semula.
Program ini merupakan komitmen pihak MBSA untuk mendidik generasi muda, guru-guru dan ibu bapa mengamalkan amalan hijau dalam kehidupan seharian. Bagi memastikan keberkesanan kempen ini, setiap Taska mengambil inisiatif dengan mewujudkan ‘edible garden’ di Taska masing-masing atau menggunapakai konsep Kejiranan Hijau yang bersesuaian dengan persekitaran.
11BULETIN SHAH ALAM
SEGMENINISIATIF HIJAU
INSIDE.indd 11 28/07/2017 11:10 AM
Perkataan amanah berasal daripada bahasa Arab. Dari segi lughah atau bahasa dapat ditakrifkan sebagai setia, kepercayaan, lurus dan seumpamanya. Namun, daripada konteks yang lebih mendalam, amanah difahami sebagai kepercayaan yang diletakkan oleh seseorang individu kepada pihak lain dalam memelihara atau menjaga sesuatu perkara sama ada yang bersifat nyata atau tidak nyata.
Sifat amanah dikatakan sebagai sesuatu beban yang tidak terpikul dan telah ditolak oleh makhluk-makhluk Allah SWT yang lain, namun disanggupi oleh manusia untuk memikulnya. Ia berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:''Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan” (surah al-Ahzaab:72).
Sifat amanah sangat berkait rapat dengan keimanan seseorang. Seseorang yang beriman bersifat amanah dan menerima segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan jujur. Amanah yang dijunjung oleh manusia meliputi pertamanya amanah kepada Allah SWT. Ia termasuklah menunaikan segala kewajipan yang dituntut kepadaNya, melaksanakan amal ibadah dengan ikhlas dan berterusan, dan menjaga keimanan supaya sentiasa subur.
Konteks amanah yang kedua adalah amanah sesama manusia. Ia meliputi perkara-perkara seperti memberikan hak kepada orang yang berhak, menepati janji, bersikap adil dan saksama, bercakap benar, dan melakukan ihsan kepada masyarakat sekeliling.
Sifat amanah ini adalah merupakan antara empat sifat-sifat wajib yang ada pada Rasul disamping Siddiq (Benar), Tabligh (menyampaikan) dan Fatonah (bijaksana). Sifat amanah Nabi Muhammad SAW merupakan model nilai-nilai murni yang sempurna dan unggul yang harus diterapkan dan diteladani dalam kehidupan. Misalnya, dalam urusan pekerjaan, Baginda SAW mengendalikan perniagaan dengan penuh amanah, tanpa mengamalkan penipuan serta bertanggungjawab semasa membantu perniagaan Saidatina Khadijah binti Khuwailid (yang kemudiannya menjadi isteri baginda) sehingga beliau digelar al-Amin.
MENJAGA AMANAH KEPADAALLAH DAN SESAMA MANUSIA
Inilah resipi kejayaan unggul dalam kaedah bekerja yang bukan sahaja menunjukkan budi pekerti Rasulullah SAW yang mulia, bahkan telah berhasil memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada perniagaan Saidatina Khadijah.Jelasnya, sifat amanah Rasulullah SAW ini terserlah sebagai salah satu nilai-nilai murni dalam Islam yang menjadi tunjang kejayaan dan kesempurnaan seseorang ketika bekerja. Sebagai pekerja, seseorang itu perlulah memenuhi dan mencapai matlamat-matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi atau majikannya. Umumnya masa, tenaga, kepakaran dan idea merupakan antara elemen yang disumbangkan oleh seseorang pekerja kepada organisasi. Begitupun, setiap sumbangan yang diberikan atau kerja yang dilaksanakan itu perlulah turut didasari oleh nilai-nilai keperibadian murni yang digariskan Islam termasuklah sifat amanah.
Dalam membicarakan tentang sifat amanah ketika bekerja, tidak dapat tidak seseorang pekerja wajib memenuhi kedua-dua amanah kepada Allah SWT dan amanah sesama manusia. Ia jelas diisyaratkan melalui firman Allah SWT yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Surah al-Anfal:27).
Sesungguhnya, pekerja yang amanah dan meletakkan syariat Islam sebagai pegangan semasa bekerja akan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram)." Manakala pekerja yang tidak berhati-hati dalam menjaga amanah adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang munafiq.
Dalam menjelaskan maksud munafik, ia dapat difahami berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ada tiga tanda munafiq: Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati.
12 BULETIN SHAH ALAM
SEGMENINTEGRITI
BULETIN SHAH ALAM
INSIDE.indd 12 28/07/2017 11:10 AM
MAJLIS PENJURIAN AIPBT 2017
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah dipelawa untuk menyertai Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2017. Anugerah ini dianjurkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selaku urusetia anugerah.
AIPBT diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan sistem penyampaian perkhidmatan berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selaku urusetia AIPBT 2017 telah dijemput ke sesi pembentangan laporan bagi penyertaan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan 2017 pada 28 April 2017 di KPKT.
Melalui pembentangan ini, pihak MBSA telah disenarai pendek dan pihak Panel Penilai telah membuat lawatan tapak AIPBT 2017 ke Majlis Bandaraya Shah Alam pada 23 Mei 2017 bagi tujuan penilaian akhir. Selain daripada AIPBT, pihak Majlis juga telah menyertai Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) dan berjaya terpilih ke peringkat seterusnya di mana MBSA turut dijemput membuat pembentangan pada 9 Jun 2017 di Perbendaharaan Malaysia untuk tujuan penilaian.
13BULETIN SHAH ALAM
SEGMENINOVASI
INSIDE.indd 13 28/07/2017 11:10 AM
Bertempat di Galeri Naza TTDI, Alam Impian, Seksyen 35 Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Majlis Pengedaran Tong Sampah Secara Percuma Kepada Penduduk pada 23 Mei 2017. Melalui program ini, pihak MBSA telah menyerahkan sejumlah 5,978 unit tong sampah MGB 120L kepada penduduk di sekitar kawasan Seksyen 34, 35 dan 36, Shah Alam.
EDARAN TONG SAMPAH
PERCUMA
Pengedaran tong sampah ini akan dilaksanakan secara berperingkat oleh pihak Majlis di setiap kawasan kediaman. Penyediaan tong sampah ini bertujuan untuk melancarkan kerja kutipan sampah domestik serta mengelakkan kacauganggu kepada persekitaran jika sampah tidak dibuang atau dikumpulkan di tempat yang tidak sepatutnya. Pihak MBSA amat komited dengan usaha untuk mendidik masyarakat dan menerapkan kepentingan menjaga alam sekitar kepada komuniti setempat.
Program ini juga merupakan platform pihak Majlis untuk meningkatkan peratus kitar semula bagi mencapai matlamat Shah Alam ke arah Bandar Raya Sifar Sampah (Zero Waste) dan Bandar Raya Rendah Karbon Menjelang Tahun 2030. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.
14 BULETIN SHAH ALAM
SEGMENKOMUNITI
INSIDE.indd 14 28/07/2017 11:11 AM
Dalam melahirkan masyarakat yang mengutamakan gaya hidup sihat, di samping memberi pendidikan dan pendedahan berhubung kepentingan menjaga kebersihan untuk mengurangkan kes demam denggi, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 3 telah mengadakan Karnival Sihat Rakyat bertempat di Seksyen 7, Shah Alam.
Pelbagai acara telah diadakan iaitu acara larian, taklimat mengenai demam denggi serta Program SEDA-10 MPP, demonstrasi membuat Ovitrap menggunakan barang terpakai dan pelbagai lagi acara menarik kepada pengunjung. Pihak MBSA juga telah melancarkan bas pameran SEDA-10 Information Centre (I.C) untuk
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Program Masyarakat Prihatin di PPR Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam pada 2 April 2017. Program ini merupakan inisiatif pihak MBSA untuk memupuk sikap bekerjasama di kalangan komuniti setempat khususnya di kawasan penempatan perumahan kos rendah. Program ini juga memberi penekanan ke arah melahirkan modal insan yang berketerampilan dan aktif dalam melakukan aktiviti sukarelawan. Ia turut dilihat sebagai medium untuk membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
Pihak Majlis juga telah menerima sumbangan dari beberapa agensi seperti Lembaga Zakat Selangor yang menyumbang RM50 barangan keperluan untuk 150 orang serta Kelab Rotary Shah Alam yang menyumbang pemeriksaan kesihatan dan ubat untuk 500 orang. Pihak Management & Science University (MSU) Shah Alam juga telah membuat program gotong-royong dan tanam pokok melibatkan penyertaan seramai 170 orang pelajar dan juga penglibatan sukarelawan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Shah Alam serta ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO), Department of Arts and Spurt (DACS).
PROGRAM MASYARAKAT PRIHATIN DIPPR KAMPUNG BARU HICOM SEKSYEN 26
KARNIVAL SIHAT RAKYATDI SEKSYEN 7, SHAH ALAM
memperhebatkan aktiviti promosi program-program SEDA-10 khususnya penjagaan kesihatan persekitaran kepada komuniti Shah Alam.
Pihak MBSA juga telah mengambil langkah proaktif dalam menangani wabak denggi dengan melaksanakan pelepasan nyamuk Aedes berwolbachia sebanyak 48,700 nyamuk di sekitar kawasan Pangsapuri Seksyen 7, Blok 1 hingga 52. Majlis Pelepasan nyamuk dan perasmian bas pameran SEDA-10 telah disempurnakan oleh YB Dr. Daroyah binti Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor.
15BULETIN SHAH ALAM
SEGMENKOMUNITI
INSIDE.indd 15 28/07/2017 11:11 AM
Pada 21 Februari hingga 3 Mac 2017, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan sebanyak 1790 permit bazar Ramadan kepada para penjaja yang berniaga sepanjang bulan Ramadan di bazar di bawah kawasan pentadbiran Majlis. Selain daripada penyerahan permit bazar Ramadan, turut diadakan sesi taklimat bazar Ramadan yang bermula dari 15 hingga 18 Mei 2017. Selain itu, turut diadakan ceramah berunsur kerohanian bertajuk “Tanggungjawab Peniaga Berniaga di Bulan Ramadan” yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifli bin Ahmed dan Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani.
BAZAR RAMADAN KEPADA PARA PENJAJAMBSA SERAH 1790 PERMIT
Kadar bayaran permit bagi jenis jualan makanan dan minuman bagi tapak Majlis adalah di antara RM257.00 hingga RM347.00 mengikut kategori berbakar dan tidak berbakar. Manakala bagi tapak persatuan / swasta, kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM167.00. Taklimat bazar Ramadan ini juga turut mendapat kerjasama dan disertai oleh syarikat-syarikat pengeluar makanan seperti produk Adabi, Unilever, Nestle, Indomee dan Mamee.
Bermula tahun 2017, pihak Majlis telah melaksanakan Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik di Shah Alam. Kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya para peniaga supaya mengurangkan penggunaan beg plastik dalam urusan harian kerana memberi kesan buruk kepada individu dan juga alam sekitar. Majlis penyerahan permit telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir bersama, Ahli - Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.
16 BULETIN SHAH ALAM
SEGMENKOMUNITI
INSIDE.indd 16 28/07/2017 11:11 AM
Dalam usaha memberi kesedaran awam kepada masyarakat mengenai kepentingan pengurangan penggunaan bag plastik, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Program Bazar Ramadan Mampan Negeri Selangor 2017 dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor. Program ini selaras dengan usaha yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam Kempen Selangor Bebas Plastik.
Antara usaha yang dilakukan di program ini ialah penyerahan bekas makanan mesra alam kepada pengusaha makanan dan minuman, pemberian apron dan topi secara percuma kepada pengusaha-pengusaha. Pada masa yang sama, pihak MBSA turut mendapat kerjasama syarikat korporat yang telah memberi sumbangan bubur lambuk kepada para pengunjung di bazar ramadan iaitu sebanyak 500 bekas bubur lambuk sumbangan pihak Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd dan sebanyak 300 bekas bubur lambuk dari pihak Eco Ardence Sdn Bhd diedarkan secara percuma.
BAZAR RAMADAN
MAMPAN
Program ini turut merangkumi kempen kesedaran kitar semula, kempen kitar semula minyak masak terpakai, serta pameran Bas SEDA-10 Information Centre (I.C) untuk memperhebatkan aktiviti promosi program kesihatan persekitaran khususnya pencegahan demam denggi kepada para pengunjung bazar ramadan.
Program ini telah disempurnakan oleh YB. Puan Elizabeth Wong Keat Ping, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Kebebasan Maklumat Negeri Selangor diiringi YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.
17BULETIN SHAH ALAM
SEGMENRAMADAN
INSIDE.indd 17 28/07/2017 11:11 AM
Bersempena dengan Bulan Ramadan yang lalu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Majlis Iftar Jamaie MBSA 2017 bagi memperkasakan hubungan silaturrahim antara pihak MBSA dan para stakeholders seperti anak-anak yatim, media massa dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam.
Bertempat di Padang Rakyat, Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam, sebanyak 550 topi keledar diedarkan kepada penduduk Shah Alam.
Sebanyak 400 unit topi keledar dewasa dan 50 unit topi keledar kanak-kanak telah diberikan secara percuma kepada orang ramai sumbangan daripada pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd, manakala Pihak Majlis juga turut memberikan 100 unit tambahan topi keledar kanak-kanak secara percuma. Topi keledar yang telah diberikan juga menepati ciri-ciri keselamatan yang telah diluluskan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Majlis penyerahan topi keledar ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin Mohd. Saad.
KEMPEN BALIK KAMPUNGBERAYA DENGAN SELAMAT 2017
MAJLIS IFTAR JAMAIE
MBSA 2017
Seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian topi keledar kepada orang ramai sempena Kempen Balik Kampung Beraya Dengan Selamat masih diteruskan pada tahun ini.
Majlis ini meraikan 105 orang Anak-Anak Yatim dan Asnaf dari Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Shah Alam dan 30 orang pelajar Maahad Tahfiz An-Nabawi (MATAN), Kompleks Darul Thibbun Nabawi, Seksyen 8, Shah Alam bersama dengan 68 orang warga kerja MBSA yang kurang berkemampuan. Sumbangan yang telah diberikan diharapkan dapat membantu dan meringankan beban golongan kurang berkeupayaan untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal. Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.
18 BULETIN SHAH ALAM
SEGMENRAMADAN
INSIDE.indd 18 28/07/2017 11:11 AM
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat MBSA pada 22 Jun 2017 di Surau MBSA, Tingkat 14, Bangunan Wisma MBSA. Majlis Khatam Al-Quran Perdana ini dianjurkan oleh pihak MBSA dengan kerjasama Badan Dakwah dan PUSPANITA MBSA.
PERDANA PERINGKAT MBSAMAJLIS KHATAM AL-QURAN
Program ini diadakan untuk melahirkan warga kerja MBSA yang pandai membaca Al-Quran serta secara tidak langsung meraikan Bulan Ramadan, bulan turunnya Kitab Suci Al-Quran. Selain itu, majlis ini bertujuan untuk menarik warga kerja MBSA untuk mengimarahkan amalan tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.
Pengisian program yang dilaksanakan sepanjang Majlis Khatam Al Quran adalah tazkirah dan khatam Al-Quran. Pihak MBSA juga menjemput Imam Besar Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, SF. Ustaz Muhammad Farhan untuk menyampaikan tazkirah berkenaan Al-Quran dan Malam Al-Qadar (Lailatul Qadar). Seramai 160 orang kakitangan iaitu 60 orang lelaki dan 100 orang perempuan hadir ke majlis khatam Al Quran ini.
19BULETIN SHAH ALAM
SEGMENRAMADAN
INSIDE.indd 19 28/07/2017 11:11 AM
Salah satu kenderaan berat yang disita dalam operasi yang dijalankan oleh pihak MBSA di sekitar kawasan Seksyen 19 dan Seksyen 25, Shah Alam.
Operasi Bersepadu Pecah Tanjakan yang telah dilakukan di sekitar Seksyen U6, Shah Alam.
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA melakukan pemeriksaan tandas dalam Operasi Penggredan Tandas di AEON Mall, Shah Alam.
Operasi Bersepadu Peniaga Tapak Haram dan Peniaga Warga Asing yang dijalankan di Seksyen U6, Shah Alam.
20 BULETIN SHAH ALAM
SEGMENOPERASI
INSIDE.indd 20 28/07/2017 11:11 AM
Troli serbaguna yang dipanggil ‘Intelligent Trolley’ merupakan produk inovasi yang sangat kreatif serta tidak pernah dihasilkan oleh pihak lain. Cetusan idea yang dihasilkan ini menekankan elemen ‘Think Out Of The Box’ dan sentiasa mempamerkan keunikan produk tersebut.
‘Intelligent Trolley’ berupaya menyelesaikan masalah untuk mengangkut peralatan, bahan pameran dan peralatan pejabat yang perlu dipindahkan dalam masa yang singkat serta menjimatkan tenaga. Troli ini dicipta berdasarkan kesinambungan bagi memudahkan membawa barangan Ezy Pameran. Ia menggabungkan reka bentuk tiga roda dan roda bebas yang mudah diguna ketika terdapat halangan seperti tangga, sekatan, cerun atau tanah yang tidak rata dengan kapasiti sehingga 200kg.
TROLI PINTAR
Hasil daripada rekaan ‘Intelligent Trolley’ ini, pasukan EX7 Majlis Bandaraya Shah Alam telah mendapat tempat ketiga Inovasi Terbaik Kelas F di National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017 (iCompEx’17) yang telah diadakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Kejayaan yang ditempa oleh pasukan EX7 ini sememangnya mengharumkan nama MBSA kerana berjaya tampil dengan idea inovasi yang kreatif, inovatif dan relevan. Dengan adanya troli pintar ini, tidak timbul lagi masalah untuk membawa barangan pameran ke mana sahaja. Tahniah diucapkan kepada pasukan EX7 dan MBSA!
SERBAGUNA
21BULETIN SHAH ALAM
SEGMENINOVASI
INSIDE.indd 21 28/07/2017 11:11 AM
Untuk program Shah Alam Trees For Life pada bulan Mei yang lalu, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mendapat kerjasama daripada pihak CANON Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. Pada program kali ini, pihak CANON Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd telah menyumbang sebanyak RM30,000 kepada pihak Majlis. 3,000 anak pokok telah ditanam di sekitar kawasan bersebelahan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen U8, Bukit Jelutong. Antara anak-anak pokok yang telah ditanam adalah pokok renek seperti Jastica, Rulia, Dracena, Ligostremia, pokok teduhan/pokok buah-buahan seperti kemboja, kuinin, cempaka dan melinjau.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing (Malaysia), Andrew Koh dalam ucapannya menyatakan bahawa Canon berbesar hati untuk sekali lagi bekerjasama dengan MBSA dalam usaha menanam lebih banyak pokok demi manfaat kepada alam sekitar.
“Foto-foto pertama yang dicetak di atas kertas memberikan banyak memori kepada rakyat Malaysia. Canon berbangga kerana sentiasa menjadi rakan buat rakyat Malaysia untuk merakam momen-momen penting dan legasi yang berterusan ketika kami meraikan ulang tahun ke-30 berada di Malaysia pada tahun ini. Kami ingin menyumbang kembali kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong kami selama ini. Hari ini, dengan sokongan MBSA, rakan-rakan niaga dan syarikat-syarikat kumpulan Canon - Canon Opto, Canon Machinery dan Canon Mailcom, kami akan menanam 3,000 anak pokok sebagai tanda komitmen berterusan untuk memulihara dan mengekalkan alam semula jadi. Ini bagi memastikan lebih banyak memori dapat dicipta,” kata Koh.
Program Shah Alam Trees For Life ini telah melibatkan penyertaan seramai 600 orang peserta termasuk 440 warga kerja Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd, 100 orang kariah masjid dan penduduk sekitar, serta sukarelawan dan warga kerja MBSA. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam, Encik Andrew Koh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing (Malaysia), serta Ahli-Ahli Majlis MBSA, Pengarah Jabatan MBSA dan kakitangan MBSA.
TANAM POKOKBERSAMA
22 BULETIN SHAH ALAM
SEGMENINISIATIF HIJAU
INSIDE.indd 22 28/07/2017 11:11 AM
Sikap acuh tak acuh terhadap penjagaan kebersihan di rumah merupakan tabiat yang harus dikikis. Sikap yang tidak bertanggungjawab ini juga boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti pembiakan nyamuk Aedes sehingga mengakibatkan penularan wabak denggi. Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4. Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih daripada sekali seumur hidup.
TIDAK PEDULI, MAUT MENANTI
Teknik Pengawalan Jentik-Jentik
1. Penggunaan Abate (racun pembunuh jentik-jentik) – Letakkan serbuk ‘Abate’ di dalam takungan air seperti kolah mandi, pam tandas, tangki air, kolam landskap, alas pasu bunga serta bekas takungan air. Abate boleh dibeli di pasaraya di bahagian menjual racun serangga.
2. Mencuci kolah mandi dan bekas takungan air seminggu sekali – Tempat takungan air mestilah diberus supaya tiada telur nyamuk yang melekat pada dinding takungan air.
3. Menelangkup semua bekas yang boleh menakung air – Jentik-jentik memerlukan takungan air untuk hidup. Ia mampu membiak dalam takungan air yang sedikit, walau hanya sesudu kecil.
TAHUKAH ANDA?Telur nyamuk Aedes boleh bertahan sehingga 9 bulan dalam keadaan tanpa air dan sebaik sahaja terdapat sedikit air, telurnya akan menetas dalam 2-4 jam.
Nyamuk Aedes mampu terbang setinggi 7 tingkat atau lebih lagi jika mengekori tubuh manusia, contohnya apabila menaiki tangga atau lif.
Tabiat Nyamuk Aedes
•Menggigitpadawaktu awal pagi dan senja.
•Membiakdalamair jernih yang bertakung di dalam dan luar rumah.
•Mempunyaibelanghitam putih pada kaki dan badannya.
•Mempunyaikitaranhidup yang pendek (7 hari).
23BULETIN SHAH ALAM
SEGMENKESIHATAN
INSIDE.indd 23 28/07/2017 11:11 AM
KAUNTER-KAUNTERPERKHIDMATAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
NAMA PERKHIDMATAN TALIAN TERUSTALIAN SAMB.
ALAMAT PERKHIDMATAN WAKTU OPERASI
KAUNTER UTAMA MBSA 03-5510 51331410 / 1414
/ 1418
TINGKAT G, WISMA MBSA,
PERSIARAN PERBANDARAN, 40000
SHAH ALAM
ISNIN – KHAMIS 7.30 PAGI – 5.30 PETANG
JUMAAT7.30 PAGI – 12.15
TENGAHARI
2.45 PETANG – 5.30 PETANG
KAUNTER PANDU LALU 03-5511 4246 1288
LALUAN PANDU LALU,
WISMA MBSA, PERSIARAN
PERBANDARAN, 40000 SHAH ALAM
ISNIN – KHAMIS 7.30 PAGI – 5.30 PETANG
JUMAAT7.30 PAGI – 12.15
TENGAHARI
2.45 PETANG – 5.30 PETANG
PENYEWAAN DEWAN
BANKUET / AUDITORIUM /
DEWAN-DEWAN KERAIAN DAN
TEMPAHAN GELANGGANG
–
1363 / 1367
/ 1528 /
1689
JABATAN PENILAIAN &
PENGURUSAN HARTA, TINGKAT
2, WISMA MBSA, PERSIARAN
PERBANDARAN, 40000 SHAH ALAM
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
KAUNTER BAHAGIAN PUSAT
SETEMPAT (OSC)03-5522 2890 1412 / 1450
TINGKAT LG, WISMA MBSA, PERSI-
ARAN PERBANDARAN, 40000 SHAH
ALAM
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
PENYEWAAN GELANGGANG
FUTSAL03 – 5522 2742 1302
JABATAN PEMBANGUNAN
KOMUNITI, TINGKAT G,
WISMA MBSA, PERSIARAN
PERBANDARAN, 40000 SHAH ALAM
8.30 PAGI – 5.00 PETANG
RAYUAN PENGURANGAN /
PEMBATALAN KOMPAUN03-5522 2783 1294
KAUNTER BAHAGIAN
PERUNDANGAN, TINGKAT 2,
WISMA MBSA, PERSIARAN
PERBANDARAN, 40000 SHAH ALAM
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
PUSAT ADUAN MBSA (MBSA
CALL CENTRE)1800-88-4477
1600 / 1601
/ 1602 /
1603 / 1606
BAHAGIAN KORPORAT &
PERHUBUNGAN AWAM, TINGKAT
1, WISMA MBSA, PERSIARAN
PERBANDARAN, 40000 SHAH ALAM
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
KAUNTER BAYARAN (PEJABAT
CAWANGAN SUNGAI BULOH)03-6157 0970 –
PEJABAT CAWANGAN SUNGAI
BULOH, NO.6 JALAN BRP 1/2,
BUKIT RAHMAN PUTRA, 47000
SUNGAI BULOH
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
KAUNTER BAYARAN (PEJABAT
CAWANGAN KOTA KEMUNING)03-5121 7166 –
PEJABAT CAWANGAN KOTA
KEMUNING, NO.2A, PERSIARAN
ANGGERIK VANILLA, SEKSYEN 31,
40460 KOTA KEMUNING
8.00 PAGI – 5.30 PETANG
KAUNTER BAYARAN (PEJABAT
CAWANGAN SETIA ALAM)03-3341 4382 –
PEJABAT CAWANGAN SETIA
ALAM, LOT 8104 PERSIARAN SETIA
IMPIAN, SETIA ALAM, SEKSYEN
U13, 40170 SHAH ALAM
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
INSIDE.indd 24 28/07/2017 11:11 AM
Recommended