View
267
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Makmal Bergerak - Inovasi Dalam Perkhidmatan
Suara Kimia 2012
2
Y.B Perdana Menteri telah memperkenalkan enam prinsip yang
perlu diamalkan oleh penjawat awam iaitu Cepat, Tepat,
Integriti (CPI) dan disokong dengan Produktiviti,
Kreativiti dan Inovasi (PCI). Ianya begitu sinonim dengan
tugas kita yang sentiasa perlu menyelesaikan tugas dengan
cepat bagi memenuhi permintaan pelanggan. Prestasi kerja
tentunya akan dapat dipertingkatkan melalui pengamalan
PCI. Dengan ini, warga kerja Kimia Malaysia sentiasa
berfikiran kreatif lagi berinovasi, menganjak keluar dari
amalan biasa. Sebagai kelompok sains, kita mempunyai
kelebihan dalam menjana pengurusan dan pembangunan masa
kini yang berorientasikan sains dan teknologi. Ini penting
bagi memastikan Jabatan Kimia Malaysia terus kekal relevan
dalam memberi perkhidmatan bermutu kepada rakyat Malaysia.
Akhir kata, amatlah diharapkan agar kita dapat terus
menjadi warga kerja yang berorientasikan produktiviti dan
inovasi.Sehingga bertemu lagi di keluaran Suara Kimia akan
datang.
CORETAN KETUA EDITOR:
Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin-Nya, Suara Kimia 2012
dapat diterbitkan dengan jayanya.
Pelbagai peristiwa yang dirakamkan
di dalam Suara Kimia adalah
bermatlamat untuk menghargai warga
kimia yang terlibat dan sentiasa
memberi sokongan bagi menaikkan
imej dan prestasi jabatan. Setiap
warga kerja Kimia adalah amat
bernilai, tanpa mengira pangkat dan
jawatan, bersama-sama kita memberi
sumbangan memperkasakan Kimia
Malaysia.
Sidang Redaksi
PENAUNG - En Ahmad Ridzuan Ibrahim
PENASIHAT - Tn Hj Ismail Talib KETUA EDITOR - En Mohd Izuan Othman
EDITOR - En Asrul Hafez Zulkifli En Sopian Ashafi Mohamed Pn Rozana Ayub
FOTOGRAFI - En Karthigesu Anamalai dan mereka yang menjayakan Suara Kimia 2012
Kandungan
4
4
Makmal Bergerak
5 Naik Pangkat
6
7
Minggu OSH
Sambutan Hari Raya
9
8 Sains & Inovasi
1 Warga 1 Pokok
Personaliti
Hari keluarga
3 Amanat Ketua Pengarah
KetPengrahPengarah
10
11
Suara Kimia 2012
3
Pertama sekali,
ingatlah akan matlamat serta misi kita dan budayakan lah nilai-nilai murni dan etika kerja dalam diri seperti sikap berbudi bahasa, profesional dan kerja berpasukan atau
teamwork; kerana 'no man is an island'. Kita juga mesti berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik supaya dapat melakukan perubahan dalam gaya hidup; berkomunikasi bukan sahaja pandai bercakap tetapi juga mesti menjadi pendengar yang baik!
Oleh itu, kita perlu menghisab diri dan bertanya pada diri sendiri, “Mengapakah saya bekerja dalam profesion ini dan mengapa saya memilih Jabatan Kimia?”. Mungkin ada yang menjawab “Aku bekerja hanya untuk mendapat gaji” tetapi pernah kah kita ikhlas dalam melaksanakan kerja. Bagi saya, ia sepatutnya menjadi pegangan hidup.
- Encik Ahmad Ridzuan bin Ibrahim, Ketua Pengarah Kimia
Petikan teks ucapan Ketua Pengarah, Jabatan Kimia Malaysia di Majlis Perhimpunan Bulanan Januari 2012
Amanat Ketua Pengarah
Suara Kimia 2012
4
"MAKMAL BERGERAK" merupakan satu inisiatif terbaharu Jabatan
Kimia Malaysia dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
Ketua Pengarah Kimia, Encik Ahmad Ridzuan Ibrahim di dalam
ucapannya ketika majlis pelancaran pada 12 Januari 2012 yang lalu
mengatakan dengan adanya Makmal Bergerak ini adalah untuk
membolehkan Jabatan Kimia Malaysia memberi perkhidmatan analisis
Kimia walau di mana sahaja. Dengan kecanggihan teknologi ini,
jabatan akan dapat meningkatkan keupayaan teknikal dan bidang
kerja baharu, mempercepatkan pengeluaran laporan Kimia dan
seterusnya meningkatkan kepuasan pelanggan. Dengan kos
keseluruhan hampir mencecah RM 1.5 juta, ia dilengkapi kemudahan
peralatan makmal mudah alih yang canggih dan ruang kerja bagi
menjalankan analisis di tempat kejadian dengan serta-merta. Makmal
Bergerak ini telah digunakan secara meluas terutama di dalam
mengendalikan penyiasatan makmal dadah haram.
Pelancaran Makmal Bergerak Kimia
Malaysia
Suara Kimia 2012
5
Ucapan tahniah diucapkan kepada Tuan Ketua Pengarah Kimia Malaysia, En. Ahmad Ridzuan bin Ibrahim di
atas pengesahan beliau sebagai Ketua Pengarah Kimia Malaysia, Gred JUSA Utama B (VU6) pada 9 Februari
2011. Semoga Jabatan Kimia akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan Ketua Pengarah. Ucapan tahniah
juga kepada semua pegawai-pegawai yang telah disahkan kenaikkan pangkat. Semoga kenaikan pangkat tuan
/ puan menjadi dorongan untuk terus memberi sumbangan bakti yang signifikan lagi bermakna serta
cemerlang, bukan sahaja Jabatan, malahan juga kepada Negara.
BIL NAMA PEGAWAI GRED
TARIKH MEMANGKU
BAHAGIAN/CAWANGAN
1. Mazlan bin Yusof C52 15.6.2012 PMT
2. Siti Hajar binti Hussin C44 31.12.2011 JKM Pahang
3. Halifah binti Mat Yasin C44 31.12.2011 JKM Kuching
4. Nurul Aini binti Mohd. Noor
C44 31.12.2011 Forensik
5. Sharmilah a/p Kuppusamy
C44 31.12.2011 Forensik
6. Masida binti Rasyed @ Rangap
C44 31.12.2011 JKM Sabah
7. Nadia binti Tarmizi C44 31.12.2011 KAS
8. Wan Ahmad Ashadi bin Wan Mohd.Kamil
C44 31.12.2011 JKM Terengganu
9. Hasrul Zamir bin Hashim C44 31.12.2011 JKM Bintulu
10. Uma Priya a/p Kupusamy C44 31.12.2011 Forensik
11. Maryani binti Balemin C44 31.12.2011 JKM Johor
12. Abdul Razak bin Mohd. Iman
C44 31.12.2011 JKM Tawau
13. Ahmad Dahlan bin Ubaidah
C44 31.12.2011 Forensik
14. Mohammed Zairil bin Ahmad Noordin
C44 31.12.2011 JKM Melaka
15. Siti Aishah binti Che Ani C44 31.12.2011 JKM Penang
16. Sarminah binti Saon C44 31.12.2011 KAS
17. Khairul Annwar bin Norhan
C44 31.12.2011 Forensik
18. Afida binti Tasirin C44 31.12.2011 KAS
19. Aziati binti Mokhtar C44 16.04.2012 Jab. Pertanian
20. Radziah binti Ibrahim C26 26.03.2012 JKM Pulau Pinang
21. Nur Shaheeda binti Mohd. Noor
C22 26.03.2012 JKM Perak
22. Siti Maizun binti Hamat C22 26.03.2012 KAS
Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat
Suara Kimia 2012
6
Suara Kimia 2012
7
Suara Kimia 2012
8
Suara Kimia 2012
9
Pada bulan April yang lalu,
Jabatan Kimia Malaysia,
Cawangan Terengganu telah
berjaya menganjurkan satu
program yang dinamakan “1
Pokok 1 Pekerja”.
Ini bagi menyahut KEMPEN
MENANAM 26 JUTA POKOK
yang bertemakan HIJAUKAN
BUMI: SATU WARGA SATU
POKOK. Setiap pekerja
diwajibkan membawa 1 pokok
untuk ditanam dan dijaga di
jabatan.
Program ini juga telah
mendapat kerja sama Majlis
Bandaraya Kuala Terengganu
bagi membantu membersihkan
kawasan jabatan seperti
memotong pokok besar di
kawasan belakang jabatan
yang boleh membahayakan
kakitangan.
Program ini telah berjaya
memupuk semangat kerjasama
dan cintakan alam sekitar di
kalangan kakitangan.
Suara Kimia 2012
10
Nama Pegawai : Lee Yoo Hin
Mula Berkhidmat: 14/10/76
Tarikh Bersara : 27/1/13
Tempoh Berkhidmat : 36 thn
Beliau merupakan salah seorang pengasas makmal DNA forensik yang ditubuhkan pada tahun 1994.
Mula berkhidmat di makmal Cawangan Johor Bahru sehingga akhir tahun 1979. Berpindah ke Ibu Pejabat dan menjalankan analisis DNA forensik sehingga ke akhir perkhidmatan.
Kenangan pahit yang beliau tempuhi adalah ketika terpaksa memakai kot pelindung yang diperbuat daripada logam plumbum yang amat berat ketika mengendalikan bahan radioaktif P32 semasa menjalankan analisis DNA menggunakan kaedah lama. Analisis DNA juga memberikan beliau peluang untuk menjalani latihan di Queensland, Australia iaitu salah satu kenangan manis dalam kerjaya beliau.
Antara pengalaman yang beliau tidak dapat lupakan adalah menjalankan analisis DNA untuk mengesahkan identiti kesemua 13 mangsa rakyat Singapura yang terbakar di dalam nahas jalanraya pada tahun 1996.
Beliau meluahkan perasaan syukur yang tidak terhingga kerana telah dapat berkhidmat di Jabatan Kimia Malaysia dan berjaya melalui pelbagai perubahan era dari zaman 70an ke millenium.
Beliau ingin mengambil kesempatan ini untuk meninggalkan sepatah dua kata kepada
warga Kimia yang baru dan masih lagi berkhidmat "Bekerjalah Dengan Penuh
Tanggungjawab Dan Berpasukan"
PERSONALITI
Suara Kimia 2012
11
Suara Kimia 2012
12
Kerja Sepasukan:
Belajarlah daripada Angsa
Manusia adalah makhluk yang istimewa,
punyai akal dan hati. Namun, banyak yang
boleh diteladani daripada perihal angsa
yang terbang dalam formasi ‘V’.
Angsa yang terbang beramai-ramai, terbang
lebih laju berbanding bersendirian.
Dalam kerja sepasukan, kerja yang
dilakukan bersama-sama akan lebih efisien
dan berjalan lancar.
Apabila angsa di hadapan berasa penat, ia
akan berundur dan tempatnya diisi secara
automatik oleh angsa lain. Begitulah
kerja berpasukan, ahli pasukan perlu
saling membantu.
Angsa di belakang selalunya berbunyi dan
menguak untuk menaikkan semangat dan
mengekalkan kelajuan. Dorongan dan
motivasi ahli pasukan penting untuk
membentuk pasukan yang hebat.
Akhir sekali, andai ada angsa yang sakit
atau jatuh ditembak, dua ekor angsa pasti
akan keluar memberi bantuan sebelum
kembali ke dalam formasi ‘V’. Pasukan
yang mantap juga terhasil apabila ahlinya
sentiasa menolong ketika kesusahan.
Belajarlah daripada angsa………
Segala ulasan, pendapat dan kritikan membina hendaklah dihantar ke:
Ketua Editor Suara Kimia Jabatan Kimia Malaysia Jalan Sultan 46661 Petaling Jaya Selangor editorsk@kimia.gov.my
Recommended