View
255
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
2
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 3
2.0 KAEDAH CAPAIAN KE SISTEM SKPG-TVET 3
3.0 LOG MASUK GRADUAN 3
4.0 STRUKTUR SOAL SELDIK SKPG-TVET 5
5.0 PAPARAN BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN 6
6.0 PAPARAN BAHAGIAN B: STATUS PEKERJAAN TERKINI 8
7.0 PAPARAN BAHAGIAN C: BEKERJA 9
8.0 PAPARAN BAHAGIAN D: BELUM/TIDAK BEKERJA DAN LAIN-LAIN 10
9.0 PAPARAN BAHAGIAN E: MELANJUTKAN PENGAJIAN 11
10.0 PAPARAN BAHAGIAN F: PENGALAMAN SEMASA DI INSTITUSI 12
11.0 PAPARAN BAHAGIAN G: KEBERKESANAN SISTEM PENGAJIAN DAN KESEDIAAN DIRI 15
12.0 PAPARAN BAHAGIAN H: PELUANG PEKERJAAN DAN MENDAFTAR CARIAN PEKERJAAN 16
13.0 PAPARAN PENGESAHAN SOAL SELIDIK LENGKAP DIISI 17
14.0 PAPARAN SLIP KAJI SELIDIK 18
15.0 FAQ (Frequently Ask Question) 19
Lampiran A: Paparan bagi graduan bekerja sendiri/keusahawanan 22
Lampiran B: Paparan bagi graduan yang bekerja dengan keluarga 23
Lampiran C: Paparan bagi graduan bekerja tetap/kontrak/sementara 24
3
SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN SKPG-TVET
1.0 PENGENALAN
Bermula pada tahun 2013, pelaksanaan Kajian Pengesanan Graduan telah diperluaskan
kepada graduan institusi latihan/kemahiran di bawah kementerian/agensi lain yang
dikategorikan sebagai Technical, and Vocational Education and Training (TVET).
Kaji selidik dijalankan secara atas talian dan dikenali sebagai SKPG-TVET.
Objektif umum kajian adalah meninjau tahap kebolehdapatan pekerjaan graduan TVET
bersempena musim konvokesyen IPT masing-masing.
2.0 KAEDAH CAPAIAN KE SISTEM SKPG-TVET
Laman rasmi kajian ialah: graduan.mohe.gov.my/skpgtvet
3.0 LOG MASUK GRADUAN
Rajah 1: Halaman Log Masuk Sistem Bagi Graduan
1
2 3
4 5
4
Penerangan:
1. Sila masukkan nombor kad pengenalan/pasport/nombor tentera atau polis.
2. Sila pilih kategori institusi anda samada:
i) Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (Kementerian Sumber Manusia)
ii) Institut Kemahiran Belia Negara/IKTBN
iii) Institut Kemahiran Mara (IKM)/Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)
iv) Institut Latihan (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani)
3. Senarai institusi akan dipaparkan berdasarkan pilihan kategori institusi. Sila pilih
institusi pengajian anda.
4. Sila klik butang HANTAR untuk teruskan kaji selidik.
5. Sila klik DI SINI untuk melihat tarikh buka dan tutup sistem bagi institusi anda.
5
4.0 STRUKTUR SOAL SELDIK SKPG-TVET
Rajah 2: Halaman Struktur Soal Selidik SKPG-TVET
Penerangan:
1 Paparan berkaitan struktur soal selidik
2 Pilihan ‘Status pekerjaan terkini’ pada Bahagian B akan menentukan bahagian yang
perlu dilengkapkan sama ada Bahagian C ATAU Bahagian D
3 Paparan peratus soal selidik yang telah dilengkapkan
4 Butang untuk kembali ke laman utama
Kaedah Penggunaan:
• Klik butang SETERUSNYA untuk ke Bahagian A
• Klik butang LOG KELUAR untuk menamatkan kajian
• Klik butang UTAMA/MAIN MENU untuk kembali ke laman utama
3
1
2
4
7
Penerangan:
1 Paparan maklumat asas graduan yang telah dibekalkan oleh institusi masing-masing.
Semua maklumat pada paparan tidak boleh diubah kecuali maklumat ‘Alamat Tetap’.
2 Maklumat umur adalah berdasarkan umur pada 01 Januari tahun semasa kajian.
3 Maklumat emel 1 wajib dinyatakan, manakala emel ke-2 adalah pilihan.
4 Bagi ruangan PNGK/CGPA/HPNM/HPNG atau Terampil, maklumat yang dipaparkan
adalah salah satu, iaitu berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh institusi.
Kaedah Penggunaan:
• Semak maklumat asas yang dipaparkan
• Lengkapkan soal selidik dengan maklumat yang berkaitan
• Klik butang SETERUSNYA untuk ke Bahagian B
• Klik butang LOG KELUAR untuk menamatkan kajian dan jawapan pada bahagian ini tidak disimpan.
8
6.0 PAPARAN BAHAGIAN B: STATUS PEKERJAAN TERKINI
Rajah 4: Halaman Soalan Bahagian B
Penerangan:
1. Keterangan bagi setiap senarai pilihan status pekerjaan sekarang
2. Butang radio yang bertindak sebagai ruang pilihan status sekarang
Kaedah Penggunaan:
Fahami definisi setiap status pekerjaan sekarang
Buat pilihan jawapan pada senarai pilihan yang dipaparkan
Klik butang SETERUSNYA untuk ke Bahagian C atau D
Klik butang LOG KELUAR untuk menamatkan kajian dan jawapan pada bahagian ini tidak
disimpan
1
2
9
7.0 PAPARAN BAHAGIAN C: BEKERJA (bagi graduan yang memilih ‘BEKERJA SEPENUH MASA’ atau ‘BEKERJA SEPARA MASA’)
Rajah 5: Halaman Soalan Bahagian C
Penerangan :
1
Pilihan taraf pekerjaan akan menentukan paparan soalan seterusnya pada bahagian
ini.
Sila pilih taraf pekerjaan anda:
i) Tetap
ii) Kontrak
iii) Sementara
iv) Bekerja sendiri/Keusahawanan
v) Bekerja dengan keluarga
2 Pilihan pada soalan ini adalah menggunakan format kalendar dengan tahun minimum
adalah 1980 dan maksimum adalah tahun semasa.
Kaedah Penggunaan:
• Baca soalan dan buat pilihan mengikut skala jawapan
• Bagi graduan yang tidak bekerja dengan majikan boleh memilih taraf pekerjaan „Bekerja
sendiri/Keusahawanan‟ atau „Bekerja dengan keluarga‟
• Klik butang SETERUSNYA untuk ke Bahagian E
1
2
10
• Klik butang LOG KELUAR untuk menamatkan kajian dan jawapan pada bahagian ini tidak disimpan.
8.0 PAPARAN BAHAGIAN D: BELUM/TIDAK BEKERJA DAN LAIN-LAIN (bagi graduan yang memilih ‘TIDAK BEKERJA’ atau ‘LAIN-LAIN’)
Rajah 6: Halaman Soalan Bahagian D
Penerangan:
1
Senarai pilihan Sebab UTAMA belum/tidak bekerja. Set soalan tambahan 2 hingga 8
akan dipaparkan mengikut pilihan sebab UTAMA kecuali:
• ‘Memilih Untuk Tidak Bekerja‟ atau ‘Tidak Berminat Untuk Bekerja’, atau ‘Melanjutkan
Pengajian‟
Kaedah Penggunaan:
• Buat pilihan jawapan pada senarai pilihan yang dipaparkan
• Klik butang LOG KELUAR untuk menamatkan kajian dan jawapan pada bahagian ini tidak disimpan
1
11
9.0 PAPARAN BAHAGIAN E: MELANJUTKAN PENGAJIAN (Jika graduan memilih jawapan ‘YA’ pada soalan 1 bahagian ini)
Rajah 7: Halaman Soalan Bahagian E
Penerangan:
1 Senarai pilihan samada melanjutkan pengajian atau tidak. Set soalan 1a hingga 6 akan
dipaparkan sekiranya pengguna membuat pilihan jawapan ‘YA’ bagi soalan 1.
2 Pilihan peringkat pengajian pada soalan 2a, akan menentukan paparan soalan 2b dan
2c
Kaedah Penggunaan:
• Jika pilihan adalah ‘TIDAK’, klik butang SETERUSNYA untuk ke Bahagian F
• Jika pilihan adalah ‘YA’, isikan ruangan yang berkaitan. Klik butang SETERUSNYA untuk ke Bahagian F
• Klik butang LOG KELUAR untuk menamatkan kajian dan jawapan pada bahagian ini tidak disimpan
1
12
10.0 PAPARAN BAHAGIAN F: PENGALAMAN SEMASA DI INSTITUSI
Rajah 8: Halaman Soalan Bahagian F
2
1
2
1
14
Penerangan:
1
Skala jawapan bagi menilai tahap kepuasan yang terdiri daripada:
i) 1: Amat rendah
ii) 2: Rendah
iii) 3: Sederhana
iv) 4: Tinggi
v) 5: Amat tinggi
vi) 9: Tidak berkenaan
2 Butang radio yang bertindak sebagai pilihan bagi skala jawapan
3 Pilihan pertama WAJIB diisi dan dinilaikan
4 Tidak wajib diisi. Sekiranya pilihan dibuat, sila nilaikan
5
Senarai pilihan (YA/TIDAK) untuk paparan soalan yang berkenaan
Jika memilih ‘YA’, graduan WAJIB membuat pilihan pada salah satu
perkhidmatan yang digunakan beserta lokasi dan penilaian
Jika memilih ‘TIDAK’, soalan 7b akan dipaparkan, iaitu senarai pilihan sebab tidak
menggunakan perkhidmatan
Kaedah Penggunaan:
• Baca dan fahami arahan dan pilihan skala jawapan
• Baca soalan dan buat pilihan mengikut skala jawapan
• Buat pilihan jawapan pada senarai pilihan yang dipaparkan
• Klik butang SETERUSNYA untuk ke Bahagian G
• Klik butang LOG KELUAR untuk menamatkan kajian dan jawapan pada bahagian ini tidak disimpan
15
11.0 PAPARAN BAHAGIAN G: KEBERKESANAN SISTEM PENGAJIAN DAN KESEDIAAN DIRI
Rajah 9: Halaman Soalan Bahagian G
Penerangan:
1 Senarai pilihan jawapan (YA/TIDAK)
2
Jika pilihan jawapan YA, graduan WAJIB memilih sekurang-kurangnya SATU pilihan
jawapan ‘Nama penganjur’ serta melengkapkan tempoh kursus pada salah satu medan
yang sesuai samada ‘Bulan’ atau ‘Hari’
Kaedah Penggunaan:
• Baca soalan dan buat pilihan jawapan yang tepat
• Klik butang SETERUSNYA untuk ke Bahagian H
• Klik butang LOG KELUAR untuk menamatkan kajian dan jawapan pada bahagian ini tidak disimpan
1
2
16
12.0 PAPARAN BAHAGIAN H: PELUANG PEKERJAAN DAN MENDAFTAR CARIAN PEKERJAAN
Rajah 10: Halaman Soalan Bahagian H
Penerangan:
1 Pilihan jawapan adalah BERSETUJU/TIDAK BERSETUJU. Jika memilih BERSETUJU, pengguna
boleh menandakan kedua-dua kotak yang dipersetujui.
Kaedah Penggunaan:
• Baca dan fahami perkhidmatan yang ditawarkan
• Buat pilihan jawapan pada senarai pilihan yang dipaparkan
• Klik butang SETERUSNYA untuk ke laman slip pengesahan pendaftaran
• Klik butang LOG KELUAR untuk menamatkan kajian dan jawapan pada bahagian ini tidak disimpan
17
13.0 PAPARAN PENGESAHAN SOAL SELIDIK LENGKAP DIISI
Rajah 11: Halaman Pengesahan Soal Selidik Lengkap Diisi
Kaedah Penggunaan:
Klik link untuk cetak slip pengesahan pendaftaran
Klik link emel bagi sebarang pertanyaan
Klik butang LOG KELUAR untuk menamatkan kajian dan kembali ke laman utama
Emel untuk dihubungi adalah tracerstudy@mohe.gov.my
18
14.0 PAPARAN SLIP KAJI SELIDIK
Rajah 12: Slip kaji selidik
Kaedah Penggunaan:
• Semak maklumat yang dipaparkan. Pastikan maklumat adalah tepat.
• Klik ikon PRINT untuk mencetak slip
• Klik link JobStreet untuk mendaftar sebagai pencari kerja di agensi tersebut
• Klik butang LOG KELUAR untuk log keluar sistem
19
15.0 FAQ (Frequently Ask Question)
Halaman Log-Masuk
Q1 Apakah yang akan berlaku sekiranya pengguna tidak memasukkan maklumat log-masuk
dengan lengkap?
A1 Semasa proses log-masuk pengguna dikehendaki mengisi maklumat berikut:
1. No. Kad Pengenalan/Pasport/Tentera
2. Memilih Institusi (merujuk kepada jenis institusi)
3. Memilih Nama Institusi
Sekiranya pengguna tidak memasukkan ketiga-tiga maklumat di atas dengan lengkap,
anda tidak dibenarkan mencapai sistem dan mesej ralat seperti di bawah akan dipaparkan:
“HARAP MAAF, MAKLUMAT ANDA TIADA DALAM REKOD KAMI.”
Nota: Format No.KP/Tentera/Polis/Pasport adalah seperti di bawah:
20
Halaman Soalan (Bahagian A – Bahagian G)
Q2 Apakah yang akan berlaku sekiranya pengguna menekan butang SETERUSNYA?
A2 Sistem akan memaparkan salah satu nota seperti di bawah sekiranya sistem mendapati
pengguna belum atau tertinggal menjawab soalan yang perlu dijawab:
ATAU
Q3 Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pengguna membuat pilihan LAIN-LAIN di dalam
ruangan senarai pilihan?
A3 Ruangan Teks seperti gambar di bawah akan dipaparkan bagi membolehkan pengguna
menyatakan keterangan
Q4 Apakah yang perlu dilakukan pada soalan 1 pada bahagian B?
A4 Pada soalan ini, pengguna perlu membuat pilihan status pada ruangan pilihan.
Jika pengguna memilih status BEKERJA SEPENUH MASA atau BEKERJA SEPARA MASA,
pengguna akan dirujuk ke set soalan Bahagian C: BEKERJA.
Jika pengguna memilih status TIDAK BEKERJA atau LAIN-LAIN, pengguna akan dirujuk ke set
soalan pada Bahagian G : BELUM/TIDAK BEKERJA DAN LAIN-LAIN.
Q5 Bagaimanakah sekiranya saya tersalah pilih jawapan ‘status pekerjaan sekarang’? Apakah
yang perlu saya buat?
A5 Sila buat pilihan tepat. Bagi tujuan pembetulan status pekerjaan sekiranya pengesahan telah
dibuat, pengguna boleh menghubungi urusetia kajian menggunakan emel atau hubungi
nombor tertera pada menu ‘Hubungi kami’.
21
Q6 Bagaimana jika saya adalah graduan yang bekerja sendiri/bekerja dengan keluarga?
A6 Paparan salan pada bahagian C: BEKERJA adalah bergantung kepada pilihan taraf
pekerjaan yang dibuat oleh pengguna. Sila rujuk lampiran berikut bagi mendapat
gambaran yang jelas. Sekiranya:
a) Bekerja sendiri – rujuk Lampiran A
b) Bekerja dengan keluarga – rujuk Lampiran B
c) Bekerja tetap, kontrak atau sementara – rujuk Lampiran C
Q7 Bagaimana jika saya merupakan graduan yang telah bekerja sebelum melanjutkan
pengajian?
A7 Sila pilih ‘Memang sudah bekerja sebelum menyambung pengajian’pada soalan 6
Bahagian C. Dengan itu, soalan 8 tidak akan dipaparkan.
Recommended