View
44
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Menelusuri Sejarah Wakaf &
Sumbangan Sultan Muhammad
Tajuddin: Kajian Manuskrip Wakaf
Koleksi Pusat Sejarah
Dr Mohammed Hussain Ahmad
Keterangan Manuskrip Wakaf
Keterangan Fizikal
• Salinan tunggal manuskrip wakaf Sultan
Muhammad Tajuddin | salinan asli?
• Salinan di Mahkamah Syariah di Mekah atau di
Turki, Empayar Turki Uthmaniyah (1803 -
1813)?
• Bahasa Arab - khat Nasakh kecil & rapat.
• 45 baris; basmalah; 6 nama; 20 - 22 perkataan
• Kadi Mekah Abdul Haq; 4 baris terpotong; cap
mohor.
• 4 baris kesan lipatan kertas - 13, 21, 30 dan 38
• Tulisan manuskrip boleh dibaca dengan baik.
Ada perkataan sukar dibaca, tulisan telah
pudar dan tidak jelas.
Kandungan Manuskrip Wakaf
Keterangan Isi Kandungan
• basmalah diikuti hamdalah.
• Janji ganjaran yang besar dan darajat yang tinggi.
• Kelebihan dan balasan bersedekah nas Qur’an & Hadith.
• Maulana Sultan Muhammad Tajuddin ibni Al-Marhum
Maulana Sultan Omar Ali Saifuddin, Sultan memerintah
Negeri Brunei disebutkan Ardh al-Jawa.
• Haji Abdul Latif bin Muhammad Taha al-Jawi al-Baruni
hadir di Majlis Syariah menulis surat kuasa diwakilkan
oleh Sultan di hadapan Hakim Mahkamah Mekah.
• 2 saksi rakyat Brunei, Abdul Malik bin Saidun al-Jawi al-
Baruni & Muhammad Bakir bin Kamaruddin al-Jawi al-
Baruni.
• Wakaf sebuah rumah beserta halaman yang bercantum
dengan rumah dikira sebahagian dari harta wakaf.
Kandungan Manuskrip Wakaf
Keterangan Isi Kandungan
• Terletak di Daerah Perniagaan Shamiah di Mekah.
• Kedudukan tanah dan rumah wakaf secara terperinci
dengan setiap sempadannya di kesemua penjuru di
sebelah timur, barat, utara, di sebelah kanan rumah
wakaf, lorong yang melalui jalan atau laluan yang sempit
(zuqaq) sama ada tembus atau tidak, nama bagi setiap
lorong.
• Tanah dan rumah diperolehi oleh Sultan Muhammad
Tajuddin dengan pembelian sah menurut hukum syarak.
• Tujuan wakaf dikhususkan kepada 4 golongan
disebutkan secara terperinci disusun ikut tertib.
• Haji Abdul Latif menjadi Nazir wakaf.
• Rumah wakaf tidak boleh ditempati sehingga selesai
diperbaiki, walaupun sekiranya ada yang mahu
mendiaminya dengan membayar sewa.
Kandungan Manuskrip Wakaf
Keterangan Isi Kandungan
• Haji Abdul Latif, Nazir wakaf diberikan kuasa penuh oleh
Sultan Muhammad Tajuddin untuk mengurus wakaf dan
berhak untuk menempatkan siapa saja yang layak untuk
tinggal dan mengeluarkan siapa yang dikehendaki
menurut pandangan dan pendapat beliau.
• Kuasa diberikan kepada Nazir ini tidak bersekutu atau
dikongsi oleh orang lain dan tidak boleh dipertikaikan.
• Tercatat tarikh penulisan pada hari Khamis, 15 Jamadilawal 1224H [28
Jun 1809]
• Tepi sebelah kanan, nama 7 orang saksi yang menyaksikan wakaf dan
ditambah dengan 6 lagi nama dicatatkan dibarisan terakhir manuskrip.
• Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1763 - 1846 M), ulama berasal dari
Pattani. Idah al-Bab li Murid al-Nikah bi al-Sawab, Mekkah, Isnin, 9
Rabiulawwal 1224 [24 April 1809]
Tradisi Wakaf Di Mekah
• Syeikh Muhammad Arshad bin Abdullah al-Banjari (1710 - 1812) dihantar Sultan
Tahmidullah al-Thani b. Sultan Tamjidullah al-Awwal (m. 1778-1808), untuk
belajar ke Mekah. Sultan Banjar membeli sebuah rumah wakaf dan dikenali
sebagai ‘Burhat Banjar’ bagi kegunaan penduduk Banjar di Mekah.
• Burhat Banjar ada disebutkan oleh Syeikh Yasin al-Fadani (1916 - 1990) di
antara guru beliau Syeikh Ali bin Abdullah bin Mahmud bin Arshad bin Abdullah
al-Banjari al-Makki (w. 1951 M), cucu cicit keturunan Syeikh Arshad al-Banjari.
Syeikh Yasin menghadiri kuliah Syeikh Ali di Masjidil Haram dan di rumah
kediaman gurunya, Burhat Banjar di Daerah Shamiah di Mekah.
• Habib Abdul Rahman al-Habsyi dikenali ‘Habib Bugak Asyi’ bermaksud seorang
Habib berasal dari Kampong Bugak di negeri Aceh. Habib Bugak Asyi seorang
kaya telah mewakafkan sebidang tanah dan rumah miliknya di Daerah
Qusyasyiah di Mekah bersebelahan dengan Masjidil Haram dikenali dengan
nama ‘Baitul Asyi’ (Rumah Aceh) pada bulan Rabiulakhir 1224 H [sekitar Mei
1809 M]. Wakaf Brunei 15 Jamadilawal 1224H [28 Jun 1809].
Tradisi Wakaf Di Mekah
Hotel Ramada, 5 stars 1,800
bilik, di wilayah Ajiyad Mushafi,
300 m dari Masjidil Haram
Hotel Elaf Masyair, wakaf Habib
Bugak Asyi di Ajiyad Mushafi. 5
stars, 650 rooms 250 m dari
Masjidil Haram
Syeikh Dr Abdul Latif Baltou, Nazir Wakaf Baitul Asyi di Makkah
Tradisi Wakaf Di Mekah
Hotel Wakaf Habib Bugak Asyi
di Aziziah. 750 jamaah haji,
tanah seluas 800 m2
Tanah dan bangunan
seluas 900 m2 di
Aziziah. Pejabat
Wakaf Habib Bugak
Asyi di Makkah
Bangunan di Syaikiyah dibeli 2017 oleh Naazir Wakaf
Baitul Asyi nilai 6 juta Riyal. tempat tinggal warga
Saudi keturunan Aceh dan orang Aceh bermukim di
Saudi secara percuma, tanpa batas waktu tinggal
Tradisi Wakaf Di Mekah
Daerah Shamiah, Mekah
80an – 90an hingga awal
2000
Sejarah Ringkas Sultan Muhammad
Tajuddin (1795-1804) (1804-1807)
18) Sultan Omar Ali Saifuddin I (1740 – 1795)
19) Sultan Muhammad Tajuddin (1778 - 1804 | 1804 – 1807)
20) Sultan Muhammad Jamalul Alam I (26 April 1804 - 10 November 1804)
23) Sultan Omar Ali Saifuddin II (1828 – 1852)
21) Sultan Muhammad Kanzul Alam (1807 – 1826)
22) Sultan Muhammad Kanzul Alam (1826 – 1828)
Sejarah Ringkas Haji Abdul
Latif bin Muhammad Taha
• Pehin Khatib Haji Awang Abdul Latif
• Haji Awang Muhammad Taha? Dayang Siti Aishah binti PJD Ahad bin POK
Digadong Aliwaddin | Pengiran Salamah binti Pengiran Bendahara Pengiran
Badaruddin bin Pengiran Bendahara Pengiran Aliuddin bin Pengiran
Temenggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza bin Pengiran Bendahara
Pengiran Anak Untong bin Sultan Abdul Jalilul Jabbar ibni Sultan Abdul Jalilul
Akbar, Sultan Brunei kesebelas (1659 - 1660).
• Pehin Khatib ‘Kudrat’, seorang yang sangat warak dan mempunyai keramat.
• Pehin Khatib Haji Awang Abdul Latif selesai menulis salasilah 2 Zulhijjah 1221 H
[10 Februari 1807 M].
• Pehin Khatib Haji Abdul Latif kahwin di Mekah dengan Sharifah Azizah
dikurniakan anak perempuan Tuan Aishah + Radin Haji Othman bin Radin Haji
Abdul Momin Betawi.
Sejarah Ringkas Haji Abdul
Latif bin Muhammad Taha
• Cucu Pehin Khatib Haji Abdul Latif termasuklah Pehin Datu Perdana Manteri
Radin Haji Abdul Rahman, Pehin Siraja Khatib Radin Haji Muhammad Daud,
Dayang Azizah, Radin Haji Ali, Radin Haji Taha, dan Radin Haji Ahmad.
• Pehin Datu Perdana Manteri Radin Haji Abdul Rahman lahir di Mekah - Nazir
wakaf.
• Pehin Datu Perdana Manteri Radin Haji Abdul Rahman kahwin dengan Dayang
Jijah mendapat seorang anak Pehin Datu Perdana Manteri Haji Abdul Halim,
yang juga menjadi Nazir wakaf. ‘Kepala Manteri’.
• Pehin Datu Perdana Manteri Radin Haji Abdul Rahman kawin Dayang Hajah
Nafsiah - beberapa orang anak Haji Awang Abdul Hamid, Haji Awang Abdul
Momin, Haji Awang Omar dan Sheikh Haji Ibrahim dikenali sebagai ‘Syeikh Haji’
Jemaah Haji Brunei di Mekah.
• Wakaf diwakilkan kepada Sheikh Haji Ibrahim - rumah dikenali ‘rumah Brunei’
atau ‘rumah’ Sheikh Haji Ibrahim.
Sejarah Ringkas Haji Abdul
Latif bin Muhammad Taha
• Pehin Khatib Haji Abdul Latif kahwin di Brunei dengan sepupu sebelah ibunya,
Dayang Buntar binti Abdul Ghafur bin PJD Ahad bin POK Digadong Aliwaddin.
• Anak isteri Brunei - Haji Shahbuddin, Awang Abdullah, Dayang Jijah, Haji Abdul
Rahman, Hashim dan Pehin Khatib Awang Husain.
• Pehin Orang Kaya Laila Raja Dato Seri Laila Jasa Haji Awang Abdul Rahman
bin Hajah Dayang Siti Aishah binti POK Laksamana Haji Abdul Razak bin POK
Laksamana Othman bin Haji Noruddin bin Pehin Khatib Husain bin Pehin Khatib
Haji Abdul Latif.
• Pehin Khatib Haji Abdul Latif meninggal di Brunei dan dimakamkan di Bukit
Panggal. Bukit Panggal / Kampong Bukit Panggal di Daerah Tutong?
• The “Historic Tablet” (Batu Tarsilah) is identified precisely as a stone inscription
standing on the tomb of Sultan Jamalul Alam in the Makam damit, “Small
graveyard,” located at the foot of Bukit Panggal, and Low’s copy of the text was
made on 1 June 1873 - Dr Annabel Teh Gallop.
Tujuan & Kegunaan Wakaf
Pertama, wakaf ini dikhususkan kepada masyarakat (Jawi) Melayu
penduduk Brunei yang menunaikan fardu haji atau yang tinggal di Mekah.
Kedua, jika sekiranya tidak terdapat seorang pun dari penduduk Brunei di
Mekah, maka bagi masyarakat Jawi (Melayu) dari golongan pengikut
Tarekat Qutub pada zaman itu, Sidi Syeikh Muhammad bin Abdul Karim
al-Samman.
Ketiga, jika sekiranya tidak terdapat seorang pun dari pengikut Tarekat al-
Sammaniyyah tersebut, maka bagi orang Jawi (Melayu) yang dipilih oleh
Nazir yang akan disebutkan kemudian.
Keempat, jika sekiranya tidak ada seorang pun orang (Jawi) Melayu di Mekah,
maka wakaf itu boleh digunakan oleh ulama yang bermazhab Shafi‘i.
Tujuan & Kegunaan Wakaf
Dalam ikrar wakaf Habib Bugak Aceh, Baitul Aysi disebutkan:
“Rumah tersebut (Baitul Aysi) dijadikan tempat tinggal jamaah haji asal Aceh
yang datang ke Mekkah untuk menunaikan ibadah haji dan juga tempat tinggal
orang asal Aceh yang menetap di Mekkah;
Sekiranya kerana sesuatu sebab, tidak ada lagi orang Aceh yang datang ke
Mekkah untuk haji, maka rumah wakaf ini digunakan untuk tempat tinggal para
pelajar Jawi (Melayu), yang belajar di Mekkah;
Sekiranya kerana sesuatu sebab pelajar Melayu pun tidak ada lagi yang
belajar di Mekkah, maka rumah wakaf ini digunakan untuk tempat tinggal
pelajar Mekah yang belajar di Masjidil Haram, dan
Sekiranya mereka ini pun tidak ada, maka wakaf ini diserahkan kepada Imam
Masjidil Haram untuk membiayai keperluan Masjidil Haram.”
Kesimpulan
• Teks manuskrip wakaf Sultan Muhammad Tajuddin, memberikan maklumat
terperinci dan baru yang belum pernah disebutkan atau tidak pernah diperolehi
dari mana-mana sumber yang lain.
• Wakaf Sultan Muhammad Tajuddin di Shamiah, Mekah memberikan sumbangan
signifikan dan besar kepada penduduk Brunei yang menunaikan manasik haji
rukun Islam yang kelima, malahan bagi mana-mana penduduk Brunei yang
datang ziarah menunaikan ibadah umrah atau yang belajar dan menuntut di
Mekah atau yang tinggal di Mekah.
• Memberikan sumbangan dan kemudahan kepada pengikut Tarekat al-
Sammaniyyah.
• Kemudahan bagi orang Melayu di Mekah yang memerlukan tempat tinggal tanpa
mengira asal warganegara mereka.
• Sumbangan lebih besar menyediakan kemudahan tempat tinggal bagi para
ulama Mazhab Shafi‘i dari pelbagai pelusuk dunia tanpa mengira bangsa dan
kerakyatan, asalkan bermazhab Shafi‘i.
Kesimpulan
• Manifestasi pemedulian dan keprihatinan Sultan Muhammad Tajuddin kepada
maslahat dan kebajikan rakyat Brunei dengan memberikan keselesaan kepada
Jemaah Haji Brunei dan mempermudahkan untuk mendapatkan tempat
penginapan khususnya sewaktu musim haji yang mana Kota Suci Mekah padat
dengan manusia sehingga penginapan di Mekah menjadi terhad & sewa naik
melambung tinggi.
• Rumah wakaf Sultan Muhammad Tajuddin di Shamiah, Mekah telah diroboh sebab
terkandung di dalam projek pembesaran Masjidil Haram di sebelah utara yang
dikenali dengan Taus‘iah Malik Abdullah.
• Sehingga kini legasi tanah dan rumah wakaf Sultan Muhammad Tajuddin hanya
tinggal nama dalam lipatan sejarah Brunei.
• Kajian terbaru berjaya memperolehi bukti-bukti yang kukuh menerusi penemuan
dokumen-dokumen asli mengesahkan hak milik tanah wakaf Sultan Muhammad
Tajuddin dan membukakan harapan wakaf ini insha Allah boleh dituntut dari
Kerajaan Arab Saudi melalui gantian seimbal agar legasi wakaf Sultan Muhammad
Tajuddin dapat diteruskan sepertimana baginda niatkan dan hasratkan.
Shamiah, Mekah (dulu)
Shamiah, Mekah (sekarang)
Terima Kasih
Recommended