View
225
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
GGGC 6033 : ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA
MENTRANSFORMASI
KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN
OLEH : SHUMAISHAH BINTI ISMAIL (P 61724)
PENSYARAH :
EN. MOHD. YUSOF B. DAUD
TRANSFORMASI KEMENTERIAN
• Kementerian berperanan menyediakan kepimpinan & hala tuju dasar. Namun memerlukan sokongan dalam usaha tingkatkan sistem pendidikan serta mendukung harapan & aspirasi rakyat.
• Maka Kementerian perlu mentransformasikan : a) susunan bahagian-bahagiannya spt JPN & PPD b) keupayaan perlaksanaan spt sumber, pantau projek dan perkhidmatan yang diberikan. * Perkara utama ialah pulangan atas pelaburan (ROI) dapat dioptimumkan spt infrastriktur sekolah & ICT
11/19/2012 2 Shumaishah Bt Ismail GC6033
ISU 1 : JURANG ANTARA PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN
• Proses perancangan yang dibuat kurang berkesan dari segi a) menentukan tindakan yang perlu diambil dan b) kurang jelas dalam menentukan pihak sepatutnya bertanggungjawab dalam melaksanakannya.
• Kajian semula UNESCO mengenal pasti kelemahan dalam proses penggubalan dasar dan perlaksanaan adalah seperti :
a) Terlalu banyak program menyebabkan pihak sekolah kurang tumpuan
- pihak sekolah melaporkan diarahkan melaksanakan banyak program
hingga mencecah 100 (akademik & bukan akademik)
- sebahagian program ialah program “warisan” dan “baharu”
- Pada tahun 2011 sahaja, kementerian mengedarkan 30 surat siaran
tentang program. 11/19/2012 3 Shumaishah Bt Ismail GC6033
sambungan
b) Penggunaan data yang terhad untuk membuat keputusan
- satu tinjauan yang dijalankan oleh UPM (2011), melibatkan lebih 800
pegawai/ guru besar & guru, membangkitkan beberapa cadangan
merangkumi pengkalan data yang kurang mesra pengguna, menyebabkan
kepada pertindihan permintaan data antara kementerian, negeri & daerah.
c) Kurang penyelarasan antara bahagian utama di kementerian mengakibatkan pertindihan & kekeliruan dalam kalangan pelaksanaan
- pelaksanaan dan perancangan terganggu kerana amalan silo (bekerja secara
berasingan).
- Pada tahun 2011 umpamanya, pihak BPK lancar KSSR manakala LP lancar
sistem pentaksiran berasaskan sekolah yang mempunyai standard prestasi
sendiri berdasarkan KSSR, menyebabkan timbul kekeliruan.
11/19/2012 4 Shumaishah Bt Ismail GC6033
sambungan
d) Pemantauan berhasilan lebih bertumpukan proses dan bukannya hasil, mengakibatkan kelemahan dalam pengurusan & tindakan susulan
- kebanyakan alat pengesanan yang digunakan dalam pemantauan
MENGUKUR PROSES dan bukan KEBERHASILAN.
- keberhasilan pula tidak dikaitkan dengan peningkatan prestasi pelajar,
menyebabkan sesetengah program tidak memberi impak seperti yang
diharapkan.
(PPPM 2013-2025)
11/19/2012 5 Shumaishah Bt Ismail GC6033
ISU 2 : STRUKTUR ORGANISASI AMAT TERPUSAT
• Kategori kakitangan hampir sama di peringkat kementerian, negeri dan daerah. Struktur organisasi ini menggambarkan sekumpulan besar warga kerja terdiri staf kumpulan sokongan.
• Kajian semula UNESCO 2012, melaporkan bahawa “Malaysia
mempunyai salah satu pentadbiran pendidikan di peringkat pusat yang terbesar di dunia, berbanding dengan bilangan sekolah.
(PPPM 2013-2025)
11/19/2012 6 Shumaishah Bt Ismail GC6033
PELAN TINDAKAN : MERAPATKAN JURANG PELAKSANAAN
• Menjelaskan keutamaan.
- kementerian akan menyatakan hala tuju keseluruhan sistem dengan jelas.
- Ia membolehkan inisiatif jangka panjang kementerian dirancang rapi &
memberi keyakinan terhadap sistem pendidikan.
• Membentuk organisasi yang luwes dan responsif
• Ia memerlukan pembentukan, penyelarasan struktur organisasi
kementerian & proses pengurusan yang lebih mantap.
• Kemampuan pegawai perlu ditingkatkan bagi menjadikan kementerian
sebuah organisasi pembelajaran yang berupaya meneruskan
penambahbaikan.
11/19/2012 7 Shumaishah Bt Ismail GC6033
sambungan
• Meningkatkan kebertanggungjawaban bagi peningkatkan prestasi
sistem
• Kementerian akan meluaskan peranan dari fokus pentadbiran semata-mata
memfokuskan peningkatan prestasi sistem .
• Kementerian akan memastikan setiap program yang dijalankan disasarkan
kepada keberhasilan murid yang jelas.
11/19/2012 8 Shumaishah Bt Ismail GC6033
GELOMBANG 1 (2013-2015) : Menetapkan semula peranan dan mengukuhkan JPN & PPD
• KPM akan menyediakan cadangan dan mendapatkan kelulusan JPA
tentang cara menjajarkan semula fungsi & struktur kementerian, JPN dan
PPD.
• Peranan - kementerian : kekalkan fungsi dalam perancangan makro &
penggubalan dasar.
- JPN : tumpuan kepada penyelarasan & penyampaian segala
perancangan, menjadi penghubung yang penting antara
kementerian dan pelaksana di peringkat bawah.
- PPD : bertindak sebagai rakan pembantu & pemantau sekolah
selari dengan Prog. Tranformasi Daerah.
• Kementerian akan menggunakan 1BestariNet sebagai platform menjalin
semua data.
11/19/2012 9 Shumaishah Bt Ismail GC6033
GELOMBANG 2 (2016 -2020) : Melaksanakan penstrukturan
semula kementerian secara meluas
• JPN dan PPD diberi kuasa menjadi organisasi yang lebih diperkemas selari
dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.
• Susunan kementerian diperkemaskan di samping terus memberikan lebih
kuasa untuk membuat keputusan dan tanggungjawab kepada JPN dan
PPD.
• Tujuan : untuk menghasilkan suatu model yang menggambarkan fungsi
dan hala tuju yang sama tetapi dengan peranan yang berbeza di pelbagai
peringkat.
11/19/2012 10 Shumaishah Bt Ismail GC6033
GELOMBANG 3 (2021 – 2025) : Memperkukuhkan kekuatan
organisasi
• Saluran penyampaian bagi memenuhi kehendak dan jangkaan rakyat
akan dapat diperkukuh.
• Untuk terus mara, kementerian akan memperkukuhkan kemajuan
yang dicapai.
• Kementerian akan mengiktiraf sekolah yang terus meningkatkan
prestasinya dengan memberi lebih peluang untuk melaksanakan
pengurusan berasaskan sekolah.
11/19/2012 11 Shumaishah Bt Ismail GC6033
• “Tranformasi memerlukan masa, strategi dan hala tuju jelas. Justeru, tempoh sedekad akan datang ini sangat mencabar kerana kita perlu meletakkan Malaysia sebagai negara maju dan sekali gus juga menukar status sebagai negara pemimpin, bukan lagi negara pengikut, termasuklah dalam soal pendidikan”.
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin Putrajaya, 1 November 2011
11/19/2012 12 Shumaishah Bt Ismail GC6033
Recommended