View
548
Download
66
Category
Preview:
DESCRIPTION
Mengenali Ilmu Tajwid Al-Quran
Citation preview
11
Di akhir topik ini, pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan definisi ilmu Tajwid, sejarahnya, bahagian-bahagiannya serta hukum
mempelajarinya;
2. Mengenali kesalahan dalam membaca al-Quran ;
3. Mengenali dan menghuraikan dalil-dalil membaca al-Quran;
4. Mengetahui tingkatan-tingkatan bacaan al-Quran.
5. Mengenali dan memahami latar belakang riwayat Hafs daripada 'Asim menurut
Toriq al-Syatibiyyah
Hasil Pembelajaran
UUnniitt 11
Pengenalan Ilmu Tajwid
12
1.1 DEFINISI ILMU TAJWID
Definisi Bahasa
Dari segi bahasa, kalimah al-tajwid ( ) merupakan merupakan masdar atau kata
terbitan bagi kalimah jawwada yang memberi makna mencantikkan dan
mengelokkan. Asal bagi kalimah ini adalah iaitu lawan kepada hodoh dan buruk (al-
Zabidi, Taj al-'Arus min Jawahir al-Qamus).
Definisi Istilah
Definisi tajwid sepertimana yang difahami daripada al-Muqaddimah al-Jazariah adalah
memberikan huruf haknya daripada sifat-sifatnya yang sedia ada (lazim) dan sifat-
sifatnya yang mendatang, dan huruf-huruf ini dilafazkan secara sempurna tanpa
berlebih-lebihan dan melampau-lampau. (al-Azhari, al-Hawasyi al-Azhariyyah fi Halli
Alfaz al-Muqaddimah al-Jazariyyah)
Al-Marsofi menjelaskan di dalam kitabnya bahawa hak huruf adalah sifat-sifat
yang lazim seperti al-jahr, al-syiddah, al-qalqalah, al-isti‟la' dan Itbaq) dan mustahak huruf
pula adalah sifat-sifat yang mendatang hanya dalam keadaan yang tertentu seperti al-
tarqiq, al-tafhim, al-izhar, al-idgham, al-Iqlab dan sebagainya) (al-Marsofi, Hidayah al-
Qari ila Tajweed Kalam al-Bari).
Dr. Muhammad Khalid Mansur menyimpulkan definisi tajwid dengan mengatakan
bahwa ia merupakan ilmu berkaitan kaedah dan hukum yang menerangkan cara
menyebut kalimah-kalimah Quran menurut cara yang telah diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW. (Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi 'Ilmi al-Tajwid)
13
1.2 SEJARAH PENULISAN ILMU TAJWID
Sebelum pembukuan ilmu ini, Quran Karim telah diturunkan kepada Rasulullah SAW dan
diajar kepada sahabat-sahabat baginda secara bertajwid. Ini dikuatkan dengan hadith
yang diriwayatkan oleh al-Tabrani di dalam al-Mu'jam al-Kabir, di mana diceritakan
bahawa Ibn Mas‟ud RA menegur seorang lelaki yang diajar olehnya membaca Quran.
Lelaki tersebut membaca lafaz ﴾ ﴿ pada ayat 60 Surah al-Taubah tanpa mad,
maka Ibn Mas'ud mengur lelaki tersebut dengan berkata: “Bukan begini Rasulullah SAW
mengajarkannya kepadaku”. Maka lelaki tersebut berkata: "Jika begitu, bagaimanakan
cara bacaannya wahai Abu Abd Al Rahman?" maka Ibn Mas'ud pun membaca ayat tadi
dengan meletakkan mad pada bacaannya.
Hadith ini menunjukkan bahawa ilmu tajwid ini, meskipun tidak ditulis dan
dibukukan semenjak penurunan Quran, namun pengajarannya telah berlaku secara
musyafahah dan juga talaqqi.
Penulisan ilmu tajwid secara khusus bermula pada sekitar kurun keempat hijrah. Ia
dipelopori oleh Musa bin Ubaidillah bin Yahya bin Khaqan al-Khaqani melalui kitab
beliau Qasidah Ra'iyyah (al-Qastantini, Kasyf al-Zunun. Qadduri, al-Dirasat al-Soutiyyah
'inda 'Ulama' al-Tajwid)
Walaubagaimanapun, penulisan mengenainya telah bermula sebelum itu lagi
sekalipun tidak secara khusus. Menurut Dr. Muhammad Khalid Mansur, penulisan ilmu
tajwid di zaman ini terkandung di dalam buku-buku ilmu Qiraat. Penulisannya adalah
secara tidak tersusun, di mana perbahasannya bercampur bersama perbahasan-
perbahasan ilmu Qiraat. (Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi 'Ilmi al-Tajwid)
Di antara penulisan-penulisan tersaebut adalah karangan Abi Umar Bin al-Ala‟
al-Basri (154H) di dalam kitabnya Risalah Fi al-Idgham al-Kabir, Qalun al-Madani
(220H) yang telah menulis kitab Urjuzah Fi Tilawah Al-Quran. (Ahmad Khalid Shukri et.al,
al-Munir fi Ahkam al-Tajwid)
14
Penulisan pada zaman ini juga masih belum menggunakan 'tajwid' sebagai nama
khas bagi disiplin ilmu ini. Walau bagaimanapun, selepas zaman tersebut, sebahagian
ulama' mula menamakannya sebagai ilmu tajwid. Antara ulama' yang menggunakan
nama tajwid di dalam kitab mereka seperti:
1. Makki Bin Abi Talib al-Qaisi (437H) di dalam kitabnya al-Ri`ayah li Tajwid al-
Qira`ah wa Tahqiq Lafz al-Tilawah.
2. al-Dani (444H) yang telah menulis kitab al-Tahdid fi al-Itqan wa al-Tajwid.
3. Abd al-Wahab al-Qurtubi (462H) yang menulis kitab al-Muwaddoh fi al-Tajwid.
4. Abu al-'Ala' al-Hasan bin Ahmad al-Hamzani (569H) yang telah mengarang
kitab al-Tamhid fi Ma'rifah al-Tajwid.
Seterusnya, penulisan ini terus berkembang di setiap zaman dan tempat dan tidak
terkecuali di Malaysia, di mana terdapat beberapa penulisan ilmu tajwid yang banyak
menyumbang kepada perkembangan ilmu tersebut di negara ini dari dahulu sehingga
kini. Di antara buku-buku terkini di dalam bidang ini adalah:
1. Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs An Asim melalui Toriq Asy-Syatibiyyah
karangan Surur Shihabuddin al-Nadawi.
2. Tajwid al-Quran Qiraat 'Aashim – Riwayat Hafsh – Toriq al-Syatibi karangan
Abu Mardhiyah
3. Tajwid al-Huruf dan Mengenal Waqaf karangan Mohd Rahim Jusoh.
1.3 HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID
Di dalam membahaskan hukum mempelajari ilmu tajwid ini, para ulama' mengkategorikan
hukum tersebut kepada 2 bahagian:
i. Mempelajari ilmu tajwid secara teori:
Hukum mempelajari hukum-hakam dan kaedah-kaedah ilmu tajwid secara teori, dan
memahaminya hukum-hakam tersebut adalah fardu kifayah. Apabila ada satu
golongan yang mempelajarinya, maka gugurlah tanggungjawab terhadap orang
15
lain. Ini kerana ilmu ini pasti akan kekal dan dipelihara oleh orang yang
mempelajarinya. (al-Juraisi, Nihayah al-Qaul al-Mufid fi 'Ilmi al-Tajwid. Muhammad
Khalid Mansur, al-Wasit fi 'Ilmi al-Tajwid)
Kefardhuan mempelajari ilmu tajwid di dalam konteks ini adalah seperti
kefardhuan mempelajari ilmu-ilmu lain yang diperlukan oleh orang-orang Islam, dan
dianggap sebagai ilmu alat (Ahmad Khalid Shukri et.al, al-Munir fi Ahkam al-
Tajwid). Dengan mengetahui ilmu ini boleh membantu pembaca Quran membacanya
dengan betul dan tepat.
ii. Hukum mempelajari ilmu tajwid secara amali:
Adapun beramal dengan hukum tajwid di dalam membaca Quran, hukumnya
adalah fardu ain ke atas pembaca Quran samaada lelaki mahupun wanita dengan
kadar kemampuannya, pengetahuan dan keupayaan pembaca.
Al-Marsofi menyatakan bahawa hukum syarak yang terdapat di dalam ilmu
tajwid adalah berkaitan dengan kewajipan secara fardu ain bagi setiap mukallaf
muslimin dan muslimat untuk memelihara hukum tajwid di dalam Quran itu
keseluruhannya. Seandainya yang hanya dipelajari itu satu surah sahaja, tidak
gugur kefarduannya. Perihal ini sabit di dalam Quran dan Sunnah serta Ijmak.
(Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam Al-Bari-2005)
Di antara ulama' yang telah menyatakan mengenai kefarduan beramal
dengan ilmu tajwid ini ialah al-Imam al-Hafiz Ibn al-Jazari, Abu Abdullah Nasr al-
Syirazi, al-Sayuti, al-Qastolani, Makki bin Abi Tolib dan selainnya. (al-Juraisi,
Nihayah al-Qaul al-Mufid fi 'Ilmi al-Tajwid)
1.4 DALIL WAJIB MEMBACA AL-QURAN SECARA BERTAJWID
Telah dinyatakan terdahulu bahawa hukum ilmu tajwid secara amali itu adalah fardu ain
ke atas setiap individu yang membaca Quran. Terdapat banyak dalil daripada Quran
dan Sunnah, serta ijma' ulama' yang menunjukkan kewajipan membaca Quran secara
bertajwid. Di antara dalil penting yang menunjukkan kewajipan ini adalah:
16
i. Dalil daripada Quran :
Di antara ayat Quran yang jelas menunjukkan suruhan membaca Quran secara
bertajwid adalah ayat 4 Surah al-Muzammil:
Bermaksud: Dan bacalah olehmu (wahai Muhammad) Quran itu secara Tartil.
Pendalilan di dalam ayat tersebut merujuk kepada kalimah ورتم yang membawa
makna amar (perintah). Kata kerja suruhan (amar) di dalam ayat ini menunjukkan
makna wajib dan tiada nas yang memalingkan perintah wajib tersebut kepada
hukum sunat. Maka sabitlah membaca Quran dengan tajwid itu hukumnya adalah
wajib.
Imam al-Tobari menjelaskan di dalam tafsirnya berkaitan kalimah ini, dengan
mengatakan bahawa tartil bermaksud menjelaskan bacaan Quran (dalam menyebut
huruf-hurufnya). (al-Tobari, Jami' al-Bayan fi Ta'wil Ayi al-Quran)
Menurut al-Dani, suruhan Allah S.W.T tidak hanya datang secara kata
kerja suruhan (fi'il Amar) bahkan ia dikuatkan dengan kata terbitan (masdar)
sebagai mengagungkan bacaan Quran secara bertajwid dan menggalakkan
manusia dalam mendapatkan ganjaran pahalanya. (al-Dani, al-Tahdid fi al-Itqan
wa al-Tajwid)
ii. Dalil daripada Sunnah:
Terdapat banyak hadith yang menyatakan kewajipan membaca Quran secara
bertajwid, di antaranya adalah hadith yang diriwayatkan oleh al-Tabrani di
dalam al-Mu'jam al-Kabir seperti mana yang telah disebut di dalam topik
"Sejarah Penulisan Ilmu Tajwid" sebelum ini.
iii. Ijmak ulama':
Adapun dalil ijmak, ianya telah disepakati oleh ummat di zaman turunnya Quran
sehinggalah zaman ini dengan cara wajib membaca Quran bertajwid,
17
terpelihara dari sebarang kesilapan, bebas dari sebarang penambahan dan
pengurangan dan meraikan apa yang sepatutnya di dalam bacaan Quran
dengan hukum tajwid di dalamnya sehingga tiada khilaf di kalangan orang Islam
mengenainya. (Ahmad Khalid Shukri, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid)
Imam Al Jazari pula di dalam matannya menyatakan:
Bermaksud:
"Mempelajari ilmu tajwid itu wajib bagi pembaca Quran, siapa yang tidak
memperelokkan bacaan Quran adalah berdosa. Ini kerana Quran diturunkan oleh
Allah S.W.T sedemikian, dan demikian juga daripada-Nya ia (Quran) sampai
kepada kita". (al-Ansari, al-Daqaiq al-Muhakmah fi Syarhi al-Muqaddimah al-
Jazariyyah)
KESIMPULAN:
Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan kewajipan membaca Quran dengan tajwid yang
betul sebagaimana ia diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Oleh kerana
membaca Quran dengan tajwid yang betul adalah fardu „ain bagi setiap umat Islam
sama ada lelaki atau pun perempuan yang mukallaf, justeru, hukum mempelajari ilmu
tajwid yang pada asalnya adalah Fardhu Kifayah telah menjadi wajib kerana tuntutan
tersebut.
1.5 KESALAHAN (AL-LAHN) DI DALAM BACAAN AL QURAN
Definisi al-Lahn
Di dalam bahasa arab percatan al-Lahn mempunyai beberapa makna; ia memberi
makna silap, salah ataupun bercanggah dari segi nahunya. (Ibrahim Mustafa et.al, al-
Mu‟jam Al Wasit, 2009)
18
Al-Lahn menurut pemahaman qurra‟ ialah kesilapan di dalam bacaan Quran, iaitu
kesilapan yang berlaku pada sebutan kalimah Quran, samaada kesilapan tersebut
secara zahir mahupun tersembunyi, mengubah makna Quran ataupun tidak. (Muhammad
Khalid Mansur, al-Wasit fi Ilmi al-Tajwid)
Pembahagian al-Lahn
Al-Lahn terbahagi kepada dua bahagian:
1. al-Lahn al-Jaliy, iaitu kesilapan yang nyata. Menurut Dr. Abd al-'Aziz al-Qari', al-Lahn
al-Jaliy ini merujuk kepada kesalahan yang berlaku pada lafaz Quran, dan
merosakkan binaan kalimah dengan kerosakan yang nyata yang tidak hanya
disedari oleh para ulama', bahkan ia turut disedari oleh orang awam, samaada ia
merosakkan makna ataupun tidak. (Abd al-'Aziz al-Qari', Qawa'id al-Tajwid 'ala
Riwayat Hafs 'an 'Asim bin Abi Najud)
Kesalahan yang nyata ini meliputi beberapa perkara seperti menukar baris,
binaan kalimah atau menukar huruf dengan huruf yang lain. Pembaca Quran yang
melakukan al-Lahn al-Jaliy ini adalah berdosa sekiranya dilakukan dengan sengaja
atau sekiranya pembaca tersebut mampu untuk mempelajari bacaan Quran yang
betul. (Ahmad Khalid Shukri, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid)
Di antara contoh-contoh al-Lahn al-Jaliy yang boleh berlaku di dalam bacaan al-
Quran adalah seperti berikut:
Kesilapan pada bacaan yang menggubah maknanya.
i. Mengubah bacaan dengan baris yang lain, seperti membaca baris
hadapan pada huruf huruf ث pada perkataan ﴾ ﴿ di
mana ia akan mengubah makna dan merosakkan ayat tersebut.
Maka jadilah pembaca itu yang memberi nikmat, sedangkan
pemberi nikmat itu adalah Allah S.W.T.
19
ii. Mengubah huruf ط kepada ث pada kalimah dalam ayat
﴾ ﴿
Kesilapan pada bacaan yang tidak mengubah maknanya.
i. Pada kalimah اهلل dalam ayat ﴾ ﴿ sekiranya dibaca dengan
Dhommah atau Kasrah, ia tidak mengubah makna ayat tersebut.
ii. Mengubah د dengan Dhommah pada ayat ﴾ ﴿ .
2. al-Lahn al-Khafiy adalah kesalahan yang berlaku berkaitan kesempurnaan
melafazkan bacaan dengan tepat. (Abd al-'Aziz al-Qari', Qawa'id al-Tajwid 'ala
Riwayat Hafs 'an 'Asim bin Abi Najud)
al-Lahn al-Kahfiy ini meliputi kesalahan meninggalkan ikhfa', iqlab, izhar,
idgham, ghunnah atau menipiskan huruf yang tebal dan sebaliknya, atau
mengurangkan kadar mad. (Muhammad Makki Nasr, Nihayah al-Qaul al-Mufid)
Hukum melakukan kesalahan ini adalah makruh, dan pembaca Quran dicela
jika melakukan kesalahan ini sekiranya pembaca tersebut mampu untuk mempelajari
dan menguasainya. (Ahmad Khalid Shukri, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid)
20
1.6 TINGKATAN-TINGKATAN PEMBACAAN AL QURAN
Sebagaimana yang dimaklumi, Quran dituntut untuk dibaca secara tartil. Di dalam
tingkatan bacaan Quran ini ia terbahagi kepada tiga tingkatan pembacaan:
i. Tahqiq iaitu bacaan yang perlahan dan tenang dalam masa yang sama proses
untuk tadabbur makna ayat yang dibaca beserta dengan memelihara hukum-
hakam tajwid dan memberikan setiap huruf itu haknya dari sifat, makhraj, mad,
qasr, tarqiq, tafkhim dan apa yang disepakati dalam hukum tajwid.
ii. Hadar iaitu bacaan yang paling laju di samping pembacanya masih memelihara
huruf, makhraj dan sifat-sifatnya dari sebarang kesilapan dan kecacatan.
iii. Tadwir pula adalah bacaan yang pertengahan antara tartil dan hadar dengan
memelihara hukum dan qawa'id tajwid. (Ahmad Khalid Shukri, al-Munir fi Ahkam
al-Tajwid)
1.7 PENGENALAN KEPADA RIWAYAT HAFS DARIPADA 'ASIM MENURUT TORIQ
AL-SYATIBIYYAH
Qiraat Imam 'Asim Riwayat Hafs merupakan bacaan majoriti umat Islam di dunia
dan tidak terkecuali di Malaysia. Umumnya, toriq yang masyshur bagi riwayat ini
adalah toriq Ubaid bin Sobah al-Nahsyali yang dibawa oleh Imam al-Syatibi di
dalam qasidahnya Hirz al-Amani wa Wajhu al-Tahani. Berikut adalah latar
belakang ringkas bagi riwayat dan toriq yang menjadi bacaan majoriti umat
Islam ini:
21
1.7.1 Pengenalan Terhadap Imam 'Asim
Beliau ialah 'Asim bin Bahdalah Abi Najud al-Kufi. Beliau merupakan salah
seorang Qurra' Sab'ah. 'Asim merupakan tokoh qurra' di bandar Kufah selepas
kewafatan Abi 'Abd al-Rahman al-Sulami.
Terhimpun di dalam bacaan Imam 'Asim sifat fasohah, itqan dan tajwid.
Beliau juga memiliki suara yang sangat baik dalam membaca Quran.
Di antara guru beliau ialah Zur bin Hubaish, Abi 'Abd al-Rahman al-Sulami
dan al-Syaibani. Beliau memiliki murid yang begitu ramai, di antara mereka
adalah Hafs bin Sulaiman, Abu Bakar Syu'bah bin 'Ayyash, Sulaiman bin Mahran
al-A'masy, Salam bin Sulaiman, 'Amr bin Khalid dan Hammad bin Salmah.
Imam 'Asim meninggal dunia pada tahun 129H. (Ibn al-Jazari, Ghayah al-
Nihayah fi Tabaqat al-Qurra')
1.1 Pengenalan Terhadap Imam Hafs
Beliau ialah Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-Kufi al-Bazzar. Beliau
dilahirkan pada tahun 90H dan merupakan anak tiri kepada Imam 'Asim.
Beliau mempelajari Quran daripada Imam 'Asim dan dianggap sebagai
orang yang paling mengetahui bacaan-bacaan yang dibaca oleh Imam 'Asim.
Di antara murid beliau adalah Husin bin Muhammad, Hamzah bin al-
Qasim, Sulaiman bin Daud al-Zahrani, 'Amr bin Sobah, 'Ubaid bin Sobah, Ahmad
bin Jabir al-Anthoki dan Muhammad bin al-Fadl.
Imam Hafs meninggal dunia pada tahun 180H. (Ibn al-Jazari, Ghayah al-
Nihayah fi Tabaqat al-Qurra')
1.2 Pengenalan Terhadap Imam al-Syatibi
Nama sebenar Imam al-Syatibi adalah al-Qasim bin Firruh bin Kholaf bin Ahmad
Abu Qasim wa Abu Muhammad Al-Syatibi Al-Andalusi. Beliau dilahirkan di
22
Syatibah pada bulan Zulhijjah dalam tahun 538 Hijrah. Beliau adalah seorang
qari yang buta, tetapi mempunyai kepintaran yang menakjubkan.
Beliau mempelajari ilmu Qiraat dan memahirinya daripada Abi Abdullah
Muhammad bin Abi al-'Ash. Kemudian beliau mendalami ilmu qiraat daripada
Ibn Huzail, di mana Imam al-Syatibi telah membaca di hadapan beliau qiraat
menurut kitab al-Taisir yang telah dihafaznya.
Beliau juga turut mempelajari kitab-kitab karangan ulama yang terkenal
di antaranya al-Kitab karangan Sibawaih dan al-Kamil oleh Mubarrod, Adab al-
Katib oleh Ibnu Qutaibah. Beliau turut membaca tafsir al-Muharrar al-Wajiz
karangan Ibn 'Athiyyah dengan Abi al-Qasim bin Hubaish.
Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, selepas solat Asar pada 28
Jamadilakhir 590H ketika beliau berumur 52 tahun. Beliau telah dikebumikan
pada hari Isnin di Qarafah iaitu tempat di antara Mesir dan Kaherah. (al-
Zahabi, Ma'rifah al-Qurra' al-Kibar 'ala al-Tabaqat wa al'-A'shar. Ibn al-Jazari,
Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra'. al-Qostolani, al-Fathu al-Muwahibi fi
Tarjamati al-Syatibi)
1.3 Pengenalan Terhadap Matan Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani
Ianya merupakan himpunan syair-syair atau qasidah karangan Imam Abi Qasim
bin Firuh bin Khilaf bin Ahmad Ru‟ini Al-Andalusi Asy-Syatibi yang
menghimpunkan tujuh qiraat mutawatirah. Ia turut dikenali sebagai al-Syatibiyyah
sebagai nama ringkas yang dinisbahkan kepada pengarangnya iaitu Imam al-
Syatibi.1
Qasidah ini terdiri daripada 1173 bait syair yang mengandungi bacaan
qiraat yang terdapat di dalam kitab al-Taisir karangan Abu 'Amr al-Dani
dengan penambahan khilaf oleh Imam al-Syatibi. Penambahan ini dikenali
1 . Hammad. Al-Manar fi Riwayah Hafs min Turuq Tayyibah al-Nasyr. 22.
23
sebagai Ziyadat al-Qasid, iaitu merujuk kepada penambahan yang dibawa oleh
Imam al-Syatibi ke atas kitab asal al-Taisir karangan Imam al-Dani.
Kitab ini mendapat perhatian besar daripada para ulama' di mana ia
telah disyarahkan oleh lebih daripada 50 ulama', di antaranya adalah:
1. Fath al-Washid fi Syarh al-Qasid karangan al-Sakhawi.
2. Ibraz al-Ma'ani min Hirz al-Amani karangan Abu Syamah
3. Siraj al-Qari' al-Mubtadi' wa Tazkirah al-Muqri' al-Muntahi karangan Ibn
Qasih.
4. Irsyad al-Murid ila Maqsud al-Qasid karangan al-Dhabba'.
5. al-Wafi fi Syarh al-Syatibiyyah fi al-Qiraat al-Sab' karangan 'Abd al-
Fattah al-Qadhi.
1.4 Toriq yang dibawa oleh Imam al-Syatibi
Imam al-Syatibi telah memilih satu toriq sahaja bagi setiap riwayat yang
dikumpulkan di dalam kitabnya Hirz al-Amani wa Wajhu al-Tahani. Beliau telah
mengekalkan toriq asal kitab beliau iaitu Kitab al-Taisir fi al-Qiraat al-Sab'
karangan Abu 'Amr al-Dani. Bagi riwayat Hafs daripada 'Asim, toriq tersebut
adalah toriq 'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali yang mengambil bacaan
daripadanya al-Usynani yang telah mengambil bacaan daripadanya al-
Hasyimi. (al-Sofaqasi. Ghaith al-Naf' fi al-Qiraat al-Sab')
Rumusan:
Di akhir topik ini, anda telah mempelajari:
1. Pengertian ilmu Tajwid, sejarahnya, bahagian-bahagiannya serta hukum
mempelajarinya.
2. Kesalahan-kesalahan yang sering berlaku ketika membaca al-Quran.
3. Dalil-dalil yang mewajibkan setiap muslim untuk membaca al-Quran.
4. Kategori dan peringkat bacaan al-Quran.
5. Mengenali dan memahami latar belakang riwayat Hafs daripada 'Asim menurut
Toriq al-Syatibiyyah
24
Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat:
1. Membezakan antara pengertian al-Isti`azah dengan Basmalah;
2. Mengenal pasti permasalahan dalam al-Isti`azah dengan Basmalah;
3. Menghuraikan hukum dan cara membaca al-Isti`azah dan Basmalah; dan
4. Mengamalkan pembacaan al-Isti`azah dan Basmalah dalam kehidupan seharian.
Hasil Pembelajaran
UUnniitt 22
Bab al-Isti`azah dan
Basmalah
25
2.0 BAB AL-ISTI`AZAH
Menurut kitab al-Muzakkirat fi al-Tajwid karangan Muhammad Nabhan Hussayn Misri
(2005), terdapat empat kaedah dalam mengenal ilmu Tajwid iaitu mengetahui Makharij
al-Huruf, mengetahui Sifat al-Huruf, mengetahui hukum Tajwid dan sentiasa melatih dan
mengulangi bacaan. Bab al-Isti`azah merupakan antara isi kandungan yang termasuk
dalam kaedah mengenal ilmu Tajwid. Perkara ini dilihat kerana kepentingannya sebagai
perisai melindungi para pembaca al-Quran dari gangguan Syaitan selaras dengan
tuntutan daripada al-Quran dan Hadis.
Walaupun para ulama bersepakat bahawa lafaz al-Isti`azah bukan sebahagian
daripada ayat al-Quran, namun tuntutan membacanya amat digalakkan bersandarkan
beberapa dalil Shar`ie yang akan dipelajari selepas ini (al-Qadi, Abdul Fattah 2005).
Dalam bab ini, pelajar akan didedahkan dengan definisi Isti`azah dan kepentingan
mengetahuinya, Sighah (bentuk) dan hukum serta tempat yang dibolehkan atau
sebaliknya dalam membacanya.
2.1 DEFINISI AL-ISTI`AZAH
Jika dilihat dari sudut bahasa, lafaz al-Istia`zah ( ) merupakan masdar daripada
perkataan ( ) yang membawa maksud memohon perlindungan. Menurut Ahmad
Mukhtar Umar et al. (1999) dalam al-Mu`jam al-`Arabi al-Asasi, lafaz al-isti`azah berasal
daripada perkataan `aza ( ) ya`uzu ( ), `auyzan ( ) wa `iyazan ( ) `a‟izun ( )
dan semua perkataan tersebut memberi maksud yang sama iaitu berlindung.
Dalam kitab Hidayat al-Qari‟ ila al-Tajwid Kalam al-Bari‟ (2005), Shaykh Abdul
Fattah al-Qadi menjelaskan bahawa maksud lafaz al-Isti`azah ialah memohon
perlindungan dengan Allah SWT dan memohon pemeliharaanNya daripada gangguan
Syaitan yang direjam. Maka apabila pembaca membaca ( ) sama
seperti ia memohon perlindungan dan pemeliharaan dengan Allah SWT daripada
gangguan Syaitan yang direjam ketika membaca al-Quran.
26
Manakala jika dilihat dari sudut istilah pula, lafaz al-Isti`azah membawa maksud
lafaz yang dibaca bagi menyatakan pengharapan kepada Allah agar dilindungi dari
gangguan syaitan yang terkutuk. Ia juga dilihat daripada maksud lafaz ini yang jelas
sebagaimana seperti di bawah (al-Qadi, Abdul Fattah 2005):-
Maksudnya: Ya Allah! lindungilah diriku daripada gangguan syaitan yang
terkutuk”
Dalam kitab al-Tibyan fi Ahkam Tilawah al-Kitab al-Mubin, ahli Lughah (Bahasa)
menjelaskan bahawa maksud lafaz al-Isti`azah tiada perbezaan dari sudut bahasa dan
istilah. Menurutnya lagi, ia cukup sekadar mengetahui maknanya sebagai (اإلنتجاء) iaitu
berlindung (Abdul Latif Fa‟izuriyan 1999). Imam al-Qurtubi (1996) menambah dalam
kitabnya “Jami` li al-Ahkam al-Quran” ada menjelaskan bahawa kalimah “Syaitan” jelas
disebut dalam Sighah Isti`azah kerana:
1. Jauhnya daripada kebenaran. Ini disebabkan lafaz “Shaytan” yang berasal dari
“Shatona” yang membawa maksud jauh dan semakin jauh; dan
2. Menolak kebenaran.
2.2 SIGHAH AL-ISTIA`ZAH
Para Ulama bersepakat dalam pengharusan membaca al-Isti`azah sebagai amalan yang
dituntut bagi mengelak daripada gangguan Syaitan yang sentiasa berusaha untuk
menghalang Muslim beribadah kepada Allah SWT (al-Qadi, Abdul Fattah 2005). Hal ini
diharuskan selaras dengan tuntutan menyempurnakan bacaan al-Quran secara Tartil dan
menjadi amalan dan doa para Salaf al-Soleh dengan memohon perlindungan Allah dari
segala perkara yang jahat sama ada ia datangnya dari kalangan manusia ataupun Jin
dan Syaitan.
27
2.2.1 Sighah yang Masyhur
Menurut kebanyakan kitab Tajwid, Sighah al-Istia`zah yang banyak dan paling masyhur
digunakan oleh kebanyakan Qurra‟ ialah:
( )
Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam.
Ia merupakan Sighah yang terdapat di dalam kitab suci al-Quran. Berdasarkan Firman
Allah SWT dalam Surah al-Nahl:16:98; Maksudnya: Apabila kamu membaca al-Quran,
maka mohonlah perlindungan dengan Allah Ta‟ala dari gangguan Syaitan yang tercela.
2.2.2 Sighah Tambahan
Menurut kitab Uddat al-Qari fi Tajwid Kalam al-Bari (2006), terdapat beberapa Sighah
Al-Isti`azah yang lain yang boleh digunakan untuk memulakan bacaan al-Quran. Ini
berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah al-Fussilat:41:36;
Maksudnya: dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka
hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah
yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Antara Sighah tambahan tersebut adalah seperti berikut;
1. Ditambah dalam lafaznya pujian kepada Allah:-
Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam,
sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
28
Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui daripada Syaitan yang direjam.
Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah yang Maha Agung daripada
Syaitan yang direjam, sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.
2. Ditambah dalam lafaznya celaan kepada Syaitan:-
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada
kekotoran najis, keburukan Syaitan yang direjam.
3. Lafaz al-Isti`azah dalam Sighah yang lain:-
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada
Syaitan.
Maksudnya: Aku berlindung denganMu Ya Allah yang Maha Agung daripada
Syaitan yang direjam.
29
Ringkasnya, dalam kitab al-Wafi, karangan Shaykh Abdul Fattah al-Qadi
menjelaskan bahawa terdapat beberapa riwayat daripada Hadis yang membicarakan
berkaitan beberapa lafaz al-Isti`azah. Namun riwayat berkaitan penambahan lafaz al-
Isti`azah itu tidak sampai peringkat darjat Hadis Sahih. Menurutnya lagi, oleh kerana
tiada sebarang larangan yang jelas berkaitan isu penambahan lafaz tersebut, maka
penambahan lafaz al-Isti`azah itu tidak menjadi satu kesalahan.
2.3 HUKUM MEMBACA AL-ISTI`AZAH
Menurut kitab al-Munir fi Ahkam al-Tajwid, para Ulama bersepakat berkaitan keharusan
membaca lafaz al-Isti`azah, namun isu yang menjadi titik perselisihan dalam kalangan
Ulama adalah berkisar sejauhmana keharusan tersebut berdasarkan tuntutan kalimah
dalam surah al-Nahl:16:98 (Ahmad Khalid 2010).
Perkara ini dapat kita fahami melalui penjelasan dua pendapat seperti di bawah;
1. Pendapat yang menyatakan keharusan al-Isti`azah:
Ini merupakan pendapat Jumhur Ulama Qurra‟ dan Fuqaha‟. Mereka berpegang
kepada lafaz al-Amr (suruhan) yang terdapat di dalam ayat di atas adalah
bersifat harus. Pendapat ini melihat kepada taqrir (pengesahan) Nabi SAW yang
tidak mempertikaikan para sahabat yang tidak membaca al-Isti`azah ketika
memulakan bacaan al-Quran. Pendapat ini adalah pendapat yang rajih (jelas
dan kuat) di sisi para Ulama.
2. Pendapat yang menyatakan kewajipan al-Isti`azah:
Ia merupakan pendapat `Ata‟ dan al-Thuri yang diriwayatkan oleh Ibn al-Jazari.
Mereka menggunakan kaedah Isbat hukum dengan penggunaan lafaz al-Amr
yang menunjukkan makna suruhan wajib. Dalam kitab al-Wasit fi Ahkam al-Tajwid,
30
kewajipan tersebut berdasarkan zahir ayat yang menggunakan lafaz al-Amr.
Mereka menyatakan bahawa Nabi SAW sentiasa melakukannya, kerana ia
menghalang dari gangguan syaitan dan lafaz ini adalah sebaik-baik permohonan
perlindungan Allah SWT. Pernyataan ini disokong berdasarkan kaedah fiqhiyyah
yang menyatakan bahawa “tidak sempurna sesuatu perkara yang dikategorikan
sebagai wajib, melainkan dengan kewujudannya (arahan), maka ia dikira sebagai
satu kewajipan” (Muhammad Khalid 2004).
2.3.1 Hukum Membaca al-Isti`azah Ketika Bertadarus al-Quran
Apabila salah seorang ahli dalam halaqah (kumpulan) tadarus telah membaca al-
Isti`azah, adakah wajib bagi setiap daripada ahli kumpulan itu untuk membaca al-
Isti`azah, atau memadai dengan bacaan salah seorang daripadanya?
Menurut Ibnu Jazari dalam kitabnya al-Nashru fi al-Qiraat al-„Asyr menyatakan bahawa
persoalan ini dibahagikan kepada dua pendekatan;
Bil. Hukum Pendekatan
1 Wajib Maka wajib dibaca al-Isti`azah oleh setiap ahli kumpulan
secara individu
2 Harus Maka memadai dengan bacaan al-Isti`azah oleh salah
seorang ahli kumpulan
2.3.2 Hukum Membaca al-Isti`azah di Pertengahan Surah
Menurut Kitab Taysir al-Rahman fi Tajwid al-Quran, bagi pembaca yang ingin membaca
al-Isti`azah di pertengahan surah, hendaklah ia memberhentikan al-Isti`azah sebelum
melanjutkan bacaannya kepada ayat al-Quran yang pertama sekirannya ayat tersebut
dimulai dengan nama-nama Allah dan kata ganti nama yang merujuk kepada Allah atau
nama bagi Rasulullah SAW dan sifat-sifat Baginda (Sa`ad Abdul Hamid 2009).
31
Antara contohnya adalah seperti berikut :-
Bil. Ayat al-Quran Surah
1
al-Baqarah:2:257
2
Fussilat:41:47
3
al-Fath:48:29
Menurut Ahmad Kahlid (2010), tujuan memberhentikan bacaan al-Isti`azah adalah untuk
mengelak kekeliruan dari sudut pemahaman maksud ayat. Menurutnya, pembaca juga
boleh menambah dengan bacaan Basmalah selepas bacaan al-Isti`azah. Walau
bagaimanapun, jika permulaan ayat tersebut menceritakan tentang Syaitan atau kata
ganti nama yang merujuk kepada Syaitan maka disunatkan tidak membaca Basmalah
atau memberhentikan bacaan Basmalah sebelum meneruskan bacaan dengan ayat
tersebut. Sebagai contoh, firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah:2:268;
atau dalam surah al-Nisa‟:3:118; .
2.3.3 Hukum Membaca al-Isti`azah Selepas Terhenti Bacaan
Menurut Sa`ad Abdul Hamid (2009), apabila bacaan terhenti dan pembaca ingin
menyambung semula bacaannya, dalam keadaan ini ada tiga perkara:-
1. Tidak perlu baca al-Isti`azah jika terhenti bacaan secara darurat seperti
batuk, bersin dan tidak perlu diulangi al-Isti`azah;
2. Bagi pembaca yang bacaannya terhenti disebabkan untuk menjawab salam,
hendaklah ia mengulangi al-Isti`azah, begitu juga jikalau terhentinya bacaan
dihujung kepala ayat kemudian menyambung kembali ayat tersebut;
32
3. Bagi pembaca yang terhenti bacaan kerana ingin mentafsirkan ayat,
melakukan sujud Tilawah, menerangkan hukum bacaan atau membetulkan
kesalahan bacaan, maka tidak perlulah untuk mengulangi bacaan al-Isti`azah.
2.3.4 Hukum Meninggi dan Memperlahankan Suara Ketika al-Isti`azah
Dalam kitab Hidayah al-Qari, diharuskan bacaan lafaz al-Isti`azah dengan meninggikan
nada bacaan ketika memulakan bacaan al-Quran dan disepakati oleh kebanyakan Imam
Qurra‟. Pendapat ini adalah paling masyhur melainkan Imam Nafi‟ dan Imam Hamzah. Ini
kerana kedua-duanya berpendapat bahawa membaca lafaz al-Isti`azah adalah dengan
nada suara yang perlahan dalam semua surah. Oleh kerana tiada dalil yang jelas
berkaitan isu ini, maka meninggi dan memperlahan suara ketika membaca al-Isti`azah
dibolehkan mengikut kesesuaian keadaan.
Dalam hal ini, Ahmad Khalid (2010) menjelaskan bahawa bacaan al-Isti`azah terdapat
beberapa keadaan dan tempat seperti berikut;
1. Tempat yang diharuskan untuk membaca al-Isti`azah dengan kuat:
i. Qari membaca al-Isti`azah dengan kuat sekiranya terdapat orang lain yang
mendengar bacaannya. Bacaan yang kuat akan mendatangkan khusyuk
dalam bacaan dan pendengar akan memberi perhatian; dan
ii. Sekiranya Qari membaca secara berjamaah dengan bacaan bergilir-gilir
dalam sesuatu majlis atau acara, dia juga merupakan orang yang memulakan
bacaan, diharuskan pembacaan al-Isti`azah dengan kuat pada permulaan
bacaan dalam majlis tersebut;
Tambahnya lagi, pembacaan al-Isti`azah secara kuat sekurang-kurangnya memberi
manfaat dalam;
i. Menunjukkan bacaan al-Quran bermula;
ii. Mendatangkan khusyuk di hati pembaca/Qari;
iii. Pendengar memberi perhatian; dan
iv. Dijauhkan dari ganguan dan kejahatan syaitan.
33
2. Tempat yang diharuskan untuk membaca al-Isti`azah dengan perlahan;
i. Sekiranya Qari membaca al-Quran dengan perlahan;
ii. Sekiranya bacaan tersebut bergilir-gilir antara kuat dan perlahan;
iii. Sekiranya Qari membaca secara berjamaah dengan bacaan bergilir-gilir,
namun dia bukan orang yang memulakan bacaan; dan
iv. Sekiranya di dalam solat, tidak kira sama ada dia imam, makmum atau
sembahyang sendirian.
3. Tempat yang tidak perlu diulangi bacaan al-Isti`azah;
i. Jika bacaan terhenti dengan sebab mentafsirkan ayat, sujud tilawah atau
menjelaskan mengenai hukum bacaan dan membetulkan kesilapan dalam
bacaan, dengan tujuan menyambung semula bacaan al-Quran. Maka tidak
perlu diulang al-Isti`azah;
ii. Jika bacaan terhenti dengan sebab terpaksa, seperti mengantuk, dahaga
atau terlupa, maka tidak perlu untuk mengulangi bacaan al-Isti`azah. Namun,
sekiranya bacaan terhenti dengan sebab yang tiada berkaitan dengan
bacaan al-Quran seperti menjawab salam atau berkata-kata dengan
seseorang, maka perlu diulangi bacaan al-Isti`azah sebagaimana dijelaskan
sebelum ini.
Terdapat beberapa keadaan bacaan al-Isti`azah yang dibenarkan ketika memulakan
bacaan al-Quran kecuali pada surah al-Tawbah, antaranya;
i. Memotong keseluruhannya. Ia bermaksud memisahkan antara al-Isti`azah dan
Basmalah, juga antara Basmalah dan Surah;
ii. Momotong yang pertama, kemudian menyambung bahagian kedua. Ia
bermaksud memisahkan bacaan al-Isti`azah dari Basmalah kemudian
menyambung Basmalah dengan awal Surah;
iii. Menyambung yang pertama sahaja. Ia bermaksud membaca al-Isti`azah dan
Basmalah, kemudian memutuskan Basmalah dengan Surah; dan
iv. Menyambung kesemuanya. Ia bermaksud membaca al-Isti`azah, Basmalah dan
Surah secara terus.
34
2.3.5 Hukum Bacaan al-Isti`azah pada Awal Surah al-Tawbah
Menurut kitab Hidayah al-Qari‟ (2005), apabila seseorang hendak memulakan bacaan
pada awal surah al-Tawbah, maka harus dibaca dengan dua kaedah iaitu:
i. Memutuskan al-Isti`azah daripada awal surah al-Tawbah iaitu menghentikan
bacaan pada al-Isti`azah dan memulakannya pada awal surah tanpa
Basmalah;
ii. Menyambung al-Isti`azah dengan awal surah al-Tawbah iaitu
menyambungkan bacaan al-Isti`azah dengan awal surah. Imam Ibnu al–Jazari
menukilkan dalam kitabnya Tayyibah al-Nashr;
Maksudnya: Dan boleh waqaf padanya (ta‟auwudz) bagi mereka itu (Imam-
imam al-Qurra‟) atau diwasalkan ia (dengan ayat selepasnya sama ada
Basmalah atau selain daripadanya) dan sebahagiannya berpendapat wajib..
2.4 BAB BASMALAH
Al-Quran mempunyai 114 surah dan semuanya dimulai dengan Basmallah, kecuali surah
al-Tawbah. Dalam Islam, tuntutan membaca Basmallah jelas sebagaimana Hadis
diriwayatkan oleh Abu Hurayrah r.a.yang bermaksud: Setiap perbuatan baik yang tidak
dimulai dengan Basmallah adalah tertolak (kurang keberkatannya). Dalam sebuah Hadis al-
Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud: Apabila hambaKu memulai pekerjaannya dengan
menyebut namaKu, maka menjadi kewajipanKu untuk menyempurnakan seluruh pekerjaannya
serta akan Aku berkati seluruh keadaannya.
Dalam bab ini, pelajar akan didedahkan dengan definisi dan kepentingan
Basmallah serta hukum yang berkaitan dengan bacaan Basmallah.
35
2.5 DEFINISI BASMALAH
Dalam Mu`jam Ulum al-Quran (2001) ada menjelaskan bahawan lafaz al-Basmalah
Lafaz ini disebut dan ditulis sebagai .بسم adalah masdar daripada perkataan (انبسهت)
(بسى اهلل انرح انرحى ) yang membawa maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang.
Menurut Imam al-Tabari (wafat 310 H), memulakan dengan menyebut nama Allah dan
memuliakan nama-namaNya merupakan adab Nabi Muhammad SAW. Baginda
mengajar supaya menyebut nama Allah dan ia menjadi sunnah yang diikuti dan
diamalkan iaitu membaca apabila memulakan bacaan al-Quran, begitu juga apabila
memulakan pekerjaan yang lain. Jika ditanya, mengapa perlu membaca basmalah?
Maka jawapannya menurut kitab al-Wasit fi Ahkam al-Tajwid (2004) adalah untuk
mendapatkan keberkatan dengan menyebut nama Allah dan sifatNya.
2.6 HUKUM MEMBACA BASMALAH KETIKA MEMULAKAN BACAAN
Terdapat beberapa permasalahan dalam topik pembacaan Basmalah menurut
padangan sarjana Islam, antaranya:-
2.6.1 Permasalahan Pertama: Hukum Membaca Basmalah Ketika Memulakan
Bacaan Pada Awal Surah;
Secara amnya, tiada khilaf antara Qurra‟ secara umumnya mengenai kewajipan
membaca basmalah diawal surah. Perkara tersebut jelas sepertimana yang termaktub
dalam al-Quran, kecuali jika memulakan bacaan pada Surah al-Taubah. Tiada khilaf
ulama, supaya meninggalkan bacaan basmalah dan tiada kewajipan membacanya.
36
2.6.2 Permasalahan Kedua: Hukum Membaca Basmalah Ketika Memulakan
Bacaan Yang Bukan Di Awal Surah;
Sekiranya Qari memulakan bacaan bukan di awal surah, seperti mula dengan awal juz,
hizb, rub‟, thumun, dan lain-lain. Qari diberi pilihan untuk memulakan dengan basmalah
ataupun tidak. Namun, mendatangkan dengan bacaan basmalah adalah lebih afdal.
Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab al-Isti`azah, seandainya basmalah tidak
sesuai dari segi makna sekiranya dimulakan diawal ayat. Seperti ayat yang dimulakan
dengan menyebut syaitan atau dhamir yang kembali kepadanya. Maka lebih baik bagi
qari untuk tidak membaca basmalah.
2.6.3 Permasalahan Ketiga: Hukum Membaca Basmalah Ketika Menghimpunkan
Dua Surah;
Maksud menghimpunkan dua surah tersebut ialah Qari selesai membaca satu surah,
kemudian mahu menyambung bacaan ke surah yang berikutnya. Dalam keadaan begini,
terdapat tiga cara yang boleh dilakukan oleh Qari (Ahmad Khalid 2010);
1. Qat`u al-Jami‟: Iaitu berhenti di akhir surah, kemudian waqaf pada Basmalah,
kemudian barulah dimulakan dengan awal surah yang berikutnya;
2. Wasl al-Jami`: Iaitu menyambung surah dengan Basmalah, kemudian menyambung
surah dengan awal surah berikutnya;
3. Qat`u al-awal, wasl al-Thani wa al-Thalith: Iaitu waqaf pada akhir surah kemudian
membaca Basmalah dan disambungkan Basmalah dengan awal surah yang
berikutnya.
37
2.6.4 Permasalahan Keempat: Hukum Membaca Basmalah Antara Surah al-Anfal
Dan al-Tawbah;
Menurut kitab Uddat al-Qari fi Tajwid Kalam al-Bari (2006), Terdapat tiga cara untuk
membaca Basmalah antara dua surah ini, iaitu;
1. Berhenti sambil menahan bernafas: iaitu berhenti pada akhir surah alAnfal tanpa
bernafas kemudia mulakan bacaan diawal surah al-tawbah;
2. Saktah dan bernafas: iaitu Saktah pada akhir al-Anfal sambil bernafas kemudian
dimulai dengan akhir al-Tawbah; dan
3. Baca secara bersambung: iaitu menyambung bacaan antara akhir surah al-Anfal
dan permulaan surah al-Tawbah.
Kita disunatkan menjadikan pembacaan al-Isti`azah sebagai wirid harian kita. Setelah
Allah SWT menjelaskan bahawa Syaitan dan kuncu-kuncunya adalah musuh kepada anak
Adam AS, maka kita dituntut untuk memohon perlindungan kepada Allah SWT bagi
memelihara kita daripada liciknya tipu dan godaan Syaitan Laknatullah. Firman Allah
SWT dalam surah al-Fatir:36:6;
Rumusan
38
Maksudnya: Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia
musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak
golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
Selain disunatkan memohon perlindungan, amalan pembacaan Basmalah turut menjadi
wirid para Salaf al-Solih. Ini kerana Basmallah diucapkan ketika memulakan setiap
perkara selaras dengan saranan Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Setiap perkara yang tidak dimulai dengan bismillah (dalam riwayat lain: dengan
mengingat Allah), maka amalan tersebut terputus (kurang) keberkahan-Nya.”
Al-Shaykh Muhammad Abduh di dalam tafsirnya menyatakan bahawa al-Quran itu Imam
dan ikutan kita, karena itu al-Quran dimulai dengan kalimat ini, iaitu Basmalah. Ini
merupakan satu petunjuk bagi kita agar setiap perbuatan kita dimulai dengan membaca
Basmalah.
39
1. Menjelaskan definisi Nun Sakinah, Mim Sakinah dan Tanwin serta perbezaannya;
2. Menghuraikan hukum-hukum yang berkaitan dengan Nun Sakinah dan Tanwin serta
Mim Sakinah;
3. Mengenali huruf-huruf bagi setiap hukum yang berkaitan dengan Nun Sakinah,
Mim Sakinah dan Tanwin berserta hukum bacaannya;
4. Menghuraikan hukum Nun dan Mim Mushaddad
Hasil Pembelajaran
UUnniitt 33
Hukum Nun dan Mim Sakinah
40
3.1 Pengertian dan Perbezaan Antara Nun Sakinah dan Tanwin
3.1.1 Pengertian Nun Sakinah:
Nun sakinah ialah nun yang sunyi (kosong) dari sebarang harakat (baris). Sukun pada nun
tersebut kekal dalam keadaan waqaf dan wasol, penulisan dan sebutan pada feel dan
huruf. Bagi feel nu sakinah terdapat di tengah atau hujung kalimah manakala bagi huruf
pula hanya terdapat di hujung kalimah sahaja. (al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid-2001)
Contoh :
3.1.2 PengertianTanwin :
Tanwin bermaksud nun sakinah yang ditambah pada akhir kalimah hanya pada sebutan,
bukan pada penulisan (al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid-2001)
3.2 Perbezaan Antrara Nun Sakinah dan Tanwin
Ulama telah membezakan antara Nun Sakinah dan Tanwin seperti berikut:
Bil. Nun Sakinah Tanwin
1 Dipertengahan dan akhir kalimah Hanya pada akhir kalimah
2 Terdapat pada isim, feel dan huruf Terdapat pada isim
3 Kekal dalam keaddan wasol dan
waqaf Kekal pada wasol sahaja
4 Kekal pada lafaz dan rasm (tulisan) Kekal pada lafaz, hazaf pada rasm
(tulisan)
5
Berlaku pada bentuk asal dan
tambahan bergantung pada susunan
kalimah.
Berlaku penambahan pada susunan
kalimah.
41
3.3 Hukum Nun Sakinah dan Tanwin
Bagi hukum nun sakinah dan tanwin, terkandung empat hukum di dalamnya, sebagaimana
yang dijelaskan oleh pengarang kitab Tuhfatul Atfal:
Berkata Imam al-Jazari:
i. Izhar ( )
Pengertian dari segi bahasa:
Perkataan izhar merupakan masdar bagi perkataan yang memberi makna jelas
dan terang.
Pengertian dari segi Istilah:
“Mengeluarkan huruf dari makhrajnya tanpa ghunnah (dengung) dalam keadaan jelas
dan terang pada huruf yang diizharkan”.
Penjelasan:
Maksudnya ialah, mengeluarkan nun sakinah dan tanwin dari makhrajnya tanpa
penambahan dengung. Ia disebabkan asal dengung itu pada huruf nun. Oleh itu, tidak
boleh waqaf atas nun yang ghunnah atau tanwin dengan cara memutuskan nafas, saktah
tanpa bernafas, membaca dengan syiddah pada nun sakinah, tanwin mahupun huruf
selepasnya. (Hidayah al-Qari Ila Tajweed Kalam Al-Bari-2005).
Huruf-huruf Izhar :
Huruf-huruf Izhar ada enam semuanya, iaitu:
42
Ia juga dinamakan huruf halqi, kerana sifatnya yang keluar dari rongga (halqum) tekak.
Dinamakan juga izhar halqi kerana dinisbahkan kepada halqi. Keenam-enam huruf ini
dinamakan huruf izhar.
Apabila huruf-huruf ini berada selepas nun ataupun tanwin, wajib dibaca dengan izhar
sama ada keberadaannya pada nun dalam satu atau dua kalimah.(al Mursyid Fi Ilm al
Tajwid- 2001).
Contoh seperti yang terdapat pada jadual dibawah:
Huruf
Nun Sakinah
Tanwin
Satu Perkataan
Dua Perkataan
خ (3:انائدة)
(74:انبقرة)
(13:انحجراث)
غ (51:اإلسراء)
(143:األعراف)
(60:انحج)
ح (82:انحجر)
(92:األعاو)
(26:انساء)
ع (7:انفاتححت) (148:األعاو)
(7:انبقرة)
ھ (74:انبقرة) (93:ھىد)
43
(109:انتىبت)
ء (26:األعاو) (177:انبقرة)
(6:انبأ)
Tanda Izhar Halqi pada penulisan :
Dikekalkan tanda sukun pada huruf nun, seperti .
Sementara itu, tanda tanwin ditulis secara selari. (Al-Munir Fi Ahkam Al-Tajwid-2001).
Dhommatain = .
Fathatain = .
Kasrotain = .
ii. Idgham ( )
Pengertian Idgham dari segi bahasa:
Perkataan idgham berasal bagi perkataan دغى yang memberi makna memasukkan,
seperti memasukkan ladam pada kaki kuda, memasukkan buku ke dalam beg. (Al Mu‟jam
Al Wasit-2009).
Pengertian Idgham dari segi istilah:
“Pertemuan dua huruf yang mutamatsilain (serupa), mutaqoribain (hampir serupa) atau
mutajanitsain (sama jenis). Dengan pertemuan tersebut, jadilah ia satu huruf yang
bertasydid dengan sekira-kiranya terangkat lidah untuk menyebutnya”( Mu‟jam Ulum Al-
Quran- 2001)
44
Huruf-huruf Idgham
Huruf-huruf idgham ada enam semuanya, iaitu
Apabila keenam-enam huruf ini jatuh selepas huruf nun sakinah dan tanwin, wajib dibaca
idgham nun sakinah dan tanwin tersebut dengan syarat bertemu pada dua kalimah. (al-
Munir Fi Ahkam al-Tajwid-2001).
Pembahagian Idhgam
Idgham dinisbahkan kepada dengung terbahagi kepada dua, iaitu Idgham Maal
Ghunnah dan Idgham Bila Ghunnah:
i. Idgham Ma’al Ghunnah
Idgham Ma‟al Ghunnah adalah idgham yang jelas dengungnya dengan sekurang-
kurangnya kadar dua harakat. Hurufnya empat, iaitu seperti contoh:
Ghunnah: Ia adalah suara yang keluar dari hidung yang kebiasaannya disebabkan oleh
huruf nun, tanwin ataupun mim.
ii. Idgham Bila Ghunnah:
Idgham bila Ghunnah adalah idgham yang tidak dibaca dengan dengung, hurufnya ada
dua, iaitu ( ). Contoh seperti:
Manakala yang idgham dinisbahkan kepada kamil (sempurna) dan naqis (kurang
sempurna), terbahagi kepada dua bahagian iaitu idgham kamil dan idgham naqis.
45
i. Idgham Kamil
Idgham Kamil adalah menghilangkan zat huruf yang diidghamkan dan sifat-sifatnya.
Huruf-hurufnya ialah ( ). Maka ghunnah yang berlaku pada nun dan mim adalah
ghunnah pada huruf dengung. Ini disebabkan huruf nun sakinah dan mim atau tanwin,
mempunyai sifat dengung yang sempurna. Sifat huruf itu sendiri berdengung.
ii. Idgham Naqis
Ianya adalah dengan meninggalkan zat huruf tersebut namun sifatnya dikekalkan.
Hurufnya adalah waw dan ya‟. Ghunnah yang berlaku pada huruf waw dan ya adalah
ghunnah huruf idgham, iaitu nun sakinah atau tanwin. Ia menjadi dengung yang kurang
sempurna kerana masih kekal sifat dengungnya.
Idgham dinisbahkan kepada tiga bahagian tadi, maka jadilah ia:
Idgham Maal Ghunnah Kamil
Huruf Contoh Nun Contoh Mim Jenis
Idgham Ghunnah Kamil
Idgham Ghunnah Kamil
Idgham Maal Ghunnah Naqis
Huruf Contoh Nun Contoh Mim Jenis
Idgham Ghunnah Naqis
Idgham Ghunnah Naqis
46
Idgham Bila Ghunnah Kamil
Huruf Contoh Nun Contoh Mim Jenis
Idgham bila Ghunnah kamil
Idgham bila Ghunnah kamil
Apabila jatuhnya nun sakinah ditengah-tengah kalimah, selepasnya itu huruf idgham.
Maka nun sakinah wajib dibaca izhar dan ia tidak boleh dibaca dengan idgham.
Keadaan ini hanya berlaku pada empat sahaja di dalam Al-Quran, ia dinamakan izhar
mutlaq:
Pada semua tempat di
dalam al-Quran
Pada semua tempat di
dalam al-Quran
Al-Ra‟d ayat 4
Al-An‟am ayat 99
iii. Iqlab ( )
Pengerian Iqlab dari segi bahasa:
Perkataan Iqlab berasal bagi perkataan yang memberi makna mengubah.
Pengertian Iqlab dari segi istilah:
“Mengubah nun sakinah atau tanwin yang terletak sebelum huruf ba‟ menjadi mim, dengan
memelihara ghunnah (dengung) dan Ikhfa‟padanya”.( Mu‟jam Ulum Al-Quran- 2001)
47
Huruf Iqlab
Huruf iqlab hanya satu, iaitu ( ).
Ia berlaku dalam empat keadaan:
Apabila bertemu dengan nun sakinah pada satu kalimah
Apabila bertemu dengan nun sakinah pada dua kalimah
Apabila bertemu dengan tanwin pada dua kalimah sahaja.
Apabila nun bertemu dengan tanwin, hanya pada satu tempat di dalam Al-Quran,
( ) ] al-Alaq: 15[
Apabila terjadinya keadaan yang disebutkan tadi ke atas huruf ba‟, wajib ditukarkan
nun sakinah atau tanwin itu kepada mim dari segi sebutannya, bukan pada penulisannya.
Kemudian dibaca dengan ikhfa‟ (sembunyikan) mim dari huruf ba‟ dalam keadaan
dijelaskan ghunnah (dengung). Ia merupakan sifat bagi mim yang iqlab, bukan sifat bagi
nun sakinah dan tanwin. (al-Wasit Fi Ahkam al-Tajwid-2004)
Contoh Iqlab:
iv. Ikhfa’ ( )
Pengerian Ikhfa’ dari segi bahasa
Perkataan ikhfa‟ berasal bagi perkataan خف yang memberi makna menutup (Al
Mu‟jam Al Wasit-2009).
48
Pengertian Ikhfa’ dari segi Istilah:
“Menyebut huruf nun yang sunyi (kosong) dari syiddah disamping sifatnya yang izhar dan
idgham. Dalam masa yang sama mengekalkan ghunnah (dengung) pada huruf yang
pertama, iaitu nun sakinah dan tanwin dengan kadar dua harakat.”( Mu‟jam Ulum Al-
Quran- 2001)
Huruf-huruf Ikhfa’
Huruf ikhfa‟ ialah baki dari enam huruf izhar, enam huruf idgham dan satu huruf iqlab.
Jumlahnya ialah lima belas huruf yang terhimpun pada awal kalimah dalam bait syair:
Contoh-contoh ikhfa‟ (dalam satu kalimah):
Contoh-contoh ikhfa‟ (pada dua kalimah):
Contoh-contoh ikhfa‟ (pada tanwin):
49
Cara Membaca Ikhfa’
Menghilangkan zat nun sakinah dan tanwin, namun dikekalkan sifat ghunnah padanya
beserta dengan rongga di antara hujung lidah dengan menggangkat ke bahagian gusi
atas seolah-olah qari lidahnya jauh dari makhraj.
Tanda Ikhfa’ pada mushaf
Tanda ikhfa‟ pada mushaf ialah dengan tidak meletakkan tanda sukun di atas huruf nun,
dan tiada syiddah selepasnya.
Bagi tanwin pula, dengan mengunakan tanda tanwin yang tidak selari dan tiada syiddah
selepasnya.
Tingkatan-tingkatan bagi Ikhfa’
Tingkatan yang paling kuat:
Tingkatan yang sederhana:
Tingkatan yang lemah:
3.4 Hukum Mim Sakinah
Pengertian Mim Sakinah:
Makna mim sakinah ialah: mim yang baris sukunnya kekal dalam keadaan wasol dan
waqaf. (Uddat al Qari Fi Tajwid Kalam al Bari-2006) Contohnya : ﴾ Berkata Ibn
al-Jazari:
50
Tempat Terletak Mim Sakinah
Tengah kalimah
Hujung kalimah
Isim
Feel
Huruf
Jumlah Jama‟
Apabila bertemu mim sakinah dengan huruf hijaiyyah, maka akan terjadi tiga hukum, iaitu:
Hukum Pertama: Ikhfa’ Syafawi
Ikhfa‟ syafawi adalah mim sakinah yang jatuh selepasnya huruf ba‟, sama ada sukun asli,
atau yang mendatang atau yang takhfif. Ia mesti berlaku dalam dua kalimah dan dibaca
dengan ikhfa‟ bersama ghunnah (dengung).
Yang dimaksudkan dengan ikhfa‟ ialah, kurang kebergantungan dengan makhraj mim.
Cara untuk menyebutnya ialah dengan mengurangkan kadar makhraj mim, iaitu dengan
Mim
Sakinah
Ikhfa’ Syafawi Idgham Syafawi
Izhar Syafawi
51
dua bibir. Kemudian, datangkan ghunnah dengan kadar dua harakat seperti kaedah
menyebut iqlab.
Dinamakan syafawi kerana keluarnya mim dari dia bibir. Alamat bagi hukum ikhfa‟
syafawi di dalam mashaf ialah dibuang tanda sukun pada huruf mim dan selepasnya
tiada tanda syiddah.
Contoh:
Hukum Kedua: Idgham Syafawi
Idgham syafawi adalah mim sakinah yang jatuh selepasnya mim yang berbaris , maka
dimasukkan bunyi mim yang sukun ke dalam mim yang berbaris bersama dengan ghunnah
(dengung).
Contoh:
Alamat idgham pada penulisan mashaf, dibuang tanda sukun pada mim yang pertama,
dan diletakkan tanda syiddah pada mim yang kedua.
Contoh:
Hukum Ketiga: Izhar Syafawi
Izhar syafawi ialah mengeluarkan mim sakinah dari makhrajnya tanpa dengung, tanpa
waqaf, tanpa saktah dan tanpa syiddah apabila datang selepasnya huruf izhar.
Huruf izhar ialah semua huruf hijaiyyah, kecuali huruf mim dan ba‟. Ia berlaku pada satu
atau dua kalimah.
52
Dinamakan izhar, kerana jelas bacaan mim sakinah ketika bertemu dengan salah satu
huruf dari huruf-huruf izhar. Dinamakan syafawi kerana keluarnya huruf mim itu dari dua
bibir.
Alamat izhar syafawi pada penulisan mashaf dengan dikekalkan tanda sukun pada huruf
mim. Seperti contoh:
3.5 Hukum Nun dan Mim yang Bertasydid
Wajib dijelaskan dengung bagi setiap nun dan mim yang bersabdu dengan kadar dua
harakat. Dinamakan hukum ini (huruf ghunnah yang bertasydid), kerana ghunnah adalah
sifat yang lazim bagi nun dan mim.
Tiada beza antara nun atau mim yang bertasydid itu berada di awal kalimah ketika
idgham, ditengah, atau di hujung kalimah. Wajib ghunnah dengan kadar yang
ditetapkan. Seperti contoh:
53
Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat:
1. Menjelaskan definisi Mad, huruf-hurufnya dan dalil;
2. Mengenali pembahagian Mad dan contoh-contohnya;
3. Menghuraikan martabat-martabat Mad menerusi pembahagiannya;
4. Membezakan antara hukum-hukum Mad.
Hasil Pembelajaran
UUnniitt 44
Bab Mad: Hukum dan
Jenis-Jenisnya
54
4.1 TAKRIF MAD, HURUF DAN DALIL-DALILNYA
a) Takrif Mad Dari Segi Bahasa dan Istilah
Takrif Mad Dari Segi Bahasa:
Makna mad dari segi bahasa ialah pertambahan. (Al Mu‟jam Al Wasit, 2009).
Sebagaimana firman Allah s.w.t.:
Maksudnya; Nescaya Allah membantu kamu Dengan lima ribu malaikat.
[Ali Imran: 125]
Takrif Mad Dari Degi Istilah:
Makna mad pada istilah pula ialah memanjangkan suara pada salah satu daripada huruf
mad yang tiga, iaitu Alif sakin yang berbaris atas (fathah) sebelumnya, Ya' sakin yang
berbaris bawah (kasrah) sebelumnya atau huruf Wau sakin yang berbaris hadapan
(dhommah) sebelumnya dan juga huruf Lin yang keduanya sakin dan berbaris fathah
sebelumnya. ( Mu‟jam Ulum Al Quran, 2001)
b) Huruf Mad
Huruf mad ada tiga, iaitu: Alif ( ) Wau ( ) dan Ya' ( )
i. Alif mati yang didahului huruf berbaris atas (fathah) seperti firman Allah :
ii. Wau mati yang didahului huruf berbaris hadapan (dhommah) seperti firman Allah:
iii. Ya‟ mati yang didahului huruf berbaris bawah (kasrah) seperti firman Allah:
55
Semua syarat-syarat di atas terkumpul dalam firman Allah s.w.t:
49
Ulama menyatakan bahawa dikhususkan huruf-huruf ini sahaja sebagai huruf mad, tidak
huruf-huruf yang lain kerana ia memiliki sifat yang unik iaitu berfungsi dengan
menggunakan udara yang terdapat di dalam mulut. Bahkan harakat yang boleh
digunakan pada huruf tersebut tidak didapati pada huruf-huruf yang lain. (Al-Munir Fi
Ahkam Al-Tajwid, 2001).
c) Huruf Lin
Terdapat dua huruf lin, iaitu Wau dan Ya' Sakin (baris mati) sebelumnya huruf berbaris
atas (fathah). Contohnya:
19
26
13
d) Dalil Mad
Dalil membaca Al Quran dengan mad adalah berdasarkan firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: Dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil".
[Al-Muzammil: 4]
Firman Allah s.w.t. di atas jelas menunjukkan suruhan agar al-Quran dibaca dengan
„tartil‟. Ia bermaksud „sepatah-sepatah‟ dengan menjada hukum dan mad yang terdapat
di dalamnya.
56
Dalil daripada Sunnah pula adalah berdasarkan kepada hadis Musa bin Yazid al-Kindi,
beliau berkata:
60
Maksudnya: Bahawa Ibnu Mas‟ud r.a. meminta seorang lelaki membacakan al-Quran
kepadanya. Lalu lelaki tersebut membaca firman Allah:
secara mursalah (tidak dibaca dengan mad pada kalimah نهفقراء). Ibnu Mas‟ud berkata:
“Bukan begini Nabi s.a.w. membacakan kepadaku.” Lelaki tersebut bertanya kepada Ibnu
Mas‟ud: “Bagaimanakah baginda membacakannya kepadamu wahai Abu Abdul Rahman?”
Jawabnya: “Baginda membacanya kepada aku إا انصدقاث نهفقراء وانساك secara mad.”
Maksudnya: Daripada Qotadah katanya: “Aku bertanya Anas bin Malik bacaan Nabi s.a.w.
Beliau menjawab: “Baginda membacanya dengan mad.” Dalam riwayat yang lain, Anas
ditanya bagaimana bacaan Nabi s.a.w. Beliau menjawab:“Bacaannya adalah dengan mad.”
Dalil yang paling kuat ialah bacaan secara mad oleh para imam Qurra‟ yang diambil
daripada orang-orang yang membacakannya kepada mereka daripada sahabat-
sahabat r.a. yang mengambil bacaan daripada Nabi s.a.w. Mereka mengambil bacaan
tersebut secara mutawatir sehinggalah sampai kepada kita hari ini.
57
4.2 PEMBAHAGIAN MAD
Mad terbahagi kepada dua, iaitu Mad Asli/Tobi‟ie ( طبع dan Mad Far'ie (يد أصه/
.(يد فرع)
a) Mad Tobi'ie/ Asli:
Takrif Mad Tobi'ie
Mad Tobi’ie ialah mad yang terjadi dengan sebab hurufnya sendiri, tidak bergantung
kepada sebab huruf yang lain seperti huruf Hamzah atau huruf sukun (mati). Mad ini
terjadi dengan wujudnya salah satu daripada huruf mad.
Mad Tobi‟ie juga dikenali sebagai Mad Asli, Mad Tob‟ie ( ), Mad Zati ( ) dan Mad
Sighah ( ).
Contoh Mad Tobi‟ie ialah:
، ، ،
Kadar membaca Mad Tobi‟ie ialah dengan 2 harakat.
Pembahagian Mad Tobi’ie:
Mad Tobi‟ie terbahagi kepada dua iaitu Kalimi dan Harfi:
Mad Tobi’ie Kalimi ( )
Mad Tobi’ie Kalimi ialah Mad Tobi‟ie yang terdapat pada kalimah. Mad Tobi‟ie Kalimi
berlaku dalam tiga keadaan. Iaitu:
58
i. Berlaku apabila huruf mad berada dalam kalimah ketika dibaca secara
bersambung (wasol) dan juga ketika berhenti (waqof). Contohnya huruf Alif, Wau dan Ya‟
dalam ayat berikut:
71
250
23
Mad Tobi‟ie Kalimi juga berlaku ketika huruf mad dikekalkan atau digugurkan daripada
tulisan Rasm Othmani seperti:
76
ii. Berlaku apabila huruf mad berada dalam kalimah dalam keadaan berhenti
(waqof). Ia tidak berlaku ketika bacaan bersambung (wasol). Contohnya dalam
keadaan berikut:
Mad al-„Iwadh ( ) seperti huruf Alif dalam firman Allah ketika diberhentikan
bacaan ayat padanya (waqof):
11
60
Huruf Alif yang tujuh iaitu:
1. Kalimah di semua tempat di dalam al-Quran.
2. Kalimah [al-Kahfi: 38]
59
3. Kalimah [al-Ahzab: 10]
4. Kalimah [al-Ahzab: 66]
5. Kalimah [al-Ahzab: 67]
6. Kalimah [al-Insan: 15]. Ada pun kalimah dalam ayat 16 dalam surah
yang sama tidak termasuk dalam hukum ini. Huruf Alif dalam kalimah ini digugurkan sama
ada ketika wasol atau pun ketika waqof.
7. Kalimah [al-Insan: 4]. Walau bagaimana pun, kalimah ini boleh dibaca
dengan dua wajah ketika waqof iaitu digugurkan huruf Alif atau boleh dikekalkan huruf
tersebut dengan membacanya dua harakat.
Ditandakan huruf Alif yang tujuh ini dalam Rasm Uthmani dengan tanda sukun (mati) yang
bulat ( ) seperti contoh di atas. Ia adalah sebagai isyarat bahawa huruf Alif digugurkan
ketika wasol tetapi dikekalkannya ketika waqof dengan kadar 2 harakat.
Walaubagaimana pun tanda sukun (mati) yang bulat tidak diletakkan di atas huruf Alif
jika diikuti Hamzah Wasol selepasnya. Contohnya dalam surah al-Baqarah, ayat 160:
Huruf-huruf mad yang digugurkan kerana tidak boleh bertemu dua huruf yang
mati (sukun) wasol. Ia berlaku apabila terdapat huruf yang mati (sukun) selepasnya pada
kalimah yang lain. Walaubagaimana pun, huruf-huruf mad tersebut dikekalkan pada
bacaan yang waqof. Contohnya:
[15: انم]
[6: طه]
60
[انحشر :
18]
Boleh untuk waqof pada Mad Munfasil yang terdapat padanya huruf mad.
Contohnya:
90
Diberhentikan bacaan ayat pada: .
Huruf Wau dan Ya' sekiranya berada dihujung kalimah dalam keadaan berbaris
dan sebelum kedua-dua huruf tersebut berbaris kasrah bagi huruf Ya' dan berbaris
dhommah bagi huruf Wau. Contohnya:
29
259
237
35
Semua contoh tersebut dikira sebagai Mad Tobi‟ie yang dikekalkan huruf mad ketika
waqof dan tidak ketika wasol.
iii. Ketika huruf mad terdapat dalam kalimah yang dibaca secara wasol dan tidak
ketika waqof. Ia berlaku ketika keadaan berikut:
Mad Silah ( ) seperti:
88
61
37
Ada pun ketika diberhentikan bacaan pada huruf Ha‟ dhomir (waqof), maka huruf Ha‟
dhomir tersebut dimatikan barisnya (sukun), tidak lagi berada dalam keadaan hukum
mad.
Mad al-„Aridh lis-Sukun ( ). Ketika ia dalam keadaan disambung
bacaan ayat padanya (wasol) maka ia adalah Mad Tobi‟ie.
Mad Tobi’ie Harfi ( )
Mad Tobi’ie Harfi ialah Mad Tobi‟ie yang wujud pada salah satu daripada huruf Hijaiyyah
yang menjadi permulaan bagi sesetengah surah dalam al-Quran seperti:
1 dan 1 Pada haruf Ha‟ dalam kalimah:
Mad ini berlaku hanya pada lima huruf sahaja yang diringkaskan dalam perkataan ح
Huruf-huruf Hijaiyyah ini sebenarnya adalah terdiri daripada ejaan dua huruf yang .طهر
mana huruf keduanya adalah huruf mad. Oleh itu kita membacanya : ا –طا –را –ھا –حا .
Huruf mad ini kekal sentiasa sama ada ketika wasol ataupun ketika waqof.
Mad-Mad Yang Berada Di Bawah Mad Tobi’ie Kalimi:
1. Mad Tamkin ( ).
Mad Tamkin terjadi apabila huruf Wau Mad bertemu dengan huruf Wau berbaris atau
pun huruf Ya' Mad bertemu dengan huruf Ya' berbaris. Dinamakan Mad Tamkin kerana
ditetapkan (tamkin) bacaan Mad Tobi‟ie tersebut bagi menegah berlakunya idgham atau
jatuhnya huruf mad tersebut. Terdapat tiga gambaran bagi mad ini iaitu:
i. Huruf Ya' Mad berada selepas huruf Ya' bertasydid dan berbaris bawah (kasrah)
seperti:
62
86
ii. Huruf Wau Mad berada sebelum Wau berbaris seperti:
25
atau huruf Ya‟ Mad berada sebelum Ya‟ berbaris seperti:
203
iii. Huruf Wau Mad berada selepas huruf Wau berbaris hadapan (dhommah) seperti:
78
atau huruf Ya' Mad berada selepas huruf Ya' berbaris di bawah (kasrah) seperti:
156
Kadar Mad Tamkin ialah 2 harakat iaitu kadar bagi Mad Tobi‟ie.
Mad ini boleh bertukar menjadi Mad „Aridh Lis-Sukun jika berada dalam keadaan
diberhentikan bacaan ayat padanya (waqof). Kadar madnya harus dibaca 2, 4 atau 6
harakat. Ada pun jika berada dalam keadaan wasol maka ia kekal sebagai Mad Tamkin
dan kadar madnya hanyalah 2 harakat sahaja. Contoh ayat ialah:
75
69
Mad ini juga boleh bertukar menjadi Mad Jaiz Munfasil jika wasol. Kadar madnya adalah
4 atau 5 harakat. Ada pun jika berada dalam keadaan waqof, maka ia kekal sebagai
Mad Tamkin dan kadar madnya hanyalah 2 harakat sahaja. Contoh ayat ialah:
63
26
2 Mad ‘Iwadh ( )
Mad ‘Iwadh berlaku apabila digantikan baris dua di atas (tanwin mansub dan maftuh)
kepada huruf Alif Mad ketika waqof.
Mad ini adalah sebagaimana gambaran berikut:
Huruf Alif Mad ditulis, seperti:
11
Huruf Alif Mad tidak ditulis, seperti:
10
171
Isim Maqsur ( ) berbaris dua di atas (tanwin), seperti:
44
60
Nun Tawkid Khafifah ( ) ditulis dengan berbaris dua di atas (tanwin).
Keadaan ini hanya terdapat dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu:
32
64
15
Ada pun huruf Ta‟ marbutoh ( ) berbaris dua di atas ( ), maka hukumnya
hendaklah digugurkan huruf tersebut ketika waqof dan digantikan dengan huruf Ha‟ ( ).
Contohnya:
4
b) Mad Far'ie:
Takrif Mad Far'ie:
Mad Far'ie ialah mad yang dipanjangkan suara pada salah satu huruf-huruf mad yang
ditambah kadar harakatnya lebih daripada kadar Mad Tobi‟ie. Kewujudannya adalah
bergantung kepada sebab huruf Hamzah atau huruf mati (sukun). Dinamakan juga mad ini
dengan Mad Mazidi ( ).
Kadang-kadang huruf Hamzah berada sebelum huruf mad atau selepasnya pada satu
kalimah atau dua kalimah. Contohnya:
37
1
90
9
65
Ada pun sebab huruf sukun (mati), ia mestilah berada hanya selepas huruf mad atau
selepas huruf Lin. Ia tidak menjadi mad kecuali sekiranya huruf sukun (mati) berada
selepas huruf mad atau huruf Lin dalam satu kalimah. Contohnya:
5
68
33
1
Mad Far'ie yang disebabkan oleh huruf Hamzah terbahagi kepada tiga iaitu:
i. Mad Badal ( )
ii. Mad Wajib Muttasil ( )
iii. Mad Jaiz Munfasil ( ) dan termasuk dalam mad ini ialah Mad Silah
Kubra ( ).
Mad Far'ie yang disebabkan oleh baris mati (sukun) terbahagi kepada dua iaitu:
i. Lazim ( )
ii. „Aridh lis-Sukun ( )
66
Hukum Mad Far'ie dan Pembahagiaannya
Terdapat tiga hukum bagi Mad Far'ie iaitu:
i. Lazim: Hukum ini khusus bagi Mad Lazim dan jenis-jenisnya. Ia adalah apa yang
disepakati oleh para Qurra‟ tentang memanjangkan mad dan kadarnya.
ii. Wajib: Hukum ini khusus bagi Mad Muttasil. Ia adalah apa yang disepakati oleh
para Qurra‟ tentang memanjangkan madnya dan berbeza pandangan tentang
kadarnya.
iii. Jaiz (harus): Hukum ini bagi Mad Munfasil, Mad „Aridh lis-Sukun dan Mad Badal. Ia
adalah apa yang tidak disepakati oleh para Qurra‟ tentang memanjangkan mad dan
kadarnya.
Nama-nama ini iaitu Lazim, Wajib dan Jaiz adalah dilihat kepada bacaan-bacaan yang
pelbagai, bukan dilihat kepada satu riwayat atau satu toriq (jalan) sahaja.
Oleh kerana itu, Mad Munfasil sebagai contoh dinamakan Jaiz kerana perbezaan
pandangan para Qurra‟ tentang memanjangkan mad ini dan kadarnya. Sebahagian
para Qurra‟ memendekkannya dengan kadar 2 harakat. Sebahagiannya pula
memanjangkannya 4, 5 atau 6 harakat. Ini tidak bermakna harus memendekkannya
dengan 2 harakat berdasarkan riwayat Hafs mengikut toriq Syatibiyyah, bahkan telah
ditentukan madnya berdasarkan kepada apa yang telah ditetapkan mengikut toriq ini
dengan kadar 4 atau 5 harakat.
Mad-Mad yang Berada di Bawah Mad Far'ie:
1. Mad Wajib Muttasil ( )
Mad Wajib Muttasil ialah apabila huruf Hamzah berada selepas huruf mad pada satu
kalimah sama ada huruf Hamzah berada di tengah kalimah atau diakhirnya.
67
Contoh bagi mad ini ialah:
5
1
Kadar madnya ialah 4 atau 5 harakat sama ada ketika waqof atau wasol.
Walaubagaimana pun, 4 harakat adalah lebih masyhur dan diutamakan untuk diguna.
Begitu juga harus menggunakan 6 harakat jika huruf Hamzah berada di akhir kalimah
ketika waqof.
56
1
Sebab dinamakan: Dinamakan Muttasil kerana huruf mad bersambung (muttasil) dengan
huruf Hamzah selepasnya dalam satu kalimah.
Hukumnya: wajib kerana semua para Qurra‟ melihat wajib memanjangkannya lebih
daripada Mad Tobi‟ie dan dalam masa yang sama mereka tidak sepakat kadar
tambahan panjang tersebut. Oleh kerana itu, ia dikenali dengan Mad Wajib Muttasil.
Sebab dipanjangkan mad ini adalah kerana huruf Hamzah sukar disebut. Huruf tersebut
adalah huruf yang sukar disebut dengan kuat dan jauh daripada tempat keluar huruf
( ). Oleh kerana itu, dipanjangkan mad sebelumnya agar boleh disebut dengan cara
yang betul. Terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa dipanjangkan mad ini
kerana huruf mad berada dalam keadaan yang lemah dan tersembunyi manakala huruf
Hamzah pula kuat dan sukar. Maka ditambah panjang mad untuk menguatkan
kelemahannya dan menjaganya daripada gugur apabila dibaca cepat.
68
2. Mad Jaiz Munfasil ( )
Mad Jaiz Munfasil ialah apabila huruf Hamzah berada selepas huruf mad dengan syarat
kedua-duanya berasingan dalam kalimah yang berlainan iaitu huruf mad berada dalam
satu kalimah dan huruf Hamzah berada di awal kalimah yang kedua.
Contoh bagi mad ini ialah:
9
Pengasingan di antara huruf mad dan huruf Hamzah terdapat dalam dua bentuk:
i. Hakiki; iaitu huruf mad wujud pada tulisan rasm dan lafaz seperti:
6
ii. Hukmi; iaitu huruf mad digugurkan pada tulisan rasm tetapi wujud pada lafaz
seperti:
6
66
31
Perlu diperingatkan bahawa tidak harus diberhentikan bacaan ayat padanya (waqof)
pada juzuk yang pertama seperti pada ا atau ھا dalam contoh di atas kerana ia ditulis
secara rasm dalam satu kalimah, tidak boleh diasingkan antara satu sama lain.
Kadar madnya: 4 atau 5 harakat. Walaubagaimana pun, 4 harakat adalah lebih utama
untuk digunakan.
69
Sebab dinamakan: Dinamakan Munfasil kerana huruf mad berasingan (munfasil)
daripada huruf Hamzah. Setiap daripada dua huruf tersebut berada dalam kalimah
yang berasingan.
Hukumnya: Harus (jaiz); kerana harus memendek madnya kepada 2 harakat di sisi
sebahagian Qurra‟. Oleh kerana itu ia dinamakan Mad Jaiz Munfasil (
). Walaubagaimana pun ia tidak harus bagi Hafs daripada „Asim mengikut toriq
Syatibiyyah. Hukum mad ini mengikut toriq ini adalah wajib iaitu seperti Mad Muttasil: 4
atau 5 harakat. Dinamakannya dengan jaiz kerana ia dibaca dengan 2 harakat dengan
mengikut toriq yang lain iaitu Hasf mengikut toriq sebahagian Toyyibah.
Perhatian:
i. Termasuk dalam Mad Munfasil dari sudut hukum dan nama ialah Mad Silah Kubra
( ).
ii. Sebab berlakunya Mad Munfasil ialah huruf Hamzah berada selepas huruf mad
iaitu huruf mad dalam satu kalimah dan huruf Hamzah dalam satu kalimah yang lain. Jika
diberhentikan bacaan ayat padanya (waqof) iaitu pada kalimah yang pertama maka
akan hilang penambahan kadar mad kerana sebabnya sudah tiada iaitu huruf Hamzah.
Mad ketika itu menjadi Mad Tobi‟ie. Contohnya:
- 102
atau mad ketika itu menjadi Mad Badal jika sebelum huruf mad terdapat huruf Hamzah.
Contohnya:
102
Adapun jika disambungkan bacaan ayat padanya (wasol) maka ia menjadi Mad
Munfasil. Perkara ini berlaku pada Mad dalam bentuk hakiki. Ada pun dalam bentuk
hukmi maka mad ini kekal sama ada disambungkan bacaan ayat padanya (wasol) atau
diberhentikan bacaan ayat padanya (waqof) kerana tidak boleh diberhentikan bacaan
70
ayat padanya (waqof) pada juzuk yang pertama sebagaimana yang telah diterangkan.
Contohnya:
6
3. Mad Badal ( )
Mad Badal ialah apabila huruf Hamzah berada sebelum huruf mad dalam satu kalimah
dan tidak ada selepas huruf mad huruf Hamzah atau baris mati (sukun). Contohnya:
31
173
101
Kadar madnya: 2 harakat.
Sebab dinamakan: Dinamakan Mad Badal kerana penukaran (badal) huruf Hamzah
kepada huruf Mad. Asal Mad Badal ialah terkumpulnya dua huruf Hamzah. Huruf Hamzah
yang pertama berbaris dan huruf Hamzah yang kedua sukun (mati). Maka ditukar huruf
Hamzah yang kedua menjadi huruf mad yang sama jenis dengan baris yang sebelumnya.
Contohnya:
Ini adalah kalimah asal. Kemudian huruf Hamzah yang kedua telah ditukar menjadi huruf
Alif, maka jadilah :
71
kerana kesesuaiannya dengan baris huruf Hamzah yang pertama supaya mudah dibaca.
Contoh lain ialah:
،
Hukumnya: Harus. Ini kerana sebahagian para Qurra‟ mengharuskan dipanjangkan
madnya. Semua para Qurra‟ memendekkan kadar mad ini kepada 2 harakat kecuali
Warsy daripada Imam Nafi‟. Pada pendapatnya boleh dibaca 2, 4 dan 6 harakat.
Mad Syabih bil-Badal ( )
Mad Syabih bil-Badal ialah mad yang menyerupai mad Badal apabila huruf Hamzah
berada sebelum huruf mad dalam satu kalimah dan huruf mad tersebut bukan ditukar
daripada huruf Hamzah. Contohnya:
9
39
61
Keadaan-keadaan bagi Mad Badal dan Mad Syabih bil-Badal dari sudut dikekalkan atau
digugurkan mad sama ada ketika wasol atau waqof adalah seperti berikut:
a. Dikekalkan Mad Badal sama ada ketika wasol atau waqof. Contohnya:
31
b. Dikekalkan Mad Badal ketika waqof, tidak ketika wasol. Contohnya:
171
72
Ketika waqof, hendaklah dibaca dengan lafaz دعاءا iaitu ditambah huruf Alif selepas
huruf Hamzah. Disebutkan juga ia sebagai Mad „Iwadh dan kadang-kadang dinamakan
Mad Badal yang lahir daripada Mad „Iwadh.
c. Dikekalkan Mad Badal ketika wasol, tidak ketika waqof. Contohnya:
29
Mad pada huruf Alif ketika waqof menjadi Mad „Aridh lis-Sukun, bukan Mad Badal.
d. Dikekalkan Mad Badal ketika dijadikan ia sebagai permulaan bacaan ayat
padanya sahaja. Ia berlaku apabila huruf Hamzah yang pertama adalah Hamzah Wasol
dan yang kedua adalah Hamzah Qoto‟ ( ). Contohnya:
4
283
Huruf Hamzah berbaris mati dalam perkataan di atas ditukar ke huruf mad ketika
dijadikan ia sebagai permulaan bacaan ayat padanya sebagaimana yang akan
diterangkan selepas ini.
4. Mad Lazim ( )
Mad Lazim ialah apabila baris mati asal (sukun asli) berada selepas huruf mad atau
selepas huruf Lin dalam satu kalimah atau huruf daripada huruf-huruf pembuka surah
sama ada ketika wasol atau waqof. Contohnya bagi kalimah:
7
Contoh bagi huruf:
1 ، 1
73
Ada pun jika huruf mad berada di akhir kalimah dan baris mati asal (sukun asli) berada
pada kalimah yang lain maka digugurkan huruf mad ketika disambung bacaan dua
kalimah tersebut dan menjadi Mad Tobi‟ie ketika diberhentikan bacaan pada kalimah
pertama. Ini adalah daripada bentuk yang telah dibicarakan sebelum ini iaitu dikekalkan
ketika waqof dan digugurkan ketika wasol. Contohnya:
25
116
35
Sebab dinamakan: Dinamakan Lazim kerana mesti (lazim) sebabnya pada dua keadaan
ketika wasol dan waqof. Sesetengah pandangan pula berkata bahawa dinamakan Lazim
kerana mesti (lazim) madnya di sisi semua Qurra‟ mad yang sama dengan kadar 6
harakat yang disepakati ketika waqof dan wasol kecuali pada huruf „Ain pembuka surah
Maryam dan Syura. Ia harus dibaca dengan 6 dan 4 harakat.
Hukumnya: lazim. Perbezaan nama antara lazim dengan wajib adalah daripada sudut
istilah. Ada pun daripada sudut makna bahasa, tidak ada perbezaan di antara kedua-
duanya iaitu tidak harus dipendekkan 2 harakat salah satu daripada kedua-duanya di
sisi salah seorang daripada para Qurra‟. Jika dibaca dengan dipendekkan 2 harakat
maka ia merupakan kesalahan yang nyata dan kesilapan yang sangat jelas.
Kadar madnya: Kadar Mad Lazim bagi semua bentuknya adalah 6 harakat.
Mad Lazim terbahagi kepada dua iaitu Mad Lazim Kalimi dan Mad Lazim Harfi. Setiap
daripada kedua-duanya terbahagi kepada muthaqqal ( ) dan mukhaffaf ( )
74
Mad Lazim Kalimi:
Mad Lazim Kalimi terbahagi kepada dua iaitu:
i. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal:
Mad Lazim Kalimi Muthaqqal berlaku apabila selepas huruf mad terdapat huruf berbaris
mati yang asal (sukun asli) yang dimasukkan ke dalam huruf yang selepasnya (idgham)
dalam satu kalimah. Contohnya:
7
1
80
Sebab dinamakan: Dinamakan „kalimi‟ kerana huruf berbaris mati yang asal berada
selepas huruf mad pada satu kalimah dan bukannya berada dalam kalimah yang
berbeza. Dinamakan „muthaqqal‟ (sukar) kerana huruf yang berbaris mati (sukun asli)
dimasukkan ke dalam huruf yang selepasnya (menjadi tasydid) yang membawa kepada
sukar untuk membaca dan menyebutnya.
Berlakunya mad di sini kerana tidak boleh terkumpulnya 2 huruf yang berbaris mati
(sukun) iaitu huruf mad yang berbaris mati (sukun) dan huruf yang selepasnya yang
berbaris mati ketika wasol. Oleh kerana itu dipanjangkan mad.
Perhatian:
Termasuk dalam golongan mad ini juga jika situasi yang sama berlaku dalam dua
kalimah. Walaubagaimana pun, ia dikenali sebagai Mad Farq. Ia juga diharuskan dibaca
dengan tashil. Contohnya:
75
59
143
Mad ini akan diterangkan semula selepas ini.
ii. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf:
Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf berlaku apabila selepas huruf mad terdapat huruf berbaris
mati yang asal (sukun asli) yang tidak dimasukkan ke dalam huruf yang selepasnya (tidak
idgham) dalam satu kalimah. Hanya terdapat dua tempat sahaja di dalam al-Quran
contoh mad ini yang kedua-duanya adalah kalimah yang sama iaitu:
51
91
Sebab dinamakan: Dinamakan „kalimi‟ kerana kerana huruf berbaris mati yang asal
berada selepas huruf mad pada satu kalimah. Dinamakan „mukhffaf‟ (ringan) kerana
huruf yang berbaris mati (sukun) tidak dimasukkan ke dalam huruf yang selepasnya. Ia
tidak ringan dan tidak sukar untuk dibaca kerana tidak ada tasydid.
Hukumnya: Mad ini dibaca dengan kadar 6 harakat kerana ia tergolong dalam Mad
Lazim. Ia juga dinamakan Mad Farq. Terdapat juga wajah yang lain bagi mad ini iaitu
dibaca dengan tashil. Tashil ini berlaku apabila ditahqiqkan huruf Hamzah yang pertama
dan ditashilkan huruf Hamzah yang kedua. Walaubagaimana pun, mad ini lebih utama
dibaca dengan 6 harakat.
76
Mad Lazim Harfi:
Mad ini dikhususkan kepada huruf-huruf yang menjadi pembuka sebahagian daripada
surah-surah dalam al-Quran. Bilangan keseluruhan huruf-huruf ini ialah 14 huruf yang
terdapat dalam pembuka 29 surah. Diringkaskan huruf-huruf tersebut dalam bentuk ayat:
( ) atau ( ) atau
( ) atau ( ).
Sebab dinamakan: Dinamakan „harfi‟ kerana huruf berbaris mati (sukun asli) berada
selepas huruf mad dalam salah satu huruf hijaiyyah yang terdapat pada pembuka-
pembuka surah.
Hukumnya: Huruf-huruf yang terdapat dalam pembuka sebahagian surah terbahagi
kepada:
Tidak dibaca dengan mad. Ia sentiasa dibaca pendek tanpa ada perbezaan
pandangan Qurra‟ mengenainya. Huruf tersebut ialah Alif. Ini kerana tidak ada huruf
mad di dalam huruf tersebut. Ia dibaca dengan ( ).
Dibaca dengan kadar 2 harakat. Ia dibaca demikian apabila huruf hijaiyyahnya
adalah dua. Contohnya:
1
Ia dibaca dengan . Ia tergolong daripada kumpulan 5 huruf iaitu .
Dibaca dengan 4 atau 6 harakat. Ia dibaca demikian apabila huruf hijaiyyahnya
adalah tiga dalam huruf tersebut dan huruf tengahnya adalah huruf Lin. Ia tidak berlaku
kecuali pada huruf „Ain ( ) : dalam 2 pembuka surah iaitu Surah Maryam dan Syura:
1
77
2
Mad ini lebih utama dibaca dengan 6 harakat.
Dibaca dengan 6 harakat tanpa ada perbezaan pandangan dikalangan Qurra‟.
Ia dibaca demikian apabila huruf hijaiyyahnya adalah tiga dan huruf tengahnya adalah
huruf mad. Ia adalah 7 huruf yang terkumpul dalam ( ).
Mad Lazim Harfi terbahagi kepada dua iaitu:
i. Mad Lazim Harfi Muthaqqal
Mad ini berlaku apabila selepas huruf mad terdapat huruf berbaris mati asli (sukun asli)
yang dimasukkan ke dalam huruf selepasnya (idgham). Huruf hijaiyyahnya adalah tiga
dalam huruf tersebut dan huruf tengahnya adalah huruf mad. Huruf ketiga adalah
berbaris mati (sukun asli) dimasukkan ke dalam huruf yang selepasnya (idgham).
Contohnya:
1
1
Dibaca contoh yang pertama „ ‟. Huruf Lam ( ) mengandungi 3 huruf hijaiyyah ( ).
Contoh yang kedua dibaca dengan .
Dinamakan „muthaqqal‟ (sukar) kerana huruf berbaris mati dimasukkan ke dalam huruf
selepasnya (idgham) dan ia menyukarkan untuk menyebutnya.
ii. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
Mad ini berlaku apabila selepas huruf mad atau selepas huruf Lin terdapat huruf berbaris
mati asli (sukun asli) yang tidak dimasukkan ke dalam huruf selepasnya (tidak idgham).
78
Disyaratkan pada huruf tersebut mempunyai tiga huruf hijaiyyah dan huruf tengahnya
adalah huruf mad atau huruf Lin serta huruf akhirnya adalah berbaris mati asli (sukun
asli). Contohnya:
1
1
1
Dinamakan „mukhaffaf‟ (ringan) kerana huruf berbaris mati (sukun asli) tidak dimasukkan
ke dalam huruf selepasnya yang membawa tidak ada tasydid dan ringan untuk
disebutkan.
Perhatian:
Dalam firman Allah Ta‟ala:
12
Ketika wasol bagi „انى‟ dengan selepasnya, huruf Mim hendaklah dibaris atas (fathah).
Huruf Ya‟ pula harus dibaca dengan dua wajah:
1. Huruf Ya‟ pada huruf Mim ( ) dipanjangkan 2 harakat sahaja iaitu :
( ). Wajah ini adalah lebih utama untuk dibaca.
2. Huruf Ya‟ pada huruf Mim ( ) dipanjangkan 6 harakat ( ).
Ada pun ketika waqof pada „انى‟, huruf Mim dipanjangkan 6 harakat dengan huruf Mim
berbaris mati (sukun). Golongan yang memanjangkannya 6 harakat ketika wasol melihat
bahawa huruf mim dibariskan atas (fathah) kerana bertemunya dua huruf yang mati
79
(sukun). Baris di atas pada huruf mim tidak diambil kira. Kewujudannya adalah sama
seperti ketiadaannya. Golongan yang memendekkannya kepada 2 harakat pula melihat
bahawa wajib dipanjangkan huruf mad ketika bertemu dua huruf yang mati (sukun)
adalah untuk membezakan di antara keduanya. Huruf mim pada يى telah dibariskan atas
maka tidak ada keperluan untuk memanjangkannya 6 harakat kerana telah hilang sebab
berlakunya Mad Lazim iaitu baris mati (sukun).
5. Mad Farq (مد الفرق)
Apabila huruf Hamzah Istifham (pertanyaan) bertemu dengan huruf Hamzah Wasol maka
huruf Hamzah Wasol ditukar menjadi huruf Mad. Dinamakan mad ini dengan Mad Farq.
Mad ini tergolong daripada Mad Lazim kerana baris mati (sukun) pada huruf yang
selepas daripada huruf mad adalah asli dan lazim, bukannya datang kemudian („Aridh)
sama ada ketika muthaqqal atau mukhaffaf.
Contoh ketika muthaqqal ialah:
143
59
Contoh ketika mukhaffaf ialah:
51
Dinamakan Farq (perbezaan) kerana untuk membezakan antara Khabar ( ) dan
Istifham ( ) iaitu apabila kita memanjangkannya kita membezakan antara kalimah-
kalimah ini berbanding dengan kalimah-kalimah yang tidak mempunyai Istifham ( ).
Apabila dimasukkan huruf Hamzah Istifham ke atas Isim Ma‟rifah ( ) yang
mempunyai Lam at-Ta‟rif ( ) maka ditukar Hamzah Lam at-Ta‟rif kepada huruf Alif Mad
80
untuk membezakan di antara Istifham dan Khabar. Huruf yang ditukar ialah Hamzah
Wasol dan bukannya Hamzah Istifham. Oleh kerana dalam keadaan ini telah bertemu
dua huruf berbaris mati maka ia dipanjangkan sebanyak 6 harakat. Wajah bacaan ini
adalah lebih utama untuk dibaca. Harus juga dibaca dengan wajah tashil iaitu ditashilkan
huruf yang kedua iaitu huruf Hamzah Wasol disebut secara pertengahan tanpa
dipanjangkan.
Tashil dilakukan dengan cara disebut huruf Hamzah dengan gambaran
pertengahan antara huruf Hamzah dengan huruf Alif.
Jenis mad ini tidak berlaku kecuali pada tiga kalimah yang terdapat pada enam tempat
yang disebutkan kemudian.
6. Mad ‘Aridh lis-Sukun ( )
Mad ‘Aridh lis-Sukun berlaku apabila selepas huruf mad terdapat huruf berbaris pada
akhir kalimah yang kemudiannya dibaris mati disebabkan waqof. Dalam keadaan ini
baris mati (sukun) adalah datang kemudian („Aridh) kerana waqof selepas huruf mad.
Perbincangan ini juga ada kaitan dengan huruf Lin yang akan dibicarakan selepas ini.
Huruf berbaris mati yang diberhentikan bacaan ayat padanya ke atasnya kadang-
kadang adalah huruf hamzah dan kadang-kadang bukan huruf tersebut. Contohnya:
5
30
16
56
17
81
77
Sebab dinamakan: Sebab dinamakan Mad „Aridh lis-Sukun (baris mati datang kemudian)
kerana sebabnya adalah datang kemudian ketika waqof, iaitu baris mati.
Mad ini juga dikenali sebagai Mad lis-Sukun „Aridh ( ) dan Mad „Aridh lil-
Waqfi ( ).
Pembahagian Mad ‘Aridh lis-Sukun:
Mad „Aridh terbahagi kepada empat iaitu:
1. Mad A’ridh lis-Sukun Mutlak ( ). Maksudnya ialah apabila ia
berada dalam keadaan disambungkan bacaan ayat padanya (wasol) maka dia menjadi
Mad Tobi‟ie dan ketika waqof maka dia menjadi Mad „Aridh lis-Sukun. Jenis mad ini harus
(jaiz) dipanjangkan dengan 2, 4 atau 6 harakat. Sebahagian daripada Ulama Tajwid
menyatakan bahawa wajah yang lebih utama untuk dibaca ialah pertengahan iaitu 4
harakat kerana meraikan pertemuan dua huruf berbaris mati dan kerana baris mati
(sukun) datang kemudian. Contohnya:
184
91
2. Mad Muttasil ‘Aridh lis-Sukun ( ). Jenis mad ini wajib
dipanjangkan dengan 4 atau 5 harakat dan harus (jaiz) dipanjangkan dengan 6 harakat.
Contohnya:
19
82
3. Mad Badal ‘Aridh lis-Sukun ( ). Jenis mad ini harus (jaiz)
dipanjangkan dengan 2, 4 atau 6 harakat. Contohnya:
36
4. Mad Lin ‘Aridh lis-Sukun ( ). Keterangan terperinci mengenainya
adalah sebagaimana berikut:
Mad Lin ‘Aridh lis-Sukun ( ):
Mad ini berlaku apabila selepas huruf Lin terdapat baris mati yang datang kemudian
(sukun „aridh) disebabkan waqof. Ia berlaku pada huruf Wau dan Ya' berbaris mati
(sukun) dan sebelumnya berbaris di atas (fathah). Contohnya:
68
1
52
28
Sebab dinamakan: Dinamakan dengan huruf Lin (lembut) kerana ia keluar daripada
dengan lembut tanpa kepayahan pada lidah berbanding dengan huruf-huruf yang lain.
Terdapat juga pandangan lain dinamakan huruf Lin kerana dua huruf Lin adalah
sebahagian daripada huruf mad yang mudah disebut dengan kedua-duanya. Maka huruf
Wau dan Ya' pada huruf Lin tidak dinamakan 2 huruf mad jaufiyyah (rongga) bahkan ia
adalah 2 huruf yang lembut. Tempat keluar kedua-dua huruf ini berbeza dengan huruf
mad yang keluar daripada rongga. Huruf Wau Lin keluar daripada 2 bibir, huruf Ya' Lin
keluar daripada tengah lidah. Kedua-dua huruf Lin lebih lemah daripada huruf mad.
83
Hukumnya: Hukum dua huruf Lin ketika diberhentikan bacaan ayat padanya (waqof)
adalah hukum Mad „Aridh lis-Sukun. Harus (jaiz) dibaca dengan kadar 6, 4 atau 2
harakat.
Ada pun ketika dibaca huruf Lin di waktu disambungkan bacaan ayat padanya (wasol)
maka hendaklah dibaca dengan 2 harakat. 2 harakat di sini ialah menggugurkan panjang
kedua-dua huruf tersebut secara mutlak iaitu 2 huruf tersebut disebut sebagaimana
sebutan huruf-huruf yang lain sekadar terlaksananya hak huruf sahaja.
7. Mad Silah ( )
Mad Silah adalah adalah khusus kepada huruf Ha' ( ) kinayah. Ia adalah huruf Ha‟
tambahan terhadap kalimah yang menunjukkan kepada Mufrad Muzakkar Ghaib (
). Asal huruf ini berbaris hadapan (dhommah). Walaubagaimana pun jika
sebelumnya berbaris di bawah atau huruf Ya' berbaris mati (sukun) maka ia berbaris
dibawah.
Daripada takrif ini, ia mengeluarkan jenis-jenis huruf Ha' yang lain iaitu :
Huruf Ha‟ Asli ( ). Contohnya:
91
115
Huruf Ha‟ yang menunjukkan satu yang muannath ( ). Contohnya:
35
Huruf Ha‟ yang menunjukkan kepada dua ( ). Contohnya:
84
229
Huruf Ha‟ yang menunjukkan kepada banyak ( ). Contohnya:
7
Keadaan-keadaannya: Ha' kinayah berada pada kata nama ( ), kata perbuatan ( )
dan kata sendi ( ). Ia berlaku dalam 4 keadaan.
i. Ia berada di antara dua huruf berbaris mati. Ia tidak dibaca dengan kadar yang
panjang tetapi dibaca dengan kadar barisnya sahaja. Contohnya:
46
ii. Sebelumnya adalah huruf yang berbaris dan selepasnya adalah huruf yang mati
(sukun). Ia tidak sekali-kali dibaca dengan kadar yang panjang. Ia dibaca dengan kadar
barisnya sahaja. Contohnya:
1
iii. Sebelumnya adalah huruf yang berbaris mati dan selepasnya adalah huruf yang
berbaris. Contohnya:
2
7
85
Ia tidak dibaca dengan kadar yang panjang bahkan dibaca dengan kadar barisnya
sahaja kecuali pada satu tempat sahaja iaitu:
69
Hafs membacanya dengan huruf Ha‟ dibaris bawah (kasrah) dengan kadar 2 harakat
berdasarkan kepada Mad Silah. Sebab hakiki terjadinya mad di sini kerana berdasarkan
talaqqi dan riwayat. Hafs telah menyalahi kaedah di tempat ini dan mengikut bacaan
Ibnu Kathir al-Makki.
iv. Huruf Ha‟ kinayah berada di antara dua huruf yang berbaris. Contohnya:
15
Pada keadaan ini, huruf Ha' bersambung dengan huruf Wau Mad Lafziyyah (نفظت) ketika
wasol sekiranya huruf Ha' berbaris hadapan (dhommah) selepas huruf berbaris hadapan
(dhommah) juga. Contohnya:
105
Ia juga berlaku apabila huruf Ha‟ berbaris hadapan (dhommah) selepas huruf berbaris
atas (fathah). Contohnya:
11
Mad Silah juga berlaku pada keadaan ini apabila huruf Ha' bersambung dengan huruf
Ya' Mad Lafziyyah ketika disambung bacaan ayat padanya (wasol) sekiranya huruf Ha'
berbaris di bawah selepas huruf berbaris di bawah. Contohnya:
15
86
Kadar mad dalam keadaan ini ialah 2 harakat sebagaimana Mad Tobi‟ie. Dinamakan
Mad Silah (sambung) kerana ia tidak terjadi kecuali ketika wasol Ia juga kerana huruf Ha'
dhomir bersambung dengan huruf Wau atau Ya' Mad ketika wasol.
Keadaan yang keempat ini dikecualikan di 4 tempat di dalam al-Quran iaitu:
a. Dua tempat berikut ialah:
11136
Hafs membacanya dengan membaris matikan (sukun) huruf Ha' sama ada ketika wasol
atau waqof.
b. Satu tempat berikut:
28
Hafs membacanya dengan membaris matikan (sukun) huruf Ha‟ sama ada ketika
disambungkan bacaan ayat padanya wasol atau waqof. Dinamakan ia sebagai Sukun as-
Silah al-Kubra (سكى انصهت انكبري) kerana kaedah menetapkan sambungan huruf Ha‟ ini
adalah Mad Silah Kubra disebabkan terdapatnya huruf Hamzah selepasnya.
c. Satu tempat berikut:
7
Hafs membacanya dengan pendek iaitu dengan baris hadapan sahaja tanpa silah.
Dinamakan ia sebagai Qasru as-Silah as-Sughra ( ).
Ada pun tempat berikut:
52
87
Hafs membaca dengan pendek kerana huruf Qaf adalah mati (sukun) dan selepasnya
huruf Ha‟ berbaris. Ia adalah termasuk dalam keadaan yang ketiga yang tidak
dipanjang.
Dikecualikan daripada dibaris bawahkan huruf Ha' Kinayah yang berada selepas huruf
Ya' berbaris mati (sukun) pada dua tempat, Hafs telah membaris hadapan (dhommah)
huruf Ha' di kedua-dua tempat tersebut sebagai ganti baris bawah. Dua tempat tersebut
ialah:
63
10
Huruf Ha‟ pada Isim al-Isyarah ( ) bagi Mufradah Muannathah ( ) termasuk
sebahagian daripada huruf Ha' Kinayah jika sekiranya berada antara dua huruf yang
berbaris. Huruf Ha' tersebut disambung dengan Ya' Lafziyyah ketika wasol kerana ia
berada selepas baris mati (sukun). Hukum ini dilaksanakan dalam semua al-Quran.
Contohnya:
138[
Bentuk-bentuk Mad Silah:
Terdapat dua bentuk Mad Silah iaitu:
i. Mad Silah Kubra ( ):
Mad ini yang juga dikenali sebagai Mad Silah Towilah ( ) adalah Mad Far'ie
yang bergantung kepada sebab iaitu apabila selepas huruf Ha' Kinayah yang berbaris
yang berada selepas huruf yang berbaris terdapat huruf Hamzah. Hukumnya harus
dipanjangkan 4 atau 5 harakat kerana ia sebahagian daripada Mad Muttasil.
88
Contohnya:
138
Ia dibaca dengan: .
ii. Mad Silah Sughra ( ).
Mad ini yang juga dikenali sebagai Mad Silah Qasirah ( ) berlaku apabila Ha'
Kinayah berada di antara dua huruf yang berbaris dalam keadaan huruf yang kedua
adalah bukan huruf Hamzah. Hukumnya dibaca 2 harakat. Contohnya:
30
Ia dibaca dengan: . Ia disambung dengan Wau Mad yang lahir
daripada baris hadapan (dhommah) dan Ya' Mad yang lahir daripada baris bawah
(kasrah).
5.3 MARTABAT MAD-MAD
Martabat mad-mad berbeza daripada sudut kekuatan dan kelemahan. Ia berdasarkan
kepada pelbagai sebab. Semua mad bukan berada pada satu martabat sahaja, bahkan
ada sebahagiannya yang kuat dan ada sebahagiannya yang lemah. Ia diketahui melalui
kadar mad dan bilangan harakatnya.
Berikut ialah mad yang paling kuat hingga yang paling lemah:
1. Mad Lazim kerana kadar panjangnya adalah 6 harakat.
2. Mad Wajib Muttasil kerana kadar panjangnya adalah 4, 5 atau 6 harakat.
3. Mad „Aridh lis-Sukun kerana kadar panjangnya adalah 2, 4 atau 6 harakat.
4. Mad Jaiz Munfasil kerana kadar panjangnya adalah 2, 4, 5 atau 6 harakat.
5. Mad Badal kerana kadar panjangnya adalah 2, 4 atau 6 harakat.
89
Penetapan martabat mad di atas adalah dilakukan oleh para Imam Qurra‟ yang sepuluh.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebagaimana berikut:
1. Sekiranya terkumpul dua sebab mad pada huruf yang satu maka salah satunya
adalah lemah dan satu lagi adalah kuat. Justeru, hendaklah beramal dengan yang kuat
dengan mengenepikan yang lemah. Contohnya:
2
Dalam contoh di atas, Mad Badal dan Mad Lazim yang terkumpul pada huruf Alif. Maka
hendaklah beramal dengan Mad Lazim.
4
Dalam contoh di atas, Mad Wajib Muttasil dan Mad Badal terkumpul pada huruf Alif.
Maka hendaklah beramal dengan yang lebih kuat iaitu Mad Wajib Muttasil.
14
Dalam contoh di atas ketika waqof, Mad „Aridh lis-Sukun dan Mad Badal terkumpul pada
huruf Wau. Maka hendaklah beramal dengan Mad „Aridh lis-Sukun kerana ia lebih kuat.
70
Dalam contoh di atas ketika wasol, Mad Jaiz Munfasil dan Mad Syabih bil Badal terkumpul
pada huruf Alif. Maka hendaklah beramal dengan yang lebih kuat iaitu Mad Jaiz
Munfasil. Ada pun ketika waqof, ia dibaca dengan Mad Badal.
2. Sekiranya terkumpul dua mad daripada jenis yang sama dalam ayat yang sama
seperti dua Mad Jaiz Munfasil dalam firman Allah s.w.t.:
82
atau dua Mad Wajib Muttasil dalam firman Allah s.w.t.:
90
22
maka kadar panjang mad hendaklah sama kerana kesamaan dalam kadar tersebut
dalam keadaan seperti ini adalah daripada kecantikan Tajwid.
3. Sekiranya terkumpul dua mad dalam satu ayat, salah satunya adalah Mad Wajib
Muttasil dan satu lagi adalah Mad Jaiz Munfasil tanpa melihat kepada mana satu yang
lebih dahulu dan huruf Hamzah Mutttasil tidak berada di akhir kalimah maka harus
dibaca dengan dua wajah:
i. Sekiranya mad yang pertama dibaca 4 harakat maka mad yang kedua juga
dibaca 4 harakat.
ii. Sekiranya mad yang pertama dibaca 5 harakat maka mad yang kedua juga
dibaca dengan 5 harakat.
Contohnya:
33
4. Sekiranya terkumpul dalam satu ayat Mad Wajib Muttasil dengan Mad Wajib
Muttasil yang lain dalam keadaan huruf Hamzahnya berada di akhir kalimah dan
diberhentikan bacaan ayat padanya (waqof) maka harus dibaca dengan empat wajah:
i & ii. Sekiranya Mad Wajib Muttasil yang pertama dibaca dengan 4 harakat maka
Mad Wajib Muttasil yang huruf Hamzahnya berada di akhir kalimah harus dibaca
dengan 4 atau 6 harakat.
91
iii & iv Sekiranya Mad Majib Muttasil yang pertama dibaca dengan 5 harakat maka Mad
Wajib Muttasil yang huruf Hamzahnya berada di akhir kalimah harus dibaca dengan 5
atau 6 harakat.
Contohnya:
284
Wajah-wajah ini adalah ketika waqof dengan baris mati sahaja, bukan ketika
diberhentikan dengan Raum dan Isymam.
5. Sekiranya terkumpul Mad Jaiz Munfasil dengan Mad Wajib Muttasil yang huruf
Hamzahnya berada di akhir kalimah dan ketika waqof maka harus dibaca dengan
empat wajah sebelum ini iaitu:
i & ii. Sekiranya Mad Jaiz Munfasil dibaca dengan 4 harakat maka Mad Wajib Muttasil
yang diberhentikan bacaan ayat padanya (waqof) harus dibaca dengan 4 atau 6
harakat.
iii & iv Sekiranya Mad Jaiz Munfasil dibaca dengan 5 harakat maka Mad Wajib Muttasil
yang huruf Hamzahnya berada di akhir kalimah dan dibaca dengan waqof, harus dibaca
dengan 5 atau 6 harakat.
Contohnya:
85
6. Sekiranya terkumpul Mad Jaiz Munfasil dengan Mad „Aridh lis-Sukun maka harus
dibaca dengan enam wajah ketika waqof. Sekiranya Mad Jaiz Munfasil dibaca dengan 4
atau 5 harakat maka Mad „Aridh lis-Sukun harus dibaca dengan tiga wajah iaitu 2, 4 atau
6 harakat. Jumlah keseluruhan wajah yang boleh dibaca adalah enam.
92
Contohnya:
75
Begitu juga jika terkumpul Mad Wajib Muttasil dengan Mad „Aridh lis-Sukun maka harus
dibaca dengan enam wajah seperti di atas.
Contohnya:
19
7. Sekiranya terkumpul antara Mad Lin dengan Mad „Aridh lis-Sukun maka mestilah
mendahului salah satu daripada yang lain dan mestilah menyamai yang kuat dengan
yang lemah atau dilebihkan kadar madnya. Sekiranya Mad Lin berada sebelum Mad
„Aridh dan diberhentikan bacaan ayat pada kedua-duanya (waqof) maka harus dibaca
dengan enam wajah:
i. ii.&iii. Sekiranya Mad Lin dibaca dengan 2 harakat maka Mad „Aridh lis-Sukun
hendaklah dibaca dengan tiga wajah iaitu: 2, 4 atau 6 harakat.
iv.&v. Sekiranya Mad Lin dibaca dengan 4 harakat maka Mad „Aridh lis-Sukun
hendaklah dibaca dengan 4 atau 6 harakat.
vi. Sekiranya Mad Lin dibaca dengan 6 harakat maka Mad „Aridh lis-Sukun juga
hendaklah dibaca dengan 6 harakat.
Contohnya:
2
Enam wajah di atas adalah ketika berbaris mati sahaja. Ada pun jika diberhentikan
bacaan ayat padanya dengan Raum dan Isymam maka ia akan diterangkan kemudian.
93
Begitu juga sekiranya Mad „Aridh lis-Sukun berada sebelum Mad Lin dalam keadaan
waqof maka harus dibaca dengan enam wajah juga iaitu:
i. Sekiranya Mad „Aridh lis-Sukun dibaca dengan 2 harakat maka Mad Lin
hendaklah dibaca dengan 2 harakat juga.
ii.&iii. Sekiranya Mad „Aridh lis-Sukun dibaca dengan 4 harakat maka Mad Lin
hendaklah dibaca dengan 4 atau 2 harakat.
iv. v. & vi. Sekiranya Mad „Aridh lis-Sukun dibaca dengan 6 harakat maka Mad Lin
hendaklah dibaca dengan 6, 4 atau 2 harakat.
Contohnya:
124125
Ini adalah ketika diberhentikan bacaan ayat padanya dengan baris mati sahaja, bukan
ketika diberhentikan dengan wajah Raum dan Isymam.
Untuk mengetahui lebih banyak tentang wajah-wajah yang harus dibaca dalam ayat-
ayat ketika terkumpul mad-mad padanya maka seharusnya diketahui semua wajah yang
diharuskan bagi setiap mad dan kemudian beramal dengan kaedah paling kuat di
antara mad-mad. Berikut adalah jadual bagi wajah-wajah yang dihuruskan bagi setiap
mad:
94
Jenis Mad Kadar Mad Hukum
Lazim 6 harakat sahaja Lazim
Muttasil
4 atau 5 harakat ketika wasol dan waqof Wajib
6 harakat ketika waqof jika huruf Hamzah
berada di akhir kalimah Jaiz
„Aridh lis-Sukun &
Lin „Aridh lis-Sukun 2, 4 atau 6 harakat Jaiz
Munfasil & Silah Kubra 4 atau 5 harakat Jaiz
Badal 2 harakat Jaiz
Tobi‟ie & termasuk:
1. Silah Sughra
2. „Iwadh
3. Tamkin
2 harakat Wajib
2 harakat Wajib
2 harakat Wajib
2 harakat Wajib
95
Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat:
1. Menjelaskan definisi Makhraj Huruf dari segi bahasa dan istilah;
2. Menghuraikan pembahagian Makhraj Huruf dan bilangannya;
3. Mengenalpasti makhraj huruf bagi setiap huruf Hija‟iyyah dan
4. Mengenali gelaran bagi huruf-huruf Hijaiyah.
Hasil Pembelajaran
UUnniitt 55
Makhraj Huruf
96
5.1 PENGENALAN
Makhraj huruf bermaksud tempat mengeluarkan suara untuk menyebut suatu huruf
atau suara dengung dan mad yang terdapat di dalam al-Quran. Ia merupakan
antara aspek yang terpenting di dalam pembelajaran ilmu tajwid. Dengan
mempelajari dan mengenali mahkraj huruf, seseorang akan mampu menyebut setiap
huruf di dalam al-Quran dengan tepat. Namun perlu diketahui bahawa
pembelajaran makhraj huruf hanya akan sempurna melalui kaedah talaqqi dan
mushafahah daripada seorang guru kepada pelajarnya.
5.2 PENGERTIAN MAKHRAJ
Pengertian Makhraj:
Makhraj dari sudut bahasa bererti tempat keluar.
Pengertian Makhraj Huruf:
Makhraj Huruf bererti tempat mengeluarkan suara untuk menyebut suatu huruf atau
suara dengung dan mad yang terdapat di dalam al-Quran. Melalui makhraj huruf,
setiap huruf yang disebut dapat dikenal pasti daripada mana ia dikeluarkan.
5.3 JENIS-JENIS MAKHRAJ HURUF
Makhraj Huruf terbahagi kepada dua jenis:
a) Makhraj Muhaqqaq:
Ia merupakan tempat mengeluarkan suara untuk menyebut suatu huruf yang sahih
iaitu melalui bahagian al-Halqi (tekak), al-Lisan (lidah), al-Syafatan (dua bibir)
sahaja. Ini bermakna setiap huruf di dalam al-Quran yang boleh disebut termasuk
dalam kategori ini.
97
b) Makhraj Muqoddar:
Ia merupakan tempat mengeluarkan suara mad dan dengung melalui bahagian al-
Jauf (rongga) dan al-Khaisyum (rongga hidung). Makhraj ini tidak mengeluarkan
sebutan huruf tetapi hanya mengeluarkan suara mad iaitu suara yang dipanjangkan
dan suara dengung yang terhasil daripada hukum-hukum tertentu seperti ikhfa‟
haqiqi, iqlab, idgham syafawi, wajib al-Ghunnah dan lain-lain.
5.4 PEMBAHAGIAN MAKHRAJ HURUF
Makhraj huruf terbahagi kepada dua bahagian:
a) Makhraj Am:
Ia merupakan tempat mengeluarkan huruf secara umum. Para ulama berselisih
pendapat tentang bilangan Makhraj Am. Ramai dalam kalangan mereka
menyebutkan bahawa terdapat 5 makhraj am iaitu al-Halqi (tekak), al-Lisan (lidah),
al-Syafatan (dua bibir), al-Jauf (rongga) dan al-Khaisyum (rongga hidung). Dalam
makhraj am, kedudukan secara tepat bagi setiap makhraj tidak diperincikan.
b) Makhraj Khas:
Ia merupakan tempat mengeluarkan huruf yang dijelaskan secara lebih terperinci.
Kesemua makhraj khas berasal daripada makhraj am, namun tempat mengeluarkan
sebutan huruf ditunjukkan dengan lebih tepat. Ini menjadikan jumlah makhraj khas
mencapai sehingga 17 makhraj.
5.5 PENDAPAT ULAMA MENGENAI BILANGAN MAKHRAJ HURUF
Para ulama berselisih pendapat tentang bilangan makhraj huruf. Berikut merupakan
sebahagian daripada pandangan ulama berkenaan bilangan makhraj huruf:
a) Imam Khalil dan Imam Ibn al-Jazari berpendapat bahawa terdapat 17
mahkraj huruf.
98
b) Imam al-Shatibi dan Sibawaih berpendapat bahawa terdapat 16 mahkraj
huruf. Pengurangan 1 makhraj dalam pendapat ini berbanding dengan pendapat
pertama adalah kerana mereka tidak menganggap al-Jauf (rongga) sebagai
makhraj.
c) Al-Farra‟, Ibnu Kaisan, al-mubarrid dan al-Jurni berpendapat bahawa
terdapat 14 mahkraj huruf. Pengurangan 3 makhraj dalam pendapat ini
berbanding dengan pendapat pertama adalah kerana mereka tidak menganggap
al-Jauf (rongga) sebagai makhraj dan mereka juga menggabungkan makhraj bagi
huruf Lam, Ra dan Nun kepada 1 makhraj sahaja iaitu hujung lidah.
5.6 PENGERTIAN BAGI NAMA-NAMA MAKHRAJ
5.6.1 Makhraj al-Lisan (Lidah)
Al-Lisan ialah bahagian lidah bermula daripada pangkal lidah ke hujung lidah.
Terhasil daripada makhraj ini 18 huruf dan 10 makhraj khas. Namun secara
ringkasnya, bahagian yang memainkan peranan ada tiga iaitu:
a) Pangkal lidah: Ia adalah bahagian makhraj lidah yang paling dalam.
b) Tengah lidah: Ia adalah bahagian makhraj lidah di ruangan tengah.
c) Hujung lidah: Ia adalah bahagian makhraj lidah yang paling hujung dan
paling banyak mengeluarkan sebutan huruf. Sebutan yang terhasil daripada
bahagian ini perlu menyentuh beberapa bahagaian yang lain seperti gigi,
langit-langit dan gusi.
5.6.2 Makhraj al-Halq (Tekak)
Al-Halq ialah ruangan yang terletak di antara anak tekak dan pangkal lidah.
Terhasil daripada makhraj ini 6 huruf dan 3 makhraj khas iaitu:
a) Pangkal tekak: Ia adalah bahagian makhraj tekak yang paling dalam.
b) Tengah tekak: Ia adalah bahagian makhraj tekak di pertengahan yang
lebih hampir kepada lidah berbanding pangkal tekak.
99
c) Hujung tekak: Ia adalah bahagian makhraj tekak yang paling hampir
dengan lidah.
5.6.3 Makhraj al-Syafatan (Dua Bibir)
Al-Syafatan ialah kedua-dua bibir yang terdiri daripada bibir atas dan bibir
bawah. Terhasil daripada makhraj ini 4 huruf dan 2 makhraj khas iaitu:
a) Bibir atas dan bibir bawah: Kedua-dua bibir perlu dirapatkan atau
dimuncungkan untuk menghasilkan suara huruf mim, ba dan wau.
b) Perut bibir bawah dan hujung gigi atas perlu dirapatkan untuk menghasilkan
suara huruf fa‟.
5.6.4 Makhraj al-Jauf (Rongga)
Al-Jauf dari segi bahasa ialah kosong.
Manakala dari sudut istilah pula: Al-Jauf adalah rongga yang terdapat di dalam
mulut. Dinamakan demikian kerana ia adalah tempat terputusnya makhraj. Suara
yang dkeluarkan adalah bacaan mad (panjang) mengikut pilihan dari qori
bergantung kepada kadar yang diingini dan akan terputus suara tersebut dengan
berhentinya nafas qori. Keluar daripada makhraj ini 3 suara mad iaitu:
a) Suara Alif sebelumnya fathah
b) Suara Wau sebelumnya dhammah
c) Suara Ya‟ sebelumnya kasrah
5.6.5 Makhraj al-Khaisyum (Hidung)
Al-Khaisyum bererti pangkal hidung. Makhraj ini mengeluarkan satu suara iaitu al-
gunnah (sengau/dengung). Sekurang-kurangnya terdapat empat jenis bacaan yang
menghasilkan bunyi sengau, iaitu:
a) Pada bacaan gunnah musyaddadah, iaitu bacaan atau suara sengau pada
huruf mim dan nun yang bersabdu;
b) Pada bacaan idgham bighunnah;
c) Pada bacaan ikhfa; dan
100
d) Pada bacaan iqlab.
Kesemua tempat pada bacaan di atas mengeluarkan bunyi yang keluar daripada
pangkal hidung. Al-Khaisyum (pangkal hidung) sebenarnya bukanlah tempat keluar
huruf sahih. Oleh karena dengung ada hubungannya dengan huruf, maka ia juga
disebutkan sebagai makhraj.
5.7 KEDUDUKAN MAKHRAJ AM DAN MAKHRAJ KHAS
Kedudukan makhraj am dan makhraj khas boleh difahami dengan lebih jelas
menerusi jadual berikut:
Makhraj Umum 1: Al-Lisan Lidah
No Makhraj Khas Huruf
1 Pangkal Lidah Bahagian Atas
2 Pangkal Lidah Bahagian Bawah
3 Tengah Lidah
4 Pangkal Lidah Bahagian Tepi Kiri atau Kanan
5 Hujung Lidah Bahagian Tepi Kiri atau Kanan
6 Hujung Lidah + Gusi Gigi Atas
7 Hujung Lidah + Kaki Langit-langit
8 Hujung Lidah + Perut Gigi Atas
9 Hujung Lidah + Hujung Gigi Bawah
10 Hujung Lidah + Hujung Gigi Atas
101
Makhraj Umum 2: Al-Halqi Tekak
No Makhraj Khas Huruf
31 Pangkal Tekak
31 Tengah Tekak
31 Hujung Tekak
Makhraj Umum 3: Al-Syafatan Dua Bibir
No Makhraj Khas Huruf
33 Perut Bibir dan Gigi Atas
31 Dua Bibir
Makhraj Umum 4: Al-Jauf Rongga
No Makhraj Khas Suara Mad
31 Al-Jauf (Rongga)
Makhraj Umum 5: Al-Khaisyum Rongga Hidung
No Makhraj Khas Suara dengung
31 Al-Khaisyum (Rongga Hidung)
102
5.8 GELARAN HURUF BERDASARKAN MAKHRAJ HURUF
Terdapat beberapa gelaran yang diletakkan kepada huruf-huruf al-Quran
sepertimana yang telah disebutkan oleh Imam Khalil bin Ahmad. Jumlah gelaran
yang dibawa oleh beliau ada 10 gelaran seperti berikut:
No Nama
Gelaran Sebab Gelaran Huruf
1
Al-Halqiyyah
( )
Huruf-hurufnya keluar
daripada tekak
2
Al-Lahwiyyah
( )
Keluar daripada
sebahagian daging di
hadapan tekak selepas
pangkal lidah
3
Al-
Syajariyyah
( )
Huruf-hurufnya keluar
di permulaan mulut
4
Al-Nath‟iyyah
( )
Huruf-hurufnya keluar
daripada gua mulut ke
akhir rongga
5
Al-Asaliyyah
( )
Huruf-hurufnya keluar
daripada hujung lidah
sebelah bawah
103
6
Al-
Lathawiyyah
( )
Huruf-hurufnya keluar
daripada gusi gigi
7
Al-Zalqiyyah
( )
Huruf-hurufnya keluar
daripada hujung lidah
8
Al-
Syafawiyyah
( )
Huruf-hurufnya keluar
daripada bibir mulut
9
Al-Jaufiyyah
( )
Huruf-hurufnya keluar
daripada rongga
10
Al-Hawa‟iyyah
( )
Huruf-hurufnya keluar
daripada rongga
104
5.9 GAMBARAJAH KEDUDUKAN MAKHRAJ HURUF AM DAN KHAS
Mempelajari makhraj huruf merupakan aspek yang sangat penting dalam
pembelajaran ilmu tajwid. Ia membolehkan seseorang menyebut huruf-huruf
hijaiyyah dengan sebutan yang tepat. Hasil sebutan suatu huruf dengan makhraj
yang tepat sekaligus menghasilkan sebutan Bahasa Arab yang sempurna. Ianya
juga dikenali sebagai fasahah. Secara umumnya, makhraj umum yang perlu
diketahui oleh ada 5 makhraj, manakala perinciannya pula dibahagikan sehingga
17 makhraj yang juga dikenali sebagai makhraj khas.
Rumusan
Al-Halqi
(Tekak)
Al-Syafatan
(Dua Bibir)
Al-Lisan
(Lidah)
Al-Jauf
(Rongga)
Al-Khaishum
(Hidung)
105
Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat:
1. Menjelaskan definisi Sifat Huruf, faedah mempelajarinya dan
pembahagiannya;
2. Mengetahui perbezaan pendapat ulama terhadap bilangan Sifat Huruf;
dan
3. Mengenalpasti Sifat Huruf bagi setiap Huruf Hija‟iyyah;
Hasil Pembelajaran
UUnniitt 66
Sifat-sifat Huruf
106
6.1 PENGENALAN
Sifat huruf bermaksud ciri-ciri yang terdapat pada suatu huruf. Ini bermakna
setiap huruf yang ingin dilantunkan perlu diiringi dengan sifat-sifat lazim
yang dimiliki oleh setiap huruf tersebut. Oleh itu, bagi mengenalpasti suatu
huruf disebut dengan betul atau salah, maka perlu dilihat senarai sifat-sifat
yang ada pada suatu huruf. Seandainya kesemua sifat lazim yang terdapat
padanya disempurnakan, maka sebutan yang dikeluarkan juga akan
kedengaran sempurna.
6.2 PENGERTIAN SIFAT HURUF
Pengertian Sifat:
Sifat dari sudut bahasa bererti sesuatu yang terdiri dengan zat seperti ilmu,
kefahaman dan warna.
Pengertian Sifat Huruf:
Sifat Huruf bererti bermaksud ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu huruf. Ia
menentukan kesempurnaan sebutan pada huruf tersebut seperti tinggi atau
rendah, tebal atau nipis, kuat atau lemah dan sebagainya. Melalui sifat
huruf, setiap huruf yang keluar daripada makhraj huruf yang sama dapat
dibezakan.
6.3 FAEDAH MEMPELAJARI SIFAT HURUF
Terdapat beberapa faedah mempelajari sifat-sifat huruf. Antaranya
adalah:
a) Mampu membezakan cara sebutan suatu huruf dengan huruf yang lain.
Ia juga merupakan sebagai pelengkap kepada pembelajaran makhraj
huruf untuk menghasilkan sebutan huruf secara sempurna dan fasahah.
Dengan mengetahui sifat-sifat huruf, setiap huruf yang berkongsi dengan
makhraj yang sama, dapat dibezakan cara sebutannya seperti huruf
mim dan ba‟. Imam Ibn al-Jazari berkata: Setiap huruf yang mempunyai
sifat-sifat yang sama dapat dibezakan melalui makhraj yang berbeza,
107
manakala setiap huruf yang mempunyai makhraj yang sama dapat
dibezakan melalui sifat-sifat yang berbeza.
b) Mengenali tahap kekuatan dan kelemahan suatu huruf menerusi sifat-
sifat huruf yang ada padanya. Dengan memahami tahap kekuatan dan
kelemahan suatu huruf, setiap huruf dapat dilantunkan berdasarkan
kepada sifat yang ada padanya.
c) Mampu memperbaiki dan memperkemas cara sebutan suatu huruf
berdasarkan kepada huraian yang diberikan berkenaan sifat-sifat
huruf. Secara tidak langsung, ia akan membantu seseorang untuk
menguasai gaya bacaan orang Arab.
d) Melaksanakan sesuatu yang dituntut oleh para ulama tajwid. Antaranya
ialah kata-kata Ibn al-Jazari:
Maksudnya: Wajib atas mereka suatu perkara yang mesti diketahui
telebih dahulu sebelum masuk kepadanya (bacaan al-Quran) iaitu
mengetahui makhraj huruf dan setiap sifatnya supaya bila mereka
melafazkan (bacaan al-Quran) mereka membacanya dengan sefasih-
fasih bahasa.
108
6.4 JENIS-JENIS SIFAT HURUF
Sifat-sifat huruf hija‟iyyah terbahagi kepada dua jenis iaitu Sifat Lazimah
dan Sifat Aridhah.
a) Sifat Lazimah:
Ia merupakan sifat asal dan kekal yang mesti ada pada setiap huruf
hija‟iyyah dalam apa jua keadaan sama ada ia berbaris atau sukun dan
tidak mungkin terpisah daripadanya.
b) Sifat Aridhah:
Ia merupakan sifat yang mendatang pada huruf-huruf hija‟iyyah.
Terkadang ia ada pada suatu huruf dan terkadang ia tidak ada
dengan sebab-sebab tertentu.
6.5 PENDAPAT ULAMA MENGENAI BILANGAN SIFAT HURUF
Para ulama berselisih pendapat tentang bilangan sifat huruf. Berikut
merupakan sebahagian daripada pandangan ulama berkenaan bilangan
sifat huruf:
a) Imam Makki bin Abi Talib berpendapat bahawa terdapat 44 sifat huruf.
b) Imam al-Barkawi dalam kitabnya Darul Yatim berpendapat bahawa
terdapat 14 sifat huruf sekiranya al-Ghunnah dikira sebagai sifat huruf
dan tidak mengira al-Izlaq, al-Ismat, al-Inhiraf, dan al-Lin sebagai sifat
huruf.
c) Imam al-Sakhkhawi berpendapat bahawa terdapat 16 sifat huruf
sekiranya al-Hawa‟i dikira sebagai sifat huruf dan tidak mengira al-
Izlaq dan al-Ismat sebagai sifat huruf.
109
d) Imam al-Mar‟asyi berpendapat bahawa terdapat 17 sifat huruf tanpa
mengira al-Izlaq, al-Ismat, al-Inhiraf dan al-Lin tetapi diganti dengan 4
sifat lain iaitu al-Tarqiq, al-Tafhim, al-Khafa‟ dan al-Ghunnah.
e) Pendapat yang paling utama adalah menurut Imam Ibnu Al-Jazari yang
berpendapat bahawa terdapat 17 sifat huruf kesemuanya.
6.6 PEMBAHAGIAN SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH
Berdasarkan kepada pendapat Imam Ibnu Al-Jazari, sifat-sifat huruf
terbahagi kepada 17 sifat kesemuanya. Sifat-sifat ini pula dapat
dibahagikan kepada dua bahagian:
a) Sifat Tunggal:
Ia merupakan sifat-sifat yang tidak mempunyai lawan. Ia dibahagikan
kepada tujuh sifat iaitu:
i. al-Tafashsyi (Hemburan)
ii. al-Takrir (Berulang)
iii. al- Istitolah (Memanjang)
iv. al-Lin (Lembut)
v. al- Inhiraf (Cenderong)
vi. al-Ghunnah (Dengung)
vii. al- Sofir (Desiran)
viii. al-Khafa‟ (Tersembunyi)
ix. Qalqalah (Lantunan)
110
b) Sifat Berlawanan:
Ia merupakan sifat-sifat yang mempunyai lawan. Ia dibahagikan
kepada sebelas sifat iaitu:
i. al-Syiddah (Kuat)
ii. al-Tawassut (Pertengahan)
iii. al-Rakhawah (Lembut)
iv. al-Jahr (Jelas)
v. al-Hams (Sembunyi)
vi. al-Isti‟la‟ (Tinggi)
vii. al-Istifal (Rendah)
viii. al-Itbaq (Tertutup)
ix. al-Infitah (Terbuka)
x. al-Ismat (Tertahan)
xi. al-Izlaq (Tergelincir)
111
6.7 KETERANGAN BAGI SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG TUNGGAL
Sifat-sifat huruf lazimah yang tunggal boleh difahami dengan lebih jelas
menerusi jadual berikut:
SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG TUNGGAL
No Nama Sifat Keterangan Huruf
1 al-Tafashsyi
Hemburan angin antara gigi
depan dan langit-langit keras
ketika menyebut hurufnya
2 al-Takrir Getaran berlaku pada lidah
ketika menyebut hurufnya
3 al- Istitolah
Makhraj hurufnya
berpanjangan dari bahagian
tepi lidah hinggalah ke hujung
4 al-Lin
Menyebut hurufnya dengan
lembut dan mudah tanpa
menyukarkan lidah
5 al- Inhiraf
Hujung lidah menjadi
cenderung ketika menyebut
huruf-huruf tersebut
6 al-Ghunnah
Suara dengung yang
dikeluarkan daripada huruf
Nun dan Mim
7 al- Sofir
Desiran suara yang keluar di
antara dua gigi hadapan
dengan hujung lidah
112
8 al-Khafa‟ Suara tersembunyi pada
huruf-huruf mad
9 Qalqalah
Lantunan suara yang kuat
disebabkan tekanan pada
makhraj ketika menyebutnya
dan dilepaskan dalam masa
yang singkat
Keterangan bagi Sifat Qalqalah
Tahap Qalqalah: Ia mempunyai 4 tahap seperti berikut:
a) Paling Kuat ( )
Huruf qalqalah yang bersabdu ketika waqaf atau berhenti daripada
bacaan.
Contohnya: ( )
b) Kuat ( )
Huruf qalqalah tidak bersabdu ketika waqaf atau berhenti daripada
bacaan.
Contohnya: ( )
c) Sederhana ( )
Huruf Qaf dan Tha‟ yang mati dipertengahan atau di hujung kalimah
dalam keadaan bacaan diteruskan.
Contohnya: ( )
d) Rendah ( )
Huruf Ba‟, Jim dan Dal yang mati dipertengahan atau di hujung
kalimah dalam keadaan bacaan diteruskan.
Contohnya: ( )
113
Peringkat huruf Qalqalah: Ia terbahagi kepada 3 peringkat seperti berikut:
a) Peringkat tertinggi adalah huruf Tha‟, kerana ia memiliki sifat al-
Itbaq dan al-Isti‟la‟.
b) Kemudian diikuti oleh huruf Qof, kerana ia memiliki sifat al-Isti‟la‟.
c) Peringkat terendah pula adalah tiga baki huruf Qalqalah iaitu Ba‟,
Jim, dan Dal. Ketiga-tiga huruf ini memiliki sifat al-Itbaq atau al-
Isti‟la‟.
Kaedah Membaca Qalqalaha Mengikut Pendapat Ulama’:
Pendapat Pertama: Suara Qalqalah hampir kepada baris atas tanpa
terpengaruh kepada baris sebelumnya. Para ulama berpendapat bahawa
kaedah ini yang paling rajih.
Pendapat Kedua: Suara qalqalah mengikut mengikut baris sebelumnya:
a) Sekiranya sebelum huruf Qalqalah berbaris atas: ( ) ) maka
suara Qalqalah baris atas lebih hampir.
b) Sekiranya sebelum huruf Qalqalah berbaris bawah: ( ) maka
suara Qalqalah baris bawah lebih hampir.
c) Sekiranya sebelum huruf Qalqalah berbaris depan: ( ) maka
suara Qalqalah baris depan lebih hampir.
Pendapat Ketiga: Suara qalqalah mengikut mengikut baris selepasnya. Para
ulama berpendapat bahawa kaedah ini yang paling lemah.
114
6.8 KETERANGAN BAGI SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG
BERLAWANAN
1. Al- Syiddah Lawannya Al-Tawassut Lawannya al- Rakhawah
SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG BERLAWANAN
Nama Sifat al-Syiddah (Kuat)
Penerangan Suara tertahan semasa menyebut hurufnya kerana
berpegang kuat pada makhrajnya.
Jumlah Huruf 8 Huruf
Huruf
Ringkasan
Lawannya
Nama Sifat al-Tawassut (Pertengahan)
Penerangan Suara pertengahan antara syiddah dan rakhawah semasa
menyebutnya.
Jumlah Huruf 5 Huruf
Huruf
Ringkasan
Lawannya
Nama Sifat al-Rakhawah (Lembut)
Penerangan Suara terlepas semasa menyebut hurufnya kerana
lemahnya ia berpegang kepada makhrajnya
Jumlah Huruf 16 Huruf
115
Huruf
Ringkasan
2. Al-Hamas Lawannya Al-Jahr
SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG BERLAWANAN
Nama Sifat al-Hamas (Sembunyi)
Penerangan Hemburan angin antara gigi depan dan langit-langit keras
ketika menyebut hurufnya.
Jumlah Huruf 10 Huruf
Huruf
Ringkasan
Lawannya
Nama Sifat al-Jahr (Jelas)
Penerangan Nafas tertahan semasa menyebut hurufnya kerana kuatnya
ia berpegang pada makhrajnya
Jumlah Huruf 19 Huruf
Huruf
Ringkasan
116
3. Al-Isti’la’ Lawannya al-Istifal
SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG BERLAWANAN
Nama Sifat al-Isti‟la‟ (Tinggi)
Penerangan Terangkat pangkal lidah ke langit-langit semasa menyebut
hurufnya.
Jumlah Huruf 7 Huruf
Huruf
Ringkasan
Lawannya
Nama Sifat al-Istifal (Rendah)
Penerangan Tidak terangkat pangkal lidah ke langit-langit semasa
menyebut hurufnya.
Jumlah Huruf 22 Huruf
Huruf
Ringkasan
117
4. Al-Itbaq Lawannya Al-Infitah
SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG BERLAWANAN
Nama Sifat al-Itbaq (Tertutup)
Penerangan Terangkat lidah menutupi langit-langit semasa menyebut
hurufnya.
Jumlah Huruf 4 Huruf
Huruf
Ringkasan
Lawannya
Nama Sifat al-Infitah (Terbuka)
Penerangan Terbuka ruang antara lidah dan langit-langit semasa
menyebut hurufnya.
Jumlah Huruf 25 Huruf
Huruf
Ringkasan
118
5. Al-Izlaq Lawannya Al-Ismat
SIFAT-SIFAT HURUF LAZIMAH YANG BERLAWANAN
Nama Sifat al-Izlaq (Tergelincir)
Penerangan Mudah menyebutnya kerana sebahagian hurufnya keluar
dari hujung lidah dan sebahagian lagi keluar dari dua
bibir.
Jumlah Huruf 6 Huruf
Huruf
Ringkasan
Lawannya
Nama Sifat al-Ismat (Tertahan)
Penerangan Huruf yang tidak mudah pada sebutan kerana jauh dari
hujung lidah dan dua bibir.
Jumlah Huruf 23 Huruf
Huruf
Ringkasan
119
6.9 TAHAP KEKUATAN SIFAT
Daripada sifat tunggal dan sifat berlawananan yang telah dijelaskan ini,
sifat-sifat tersebut pula terbahagi kepada 3 tahap iaitu sifat yang kuat,
sederhana dan lemah. Bagi mengenali sifat tersebut dengan lebih jelas, sila
rujuk jadual berikut:
Sifat yang kuat (11 sifat)
Al-Jahr (Jelas) Al-Syiddah (Kuat)
Al-Isti‟la‟ (Tinggi) Qalqalah (Lantunan)
Al-Takrir (Berulang) Al-Tafashshi (Hemburan)
Al-Istitolah (Memanjang) Al-Ghunnah (Dengung)
Al-Itbaq (Tertutup) Al-Safir (Desiran)
Al-Inhiraf (Cenderong)
Sifat yang sederhana (3 sifat)
Al-Tawassut (Pertengahan) Al-Ismat (Tertahan)
Al-Izlaq (Tergelincir)
Sifat yang lemah (6 sifat)
Al-Hamas (Sembunyi) Al-Rakhawah (Lembut)
Al-Istifal (Rendah) Al-Infitah (Terbuka)
Al-Lin (Lembut) Al-Khafa‟ (Tersembunyi)
120
6.10 TAHAP KEKUATAN HURUF
Setelah memahami tahap kekekuatan sifat, huruf-huruf hija‟iyyah pula boleh
dibahagikan kepada tahap kekuatan masing-masing berdasarkan kepada
sifat-sifat yang dimiliki oleh huruf-huruf tersebut. Penjelasan mengenai tahap
kekuatan huruf boleh dirujuk kepada jadual berikut:
No Tahap kekuatan Huruf Huruf-hurufnya
1 Sangat Kuat (1 huruf)
2 Kuat (8 huruf)
3 Sederhana (5 huruf)
4 Lemah (10 huruf)
5 Sangat Lemah (4 huruf)
121
Mempelajari sifat-sifat huruf merupakan pelengkap kepada pembelajaran
makhraj huruf. Ia kerana pembelajaran makhraj huruf semata-mata tidak
memadai kerana terdapat beberapa huruf yang berkongsi pada makhraj
yang sama tetapi sebutannya berbeza. Hanya dengan mempelajari sifat-
sifat huruf, setiap sebutan bagi huruf-huruf yang berkongsi makhraj dapat
dilafazkan dengan sempurna. Selain itu, dengan pembelajaran sifat-sifat
huruf, tebal nipis serta berat ringan sesuatu huruf dapat difahami dengan
lebih jelas. Secara umumnya, terdapat 9 sifat huruf tunggal yang perlu
diketahui, manakala terdapat pula 11 sifat huruf berlawanan yang perlu
dikuasai.
Rumusan
122
Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat:
1. Menghuraikan huruf Hijaiyyah dari sudut al-Tafkhim dan al-Tarqiq;
2. Mengenal pasti kaedah mengenal bacaan al-Tafkhim dan al-Tarqiq;
3. Membezakan pembacaan al-Tafkhim dan al-Tarqiq dalam keadaan tertentu
berdasarkan perbahasan huruf Alif, Lam, Ra‟ dan Ghunnah dalam Ihkfa‟;
dan
4. Mengamalkan pembacaan al-Quran secara sahih menurut perbahasan al-
Tafkhim dan al-Tarqiq.
Hasil Pembelajaran
UUnniitt 77
Bab al-Tafkhim dan al-Tarqiq
123
7.1 BAB AL-TAFKHIM
Di antara kelemahan yang biasa dilakukan ketika membaca al-Quran adalah
dalam menentukan bagaimana huruf Hijaiyyah disebut dan disuarakan. Penguasaan
bab al-Tafkhim iaitu menebalkan sebutan sesuatu huruf memerlukan kepada latihan
dan pengajian secara bertalaqqi bersama guru al-Quran. Ini bertujuan untuk
membina kefahaman dan pengamalan bacaan yang sahih sebagaimana bacaan
al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Berikut dibincangkan bab al-Tafkhim berdasarkan perbincangan para ahli Qurra‟
dalam kebanyakkan penulisan kitab-kitab Ilmu Tajwid.
7.1.1 DEFINISI AL-AL-TAFKHIM
Dalam kitab al-Munir fi Ahkam al-Tajwid (2001) menjelaskan bahawa al-Tafkhim
dari segi bahasa bermaksud menebalkan. Manakala dari segi istilah Ilmu Tajwid,
al-Tafkhim bermaksud menebalkan sebutan sesuatu huruf atau menjadikan sebutan
huruf tersebut berat pada makhraj dan kuat pada sifat-sifatnya.
Sebagai gambaran awal, boleh dikatakan bahawa perbincangan ini ada
hubungannya dengan dua jenis sifat huruf iaitu Isti`la‟ dan Istifal. Secara mudah
untuk difahami, huruf Isti`la‟ adalah al-Tafkhim sebagaimana ditunjukkan dalam
rajah 8.1 di bawah. Sementara itu, huruf Istifal adalah al-Tarqiq dan akan
dinyatakan hurufnya dalam sub bab 8.2 (Bab al-Tarqiq) selepas ini.
Pembahagian ini adalah secara umum sahaja, kerana huruf-huruf istifal berubah-
ubah keadaannya mengikut keadaan harakat dan tempatnya.
124
Rajah 7.1: Huruf Isti`la‟ yang dibaca secara al-Tafkhim
Perkara ini turut dijelaskan dalam kitab Hidayah al-Qari‟ (2005) di mana ia
menyebut bahawa Huruf Hijaiyyah terbahagi kepada tiga bahagian dari sudut al-
Tafkhim dan al-Tarqiq, iaitu:-
1. Huruf yang sentiasa ditebalkan iaitu Huruf-huruf Isti'la‟;
2. Huruf yang sentiasa dinipiskan bacaannya iaitu Huruf Istifal selain daripada
huruf Lam dan Ra'; dan
3. Huruf yang kadangkala ditebalkan dan kadangkala dinipiskan bacaannya
mengikut keadaan ayat (Alif - Lam pada Lafz al-Jalalah - Ra').
Abdul Aziz Abdur Rauf (t.th) dalam kitabnya Pedoman Dauroh al-Quran: Kajian Ilmu
Tajwid Disusun Secara Aplikatif turut memperincikan topik ini dengan menambah
keharusan membaca sama ada secara al-Tafkhim atau al-Tarqiq pada huruf Ra‟
sahaja. Perkara ini akan dibincangkan secara khusus dalam sub bab 8.3.
Justeru, apabila digabungkan maka huruf Hijaiyyah dari sudut perbahasan al-
Tafkhim dan al-Tarqiq terbahagi kepada empat bahagian sebagaimana ditunjukkan
dalam rajah 8.2 di bawah:-
125
Rajah 7.2: Huruf Hijjayyah dari sudut al-Tafkhim dan al-Tarqiq
7.1.2 KAEDAH MENGENAL AL-TAFKHIM PADA HURUF ISTI`LA’
Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, huruf al-Tafkhim hanya ada satu bentuk
sahaja, iaitu sentiasa ditebalkan bacaannya pada huruf Isti‟la‟ ( ). Dari
segi Bahasa Isti`la‟ bermaksud tinggi, manakala dari segi Istilah, Isti`la‟ bermaksud
sebutan tinggi iaitu sebutan yang berbunyi „o‟ (seperti bunyi perkataan „war‟ dalam
Bahasa Inggeris) ketika berbaris Fathah.
Manakala sifat Isti`la‟ ialah gugur apabila huruf tersebut tidak berbaris Fathah.
Kedudukan bibir atas dan bawah sedikit terkehadapan ketika menyempurnakan
sifat Isti`la‟.
Setiap huruf Isti`la‟ mempunyai tingkatannya yang tersendiri di mana bermula
dengan huruf ( ) sebagai huruf Isti`la‟ yang paling tinggi. Kemudian diikuti
dengan huruf yang lain iaitu ( ).
HURUF HIJAIYYAH
DARI SUDUT AL-TAFKHIM &
AL-TARQIQ
al-Tafkhim pada satu keadaan dan al-al-Tarqiq dalam keadaan yang lain
Sentiasa al-Tafkhim pada
Huruf Isti`la’
Harus dibaca sama ada al-Tafkhim
atau al-Tarqiq pada huruf Ra'
Sentiasa al-Tarqiq pada
Huruf Istifal
126
Menurut kitab al-Wasit Fi Ahkam al-Tajwid (2004), empat daripada huruf Isti`la‟
iaitu huruf ( ) bersifat Itbaq. Itbaq bermaksud melekapkan keliling lidah
ke lelangit apabila menyebut huruf tersebut. Ini akan menghasilkan suara yang lebih
tebal dan kuat berbeza dengan 3 huruf yang lain iaitu ( ) ataupun dikenali
sebagai huruf Infitah di mana tidak melekapkan keliling lidah ke lelangit apabila
menyebut huruf tersebut.
Menurut kitab Sharh al-Muqaddimah al-Jazariyyah fi `Ilm al-Tajwid (2008), Imam al-
Jazari telah menyatakan bahawa huruf-huruf Isti`la‟ dan Itbaq adalah bersifat al-
Tafkhim. Ia jelas dinyatakan di dalam bayt syairnya yang berbunyi:
Maksudnya: Dan Huruf Isti`la‟ maka ditebalkan bunyainya terutama pada
Itbaq, dikuatkan seperti pada Qola dan al-`Aso.
7.1.2.1 Teknik Menyebut al-Tafkhim Pada Huruf Isti`la’
Menurut kitab Kaedah al-Matien, karangan Mohd Zamri dan Mohd Wahid (2009),
cara menyebut al-Tafkhim pada huruf Isti`la‟ adalah seperti berikut:-
1. Mengangkat pangkal lidah ke lelangit;
2. Memuncungkan mulut ke hadapan; dan
3. Mengembungkan sebutan huruf.
127
Bil. Contoh Ayat Surah
1 al-Qasas:28:80
2 al-Baqarah:2:45
3 al-Fatihah:1:7
4 Nuh:71:10
5 al-An`am:6:146
6 Al-Nisa‟:4:155
7.1.2.2 Tingkatan al-Tafkhim
Umumnya, sebahagian Qurra‟ membahagikan al-Tafkhim kepada tiga tingkatan
mengikut kepada tiga bentuk harakat, iaitu bermula dengan berbaris Fathah diikuti
Dommah dan Kasrah.
Namun, menurut kitab Hidayah al-Qari‟ (2005) sebahagian yang lain
membahagikannya kepada lima bahagian, iaitu tiga harakat seperti di atas
dengan penambahan pada Fathah yang selepasnya Alif dan baris Sukun, iaitu:-
128
1. Huruf Isti`la‟ berbaris Fathah dan diikuti huruf Alif selepasnya. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Shams:91:10
al-Qari`ah:101:1-2
2. Huruf Isti`la‟ berbaris Fathah. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Baqarah:2:29
Ibrahim:14:24
3. Huruf Isti`la‟ berbaris Dommah. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Nisa‟:4:148
al-A`raf:7:199
4. Huruf isti`la‟ yang bertanda Sukun. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Nahl:16:17
129
al-Ma‟idah:5:107
5. Huruf Isti`la‟ berbaris Kasrah. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-A`raf:7:35
al-Ra`d:13:4
Namun, menurut kitab al-Munir fi Ahkam al-Tajwid (2001), pendapat yang rajih atau
tepat ialah dengan membahagikannya kepada empat bahagian. Tingkatan atau
martabat tersebut adalah seperti berikut:
Tingkatan Pertama;
1. Sekiranya huruf Isti`la‟ berbaris Fathah dan selepasnya huruf Alif. Dalam
konteks ini, maka dibunyikan al-Tafkhim dengan kuat. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Qadr:97:3
Yunus:10:71
al-Ma`un:107:5
130
2. Begitu juga keadaannya apabila huruf Ra‟ berbaris Fathah dan selepasnya
huruf Alif dan huruf Lam pada Lafz al-Jalalah ﴾ ﴿ yang didahului dengan
baris Fathah atau Dommah. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Fajr:89:28
al-Ikhlas:112:1
al-Humazah:104:6
Tingkatan Kedua:
1. Huruf Isti`la‟ berbaris Fathah dan selepasnya bukan Alif. Keadaan ini
sifatnya tidak terlalu kuat. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Fatihah:1:1
al-Fatihah:1:7
al-Falaq:113:2
al-Falaq:113:4
131
2. Huruf Isti‟la yang bertanda Sukun dikuatkan dengan huruf Isti`la‟ yang
berbaris Fathah sebelumnya. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Ra`d:13:28
al-Mujadalah:58:21
al-Hashr:59:21
Tingkatan Ketiga:
1. Huruf Isti`la‟ berbaris Dommah. Keadaan ini sifatnya lebih lemah
berbanding tingkatan yang kedua. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Falaq:113:1
al-Duha:93:1-2
Qaf:50:39
al-Hijr:15:2
132
2. Huruf Isti`la‟ yang bertanda Sukun dikuatkan dengan huruf Isti`la‟ yang
berbaris Dommah sebelumnya. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-An`am:6:14
al-Nisa‟:4:88
al-Nisa‟:4:115
Taha:20:114
Tingkatan Keempat:
1. Huruf Isti`la‟ berbaris Kasrah. Dalam konteks ini, huruf itbaq seperti (
) turut memberi impak terhadap kategori ini dan sifat bacaannya adalah
yang paling lemah. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Zumar:39:73
Sad:38:61
al-Nisa‟:4:57
al-Baqarah:2:138
133
2. Huruf Isti`la‟ yang bertanda Sukun diikuti dengan huruf Isti`la‟ yang berbaris
Kasrah sebelumnya.
Surah Contoh Ayat
al-Baqarah:2:220
al-Furqan:25:19
al-A`raf:7:126
7.1.3 AL-TAFKHIM PADA HURUF ALIF, RA’, LAM DAN GHUNNAH DALAM IKHFA’
Menurut kitab Hidayah al-Qari‟ (2005), terdapat perbahasan para Qurra‟ dalam
konteks persamaan huruf-huruf yang diharuskan dibaca secara al-Takhfim atau al-
Tarqiq mengikut beberapa keadaan atau syarat yang membolehkannya.
Huruf-hurufnya adalah sebagaimana ditunjukkan dalam rajah 8.3 di bawah:
Rajah 7.3: Bacaan secara al-Tafkhim dalam beberapa keadaan
AL-TAFKHIM DALAM
BEBERAPA KEADAAN
Huruf Alif Maddiyyah
Huruf Lam (Lafz al-Jalalah)
Ghunnah dalam Ikhfa'
Huruf Ra'
134
Namun, bagi memudahkan pemahaman kita, perbincangan ini akan menfokuskan
bacaan secara al-Tafkhim sahaja berdasarkan beberapa keadaan sebagaimana
dibahaskan oleh para Qurra‟. Berikut beberapa keadaan atau syarat yang
menyebabkan huruf-huruf di atas dibaca secara al-Tafkhim (Tebal):-
7.1.3.1 Huruf Alif Maddiyyah
Jika huruf sebelumnya adalah huruf Isti`la‟, maka huruf Alif Maddiyyah akan dibaca
secara al-Tafkhim iaitu tebal. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Falaq:113:3
al-Baqarah:2:247
al-Kahfi:18:69
7.1.3.2 Huruf Ra’
Menurut kitab Pedoman Dauroh al-Quran: Kajian Ilmu Tajwid Disusun Secara Aplikatif,
karangan Abdul Aziz Abdur Rauf (t.th), terdapat beberapa keadaan di mana huruf
Ra‟ dibaca secara tebal sebagaimana ditunjukkan dalam rajah 8.4 di bawah:-
135
Rajah 7.4: al-Tafkhim dalam huruf Ra‟
Berikut keadaan-keadaannya beserta contoh:-
1. Huruf Ra‟ berbaris Fathah. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Falaq:113:1
Quraysh:106:1
al-Tafkhim dalam
Huruf Ra'
Berhenti kerana Waqaf dan sebelumnya
bertanda Sukun dan didahului dengan sama ada baris Fathah atau
Dommah
Berhenti kerana Waqaf dan
sebelumnya berbaris Fathah atau Dommah
atau Alif atau Waw
Bertanda Sukun dan sebelumnya berbaris
Kasrah dan sesudahnya huruf Isti`la’ dalam satu
kalimah
Bertanda Sukun, dan sebelumnya berbaris
Hamzah Wasal
Bertanda Sukun dan sebelumnya berbaris Fathah atau Dommah
Berbaris Fathah atau Dommah
136
2. Huruf Ra‟ berbaris Dommah. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Tin:95:6
al-Fath:48:29
3. Huruf Ra‟ bertanda Sukun dan sebelumnya berbaris Fathah atau Dommah.
Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Baqarah:2:119
al-Fajr:89:28
al-Baqarah:2:53
al-A`raf:7:204
4. Huruf Ra‟ bertanda Sukun dan sebelumnya berbaris Hamzah Wasal.
Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Nur:24:50
al-Fajr:89:28
137
5. Huruf Ra‟ bertanda Sukun, sebelumnya berbaris Kasrah dan sesudahnya
huruf Isti`la‟ dalam satu kalimah. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-An`am:6:7
al-Naba‟:78:21
al-Tawbah:9:122
al-Tawbah:9:107
6. Huruf Ra‟ berhenti kerana Waqaf dan sebelumnya berbaris Fathah atau
Dommah atau Alif atau Waw . Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Kauthar:108:1-2
al-Takathur:102:1
Sad:38:66
Ibrahim:14:5
7. Apabila berhenti kerana Waqaf dan sebelumnya bertanda Sukun dan
didahului dengan sama ada baris Fathah atau Dommah. Contohnya:
138
7.1.3.3 Huruf Lam dalam Lafz al-Jalalah
Lafz al-Jalalah merupakan istilah khas yang merujuk kepada Allah SWT. Ia juga
disebut sebagai Sultan al-Asma‟ (Raja segala nama) bagi menggambarkan
keagungan dan kebesaran Allah SWT sebagai Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa.
Dalam al-Quran, kalimah Allah diulang sebut sebanyak 2696 kali. Lafaz „Allahu‟
(Berbaris Dommah) diulang sebut sebanyak 974 kali, lafaz „Allaha‟ (Berbaris
Fathah) sebanyak 591 kali dan lafaz „Allahi‟ (Berbaris Kasrah) sebanyak 1131.
Dalam konteks perbahasan huruf Lam dalam Lafz al-Jalalah, para Qurra‟
menjelaskan terdapat dua teknik bacaan padanya iaitu mengikut keadaan tertentu
ia akan dibaca secara al-Tafkhim dan dalam keadaan yang lain akan dibaca
secara al-Tarqiq (Ahkam Qira‟ah al-Quran al-Karim 2002; Hidayah al-Qari‟ 2005).
Oleh kerana pada asasnya huruf Lam bersifat al-Tarqiq, namun dalam konteks Lafz
al-Jalalah ia akan dibaca secara tebal atau al-Tafkhim dalam dua keadaan seperti
berikut:
Surah Contoh Ayat
al-Fajr:89:1-3
al-Mursalat:77:33
139
1. Apabila huruf sebelumnya berbaris Fathah. Contohnya:
2. Apabila huruf sebelumnya berbaris Dommah. Contohnya:
3. Apabila Lafz al-Jalalah berada dipermulaan ayat. Contohnya:
7.1.3.4 Ghunnah dalam Hukum Ikhfa’
Ghunnah dalam hukum Ikhfa‟ merujuk kepada bacaan dengung. Ia berlaku apabila
menuturkan Nun Sakinah dan Tanwin antara Izhar dan Idgham tanpa Tashdid
dengan mengekalkan dengungnya (Mahadi Dahlan 1996).
Surah Contoh Ayat
Ali Imran:3:18
al-Baqarah:2:7
Surah Contoh Ayat
al-Baqarah:2:10
al-Fath:48:29
Surah Contoh Ayat
al-Baqarah:2:15
al-Nur:24:35
140
Menurut kitab al-Wadih fi Ahkam al-Tajwid karangan Dr. Muhammad `Isam, Ghunnah
dalam hukum Ikhfa‟ adalah bacaan yang tidak dikategorikan dalam bacaan yang
sentiasa dibaca secara al-Tafkhim atau al-Tarqiq.
Dalam konteks al-Tafkhim, bacaan Ghunnah dalam hukum Ikhfa‟ bergantung kepada
keadaan huruf selepasnya. Dengan kata lain, bacaan Ghunnah dalam hukum Ikhfa‟
akan ditebalkan (al-Tafkhim) sekiranya selepasnya terdapat huruf Isti`la‟. Sebagai
contoh:
7.2 BAB AL-TARQIQ
Sebagaimana dijelaskan di atas, lawan bagi al-Tafkhim (Tebal) adalah al-Tarqiq
(Nipis). Sebahagian penulisan dalam ilmu Tajwid kedua-dua bab ini diletakkan
dalam Hukum Ra‟. Kaedah pembacaan al-Tarqiq ini turut menjadi perbahasan para
Qurra‟ di mana bagi menjaga keaslian al-Quran sebagaimana ia diturunkan
panduan melalui penulisan dan pengajian melalui Talaqqi dan Mushafahah menjadi
kunci dalam memperbetulkan kesalahan bacaan umat Islam.
Bagi mengembangkan kesinambungan bab al-Tafkhim yang selalu digandingkan
dengan bab al-Tarqiq dalam perbahasan ilmu Tajwid, rajah 8.5 di bawah
menunjukkan pembahagian huruf Hijaiyyah dari sudut al-Tarqiq dan al-Tafkhim
(Hidayah al-Qari‟ 2005; Pedoman Dauroh al-Quran t.th.):-
Surah Contoh Ayat
Luqman:31:19
Yusuf:12:109
141
Rajah 7.5: Huruf Hijjayyah dari sudut al-Tarqiq dan al-Tafkhim
7.2.1 DEFINISI AL-TARQIQ
Menurut Kitab Hidayah al-Qari‟ (2005), al-Tarqiq dari segi bahasa bermaksud
menipiskan. Manakala dari segi istilah Ilmu Tajwid, al-Tarqiq bermaksud menipiskan
sebutan sesuatu huruf dengan menjadikan sebutan huruf tersebut ringan pada
makhraj dan lemah pada sifatnya.
7.2.2 KAEDAH MENGENAL AL-TARQIQ
Menurut Kitab Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid, karangan al-Shaykh Mahdi
Muhammad al-Harazi (2001), al-Tarqiq ialah menipiskan sebutan huruf dengan
membuka ruang antara lidah dengan lelangit ketika menyebut huruf tersebut.
Kesemua huruf Istifal dibaca dengan sebutan nipis. Dengan kata lain, huruf yang
sentiasa dinipiskan merupakan huruf Istifal kecuali Alif, Ra‟ dan Lam di mana
mengikut keadaan tertentu ia akan dibaca secara tebal.
HURUF HIJAIYYAH
DARI SUDUT AL-TARQIQ & AL-TAFKHIM
al-Tafkhim pada satu keadaan dan al-al-Tarqiq dalam keadaan yang lain
Sentiasa al-Tafkhim pada
Huruf Isti`la’
Harus dibaca sama ada al-Tafkhim
atau al-Tarqiq pada huruf Ra'
Sentiasa al-Tarqiq pada
Huruf Istifal
142
Istifal ialah suaranya yang disembunyikan dengan tidak mengangkat pangkal
lidah ke lelangit. Istifal merupakan lawan bagi Isti`la‟ dan hurufnya terdiri
daripada 22 huruf iaitu:
Rajah 7.6: Huruf-huruf yang dikategorikan dalam Istifal
Berikut beberapa contoh menipiskan huruf Istifal secara mutlak:-
1. Apabila berbaris Fathah.
Surah Contoh Ayat
al-Baqarah:2:5
al-Fatihah:1:7
143
al-Humazah:104:1
2. Apabila berbaris Dommah.
Surah Contoh Ayat
al-Humazah:104:6
al-Baqarah:2:11
al-Baqarah:2:30
3. Apabila berbaris Kasrah.
Surah Contoh Ayat
al-Baqarah:2:16
al-Baqarah:2:120
al-Baqarah:2:110
4. Apabila bertanda Sukun.
Surah Contoh Ayat
al-Baqarah:2:223
144
al-Fatihah:1:7
al-Baqarah:2:131
7.2.3 AL-TARQIQ PADA HURUF ALIF, RA’, LAM DAN GHUNNAH DALAM IKHFA’
Sebagaimana yang telah kita jelaskan sebelum ini, selain daripada huruf yang
dibaca dengan al-Takhfim berdasarkan beberapa keadaan atau syarat, terdapat
juga huruf yang dibaca dengan al-Tarqiq mengikut keadaan atau syarat yang
tertentu.
Huruf-hurufnya adalah sebagaimana ditunjukkan dalam rajah 8.6 di bawah:
Rajah 7.6: Bacaan secara al-Tarqiq dalam beberapa keadaan
AL-TARQIQ DALAM
BEBERAPA KEADAAN
Huruf Alif Maddiyyah
Huruf Lam (Lafz al-Jalalah)
Ghunnah dalam Ikhfa'
Huruf Ra'
145
7.2.3.1 Huruf Alif Maddiyyah
Berdasarkan perbincangan para Qurra‟, huruf Alif dikategorikan dalam konteks
Istifal dan secara dasarnya bacaannya adalah secara al-Tarqiq.
Bagi memudahkan pembaca al-Quran untuk mengenali huruf Alif Maddiyyah yang
dibaca secara al-Tarqiq, kaedahnya adalah dengan melihat sekiranya sebelum
huruf Alif Maddiyyah terdapat huruf Istifal. Maka dalam keadaan ini, huruf Alif
Maddiyyah akan dibaca secara al-Tarqiq iaitu nipis. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Zukhruf:43:63
al-Baqarah:2:255
al-Falaq:113:4-5
7.2.3.2 Huruf Ra’
Menurut perbahasan dalam kitab ilmu Tajwid, oleh kerana huruf Ra‟ dikategorikan
dalam huruf Istifal, maka pada asasnya huruf Ra‟ dibaca secara al-Tarqiq iaitu nipis
sebagaimana ditunjukkan dalam rajah 8.7 di bawah:-
146
Rajah 7.7: al-Tarqiq dalam huruf Ra‟
Berikut beberapa keadaan al-Tarqiq dalam huruf Ra‟ beserta contoh:-
1. Apabila huruf Ra‟ berbaris Kasrah. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Quraysh:106:2
al-Bayyinah:98:8
al-Zukhruf:43:48
al-Tarqiq dalam
Huruf Ra'
Berhenti kerana Waqaf, sebelumnya berbaris Kasrah dan
bukan didahului dengan huruf Isti`la’
Berhenti kerana Waqaf, sebelumnya berbaris Kasrah atau
huruf Ya’ Sukun
Bertanda Sukun, sebelumnya berbaris
Kasrah dan sesudahnya huruf
Isti`la’ tetapi berada dalam dua kalimah
Bertanda Sukun, sebelumnya berbaris
Kasrah dan sesudahnya bukan
huruf Isti`la’
Berbaris Kasrah
147
2. Apabila huruf Ra‟ bertanda Sukun, sebelumnya berbaris Kasrah dan
sesudahnya bukan huruf Isti`la‟. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
Fussilat:41:54
al-Baqarah:2:50
3. Apabila huruf Ra‟ bertanda Sukun, sebelumnya berbaris Kasrah dan
sesudahnya huruf Isti`la‟ tetapi berada dalam dua kalimah. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Ma`arij:70:5
4. Apabila huruf Ra‟ berhenti kerana Waqaf, sebelumnya berbaris Kasrah atau
huruf Ya‟ Sukun. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Takathur:102:2
al-Qamar:54:44
al-Mulk:67:14
al-Fatir:35:31
148
5. Apabila huruf Ra‟ berhenti kerana Waqaf, sebelumnya berbaris Kasrah dan
bukan didahului dengan huruf Isti`la‟. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
Sad:38:1
7.2.3.3 Huruf Lam dalam Lafz al-Jalalah
Menurut Mahadi Dahlan (1996), pada asalnya huruf Lam bersifat al-Tarqiq kerana
ia merupakan salah satu daripada huruf Istifal. Huruf Lam ini tidak boleh dibaca
secara al-Tafkhim melainkan pada Lafz al-Jalalah.
Adapun perbincangan huruf Lam dalam konteks Lafz al-Jalalah, ia akan dibaca
secara nipis atau al-Tarqiq dalam satu keadaan sahaja iaitu apabila huruf
sebelumnya berbaris Kasrah.
Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Fatihah:1:1
al-Mujadalah:58:11
Ibrahim:14:10
al-Baqarah:2:284
149
7.2.3.4 Ghunnah dalam Hukum Ikhfa’
Sebagaimana bacaan al-Tafkhim dalam konteks Ghunnah dalam hukum Ikhfa‟
apabila selepasnya terdapat huruf Isti`la‟, begitu juga keadaannya dalam
perbahasan al-Tarqiq. Jika sekiranya selepas Ghunnah tersebut terdapat huruf
Istifal, maka dalam situasi ini Ghunnah tersebut akan dibaca secara nipis iaitu al-
Tarqiq. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-
Ghashiyah:88:5
Luqman:31:11
al-Qadr:97:1
Luqman:31:14
7.3 BAB HARUS DIBACA SAMA ADA AL-TAFKHIM ATAU AL-TARQIQ PADA
HURUF RA’
Dalam konteks ini, Mahadi Dahlan (1996) dalam kitabnya Tajwid Ilmi dan Amali:
Mengikut Kaedah Rasm Uthmani menjelaskan bahawa terdapat keharusan dalam
membaca huruf Ra‟ sama ada secara al-Tafkhim atau al-Tarqiq. Menurutnya,
keadaan ini berlaku apabila huruf Ra‟ bertanda Sukun, sebelumnya berbaris Kasrah
dan selepasnya terdapat huruf Isti`la‟ berbaris Karsah.
Abdul Aziz Abdur Rauf (t.th) dalam kitabnya Pedoman Dauroh al-Quran turut
memperincikan keharusan ini dengan menyatakan bahawa apabila huruf Ra‟
150
bertanda Sukun sebelumnya berbaris Kasrah dan selepasnya huruf Isti`la‟ berbaris
Karsah, maka diharuskan dibaca sama ada secara al-Tafkhim atau al-Tarqiq.
Rajah 8.9 di bawah menunjukkan gambaran perbincangan tersebut:-
Rajah 7.9: al-Tafkhim dan al-Tarqiq pada huruf Ra‟
Berikut beberapa keadaan yang membolehkan huruf Ra‟ dibaca sama ada secara
al-Tafkhim atau al-Tarqiq beserta contoh:-
1. Apabila huruf Ra‟ bertanda Sukun sebelumnya berbaris Kasrah dan
selepasnya huruf Isti`la‟ berbaris Karsah. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
al-Shura:26:63
al-Tafkhim dan al-
Tarqiq pada Huruf
Ra'
Berhenti kerana Waqaf dan
sebelumnya huruf Isti`la' Sukun yang
diawali dengan baris Kasrah
Bertanda Sukun dan sebelumnya berbaris
Kasrah dan selepasnya huruf Isti`la' berbaris
Kasrah
151
2. Apabila huruf Ra‟ bertanda Sukun sebelumnya berbaris Kasrah dan
selepasnya huruf Isti`la‟ berbaris Karsah. Contohnya:
Surah Contoh Ayat
Saba:34:12
al-Zukhruf:43:51
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat difahami bahawa tuntutan membaca al-
Quran bukan sekadar hanya melagukannya dengan sebaik-baik suara bahkan
melagukan bacaan al-Quran itu sebenarnya pelengkap kepada ketartilan al-Quran
sebagai salah satu seni Islami yang perlu dihayati. Bab al-Tafkhimdan al-Tarqiq jika
dinilai dari sudut mutu pembacaan al-Quran sebenarnya banyak membantu dalam
melagukan al-Quran dengan sebaik-baik bacaan. Oleh itu, para Qurra‟ sangat
menitik beratkan permasalahan ini bahkan dalam setiap kitab ilmu Tajwid turut
membahas isu ini dalam membentuk kefahaman dan pengamalan pembacaan al-
Quran sebagaimana ia diturunkan.
Ke arah itu, satu program kaedah pembelajaran al-Quran yang
dinamakan "Kaedah al-Hadi Dalam Masalah al-Tarqiq dan al-Tafkhim" telah
diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 9 April 2011. Slot ini telah
disampaikan oleh YBhg. Ustaz Amru Alhaz bin Adnan al-Hafiz, Imam Masjid
Negara. Program ini bertujuan mendedahkan kepada masyarakat Islam tentang
kaedah bacaan yang betul sepertimana yang diajarkan oleh Jibril AS kepada
Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan inisiatif yang telah di ambil oleh Persatuan
Kebajikan Kakitangan Masjid Negara (PKKMN) sebagai satu sumbangan ilmiah
Rumusan
152
kepada masyarakat muslim tentang peri-pentingnya membaca al-Quran dan
kaedah bacaan yang betul.
Kaedah al-Hadi merupakan satu kaedah yang disusun sebagai manual dan
panduan asas kepada pembaca al-Quran untuk menyebut sesuatu huruf al-Quran
dengan sebutan yang tepat berdasarkan teknik dan cara bukaan mulut. Kaedah
bukaan mulut ini berbeza bergantung kepada situasi huruf al-Quran yang ingin
dibaca. Kelemahan dalam teknik bukaan mulut itu menyebabkan banyak kesilapan
yang berlaku terutama pada huruf yang sepatutnya dibaca nipis tetapi dibaca
dengan tebal dan dalam beberapa keadaan ia jelas merubah huruf dan seterusnya
makna.
Manual Kaedah al-Hadi dalam Masalah al-Tarqiq dan al-Tafkhim ini menjelaskan
beberapa isu, antaranya:-
1. Mendedahkan kesilapan-kesilapan sebutan yang lazim dilakukan oleh
masyarakat Melayu atau bangsa bukan Arab dalam melafazkan sebutan
huruf al-Quran;
2. Mengenal huruf al-Tafkhim (tebal) dan al-Tarqiq (nipis) serta mempelajari
teknik-teknik untuk membezakan sebutan kedua-duanya; dan
3. Mempelajari cara dan teknik menyebut sesuatu huruf al-Quran mengikut al-
Sawt (suara) yang tepat melalui praktikal dan musyafahah.
153
Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat:
1. Menjelaskan definisi Idgham,Sebab , Faedah dan Syaratnya;
2. Menghuraikan pembahagian Idgham serta Kaedahnya;
3. Mengenalpasti Lam Sakinah dan Pembahagiannya.
Hasil Pembelajaran
UUnniitt 88
Idgham
154
8.1 PENGENALAN
Orang arab kebiasaannya lebih gemar menggunakan pertuturan yang
mudah dan ringan, Al-Quran adalah bahasa arab, maka ini selari dengan
tuntutan bahasa arab itu sendiri. Maka hukum idgham itu adalah untuk
memudahkan penuturnya. Menyebut satu huruf adalah lebih mudah dan
ringan dari menyebut dua huruf.
8.2 PENGERTIAN IDGHAM, SEBAB, FAEDAH DAN SYARATNYA
Pengertian Idgham Dari Segi Bahasa:
Dari segi bahasa Idgham bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu
seperti memasukkan mushaf ke dalam poket ,atau memasukkan pedang ke
dalam sarung pedang. (Al Mu‟jam Al Wasit-2009).
Pengertian Idgham Dari Segi Istilah:
Dari segi istilah Idgham ialah memasukkan sesuatu huruf ke dalam huruf
yang lain; ia menjadikan sebutan hurufnya seperti sebutan huruf yang
kedua.(Al-Wasit fi Ilmi al-Tajwid-1999)
Di sisi ulama terkemudian berpendapat bahawa: Idgham ialah
menghilangkan bunyi huruf yang pertama ke dalam bunyi huruf yang kedua
iaitu keadaan menyebut dua bunyi menjadi satu bunyi iaitu bunyi huruf yang
kedua. (Ashar al-Mustholahat fi Fan al-Ada‟ wa Ilmu al-Qiraat-2001)
Sebab-sebab Terjadinya Idgham
Terdapat beberapa sebab yang menjadikan sesuatu huruf itu hukumnya
idgham(Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari - 2005)
155
Antara sebab-sebab idgham adalah:
Al-Tamathul ( )
Al-Taqarub ( )
Al-Tajanis ( )
Faedah Idgham
Apabila mempelajari bab-bab idgham, kita tidak terkecuali untuk
mempelajari faedah idgham agar kita lebih memahami mengenainya.
Para ulama bersepakat bahawa faedah idgham adalah untuk memudah
dan meringankan sebutan pembaca apabila menyebut satu huruf
berbanding menyebutnya dengan dua huruf. (Hidayah al-Qari ila Tajwid
Kalam al-Bar-2005)
Syarat Idgham
Manakala, untuk menjadikannya Idgham, perlu mempunyai beberapa syarat
agar dapat dikategorikan ia sebagai idgham. 2 syarat tersebut ialah:
Khas bil-mudgham ( )
Ianya juga terbahagi kepada 3 keadaan:-
Keadaan pertama: bertemu dengan al-mudgham fih ( ) secara tulisan
dan lafaz. Contoh: bertemunya huruf nun dengan huruf ra:
﴾ ﴿
156
Keadaan kedua: bertemu dengan mudgham fih ( ) pada tulisan tetapi
tidak pada lafaz. Contoh: ﴾ ﴿
Keadaan ketiga: di halang keadaannya secara lafaz tidak pada tulisan.
Contoh: ﴾ ﴿
Khas bil-mudgham fih ( )
Kebanyakkan bertemu kedua-dua huruf idgham (mudgham dan mudgham fih)
dalam satu kalimah sahaja. (Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bar-2005)
8.3 PEMBAHAGIAN IDGHAM
Idgham terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu: (Al-Wasit fi al-
Ilmi at-Tajwid-1999)
Idgham Soghir
Idgham Kabir
Idgham Soghir
Idgham Soghir ialah memasukkan huruf pertama yang mati ke dalam huruf
yang kedua berbaris.
Contoh: Seperti memasukkan huruf mim ke dalam huruf mim ﴾ ﴿
Contoh: Seperti memasukkan huruf ta ke dalam huruf dal
157
﴾ ﴿
Contoh: juga seperti memasukkan huruf qaf ke dalam huruf kaf
﴾ ﴿
Penjelasan: Hukum ini dinamakan soghir kerana perbuatan memasukkan
huruf yang pertama ke dalam huruf yang kedua dalam kadar yang sedikit
berbanding dengan idgham kabir.
Walau bagaimanapun, ada juga pendapat yang mengatakan bahawa ia
disebabkan oleh perbuatan memasukkan huruf yang mati ke dalam huruf
yang berbaris itu sendiri.
Idgham Kabir
Idgham Kabir ialah memasukkan huruf pertama yang berbaris ke dalam
huruf kedua yang berbaris. Contoh : memasukkan huruf lam ke dalam huruf
lam
﴾ ﴿.
Bagi kalimah huruf Ta‟ Ta‟nis yang masuk ke atas huruf sin seperti contoh
pada ayat ini, ﴾ ﴿ dan Ta Ta‟nis yang masuk ke atas
huruf tho pada ayat, ﴾ ﴿ adalah diabaikan dan tidak
mengikut hukum idgham kabir. Terdapat perbezaan bacaan kerana
mengikut bacaan Susi; Abi Amru dari toriq Syatibiah, kedua-dua ayat di
atas adalah dibaca secara idgham. Begitu juga dengan bacaan Abu Amru
dan Ya‟qub dari toriq Toiyibah.
158
Penjelasan : Hukum ini dinamakan kabir kerana beberapa perkara mengikut
pandangan ulama :
Kerana keadaan kedua-dua huruf tidak terdapat tanda mati (berbaris)
1. Terkesan dengan keadaan huruf yang berbaris sebelum huruf idgham
2. Terdapat pendapat yang menyatakan susah untuk menyebut kalimah
tersebut adalah sebab dinamakan idgham kabir
3. Pendapat lain pula menyatakan bahawa ia adalah pelengkap kepada
bahagian Al-Mislain, Al-Jinsain dan Al-Mutaqaribain
Walau bagaimanapun, hukum idgham kabir tidak terdapat dalam riwayat
Hafs an „Asim melainkan pada dua tempat yang akan dijelaskan kemudian.
( Al-Wasit fi al-Ilmi at-Tajwid-2004)
8.4 KAEDAH IDGHAM
Mengetahui kaedah-kaedah untuk bacaan idgham adalah elemen yang
penting untuk pembacaan yang sempurna di samping mengetahui syarat,
sebab, faedah dan sebagainya. Kaedah ini terbahagi kepada dua kaedah
yang asas :
Kaedah Pertama
Hendaklah menjadikan al-mudgham (huruf yang pertama) adalah dari jenis
al-mudgham fih (huruf yang kedua). Kemudian, memasukkan bunyinya ke
dalam mudgham fih.
Kaedah ini adalah untuk idgham fi ghairi al-mithlain.
Contoh pertama: memasukkan huruf nun mati ke dalam huruf lam
﴾ ﴿
159
Sebagai penjelasan, huruf nun ditukarkan menjadi lam dan kemudian
memasukkan huruf lam ke dalam lam sehingga menjadi seperti lam yang
bersabdu berbaris atas selepas huruf mim.( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam
al-Bari-2005)
Contoh kedua: memasukkan huruf nun mati ke dalam huruf ra
﴾ ﴿ Sebagai penerangan, huruf nun ditukar menjadi ra dan
memasukkan huruf ra ke dalam ra sehingga menjadi seperti ra yang
bersabdu berbaris bawah selepas mim.
Sempurna dengan memasukkan bunyi mudgham ke dalam mudgham fih ;
memasukkan huruf pertama ke dalam huruf kedua.
Kaedah ini digunakan untuk idgham fi al-Mithlain.
Contoh : ﴾ ﴿
Kaedah Kedua
Apabila berbaris kedua-dua huruf dari salah satu baris atas,bawah dan
depan, maka terdapat beberapa cara tertentu :
Bagi idgham mithlain, maka hendaklah mematikan huruf yang pertama dan
kemudian memasukkan huruf yang pertama ke dalam huruf yang kedua.
Seperti contoh , ﴾ ﴿ , hendaklah menjadikannya sebagai satu
sebutan iaitu mim berbaris atas yang bersabdu selepas huruf ya mad.
Manakala bagi idgham mutaqaribain dan mutajanisain, kaedahnya seperti
berikut :
160
a) hendaklah menukarkan mudgham sejenis dengan mudgham fih.
b) kemudian,hendaklah menjadikannya sukun.
c) kemudian memasukkan huruf yang pertama ke dalam huruf yang kedua.
(Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari – 2005)
8.5 HUKUM IDGHAM KABIR MENURUT HAFS AN ‘ASIM
Idgham kabir ini adalah merupakan bacaan yang masyhur dinisbahkan
kepada Abu Amru bin Al‟ala. Selain beliau, terdapat juga imam lain seperti
Hasan Al-basri, Ibn Muhaisan, Al-A‟mash, Talhah bin Musrif, Isa bin Umar,
Musallamah bin Abdullah Al-Fahri, Musallamah bin Muharab As-Sudusi,
Ya‟qub bin Al-Hadrami dan ramai lagi. Tujuan idgham kabir ini adalah untuk
meringankan. Abu Amru Al‟ala menyatakan: Idgham adalah percakapan
orang arab yang berlaku dalam sebutan mereka kerana lidah mereka tidak
mampu menyebut dengan sempurna(al-Nasyr fi al-Qiraat al-Asy-1998)
Menurut riwayat Hafs an Asim, beliau tidak membaca idgham kabir dalam
bacaannya kecuali hanya pada dua tempat iaitu ﴾ يك ﴿ dan ﴾ تأيا ﴿ yang
bertujuan untuk memudahkan. (Al-Wasit fi al-Ilmi at-Tajwid-2004)
Pada ayat 95 dalam surah al-Kahfi tersebut dibaca dengan memasukkan
huruf nun pertama ke dalam nun kedua dan menjadikan sebutan nun
sebagai satu nun yang berbaris bawah dan bersabdu.
Pada ayat ﴾ تأيا ﴿ atas wazan yang menggabungkan dua nun secara zahir
iaitu huruf nun yang pertama adalah berbaris depan di tempat marfu‟ ( lam
fa‟il ) dan huruf nun yang kedua adalah berbaris atas ( nun mutakallim ).
Maka, menurut riwayat Hafs, ianya dibaca dengan memasukkan nun
yang pertama ke dalam nun yang kedua secara ishmam. Bacaan ini adalah
harus disisi Hafs dan sepakat ulama kecuali Imam Abi Ja‟far yang membaca
secara: ( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005) :
161
i- Idgham tanpa ishmam
ii- Idgham tanpa ikhfa‟.
8.6 IDGHAM MA’A AL-GHUNNAH DAN BI GHAIR AL-GHUNNAH
Pengertian Ghunnah
Suara dari huruf nun dan mim yang berlaku dengan kadar 2 harakat dan
tempat keluarnya dari rongga hidung yang menyebabkan getaran dan ia
merupakan suara yang halus dan lembut.( Mu‟allim al-Tajwid al-Jadid ma‟a
Tuhfat al-Athfal wa al-Ghulaman-1987)
Idgham Ma’a Al-Ghunnah
Apabila huruf mim, nun, wau dan ya berada selepas huruf nun yang mati
dan tanwin dalam dua kalimah maka adalah wajib untuk diidghamkan nun
sakinah dan tanwin pada bacaan tersebut. Hurufnya ada empat iaitu: و و
Cara Pembacaan Idgham Ma’a Al-Ghunnah
Bertemu di dalam dua kalimah
Apabila nun mati bertemu dengan 4 huruf di atas di dalam dua kalimah
akan menjadikan bacaannya idgham. Huruf yang pertama iaitu nun sakinah
atau tanwin dikenali sebagai Mudgham dan huruf yang kedua ( - و - و - (
dikenali sebagai Mudgham fih.
Telah disepakati oleh ulama‟ bahawa bacaan di atas adalah secara idgham
bi al-ghunnah kecuali Khalaf an Hamzah yang menyatakan bahawa huruf
yang tidak didengungkan adalah wau dan ya. Maka huruf yang
didengungkan adalah mim dan nun. Oleh itu,huruf idgham bi ghair al-
162
ghunnah disisi beliau terdapat empat huruf iaitu wau, ya, lam dan ra.
Manakala huruf bi al-ghunnah adalah mim dan nun. (Hidayah al-Qari ila
Tajwid Kalam al-Bari.-2000)
Bertemu di dalam satu kalimah
Apabila nun mati bertemu dengan 4 huruf di atas di dalam satu kalimah,
maka ia tidak dinamakan sebagai idgham bi al-ghunnah dan tidak dibaca
secara idgham akan tetapi dibaca secara izhar mutlak. Seperti contoh:
, , ,
Cara bacaan diatas ini, merupakan dari riwayat bacaan Nabi Muhammad
s.a.w. Ia wajib diizharkan kerana apabila ia dibaca dengan idgham,
bacaan tersebut akan menjadikan “perkataan tersebut” mudha‟af dan
sekaligus akan merosakkan makna.
Kadar bacaan Idgham Ma‟a Al-Ghunnah adalah 2 harakat.
Idgham Bi Ghair Al-Ghunnah
Apabila datangnya huruf lam dan ra selepas huruf nun mati dan tanwin. Ia
juga dinamakan sebagai idgham kamil. (Ashar Al-Mustholahat fi Fan al-Ada‟
wa Ilmi al-Qiraat-2001)
Terletaknya huruf lam dan ra selepas nun sakinah dan tanwin dengan syarat
terpisah kedua-duanya dan tidak dalam satu kalimah maka adalah wajib
untuk diidghamkan kedua-duanya tanpa dengung.( Hidayah al-Qari ila
Tajwid Kalam al-Bari-2005)
Ia adalah idgham yang tidak disertai dengan dengung.( al-Munir fi Ahkam
al-Tajwid-2001)
Hurufnya ada dua iaitu :
163
Cara Pembacaan Bi Ghair Al-Ghunnah
﴾ ﴿ ﴾ ﴿
Menggantikan nun mati dan tanwin kepada huruf lam pada contoh
yang pertama dan menggantikan kepada huruf ra pada contoh yang kedua
sehingga menjadi idgham yang sempurna. Akan tetapi, terkecuali pada ayat
.
Menurut riwayat Hafs an Asim, idgham nun pada ra adalah tidak terjadi
disebabkan oleh tanda saktah yang dibaca tanpa nafas yang sekaligus
menyebabkan terhalangnya nun dari bertemu ra. Sekiranya dibaca tanpa
saktah, cara bacaan adalah idgham mengikut kaedah (idgham bi ghair al-
ghunnah).( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005)
8.7 IDGHAM KAMIL DAN NAQIS
Idgham Kamil
Hilangnya zat dan sifat huruf mudgham ( huruf yang pertama )
Terdapat 4 huruf iaitu :
Tanda: Menghilangkan nun yang mati dari tanda sukun dan memasukkan
tanda sabdu ke dalam huruf yang berikutnya.
Bagi tanda tanwin, secara tulisan, ia ditulis secara berturutan dan
meletakkan sabdu ke dalam huruf selepasnya. (al-Munir fi ahkam al-Tajwid-
2001)
Bahagian idgham kamil terbahagi kepada dua iaitu : idgham kamil bi al-
ghunnah dan idgham kamil bi ghair al-ghunnah.
164
Idgham kamil bi al-ghunnah terjadi ke atas huruf mim dan nun. Kedudukan
dengung huruf ini terletak pada huruf mudgham fih (huruf yang kedua). Ini
adalah kerana huruf mudgham iaitu nun mati dan tanwin masuk secara
sempurna pada huruf yang kedua. Oleh itu, akan hilanglah zat dan sifat nun
dan mim yang pada asalnya bersifat dengung.( al-Munir fi ahkam al-Tajwid-
2001)
Contoh :
﴾ ﴿ ,﴾ ﴿
Idgham kamil bi ghair al-ghunnah pula terjadi ke atas huruf lam dan ra yang
bersabdu secara sempurna. Ia akan terjadi dengan lenyapnya kedua-dua
zat dan sifat huruf mudgham (nun mati dan tanwin) sehingga menjadi
mudgham dan mudgham fih seolah-olah satu huruf yang bersabdu secara
sempurna. (al-Wasit fi Ilmi al-Tajwid-2004)
Contoh :
﴾ ﴿ ﴾ ﴿
Idgham Naqis
Hilangnya zat huruf mudgham (huruf yang pertama) tetapi tidak secara
sifat.
Terdapat dua huruf iaitu:
Ia juga dinamakan sebagai idgham bi al-ghunnah naqis.
Tanda: membebaskan huruf nun mati dari sukun dan membebaskan huruf
berikutnya daripada sabdu. Bagi tanda tanwin, secara tulisan, ia ditulis
165
secara berturutan tetapi tidak meletakkan sabdu ke dalam huruf
selepasnya. ( al-Munir fi ahkam al-Tajwid-2001)
Contoh:
﴾ ﴿ ﴾ ﴿
Penjelasan: huruf wau dan ya diatas bertanda tasydid, akan tetapi dibaca
naqis kerana bunyi dengung (nun mati dan tanwin) wujud bersamanya. Ia
dipanggil naqis kerana tidak sempurna sabdu kerana bersama-samanya
sifat mudgham. Sifat mudgham tersebut adalah merupakan sifat isti‟la‟.
8.8 IDGHAM MUTAMATHILAIN, MUTAQORIBAIN, MUTAJANISAIN,
MUTABA’IDAIN
Idgham Mutamathilain ( )
Pengertian Dari Segi Bahasa:
Mutamathilain berasal daripada perkataan mithlain atau tamathul yang
bermaksud dua huruf yang sama pada makhraj dan sifat.
Pengertian Dari Segi Istilah:
Menggabungkan dua huruf yang sama, huruf pertama sukun dan huruf
keduanya berbaris. (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid-2004
Kaedah Bacaan Idgham Mutamathilain
Menurut kebanyakan ahli Qurra‟, idgham mutamathilain mempunyai
dua cara bacaan iaitu bacaan secara idgham dan izhar (mengikut bacaan
imam Susi). Walau bagaimanapun, bacaan secara izhar lebih diutamakan.(
Haq al-Tilawah-1981)
166
Contoh:
(
Berdasarkan ayat di atas, dua kaedah boleh diaplikasikan iaitu:
Apabila dibaca secara idgham:
Apabila dibaca secara saktah: iaitu berhenti seketika dan
sambung dengan nafas yang sama. Namun begitu, bacaan secara izhar
lebih diutamakan.
Pembahagian Idgham Mutamathilain
Idgham Mutamathilain terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: ( Hidayah al-
Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005)
Mithlain Soghir ( )
Makna: huruf pertama sukun dan huruf kedua berbaris.
Hukum:
Wajib idgham menurut kebanyakan ahli Qurra‟.
Tidak boleh dibaca secara idgham kerana huruf akhir pada ayat
pertama adalah huruf mad atau huruf ha‟ saktah.
Huruf mad
167
Wajib izhar tanpa menghilangkan mad pada idgham.
Huruf ha‟ saktah
Dalam keadaan ini wajib diizharkan kerana mesti diam seketika
(berhenti dan sambung pada nafas yang sama) yang mencegah daripada
diidghamkan.
Mithlain Kabir ( )
Makna: huruf pertama berbaris dan huruf kedua berbaris
Hanya berlaku pada 17 huruf iaitu:
( )
Contoh :
Wajib izhar pada ayat tersebut menurut ahli Qurra‟.
Ulama Susi membaca dengan mengidghamkan (memasukkan) huruf pertama
ke dalam huruf yang kedua.
Mithlain mutlak ( )
Makna: Huruf pertama berbaris dan huruf kedua sukun.
Berbeza dengan idgham muthamathilain soghir.
Contoh:
Hukum: wajib diizharkan (dibaca secara jelas) di sisi kebanyakan ahli Qurra‟.
Idgham Mutaqoribain ( )
168
Pengertian Dari Segi Bahasa:
Mutaqoribain dari segi bahasa berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu
Taqarrub yang bererti hampir.
Pengertian Dari Segi Istilah:
Dari segi istilah, Mutaqoribain ialah dua huruf yang berbeza pada tempat
keluar huruf tersebut (makhraj) tetapi dekat pada makhraj huruf yang
pertama dan huruf yang kedua.( Al-Tabyyin fi Ahkam Tilawah al-Kitab al-
Mubin-1999)
Ulama‟ lain juga berpendapat bahawa ia adalah dua huruf yang
berhampiran pada makhraj dan sifat, atau pada makhraj tanpa sifat atau
pada sifat tanpa makhraj. (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid – 2004)
Selain itu, Idgham Mutaqoribain juga merupakan dua huruf yang
berhampiran dari segi makhraj dan sifat di mana huruf awal yang berbaris
mati wajib dimasukkan ke dalam huruf yang kedua tanpa ghunnah.( Haq al-
Tilawah-1981)
Penerangan:
Dua huruf yang saling berdekatan dari segi tempat keluar(makhraj) dan
sifat (Al-Munir fi al-Ahkam al-Tajwid-2001)
Seperti bertemu huruf nun dan huruf lam.
Seperti bertemu huruf nun dan huruf ra‟.
Seperti bertemu huruf qaf dan huruf kaf
169
Dua huruf yang berdekatan dari segi makhraj tetapi tidak pada sifat.
Seperti bertemunya huruf dal dan huruf sin.
Dua huruf yang berdekatan dari segi sifat tetapi tidak pada makhraj.
Seperti bertemunya huruf sin dan huruf syin.
Seperti bertemunya huruf ta‟ dan huruf tha‟ .
Bahagian Idgham Mutaqoribain
Mutaqoribain Soghir
Mutaqoribain Soghir berlaku di mana huruf awal bertanda mati dan huruf
kedua bertanda baris( Al-Tabyyin fi Ahkam Tilawah al-Kitab al-Mubin-1999).
Ia dinamakan soghir (kecil) kerana tujuannya untuk mematikan huruf pertama
dan membariskan huruf kedua.
Contoh:
Bertemu huruf nun dan hurul lam.
Bertemu huruf qaf dan huruf kaf.
Hukum Idgham Mutaqoribain Soghir kadangkala menjadi wajib
idgham seperti memasukkan huruf nun ke dalam huruf lam. Hukumnya juga
boleh berubah menjadi harus idgham seperti memasukkan huruf qof ke
dalam huruf kaf.
Manakala mengikut riwayat Hafs An „Asim, ianya dibaca secara
izhar. Tetapi sekiranya huruf lam bertemu dengan huruf ra‟, hukumnya
170
menjadi idgham menurut semua Qurra‟. (Al-Tabyyin fi Ahkam
Tilawah al-Kitab al-Mubin-1999)
Kecuali pada ayat 14, surah al-Mutoffifin:
dihukumkan izhar oleh Hafs al- „Asim kerana ia menghukumkan saktah pada
lam.
Mutaqoribain Kabir
Mutaqoribain Kabir berlaku apabila huruf pertama dan kedua
berbaris. Ia dinamakan kabir (besar) kerana tanda baris lebih banyak
berbanding tanda mati.
Contoh:
Bertemu huruf qaf dan huruf kaf.
Bertemu huruf sin dan huruf syin .
Hukumnya wajib izhar. Menurut pendapat sebilangan ulama‟ Qurra‟,
hukumnya harus untuk dibaca secara izhar. Hafs An „Asim adalah qari yang
membacanya secara izhar dengan satu wajah. Walau bagaimanapun, Imam
Susi membacanya secara idgham. (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid – 2004)
Mutaqoribain Mutlak
Mutaqoribain Mutlak berlaku apabila huruf pertama berbaris dan
huruf kedua berbaris mati (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid – 2004).
Dinamakan mutlak kerana terikat antara soghir dan kabir.
171
Contoh:
Bertemu huruf hamzah dan huruf ha‟ .
Bertemu huruf ta‟ dan huruf ha‟.
Hukumnya wajib izhar menurut pendapat ulama‟ Qurra‟.
Idgham Mutajanisain ( )
Takrif dari Segi Istilah:
Mutajanisain bermaksud dua huruf yang sama pada segi makhraj (tempat
keluar) dan berlainan dari segi sifat. Sebagai contoh, huruf dal dan ta. Telah
disepakati bahawa tempat keluar bagi kedua-keduanya adalah hujung
lidah bersama dengan gigi yang atas.(Asyhar al-Mustholahat fi Fan al-Ada‟
wa „Ilmi al-Qiraat-2003)
Pembahagian Mutajanisain Dan Hukumnya:
Mutajanisain terbahagi kepada 3 bahagian :
Mutajanisain Soghir
Mutajanisain soghir ialah keadaan di mana huruf yang pertama adalah mati
dan huruf kedua adalah berbaris. ( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-
2005)
Mengikut riwayat Hafs an „Asim ,memasukkan padanya huruf
pertama ke dalam huruf kedua dan iaitu: ( Al-Tabyyin fi Ahkam Tilawah al-
Kitab al-Mubin-1999):
Bertemunya dal muhmalah yang bertanda sukun dengan huruf ta,
sama ada kedua-dua huruf tersebut berada pada satu kalimah atau dua
kalimah.
172
Contoh: Pada satu kalimah : ﴾ ﴿
Pada dua kalimah : ﴾ ﴿
Apabila bertemunya ta yang mati pada huruf dal dan huruf tho dan
keadaan huruf dal tersebut hanya terdapat dua tempat di dalam al-Quran.
Contoh: Pada huruf dal : ﴾ ﴿ ﴾ ﴿
Pada huruf tho : ﴾ ﴿ ﴾ ﴿.
Bertemunya huruf zal mu‟jamah yang bertanda mati daripada huruf
zal ( ) dengan huruf zho dan ia hanya terdapat dua tempat dalam al-
Quran.
Contoh : ﴾ ﴿, ﴾ ﴿.
Bertemunya huruf tho dengan huruf ta.
Contoh : ﴾ ﴿ , ﴾ ﴿
Bertemunya huruf qof dengan huruf kaf .
Contoh : ﴾ ﴿
173
Mutajanisain Kabir
Mutajanisain kabir ialah berbaris kedua-dua huruf yang sama jenisnya dan
dinamakan kabir kerana banyak tempatnya dan kerana tanda berbaris
lebih banyak daripada tanda mati.
Contoh: bertemunya huruf ta dengan huruf tho :
﴾ ﴿ , ﴾ ﴿
Hukum Mutajanisain Kabir
Terdapat dua hukum pada mutajanisain kabir. Pertamanya adalah harus
dan ia dibaca oleh sebahagian Qurra. Bagi hukum yang kedua pula ialah
izhar mutlak dan ia hanya dibaca di sisi Hafs „an „Asim.
Mutajanisain Mutlak
Mutajanisain mutlak ialah huruf yang bersamaan jenisnya di mana huruf
yang awalnya berbaris dan huruf keduanya mati. Ia juga dinamakan mutlak
kerana terbebas daripada ungkapan soghir atau kabir. Sebagai contoh,
bertemu huruf ya dan shin pada kalimah :
﴾ ﴿ , dan bertemu huruf lam bersama dengan huruf nun pada
mazhab Furra‟ pada lafaz ( ) dan sebagai contohnya : ﴾ ﴿
Hukum Mutajanisain Mutlak
Bagi hukum Mutajanisain Mutlak, semua Qurra‟ bersepakat membacanya
dengan hukum izhar. (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid – 2004)
Idgham Mutaba’idain ( )
174
Pengertian Dari Segi Istilah:
Maksud Mutaba‟idain adalah berjauhan dua huruf yang jauh dari segi
makhraj (sebutan) dan berbeza dalam sifatnya, keadaan tersebut banyak
terdapat di dalam al-Quran. Malah, mungkin terdapat yang berjauhan
makhraj dan sifatnya adalah sama, namun hanya sedikit di dalam al-Quran.
( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005)
Pembahagian Mutaba’idain
Mutaba‟idain terbahagi kepada 3 bahagian :
Mutaba’idain Soghir
Dinamakan Mutaba‟idain Soghir kerana huruf awal padanya adalah sukun
dan huruf kedua adalah berbaris. Kemudian berkumpul seperti huruf hamzah
bersama lam seperti : ﴾ ﴿
Mutaba’idain Kabir
Dinamakan Mutaba‟idain Kabir kerana dua huruf yang berjauhan berbaris
kedua-duanya atau disebabkan oleh berbaris kedua-dua huruf tersebut.
( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005)
﴿﴾dalam kalimah: hamzahbersama zaiContoh huruf
Mutaba’idain Mutlak
Dinamakan Mutaba‟idain Mutlak kerana huruf pertama berbaris dan huruf
kedua pula sukun. ( Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005)
Contoh seperti huruf qof fathah (baris atas) bersama wau sakinah dalam
kalimah:
﴿ ﴾
175
Hukum Mutaba’idain
Tercegah atau terhalang daripada idgham, maka wajib dibaca izhar. Oleh
sebab itu, hukum Mutaba‟idain adalah izhar dan wajib di sisi semua Qurra‟.
( Al-Wadih fi Ahkam al-Tajwid-2008)
8.9 LAM SAKINAH
Penjelasan mengenai al-Lam al-Sakinah termasuk di dalam perbincangan di
bawah tajuk idgham. Huruf lam di dalam al-Quran tidak akan sunyi dari
memasuki pada isim (kata nama), fe‟el (kata kerja) atau huruf.
Pembahagian lam adalah seperti berikut
i. Lam Al-Ism
Ia merupakan asal perkataan atau merupakan pertambahan ; wajib
(lazimah) atau tidak wajib (ghair lazimah). (al-Munir fi ahkam al-
Tajwid-2001)
Penjelasan:
Lam merupakan dari asal perkataan (Al-Asliah)
Contoh:
Hukum: Wajib untuk membacanya secara terang (izhar)
Pertambahan yang wajib (al-zaidah al-lazimah)
Iaitu lam yang wajib ada pada kalimah yang merupakan kata nama khas.
Sekiranya lam tersebut tiada, maka kalimah tersebut tidak akan mempunyai
makna.
Ayat penyambung (ism mausul) :
176
Kata nama yang menunjukkan keadaan (zarf) :
Hukum: wajib untuk membacanya dengan memasukkan (idgham) apabila
terletak selepasnya lam, dan wajib dibaca dengan jelas (izhar) apabila
huruf selepasnya selain dari lam.
Pertambahan yang tidak wajib (al-zaidah ghair al-lazimah)
Dikenali sebagai lam al-ta‟rif, dan ia adalah lam mati yang di tambah pada
pembinaan perkataan yang didahului dengan hamzah wasal yang berbaris
atas pada permulaannya, dan ia dimulakan pada awal perkataan (
Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari-2005)
Lam ta‟rif ini adalah khusus dengan mendatangi perkataan yang umum (isim
nakirah) sahaja untuk memberi maksud khas pada perkataan tersebut.
Apabila lam ta‟rif ini bertemu dengan salah satu huruf hijaiyah, maka ia
akan terbahagi kepada dua hukum di bawah( Haq al-Tilawah-1981):
1. dibaca izhar apabila bertemu huruf qamariah
2. dibaca idgham apabila bertemu huruf syamsiyyah
Huruf Al-Lam Al-Qamariah
Huruf Al-Lam Al-Qamariah mempunyai 14 huruf iaitu:
( - - - - - - - - - - - - - )
Apabila digabungkan, ia akan menjadi (
177
Dinamakan huruf al-lam al-qamariah kerana wajib membaca huruf lam
sebelumnya secara izhar seperti membaca lam yang jelas pada perkataan
. انقر
Sebab ia dibaca dengan izhar: jauhnya tempat keluar makhraj huruf
lam dengan huruf qamariah (14 huruf di atas), disebabkan jauhnya tempat
keluar tersebut, maka adalah bertepatan untuk di baca dengan jelas
(secara izhar) (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid – 2004).
Huruf Al-Lam Al-Syamsiyyah
Huruf Al-Lam Al-Syamsiyyah memepunyai 14 huruf iaitu:
( )
Ia dinamakan sebagai lam syamsiyyah kerana wajib dibaca dengan
memasukkan bunyi huruf pertama ke dalam huruf kedua; iaitu dibaca
seperti satu huruf yang bersabdu, huruf syamsiyyah (secara idgham).
Kebanyakan tulisan dalam al-Quran, akan diletakkan tanda sabdu
pada huruf syamsiyyah tersebut sebagai satu tanda untuk memasukkan lam
tersebut pada huruf syamsiyyah (tanda sabdu ini tidak akan terdapat pada
huruf qamariah, tetapi akan di ganti dengan tanda mati di atas huruf
qamariah). ( Haq al-Tilawah-1981)
Sebab ia dibaca dengan idgham adalah kerana ( ) pada huruf
lam dan ( ) merujuk pada huruf nun dan ra mengikut mazhab al-Furra‟
manakala mengikut mazhab jumhur adalah disebabkan dan ia
adalah dari kebanyakan huruf (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid – 2004).
178
Lam Al-Fe’el
Ia merupakan lam yang terdapat pada al-fe‟el sama ada yang perbuatan lepas
(madi) atau perbuatan akan datang (mudhori‟) atau suruhan (amr) (al-Munir fi
ahkam al-Tajwid-2001)
Hukum: adalah wajib untuk membacanya secara izhar. Kecuali apabila terdapat
huruf selepasnya lam dan ra, maka hendaklah dibaca dengan idgham.
Contoh : huruf lam bertemu lam
huruf lam bertemu huruf ra
i. Lam Al-Harf
Lam ini merupakan lam yang bertanda mati yang terletak selepas
kalimah:
( atau ) .
Dinamakan sebagai lam al-harf kerana terletak pada huruf dan hanya
terdapat di dalam al-Quran pada dua perkataan iaitu . Maka,
kedua-dua huruf ini terdapat dalam 3 keadaan, iaitu: (Al-Wasit fi Ilm al-
Tajwid – 2004):
Dibaca dengan idgham
Wajib untuk dibaca dengan idgham apabila terletak selepas kedua-dua
huruf ini adalah huruf lam dan ra.
pada ayat : بم dan tidak akan terdapat perkataan ra kecuali selepas
179
Sebab idgham pada huruf lam ialah manakala pada huruf ra adalah
pada mazhab Jumhur dan pada mazhab al-Qurra‟, kecuali
pada riwayat Hafs an Asim dari thoriq Syatibiyah bahawa tidak di baca
idgham , lam bertemu ra pada kalimah:
dan ia kerana Hafs membaca dengan bacaan saktah dan dilarang untuk
membaca secara dengung padanya (Al-Wasit fi Ilm al-Tajwid – 2004).
Harus dibaca dengan idgham
Pada bahagian ini, sebahagian Qurra‟ membaca dengan izhar manakala
sebahagian lagi membacanya dengan idgham. Qurra‟ yang membaca
secara idgham adalah Warsy dan al-Kisa‟i. Manakala Qurra‟ yang
membacanya secara izhar adalah bacaan Hafs an Asim. (Al-Wasit fi Ilm al-
Tajwid – 2004).
Terdapat beberapa ayat akan dibaca secara izhar atau idgham
apabila datang selepasnya salah satu huruf dari 8 huruf berikut :
﴿ ﴾ ﴿ ﴿ ﴾ ﴿ ﴾ ﴾
180
Dibaca dengan izhar
Apabila lam terletak sebelum semua huruf hijaiyah (kecuali lam dan ra) (al-
Munir fi ahkam al-Tajwid-2001)
Contoh: ﴾ ﴿ ﴾ ﴿
Di akhir topik ini, anda telah mempelajari:
1. Pengertian Idhgam serta Sebab, Faedah dan Syaratnya.
2. Pembahagian Idgham serta kaedah bacaannya.
3. Pengertian hukum Lam sakinah dan pembahagiannya.
Rumusan
181
Hasil Pembelajaran: Di akhir topik ini, anda dapat:
1. Menjelaskan definisi waqaf dan ibtida‟ dari segi bahasa dan istilah serta
perbezaannya daripada saktah dan al-Qata'.
2. Mengetahui jenis-jenis dan pembahagian waqaf.
3. Mengetahui jenis-jenis dan pembahagian ibtida‟.
4. Mempraktikkan jenis-jenis waqaf dan ibtida‟ menerusi ayat-ayat Quran.
Hasil Pembelajaran
UUnniitt 99
WAQAF DAN
IBTIDA’
182
9.0 PENGENALAN
Mengetahui ilmu waqaf dan ibtida' merupakan suatu yang amat penting
bagi pembaca Quran. Ini kerana manusia dikurniakan oleh Allah S.W.T
dengan kadar nafas yang terhad yang tidak memungkinkan mereka
membaca sesuatu ayat atau surah yang panjang di dalam satu nafas.
Tambahan pula, sekiranya pembaca Quran tidak menguasai ilmu ini,
dikhuatiri mereka akan memberhenti dan memulakan bacaan pada lafaz
atau kalimah yang boleh mengubah makna sesuatu ayat. Sedangkan kitab
Quran yang merupakan kitab hidayah yang suci perlu dipelihara daripada
sebarang bentuk perkara yang boleh memesong dan merosakkan
kandungannya.
Di dalam satu riwayat yang disebut oleh ibn al-Jazari, bahawa
Saidina Ali RA dalam menghuraikan makna tartil di dalam ayat 4 Surah al-
Muazzamil, beliau mentafsirkannya sebagai memperelokkan huruf dan
mengetahui waqaf. (ibn al-Jazari, al-Nasyr fi al-Qira'at al-'Asyar)
Melihat kepada kepentingan topik ini, maka seharusnya bagi
pembaca Quran mempelajari dan memahami jenis-jenis waqaf dan ibtida'
dan hukum-hukum berkaitannya seperti saktah dan al-Qata'.
9.1 DEFINISI WAQAF SERTA PEMBAHAGIANNYA
Makna waqaf dari segi bahasa menurut ialah berdiri pada sesuatu (Ibn
Faris, Mu‟jam Al Maqoyis Fi Al Lughah, 1994). Waqaf juga member makna
berhenti selepas berjalan. Adapun waqaf di dalam bacaan ialah memotong
kalimah selepas daripadanya (Ibrahim Mustafa, al-Mu‟jam al-Wasit-2009).
Ia juga boleh diertikan sebagai menahan atau menghalang. (al-Jarmi,
Mu‟jam Ulum al-Quran-2001).
183
Sementara itu dari segi istilah, waqaf ialah memutuskan suara di
dalam bacaan Quran dengan kadar seketika untuk bernafas di dalamnya
disertai niat untuk menyambung semula pembacaan, bukan untuk terus
berhenti, samaada ianya di awal ayat atau di tengahnya dan tidak
dibenarkan untuk berhenti di tengah-tengah kalimah dan apa-apa yang
bersambung penulisannya (al-Mar'isyi, Juhd al-Muqil-2006)
9.2 JENIS WAQAF BERDASARKAN KEPADA HAL PEMBACA QURAN
Waqaf berdasarkan kepada keadaan pembaca Quran terbahagi kepada
empat bahagian:
Bahagian yang pertama ialah waqaf idhthiroriy :
Ia merujuk kepada waqaf yang disebabkan terpaksa, seperti waqaf
kerana kehabisan nafas, terkejut, bersin, menguap, terlupa bacaan atau
apa jua keuzuran yang tidak memungkinkan qari meneruskan bacaan dan
terhenti bacaan ditempat yang tidak sepatutnya. Pada keadaan tersebut,
184
dibenarkan bagi pembaca Quran memberhentikan bacaan di mana sahaja,
sekalipun pada kalimah yang merosakkan makna ayat.
Di dalam keadaan ini, bagi memulakan semula bacaan, pembaca
Quran perlu melihat kalimah selepasnya, di mana jika elok untuk disambung
bacaan padanya, maka harus diteruskan bacaan padanya. Sekiranya tidak
elok, maka perlu diulang dari kalimah yang diberhentikan bacaan padanya
atau kalimah sebelumnya bagi memyempurnakan maksud ayat. (Muhammad
Ahmad Ma'bad, al-Mulakkhos al-Mufid fi 'Ilmi al-Tajwid. Ahmad Khalid
Shukri et.al, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid)
Bahagian yang kedua ialah waqaf ikhtibariy ( ):
Ia merujuk kepada bacaan waqaf yang di minta oleh guru Quran
untuk menguji atau mengajar murid-murid dalam proses menjelaskan kaedah
suatu bacaan ketika waqaf atau menjelaskan mengenai sesuatu. Hukum
waqaf sebegini adalah harus dan cara untuk mengulangi dan meneruskan
bacaan sama seperti kaedah waqaf idhthirory. (Muhammad Khalid Mansur,
al-Wasit fi Ahkam al-Tajwid)
Bahagian yang ketiga ialah waqaf intidhoriy ( ):
Ia adalah waqaf pada suatu kalimah Quran dengan sebab untuk
menghimpunkan apa yang ada di dalamnnya atau ayat sebelumnya
daripada pelbagai wajah qiraat, riwayah, turuq dan wajah.
Hal ini hanya berlaku ketika di dalam proses talaqqi bacaan Quran
bersama sheikh dengan cara menghimpunkan (jama') bacaan qiraat tujuh
atau sepuluh. (Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi Ahkam al-Tajwid).
Proses ini juga berlaku ketika qari cuba menjelaskan makna berulang kali
185
dan untuk menyedapkan bacaan. (Ahmad Khalid Shukri et.al, al-Munir fi
Ahkam al-Tajwid)
Hukum waqaf sebegini adalah harus dan tidak disyaratkan untuk
menyempurnakan makna, memadailah seorang qari waqaf bacaan
berdasarkan rasm. Namun seharusnya bagi qari bijaksana memilih tempat
waqaf agar makna ayat Al Quran terpelihara. (Ahmad Khalid Shukri et.al,
al-Munir fi Ahkam al-Tajwid)
Bahagian yang keempat ialah waqaf ikhtiyariy ( ):
Ia adalah waqaf yang dilakukan oleh pembaca Quran dengan
kehendaknya dan ia tidak dipengaruhi faktor di luar keinginannya.
(Muhammad Ahmad Ma'bad, al-Mulakkhos al-Mufid fi 'Ilmi al-Tajwid)
Waqaf ikhtiyariy kepada empat bahagian. Menurut al-Dani
bahagian-bahagian tersebut adalah tam, kafi, hasan dan qabih. (al-Dani, al-
Muktafa fi al-Waqfi wa al-Ibtida‟- 2001). Di antara ulama' lain yang
mengikuti pembahagian yang sama ini adalah Husni Sheik Uthman di dalam
kitab Haq al-Tilawah, Muhammad Makki Nasr di dalam kitabnya Nihayah
al-Qaul Al-Mufid Fi Ilm Al-Tajwid dan Sheikh Abd al-Fattah al-Marsofi, di
dalam kitab Hidayah al-Qari ila Tajweed Kalam al-Bari.
186
9.3 BAHAGIAN-BAHAGIAN WAQAF IKHTIYARIY
1. WAQAF TAM ( ):
Waqaf tam ialah waqaf di atas kalimah yang sempurna maknanya, tiada
perkaitan kalimah sebelum dengan yang berikutnya samaada dari segi
lafaz (i‟rab) ataupun makna.
Kebanyakan waqaf tam ini berlaku di akhir surah, penutup suatu kisah atau
penceritaan, akhir sesuatu ayat berkaitan hukum dan kebanyakannya
terdapat di kepala ayat Quran. (Muhammad Ahmad Ma'bad, al-Mulakkhos
al-Mufid fi „Ilmi al-Tajwid)
Hukum waqaf tam: Baik untuk waqaf pada jenis waqaf ini dan baik untuk
meneruskan bacaan dengan kalimah selepasnya. (Ahmad Khalid Shukri, al-
Munir fi Ahkam al-Tajwid)
187
Di antara contoh-contoh waqaf tam ialah:
1. Waqaf pada akhir ayat penceritaan sifat-sifat orang bertaqwa di
dalam ayat 5 Surah al-Baqarah dan selepasnya adalah ayat
penceritaan orang-orang kafir.
2. Waqaf pada ayat penutup bagi kisah dakwah Nabi Nuh A.S. di dalam
ayat 64 Surah al-A'raf dan di mana selepasnya adalah permulaan kisah
Nabi Hud A.S.
3. Waqaf pada ayat penutup bagi sesuatu hukum seperti ayat berkaitan
hukum wasiat di dalam ayat 182 Surah al-Baqarah dan ayat berikutnya
adalah berkaitan hukum puasa.
188
Selain itu waqaf tam mempunyai nama yang lain seperti waqaf al-
Bayan dan waqaf al-wajib. Sebab dinamakan dengan nama tersebut kerana
apabila qari waqaf di tempat tersebut, ia akan memberika makna yang
tepat dan jelas. (al-'Aqrabawi, al-Mursyid fi 'Ilmi al-Tajwid).
2. WAQAF KAFI ( ):
Waqaf Kafi ialah berhenti pada akhir kalam yang sudah sempurna
lafaznya, tiada hubungkait dari sudut lafaz (i‟rab) akan tetapi masih ada
hubungan maknanya. (al-Dani, al-Muktafa fi al-Waqaf wa al-Ibtida‟).
Pada kebiasaannya, waqaf ini berlaku di akhir ayat dan banyak
juga yang berlaku di pertengahan ayat. Di antara contoh-contoh waqaf kafi
adalah:
1. Ayat 4-5 Surah al-Baqarah yang berbunyi:
Sesungguhnya ayat pertama dan kedua di dalam contoh ini tiada perkaitan
dari segi lafaz (i‟rab), akan tetapi perkaitannya dari sudut makna di mana
189
ia membicarakan perihal orang-orang bertaqwa ('Aqrabawi, al-Mursyid fi
'Ilmi al-Tajwid).
2. Waqaf pada kalimah ( ) pada ayat 88 Surah al-Baqarah:
3. Waqaf pada ayat 39 dan 40 daripada Surah Yasin:
Hukum waqaf dan ibtida' pada waqaf kafi ini adalah sebagaimana hukum
waqaf dan ibtida' pada waqaf tam. (Husni Sheikh Uthman, Haq al-Tilawah).
3. WAQAF HASAN ( ):
Waqaf Hasan adalah waqaf yang sempurna maknanya dan berkaitan
dengan apa yang selepasnya dari segi lafaz dan makna serta memberi
faedah. (Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi Ahkam al-Tajwid).
Waqaf hasan ini berlaku di kepala ayat mahupun di pertengahan ayat.
Berikut adalah contoh-contoh bagi waqaf hasan:
190
Contoh di pertengahan ayat:
٭ (al-Fatihah: 2)
٭
(al-Baqarah: 258)
Contoh di akhir ayat:
٭ (al-Fatihah: 2-3)
٭ (al-Muzammil: 1-2)
٭ (al-Maa'un: 4-5)
Manakala dari sudut hukum, adalah baik untuk memberhentikan bacaan
pada jenis waqaf ini, namun untuk memulakan bacaan (ibtida') hukumnya
adalah seperti berikut:
Sekiranya waqaf hasan ini dipertengahan ayat, maka tidak elok
untuk memulakan bacaan dengan kalimah selepasnya. Ini kerana wujudnya
perkaitan secara makna dan lafaz (i'rab) di antara keduanya.
Sekiranya waqaf hasan ini di akhir ayat, maka harus dimulakan
bacaan terus dengan ayat selepasnya walaupun wujudnya perkaitan di
antara kedua ayat tersebut. Ini kerana, menurut jumhur ulama' waqaf di atas
akhir sesuatu ayat adalah sunnah. (Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi
'Ilmi al-Tajwid. Ahmad Khalid Shukri et.al, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid). Dan
tidak harus juga meninggalkan bacaan (al-Qata') selepas pada waqaf hasan
di akhir ayat. (Abd al-Rahman Ibdah et.al, Ahkam al-Tilawah wa al-Tajwid)
191
4. WAQAF QABIH ( ):
Waqaf qabih ialah memberhentikan bacaan pada kalam yang tidak
sempurna dari segi lafaz dan makna serta tidak bermanfaat, atau
mengubah maksud ayat, atau waqaf yang mengubah maksud sesuatu ayat
yang boleh membawa menggambarkan buruk akhlak kepada Allah S.W.T
dengan menetapkan sesuatu yang tidak layak bagi-Nya. (Ahmad Khalid
Shukri, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid).
Waqaf qabih ini terbahagi kepada tiga bahagian:
Waqaf pada kalam yang tidak sempurna maksudnya kerana
perkaitan dengan selepasnya. Perkara ini dijelaskan oleh al-Marsofi
sebagai waqaf yang terhenti pada „amil semata-mata, tanpa disambung
dengan ma‟mul. (al-Marsofi, Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari)
Sebagai contohnya:
Waqaf pada mudof, kemudian disambung bacaan pada mudof ilaih. Seperti
waqaf pada lafaz ( ) pada Basmalah.
Begitu juga sekiranya diwaqafkan ke atas mausuf , bukan sifatnya. Sebagai
contoh waqaf pada ( ) pada ayat 6 Surah al-Fatihah:
192
Demikian jika waqaf pada feel semata-mata bukan pada failnya. Seperti
waqaf pada kalimah ( ) pada ayat 27 Surah al-Ma'idah.
Waqaf pada kalimah yang memberi makna yang tidak dimaksudkan
disebabkan maksud yang sebenar tergantung pada lafaz selepasnya.
Sebagai contohnya:
Waqaf pada kalimah ( ) surah al-Nisa' ayat 43. Jika dibaca
sedemikian akan menyebabkan kekeliruan makna. Mungkin bagi pendengar
menyangka bahawa ada suruhan di dalam Quran yang menegah manusia
dari mendirikan solat.
Begitu juga keadaannya sekira waqaf pada kalimah ( ) pada ayat
31 Surah al-Insan:
Bagi orang yang mendengar bacaan tersebut akan menyangka bahawa
orang yang zalim juga akan termasuk di dalam golongan yang mendapat
rahmat Allah.
193
Bahagian yang ketiga ialah seburuk-buruk waqaf, kerana ia meragukan
makna dan menyebabkan hilang adab dengan Allah S.W.T. Sebagai
contoh:
Waqaf pada kalimah ( ) pada ayat 258 Surah al-Baqarah:
Sekiranya berhenti pada kalimah tersebut, maka pendengar akan
menyangka bahawa Allah S.W.T adalah sama keadaannya seperti orang
kafir yang terpinga-pinga. Ini member makna yang buruk terhadap
kesempurnaan dan kemuliaan sifat Allah S.W.T.
Waqaf pada kalimah ( ) pada ayat 26 surah al-Baqarah:
Jika berkenti pada kalimah tersebut, ia akan member erti Allah S.W.T
itu tidak malu dan segan. Maka perlulah bacaan tersebut disambung pada
waqaf yang selayaknya.
5. WAQAF JIBRIL A.S.
Selain pembahagian waqaf-waqaf di atas, sebahagian ulama' tajwid turut
membahaskan waqaf yang dinamakan sebagai Waqaf Jibril. Ia merupakan
waqaf yang dikehendaki dan disengajai oleh Rasulullah S.A.W., dan
194
dinamakan sebagai waqaf sunnah atau waqaf nabawi. (al-Marsofi, Hidayah
al-Qari. Ahmad Khalid Shukri et.al, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid).
Menurut pendapat sebahagian yang lain, Jibril A.S. mewaqafkan
bacaan pada tempat-tempat ini dan diikuti oleh Rasulullah S.A.W. Kerana
itulah ia dinamakan sebagai waqaf Jibril. (Ahmad Khalid Shukri et.al, al-
Munir fi Ahkam al-Tajwid).
Di dalam menyebut bilangan waqaf Jibril ini, al-Asymuni
meriwayatkan daripada al-Sakhawi bahawa ia terdapat di 11 tempat di
dalam Quran. (al-Asymuni, Manar al-Huda fi Bayan al-Waqaf wa al-
Ibtida). Tempat-tempat tersebut adalah sebagaimana berikut:
1. Surah al-Baqarah ayat 148
2. Surah al-Maidah ayat 48
3. Surah Ali `Imran ayat 95
4. Surah al-Maidah ayat 116
5. Surah Yusuf ayat 108
6. Surah al-Ra‟d ayat 17
7. Surah al-Ra‟d ayat 18
8. Surah al-Nahl ayat 5
195
9. Surah al-Sajadah ayat 18
10. Surah al-Nazi'at ayat 23
11. Surah al-Qadr ayat 3
Al-Marsofi meriwayatkan di dalam kitabnya bahawa sebahagian
ulama' yang lain menambah bilangan waqaf Jibril. (al-Marsofi, Hidayah al-
Qari) Tempat-tempat tersebut adalah sebagaimana berikut:
1. Surah al-Baqarah ayat 197
2. Surah al-Maidah ayat 7
3. Surah al-Maidah ayat 32
4. Surah Yunus ayat 2
5. Surah Yunus ayat 53
6. Surah Yunus ayat 65
7. Surah al-Nahl ayat 103
8. Surah Luqman ayat 13
9. Surah Ghafir ayat 6
196
10. Surah al-Qadr ayat 4
11. Surah al-Nasr ayat 3
Waqaf ini tidak mempunyai kaedah dan tanda yang khusus untuk
membezakannya dari pembahagian waqaf yang lain. Ini kerana waqaf
Jibril terkandung di dalamnya ketiga-tiga jenis waqaf di atas iaitu waqaf
tam, waqaf kafi dan waqaf hasan.
Di dalam mengenal pasti kesahihan riwayat yang menyatakan
waqaf Jibril ini, Sheikh Khalil al-Husairi selepas kajiannya mengatakan
bahawa waqaf ini adalah tidak bersandarkan kepada dalil yang kuat dan
sahih. (al-Husairi, Ma'alim al-Ihdita'). Namun, al-Marsofi mengatakan
sebaliknya dan menyatakan waqaf ini diriwayatkan secara talaqqi dan
musyafahah oleh imam-imam yang adil dan dipercayai. (al-Marsofi, Hidayah
al-Qori')
9.4 SAKTAH ( ) DAN AL QATA' ( )
Saktah dari segi bahasa bermakna , iaitu senyap atau berhenti berkata-
kata. (Ibrahim Mustafa et.al, al-Mu‟jam al-Wasit)
Menurut istilah saktah membawa maksud memutuskan suara (bacaan)
dengan kadar seketika, tanpa mengambil nafas dengan niat untuk
menyambung semula bacaan. Tanda bagi saktah di dalam Quran ialah huruf
sin ( )
197
9.4.1 SAKTAH WAJIB
Terdapat empat saktah wajib bagi riwayat Imam Hafs daripada 'Asim
menurut toriq al-Syatibiyyah ketika wasal bacaan, iaitu:
i. Pada huruf alif ( ا ) yang menjadi ibdal dari tanwin pada lafaz
( ) pada firman Allah Ta‟ala dalam Surah al-Kahf, ayat 1-2:
ii. Begitu juga pada lafaz ( ) pada ayat ke 52 surah Yasin:
iii. Demikian juga pada huruf Nun pada lafaz ( ) dalam Surah al-
Qiyamah ayat yang ke 27:
iv. Juga pada hurul Lam ( ل ) pada lafaz ( ) dalam Surah al-
Mutaffifin ayat ke 14:
198
9.4.2 SAKTAH HARUS
Terdapat dua saktah harus bagi riwayat Imam Hafs daripada 'Asim menurut
toriq al-Syatibiyyah ketika wasal bacaan, iaitu:
i. Lafaz ( ) pada Surah al-Haaqqah ayat 28-29:
Di dalam ayat ini, harus padanya dua wajah iaitu saktah bersama
izhar dan idgham. Namun bacaan dengan saktah bersama izhar
adalah lebih utama. (Al-Munir Fi Ahkam Al-Tajwid-2001).
ii. Akhir Surah al-Anfal dan awal Surah al-Taubah.
Di antara wajah yang diharuskan untuk dibaca di antara 2 surah ini
adalah bacaan saktah tanpa basmalah.
9.4.3 Al-QATA'
Al-Qata' dari segi bahasa ialah اإلزانت ) ), member erti pergi, tinggal dan
lenyap. (Ibrahim Mustafa et.al, al-Mu‟jam al-Wasit)
Sementara itu dari segi istilah, ia bermaksud memberhentikan
bacaan dan berpindah kepada urusan yang lain yang tiada hubung kait
dengan bacaan Quran. Al-Qata' (berhenti daripada bacaan) itu mesti di
199
kepala ayat ataupun akhir surah dan tidak boleh berhenti di pertengahan
ayat. (Ahmad Khalid Shukri et.al, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid).
9.5 DEFINISI IBTIDA’
Menurut Bahasa
Perkataan Ibtida‟ dari segi bahasa bermaksud permulaan.
Menurut Istilah
Memulakan bacaan ayat al-Quran sama ada selepas al-Qat‟u (lama habis
membaca) atau waqaf (berhenti mengambil nafas). Menurut pengarang
kitab al-Munir, apabila qari memulakan bacaan ayat al-Quran di
pertengahan surah, maka qari tersebut perlulah memulakan bacaannya
dengan ayat sebelumnya yang ada kaitan antara satu sama lain. Perlu
diulang bacaaan ayat sebelumnya bagi mendapatkan makna ayat yang
jelas. (Ahmad Khalid Shukri, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid)
PEMBAHAGIAN IBTIDA’
Pembahagian Ibtida‟ adalah sama seperti waqaf iaitu ia boleh menjadi
Tam, Kafi, Hasan dan Qabih. Ibtida‟ berkait rapat dengan tempat waqaf
yang dibaca oleh qari.
HUKUM IBTIDA' PADA HAMZAH WASOL
Di antara kaedah yang perlu difahami oleh pembaca Quran adalah, tidak
boleh memulakan bacaan (ibtida') dengan huruf berbaris mati dan tidak
boleh waqaf di atas huruf yang berbaris. Di atas asas ini, para pembaca
Quran perlu menguasai hukum berkaitan memulakan bacaan pada hamzah
wasol kerana asal kepada huruf tersebut merupakan huruf berbaris mati.
200
Jenis Hamzah Yang Berkaitan Dengan Ibtida’
Perlulah diketahu bahawa ibtida‟ dengan hamzah ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu:
Ibtida’ Dengan Baris Mengikut Huruf Ketiga
Terdapat beberapa situasi untuk membariskan huruf hamzah wasol ketika
ibtida‟ dengan kalimah tersebut:
Jika huruf ketiga berbaris fathah, maka hamzah wasol dikasrahkan.
Jika huruf ketiga berbaris kasrah, maka hamzah wasol dikasrahkan.
Jika huruf ketiga berbaris dhommah, maka hamzah wasol
didhommahkan.
Contoh:
﴿ ﴾[34 :انبقرة]
﴿ ﴾[173 :انساء ]
﴿ ﴾[1 :األباء ]
Ibtida’ Dengan
Hamzah (ء)
Ibtida’ dengan
Hamzah (ء) Wasol
Ibtida’ dengan Hamzah (ء) Wasol dan Hamzah Qat’u
201
Ibtida’ Dengan Baris Kasrah
Terdapat di dalam al-Quran, beberapa kalimah yang dimulai dengan
hamzah wasol yang tidak mengikut kaedah baris huruf ketiga seperti yang
dinyatakan di sebelum ini. Kalimah-kalimah tersebut dibaca dengan baris
kasrah sahaja ketika ibtida‟ iaitu:
i. Tujuh Kata Nama dikasrahkan hamzah wasol:
]Ali „Imran: 45[
]al-Tahrim: 12[
]Yasin: 14[
]al-Nisa‟:
176[
]al-Haj: 40[
]al-Nisa‟: 176[
]al-Nisa‟: 12[ ]Yusuf:
30[
ii. Empat Kata Kerja dikasrahkan hamzah wasol:
]Sod: 6[
]al-Hijr: 65[
]Yunus: 71[
]al-Kahfi: 21[
Dari segi tatabahasa arab, asal empat perkataan di atas ialah berbaris
kasrah pada huruf ketiganya iaitu (ايشىا dan اقضىا) tetapi ditukarkan
202
barisnya. Maka sewaktu memulakan bacaan pada 4 kalimah ini hamzah
wasol dikasrohkan kerana meraikan baris asal huruf yang ketiga iaitu baris
kasrah.
Ibtida’ Dengan Ibdal
Ibdal di sini membawa maksud menukarkan huruf hamzah qat‟u kepada huruf
mad berpandukan baris pada huruf sebelumnya. Terdapat beberapa
contoh kalimah yang dimulai dengan hamzah wasol dan hamzah qat‟u
selepasnya, maka ketika ibtida‟ perlulah kalimah tersebut dibaca dengan
ibdal (dua harakat).
Contoh;
]al-Baqarah:
283[
]al-Ahqaf: 4[
]al-Taubah:
49[
]Yunus: 15[
Ibtida’ Dengan Baris Fathah
Sekiranya sesuatu kalimah yang dimulai dengan hamzah wasol dan huruf
lam selepasnya, maka ketika ibtida‟ ia dibaca dengan baris fathah sahaja.
Contoh:
﴿ ﴾[2 :انفاتحت ]
﴿ ﴾[1: انقارعت ]
203
Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat:
1. Mengenali perkara-perkara penting berkaitan bacaan Hafs an „Asim;
2. Mengetahui hukum dan perbezaan bacaan yang harus bagi bacaan Hafs an
„Asim dan
3. Menghuraikan contoh-contoh yang berkaitan dengan bacaan Has an „Asim
menerusi ayat-ayat di dalam al-Quran.
Hasil Pembelajaran
UUnniitt 1100 Perkara-perkara
Khusus Dalam
Bacaan Hafs 'an
‘Asim
204
10.1 PENGENALAN
Terdapat beberapa kaedah tertentu di bawah toriq al-Syatibiyyah dan
beberapa wajah menurut Imam Hafs an „Asim. Memahami permasalahan ini
sangat penting bagi memastikan qari tidak membuat kesilapan di dalam
bacaan al-Quran dengan mencampur-adukkan bacaan melalui toriq ini
dengan toriq-toriq yang lain.
10.2 PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
1. Mad Muttasil harus dibaca dengan empat atau lima harakat.
2. Mad Munfasil harus dibaca dengan empat atau lima harakat.
3. Tiada saktah ke atas sukun yang sebelumnya hamzah mengikut al-
Syatibiyyah. Namun mengikut Imam al-Syatibi, saktah ada dua
bahagian iaitu saktah yang wajib dan saktah yang harus. Ini telah
dinyatakan di dalam bab yang lalu.
4. Wajib idgham nun sakinah dan tanwin pada huruf ra‟ dan lam dari jenis
idgham kamil tanpa dengung.
﴿ ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ ﴾
5. Telah disepakati untuk dibaca dengan sin pada dua tempat ini:
﴿ ﴾[245: انبقرة ] ﴿ ﴾69
6. Boleh dibaca dengan huruf sin dan sod pada ayat ke-37 Surah al-Turr,
namun bacaan dengan sod adalah lebih diutamakan.
205
﴿ ﴾37
7. Hanya dibaca dengan huruf sod pada ayat ke-22 Surah al-Ghasiyah
dan ia hanya satu wajah sahaja:
﴿ ﴾22
8. Ketika menyambungkan bacaan ayat pertama dan kedua Surah Ali
Imran , harus pada huruf mim dibaca dengan fathah kerana bertemunya
dua sukun. Pada ketika itu dibolehkan untuk baca dengan dua wajah:
Mim dibaca dengan dua harakat. (Bacaan yang diutamakan)
Mim dibaca dengan enam harakat.
﴿ ﴾12
9. Pada kedua-dua tempat ini, Imam Hafs membaca dengan satu wajah
sahaja, iaitu dengan bacaan idgham ketika wasal. Namun ketika waqaf,
kalimah tersebut dibaca izharkan huruf akhir kalimah:
﴿ ﴾176
﴿ ﴾42
206
10. Imam Hafs membaca dengan satu wajah sahaja pada ayat pertama
surah al-Qalam, iaitu dengan diizharkan nun. Ia merupakan jenis izhar
mutlaq.
﴿ ﴾42
﴿ ﴾44
i. Al-Ikhtilas: Ianya dengan menyebut kedua-dua nun yang terdapat
pada kalimah tersebut dengan dibaca nun yang pertama dengan
baris dhommah dan yang kedua dengan baris fathah. Akan tetapi,
pada baris dhommah yang pertama hanya dilafazkan secara 1/3
sahaja dari baris tersebut. Ia adalah bacaan yang diutamakan.
ii. Al-Ishmam: Ianya ialah isyarat memuncungkan dua bibir ketika
menyebut huruf nun yang pertama, selepas membacanya dengan
idgham kamil pada nun yang kedua.
Kaedah bacaan ini perlu dipelajari dari sheikh secara musafahah.
11. Harus waqaf pada kalimah ( ) pada ayat 36 Surah al-Naml
secara waqaf Idhthirori atau waqaf ikhtiyari. Padanya ada dua kaedah
bacaan:
﴿ ﴾36
207
i. Hazaf ya‟ zaidah dan nun dibaca dengan sukun. Padanya boleh
tiga bacaan: qasar, tawassut dan isyba‟ pada mad aridh li al-
Sukun dan qasar.
ii. Dikekalkan ya‟ tambahan dan panjangkan bacaan dengan dua
harakat sebelum bertemu dengan mad tobi‟ei. Ia adalah bacaan
yang diutamakan.
Adapun ketika wasal huruf ya‟ dibaca dengan fathah.
12. Harus waqaf pada kalimah ( ) pada ayat 4 surah al-Insan dengan
dua wajah bacaan:
﴿ ﴾4
i. Hazaf huruf alif dan waqaf dengan sukun lam. Ia adalah bacaan
yang diutamakan.
ii. Isbat alif selepas huruf lam yang kedua dan dipanjangkan
dengan bacaan dua harakat.
Adapun ketika wasal, alif ini perlu dihazafkan. Ia hanya satu
wajah.
13. Wajib saktah ketika bacaan wasal dengan kadar dua harakat pada
empat tempat dalam al-Quran:
i. ﴿ ﴾[2-1: انكهف]
208
ii. ﴿ ﴾[52: س]
iii. ﴿ ﴾[27: انقايت]
iv. ﴿ ﴾[14: انطفف]
Adapun ketika waqaf,maka harus bagi pembaca al-Quran untuk
berhenti di atas kalimah-kalimah tersebut.
14. Harus saktah bagi Imam Hafs pada dua tempat yang berikut:
i. Di antara akhir Surah al-Anfal ( ) atau akhir mana-mana surah
sebelumnya dan awal Surah al-Taubah ( ).
ii. Pada Surah al-Haaqah ayat 28-29 ( )
15. Harus pada huruf ain pada huruf ain pada ayat 1 Surah al-Syuraa dan
ayat 1 Surah Maryam, dibaca dengan dua wajah:
﴿ ﴾[2-1 :انشىري ] ﴿ ﴾ 1
i. Huruf ain dibaca dengan mad enam harakat (isyba‟)
209
ii. Huruf ain dibaca dengan mad empat harakat (tawassut)
16. Harus pada kalimah ( ) dan ( ) di dalam ayat 45 Surah al-Rum
dibaca dengan dua wajah:
﴿
﴾
45
i. Dibaca dengan fathah huruf kalimah pada tiga
kalimah tersebut dan ia bacaan yang diutamakan.
ii. Dibaca dengan Dhommah huruf pada tiga kalimah
tersebut.
17. Waqaf ke atas Ha‟ al-Tanbih mengikut penulisannya:
i. ﴿ ﴾ 49
ii. ﴿ ﴾ 31
210
iii. ﴿ ﴾ 31
18. Pada dua kalimah ini Imam Hafs baca dengan dhommah ha‟ ( )
[10 : ] dan ( ) [63 : ]. Boleh juga baca dengan
ra‟um dan ishmam kerana ha‟ yang dhommah itu terletak selepas ya‟
sakinah.
19. Ta‟ ta‟nith yang ditulis secara maftuhah ( ), boleh waqaf padanya
dengan ra‟um dan ishmam. Contoh pada kalimah ( ) [32 :انسخرف]
20. Ibtida‟ pada lam amar dibaca dengan baris kasrah, contohnya:
﴿ ﴾[15 :انحج ] ﴿ ﴾ 29
21. Pada kalimah ( ) ia dibaca dengan tanpa alif ketika wasal dan
waqaf. Adapun ketika waqaf, ia dibaca dengan membuang alif dan
mematikan huruf dal dengan kadar harakat seperti Mad „Aridh li al-
Sukun.
﴿ ﴾ 39
﴿ ﴾ 68
211
22. Tidak harus waqaf pada kalimah () pada ayat 17 Surah al-Soffat
dengan dimatikan huruf waw tersebut. Sekiranya perlu waqaf pada
lafaz tersebut, maka diharuskan waqaf pada ( ) ataupun ( )
mengikut sebagaimana yang ditulis:
﴿ ﴾ 97 ﴿ ﴾ 17
23. Terdapat di dalam al-Quran, kalimah yang terdapat nun taukid, iaitu
pada ayat 32 Surah Yusuf dan ayat 15 Surah al-„Alaq yang ditulis
menggunakan tanda tanwin. Apabila waqaf, wajib dengan alif mengikut
cara penulisannya.
﴿ ﴾[32 :ىسف ]﴿ ﴾ 15
﴿ ﴾ 76
24. Lafaz ( ) dan () terdapat empat tempat di dalam al-Quran.
Dua tempat tanpa alif dan dua tempat yang ditulis dengan alif:
﴿ ﴾ 176
﴿ ﴾ 13
212
Sementara itu terdapat dua tempat di dalam al-Quran yang ditulis
dengan alif:
﴿ ﴾ 78
﴿ ﴾ 14
Keempat-empat ini dibaca dengan lam sakinah ketika wasal dan
dengan hamzah ketika ibtida‟ ().
25. Terdapat beberapa situasi untuk membariskan huruf hamzah wasal
ketika ibtida‟ dengan kalimah tersebut:
i. Jika huruf ketiga berbaris fathah, maka hamzah wasal
dikasrahkan.
ii. Jika huruf ketiga berbaris kasrah, maka hamzah wasal
dikasrahkan.
iii. Jika huruf ketiga berbaris dhommah, maka hamzah wasal
didhommahkan.
Contoh:
﴿ ﴾ 34
﴿ ﴾ 173
﴿ ﴾ 1
213
Namun begitu, terdapat beberapa perkataan yang tidak
berpandukan huruf ketiga iaitu:
a) Tujuh Kata Nama dikasrahkan hamzah wasal:
]Ali „Imran: 45[
]al-Tahrim: 12[
]Yasin: 14[
]al-Nisa‟:
176[
]al-Haj: 40[
]al-Nisa‟: 176[
]al-Nisa‟: 12[ ]Yusuf:
30[
b) Empat Kata Kerja dikasrahkan hamzah wasal:
]Sod: 6[
]al-Hijr: 65[
]Yunus: 71[
]al-Kahfi: 21[
Dari segi tatabahasa arab, asal empat perkataan di atas ialah
berbaris kasrah pada huruf ketiganya iaitu ( dan ) tetapi
ditukarkan barisnya. (Rujuk buku Tasrif Bahasa Arab)
c) Perkataan yang dibaca Ibdal:
214
]al-Baqarah:
283[
]al-Ahqaf: 4[
]al-Taubah:
49[
]Yunus: 15[
Terdapat juga hamzah wasal yang dibaca dengan Ibdal
(menukarkan huruf hamzah kepada huruf mad ketika ibtida‟) dengan
kadar dua harakat.
26. Terdapat tujuh tempat di dalam al-Quran yang dinamakan dengan Alif
al-Sab‟ah. Kalimah-kalimah ini perlu dibaca dengan mengekalkan alif
ketika waqaf dan membuang alif ketika wasal. Berikut adalah kalimah-
kalimah yang dimaksudkan:
1) ﴾ ﴿ : di mana sahaja di dalam Al-Quran.
2) ﴾ ﴿ ] al-Kahfi: 38 [
3) ﴾ ﴿ ] al-Ahzab: 10 [
4) ﴾ ﴿ ] al-Ahzab: 66 [
5) ﴾ ﴿ ] al-Ahzab: 67 [
6) ﴾ ﴿ ] al-Insan: 15 [
7) ﴾ ﴿ ] al-Insan: 4 [ Kalimah ini boleh dibaca dengan dua
wajah, sila rujuk no. 16 untuk lebih jelas.
215
27. Mengikut Toriq al-Syatibiyyah, bab takbir antara dua surah bermula dari
Surah al-Dhuha sehingga Surah al-Nas hanya melibatkan riwayat al-Bazzi
an Ibn Kathir sahaja. Ini bermakna, riwayat Hafs an „Asim tidak melakukan
takbir pada surah-surah tersebut ketika khatam al-Quran.
Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diceritakan oleh al-
Bazzi daripada Ikrimah bin Sulaiman tentang amalan bertakbir antara dua
surah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim dalam kitab al-
Mustadrak.
Namun begitu, lafaz takbir iaitu ( ) adalah bukan sebahagian
daripada ayat-ayat al-Quran al-Karim. Justeru, sebahagian ulama seperti
Abu al-Qasim Ali bin Uthman, Abu al-Fath Faris dan al-Imam al-Syafie
beranggapan amalan bertakbir ketika khatam al-Quran ini adalah sunat
dan tidak berdosa sekira meninggalkannya. Berikut ialah perkara-perkara
yang berkaitan dengan bab takbir:
Lafaz takbir ialah ( ). Namun begitu, harus ditambah sebelum
takbir dengan lafaz tahlil ( ) dan tahmid ( ) oleh ahli al-
Ada‟.
Lafaznya ialah ( ). Mengikut Ibnu al-Hibban,
lafaz tahmid ( ) tidak ditambah.
Al-Bazzi meriwayatkan bahawa takbir bermula dari:
i. Awal Surah al-Dhuha sehingga akhir Surah al-Nas.
ii. Akhir Surah al-Dhuha sehingga akhir Surah al-Nas.
216
10.3 JADUAL RINGKASAN
Hukum Huraian Contoh
1 Mad
Muttasil
Harus dibaca dengan empat atau
lima harakat. Namun wajah yang
diutamakan ialah empat harakat
2 Mad
Munfasil
Harus dibaca dengan empat atau
lima harakat
3 Saktah
Terdapat 4 ayat al-Quran berkaitan
dengan saktah yang wajib dan 2
ayat al-Quran yang berkaitan
dengan saktah yang harus
1. Saktah Wajib: Surah al-Kahfi
ayat 1-2, Surah Yasiin ayat 52,
Surah al-Qiyamah ayat 27, Surah
al-Mutaffifin ayat 14.
2. Saktah Harus: Akhir ayat 75
Surah al-Anfal dan awal ayat
Surah al-Taubah, Surah al-
Haqqah ayat 28-29
Saktah Wajib
Saktah Harus
4 Idgham bi la
ghunnah
Wajib idgham (memasukkan) nun
sakinah dan tanwin pada huruf ra‟
dan lam (dari jenis idgham kamil)
tanpa dengung
217
5
Bacaan Siin
dan Sod
Dibaca dengan huruf siin pada dua
ayat di dalam al-Quran
Harus dibaca dengan huruf siin atau
sod. Bacaan sod lebih utama.
Hanya dibaca dengan huruf sod
sahaja.
6
Bacaan
pada awal
Surah Ali
Imran
Ketika menyambungkan bacaan
ayat pertama dan kedua Surah Ali
Imran, harus pada huruf mim dibaca
dengan fathah kerana bertemunya
dua sukun dengan dua bacaan:
1. Mim dibaca dengan dua
harakat. (Bacaan yang
diutamakan)
2. Mim dibaca dengan enam
harakat.
7 Bacaan
Idgham
Memasukkan huruf yang mati ke
dalam huruf yang berbaris
selepasnya pada kedua-dua ayat
ini.
218
8 Bacaan
Izhar Mutlaq
(Bacaan ketika wasal) Dibaca
dengan menjelaskan nun (izhar nun)
tanpa dengung pada dua ayat bagi
awal surah Yasiin dan al-Qalam
9 Bacaan
Tashil
Pada ayat ke-44 dari Surah Fussilat,
Imam Hafs membaca dengan tashil
antara huruf hamzah qat‟ dan
hamzah wasal.
10 Mad Farq
Harus dibaca dengan wajah enam
harakat atau wajah tashil hamzah
wasal pada kalimah yang terdapat
padanya Mad Farq
11 Imalah
Wajib dibaca dengan imalah pada
huruf ra‟ dan alif pada ayat 41,
Surah Hud
12
Bacaan al-
Ikhtilas dan
al-Isymam
Harus dibaca dengan wajah al-
Ikhtilas atau wajah al-Isymam pada
ayat 11, Surah Yusuf
1. Al-Ikhtilas: Menyebut kedua-
dua nun yang terdapat pada
kalimah tersebut dengan dibaca
baris dhommah pada nun yang
pertama dan baris fathah pada
219
nun kedua. Namun, pada baris
dhommah yang pertama hanya
dilafazkan secara 1/3 sahaja
dari baris tersebut. Ia adalah
bacaan yang diutamakan
2. Al-Isymam: Dengan isyarat
memuncungkan dua bibir ketika
menyebut huruf nun yang
pertama, selepas membacanya
dengan idgham kamil pada nun
yang kedua
13
Hukum
Waqaf
Harus waqaf pada kalimah ( )
pada ayat 36 Surah al-Naml secara
waqaf Idhthirori atau waqaf
Ikhtiyari. Terdapat dua bacaan
pada kalimah tersebut ketika
waqaf:
1. Buang ya‟ tambahan, manakala
huruf nun dibaca dengan sukun.
Padanya boleh tiga bacaan:
dua, empat dan enam harakat
pada Mad „Aridh li al-Sukun.
2. Dikekalkan ya‟ tambahan dan
dibaca dengan mati dengan
kadar dua harakat. Ia adalah
bacaan yang diutamakan
Adapun ketika wasal, huruf ya‟
dibaca dengan fathah.
220
Harus waqaf pada kalimah ( )
pada ayat 4 Surah al-Insan dengan
dua wajah bacaan:
1. Buang huruf alif dan waqaf
dengan matikan lam. Ia adalah
bacaan yang diutamakan.
2. Mengekalkan alif selepas huruf
lam yang kedua dan
dipanjangkan dengan bacaan
dua harakat.
Adapun ketika wasal, bacaannya
satu wajah sahaja iaitu buang alif
Tidak boleh waqaf pada kalimah
() dengan mematikan wau
maftuhah. Sekiranya perlu, maka
perlulah waqaf pada kalimah
selepasnya. Contoh ayat 17 Surah
al-Soffat dan ayat 98 Surah al-
A‟raaf
Wajib waqaf dengan huruf alif
(kadar bacaan dua harakat) pada
kalimah nun taukid yang ditulis
dengan alif. Contoh ayat 32 Surah
Yusuf, ayat 76 Surah al-Isra‟ dan
ayat 15 Surah al-„Alaq
221
14 Mad Lazim
Harus dibaca empat harakat atau
enam haarakat pada huruf ain
menerusi ayat 1 Surah al-Syuraa
dan ayat 1 Surah Maryam
15
Bacaan
Khas
Harus dibaca dengan baris
dhommah atau fathah pada huruf
sod menerusi kalimah ( ) dan
( ) di dalam ayat 45 Surah al-
Rum. Namun, baris fathah adalah
diutamakan
Terdapat empat tempat lafaz
() di dalam al-Quran. Dua
tempat ditulis tanpa alif dan dua
tempat lagi ditulis dengan alif.
Keempat-empat tersebut dibaca
dengan lam sakinah ketika wasal,
namun dibaca dengan hamzah
ketika ibtida‟. Contoh ayat 176
Surah al-Syuara‟, ayat 13 Surah
Sod, ayat 78 Surah al-Hijr dan ayat
14 Surah Qaf.
Kalimah ( ) dibaca tanpa alif
ketika wasal dan waqaf. Waqaf
padanya seperti hukum Mad „Aridh
222
li al-Sukun. Contoh ayat 39 Surah al-
Furqan dan ayat 68 Surah Hud.
Terdapat tiga wajah bacaan pada
dua kalimah ( ) menerusi ayat
15-16 Surah al-Insan iaitu:
1. Ketika waqaf pada ayat 15
Surah al-Insan, kalimah ( )
dibaca dengan mengekalkan
alif (kadar bacaan dua
harakat) dan kalimah ( )
yang kedua pada ayat 16
dibaca dengan membuang alif
ketika meneruskan bacaan.
2. Ketika wasal ayat 15 dengan
ayat 16, kedua-dua kalimah
( ) dibaca dengan
membuang alif.
3. Ketika wasal kalimah ( )
yang pertama dan waqaf pada
kalimah ( ) yang kedua,
maka kalimah ( ) yang
kedua dibaca dengan
membuang alif dengan kadar
223
dua, empat atau enam harakat
(seperti hukum Mad „Aridh li al-
Sukun)
16 Ha‟ al-
Dhomir
Harus dibaca dengan raum atau
isymam pada baris dhommah huruf
ha‟ menerusi ayat 10 Surah al-Fath
dan ayat 63 Surah al-Kahfi.
17 Ha‟ al-
Tanbih
Waqaf pada kalimah () dengan
mematikan ha‟ sebagaimana
penulisannya. Berbeza dengan
bacaan para imam yang lain.
Contoh ayat 49 Surah al-Zukhruf,
ayat 31 Surah al-Nur dan ayat 31
Surah al-Rahman.
18
Ta‟ al-
Ta‟nith al-
Maftuhah
Dibaca dengan ta‟ ketika wasal dan
waqaf. Juga harus dibaca dengan
raum dan isymam. Contoh ayat 32
Surah al-Zukhruf.
19
Alif al-
Terdapat tujuh kalimah di dalam al-
Quran yang dinamakan sebagai Alif
al-Sab‟ah. Kalimah-kalimah ini perlu
dibaca dengan mengekalkan alif
224
Sab‟ah ketika waqaf dan membuang alif
ketika wasal. Kalimah Contoh ayat
37 Surah al-Kahfi, ayat 10 Surah al-
Ahzab, ayat 66-67 Surah al-Ahzab,
ayat 4 Surah al-Insan, ayat 15
Surah al-Insan dan kalimah ( ) di
mana sahaja di dalam al-Quran.
20 Lam al-Amr
Ibtida‟ pada huruf lam al-Amr
dibaca dengan baris kasrah. Contoh
ayat 15 dan 29 Surah al-Haj.
21 Hamzah al-
Wasl
Tujuh kata nama dikasrahkan
hamzah wasal ketika ibtida‟. Contoh
ayat 45 Surah Ali „Imran dan ayat
12 Surah al-Tahrim.
-
Empat kata kerja dikasrahkan
hamzah wasal ketika ibtida‟. Contoh
ayat 6 Surah Sod dan ayat 71
Surah Yunus.
-
Perkataan yang dibaca Ibdal ketika
ibtida‟. Contoh ayat 283 Surah al-
Baqarah dan ayat 4 Surah al-
Ahqaf.
-
225
Di akhir topik ini, anda telah mempelajari:
1. Perkara-perkara penting berkaitan bacaan Hafs an „Asim.
2. Hukum, perbezaan bacaan dan wajah yang diharuskan bagi bacaan
Hafs an „Asim.
3. Contoh-contoh yang berkaitan dengan bacaan Has an „Asim menerusi
ayat-ayat di dalam al-Quran.
Rumusan
226
RUJUKAN
al-Qadi, `Abd al-Fattah. (1994). al-Wafi fi Sharh al-Shatibiyyah fi al-Qira‟ah al-Sab`ah. Madinah: Maktabah al-Dar.
Ahmad Khalid Shukr et al. (2010). al-Munir fi Ahkam al-Tajwid. Jordan: al-Matabi`
al-Markaziyyah. al-Hafyan, Ahmad Mahmud `Abd al-Sami‟. Ashhar al-Mustalahat fi Fan al-Ada‟i wa
`Ilmi al-Qiraat. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah. al-Qadi, `Abd al-Fattah. 2005. Hidayah al-Qari‟ Ila al-Tajwid Kalam al-Bari‟.
Madinah: Maktabah Tayyibah. Fayzuriyan, `Abd al-Latif. 1999. al-Tibyan fi Ahkam Tilawah al-Kitab al-Mubin.
Beirut: Dar al-Ma`rifah. Ahmad Mukhtar Umar et al. 1999. al-Mu`jam al-Arabi al-Asasi. Tunisia. Saad `Abd al-Hamid. 2009. Taysir al-Rahman fi Tajwid al-Quran. Shubra al-
Khimah: Dar al-Taqwa. al-Qadah, Muhammad `Isam. 1998. al-Wadih fi Ahkam al-Tajwid. Amman: Dar al-Nafa‟is. Muhammad Salim Muhsin. Al-Hadi ila Sharh Tayyibah al-Nashr fi al-Qira‟at al-`Ashr
wa al-Kashf `an `Ilal al-Qira‟at wa Tawjihuha. Beirut: Dar al-Jayl al-Afriki, Ibnu Manzur. Lisan al-`Arab.Beirut: Dar al-Sadr. al-Jazari, Muhamad bin Muhamad. Al-Nashr fi al-Qira‟ah al-Ashr. (Tahqiq oleh al-
Za‟abi, Muhammad Tamim). Jeddah: Maktabah al-Huda. Muhammad Khalid Abdul Aziz Mansur. 1999. al-Wasit fi ` Ilm al-Tajwid. Jordan:
Dar al-Nafa‟is. al-Khasari, Mahmud Khalil. 2002. Ahkam Qira‟ah al-Quran al-Karim. Dar Sha`a‟ir
al-Islamiyyah. al-Afrabawi, Zaydan Mahmud Salamah. 2001. al-Murshid fi `Ilm al-Tajwid. Dar al-
Furqan li al-Nashr wa al-Tawzi`. `Ali Hussayn Jar. 1990. al-Tashil fi `Ilm al-Tajwid. Maktabah al-Risalah al-Hadithah.
al-Harazi, Mahdi Muhammad. 2001. Bughyah al-Murid min Ahkam al-Tajwid. Dar al-Basha‟ir al-Islamiyyah.
Azahari Ibrahim. 2000. Kitab Pelajaran Tajwid. Kuala Lumpur: Darul Nu‟man.
227
Mahadi Dahlan. 1996. Tajwid `Ilmi dan `Amali: Mengikut Kaedah Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Hj. Abdul Majid.
Mohd Zamri Mohd Zainuldin dan Mohd Wahid Abd. Hanif. 2009. Kaedah al-
Matien. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Recommended