View
7.653
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
MODUL PROGRAM BACAAN NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM)
1. PENGENALAN
NILAM adalah singkatan nama bagi Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan program galakan membaca secara terancang dan berterusan dengan melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri Pahang Darul Makmur. Dulu Program ini dikenali dengan Projek BUKTI ( Baca Untuk Tingkat Ilmu ).
Program NILAM merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dikalangan pelajar dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya mambaca dan budaya ilmu. Pada akhir persekolahan mereka, tahun 6 bagi sekolah rendah dan tingkatan 5 bagi sekolah menengah, mereka akan diberi pengiktirafan berdasarkan jumlah buku yang dibaca.
Program NILAM ini telah mula dilaksanakan mulai tahun 1999 di peringkat neneri Pahang setelah dilancarkan oleh mantan Pengarah Pelajaran Pahang iaitu Dato” Ibrahim bin Mat Isa berdasarkan surat Pekeliling Iktisas bil 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 ( Lampiran 1). Program NILAM masih dilaksanakan hingga sekarang.Semua pelajar mesti terlibat dengan program ini.
2. MATLAMAT
Ia bertujuan untuk membudayakan amalan membaca dikalangan pelajar sepanjang hayat.
3. OBJEKTIF
3.1. Dapat menyemai minat membaca dikalangan pelajar
3.2. Menjadikan murid banyak membaca
3.3. Dapat memperbanyak bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan pelajar.
3.4. Dapat memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan.
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
1
4. MASA
4.1. Dimasukkan aktiviti membaca dalam jadual waktu, umpamanya satu waktu dalam pelajaran bahasa.
4.2. Diberi masa khas untuk semua warga sekolah terlibat dengan membaca. Contohnya 10 minit sebelum dan selepas dan waktu rehat.
4.3. Ditekankan dan digalakkan penggunaan masa senggang unutk membaca.
5. PELAKSANAAN PROGRAM NILAM
5.1. Rekod Bacaan PelajarSetiap pelajar menyediakan satu Buku Rekod Bacaan untuk mengisi maklumat buku-buku yang telah dibaca.
5.2 Rekod Tahap Rakan Pembaca
5.2. Pengesahan BacaanSemua guru boleh membuat pengesahan Buku Rekod Bacaan Pelajar.
5.3. PengiktirafanSatu perakuan diberikan kepada pelajar berdasarkan rekod jumlah buku yang dibacanya.
6. TAHAP PELAKSANAAN PROGRAM
Program ini terbahagi kepada dua tahap
JAUHARIUntuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina tabiaat membaca
RAKAN MEMBACAMembantu meningkatkan penyertaan pelajar dan kepelbagaian penggunaan bahan dalam gerakan membaca.
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
2
6.1. TAHAP JAUHARISemua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca
Sekolah rendahPelajar mengikuti aktiviti bacaan sebaik sahaja menguasai kemahiran asas membaca (Pertengahan Tahun 1).
Sekolah MenengahPelajar mengikuti aktiviti bacaan sebaik sahaja memasuki Tingkatan 1.
Sistem Ganjaran JAUHARI
Pelajar akan diberi ganjaran berdasarkan bilangan bahan yang dibaca. Pengiktirafan ini diterakan dalam Buku Rekod Kemajuan Pelajar, Sijil Berhenti dan Surat Akuan Sekolah
Sekolah Rendah
Jumlah Bacaan/ Buku Pengiktirafan90 - 179 Gangsa180 - 269 Perak270 - 359 Emas360 ke atas NILAM
Sekolah Menengah
Jumlah Bacaan/ Buku Pengiktirafan72 - 143 Gangsa144 - 215 Perak216 - 287 Emas288 ke atas NILAM
6.2. TAHAP RAKAN MEMBACA
Ciri- ciri Rakan Pembaca
Pra Syarat:
Pelajar yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku layak dipilih ke tahap ini.
Pelajar mempunyai sifat kepimpinan dan berupaya memimpin dan menarik minat pelajar lain.
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
3
Pelajar pada tahap ini akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta ditempat-tempat aktiviti ( 10 orang pelajar untuk seorang fasilitator )
Pelajar yang dipilih akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.
Pelajar juga dilatih untuk menjalankan pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti : aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara buku,meminjamkan buku dan ulasan buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut jumlah ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.
SISTEM GANJARAN PEMBACA
Ganjaran akan diberi kepada pelajar yang telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang dinyatakan di bawah.
Contoh kiraan markah: Bercerita / Lakonan / Sketsa
1 sesi x 20 pendengar = 5 markah Membaca bersama
1 sesi x 3 pembaca = 3 markah Bicara buku / Resensi Buku / Diskusi
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah Meminjamkan buku
1 buah x 5 peminjam = 5 markah Ulasan buku
1 buah x 4 pendengar = 4 markah
Jumlah 22 markah
Markah maksimum bagi setiap aktiviti ialah 5 markah.
Ganjaran mengikuti aktiviti
Markah Pengiktirafan100 - 199 Gangsa200 - 299 Perak300 - 399 Emas400 keatas NILAM
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
4
JAWATANKUASA PROGRAM NILAM
Contoh Carta Organisasi Jawatankuasa NILAM Sekolah Rendah
SEKOLAH RENDAH
Contoh Carta Organisasi Jawatankuasa NILAM Sekolah Rendah
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
5
PENASIHAT( GURU BESAR )
PENGERUSI ( GPK 1 )
TIMB PENGERUSI 1 ( GPK HEM )
TIMB PENGERUSI 2 ( GPK KOKU )
TIMB PENGERUSI 3 ( PENYELIA PETANG )
PENYELARAS PROGRAM ( GPM )
SETIAUSAHA( GURU NILAM )
KETUA PANITIA GURUPERPUSTAKAAN
GURU RAKANPEMBACA ( RP )
GURU DATANILAM
GURU KELAS WAKIL PIBG
Contoh Carta Organisasi Jawatankuasa NILAM Sekolah Menengah
SEKOLAH MENENGAH
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
6
PENASIHAT( GURU BESAR )
PENGERUSI ( GPK 1 )
TIMB PENGERUSI 1 ( GPK HEM )
TIMB PENGERUSI 2 ( GPK KOKU )
TIMB PENGERUSI 3 ( PENYELIA PETANG )
PENYELARAS PROGRAM ( GPM )
SETIAUSAHA( GURU NILAM )
KETUA PANITIA GURUPERPUSTAKAAN
GURU RAKANPEMBACA ( RP )
GURU DATANILAM
GURU KELAS WAKIL PIBG
PERANAN AHLI JAWATANKUASA
7.1. Pengerusi- Pengetua / Guru Besar
Memahami dasar dan matlamat program NILAM
Mempengerusi setiap mesyuarat jawatankuasa
Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
Memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dari segi penyeliaan, perjumpaan dengan guru, temubual murid dan ibu bapa.
Memastikan PSS dikemaskinikan dari segi bahan bacaan: Pengredan buku Pinjaman buku Keperluan bahan bacaan mencukupi dan sesuai Rekod Bacaan
Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan program
Mengenal pasti guru untuk menghadiri kursus atau seminar yang berkaitan dengan program bacaan.
Memastikan semua guru terlibat dalam program NILAM terutama dalam membuat pengesahan Buku Rekod Bacaan pelajar.
Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan.
7.2. Timbalan Pengerusi- Guru Penolong Kanan 1
Menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaannya.
Membantu pengerusi merancang, melaksana, menyelaras,memantau dan manilai Program NILAM.
Mengenal pasti masalah, kelemahan, kekuatan program dan mengambil tindakan susulan.
Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
7
Memastika Program NILAM dilaksanakan mengikut perancangan.
Mengesah dan manandatangani Buku Rekod Bacaan pelajar.
7.3. Setiausaha- Penyelaras NILAM
Membentuk satu pasukan kerja untuk pengredan buku
Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok.
Mengurus dan mengedar Buku Rekod Bacaan pelajar
Mengenjur dan menyelaras sebarang aktiviti untuk menyokong Priogram NILAM yang dirancang oleh setiap panitia dengan kerjasama PSS
Menyedia laporan berkala dan laporan tahunan untuk dikemukakan kepada BTPN Pahang melalui PKG
Memasukkan dan mengemaskinikan data dari semasa ke semasa.
Membuat analisis Program NILAM berdasarkan data terkumpul.
Menjadi urus setia untuk anugerah NILAM peringkat sekolah.
7.4. Penolong Setiausaha- Guru Perpustakaan
Membantu pihak sekolah membuat pengredan buku.
Mengagihkan buku pinjaman secara aberkelompok.
Mengedar Buku Rekod Bacaan pelajar
Membantu setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong Program NILAM.
Membantu setiausaha menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan,
Membantu setiausaha menyediakan pengiktirafan Tahap JAUHARI dan Tahap RAKAN PEMBACA.
Membantu setiausaha memasukkan dan mengemaskinikan data serta menganalisis Program NILAM berdasarkan data terkumpul.
7.5. Guru Penolong Kanan HEM / Kokurikulum / Penyelia Petang
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
8
Bertanggungjawab kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi serta menjalankan tugas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi semasa ketiadaannya.
7.6. Ketua Bidang / Ketua Panitia Mata Pelajaran
Membanatu dan memilih bahan bacaan yang sesuai untuk pelajar,
Menyemak buku rekod pembelajaran di perpustakaan atau di luar perpustakaan.
Merancanga dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menjurus ke arah pembacaan berkualiti.
Membuat perancangan dan anggaran pembelajaran Program NILAM.
Menyelia pelaksanaan Program NILAM
Mengesah dan menandatngani Buku Rekod Bacaan Pelajar.
7.7. Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
Menggredkan buku-buku mengikut kesesuaian dan keperluan.
Mengagihkan buku-buku secara pinjaman berkelompok.
Menganjur dan menyelaras aktiviti galakan membaca.
Menyedia dan melapor analisis koleksi bahan bacaan di PSS.
Mengurus dan mengedar Buku Rekod Bacaan pelajar.
Mengurus pembelian buku-buku berasaskan keperluan dan sistem pembelian sekolah.
7.8. Guru kelas / Tingkatan
Memantapkan dan memantau aktiviti membaca yang menyokong Program NILAM yang telah dirancang.
Mengambil tindakan selepas pembentangan laporan Setiausaha NILAM.
Menjadi urus setia anugerah NILAM peringkat sekolah
Mengwujudkan sudut bacaan kelas
Menyelaras agihan Buku Rekod Bacaan pelajar kelas
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
9
Membuat pinjaman buku dari PSS
Menyemak dan merekod data bacaan pelajar dan sentiasa dikemaskinikan data
Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Bacaan pelajar
Menyimpan dan mengemaskini Buku Rekod Bacaan pelajar
MenghantarBuku Rekod Bacaan pelajar ke Setiauasa NILAM.
Memberi kerajsama yang padu agar program NILAM berjalan mengikut perancangan.
7.9. Wakil PIBG / Persatuan Bekas Pelajar Sekolah
Menggalakkan anak-anak membaca di rumah
Menyediakan bahan bacaan bersesuaian dan mencukupi di sudut perpustakaan keluarga.
Membuat pinjaman bahan bacaan daripada sumber lain seperti Perpustakaan Awam, Desa Bergerak, FELDA dan sebagainya.
Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan merekodkan bacaan.
Membantu pihak sekolah menjayakan Program NILAM melalui sumbangan buku atau kewangan.
Menghadiri setiap mesyuarat jawatankuasa NILAM.
8. BAHAN BACAAN
8.1. Sekolah Rendah
Tahap 1
Ilustrasi yang menarik dan berwarna warni.
Bahan bebentuk imaginasi dan fantasi.
Mempunyai struktur ayat yang mudah.
Saiz font ketebalan buku:
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
10
Tahun Saiz Font Ketabalan
Tahun 1 16 10 msTahun 2 16 15 msTahun 3 14 26 ms
Tahap 2
Ilustrasi yang sesuai mengikut keperluan.
Bahan berbentuk realiti pengembagan dan kegagahan.
Mempunyai struktur ayat yang mudah kepada ayat yang Kompleks dan gaya bahasa yang menarik.
Ketebalan minimum buku disarankan 40 ms.
8.2. Sekolah Menengah
Tingkatan 1 - 3
Berdasarkan kebolehan dan minat pelajar
Disyorkan buku novel remaja yang bersesuaian , buku fiksyen dan buku bukan fiksyen.
Bahan berkaitan dengan perkara yang benar berlaku dan berpeluang menyoal kembali pengembagan idea.
Tingkatan 4 - 5
Berdasarkan kebolehan dan minat pelajar.
Bahan yang membolehkan pelajar berfikir secara konkrit dan matang.
Buku-buku yang bertema dan plot yang lebih kompleks.
9. REKOD
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
11
9.1. Borang Rekod Bacaan Pelajar (SRT1)
Bilangan Bahan : ________________ Tarikh : ________________
Pengarang : __________________________________________
Judul : __________________________________________
Bil Muka Surat : ____________________
Jenis Bahan : Fiksyen Bukan Fiksyen
1. Salin 3 ayat daripada bahan yang anda baca.
……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
Bahan ini : Sederhana Baik Sangat Baik
Disahkan oleh :
Guru : …………………….…..….. Penjaga : ……………....…..………..
( ) ( )
Tarikh : Tarikh :
9.2. Borang Rekod Bacaan Pelajar (SRT2)
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
12
Bilangan Bahan : ________________ Tarikh : ________________
Pengarang : __________________________________________
Judul : __________________________________________
Bil Muka Surat : ____________________
Jenis Bahan : Fiksyen Bukan Fiksyen
1. Tuliskan 3 perkataan baru dan berikan erti.
Perkataan Baru Erti
2. Tuliskan ringkasan cerita bahan yang anda baca.
(minimum 30 perkataan)
……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
Bahan ini : Sederhana Baik Sangat Baik
Disahkan oleh :
Guru : …………………….…..….. Penjaga : ……………....…..………..
( ) ( )
Tarikh : Tarikh :
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
13
9.3. Borang Rekod Bacaan Pelajar (SM)
Bilangan Bahan : ________________ Tarikh : ________________
Pengarang / Rujukan : __________________________________
Tajuk Buku : __________________________________________
Bil Muka Surat : ____________________
Jenis Bahan : Fiksyen Bukan Fiksyen
1. Tuliskan 5 perkataan baru dan berikan erti.
Perkataan Baru Erti
2. Buat ulasan bahan yang anda baca (minimum 50 perkataan).
………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………….
Bahan ini : Sederhana Baik Sangat Baik
Disahkan oleh :
Guru : …………………….…..….. Penjaga : ……………....…..………..
( ) ( )
Tarikh : Tarikh :
9.4. Contoh Kulit Buku Rekod Aktiviti Rakan Pembaca
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
14
9.5 Contoh Rekod Aktiviti Rakan Pembaca dan cara mengisi butiran
BIL
TA
RIK
H
JEN
IS A
KT
IVIT
I
JUD
UL
BU
KU
BIL
SE
SI
/ BU
KU JUMLAH
PENDENGAR/PEMBACA/PEMINJA
NAMAT
/TA
NG
AN
P
EN
DE
NG
AR
/P
EM
BA
CA
/P
EM
INJA
M
MA
RK
AH
PE
NE
GE
SA
HA
N
GU
RU
_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Jeli
15
PROGRAM NILAM
Sekolah :…………………
REKOD AKTIVITIAHLI RAKAN PEMBACA
Nama :………..…………………..….Kelas : …………….…………….
Nama Guru Pembimbing: ……………..
Recommended