View
452
Download
18
Category
Preview:
Citation preview
Pasukan Bola Jaring,
SMK Abu Bakar Al-Baqir,
34300 Sungai Gedong,
Bagan Serai,
Perak.
Koperasi SMK Abu Bakar Al-Baqir,
34300 Sungai Gedong,
Bagan Serai,
Perak. 22 JANUARI 2016
Tuan,
PER: MEMOHON SUMBANGAN BAGI PASUKAN BOLA JARING BAWAH 15 TAHUN DAN 18 TAHUN
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa,Pasukan Bola Jaring sekolah akan menyertai Kejohanan Bola Jaring Sekolah Menengah Daerah Kerian tahun 2016 mengikut ketetapan yang berikut:
Tarikh: 26-29 Januari 2016
Hari : Selasa - Jumaat
Masa : 2.00 petang
Tempat: SMK SELINSING
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminta sedikit sumbangan iaitu sebanyak RM60 daripada Koperasi SABAR untuk tujuan menampung kos perbelanjaan pasukan Bola Jaring Sekolah semasa hari pertandingan.
4. Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan oleh pihak Tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih
Yang Benar,
.......................................................(Robia’tul Adawiah binti Mohd Razali)Pengurus,Pasukan Bola Jaring Bawah 15 tahun, SMK Abu Bakar Al-Baqir.
Recommended