View
167
Download
10
Category
Preview:
Citation preview
SINTAKSIS
BAB 1 : SINTAKSIS : BIDANG KAJIAN
sintaksis ialah :
Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur, dan binaan atau konstruksi
ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses
pembinaan ayat tetapi juga hukum-
hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
1.1 Struktur binaan ayat
: binaan/konstruksi
: gabungan/rentetan bentuk kata yg sewenang2 & tdk tersusun
:tbentuk drpd unit kecil rangkai kata yg dikenali sbg unsur/konstituen
: cth : Ahmad tertidur. (mengandungi 2
unsur/konstituen)
1.2 Pembahagian Subjek & Predikat
Subjek : konstituen, sama ada terdiri daripada
satu perkataan atau beberapa perkataan, yang
bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.
Predikat : kumpulan perkatan yang tergolong
dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.
Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama.
Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina
daripada unsur-unsur frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
cth : Adik / makan nasi.
1.3 Ayat Dasar & Ayat Terbitan
Ayat Dasar : Ayat yang menjadi dasar atau
sumber bagi pem bentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
: Konstituen subjek mendahului konstituen predikat
: Semua ayat boleh dikesan rangka dasarnya tertentu. Mempunyai pola ayat dasar.
: Daripada pola tersebut, terbit ayat lain (ayat
tunggal dan ayat majmuk, ayat pendek atau
ayat panjang, ayat aktif atau pasif dan sebagainya)
: Semua ayat dasar terdiri daripada ayat
penyata, yakni ayat yang diucapkan dengan maksud membuat penyataan
: Pola ayat dasar :
Pola Subjek Predikat
1 FN FN
2 FN FK
3 FN FA
4 FN FSN
Ayat Terbitan :
: ayat2 yg lebih panjang/kompleks
: terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur
pkataan/unsur frasa ditambah pd frasa subjek/predikat sesuatu ayat dasar.
cth :
ayat dasar : Ali guru.
ayat terbitan : Ali guru sementara di sekolah itu.
1. 4 Susunan dalam Ayat
: kedudukan subjek dan predikat dalam ayat.
Susunan biasa : binaan ayat yang subjeknya
terletak di hadapan ayat, diikuti oleh predikat.
Susunan songsang : binaan ayat yg predikatnya mendahului subjek
BAB 2 : SINTAKSIS(BIDANG KAJIAN)
2.1 Urutan Kata
: hukum/rumus yg mendasari proses urutan
perkataan / kelompok perkataan utk mbentuk ayat. (BM = S[subjek] +K [k.kerja]+O [objek].
2.2 Perpindahan ayat
: kedudukan sesuatu /kelompok pkataan
mpunyai kebolehan berubah tempat dalam
sesuatu binaan ayat. (xpenting pun)
2.3 Ragam Ayat
terdapat 2 golongan ragam ayat : ayat aktif, ayat pasif
ayat aktif : ayat yang menekankan objek,
mengandungi kata kerja yg mengutamakan
subjek asal sbg judul
ayat pasif : menerangkan benda atau orang
yang dikenakan perbuatan ke atasnya, mengutamakan subjek terbitan sbg judul
2.4 Jenis Ayat
Ayat penyata : ayat yg diucapkan utk tujuan
melakukan suatu penyataan / mengemukakan
keterangan ttg sesuatu perkara.
cth : Bapa saya seorang guru Bahasa Melayu.
Ayat Tanya : ayat utk tujuan mengemukakan sesuatu pertanyaan.
cth : Apakah pekerjaan bapa kamu?
Ayat Perintah : diucapkan utk tujuan
memberikan arahan utk tujuan menimbulkan sesuatu tindakan.
cth
1. suruhan : Siapkan kerja itu dengan segera.
2. larangan : Jangan berludah di sini.
3. silaan : Sila buat laporan di balai polis.
4. permintaan : Tolong tutup pintu itu.
Ayat seruan : diucapkan secara bernada seru
utk menyatakan sesuatu keadaan perasaan
seperti marah, takut, geram, takjub &
sebagainya.
cth : Cis, berani kau mengganggu dia!
BAB 3 : FRASA NAMA BM
: binaan yg dr sudut nahu, boleh terdiri drpd
satu pkataan yg boleh bfungsi sbg 1 konstituen dlm binaan ayat.
: bfungsi sbg subjek, hanya berfungsi sbg predikat dlm pola ayat dasar iaitu:
Pola Subjek Predikat
1 FN FN
2 FN FK
3 FN FA
4 FN FSN
: Boleh tdiri drpd 1 pkataan sahaja/beberapa pkataan
: juga boleh hadir sesudah k.kerja transitif dlm frasa kerja.
cthnya :
subjek k.kerja objek
1. Orang itu memanggil saya.
2. Para
siswazah
memohon jawatan itu
: hadir juga pada bahagian unsur nama dalam
frasa sendi nama.
: FN wujud sbg unsur dlm predikat FSN
subjek frasa sendi nama
sendi nama frasa nama
1. Mereka di Kuala Lumpur.
2. Hadiah itu daripada Ahmad.
3. Kereta itu ke Kota Bahru.
: FN juga menjadi unsur frasa keterangan
dalam predikat slps frasa kerja
subjek predikat
k. kerja k.
sendi
nama
frasa
nama
1. Umat
Islam
berpegang pada takdir Ilahi.
2. Pena itu ada pada saya.
3. Dia memotong
buah itu
dengan pisau.
3.1 Konstituen Frasa Nama
Konstituen=unsur.
: unsur yg menjadi pengisi FN ialah KN sbg
unsur intinya.
: unsur inti boleh wujud secara bersendirian
ataupun dgn sederetan penerang yg hadir sblm FN / sesudahnya / sebelum dan sesudah FN.
: terdapat unsur BUKAN KN yg boleh mengisi
FN jika unsur itu boleh saling berganti dgn KN.
cthnya :
1. Bersenam menyihatkan badan.
2. Putih melambangkan kesucian.
3. Makan suap perbuatan yang keji.
3.2 Binaan Frasa Nama
: boleh terbentuk drpd 1 pkataan sahaja ataupun sederetan pkataan.
: jika bentuknya sederetan pkataan. tdapat dua
jenis iaitu [ inti + penerang ] dan [inti + inti]
1. inti + penerang
: boleh terdiri drpd
i. inti + penerang nama
ii. inti + penerang bukan nama
i. inti + penerang nama
: semua unsur terdiri drpd KN, intinya terdiri
drpd KN dan penerangnya juga KN.
: boleh merupakan :
1. inti + penerang nama keturunan
cth : orang Melayu, keturunan Jawa
2. inti + penerang nama jenis
cth : harimau bintang, pingat gangsa
3. inti + penerang nama penyambut
cth : pam air, gunting kain, pelayan tetamu
4. inti + penerang nama kegunaan
cth : sabun pencuci, minyak pelincir, kayu pemukul
5. inti + penerang nama kelamin
cth : ayam jantan, anak perempuan
6. inti + penerang nama tempat
cth : anak kampung, Cina Melaka, tepi pantai
7. inti + penerang nama arah
cth : angin timur, kawasan barat, jalan tengah
8. inti + penerang nama anggota badan
cth : jam tangan, rantai leher, kepala lutut
9. inti + penerang tenaga penggerak
cth : kipas elektrik, dapur gas, kapal api
10. inti + penerang nama perihal/perkara
cth : lesen perniagaan, surat perjanjian
11. inti + penerang nama milik
cth : rumah saya, perkerjaan bapa
12. inti + penerang nama khas
cth : Bandar Ipoh, Sungai Pahang
13. inti + pen nama panggilan/gelaran
cth : Haji Ahmad, Tan Sri Abdullah, Sang Kancil
ii. inti + penerang bukan nama
: menerima penerang bukan drpd jenis KN.
1. inti + pen penentu
- penentu hadapan : k. bilangan & penjodoh bilangan sebelum inti
cth : lima orang askar, segala kelengkapan
- penentu belakang : unsur yg hadir selepas KN
cth : orang itu, calon ini, pemenang itu
2. inti + pen k. kerja
cth : kamar tidur, kedai gunting, bilik menunggu
3. inti + pen k. adjektif
cth : anak muda, kulit putih, rumah haram
4. inti + pen k. adverb
cth : masa serentak, hari lusa, lawatan julung kali
5. inti + pen FSN
cth : rumah di Bandar, lawatan ke Muzium Negara, kiriman daripada abang
6. inti + pen bilangan ordinal
cth : tempat pertama, tingkat ke sepuluh
2. inti + inti
: tidak mpunyai unsur penerang, makna keselruhan didukung oleh kedua-dua KN inti.
i. inti + inti dgn maksud sama erti
cth : tubuh badan, ribut taufan, hutan rimba
ii. inti + dgn maksud lawan erti
cth : kerusi meja, jantan betina, ibu bapa
BAB 4 : SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA BM
4.1 Peraturan D-M
: D (diterangkan), M (menerangkan)
: unsur yg diterangkan itu merupakan unsur inti yg hadir pd kedudukan pertama
: unsur menerangkan unsur penerang yg hadir
pd kedudukan yg kedua
cth :
orang lelaki, askar Melayu, kelapa sawit, Restoran Aminah.
: penggunaan susunan unsur2 frasa nama yg bertentangan dgn peraturan D-M adalah salah
4.2 Kekecualian Hukum D-M
: kekecualian hukum D-M boleh berlaku akibat
kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada
nama-nama jawatan
cth : perdana menteri, timbalan pengerusi, ibu
pejabat.
BAB 5 : FRASA KERJA BM
: boleh terdiri drpd 1 pkataan / lebih dan kata intinya kata kerja.
: boleh merupakan k.kerja transitif dan k.kerja tak transitif
: k.kerja tak transitif hadir bersendirian/ diikuti
oleh satu / sederetan pkataan
: k. kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur2 lain
5.1 Binaan Frasa Kerja
i. FK yg tdk mempunyai objek yg KKerjanya
tidak perlu disambut oleh sesuatu FN sbg objek
utk melengkapkannya, mengandungi KK tak
transitif.
cth : 1. Ali menang.
2. Mereka sedang tidur.
3. Hang Jebat bertikam dengan Hang
Tuah.
ii. FK yg mengandungi objek, yg KKerjanya
mesti disambut oleh FN sbg objek utk
melengkapkan KK. mengandungi KK transitif, boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan.
cth : 1. Kami makan ayam goreng itu.
2. Pemburu menembak harimau itu
dengan senapangnya.
5.2 Binaan FK Tanpa Objek
: terdiri drpd satu jenis KK sbg intinya iaitu KK
tak transitif.
: KK tak transitif ialah sejenis kata kerja yg tdk
perlu disambut oleh sebarang FN sbg objek sebagai pelengkapnya.
: FK jenis ini TIDAK boleh dipasifkan.
: terdpt 3 jenis KK tak transitif.
i. K. Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
: tidak memerlukan apa2 unsur sbg pelengkap. telah mempunyai makna yg sempurna.
cth : 1. Semua penonton bangun.
2. Pokok itu tumbang.
3. Mereka semua pulang.
4. Kakak sedang tidur.
ii. K. Kerja Tak Transitif dgn Pelengkap
: KK yg tidak mempunyai makna yg lengkap sekiranya tdk diikuti oleh unsur pelengkap.
: tetapi, unsur ini bukanlah objek kerana ayatnya tdk boleh dipasifkan.
: cth KK ialah beransur, berbuat, ada, berbantalkan
: tdpt 3 jenis KKTT dgn pelengkap.
1. K.Adjektif sbg pelengkap
cth : 1. Keadaannya menjadi genting.
2. Badannya menjadi lemah.
3. Ekonomi negara kita bertambah kukuh.
2. Frasa Sendi Nama sbg pelengkap
cth : 1. Mereka berada di Kuala Lumpur.
2. Keretanya membelok ke kiri.
3. Saya tinggal di kampung.
3. K. Nama sbg pelengkap
: cara membezakan KN sbg pelengkap dan KN
sbg objek ialah pelengkap TIDAK boleh
dipasifkan.
: tdpt 2 kump KKTT yg terima KN sbg
pelengkap iaitu yg ada imbuhan ber--kan dan KKTT menjadi dan ada.
cth : 1. Dia berbantalkan lengan.
2. Pak Kaduk berbajukan kertas.
3. Pengembara itu berselimutkan embun.
4. Dia menjadi guru.
5. Orang itu ada harta.
iii. K. Kerja Tak Transitif dgn KN sbg penerang
: bukan menjadi objek kerana tdk boleh dipasifkan.
: bukan menjadi pelengkap kerana boleh
ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna KK yg diikutinya
cth :
subjek frasa kerja
K.kerja penerang
1. Lelaki itu berseluar jean.
2. Mereka bersawah padi.
3. Bapanya berniaga ayam.
5.3 Binaan FK dgn Objek
: mengandungi K.kerja Transitif sbg inti dan FN yg mengikuti KK sbg objek atau penyambutnya.
: boleh dipasifkan
cth :
1. Kami makan ayam goreng itu.
Ayam goreng itu kami makan. (pasif)
2. Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya.
Harimau itu ditembak oleh pemburu dengan
senapangnya. (pasif)
: FK yg mengandungi FN sbg objek boleh dibahagikan kpd 2.
i. FK dgn satu objek
cth :
1. Saya menjawab surat itu.
2. Dia tidak mengabaikan tugasnya.
3. Perahu-perahu itu menyusuri pantai.
: terdpt sejumlah pkataan yg berbentuk KK ttpi
membawa makna adjektif.
: ia boleh menerima k.penguat dan FN yg mengikutinya boleh digugurkan.
cth :
1. Filem itu sungguh menyeramkan.(kami)
2. Keputusan itu sangat menggembirakan. (saya)
3. Saya percaya peristiwa semalam sangat
menakutkan anda.
ii. FK dgn Dua Objek
: mengandungi dua FN yg menjadi objek kpd
KK itu.
: mempunyai fungsi yg berbeza2 dan disebut sbg objek tepat dan objek sipi
: objek tepat menjadi penyambut secara langsung kpd KK
: objek sipi tidak menjadi penyambut secara langsung kpd KK.
cth :
1. a) Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.
b) Ahmad menghadiahi Ali sebuah buku.
: objek tepat bg ayat di atas ialah Ali, manakala objek sipi ialah sebuah buku.
: jika ayat ini dipasifkan, hanya FN yg menjadi
objek tepat akan mengalami penjudulan, iaitu subjek kpd unsur yg diterangkan.
c) Ali dihadiahi buku oleh Ahmad.
cth2 lain :
1. Dia mencarikan isterinya buah nangka.
2. Tuhan mengurniakan makhluknya rahmat.
3. Ibu memasakkan tetamu makanan.
: jika ayat2 tersebut berubah susunannya
(objek tepat diletakkan di bahagian blkg ayat
dgn didahului oleh KSN kepada/untuk) maka ayat tersebut hanya mengandungi 1 objek shja.
: frasa yg mengikuti objek itu berfungsi sbg
penerang
1. Dia mencari buah nangka untuk isterinya.
2. Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluknya.
: Hal ini sama seperti ayat2 di bawah yg seolah2 mengandungi 2 objek.
1. Sultan menamai tempat itu Melaka.
2. Dia menjadikan budak itu anak angkatnya.
[ Melaka, anak angkatnya ] berfungsi sbg
penerang.
BAB 6 : FRASA KERJA BM
6.1 FK dgn Kata Bantu
: K. Bantu aspek menerangkan aspek waktu bg kata kerja
: K. Bantu ragam yg menerangkan ragam perasaan bg k. kerja
i. cth K.Bantu Aspek dlm ayat :
1. Mereka sudah menonton wayang gambar itu.
2. Adik kecil masih tidur lagi.
3. Matahari belum terbit lagi.
: terdpt sederetan k.bantu aspek tertentu yg BOLEH hadir bersama
cth : belum pernah, masih belum, sudah pernah
: tdpt juga k.bantu aspek yg TIDAK boleh hadir
sederetan.
cth : akan belum, akan sedang, sedang masih
ii. cth K.bantu ragam dlm ayat :
1. Encik Yahya hendak mengembara ke Afrika.
2. Mereka mahu berikhtiar lagi.
3. Saksi itu enggan bekerjasama.
: tdpt K.bantu ragam yg BOLEH hadir
sederetan, cthnya ialah :
- harus mahu, harus dapat, mesti mahu,
mesti dapat
: tdpt juga K.bantu ragam yg TIDAK boleh hadir bersama2
- hendak mahu, hendak harus, mahu dapat, dapat hendak
: K.bantu aspek & K.bantu ragam boleh juga
hadir bersama2 secara berderetan. spt dlm cthn ayat berikut :
1. Ahmad sedang hendak ke Bandar ketika kami sampai. (sedang-KBA, hendak-KBR)
2. Dia belum hendak makan kerana masih kenyang. (belum-KBA, hendak-KBR)
3. Mereka mesti akan datang lagi. (mesti-KBA,
akan-KBR)
4. Polis mesti telah menangkap pencuri itu
sesudah mendapat maklumat. (mesti-KBA, telah-KBR)
6.2 FK dgn Ayat KOmplemen
: FK boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yg terhasil ialah ayat majmuk.
cthnya :
1. Pemuda itu mengakui bahawa dia telah
memenangi peraduan mengarang cerpen.
(FKTransitif)
2. Berita itu menyatakan bahawa semua penumpang terselamat.(FKTransitif)
3. Pak Abu berkata bahawa tetamu anaknya dari kota. (FKtak transitif)
4. Penduduk kampung itu beranggapan bahawa
penghulu mereka sudah berpindah.(FKTak
transitif)
6.3 Unsur Keterangan dalam FK
: terdiri drpd unsur yg menerangkan KK itu dgn lebih lanjut lagi.
: berfungsi sbg frasa adverba, hadir sesudah KK
: KK transitif unsur keterangan hadir selepas objek
: binaan unsur keterangan dlm FK terdiri drpd FSN, FA, FN dan kata adverba.
cth :
1. Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji.
2. Sungai Perak mengalir dengan tenangnya.
3. Murid-murid itu menjawab serentak apabila ditanya.
: terbahagi kepada 8 :
a) Keterangan tempat/arah (FSN)
Adik menerima surat daripada sahabat
penanya.
b) Keterangan waktu (FSN&FN)
1. Kami menunggu ketibaannya hingga pukul
12.00 malam.
2. Peristiwa itu berlaku dua dekad yang lalu.
c) Keterangan cara
1. Kereta itu bergerak laju. (KA berfungsi K.adverba)
- Kereta itu bergerak dengan lajunya (FS)
d) keterangan tujuan / harapan
1. Kita berjuang demi keadilan undang-undang.
2. Dasar baharu itu dilaksanakan bagi kesejahteraan rakyat.
e) keterangan alat
1. Rombongan pelajar itu datang dengan bas.
2. Saya memotong tali itu dengan pisau belati.
f) keterangan penyertaan
1. Pelajar baharu itu datang dengan ayahnya.
2. Murid-murid melawat muzium dengan guru
mereka.
g) keterangan hal
1. Mereka sedang berbincang tentang perkara itu.
2. Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan
mengenai kekecohan yang berlaku di bank tersebut.
h) keterangan bagai
1. Dia berlagak seperti pegawai.
2. Pasangan suami isteri itu bagai pinang dibelah dua.
Kesimpulan :
Binaan frasa kerja boleh terdiri drpd :
i. k. kerja transitif + objek
cth : Dia tidak mengabaikan tugasnya.
ii. k. kerja transitif + ayat komplemen
cth : Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih.
iii. k.bantu +k.kerja transitif + objek + keterangan
cth : Setiausaha itu akan menjelaskan tugasnya
kepada ketua baharunya.
iv. k.bantu + k. kerja transitif + ayat
komplemen + keterangan
cth : Dia menjelaskan bahawa tugasnya sudah diubah sejak tahun lalu.
v. kata kerja tak transitif
cth : Bendera-bendera berkibaran.
vi. k. kerja tak transitif + pelengkap
cth : Kesihatan bapanya menjadi genting.
vii. k. kerja tak transitif + ayat komplemen
cth : Ibu berasa bahawa keputusan kakak itu wajar.
viii. k.bantu + k.k tak transitif + pelengkap + keterangan
cth : Negara kita kini telah menjadi menjadi
pengeksport barang-barang kilang ke luar
negara.
ix. k.bantu + k.k tak transitif + ayat komplemen+ keterangan
cth : Ayah masih berasa bahawa keputusan itu wajar pada ketika itu.
BAB 7 : FRASA ADJEKTIF BM
: susunan pkataan yg terdiri drpd satu pkataan
yg mengandungi kata adjektif/kata sifat sbg inti.
: berfungsi sbg predikat dan juga sbg unsur
keterangan dlm predikat
: sbg unsur keterangan. KA hadir sesudah FK dan FSN
cth FA sbg predikat : Adiknya sangat pandai.
cth FA sbg unsur keterangan dlm predikat : Dia berjalan sangat cepat.
7.1 Binaan FA : Unsur Pengisi FA
: FA boleh terdiri drpd
- satu pkataan adjektif sahaja
- sederetan pkataan yg mengandungi KA
dgn KBantu dan KPenguat sama ada di
hadapan/di blkg
cth : 1. terlalu [Kpenguat] nakal [KA]
2. belum [k.bantu] masak [KA] sangat [Kpenguat]
: inti FA terletak pd KA. bahagian inti tdiri drpd 2 jenis.
i. Binaan satu perkataan
: terdiri drpd 1 KA yg terdiri drpd kata dasar dan pkataan berimbuhan.
cth : 1. Mukanya pucat.
2. Hidup seniman itu amat sederhana.
3. Aminah tidak sepandai adiknya.
4. Gaya pertuturannya agak keinggeris-ingerisan.
ii. Binaan dua pkataan
: terdiri drpd 2 pkataan iaitu :
1. K.A + K.A
a) dua adjektif yg menekankan unsur keserasian makna
cth : riang gembira, letih lesu, cantik molek, lemak manis
b) Dua KA yg maknanya blawanan
cth : tinggi rendah, pahit manis, baik buruk, tua muda
c) deretan dua KA dgn perkataan yg kedua
digunakan oleh sebab unsur rima
cth : tinggi lampai, gemuk gedempol, kaya raya, lemah gemalai
2. K.A + K.N
: K.Adjektif menjd inti frasa, K.nama sbg penerang
: boleh terdiri drpd
a) FA yg membawa maksud keserupaan. cth :
merah jambu, hijau daun, biru laut, kuning langsat, manis buah, muda remaja
b) FA yg membawa maksud kiasan. cth :
panjang tangan, besar kepala, ringan tulang
7.2 Unsur Penguat dlm FA
: ada 3 jenis unsur penguat yg menyertai KA
i. penguat hadapan : terletak di hadapan KA
cth : terlalu, paling, sedap, sangat
1. Anak kecil itu terlalu nakal.
2. Masakan ibunya paling sedap.
ii. Penguat belakang : terletak di blkg KA
cth : sekali, benar, nian
1. Perangai budak itu baik sekali.
2. Kereta api itu lambat benar.
iii. Penguat bebas : sama ada di hadapan/blkg
cth : amat, sangat, sungguh
1. Permandangan di pantai itu amat indah.
2. Permandangan di pantai itu indah amat.
: Dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sblm k.adjektif.
cth : 1. Suaranya sungguh amat merdu.
2. Perangainya sungguh kurang sopan.
7.3 Kata Bantu dalam FA
: FA boleh juga disertai oleh K.bantu
cth : 1. Anak itu sudah besar.
2. Dia belum cerdik lagi.
: ada K.bantu yg boleh hadir sebelum/sesudah K.penguat diikuti dgn KA
cth : 1. Anak-anak jiran saya bersekolah
kerana masih amat kecil.
2. Kami dapat mengejar Ali kerana dia
belum terlalu jauh.
3. Kami terasa masih sungguh letih walaupun telah lama berehat.
BAB 8 : FRASA ADJEKTIF BM
8.1 SUsunan FA dalam ayat
i. Selepas subjek sbg predikat
cth : 1. Rumah Ali sangat sederhana.
2. Badannya letih lesu.
3. Tidurnya nyenyak benar.
: boleh disongsangkan, FA berfungsi sbg
predikat mendahului subjek
cth : 1. Sangat sederhana rumah Ali.
2. Letih lesu badannya.
3. Nyenyak benar tidurnya.
ii. FA sbg keterangan
: hadir selepas FK, menjadi keterangan
cth :
subjek Predikat
Frasa Kerja Keterangan
1. Mereka pulang segera.
2. Burung
helang
terbang tinggi.
3. Sungai itu mengalir tenang.
iii. KA sbg penerang K.nama
cthnya : pelajar baharu, warna merah, baju
putih, bulan penuh
8.2 Unsur Keterangan dalam FA
: unsur keterangan boleh hadir sesudah KA.
cthnya :
1. Pegawai itu selalu sibuk dengan
pekerjaannya.
2. Rumah harus bersih demi kesihatan hidup
kita.
: unsur keterangan KA boleh digolongkan ke
dlm beberapa golongan.
a) Keterangan cara
cth : 1. Badannya lemah dengan tiba-tiba.
2. Lukanya baik dengan sendirinya.
b) Keterangan bandingan
cth : 1. Buahnya manis ibarat gula.
2. Badannya kurus bagai lidi.
c) Keterangan hal/keadaan
cth : 1. Pegawai itu selalu sibuk dengan
pekerjaannya.
2. Budak itu pandai dalam semua
mata pelajaran.
d) keterangan tujuan :
cth : 1. Rumah harus bersih demi kesihatan
hidup kita.
2. Rakyat mesti cergas untuk
kemajuan masa depan.
e) Keterangan kekerapan
cth : 1. Dia sakit selalu.
2. Wanita itu sering lewat.
f) Keterangan terhadap
cth : 1. Anak itu sangat rindu akan
emaknya.
2. Kita harus cinta akan tanah air.
g) keterangan musabab
cth : 1. Budak itu lemah oleh sebab
keletihan.
2. Murid-murid itu lembap kerana tiada
bimbingan.
h) keterangan waktu
cth : 1. Ali selalu sakit ketika masih kecil
dahulu.
2. Pegawai itu sungguh cekap pada
masa sekarang ini.
i) Keterangan tempat
cth : 1. Kanak-kanak itu sakit pada kakinya.
2. Buah nanas manis di bahagian
pangkalnya.
8.3 Frasa Adjektif dgn Ayat Komplemen
: FA sbg predikat dpt diikuti oleh ayat
komplemen menjadikan ayat yg terhasil itu
ayat majmuk
cth :
1. Para peserta amat sedar bahawa persiapan
mereka tidak mencukupi.
2. Mereka pasti yakin bahawa pasukan
sekolah mereka akan menang.
Kesimpulan
: Binaan FA boleh terdiri drpd
1. K.bantu+K.adjektif
Masih kuat
2. K.penguat + k.adjektif
sungguh cantik
3. k.bantu+k.penguat+k.adjektif
belum terlalu lewat
4. k.adj + k.penguat
banyak sungguh
5. k.bantu+k.adj+ k.penguat
belum masak benar
6. k.penguat+k.adj+k.penguat
amat cantik sekali
7. k.penguat+k.adj+unsur keterangan
sungguh cinta akan tanah airnya
8. k.penguat+k.adj+ayat komplemen
amat percaya bahawa budak itu pernah dating
9. k.adj+k.penguat+ayat komplemen
percaya benar bahawa anaknya telah Berjaya
10. k.bantu+k.adj+k.adj
masih riang gembira
BAB 9 : FRASA SENDI NAMA BM
: binaan yg terdiri drpd satu sendi nama & satu
frasa nama yg menjadi pelengkap kpd k.SN
itu.
9.1 Binaan Frasa Sendi Nama
i. K.sendi nama + frasa nama
- di jambatan
- ke sekolah
- dari Johor Bahru
- bagi kanak-kanak cacat
ii. k.sendi nama+k.arah+frasa nama
- di belakang rumah
- ke dalam bilik gelap
- dari hujung balai
- dengan belakang parang
iii. k.sendi nama+k.arah+frasa keterangan
KSN frasa nama
kata arah frasa
Keterangan
1. ke negeri Jepun pada tahun
lalu.
2. dari Johor dengan
bapanya.
3. dengan rombongannya pada setiap
hari.
iv. k.sendi nama+k.arah+FN+Frasa keterangan
kSN K.Arah FN F.keterangan
ke selatan negeri
Jerman
pada musim
panas.
dari belakang rumah dengan cara
tiba-tiba
di atas pangkuan
ibu
saban hari
pada hujung minggu untuk
kepentingan
keluarga
9.2 Kedudukan frasa sendi nama dlm ayat
: FSN boleh hadir sbg predikat dlm pola ayat
dasar BM
: sbg unsur keterangan dlm ayat2 yg lain
i. Predikat Frasa Sendi Nama
cth :
1. Mereka ke sawah setiap pagi.
2. Hadiah itu untuk pelajar yang terbaik.
3. Surat itu daripada ibu tersayang.
ii. FSN sbg keterangan
: boleh wujud sbg unsur keterangan kpd FK, FA
dan FA
a) FSN keterangan FK
cth :
1. Kereta api bertolak pada pukul lima pagi.
2. Budak-budak itu berehat di bawah pokok.
b) FSN keterangan FA
cth :
1. Budak itu kurus seperti galah.
2. Bayi itu selalu lapar pada waktu pagi.
c) FSN keterangan FN
cth :
1. Rumah-rumah di bandar tidak semuanya
besar.
2. Panggilan telefon untuk ayah itu datang
dari Singapura.
3. Kain daripada sutera mahal harganya.
9.3 Penggunaan KSN secara umum
: 2 kSN yg serupa boleh digabungkan dlm
bentuk setara dgn penggunaan K.hubung (dan,
atau, tetapi, etc)
: :dlm penggabungan kSN tetapi, k.nafi bukan
digunakan sblm kSN nama pertama
cth :
1. Serangan itu datang dari dalam dan dari
luar kota.
2. Hadiah ini untuk ayah atau untuk ibu?
3. Ali bukan ke Singapura tetapi ke Johor.
* kSN yg kedua boleh digugurkan, kecuali
kSN bentuk setara itu ialah ke.
1. Serangan itu datang dari dalam dan luar
kota.
2. Hadiah ini untuk ayah atau ibu?
3. Ali bukan ke Singapura tetapi ke Johor.
#Ali bukan ke Singapura tetapi Johor.
*KSn pd kedudukan unsur yg kedua
TIDAK boleh digugurkan dlm FSn yg
setara yg tdk menggunakan k.hubung.
cthnya :
1. Ia berjalan ke hulu ke hilir.
# Ia berjalan ke hulu hilir.
2. Ayat tersebut diubah daripada bentuk aktif
kepada bentuk pasif.
# Ayat tersebut diubah daripada bentuk aktif
bentuk pasif.
* FSn yg mpunyai unsur FN se- (cth :
sedetik, setahun, semasa), tdk boleh
digugurkan secara berasingan. jika mahu
digugurkan, perlu gugur pd kedua2
bahagian FSn. cth :
1. Wanita itu berubah dari sedetik ke sedetik.
Wanita itu berubah dari detik ke detik.
# Wanita itu berubah dari detik ke sedetik.
: FSn boleh didahului oleh K.bantu. cth :
1. Mereka akan ke dalam hutan untuk
memburu penjahat-penjahat itu.
2. Sampan itu masih di tepi tasik.
Kesimpulan :
: Binaan FSn dpt mengandungi binaan2 berikut:
1.K.bantu+K.Sn+K.arah+FN+F.keterangan
telah ke dalam hutan untuk memburu
penjahat-penjahat itu.
2. K.bantu+k.Sn+k.arah+FN
telah ke dalam hutan.
3. K.bantu+K.Sn+FN
telah ke hutan.
4. K.Sn + FN
ke hutan.
BAB 10 : AYAT BAHASA MELAYU
Ayat : Ayat ialah unit pengucapan yang paling
tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap.
: pengucapannya dimulai & diakhiri dgn
kesenyapan serta mengandungi intonasi yg
sempurna
: tbahagi kpd 2 golongan (gol. ayat dasar &
ayat terbitan)
: jenis2 ayat : a.penyata, a.tanya, a.seruan,
a.perintah.
: ragam ayat : a.aktif & a.pasif
Klausa : unit yang merupakan rangkaian
perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat dan menjadi konstituen atau bahagian
kepada ayat.
: terbahagi kpd 2 jenis , klausa bebas & klausa
tak bebas
: Klausa bebas : klausa yg boleh berdiri
sendiri & boleh menjadi ayat lengkap apabila
diucapkan dgn intonasi yangsempurna.
cth : Saya cemerlang.
: Klausa tak bebas : klausa yang tidak boleh
berdiri sendiri dalam ayat
cth : kerana saya rajin berusaha.
Frasa : unit yg boleh terdiri drpd satu susunan
yg mengandungi sekurang2nya 2 perkataan
ataupun satu perkataan
: boleh hanya terdiri drpd subjek atau predikat
(berbeza dgn klausa)
AYAT Pemandu teksi itu sedang berehat.
KLAUSA pemandu teksi itu sedang berehat
FRASA pemandu teksi
itu
sedang berehat
PERKATAAN pemandu teksi itu sedang berehat
: boleh menjadi unsur kpd klausa / frasa itu
sendiri
cth : Burung merpati, terbang tinggi
: berpotensi utk diperluas mjadi 2 perkataan /
lebih
cth : burung, seekor burung, burung merpati,
anak burung merpati
Perkataan : bentuk bebas yang terkecil yang
boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh
dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk
tatabahasa yang lebih kecil lagi.
cth : orang, baju, jadi, makan
: dlm BM tdpt golongan pkataan yg utama
(k.nama, k.kerja, k.sendi, k.adjektif, etc)
10.2 Ayat Dasar
Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pem
bentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
: Konstituen subjek mendahului konstituen predikat
: Semua ayat boleh dikesan rangka dasarnya tertentu. Mempunyai pola ayat dasar.
: Daripada pola tersebut, terbit ayat lain (ayat
tunggal dan ayat majmuk, ayat pendek atau
ayat panjang, ayat aktif atau pasif dan sebagainya)
: Semua ayat dasar terdiri daripada ayat
penyata, yakni ayat yang diucapkan dengan
maksud membuat penyataan
: Pola ayat dasar :
Pola Subjek Predikat
1 FN FN
2 FN FK
3 FN FA
4 FN FSN
: pola ayat dasar boleh mengandungi 2
pkataan, namun tiap2 unsur boleh hanya
mengandungi 1 unsur sahaja kecuali dlm pola 4 : FN+FSN.
cthnya
Pola 1 : FN+FN
Ahmad guru.
Pola 2 : FN+FK
Padi menguning.
Pola 3 : FN+FA
Murid-murid rajin.
Pola 4 : FN+FSn
Ipoh di Perak.
10.3 Ayat Tunggal
: mengandungi satu klausa shj. (ada 1 unsur
subjek, 1 unsur predikat)
: terbit drpd ayat dasar
: binaan ayat tunggal menyamai binaan ayat
dasar , namun tidak semuanya terdiri daripada subjek yang diiikuti oleh predikat.
: Ada susunan yang berbeza , iaitu keseluruhan
atau sebahagian daripada predikat mendahului
subjek (ayat songsang).
cth :
1. Ayah Ali peguam.
2. Dia membaca akhbar itu.
: Tak semua ayat tunggal tdiri drpd susunan
subjek mendahului predikat.
: tdpt susunan yg berbeza iaitu predikat
mendahului subjek (susunan songsang).
cth :
1. Peguam ayah Ali.
2. Membaca akhbar dia.
: Boleh dikesan apabila ayat tersebut terhasil daripada binaan ayat dasar.
: Tidak mempunyai sebarang pola ayat.
: Boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat
perintah, ayat seruan, ayat tanya dan
sebagainya
BAB 11 : PROSES PENERBITAN AYAT BM
DR SEGI TRANSFORMASI GENERATIF
11.1 Konsep Transformasi Generatif
(teori, so payah sket. dah ringkaskan.
kalau nak baca lebih buka TD ms 531)
: setiap penutur asli dlm sesuatu bahasa dpt
mengenali/ membezakan jenis2 binaan ayat
: secara instuisi (gerak hati) penutur asli juga
mengenali sama ada sesuatu ayat itu
gramatis/tidak
: hal ini berkaitan dgn kemampuan membentuk
serta memahami bil ayat dlm bahasa yg tak
terkira jumlahnya.
cth ayat dlm BI :
1. colorless green ideas sleep furiously
2. sleep ideas furiously green colorless
*ayat 1 boleh diterima dr segi struktur
ayat BI
*ayat 2 tidak kerana salah dr segi aturan
tatabahasa.
*namun penutur jati tidak boleh menerima
kedua2 ayat di atas kerana tidak memberi
pengertian yg wajar
: ini boleh dikaitkan dgn instuisi seorang
penutur thadap sesuatu yg disebut struktur
dalaman (struktur yg sifatnya amat dasar &
mjadi asas kpd pembentukan / penerbitan
ayat2 lain yg lebih kompleks)
: memungkinkan penutur memahami
persamaan makna antara 2 ayat. (mengenali
ayat2 yg berparafrasa)
cth ayat berparafrasa
1. Ali memandu kereta itu.
2. Kereta itu dipandu oleh Ali.
* kedua2 ayat ini mempunyai makna yg
sama, tp mpunyai struktur/aturan kata yg
berbeza
* dari segi struktur, kedua2 ayat
membawa penegasan yg berlainan (ayat 1:
Ali, ayat 2 : kereta) tapi membawa maksud
yg sama
* ayat di atas terdiri drpd ayat pasif & ayat
pasif, dan ini dianggap berparafrasa.
: kecekapan berbahasa juga dikaitkan dgn
unsur2 ketaksaan (Kekeliruan dalam penentuan
makna perkataan). cthnya :
Ibu bapa Ali telah meninggal dunia.
* ayat diatas dpt diertikan dgn :
1. Ibu kepada bapa (nenek) Ali telah meninggal
dunia.
2. Kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal
dunia.
cth yg lain :
1. Ali teringat akan kekasihnya.
2. Ali teringat oleh kekasihnya.
* ayat di atas mempunyai struktur yg agak
sama tapi maknanya berbeza.
* jika dipasifkan ayat yg k2, menjadi
Kekasihnya mengingati Ali.
: jadi, walaupun kedua2 ayat spt di atas
kelihatan sama dr segi struktur peringkat
permukaan, tp pada peringkat yg lebih dasar
&bentuk ayat dalaman, tdpt hubungan gramatis
yg berlainan antara bentuk kata sehingga
mhasilkan makna/erti yg berbeza
: oleh itu, setiap ayat mpunyai 2 peringkat,
peringkat struktur dalaman & struktur
permukaan
: struktur dalaman biasanya mengandungi bentuk ayat dasar/ayat inti yg diperlukan utk
membentuk asas makna aya
:struktur pmukaan biasanya mengalami perubahan drpd struktur dalaman /bentuk ayat
yg sebenarnya diucapkan oleh penutur
*konsep ini diperkenalkan oleh Noam
Chomsky (1957). Beliau mengemukakan
teori tatabahasa transformasi-generatif
* pemusatan kajian bahasa tletak pd
pengetahuan penutur asli yg boleh
membentuk & memahami ayat2
(kecekapan berbahasa)
: kecekapan berbahasa mengandungi 1 set rumus yg sifatnya eksplisit (tepat&jelas) ,
penutur asli mampu membentuk serta
memahami berbagai2 ayat dgnnya
: memahami peringkat struktur dalaman &
struktur permukaan diterbitkan oleh 2 jenis
hukum / rumus tatabahasa
: 1 rumus struktur frasa (menerbitkan ayat2 pd peringkat dalaman)
: 2 rumus transformasi (berfungsi menukarkan pola/struktur ayat hingga
membawa kpd peringkat struktur permukaan)
*kedua2 unsur ini menjadi sebahagian drpd
unsur kecekapan berbahasa seseorang individu
*transformasi thadap sesuatu struktur dalaman
akan mhasilkan ayat2 yg berbentuk struktur
permukaan
* setiap ayat terdiri drpd rentetan bunyi bahasa
(cara penyebutan sesuatu ayat, terjadi pada
komponen fonologi yg melahirkan representasi
fonetik)
* semua bentuk kata iaitu morfem tersimpan
sbg leksikon(data kamus) pd setiap penutur
*seseorg dpt membentuk ayat2 bahasa dgn
mengetahui semua bentuk kata dan satu set
rumus tatabahasa (rumus sintaksis) yg akan
menentukan aturan penyusunan bentuk2
pkataan hingga mjadi ayat
* rumus tatabahasa tbahagi kpd 2 jenis :
rumus struktur frasa & rumus transformsi
- RUMUS STRUKTUR FRASA : tletak pd
komponen dasar utk menghasilkan deskripsi
struktur, seterusnya menghasilkan bentuk ayat
dasar/ayat inti
: berfungsi utk menghasilkan rajah2 pohon yg
menunjukkan hbgn gramatis (subjek, objek,
predikat etc) antara berbagai2 bentuk2 kata yg
tdpt pd sesuatu ayat dasar
: boleh mengandungi unsur2 yg berikut
1. A --> SP
2. S --> FN
3. P FN, FK, FA, FSN
4. FN --> (Bil)+(Penj
Bil)+(Gel)+KNInti+(KNInti)+(Penentu)+Pen
5. FK (KBantu)+ KKtr + Obj + A.komple + keterangan
(Kbantu) + KKttr + Pelengkap + (A.komple) + keterangan
6. FA (KB)+ (K.penguat) + KA + (ket) + (a.komp)
7. FS (KB)+SN+(K.Arah)+FN+(a.komp)+(ket)
*rujuk semula binaan2 bg semua frasa dlm
nota2 di atas
: rumus2 struktur frasa melahirkan rajah pohon
*rujuk semula rajah pohon yg penah buat dlm
esaimen
: rajah pohon akan mengalami penyisipan
leksikon utk menjadikan ia suatu ayat yg
lengkap
: yg tbentuk ialah satu representasi/ayat yg
merupakan struktur dalaman
: ia kemudian akan mjadi input kpd komponen
yg mngandungi rumus transformasi
: rumus2 transformasi berkuasa
menggugurkan, menambah dan
mengubah/menyusun semula susunan unsur
kata.
11.2 Konsep Ayat Terbitan
: penerbitan sesuatu ayat sbg struktur
permukaan itu berpunca drpd suatu ayat yg
lain, kecuali ayt itu mmg menyerupai ayat
dasar
representasi semantik
komponen semantik
Rumus
Struktur
Frasa
Leksikon
Rumus Trasformasi
Komponen Fonologi
Representasi Fonetik
struktur
dalaman
struktur
dalaman
A
S P
FN FN/FK/FA/F
SN
: ayat spt itu wujud pd peringkat struktur
dalaman/struktur dasar, & wujud dlm bentuk yg
serupa pd peringkat struktur pmukaan
: proses pnerbitan ini bermaksud sbg hasil drpd
proses gramatis (pelaksanaan rumus
transformasi)
: rumus transformasi ini yg berfungsi megubah
aturan / struktur ayat serta memperluas
sesuatu unsur dlm ayat/frasa
: dlm BM, penerbitan ayat melalui proses
transformasi mengakibatkan pengguguran,
penyusunan semula / perluasan kpd unsur2
struktur dalaman
11.3 Proses pengguguran
- proses transformasi yg berlaku pd struktur
ayat yg mengakibatkn pengguguran unsur2
tertentu drpd binaan ayat itu
- pada peringkat struktur permukaan, unsur yg
digugurkan tdk lagi wujud
- tdpt 3 jenis pengguguran utama ;
1. Pengguguran FN sbg subjek
: tdiri drpd 2 jenis
i. Pengguguran subjek k.ganti nama diri org
kedua dlm ayat perintah (ayat suruhan)
: K.Ganti Nama Diri Kedua ( kamu, awak,
engkau, tuan, anda, kalian, etc) yg berfungsi
sbg subjek selalunya digugurkan. cthnya :
1. Kamu keluar ! ----- Keluar!
2. Awak semua pergi dari sini! -- Pergi dari sini!
3. Anda boleh masuk sekarang -- Boleh masuk sekarang.
*rujuk TD m/s 539 utk lihat rajah pohon
bg proses pengguguran ini
ii. Pengguguran subjek yg serupa dlm ayat
majmuk
: FN sbg subjek yg serupa/beridentiti sama yg
diberi tanda i dlm ayat2 yg bergabung menjadi
ayat majmuk di bawah, maka subjek frasa yg
serupa itu boleh digugurkan, kecuali subjek FN
yg di awal ayat majmuk tersebut. cth :
1. Diai sangat pandai. + Diai rajin belajar.
= Diai sangat pandai kerana diai rajin belajar.
= Dia sangat pandai kerana rajin belajar.
*dia digugurkan kerana dia dlm kedua2
ayat merujuk kpd org yg sama
2. Datuk Ahmad bukan pengarah. Datuk Ahmad
pengurus besar.
= Datuk Ahmad bukan pengarah tetapi Datuk
Ahmad pengurus besar.
= Datuk Ahmad bukan pengarah tetapi
pengurus besar.
2. Pengguguran Frasa Predikat
i. Pengguguran seluruh frasa predikat
: FPredikat tdiri drpd FN, FK, FA dan FSN
: jika tdpt penggunaan F.predikat yg serupa
dlm ayat majmuk gabungan, maka F.predikat
yg serupa kecuali yg terakhir boleh digugurkan.
cth :
- FK yg serupa
Adik Ali belajar di England. Sepupunya
belajar di England.
= Adik Ali belajar di England dan sepupunya
belajar di England.
= Adik Ali dan sepupunya belajar di
England.
- FN yg serupa
Kebersihan amalan kita. Kesopanan amalan
kita kita.
= Kebersihan amalan kita dan kesopanan
amalan kita.
= Kebersihan dan kesopanan amalan kita.
- FA yg serupa
Sekolah jauh dari sini. Hospital jauh dari
sini.
= Sekolah jauh dari sini dan hospital jauh
dari sini.
= Sekolah dan hospital jauh dari sini.
- FSN yg serupa
Pasport di dalam sakunya. Wang di dalam
sakunya.
= Pasport di dalam sakunya dan wang di
dalam sakunya.
= Pasport dan wang di dalam sakunya.
ii. Pengguguran bahagian2 frasa predikat
- oleh + FN dlm ayat pasif, cth :
1. Dia dipukul oleh ayah.
= Dia dipukul.
2. Perbuatan mereka dikecam hebat oleh orang
ramai.
= Perbuatan mereka dikecam hebat.
- Pengguguran Kbantu yg serupa.cth :
1. Dia boleh menyanyi. Dia boleh menari.
= Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari.
= Dia boleh menyanyi dan menari.
2. Negara telah berkembang. Negara telah
maju.
= Negara telah berkembang dan negara telah
maju.
= Negara telah berkembang maju.
- Pengguguran F.N sbg objek yg serupa.
cth :
1. Daud memukul penjahat itu. Daud
menumbuk penjahat itu.
= Daud memukul penjahat itu dan Daud
menumbuk penjahat itu.
= Daud memukul dan menumbuk penjahat
itu.
- Pengguguran FN sbg frasa objek K.kerja
yg membawa makna adjektif.
Cth K.kerja yg membawa makna adjektif :
- mempersonakan
- menakjubkan
- menghairankan
- mengghairahkan
*boleh didahului oleh k.penguat amat, sangat,
sungguh. Objek tdiri drpd K.Ganti nama diri
pertama. Cth :
1. Kejadian itu sungguh menakjubkan kami.
= Kejadian itu sungguh menakjubkan.
iii. Pengguguran FN yg mendahului F.relatif
* frasa relatif- gabungan 2 ayat yg
dipancangkan dgn kata hubung yang. Cth :
1. Mereka membantu kumpulan itu. Kumpulan
itu lemah.
= Mereka membantu kumpulan yang lemah itu.
iv. Pengguguran KN yg berfungsi sbg inti dlm
FN
binaan FN : inti + penerang
cth : kegiatan bersenam ( inti = kegiatan
digugurkan )
cth ayat :
1. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan
badan.
= Bersenam boleh menyihatkan badan.
11.4 Proses Penyusunan Semula
- bentuk pkataan dlm ayat asal diubah
susunannya & diterbitkan semula dlm ayat
gramatis yg baru
- mengakibatkn berlakunya perubahan/
pengguguran kata2 tertentu &
penggantian/penambahan kata2 lain pd ayat yg
diterbitkan
- tetapi tdk membawa perubahan mkna ayat
- tdpt 3 proses penyusunan semula :
i. Penyusunan semula FN sbg subjek
- boleh berlaku melalui proses transformasi
pasif. Cth :
1. a) Ali menendang bola itu. (ayat aktif)
b) Bola itu ditendang oleh Ali. (ayat pasif)
2. a) Pekerja muda itu mengecat rumahku.
b) Rumahku dicat oleh pekerja muda itu.
* ayat aktif bersifat ayat dasar, mengandungi
K.kerja yg wajib ada imbuhan meN-
*ayat pasif tdk mengambil imbuhan meN-
ii. Penyusunan semula FN sbg objek
- boleh terjadi pd ayat2 yg mngandungi 2 jenis
objek (objek tepat & objek sipi). Cth :
1. Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku.
2. Guru mengajar murid-muridnya
Matematik.
Note : Dalam rajah pohon bagi
proses pengguguran, lambangnya
ialah :
* disusun semula dgn menukar ganti
kedudukan objek tepat & objek sipi
* tambah KSN kepada sblm objek sipi yg baru
iaitu Ahmad.
* objek tepat sebuah buku diletakkan slps
k.kerja
*k.kerja berubah-imbuhan I ditukar menjadi kan.
Jadi ayat diatas berubah mjadi :
1. Ali menghadiahkan sebuah buku kepada
Ahmad.
2. Guru mengajarkan Matematik kepada
murid-muridnya.
ii. Penyusunan semula melalui ayat songsang
- ayat yg mengandungi keterangan boleh
disongsangkan apabila keterangan itu hendak
difokuskan. Cth :
1. Orang tua itu pergi ke sungai.
= Ke sungai orang tua itu pergi.
2. Ali tidak datang ke sekolah kerana dia
sakit.
= Kerana dia sakit, Ali tidak datang ke
sekolah.
* frasa yg dihitamtebalkan adalah frasa
keterangan
* boleh juga memfokuskan k.kerja.jadi ayatnya
menjadi spt berikut :
1. Pergi ke sungai orang tua itu.
2. Tidak datang Ali ke sekolah, kerana dia sakit.
11.5 Proses Perluasan
- menambahkan unsur2 dlm ayat baru
- 4 jenis perluasan :
i. Perluasan FN sbg subjek
- boleh diluaskan melalui proses relativisasi
(proses pemancangan ayat ke dlm satu ayat yg
lain)
- guna k.hubung pancangan relatif yang
- FN yang hendak direlativisasikan mestilah
berfungsi sbg subjek. Cth :
1.Budak itu adik saya.
2. Budak itu membaca buku.
= Budak yang membaca buku itu adik saya.
1. Orang itu sudah pulih.
2. Orang itu sakit.
= Orang yang sakit itu sudah pulih.
ii. Perluasan Frasa Predikat
- frasa nama yg hendak direlativisasikan itu
mesti berfungsi sbg subjek dlm ayat yg hendak
dipancangkan, cth:
1. Ali mengusik budak itu.
2. Budak itu cantik.
= Ali mengusik budak yang cantik itu.
1. Kami membeli rumah itu.
2. Rumah itu besar.
= Kami membeli rumah yang besar itu.
iii. Perluasan dgn Kata Hubung
- boleh berlaku melalui proses penggabungan
ayat yg mempunyai konstituen yg sama dgn
menggunakan k.hubung. cthnya :
1. Ali berbasikal ke sekolah.
2. Osman berbasikal ke sekolah.
= Ali dan Osman berbasikal ke sekolah.
iv. Perluasan melalui proses komplementasi
- proses yg mengubah sesuatu ayat mjadi 1
frasa nama & memancangkannya pd suatu ayat
yg lain, mhasilkan 1 ayat terbitan. Cthnya :
1. Polis menafikan (sesuatu). Penjahat itu telah
menyerah diri.
= Polis menafikan bahawa penjahat itu telah
menyerah diri.
Ayat Tunggal
Ayat yang mengandungi hanya satu kalusa,
iaitu satu unit rangkaian perkataan yang
mengandungi satu subjek dan predikat.
Binaan Ayat Tunggal
Subjek
(diterangkan)
Predikat
(menerangkan)
Orang tua itu kuat berjalan
Binaan Subjek
(i) Subjek Kata Nama
(ii) Subjek Kata Ganti Nama
(iii) Subjek Kata kerja yang berfungsi sebagai
kata nama
Subjek (Kata
Kerja)
Predikat
Melukis menjadi kegemarannya
(iv) Subjek Kata adjektif yang berfungsi
sebagai kata nama
Subjek (Kata
Adjektif)
Predikat
Putih ialah warna pilihan
Hasnah
Binaan Predikat
(i) Predikat Frasa Nama
Subjek Predikat (Frasa
Nama Am)
Nizam ketua darjah
Subjek Predikat (Frasa
Nama Khas)
Bangunan itu Muzium Negara
(ii) Predikat Kata Kerja
Subjek Predikat (Kata kerja
asal tidak
berimbuhan)
Bapa Aliah tidur (KK tak
transitif)
Monyet itu makan pisang (KK
transitif - objek)
Subjek Predikat (Kata kerja
asal berimbuhan)
Para pelancong sedang menari di
majlis itu
Dia mengarang sebuah
cerita jenaka (KK
transitif)
Subjek Predikat (Kata kerja
Terbitan)
Encik Sulaiman menyekolahkan anak
bongsunya
Subjek Predikat (kata
bantu)
Pesawat itu belum tiba lagi (aspek)
Orang tua itu hendak hendak pergi
ke bandar
Subjek Predikat (unsur
keterangan)
Mereka bertindak untuk
kepentingan diri
sendiri
(iii) Predikat Frasa Adjektif
Subjek Predikat (kata
adjektif selapis)
Ibu pejabat firma itu besar / amat besar
/besar sungguh/
paling besar
Subjek Predikat (kata
adjektif ganda)
Bangunan di bandar raya tinggi-
tinggi (jamak)
(iv) Predikat Frasa Sendi Nama
Subjek Predikat
Adik saya di rumah
Susunan Konstituen Ayat Tunggal
(i) Susunan biasa
Subjek (Nama Am) Predikat
Abangnya juruterbang
Subjek (Nama
Khas)
Predikat
Si Tompok mencakar dinding
Subjek (Nama
Terbitan)
Predikat
Kesilapan itu Satu pengajaran
Subjek (Kata Ganti
Nama Orang)
Predikat
Kami pelajar Tingkatan
Enam
Subjek (Kata Ganti
Nama Tunjuk
Umum)
Predikat
Ini pendapat yang bernas
Subjek (Kata Ganti
Nama Tunjuk
Tempat)
Predikat
Sini Perhentian bas yang
baharu
Cth: Guru itu telah memenangi hadiah
pertama
Boleh menerima kata penegas (partikel
lah, -kah, dan tah)
Cth: Bapa saya dia Dialah bapa saya.
(ii) Susunan songsang
(a) pendepanan frasa kerja
Mereka bekerja setiap hari Bekerja
mereka setiap hari
(b) pendepanan frasa adjektif
Dia sakit pada masa itu Sakit sia pada
masa itu.
(c) pendepanan frasa sendi
Surat ini daripada Ali Daripada Ali
Surat ini.
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Ayat aktif
Ayat yang mengandungi KK yang
mengutamakan subjek asal sebagai
judul @ unsur yang diterangkan
(i) ayat aktif transitif (mengandungi objek
sebagai unsur penyambutnya)
Subjek Predikat
KK transitif Objek Objek sipi
Guru
Besar
memanggil saya -
Pembantu
rumahnya
membawakan saya secawan kopi
Subjek Predikat
Kata Kerja Objek Frasa sendi
nama
(keterangan)
Pembantu
rumahnya
membawakan secawan
kopi
untuk saya
(ii) ayat aktif tak transitif (tidak diikuti objek
sebagai penyambutnya)
(a) dengan keterangan yang boleh
digugurkan
Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.
Kanak-kanak sedang mandi.
Dia menangis sepanjang hari. Dia
menangis.
(b) dengan keterangan yang tidak boleh
digugurkan
Dia berada di Kuala Lumpur. *Dia
berada
Kebanyakan mereka tinggal di rumah
setinggan. *Kebanyakan mereka
tinggal.
Ayat pasif
Asalnya daripada ayat aktif transitif dan
mengandungi KK yang mengutamakan
objek asal sebagai judul @ unsur yang
diterangkan
(i) ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
(ii) ayat pasif dengan kata ganti nama diri
pertama dan kata ganti nama diri kedua
(iii) ayat pasif dengan perkataan kena yang
hadir sebelum kata kerja
Subjek Kata
kerja
pasif
Oleh +
frasa
nama
Keterangan
Sampah
sarap
Dibakar
(di-)
oleh
ayah
pagi tadi
Mereka kehujanan
(ke--an) - sepanjang
hari
Baju itu berjahit
(ber-)
- dengan
benang
sutera
Subjek FK pasif dengan
Ganti Nama Diri
Pertama/Kedua
Keterangan
Kerja itu sudah saya
selesaikan
semalam
Hutang
itu
akan engkau
jelaskan
sepenuhnya
Subjek kena Kata
Kerja
Dasar
Oleh +
Frasa Nama
Pencuri
itu
kena tangkap Oleh polis
Unsur pilihan dalam Frasa Predikat
(i) Kata nafi
(ii) Kata pemeri
Kata Nafi
Menyatakan maksud nafi @ negatif kepada
unsur utama dalam predikat itu (bukan & tidak)
Bukan boleh menafikan semua frasan
nama (FN) dan frasa sendi nama (FS)
Cth: Itu bukan sekolahnya (FN)
Faedahnya bukan untuk saya
sahaja (FS)
Bukan boleh hadir bagi menfikan frasa
kerja (FK) dan frasa adjektif (FA) jika
kedua-keduanya mendukung maksud
pertentangan maklumat.
Cth: Ucapannya bukan menghina kita,
tetapi menyatakan kebenaran. (FK)
Ali bukan pandai sangat, tetapi
rajin. (FA)
Tidak boleh menafikan frasa kerja (FK)
dan frasa adjektif (FA)
Cth: Mereka tidak datang semalam
(FK)
Bapa saya tidak kuat lagi (FA)
Kata Pemeri
Unsur yang menjadi pemeri hal @ penghubung
antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam
predikat
Ialah hadir di hadapan frasa nam (FN)
Cth: Warna pinang masak ialah warna
rasmi bas sekolah seluruh negara kita. (FN)
Adalah boleh hadir di hadapan frasa
adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS)
Cth: Taklimat tentang skim jawatan
itu adalah terlalu panjang. (FA)
Matlamat penyelidikan dan
pembangunan kebangsaan
adalah untuk kemajuan negara.
(FS)
Kata nafi & kata pemeri tidak boleh hadir
bersama-sama kecuali dalm binaan adalah +
kata nafi + frasa adjektif
Cth: Kita semua sedia maklum bahawa dunia
yang dicipta oleh Tuhan adalah tidak
kekal dan suatu hari nanti akan berakhir
jua.
TAJUK 15
AYAT MAJMUK BAHASA MELAYU
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan
mencantumkan 2 ayat tunggal atau lebih dan
percantuman ayat2 itu disusun mangikut cara
tertentu sehingga menjadikan ayat baharu.
AYAT MAJMUK GABUNGAN
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri
daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan
satu dengan cara menggabungkan atau
mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata
hubung seperti dan, atau, tetapi dan
sebagainya. Contohnya:
a) Encik hendak ke sekolah atau hendak ke
pejabat?
b) Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
Ayat-ayat yang disambungkan itu setara
sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan
boleh berdiri sendiri.
Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan
tanpa kata hubung; apabila ini berlaku,
nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu
disuarakan sebagai deretan penyataan.
Contohnya:
a)Penari-penari itu sungguh santun, melenggok
ke kiri, melenggok ke kanan.
b) Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri
mereka.
PEMBENTUKAN AYAT MAJMUK GABUNGAN
Perkaitan antara ayat dalam ayat
majmuk jenis ini dapat digambarkan seperti
gambar rajah berikut:
Ayat 1 - Mereka melompat-lompat.
Ayat 2 - Mereka menjerit dengan kuat.
Kata hubung sambil
Ayat majmuk - Mereka melompat-lompat
sambil menjerit dengan kuat.
* Jikalau ayat-ayat yang digabungkan itu
mempunyai unsur yang sama dan diulang,
maka bahagian yang sama itu boleh
digugurkan. Contohnya:
a) Ali pandai bermain bola.
b) Ali pandai bermain hoki.
= Ali pandai bermain bola dan hoki.
* Ayat-ayat yang dihubungkan adalah terdiri
daripada jenis yang sama dan boleh terdiri
daripada ayat penyata, ayat perintah atau ayat
tanya, tetapi ayat-ayat tersebut biasanya tidak
boleh dicampuradukkan jenisnya. Contohnya:
Ayat
Ayat 1 Kata hubung Ayat 2
Campuran Pancangan Gabungan
Ayat majmuk
a) Bolehkah anda datang esok dan
menyelesaikan kerja itu?
b) Ahmad rajin belajar tetapi adiknya malas.
c) Pergilah masuk ke bilik dan tidur!
JENIS GABUNGAN
1) Gabungan yang susunan faktanya
berurutan .Klausa-klausa itu digabungkan
dengan menggunakan kata hubung dan,
lalu, lagi, serta,, sambil, tambahan pula,
kemudian, malahan dan akhirnya. Tanda
baca koma ( , ) juga digunakan bagi
menggantikan kata hubung. Contohnya
Beliau memandang saya sambil
tersenyum.
Wanita itu baik orangnya, malahan
jarang-jarang sekali ia menyakiti hati
saya.
Mula-mula saya disuruh duduk,
kemudian diajak berbincang, akhirnya
dibawa masuk bertemu dengan
majikannya.
2) Gabungan yang susunannya memberi
maksud pertentangan. Ayat majmu
bertentangan mempunyai dua klausa yang
dipertentangkan oleh kata hubung tetapi,
sebaliknya, melainkan, padahal dan
sebagainya. Contohnya:
Ayah rajin berniaga tetapi anaknya tidak
berminat
sama sekali.
Musim hujan dingin, sebaliknya musim
kemarau panas.
3) Gabungan yang susunannya
menggabungkan dua ayat atau lebih,
menggunakan kata hubung yang
berpasangan seperti lebih baik daripada, apakah ataupun, sama ada . atau dan sebagainya. Contohnya:
Daripada kita makan gaji, lebih baik
bekerja sendiri.
Lebih baik mereka pergi dengan bas
daripada memandu kereta sendiri.
AYAT MAJMUK PANCANGAN
Dalam ayat majmuk pancangan,
terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan
satu atau beberapa ayat kecil lain yang
dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi
sebahagian daripada ayat induk itu.
Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan:
a) Ayat relatif
b) Ayat komplemen
c) Ayat keterangan
AYAT RELATIF
Ayat relatif ialah ayat yang ditandai
dengan penggunaan perkataan yang, seperti:
a) Saya membeli baju yang berwarna merah.
b) Mereka menonton wayang yang amat lucu.
Pertama : Saya membeli baju + Baju itu
berwarna merah
Kedua : Saya membeli baju + Baju itu
berwarna merah
= Saya membeli baju yang berwarna
merah
Ayat di bawah menerima ayat
pancangan sebagai subjeknya dengan
menukarkan bentuk ayat itu . Contohnya:
b) Budak yang sedang membaca itu majalah itu
anak saya
Pertama : Budak itu anak saya + Budak itu
sedang membaca
majalah
Kedua : Budak itu + Budak itu sedang
membaca majalah + anak
saya
=Budak yang sedang membaca majalah
itu anak saya.
Ayat di bawah berbeza daripada ayat-ayat di
atas. Ayat ini juga terdiri daripada ayat induk
dengan ayat kecil seperti berikut:
Ayat induk : Bas itu bas ekspres.
Ayat kecil : Adik saya menaiki bas itu.
yang dijadikan ayat pasif : Bas dinaiki adik saya
AYAT KOMPLEMEN
Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama
yang dipancangkan dengan ayat kecil yang
seterusnya menjadi komplemen kepada
ayat utama.
Ayat majmuk pancangan komplemen
ditandai oleh penggunaan kata hubung
komplemen bahawa dan untuk.
Contohnya:
*Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan
bahawa kematian akibat wabak denggi semakin
meningkat .
*Pengetua menjelaskan bahawa kelas
tambahan akan mula diadakan pada bulan Mac.
*Sungguh sukar untuk saya melengkapkan
tugasan itu .
JENIS AYAT KOMPLEMEN
a) Ayat komplemen frasa nama
b) Ayat komplemen frasa kerja
c) ayat komplemen frasa adjektif
AYAT KOMPLEMEN FRASA NAMA
Frasa nama boleh menduduki empat
tempat dalam ayat, iaitu sebagai subjek,
predikat, objek tepat dan objek sipi. Tetapi ayat
komplemen jenis frasa nama hanya dapat
menduduki dua tempat iaitu sebagai ayat
komplemen frasa nama subjek dan ayat
komplemen frasa nama objek tepat, seperti
yang berikut:
a) Ayat komplemen frasa nama subjek:
*Bahawa Islam menjamin keadilan
memanglah jelas.
*Bahawa rancangan itu gagal tidak benar.
*Dakwaan bahawa Ali menipu telah
diketahui umum.
b) Ayat komplemen frasa nama objek tepat
Objek dalam ayat boleh wujud sebagai
objek tepat kata kerja transitif atau sebagai
objek sipi, tetapi ayat komplemen boleh wujud
hanya sebagai objek tepat sahaja. Contohnya:
*Orang itu menafikan bahawa barang-
barangnya telah hilang.
*Berita itu menyebut bahawa semua
penumpang terselamat.
AYAT KOMPLEMEN FRASA KERJA
Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri
daripada kata kerja tak transitif, iaitu yang
diikuti bukan oleh frasa nama objek tetapi oleh
keterangan-keterangan lain yang bertujuan
melengkapkan frasa tersebut. Ada ayat
komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap
kepada kata kerja ini, yang bukan frasa nama.
Sekali imbas, ayat ini kelihatan seolah-olah
ayat komplemen frasa nama objek tetapi
terbukti tidak demikian oleh sebab ayat-ayat
tersebut tidak boleh mengalami proses pasif,
iaitu satu ukuran bagi menentukan status
frasa nama objek. Oleh itu, ayat demikian
digolongkan ke dalam jenis ayat komplemen
frasa kerja. Contohnya:
*Pak Abu berpendirian bahawa tanah itu tidak
patut dijual.
*Ibu Ali beranggapan bahawa anaknya telah
Berjaya.
*Kerajaan bersetuju bahawa projek itu wajar
dilaksanakan.
AYAT KOMPLEMEN FRASA ADJEKTIF
Frasa adjektif boleh menjadi unsur
predikat sesuatu ayat. Demikian juga, ayat
komplemen boleh terdiri daripada ayat
komplemen adjektif, iaitu yang merupakan ayat
kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk.
Tetapi jumlah ayat jenis ini dalam bahasa
Melayu terhad. Contohnya:
*Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya.
*Mereka sangat insaf bahawa mereka daif.
AYAT KETERANGAN
Ayat makjum keterangan ialah ayat
majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk
dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi
sebagai keterangan kepada predikat,
contohnya:
a) Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja
dahulu.
b) Anak itu menangis kerana ia lapar.
c) Ali tidak begitu pandai semasa saya
mengajarnya dahulu.
.JENIS AYAT KETERANGAN
a) Keterangan musabab
Keterangan musabab ialah unsur yang
menerangkan sebab berlakunya sesuatu
kejadian atau perbuatan. Kata hubung
keterangan adalah seperti kerana, lantaran,dan
oleh sebab. Contohnya:
*Saya tidak dapat hadir kerana saya
kurang sihat.
*Oleh sebab mereka datang lambat,
mereka tidak
dibenarkan masuk ke dewan .peperiksaan.
b) Keterangan akibat
Keterangan akibat ialah unsur yang
menerangkan kesan atau hasil sesuatu
perbuatan. Kata hubung keterangan akibat
adalah seperti hingga dan sehingga.Contohnya:
*Ia bersorak terlalu kuat hingga serak
suaranya.
*Pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh
sehingga ia Berjaya.
c) Keterangan syarat
Keterangan syarat ialah unsur yang
menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi.
Kata hubung keterangan syarat adalah seperti
sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau.
Contohnya:
*Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya
akan berpuasa sepuluh hari.
*Andai kata mereka menyerang, kita akan
bertahan bersungguh-sungguh.
d) Keterangan waktu
Keterangan waktu ialah unsur yang
menerangkan masa sesuatu perbuatan atau
kejadian. kata hubung keterangan waktu
adalah seperti sejak, semenjak, setelah,
sewaktu, sementara, tatkala dan ketika.
Contohnya:
*Polis segera tiba setelah mendapat maklumat
tentang pergaduhan itu.
*Tatkala hujan mula turun, mereka masih di
sawah
e) Keterangan pertentangan
Keterangan pertentangan ialah unsur yang
menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian
yang berlawanan. kata hubung keterangan
pertentangan adalah seperti walaupun,
meskipun, kendatipun, biarpun, walau
bagaimanapun, namun, sekalipun, dan
sedangkan. Contohnya:
*Sungguhpun badannya letih, Ali tetap
menghadiri majlis perayaan itu.
*Sekalipun sudah berumur, dia masih ingin
belajar juga.
f) Keterangan harapan
Keterangan harapan ialah unsur yang
menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian
yang dihajati. Kata hubung keterangan harapan
adalah seperti supaya, agar, semoga, moga-
moga dan kalau-kalau. Contohnya:
*Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak
berpuas hati.
*Cuba bertanya pada orang tua itu kalau-kalau
dia mengetahuinya.
g) Keterangan cara
Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan
gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau
kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara
ialah dengan. Contohnya:
*Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api.
*Mereka ke sekolah dengan menunggang
basikal.
h) Keterangan tujuan
Keterangan tujuan ialah unsur yang
menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan
atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan
adalah seperti untuk, demi, dan bagi.
Contohnya:
*Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi
untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
i) Keterangan perbandingan
Keterangan perbandingan ialah unsur yang
menerangkan sesuatu kejadian yang menjadi
persamaan. Kata hubung keterangan
perbandingan adalah seperti macam,seolah-
olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak.
Contohnya:
*Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung.
*Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke
batu.
AYAT MAJMUK CAMPURAN
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang
mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,
yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal
dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-
bagai jenis ayat majmuk. Ayat sedemikian
biasanya panjang.Contohnya:
a) Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-
kawannya yang sudah letih lesu telah lama
tidur.
Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk
gabungan yang disambungkan dengan kata
hubung tetapi. Ayat pertama ialah Ahmad
sedang membaca buku sementara ayat yang
kedua ialah kawan-kawannya yang sudah letih
lesu telah lama tidur. Ayat yang kedua ini
merupakan ayat majmuk juga kerana terdapat
ayat relatif, iaitu yang sudah letih lesu,
dipancangkan ke dalamnya.
AYAT MAJMUK PASIF
Kesemua ayat majmuk aktif ini, jika
mengandungi kata kerja transitif, boleh
dijadikan ayat pasif. Contohnya:
1) Ayat majmuk gabungan
a) Aktif : Saya minum air dan Aminah
makan nasi.
b) Pasif : air saya minum dan nasi
dimakan oleh Aminah
2) Ayat majmuk relatif
a) Aktif : Mereka menonton wayang yang
lucu itu.
b) Pasif : Wayang yang lucu itu ditonton
oleh mereka.
3) Ayat majmuk komplemen : komplemen
objek
a) Aktif : Guru menerangkan bahawa
ujian akan bermula pada bulan hadapan.
b) Pasif : Bahawa ujian akan bermula
pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.
4) Ayat majmuk keterangan
a) Aktif : Ali akan membeli buku itu kalau
ayah membenarkannya.
b) Pasif : Buku itu akan dibeli oleh Ali
kalau ayah membenarkannya.
Recommended