View
368
Download
12
Category
Preview:
Citation preview
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Di muka bumi ini terdapat dua jenis sumber tenaga iaitu sumber tenaga yang
boleh diperbaharui dan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Tenaga yang
boleh diperbaharui adalah tenaga yang boleh digantikan apabila telah habis digunakan
manakala sumber tenaga yang tidak boleh diganti adalah sumber tenaga yang tidak
boleh diganti apabila telah habis digunakan.
Nurul Atiqah Mohamad 1
Contoh sumber tenaga
yang tidak boleh
diperbaharui
Petroleum
Gas Asli
Arang Batu/
Arang Kayu
Tenaga Nuklear
Isu: Kemapanan Sumber Tenaga Tidak Boleh Diperbaharui
Oleh: Nurul Atiqah Binti MohamadPISMP SAINS JANUARI 2010
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Contoh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui terdiri daripada bahan api
fosil. Bahan api fosil merupakan sisa tinggalan tumbuh-tumbuhan dan haiwan darat
dan laut yang telah lama mati dan tertimbus di bawah timbunan batuan dalam kerak
bumi. Ia tersimpan kira-kira 400 juta tahun dahulu dalam keadaan tekanan dan suhu
yang tinggi dan akan berubah secara semula jadi lalu membentuk arang batu,
petroleum dan gas asli. (Murtedza Mohamed, 1991:11). Sumber tenaga tersebut tidak
boleh digantikan dalam masa yang singkat sekiranya ia habis digunakan.
Bahan api fosil terdiri daripada arang batu, petroleum dan gas asli. Bahan api
fosil merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Ketiga-tiga sumber ini terhad
dan akan semakin berkurangan dan pupus jika digunakan dan dieksploitasi secara
berterus-terusan walaupun banyak kawasan baru ditemui. Bahan api fosil mengandungi
karbon dan hidrokarbon, maka ia sesuai digunakan untuk menjana sumber tenaga. Di
Malaysia, kita masih lagi bergantung kepada bahan api fosil dalam penjanaan elektrik
dan pengangkutan. Selain bahan api fosil iaitu petroleum, arang batu dan gas asli,
tenaga nuklear juga merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Tenaga
nuklear (nuclear energy) adalah tenaga yang tersimpan dalam nucleus atom (nuckeus
of an atom). Tindak balas yang menghasilkan tenaga nuklear adalah pembelahan nuklear (nuclear fission) dan pelakuran nuklear (nuclear fision).
Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui yang terkenal di dunia adalah
petroleum. Petroleum merupakan sumber minyak mentah yang terdapat di perut bumi.
Petroleum terbentuk dari fosil-fosil hidupan bumi dan memakan masa berjuta-juta tahun
untuk terbentuk. Petroleum digali di tengah laut dan juga digali di kawasan daratan di
sesetengah tempat. Hasil tapisan petroleum ialah petrol, diesel, kerosin, tar dan lain-
lain.
Perkataan Petroleum berasal daripada perkataan Greek iaitu "petros" dan Latin,
"oleum" yang membawa maksud "batu" dan "minyak". Sebelum "petroleum" diberi
nama oleh Mineralogist German, Georg Bauer pada tahun 1556 orang ramai
menyebutnya sebagai "minyak batu".
Nurul Atiqah Mohamad 2
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Gas asli ialah gas yang terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi. Gas ini
terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya bersama-sama petroleum.
Komposisi juga hampir sama, sebatian hidrokarbon terutamanya gas Metana. Pusat
Elektrik Paka berfungsi sebagai pusat pengeluaran utama gas asli. Jepun adalah
merupakan pengguna gas asli cecair ang utama di dunia dan mengimport lebih separuh
gas asli cecair dunia. Jepun turut mengimport gas asli cecair dari Malaysia.
Seterusnya, jika tumbuh-tumbuhan mati dan tertimbus lalu terawet dalam jangka
masa berjuta-juta tahun, maka tumbuhan tersebut akan menjadi pepejal hitam iaitu
arang batu. Arang batu merupakan batuan yang keras dan mudah terbakar. Hal ini
kerana ia mengandungi karbon dan hidrokarbon selain sebatian dan unsur-unsur
lain, terutamanya sulfur. Apabila arang batu tersebut dibakar, tenaga purba yang
tersimpan di dalamnya akan dilepaskan sebagai haba. Stesen jana kuasa elektrik
Sultan Salahudin Abd. Aziz, dan Tanjung Bin merupakan stesen jana kuasa yang
menggunakan arang. Tanjung Bin merupakan stesen jana kuasa yang terbesar di Asia.
Malaysia mempunyai simpanan arang batu di negeri Sabah dan Sarawak. Namun
begitu, ia hanya dilombong dalam peratusan yang kecil. Oleh itu, kebanyakan sumber
arang batu diimport dari negara luar.
Nurul Atiqah Mohamad 3
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Dari aspek sejarah, perkembangan petroleum bermula pada pertengahan abad
ke-19. Petroleum mentah diambil dari tempat dimana terdapat “kebocoran” naik ke
permukaan bumi. Oleh kerana ianya bercampur dengan sumber air dimana binatang-
binatang menghirup melepas dahaga serta bercampur dengan air dalm telaga-telaga air
yang digali manusia, bahan yang hari ini disebut petroleum ini dahulunya adalah seperti
“menyusahkan”.
Pada 1850an manusia mula mengkaji kegunaan petroleum ini untuk
menjadikannya bahan penghidup api pelita. Edwin L. Drake telah menemukan
“simpanan” petroleum pada kedalaman 21 meter pada 27 Ogos 1859. Oleh kerana
petroleum memberi hasil lebih baik dari usaha penangkapan ikan (untuk membuat
minyak dari lemak) dan kosnya lebih murah untuk menyalakan lampu minyak, maka
sudah tersedia permintaannya dalam pasaran dagangan, lalu bermulalah era
petroleum.
Allah telah mengaturkan komposisi kewujudan zat petroleum ini untuk
dimanfaatkan bagi pelbagai kegunaan dalam aspek kehidupan manusia. Setengah dari
manfaatnya yang cukup dikenali ialah bahan api dan minyak parafin. Yang lainnya
seperti dalam perusahaan lilin, penggilap, pewangi dan kosmetik, sehinggalah pada
pengeluaran keju iaitu sebagai bahan awet. Tidak ketinggalan manfaat petroleum
dalam pembuatan racun serangga, getah tiruan, bahan plastik, kimia bahan pencuci,
malah sesetengah ubat-ubatan juga mempunyai unsur-unsur yang berasal dari
petroleum. Komposisi produk tekstil juga mempunyai unsur yang berasal dari
petroleum.
Nurul Atiqah Mohamad 4
SEJARAH
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Kisah hebat tentang petroleum yang berlarutan sehingga hari ini bermula dari
proses pereputan bahan-bahan organik sejak dari jutaan tahun dahulu, diteruskan pula
dengan episod pembentukan deposit petroleum pada kedalaman bumi, digantikan pula
episod pengeluaran pelbagai alat dan bahan dari kilang-kilang. Dalam ayat 4-5 surah
Al-A’la, tedapatnya “bayangan” kepada emas hitam yang dikenali petroleum. Dalam 3
ayat yang sebelumnya Allah menyebutkan bahawa tiap-tiap sesuatu itu adalah menurut
“aturan” dan “kadar” (ketentuan/ aturan/ hukum/ prinsip/ formula) yang telah ditentukan
olehNya iaitu:
Perkembangan penggunaan petroleum di Malaysia bermula pada abad ke-19.
Rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menyedari wujudnya serapan
minyak atau “minyak tanah” seperti dikenali di setengah-setengah tempat
terutamamya di sekitar kampung Miri. Pada Julai 1882, Residen British di daerah
Baram telah mencatatkan adanya penemuan minyak. Beliau mencatatkan penduduk
Melayu tempatan menggunakan minyak untuk tujuan perubatan dan untuk
menghidupkan lampu minyak dan juga sebagai campuran dammar untuk menampal
perahu.
Pada tahun 1909, syarikat minyak Anglo-Saxon iaitu syarikat asal kepada
Syarikat Sarawak Shell hari ini telah diberi hak untuk mengeksploitasi sumber
petroleum yang terdapat di seluruh Sarawak. Pada bulan Ogos 1910, minyak
dijumpai di Kampung Miri. Pada mulanya, sebanyak 8 tong minyak sehari telah
Nurul Atiqah Mohamad 5
Bertasbihlah mensucikan Tuhan mu Yang Maha Tinggi
Yang telah menciptakan lalu menyesuaikan dengan aturan
yang tertentu
Yang telah mengatur (menetapkan kadar) lalu memberi
hidayah petunjuk.
(Surah Al-A’laa:1-3)
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
dikeluarkan. Miri dapat dikatakan sebagai tapak bermulanya industry petroleum
secara komersial di Malaysia. Pada tahun 1029, pengeluaran minyak adalah
sebanyak 29 000 tong sehari. Manakala aktiviti carigali minyak pula hanya tertumpu
di dataran bandar Miri sahaja.
Pada tahun 1941-1945, telaga minyak Miri telah rosak teruk. Pengeluaran gagal
dijalankan dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini. Pada tahun
1968, telaga minyak luar pantai yang pertama, West Lutong memulakan
pengeluaran. 4000 tong minyak sehari dikeluarkan pada tahun 1968. 4 medan
minyak telah diusahakan.
Perkembangan sumber petroleum di Malaysia
Tenaga nuklear juga merupakan sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui. Sejarah pekembangan tenaga nuklear di Malaysia bermula dengan
penubuhan sebuah Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI), di bawah
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada 19 September 1972.
Penubuhan pusat ini diilhamkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
Tun Dr. Ismail Dato' Abdul Rahman, yang memikirkan Malaysia perlu memainkan
peranan penting dalam pembangunan sains dan teknologi untuk kegunaan secara
Nurul Atiqah Mohamad 6
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
aman. Pada 10 Ogos 1972, Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara
(JPPN) telah bersetuju agar pusat nuklear negara yang dibangunkan ini
dinamakan Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI) bersempena dengan
nama Allahyarham Tun Dr. Ismail.
PUSPATI terus berkembang apabila diberikan taraf sebagai Pusat
Penyelidikan Kebangsaan pada 12 Mac 1975, setelah syor yang dikemukakan
oleh Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan Mengenai Tenaga Nuklear (JPKTN)
mendapat persetujuan Jemaah Menteri. Pada 16 Jun 1983, PUSPATI ditukar
nama kepada Unit Tenaga Nuklear dan diletak di bawah Jabatan Perdana
Menteri, dan kemudiannya dipindahkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan
Alam Sekitar pada 10 Oktober 1990. Pada 10 Ogos 1994, pusat ini ditukar nama
kepada Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT). Mulai daripada
28 September 2006, ianya dikenali sebagai Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear
Malaysia) selaras dengan keutamaannya dalam bidang pembangunan dan
penyelidikan (P&P) kepada enam bidang utama, terdiri daripada bahan termaju,
pembuatan termaju, bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, sumber
alternatif dan teknologi nano.
Era P&P nuklear di Malaysia mula berkembang apabila Reaktor TRIGA
PUSPATI (RTP) model Triga MK 11 memulakan operasi pada 28 Jun 1982, setelah
mencapai tahap kegentingan pertama. Perkataan TRIGA adalah singkatan kepada
Training, Research, Isotope Production dan General Atomic. Pembinaan RTP yang
dimulakan dalam bulan November 1981 ini bertujuan untuk membangunkan bidang
latihan, penyelidikan dan pengeluaran radiosotop yang terdapat di Agensi Nuklear
Malaysia. RTP adalah reaktor jenis kolam yang direka bentuk bagi membolehkan
eksprimen dijalankan di teras reaktor. Reaktor ini di reka agar sesuai digunakan
dalam pelbagai bidang sains nuklear dan pendidikan. RTP juga menyediakan
kemudahan untuk penggunaan neutron termaju dan kajian sinaran gama termasuk
analisis pengaktifan neutron (NAA), analisis neutron tertunda (DNA), pengeluaran Nurul Atiqah Mohamad 7
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
radiosotop untuk kegunaan perubatan, perindustrian dan pertanian, radiografi
neutron dan penyerakan neutron sudut kecil (SANS).
Sejak awal penubuhan agensi ini, tujuannya bukanlah untuk membangunkan
mahupun membina senjata nuklear bagi peperangan ataupun mencipta bahan yang
bersifat pemusnah kepada manusia sejagat. Malaysia adalah antara negara terawal
di rantau ini yang menandatangani Triti Ketiakcambahan Senjata Nuklear (NPT),
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang melarang sebarang pembangunan
senjata nuklear mahupun menerima apa jua bentuk bantuan dari luar mengenai
senjata nuklear; dan Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT).
Sebuah stesyen pemantauan CTBT telah didirikan di Malaysia bagi tujuan
pemantauan dan pengesanan ujian senjata nuklear.
Pengawalan ke atas penggunaan benda-benda radioaktif di negara ini bermula
sejak tahun 1968 lagi, apabila Parlimen meluluskan Akta-akta Benda radio aktif
1968. Berikutan daripada perkembangan pesat aktiviti-aktiviti tenaga atom di negara
ini, pada April 1984, Parlimen telah meluluskan Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta
304). Pada 1 Februari 1985, selaras dengan kehendak Seksyen 3, Akta 304,
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah ditubuhkan di bawah Jabatan
Perdana Menteri. AELB bertanggungjawab terhadap peraturan dan perlaksanaan
Akta Bahan-bahan Radioaktif (Radioactive Substances Act), dasar negara mengenai
tenaga nuklear dan keselamatan radiasi dan keselamatan. Mulai 27 Oktober 1990
AELB telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. AELB
dianggotai oleh lima orang ahli yang dilantik oleh menteri. Ahli-ahlinya terdiri
daripada pakar-pakar yang berkelayakan dalam bidang sains dan teknikal berkaitan
tenaga atom.
Pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika
dalam lawatan rasmi ke Korea Selatan pada Jun 2009, bahawa Malaysia berminat
untuk membina loji nuklear berskala kecil sebagai sumber penjanaan elektrik telah
memberikan suntikan baharu dalam bidang tenaga nuklear negara yang selama ini
tertumpu kepada bidang penyelidikan dan pembangunan dalam bidang perubatan,
Nurul Atiqah Mohamad 8
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
perindustrian, pertanian dan pemeliharaan alam sekitar. Tenaga nuklear kini dilihat
sebagai sumber alternatif terbaik untuk menjana kuasa elektrik negara bagi
menampung permintaan tenaga yang kian meningkat dan penyusutan sumber
tenaga minyak. Tenaga elektrik yang dihasilkan daripada teknologi kuasa nuklear
disifatkan sebagai teknologi sihat dan lebih murah daripada sumber alternatif yang
lain.
Sesungguhnya loji janakuasa nuklear yang dicadang dibina dengan anggaran
kos RM 9.75 billion dan dijangka beroperasi pada 2021 ini dilihat mampu
menyumbang ke arah kemakmuran ekonomi dan pembangunan negara. Ianya juga
selaras dengan hasrat negara yang mahu bergerak ke arah ekonomi karbon-rendah
bagi menangani perubahan iklim dunia akibat pembebasan karbon dioksida.
Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia
akan menggunakan tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara. Dengan
itu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diminta mengenal pasti lokasi
pembinaan loji nuklear negara pertama. Loji ini dijangka mula beroperasi pada tahun
2021. Tenaga nuklear dipilih kerana ia dianggap "effisien dan efektif" apatah lagi
dalam keadaan dunia masa kini yang menunjukkan bahawa penggunaan petroleum
dan arang batu untuk menjana elektrik negara sebagai tidak lagi sesuai kerana
kenaikan harga kedua-dua sumber tersebut dan juga tekanan terhadap alam sekitar
akibat penggunaan bahan api fosil tersebut.
Nurul Atiqah Mohamad 9
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Agensi Nuklear Malaysia yang bertempat di Bangi, Selangor
Dari aspek agama pula, dalam Al-Quran Allah SWT telah menyebut di dalam
sepotong ayat berikut:
Petroleum adalah hasil proses pereputan rumput-rampai, tumbuh-tumbuhan,
alga dan paku-pakis, yang mana proses ini memakan masa jutaan tahun lamanya.
Proses ini terjadi apabila bahan-bahan organik yang disebutkan tadi terdedah kepada
kesan-kesan kimia yang berasal dari pelbagai jenis bakteria.
Hari ini petroleum dipercayai berasal dari unsur organik. Tumbuh-tumbuhan yang
dijadikan Allah lebih awal dari kejadian manusia, telah ditetapkan untuk bertukar
(melalui perubahan masa) dalam kerangka ekologi (yang seimbang) bumi. Sisa-sisa
organik yang mempunyai sifat berminyak juga terurai/mereput dibawah dasar lautan
dalam jangka waktu jutaan tahun. Zat-zat yang mempunyai ciri-ciri berminyak inilah
Nurul Atiqah Mohamad 10
(Dan Allah) telah menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Dan Dia menjadikannya kering hitam.
(surah Al-A’laa:4-5)
AGAMA
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
yang telah bertukar (dengan kekuasaan Allah) menjadi bahan yang hari ini kita kenali
sebagai petroleum.
Dalam ayat Al-Quran yang dinyatakan di atas, petroleum diwakili oleh
terjemahan “hitam” dan sesetengah tafsir Quran berbahasa Inggeris menterjemahkan
“hitam” itu sebagai “blackish floodwater” yang membawa maksud “cecair hitam yang
mengalir”. Simpanan petroleum dalam bumi pada kebiasaannya akan “bergerak” dari
tempat pembentukannya kerana ianya tidak mempunyai sifat “berdiam” dalam bumi.
Petroleum mempunyai sifat seperti cecair. Dengan kata lain petroleum juga “mengalir”.
Petroleum “mengalir” dari suatu lokasi ke lokasi lain dalam jarak yang sangat jauh lalu
berkumpul di lokasi yang mana terdapat struktur batuan yang tidak mempunyai liang.
Maknanya petroleum yang dicarigali hari ini adalah petroleum yang telah berkumpul
akibat tersekat dari jalan alirannya dalam bumi.
Secara ringkas, dapat kita ertikan tujuan perkataan “hitam” yang disebut Allah
dalam ayat di atas ialah petroleum yang:
Nurul Atiqah Mohamad 11
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Dari aspek kepentingan, perkembangan sumber tenaga tidak boleh
diperbaharui di Malaysia tidak kurang hebatnya. Pelbagai kepentingan yang telah
disumbangkan oleh sumber tenaga ini dalam menjana ekonomi dunia.
Pembangunan negara Malaysia yang sedang kita nikmati ini adalah kerana dengan
adanya petroleum dan gas asli. Kepentingan petroleum bukan sahaja dari aspek
politik dan pertahanan tetapi ia turut mempengaruhi kehidupan kita. Maju mundurnya
sesebuah negara amat bergantung kepada petroleum. Krisis tenaga pada tahun
1973-1974 menggambarkan bagaimana pentingnya petroleum bagi perkembangan
sesebuh negara.
Kepentingan petroleum di Malaysia adalah ia digunakan sebagai bahan bakar
bagi menggerakkan kenderaan.. Selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum
turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun
perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik, bahan letupan dan lain-lain
Kepentingan teknologi nuklear di Malaysia juga semakin diakui oleh ramai pihak.
Terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkan
elektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah
yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan
tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini
kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga nuklear) akan
menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Dikatakan, satu
tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan
Nurul Atiqah Mohamad 12
Terjadi dari unsur
organik
Bewarna hitam Mengalir seperti air
(cecair)
KEPENTINGAN
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini
pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin berkurangan.
Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik
dengan menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana
logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti
karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak
mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu mengurangkan kesan rumah
hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan kawasan yang besar
dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik
yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita baik
kepada pengguna.
Dalam Persidangan Antarabangsa Nuklear 2009, Memperkukuh Perkongsian
Dalam Tenaga Nuklear (ICN 2009), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr.
Maximus Johnity Ongkili berkata, penggunaan tenaga nuklear dapat menjamin
permintaan penggunaan tenaga negara menjangkaui tahun 2020 di samping
mengurangkan kesan perubahan iklim dunia. Selain itu, jelasnya, perkembangan
teknologi nuklear juga perlu dimanfaat kepada sektor-sektor yang tidak melibatkan
tenaga seperti kesihatan, pertanian, perikanan serta pengurusan sumber dan
penjagaan alam sekitar. "Aplikasi teknologi nuklear perlu diperluas dan dibangunkan
dalam bidang-bidang yang mempunyai teknologi berkaitan seperti sains material,
nanoteknologi, bioteknologi dan pelbagai bidang dalam kejuruteraan," katanya.
Nurul Atiqah Mohamad 13
Loji Nuklear
KESAN
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Dari aspek kesan, penggunaan bahan api fosil iaitu petroleum, gas asli dan
arang batu dalam penjanaan tenaga elektrik di Malaysia turut membawa kesan yang
negatif. Pembakaran bahan api fosil dalam penjanaan tenaga elektrik telah
membebaskan asap yang mengandungi berjuta-juta ton bahan-bahan terampai seperti
karbon dioksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan sebagainya ke udara. Masalah ini
menyebabkan udara menjadi semakin tercemar kerana ditambah pula dengan
pembebasan gas-gas pencemar oleh industri-industri perkilangan lain dan kenderaan-
kenderaan bermotor. Maka, hal ini telah memburukkan lagi keadaan sehingga boleh
menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid, jerebu, dan peningkatan suhu yang juga
boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia.
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Hal ini disebabkan oleh air hujan
yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid contonya
seperti sulfur dioksida yang terdapat di atmosfera. Pada masa kini, peningkatan
penggunaan tenaga elektrik telah menyebabkan bahan api fosil dibakar dalam jumlah
yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh loji
tenaga membebaskan banyak bahan-bahan pencemar.
Bahan-bahan pencemar ini kemudiannya disebarkan oleh angin dan akan
bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik
dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan
berasid. Hal ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang
terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati,
bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain
menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat.
Nurul Atiqah Mohamad 14
Hujan Asid
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama kepada
golongan kanan-kanak dan golongan warga emas, serta mereka yang berpenyakit
seperti penghidap asma.
Proses pembentukan hujan asid
Jerebu pula merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi
ataupun wujud akibat daripada aktiviti manusia. Masalah jerebu sering kali berlaku di
Malaysia. Keadaan ini berpunca apabila berlaku pembakaran bahan api fosil yang tidak
lengkap dari stesen jana kuasa serta proses perindustrian yang mengeluarkan asap
hitam. Apabila zarah-zarah kecil ini berkumpul dalam jumlah yang banyak, bertaburan
dan terapung di udara maka ia akan bertindak menyerap dan menghalang cahaya
matahari dari sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat
pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.
Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada suatu ketika
dahulu. Contohnya pada 11 Ogos 2005, Malaysia pernah mengisytiharkan darurat
akibat jerebu di Selangor dan Pelabuhan Klang setelah bacaan Indeks Pencemaran
Nurul Atiqah Mohamad 15
Jerebu
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Udara (IPU) melebihi paras 500. Hal ini telah menyebabkan kesihatan dan kadar
penglihatan penduduk di kawasan tersebut terjejas. IPU diperolehi daripada
pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang
boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida
dan ozon. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada
jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,
kesukaran untuk bernafas atau kesesakan nafas, mata pula terasa pedih dan berair,
hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.
Keadaan jerebu yang berlaku di Kuala Lumpur
Nurul Atiqah Mohamad 16
Peningkatan Suhu
Bumi
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada
pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia termasuk Malaysia.
Kenaikan suhu bumi berlaku disebabkan oleh pembebasan gas-gas pencemar seperti
gas karbon dioksida ke udara. Hal ini menyebabkan hutan tidak dapat lagi berfungsi
sebagai penyerap gas karbon dioksida. Maka, kandungan gas karbon dioksida semakin
meningkat dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak ini telah bertindak menyerap haba,
maka menyebabkan haba tidak dapat terbebas ke udara dan lalu menyebabkan suhu
bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga
menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah, permukaan bumi
menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya
kejadian alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan sebagainya.
Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan
penggunaan tenaga nuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh
memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear
menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia
kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil
daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat
berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jika
dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum
ia mencecah tahap selamat kepada manusia. Tenaga nuklear bergantung kepada
Nurul Atiqah Mohamad 17
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
bahan uranium. Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh diganti (non
renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu. Walaupun buat masa ini,
sumber uranium masih banyak tetapi ia juga akan berkurangan jika terus digunakan.
Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti.
Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear
ialah risiko kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya
sangat besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai
contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan
bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang terburuk dalam sejarah
dunia. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding
peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.
Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur
dan Barat Eropah, daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara.
Di samping itu, kontaminasi teruk berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan
Rusia hingga memaksa lebih daripada 336,000 orang penduduk dipindahkan dari
rumah-rumah mereka. Satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy
Agency (IAEA) and World Health Organization (WHO), menunjukkan
bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 juta orang
yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan
mati akibat pelbagai jenis penyakit kanser.
Akhir sekali, isu keselamatan. Logi nuklear berpotensi untuk disalahgunakan
bagi tujuan keganasan. Sama ada keganasan berbentuk manipulasi bahan itu untuk
tujuan tidak baik ataupun kemungkinan logi diserang atau diambil alih oleh pengganas.
Dalam keadaan ini, kawalan keselamatan yang sangat ketat amat diperlukan.
Berdasarkan penjelasan ini, nyata bahawa terdapat banyak cabaran yang perlu
diambil kira jika tenaga nuklear ingin digunakan. Walaupun penggunaan tenaga nuklear
punya beberapa faedah, namun timbangan baik-buruknya harus dilakukan sebaik,
Nurul Atiqah Mohamad 18
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
seadil dan secara sangat terperinci agar implementasi rancangan ini tidak membawa
mudarat sama ada kepada manusia mahupun alam secara keseluruhan.
Peranan kerajaan dan masyarakat adalah sangat penting bagi mengatasi
masalah dan kesan-kesan negatif yang timbul akibat daripada penggunaan sumber
tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
Penggunaan bahan api fosil seperti minyak, arang batu dan gas asli sebagai
bahan bakar dalam penjanaan elektrik oleh stesen jana kuasa sememangnya
mengundang kepada masalah pencemaran udara. Maka, langkah-langkah pencegahan
dan pengawalan yang efektif telah diambil oleh pihak stesen jana kuasa untuk
meminimakan pelepasan sisa gas dan cecair ke persekitaran dengan menggunakan
teknologi terkini supaya ia tidak menjejaskan alam sekiatar fizikal dan alam sekitar
manusia.
Antara langkah-langkah yang akan diambil bagi meminimumkan pencemaran
udara akibat penggunaan arang batu sebagai bahan bakar adalah melalui pemasangan
‘Electrostatic Precipitator’ (ESP) iaitu sejenis perangkap habuk yang berupaya untuk
memerangkap 99.7% habuk produk pembakaran dari terlepas ke udara.
Di samping itu, penggunaan ‘Flue Gas Desulphurization’ (FGD ) boleh diguna
pakai dalam operasi stesen janakuasa bagi tujuan menyerap sulfur yang terhasil
daripada pembakaran arang batu, manakala penunu rendah NOx atau ‘Low Nox
Burner’ pula dapat digunakan bagi mengawal kandungan Nitrogen Oksida (NOx).
Seterusnya, pepejal yang terhasil daripada pembakaran arang batu seperti abu terbang
dapat diguna pakai dalam industri simen.
Nurul Atiqah Mohamad 19
PERANAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Penjana stim yang digunakan pula mempunyai rekabentuk jenis ‘supercritical
once-through’, jenis panas semula yang dilengkapkan dengan relau yang disejukkan
oleh air, ‘superheater’, ‘reheater’, dan ‘economizers’. Ia berfungsi menghasilkan stim
bertekanan tinggi memutarkan turbin stim seterusnya menjana kuasa elektrik. Sistem
pembakaran akan dilengkapi dengan penunu rendah NOx lanjutan jenis vorteks dengan
senapang minyak api di tengah penunu. Pembakaran dengan menggunakan bekalan
udara ‘over-fire’ dilaksanakan untuk pengurangan NOx dan pembakaran zarah arang
batu yang lebih lengkap.
Selain itu, dari segi pengurusan air sisa buangan pula, loji jana kuasa juga perlu
dilengkapi dengan sistem merawat air kumbahan bagi memastikan sisa air yang dirawat
memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Di stesen
jana kuasa arang batu, air hujan yang terkumpul di lapangan arang batu akan dialirkan
dan disimpan di dalam kolam takungan. Hal ini bagi tujuan pemendapan pepejal
terampai sebelum ia dipam ke kolam abu. Manakala,air sisa buangan yang selebihnya
pula akan dikumpul di loji rawatan air sisa untuk proses perawatan sebelum dilepaskan.
Alat hembus campuran akan dipasang untuk melaraskan pH air buangan sebelum ia
dilepaskan.
Sementara itu, pemasangan stesen-stesen pengesan kualiti udara di kawasan
yang berdekatan penempatan penduduk juga perlu dilakukan supaya maklumat
mengenai tahap kualiti udara dapat disalurkan secara berterusan. Maklumat ini
seterusnya perlulah dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan tahap
pencemaran udara berada pada paras yang telah ditetapkan.
Nurul Atiqah Mohamad 20
CADANGAN DAN PANDANGAN
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul daripada penggunaan sumber
tenaga yang tidak boleh diperbaharui, terdapat beberapa cadangan dan pandangan saya mengenai langkah-langkah yang boleh dilakukan.
Bagi mengurangkan masalah pencemaran udara yang berlaku daripada
pembakaran petrol, rakyat Malaysia perlu menyahut seruan kerajaan untuk sama-sama
berusaha menjimatkan penggunaan petrol. Antaranya adalah berkongsi kenderaan ke
tempat kerja. Tindakan berkongsi kenderaan akan membantu mengurangkan jumlah
kenderaan di atas jalan raya dan seterusnya akan membantu mengurangkan
pencemaran udara
Rakyat Malaysia boleh menggunakan kenderaan awam yang telah disediakan
oleh pihak kerajaan seperti bas, komuter dan LRT. Menggunakan perkhidmatan
kenderan awam juga akan turut membantu dalam mengurangkan kesesakan jalan raya.
Menggunakan sumber-sumber alternatif yang dihasilkan daripada tenaga yang
boleh diperbaharui juga boleh mengurangkan kesan negatif yang timbul daripada
penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui ini. Contoh sumber tenaga yang
boleh diperbaharui adalah:
Nurul Atiqah Mohamad 21
Sumber Tenaga Yang
Tidak Boleh Diperbaharui
Tenaga
SolarTenaga
HidroHidrogen
Biojisim
Tenaga Angin
Tenaga
Solar
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Tenaga solar merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dan
tidak akan kehabisan. Tenaga solar adalah daripada cahaya matahari. Malaysia
merupakan negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Malaysia
mendapat sebanyak 10 jam tenaga suria setiap hari dan masa matahari tegak diatas
kepala merupakan satu masa yang memancarkan tenaga suria secara maksimum.
Oleh itu pada ketika matahari tegak diatas kepala, tenaga suria boleh dijana secara
maksimum melalui penggunaan kaedah pengumpul penumpu. Dengan menggunakan
kaedah ini, ia dapat menghasilkan suhu yang sangat tinggi untuk menghasilkan tenaga.
Pantai barat semenanjung Malaysia dan pulau-pulau kecil di pantai barat
semenanjung Malaysia mempunyai potensi yang amat luas untuk menjana tenaga solar
kerana kawasan ini mendapat sinaran matahari sepanjang tahun. Hal ini adalah kerana
kawasan ini tidak mengalami musim tengkujuh seperti yang berlaku di kawasan pantai
timur semenanjung Malaysia yang akan mengalami musim tengkujuh sekali setiap
tahun. Maka, kawasan pantai timur semenanjung Malaysia tidak sesuai untuk dijanakan
tenaga suria.
Nurul Atiqah Mohamad 22
Tenaga
Hidro
Panel Solar
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Tenaga hidro juga merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di
negara-negara membangun untuk menggantikan bahan api fosil. Manusia telah
menggunakan tenaga ini untuk menjalankan kehidupan sejak beribu-ribu tahun dahulu
lagi dengan menggunakan air bagi memusingkan roda pedal untuk mengisar
gandum.Tenaga ini dapat dijalankan jika terdapatnya sungai yang mempunyai aliran
deras.
Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang
tinggi dihasilkan. Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun
membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik
menghasilkan tenaga elektrik. Malaysia mempunyai aliran sungai yang deras maka,
membolehkan empangan hidroelektrik dibina. Contohnya seperti Empangan Bakun di
Sarawak, Empangan Kenyir di Terengganu dan lain-lain. Maka, dapat dilihat bahawa
tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini penting kepada seluruh penduduk di
dunia termasuklah Malaysia dalam pembekalan tenaga elektrik.
Tenaga hidroelektrik ini juga bersih dan tidak mencemarkan
udara. Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang
mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain
yang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza pula dengan tenaga konvensional
seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara di sekeliling ketika
proses pembakarannya di stesen jana kuasa. Tenaga hidroelektrik juga telah
menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada
pengguna.
Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. Hal ini
bersesuaian dengan keadaan kewangan negara-negara membangun seperti
Malaysia yang masih belum begitu kukuh. Melalui penjanaan hidroelektrik ini, ia
mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan
salah satu tenaga yang komersial di dunia.
Nurul Atiqah Mohamad 23
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Stesen Janakuasa Hidroelektrik
Hidrogen merupakan unsur paling ringan, dengan dua atom hidrogen
membentuk satu molekul hidrogen. Hidrogen wujud secara bebas, dan juga sebagai
sebahagian daripada air, bahan galian, dan bahan organik. Hidrogen dibebaskan
semula melalui elektrolisis air dan melalui pemprosesan petroleum. Hidrogen tidak
terbakar, tetapi meletup apabila bercampur dengan oksigendan didedahkan kepada
api.
Hidrogen juga merupakan bahan pengganti kepada bahan api fosil. Hidrogen
boleh digunakan sebagai sejenis bahan api untuk menggerakkan kenderaan.
Hidrogen akan dibakar dalam enjin melalui kaedah yang serupa seperti kereta petrol
tradisional. Dalam penukaran sel bahan api, hidrogen akan bertindak balas dengan
oksigen untuk menghasilkan air dan elektrik untuk menjana motor tarikan elektrik.
Kenderaan yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar dapat mengurangkan
pembebasan gas rumah hijau dan gas perosak lapisan ozon.
Namun begitu, untuk mendapatkan bahan ini adalah sukar kerana hidrogen
diperoleh melalui kaedah termokimia yang menggunakan gas asli, arang, gas
Nurul Atiqah Mohamad 24
Hidrogen
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
petroleum cecair, dan biojisim, melalui proses termolisis atau dihasilkan dari air
melalui elektrolisis. Oleh itu, hidrogen dikenali sebagai kaedah yang paling kurang
cekap dan paling mahal untuk mengurangkan gas rumah hijau.
Tenaga biomass salah satu sumber tenaga yang tertua di dunia. Tenaga
biomass ini mudah diperoleh kerana merupakan sumber tenaga yang bergantung
sepenuhnya dengan alam sekitar. Tenaga biomass ini juga dikenali dengan nama
tenaga biojisim ataupun tenaga biogas. Pada masa dahulu masyarakat menggunakan
tenaga biomass dengan mengambil kayu-kayan sebagai bahan bakar utama untuk
mendapatkan tenaga. Namun kini ekoran daripada aktiviti pertanian yang giat
dijalankan hasil hampas daripada sisa pertanian ini boleh digunakan sebagai sumber
tenaga biomass. Contohnya negara Brazil banyak menggunakan hampas daripada tebu
untuk menghasilkan tenaga elektrik daripada sumber biomass ini.
Biomass juga merupakan salah satu alternatif untuk menggantikan bahan bakar fosil. Ia merujuk kepada bahan buangan dan sisa-sisa organik seperti sisa tumbuhan, sisa tanaman, sisa makanan dan najis haiwan serta sisa domestik khususnya sampah
Nurul Atiqah Mohamad 25
Biojisim
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
sarap. Tenaga biomass dapat di gunakan untuk pelbagai tujuan, antaranya ialah menghasilkan tenaga elektrik, menghasilkan tenaga haba secara langsung dan menghasilkan bahan api berbentuk gas, cecair dan pepejal. Biomass menghasilkan karbon dioksida yang jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan bahan bakar fosil yang sememangnya mencemarkan udara.
Biomass dapat terurai dan sumber bahan buatan biomass adalah terjamin serta mampu mengelakkan daripada rumah hijau. Malaysia berpotensi menghasilkan tenaga biomass kerana terdapat banyak bahan buangan dan sisa organik. Bahan buangan industri sawit seperti tandan sawit dan air sisa sawit terutamanya daripada kilang minyak sawit berpotensi dapat digunakan sebagai sumber bahan bakar bagi menghasilkan tenaga elektrik dan sebagainya. Selain sisa kelapa sawit, sisa padi seperti jerami, dan sekam padi serta sisa kilang papan sperti kulit kayu, reja kayu dan habuk gergaji juga dapat digunakan untuk mengahasilkan tenaga biomass.
Angin adalah udara yang bergerak. Ia tidak boleh dilihat tetapi boleh dirasai.
Nurul Atiqah Mohamad 26
Tenaga
Angin
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Angin yang melalui penjana (turbin) akan memusingkannya dan pergerakan ini
membolehkan tenaga elektrik dihasilkan. Ia berubah daripada tenaga kinetik kepada
tenaga elektrik. Penjanaan jenis ini bergantung kepada kekuatan tiupan angin. Ia
memerlukan kekuatan tiupan angin yang kuat.
Kincir Angin
Sebagai kesimpulannya, sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui telah
memberi 1001 kebaikan dan manfaat kepada kita. Walaupun penggunaannya sedikit
sebanyak membawa kesan yang negatif seperti pencemaran, kita sebagai rakyat
Malaysia perlulah berganding bahu bersama-sama pihak kerajaan dalam usaha
menggunakan sumber tenaga ini secara berhemah dengan tidak membawa kepada
kemusnahan kepada negara Malaysia yang tercinta ini.
RUJUKAN
Nurul Atiqah Mohamad 27
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
Artikel Dewan Siswa (2011) Perkembangan Tenaga Nuklear Malaysia dipetik daripada
http://www.arkib.gov.my/perkembangan-tenaga-nuklear-malaysia1 pada 30 Ogos 2013
Azrina Bt. Sobian. Tenaga Nuklear Sebagai Penjana Tenaga Elektrik Negara dipetik
daripada http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8146-tenaga-nuklear-sebagai-
penjana-tenaga-elektrik-negara pada 15 Ogos 2013
Cikgu Naza (2011) Sains 123: Tenaga Nuklear dipetik daripada
http://www.sains123.cikgunaza.com/2012/07/tenaga-nuklear.html pada 1 Julai 2013
Isma (2012) Assigment Hgf3032 : Penggunaan Bahan Api Fosil Dalam Penjanaan
Elektrik Di Malaysia dipetik daripada
http://isma1991.blogspot.com/2012/01/assigment-hgf3032-penggunaan-bahan-api.html pada 4 Julai 2013
Samsuri, Ariffin and A. Rahman, M. Azmi Perkembangan Industri Petroleum Dan
Sumbangannya Kepada Negara. In: Kongress Sains dan Teknologi Malaysia 1992,
Sesi Johor, Seminar Peranan Sains dan Teknologi Dalam Pertumbuhan Industri Johor,
Johor. Dipetik daripada http://eprints.utm.my/3735/ pada 6 Julai 2013
Tiada Pengarang (2010) Sejarah Petronas dipetik daripada http://impossible-
informations.blogspot.com/2010/02/sejarah-petronas.html pada 20 Julai 2013
Utusan Online (2007) Bersiap Sedia Guna Tenaga Nuklear dipetik daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1112&sec=Rencana&pg=re_01.htm pada 5 September 2013
Utusan Online (2009) Nuklear Sebagai Sumber Tenaga Alternatif dipetik daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
Nurul Atiqah Mohamad 28
Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
y=2009&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm pada 10
September 2013
Nurul Atiqah Mohamad 29
Recommended